Dendam Roh Isteri

Dimensi Dua Dunia


Dendam Roh Isteri

Jodoh

Aku dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sederhana. Setelah dewasa aku dijodohkan dengan seorang jejaka jenis workaholic. Dalam bahasa mudah, suami gila kerja. Awal perkahwinan kami hidup bahagia. Aku pula seorang surirumah sepenuh masa. Dia tampak menyayangiku seadanya. Namun, bila kami mendapat cahayamata pertama dia telah menunjukkan perubahan sikap yang drastik.

Kami sebenarnya hidup dalam kesederhanaan namun akhir-akhir ini selalu lagi dalam keadaan kekurangan. Selalu juga kami berdua minta bantuan saudara mara untuk mengisi kekurangan tersebut. Aku terasa malu dengan saudara mara. Dan akhir-akhir ini aku selalu mengamuk dengannya sebab kehidupan yang sedikit menyusahkan itu. Sejak itu juga suamiku selalu pulang lewat.

Kalau balik pun dia mandi dan terus tidur. Alasannya hanya keletihan bila ditanya. Kalau ditanya sayang aku tak? Dia hanya jawap sayanglah. Tapi sikapnya tidak mengendahkan aku menyebabkan aku sakit hati padanya. Kalau awal dulu dia ada masa bergurau dengan ku, namun situasi mesra itu sudah jarang berlaku. Aku semakin tertekan.

Pekerjaannya bukan tidak bagus. Dia seorang jurutera. Tapi dia adalah kontraktor yang mengambil kontrak kecilan. Kadang ku akui juga, kerjanya semacam tiada pulangan. Perlukan modal dan pulangan yang kecil.

Apabila aku tidur, dia berjaga. Dia bermain dengan laptopnya. Aku mulai syak dia main perempuan lain. Pernah kekadang tu dia berdepan dengan laptopnya sampai 4-5 pagi. Mungkin itulah juga duitnya tidak pernah cukup. Mana nak cukup tidur kalau selalu lewat tidur begitu.

Aku pula sangat seksa hidup, menjaga anak seorang diri. Anak perempuan kami selalu menangis. Suamiku bukan tidak melayan anaknya, cuma setiap kali ada kesmpatan, dia lebih mementingkan laptopnya. Aku sememangnya tidak puas hati dengan suamiku. Rasa inginku hempaskan laptopnya itu.
 


Ngeri 

Setiap hari dia akan balik lewat. Rutinnya mandi, makan dan tidur. Alasannya keletihan. Bila tengah malam dia berjaga. Aku pulak terus tertekan.

Semasa suamiku turun bekerja. Aku pergi ke rumah ibuku. Dan aku tinggalkan anak ku di sana. Aku buat alasan tinggalkan anak itu sekejap. Aku sebenarnya balik semula ke rumah kami.

Aku nekad mahu membunuh diri. Aku tulis nota berbunyi "Aku akan mati menghantui kehidupan abang". Sememangnya aku sangat tertekan dan kecewa hidup dalam kedaifan.

Aku aturkan bangku dan tali menggantung leher ku sediakan dengan rapi.

Aku naik ke atas kerusi, aku masukkan kepalaku dalam tali. Dan aku tendang kerusi tadi. Aku menggelupur dalam beberapa ketika nafas terakhir pun tamat. Lidah ku terjelir keluar dan muka ku lebam kebiruan. Ya aku mati dengan ngeri.

Maka keluarlah rohku dari jasad tadi. Aku berjaya menjadi roh gentayangan. Misi ku adalah menjadi roh pendendam. Aku akan mengganggu hidup suami ku.

Mayatku dibawa ke hospital, untuk dibedah siasat. Suami aku disiasat oleh pihak polis di atas kematianku. Aku lihat dia menangis meratapi kematianku. Aku kira itu adalah tangisan palsunya.

Mulanya suamiku ditahan reman, namun dibebaskan. Dibebaskan kerana hasil siasatan tidak ada apa yang boleh menyebabkannya dipersalahkan. Aku tidak puas hati aku nekad untuk menghantuinya.
 


Mula Mengekori 

Jasadku sudahpun ditanam. Suami dan semua ahli keluarga hadir semasa mengebumikan jasadku. Sekali lagi aku menyaksikan suamiku menangis sambil tangannya meraup tanah merah seperti kegeraman. Aku tidak pasti itu adalah lakonannya atau emosi sebenar dirinya. Padan muka kau ujar hatiku.

Aku mulakan mengekori segala aktiviti suamiku. Setiap langkahnya aku perhati dan ku awasi. Ingin rasanya aku mencekik lehernya. Namun rohku tiada diberikan kekuatan sedemikian.

Aku mulakan dengan seawal tengah malam. Aku lihat dia bangun, dia terus menghadap laptopnya. Aku perhatikan dengan teliti apa yang dibuatnya. Baru sahaja dia membuka laptopnya, dia merebahkan kepalanya pada meja. Ku dengar dia menangis. Agak lama juga dia melayan perasaannya. Beberapa ketika aku lihat dia bangkit semula.

Dengan airmata yang masih menitis, dia bangun dan menyambung aktiviti dengan laptopnya. Aku lihat dia menyediakan lanscape sebuah taman. Dia mereka grafik lanscape tersebut dengan linangan air matanya. Sekejap dia buat sekejap dia berhenti.

Tiba-tiba telefon murahannya berdering. Tertera nama kakak ku. Aku menjadi lebih fokus kerana zaman persekolahan dulu mereka pernah menjalini cinta monyet. Apakah dia berskandal dengan kakak ku sendiri? Aku amati dialoq perbualan mereka berdua. Sial punya kakak.

"Ada apa telefon tengah malam ni kak?" ujar suamiku. "Kakak simpati dengan situasi kau, harap kau dapat menenangkan diri, pasal anak tu jangan bimbang, aku tolong jagakan dulu" balas kakakku. Aku menjadi lebih berminat untuk mendengar. "Baik kak, saya akan berusaha keras untuk anak kami, saya akan ambil balik dia jika projek lanscape ini diterima nanti" ujar suami ku. "Baguslah kalau begitu, kesihatan jaga juga" balas kakakku. "Baik kak" balas suamiku dan dia matikan panggilan itu.

Aku terus memerhatikan gelagat suamiku. Dia meneruskan aktiviti depan laptopnya. Dia membuat kerja itu sehingga ke pagi. 



Perjalanan Kerja 

Dia membelek jam di tangannya. Sudah 4 pagi. Dia kelihatan menguap. Jelas dia nampak keletihan. Dia pergi ke bilik dan mensetkan pengera pada telefonnya dan dia terus lelap.

Jam 5 dia bangun semula. Dia mandi dan bergegas ke dapur membuat kopi dan dimasaknya maggi mee yang masih tertinggal 3 bungkus. Dia membuka peti sejuk, kelihatan dia mencari telur, namun setahu aku telur sudah habis sebelum aku meninggal. Makanya, dia makan maggi kosong la jawabnya.

Semasa duduk sambil menikmati magginya, dia membuka telefonnya. Aku fokus dengan apa yang dibeleknya. Dia membuka galeri gambar, dia berhenti dengan gambar yang jelasnya wajahku. Dirabanya gambar itu dengan ibu jarinya. Kemudian airmatanya menitis lagi.

Selesai sarapan itu dia kelihatan berkemas pergi ke tempat kerjanya. Walaupun suamiku mengambil projek mini, namun dia tetap kerja di bawah orang lain. Dia masuk ke dalam kereta Kancil cabuknya, dan aku turut masuk ke dalam sekali. Terkadang terdengar bunyi enjin keretanya sedikit tersenggut-senggut. Kereta itu, sebenarnya berapa kali dah masuk workshop. Aku pernah sarankan dia beli yang baru dia tidak pernah endahkan.

Kemudian dia singgah di stesen minyak. Dia membuka dompetnya, yang ada dalam dompetnya ada RM 30. Dia diam sejenak sebelum pergi ke Cashier, dan beberapa ketika dia terus membayar sebanyak RM10 jer untuk isi minyak. Wahal meter minyaknya sudah menunjukkan E.

Kemudian dia meneruskan perjalanan ke tempat kerjanya. Aku perhatikan wajahnya. Kelihatan airmukanya sangat sedih. 



Terus Berusaha 

Sampai di tempat kerjanya, dia terus ke meja komputer yang ada namanya. Sedangkan yang lain belum lagi kelihatan. Dia menghidupkan komputer tersebut. Dia teruskan kerjanya. Di meja kelihatan beberapa kertas kerja yang kena reject.

Apabila yang lain sudah sampai dia tidak memperdulikannya dia kekal fokus dengan kerjanya. Sehinggalah tengahari kawannya mengajak dia keluar makan bersama. "Wei jom keluar makan bro" ajak rakan sekerjanya. "Korang pergilah dulu" itu sahaja jawapannya. Dia meneruskan kerjanya tengahari itu.

Dia memandang kiri kanan. Setelah itu dia mengambil roti yang disimpannya di dalam mejanya. Kelihatan itu sahaja makan tengaharinya dan minumannya adalah air yang dibawanya dari rumah tadi.Selesai makan dia meneruskan kerja di komputernya.

Jam 3 petang, dia telah dipanggil bossnya ke bilik. Di dalam bilik itu dia dimaki hamun kerana hasil kerjanya tidak memuaskan hati bossnya. Kesian pula aku lihat. Dia langsung tidak menjawab sepatah kata. Dia hanya diam. Kemudian bossnya mengarahkannya menyambung kerjanya semula. Dia hanya menuruti sahaja.

Jam sudah pukul 5. Dia masih tidak berganjak dari meja kerjanya. Yang lain semua dah balik. Aku lihat dia terus tekun sehingga jam 6. Baru dia melihat jamnya.

Selepas jam 6 itu dia berhenti. Dikemasnya meja kerja dan dia keluar dari pejabat itu. Dia terus menuju ke kereta kancilnya. Dihidupkannya enjin, dan dia terus memandu. Tapi jalan tidak menuju ke perumahan kami. Dia menuju ke pusat bandar.



Part Time

Dia terus memandu ke pusat bandar. Setelah beberapa simpang dia sampai di destinasinya. Dia berhenti di hadapan kelab malam. Lampu lip lap sana sini. Kelihatan sekitar itu, terdapat beberapa perempuan dan mungkin juga maknyah sedang menunggu pelanggan seawal 7 malam mereka sudah menunggu.

Inikah perbuatan suamiku pulang lewat malam selama ini? Melayan GRO? Patutlah dia sanggup berjimat di pejabat tadi teka hatiku.

Suamiku terus masuk ke sebuah kelab malam tersebut. Aku terus ekori. Rasanya nak ku cekik dia masa tu juga biar dia mampus bersama ku.

Dia berjumpa dengan tokey kelab malam tersebut. Ku lihat dia menggantikan pakaian kerjanya dengan pakaian kerja di situ. Dia menuju ke dapur. Dan dia terus mendapatkan apron dan mula bertugas sebagai pencuci di dapur kelab tersebut. Aik! Dia datang ke sini bukan untuk berhibur ke?

Cawan beer dan arak sana sini dia perlu cuci. Patutlah dia selalu bau arak bila balik ke rumah. Kerjanya membasuh cawan-cawan, gelas-gelas dan jag yang mengandungi alkohol. Sangkaan aku meleset lagi. Rupa-rupanya dia bekerja part time di kelab malam tersebut.

Aku lihat dia hanya makan lebihan makan yang dihantar ke dapur. Patutlah juga dia tidak makan selepas setiap kali balik rumah. Rupanya dia telah makan dengan cara itu. Kesian juga aku lihat dirinya.

Cukup jam 10 malam dia menukar pakaiannya kembali. Dia mendapatkan tiket kelab untuk mengambil upahnya. Dan kemudian barulah dia balik ke rumah. Dia mandi dan kemudiannya tidur.



Luahan

Dalam lebih kurang seminggu aku mengekori langkahnya. Rutinnya sama. Pergi kerja, pergi buat part time di kelab malam sebagai pencuci dan balik rumah terjaga tengah malam menyiapkan projek landskapnya. Dia tidak lari dari rutin itu.

Tengah malam itu dia sekali lagi terjaga. Dan terus membuka laptopnya. Menyambung kerja. Dia mengambil telefonnya, di tatapnya wajahku dalam galeri gambar. Dan dia tatap juga wajah anak kami berdua. Kemudian dia sambung kerjanya semula. Dia bagaikan bersemangat setelah melihat gambar anak.

Ku lihat dia mengambil semula telefonnya dan didailnya nombor kakakku. "Kak, macamana anakku?" ujarnya. "Dia sedang tidur, tak mau kacau dia, seharian dia tanya mana ibu" jawab kakakku. Ku lihat air matanya menguncur deras. "Kakak tak tau nak jawab, puas juga akak cuba pesongkan mindanya, balik-balik dia tanya mana ibu" tambah kakakku lagi.

"Aku tak paham dengan isteriku" ujarnya tiba-tiba semacam mula meluah pada kakakku. Aku rapatkan lagi telinga pada perbualan mereka. "Sabar, itu semua ujian yang kamu perlu hadapi" balas kakakku. "Dia langsung tidak sedar aku berusaha keras untuk membahagiakan kami sekeluarga" ujar suamiku. "Tergamak dia meninggalkan kami berdua dengan cara begitu" tambah suamiku lagi.

"Aku juga kecewa aku gagal memenuhi kehendaknya, aku sangat sayang dan menyintainya kak" tambah suamiku. Aku hanya mendengar perbualan itu. "Kalau sudah takdirnya macam tu nak buat macamana" balas kakakku. "Aku benar berusaha keras demi keluarga ku kak" ujar suamiku. "Akak tahu, malah dia pernah marahkan akak, sebab dia cemburu kita pernah bercinta monyet dulu" ujar kakakku pula. "Takkan dia nak cemburukan pasal benda tu, kakak pun dah kahwin" balas suamiku pula.

"Esok saya akan pergi ke pejabat hartanah, lepas tu saya akan pergi rumah akak jenguk anak" ujar suamiku. "Datanglah, kebetulan abang ipar kamu ada esok bolehlah kita makan tengahari bersama" balas kakakku. "Baik kak" balas suamiku pula kemudian dia mematikan panggilan.

Wajahnya sugul. Dia tidak menyambung kerjanya. Laptop dipadamkan dan dia masuk ke bilik dan tidur.



Penyesalan

Sudahpun pagi. Dia bangun dan mandi. Sarapan Maggi dan kopi. Sekali lagi dia menatap wajahku di telefonnya. Dia kesedihan.

Setelah aku mengekorinya sepanjang masa. Aku kini sedar, suamiku ternyata insan yang sangat baik. Dia tidak meluahkan betapa teruknya dia berusaha untuk keluarganya. Bukan apa, aku yang sebenarnya tidak memberi ruang dia meluahkan. Aku tidak pernah tahu perjuangannya. Aku sekarang sangat menyesal. Aku hanya ada 40 hari berkeliaran menjadi roh gentayangan sebelum aku dijemput ke neraka yang sudah pastinya.

Aku pernah merungut dia tidak mampu belikan aku oven untuk memasak. Dia hanya diam masa itu. Aku menyindir dia dan menyakitkan hatinya dengan bermacam kata-kata. Tapi dia tidak menjawab sepatah kata. Dia hanya menjawab malas nak bergaduh.

Jelaslah aku seorang isteri yang sudah berdosa besar terhadap suamiku. Sedangkan dia tidak cukup tidur demi mengisi kekurangan keluarga kami. Maafkan aku wahai suamiku. Semuanya sudah terlambat. Aku sudahpun mati. Jika aku diberi peluang ingin sekali aku meminta maaf dan memeluk tubuhnya.

Si dia pergi ke membuat penamaan semula waris. Tertera nama harta dia sebenarnya diletakkannya milik kami berdua. Amat jelas namaku menjadi waris pertamanya. Sekarang dia memotong kedua-dua namanya dan aku, digantikan dengan nama anak kami. Ya ampun suamiku sangat penyayang dan bertanggungjawab sebenarnya.

Balik dari situ dia, terus ke rumah kakakku, dia memeluk anakku dan membelikan hadiah mainan untuknya. Mereka makan bersama dengan abang iparku sekali. Jelas suamiku menceritakan dia sangat sedih dengan pemergianku, dia juga menjelaskan dia sangat sayang dengan keluarga kami. Dia terpaksa kerja lebih masa untuk memenuhi keperluan keluarga. Sungguh aku tidak sedar semua itu.

Dia balik semula ke rumah. Kelihatan ada penghantar pos laju tiba di rumah. Dia bergegas mendapatkan barang yang dikirim tadi. Dia membuka bungkusan kotak besar tersebut, ternyata sebuah oven yang aku impikan, dia menatap sedih melihat oven itu.



Sudah Terlambat

Berdosanya aku pada suami dan anakku. Bodohnya aku meninggalkan mereka dari dunia yang sebenarnya akan bahagiakan hidupku. Tapi semuanya sudah terlambat. Ingin rasanya aku kembali pada mereka.

Aku sangat sedih melihat airmata suamiku melihat oven yang ingin dia supprisekan padaku. Mengapa aku tidak tahu betapa perjuangannya selama ini. Aku sangat bodoh bertindak membabi buta. Sekarang segala penyesalan ku sudah terlewat.

Alangkah indah juga aku bila aku masih hidup. Masa hidup aku tidak sabar, selalu menyalahkan dia. Menuduhnya kaki perempuan, selalu balik lewat dan badannya berbau arak yang padahal dia mengambil kerja sampingan sebagai tukang cuci.

Aku juga menuduhnya tidak melayani aku secukupnya. Sungguh aku tidak sedar dia cuba menyiapkan projek landskapnya, kerana beberapa kali sudah direject bossnya yang bengis dan suka memaki hamunnya. Namun dia balik tidak menceritakan cabaran yang dilaluinya.

Wahai suamiku, isterimu sudah berdosa besar terhadapmu. Sesungguhnya aku tidak layak menjadi seorang isteri buatnya. Aku sangat malu dengan diri ku.

Aku sangkakan tangisannya adalah airmata palsu. Rupanya dia benar-benar sangat menyayangi dan menyintaiku. Dia sangat sayangkan keluarga kami.

Aku sangat berdosa padamu suamiku. Ya Tuhan, sungguhpun aku berdosa besar berikan aku keizinan bertemu dengan suamiku buat kali terakhirnya. Izinkan aku mohon kemaafan daripadanya.



Hari ke-40

Hari ini adalah malam ke-40 isteriku meninggal. Menurut kepercayaan rohnya akan pergi buat selamanya selepas malam ini.

Aku sangat rasa bersalah dengan pemergian isteriku, aku gagal memenuhi keperluan keluarga kami walaupun aku sudah berusaha seadanya. Dia tampak tidak bahagia hidup bersama aku sehingga memilih jalan seperti itu. Maafkan abang sayangku.

Jam di dinding menunjukkan pukul 10 malam. Aku pergi ke dapur untuk membuat kopi bagi mempertahankan mata berjaga menyiapkan projek landskapku. Tiba-tiba bulu romaku meremang. Kedengaran sayup-sayup tangisan di bilik isteriku menggantung dirinya. Aku beranikan diri. Jika dia roh arwah isteriku, tidak perlu aku takuti. Aku ingin berbicara dengannya.

Aku mendekati bilik itu dengan perlahan. Makin jelas suara tangisan mendayu-dayu ku dengari. Ku buka pintu bilik itu perlahan. Kelihatan isteriku sedang menangis duduk di kerusi bilik tersebut. Dengan hati berdebar aku hampirinya.

"Abang, maafkanlah aku" dia bersuara. "Kamu kah itu sayang" tanyaku. "Saya tidak layak menjadi isterimu abang, saya berdosa pada abang dan anak kita" luahnya. "Abang sangat sayangkan kamu, abang berusaha untuk keluarga kita" balasku juga turut menitiskan airmata. "Maafkan aku bang, aku sangat berdosa pada abang, tolong halalkan segalanya bang" ujarnya.

Walaupun tangisan mendayu-dayunya sangat seram, aku tidak merasa takut. "Abang sayang dengan kamu, abang sudah lama maafkan segalanya, abang telah maafkan isteri yang abang cintai, dan maafkanlah juga kekurangan abang sehingga sayang buat keputusan ini" ujarku. "Abang tidak perlu minta maaf, aku sebenarnya yang telah berdosa besar pada abang" balasnya dan meneruskan bunyi tangisan yang mendayu-dayu.

Tidak lama selepas itu, dia menghilang bersama tangisannya. Aku sememangnya menyayangi isteriku seadanya. Aku maafkan segala dosa yang dia lakukan. Tapi aku tahu itu tidak cukup melepaskannya dari Neraka. Perbuatannya membunuh nyawanya sendiri sememangnya tidak mampu agamaku maafkan.


TAMAT!

Terima kasih kerana sudi membaca.

Kisah ini adalah rekaan semata-mata dan tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang telah mati. Jika berlaku ia adalah suatu kebetulan.

Ditulis:
 Justine Amping

No comments:

Post a Comment