🦉Kasih Seorang sahabat
Rindu
Bertahun lamanya aku duduk di perantauan. Aku belajar di sebuah universiti di Malaysia. Sepanjang 4 tahun pengajian aku tidak pernah balik kampung halaman. Bukan lupa bukan tidak mahu balik, tapi segalanya adalah penjimatan. Maklumlah aku bukan dari keluarga yang berada.
Hari ini adalah hari bahagia aku. Aku akan terbang tinggi di awan hari ini. Satu persatu wajah-wajah yang ku rindui mula bermain di kepalaku. Aku rindu pada semuanya lebih-lebih lagi atuk dan nenekku. Kedua-dua orang tuaku pula sudah lama meninggal. Aku dijaga oleh datuk dan nenek ku.
Dan di antara yang aku rindu adalah seorang sahabatku. Teman sepermainan ku dulu. Kami dari kecil hingga dewasa adalah sahabat yang tidak dapat dipisahkan. Bersekolah bersama, mancing ikan bersama, makan pun selalu kongsi pinggan dan banyak benda kami selalu buat bersama. Bermalam dengannya dulu adalah perkara biasa. Dia satu-satunya, sahabatku.
Apa yang memisahkan kami, apabila aku mendapat tawarkan ke universiti di Timur Malaysia. Manakala dia berjaya masuk universiti tempatan. Semenjak itu kami jarang bertemu dan berhubung. Maklumlah zaman kami mana ada teknologi seperti zaman ini. Telefon pun tiada.
Seperti sudah jadi saudara ku sendiri. Sahabatku ini juga selalu menjenguk datuk dan nenek ku jua. Lebih mudah kerana keluarga kami sebenarnya berjiran. Malahan keluarganya melayani aku seperti mana sahabatku, aku bagaikan anak bagi mereka. Kerana dia juga satu-satunya anak tunggal. Kehadiran aku selalu menjadi penyeri keluarga itu.
Tidak sabar rasanya akan balik ke kampung halaman. Rasa rindu terhadap semua sangat membuak-buak. Kejap-kejap aku memerhatikan jam. Barang semua ku sudah kemas.
Ya sudah tiba masanya aku berangkat pulang. Aku naik teksi dan terus menuju ke lapangan terbang. Rasa hiba juga meninggalkan tempat pengajianku. Kerana di sini juga banyak mengajar aku erti kehidupan. Di situ juga aku mendapat segulung ijazah.
Terbang Di Awan
Pelbagai ragam suasana di lapangan terbang. Ada yang berpelukan sebelum berpisah, ada yang seperti susah melangkah pergi, ada juga yang sibuk mengambil gambar. Suasana itu membuatkan aku sangat rindu dan tidak sabar untuk tiba di kampung halaman ku.
Kini aku berada dalam kapal terbang. Aku duduk di tepi tingkap tempat duduk F, di belakang sikit sayap kapal, kelas ekonomi la. Mengelak bunyi bingit enjin kapal terbang aku sudah bersiap dengan earphone dan kubuka lagu kegemaran.
Ting tong... "Lampu membaca akan dipadamkan, sila ketatkan tali pinggang keselamatan dan tegakkan tempat duduk anda, kita akan mendarat tidak lama lagi" peti suara rakaman dibunyikan, tandanya pendaratan tidak lama lagi.
Hati semakin berdebar. Ya akhirnya aku balik ke kampung halaman. Rasa teruja itu tidak dapat digambarkan melalui kata-kata.
Berjalan menuju kastam terus ke terminal diluar. Aku tidak punya banyak benda dibawa. Sebuah beg kugalas dan satu lagi kubimbit. Jam di tanganku menunjukkan jam 9 malam. Balik tu memanglah balik, tapi rasanya aku kena bermalam di terminal la nanti. Dah lewat macam ini mana ada bas dah. Tak apalah, esok baru fikirkan.
Apapun aku mencari tempat yang sesuai untuk aku duduk berehat menunggu esok. Aku mencari tempat yang agak terpencil sikit dari orang ramai. Boleh aku berbaring nanti. Yela, kerja pun belum lagi mana nak ada duit nak menyewa hotel atau rumah tumpangan bagai. Nama pun baru lepasan ijazah.
Baru aku nak baring, bahu aku ditepuk dari belakang. Terkejut aku. Aku berpaling ke belakang. Aku pandang wajah si penepuk bahu ku tadi. Alamak, wajah yang sangat aku kenal. Langsung tidak berubah wajahnya. Dialah sahabatku. Dia juga nampak sama tergamam sepertimana aku. Kebetulan sangat kami bertemu di situ. Tuhan bagaikan tahu aku sangat merinduinya.
Pertemuan Terindah
Sangat tidak diduga pertemuan itu. Kami berpelukan melepaskan rasa rindu masing-masing. Dia tersenyum memandangku.
"Lama gila tak nampak kau, pandai pun kau balik ingat dah tak ingat Sarawak dah?" ujarnya.
"Mana boleh lupa bro, macamana pun tetap akan kembali" balasku.
Dia dan aku nampak jelas kami tidak mengubah rasa tetap bersahabat. Tidak berasa aku jadi koyak hati, air mata ku tidak berasa mengalir di pipi. Bukan sedih tapi gembira sangat. Dia turut sepertiku air mata gembiranya bertemu dengan ku, melupus ego lelaki kami.
"Eh kau buat apa kat sini?" tanyaku.
"Aku baru lepas hantar awek ku tadi, dia sambung lagi belajar" balasnya.
"Oo dah ada awek ye, lepas ni tak layan la aku" aku sengaja mengganggu emosinya.
"Awek tu awek, sahabat tu tetap sahabat Bro, mana boleh lupa persahabatan kita, dah macam adik-beradik dah kau dan aku ni" balasnya.
"Aku betul-betul rindukan kau la bangang, taktau nak kata apa tapi gila rindu la bedebah" kataku teringat gaya kami bercakap dulu-dulu.
Memang kasar tapi kami tidak pernah ambil hati pun.
"Wei sial, kau tiada awek lagi ka? Muka kau memang tak hensem tu pasal tada perempuan nak kan?" dia menyakatku.
"Kalau awek kau terpikat kat aku nanti jangan salahkan aku ahhh" balasku menyakatnya semula.
"Eh, sembang punya sembang, takkan kau nak bermalam di sini" ujarnya.
"Kau tau aku ni kan kaya kan" balasku.
"Dah diam, kita pergi kedai kopi yang masih buka masa ni, kau pasti laparkan?" katanya mengajak aku ikut sama dengannya.
Aku pun ikutlah ke mana dia bawa. Kami mencari kedai kopi yang ada di sekitar tempat itu.
Wah lama tak balik, segalanya banyak berubah, ada bangunan baru sana sini. Jejambat pun dah banyak. Majunya Sarawak tanahairku.
"Kau pehal, macam rusa masuk kampung! Kagum dengan kemajuan Kuching ni" katanya melihat gelagat aku terpandang-pandang dengan suasana malam di sekitar Kuching.
"Ye lah, aku lama dah tak balik, 4 tahun kot, kau bila pulak ambik lesen memandu kereta ni?" balasku.
"Baru lagi tahun lepas, abah kesian tengok aku bawa motosikal je sebelum ni" jawabnya.
Dia sengaja membawa aku meronda-ronda melihat sekitar bandaraya Kuching.
Makan Bersama
Aku kagum dengan keindahan malam di sekitar Kuching. Ia sangat menarik. Kelekaan ku menikmati keindahan tersebut diganggu sahabatku.
"Jom kita singgah di kedai makan ini" ajaknya.
Aku cuma ikut saja. Kedai itu kurang orang, yang ada kat situ kelihatan beberapa apek tua. Namun, semua mata mereka memerhatikan aku. Pelik juga tapi aku abaikan.
Kami berdua pun duduklah secara bertentangan. Ye lah memudahkan menyembang. Tidak lama datang seorang amoi mengambil pesanan. Kami memesan makanan dan minuman. Lampu kedai itu agak malap. Suasana agak suram. Cuma kedengaran lagu melodi cina lama yang kedengaran.
Aku pandang wajah sahabatku. Aku perasan ada lelehan darah dari hidungnya. Aku tegur la.
"Hidung kau tu berdarah la" tegurku.
Dia mengambil tisu berdekatannya dan mengelap darah yang keluar dari hidungnya.
Aku pandang sekitar ku, aku lihat apek tadi semua wajah mereka kelihatan pucat. Mereka memandangku dari tadi. Mungkin wajah pucat tu sebab sinaran lampu yang malap ni kataku dalam hati menyakinkan diri.
"Kau nampak 3 apek disudut sebelah belakang kau?" tanyaku.
"Nampakla, kau ni jangan pikir bukan-bukan la" dia cuba menyakinkanku.
"Tapi mereka tu asyik pandang aku dari tadi la, kedai apa yang kau ajak aku makan ni?" tanyaku sedikit rasa tidak selesa cara pakcik-pakcik apek itu memandangku dengan pelik.
"Selesai makan apakata kita pusing-pusing lagi sekitar Kuching mau tak?" ajak sahabatku.
"Aku ikut jer bro" balasku.
Makanan dan minuman yang kami pesan pun sampai.
"Tempat makan ni kegemaran aku Bro, char kue teow dia tiptop" ujarnya.
Aku hanya mengangguk saja dan aku mulakan suapan aku.
Tiptop menda masakan macam ni kataku dalam hati. Rasa tawar jer. Lepas itu aku teguk minumannya pula. Bagaikan minum air kosong, rupa jer kelihatan kopi pekat. Aku malas nak komen, dah member belanja aku belasah jer la. Dia pula puji melambung tempat makan tu.
"Sedap kan, aku dah kata kedai ni memang tiptop kat sini, tiada kedai mampu lawan kedai ni" dia menambah pujiannya.
"Ye sedap, aku suka sangat rasanya memang berasa" balasku setengah memerli sebenarnya.
Tidak sampai separuh pun aku makan walaupun perut ku sememangnya lapar. Tapi rasa tak boleh masuk langsung.
Kenangan
Selesai makan dia mengajak aku lepak kat taman belakang kedai itu tadi. Kami hanya berjalan kaki. Kat situ ada sebuah taman yang bertentangan dengannya adalah tokong Buddha. Dan ada tempat duduk juga disediakan di situ.
Kami pun duduk melepak di situ dan mula bersembang. Perangainya memang tidak berubah dari dulu suka menyakat dan cakap besar. Tapi dengan aku saja dia akan cakap besar. Bila wujud orang lain kami berdua akan buat perangai pijak semut pun tak mati. Perangai kami hampir serupa sebab itulah kami jadi sahabat agaknya.
"Kau ingat lagi tak, zaman sekolah dulu?" dia buka cerita.
"Pasal yang mana satu ah! Kita memang banyak memori nakal la zaman sekolah dulu" balasku.
Rasanya satu malam itu takkan habis jika kami berdua mula bersembang. Kadangkala sampai tidak tidur sepanjang malam bila dah mula.
"Masa sekolah rendah, kita mandi sungai, lepastu kita main baling membaling dengan tanah liat" ujarnya mengimbau memori zaman kanak-kanak kami.
"A a la, lepas tu seorang pakcik turun mandi masa tu, kau terbaling pakcik tu dengan tanah, punya la dia marah sampai report kat mak kau, padan muka kau kena bila balik rumah" aku menjelaskan dengan teliti salah satu kenangan itu.
Kami berdua sama gelak tawa.
"Kau mesti tak puas hati dengan aku dulu kan?" tanyaku.
"Yang kes mana ni?" tanya dia.
"Ala, kau minta tolong aku ngorat awek untuk kau, lepas tu budak tu tak mau kat kau, tapi dia kata syok kat aku pula" jelasku.
"Oh ya, lepas tu kapel seminggu jer dengan budak tu kan? Takda makna nak marah kat kau pun masa tu, budak tu aku hanya nak buat sparepart jer!" balasnya.
"Tu sudah terbukti aku ni jauh lebih kacak dan tampan dari kau, budak tu reject kau kot dan syok kat aku" kataku menyakatnya.
"Lagi satu, kau ingat tak masa satu kelas kena hukum pasal kita dua punya angkara" tanyanya.
"Pasal kes singgam(gula-gula getah) tu kan?" tanyaku untuk kepastian.
"Ye lah, kita dua nak perkenalkan rakan sekelas tapi cikgu tu datang dan duduk terus kat situ, bila dia perasan singgam tu, satu kelas dia siasat, nasib baik kita dua tidak ngaku" ujarnya.
"Satu kelas kena, rasa bersalah pulak kat dorang kan" balasku.
"Tapi selepas kita masing-masing sambung belajar, aku tiada kawan seperti kau agi lepas tu, bukan kata tiada kawan, ramai tapi tak sama" ujarnya.
"Wei aku pun sama gak, tau la tempat orang lagi, tapi aku dah balik per, kitai jadi macam dulu la" balasku.
Dia diam seketika. Dia memalingkan wajahnya ke arah lain. Dia menangis lak. Pasal apa mamat ni. Sentimental tak pasal. "Wei ko pesal ahhh, kalau ya pun rindu tak payah la koyak camtu" kataku cuba menghiburkannya.
Masih Lapar
Terang bulan malam itu sangat indah. Tiupan angin sekali sekala terasa kena pada muka. Suasana suram sunyi. Kedengaran juga berselang bunyi gonggongan anjing.
"Kau ni kenapa sentimental sangat ni, tau la rindu kat aku lama tak jumpa, tapi tak payah la sampai macam tu" ujarku yang sebenarnya terharu dengan sikapnya.
"Kau akan tahu juga nanti bro, aku tidak perlu jelaskan semuanya" balasnya sambil mengesat airmatanya. Aku tidak paham apa yang cuba disampaikannya. Kami terus berborak.
"Apakata kau bermalam di rumah sewa ku malam ini, tidak jauh dari sini bro" ajaknya.
"Patut dari tadi kau offer kat aku la bro" balasku.
"Mana tau kau tak sudi, kau kan orang semenanjung" balasnya menyakatku.
"Dahla bongok, aku masih lapar lagi la, jom cari kedai makan nak" kataku.
"Kau ni perut apa ah! Tadi kan dah makan, cacing per dalam perut kau tu" sakatnya.
"Lerrr, kali aku belanja la, tadi kau dah belanja, takat belanja kau mampu lagi la bro" balasku.
Sebenarnya aku rasa lapar mana tidaknya makan tadi tidak masuk dengan selera ku langsung. Bukan memilih tapi memang takda rasa langsung.
Kami pun bergerak lagi. Kali ini aku pilih tempat yang lebih ramai orang. Kerana lebih ramai maknanya lebih sedap sebab tu orang ramai. Taknak la macam kedai tadi, orang pun tada, yang ada pun apek-apek yang lepak kat situ sahaja.
"Kedai ni kita try mee kolok dia nak!" Ujarku.

"Aku teman je lah, masih kenyang makan tadi" balasnya.
Kami duduk dekat dengan luar. Ada sepasang kekasih duduk sebelah kami.
Aku pun memesan makanan.
Aku pun memesan makanan.
"Kau betul taknak makan, takpun minum ke apa" ujarku padanya.
Amoi yang ambik pesanan tu pun mencarut dalam bahasa Mandarin. Aku paham la sikit apa yang dia cakap. Dia cakap aku gila. Entah apa la punya minah ni, orang makan kedai dia pun dia kata macam tu. Aku abaikan rasa hepi dengan kawan aku ni lagi best layan.
"Ada apa lagi mau order?" tanya amoi tu.
"Ada apa lagi mau order?" tanya amoi tu.
"Tu je lah moi, dah kawan aku ni kata dia masih kenyang" balasku.
Sekali lagi amoi tu mencarut kata aku gila. Lantak kau lah, mungkin dia badmood kot. Pasangan kekasih sebelah kami tu berpindah tempat duduk juga. Lantak korang la, aku tau la aku belum mandi lagi dari tadi.
"Bro, lepas makan ni kita pergi rumah sewa kau terus ok, melekit badan aku ni" kataku.
"Bro, lepas makan ni kita pergi rumah sewa kau terus ok, melekit badan aku ni" kataku.
"1 gelen 30sen tau, ingat free ke bil air rumah aku" sakat sahabatku.
"Babi punya kawan, dengan member pun berkira ka?" balasku melawak kasar dengannya.
Dia hanya ketawa berdekah. Aku turut ketawa juga. Apalagi orang sekeliling memandangku semacam.
Bermalam di Rumah Sewa
Aku rasa pelik kenapa semua orang melihat aku ketawa dengan pandangan semacam. Lantak korang la, aku bukannya kacau korang pun.
"Wei kau nampak ke diorang tengok aku gelak, semacam jer, aku rasa ko gelak lagi kuat kot" ujarku pada sahabatku.

"Pedulikanlah bro, sekarang dunia ni kita yang punya" balasnya.
Kami pun apa lagi, meneruskan gelak sakan kami. Orang-orang dalam kedai makan tu memang pandang aku semacam jer. Tapi kami tak peduli.
"Eh jom pergi rumah sewa aku pulak" pelawa sahabatku setelah dia nampak aku selesai makan.
"Eh jom pergi rumah sewa aku pulak" pelawa sahabatku setelah dia nampak aku selesai makan.
Makan kat situ baru ada rasa makanannya walaupun rasa tak puas hati dengan amoi tadi yang panggil aku ni gila. Kenyang juga rasa perutku.
"A ah, jom sebelum mereka ni kata kita gila baik kita belah dulu" balasku.
Aku pergi kaunter dan bayar bil tadi. Selepas itu, kami bangun dan berlalu pergi dari kedai tersebut.
Malam itu seperti berlalu amat perlahan. Aku sangat seronok. Kami meronda-ronda bandaraya Kuching malam itu sambil mengimbau kenangan lalu bersama.
"Punya kau jauh bawa aku pusing-pusing, rumah sewa kau belakang area tadi jer" ujarku.

"Saja bawa kau jalan-jalan bro, kau kan VVIP terhormat aku" balasnya.
Kami pun masuk ke dalam rumah sewanya. Rumah teres yang sederhana keluasannya dengan kadar sewaan RM350 sebulan tu nampak selesa. Namun, semua kejiranannya senyap sepi. Best la macam tu banyak privasi fikirku.
"Mana bilik mandi bro, dari tadi nak mandi ni" kataku merasakan badan ku yang melekit.
"Mana bilik mandi bro, dari tadi nak mandi ni" kataku merasakan badan ku yang melekit.
"Kat hujung sana, sabun mengecut dah, tak beli lagi bro, jangan main sabun tu pulak kang habis" sempat dia menyakatku.
"Ke engkau yang banyak main sabun ni, tu yang sabun kau cepat habis ni" aku membalas gurauannya.
Aku masuk bilik airnya. Waduh budak ni pengotornya. Bilik air itu kelihatan lama tidak digunakan. Siap dengan sarang labah-labahnya. Aku pulas pili airnya, tapi tiada air yang keluar. Apa ni, air pun tiada macamana nak mandi.
"Wei mangkuk! Kau bayar bil ke tak ni, takda air pun" jeritku dari bilik air tu.

"Alamak, 3 bulan lupa bayarlah petang tadi ada lagi air, nasib kau la membusuk" balasnya.
"Ee engkau yang aku kenal bukanlah pengotor, kau tak cuci ka bilik air ni bro?" tanyaku lagi.
"Orang bujang bro, Balik kuliah turun kuliah mana ada masa nak berkemas semua" jawabnya.
"Dah la jom tengok tv jom" suaranya mengajak aku tengok tv.
"Dah la jom tengok tv jom" suaranya mengajak aku tengok tv.
"Kau ni apa benda tv tu tak hidup pun, tengok tv apa camtu" kataku terpinga tengok dia menatap tvnya.
"Aku tak ajak ko menonton tv kan, aku ajak ko tengok je kan, kau lah bangang" tidak habis dia menyakatku.
Apa Masalah Kau Sebenarnya?
Sepanjang malam itu kami bersembang mengimbau kenangan. Namun riak wajahnya tidak begitu ceria. Nampak sugul.
"Kenapa wahai sahabatku, wajahmu bermuram durja?" aku berkias cuba menghiburkan hatinya.

Kerana aku perasan dari tadi seperti ada sesuatu yang mengganggu fikirannya.
"Kau akan faham jua nanti" balasnya ringkas.
Wajah sugulnya nampak jelas. Walaupun kami berdua cuma menggunakan lilin menerangi ruang tamu rumah sewa itu. Bil elektrik tidak dibayarnya. Apakah itu yang meresahkan sahabatku ini. Kekangan kewangan!
"Kau ada masalah duit ka bro?" tanyaku.

Ingin benar aku tahu apa yang bermain di benaknya.
"Ini bukan soal duit, dunia kita sudah berbeza bro" ujarnya dengan nada sedih.
"So, apalah sebenarnya masalah kau, kau tukar jantina ka?" tanyaku berseloroh mengusik agar sugulnya reda.
"Kau ni memang bangang la, ada ke aku nak tukar jantina pula" jawabnya dengan sedikit gelak tawa mungkin geli hati dengan pertanyaan ku tadi.
Dia menitiskan airmatanya lagi. Sungguh aku tidak paham apakah masalah yang sedang membelenggu dirinya. Aku ni tak pandai pujuk laki sama laki ni.
"Kau rindu awek kau kah bro? Ala takkan awek pergi sambung belajar pun dan jadi macam ni" sakatku lagi inginkan kepastian sebenarnya.

"Bukan soal awek bro, tentang dunia kita, kau lain aku lain" jawabnya lagi.
"Apa benda la kau ni, dunia ni ok je pun, malah Sarawak ni makin membangun jer aku tengok" tambahku lagi.
Dia senyap tidak membalas kata-kata ku.
"Sorilah bro, aku tak tahu apa yang mengacau jiwa kau, kau tidak jelaskan padaku perihalnya" ujarku.
"Sorilah bro, aku tak tahu apa yang mengacau jiwa kau, kau tidak jelaskan padaku perihalnya" ujarku.
"Kau akan tahu juga sampai masanya, kita sudah tidak boleh lagi bersama bila kau sudah sedar tentang segalanya" ujarnya dengan nada sedih.
Aku semakin bingung tidak faham langsung apa yang cuba disampaikannya.
Aku sebenarnya sangat gembira hari ini kerana dapat berjumpa dengan orang ingin sangat aku jumpa. Sembang punya sembang, kelopak mataku sudah terasa berat. Aku terus terlena.
Wah, cerahnya hari, sudah siang rupanya. Aku menggeliatkan badan ku. Terasa sangat sejuk. Ku lihat sekitar ku. Aku berada di tanah perkuburan. Aku terkejut. Sekaligus jantung berdegup kencang.
Terjawab
Aku terpinga-pinga melihat sekitarku adalah perkuburan. Kulihat sebelah ku tertera pada batu nisan tersebut nama sahabatku. Dia telah meninggal dunia pada tahun lepas pada tarikh semalam.
Tidak terasa airmata ku mengalir deras membasahi pipiku. Sesungguhnya aku bersama dengan roh sahabatku sepanjang malam tadi. Patutlah segalanya tidak kena.
Aku mengimbau apa yang berlaku sepanjang malam. Tidak heranlah orang di sekitar ku memandangku dengan sangat pelik.
Makan di kedai lama makanan tiada rasa, minuman tawar. Aku dikatakan gila oleh amoi kedai makan. Mereka seakan nampak aku sahaja tapi tidak sahabatku. Rupanya aku bercakap sorang-sorang.
Dia memberi aku banyak klu. Tapi aku tidak paham. Sekarang baru aku mengerti. Di bilik air tiada air. Sabun kecut. Tiada bekalan eletrik. Semua peristiwa pelik aku lalui tanpa aku sedari semuanya menjurus kepada suatu yang tidak betul.
Tapi macamana dia meninggal dunia, ingin juga aku tahu. Gilalah ia adalah suatu pengalaman yang sangat istimewa. Tapi dia sedikitpun tidak menghadirkan rasa seram kepadaku. Tapi andai kali ini aku terserempak lagi dengannya, mungkin aku akan pengsan.
Sepanjang malam kami bersama, patutlah dia sangat sedih. Aku yang bodoh tidak paham segala petanda di sekitarku. Apakah mungkin aku terlalu merinduinya dan sangat asyik bila bersamanya menjadikan aku tidak sedar petanda yang ditunjukkan di sekelilingku.
Ya Tuhan, kau masukkanlah sahabat ku dalam syurga, peliharalah rohnya agar dia sentiasa tenang. Apapun terima kasih sahabat kerana bersama ku sepanjang malam tadi dan membuatkan aku melepaskan segala kerinduan padamu.
Kepala berpinar dan aku tidak sedarkan diri.
Perpisahan Sebenar
Aku terjaga. Aku berada di atas katil hospital. Aku pandang di sebelahku. Nenek dan datuk ku berada di sebelahku. Dan keluarga sahabatku juga ada di situ. Nenekku memeluk rapat aku.
Aku diceritakan bagaimana sahabatku pergi selamanya. Dia kemalangan maut di jalan raya setelah menghantar kekasihnya ke lapangan terbang. Tarikh ulangtahun kematiannya sama dengan saat pertemuan kami di lapangan terbang.
Aku menceritakan kembali pengalaman ku bersamanya semalaman sehinggalah aku sedar aku di tanah perkuburannya. Kulihat wajah ibunya sayu dan menitiskan airmatanya.
Ibunya menceritakan betapa dia merindui aku selama ini. Kepulangan aku memang dia nantikan. Pelbagai rancangan masa depan yang dia ceritakan pada keluarganya dia ingin membuka syarikat bersamaku.
Ibunya menunjukkan kertas kerjanya padaku, sesungguhnya sahabatku mempunyai impian untuk sama-sama membangun bersamaku. Dalam failnya sekeping gambar kami bersama semasa di sekolah menengah disimpan kemas menjadi dorongannya berusaha keras selama ini.
Wahai sahabatku, mengapakah kau harus pergi mendahului ku? Kau menyeksa aku terus merinduimu. Apapun wahai sahabat, tunggulah aku di sana. Kita akan kekal sahabat selamanya.
Aku memalingkan muka ku tidak mahu mereka melihat airmata ku berguguran. Di sebalik tingkap aku terpandang kelibat sahabatku berdiri diluar tersenyum memandangku sambil melambai-lambai tangannya. Aku terpaku. Aku membalas senyumannya bersama tangisan ku. Perlahan kelibatnya menghilangkan dari pandanganku.
TAMAT!
Terima Kasih kerana sudi membaca.
Cerita ini adalah rekaan semata-mata tiada kena-mengena dengan yang masih hidup ataupun telah meninggal.
Ditulis: Justine Amping
Mungkin anda berminat membaca kisah-kisah di bawah
Kasih Seorang Sahabat
Budak Asrama
Kerja Luar Kawasan
Mati Hidup Semula
Perjalanan Pulang
Kekasih Misteri

Kasih Seorang Sahabat merupakan kisah kerinduan terhadap seseorang bernama sahabat
ReplyDeleteBaru sahaja selesai membaca Kasih Seorang Sahabat. Sepertimana saya merindui sahabat saya. Kami tidak berjumpa setelah tamat konvo 2014. Jalan cerita yang ringkas. Mudah difahami bagi mereka yang tidak berfikir secara kritikal.
ReplyDeleteTerima Kasih Kerana sudi membaca..
DeletePakcik kisah ni menghayat hati la, jalan cerita pun best. Saya harap ada lagi kisah tentang sahabat.
ReplyDeleteTry pula Nakalnya sebuah persahabatan
Delete