Kaki Nombor Ekor
(1)
Sial, salah lagi. Minggu ni semua salah. Aku dengar orang lain jer kena. Asal aku beli, mesti tak kena. Kalau tak kena mesti aku yang beli. Tapi sebenarnya aku beli tak mengharap kena pun. Suka-suka jer. Kenyataan paling bengong. Dah beli tu, pasti la mengharap kena. Mangkuk betul kata beli tak mau kena. Selalu jer dengar macam tu.
"Nak kena apanya, kalau beli setakat singgit dua jer" kawan ku menyampuk mendengar aku merungut di sebuah kedai kopi. Sambil dia menepuk bahuku dari belakang. Aku masih lagi tak puas hati melihat results yang keluar dalam surat khabar pagi tu. "Mana ada aku main singgit dua, berpuluh nah aku beli, satu pun tak kena, pui" luahku kegeraman.
''Hari ini aku belanja kau, pergi la order apa saja" ujar kawan ku itu. "Nombor kau kena ka?" tanyaku. "Kena sikit jer, setakat nak bayar cash motosikal sebuah bolehla" balasnya belagak. Aku memang pelik juga dengan dia. Sangat jarang dia tidak kena nombor. Takkan dia bernasib baik sentiasa kot.
"Boleh aku tanya kau tip tak? Macamana nombor kau boleh selalu kena? Aku tak pernah kena pun sebarang nombor pun" ujarku minta nasihatnya. "Kau pergi kedai nombor ekor, kau tulis nombor yang kau nak, lepas tu kau bayar kat cashier tu" ujarnya seperti memperbodohkan aku. "Aku tanya elok-elok, jangan la jawab macam tu, dah aku tengah frust ni" balasku geram padanya.
"Betul kau nak tau cara senang dapat kena nombor?" tanya dia. "Soalan bangang ni, dah tentu la nak, kau ada cara mudah ke nak kena nombor?" tanyaku semula. "Tapi, kau kena ikut syaratnya tau" ujarnya serius. "Apa syaratnya?" tanya ku sudah tidak sabar. "Syaratnya, kau kena order dulu makan, aku lapar dah la bengong, dah pergi pesan apa saja kau nak makan, aku belanja" ujarnya mengenakan aku.
Kawan aku ni adalah sahabat baikku sebenarnya. Kami adalah rakan sekampung. Dari dulu dah rapat. Tapi kebelakang ini jer aku tengok dia selalu kena nombor ekor. Sebelum ni seperti aku juga dianya pun, menyumpah seranah bila results nombor ekor keluar.
Dah orang belanja aku pesanla makan yang aku rasa nak makan. Kami berdua pun makanla sepuasnya. "Jika kau nak dapat cara mudah memperoleh nombor ekor, malam ni, kau kena ikut aku, syaratnya, kau cari cacing secukupnya, tak mau cacing mati tau" ujarnya dengan riak muka serius. Aku pun bersetuju dengan rancangannya.
(2)
Selesai makan, aku pulang dengan penuh senyuman. Perut kenyang. Tapi bukan pasal kekenyangan pun yang mengembirakan aku. Ya korang pasti tahu, aku gembira sebab akan belajar suatu ilmu baru, ilmu dapat nombor ekor. Tersengih sorang-sorang pula aku. Hepi la katakan.
Sampai kat rumah, aku terus cari botol kola kosong. Botol itu ku kerat dua buat nak simpan cacing. Nampak benar aku tak sabar. Aku ambil cangkul di stor, dan terus bergerak ke kawasan pokok pisang belakang rumah. Di situ aku mulakan kerja, mengali cacing tanah. Banyak juga yang aku dapat. Selesai kerja mengali tersebut aku balik semula ke rumah. Aku tersenyum sorang-sorang jadi mat jenin berkhayal dapat kena nombor ekor.
Kalau aku kena nombor lepas ni, aku nak beli motosikal baru. Kacpai ku itu aku nak sumbat dalam stor jer, tak pun jual buat modal beli nombor ekor. Aku berangan-angan sudah. Memang tak sabar pulak rasanya. Kejap-kejap aku belek telefon kentang ku itu. Nak tengok, kawan ada update tak pasal nak bagi ilmu baru ni. Oh ya, telefon kentang ni adalah gelaran kepada telefon cap ayam yang tak berapa canggih, tapi boleh guna la. Cap ayam pun korang tak tahu juga ka? Cap ayam la kira jenama entah apa-apa yang murah. Kalau tak paham tu, lantak korang la.
Rasa nak jer jam tu berlalu dengan cepat. Aku cuba lelapkan mata dengan harapan bila bangun nanti dah malam. Tidak juga mata aku mampu terlelap. Aku ke hulu ke hilir dalam rumah. Kejap ke dapur, kejap ke ruang tamu, kejap ke laman rumah. Semua ku lakukan untuk singkatkan masa la kononnya.
Akhirnya aku tertidur di ruang tamu. Kepenatan mundar mandir mungkin. Apabila aku tersedar. Ibuku memanggil ku ke dapur untuk makan malam. Aku makan cepat-cepat. Ibuku bertanya nak ke mana makan gelojoh macam tu. Aku cuma menjawab aku nak ke rumah kawan untuk turun mengail menutup rancangan sebenarku.
Aku ambil botol kola berisi cacing tanah yang kuletakkan di bawah rumah tadi. Aku segera menyalin pakaian dan mengapai kunci motosikal kapcaiku. Aku terus menuju ke rumah kawan kaki nombor ekor ku itu.
Rumah kami berdua boleh tahan juga jauh, walaupun sekampung. Kalau jalan kaki mau 6 batang rokok habis kalau hisap berturut-turut. Itu pun tak paham juga ka, adeh, sebatang rokok 5 minit, kalau 6 batang? Korang kira lah sendiri.
(3)
Jalan nak ke rumah kawan aku ini bukan berturap pun. Jalan seperti ke ladang kelapa sawit. Dalam hati aku merungut juga dengan bapak kawan ku ini. Elok-elok boleh buat rumah dekat dengan jalan raya, dalam semak juga nak buat rumah. Duit punya pasal, aku tetap redah juga. Beberapa kali tayar kapcai aku tergelincir di lopak tanah liat. Tapi tetap ku gagahi jua.
Tidak berasa, aku sampai dah di halaman rumahnya. Dia kelihatan sudah menunggu aku di tangga rumah. "Awal juga kau sampai" sapanya. Aku tidak menjawab sapaannya. Aku jadi tak puas hati sebabnya ku lihat ada joran mengail udang disandarkan di tangga. Hampeh benar dia ni. Kata nak ajar aku ilmu pelik. Rupanya nak mengajak mengail.
"Kenapa monyok jer? bukan kau beriya-iya tadi ka?" ujarnya perasan aku mengerut dahi. "Kau tak habis-habis kenakan aku. Kalau nak ajak mengail, tu cakapla ajak mengail" balasku dengan nada kecewa. "Relak la bro, malam ni kita mengail la" ujarnya selamba. "Kau ni kan? Ee geram aku" aku tidak puas hati.
"Kau nak belajar dapat nombor ekor tak, kalau nak, ikut aku ngail, sana aku ceritakan" ujarnya memujuk aku. Mendengar dia nak ceritakan pasal nombor ekor aku jadi semangat semula. "Jomla, mana nak ngail ni?" tanyaku melupakan kegeramanku tadi. "Kita mengail dekat jambatan kayu kat hujung kampung ni" ujarnya menyatakan destinasi kami berdua malam itu.
Dia guna motosikal barunya, aku naik kacpai cabuk ku. Dalam hati memang jeles meleleh la dengan motosikal barunya. Kami terus menuju ke jambatan yang dimaksudkan.
Sampai di jambatan. Dia mula membaling mata kail yang sudah disiapkannya awal tadi. Aku pula meminjam kailnya. Lilin dinyalakan untuk menerangi jambatan yang gelap gempita itu. Biarpun begitu, tampak cuaca tidak akan hujan. Kerana bintang-bintang nampak jelas berkerdipan di angkasa.
"Ha tadi kau kata nak cerita macamana nak dapat nombor ekor, cerita la" ujarku yang jelas aku sudah tidak sabar menunggu dia mulakan cerita. "sabarla, pasal tu aku ajak kau mengail" balasnya. "Kau ni suka melengah-lengahkan cerita, apa kaitan mengail dengan nombor ekor?" tanya ku lagi
(4)
Nasib baik aku menggunakan baju lengan panjang. Kalau tak memang kesejukan la jawabnya. Nyamuk agak seronok menjadi pontianak menghisap darah kami berdua malam tu. Ye la aku tak tau yang dia ajak mengail. Kalau tahu tadi aku bawalah ubat nyamuk, paling tidak pun bawa bekas telur.
"Memang mengail dengan nombor ekor dengan mengail tiada kaitan" ujarnya mula membuka sesi dialoq. "Ke kau tengok nombor kat kepala udang galah?" aku berseloroh. "Itulah engkau, orang suruh sekolah dulu, kau main-main, PMR pun tak lepas" katanya mengenakanku. "Eleh, habis tu sapa yang ajak aku memonteng masa tingkatan 3 dulu?" balasku teringat zaman persekolahan kami hanya dapat sijil tingkatan 3. Itupun nasib baik pihak sekolah bagi juga sijilnya.
Kami berdua ini hanya penganggur tetap di kampung. Biarpun begitu, kami tidak duduk diam juga. Kedua-duanya berkebun lada, dan dia ada kelebihan sikit dengan kolam ikannya. Tak pun kami akan ke sungai mencari rezeki, ada lebih kami jual. Itu pun tengok keadaan sungai. Sori erk, kona sikit. Okay kita balik pada cerita asal.
"Aku ajak kau mengail biar orang tidak perasan, orang akan ingat kita memang keluar mengail nanti, malam esok, malam jumaat kita akan buat upacara minta nombor ekor" ujarnya serius. Rupanya aktiviti mengail ini untuk dia kaburi mata masyarakat sekitar kampung. Barulah aku paham. Kalau setiap malam keluar mengail mak bapak pun tak perasan aktiviti sebenar. "Ooo begitu" aku mengangguk faham.
"Tapi kau kena janji, biar pecah di perut boroimu, jangan pecah kat mulut busuk kau tu ya!" tambahnya lagi. "Kau buat apa sebenarnya?" tanya ku ingin tahu lagi. "Kau nak nombor ekor benar-benar tak?" tanya dia lagi. "Memang la nak. aku nak juga rasa kena nombor macamana" balasku dengan perasaan sedikit teruja.
"Malam esok kau ikut aku lagi, tapi kena cari cacing hidup juga la, pakai cover line, tak la mak aku syak kita buat projek lain, kau jangan bagi kantoi tau" ujarnya. Aku hanya mengangguk faham. "Jangan kau cabut lari sebelum habis upacara sudahla" tambahnya sambil tergelak pada aku. "Pehal pulak?" tanyaku penuh tanda tanya.
"Kita akan ke perkuburan, aku akan buat upacara sikit, jadi kau jangan takut, jangan lari masa tu nanti tau, tak kira apa yang kau nampak, kau faham tak?" ujarnya. Penerangannya menyebabkan aku tertelan liur berkerut dahi mendengarnya. Bukan apa, aku sebenarnya seorang yang penakut juga la. Bab-bab hantu gini lagilah. Biar betul mamat ni. Ini kira serius kerja gila bisik hatiku dan aku hanya mengangguk faham.
(5)
Dia membuat bulu roma ku tiba-tiba meremang. Sebut pasal nak pergi ke kubur saja sudah menyeramkan aku. Aku tidak pasti sama ada aku sanggup ataupun tidak dengan kerja gila begitu.
"Kau takut yer?" dia menyoal keberanianku. Aku terdiam seketika. "Aku tahu kau mesti takut" tambahnya lagi. Korang tahu la, ego lelaki ni macamana, pantang dicabar. "Eh, tak la, ada apa keperluan sebelum pergi tak?" tanyaku yakin. "pasal barang semua tu aku sediakan, harapkan kau, bengap, semua lupa nanti" jelasnya pula. "Habis tu aku tak perlu bawa apa-apa lah?" soalku untuk kepastian. "Kau tak payah bawa apa-apa, kau nak datang bogel tak pakai apa-apa pun tak apa" balasnya diiringi gelak sakan darinya.
"Aku kira menemani kau saja la nanti?" tanyaku sememangnya bodoh hal-hal yang aku tidak tahu langsung apa akan berlaku. "Kau cuma ikut aku, masa kat sana jangan banyak tanya, tengok dan diam sudahla, ada syarat juga bila selesai upacara tau" tambahnya lagi. "Syarat ni aku malas ni, jangan banyak sangat la, kau tahu aku ni kan susah nak ingat" ujarku. Aku tahu dia akan buat suatu pemujaan dan penyeruan syaitan. Tapi aku langsung buta pasal apa yang akan dilakukan nanti.
Nombor punya pasal. Perasaan ingin tahu berkobar-kobar, biarpun di hatiku teragak-agak dengan aktiviti tersebut.
"Apa syaratnya?" tanyaku. "Jap, bagi aku layan joran aku kena ni" ujarnya terus mengapai joran dan memutar gear kail tersebut. Ermm, menarik dia berjaya menaikan seekor udang galah sebesar lengan. Ikut perasaan dengkiku, nak saja aku campakkan udang itu ke dalam sungai semula. Aku cuma berkhayal, kalau aku buat betul-betul pasti dia akan mengamuk dengan ku. Fantasi bangang tu menyebabkan aku tersengih.
Setelah itu dia campak semula mata kailnya ke dalam sungai. Dia pun baru nak menyambung semula tentang syaratnya. "Syarat nya adalah...." ujarnya. "Jap bro, joran aku pula kena renggut udang, tunggu ya" ujarku. Aku berusaha menaikkan benda yang menelan kailku. Aku juga berjaya menaikan seekor udang galah sebesar lengan seperti yang dia dapat. Kami seri satu sama.
(6)
Masa udang tengah rancak makan mata kail pula. Berbalas balas kami berdua menaikan udang galah. Tampak rezeki malam tu sangat bagus. Tak dapat nak fokus dengan topik la pula. Sesudah udang tak berapa nak makan dah baru kami berdua sambung balik topik asal.
"Cerita lah syarat kau tu, sebelum udang makan kail lagi" ujar ku sambil ku nyalakan api rokokku. "Ok, syarat nya bukan dari aku, ada pantang larang yang kau kena ikut la" ujarnya. Di antara syarat itu adalah tidak boleh melalui bawah ampaian, jangan memandang ke belakang sesudah upacara, tidak boleh melangkah kertas nombor dan kena ikut permintaan makhluk ghaib tu. Dan kesan melanggar pantang tu dia tidak tahu pula, sebabnya dia tak pernah melanggar pantangnya lagi.
"Ingat semua pantang tu tau!" tegasnya. "Baik tuan" aku mengangguk tanda faham. "Esok malam sama juga waktunya tau, aku tunggu kau kat rumah, biar emak aku ingat kita benar-benar mengail" ujarnya lagi. "Jangan risau, walaupun aku ni takat tingkatan 3, tapi aku jeenis orang menepati janji" balasku.
"Tapi kau kena ingat juga, jangan takut dan jangan lari dengan apa yang kau nampak dan dengar ok" ujarnya tegas. Dengan dia kata macam itu aku sudah meremang. Tapi tu la, sebab duit punya hal aku jadi sanggup dan cuba memberanikan diri juga nanti. "Ok bro, jangan risau punya, lu mesti caya sama wa" balasku menyembunyikan rasa takut di hati.
Malam itu kami berdua terus mengail. Dah lebih kurang jam 1 macam tu, kami berdua pun balik. Udang adalah lebih sekilo seorang. Bolehlah nak buat lauk dan meyakinkan orang tua untuk keluar malam lagi.
Bukannya orang tua tak bagi keluar malam-malam, tapi kebanyakan anak muda lain keluar merempit, hisap gam, hisap benda pelik-pelik. Itulah yang orang tua tak galakkan melilau waktu malam. Tapi kami berdua ni jenis skema punya, tak macam budak-budak lain tu.
Bila sampai kat rumah, rasanya tak sabar pula nak tunggu malam esok. Walaupun hati ini berdebar tahu diri akan ketakutan. Nak sangat tengok hasilnya, nak nombor ekor kena. Perasaan tu yang tak sabar tu, walaupun main tipu.
(7)
Pagi itu, bukan main seronoknya ibuku melihat udang galah dalam peti sejuk. Aku pun jelaskan kat dia malam ni nak pergi lagi mengail. Ibuku bagi kebenaran dengan syarat tak melilau ke tempat lain katanya. Aku senyum sebab dapat kebenaran dari orang tua. Sudah mula terbayang nombor ekor aku kena.
Malam itu seperti yang dijanjikan, aku datang bersama umpan cacing tanah. Kawan aku sudah menunggu. Kali ini, motosikal kapcai ku tinggal kat rumahnya. Aku naik bersamanya. Kami bertolak ke kawasan perkuburan dekat dengan kawasan sempadan dengan kampung sebelah.
Sesampai di desinasi, dia membawa aku duduk di sebatang pokok. Tempatnya waktu siang tidaklah seram. Tapi waktu malam seram lain macam pula. Aku sebenarnya masih teragak-agak dengan kerja gila ni. Tapi sebab sudah janji punya pasal aku gagahkan diri pula.
Aku lihat dia menyalakan dua lampu lilin. Dan dihamparnya kain kuning lebih kurang setengah meter persegi. Lebih kurang la. Aku lihat dia meletakkan pinggan kaca. Di atas pinggan itu dia letak dua biji telur ayam kampung di sertakannya dengan pen dan kertas. Kemudian dia pejamkan mata. Mulut dia terkumat-kamit baca sesuatu yang aku tidak paham.
Suasana tadi tenang, kini ada bunyi burung gagak dan deruan angin menyapa pipi. Apa yang aku cuba ingat adalah pantang-larang yang dinyatakannya semalam. Suasana menjadi lebih seram. Ada bunyi hilaian sedang menuju ke arah kami. Aku tidak berani mendongak, aku hanya tunduk. Ye la, takut la wei, tiba-tiba saja nanti makhluk tu menunjukkan mukanya kat aku, boleh pengsan ooo. Bunyi itu sudah seperti di tepi telinga aku. Gila, meremang siot bulu romaku. terasa tangan dan kepala lututku bergegar.
"Dah selesai jom balik, ingat jangan pandang belakang" ujar kawanku. Aku bangun dengan kaki terketar-ketar. Aku ikut langkah kawanku. Aku memang tidak berani nak pandang ke belakang. Bulu romaku memang tidak duduk, hanya menegak dari tadi. Bagaikan orang tengah menahan nafas aku dalam situasi itu. Sial gila kerja macam ni bisik hatiku.
Sampai kat rumah kawanku, barulah aku menghembus nafas lega. "Nah, ni dia nombor dia bagi, tapi jangan harap kena 1st atau 2nd Prize la, nak yang itu, besar lagi upahnya" ujar kawanku. Dia punya selamba jer, mungkin dia sudah biasa mungkin. Aku pun salin nombor itu tadi. Bersemangat nak beli nombor sabtu ni.
(8)
Awal pagi sabtu, awal aku sudah berbaris. Sebab belum begitu yakin, aku beli RM5 jer. Lepas itu aku terus lepak kedai kopi macam biasa. Kawan ku pun turut sama lepak kat situ. Dia beli RM50 nombor yang sama. Dia tergelak bila dengar aku berani beli banyak tu jer. Macam biasa lah dia belanja aku minum pagi tu.
"Kau pasti ke nombor ni kena?" tanyaku ragu-ragu. "Aku tak beli banyak tu la untuk satu nombor kalau tak yakin" balasnya. "Kalau kau nak tahu, kalau kau minta pada makhluk yang sama, semakin banyak kau minta, semakin banyak kau kena bayar dia upah" tambahnya lagi. "Macamana tu" aku bertanya dan lebih memberikan tumpuan.
Dia menceritakan. Kalau minta pada makhluk yang sama, ufti atau upah yang kena jamu pada makluk tu semakin besar nilainya. Contohnya nilai permintaan pertama mungkin hanya buah limau mandarin. Makin lama dia akan minta upah yang lebih besar. Contohnya lagi macam darah ayam, ayam kampung, pulut kuning dan sebagainya. Biasanya dia akan pesan dulu semua tu sebelum datang memuja dan menyerunya untuk yang seterusnya.
"Kau dah pakai level mana bro?" tanyaku. "Malam tu kita jamu dia dengan telur ayam kampung, tapi lepas tu dia minta darah ayam pulak" balasnya. "Mana nak cari darah ayam bro?" tanyaku. "Kau ni bengap juga la, kat market tu belambak la bro, tapi kau yang kena bawa kali ini, bole?" ujarnya lagi. "Kalau pergi seorang tak berani aku bro" balasku. "Aku suruh kau cari darah ayam semangkuk, nanti kita pergi sana minggu depan la" jelasnya lagi. "Tapi aku nak tengok dulu, nombor ni kena ke tidak, baru aku yakin" balasku nak pastikan kerja gila itu mendatangkan hasilnya.
Petang tu lebih kurang jam 7 malam aku datang ke rumahnya. Dia kata boleh cek guna telefon jer keputusan nombor ekor, tak payah nak tunggu surat khabar bagai. Dengan berdebar-debar kami cek keputusan nombor ekor.
"Wei kena, shhhhhhh jangan jerit kuat-kuat nanti orang dengar" ujarnya. "Wah memang sebiji tersusun nombornya keluar, tak sia-sia kerja gila kita bro" balasku. "Kan aku dah kata, kau yang beli RM5 saja pehal?" katanya sambil mentertawakan aku. Aku tetap gembira, itu kali pertama aku kena nombor ekor kot. Walaupun dapat saguhati punya, kami berdua tetap puas hati. Aku dapat RM300 la, dia lagi banyak RM3000 dia dapat.
"Kena punya pasal kita pergi lagi la minggu depan bro" kataku mencadangkan kami minta nombor lagi. Aku sudah yakin itu jalan termudah cari duit. "Boleh saja, janji kau cari apa yang dia minta la, dan jangan lupa cacing hidup juga tau" balasnya dan dia tersenyum puas.
(9)
Mulai dari minggu itu, kami berdua terus menjalankan aktiviti gila. Duit hasil nombor itu aku belikan motosikal baru. Tiap-tiap hari makan di kedai kehidupan kami berdua. Agak mewah. Aktiviti kami berdua tidak dikesan oleh mak bapak masing-masing kerana kami bijak menyembunyikannya. Aktiviti tersebut menjadikan kami semakin gian buat kerja gila terkutuk itu.
Malam ini malam jumaat. Macam biasa takkan lepaskan peluang lagi. Malam tu aku pergi lebih awal datang rumah kawan ku. Sampai kat rumahnya kami berdua buat-buat sibuk mengikat tali kail bagai. Walaupun masih takut-takut, keterujaan tu sangat tinggi. Duit punya pasal kan.
Sampai kat tempat biasa, dia pun seperti sebelumnya menghamparkan kain kuningnya bersama sebatang pen dan kertas. Lilin merah dinyalakan. Kali ini habuan yang lebih menarik kami bawa. Dengan harapan nombor ekor kena lebih tinggi nilainya. Ayam kampung dua ekor, telur ayam kampung tujuh biji, sepinggan pulut kuning. Memang nampak besar hajat kali ini.
Dia pun mula pejamkan matanya dan mulakan bacaan mentera menyerunya. Mulutnya terkumat-kamit, aku memang jelas tak paham walaupun dia ada ajar aku baca menteranya. Tempat itu sememangnya seram. Di tambah malam itu bulan mengambang penuh. Suasana perkuburan agak jelas disinar bulan. Aku yang sememangnya penakut hanya tunduk menunggu.
Deruan angin kedengaran melibas telinga, bunyi daun berlaga diterbangkan angin juga jelas kedengaran. Tapi lebih jelas hilaian yang kedengaran semakin mendekat. Semakin dekat hilaian itu jadi lebih ramai. Alamak hantu bawa geng pulak bisik hatiku. Bulu romaku memang sudah berdiri dari tadi. Tapi kali ini aku tidak terketar la. Cuma jantungku memang laju berdegup.
Aku dengar bunyi aneh, seperti berbisik-bisik dengan suara kejap garau kejap halus. Fuhhh, serius seram kot. Kalau korang nak tau, suasana nya bagai kami berdua dikelilingi hantu. Perh, tak boleh silap langkah langsung ni bisik hatiku yang sudah lama berdebar dari tadi.
"Dah selesai, jom kita balik" ujar kawanku setelah dia mengambil kertas itu dan di simpannya dalam beg. Aku pun terus pergi bersamanya. Bulu romaku masih meremang. Entah macamana aku terpandang ke belakang. Aku lihat banyaknya hantu tengah makan mengerumuni benda yang kami berdua jamu. Aku tidak berani pandang lama. Memang seram gila.
(10)
Perihal aku memandang ke belakang itu tidak ku ceritakan kepada kawan ku. Aku tidak berani bagitau dia aku telah terlanggar pantang itu. Sesampai di rumahnya dia membuka kertas tersebut. Dia dapati tiada apa-apa yang tertulis. Dia berasa pelik apakah dia salah baca menteranya atau apa?
"Nampak gayanya kita tidak dapat nombor la" ujarnya. Kami membelek-belek kertas kuning tersebut beberapa kali. Memang jelas tiada apa-apa tertulis. Kami berdua kecewa. Lagi-lagi aku sebab aku tahu aku punya angkara. Aku pun minta diri balik. "Kita cuba lain kali la" ajaknya. "Ye lah bro" balasku dan aku naik motosikal langsung balik ke rumah.
Pagi itu, aku bangun ingin pergi ke kedai kopi lepak dengan kawan ku. Aku dapati motosikal ku sudah hilang yang ada tinggal motosikal kapcaiku. Apa nasibla. Aku telefon kawanku minta dia ambik aku datang ke rumah, masalahnya dia kata motosikal barunya pun hilang. Aku pula yang terpaksa ambik dia ke rumah dengan kapcai buruk ku.
Kami berdua datang ke balai untuk buat report polis. Di sana kami menceritakan motosikal kami dicuri. Hanya rantainya dan mangganya yang masih berkunci sahaja ditinggalkan serupa dengan kes kawanku. Memang kami tahu report polis itu tidak akan mengembalikan semula motosikal baru kami berdua itu.
Kami berdua ke kedai kopi, melepak sekejap mengenangkan nasib. Hanya memesan kopi panas. Tak makan macam sebelumnya. "Kau kunci ke motosikal kau sebelum naik rumah?" tanya kawanku. "Kunci la, sayang motosikal baru tu, kalau ikut hati nak bawak masuk rumah" balasku. Aku berfikir sejenak, rasanya aku tahu punca kehilangan motosikal ini. Tapi aku tidak ceritakan pada dia. Aku tidak mahu dia mengamuk pada aku.
Mulai dari hari itu kami berdua tidak lagi melakukan aktiviti permujaan dan penyeruan. Rahsia itu terus ku simpan. Kali ini kami berdua betul-betul berusaha secara manual iaitu berkebun lada dan mengusahakan kolam. Ia adalah titik peluh semula jadi kami berdua. Dan ia nampak lebih berkat.
Pengajarannya, apabila kita buat suatu yang terkutuk, pasti ada karma yang menanti. Mujurlah dalam kisah kami berdua tiada nyawa yang diminta oleh syaitan tersebut. Maka jangan lah cuba mendapatkan sesuatu dengan cara yang mudah sehingga sanggup mengadai maruah dan nyawa sendiri.
TAMAT!
Sekian. Terima Kasih kerana sudi membaca.
Kisah ini adalah rekaan semata-mata. Tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Jika berlaku ianya dalah suatu kebetulan sahaja.
Ditulis: Justine Amping

No comments:
Post a Comment