Dunia Perantara



















Dimensi Dua Dunia 

Ep1
Dunia Perantara

Mereka datang padaku, kerana mereka percaya dan yakin aku mampu membuat sesuatu yang mereka mahukan. Ya benar, aku cuba laksanakan segala keinginan mereka. Namun, imbalannya mereka kena tanggung sendiri. Jika sesuatu yang mereka inginkan berlaku itu menjadi kenyataan, makanya kesan sampingannya mereka kena bersedia hadapi jika pantang larangnya mereka langgar.

"Bila kau nak puas dengan segala ilmu yang kau dapat?" Ujar Seri awek cantik yang sentiasa bersamaku.

"Aku sekolah pun setakat tahu membaca untuk ilmu dunia, banyak lagi aku kena dapatkan" balasku.

Siapa Seri? Dia adalah awek bunian yang melaksanakan tugasnya sebagai pendampingku. Dalam kerja profesion profesional kiranya macam setiausaha sulit la. Dalam yang sama dia juga adalah siluman harimau bintang. Namun, begitu tiada siapa boleh nampak dia melainkan aku.

"Ilmu kau dah tinggi, kita boleh tinggal di sana bersama, tinggalkan dunia manusia ni yang penuh dengan ketamakan dan dengki ini" Seri tidak serik memujukku balik ke dunianya.

"Bosanla hidup primitif sangat, kat sini seronok juga dapat uji ilmu tu semua" balasku masih tidak puas dengan setiap ilmu baru yang aku dapat.

"Jangan sampai kau sendiri terperdaya dengan ketamakan" Ujar Seri.

"Itu aku tahu, aku perlukan 1 permintaan terbaik untuk melepaskan semuanya" balasku yakin pasti akan ada juga berlaku kelak.

"Manusia takkan pernah minta macam tu, semua permintaan adalah ketamakan dan hasad dengki semuanya menjurus kepada kejahatan" ujar Seri supaya aku putus asa.

"Akan ada nanti Seri" balasku yakin.

"Sudah-sudahla, kau nampak sendiri setiap kali kau tunaikan permintaan mereka, kau juga kena tanggung kesan sampingannya" Seri menunjukkan rasa simpatinya.

"Seri, yakinlah akan ada harapan, tok guru kata satu permintaan sahaja sudah mencukupi" balasku.

"Pantang larang senang pun mereka tak endahkan, yang kena tanggung kau juga, kita hidup bersama di sana lagi aman" Seri tak habis-habis memujuk aku supaya berhenti berharap.

"Ini adalah pilihan aku sendiri Seri, aku tahu apa yang aku lakukan" balasku.

Seri tidak mampu menahan air matanya. Dia merasakan aku terlalu kejam pada diriku sendiri. Aku tahu peluang mendapat harapan itu suatu yang sangat ajaib. Tapi aku ingat pesan tok guru, selagi ada peluang jangan pernah mengalah.


Ep2
Dunia Perantara

Rumah operasiku sengaja dibina di hujung kampung. Semua bertujuan merahsiakan segala aktivitinya. Apapun sebenarnya ia adalah dekat dengan persempadanan dunia manusia dan bunian. Di dunia ini rumah operasiku memang nampak pondok nak roboh. Tapi hakikatnya, aku memiliki rumah gah di alam bunian sana bersama isteri bunianku Seri.

Di dunia nyata, bidang ini terpecah kepada tiga. Saintifik, Keagamaan dan Supernatural. Aku berada dalam kelompok ketiga. Aku bukanlah orang yang nak cari makan. Tetapi aku adalah jenis manusia yang teruja dengan ilmu yang dapat membuka pancaindera keenam.

"Tok, ada orang dalam perjalanan menuju ke rumah tok sekarang ni" ujar belaanku saka yang bernama Sakane.

"Semua bersiap sedia, kita ada tugas nak buat" arahku pada belaanku.
"Baik tok" jawab mereka semua serentak.

"Lang, kau dah semak apa mereka nak?" tanyaku pada si Langsura yakni Langsuir.

"Mereka tu anak dara tua, nak cari jodoh itu yang mereka bincangkan tok" balas si Langsura.
"Baiklah, kita tunggu jer mereka datang" ujarku.

Dalam beberapa ketika. Kedengaran sebuah kereta masuk ke halaman rumah pondok usangku. Setelah berapa ketika barulah mereka keluar. Dan berjalan menuju ke pondok usangku.

"Hello, ada orang tak?" sapa salah seorang dari mereka.

Aku suruh Sakane buka pintu. Ermm dorang nampak seakan pintu terbuka sendiri la. Sebabnya mereka mana nampak si Sakane kat situ.

"Hermmm.. masuk" balasku dari dalam.

Aku sengaja guna sound efek suara garau dan nampak bengis depan mereka. Bagi gerun sikit.

Dengan perlahan tiga orang perempuan tu melangkah masuk ke dalam pondok. Dan aku arahkan duduk. Mereka bertiga masuk dan duduk. Wajah mereka seperti rusa masuk kampung. Wajah berkerut melihat sekeliling apa yang ada dalam pondok usangku itu.

"Tuk, kami bertiga ni berhajat...." ujar seorang darinya.

"Tuk dah tahu, nak cari jodoh kan?" balasku.

"Macam mana tuk tahu?" ujar seorang lagi.

Aku diam dan menayangkan wajah bengisku.

"Ishhh kau ni, dia kan bomoh, dia tau la" terdengar perempuan pertama berbisik pada kawannya.

Hehehehehe, kah kah kah.... Si Langsura tergelak. Tapi mereka tidak mendengarnya. Aku kerling ke arah Langsura.

"Kau diam, tok nak buat kerja" bentakku pada Langsura.

Perempuan tiga orang tu terpinga-pinga. Secara automatik merapatkan tempat duduk mereka kepada masing-masing.

"Tok, tengok la muka minah tu, rupa macam nenek orang dah ada hati nak cari jodoh" ujar Langsura yang sememangnya tidak mereka dengari.

"Kau diam..... Tok nak buat kerja" sekali lagi aku bagi amaran kat Langsura.
"Eyela kite diam" ujar Langsura.

Aku kembali membetulkan tempat dudukku.

"Ada bawa gambar penuh diri masing-masing?" tanyaku.

"Ada tuk, nah ni dia" balasnya sambil menghulur 3 keping gambar mereka bertiga.

Macam tau-tau pula aku perlukan gambar. Mungkin mereka ni dapat tahu tentang aku dari yang lain pernah buat permintaan yang sama la kot.

Aku mengambil gambar tersebut dan meletak di dalam suatu bekas.

"Ingat ini, balik nanti korang kena mandi air bunga tujuh jenis dan hanya tujuh kuntum sahaja" ujarku.

"Itu sahaja ke tuk?" tanya perempuan yang di tengah-tengah, mungkin ketua mereka bertiga.

"Ada lagi, jangan lalu bawah rumah, jangan lalu bawah ampaian" tambahku lagi.

"Saya duduk kat flat tok, macam mana pulak?" tanya yang diam dari tadi.

"Untuk engkau, jangan sampai kena dengan air titisan dari ampaian" jelasku.

"Berapa lama boleh tahu kesannya tuk" yang becok tu bertanya lagi.

"Kalau kau tak langgar pantangnya, mandi air bunga jam 3 pagi tujuh malam berturut-turut. Maka jodoh kamu akan menjelma" jelasku lagi.

"Berapa pengerasnya tok?" tanya si ketua.

"Bila kamu sudah berkahwin nanti, baru kamu bagi pengerasnya, masa tu baru tok bagitau apa pengerasnya" jelasku.

"Baik tuk" jawab mereka bertiga serentak.

"Kamu boleh pergi sekarang" ujarku.

Mereka bertiga minta diri dan berlalu pergi.


Ep3
Dunia Perantara

Apa yang aku buat adalah menuruti kehendak mereka. Setiap permintaan atau pengerasnya bukan sepenuhnya aku tetapkan. Ia adalah upah kepada khadam suruhanku. Apapun setakat ini khadam-khadam ku yang terdiri dari golongan makhluk halus ini tak banyak buat karenah. Mereka akur dengan segala pengeras yang kami bincangkan bersama.

Aku tak bagi can kat mereka memilih pengeras yang bukan-bukan dan susah nak dicari. Aku bukanlah jenis bomoh yang mahukan duit. Aku mempunyai matlamatku sendiri.

Kebanyakkan yang datang membawa aura yang penuh kebencian, penuh dengan dengki. Aku terpaksa tunaikan juga. Aku juga kena tanggung sebahagian tuntutan imbalan terhadap permintaan mereka. Ada yang datang untuk menyantau, ada yang datang untuk memutuskan hubungan orang lain, ada yang minta ilmu pengasih, ada yang nak menanam susuk, ada yang nak ilmu pelaris. Pelbagai permintaan yang menyakitkan orang lain pun ada.

Aku tunaikan juga semua tu asalkan mereka faham risiko akan ada pulangan balik pada mereka sendiri kelak. Mungkin karma itu tidak segera. Aku sendiri merasakan banyak karma segera. Belakangku penuh dengan parut. Setiap permintaan jahat yang aku tunaikan, aku segera diberi imbalannya. Aku diseksa.

Mengapa aku sanggup melakukannya? Misi aku adalah menantikan keajaiban, menunggu seseorang datang memohonku melakukan sihir yang mendatangkan kebaikan pada orang lain. Iaitu datang kepadaku, memohon suatu doa kebaikan dan kesejahteraan orang lain. Tapi, apakah mungkin itu akan berlaku? Kerana setiap yang datang kepadaku kebanyakannya datang dengan aura kebencian dan ketamakan.

Tok guru aku pernah berkata, jika dapat seorang yang bertemu denganku dengan penuh rasa ikhlas meminta aku memberikan kebahagiaan orang lain maka permintaan tersebut boleh menjadikan aku *immortal. *Itulah jurus tertinggi yang ingin aku capai.

"Sura, kau gelak tadi ye" aku menunjukkan rasa geram pada Langsura.

"Mana tahan tok, tengok muka macam jamban tak siap ma" balas Sura padaku.

"Ha kau gelak, sekarang ni kau kumpulkan 3 Khadam buat kerja, ikut perempuan bertiga tu dan pastikan mereka tidak langgar pantang, macam biasa, langgar pantang kontrak mereka terbatal, lagi satu pada hari ketujuh, pastikan buat mereka terserempak dengan lelaki yang senasib mereka" aku menjelaskan arahan pada Langsura.

"Beres tok, takda kerja lebih susah lagi ke tok?" Langsura mengacah.

Siapa Langsura ni? Dia juga pembantuku selain Seri. Tapi minah langsuir ni penyakat sungguh. Depan aku dia tak menunkan rupa yang buruk. Dia nampak kemas dan cantik dengan pakaian putihnya. Dia ni dulu seorang anak gadis yang meninggal dan di bunuh kejam oleh perogolnya. Aku gali balik kuburnya untuk dijadikan pembantu. Mula dulu punya payah nak pujuk dia join aku. Lepas aku kata, kalau kau nak balas dendam aku boleh bantu, barulah dia semangat join team aku.

Lepas tu, dia tak gamak pulak nak balas dendam. Kerjanya dia datang nyakat perogolnya dalam mimpi mereka. Dia seronok menyakat pula. Tapi orangnya tak la sampai nak membunuh musuhnya. Sebab dia tahu situasinya akan mendatangkan kesan padanya apabila berlebihan menggunakan tenaganya sebagai roh. Dia cuma akan melakukan sesuatu yang aku arahkan.


Ep4
Dunia Perantara

Dalam kehidupan setiap manusia akan melalui jalan hidup masing-masing. Masa dan ruang adalah dua perkara yang sentiasa berhubungkait. Sebab itulah sesetengah masa hadapan boleh diramalkan. Tugas pengantara adalah membantu mereka yang inginkan kelainan atau mempercepatkan likuan hidup mereka. Dalam masa yang sama, nasib mereka adalah laluan mereka sendiri.

Oleh sebab itu pengantara hanya mempercepatkan proses yang mendatangkan nasib baik mereka dan juga mempercepatkan nasib buruk mereka. Sama juga seakan nampak ia adalah suatu imbalannya.

"Tok, kenapa tok selalu buat muka bengis eh?" Langsura sengaja nak bergurau.

Langsura ni orangnya nampak imut dan ceria. Tapi bila diarahkan melaksanakan tugasnya, dia boleh menyebabkan orang yang mendengarnya terkencing berdiri. Sampai masanya aku kena lepaskan juga roh si Langsura ni. Dia perlu bebas dan rohnya perlu tenang juga nanti. Tapi setakat ini aku perlukan mereka semua. Mungkin sehingga misiku tercapai.

"Tok, ada orang nak datang berubat pula" Si Sakane termengah-mengah mendapatkan aku di depan pintu.

"Biarkan mereka datang" ujarku.

"Kejap lagi mereka sampai la tok" balas Sakane.

Kalau korang nak tahu pula, Sakane ini adalah makhluk saka. Wahal dia lagi tua dari aku. Tapi tetap memanggil aku sebagai Tok. Dia adalah diwariskan oleh mendiang datuk aku dulu. Tapi atuk aku bukanlah seorang bomoh sepertiku.

Sakane kerja dia jadi guard sekitar pondokku. Dia akan segera maklumkan jika ada yang bertandang. Upahnya tak berat sangat. Tapi kebelakangan ni susah juga nak cari. Pulut kuning dan 3 biji telur ayam kampung. Dah selera dia suka benda tu. Pernah juga aku bagi dia cuba makanan lain. Tak kena selera katanya.

Sekali lagi hari ini aku menerima tetamu. Pesakit kena rasuk. Suka meracau. Apa yang pasti dia bukan dari khadamku yang menganggunya.

"Tok, kami ni nak datang berubat" suara dari depan pintu menyapa.

Macam biasa, Sakane buka pintunya.

"Masuklah" jemputku.

Mereka masuk dan memapah si pesakit budak lelaki yang masih pengsan tersebut.
"Baringkan dia" ujarku.

Mereka menuruti. Aku nampak sesuatu duduk didalamnya.

"Kau dah kenapa rasuk dia?" tanyaku selamba pada makhluk tersebut.

Tiba-tiba budak itu bangkit dan duduk mencangkung. Dia merenung padaku. Aku buat derk jer la.

"Dia kacau tempat aku, dia ambik barang aku, aku nak dia pulangkan balik" balas makluk yang merasuk budak tu.

"Barang apa dia ambik?" tanyaku.

"Batu Delima aku" jelasnya.

"Sapa suruh kau letak barang kau sembarangan, bodo" aku sengaja menyelak makhluk tersebut.

"Aku nak barang aku balik, kalau tak aku ambik nyawa budak ni" balas makluk tersebut.

Aku pandang wajah penjaga budak tersebut. Dan aku pesan kat dia. Supaya dia ambik sekarang juga benda yang budak tu ada punggut dari mana-mana atau hutan sebelum ni. Dia bergegas keluar, dan pergi meninggalkan seorang lagi bersama budak tu. Nasib baik mereka ni adalah orang kampung sebelah. Tidak la jauh sangat nak ambik barang tu.

Sambil tu aku ambik daun rumbia dan menggulungnya bersama tembakau jawa. Aku petik api. Aku sedut asapnya. Sementara menunggu penjaga budak tu sampai.

"Aku nak barang aku balik, kalau tak budak ni aku cekik sampai mati" makhluk tu bersuara lagi.

Aku tak jawab. Aku teruskan dengan menikmati daun rumbia bersama tembakau jawaku.

Beberapa ketika....

"Barang dia dah sampai tok" ujar Sakane.

"Tok tahu, tok cuma rabun jer, bukan buta" balasku sambil melihat penjaganya yang berlari anak menuju masuk ke dalam pondokku.

"Nah tok, ini mungkin barangnya" ujarnya sambil memberikan barangan dalam bungkusan plastik hitam tu.

Aku mengambil barang dalam plastik tu. Aku lihat ianya seketul batu berwarna kemerahan. Jika dilihat dengan mata kasar tiada yang istimewa batu tersebut. Aku ramas batu tersebut dengan jemariku. Batu yang asalnya sejuk, bertukar agak kepanasan.

"Kau keluar dari budak tu sekarang, kalau tak! Aku tak bagi balik benda ni" aku mengugut makhluk tersebut.

Selepas saja makhluk itu keluar. Aku mengarahkan mereka yang berubat tu tadi balik dan mandikan budak guna sedikit air garam. Selepas mereka balik barulah aku settle ngan makhluk tu pula.

"Lain kali, barang kau tu jangan letak sembarangan, faham" aku menghulurkan batu tersebut pada makhluk tersebut.


Ep5
Dunia Perantara

Baru selesai satu tugas. Budak kerasukan tu dengarnya sudah sedar sepenuhnya. Begitulah selalunya, kalau tak orang berubat aku menunaikan permintaan yang bukan-bukan. Dengan ilmu yang aku ada bukanlah untuk mengaut keuntungan. Ada di kalangan sama sepertiku bertujuan mengaut keuntungan.

Jika kita melihat kepada madu, kerana ada madu asli juga madu palsu itu wujud. Ada permintaan terhadapnya membuatkan pemalsuan itu wujud. Begitu juga bomoh, ada juga yang bergelar bomoh temberang. Mereka ini menyebabkan yang benar itu disangsikan. Mengaut untung, sedangkan perkhidmatan tidaklah menjanjikan hasilnya.

Tetapi terpulang pada hak masing-masing. Nak keuntungan atau mengejar misi sepertiku. Kalau aku mengejar kekayaan aku tidak perlukan pelanggan. Aku sudah ada banyak toyol peliharaan untuk mendapatkannya. Buat apa aku nak bersusah payah mencari pelanggan mengejar nilainya. Tapi kena paham juga, yang kena tanggung kesannya adalah golongan kami sendiri juga.

Sebenarnya kami tidak perlu mengejar wang. Jika golonganku mencarinya juga, itu bermakna nak menunjukkan betapa tingginya kesan yang dia perlu hadapi untuk hasil suatu sihir tersebut. Bayarannya sebenarnya bukan imbalan kepada seksaan yang diperolehi dari setiap sihir itu sendiri.

Sesungguhnya, memiliki ilmu sihir tidak akan membuatkan orang itu bahagia. Tetapi memiliki dunia tersendiri yang tidak dilalui oleh orang biasa-biasa. Ada yang mengatakan kami golongan jahat, ada juga yang sebaliknya. Permintaan dan keinginan dari manusia itu sendiri sebenarnya menjahatkan golonganku. Boleh saja sebenarnya mereka meminta suatu permintaan yang baik terhadap orang lain. Malah itu yang kami cari untuk mencari keabadian. Tetapi peluangnya sangat rendah, kerana manusia lebih cenderung menanam sifat keburukan berbanding kebaikan.

Kami pula hanya dapat membantu menunaikan keinginan mereka. Tetapi imbalannya mereka tidak boleh mengetahui bila ia akan menjadi karma mereka. Mulut kami bagai terkunci untuk mengungkapkan imbalannya. Kerana jika kami membongkarkannya misi keabadian akan terus berkubur. Selagi mana mampu menutup rahsianya, kami bagaikan boneka yang terseksa terus menunaikan segala permintaan. Tidak kira ia kejahatan tertinggi mana.

Oleh itu, ramai di kalanganku mengalah dan mencari keuntungan dunia setelah melupakan misi asalnya. Maka, dari situ dosa dan diri terus menjadi boneka seksaan serta terus sesat dalam kejahatan.

Aku sendiri tidak pasti adakah aku akan berjaya atau tidak melepasi segalanya. Nampak kami sepertinya bebas melakukan segala sihir, Aku tahu dari awal lagi, apakah yang bakalku lalui adalah suatu yang sangat sukar untuk ditempuhi. Golongku sangat ditegah menilik nasib sesama kami. Ia adalah larangan yang boleh menyebabkan kami terus menghilang menjadi seperti debu bertaburan di udara jika dilakukan.


Ep6
Dunia Perantara

Apakah menjadi pengantara ini adalah pilihan atau takdir? Aku sendiri tidak mengetahui jawapannya. Sudah pasti suatu perkara berlaku itu ada alasannya. Rahsia alam ini sangat luas. Ilmu supernatural, bukanlah suatu yang digemari. Pandangan masyarakat memang jelas prejudis dengan kemunculan golongan pengantara seperti kami. Apa yang jelas adalah cara hidup kami penuh misteri dan berbeza dengan akal fikiran normal manusia biasa.

"Tok, kenapa tok nak jadi pengantara erk?" Langsura ingin tahu.

"Rasanya kau tak ingin tahu sebenarnya Sura, kau saja nak ajak Tok bersembang sebab bosan kan?" balasku.

"Kenapa tok bangkitkan saya dulu tok?" tanya minah tu lagi.

"Kau ni kan, aku dah jelas banyak kali kat kau la, tu pun tanya lagi ka?" aku rasa geram dengan minah penyakat ni.

Tapi itulah kami yang pada hakikatnya, selalu bergurau senda. Sesama dengan mereka ni, aku jadi periang seperti mana mereka. Sentiasa menghiburkan masing-masing. Kami seronok dengan apa yang kami lakukan apabila tiada yang datang bertandang membuat permintaan. Setiap kehadiran mereka yang bertandang membuatkan kami resah sebenarnya lebih-lebih lagi ia datang dengan penuh perasaan dendam.

Sihir itu sendiri akan menjadi lebih kuat jika pemohon itu sendiri datang dengan perasaan kebencian dan dipenuhi aura kejahatan. Jika mereka datang bertujuan berubat, itu lebih selamat. Jika permohonan lebih kepada hasrat dan keinginan yang berbentuk nafsu dan tamak seperti jodoh, susuk, nombor ekor, pelaris ia ada imbalan yang mereka kena hadapi sendiri. Jika ia melibatkan sihir yang lebih berat sehingga boleh mengambil nyawa, kami juga akan turut menerima hukumnya selain mereka sendiri akan mendapat imbalan yang setimpal sama ada di dunia atau di alam mati.

"Tok, Sura bosan la, kalau lang nak nyakat orang kampung boleh tak?" Si Langsura merengek nak keluar.

"Tak payah, teman je tok kat sini, nanti tok perlukan susah lak nak cari" pujukku.

Sebenarnya aku risau biarkan belaanku merayau. Kecuali si bendul Sakane tu. Budak Sakane ikut arahan. Budak nakal Langsura ni bukan boleh biar jer suka hati. Suri pula balik ke alam bunian. Kalau tak boleh juga dia temankan si Langsura ni.

"Sura bosan la tok" Langsura tak habis-habis dengan perangainya.

"Kalau kau nak keluar, jangan jauh-jauh, sapa nak tolong tok panggil khadam lain nanti?"
 ujarku setelah tak tahan dengan rengekan mengada budak tu.

"Tapi malas la nak keluar tok" ujarnya

Tadi beria-ia. Sekarang malas pulak. lantak engkau la Sura.

"Eh tok, Sura nampak cantik tak?" dia mengada lagi.

"Depan tok memang cantik, depan manusia lain lintang pukang mereka tengok kau" balasku.
"Tok tak rindu dengan Kak Serri ke?" dia tanya lagi.

"Tentu la rindu, tapi dah kak Serri ada hal kat sana, nanti-nanti dia datang balik la" balasku terbayangkan wajah si Serri pendamping setiaku.

"Tok, ada orang datang" ujar si Sakane dari luar.


Ep7
Dunia Perantara

Setiap manusia ada aura tersendiri. Warna pelangi pilihannya termasuk aura berwarna hitam. Jika sifatnya tertonjol maka jelas warna auranya kelihatan. Aku sendiri paling tidak suka bertemu aura hitam, biasanya ia akan memangkinkan lagi sihir. Aura putih di antara yang sukar dicari. Namun aku masih menunggu manusia mempunyai aura ini bertemuku.

"Sura, pergi tanya khadam apa yang mereka nak?" perintahku.

Langsura terus pergi tanpa berlengah. Ini yang aku suka dengan awek manis ni. Bila disuruh dia segera pergi.

Kedengaran bunyi kenderaan tiba di halaman. Tidak lama kemudian mereka menyapa dari luar.

"Masuk la" jemputku.

Mereka masuk dan aku persilakan duduk.

Kenapa pula Langsura lambat sangat nak beri laporan.

"Ye, apa niat datang kemari?" tanyaku.

"Abang cakap la" ujar berbisik pada lelaki mungkin suaminya.

"Begini tok, baru baru ni, ada orang buka warung depan kedai makan kami, habis semua pelanggan pergi kat mereka, kedai kami macam pelanggan tak nampak dah" jelas yang lelaki.

"Kau nak aku buat apa?" tanyaku.

Dalam hati, aku rasa geram dengan Langsura ni. Mana tak sampai-sampai lagi.

"Macam ni tok, kami minta ubat pelaris, boleh ke tok?"

"Hurmmm...." aku ingat dia nak santau pesaingnya tadi.

Barulah kelibat Langsura datang.

"Tok mereka nak ilmu pelaris" ujar Langsura.

"Tok tahu la" balasku spontan.

"Errr apa tok?" tanya si lelaki itu terpinga-pinga.

Mungkin kerana dia menyangka aku bercakap kepadanya sedangkan aku menjawab kepada Langsura yang dia tak nampak.

"Kamu kena patuh pantang larangnya" ujarku.

"Apa dia pantang larangnya tuk?" tanya lelaki tersebut.

"Ingat, jangan pernah kira duit untung dalam kedai makan kamu, bawa balik, di rumah baru kamu kira, itu yang pertama" jelasku.

"Ke ke kedua tok?" lelaki itu nampak tidak sabar.

"Jangan pernah makan apa sekalipun diberikan oleh pekedai pesaing kamu" jelasku lagi.

"Tok, kedai sebelah mereka pakai pelaris juga tok" sampuk si Langsura.

Alamak. Bomoh mana pulak mereka pakai? Aku malas nak kacau kerja bomoh lain ni. Takpe la nanti aku settle dengan bomoh tu.

"Ingat, setiap kali kamu memasak kamu kena titiskan air ni dalam makanan" ujarku sambil menyerahkan sebuah botol berisi air berwarna putih padanya.

"Itu saja ke tok? Berapa pengerasnya tok?" tanya dia lagi.

"Kau kena ingat, botol ini jangan dilangkah, hilang mujarabnya, pasal pengeras, tok tak letak apa-apa, kau cuma perlu kumpulkan air embun dihujung daun yang bukan pokok miang dan kau bagi padaku setelah terisi penuh" jelasku.

Selesai mereka pun berlalu pergi. Aku pula mencari siapa bomoh yang membantu pesaingnya melalui telepati. Mujurlah orangnya yang aku kenali juga. Aku cuma minta dia bagi mereka peluang berniaga secara adil. Dia setuju. Ha kira okla.


Ep8
Dunia Perantara


Ada kalanya aku kena gunakan ilmu psikologi untuk permintaan yang aku sendiri serik juga nak kena tanggung. Janji orang tu rasa yakin dengan diri itu sudah memadai.

"Tok, air putih tu air apa sebenarnya" tanya Langsura.

Memandangkan mereka dah balik aku dedahkan pada si Langsura.

"Air putih tu air embun yang boleh memberikan keyakinan diri padanya. Asalkan dia yakin maka ia tetap mujarab. Pantangnya wujud supaya dia lebih berhati-hati" jelasku.

"Habis tu, tok tak bagi dia makan makanan pesaingnya? Kan membazir kalau dibuang" celah si Langsura lagi.

"Tok nak elak benda tak diingini berlaku, jika dia bubuh sesuatu dalam tu, elokla dia buang, kalau tiada apa bagusla, kau kena faham dalam berniaga, pesaing sanggup lakukan apa saja" jelasku lagi.

"Tok kata dia tak boleh kira untung dalam kedai tu kenapa pulak?" Semua benda Langsura ni nak tahu.

"Tujuannya supaya dia lebih fokus dengan perniagaannya daripada mengira untung terlebih dahulu, tu je pun" jelasku.

"Kiranya tok tak guna apa-apa sihir la kan?" Langsura ni buat aku kena jelaskan semuanya.

"Iye la, sebolehnya tok mengelak guna sihir" balasku.

"Abih tu tok, gunakan saya siasat kenapa? Bukan tu dah kira sihir ke?" hujah Langsura.

Hai budak ni nak kena ketuk gamaknya. Banyak betul soalan tanya. Malas aku nak jawab dah. Dia bukan reti diam.

"Sura, pergi bancuh kopi buat tok boleh tak?" pintaku.

"Tok tak jawab lagi soalan, takleh la" balas Langsura.

"Sebab tu la tok suruh kau buat Kopi, atuk nak jawab dengan tenang sambil hirup kopi" balasku saja mengelak soalannya.

"Tok ni kan.... tak aci betul la" Langsura tidak puas hati.

Tapi dia pergi bancuh kopi juga untukku. Sambil menunggunya aku menggulung tembakau jawa dengan daun rumbia kering. Aku sedut asap tembakau jawa dengan penuh nikmat.

"Nah, kopi yang tok pesan" ujar Langsura sambil tersengih memberikan secawan kopi buatku.

Aku tersenyum dan menyambut kopinya. Aku hirup kopinya. Budak ni memang nak kena!

"Kalau, ye pun bancuh bersama gulanya sekali, tok bukan minta kopi o" ujarku sambil mengerling pada dia.

"Tok, tak katapun nak gula sekali tadi" balasnya.

"Nah, pergi tambah gula" aku menghulur cawan padanya.

Dia apa lagi. Ketawa berdekah-dekah mengenakan aku. Sabar jela. Tapi kalau tiada dia sunyi juga aku sorang-sorang kat sini. Budak ni menceriakan kehidupan bosanku.


Ep9
Dunia Perantara


Malam yang begitu dingin. Seharian ini melayan tiga kes. Terkadangnya, sampai seminggu tiada tamu. Terkadang tu sampai berbulan juga. Ada tamu tada tamu, aku tak kesah. Aku buat apa saja yang ku rasa patut. Aku menyediakan ramuan yang dibawakan Seri dari alam bunian, ramuan pelbagai guna. Ramuan untuk mengubati, ramuan menyusahkan orang, ramuan cinta pun ada.

Ada sesetengahnya, ada kesan sampingan, ada juga yang tiada kesan sampingan. Kalau penyakitnya melibatkan benda mistik, mungkin boleh tolong. Tapi kalau bukan, baiknya mereka berubat ke hospital. Kalau kombinasi kedua-duanya, maka keduanya juga pesakit perlu berubat. Tapi, ramai yang memilih jalan mudah dan hanya memilih salah satunya.

"Tok, macam mana tok boleh jadi seorang bomoh pro ni?" tanya Langsura mengganggu layangan mindaku.

"Panjang kisahnya..." balasku.

"Ceritakan tok, nak juga tahu macam mana" pinta si Langsura.

Begini kisahnya...

Zaman aku masih lagi kanak-kanak dulu. Aku hidup di sekitar pendalaman yang tiada teknologi. Semuanya manual. Nak air kena sauk sendiri kat sungai. Nak ada lampu, guna minyak tanah. Nak berhubung dengan orang lain, jalan kaki la. Mana ada benda canggih zaman tu.

Nak ke sekolah memang payah. Kawasannya adalah pendalaman. Kalau ke sekolahpun, tunggu ada guru yang sanggup meredah sungai, hutan dan berjalan kaki menuju ke perkampungan tersebut. Sebab itulah, aku ni pun kategori orang yang hanya tahu membaca.

Zaman kanak-kanakku bermain dengan lastik, redah hutan, mengail ikan di sungai. Tidak banyak pilihan. Makanya aku selalu pergi ke hutan. Hutan macam jadi taman permainan bagiku. Hari-hari aku akan ke hutan. Dah kebetulan zaman tu, aku tak punyai rakan sebaya, senang cerita aku ni tiada kawan sepermainan. Jumpa orang pun jarang-jarang. Orang tuaku pula, mengusahakan huma menanam padi. Mereka tiada masa melayaniku.

Buah rotan, buah salak liar, buah asam kelubi dan pelbagai lagi aku boleh dapat. Melastik burung, menahan getah burung, menahan perangkap binatang dan bermacam lagi aku buat kat hutan. Terkadang aku terleka juga dengan akivitiku. Balik pun selalu dah lewat senja. Orang tuaku tidak kisah, mereka mengerti aku sudah biasa dengan cara hidup begitu.

Suatu hari, aku berniat nak pergi ke hutan untuk mencari apa saja yang boleh dibawa balik. Aku membawa apa saja set keperluanku dalam sebuah kantung. Semangat nak pergi berjuang la kononnya. Aku nampak burung, aku lastik. Aku nampak buah hutan, aku gapai. Tapi sebab dah biasa, aku tahu yang mana boleh makan dan yang mana tidak.

Dalam keterlekaan tersebut, aku terus meredah hutan, dan tanpa aku sedari, aku telah masuk jauh ke dalam hutan. Aku sedar aku telahpun sesat. Tapi, aku tidak mengelabah, langsung aku tidak panik, aku dah biasa juga tersesat dan aku yakin aku pasti boleh balik semula. Aku teruskan perjalananku yang tidak ku ketehui halanya.

Aku perasan suatu keanehan, semakin jauh aku melangkah, hutan yang sebelumnya semak samun tebal kini semakin bersih dan nampak luas dengan pokok yang tinggi di sekitarnya. Pokok-pokok tinggi, di bawahnya nampak dedaunan mati sahaja, tiada tumbuhan renek. Jadi pemandangannya sangat indah. Aku pula, menjadi lebih teruja.

Aku teruskan langkahku. Suasana semakin nampak indah, kalau tadi hanya pokok tinggi, kini sudah ada kelihatan jalai denai. Aku ikuti jalan tersebut tanpa memikirkan apa-apa. Sekitarnya denainya diserikan dengan tumbuhan berbunga. Memang cantik la, seperti masuk ke taman bunga pula.

Sampai di suatu tempat aku melihat sebuah perkampungan. Rumahnya tersusun dengan elok. Seakan-akan masuk ke kawasan tema. Aku berdiri tercengang kagum melihat suasana yang begitu cantik. Aku langsung tidak merasa takut. Malah lebih teruja.

"Adik cari siapa?" tegur seorang dari arah belakangku.


Ep10
Dunia Perantara


Aku bagaikan terpukau melihat keindahan tempat itu. Mereka yang ada di sekitar itu, hanya mengenakan pakaian seakan berjubah berwarna coklat, kelabu, hitam dan putih atau warna cream. Walaupun begitu, tempat itu nampak semacam tempat yang mewah. Rumahnya, unik dengan setiap tiangnya dililit oleh akar pokok. Semacam perkampungan yang didirikan di dalam kawasan taman.

"Dik, adik datang dari mana?" sapa orang tu lagi.

Aku pun memutarkan badanku ke arahnya. Di hadapanku kini nampak seorang tua berjanggut putih, berjubah kelabu bersama tongkatnya.

"Aku sesat pakcik, jalan yang aku telusuri membawa ku ke sini" balasku.

"Adik, mesti lapar kan? Mari ikut pakcik" ujarnya.

Aku hanya menggangguk dan mengikuti langkah arah kakinya.

Dia mempelawa aku masuk ke dalam rumahnya. Di situ, kelihatan ada seorang gadis yang hampir sama baya denganku. Nampak lebih kurang setinggi aku la, jadi kira baya la tu kot.

Gadis itu cuma memandang ke arahku dengan wajah yang berseri-seri. Aku pula tersipu malu dengan pakaianku yang compang camping, lusuh dan dipenuhi daki serta peluh.

"Adik mandi dulu, nanti pakcik sediakan pakaian ganti" ujar pakcik tu padaku.

Aku hanya menuruti sahaja. Aku menanggalkan pakaianku dan aku masuk berendam dalam kolah yang disarankannya tadi. Air kolah itu adalah air yang mungkin dari bukit berdekatan. Kerana airnya terasa sangat sejuk, tapi menyegarkan. Aku menggunakan busut kering yang disediakan di situ untuk menggosok daki untuk membersihkan diri.

"Kalau adik dah selesai mandi nanti, pakai pakaian ini" ujar pakcik tadi.

Aku hanya mengangguk sahaja.

Aku bangun dan mengelap tubuhku serta mengenakan pakaian yang disediakan. Pakaian yang serba berwarna krim itu, mudah digunakan. Ia seperti jubah pakaian tidur dan hanya perlu diikat pada pinggang. Entengnya guna. Namun, ia sangat selesa.

"Mari dik, adik makan dulu" jemput si pakcik tersebut.

Aku duduk di kerusi kayu. Gadis tadi turut duduk sama di situ. Dia hanya memberikan senyumannya. Aku hanya tersengih.

"Jemput makan dik, lupa pulak kenalkan, ini anak pakcik, Serri namanya, pakcik pula dikenali sebagai Saron" ujarnya memperkenalkan dirinya seraya menjemputku makan.

"Terima kasih, kerana tumpangkan saya pakcik" ujarku memberikan rasa berterima kasih dan hormat pada orangnya.

"Adik ni nama apa pula?" tanya pakcik tu padaku.

"Saya bernama Yanki dan orang tuaku panggil aku Ki Yan" balasku memperkenalkan diri.

"Baiklah dik Yanki, adik makan dulu ya, anak pakcik Serri akan temankan, pakcik ada hal nak kena buat, jangan segan ya" ujar pakcik Saron.

"Terima kasih pakcik" balasku.

Aku menikmati makanan yang dihidangkan di situ. Aku tahu itu adalah rumah orang. Jadi aku tidak gelojoh.

"Macam mana awak boleh sesat ke sini?" tanya Serri padaku.

"Saya masuk hutan lastik burung, dan cari buahan hutan, redah hutan sehingga tersesat ke sini" jelasku menyimpulkan macam mana aku tersesat.

"Ayah, cakap awak kena bermalam di sini dulu, sebab hari dah senja, ayah kata ada banyak binatang buas kat hutan tu, tak selamat kalau balik malam-malam" ujar Serri.

Boleh ke bermalam kat sini? Mengapa mereka ni sangat baik pada tetamu yang tidak dikenali padaku? Takpelah, mereka layan baik itu sudah cukup bagus bagiku. Aku sangat berterima kasih pada mereka.


Ep11
Dunia Perantara


Selesai makan, sang gadis comel bernama Serri yang sebayaku mengajak aku keluar melihat sekitar. Aku menuruti sahaja. Perumahan di situ seperti kawasan taman, sekitarnya dihiasi pokok buluh yang menghijau. Di tengah-tengah, ada sebuah kolam yang besar, ia di hiasi dengan tanaman teratai dan anda boleh duduk di atas tembok yang seakan-akan menakung kolam tersebut.

Jadilah kau seperti rusa masuk kampung, kagum dengan apa yang aku nampak. Tempat apakah seperti ini? Tidak pernah pula aku melihat seperti yang ku nampak sekarang. Biarpun ia tidak tersusun dengan tepat dan jitu, namun semuanya nampak amat menarik seakan-akan dibentuk secara semula jadi. Setiap rumah pula, dililit oleh akar pokok, dan ia nampak seperti rumah-rumah tersebut tidak bertiang tetapi terapung di atas akar-akar yang sangat besar.

Aku terleka dibuai suasana yang aku nampak indah dan menarik. Orang-orang yang lalu lalang pula tidak menghiraukan aku. Aku seperti tidak wujud di mata mereka. Rasa pelik juga, tapi mungkin mereka tidak heran denganku.

"Awak jangan risau, mereka tidak akan ambil perduli pada orang lain jika kamu tidak berniat untuk bercakap atau berhubungan dengan mereka" ujar si Serri seakan-akan memahami persoalan di mindaku.

"Apa nama tempat ini?" tanyaku.

"Ini adalah alam bunian, hanya orang tertentu sahaja boleh menembusinya" ujar Serri.

Bunian? Aku ni berada di alam berbeza ke? Aku tahu bunian ni wujud. Atuk aku pernah ceritakan padaku suatu ketika dulu. Selepas dengan kata-kata Serri tadi perasaanku jadi berbaur, gembira, teruja, takut pun ada. Tapi, semuannya dikalahkan rasa ingin tahu dan keterujaanku.

"Saya ni orang tertentu la kiranya kan?" ujarku berseloroh.

"Itu, saya tidak tahu, mungkin juga la, kita boleh tanya ayah nanti" balas si Serri.

Setelah berjalan-jalan beberapa ketika, Serri mengajak aku balik ke rumahnya. Sampai di rumah, aku nampak rumah diterangi oleh cahaya dari dindingnya. Aku perhatikan dengan lebih dekat. Ia merupakan beberapa jenis kulat yang mengeluarkan cahaya. Sebelum ini aku tidak pernah nampak kulat seperti itu. Memang tidak pernah jumpa pun. Cahaya kulat tersebut, tidaklah terang seperti cahaya lampu floresen mahupun lampu kalimatang. Apapun cukup untuk menerangi kerana kulatnya banyak.

"Eh Yanki, ayah panggil kita" ujar Serri mahukan aku segera mengikutnya.

Aku terleka memerhatikan kulat menyala tu. Setelah ituaku segera bersama Serri bertemu ayahnya.

"Duduk dik, pakcik nak cakap sesuatu" ujar ayah Serri.

Aku diam dan terus memberi tumpuan.

"Pakcik sudah lama menunggu kehadiran adik Yanki sebenarnya" jelas sang ayah.

Menunggu kehadiranku? Bukan aku sesat ke sebenarnya?

"Iya ke pakcik? Bukan Yanki sesat ke sebenarnya" tanyaku agak terburu-buru.

"Bukan semua manusia biasa boleh tembus ke tempat ini nak" tambah sang ayah lagi.

Aku terdiam, menelan air liur basiku. Aku jadi sedikit keliru.

"Pakcik tiada waris lelaki, jadi pakcik sudah lama memerhatikan adik semasa adik berada di hutan selama ni" ujarnya.

Penjelasnnya menambang kebinggunganku. Kalau benar dia pernah nampak dan memerhatikan aku selama ini, takkan aku tidak pernah perasan.

Dengan perlahan, asap berwarna hitam menyelubungi pakcik tersebut. Sehinggakan aku mengundur setapak darinya. Dengan perasaan yang sedikit cemas, aku gagahkan diri tetap duduk bersila depannya. Aku bukanlah seorang yang penakut. Walaupun sedikit resah aku tetap ingin tahu apa yang berlaku.

Asap berwarna hitam itu menghilang dengan perlahan. Di depan aku adalah seekor harimau kumbang berwarna hitam. Bederau darahku. Aku jadi kaku tidak bergerak.

"Pernah nampak, harimau kumbang ni atas pokok dulu kan?" Harimau kumbang di hadapanku berkata-kata.


Ep12
Dunia Perantara

Sapa tak terkejut? Di hadapanku adalah sejenis binatang buas yang kita tahu sekarang ni semakin pupus. Dahla bercakap.

Aku masih lagi terkedu. Sekali lagi aku tertelan liur basiku.

"Jangan takut Yanki, ayah adalah jelmaan Harimau Kumbang, dan saya pula jelmaan Harimau Bintang" Jelas Serri.

Apapun mereka, siapa pun mereka? Apa yang pasti mereka ini bukan manusia. Itulah yang aku fikirkan.

"Iya betul nak, kami bukan golongan manusia, kami adalah warga bunian" jelas sang ayah membaca apa yang berada dalam mindaku.

"Pakcik, saya masih tidak paham, pakcik kata menungguku? Apakah sebenarnya berlaku pakcik?" aku memberanikan diri.

"Begini nak...." pakcik Saron memulakan penjelasannya.

Kaumnya, harus ada waris ilmu. Jadi mereka tidak mewariskan kepada si anak namun, mewariskan ilmu kepada bakal pasangan anaknya. Dengan ini, si anak akan menjadi pendamping merangkap sebagai isteri juga.

Saron juga mempunyai pasangannya. Iaitu ibu kepada Serri. Ini bermakna Ibu Serri juga seorang penyihir dan pengantara. Ibunya adalah seorang manusia sepertiku juga. Ibunya memilih untuk tinggal di dunia bunian. Tetapi sekarang dia berada di perkampungan lain untuk meningkatkan ilmunya bersama kaum bunian yang lain. Dia memperlajari ilmu putih, yang bertentangan dengan ilmu hitam.

Datuk kepada Serri adalah manusia biasa. Nenek kepada Serri pula adalah golongan bunian. Moyang lelakinya pula adalah bunian, yang perempuan pula adalah manusia. Begitulah keturunan ini adalah pra-campur bunian dan manusia. Oleh itu, Serri juga harus ada pasangan manusianya.

Mengapa aku terpilih? Si ayah menjelaskan, aku mempunyai pandangan mata harimau. Aku mempunyai sifat yang tidak takut menghadapi apa jua cabaran. Aku juga dikatakannya cepat mempelajari sesuatu. Dan pada umurku 14 tahun ini aku sesuai mula belajar sesuatu. Dalam masa yang sama, dia tidak memaksa jika aku tidak berminat.

Jika suatu ketika aku ingin memperisterikan manusia juga, Serri tidak akan menghalang. Kerana tugasnya adalah sebagai pendampingku. Serri juga sedang berumur 14 tahun pada ketika itu. Maka, aku perlu tinggal di alam ini sehingga perguruanku selesai. Sehingga aku mencapai umur matang 18 tahun untuk mengahwini Serri, jika aku bersetuju.

Bagaimana dengan orang tuaku? Aku dimaklumkan tugas penjagaku telah selesai. Mereka sebenarnya bukanlah ayah dan ibuku yang sebenar. Mereka tahu dari awal lagi, mereka cuma menjalankan amanah menjagaku. Habis tu siapa ibu bapaku yang sebenarnya?


Ep13
Dunia Perantara


Suatu kejutan juga bagiku. Apa benarkah mereka bukan ibu dan ayah kandungku? Haruskah aku mempercayai mereka ini? Pakcik Saron terus menjelaskan padaku.

Jika aku kembali semula pada penjagaku, mereka akan tidak mengenaliku lagi. Aku akan dilihat sebagai orang asing. Saat ini aku masih lagi keliru. Aku dalam keadaan dilema.

"Memang ia sesuatu yang sukar untuk kamu terima, pakcik faham perasaan kau nak" jelas Pakcik Saron berempati padaku.

"Siapa sebenarnya ayah dan ibuku sebenarnya pakcik?" aku bertanya kerana sudah tidak sabar dengan keinginan aku tahu hal sebenarnya.

Maka pakcik pun kembali menyambung perihal tentang orang tuaku.

Kedua-dua ibu dan ayahku adalah orang bunian. Mereka telah melanggar tradisi, bahawa keturunan dan kaum bunian di tempat mereka. Mereka sepatutnya, menjalankan tugas sebagai pendamping. Namun, mereka tidak melaksanakan kerana dari awalnya mereka telah menyintai masing-masing. Maka, atas aturan tersebut mereka berusaha melarikan diri ke dunia manusia. Kononnya mengelakkan tanggungjawab pendamping.

Kedua-dua orang tuaku merupakan sahabat kepada pakcik Saron. Semasa aku berumur lebih kurang setahun, saat itulah terjadi kemalangan yang menyebabkan kematian kepada orang tuaku akibat kebakaran rumah. Pada hari kejadian, pakcik Saron datang pada masa kejadian tersebut sudah membawa nyawa kedua orang tuaku.

Mereka sepanjang hidup di dunia manusia mengelak menggunakan sihir bunian. Mereka cuba hidup seperti manusia biasa. Namun, mereka terpaksa melakukan sihir untuk melindungi aku dari api kebakaran. Setiba, pakcik Saron di situ, cuma aku yang masih bernyawa di dalam buaian. Sedangkan semua benda lain habis dijilat api.

Oleh kerana, mengetahui bahawa kedua-dua atuk dan nenek di alam bunian masih marah tidak merestui hubungan mereka. Pakcik Saron mengambil keputusan menyerahkan aku pada penjagaku. Namun, begitu pakcik sentiasa mengawasiku dan memerhatikan dari kejauhan.

Begitulah apa yang terjadi. Mendengarkan itu, aku menjadi sedih dan terasa terasing biarpun aku dijaga dan dianggap sebagai anak sendiri oleh penjagaku. Mereka menjagaku dengan baik. Mereka juga hidup susah jadi petani. Seingatku, tidak pernahpun mereka memarahiku, malah mereka tidak pernah risau bila aku pergi ke hutan. Rupanya mereka mengetahui bila di hutan pakcik Saron akan mengawasiku.

"Aku ingin mengetahui dari mulut ibu dan ayahku yang pakcik gelarkan sebagai penjagaku" ujarku berkeras semacam masih tidak yakin sepenuhnya dengan penceritaannya.

"Boleh nak, pakcik paham kamu sedang dalam terkejut dan tidak percaya dengan apa yang pakcik ceritakan" ujar pakcik Saron.

"Mereka pasti ada jawapannya kelak" ujarku sedikit kecewa dan keliru dengan apa yang baru aku dengar.

"Kesudahannya tetap sama, sama ada kamu menerima atau tidak, setelah itu mereka akan lupa siapa kamu" jelasnya lagi.

Aku jadi tidak keruan setelah mendengar semua itu. Apa yang pasti, aku tetap ingin bertemu mereka sendiri untuk mengetahui hakikat sebenarnya.


Ep14
Dunia Perantara


Setelah segala yang dijelaskan oleh Pakcik Saron, aku bertambah keliru. Perasaanku membuak-buak ingin tahu apa sebenarnya terjadi. Apakah benar yang diceritakan olehnya atau dia memerangkap aku untuk sesuatu yang lain? Aku berniat bersungguh untuk berjumpa dengan ibubapaku yang dikatakannya hanya penjagaku. Ikutkan malam itu juga aku nak balik ke sana.

"Sabar nak, esok pagi pakcik akan temankan kamu ke sana" jelas Pakcik Saron padaku.

"Baiklah pakcik, jika benar apa yang pakcik perkatakan, saya akan turuti apa yang pakcik sarankan pada saya kelak" balasku.

"Ada baiknya anak bermalam di sini malam ini, esok kita ke sana ya!" ujar pakcik Saron memujukku.

Aku akur. Dan malam tersebut, dia mengajari aku beberapa sihir mudah. Aku dengan mudah menguasainya dengan bantuan Serri. Ikutkan tiada apa yang aku perlu sangsikan pada mereka berdua dengan cara layanan baik mereka padaku.

Setelah agak lewat malam, aku ditunjukkan bilik tetamu untuk aku berehat dan menumpang tidur malam tersebut. Pada mulanya, agak berat mataku terlelap, kerana memikirkan perihal yang diceritakan padaku. Lama kelamaan aku akhirnya tertidur jua.

Keesokkanya...

Aku terjaga. Aku melihat sekelilingku, aku bukan berada di tempat tidurku sendiri. Aku mengosokkan mataku berkali-kali. Namun, suasananya tetap tidak berubah. Memang benarlah aku berada di tempat bunian.

Aku bangkit dan mencuci muka berserta berkumur. Kemudiannya aku mencari di mana mereka.

"Macam mana? nyenyak awak tidur semalam Yanki" ujar Serri menyapaku.

"Mari bersarapan dulu nak" jemput pakcik Saron, orang tua berjanggut putih itu.

Aku menyertainya di meja makan, sambil Serri menghidangkan makanan. Kami bertiga bersarapan.

"Nak, gunakan kalung ini, jika Yanki ingin ke sini semula, ia akan memudahkan kamu melihat jalannya" jelas pakcik Saron sambil mengalungkannya padaku.

Aku melihat buah kalung tersebut. Ia sebuah rantai yang diperbuat dari logam apa entah, dan diikat pada sebiji permata berwarna kebiruan.

"Terima kasih pakcik, kerana telah melayani saya dengan baik" ucapku menghargainya.

"Adalah tanggungjawab pakcik juga sepatutnya menjaga kamu dari awal lagi" ujarnya dengan pandangan wajah sedikit sugul seprti orang yang rasa bersalah sambil memegang bahuku denga kedua tangannya.

Selesai makan, dia pergi bersamaku mencari jalan pulang ke rumahku. Dalam perjalanan kami tidak banyak bercakap. Mungkin dia membiarkan aku merehatkan mindaku yang sudah banyak terkejut dengan kisah yang diceritakannya semalam.

Sampai di suatu tempat, dia menjelmakan dirinya sebagai harimau kumbang. Dia membiarkan aku pergi sendirian. Dan dirinya melompat ke dahan pokok.

"Pergilah, pakcik tunggu kamu, di depanmu adalah jalan balik ke rumahmu" ujarnya dan kemudian menghilangkan diri entah ke mana.

Beberapa ketika aku berjalan, rumahku akhirnya jelas kelihatan.


Ep15
Dunia Perantara

Aku berlari sekuat hatiku menuju ke rumahku. Sampai saja di rumah aku disambut mesra oleh orang tuaku. Namun, pandangan wajah mereka ke arahku sedikit berubah apabila melihat penampilanku sedikit berbeza. Wajah sedih itu, membuatkan aku terduga sesuatu.

"Bang, rasanya sudah masanya dia mengetahui hal sebenarnya" ujar ibu pada ayah.
"Iya, sebaiknya kamu ceritakan padanya" balas ayah pula.

"Ki Yan anak ayah dan ibu sebenarnya kan?" aku tidak dapat mengawal perasaanku.
Mendengarkan dialogku, ibu tidak dapat mengawal sebaknya. Ayah pula tidak dapat memalingkan wajahnya padaku. Mereka berdua masih diam membisu.

"Bu, saya ni anak ibu kan? Bukan anak orang lain kan bu?" aku mendesak ibu memberi jawapan.

Pertanyaanku membuatkan ibu menguncurkan airmatanya dengan lebih deras.
"Yah, jangan kata Ki Yan ni anak orang lain yah.... tolonglah yahhhh" aku sangat berharap mereka menyatakan hal sebaliknya.

"Ayah dan ibu ni sangat menyayangi kamu Ki Yan, tapi kami...." ujar ayah.

"Tapi apa yah.... Ayah cakap, saya anak ayah sesungguhnya kan?" aku masih berharap, walaupun aku sudah dapat meneka kesudahannya.

"Ki Yan, kami membesarkan kamu selama 13 tahun, dan kami benar-benar menganggap kamu adalah anak kami sesungguhnya" ujar ibu pula.

"Benar kata ibumu, kami mengasihi kamu seperti kamu anak sebenar kami, tapi kami berdua hanya sebagai penjagamu, 13 tahun yang lepas....." jelas ayah.

"Sudah yah, tidak perlu diceritakan lagi... saya nak terus jadi anak ayah dan ibu je sekarang" ujarku.

Tatkala itu juga, waktu bagaikan dihentikan. mereka berdua tidak bergerak. Pada saat itu juga seekor harimu kumbang masuk ke ruangan itu dan menjelma kembali menjadi manusia. Manusia yang aku kenali, iaitu pakcik Saron. Hanya aku dan pakcik Saron sahaja yang boleh bergerak ketika itu, ibu dan ayah termasuklah pokok sekeliling yang bergoyang tadi turut kaku sama.

"Sekarang kamu sendiri sudah jelas dengan penerangan daripada mereka kan?" tanya Pakcik Saron.

"Siapa saya sebenarnya pakcik? Apa yang harus saya buat?" tanyaku.

"Selepas ini mereka akan segera melupakanmu nak, segala ingatan mereka padamu akan segera hilang, tugas mereka sudahpun selesai" jelas pakcik lagi.

Aku jua tidak dapat mengawal perasaanku lagi, air mataku mengalir jua. Bagiku mereka adalah satu-satunya keluargaku. Aku segera memeluk ibu dan ayah. Aku tahu ia adalah pelukan terakhir dariku. Ku kucup dahi mereka. Aku sedar aku akan pergi meninggalkan mereka.

Aku pun segera mengikut pakcik Saron. Setelah beberapa ketika, suasana kembali kepada normal. Pokok-pokok kelihatan kembali bergoyang ditiup angin.


Ep16
Dunia Perantara


Walaupun mereka berdua bukan ayah dan ibu sebenarku, kasih sayang mereka padaku selama ini tidak berbelah bahagi. Sebuah hakikat yang pahit untuk ku telan. Apapun sekarang aku kena memulakan suatu yang baru bersama pakcik Saron. Entah apakah yang akan aku lalui selepas ini. Aku langsung tidak berminat dengan kisah cinta dan duka lara keluargaku yang sebenar.

"Yanki kena tenang, pakcik akan bantu kamu mempelajari ilmu yang seharusnya kamu pelajari" ujar Pakcik Saron cuba membangkitkan semangatku.

"Saya akan menuruti apa yang pakcik ajarkan" balasku pasrah.

"Setiap ilmu yang kita pelajari ada pantang larangnya, jangan sesekali melanggar pantangnya, ia akan membawa padah kepada siapa yang mengamalkannya" jelas pakcik Saron.

"Kalau begitu buat apa kita nak belajar pakcik, bukankah ia akan menyusahkan kita sendiri nanti" balasku.

"Ilmu yang pakcik nak ajarkan ni sebenarnya membantu orang menunaikan hasrat mereka" tambahnya lagi.

Aku hanya mendengar pakcik Saron mengulas tentang ilmu-ilmu yang bakal dia ajarkan. Pelbagai ilmu semuanya. Hampir ke semuanya adalah ilmu perantaraan. Di mana ia banyak meletakkan pengamal menghubungkan antara tiga dunia. Alam kehidupan, alam kematian dan juga bunian. Bergantung kepada keperluan dan tuntutan peminta hajat.

Apa saja hajat, perlu ditunaikan sama ada suatu kebaikan atau kejahatan. Bagaimanapun, di dunia keagamaan ia adalah amalan syirik. Biarpun sedemikian, jika ada permintaan yang sangat tulus dan ikhlas maka, ia akan membantu pengamal mencapai tahap keabadian. Apapun pengamal tidak boleh meminta-minta dari pada orang lain untuk membuat permintaan yang baik padanya. Ia hendaklah suatu yang berlaku secara semulajadi.

Pengamal ilmu ini akan banyak menjadikan jasad dirinya sebagai bahantara makhluk-makhluk ghaib termasuklah roh yang tidak tenang serta masih bergentayangan di alam kehidupan. Maka, ia suatu ilmu yang mengambil risiko yang tinggi terhadap pengamal jika gagal mengawal dan mencapai ilmu sebelum waktunya.

Setiap tuntutan yang berbentuk kejahatan pula akan memberikan pulangan dalam bentuk seksaan kepada pengamalnya. Pengamal akan diseksa menggunakan belulang besi panas oleh penjaga sempadan dunia dan neraka. Itulah karma segera yang perlu dihadapi oleh pengamal jika menunaikan permintaan yang menjurus kepada kejahatan.

Jika pengamal berjaya mencapai permintaan yang penuh dengan kesucian, maka dia akan mencapai keabadian. Inilah sasaran sebenar pengamal. Ilmunya juga akan mencapai suatu tahap seperti boleh melambatkan peredaran masa. Rupa parasnya juga akan sentiasa kelihatan orang berumur 30an. Akan tetapi untuk mencapainya bukanlah seperti yang kita jangkakan.

Apakah aku bersedia memperlajarinya? Setiap sesuatu yang ditunaikan tetap ada imbalannya. Samada membawa kebaikan atau keburukan, semuanya perlu dihadapi.


Ep17
Dunia Perantara

Aku mendengar apa yang dijelaskan oleh pakcik padaku dengan teliti, sambil kami terus melangkah. Sampai di suatu tempat, pakcik Saron memberhentikan langkahnya. Aku juga sama, aku hanya seperti budak yang mentah yang hanya memerhati dan menuruti sahaja apa yang pakcik lakukan.

"Kamu tak penat ke berjalan dari tadi Yanki?" Pakcik Saron menghentikan langkahnya sambil memutarkan badannya padaku.

"Penat la juga" balasku.

"Nak cepat sampai tak?" tanya dia padaku.

"Macam mana pakcik? Ada cara ke?" tanyaku ingin tahu dan menjadi teruja.

"Kamu pejamkan mata, sehingga pakcik kata buka mata" pintanya.

"Ermm kalau mata terbuka sendiri macam mana pakcik?" tanyaku risau kot mata terbuka disebabkan perasaan ingin tahu.

"Kalau terbuka tu maknanya disengajakan" ujarnya.

"Yanki cubalah pakcik" aku menunjukkan diri bersedia.

"Jangan buka mata sehingga pakcik bagitau, dan abaikan apa yang menyentuh badan kamu" ujarnya

Maka aku pun memejamkan mataku. Tetapi hati tetap ingin tahu juga. Pelahan kelopak mataku dibukaku menyepetkan mataku.

Di situ aku melihat dia mengerakkan beberapa jurus dan mantera yang aku tidak tahu. Angin di sekitarnya berpusing-pusing mengikut gerakkan tangannya, dedaunan ikut sekali berlegar di sekitarnya, alunan angin itu terasa menyapa tubuhku.

Tidak lama kemudian, ada mahluk pelik berbadan cekeding, tetapi nampak seperti sangat tinggi. Rasanya setinggi bangunan empat tingkat. Makluk tersebut, menggunakan tangannya memegangku dengan tangan kirinya, manakala tangan kanannya memegang badan pakcik Saron. Kemudiannya makhluk tersebut terus melangkah mengikut arah yang ditunjukkan oleh pakcik Saron.

Wajahku terasa berangin dibuai oleh pergerakan makhluk tersebut. Aku dapat merasakan dahiku peluh dingin kerana agak cemas dengan situasi yang aku alami. Puas aku cuba sepetkan mataku, berpura-pura tidak nampak apa yang sedang berlaku.

Sampai di suatu tempat, makhluk tersebut perlahan melepaskan kami ke tanah sehingga kami berdiri dengan stabil. Aku sempat mengerling pada tangan makhluk tersebut yang berbulu. Aku tidak berani memandang wajahnya. Tapi, semakin aku mengelak, semakin ingin tahu pula perasaanku. Entah, aku toleh juga pada wajahnya. Aku ingatkan seram, rupanya seperti manusia juga.

Setelah melepaskan kami berdua, makhluk itu langsung terus pergi. Dan menghilang begitu sahaja.

"Dah, dah, takyah nak pura-pura tutup mata dah, buka je la mata kamu tu Yanki" ujar Pakcik padaku.


Ep18
Dunia Perantara


Aku membuka mataku luas-luas, aku nampak pemandangan di depan perkampungan bunian. Rupa-rupanya pakcik menyedari aku membuka mataku dengan cara menyepetkan mataku. Kantoi la pulak. Maklumlah ilmu orang tua tu dah tinggi agaknya.

"Pakcik tak bagi kamu buka mata takut kamu gayat" ujarnya

"Macam mana pakcik tahu saya menyepetkan mata?" tanyaku.

"Lap dulu dahi kamu tu, kamu takkan berpeluh dingin kalau kamu tak buka mata tadi" jelas orang tua tu.

Aku dengan spontan mengusap dahiku yang sedikit basah dengan keringat dingin yang sedang meleleh.

"Berani juga kamu buka mata tadi ye" pakcik menyoalku

"Rasa nak tahu apa yang berlaku la pakcik" balas bibirku spontan.

"Lain kali, bila pakcik tegas dengan arahan kamu kena patuhi, ada sesetengah perkara kamu tak boleh buat main macam tadi tu" ujarnya serius.

Nak kata pakcik Saron ni tegas, tak juga, nak kata dia jenis melawak, pun tak juga. Orangnya banyak bersahaja.

Kami pun melangkah balik ke rumahnya. Di sana, kelihatan si Serri terpacak depan pintu menunggu ketibaan kami berdua. Serri melemparkan senyumannya pada kami berdua. Entah apa yang digirangkannya aku pun tidak mengerti.

Sampai di rumah aku dipelawa minum ke ruangan dapur. Di dapur pula, si Serri tidak habis-habis memberikan senyuman manisnya. Aku pula buat-buat tiada perasaan. Aku hanya membalas senyumannya dengan wajah tersenggih.

"Malam ini, selesai makan malam nanti kamu akan mulakan mempelajari ilmu yang seterusnya" ujar pakcik sambil menyuap ubi keledek ke mulutnya.

Aku mengangguk, mataku terus mencuri-curi melirik kepada si Serri. Sambil minum dan menikmati makanan yang ada, pakcik menjelaskan beberapa perkara yang aku perlu patuhi di alam bunian. Sebagai orang baru di alam tersebut, aku hanya cuba mengerti dan memahami budaya mereka.

Tidak lama kemudian, si ayah meninggalkan kami berdua di ruang dapur tersebut. Aku pulak jadi kekok, tak biasa dengan budak perempuan. Wahal dah kenal pun.

"Kenapa awak pandang Serri macam tu?" tegur si Serri.

"Mana ada saya pandang awak, saya perhatikan cicak di dinding tu la" aku sengaja memberi jawapan sebaliknya.

Padahal, aku rasa seronok pandang wajahnya. Nampak comel dan sedap dipandang.


Ep19
Dunia Perantara


Malam tu dingin semacam. Aku menamatkan kisah tersebut setakat ini dulu. Langsura nampak macam tak puas hati dengar penceritaan yang masih belum disudahkan. Malam ni aku rasa nak berehat la pula. Letih semacam lepas handle tiga kes. Walaupun tidak banyak tenaga digunakan tapi ia tetap suatu yang meletihkan juga.

"Tok, takkan setakat tu saja ceritanya? Sambunglah lagi" ujar Langsura

"Tok penat la, kopi yang kau bancuh pun dah habis dah" balasku.

"Nak Sura bancuh lagi ke tok?" dia cuba membodek aku.

"Ikut engkau la, tapi tok tak janji nak sambung cerita" ujarku.

Langsura menarik muka masam.

"La boleh la tok, sambung balik plisss" Langsura merengek nak aku sambung balik kisah tersebut.

"Tok sambung lain kali je la Sura, baik kau tolong urutkan belakang tok ni, lenguh badan kepenatan hari ni" pintaku.

Memang kebiasaannya Langsura selalu menjadi mangsa untuk mengurut belakangku. Dia tidak keberatan, aku lantas meniarap di atas tilam. Langsura menuang minyak di belakangku. Tangan lembutnya terus memicit kulit belakangku.

"Tok, kalau Sura tanya boleh ke tok?" Langsura bersuara.

"Tanya je la, kalau aku kata jangan pun kau bukannya diam pun" balasku.

Aku tahu dia seorang, eh sehantu, eh nak panggil apa pula dengan makhluk cam dia ni erk? Dia ni memang sangat bersifat ingin tahu. Kalau tak paham dia akan tanya ikut suka dia.

"Tok jangan marah ya?" ujarnya lagi.

"Lain macam jer kau nak tanya ni Sura? Kau nak belaki ke?" aku sengaja menyakat gadis langsuir tu.

"Ke situ pulak, Sura nak tanya tok pasal tok la" balasnya dengan intonasi suara sedikit merajuk.

"Kalau nak tanya, tanya la terus, ni kona sana kona sini, tanya je la sebelum tok tukar pikiran" ujarku kerana aku juga ingin tahu apa yang dia nak tanya.

"lama dah nak tanya pasal ni tok, dari dulu lagi Sura dah nampak, tapi tak gamak nak tanya" ujar Langsura.

"Kau tanya terus boleh tak? Takyah la nak kias-kias" balasku geram.

"Belakang tok ni haa, kenapa parutnya teruk sangat tok?" tanya si Langsura.

"Kenapa Sura nak tahu?" tanyaku untuk kepastian.

"Iya la tok, kesian pulak Sura tengok, mesti ada yang tok telah harungi sebelum ni" ujar Langsura.

Aku pun mula menjelaskan padanya. Apakah yang menyebabkan belakangku berparut teruk. Itulah sebahagian yang aku perlu tanggung di atas dosaku menunaikan permintaan yang sehingga menyebabkan kematian. Setiap kali aku menunaikan permintaan sebegitu, rohku akan disedut ke suatu alam, yang mana aku sendiri tidak tahu di mana. Di sana aku akan diseksa dengan belati berapi. Belakangku disebat sebanyak tujuh kali. Barulah rohku dilepaskan semula ke dunia. Kesan itu timbul juga di alam dunia.

"Habis tu, kenapa tok sanggup tunaikan permintaan kejam tu?" tanya Langsura lagi.

"Kau ni banyak tanya pulak, picit elok-elok belakakng tok tu" balasku.


Ep20
Dunia Perantara


Tidak berasa mataku terlelap dengan urutan dari si Langsura. Gadis langsuir yang nakal dan banyak tanya. Tapi dia juga menceriakan kehidupan suramku. Dia banyak membantu aku dalam pelbagai perkara. Walaupun nakal, namun dia sentiasa patuh pada yang aku arahkan. Bukan senang menguruskan hantu ni.

"Sakane tak balik lagi ke?" tanyaku.

"Dia tu kan bendul tok, tok suruh berjaga kat sana kan" balas Langsura.

"Dah kau panggil dia balik, bagi dia berehat dan tidur dulu" arahku pada Langsura.

"Kami ni kan hantu, mana leh tidur tok" balas Langsura.

"Ye tak ye la juga, apapun kau panggil dia balik dulu, bagi dia jamah pulut kuning tu, kesian Sakane tu tak makan lagi" arahku lagi.

Segera Langsura pergi memanggil si Sakane. Tidak lama mereka berdua sampai.

"Kane ada dengar orang sebut pulut kuning tadi tok, mana tok dapat?" tanya Sakane dengan muka terkebil-kebil di depanku.

"Tok masak sendiri, lepas tu tok bubuh cat pelaka warna kuning" ujarku.

"Takkan tok bagi saya makan cat?" si bendul Sakane bertanya.

"Ish kau ni Kane, dah tentu la Langsura yang masak" jelasku.

"Sura? Setahu Kane dia tu cuma reti gelak je la tok" balas Sakane.

"Kau tengok benda ni, kat sini dia bagi resepi siap-siap tau" balas si Langsura kegeraman.

"Mana kau dapat benda ni? kau curi ye?" usik Sakane.

"Curi mende, sekarangkan dah moden, tok belikan untuk kita berdua la, kau pun ada sebiji kan?" balas Langsura pula.

"Eleh, lain kali kita pesan order je la tok" ujar Sakane.

"Tak usah mengada, dah pergi makan, kang basi pula makanan tu" ujarku malas nak melayan karenah mereka berdua.

"Orang gurau jer pun" balas Sakane.

"Kau tu bukan orang, hantu tau" Langsura mencelah mengusik Sakane.

"Dah dah, tok nak tidur, dah lewat malam dah ni" aku dah tak tahan mengantuk.

Sakane pergi makan, manakala si Langsura merayau keluar. Tapi aku sentiasa pesan kat Langsura supaya dia tidak terlebih usik budak-budak kampung. Buat sound efek sikit-sikit dah la, kalau- kalau dia nak menyakat. Buat lebih kang tak pasal-pasal aku pulak dapat susah.


Ep21
Dunia Perantara

Sebuah kehidupan sentiasa mencabar. Kita diwujudkan ke dunia ini dengan pelbagai watak yang perlu digalas. Dunia ini masih terlalu luas untuk kita fahami dengan mendalam. Ada yang kita boleh nampak secara tersurat, dan ada juga yang lebih memerlukan kita menafsir sendiri secara tersirat. Terkadang ia suatu yang berada di luar kotak pemikiran kita. Ada orang mengatakan untuk mengetahui dunia luar dimensi kita memerlukan panca indera keenam.

"Langsura, tengahari ni tok nak lauk ayam kampung, boleh tolong carikan tak kat hutan belakang sana?" ujar ku pada Sura.

"Siapa nak makan dia cari la sendiri" balas Langsura dengan jemarinya masih bermain telepon yang aku belikan untuknya.

"Boleh la Sura, tok teringin la" aku saja bermanja dengannya.

"Suruh Sakane la tok, hari ni dia bukan buat apapun" balasnya masih tak mahu mengalah.

"Tok sekat data kau nanti baru tau, biar kau tak main telefon tu lagi dah, baru padam muka" ugutku.

"Ala tok ni... suruh Sakane tok, hari ni dia kan offday" balas Sura lagi.

"Kau lupa ke tok suruh dia tangkap ayam hutan dulu, balik dia bagi aku kaki ayam jer, hurmm biarlah dia offday, kasi dia rehat" ujarku merungut pasal peristiwa lalu.

"Iye la, Sura pergi tangkap" akhirnya dia akur, yesss.

"Tapi kau jangan buat perangai pulak, darah ayam tu jangan buat main tabur merata pulak" pesanku pada minah Langsuir tu.

"Iye la, iye la Sura tangkap lek lok, janji jangan sekat data Sura ye tok" balas budak tu sambil mengelip-ngelipkan matanya dan tersengeh memerli aku.

Dia pun berlalu pergi menjalankan tugasnya. Sementara aku masih berbaring menahan sakit belakang yang aku alami lama dulu. Sakit tu kadang-kadang boleh datang tiba-tiba. Teringat aku pada Serri. Kalau ada si Serri di sampingku, ada juga yang menyapu ubat padaku. Dia balik ke alam bunian mencari ramuan untuk dibawa ke sini.

"Nah, dua ekor cukup ke tok?" Ujar Sura sambil menyerahkan dua ekor ayam hutan.
"Lebih dari cukup, kita bertiga jer makan pun" balasku.

"Tok, benda apa ni, jumpa atas pokok semasa mengintai ayam kampung tadi. Dia pandai bergerak sendiri, melilit sesama mereka sendiri" tanya Sura sambil menyerahkannya padaku.

"Ni akar cenoi, ada orang kata cenuai, mana kau dapat benda ni?" jelasku sambil bertanya padanya semula.

"Tok pekak ke? Sura kan dah kata ambik kat atas pokok tadi, tapi apa guna benda ni tok? wangi semacam jer" dia bertanya sambil memperlekehkan aku.

Pasal akar cenoi ni, akar ni payah nak cari. Dalam kamus santifik aku tak tau la apa namanya. Tapi kegunaannya memang banyak la juga. Biasa benda ni ada kat kawasan kediaman bunian. Tapi bukan takat akar cenoi jer boleh dapat di sana. Bermacam akar, baru akar saja dah 1001 yang ada di sana. Tapi akar cenoi jer senang di cari. Yang lainnya, orang bunian sendiri pun payah nak cari. Tu, kalau jumpa berebut mereka nak.

Akar cenoi agak unik. Rupa seperti rerambut, tapi hidup bergerak. Kalau korang biasa tengok sesungut udang, lebih kurang macam tu la. Sebenarnya, bukan orang bunian yang tanam. Orang ada juga yang panggil akar ni akar bunian. Sebabnya, kalau jumpa akar ni, pasti kawasan tersebut berdekatan dengan kawasan orang bunian.

Akar cenoi yang asli, jika diproses dengan caranya, gunanya adalah untuk menampakkan si pemakai ni nampak cantik, hensem dan paling penting nampak berkarisma. Lebih kurang gitulah salah satu fungsinya. Jangan jatuh kepada orang yang salah jer, nahas.


Ep22
Dunia Perantara


Lauk ayam kampung tengah hari tu memang mantap. Tambah lagi si Sura mencuba resepi di dalam internet. Boleh tahan juga dia memasak. Sakane sampai tulang ayam pun habis diratahnya. Nampak sangat masakan Sura memang hebat. Perut dah kenyang, kira nak berehat santai sambil menggulung rokok tembakau jawa.

"Tok bila kak Serri balik sini tok?" suara si Langsura selesai membersihkan apa yang patut kat dapur.

"Kau telefon la dia, tanya" balasku bersahaja.

"Hish tok ni, kak Serri mana ada telefon, kalau ada pun entah ada line tak kat alam bunian tu" ujar si Langsura sambil duduk di sebelahku.

"Oh ye ke, kalau dah tau dia tiada telefon yang kau buat tanya tu kenapa?" aku mengenakannya.

Masa macam ni, paham sangat apa yang dia nak. Pasti nak aku buka cerita. Si Sakane pula, macam biasa la hari cutinya memang tiada kerja lain selain tidur.

"Tok tu la, penat la Sura tolong atuk sorang-sorang tanpa Kak Serri" si Sura merungut.

"Antu macam kau pun pandai penat juga ka? Mengada la kau ni. Tok tahu kau nak main telefon tu jer kan, banyak alasan" balasku.

"Ye la tok, masa hidup dulu tak puas lagi main dengan phone, mujur la tok belikan" balasnya sambil tersengih nakal.

"Kak Serri kau tu, ikut suka dia jer, nanti-nanti balik juga la dia" ujarku.

"Mesti tok rindu dengan kak Serri kan, kalau kak Serri ada, selalunya Sura duduk kat luar jer" Sura memerli aku.

"Dah dia isteri tok, takkan nak bagi kau tengok tok bercumbu mesra dengannya pulak" balasku dengan lantang.

"Ehh, tok minggu ni dengar ada orang mati dibunuh dikuburkan di kampung sebelah, tok ambik dia juga la jadi assistan tok, senang sikit kerja Sura" Si Langsura menukar topik.

"Takyah nak ngada, kau tu dah cukup, kau ingat senang ke bela antu perangai macam kau" balasku.

"Boleh la tu, sekurangnya Sura ada gak teman" ujarnya lagi.

"Sakane tu boleh jadi teman kau, hensem pun hensem gak dia kan" balasku lagi.

"Sakane? Tak mau la tok, skema la Kane tu, dah badan penuh bulu... eeee seram la dahla tak sama spesis" ujar Sura pula.

"Engkau ni banyak songeh juga la, betul kau ak budak mati dibunuh tu jadi teman kau?" tanyaku dengan serius.

"Boleh ke tok? Macam best juga, dia pun perempuan juga" balasnya.

"Macam mana kau tahu? Kau ada bersembang dengan rohnya ke?" tanya ku ingin tahu.

Budak Sura ni bukan boleh caya sangat. Dengan nakalnya, semacam jer perangai. Jangan dia dah usha dulu pasal si mati tu? Perlu ke bagi teman kat antu sekor ni? Kalau perangai macam dia jenuh pulak aku kang.


Ep23
Dunia Perantara


Terfikirkan idea si Sura minta teman. Bukan senang nak buat bangkitkan. Banyak benda kena buat. Takut itu bukan suatu masalah. Masalahnya, terpaksa menentang aturan alam semula jadi. Minta izin pada penjaga pintu alam kematian. Nak kena lepas banyak syarat. Nak jaga bukan senang. Bukan main sedap mulut jer. Kalau tak cukup ilmu, ritualnya pasti mendatangkan bahaya.

Biasanya si mati yang mempunyai sifat pendendamlah paling sesuai. Kerana ia pasti menjawab ya pada kehendak kita. Tapi, jika tidak dikawal dengan baik, ia akan membahayakan orang awam yang lain. Dengan perasaan dendam yang masih segar, ia memiliki kuasa roh yang boleh menyentuh fizikal seseorang. Itu yang payah bila fikir nak panggil balik.

"Tok, Sura dah sembang dengan dia la tok" ujar Sura.

"Sura, kau ni kan! Itu yang tok malas nak bagi kau merayau, lain yang disuruh lain pula kerja kau" aku naik geram dengan si Sura, buat memandai pulak.

"Sura bosan tada teman la tok, plisss... Sura janji tak buat pasal dah" dia merayu nak juga.

"Apa yang kau sembang dengan dia?" tanyaku.

"Nama dia, tarikh lahir dia, di mana dia tinggal, siapa yang membunuhnya, la...macam yang tok tanya pada saya dulu dan paling *best*, Sura tanya dia nak bangkit balik macam Sura tak?" balas Langsura.

"Budak tu jawab apa?" tanyku lagi.

"Dia dari wajah sedih, wajah bengis bertukar jadi seronok" jelas Langsura.

"Kau ni kannnnn, lain kali jangan buat mandai boleh tak?" aku sedikit geram dengan si Sura.

"Kesian juga dengar kisah dia tok, tu yang Sura cakap macam tu kat dia" jelas Sura lagi.

Nampak sangat dia nak aku buat budak tu macam aku buat kat dia sebelum ni. Apapun perbuatan membangkitkan semula orang yang telah meninggal adalah perbuatan yang memang menentang hukum alam. Seharusnya perjalanan si mati berjalan lancar, kita pula jadi penghalang. Mampus nak kena *deal* dengan penjaga pintu alam kematian pula.

Biarpun kita cuba membantu si mati membalas dendam atau mencapai hajatnya. Namun ia tidak sepatutnya berlaku. Kerana kita juga akan mengubah sesuatu yang tidak harus berlaku.

"Tok, boleh kita bantu dia ye tok, Sura dah janji dengan dia... kesian dia, dia mangsa keadaan" ujar Sura.

"Kau ada sebut nama tok depan dia tak?" tanyaku.

Soalan ini menentukan sama ada aku kena buat atau tidak.

"Tentu la saya sebut tok boleh tolong dia, dia ada kat luar tu dah tok" ujar Sura.

Masalah betul la minah hantu ni, di bawanya roh budak tu ke sini. Hampeh betul la. Yang kena tanggung aku, bukannya dia.


Ep24
Dunia Perantara


Budak Sura ni, tak bertanya kat aku dulu. Aku pulak tak boleh salahkan dia juga. Dia semangat nak ada teman. Mata kasar manusia memang nampak mereka ni sebagai hantu. Tidak pulak golongan perantaraan seperti kami. Mungkin juga sudah biasa dengan benda sebegini kot.

Boleh pulak dia bawa roh tu balik macam tu saja. Hadui budak Sura ni. Aku bukannya tak mahu buat benda macam tu, tapi banyak sangat hal kena buat. Macam orang naik turun mahkamah uruskan pelbagai kes la jawabnya.

Aku bukan tak ada banyak hantu kupelihara dulu. Aku sendiri yang halau dan lepaskan mereka dengan kebenaran pengawal pintu alam kematian. Macam kena buat kontrak juga kalau nak guna perkhidmatan mereka ni. Apa saja yang menyebabkan aku salah guna tujuan mereka, aku kena tanggung semua kesannya.

Dulu aku ada bela pontianak, toyol, hantu raya, jembalang dan ramai lagi la. Tapi bukan senang nak jaga. Kebanyakkannya adalah jenis pendendam, kerana mati tanpa rela. Ada yang aku lepaskan kerana bengap sangat pun ada. Kalau asalnya manusia, sifat mereka adalah sama dengan sifat hidupnya. Bukan senang nak cari yang boleh dengar cakap ni. Macam Sura ni juga la, ikut arahan tu ikut juga, tapi dia buat hal sampingan dia tu yang bahaya.

Sebab itulah aku hanya ada tinggal dua ekor hantu ni. Tinggal Sakane dan Langsura jer. Yang lain aku bebaskan bersyarat dan tanpa syarat.

"Panggil dia masuk" arahku pada Sura.

Sura dengan cepat memanggilnya masuk.

"Siapa namamu?" tanyaku pada roh tersebut.

"Maiya" balasnya.

"Kenapa kau kemari?" tanyaku lagi.

"Alah tok ni, dah tahu buat tanya dia pula" celah Sura.

"Kau diam Sura, tok cakap dengan dia, biar dia yang jawab" aku geram dengan si Sura.

"Saya minta bantuan tok" ujar si Maiya.

"Kalau kau kekal di sini roh kau ada risiko menghilang terus di dunia ini, kalau kau kembali ke alam kematian, engkau akan meneruskan perjalananmu mengikut hukum alam" jelasku agar dia memikirkan sendiri pilihannya.

"Saya memilih kekal tok" ujarnya.

Kalau ikutkan tanggungjawabku, lebih mudah lagi, cuma tinggal perlu maklumkan pada jasadnya dan pengawal pintu alam kematian jer lagi.

"Apa saja alasanmu untuk kekal, tok cuma boleh bantu kau tunaikan 1 permintaan sahaja, syaratnya kau kena tinggal dengan tok dan jangan lakukan apa saja tanpa arahan dari tok, sebab kau kena ingat, kau bukannya manusia lagi dah, kau dah jadi benda lain" jelasku padanya.

Dia hanya mengangguk paham.

"Esok malam jumaat, kita akan lakukan upacara, Langsura sila bersedia.

"Kenapa malam jumaat tok, malam ni tak boleh ke?" tanya Langsura.

"Kau ni mangkuk betul la, barang tak sedia lagi, buat sebarang malam tak boleh, malam jumaat bagus, sebab ramai percaya hantu macam kau berkeliaran, malam esok kau buat kerja kau je la, buat sound efek sikit nanti" jelasku.


Ep25
Dunia Perantara

Seperti yang dirancang, segala keperluan ritual sudah siap disediakan. Berharap tiada halangan. Melakukan pembangkitan bukan suatu perkara yang semudah seperti dirancang. Ada banyak cabaran. Roh boleh menjadi meliar dan pendendam. Mungkin akan mengganggu aturan alam.

Malam yang ditunggu sudahpun tiba. Jam menunjukkan 11:30 malam. Aku memanggil mereka bersedia. Perjalanan menuju ke tanah perkuburan itu tidak mengambil masa yang lama.
Sampai di sana aku menyuruh Sakane berkawal. Langsura pula membantu aku melakukan ritual. Maiya pula perlu melakukan ritualnya sekali. Si Langsura aku tugaskan membuat sound efek menyeramkan jika ada orang datang. Tujuannya untuk mengalihkan perhatian supaya ritual dapat dilaksanakan.

"Ingat pesan tok, jangan buat sound efek sebarang, buat jika perlu saja Sura" tegasku pada Sura.

"Baik tok" balas Sura dengan muka tersengih yang jelas teruja itu.

Engkau punya pasal la aku kena buat benda ni rungutku dalam hati.

Selepas menemui kubur yang masih merah dan sedikit becak akibat terkena hujan semalam, aku tidak melengahkan kerjaku. Aku menggali kubur Maiya. Setelah beberapa lama penggalian jasad Maiya mulai kelihatan. Aku mengambil beberapa benda dari jasadnya. Aku bakarkan bersama kemenyan. Dari situ aku mulai ritual.

"heeehhhh! heeeeehhhh....heeeehhhhh"

Ada hilaian terdengar dari arah belakangku. Aku kirakan itu adalah suara hilaian Langsura yang mungkin memberikan aku amaran. Cis, sapa pula yang datang ini.

Kalau ya pun ada orang, takkan si Kane tak bagitau aku. Betul tak boleh pakai la hantu sekor ni.

"Tok, ada beberapa orang lain datang la tok" ujar Sura mendekatiku.

"Kau lengahkan dulu mereka" arahku pada Sura.

Aku mempercepatkan ritual. Aku gunakan teknik perlahankan masa yang pernah diajar tok guru dulu untuk melengahkan masa. Kemudiannya aku meneruskan ritual.

"Wahai jasad Maiya, sudikah kau membenarkan roh kau menjadi pendampingku?"

Dengan segera mayat si Maiya duduk dengan sendirinya dengan segera roh Maiya disedut masuk ke dalam jasadnya.

"Tapi dengan syarat kau bantu kami membawa pembunuh kami ke pengadilan" ucap mayat si Maiya.

"Baiklah jika itu yang kamu mahukan, aku akan tunaikan permintaan kamu, maka terpisahlah kau darinya rohmu" balasku.

Dengan segera Roh Maiya keluar dari mayat tersebut. Mayat tersebut kembali membaring. Aku segera tanam semula mayat tersebut. Nasib baik sempat. Orang yang dikatakan datang ke situ, sedikit mengelabah kerana usikan si Sura.

Setelah selesai, aku seru hantu-hantuku kembali bersamaku. Dan kami bersembunyi di suatu tempat. Aku seperti tiba-tiba ingin tahu, apa yang mereka ingin buat di tanah perkuburan.
"Sura jangan ganggu mereka lagi, biarkan mereka dulu, tok nak tahu apa yang mereka buat" ujarku supaya si Sura tidak mengganggu.

Aku kembalikan masa kepada asalnya.

Kelihatan beberapa orang lelaki berjalan menuju terus ke kubur Maiya. Aku terus memerhatikan perbuatan mereka. Seorang dari mereka berdiri berkawal, dua lagi mengali kuburan itu.

"Tok, mereka itulah yang membunuhku" ujar Maiya yang segera bergerak menuju ke arah mereka.

Aduh... Masalah ni.


Ep26
Dunia Perantara

Dalam pekat malam, dan dengan usikkan dari Langsura tadi tidak menggentarkan mereka. Rasanya mereka ini mempunyai keberanian dan nekad melakukan sesuatu. Kalau dah kejahatan menguasai diri, segalanya mereka akan tempuhi. Aku kena berhati-hati berhadapan dengan mereka ini.

"Sura, halang Maiya" aku mengarahkan Langsura pergi mendapatkan Maiya.

Rasanya macam sudah terlambat.

Aku kena guna lagi teknik memperlahankan waktu. Kemudiannya aku segera cuba mendapatkan Maiya sendiri, namun dia jauh didepanku.

Sedang waktu diperlambatkan.

"Maiya berhenti! Kalau kau nak balas dendam bukan itu caranya" ujarku.

Nasib baik Sura dapat menghalangnya. Aku melihat dan memerhatikan apa yang dibawa oleh lelaki-lelaki tersebut. Ternyata set yang mereka bawa adalah set untuk mendapatkan minyak dagu. Jahanam budak-budak ni. Mereka bergerak dengan amat perlahan. Dalam keadaan masa memperlahankan mereka, aku mengarahkan Sura dan Maiya membantuku melakukan sesuatu.

Kami merampas cangkul yang digunakan mereka. Aku membaca jampi membuatkan mereka tertidur. Ketiga-tiga mereka terbaring dan tertidur.

"Sekarang nak buat apa dengan mereka ni tok?" tanya si Sura

"Kita bunuuhhh mereka" celah Maiya yang melepaskan emosinya.

"Kalau kau bunuh mereka, mereka nanti tahu kita punya angkara, roh mereka akan menyusahkan aku paham??" tegasku pada mereka berdua.

"Jadi, tok nak lepaskan mereka macam tu saja?" Maiya masih tidak puas hati.

"Kau dah janji dengan tok kan? Tok bagi kau masuk alam kubur balik nak?" aku sengaja mengugut.

Aku pula masih terfikir-fikir apa nak buat dengan mereka bertiga tu.

"Nak buat apa ni tok?" Celah Sura mengganggu akalku yang sedang berfikir.

"Tenang boleh tak, tok tengah fikir le ni" balasku yang juga buntu.

Dalam masa yang sama aku melihat amarah Maiya yang masih menunjukkan dendam yang tidak terluah. Boleh naya kalau gagal kawal si Maiya ni.

"Baik Tok ada idea, kamu panggilkan Sakane dulu" arahku.

Si Langsura segera pergi mendapatkan si Sakane. Sementara aku cuba menenangkan Si Maiya.

"Kau nak usaha tok jadi sia-sia? Biar kita balas dendam dengan cara tok ok?" pujukku pada si Maiya.

"Maafkan Maiya tok, Maiya tidak dapat kawal diri tadi" ujar si Maiya kembali tenang.

Tapi, dari riak wajahnya dia jelas cuba menahan dirinya. Kalau betul dia tiba-tiba bertindak membunuh mereka itu, memang naya aku. Dahla tak minta kebenaran lagi kat penjaga pintu alam kematian.


Ep27
Dunia Perantara

Aku tidak dapat nak memperlahankan masa dengan lama. Ia akan menghabiskan kuasa dalaman yang aku ada. Aku perlu bertindak cepat mengawal segala situasi di sini.
Sura dan Kane muncul tepat pada waktunya.

"Kane, kau alih badan mereka bertiga itu ke suatu tempat" arahku pada Si Sakane.

"Nak letak kat mana tok?" tanya si bendul Kane.

"Kau alihkan, lepas tu kambus balik tanah tu menutupi jasad Maiya tu" arahku lagi.

Si Kane melakukan tugasnya. Sementara aku kutip semua barang upacara yang dibawa oleh tiga lelaki tersebut.

"Sura, kau masuk dalam mimpi mereka dan usiklah sepuas hati kau, tapi jangan lebih-lebih, cukup seminit keluar balik" ujarku.

"Mai, kena buat apa lak tok?" celah si Maiya pula.

"Kau sumbat jer tanah kubur tu kat mulut dorang, bagi padan muka bangun pagi esok baru dorang tau" ujar si Langsura memberi idea pada Maiya sekurang-kurangnya melepaskan geramnya.

"Boleh ke tok?" tanya si Maiya.

Aku hanya diam.

"Tok diam tu, maknanya dia bagi can la, apa lagi sumbat la tanah tu dalam mulut dorang tu" celah Langsura lagi.

"Kau buat kerja kau dah lah, dah tada masa ni" ujarku pada Sura.

Sura pun melaksanakan tugasnya. Kelihatan Maiya dengan penuh rasa geram menyumbat tanah ke dalam mulut tiga lelaki tersebut.

Setelah selesai. Aku kembalikan masa seperti biasa. Namun, apa yang pasti, mereka bertiga itu hanya terjaga selepas 7 jam dari jampi yang aku bacakan.

Dalam perjalanan balik, kelihatan tiga hantu peliharaan ku itu senyum dan ketawa bahagia. Menceritakan perihal padan muka pada tiga lelaki tersebut. Aku pula memikirkan cara supaya mereka bertiga itu tertangkap dengan bukti yang sahih dengan cara nampak semulajadi. Setakat ini, aku tidak boleh melakukan sesuatu yang boleh menyebabkan kegiatanku juga terkesan.

"Kenapa tok tidak ikat dan biar polis tangkap mereka keesokkannya tok?" tanya si Maiya.

"Setakat buat hal kat kubur tu, bukti mereka bunuh engkau tidak akan cukup untuk menangkap mereka" jelasku.

"Kau bukan berurusan dengan Pak Polisi, kau berurusan dengan orang tua licik tau" ujar si Langsura mencelah.

"Hebat juga la ilmu tok ni, boleh lambatkan masa, bagi orang tertidur bagai" puji si Maiya.

"Kau baru nampak itu saja, banyak lagi tok boleh buat tau, tapi kalau tiada Sura, tak jadi juga apa tok buat pun" ujar Sura sinis.

"Iye-iye la kau, setakat gelak jer kerja, aku pun tau" celah si Kane pula memerli Sura.

"Kau tu apa? Bendul dah bulu satu badan..." si Sura tidak puas hati.

"Dah-dah, tak usah nak berbalah, kerjasama tu penting, masing-masing ada peranan, esok jangan lupa cari ayam kampung buat masak tengahari" tegurku meleraikan gurauan kasar hantu dua ekor tu.

"Siapa nak makan dia tangkap sendiri la" balas Sura.

"Esok tok nak pergi pekan, ada sesiapa nak kredit topup tak?" ujarku sedikit mengugut Sura.

"Ermmm, tok nak berapa ekor ayam esok ye?" balas sura faham makna ugutanku.

Akhirnya, kami berempat gelak bersama geli hati dengan perangai si Sura. Sura punya gelak pulak memang meremangkan.


Ep28
Dunia Perantara


Sesampai di rumah usang itu, aku merebahkan badanku yang Kepenatan. Manakala, tiga ekor hantu belaanku rancak bersembang. Aku biarkan mereka layan sahabat baru. Yakni, Maiya. Sura bertanya bagaimana dia boleh meninggal. Aku hanya mendengar apa yang mereka bualkan.

Dari kisah si Maiya ini pula, dia merupakan lepasan graduasi yang baru saja lepas temuduga dengan sebuah syarikat. Dia menyewa di sebuah bilik bersama seorang rakan perempuannya. Tapi malangnya bermula apabila dia menyewa di sebelah bilik tiga lelaki yang membunuhnya secara tanpa niat.

Alkisahnya, salah seorang lelaki tersebut adalah rakan kenalannya sendiri. Menjadikan permulaannya dia berani menunjukkan kemesraan kepada jirannya itu. Kebetulan jirannya itu menjemput dia untuk menyambut hari lahir salah seorang dari mereka. Memandangkan teman sebiliknya belum balik dia bersetuju dengan hemat menjaga hati jirannya.

Si Maiya yang tidak memikirkan bahawa peristiwa hitam bakal melanda dirinya pada malam tersebut bersetuju menghadiri majlis itu. Pada mulanya dia disambut mesra. Tapi kelamaan, mereka mula menunjukkan sikap yang kurang disenanginya. Sedar akan keadaan tidak menyelesakan itu, si Maiya mohon minta diri dengan alasan kena bertolak awal ke tempat kerjanya keesokannya. Namun, usul itu ditolak mentah-mentah. Malah mereka cuba memberikannya pil khayal, tetapi ditolak oleh si Maiya.

Kerana telah khayal, tiga lelaki tersebut mengunci pintu rumah sewa tersebut dan menyembunyikan kuncinya. Dari situ, Maiya sedar situasinya telah terperangkap dalam rumah tersebut. Salah seorang menangkap Maiya dari belakang sambil menekup mulutnya dengan sesuatu. Apalah kudrat seorang gadis itu berbanding tiga lelaki tadi.

Dengan itu, Maiya berusaha meronta sekuat hatinya. Hasil rontaannya dia berjaya melepaskan diri dari lelaki tersebut. Tapi malangnya dia teranjak ke hadapan dan kepalanya terbungkam pada bucu meja kaca. Kepala dan leher Maiya tertusuk oleh meja kaca nipis yang pecah akibat hentakkan tadi. Maiya mengalami pendarahan yang banyak. Ketiga-tiga mereka panik kerana mereka sedar perbuatan mereka telah menyebabkan insiden tersebut.

Maiya dengan kudrat yang ada, berusaha menjerit dan merayu ditolong. Kerana panik mereka bertiga tidak bertindak apa-apa untuk membantunya. Sehinggalah Maiya menghembuskan nafasnya akibat pendarahan yang teruk. Oleh keran panik dan tidak berfikir panjang mereka mengembalikan mayat Maiya ke bilik sewanya yang kebetulan bersebelahan dengan rumah sewa mereka.

Setelah meninggal, roh Maiya terus jadi gentayangan. Dia tidak tahu apa yang harus dibuatnya. Hanya menangis sepuasnya. Pada awal pagi mayat Maiya disedari oleh teman sebiliknya yang balik lewat dari bertemu kawan-kawannya. Teman sebiliknya itu terus melaporkan pada pihak polis. Mayat Maiya dibawa ke hospital untuk bedah siasat. Setelah beberapa hari, tiada bahan bukti yang dikesan, akhirnya mayat Maiya dituntut oleh ahli keluarganya dan dikebumikan.

Begitulah kisah bagaimana si Maiya meninggal.


Ep29
Dunia Perantara

Terdengar kokokan ayam di awal pagi seawal jam 4. Aku terpandang 3 hantu belaanku. Masih tak tidur lagi 3 mangkuk ni. Eh, kan mereka tu hantu, perlu tidur ke. Mereka bertiga masih rancak bersembang. Entah apa yang dibicarakan pun aku tak pasti. Siap gelak tawa sakan. Lantak korang bertigalah.

"Sura, siapkan sarapan tok, tok nak bersiap mandi" suaraku menghentikan sejenak perbicaraan mereka bertiga.

"Apa dia tok?" Si Sura bersuara seakan-akan tidak mendengar ucapanku sebentar tadi.

"Hantu macam kau pun pekak juga ke?" Perliku geram dengan si Sura.

"Iyela, orang tengah nyembang, mana fokus dengan apa yang tok cakap" balas Sura.

"Bila masa kamu bertiga ni adalah orang?" Aku sengaja mengenakan lagi.

"Iyela tok, Kami tau la Kami ni hantu, tok nak apa tadi erk!" Sura balas lagi.

"Kau buat rutin biasa kau la Sura, buat sarapan untuk tok, buat kopi pra-campur, kopi tu atas dia buat shape hati, kalau tak reti buat tengok jela dalam internet tu" jelasku panjang lebar.
"Semacam jer permintaan tok ni, dah kenapa ni tok?" Sakane pula mencelah.

"Iye la, dari kamu layan insta, FB tu bagai, baik juga kamu buka resepi memasak, dapat juga Kita makan menu yang best-best" balasku lagi.

"Budak Maiya ni mesti cekap tok, apa kata dia sediakan sarapan pagi ni" si Sura mengenakan si Maiya hantu budak baru tu.

"Ikut korang la, janji sarapan tok ada pagi ni, kejap lagi ada appointment ni dengan pelanggan kita" ujarku.

"Baik tok" balas Sura.

Aku pun pergi bersiap mandi.

Selesai mandi, mengenakan pakaian officialku yang serba hitam. Setelah itu, aku melangkah ke ruangan dapur, dan tiga ekor tu telahpun menunggu aku di situ.

Wow, mereka hias meja makan tu macam aku nak makan 'candle light dinner' lak. Siap meja dilapik kemas, ada lilin bagai.

"Tadaaaa tok, amacam cun tak?" Ujar si Sura.

"Kalau iyepun jangan la membazir lilin, dah la tok tengah sengkek tada duit tau!" Balasku mengelak dari memuji hasil usaha mereka.

"Sekali sekala la tok, tok juga yang selalu bagi free charge kat pelanggan tok, tok tau mereka tu nak servis free jer, sakit tok sendiri yang kena tanggung" ujar Sura macam geram.

Sedikit sebanyak kata-kata Sura tu ada benarnya. Aku terdiam tersentak sedikit dengan ucapannya. Sebabnya aku ni bukan dukun atau bomoh yang jenis cari duit.


Ep30
Dunia Perantara

Kulihat jam sudah 8 pagi. Kelibat orang yang menelefon aku semalam belum lagi kelihatan. Katanya nak minta tolong aku selesaikan suatu perkara. Aku tak tahu apa dia nak. Sebabnya, aku tak arahkan belaanku buat siasatan awal.

"Tok, ada orang datang tok" Sakane memaklumkan aku.

Tidak lama selepas itu, ada sebuah kereta mewah masuk ke perkarangan pondokku.
Dari pintu yang terbuka itu aku memerhatikan, pemandu yang menggunakan baju berwarna putih keluar dari kereta dan membuka pintu untuk tuannya. Dari situ keluar seorang lelaki menggunakan cermin mata hitam, yang umurnya dalam lingkungan 40an.
Hebat, 
guna kereta mewah pada peringkat umur macam ni kiranya dia orang yang cepat success. Siap ada pemandu pribadi lagi tu.

"Tok, orang kaya tu tok, peluang nak dapat duit lebih ni tok, apa lagi tok" Sura mencelah sambil memerhatikan orang yang datang.

"Sura, kau diam" Aku menegahnya.

"Ala tok, boleh tok pakai phone mahal sikit lepas ni" ujar Sura.

"Tok, ke kau yang nak guna phone mahal?Dah diam" Perliku pada si Sura.

"Hello, ada orang tak, kami datang ada hajat" ujar si pemandu.

"Masuklah, jemput naik" balasku dari dalam.

Aku berlagak tidak menjemput mereka ke hadapan pintu. Mereka perlukan aku, merekalah yang cari Kan?

Makanya, keduanya masuk naik ke dalam pondok. Macam biasa ragam si pemandu itu kelihatan matanya meliar melihat apa yang ada di sekeliling. Manakala tuannya mengalihkan cermin mata gelap dari wajah.

"Semalam tu, sayalah yang telefon tok" ujarnya membuka bicara.

"Iya, apa hajat datang kemari ni?" Tanyaku

"Saya perlukan bantuan tok, emak tiri saya tidak mahu melepaskan harta wasiat peninggalan ayah saya pada kami adik beradik... " ujarnya.

"Jadi?" tanyaku lagi

"Sebenarnya, mak tiri kami ni dah tak sihat, mula dulu orangnya baik sangat, tetapi semenjak dia jatuh sakit perangai dia berubah, jadi boleh tak tok tengokkan apa yang berlaku?" Jelasnya berserta suatu permintaan.

"Tok, buat servis charge la perkhidmatan tok tu" si Sura menyampuk lagi.

"Kau nak apa sebenarnya?" Aku menjengilkan mata ke arah Sura.

"Ye, tak boleh ke tok? Saya sanggup bayar tok?" Ujar lelaki itu menyangkakan Aku sedang bercakap dengannya.

"Ha tu tok, dia sanggup bayar tu" ujar si Sura dengan muka tersengeh.

"Kejap... Tok tengok dulu apa tok boleh tolong kau ke tidak" ujarku.

Aku pun tulis kat kertas sesuatu dan ku bakar.

"Tok, kouta data Sura ciput jer nak tengok drama K banyak best la tok, minta lebih sikit tok, nanti Sura janji masak sedap-sedap untuk tok" si Sura tak habis nak mengikis jer kerja dia.

"Saya akan bayar tok janji geran tanah tu dapat kat saya tok" ucap lelaki tu lagi.

"Tok boleh tolong, tapi pengerasnya keras la" balasku.

"Berapa tok? Tok cakap saja" Tanya lelaki tersebut.

"Tok, Minta RM5k tok" bisik si Sura.

"Kalau saya bagi tok RM50k boleh ke tok?" tanya lelaki tersebut.

"Setujuuuuuuuu.... " jerit si Sura.

Seraya dalam masa yang sama dia mengilai. Tak perasan terkeluarkan sound efeknya menyebabkan dua lelaki tersebut tertelan liur basi.


Ep31
Dunia Perantara

Dua lelaki di hadapanku terkedu terdiam mendiamkan diri. Kelihatan juga keduanya merapatkan tempat duduk masing-masing yang tadinya sedikit berjarak. Penangan terdengar hilaian si Sura.

Aku menjengil mata pada si Sura. Si Sura yang masih tidak dapat menahan diri masih berdekah-dekah dengan hilaiannya. Setelah beberapa lama suasana bingit dengan hilaiannya barulah Sura perasan aku tengah menjengilkan biji mata padanya. Barulah suasana kembali senyap sunyi kembali.

"Sorry la tok, Sura exited sangat la" Si Sura paham maksud jengilan mataku.

Cuma percakapannya tidak mungkin didengari oleh dua lelaki tadi.

"Kenapa tok? Saya up lagi RM100k tok, kalau yang tadi tak cukup" ujar laki tadi melihat mataku masih terjengil yang mana mungkin dia fikir aku menjengil tanda tidak puas hati dengan harga Yang dia tawarkan tadi.

Kali ini, Sura tidak berani berbunyi, rasanya dia faham aku tengah marah padanya.
"Apa yang kamu mahu tok lakukan?" tanyaku?

"Minta tok buat ibu tiri saya menurunkan tandatangan penyerahan tanah kepada saya tok" ujar si lelaki tu.

"Kenapa sampai nak guna tok ni? Benda tu kan urusan keluar kamu" balasku.

Dia pun menjelaskan lagi bahawa ibu tirinya seperti telah diilmuhitamkan oleh adik beradik mereka yang lain. Setiap selepas waktu senja ibu tirinya akan meracau seperti orang kerasukkan. Selebih itu, dia kelihatan seperti orang tengah nyanyuk. Setiap kali cakap pasal tanah pula dia akan mengamuk dan marah.

Jadi mereka tidak dapat berbincang dengannya cari baik. Malah mereka tidak pernah mendapat kesepakatan dalam setiap perbincangan.

"Baiklah, tok tengok dulu apa yang perlu buat, kamu boleh balik dan datang balik pada malam Jumaat minggu depan" ujarku

"Baik tok, kalau ada yang perlu, tok hubungi saya" ujarnya.

"Tokkkkkk... minta duit pendahuluan la" celah si Sura.

Aku jengilkan mata lagi pada Sura sambil mendehem.

"Owh, terlupa pula tok, nak ini pendahuluan buat tok" ujar si lelaki itu menyerahkan sarung surat berisi kertas tebal.

Oleh kerana aku tidak menyambutnya, dia meletakkannya atas lantai. Mungkin dia ingat aku berdehem minta pengeras, sedangkan aku mendehem menegur si Sura pencukur tu. Nanti kau Sura siap kau lepas ni.

"Kami mohon diri dulu tok" ujar mereka berdua dan bergerak pergi.

Aku pulak masih membatu bengang dengan si Sura. Nanti kau Sura siap kau. Main-main banyak kau ye!


Ep32
Dunia Perantara

Setelah mereka berlalu pergi, aku berkira-kira nak buka sampul surat itu. Belum sempat aku nak gapai, kulihat sampul itu dah pun menghilang. Tak lain punya kerja la ni. Pasti Sura.
"Tok Sura ambik sikit ye!" Sambil dia mengembalikan sampul tu padaku.

Dalam sampul itu, terdapat nilai RM500. Banyak orang tu bagi ni. Aku ni bukan bomoh duit pun.

"Sura ambik berapa dari sampul ni tadi?" Tanyaku.

"Sura ambik sekeping jer" balasnnya.

Maknanya dia bagi RM550 la tu. Bagus juga budak Sura ni tak ambik lebih-lebih.

"Jap tok nak tengok duit tu dulu, Aku sedikit sangsi takkan dia bagi RM550" ujarku.

"Ala tok ni, Sura kata sekeping jer kan" balasnya semacam tak mahu menunjukkan kepingan duit tersebut.

"Meh bagi sini dulu, cepat" arahku.

Dia dengan keberatan nak tunjuk. Akhirnya dia menyerahkan juga duit kertas itu padaku.
"Mak oi, RM1k note duit kau kebas Sura!!" Jerkahku.

"Sekeping jer pun tok, mana Sura tau" balasnya buat muka tak bersalah.

"Nah, ambik yang ini sekali bagi korang bertiga, sorang RM500" ujarku supaya dibahagikan kepada Maiya dan Sakane sekali.

"Terima kasih tok, habis bahagian tok macamana?" Tanya Sura.

"Tok tak payah, tok bukan bomoh duit, lain kali jangan nak tapau kau sorang jer tau, ingat juga yang lain. Tapi korang kena buat kerja lepas ni" jelasku sambil memerli Sura.

Sura hanya tersengih. Namun aku paham jiwanya yang masih tidak puas jadi manusia, jadi rasanya tak salah juga aku manjakan sikit mereka bertiga tu.


Ep33
Dunia Perantara

Setelah mendapat habuan masing-masing, ketiga-tiga belaanku pergi ke pasar dengan menyamarkan diri menyerupai manusia yang hidup. Aku memberi peluang kepada mereka bertiga menikmati kehidupan yang mereka terlepas semasa jangka hayat lalu. Aku pula duduk di pondok sendirian bersama kucing sesat yang terus menetap di pondokku.

Dalam memerhatikan tingkah laku kucing berwarna kekuningan putih itu, aku jadi sedikit leka. Kucing itu mengusap wajahnya sendiri. Dijilatnya kaki sendiri dan diusapnya wajahnya. Ikutkan orang tua dulu-dulu, jika kucing berkelakuan sedemikian maknanya aku akan ada tetamu istimewa hari ini. Entah benar entah tidak, tetapi dari pengalaman hidup mungkin semuanya adalah kebetulan belaka.

Ku duduk melunjurkan kaki sambil bersandar pada tiang tengah pondok itu bersama di jariku tersepit rokok tembakau jawa. Ku sedut asapnya dan perlahan pula aku hembuskan. Terasa hari menyebabkan aku rasa semacam. Seakan-akan ada sesuatu membuat jantungku berdebar-debar. Petanda apakah ini?

Sekonyong-konyongnya ada wangian menerpa ke rongga hidungku. Haruman yang sangat menyamankan. Jiwa ku rasa tenang biarpun detak jantungku sedikit melaju. Mataku sentiasa melirik ke pintu menantikan sesuatu yang membuatkan aku berperasaan sedemikian.

Perlahan aku melihat seseorang berdiri di hadapan pintu dengan perlahan dia menolak daun pintu tersebut. Berpakaian gaun berjuntai serba kehijauan lembut daun pisang. Aku terpaku menatap wajah itu tanpa berkerdip. Wajah yang aku rindu. Dia lah Serriku.

"Yannn.... " sapanya.

Aku berdiri mendapatkan tubuh itu dan kupeluk erat.

"Yan sangat merindui Serri..." ucapku pada telinganya

Kami berdua saling berpelukan tidak berkata-apa melepaskan rasa rindu pada masing-masing. Setelah beberapa ketika baru kami meleraikan pelukan tersebut. Dan kembali menatap masing-masing.

"Mana Sura dan Kane?" tanya Serri baru sedar kelibat mereka tak kelihatan di ditu setelah sekian lama kami berpelukan.

"Budak-budak tu ke pasar, Yan bagi peluang mereka berhibur" jelasku.

Aku kembali ke menyandar tiang pondok tersebut, Serri pula membaringkan kepalanya atas ribaku. Dengan ketiadaan budak-budak tu, aku mengambil kesempatan bermanja dan bermesra dengan Serri. Biarpun rupaku nampak brutal tapi kelakuan kami jelas sepasang kekasih yang sangat dilamun cinta.


Ep34
Dunia Perantara

Hampir tengah hari, budak-budak belaanku belum menampakkan kelibat mereka. Perut sudah mula berbunyi menanda dirinya perlu diisi. Hampeh budak-budak ni. Diberi peluang bersungguh pulak mereka mengambil kesempatan. Aku dan Serri juga mengambil kesempatan bermanja dengan ketiadaan budak-budak tu.

Tidak lama kemudian, kedengaran suara budak-budak tu sampai di perkarangan pondok itu. Panjang umur mereka, baru disebut. Eh... kan mereka tu hantu, panjang umur mendanya.
Mereka bertiga pun masuk ke dalam pondok. Sesampai di dalam, si Sura menghentikan langkahnya setelah dia terpandang pada Serri yang berdiri di sampingku. Serri juga memandang ke arah mereka bertiga. Dengan segera Sura melepaskan apa yang ada di tangannya. Dia meluru ke arah Serri dan memeluknya. Entah kenapa, pandai juga dia merindui Serri.

"Bila kak Serri sampai?" tanya Sura

"Baru jer, eh siapa gadis manis tu Sura?" Serri membalas pertanyaan si Sura.

"Isteri baru tok... " balas Sura nakal.

"Yannnn!!! Tak bagitau Serri pun?" Serri menjeling ke arahku menunjukkan wajah geramnya.

"Suraaaaa, kamu ni nak kena dengan tok ke???" ujarku sambil menunjukkan penumbukku pada si Sura.

"Ala, tok ni... Sura gurau jela, Akak pun satu, cepat sangat cemburu" usik Sura.

"Cemburu tu tanda sayang kan?" ujar si Sakane pula.

Si Maiya yang kelihatan agak canggung kerana dia adalah ahli baru dalam keluarga ini. Dia diam hanya tersenyum sumbing mendengar sakatan si Sura.

"Kamu semua ni, diberi peluang keluar, dah dekat tengah hari baru balik, kebulur tok ni tau" aku menukar topik. Dah memangnya aku tengah lapar.

"Takpe la Yann, Serri masak untuk kita semua nanti" ujar Serri.

"Eh, tak payah kak, kami ada beli nasi bungkus untuk kita semua, special pulak tau" celah Sura.

"Ini siapa gadis ni tidak diperkenalkan pada akak" Serri masih mahu mengetahui gerangan gadis manis yang berdiri sebelah Sakane.

"Gadis itu ke kak? Kan dah bagitahu tadi, isteri muda tok la" ujar Sura sambil gelak tak habis nak menyakat aku. Hampeh punya hantu sengaja mengenakan aku.

Aku diam malas nak layan. Aku lihat Sakane juga tersengih.

"Ini Maiya, dan ini akak Serri isteri tok kita ni" akhirnya Sura memperkenalkan mereka.

"Mana makanannya, tok dah lapar ni" ujar ku dan menuju ke ruang dapur.

Mereka semua kemudian pergi bersama ke arah dapur. Sura dan Maiya menyediakan makanan yang beli di pasar tadi. Kami semua menikmati makanan bersama-sama. Sambil makan kami semua saling usik-mengusik dan bergelak tawa bersama.

Kalau dilihat dari sudut mata manusia biasa, aku di situ memang jelas keseorangan. Kerana kelibat mereka tidak akan terlihat oleh orang biasa. Begitulah dimensi duniaku sememangnya berbeza berbanding dengan alam manusia. Aku sendiri boleh dikatakan separuh manusia dan separuh bunian.


Ep35
Dunia Perantara

Pada hari tersebut, tiada yang bertandang berubat atau memohon sesuatu. Rasanya sangat santai dapat bersama Serriku. Biarpun begitu, mereka bertiga tu juga kelihatan seronok bersembang bersama dengan ada gadjet ditangan masing-masing.

Di tengah-tengah laman di bawah pokok mangga terdapat sebuah pelantar yang Ku dirikan tanpa bumbung kerana diteduhkan pokoknya. Kalau hujan basahla jawabnya. Di situlah mereka bertiga duduk bersama seperti anak-anak remaja yang riang bersuka ria. Mereka bagaikan lupa yang diri mereka bukanlah manusia. Keceriaan mereka juga mengubat diri ini yang tidak pernah merasakan ada zuriat.

Gelagat mereka diperhatikan aku dan Serri yang sedang duduk bersama di atas tangga pondok. Serri pula bermanja dengan ku sambil duduk selang dua anak tangga seraya menyandarkan kepalanya di pahaku. kuusap dan kubelai rambut ikal Serri. Saat itu kami hanya berdiam hanya menyaksikan gelagat gurau senda mereka bertiga bagaikan menonton siri drama TV.

"Yan, malam ni Serri mengoles ubat yang Serri bawakan dari sana ya!" Ujar Serri membuka bicara.

"Serri juga tahu, luka itu tidak mungkin terawat selagimana Yan mengabulkan permintaan gelap oleh pelawat" balasku.

Aku sedar lukaku tidak mungkin akan sembuh jika menunaikan sisi jahat para pelawat. Kerana aku tidak mampu menolak permintaan apa saja yang mereka inginkan. Dari merawat sampaikan melakukannya suatu yang mendatangkan mudarat pada orang lain. Itulah sumpah yang aku kena hadapi sebagai perantara.

"Yan boleh jer berhenti dari melakukan semua ini kan? Yan boleh ikut Serri menetap di sana tanpa terlibat dengan hasad dengki manusia" luah Serri yang entah keberapakalinya dia berkata sedemikian.

"Yan tahu, selagi masih bernyawa Yan takkan mengalah Serri, pasti akan ada jua pada akhirnya" balasku.

Keinginanku adalah hidup secara terabadi bersamanya. Aku tidak mahu dia terluka dan terseksa kelak meratapi pemergianku. Sedangkannya sentiasa kelihatan sama biarpun umurnya mencecah usia 60an. Wajahnya masih serupa gadis remaja. Aku pulak jasadku semakin dimamah usia. Iyala kan, kalau boleh aku mahu juga dikatakan biar nampak sama padan.

"Serri, tidak kisah bagaimana rupa diri Yan, tapi Serri tidak sanggup melihat Yan terus terseksa kerana degil berusaha menunaikan dengki sesama manusia" tambah Serri.

Aku hanya berdiam. Aku tetap dengan pendirianku. Alang-alang terseksa, biarlah sampai pada kemuncaknya. Aku benar-benar ingin hidup selamanya bersama Serri.

Dia juga diam, tapi dapatku rasa ada sesuatu yang membasahi pahaku. Aku sedar titisan airmatanya kerna dia tidak sanggup melihat seksaan yang aku lalui. Dalam masa yang sama dia juga tidak mampu menghalangku.


Ep36
Dunia Perantara

Aku mengelamun menyandarkan dua siku ku pada bingkai jendela pondok usang itu. Berteman rokok tembakau jawa yang telah lama menjadi kegemaranku tersepit kemas pada dua jemari. Sambil menikmati suasana di luar. Hujan rintik-rintik yang mula turun memaksaku mendongakkan kepala untuk melihat apakah cuaca bakal hujan lebat atau sebaliknya. Apa yang pasti, hujan rintik-rintik itu tidak mampu membasahi tanah.

Dalam ketermenungan itu, mindaku ligat memikirkan apakah yang aku perlu lakukan hari ini. Tiga hantu belaanku tidak habis dengan bermain telefon di tangan. Nampak sangat mereka tidak puas dengan kehidupan yang lampau.

"Sura, sini jap!" aku memanggil si Sura.

"Jap tok, 1 level nak siap ni" balas Sura.

"Cepatla, ada benda nak tok nak kau buat, penting" ujarku mendesaknya sedikit.
"Jap tok.... jap...sikit lagi haaa..." balas Sura lagi.

Aku bagi dia peluang buat hal dia dulu. Tersisip rasa bersalah dan kasihan padanya. Walaupun nakal, dia tak jemu-jemu menurut perintahku. Aku berharap juga, rohnya akan tenang jua seketika kelak setelah kubebaskan.

"Dah siap tok, apa benda tok nak suruh ni?" Sambil terjengil di depanku buat-buat muka comelnya.

Aku membuang puntung rokok tembakauku yang telahpun terpadam. Dan melangkah ke almari yang bagai nak roboh dalam pondokku itu. Aku buka pintu almarinya. Kuambil peti besi kecil yang tidak berkunci. Kubuka, aku mengambil sebuah buku yang sudah berdebu lamanya. Buku tersebut aku berikan padanya.

"Kat buku ni ada sedikit duit dalamnya, Tok mahu kamu keluarkan seperlima dari jumlahnya" ujarku.

"Fuyooo, tok ada duit simpanan rupanya, berapa banyak ada dalam ni tok?" tanya Sura.

Sedikit pun aku tak pernah mengeluarkan duit dari buku simpanan tersebut. Bagiku ia adalah duit yang aku tak layak gunakan. Duit hasil menunaikan kerja-kerja jahat. Setiap kali aku dapat duit dengan kerja-kerja yang memudaratkan orang lain, hasilnya akan ku simpan terus. Aku sendiri tidak tahu berapa jumlahnya.

"Kalau dah keluarkan nanti, bagi sedikit pada anak-anak gelandangan di pekan sana. Belikan makanan juga untuk mereka juga" ucapku.

"Bahagian Sura tiada ke tok?" tanya Sura dengan muka meraih simpatinya.

"Selebihnya nanti, pandai-pandailah kamu guna, bahagikan antara kamu bertiga, belilah apa yang kamu suka" tambahku lagi.

"Camna tandatangan tok? Kad pengenalan tok, mesti dorang nak pengesahan nanti" ujar Sura.

"Nanti buat macam biasala, suruh si Sakane menyamar jadi tok, Kad pengenalan tok korang bawa sekali la, tanda tangan tok tak susahpun, macam ni je" jelasku sambil menunjukkan tandatangan ringkasku.

"Cap jari pengesahan kad pengenalan tok?" tanya Sura lagi.

"Kau pergi dah la, tau Sakane nak buat apa nanti" aku malas nak layan soalan Sura.

"Tok, boleh tak Sura dan Maiya beli baju baru nanti tok?" Sura bertanya lagi.

Aku pandang wajah anak gadis itu. Rasa kasihanku semakin menjadi. Aku hanya memberikannya senyuman.

"Kau nak telefon baru pun boleh, rasanya lebih dari cukup duit tu nanti" ucapku.

"Iye ke tok???" Balasnya sambil tersenyum lebar dan tidak teragak-agak memelukku.

"Dah, pergilah dengan mereka berdua, jangan lama sangat kat bandar tu nanti, jangan nakal-nakal" bisikku pada telinganya sambil melepaskan pelukannya.

Sura pun berlalu pergi dengan penuh girang.


Ep37
Dunia Perantara

Wajah ceria Sura membuatkan aku rasa turut gembira. Aku berharap duit simpanan itu mereka gunakan sebaiknya. Setelah mereka bertiga berlalu pergi, maka tinggallah aku dan Serri di pondok usang itu.

Datanglah Serri ke ruang tamu itu bersama kopi dan sedikit pisang goreng yang masih nampak panas. Setelah menghidangkan semua itu, dia duduk di sebelahku.

"Yan, bila Yan nak bebaskan mereka semua tu, dan bila Yan nak kembali ke sana bersama Serri?" Serri membuka tajuk buat kami berdua.

Soalan yang berat amat untukku jawab. Selagi harapan masih ada, selagi itu aku tetap menunggu suatu ke ajaiban.

"Dahla menunaikan permintaan jahat tu Yan, bukan senang nak dapat permintaan yang terbaik Yan, malah semakin banyak dosa yang Yan dapat sementara menunggu permintaan itu" ujar Serri cuba memujukku.

Aku masih berdiam. Aku dalam dilema juga sebenarnya. Namun, di sudut hatiku ingin semua selesai sampai ke akhirnya. Bak kata pepatah, alang-alang menyeluk pekasam, biarlah sampai ke pangkal lengan.

"Yan tengok juga kan, sudah berapa kali Yan berdepan dengan pelbagai lapisan masyarakat, semuanya permintaan atas kepentingan diri mereka" ucap Serri lagi.

"Serri kena Yan lama dah, Serri tahu Yan tetap setia dan sentiasa menyayangi Serri kan? Serri kena sabar" balasku.

"Itu Serri tahu, Serri tidak tahan melihat diri Yan terus terseksa" dia segera membalas.

"Sama juga, Yan tidak akan sanggup melihat Serri berseorangan setelah Yan pergi nanti" balasku.

Serri adalah orang bunian, jadi dia akan hidup lama, yang pasti aku akan pergi awal darinya. Jika aku berjaya mencapai keabadian, maka barulah aku dapat bersamanya selamanya. Itu juga meresahkan aku. Aku tahu dia akan lebih terseksa merinduiku setelah aku pergi kelak.

"Dahla Serri, baik kita jangan bicarakan hal ini lagi, selagi Yan terdaya Yan tetap menunggu, Yan percaya akan tetap ada harapan jua" jelasku.

"Serri tak tahu nak cakap apa dah, takpela Yan, Serri tetap menyokong apa yang Yan usahakan" Serri seperti sudah pasrah.

Pasrah mendenya, tengok la nanti dia tetap juga pujuk aku hentikan semua tu. Buat sementara ni dia memang senyap tidak mahu ungkitkan semua itu.

"Serri, Sura dan Maiya tu sapa lagi comel eh?" tanya ku sengaja mengusiknya.

"Yan nak sangat, dua-dua tu pun boleh, ada juga yang tolong Serri buat kerja rumah nanti" balasnya dengan wajah geramnya biarpun tahu aku hanya mengusik.

"Yan nak Maiya lah, muda pun muda juga" usikku lagi.

"Toksah nak mengatal.... Eh takpe ke Yan biar dorang pergi macam tu tanpa pengawasan Yan?" Dia tukar topik pula.

"Tak ada masalah, semuanya telah kuajarkan pada mereka sebelum ni" jelasku.

Apa yang mereka beli untuk mereka sendiri, semua itu akan ghaib di mata kasar manusia biasa. Namun apa yang mereka berikan pada orang lain pula akan kekal. Kalau mereka membeli pakaian contohnya, setelah mereka bayar. Setelah beberapa ketika, pakaian tersebut akan ghaib bersama mereka melainkan mereka belum menginginkannya berlaku. Namun. orang macam aku dapat melihat apa yang mereka guna dan lakukan.


Ep38
Dunia Perantara


Matahari sudah beralih arah semakin ke barat. Tandanya petang sudah menjelang. Kelibat tiga budak tu belum tiba. Ruang masa yang ada diambil kesempatan sepenuhnya aku dan Serri berduaan. Bermesra, bermanja, bercanda meluahkan segalanya.

vroooommmm, vrooommmm....

Kedengaran sebuah kereta menuju ke arah pondokku. Siapa pula yang datang ni? ViP mana pula yang datang ni? Dahla assistan ku masih di luar kawasan.

Kereta berwarna kuning menghampiri pondok usangku. Dalam berapa saat sudah berada betul-betul depan pondok. Cermin tingkap gelap. Tak nampak siapa di dalamnya.

Beberapa ketika, barulah kelibat pemandu dan penumpangnya keluar. Mak oi..... Terkejut biawak aku. Sura and the gang. Mana pulak dia dapat kereta ini pulak. Jangan-jangan mereka main balas kereta orang pulak. Boleh naya ni kalau polis datang cari.

"Tok, cantik tak kereta baru Sura, Mini Cooper 1.6?" Ujar Sura keluar dari kereta dengan pakaian ketat berkaca mata hitam.

"Tok, macam mana gaya Kane pulak tok" Sakane pun sama sama, pakai pakaian koboi.

"Maiya, ada nampak macam retis korea ke tok?" Si Maiya pulak menyampuk dengan gaya entah apa-apa, siap bersarung tangan hitam.

"Ape ke mende korang ni? Mana dapat kereta ni? Korang curi ye?" tanyaku sambil turun ke bawah.

"Curi apa nya tok? Beli cash la, tapi kereta terpakai je la" balas si Sura.

"Iya la tok, mana main curi-curi tok" ujar si Maiya pula.

"Tak mahal tok, RM78k jer, harga asal RM85k, pasal beli tunai ada diskaun la tok" jelas Sura.

"Serri kau tengok perangai hantu ni semua" ujarku sambil memandang ke arah Serri yang hanya tersengih.

"Barang untuk tok pun kita belikan, Sakane tolong angkat barang belakang bonet tu" ujar si Sura mengarahkan Sakane.

Sakane pun pergi la mengambil barang itu semua. Mak oi banyak nya korang membeli belah. Kami semua pun masuk ke dalam pondokku.

"Tok, kenapa tok tak bagitau yang tok ni jutawan?" ujar si Sura.

"Jutawan mende kau Sura, tok tak pernah kira duit yang tok kumpul kat situ, setiap kali orang bagi duit tok simpan jer" balasku.

Sungguh aku tak pernah kira pun, sekolah pun aku tak pernah. Kalau belajar membaca pun dengan tok guru aku dulu, yakni ayah si Serri. Tu pun belajar ilmu hisab pun tak lepas. Yang banyak aku belajar adalah ilmu batin dan ilmu mistik.

"Takpe la, korang boleh guna jer la duit tu, tok tak perlukannya" jelasku.

"Betul ni tok?" tanya Sura.

"Iye" balasku ringkas.

Melompat-lompat si Sura mendengar jawapanku. Begitu juga dengan si Sakane dan Maiya. Seronok sakan mereka bertiga.

"Wei, wei, wei udah-udah la tu, roboh pondok ni kang?" aku jerit anak kat mangkuk tiga ekor tu.

Barulah mereka kembali duduk. Dan menyerahkan barang-barang yang mereka belikan untuk aku. Pelbagai kain, warna-warni pulak. Satu set pakaian koboi pun ada. Setan tiga ekor ni beli barang merapu ni pehal. Tapi takpe la, dorang dah beli. Nanti aku pula dikatakan tak menghargai. Untuk Si Serri pun dorang belikan juga gaun dan pelbagai pakaian wanita.

"Eh, anak-anak jalanan yang tok pesan korang ada bagi tak?" tanyaku.

"Itulah yang pertama kami buat tok, setiap sorang kami bagi RM1000, Seronok sungguh melihat mereka gembira tok" jelas Sura.

"Bagusla macam tu, kalau ada ke pekan lagi nanti jangan lupa bagi mereka lagi" ujarku.

"Beres tok, ni handphone baru tok jenama Cokia siri 8.1, ni tok nak tengok video bomoh-bomoh dalam youtube banyak orang tayang tok" ujar Sura.

Seronok pula rasa di hati bila nampak budak-budak tu sungguh ceria hari ini. Harap mereka tak bosan la berkhidmat denganku lepas ni. Lepas ni banyak tanggungjawab nak buat pula. Misi masih banyak belum selesai.


Ep39
Dunia Perantara

Dunia perantara bukanlah suatu yang mudah untuk ditempuhi pengamalnya. Bukan setakat keazaman, prinsip hidup juga akan berubah. Menunaikan segala permintaan yang diharapkan sesiapa sahaja. Bayarannya adalah penyeksaan diri. Segala seksaannya jadi sia-sia jika mengalah sebelum waktunya tiba.

Dengan itu, ramai pengamal yang menyimpang dari misi asal mereka. Mengamal demi harta dan kemewahan. Bagi aku pula, aku sudah melangkah begitu jauh. Ikutkan hati, inginku undur masa dan jadi manusia biasa menjalani hidup sepertimana yang lainnya. Tapi, takdir ini harus aku lalui, aku harus bertahan demi kehidupan abadi bersama Serri yang kucintai dan sayangi.

"Sura, Maiya, Kane, kamu bertiga perlu menjaga pondok ini, jangan ke mana-mana malam ini, tok ada urusan yang perlu diselesaikan" ujarku pada mereka bertiga.

"Nak ikut tok" ujar si Sura mengada.

"Tempat yang tok pergi ni bukan tempat yang kau suka" balasku.

"Tok nak pergi mana sebenarnya ni?" tanya Sura lagi.

Ikutkan rasa hati nak saja aku bagitau segalanya. Tapi mulutku tidak berani berbicara. Aku cuma memandang ke arahnya dan menggelengkan kepalaku. Berat rasanya nak pergi. Tapi aku perlu hadapi juga segala yang aku telah buat. Dosa manusia diadili selepas mati. Dosaku sebagai perantara perlu aku tebus dikala hidup. Begitulah caranya aku menanggung segala penderitaannya. Bagaimana orang yang ku zalimi menggunakan ilmuku, begitu juga aku perlu merasakannya.

Aku bangun dan bangkit meninggalkan mereka bertiga di situ. Sura dan rakan-rakannya tidak mengerti apakah yang bakal aku lalui. Cuma Sakane yang tahu serba sedikit tentang aku. Kerana dialah paling lama menjadi khadamku. Khadamku yang paling setia.

"Tok, tok nak pergi mana? Kenapa wajah tok nampak suram, ada masalah kongsi la tok?" pujuk Sura.

"Sura, kalau tok begitu, harusnya jangan diganggu pikirannya" ujar si Kane.

"Kita semua ni kan dah macam sebuah keluarga, jika tok ada masalah, kita semua harus selesaikan bersamanya" si Sura tampak masih berdegil.

"Biarkan tok korang berehat dulu, jangan risau Serri akan jaga tok" celah Serri dan memimpin tanganku ke bilik.

"Apa masalah tok sebenarnya Kane?" tanya Sura pada Kane.

"Dah diam, biar tok berehat" balas Kane dan menyusup keluar meninggalkan Sura dan Maiya yang terpinga-pinga.

Di bilik pula, pipi Serri sudah mulai dibasahi mutiaranya. Setiap beberapa tahun, aku perlu ke alam penyeksaan. Menantikan hukuman tersebut, bagaikan banduan yang menanti hukumannya. Debarannya pasti terasa. Lagilah, algojonya bukan datang dari dunia biasa. Mereka adalah makhluk alam perantaraan dunia hidup dan mati.

"Yan, berapa lama lagi Yan nak terus menunggu begini? Berapa lama lagi Yan akan terus menerima seksaan? Serri tak sanggup melihat keadaan Yan terus begini" ujar Serri perlahan seraya mengusap kesan parut yang masih belum sembuh di belakangku.

"Yan sudah terlajak jauh Serri, lagipun ini sudah takdir yang Yan perlu hadapi" balasku masih gagah dengan semangatku.


Ep40
Dunia Perantara

Debaran semakin terasa. Senja telah menjelang tiba. Dalam bilik itu, santapan yang disediakan tidak kujamah. Perasaanku resah, aku sedar derita itu bukan suatu yang senang dihadapi. Itulah bayaran yang perlu aku terima. Sesungguhnya aku tidak mampu mengelak dari menunaikan permintaan zalim. Segalanya perluku tunaikan.

Biarpun aku diseksa, semua itu masih tidak mampu menepis segala perbuatan ilmu sihir yang telah kulakukan. Rasa bersalah itu terus menghantui hidupku. Itu juga salah satu hukuman yang ku harus terima segalanya senantiasa bermain di mindaku.

Masanya telah tiba. Aku hanya mengenakan celana. Aku membuka kain putih berdebu penutup suatu cermin. Aku memandang cermin dan mulutku kumat-kamit membaca mantra. Cermin tersebut mengeluarkan cahaya kekuningan dan bersinar terang. Jasadku disedut ke dalam cermin tersebut. Dan kini aku berada di alam perantara, alam di antara dunia hidup dan mati.

Aku terus melangkah, suasana yang hampir tiada cahaya namun boleh dilihat dengan jelas. Kiri kanannya dipenuhi larva yang hangat membara. Sekitarnya dipenuhi batu batuan. Sampai di suatu tempat yang ditujui, aku sudah ditunggu oleh makhluk yang berbadan sasa, kepala bertanduk berwajah bengis seperti lembu.

Pergelangan tangan dan kakiku diikat dengan besi. Aku diseret ke tempat pengantungan. Di situ kaki dan tanganku diregang ditarik dengan rantai besi. Hukumanku mula terlaksana. Aku disebat dengan rantai yang panjang. Sakitnya, hanya aku yang tahu. Dengan beberapa kali sebatan, aku terus pengsan. Setelah bangun semula aku terus disebat semula. Ia berulang beberapa kali sehingga kali ketujuh aku pengsan. Pada saat itulah, semua wajah-wajah yang terseksa olehku menghantui mindaku.

Setelah selesai seksaan tersebut aku akan diubati. Aku akan dihantar pulang dengan cara disuruh terjun ke gaung yang amat dalam. Badanku terasa melayang-layang di saat itu suasana kelihatan berwarna-warni. Selepas itu, aku merasakan diri kembali menyatu dengan jasad asalku di dunia manusia. Di situ aku akan kembali terjaga.

Sakit seksaan tersebut akan terus terasa di belakangku buat beberapa lamanya. Tiada ubat yang dapat menawar rasa sakit tersebut. Pengubatan di sana hanya menyatukan semula kulit dan isi belakangku yang koyak akibat sebatan. Setiap kali menjalani hukuman tersebut aku umpama orang yang telah mati tetapi dihidupkan semula.

Sebenarnya kesan parut yang aku dapat itu adalah akibat cubaan aku melarikan diri setelah sebatan pertama dulu. Aku memohon dihentikan saat sebatan pertama, mereka tidak akan terus menyeksa jika kita memohon dihentikan. Tetapi, dengan kesempatan tersbut aku terus terjun dan ingin mati dari menahan seksaan. Namun, apa yang terjadi, aku terjaga terus di dunia manusia. Parut itu tidak dapat diubati jika aku tidak mencapai ilmu tertinggi iaitu keabadian.

Setelah itu, tok guru berjumpa denganku memaklumkan, itulah kehidupan yang aku perlu tempuhi. Aku akur dan mula memahami segala pesanan tok guru. Aku harus sedar gaya kehidupanku tidak sama dan serupa dengan manusia biasa.


Ep41
Dunia Perantara

Setelah kembali, aku perlu menunjukkan karektor yang sama. Terus melakukan tugasku sebagai pengamal ilmu dunia perantara. Menunaikan segala permintaan yang akan terus menjadi punca aku diseksa sedemikian.

"Selamat pagi tok, Sura ada idea tok!" ucap Sura yang bagai orang yang menunggu aku terjaga.

Terkejut aku yang baru buka mata ditatap oleh Sura dengan wajah tersengih-sengih.
"Kau ni pehal? Kalau ya pun bagila tok bernafas dulu" balasku sambil merenung tajam padanya.

"Semangat ni tok" balasnya tersengih.

"Dah pergi bancuh kopi untuk tok, tok nak mandi dulu" balasku sambil bangun dari tempat tidurku.

"Nanti kita sembang ya tok!" ujarnya lagi.

"Iye la, bagi tok mandi dulu" balasku dan ku hembus nafas busukku yang belum ku gosok lagi padanya.

"Ishhh tok ni, busuk la" balasnya sambil menutup hidungnya dengan jari.

Aku mengapai tuala mandi dan pergi ke bilik air. Aku lah satu-satunya orang kampung kat situ tiada kemudahan asas seperti masyarakat lain. Mandi pun menggunakan aliran air dari bukit yang ditimbun dalam tempayan. Rumah kecil itu juga cuma diterangi lampu pelita minyak tanah.

Selesai mandi, aku bersiap bersalin pakaian serba hitamku. Di ruang tamu pula aku nampak dah jamuan kecil yang dihidangkan oleh Sura untukku. Bersemangat betul budak ni hari ni. Apakah hajatnya kali ini pulak?

"Mana yang lain?" tanyaku pada Sura.

"Kak Serri dan Maiya pergi cari herba, Kane pergi memandu Mini Cooper, jalan-jalan katanya" jelas Sura.

"Pandai ke dia pandu? Eksiden nanti baru tau" ujarku sinis.

"Kane siap main drift la tok" balas Sura.

"Deris tu apa?" tanyaku.

"Bukan deris, drift drift la tok" jelasnya.

"Ahhh.. sama je bunyinya, apa menatang derif tu?" balasku
.
"Bawa kereta pusing-pusing cegini" balasnya sambil memutar-mutar jarinya menjelaskan padaku.

"Ikut suka koranglah.." ujarku malas nak layan kerenah mereka.

"Tok...... Sura nak bagi idea kat tok ni" ujar Sura dengan wajah tersengihnya lagi.

"Kau nak apa lagi? Duit tu tak cukup ke buat belanja korang?" tanyaku sinis.

"Ala tok ni, dengarlah dulu" balas Sura.

Apakah benda yang dipikirkan si Sura yang nampak sangat beria-ia nak bagi ideanya? Macam-macam la budak ni. Aku tak kesah sangat dengan apa yang mereka nak buat asalkan tak mengganggu manusia. Asalkan tidak sesuka hati nak campur tangan dengan kehidupan manusia dah la.


Ep42
Dunia Perantara

Sambil menghirup kopi panas dan menikmati pisang goreng yang disediakan oleh Sura aku menghisap rokok tembakau jawa kegemaranku. Si Sura terus meneruskan menceritakan idea-ideanya. Aku hanya mendengarnya.

"Tok pernah kata, apa yang kami beli semuanya akan ghaib dan orang lain takkan nampak kan?" tanya si Sura.

"Lebih kurang macam tu la, kau nak buat apa?" tanyaku ingin dia berterus terang.

"Macam ni tok, apa kata kita bina rumah banglo? Kita buat belakang pondok ni jer, orang takkan tahu sebab mereka takkan nampak banglo tu nanti tok?" jelasnya.

"Cukup la pondok ni, tak kena ujan tak kena panas dah la" balasku menyanggah ideanya.

"Sebenarnya, Sura kesian tengok tok, dari dulu jer tok hidup macam sorang pengemis, wahal jutawan. Kalau kita buat banglo, kita isikan semuanya dengan kemudahan yang menyenangkan tok juga" jelasnya lagi.

"Habis tu sapa yang nak bina nanti? Kantoi juga la kita kalau upah jurubina rumah" balasku memperlekeh ideanya.

"Tu la tok ni, ketinggalan zaman betul la" balasnya membuatkan aku tercengang.

Apa benda yang budak ni fikirkan. Tapi aku tak nafikan la si Sura ni memang cerdik juga hantunya.

"Iye la, camna kau nak buat Sura? Kau nak buat rumah halimunan?" sekali lagi aku cuba memperlekehkannya.

"Ishh tok ni, percayalah Sura, Maiya dan Kane dah bincang nak buat macamana, tinggal nak persetujuan tok jer" ujarnya lagi.

"Tok tak kesah korang nak buat apa, asalkan jangan campur tangan dengan kehidupan manusia" ujarku akur dengan ideanya.

"La tok ni, nak buat semua tu bukannya susahpun, cari jer kat google dan youtube, berlambak idea dan cara nak buat banglo tok" jelasnya.

"Gogul dan yutiub tu apa benda Sura?" tanyaku tak paham ayat anak muda ni.

"Benda dalam telefon pintar tu, telefon jenama Cokia tok kan ada semuanya" jelas Sura lagi.

Telefon yang dia belikan haritu pun aku tak pernah buka lagi. Aku ni mana nak tahu benda yang dia maksudkan. Dia merapati aku dan menunjukkan telefonnya. Kat situ aku tengok macam-macam video ada. Barulah aku paham. Patutlah mereka bertiga seronok sangat dengan menatang tu.

Dalam masa yang sama Sura mengajar aku cara menggunakan telefon pintar berjenama Cokia itu. Satu persatu dia tunjukkan padaku. Hurmm memang lebih jauh canggih dari telefon kentang yang aku tahu sebelum ni hanya boleh buat panggilan sahaja. Betul la aku ni dah jauh ketinggalan ilmu moden ni. Biarpun aku hebat dalam ilmu mistik, tapi ilmu zaman sekarang aku pulak ketinggalan.


Ep43
Dunia Perantara

Setelah berbincang dengan Sura, aku jadi tertarik juga dengan permodenan dunia masa kini. Cita-citanya mendirikan banglo buat kami semua aku persetujui. Lantak doranglah, asalkan mereka bahagia dahla. Jangan jer ganggu kehidupan manusia secara langsung.

Dalam beberapa hari aku lihat beberapa kali lori dipandu oleh Kane menghantar batu bata, keluli, simen dan pelbagai peralatan lain. Bersungguh budak-budak ni. Aku biarkan saja mereka melakukan apa yang mereka nak lakukan. Dalam masa yang sama kami sempat juga melayan tetamu yang perlukan rawatan dan membuat permintaan dalam masa tersebut.
Di malam harinya hantu-hantuku itu nampak keletihan juga. Namun begitu wajah ceria mereka sentiasa bersemangat. Mengarut juga idea si Sura ni. Tapi dia memang jelas budak yang cerdik. Tak pernah terfikir dek akal aku nak buat semua tu.

Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan. Akhirnya banglo tersebut siap sepenuhnya. Elektrik pulak mereka sambung secara haram. Aku tak tahu kalau penyambungan haram tu kantoi dengan syarikat elektrik, mampus aku nak jawab.

"Malam ini kita akan merasmikan rumah banglo tok, tok pakai kemas-kemas ye" ujar Sura dengan wajah cerianya.

"Pakai macam ni tak boleh ke?" soalku yang sebenarnya aku turut gembira dengan hasil kerja mereka.

"Pakai la smart sikit tok, boleh kita ambil gambar sama-sama nanti" ujar si Maiya pula.

"Bagi la can kat budak-budak tu nak bagi Yan rasa gembira" celah Serri tidak mahu aku mengganggu mood budak-budak yang sudah teruja dan tidak sabar nak menghuni banglo baru tersebut.

"Iye la tok pakai cantik-cantik malam ni" ujarku.

Aku merasakan ini kali pertama aku memberikan reaksi ceria. Selama ini aku berusaha menunjukkan wajah yang bengis dan jarang tersenyum. Apakah ini dinamakan kebahagiaan. Sudah lama juga aku tidak mengecapi perasaan ceria seperti ini setelah zaman remaja perkenalan aku dengan Serri dulu.

Aku merasakan suatu perasaan yang aneh. Iya membuatkan aku rasa gembira. Tambah lagi melihat kegirangan dan keterujaan budak-budak itu semua.

Malam yang dinantikan menjelma. Aku menepati janjiku mengenakan pakaian yang kemas. Aku membawa lampu pelita sambil berjalan menuju ke rumah baru tersebut. Keadaannya masih gelap gempita.

Sesampainya aku depan pintu, aku dikejutkan dengan letupan bunga api diluar rumah itu. Wow, menarik sungguh. Selesai bunga api, lampu rumah dinyalakan. Aku melangkah masuk ke dalam diberikan tepukan gemuruh oleh mereka berempat. Ruang dalam rumah itu menjadi terang benderang. Sekali lagi aku kagum dengan keceriaan dalam rumah tersebut.

Ruang tamunya ada sofa yang nyaman untuk berehat. Siling rumah dihiasi dengan lampu seperti berlian yang bersinar-sinar. Dindingnya pula dihiasi dengan lukisan-lukisan yang menarik. Selain ada telivisyen yang amat besar, terdapat perabot-perabot yang disusun rapi. Baru ruang tamunya sahaja.


Ep44
Dunia Perantara

Mujurlah rumah banglo itu halimunan. Ia takkan dapat dilihat dengan mata kasar manusia. Aku kagum juga la dengan Sura dan rakan-rakannya. Bersungguh-sungguh mereka mendirikan banglo tersebut.

Aku masuk ke ruang dapur pula, wow nampak seperti rumah mewah, segalanya ada. Periuk moden dan sebagainya pun ada. Tidak seperti periuk dan kuali di pondokku, hitam berkerak. Segala jenis pisau, sudip dan pelbagai lagi peralatan memasak disediakan dan disusun rapi di ruang dapur tersebut. Ruangannya juga luas, siap ada meja makan berbentuk bulat yang besar. Lepasni aku boleh minta Sura dan Maiya memasak sedap-sedap untukku.

"Tok, sini bilik tok dan kak Serri, kami sediakan sebab kami tau tok tak larat nak naik ke tingkat atas selalu" ujar Maiya sambil menarik tanganku menunjukkan bilik tersebut.

Aku tolak daun pintunya. Wah, menarik macam bilik hotel yang Sura tunjuk padaku tempohari dalam telefonnya. Siap ada tandas sendiri pulak. Sejuk semacam pulak bilik ni. Rasanya dalam bilik itu. Apakah ada makhluk ghaib lain ke?

"Pesal bilik ni sejuk semacam Maiya?" tanyaku merasakan kedinginan bilik itu.
"Sejuk mende tok?" tanya Maiya.

"Tu ha kat atas tu ada penghawa dingin, tu yang tok rasa sejuk semacam kot?" ujar si Sura.

"Menantang tu ke bagi bilik ni sejuk?" tanyaku yang jelas sakai dengan kemodenan dunia.

"Kalau tok tak mau sejuk sangat, tok boleh laras kat benda ni, benda ni orang panggil remote tok" tambah Sura.

Aku hanya mengangguk namun masih kesakaian.

"Jom tok Kane tunjukkan bilik khas tok pulak" celah si Sakane pula.

Kami semua keluar semula dari bilik tersebut dan mengikut si Sakane. Di dalam bilik itu pelbagai peralatan ku sudah mereka pindahkan ke dalam bilik tersebut dengan susunan yang sangat kemas. Tak nampak macam bilik seorang perantara. Macam mini muzium pulak dah.

"Kita naik ke atas pulak tok, kat atas ada empat bilik tok, satu bilik tamu dan selebihnya bilik kami bertiga tok" jelas Sura semangat memimpin tanganku menaiki tangga.

"Ini bilik Sakane tok" ujar Sakane menunjukkan biliknya yang dipenuhi gambar-gambar pemain bola.

"Sejak bila pula kamu minat bola ni Kane?" tanyaku.

"Semenjak Sura dan Maiya ajar guna telefon pintar tok" balas Sakane.

"Tada, ini bilik Maiya tok" si Maiya mencelah sambil menunjukkan biliknya yang dipenuhi wajah-wajah lelaki dan perempuan sepet berkulit cerah.

"Ini semua gambar siapa pulak Maiya?" tanyaku pada Maiya.

"Dia tu peminat pelakon Korea tok, semua tu retis Korea la tok" jelas Sura padaku.

"Ooo gitu ya" balasku.

"Jom, kita tengok bilik Sura pulak tok" jemput Sura.

Sura menolak daun pintu biliknya pulak. Harum semacam pulak bilik minah hantu sekor ni. Wah, dia susun pelbagai bunga pulak dalam biliknya. Selain itu, di dinding biliknya ada sebuah potret besar yang merupakan gamabrnya sendiri. Cantik dan nampak manis senyumannya dalam gambar tersebut. Di situ juga ada gambar mini menghiasi dinding ruangan itu, ada gambar mereka bertiga, gambar aku dan Serri pun ada juga. Bila masa pulak budak-budak ni ambil gambar?

"Cantik tak bilik Sura tok?" tanya Sura dengan wajah tersengihnya, biarpun begitu dia tetap manis dipandang.

'Semua bilik nampak menarik dan cantik, pandai kamu semua hiasinya" pujiku.

"Ada beberapa ruangan lagi tok, kat atas ni ada ruangan beranda yang luas untuk kita semua santai-santai" jelas Sura.

"Kat bawah, bahagian belakang pulak ada kolam renang mini tok" celah si Maiya pula.

"Ada lagi tok, sebelah kolam tu ada tempat barbeku" ujar si Kane pula.

Aku diam tidak mampu berkata-kata. Hantu-hantu aku ni bersungguh-sungguh cuba menyenangkan kehidupan kami semua. Aku rasa sangat terharu dengan semua itu. Apapun bila waktu bertugas, aku kena berada di pondok usangku juga. Pegawai perantara ma. Manaleh nampak mewah-mewah.


Ep45
Dunia Perantara

Malam itu kami berparti kecilan. Keceriaan malam itu sangat mengujakan semua. Nampaknya hantu belaanku pun terlupa bahawa diri mereka adalah hantu. Mereka bertiga bagaikan merasakan diri masing-masing hidup seperti manusia.

"Suraaaa, o suraaaa, Kanee, Maiyaaaaa mana korang oi" jeritku dari tingkat bawah.

Tiada seorangpun menjawab panggilanku. Apakah mereka masih lagi keletihan?

"Yann, kenapa terjerit ni?" si Serri datang menghampiriku.

"Mana budak-budak tu Serri?" tanyaku.

"Awal pagi mereka dah ke pekan, Serri minta mereka cari barang, kenapa Yan cari?" jelas Serri.

Alamak! Akulah yang lambat bangun ni. Mungkin kerana selesa sangat tidur malam tadi kot. Hurmm patutlah mereka tak jawab.

"Errr, Yan nak mereka buat sesuatu, urusan pasal orang yang nak tuntut hak milik tanahnya" balasku menyembunyi rasa segan terbangun lambat.

"Perlu segera ke Yan?" tanya Serri.

"Err, tak juga, tapi minggu ni kena selesai la, lambat lagi ke budak-budak tu balik?" balasku.

"Entahla Yan, Yan sunyi ke tiada budak-budak tu?" sakat Serri saja mengenakanku.

"Yan lagi sunyi kalau Serri tiada" balasku sambil melemparkan senyuman sumbingku padanya.

Aku merapati Serri dan kupeluk erat tubuhnya. Wow wangi semerbak, dan dandannya lebih menawan dari sebelum ni. Dalam masa yang sama, Serri turut merangkul erat leherku. Kami berdua, saling bertatapan.

"Yan, pandang semacam ni kenapa?" tanya Serri perasan aku menatapnya lain macam.

"Serri nampak lain macam la" ujarku.

"Lain macamana tu?" tanya Serri sambil memberikan senyuman.

"Errr... nampak lain dari sebelum ni la" balasku tidak berani nak berikan komen sangat.
Korang tahu la orang perempuan ni. Puji lebih salah. Tak puji dah dandan rapi cegitu, nanti tarik muka pula. Mana tak nya, dia dah berias berabis, kita pulak buat tak perasan, memang kecik hati la jawabnya nanti.

"Mesti pasal solekkan ni kan?" Serri menduga apa yang ada di mindaku.

"Errr, iya la kot" balasku.

"Budak Sura dan Maiya punya kerja la Yan, sebelum mereka keluar tadi, sempat mereka solek Serri, biar yan terpaku katanya" jelas Serri.

Budak tu punya kerja paduhal. Tak heran la, banyak betul benda dalam telefon tu dorang teroka. Aku pun langsung tak terfikir idea-idea pelik budak tu boleh dapat.

"Padan nampak berseri Serri pagi ni" pujiku.

Tak berani nak komen lebih-lebih. Wahal aku lebih suka wajah Serri tanpa solekkan. Kalau aku kata lebih cantik tanpa solekkan nanti dia cakap tak hargai usaha dia la. Perempuan kan? Tetap terempuan. Sebabtu lah golongan lelaki ni tidak banyak cakap bila di rumah. Golongan bapak-bapak pasti tahu dah kan?


Ep46
Dunia Perantara


Leka aku bersama Serri tersayang. Kerananya juga aku berjuang untuk mencapai ilmu mistik tertinggi, ilmu immortality. Hidup manusia umurnya kurang panjang berbanding warga bunian. Oleh itu, aku usaha juga capai agar aku dapat selamanya bersamanya.

Biarpun diistilahkan immortality, bukan juga maknanya aku tidak akan mati jika aku mampu mencapai ilmu tersebut. Ilmu itu sebahagiannya adalah untuk melambatkan penuaan, dan menarik umur menjadi lebih panjang. Selain itu, banyak juga kelebihan jika mampu mencapainya. Penguasaan, elemen tanah, air, angin dan api juga mampu kita kawal. Dan banyak lagi yang aku tidak mampu nak jelaskan, sama ada ia mendatangkan kebaikan atau keburukan. Tetapi semua pilihannya terletak pada diri kita.

Pip pipppppp.... Kedengaran Mini Cooper budak-budak tu dah pun sampai di halaman rumah. Segera aku dan Serri melepaskan pelukkan masing-masing. Segan pulak kalau dilihat oleh budak-budak tu.

"Tok, kami akan masak resepi terbaik hari ni buat tok" ujar Sura sambil tersengih dan mengusung barangan yang dibelinya ke ruang dapur.

Aku diam tidak terkata apa-apa. Mindaku masih terngiang-ngiang dengan pelukan manja dari Serri sebentar tadi.

"Tok, malam ni kita memanggang ayam belanda, macamana tok? Bosan juga dengan ayam biasa jer kan" ujar kane sambil menunjukkan bungkusan ayam belanda yang dibawanya.

"Haaa tok, mesti tertanya-tanya Maiya nak masak apa pulak untuk tok kan?" ujar Maiya pula.

Macam tahu-tahu aku tertanya-tanya.

"Iyee kau nak masaka apa?" tanyaku pada Maiya.

"Saya mana reti masak tok, tolong bantu kat dapur saja boleh la" balas Maiya sambil tersengih.

Hampeh punya zombie, ingatkan ada benda special juga darinya. Tapi aku tak mengharapkan apa-apa sebenarnya. Biarlah mereka rasa seronok, itu kira sudah ok la. Apa yang penting, dorang jangan nak menolak apa yang aku arahkan nanti dah la.

"Kalau macam tu, Maiya tolong tok boleh?" pintaku.

"Nak Maiya buat apa tok?" tanya Maiya seperti bersedia dengan arahanku.

"Maiya keluar, cari tujuh jenis bunga, dan tujuh jenis daun asalkan bukan jenis yang miang la" jelasku tentang apa yang perlu dia lakukan.

'Sekarang ke tok?" tanya Maiya.

"Kau cari sebelum malam menjelma la" balasku.

"Boleh Maiya tahu, kenapa perlu sebelum malam tok?" tanya Maiya lagi.

Banyak tanya pulak Zombi sekor ni.

"Kalau kau cari waktu siang, ko boleh nampak la, cari waktu malam gelap mana nampak" balasku.

"Ehhh, ye tak ye juga, nanti Maiya ajak Sura carikan ye tok" ujar si Maiya tersengih.

Dia pun berlalu pergi. Manakala yang lain ku dengar sudah mula kecoh di ruang dapur bersembang-sembang sambil menyiapkan makan tengahari. Aku pulak mengambil kesempatan untuk menghembuskan asap rokok berjenama Danbill yang dibelikan Sakane untukku. Senang sikit cucuh api saja, tak payah nak gulung-gulung dah.

Ep47
Dunia Perantara
Aku cukup berpuas hati dengan keselesaan budak-budak hantu ku itu. Puas hati dengan kegembiraan dengan keceriaan mereka semua. Apapun, mereka perlu sedar ada misi lagi yang masih belum selesai. Akulah segala puncanya.
"Ni dia benda yang tok nak tu" Maiya bersama dengan bunga dan dedauan yang aku nak dia carikan.
Aduh la budak ni. Aku bukan suruh cari sebanyak tu. Dia angkut bukan setakat daun saja, sekali dengan dahannya dia bawa kemari. Adui la zombie ni.
"Yang engkau bawak dahannya sekali dah kenapa Maiya oi?" ujarku seraya melihat rimbunan dedauan dan bersama dahannya sekali yang dibawanya tadi.
"Tok kata tujuh jenis je, tok tak kata nak banyak mana, tu yang Maiya bawa banyak-banyak takut tak cukup, lebihnya tok buang la" balasnya bersahaja.
Ermm. Tu pasal aku lebih suka kalau Sura yang bantu, dia selalunya memahami kehendakku. Cuma satu, nak upah saja kerjanya.
"Dahla Maiya, tolong panggilkan Sura kejap" arahku pada Maiya.
"Baik tok, tok nampak hensem la harini" balasnya sambil tersenyum dan melangkah pergi.
Pasal hensem, aku tau la aku ni hensem, kalau tak takkan Serri nak kat aku. Ehhh, perasan lebih lak.
"Iya tok, tok nak apa?" Sura melayangkan badannya segera ke ruang tamu itu.
"Kau tolong tok boleh tak? Nanti tok upah topup kredit ye?" pujukku.
"Mana perlu topup dah tok, rumah kita ni kan ada dah Wifi" balas Sura.
"Y pai!Y pai tu apa benda Sura?" tanyaku kurang paham.
"Wifi tu, internet la tok" jelasnya.
"Internet tu mende pulak?" aku makin bingung jadinya.
"Aduhhh la tok ni, wifi tak tahu, internet tak tahu, tu la menyantau orang tau pulak, dahla tok nak Sura buat apa?" Sura menarik muka pulak.
Aku pulak dirajuknya. Dia yang sebut pasal Y pai la, internet la, sebut benda merapu buat apa? Dasar hantu.
"Sura tolong tok pilih 7 jenis kuntum bunga dan 7 jenis daun dari dahan yang Maiya bawakan ni" ujarku.
"Iye la tok, tok nak buat apa dengan benda ni?" tanya Sura.
"Jangan banyak tanya buat jer apa tok suruh" balasku malas nak layan soalan merapu Sura.
"Tok nak mandi bunga ke? Nak cari bini kedua ke tok?" tanya Sura lagi.
"Ke situ pulak" balasku.
"Kak Serriiiiii.... Tok nak mandi bungaaaaa" jerit Sura mengenakan aku.
Adeh budak ni. Segera aku serkup mulutnya. Aku bukan nak mandi bunga.
"Tok bukan nak mandi bunga, tok nak buat pakai mengubat orang esok pagi" jelasku.
"Tau takut ngan kak Serri... kan senang kalau tok cerita dari tadi, tak la Sura salah faham" usik Sura.

Ep48
Dunia Perantara
Malam begitu dingin. Ditambah penghawa dingin dalam rumah itu. Aku berasa kekok pula dengan rumah agam yang tidak terpikir kumiliki. Ini adalah segala kerja budak-budak hantuku. Esok aku ada misi perlu dilakukan. Akan ada yang bertandang. Jika benar firasatku akan ada anak dara tua akan datang untuk berubat.
Dipendekkan waktunya, esok pun menjelma. Kedengaran ayam berkokok tanda subuh tiba. Aku mengenakan pakaian serba hitamku. Setelah bersiap aku ke ruang dapur ingin mencari kopi semalam, sayang pulak tidak dihabiskan. Dalam melangkah ke arah dapur kedengaran suara-suara hantu belaanku sudah siap siaga berada di ruang dapur tersebut.
"Selamat pagi tok" ucap Sura yang perasan aku melangkah masuk ke ruang dapur.
"Wah, semua orang ada kat dapur pulak ye?" balasku tanpa mengendahkan ucapan Sura.
"Kami melihat tok kepenatan, jadi kami tak mahu la ganggu tok pepagi ni" celah Maiya.
Aku tengok jam kat dinding, sudah menunjukkan 10 setengah pagi. Aduh! Aku sudah terlambat ni. Jangankan tetamuku sudah tiba di pondok usang tu.
"Kenapa korang tak bangunkan tok? Tok dah terlambat ni" ujarku sambil menjengilkan mataku.
"Ala, ofis tok bukannya jauh pun, kat sebelah tu je kan" balas si Sura dengan bibir dimuncungkan menunjukkan ke arah pondok usangku.
"Yan duduk dulu, sarapan" celah Serri merangkul tanganku dan membimbingku menuju ke kerusi meja makan.
Aduh kenapa aku boleh terlena sampai bangun lambat macam ni? Hantu-hantu ni pulak tidak bangunkan aku. Geram pulak. Tapi bila masa aku ingatkan mereka bangunkan? Salah sendiri juga. Lena kerana kenyamanan suasana bilik. Takpe la, salah aku juga.
Kopi semalam sudah tiada di atas meja. Kali ini aku tengok apa yang atas meja nampak menyelerakan. Roti panjang, buahan dan dan lain-lain lagi. Hidungku tercium aroma, kopi tapi sedikit pelik, wanginya agak kaw.
"Nah tok, kopi buat tok" jemput Sura sambil menyuakan secawan kopi padaku.
Ooo kopi ni yang wangi.
"Kopi apa ni Sura?" tanyaku
"Tu kopi pra-campur la tok, 5 in 1" balas Sura.
Aku cuma mengangguk dan menghirup sedikit buih yang terbentuk dalam cawan itu. Perhhh, luar biasa. Sebelum ini cuma layan kopi o jer. Boleh tahan juga hantu-hantuku ini buat kerja. Apa lagi aku pun sarapan bersama mereka semua. Cuma aku kena belagak cool ler, tak mau menampakan keterujaanku tentang segala yang baru bagiku.
"Sura dan Maiya nanti tolong jadi pembantu tok kat pondok ya" ujarku.
"Bantu apa benda tok?" celah Maiya ingin tahu.
"Nanti, bila bantu tok, jelmakan diri dalam keadaan yang cantik, jangan nampak huduh-huduh" jelasku.
"Kita nak buat apa tok?" tanya Maiya lagi
"Jangan banyak tanya la, ikut arahan tok dahla" balasku tegas.
"Lerr tok ni, tanya pun tak boleh ke?" ujar Maiya semacam tersentap.
"Maiya, tengok cara Sura bertanya k! Tokkkkk, nak pakai cantik-cantik tu macam mana tokkk, seksi-seksi ke?" Si Sura menyibuk buat-buat tanya.
kuk! kepala Sura jadi mangsaku. Apa lagi dia mengusap-usap kepalanya kena ketuk dengan wajah berkerutnya menahan sakit. Tapi bukanlah aku ketuk kuat sangat pun.
"Tok bukan suruh kau berdua seksi-seksi, sebab tetamu tu adalah perempuan..." ujarku.

Ep49
Dunia Perantara

Aku sekali lagi membawa pembantuku menyediakan bahan perubatan. Beberapa jenis bunga, yang diambil cuma kelopaknya sahaja, bunga mawar terbanyak untuk dapatkan wangiannya. Direbus tidak mendidih, cuma melayukan kelopak bunganya. Semuanya disimpan rapi. Dan pelbagai persediaan lain dilaksanakan.
"Tok, tok ada tetamu masuk ke persimpangan kita" suara Kane termengah-mengah berlari.
"Kau ni bongok juga la kane, ada telefon tu buat apa? Kan senang jer bagitau guna phone" ujar Sura.
"Oh ya kann" balas Kane sambil tersengih.
"Lepas ni kita pasang je cctv kat simpang tok tu" tambah Sura memberikan idea.
"Ikut suka korang la" balasku.
Dan aku segera bersedia di pondok ku.
Dupppp! bunyi kereta di halaman kedengaran ditutup, bermakna tetamunya sudah keluar dari kereta.
"Hello, ada orang tak?" kedengaran suara sorang wanita.
"Ada, jemput naik" balasku.
Macam biasa, Sakane pembuka pintu buat macam ala-ala misteri terbuka sendiri, kononnya aku ada kesaktian. Ceh belagak la pulak.
Wanita tersebut naik dengan perlahan. Seperti dalam keadaan berani atau tidak. Tapi dia gagahkan diri juga.
"Masuklah, jangan takut" ujarku meyakinkannya.
Sesampai tubuh itu berdiri di depan pintuku, aku terlihat ada suatu di sampingnya berdiri. Apa yang pasti bukan mahkluk belaanku. Makluk itu, sekejap-sekejap meludah padanya.
"Jemput duduk" jemputku.
"Terima kasih tok" balasnya lembut.
Dia pun duduk bersimpul di hadapanku. Wanita itu boleh dikatakan cantik dan tinggi lampai. Cuma wajahnya kusam dan nampak tak bermaya.
"Tok, saya datang ni ada hajat..." ujarnya seperti nak menjelaskan sesuatu.
"Takpe, tok dah tahu dah" balasku dengan sedikit berlagak.
"Tok, orang kaya ni tok, boleh charge mahal ni tok" bisik Sura padaku.
"Kau diamlah" tegasku pada Sura.
Wanita itu terpinga-pinga, melihat kiri-kanan. Kerana dia tidak nampak si Sura.
"Kau perlu datang ke sini tiga hari berturut-turut, kau boleh pilih untuk bermalam atau kau nak balik hari?" jelasku sambil bertanya.
Dia terdiam seketika.
"Ada ke tempat bermalam?" tanyanya lembut.
"Kau ingat aku ni ada hotel ke?kat pondok ni la" perliku.
"Errrr...." dia tidak menghabiskan kata-katanya.
"Terpulang pada kau sendiri, selagi mana kau yakin aku dapat mengubati kau ia adalah pilihan diri kau" jelasku.
Wajahnya kelihatan semacam menyesal pun ada, rasa takut pun ada.
"Baiklah tok, saya mengambil keputusan untuk bermalam" jawabnya seakan-akan yakin.
Ni la perempuan, asalkan dapat jadi cantik apapun mereka sanggup. Nasib baiklah aku ni bukan jenis pengamal yang mengambil kesempatan.
"Berapa pengerasnya tok?" tanya dia tidak sabar.
"Kau bagilah ikut suka kau, aku cuma ikhtiar membantu jer" balasku.
"Takkan nak bagi free jer tok, perempuan kaya ni, dari segala pakai dia Sura tau tok, super model tu tok" celah Sura lagi.
Tak habis-habis dengan perangai mata duitannya.
"Mana kau tahu?" bisikku pada Sura.
"Perempuan ni, ada keluar kat media sosial la tok, kalau tok tak percaya nanti Sura tunjuk dalam phone" jelas Sura lagi.
Lantak dia lah, super model ke? Apa ke? Tugas aku merawatnya sudah! Sura pula, ni pantang dapat tetamu kaya.
"Ni saya bagi pendahuluan kat tok, ikhlas" ujar wanita itu sambil menghulurkan sesuatu dalam sampul.
Wajah si Sura seronok sakan melihat sampul itu. Dasar mata duitan hantu sekor ni.

Ep50
Dunia Perantara

Seperti yang sudah aku aturkan, aku meminta supaya Sura dan Maiya menjelma dalam rupa yang tidak menjengkelkan. Maiya aku tak risau sangat, dia jenis hantu yang ikut arahan je. Tapi, Sura ni! Aku risau dia buat main pulak minah ni nanti. Mengelupur minah tu lari kalau nampak wajah penyamaran Sura nanti. Wajah asli takpe, memang cantik, kalau wajah penyamaran aku pun benci tengok.

"Suraaaa, Maiyaaa datang sini tolong tok" aku memanggil hantu belaanku.

"Iya tok, ada apa kami boleh bantu?" jawab mereka serentak.

Aik! Pakai baju kebaya pulak hantu dua ekor ni. Dandan pun cun. Harap bertindak mengikut arahan la mangkuk dua ekor ni.

"Tolong bawa cik ni ke bilik tetamu, dia akan menginap dengan kita di sini 3 hari" perintahku.

"Pondok tok ni mana ada bilik tetamu" balas Sura.

"Kat bungalo sana la" balasku pula.

"Banglo, bukan bungalo la tok" celah Maiya.

"Takpe ke bagi dia bermalam di sana tok?" bisik Sura padaku.

"Takpe, lepas ni kita bagi dia lupa kita ada bungalo, eh salah, Banglo" balasku juga berbisik pada Sura.

"Tok, ni kan asal nampak perempuan cantik, bawa naik ke rumah, kang repot ngan Kak Serri nanti baru tau" bisik Sura mengenakan aku.

"Dah jangan banyak songeh, kau buat kerja kau dah" tegasku sambil menjengil mataku.
"Ala, takut bini le tu" sempat Sura mengejek aku dan menjelirkan lidahnya.

Kurang asam punya hantu. Time kerja pun nak menyakat orang. Memang spesis langsuir betul la. Tak habis-habis nyakat je kerja dia. Nasib baik dah ada telepon bimbit dia tu. Kalau tak! Jenuh nak dengar soalan minah hantu tu.

Mereka berdua pun membantu perempuan itu ke keretanya untuk mengambil barang keperluan tersebut. Dan mempelawa dia ke banglo mistik tersebut. Aku pulak ambil sampul surat yang diletakkan atas pinggan di depanku. Dalam sampul tu kelihatan note duit RM1000. Aku campakkan sampul yang berisi duit itu ke tepi, dan kembali tengok video dalam telefon pintar tentang bomoh lain yang merakam aksi mereka.

Sudah beberapa ketika, aku pun kembali ke banglo tersebut. Sebab tu aku lepak kejap kat pondok usang ni dulu, tak mau kacau tanggungjawab hantu dua ekor tu tolong mandi bungakan minah tadi tu. Aku ni bukan bomoh yang nak mengambil kesempatan. Walaupun begitu, si Sura tu tetap juga menyakatku. Nasib baikla Serriku sangat memahami. Kalau tak, habis terbang pinggan mangkuk kot.

"Dah mandikan dia?" tanyaku pada Sura yang kebetulan baru turun dari tingkat atas.
"Dia kagum dengan banglo tok, tak sangka dalam hutan gini ada banglo mewah katanya tok" balas Sura.
"Aku bukan nak tahu apa pendapat dia, kau dah jalan kerja kau mandikan dia tak?" tegasku.

"Ala, tok ni. Bukannya nak banggapun. Ehhh Tok, perempuan tu cantik la tok, tapi makhluk hodoh sebelah dia tu tak habis-habis meludah ke badan dia tok, rasa nak buh penyepak je ngan makhluk tu tok" jelas Sura.

"Takpa, malam ni kita settlekan hal tu, biar dia seronok dulu" balasku.

"Okla tok Sura nak tolong kak Serri memasak pula ni" ujar Sura dan berlalu pergi.

Aku pulak masuk ke bilik dan merebahkan badan untuk berehat. Malam ni, tahu la macam mana nak halau makhluk tersebut. KIta susah payah bersihkan badan orang siap bagi mandi bunga wangi-wangi. Dia pulak dok meludah kat badan minah tu. Nanti kau setan!


Ep51
Dunia Perantara

Sejak petang tadi aku telah menyediakan pelbagai bahan yang aku perlukan. Tak banyak, telur ayam kampung, pulut kuning dan beberapa benda lain. Pembantu-pembantuku pun telah bersedia untuk upacara malam ini. Seperti yang aku janjikan, aku cuba menghalau makhluk yang mengganggu wanita tersebut. Aku percaya pasti ada yang menyuruhnya melakukan perkara yang tak elok pada wanita itu.
Kalau dilihat pada zahirnya, wanita tersebut sememangnya cantik, tapi malangnya ramai yang tidak mampu mendekatinya. Sampai ada yang mengatakan harap rupa saja cantik, tapi pengotor. Begitulah yang selalu dihadapinya bila ada yang berada dekat dengannya. Mana tidaknya, ada makhluk yang sentiasa meludah ke badannya menyebabkan dirinya bau busuk.
Malam sudah lama menjelma, aku arahkan semua bersedia di ruang halaman rumah lokasi upacara.
"Sura, panggilkan Wanita tu datang ke sini" arahku pada Sura supaya memanggilnya untuk upacara.
Dalam masa menunggu, aku gulungkan rokok tembakau jawa kegemaranku. Asapnya berkepul-kepul naik ke ruang udara. Berkali Kane menyarankan rokok jenama baru padaku, namun rasanya tidak asli sepertimana tembakau jawa yang sedang kusedut dan hembus asapnya kini.
"Ya tok, ada pantang larangnya ke tok" tanya wanita itu.
"Kau cuma perlu duduk diam bersila di depanku" balasku
"Macam tu saja ke tok?" tanyanya mungkin dia rasa tidak tahu apa yang harus dilakukan.
"Iya, duduk sahaja dan apa yang kamu nampak atau apa saja yang berlaku jangan takut, jangan lari ya" jelasku supaya dia bersedia.
Aku membuat upacara penyeruan, aku sengaja siapkan makanan untuknya sekali. Biar makhluk tersebut rasa selesa dengan penjamuan itu.
Tidak lama kemudian makhluk tersebut muncul dan berdiri sebelah wanita tersebut. Dia terus meludahi wanita malang itu. Satu badan berbulu hitam legap. Kategori gandurowo kali?
"Siapa namamu?" sapaku pada makhluk tersebut.
Wanita itu terpinga, yang pasti dia sedar aku bukan menyapanya. Kerana aku mendongak melirik ke arah sebelah kirinya.
"Siapa kauuuuu?" dia pulak bertanya padaku dengan suara garaunya.
"Kau boleh panggil aku Yan, kau dah makan?" balasku tidak mau cari pasal dengannya.
"Aku Ruwa, ada makan-makan ka?" tanyanya setelah memperkenalkan diri.
"Kau nampak benda atas meja tu, ada pulut kuning, ada telur ayam kampung juga, tapi kau kena jawab dulu soalan-soalan dariku" balasku menyatakan syarat sebelum di boleh menjamah.
"Apa yang kau mahu tanya, Tok Yan" ujarnya sambil menjengil matanya yang merah dan menunjukkan taringnya yang dipenuhi air liur.
"Apakah kau bertuan? Tidak perlu menyatakan siapa" ujarku.
"Aku tidak bertuan..... Aku diupah" jelasnya.
"Aku tidak mahu menyusahkan kau, lepas kau makan, aku cuma minta kau pergi dan jangan ganggu wanita ni lagi boleh?" jelasku dengan tegas.
"Aku tidak dapat upah, jika tidak menjalankan tugasku" jelasnya lagi.
"Kau tu dipergunakan, kalau kau nak makan, aku boleh bagi kau makan apa yang kau nak, asalkan bukan benda pelik-pelik" ujarku memujuknya.
"Betul kaaaaa....?" dia bertanya.
"Kalau kau nak makan, kena buat kerja la, kau ingat percuma?" balasku tegas.
"Ruwa sanggup....Ruwa sanggup Tok Yan" balasnya.
Dan dengan perlahan dia menukar dirinya menjelma jadi seorang laki-laki yang nampak berbadan sasa. Tapi rupa masih nampak tak terurus. Dengan rambut panjangnya, jambangnya, dengan berseluar pendek yang compang camping lagi tu. Haishhh!
"Dah kau pergi makan dulu, lepas tu salin pakaian" ujarku.
Dia dengan gelojoh makan santapan yang memang ku sediakan untuknya tadi. Dasar hantu, kelaparan gamak buat kerja demi upah.


Ep52
Dunia Perantara


Gelojoh punya hantu, kelaparan sangat agaknya. Tidak sampai beberapa minit dia menghabiskan santapannya. Nasib baik pinggan tu dia tak makan sekali. Oleh kerana kau sedar dia juga makhluk yang dipergunakan, aku tidak terus menghukumnya. Aku nak bagi can kat dia juga, kalau memang tak boleh pakai, memang ku hantar terus ke dunia satu lagi la jawabnya,

"Sakane, kau tengok-tengok saiz pakaian kau, kot ada yang dia boleh pakai, kau berdua kan nampak sama je besarnya aku tengok" ujarku memberikan arahan kepada Sakane.

"Baik tok" balasnya.

"Sebelum tu, Sura dan Maiya korang berdua uruskan rambut dan jambangnya, lepas tu suruh dia mandi bersih-bersih" aku terus memberi arahan pada Sura dan Maiya.

"Tokkk, kenapa Sura kena buat?" ujar Sura dengan tak puas hati.

"Iye la tok, boleh percaya ke dia ni tok? Kang hancur keharmonian kita semua dia buat nanti macamana?" celah Maiya pulak.

"Aku kata buat! Buat je la nanti Tok upgrade line tenet jadi 700mbps macam korang nak tu... nak takkkk?" tegas ku.

"700mbps? Beres tok" balas Sura.

Ni sekor hantu mata duitan. Setiap kali di suruh buat kerja ada je songehnya. Tapi dia buat juga, itu la yang bagus tentang Sura ni.

"Tok cakap dengan siapa tadi tu?" tanya wanita di depanku.

"Dengan mereka semua la, awak jangan risau dah, makhluk tadi tu takkan kacau awak lagi" balasku.

"Dari tadi saya tak nampak siapa pun bersembang dengan tok? Yang saya dengar tok meracau sorang-sorang" ujarnya lagi.

Apa lagi, sura yang mendengar wanita tersbut bercakap sedemikian terus memperdengarkan 'sound' efek hilaiannya. Membuatkan wanita tersebut terloncat dan duduk terus atas pangkuanku. Nakal betul la Sura ni.

"Sura..... jangan takutkan orang boleh tak?" ujarku.

"Mana ada takutkan orang tok! Sura gelak saja la, nak ceria pun tak boleh" kedengaran Sura menungut.

"Dah dah, bawak budak laki tu potong rambutnya, cukur jambang dia tu sekali" arahku pada mereka bertiga.

"Kedai gunting mana buka time ni tok?" balas Maiya si gadis zombie.

"Pandai-pandai la korang tengok tips dalam utube tu, asalkan dia nampak bersih dah la" ujarku mula geram dengan songeh hantu-hantu belaan ku itu.

Mereka bertiga pun membawa masuk Ruwa ke dalam rumah untuk dibersihkan.

"Kau nak terus duduk kat riba tok ke?" tanyaku pada wanita tersebut.

Perlahan dia menurunkan diri dari pangkuanku. Namun, tangannya masih lagi memegang erat lenganku. Dah dia penakut nak buat macam mana?

"Kita masuk, esok hari terakhir kau mandi bunga, masuk dalam rumah pergi berehat" ujarku sambil melepaskan tangannya.

Kalau Serri nampak tak pasal aku dikatanya miang nanti. Haish, aku tetap setia dengan Serriku sahaja. Aku berjalan menuju ke pintu. Ku tolak daun pintunya. Haaaaah! terkeut beruk aku dibuatnya. Serri berada depan pintu. Baru fikirkan pasal dia dah muncul.

"Yan, terkejut ni kenapa?" tanya Serri.

"Terkejut la, ingat hantu mana tadi" balasku.

"Serri baru ingat nak jemput Yan masuk ke rumah, tu ada depan pintu ni" jelasnya sambil melemparkan senyuman pada wanita itu.

bersambung...



No comments:

Post a Comment