Antara Dua Dunia



Dimensi Dua Dunia

Antara Dua Dunia
Ep1

Tidak pasti mimpi atau realiti. Aku ditakdirkan jadi seorang guru di alam bunian. Bunyinya agak aneh, tapi itulah yang berlaku. Ingatkan dunia manusia dan bunian ini jauh perbezaannya. Ternyata juga mereka kehidupan sepertimana kita di dunia ini.

Bagaimana aku boleh terjebak termasuk ke dunia mereka, begini kisahnya...

Aku adalah seorang guru juga di dunia ini. Tapi minatku terhadap keindahan alam sekitar menjadikan aku seorang guru yang suka dengan aktiviti di hutan seperti berkhemah, mencari hasil hutan, mencari rebung, buahan hutan seperti buah rotan dan sebagainya.

Pada suatu ketika pada musim cuti sekolah, aku dan kawan-kawan yang mempunyai minat yang sama merancang berkhemah di sebuah kawasan hutan yang mempunyai kawasan air terjun. Pantang dengar perkataan hutan, telingaku deras menangkap dan segera turut serta menunjukkan minatku yang begitu dalam. Kami sekawan yang mempunyai minat sama ni tak ramai, cukup-cukup forum. Dalam lima orang gitula.

Hari yang dinantikan telahpun tiba. Cuti sekolah bermula. Hati juga turut teruja. Sudah terngiang di telinga bunyi ungas, cengkerik dan deruan air terjun. Bayangan bauan ikan sungai dibakar. Perhh semangat sungguh.

Kami sahabat berlima pun menetapkan tempat untuk bertemu setelah menyediakan peralatan masing-masing. Setnya, peralatan perkhemahan, set mengail dan mana-mana peralatan yang sesuai.

Kami menggunakan dua kereta pacuan empat roda untuk ke destinasi yang ditujui. Aku pula sebagai penumpang. Memandangkan kami berlima semuanya lelaki dan masih bujang jadi tiada masalah dan kekangan untuk melaksanakan aktiviti kegemaran ini. Tiga rakan naik sebuah kereta, aku pula naik bersama rakanku yang bernama Sam. Dua lagi rakan guru bernama Micheal dan Phillip.

Dari lima orang kami berempat adalah guru. Manakala seorang lagi adalah dari Jabatan Perhutanan dinamakan sebagai John. John selalu menjadi sandaran kami berempat untuk jadi ketua ekpedisi. Almaklumlah pasal hutan dia lebih arif.

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 4~5 jam untuk sampai ke simpang destinasi. Destinasi tersebut adalah kawasan pendalaman. Kami terpaksa meninggalkan kenderaan di sebuah perkampungan.

Sesampai di perkampungan tersebut kami bertemu dulu dengan ketua kampung. Itu adalah rutin yang harus dilakukan sebab kita masuk kawasan orang. Namun, sebelum itu John sudah mengatur semua sebelum kami ke situ. Best kan! Ada rakan Perhutanan.


Antara Dua Dunia
Ep2

Keterujaan ini sangat terasa. Tidak sabar menikmati keindahan alam semulajadi ciptaan Tuhan. Setelah membetulkan kedudukan 'parking' kereta lebih berdekatan dengan rumah ketua kampung, kami pun mula memunggah barangan semua. Kaki pun mula melangkah didahului oleh John.

Kami mengikuti jalan denai. Terasa kesejukkan embun yang membasahi belukar kawasan hutan tersebut membelai tapak tangan. Bunyi suasana hutan apatah lagi? Dalam kawasan hutan hujan tropika ma. Asyik sekali.

Kami memang sengaja pergi ke arah kawasan berdekatan dengan air terjun dan jauh dari kawasan perkampungan tadi. Supaya aktiviti lebih privasi. Bukanlah bermakna nak buat aktiviti yang haram atau tidak senonoh pulak.

Setelah berjalan selama lebih kurang setengah jam. Kami jumpa tapak yang bolehlah dikira sesuai dengan mendirikan khemah. Kawasannya agak lapang, terhindar dari kawasan yang ada pokok tinggi.

Apalagi, aktiviti memasang khemah pun rancak berlaku. Setelah selesai memasang khemah, terasa ingin nak terjun ke sungai. Tapi hari masih awal lagi. Pasti terkejut dengan suhu air sungai berbatu yang sangat sejuk itu. Jadi, kami membahagikan tugas-tugas khas. Mencari kayu api, mengail ikan, menyusun atur barangan di khemah dan lain-lain. Kami pun mula berpecah melaksanakan tugas.

Aku dan Sam memilih untuk mengail, sementara John dan Mike mencari kayu api. Si Phil diarahkan jaga khemah kerana dia yang paling muda. Kira buli dia sikit la. Ala jaga khemah dan susun barang jer pun. Dia ni paling sempoi punya, tak pernah marah walaupun kena sakat dengan kami semua.

Berbalik kepada aku dan Sam, kami berdua mengorek tanah berdekatan dengan parang untuk mencari cacing buat umpan ngail. Usai mencari, kami berdua melangkah di menebing sungai untuk mencari lubuk yang sesuai.

"Sam, aku ngail kat lubuk ni, kau pergi hilir sikit" ujarku setelah aku mengenalpasti lubuk yang sesuai.

Sam teruskan langkahnya meninggalkan aku di lubuk itu.

Aku dengan tak sabarnya memasang umpan pada mata kail. Kulemparkan tali kail ke dalam air. Aku guna joran jenis boleh laras. Ala jenis joran selalu digunakan orang mengail ikan puyu kat bendang itula.

Tidak sampai dalam lima kiraan joranku direntap oleh ikan. Apalagi beraksi sakan menaikan ikan semah. Dalam masa lebih kurang 15 minit cegitu, ada lebih kurang 8 ekor ikan semah aku dapat. Dalam hati berharap aku memperoleh lebih dari Sam.

Sedang aku terleka mengail. Telingaku terdengar bunyi riuh rendah. Bunyi seperti kawasan itu bersebelahan dengan pasar. Aku pun berdiri melihat sekeliling. Namun tiada apa-apa kelihatan. Begitupun, bunyi riuh rendah itu terus terakam oleh telingaku.

Sedang aku cuba mencari arah bunyi-bunyi tersebut. Tiba-tiba...


Antara Dua Dunia
Ep3

Sedang aku asyik mencari arah bunyi riuh rendah itu. Tiba-tiba bahu aku ditepuk dari arah belakang.

"Dah jom kita balik ke khemah, rasanya cukup dah lauk kita tengah hari ini" ujar Sam
Aku jadi tercengang dan terlupa apa yang aku cuba cari sebentar tadi. Hilang terus dari mindaku kerana dek terkejut dengan tepukan Sam tadi.

"Hah, apa yang kau tercegat lagi? Jom la" ajak Sam lagi.

Aku jadi tergaru-garu kepala. Apa bendalah yang sedang aku fikirkan tadi. Aku betul-betul keliru. Ahh persetankanlah.

"Berapa ekor kau dapat Sam?" aku bertanya dalam hati berlagak, yang dia mungkin tidak dapat mengalahkan lapan ekor ikan semah sebesar tapak tangan tangkapanku.

"Rasanya dalam 20 ekor cegitu la" balas Sam bersahaja.

Cis biar betul, tak sampai setengah jam dia dapat lebih dari aku. Agak-agak la nak membohong bisik hatiku. Aku merapat ke baldi yang dibawanya tadi. Perhhh, mak oiiii banyak ikan dia dapat. Lebur harapan nak belagak.

Kami berdua pun segera pergi ke khemah. Dalam hatiku tertanya-tanya, mengapa ada macam sesuatu yang ingin aku tanya pada Sam. Tapi apa benda agaknya. Aku serius macam terlupa sesuatu, tapi macam ada sesuatu yang berlaku sebentar tadi. Dapatku rasakan dahiku berkerut memikirkannya sambil mengaru kepala yang tidak gatal.

"Kau tu dapat berapa ekor?" tanya Sam sekali lagi mengganggu fikiran ku yang sedang melayang.

"Banyak juga, tapi aku tangkap dan lepas" balasku mempertahankan ego tidak mahu mengalah wahal 8 ekor jer.

"Nanti kita ngail lagi, kalau-kalau dapat banyak kita boleh salai" ujar Sam sambil kakinya bersemangat melangkah.

Sesampai di sana, kelihatan tiga lagi rakan kita sedang membakar ikan semah. Aik, bila masa mereka dapat ikan pula? Aku memandang ke arah jam. Sudah tengah hari dah? Kenapa aku rasa macam tak lama aku dan Sam pergi mengail tadi? Mungkin aku ni banyak mengelamun agaknya.

"Mana ikan yang korang dapat?" tanya si John bila perasan aku dan Sam sedang berjalan menuju ke Khemah.

"Ada ni ha, boleh la kita menyalai malam ni" balas Sam.

"Kau Gab, ada dapat ikan special?" tanya Si Mike pula sambil dia mengambil baldi di tanganku.

Mindaku masih melayang. Aku masih tertanya-tanya apakah yang berlaku semasa mengail tadi.

"Hurmm kalau takat lapan ekor jer, baik kau duduk Khemah jer dengan si Phil" sakat Mike.
Mereka berempat seronok mentertawakan aku. Aku jadi bahan kerana si Phil pun berjaya mendapat belasan ekor ikan Semah.

"Kau ni pesal mat? Macam blur semacam, ke kau tak puas ati kalah teruk ye?" ujar si John menyakatku kerana perasan reaksiku seperti belum bersama mereka.

"Eh, takdalah nak kecik ati ngan korang, biasala aku ni jenis pencinta alam, aku tangkap lepas la, lagi besar ikan tu, lagi aku suka lepaskan" balasku macam baru tersedar yang aku sudah berada di khemah bersama mereka.

"Iye la kau Gab, bab temberang kau memang champs" sakat si Sam pula.

Apa lagi mereka berempat gelak sakan menyakat aku. Rakan-rakan seperhutanan aku ni, memang kaki penyakat dan kaki bergurau. Kalau tak seronok ratah atau bahan kawan memang tak lengkap. Termasuk la aku juga.


Antara Dua Dunia
Ep.4

Bagi yang meminati aktiviti lasak seperti berkhemah di hutan, sudah pasti tahu keseronokkannya macam mana. Makanya korang boleh bayangkan bagaimana perasaan kami semua. Biarpun kena ratah dengan pacat, nyamuk dan pelbagai serangga yang menjadi cabarannya, segalanya tidak mampu mengalahkan kenikmatan menghayati keindahan alam.
Segala penat lelah kerja terus menghilang kerana leka dek melayan pelbagai aktiviti perkhemahan. Ia lebih seronok jika rakan-rakan adalah satu kepala. Kira macam geng kami orang ni la.

"Malam ini apa program Kita?" tanya si Mike sambil tangannya mengalih-alihkan ikan yang sedang dibakar.

Perhh, aroma ikan segar bakar menusuk ke rongga hidung kami semua. Ada juga yang di masak guna menggunakan bulih lemang. Dalam Bahasa Iban, masak dalam buluh dinamakan 'pansuh'. Kalau makan nasi, memang tak cukup sepinggan, silap-silap boleh masuk pinggan ke-3.

"Malam ni kita menyuluh, mana tahu ada katak besar nak masuk periuk" balas John.

Aku pula, masih merasakan semacam ada sesuatu yang masih belum selesai. Minda masih tertanya-tanya, tapi masih belum bertemu jawapan. Menampakkan aku seperti orang sedang mengelamun.

"Kau ni pesal Gab? Dari tadi mengelamun. Kau dah ada awek yang dirindu ke?" usik Sam.

"Dia ni ada awek? Muka macam belacan tak siap nak ada awek?" Si Mike menambah garam dengan usikkan kasarnya.

Kalau ikutkan nak kata aku ni terhensem kat sini, mungkin tak juga. Tapi, Mike rasanya lapan batu kutinggalkan agaknya. Kami dah biasa dengan lawak kasar teman-teman ni. Tak ambik hati pun.

"Mak oi, korang makan tak ajak aku, berani korang ye?" ujarku separa menjerit melihat mereka berempat sudah mula menjamah makanan.

"Dari tadi kami panggil kau makan, kau pula asyik mengelamun teringat kat makcik Kiah kantin tu" usik Mike lagi.

Serius aku tak perasan pun mereka jemput makan. Kepalaku macam terganggu sedikit setelah balik dari ngail kat lubuk pagi tadi. Aku melangkah menyertai mereka yang sudah hampir selesai makan.


Antara Dua Dunia
Ep5

Selesai makan tengahari itu, mungkin kerana kekenyangan, mataku mulai diserang mengantuk. Aku membaringkan diri di atas anduh yang ku buat dari guni. Layan sungguh ngantuk. Entah bila mataku terus terlelap.

Beberapa lama kemudian...

Aku membuka mataku perlahan. Masih mamai sedikit kepalaku baru terjaga. Mereka berempat sudah tiada di khemah. Mereka mungkin pergi ke sungai tanpaku. Faham jela, kalau sudah ditinggalkan maknanya kena jaga khemah la ni. Part jaga khemah ni memang hampeh la. Kena dok sorang-sorang.

Aku cari sisa-sisa ikan yang masih belum dimakan tengahari tadi. Ikan tu masih lagi panas kerana dibiarkan di atas para. Aku makan buat hilangkan rasa bosan menunggu mereka, cuma isinya sedikit keras, kerana agak lama sudah di situ. Apapun ikan jenis mahal ni bai.
Aduh, gila punya ratah ikan sampai tulangnya tertusuk ke dalam gusi. Aku mencari sesuatu sekitar untuk menarik keluar tulang tengah ikan yang tertusuk ke dalam gusi. Dah la bahagian yang ronggak akibat baru cabut gigi minggu lepas. Ku raba-raba celah gusi dengan jariku. Dalam asyik terkial-kial mengeluarkan tulang yang masuk antara celah gigi garham tersebut, telingaku terkuping seperti terdengar bunyi paluan musik gamelan.

Mujur tulang itu berjayaku keluarkan. Bunyi musik itu pula semakin lama semakin jelas. Aku terus berdiri mencari dari mana arah bunyi musik tersebut. Betul ke kawasan ni hutan dara? Agak-agak la John ni bawa kami ke kawasan hutan bersebelahan kediaman orang! Bisikku dalam hati, merungut.

Aku jadi rasa ingin tahu pula. Aku rasa tercabar pula nak cari dari mana arah bunyian itu. Aku pasang telinga dalam-dalam. Ku kuping luas-luas. Kerana nak tahu arahnya. Haa itu dia, dari arah sebelah hilir sungai. Aku teruskan langkahku mencari arah bunyi. Melangkah dan terus melangkah mengikut arah bunyi musik gamelan itu.

Beberapa ketika, jalan yang aku lalui dari kawasan semak kini bertemu jalan denai. Agaknya memang kawasan kediaman orang ni kot. Tidak lama kemudian, aku melihat jalan batu-bata yang tersusun rapi. Persekitaran yang kulihat menambah selera ingin tahuku. Pokok buluh yang seperti ditanam tersusun elok. Bungaan menghiasi sepanjang jalan batu-bata itu. Musik yang kudengar tadi itu secara tiba-tiba pula lenyap begitu sahaja.

Bila musik itu menghilang, aku terhenti seperti orang yang hilang arah hala tuju. Ada terlintas dibenakku, arah semak mana aku muncul tadi? Aduh, kacau betul la. Kenapa tidak ku tanda atau patahkan dahan tadi? Apakah kerana terleka melihat kawasan yang kelihatan seperti taman tersebut kalinya?

Aku pun mengambil keputusan mencari jalan pulang. Tapi apa yang berlaku, setiap kali aku melangkah, aku balik ke tempat yang sama. Cuba jalan lagi pun jalan yang sama. Aku cuba lagi cari arah semak aku keluar tadi. Pun aku tembus semula ke jalan batu-bata penuh bungaan seperti taman itu. Aku bukan risau apa, risau kawan-kawan pula mencari aku nanti.
Dalam aku terpusing-pusing kat tempat yang sama, aku terdengar seperti ada suara orang bersembang pulak. Baik aku bertanya pada mereka ni nanti bagaimana aku nak kembali ke kawasan air terjun tempat kami berkhemah, mereka pasti tahu, sebab mereka memang orang di sini, bisik hatiku.

Suara yang bersembang itu, semakin mendekat. Aku cuba kuping, jelas itu suara orang perempuan sedang bersembang dan bergelak tawa. Aku dah la guna seluar pendek, tu pun nasib baik juga aku pakai baju juga. Kalau tak segan la terserempak dengan perempuan pakai cegini. Kelibat dua orang perempuan itu kelihatan semakin mendekat. Alamak, macam mana nak mencelah mereka untuk bertanya ni?


Antara Dua Dunia
Ep6

Aku cuba memberanikan diri dengan penampilan berseluar pendek dan berkemeja sahaja. Aku juga bergerak menuju arah bertembung dengan mereka. Kena yakin dan cuba bersahaja. Aku bersedia untuk menyapa mereka.

"Eh cikgu Gabby, buat apa kat sini?" belum sempat aku bertanya mereka pula yang menyapa dulu.

Gabby? Macamana mereka kenal aku? Aku rasa pelik, aku pernah nampak mereka ke sebelum ni?

"Lama tak jumpa cikgu, cikgu dah habis bercuti ya?" ujar sorang lagi.

"Eh kamu berdua siapa, kita pernah berjumpa ka?" tanyaku bersahaja.

"Cikgu pandai melawak la, baru cuti seminggu buat tak kenal pulak?" ujar gadis yang mengenakan pakaian serba merah.

Mereka berdua merapatkan wajah mendekati wajahku. Seakan-akan nak mengenalpasti aku ni siapa.

"Iya la cikgu ni, cikgu buat apa kat kawasan asrama budak perempuan ni?" tanya yang berpakaian serba biru.

Kawasan asrama perempuan? Apa benda merepek kat kawasan perhutanan macam ni ada sekolah ke? Sah la John bawa kami ke kawasan yang masih berdekatan dengan pekan. Ke ini sekolah pendalaman agaknya. Nanti kau John, kata memang hutan belantara.

"Jap, jap... apa nama sekolah ni?" tanyaku lagi.

"Cikgu ok ke ni? Sekolah sendiri tak kenal?" tanya perempuan tu lagi.

Aku jadi keliru, sekolah aku mengajar? Nak datang tempat ni pun 5 jam, bila masa aku ke sini? Ke mereka berdua ni sengaja mengusik aku? Macam mana aku jawab teka-teki yang baru aku lalui ni? Perlukah aku berlagak buat-buat tau apa saja? Atau berlagak hilang ingatan? Ish hantam je la, aku ke sini nak tanya jalan kembali ke kawasan khemah kami.

"Jom cikgu, yang lain pasti seronok bila jumpa cikgu, maklumla cikgu sudah seminggu tak jumpa kami semua" ujar si berpakaian merah.

"Pergi mana?" tanyaku lagi.

"Kita pergi dewan, kami lama tidak dengar cikgu bercerita" ujar dia lagi.
"Baiklah, cikgu ikut" balasku.

Sebenarnya aku nak tahu juga sekolah apa ini? Dan nak tumpang tengok apakah benar aku pernah ke sini sebelum ini?

Aku terus mengekori mereka. Sambil mataku meliar melihat sekeliling. Wow, sekolah apa ni? Macam dalam taman jer. Sana sini dihiasi berbagai bungaan, tumbuhan seperti bonsai. Ini sekolah ke taman bunga?

Tapi, yang pelik sikit bangunannya semua diperbuat daripada kayu. senibina nampak halus. Diukir dengan sangat rapi. Pelbagai corak flora dan fauna. Aku terpaku dengan keindahan sekolah ini. Di persekitarannya memang unik dan menarik.

Aku hanya melangkah mengekori dua gadis tadi. Sampai kat destinasi yang dimaksudkan aku disambut dengan meriah oleh mereka di dewan dengan musik gamelan yang aku pernah dengar sebelum ini. Nak kata ramai tak juga, dalam puluhan budak-budak juga la. Seorang pun aku tidak kenal. Tapi aku ada terdengar suara-suara mereka girang mengatakan 'yeaa cikgu Gab sudah kembali'. Seakan mereka mengenaliku.

"Seminggu cikgu pergi, mereka sudah merindui cikgu" ujar seorang gadis yang nampak lebih matang.

"Errr...." aku tidak terkata apa-apa.

Mereka menyambutku macam menyambut seorang ayah yang baru pulang ke rumah. Aku rasa memang pelik? Apakah ini prank ke apa? Serius keliru. Wajah-wajah di situ sangat ceria.

"Bagi cikgu Gab berehat dulu, nanti cikgu Gab bercerita buat kamu semua ya" ujar gadis yang nampak matang itu.

Dia melangkah merapati aku. Aku jadi tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Mati kutu.
"Cikgu Gab nampak keletihan, mari cikgu" ujar dia lagi.

Ingin saja aku meluahkan aku tidak pernah tahu pun sekolah ini padanya. Lagipun aku bukan guru yang mereka maksudkan. Apakah ada pelanduk dua serupa? Yang kebetulan namanya sama denganku?

"Cikgu Gab, jangan difikirkan sangat, kita pergi bilik cikgu Gab, biar bertenang di sana dulu" ujarnya lagi seperti lama mengenaliku.

Tidak lama kemudian, kami pun sampai di bilik yang dia maksudkan. Alangkah terkejutnya aku....


Antara Dua Dunia
Ep7

Namaku Gabriel. Ada yang memanggilku Gab, ada juga Gabby. Aku seorang guru sains dan juga matematik. Masih bujang, umur 29 tahun. Minatku adalah aktiviti lasak seperti perkhemahan, jungle trekking dan berkayak. Itu saja pengenalan ringkas tentang diriku. Pasal kehenseman pulak, itu sudah pasti. Kenapa masih bujang? Bukan tak mau, bukan muka ni tak tampan, cuma belum bersedia nak beri komitmen.

Alangkah terkejutnya aku apabila masuk ke bilik tersebut. Atas meja ada gambar aku. Tapi bila masa aku ambik tak tau? Kat situ juga ada laptop, buku-buku, alat tulis dan sebagainya. Betul ke ni tempat aku? Bila agaknya aku pernah mengajar di sini?

Aku hidupkan laptop yang ada atas meja tersebut. Aku lihat dekat layarnya pun tertera gambar aku. Tapi bukan seorang. Di sebelahku adalah gambar awek yang cantik. Siapa awek ni? Bila masa aku bergambar dengannya? Aku bertambah keliru.

"Siapa perempuan dalam gambar ni?" tanyaku pada gadis yang menemani aku ke bilik tersebut.

"Itu kekasih awak la gu" balasnya spontan.

"Kekasih? Adakah dia seorang guru juga ke?" tanyaku tidak teragak-agak.

"Dia juga seorang guru, tapi dia berusaha cari awak dalam masa awak menghilang selama seminggu ni" penjelasannya membuatkan aku bertambah keliru.

"Gu, awak sebenarnya dalam kondisi yang boleh dikatakan hilang ingatan, kepada budak-budak tu semua, kami perkatakan yang cikgu bercuti, kami rahsiakan kehilangan awak" jelasnya lagi menambah kekeliruan.

"Hilang ingatan? Kenapa erk?" tanyaku ingin tahu.

"Kedegilan awak sendiri juga puncanya" balasnya dengan intonasi tegas.

"Degil! Apa aku buat?" tanyaku.

"Awak ni kan? Sekarang Damia kekasih awak tu pulak menghilang tau, nak jejak kau sangat" marahnya lagi.

"Apa salah aku? Aku tak paham semua ni?" aku menaikkan sedikit suaraku.

"Baiklah, kalau awak nak tahu sangat saya akan ceritakan, saya ni adalah Amanda yang juga rakan Damia, biarkan saya jelaskan satu persatu awak diam dan dengar" balasnya sedikit menurunkan intonasinya

Dia pun mula menceritakan, aku hanya berdiam.

Tiga bulan yang lepas. Aku dikatakan bercita-cita nak masuk ke dunia manusia dan ingin mengajar mereka kaedah yang lebih bagus, pendekatan yang aku rasakan terbaik. Aku mula belajar tentang portal ke dunia manusia. Di situ aku berjaya menjumpai portalnya. Aku juga jenis yang terlebih semangat dan terburu-buru. Maka, aku terlalu yakin dengan apa yang akan aku lakukan. Aku membuat pelbagai persediaan untuk masuk ke dunia manusia.

Aku sangat yakin dan bertekad mengetengahkan kaedah bunian lebih bagus. Sudah beberapa kali Damia menyangkalku supaya tidak mengganggu urusan manusia. Namun, aku tetap berdegil. Implikasinya aku sendiri tahu, aku tidak boleh berada di alam manusia lebih dari tiga hari, segala ingatanku tentang diriku adalah orang bunian akan terpadam melenyap dari diriku. Ia boleh menyebabkan aku akan tertakhluk menjadi manusia sebenar.

"Apa kau merepek ni?" celahku.

"Aku akan kau bagi kau ingat semula, jangan risau, kita perlu usaha cari Damia semula" jelas perempuan yang memperkenalkan dirinya Amanda.

"Biar betul aku ni bunian? Aku tengah berkhemah dengan rakan-rakan aku la, aku ni memang manusia, kau saja nak prank ni kan?" ujar ku sambil mengangguk-angguk bersama memek wajah sinis semacam tidak percaya padanya.


Antara Dua Dunia
Ep8


Siapa Damia? Siapa pula mengelarkan dirinya Amanda ni? Apakah sebenarnya yang berlaku ni? Betul ke aku ada kekasih? Ke ini Prank?

"Aku paham kau keletihan dan masalah ingatan kau tu menganggu kau" ujar Amanda.

"Woi, sudah-sudah la wei, keluar korang semua..... Aku tahu ni prank kannn" jeritku.

"Tenang Gab, ini bukan Prank bagai, kau kena terima diri kau bunian, kalau ya kau manusia? Kau kenal siapa mak ayah kau? Siapa suku sakat kau kat dunia manusia?" jelas Amanda mencabarku.

Aku terfikir juga, aku tidak pernah ada keluarga di sana melainkan dunia dengan kawan-kawan dan budak sekolah. Aduh, keliru lagi la pula.

"Nah minum air ni dulu tenangkan diri" ujar Amanda sambil menghulurkan segelas air padaku.

Aku mengapai gelas tersebut dan lantas meminumnya.

"Aku keluar dulu, bagi kau berehat, ada apa-apa nanti kau panggilkan aku, sebelum tu, kau buka laptop kau tu, dan cari dokumen fail 'surat untuk aku', baca dan harap kau mengerti" jelasnya dan berlalu pergi dari bilik itu.

Aku yang duduk di atas sofa di dalam bilik tersebut terasa mataku sangat berat dan mengantuk. Aku tidak dapat bertahan, terus tertidur.

Di sisi lain,

John, Mike, Phil dan Sam sangat girang membawa banyak hasil tangkapan sehingga balik lewat malam ke khemah. Sampai di khemah, mereka menyanyi memerli Gabby yang disuruh secara paksa menjaga khemah.

"Gabby, kami dah balik" ujar Sam.

Langsung tiada balasan dari Gabby. Dan beberapa kali mereka memanggilnya, situasi tetap sama, tiada jawapan.

"Dia merajuk kot" ujar John.

"Ala takkan suruh jaga khemah pun merajuk juga" balas Mike

"Gab, kalau iya pun takyah la nak sembunyi-sembunyi" si Sam sedikit terjerit.

Mereka masuk ke dalam khemah. Tidak juga bertemu kelibat Gabby. Sam yang rapat dengannya tercari-cari sahabatnya di sekitar khemah tersebut. Namun tidak bertemu dengannya.

"Mungkin dia pergi ngail sorang-sorang sebab bosan kot" ujar Phil memberi andaiannya.

"Mungkin juga" balas John mengiyakan.

"Nanti tau la dia balik" ujar Mike cuba menenangkan Sam yang nampak macam tidak sedap hati.

Ikutkan peraturan mereka, siapa yang jaga khemah tidak boleh kemana-mana sehingga semua kembali ke khemah. Tapi si Gabby sudah melanggar peraturan mereka.

"Nanti dia balik kita denda dia, kena berjaga sepanjang malam pulak" ujar si Mike sedikit geram kerana tahu Gabby melanggar peraturan.

"Aku risau ni, bukan masalah peraturan atau apa. Kalau dia sesat macam mana?" ujar si Sam menyuarakan kerisauannya.

"Kita tunggu dulu beberapa ketika, sementara tu kita salai ikan-ikan ni dulu" ujar si Phil pula cuba bertenang walaupun dia sedar ucapan Sam itu ada benarnya.

Sementara itu, si Sam berlegar-legar di kawasan khemah menyuluh ke sana kemari. Mungkin nak dapatkan tanda-tanda sahabatnya akan muncul atau melihat takut-takut ada kesan serangan binatang buas atau apa. Namun, apa yang pasti tiada tanda-tanda lain. Malah jejak juga tidak kelihatan.

Sam merasakan terus tidak sedap hati. Begitu juga dengan Phil. Cuma John dan Mike sahaja yang masih bersahaja. Bukan mereka tidak risau cuma mereka cuba mengawal diri dari kelihatan resah, dalam hati tu tetap risau juga. Nama pun sahabat, kalau tak Korum pasti tidak cukup.

"Nyesal pulak tinggalkan dia sorang-sorang tadi" ucap Sam.

"Sabar, nanti dia muncul la tu, Gabby ni kan ajaib sikit" pujuk Mike.


Antara Dua Dunia
Ep9


Malam sudah merapat ke tengahnya. Gabby masih belum kunjung tiba. Mereka berempat sudah nampak semakin risau. Lebih banyak senyap dari bersembang. Mereka semacam sedar sahabat mereka ni telahpun menghilang tanpa jejak.

"Rasanya sudah masanya kita mencarinya" ujar John memecah keheningan dengan bingkas bangun mencapai parang dan lampu suluh di kepalanya.

Begitu juga yang lain, menyiapkan diri seperti mengerti apa yang perlu dilakukan.

"Kita berpecah kepada dua kumpulan, aku dengan Phil ke hulu, kau dan Mike ke hilir Sam!" arah si John.

"Jangan jauh dari sungai. jangan juga terlalu rapat sungai, dan jangan juga menyeberang sungai, takut kepala air datang menerjah tiba-tiba pulak" ujar Sam

"Kita cari dia dalam masa sejam dulu, kalau masih tidak jumpa, kita kembali ke khemah semula" tambah si Mike.

Tanpa banyak soal, mereka terus bergerak mencari jejak Gabby. Mereka berpecah kepada dua kumpulan, ke hilir dan ke hulu. Atas sebab dalam hutan mereka tahu ada banyak pantang larang yang perlu dipatuhi. Mereka tidak menjerit terlolong, hanya bergelak dan terus menyuluh ke kiri ke kanan ke depan ke belakang ke atas juga.

Setelah beberapa lama mereka menelusuri sungai. Sebarang jejak pun mereka masih tidak temui. Malah tiada sebarang tanda-tanda serangan binatang buas yang biasanya meninggalkan jejak darah akibat cedera. Sesudah sejam berlalu mereka kembali semula ke khemah dengan perasaan hampa.

Kedua-dua kumpulan saling mengharapkan masing-masing dapat menemui Gabby, setelah mereka sedar tidak berjaya dengan usaha masing-masing. John dan Phil berharap Mike dan Sam berjaya, begitu juga Mike dan Sam pula mengharapkan John dan Phil berjaya menemui sebarang jejak atau pentanda.

Akhirnya mereka kembali ke khemah semula. Dalam masa mencari tadi, mereka tidak menangkap sebarang binatang walaupun mereka melihat binatang liar seperti landak, pelanduk, tenggiling, katak besar dan lain-lain binatang liar lain di depan mata yang selalunya mereka takkan lepaskan. Masing-masing bagaikan hilang nafsu setelah sedar Gabby hilang. Nampak sangat mereka lebih utamakan sahabat juga rupanya.

"Aduh, macam mana ni? Macam mana nak bagitau mak bapak dia akan kehilangan dia ni?" ujar Sam.

"Tapi korang ada ke nombor mak bapak dia?" tanya Phil pula.

"Ye tak ye juga, selama saya berkawan dengan dia, tidak pernah pula Gabby bercerita tentang mak bapaknya apatah lagi pernah berjumpa mereka!" ujar si Sam lagi macam menambah masalah.

"Apa kata kita ambil telefon di kereta kot dalam telefon dia ada jumpa sebarang petanda kontak mak bapak dia" ujar Mike memberi idea.

Telefon memang mereka sengaja tinggalkan dalam kereta sebelum ini kononnya tidak mahu gangguan ketika aktiviti menghutan mereka.

"Kau tahu ke password telefon dia?" tanya Phil.

"Kita cubalah dulu, biasanya orang ambik mudah je password, kita try Z, Z terbalik ke, N ke? Takpun nombor 7, kan dia suka CR7 (Cristiano Ronaldo)" cadang Sam yang nampak sangat seperti terdesak.

"Macam ni, aku dan Sam ambil telefon, kau berdua jaga khemah mana tau dia pulang ke khemah" jelas John.

"Ok juga tu, sekurang-kurangnya idea tu bernas" balas Phil.

John dan Sam pun bertolak semula menuju ke kereta. Manakala Phil dan Mike menunggu di khemah dengan harapan menantikan kelibat Gabby.


Antara Dua Dunia
Ep10


Aku membuka mataku perlahan. Aku nampak ruangan pejabat. Nampaknya aku bukan bermimpi pasal kejadian tadi. Aku kembali semula ke ruangan meja dan menghidupkan semula suiz loptop. Ingatanku seperti kabur-kabur yang aku pernah berada di tempat ini. Tapi seperti suatu yang dejavu.

Setelah skrin laptop mula menyala, aku cuba cari file yang dikatakan gadis bernama Amanda padaku tadi.

Aku temui tajuknya, Surat untuk aku. Aku pun mula membaca kandungannya.

Percayalah, kau adalah aku dan aku adalah kau.
Kau memang bunian.
Kau Gabby dan aku juga Gabby.
Kita adalah orang yang sama.
Jika kau telah membaca surat ini, pasti Damia yang memaksa kau baca.
Aku meninggalkan pesan ini agar kau tahu.
Misi aku adalah mengemukakan idelogi pengajaran dari dunia bunian kepada manusia.
Jika kau mengerti, ada banyak kertas kerja yang aku sudah sediakan untuk membantu mereka.
Aku harap kau dapat teruskan usahaku ini.
kerana kau aslinya adalah diriku.
Jangan berputus asa membantu mereka.
Ingat, mereka adalah makhluk seperti kita juga.
Misiku, adalah ingin melihat manusia juga menikmati sistem pendidikan yang menjadi impian semua sepertimana kita laksanakan di sini.
Berjanjilah denganku, teruskan usaha ini...
Dari aku untuk aku.

Gabby kepada Gabby.

Begitulah isi kandungan surat tersebut. Aku masih tidak jelas dengan semua ini. Ingatanku masih kabur.

Aku bangun dari tempat dudukku dan aku keluar dari bilikku terus mencari bilik Amanda. Apa yang pelik, aku bagaikan tahu di mana bilik Amanda. Aku bergerak seakan-akan telah mengenali sangat tempat itu.

Aku mengetuk pintu bilik Amanda.

"Ya, masuk!" begitulah suara yang ku dengar dari dalam.

"Amanda, boleh tolong aku tak?" tanyaku segera.

"Kau sudah bangun? Maaf terpaksa bagi kau minum ubat tu tadi, memang mengantuk tapi segera memulihkan ingatan kau" balas Amanda.

"Sementara ingatanku terhadap rakan-rakanku belum hilang sepenuhnya, aku minta tolong boleh tak aku berjumpa mereka?" pintaku.

"Kau sebenarnya lebih arif dan mengerti bila kau dah pulih sepenuhnya" balas Amanda.

"Tolonglah, mereka adalah sahabat-sahabatku, pasti mereka tengah risaukan aku" ujarku memohon bantuannya.

"Takpa, itu saya cuba ikhtiarkan, kamu berehat dulu, sebolehnya kau jangan terus jumpa mereka, akibatnya kau akan terus hilang ingatan kau jika kau masuk dalam keadaan ubat tu sedang berfungsi" jelas Amanda.

Aku terpaksa akur dengan Amanda. Dalam masa yang sama, kekeliruanku mula menghilang. Aku semakin dapat merasakan diriku adalah makhluk bunian. Dalam masa yang sama ingatan ku terhadap Damia juga semakin kembali. Aduh, awekku Damia. Kenapalah kau bodoh sangat, ikut aku ke sana?

"Damia macam mana pulak?" tanyaku.

"Sama seperti engkau juga, jika dia sudah berada di sana melebih tiga hari, dia juga akan hilang ingatan dirinya adalah bunian" jelas Amanda.

Penjelasannya benar-benar membuatku kesal dengan diriku yang dulu.

"Berapa lama dia sudah di sana?" tanyaku

"Empat hari" balasnya ringkas.

"Aduh, apa aku perlu buat ni Amanda?" aku seperti budak merengek.

Apa yang aku perlu lakukan? Macam mana aku nak cari Damia semua. Hatiku sudah rasa macam sangat kerinduan padanya. Ya ampun, apa telah aku buat ni?


Antara Dua Dunia
Ep11

Aku kembali ke bilikku. Aku cuba menenangkan diri. Duduk di sofa lembut dalam bilik yang dikhaskan untuk aku. Fikiran agak bercelaru dengan ingatan lama dan baru yang bertukar ganti bermain di mindaku. Memberikanku bagaikan memiliki dua indentiti, Gab manusia dan Gab bunian.

Semua guru di sini juga memiliki bilik masing-masing. Malah para pelajar juga diberikan keselesaan sepenuhnya. Di sini ada kemudahan seperti mana yang ada di dunia manusia. Teknologinya juga seiring dengan manusia. Cuma ada sedikit perbezaannya, mungkin berbeza dari segi misi visi serta sosiobudayanya.

Di sini, pelajar dipecahkan kepada tiga peringkat umurnya. Kanak-kanak, pra remaja dan juga remaja. Peringkat awal kanak-kanak dididik paling asas diterapkan nilai murni, menghormati orang yang lebih tua dan dikukuhkan disiplinnya. Mereka juga diberikan asas mengira membaca dan menulis seperti dunia manusia yang dipanggil 3M. Peringkat awal ini, mereka hanya lebih kepada pembentukan sahsiah dan asas kemahiran berkomunikasi penuh dengan adat budaya mencintai alam dan kelestarian semula jadi.

Peringkat kedua pula pra remaja. Peringkat ini mereka mula diterapkan kemahiran yang lebih tinggi, sesuai dengan peringkat umur yang bersemangat bersifat ingin tahu. Kemahiran menguasai ilmu alam, bahasa dan sebagainya. Peringkat ini merupakan penapisan. Tiada istilah gagal lulus. Peringkat ini mereka akan mula menampakkan minat terhadap kemahiran yang bakal menjawab kepada masa depan mereka sendiri. Tiada paksaan untuk memilih bidang yang mereka minati atau yang ingin mereka ceburi.

Peringkat terakhir adalah, peringkat tertinggi peringkat akhir remaja. Di sini mereka didedahkan menjurus kepada bidang yang mereka minati sendiri. Maknanya mereka akan belajar secara lebih terperinci dalam bidang masing-masing.

Konsepnya mudah, peringkat awal mereka hanya pembentukan sahsiah dan asas, peringkat pra remaja mereka diberi ujian untuk memilih jurusan masing-masing. Terakhir mereka cuba memenuhi pilihan masing-masing dengan lebih terperinci.

Di sini, lepasan remaja dipanggil pra dewasa. Peringkat ini, mereka akan melakukan praktikal serta mendalami ilmu mengikut bidang pilihan yang sudah ditetapkan lebih terperinci.

Amalan ini sudah diterapkan ribuan tahun. Kelebihan warga bunian, kami memiliki umur yang panjang. Sebenarnya kami mencuri teknologi yang dikembangkan oleh manusia. Bahagian mana yang terbaik kami ikuti, apa yang tidak dipersetujui kami singkirkan.

Kelemahannya, kami bunian tidak seperti manusia mampu beranak pinak dengan banyak, setiap pasangan hanya akan memiliki seorang anak. Oleh itu, kami perlu bijak mengagihkan tenaga kerjanya. Kami bersandar kepada kelebihan umur yang panjang, dari situ pengalaman menjadikan kami seakan melebihi manusia.

"Gabby, kita perlu berbincang sekejap" Amanda bersuara dari luar bilik.

Lamunanku terhenti.


Antara Dua Dunia
Ep12

Aku tidak dapat mengelak daripada memikirkan sahabat-sahabat dari dunia manusia. Aku yakin mereka perasan sudah akan kehilanganku. Pastinya mereka sedang mencariku. Begitu juga ingatanku terhadap mereka sekejap ada sekejap menghilang.

Apabila ingatanku lebih kepada Damia, aku seolah-olah lupa akan dunia manusia. Aku pula jadi semakin merisaukan Damia. Bagaimanapun akan ku usahakan untuk mengembalikan Damiaku.

"Gab, kau dengar tak?" ujar Amanda dari luar sekali lagi mengembalikan aku dari layangan minda.

"Ya masuklah" jemputku.

Amanda pun munculkan dirinya masuk ke dalam bilik tersebut.

"Sekarang kau fikirkan cara macamana nak cari Damia, aku uruskan kawan-kawan manusia kau tu" tutur Amanda.

"Macamana nak cari dia?" tanyaku kerana ingatanku belum sepenuhnya pulih.

"Makin lama, kau biarkan dia tersesat di sana, makin susah juga nak pulihkan ingatannya nanti" ujar Amanda menambah tekanan padaku.

"Kalau ya pun bagi la aku idea" ujarku terdesak mencari ilham.

"Percayalah, bila kau dah pulih, kau lebih arif tentang segalanya" balas Amanda entah cuba meyakinkan atau memberikan aku semangat.

"Berapa lama, tempohnya untuk aku kembali kepada ingatanku sepenuhnya" tanyaku ingin tahu.

"Kau kena terima hakikat, jika ingatanmu pulih, itu bermakna sama seperti kau tidak pernah ke dunia manusia" jelas Amanda pula memberikanku perasaan dilema akan perihal sahabat-sahabat manusiaku.

Aku segera mengapai pen dan menulis surat kepada sahabat dunia manusia. Setelah kucoret selesai surat itu kuserahkan kepada Amanda. Berharap Amanda membantuku menyerahkan kepada mereka.

"Macamana kau menjumpai dan maklumkan kepada mereka perihal aku" tanyaku.

"Pasal sahabat kau itu jangan risau, tahula saya bantu macamana, sekarang kau perlu lebih memikirkan Damia" jelas Amanda, tapi masih belum dapat meyakinkanku.

"Baiklah, pastikan kau serahkan surat itu juga" ujarku.


Antara Dua Dunia
Ep13

Berbalik kepada empat sekawan yang sedang asyik mencari si Gabby. Setelah mengambil telefon bimbit dari kereta pacuan empat roda di sebelah rumah ketua kampung, Sam dan John segera kembali semula ke khemah.

Sampai di tapak perkhemahan, mereka berdua menyaksikan dua lagi rakan sedang nyenyak tidur. Hampeh punya kawan, kita bersusah payah berlari macam ribut mengambil telefon mereka pula nyenyak tidur tanpa rasa bersalah bisik Sam dalam hati. Sambil tangannya menghidupkan setiap telefon bimbit yang ada.

Beberapa ketika di dalam khemah, Sam dan John tercium baru wangian semerbak. Bau wangian yang tidak mereka pernah hidu. Apa yang pasti, keduanya saling berpandangan. Seakan-akan mengerti, jangan ditegur apa yang baru mereka alami.

Beberapa ketika, keduanya seakan-akan tidak terdaya menahan rasa mengantuk yang amat sangat. Seperti dalam penuh ketenangan kedua-dua rakan itu mencari tempat berbaring dan lantas memejamkan mata yang terasa sangat mengantuk.

Setelah pasti semua empat jejaka itu tertidur, barulah Amanda si gadis bunian itu munculkan dirinya. Dia melakukan sesuatu seperti membaca mantera yang kedengaran seperti seseorang sedang bersyair dengan suara yang begitu merdu. Setelah itu, keempat rakan tadi seolah-olah bangkit dari tempat tidur masing-masing dan seperti orang yang patuh kepada Amanda.

Mereka berempat nampak semacam dalam keadaan separa sedar duduk mengelilingi Amanda yang seakan-akan menari di tengah mereka. Setelah yakin dengan pukauannya menjadi, Amanda pun mula berkata-kata.

"Wahai semua, rakan anda yang bernama Gabby telah kembali ke alamnya, usah lagi kamu semua kuatiri lagi kehilangannya dari anda semua, sampai suatu ketika nanti anda mungkin berpeluang menemuinya semula, dan terimalah pemberian dari kami ini" ucap Amanda sambil meletakkan beberapa objek di atas tikar di tengah-tengah antara mereka berempat.
Manakala surat dari Gabby disimpan Amanda dalam 'slingbag' si Sam yang dibawa tidur bersamanya.

Mereka berempat yang duduk mengelilingi tadi bangun dan kembali tidur ke tempat masing-masing seperti sebelumnya. Kemudian, Amanda pun berlalu pergi. Mereka berempat terus tidur dengan nyenyak dan penuh ketenangan. Tanpa menyedari apa yang sedang berlaku.


Antara Dua Dunia
Ep14

Bunyi unggas bersiul di pagi hari, membangunkan empat sekawan. Mereka terjaga, dan masing-masing menuju ke tikar yang terletak di tengah-tengah khemah. Mereka nampak ada beberapa objek sedikit berkilauan. Mereka berempat masing-masing mengambil yang terdekat dengan diri mereka, tanpa berkata-kata menyarungkannya di jari sendiri masing-masing. Lalu objek yang berupa cincin tersebut mengelipkan cahaya.

Empat cincin tersebut merupakan setiapnya adalah, zamrud yang digunakan John, delima digunakan Mike, ametis atau kecubung digunakan Sam dan kerisoberil batu permata kekuningan digunakan oleh Phil. Setelah mereka menyarungkannya, mereka langsung tidak teringat tentang Gabby lagi. Seakan-akan mereka hanya berempat sahaja yang ke situ. Tambahan lagi segala peralatan yang digunakan oleh Gabby juga telah menghaib entah ke mana.

Seakan-akan mereka tidak pernah menyedari kewujudan si Gabriel. Begitulah kekuatan yang ada pada cincin batu permata yang mereka gunakan. Selain itu, ia memiliki keistimewaan lain juga, seperti memberi keberuntungan kepada pemakai zamrud, menambah seri pada wajah si pemakai permata ametis, delima pula melindungi si pemakai dari aura jahat dan yang terakhir mengekalkan kesihatan si pemakai.

Mereka berempat meneruskan aktiviti kegemaran yang mereka gemari. Wajah-wajah sahabat si Gabriel kelihatan begitu ceria dan seronok dengan aktiviti yang mereka jalankan. Sedikitpun mereka langsung tidak teringat tentang Gabby. Bagaikan ingatan mereka terhadap kewujudannya lupus sama sekali.

Begitulah berakhirnya perkaitan antara mereka dengan Gabby yang sementaranya belum terputus sepenuhnya. Kita tinggalkan soal sahabatnya Gabby.

Kita kembali semula ke alam bunian.

Aku ke bilik Damia, mencari sebarang petanda atau petunjuk yang mungkin ada ditinggalkannya. Dalam biliknya aku lihat begitu banyak gambar-gambar kami berdua. Ternyata, Damia sememangnya gadis bunian yang menyintai aku. Setelah memasuki biliknya perasaan merinduinya tiba-tiba semakin membuak-buak.

"Gabby, sila ikut aku ke pejabatku" terdengar suara yang amatku hormati menyapaku dari belakang yakni ketua jabatan sekolah tersebut.

Habislah aku kali ini, aku tidak pernah mengusul padanya apa yang aku rancang untuk ke dunia manusia sebelum ini. Kami dari alam bunian amat dilarang mencampuri urusan manusia secara langsung. Apakah aku akan diambil tindakan?

"Ya tuan" balasku akur dan mengekorinya ke pejabat beliau.

Sambil berjalan melangkah menuju ke pejabatnya dia berbual denganku.

"Ada jumpa awek yang comel ke kat dunia manusia?" ujarnya yang ku paham menyindirku sekaligus memberitahuku bahawasanya aku telah kantoi masuk ke alam manusia.

"Errr tada tuan" balasku tidak tahu apa yang mahu ku jawab.

Setiba dalam biliknya. Dia menutup rapat pintu dan menutup gelombang bunyi yang boleh keluar dari bilik itu. Aduh, mampus aku kali ini. Pasti aku kena dengannya. Dahla kantoi.

"Siapa lagi yang tahu engkau keluar ke sana?" Dia bertanya padaku.

Apakah yang perlu aku jawab ni? Ingatanku belum sepenuhnya pulih. Amanda mana kau? Tolong wei? Nak jawab sebenarnya atau aku perlu mengelentong?


Antara Dua Dunia
Ep15

Alahai apa yang patut aku jawab? Dari wajah serius dia menunjukkan wajah tersengih pulak. Alamak dia main psikologi pulak kot? Dia tersenyum sinis memandang ke arahku. Aku tidak berani melawan pandangannya. Dia adalah golongan berpengalaman.

"Gab, aku tanya kau kan? Siapa lagi yang tahu?" tanya dia lagi.

"Errr... " lidahku kelu.

"Begini, biar aku berterus terang" ujarnya dan kali ini wajah serius dia terus hilang dan lebih nampak santai.

"Hah!" terkeluar itu sahaja dari bibirku seperti tertanya-tanya apa yang dia nak perkatakan.

"Ini rahsia tau.... " ujarnya.

"Errr iya tuan?" balasku bersama dalam hatiku ingin tahu.

"Sebenarnya aku pun lama juga tidak ke dunia manusia" ujarnya dengan selamba.

Aku berdiam. Aku tidak berani nak berkata apa-apa lagi. Perangkap kang, tak pesal pulak nanti. Hanya mataku terkebil-kebil memandang beliau.

"Gab! Relaks la, kalau gab nak tau, kita boleh jer keluar masuk ke sana" tambahnya lagi.

Aku pulak, masih terpinga-pinga. Betul ke ni? Atau dia sengaja nak aku meluahkan hal sebenar?

"Sebenarnya, yang tahu aku ke sana adalah..." luahku tapi sengajaku hentikan sekerat kerana ingin melihat respon darinya.

"Ah a... Siapa?" dia bertanya seperti terdesak ingin tahu.

"Saya mengaku bersalah tuan, saya ke sana tanpa kebenaran dan membuta tuli" aku mengalih dari memberi jawapan.

"Ish, saya pun faham anak muda macam Gab teruja dan ingin menjelajah ke dunia lain, saya juga begitu suatu ketika dulu" jelas kenyataannya cuba memujukku terus meluah.

"Err.. tak.. eh bukan begitu tuan?" balasku sedikit tergagap sengaja melengahkan jawapan sebenar.

"Kalau saya bagitu rahsia ini, kau jangan dedahkan kepada sesiapa boleh tak?" dia cuba memancingku lagi agaknya.

Takkan begitu jer dia nak bagitau rahsianya. Kann?

"Ermm terserah tuan mahu mengongsikannya pada saya" balasku bersahaja.
Dia pun bercerita.

Dulu sewaktu peringkat usianya masih muda, dia pernah keluar ke dunia manusia. Waktu tersebut dia sangat teruja, sebab apa? Dengan kelebihan sebagai orang bunian, dia menjelajah sepuas hatinya. Sehinggalah dia bertemu dengan gadis manusia yang menyebabkan dia menyukainya. Dia jatuh cinta dengan gadis tersebut, dan berusaha untuk mengahwininya. Part yang bestnya mereka pun berkahwin tanpa gadis tersebut mengetahui asal usul dirinya.

Bagaimanapun, setiap sebelum tiga hari, dia akan balik ke dunia bunian. Dan pergi ke sana lagi. Begitulah hari-hari yang terus berlalu. Sebenarnya tiada halangan untuk manusia berkahwin dengan bunian. Tetapi, gadis tersebut terus menua dari masa ke masa. Sementara dirinya kelihatan sentiasa muda. Namun begitu atas dasar rasa cintanya terhadap gadis tersebut, dia terpaksa menelan hakikat bahawa gadis itu akan meninggal mendahuluinya. Dan seksaan itu dia rasakan sehingga kini.

Lebih malang, mereka tidak mempunyai anak. Setelah gadis yang menua itu meninggal, dia kembali semula ke dunia ini dan cuba mencuba pelbagai resepi supaya manusia juga boleh mempunyai umur yang panjang tanpa penuaan. Begitupun usahanya telah banyak gagal. Baru-baru ini hasil kajiannya dia menyatakan, ada banyak faktor kenapa manusia cepat menua.

Pertama, sifat manusia itu sendiri. Banyak daripada mereka mementingkan diri walaupun bicaranya manis, namun di dalam hati menyatakan sebaliknya. Perasaan hasad dengki itulah yang membawa mereka mengalami penuaan dengan cepat. Ia adalah seperti tumor atau barah yang hidup.

Kedua, tekanan hidup menjadikan mereka hidup seperti hamba kepada kuasa, harta dan wang. Mereka bergaduh kerana perkara tersebut. Setiap hari memikirkan bagaimana cara untuk menjadi kaya tapi tanpa usaha yang menyeronokkan mereka.

Ketiga, manusia dididik menjadi menjadi rakus akan duniawi tanpa mereka sedari. Setiap langkah kehidupan mereka tidak menunjukkan mereka faham akan makna kebahagian sebenar. Mereka berlumba-lumba menjadi yang terbaik kononnya. Tetapi membawa ancaman menindas yang malang, golongan kaya terus kaya, golongan miskin terus miskin.

Keempat, matlamat hidup adalah untuk nafsu. Serakah terhadap harta, serakah terhadap kuasa dan serakah terhadap segalanya. Sebab itulah di dunia bunian, kami tidak menggunakan matawang. Kerana matawang menjadi ukuran darjat, ukuran pangkat. Di dunia bunian, darjat atau pangkat adalah pengalaman hidup. Di sini ditegah merungut, ditegah bersungut.

Kelima, mulut mereka bersyukur namun dihati mereka tidak pernah puas. Senantiasa mahu lebih. Itulah kelemahan yang ada pada mereka. Jelasnya.

Manakala, dunia bunian pula, kita diajar bersatu dengan alam. Mensyukuri kehidupan. Berbahagi kebahagiaan, Hidup terus bukan untuk makan. Makan untuk hidup. Menghormati kelestarian alam. Menikmati keindahan semulajadi. Sebab itulah, kami di dunia bunian mengelak dari terpengaruh dengan manusiawi. Namun, manusia juga hidupan seperti kami, membantu mereka menyedari semua adalah tanggungjawab segala hidupan.

Dengan penjelasnya, aku mengerti kenapa dia mempunyai sedikit persamaan denganku. Kami sama mengasihi rakan manusia.


Antara Dua Dunia
Ep16

Setelah aku mendengar penjelasannya. Aku berasa amat lega. Jelas kami mempunyai nilai hati yang hampir sama. Dengan segala ingatan yang masih tentang dunia manusia, sesungguhnya aku mengiyakan apa yang diperkatakan olehnya. Banyak yang aku lihat berlaku di sana membuatkan mereka sendiri terhimpit dengan perbuatan mereka sendiri.

"Tuan, kita mempunyai belas ehsan yang sama terhadap manusia" ujarku meluahkan persamaannya.

"Sebenarnya aku tahu apa yang telah berlaku, sebab itulah kupanggil kau ke sini Gab" jelasnya.

"Ya tuan, maafkan atas kedaifan saya tuan" ujarku merendahkan diri.

"Kamu tidak bersalah, yang bersalah adalah ketidaksabaranmu nak" ujarnya meredakan rasa bersalah diri.

"Sekarang, Damia dikatakan telah pergi ke sana dan melebihi tiga hari dah, apa yang saya perlu lakukan untuk menyelamatkannya tuan?" luahku akan perkara yang merisaukan aku,

"Amanda sudahpun cuba memulihkan ingatan kau, jadi engkaulah jawapan kepada soalanmu nak" ujarnya mengerutkan dahiku.

Aku harap dia bagi idea. Nampaknya sama juga dengan Amanda. Apakah aku yang masih tidak mengerti? Atau aku jadi bengap selepas pulang dari sana?

"Bersabar, kau pasti akan bertemu jawapannya nanti" tambahnya lagi.

"Apa yang aku perlu lakukan tuan buat semantara ini?" ujarku masih tidak yakin dengan diri.

"Kau telah mencuba yang terbaik, tetapi sedikit gelojoh. Kau perlu melengkapkan diri dengan diri kau yang sekarang" ujarnya mengelirukan aku.

Apakah yang cuba disampaikannya? Akumasih bingung memikirkannya. Dia pula, mentertawakan kerana melihat reaksi wajahku yang berkerut. Sudah pasti dia sedar aku belum dapat menangkap apa yang cuba disampaikannya.

"Gabby, jawapannya hanya kau sendiri juga yang tahu" sekali lagi dia mengulangnya membuatkanku rasa geram dengan diri.

"Serius tuan, saya belum menangkap apa-apa yang tuan cuba jelaskan" balasku yang sudah tidak sabar dengan diri.

"Kan sudah kuperkatakan tadi, jawapan ada pada engkau sendiri" ujarnya tidak berganjak dari teka-teki.

"Baiklah tuan, saya akan memikirkan apa solusinya" balasku yang sebenarnya masih tidak mengerti apa-apa.

Dia menyambung gelak sinisnya.

"Kau adalah warga bunian, dan kau juga adalah antara tenaga pengajar saya yang terbaik, jadi jangan risau, kau tetap tahu apa yang harus dilakukan nanti" jelasnya meluahkan keyakinannya denganku.

Apakah mungkin dia memberi aku kebebasan menyelesaikan sendiri permasalahan yang aku terbitkan sehingga kehilangan Damia? Kalau begitu aku akan memikirkan sesuatu dengan cara bunianku. Setakat ini, ingatanku hampir pulih sepenuhnya. Bayangan wajah Damia dihatiku semakin jelas kelihatan.

Bayangan saat kami berdua lalui. Semuanya semakin memenuhi memori mindaku. Kebahagian bersamanya. Cuma satu, hanya dia belum kunikahi.

"Ingat, Damia dalah tanggungjawabmu sekarang nak, jika perlukan apa-apa kau boleh berjumpa denganku" ujarnya jelas mahu menghabiskan sesi ini.

"Baiklah tuan, saya akan segera memikirkan apa yang terbaik boleh diusahakan" balasku dan meninggalkannya.

Begitulah, cara yang aku faham. Di sini kami memberikan kebebasan pada setiap individu membuat rancangan dan keputusan dalam melakukan sesuatu. Itulah dinamakan sebagai anda sendiri perlu melalui pengalamannya untuk menjadikan diri lebih matang dan bukan mengharapkan telunjuk arahan sahaja. Baik keputusan anda adalah tepat atau pun tidak, andalah penentu kepada keputusannya nanti. Laaaa, mengertipun aku.


Antara Dua Dunia
Ep17

Aku bersiap untuk kembali ke alam manusia. Misi mencari Damia yang menghilang. Semua persediaan sudah berada di kepala dan mindaku. Apakah yang berlaku kepada Damia sayang? Apakah dia sudah hilang ingatan, atau masihkah dia mengenaliku? Aku yang memulakannnya maka aku juga yang harus menyelesaikannya.

Makanya, aku memohon untuk bercuti sehingga misiku selesai. Mujurlah ketua aku memahami dan melepasku untuk misi tersebut. Bagaimanapun, aku akan pergi bersama Amanda. Aku terpaksa memohon bantuannya. Amanda merupakan seorang gadis yang memiliki banyak kemahiran. Selain seorang guru yang hebat dia juga merupakan sahabat aku dan juga Damia.

"Aku dah minta pelepasan dari ketua, termasuk untuk kau sekali, samada kau sudi atau tidak membantuku, kau tetap akan pergi juga" ujarku pada Amanda.

"Agak menarik, aku jarang-jarang pergi ke dunia manusia, bila kita pergi?" balasnya tampak semangat.

"Secepat mungkin, pergilah buat persiapan kau" ujarku.

Dia berlalu pergi dengan penuh senyuman. Entah apa yang membuatnya bersemangat. Aku pun tidak tahu. Walaupun dia selalu membantah ideaku, tetapi dia antara sahabat bunian yang paling memahamiku. Nyaris juga terpikat dengannya suatu ketika dahulu. Nyaris-nyaris je la. Setelah aku ada si Damia, kami hanya terus menjadi sahabat sahaja.

Aku juga mempersiapkan diri. Setiap yang aku rasa perlu nanti aku bawakan semuanya sekali. Cuma barangan yang besar saja yang ku tidak angkut sekali.

"Gab, saya dah siap" ujar Amanda yang sudah berada di depan pintu biliku.

"Wow, bersemangat nampak?" balasku.

"Haruslah, demi Damia kan?" balasnya.

"Ya demi Damia" aku menyokong ucapannya.

"Apa perancangan kau Gab?" pertanyaan hanya dibalasku dengan senyuman.

"Kau akan tahu nanti, apapun kita cuba menjejaki Damia terlebih dahulu" tambahku.

Dia juga tersengih, seakan-akan memahami apa perancanganku. Sebenarnya aku belum memikirkan sebarang perancangan. Ia bergantung kepada situasi nanti. Sama ada misi ini mudah atau sukar, ia tetap dilaksanakan.

Pertama, di sana kami perlukan duit, kedua pengangkutan, ketiga adalah tempat tinggal, keempatnya bergantung situasi. Di dunia manusia bukannya seperti alam bunian, di sana duit sangat diperlukan dalam banyak perkara.

"Gab, kita gunakan akuan lama kau la, duit kat dalam akaun tu kau tak guna sepanjang kau menjadi guru di sana kan?" cadang Amanda.

"Duit apa benda, bila masa aku menjadi guru di sana?" tanyaku kerana kurasa soalannya pelik.

"Nah, kau minum ni, kesannya untuk setengah hari, ingatan kau tentang apa yang kau lalui sebelum ini akan kembali semula" jelas Amanda sambil menghulur balang kaca kecil yang sudah dibukanya kepadaku.

Aku tanpa berfikir terus melakukannya. Ni yang aku suka dengan minah ni, dia banyak membantu dalam apa jua keadaan.


Antara Dua Dunia
Ep18

Setelah minum air yang diberikan oleh Amanda, aku merasa sedikit pening. Rasanya manis di rongga mulut, namun bila sudah dikerongkong rasanya seperti dicucuk seribu jarum halus. Nasib baik rasa sebegitu hanya seketika.

"Air apa rasa sangat teruk ni Amanda?" tanyaku sejurus cairan tersebut melepasi tengkorokku.

"Kau akan tahu nanti, tunggu je la kesannya" balasnya sambil ketawa memandang memek muka berkerutku menahan rasa minuman tersebut.

"Ada kesan sampingan tak?" tanyaku.

"Sudah pasti la ada" ringkas jawapannya.

"Apa dia kesannya?" tanyaku benar-benar ingin tahu.

"Kau nak lalui sendiri atau nak tahu sekarang juga?" dia pula yang bertanya.

"Takpe la, jangan mengganggu sistem uluranku sudah la" balasku berseloroh.

Dia hanya ketawa mendengar ucapanku. Minuman itu tampak sudah mendatangkan kesannya.

Mindaku sudah mula teringatkan empat orang sahabat manusiaku. Malah murid-muridku di alam manusia. Makcik Kiah tukang masak kantin pun turut hadir dalam mindaku. Adeh-adeh.
Pasal makcik Kiah ni, masakan dia paling kegemaranku. Kalau ke kantin, aku memang minta dia yang masakan makananku. Tulah puncanya mengenali makcik Kiah. Dia memang suka bersembang setelah menghantar pesanan. Jadi bolehla kenal, lagipun orangnya memang ramah.

"Haaa, macamana dah ada kesan tak? Tapi kesannya hanya setengah hari je tau!" ujar si Amanda.

"Hebat juga ramuan kau ni, ada lagi ke?" tanyaku.

"Amboi, kau ingat senang ke proses nak hasilkan ramuan tu? Takkan nak minum lagi sekarang" ujarnya.

"Iyela, ramuannya sangat hebat, bila masa kau buat tu semua?" ujarku memuji hasil karyanya.

"Kau lupa ke aku ni adalah ahli kimia? Tu la kau asyik bercinta dengan Damia, sampai lupa

 pasal sahabat kau ni" balasnya seraya memerliku.

"Aku tak lupai la wei..." begitu jer ku balas ungkapannya.

Perempuan ni, bukannya boleh nak jawap sembarangan. Mereka punya perangai semacam nak kita tahu apa yang berada di minda mereka walaupun bibir mereka seakan menuturkan sebaliknya. Sebab tu, tak kira bunian atau manusia, fitrahnya sama, pasangan lelaki banyak mengalah dengan bebelan kaum perempuan.

Sambil itu, kami berdua mulakan langkah perjalanan menuju ke portal ke alam manusia.


Antara Dua Dunia
Ep19

Portal di depan mata, aku menarik nafas panjang-panjang. Misi kali ini berbeza dari yang sebelumnya. Kalau sebelum ini mengetengahkan pasal pembelajaran, kali ini pula lebih kepada misi mencari Damia, si gadis bunian yang juga kekasih hatiku.

"Betulkah ini kali pertama kau masuk ke alam manusia ni Amanda?" tanyaku kerana dalam hatiku sedikit gusar.

"Yep, tengah semangat ni, bukalah portalnya" balas Amanda yang jelas teruja.

"Kalau ya pun, sabarlah dulu" ujarku cuba menenangkan keterujaannya.

Aku mulai membaca manteraku, untuk membuka portal ataupun pintu masuk ke sana. Sinar cahaya kebiruan mulai terbentuk di hadapan kami berdua. Dari sebesar kelingking jari sehingga sebesar meja bulat pusaran kebiruan itu terbentuk mengelilingi Kami berdua. Cahaya tersebut seperti menyedut kami ke tempat lain.

"Tempat apa kita keluar ni? Busuk semacam je Gab?" tanya si Amanda.

Aku menghulurkan tangan padanya, untuk membantunya mengeluarkan dirinya yang tengah berdiri di dalam longkang. Sambil aku tersengih melihat kakinya terkena dengan selut longkang. Pekat likat hitam selut melekat di kakinya. 'Opss sorry' Amanda, tak sengaja.
"Jom, ikut aku" pelawaku tidak mengendahkan soalannya tadi.

"Kau arrr, sengaja mengenakan aku kan?" ujarnya tampak masih tidak puas hati.

"Lain kali, berdiri rapat sikit" ujarku.

"Mana boleh, kang marah pula Damia nanti" balasnya.

"Lerr, yang kau pegang elok tangan aku tarik kau dari longkang tu takpe pula ye?" ucapku sengaja mengusiknya.

"Itu lain..." balasnya dengan cepat tangannya cuba mencubitku sempatku elak.

"Haaa, itu nak main-main cubit laki orang macam mana pulak?" usikku lagi.

"Kau belum jadi laki dia lagi, kalau aku nak, lama dah aku dapat" balasnya dengan wajah geramnya.

"Ye la tu..." aku malas nak layan kisah lama yang sebenarnya mengelak juga dari memikirkannya.

Kami berdua menuju ke rumah sewaku di alam manusia. Rumah sewaku adalah di kawasan sebuah perkampungan yang terpencil. Sewaannya dulu ku bayar, secara tahunan. Sebabnya aku memang tidak suka privasi diganggu oleh masyarakat sekeliling.


Antara Dua Dunia
Ep20


Sesampai di perkarangan rumah sewa tersebut, aku cuba mencari kunci yang sudah biasa aku letakan di bawah pasu bunga bersebelahan dengan pintunya. Kunci tersebut kelihatan sedikit berkarat. Kuusapkan dengan ibu jari menghilangkan karatnya. Kubuka mangganya, serta mempelawa Amanda masuk.

Di dalamnya ada tiga bilik. Tetapi tinggal dua bilik saja yang boleh digunakan untuk tidur. Sebuah bilik pula dah jadi bilik stor yang dipenuhi barangan apa entah. Makanya, aku menyerahkan sebuah bilik lagi untuk didiami Amanda.

"Amanda, kau gunakan bilik yang tu" ujarku sambil menunjuk ke arah bilik yang kosong tersebut.

Dia pun bergerak menuju ke bilik tersebut. Manakala, aku pula masuk ke bilik yang aku huni sebelum ini.

"Gabbbbb...." jerit Amanda dari bilik sebelah.

Aku pun segera pergi ke biliknya memastikan apa yang membuatkannya menjerit?

"Ini bilik ke tempat pelupusan sampah?" ujarnya dengan wajah yang tidak puas hatinya.

"Makcik oi, ini bukan bilik hotel atau apa, ini rumah sewa murah, aku pun tak pernah ambil tahu pasal bilik tu sebelum ni, nasib kau la" balasku ingatkan apa benda entah menyebabkannya menjerit tadi.

"Macamana nak tidur dan tinggal tempat begini?" lagi dia masih tidak puas hati.

"Ala, kau 
kan pandai bab hias-menghias ni, kau buat la ikut suka la" balasku mengusiknya.

"Dapur pulak kat mana?" tanyanya lagi.

Tak habis lagi dia nak tanya nak tunjuk tak puas hati la tu. Aku ni jenis yang tak kacau atau tak ambil peduli sangat benda yang tidak berkaitan. Sebab itulah aku tak sibuk nak bersihkan atau mengemas bilik lain selain bilikku sendiri. Korang tau la, kalau perempuan ni, rambut sehelai kat lantai pun mereka perasan dan bising.

"Kau memang tak pernah kemas ke semua benda dalam rumah ni Gab? Macam mana la kau boleh tinggal kat sini?" tambah dia lagi.

Malas aku nak layan karenah cerewet orang perempuan ni. Makin Kita layan Makin jadi pula dia jadinya nanti.

"Kau tau apa persamaan kita dengan manusia?" aku sengaja menukar topik, malas nak mendengar bebelannya.

"Kalau ye pun, susunlah pekakas semua elok-elok, baru senang kita nak cari" tambahan bebelan tetap muncul juga dari bibirnya.

Aku yang malas nak mendengar bebelannya masuk ke bilik dan merehatkan diri. Dia terus membebel. Tidak lama kemudian bunyi bebelan sudah tidak kedengaran. Pandai pun diam. Perempuan ni, kalau dorang membebel biarkan jer. Pandai la dorang senyap lepas tu.

Aku rasa heran juga. Diam agak lama ni! Jangan dia keluar balik semula ke alam bunian. Merajuk tak pesal lak. Senyap-senyap aku menolak daun pintu bilikku untuk memastikan keberadaan gadis bunian itu.

Wow....


Antara Dua Dunia
Ep21

Aku merehatkan diri di bilik, menyediakan minda untuk hal-hal yang seterusnya. Si Amanda yang tadi membebel, kini telah lama senyap. Tau pun senyap Kan!

Alangkah terperanjatnya aku, bila daun pintu itu kutolak perlahan untuk melihat keberadaannya. Rupa-rupanya dia melakukan 'general cleaning'. Ruangan tamu yang sebelum ni agak berselerak, menjadi kemas dan tersusun tapi.

Aku keluar melihat persekitaran dalam rumah itu. Wah, kemasnya. Ruang dapur pun dah disusunnya serapinya. Aku tau, dia buat dalam masa yang singkat jer mengemas semua ini. Bukan guna magik ke apa. Pastinya guna tonik stamina.

Perlahan aku melangkah menghampiri pintu biliknya yang tidak tertutup rapat. Kelihatan dia sedang berbaring, keletihan la tu kot.

"Amanda, kau buat apa?" aku bersuara untuk menunjukkan kehadiranku di depan pintunya.
Namun, pertanyaanku tidak berbalas.

"Wei, kau buat apa wei" tanyaku lagi yang Masih berdiri terpacak depan pintunya sambil memalingkan wajah ku ke arah lain.

Tak pesal dia ingat aku mengintai pulak.

"Haaa, kau buat apa berdiri kat sini" sapanya menepuk bahuku dari belakang.

Mak oi! Terkejut beruk aku olehnya.

"Kau ke kemas semua ni?" tanyaku.

"Tak, jiran sebelah yang buat" balasnya.

"Mana, mana jiran tu!" ujarku.

"Agak-agak la, kau ada nampak orang lain? Aku la yang kemaskan" balasnya.

"Ooh, ok lah tu, aku nak keluar kejap, pergi kedai cari makanan, kau nak ikut tak?" tanyaku.

"Malaslah, penat" balasnya ringkas.

"Oklah, kau berehatlah dulu, aku keluar ya" ujarku kerana aku sedar dia kepenatan mengemas.

"Jangan lama sangat, kesan tonik ramuan yang kau minum tu dah tinggal tak lama lagi dah, kang aku pula kau tak kenal" ujarnya.

Aku hanya mengangguk. Risau juga dia kat aku. Dan aku pun berlalu pergi ke kedai runcit berdekatan di simpang perkampungan.

Di kedai aku beli keperluan secukupnya. Di sebelah kedai ada sebuah warung. Aku berniat nak belikan makanan buat kami berdua. Makanya aku singgah di warung tersebut. Kerana aku tahu masakan warung tu memang tiptop. Mana taknya, tukang masaknya makcik Kiah la.
Di warung itu, makcik kantin yang dikenali sebagai makcik Kiah itu bekerja. Tidak pastilah, sama ada dia pekerja atau peniaga pemilik warung atau apa? Tidak pernah ambil tahu. Apa yang pasti setiap hujung minggu dan waktu cuti dia memang di situ.


Antara Dua Dunia
Ep22

Sebelum aku keluar Amanda sempat memegang lenganku. Dan menyerahkan sesuatu di genggamannya.

"Nah guna cincin ni, supaya kau tak macam rusa masuk kampung, kesan ubat tu akan tamat tidak lama lagi" ujar

Bagi mengembalikan ingatan semua orang padaku di dunia manusia, aku perlu sarungkan sebentuk cincin dari alam bunian yang diserahkan oleh Amanda. Cincin itu mempunyai keistimewaannya tersendiri. Ia akan menyerlahkan karisma si pemakai.

"Ehhh, Gabby sorang je ke?" sapa makcik Kiah.

Biasanya aku melepak di warung tersebut sekali bersama si Sam waktu begini.

"A a, sorang je makcik" balasku.

"Gab nak makan apa? Bungkus ke makan sini?" tanya makcik Kiah mengambil pesanan.

"Minum sini kopi panas, makanan macam biasa makcik, tapi bungkus dua ye, sama juga air sirap ais bungkus dua juga" ujarku membuat pesanan.

"Bungkus dua? Satu lagi untuk siapa?" tanya makcik Kiah dan dahinya sedikit berkerut.

Kerana tidak mahu orang sini tahu kehadiran Amanda. Aku perlu berselindung.

"Orang bujang makcik, satu makan pagi ni, satu lagi makan tengahari" balasku menyembunyikan satu set lagi sebenarnya untuk Amanda.

"Lain kali, datang jer warung ni, makcik Kiah boleh bagi free jer kat Gab" ujar makcik Kiah.
Tidak dinafikan makcik Kiah ni memang baik orangnya denganku. Terkadang menyebabkan rakan-rakanku mengusik yang ada skandal ke dengannya? Pernah juga aku bertanya pada makcik Kiah ni, kenapa dia baik selalu bagi percuma kat aku makanan.

Dia cuma menjawab, dia suka bersedekah dari makanan lebih tu dibuang begitu sahaja ada baiknya diberikan dengan orang. Tambahannya, aku ni kan bujang jadi tak perlu masak dah kalau ada makanan.

Jangan orang tua ni terpikat kat aku? Merapu mende. Tidak dinafikan la, mungkin juga, cikgu-cikgu perempuan ada ramai juga cuba merapatiku sebelum ni. Haha, tau kenapa? Sebabnya aku memang hensem la, eh terlebih sudah.

Kalau difikirkan, lebih baik aku terpikat dengan makcik Kiah, walaupun dah berusia, tapi masih nampak boleh tahan. Dah lah masakannya tiptop. Bak kata orang, carilah isteri yang rajin memasak, bukan setakat pandai memasak. Eh ke situ pulak kepala kuhanyut.

Iye la kan, kalau bandingkan makcik Kiah dengan cikgu-cikgu perempuan yang bujang yang ada kat sekolah tu, mereka pun hari-hari order makanan masakan makcik Kiah. Malah sebelum balik pun menapau dulu.

Itulah serba sedikit tentang makcik Kiah yang hebat memasak.

Aku perasan, yang makcik Kiah ni tercuri-curi memandang ke arahku semasa menyediakan makanan. Nasib baiklah, aku hormat dia sebagai manusia yang jauh muda dariku. Kalau tak, mahu juga ku usik makcik Kiah ni. Tidak dia sedar aku sudah pun berusia cecah 142 tahun.


Antara Dua Dunia
Ep23

Kesian Amanda yang menunggu di rumah sewa. Pasti dia kebulur kat sana. Makcik Kiah ni pulak tak habis-habis nak menyembang. Mentang-mentangla pagi ni pelanggan tidak ramai. Biasanya ramai dah. Aku dah nak balik ni makcik Kiah oi, bisikku dalam hati.

"Kejap-kejap, makcik bungkuskan keropok goreng kegemaran Gab tu ya" ujarnya bingkas bangun dan menuju ke ruang tempat simpanan makanan.

Aku mengambil kesempatan bangun dari tempat duduk dan berdiri menunggunya. Berharap dia faham yang aku sudah bersiap untuk belah dah.

"Nah, ni dia keropoknya, kalau lapang datang-datanglah ke warung makcik ya" ujarnya sambil menghulurkan bungkusan keropok tu.

"Terima kasih makcik, semoga warung makcik terus berjaya" ucapku menghargai pemberiannya.

"Terima kasih juga mendoakan kejayaan makcik" balasnya penuh senyuman.

"Gab pergi dulu makcik" aku cuba menyimpulkan kata-kata menunjukkan diri sudah minta diri.

"Ehh jap, kalau Gab nak makcik tolong masak kat rumah Gab pun boleh juga" ucapnya agak mengejutkanku.

Pulak dah. Naya ni.

"Takpe makcik, lagipun Gab jarang juga berada di rumah" balasku menolak secara sopan.

"Iyela, makcik tak kisah juga, lagipun makcik ni sebatang kara, kalau Gab perlukan bagitau ya" ujarnya lagi menawarkan diri.

"Terima kasih makcik, kerana ambil berat akan Gab, Gab pergi dulu ya" balasku sopan dan sekali lagi minta diri untuk pulang.

"Baik-baik jalan ye, banyak anjing liar kat sini" ucapannya akhirnya aku boleh pergi dah kot.

"Baik makcikkkk" balasku dan mula melangkah.

"Jangan lupa, kalau perlukan apa-apa bagitau makcik ya" ucapnya lagi.

"Iye makcik..." balasku.

Sambil memalingkan muka ke arahnya. Kedebukkkk! kakiku tersadung kat batu. Adehhh, semakin nak balik cepat. Terjatuh la pulak. Berkecai bungkusan minuman air sirap limau tadi. Dalam masa yang sama ku lihat makcik Kiah segera mendapatkanku.

"Aduh, sudah tertumpah pula, makcik siapkan lagi untuk Gab. Gab tak apa-apa ke?" ujarnya sambil membongkokkan dirinya.

Secara tidak sengaja selendang yang digunakannya juga turut terjatuh. Sehingga menampakkan keseluruhan kepalanya. Aku sekilas nampak subang yang digunakannya. Macam pernahku lihat. Dia segera mengambil selendang birunya dan membalut semula kepalanya.

"Gab ok jer makcik, cuma tersadung batu jer" balasku.

"Gab duduklah dulu, makcik siapkan dulu airnya ya" ujarnya dan berlalu ke ruang dapurnya.

Hampeh betul! Nak cepat, pandai tersadung bagai. Aku pun kembali ke bangku warung. Menunggu dia menyiapkan bungkusan minuman. Dalam kepalaku, masih tertarik dengan subang yang digunakannya tadi. Kilauan permata biru itu sangat menarik perhatianku. Semacam aku pernah nampak sebelum ni. Takkan kot! Ahhh kebetulan jer kot.

"Nah, ni dia minumannya" ujarnya mengejutkan lamunanku sambil menyerahkan bungkusan baru.

"Owh ya, yang ni Gab kena bayarlah ye makcik!" ujarku segan pulak kalau dapat benda percuma saja.

"Eh takpa, Gab tertumpah tadi sebab makcik juga yang asyik bercakap dengan Gab" balasnya mengakui situasi tadi yang dia tidak habis-habis nak bercakap sehinggakan aku tidak fokus berjalan.

"Baiklah, kalau begitu Gab pergi dulu" balasku sambil berdiri dan nak mula melangkahkan kaki.

"Eh, jap.... lutut Gab tu berdarah, biarkan makcik bantu tengokkan" ujarnya.

Aku pun membongkokkan kepala melihat lutut. Ya benar, ada darah mengalir. Baru sakit tu mula terasa. Makcik Kiah segera membawa besen kecil yang dalamnya ada air masih berasap, air suam agaknya.

"Gab, duduk makcik tolong" ujarnya mengarahkanku.

Aku seperti anak kecil yang hanya menurut perintahnya. Aku duduk semula, dia mengangkat kaki seluarku sehingga melepasi atas paras lutut. Dia pun mengelapkan luka tersebut dengan kain yang baru dipulasnya.

"Besar juga luka ni, tapi taklah dalam" ujarnya.

Sekali lagi, kilau permata biru itu menarik perhatianku. Ingin hati ku bertanya. Di mana dia dapat subang tersebut. Tapi, rasanya kurang sopan pulak. Aku batalkan niat bertanya.


Antara Dua Dunia
Ep24

Selesai makcik Kiah membersihkan luka itu, dia menyapukan sesuatu. Entah ubat apa, aku pun tak pasti. Tidak lama kemudian, bahagian luka tadi terasa kebas. Sakitnya pun menghilang.

"Makcik temankan kau balik la Gab, kesian pulak makcik tengok" ujarnya setelah selesai membalut luka tadi.

"Eh, takpe makcik, Gab ok jer ni" balasku.

Kalau benar dia ikut ke rumah sewaku. Boleh naya ni, kantoi la ada Amanda kat rumah.
"Takpe, makcik boleh tutup warung sementara waktu ni, lagipun boleh juga makcik tau kat mana Gab tinggal" ujarnya macam bekeras nak ikut.

Alamak, bencana ni. Apa ke makcik Kiah ni dah bekenan denganku sangat ke sampai nak ikut balik. Aku lihat dia mengemaskan semua barangan seperti nak menutup warungnya. Aduh... Macamana ni? Nak elak macamana?

"Dah, jom makcik temankan" ujarnya.

Aku tercegat berdiri tidak tahu apa nak buat. Aku tidak mahu berganjak dari situ. Bahasa badanku jelas tidak setuju dengan ideanya.

"Makcik, Gab segan la, nanti makcik tengok rumah sepah sana sini pulak?" ujarku cuba memberi alasan.

"Ala, nanti makcik tolong kemaskan" balasnya pula.

Semua dah dikemas oleh Amanda. Apa pula idea nak mengelak ni? Tadi kau nakal sangat nak usik. Nah, sekali nak ikut balik pula dah.

"Makcik, takpe ke nanti tengok bilik Gab ni bersepah sana-sini tau, 'spender' pun merata atas lantai tau" ujarku cuba mempengaruhi hajatnya.

Dia memutarkan badannya berdiri betul-betul berdepan denganku. Tadi ceria, kini wajahnya kelihatan seperti nak marah pulak. Tapi dapat ku lihat, ia ditahannya.

"Makcik kata takpe, makcik akan tolong Gab kemaskan" ujarnya yang kemudian, senyumannya mula menyusul dibibirnya.

Aku jadi mati kutu. Aku jadi tiada idea mengelak dari terpaksa membiarkannya menemaniku. Kami berdua pun bersama berjalan menuju ke rumah sewaku.


Antara Dua Dunia
Ep25

Dengan hati tak rela aku mengalah. Akhirnya aku membiarkan makcik Kiah mengikutku ke rumah sewa. Sekarang aku perlu memikirkan apakah yang perluku jawab nanti bila dia perasan kewujudan Amanda.

"Gab ni kalah dengan makcik, boleh jalan cepat sikit ke tak ni?" ujarnya kerana aku jelas memperlahankan langkah.

"Lutut ni masih sakit sikit" balasku memberi alasan.

"Masih sakit? Betul ke masih sakit tu?" ujarnya sambil terdengar gelak tawanya menyusul.

Aku tak pasti, ucapannya memerliku atau apa? Kerana luka tu langsung tidak sakit semenjak dia sapukan sesuatu tadi sebenarnya. Apakah dia tahu aku membohonginya?

"Iye makcik, masih sakit sikit la" balasku.

"Kau ni Gab, manja sangat la, nak makcik dukung ke?" usiknya lagi.

"Takpe la makcik, dah tak jauh dah, depan tu je" ujarku sambil menunjukkan rumah sewaku yang hanya tinggal beberapa langkah lagi.

Aku membuka pintu perlahan. Sejurus sahaja pintu kubuka, aroma makanan menusuk tembus ke rongga hidungku.

"Kenapa lambat sangat Gab?" kedengaran suara Amanda dari arah dapur menyapa setelah mendengar bunyi pintu dibuka.

"Siapa perempuan tu?" tanya makcik Kiah.

"Teman Gab makcik!" balasku ringkas kerana tidak tahu nak berselindung macam mana dah.

"Ooo tu pesal Gab bungkus dua semuanya ye?" ujarnya menyindirku.

"Kau bercakap dengan siapa tu Gab?" tanya Amanda yang masih belum nampak kami berdua.

"....." Aku hanya terdiam tidak tahu apa nak perkatakan.

Makcik Kiah berjalan terus menuju ke ruang dapur untuk melihat siapa yang ada di sana. Aduh perlukah aku maklumkan kami berdua ini sebenarnya makhkuk bunian padanya. Kat dunia manusia, mana boleh laki dan perempuan duduk bersama sebelum nikah. Isu inilah yang aku risau, takut makcik Kiah salah ertikan.

Rasa bersalah pula, kami berdua bagaikan tidak menghormati budaya manusia. Di alam bunian, tiada larangannya kerana kami tahu batas masing-masing jika bukan pasangan. Kami ke sini pun atas usaha mencari Damia, awek bunian yang juga merupakan
Kekasihku.

Wajah makcik Kiah memandang kami berdua dengan rasa tidak puas hati. Seperti gunung berapi yang akan meletuskan larvanya. Si Amanda pula nampak terkejut.

Tiba-tiba makcik Kiah seperti orang sedang bersilat mengeluarkan jurus-jurusnya. Kelihatan ada cahaya kebiruan keluar dari jurus-jurus jarinya. Wajah makcik Kiah berubah dari keadaan tua ke wajah muda. Wajah tersebut adalah wajah yang amatlah kukenali.


Antara Dua Dunia
Ep26

Aku dan Amanda sama-sama tergamam dengan apa yang kami baru saksikan. Amanda yang sedang mengunyah sesuatu tadi turut terhenti pengunyahannya. Aku pula benar-benar tidak percaya pada apa yang baru aku lihat.

Patutlah subang permata kebiruan tersebut seperti aku pernah lihat.

Perempuan yang berada depan mata kami berdua pun menjatuhkan selendang birunya turun ke bahu. Sekarang wajah ayu ibuku telah jelas kelihatan.

Dialah ibuku. Bila masa pula orang tua ni mengekori aku? Pemergianku dulu ke alam manusia juga hanya Damia dan Amanda sahaja yang mengetahuinya. Habislah aku kali ini, memang kena dengan Ibu.

Kalau diingatkan patutlah segala masakannya sedap bagiku, sebab dia memang tahu apa yang aku mahukan dalam pemakanan.

Aduh, kenapalah aku bodoh sangat? Menyangkakan dia berminat denganku, padahal segala yang dia tunjukkan adalah jelas kasih sayang seorang ibu.

"Ha, terkejut!" ujar ibuku.

"Makcik, macam mana makcik tahu kami ke alam manusia?" ujar Amanda.

"Nasib baik Damia ada menjelaskan pada makcik sebelum dia pergi mencari Gabby, kalau tak ibu tak tahu apa yang akan terus berlaku dengan perangai penyibuk kau tu " jelas ibuku sambil menunjukkan wajah seperti nak membahamku.

Aku hanya diam. Tidak sepatah kata pun keluar dari bibirku. Aku ingin tahu apa yang ibu ingin perjelaskan juga.

"Damia beritahu makcik apa sebenarnya?Adakah makcik tahu keberadaannya juga?" tanya Amanda memberanikan dirinya.

Amanda memang jenis lantang juga, lagipun bukan dia yang memulakan hal ini. Di sini dia wujud sebagai pembantuku mencari semula Damia.

"Ibu dah banyak kali pesan kan? Jangan campuri urusan manusia" tegas ibu lagi.

"Gab ngaku bersalah bu, tapi nasi dah jadi bubur, sekarang ini Gab berusaha cari Damia sahaja" jelasku mengaku kesalahan diri.

"Kalau kau nak tahu, Damia sekarang bakal berkahwin dengan manusia, mereka sedang membuat persiapan untuk perkahwinannya" jelas ibuku membuatkan pipiku rasa tersirap.

"Apaaaa? Damia akan berkahwin dengan manusia?" ujar Amanda juga terkejut dengan perkhabaran itu.


Antara Dua Dunia
Ep27

Suasana dalam rumah itu menjadi sedikit tegang dan suram. Aku tidak tahu apa yang harusku perkatakan. Diam seribu bahasa. Aku jadi kelu terduduk di kerusi ruang dapur tersebut. Cuma telingaku saja yang terkuping mendengar dialog antara ibuku dan Amanda.

"Di mana Damia sekarang ni makcik?" tanya Amanda.

"Makcik tahu, tapi makcik tidak mahu mengganggu kehidupan dia, kita biarkan dia melalui takdir kehidupannya sendiri" balas ibuku.

"Bagaimana dengan Gabby makcik, bukankah mereka berdua sebenarnya saling menyintai" ujar Amanda seolah-olah tidak mahu hubungan kami berakhir.

"Entahla, Gab kena tanggung akibat masalah yang dia mulakan sebelum ini" balas ibu jelas menyalahkanku.

"Adakah caranya kita mendapatkan semula Damia makcik?" ujar Amanda masih tidak berputus asa membuatkanku sedikit terharu.

"Kalau ada sekalipun makcik takkan mencampuri urusan manusia" balas ibuku menambah rasa bersalah dan derita di hatiku.

"Kau Gab! Kenapa diam saja? Kau tidak ada perasaan terhadap Damia ke?" ujar Amanda mendesakku bersuara.

Aku masih lagi tersentak dengan kehadiranku ibuku dan perkara yang diwartakannya. Bagaikan nyawaku dicabut dari jasadku. Mana taknya, Damiaku bakal jadi milik orang. Gadis yang amat aku cintai menghilang dariku begitu sahaja. Lebih kejam lagi semuanya berpunca dariku sendiri.

Rasa lapar, ceriaku juga turut terentap sekali. Kalau tadi rasa ingin menikmati makanan, kini yang kurasakan adalah kerinduan yang amat sangat pada Damiaku.

"Gab kau dengar tak? Selama ini, kau tidak pernah tidak mampu menyelesaikan masalah, tapi sekarang kenapa kau diam?" Amanda mendesak lagi.

Aku bangun dari tempat dudukku dan melangkah pergi masuk dan kukuncikan bilikku dari dalam. Bukanlah aku melarikan diri dari masalah, tapi aku masih buntu. Tidak tahu apa yang perlu kulakukan.

Aku duduk di atas katil menyandarkan badan pada dinding. Tidak terasa air mata lelakiku mengalir membasahi pipiku. Aku benar-benar merasa kehilangan. Kehilangan seseorang yang menyintai dan menyayangiku seadanya sebelum ini.


Antara Dua Dunia
Ep28

Di puncak bukit, udara segar sekelilingnya dipenuhi pokok-pokok bunga yang menguning. Manakala aku dan Damia sedang bersantai duduk di tengah taman. Damia yang sedang menyandarkan kepalanya pada bahuku mengenggam erat tanganku.

"Cantik suasana pemandangan di sini kan?" ujarku memulakan bicara.

"Udaranya pun segar, sesegar perasaan Dammy pada Gabby" balasnya sambil memandang ke arahku dengan senyumannya.

Orangnya rendah sedikit daripadaku. Berkulit cerah, rambut hitam lurus dengan ikatan ringkas cecah ke pinggang. Wajah redup, seperti tak pernah pandai nak marah. Bicaranya lembut. Tidak pernah lekang dengan senyuman. Lesung pipit Di kedua-dua belah pipinya menyerlahkan lagi keayuan digabungkan dengan wajah sedikit keanak-anakkan. Itulah gambaran akan Damiaku.

"Nak tanya sesuatu boleh tak?" ujarnya sambil dia memindahkan badannya duduk secara berhadapan denganku sambil tangannya mengelus manja jemariku.

"Apa dia soalannya?" balasku bersahaja sambil menatapi wajah ayu gadis didepanku itu.

"Betul ke Gabby pernah ada perasaan dengan Manda?" pertanyaannya membuatkan Aku tertanya juga.

"Siapa yang bagitau Dammy?" tanyaku dari santai, mengerut dahi pula.

"Maknanya, betul la tu kan?" dia mengajukan soalan dan memalingkan wajahnya ke arah lain.

"Ai ai, merajuk pulak, itu dulu la sekarang Gabby hanya ada Dammy saja di hati" balasku memujuknya.

"Iya la kan, Manda kan cantik, memahami Gabby lebih dari Dammy" ujarnya tampak masih menunjukkan perasaan cemburunya.

"Iya Gabby rapat dengannya, tapi hati Gabby hanya milik Dammy je tau, bagi Gabby dia tidak lebih dari seorang kawan je sekarang ni" jelasku mengaku secara seikhlasnya.

"Betul ni?" dia bertanya sambil membuat memek wajah serius kepadaku.

Aku hanya membalas mengangguk berserta dengan senyuman. Dia pula membuat ragam comelnya. Nak buat memek garang kononnya. Tapi tetap membuatkannya nampak comel.
Aku tergelak dengan melihat wajah merajuk comel itu. Lantas tanganku segera mencubitnya.

"Sakitla..." itu sahaja yang terucap dari bibirnya.

Dia dengan segera merangkul leherku dengan kedua-dua tangannya. Menjadikan wajah kami berdua saling bertatapan berjarak kurang dari sehasta. Tatapan yang amat bermakna, tatap dua makhluk bunian yang saling menyintai.

Pipiku terus basah, dengan imbauan romantis pernah bersamanya. Terasa hatiku sangat terhiris. Biarpun begitu, kenangan itu juga membuatkan aku tersenyum dalam tangisan.


Antara Dua Dunia
Ep29

Aku dan makcik Sofia nampaknya berjaya mengenakan Gabriel. Ia adalah kerjasama kami bertiga untuk mengenakan dan menguji Gabriel sejauh mana dia mencintai Damia.

Iya bermula daripada sikapnya yang terobses menyibuk dengan dunia manusia. Dari situ, Damia, aku dan makcik Sofia yakni ibu kepada Gabriel mula merancang sesuatu.

Iya juga kerana aku dan makcik Sofia berasa sangat kasihan dengan keluhan si Damia yang menyatakan bahawa Gabriel tidak mengendahkannya kebelakangan ini kerana keobsesannya terhadap perancangannya tentang pendidikan alam manusia. Damia sebenarnya nak mereka lebih cepat mendirikan rumah tangga.

Makcik Sofea pula menyokong penuh Damia. Tambahan dia nak anaknya lebih fokus dengan kehidupan di alam bunian.

Segala dialoq tentang perkahwinan Damia, telahpun kami bertiga rancang dari awal. Sepertinya rancangan itu berjaya, dapat kudengar esakkan tangisan yang tidak mampu Gab sembunyikan biarpun dia berada dalam bilik.

Apalagi, aku dan makcik Sofea turut tersengih kerana berjaya mengenakannya. Namun jauh dalam sudut hatiku rasa sedikit bersalah kerana berkomplot mempermainkan perasaan si Gab tu.

Dari aku sendiri pula, Ku berharap juga perkahwinan Damia dengan manusia ni benar-benar terjadi demi menghidupkan peluang ruangku dengan Gabriel terjalin semula. Tapi, itu hanyalah angan-angan yang tidak mungkin terjadi. Kerana aku juga tidak mahu menjadi watak kisah cinta mereka.

Biarpun dalam benakku, terkadangku bayangkan diriku adalah Damia. Apapun, mencintai tidak semestinya memiliki. Sebab itulah aku memilih untuk menyatukan mereka. Asalkan kedua-dua sahabatku itu bahagia, pastinya aku juga merasa tumpang bahagia jua.
"Macamana ni makcik, dia tidak bersuara pun, Kita tidak tahu apa tindakannya selepas ini" ujarku pada makcik Sofea.

"Biarkan dia menanggung akibat kedegilannya, biarlah dia mempelajari sesuatu" balas makcik Sofia.

Rasa kesian pun ada, rasa lucu pun ada. Kalaulah dia sedar dirinya dikenakan, apakah agaknya berlaku selepas itu?


Antara Dua Dunia
Ep30

Sudah lebih dua jam Gabriel berada dalam biliknya. Aku pulak yang merasa risau, manakala makcik Sofea langsung tidak mengelabah. Mungkin rasa bersalah berkomplot dengan mereka berdua. Rasa ingin saja ku ketuk pintu biliknya, untuk mengajaknya makan. Kerana aku tahu dia masih lagi belum mengunyah sesuatu dari awal pagi tadi.

Aku menunjukkan isyarat pada makcik Sofea, tentang Gab masih belum makan. Namun, makcik Sofea mengeleng-gelengkan kepalanya tanda tidak setuju dengan tindakanku. Bagaikan aku pula yang tersepit antara dua beranak ni.

Aku berharap juga Damia tidaklah berkeras untuk meneruskan usaha mengenakannya. Aku tahu dia merasa penderitaan yang amat sangat akibat tamparan kenyataan yang baru dia dengar tadi.

Tiba-tiba pintu biliknya dibuka....

"Amanda, pek barang kau dan ikut aku" dia seperti tergesa-gesa keluar dari biliknya.

Aku pula mengerling pada ibunya. Ibunya memberikan isyarat mengangguk seolah memahami yang aku akan menuruti supaya pergi bersamanya. Aku lantas mengapai beg galasku yang masih belum ku punggah barang dari dalamnya kecuali makanan yang ku makan sementara menunggunya keluar tadi.

"Boleh cepat sikit tak!" ujarnya.

Setelah dia melihat aku mengalas beg segera tangannya mengapai tanganku dan memimpinku pergi. Sampai di suatu kawasan, dia membuka portal. Portal yang pasti membawa kami balik ke alam bunian.

Aku tidak tahu mengapa dan kenapa dia bertindak sedemikian. Mungkin dia telah mendapat suatu idea. Aku hanya mengikut seperti orang yang tidak tahu apa-apa. Apa yang pasti, aku perlu memerhatikan dan mengikuti ke mana saja dia pergi demi memantaunya takut dia melakukan sesuatu yang bodoh.

Cahaya portal kebiruan itu semakin terang. Dia pula mengejutkan aku, dengan merapatkan pinggangku padanya seakan memelukku. Tindakannya membuatkan jantungku berdegup laju. Kami berdua tidak pernah serapat itu. Aku cuba menolaknya, namun dia terus merangkul pinggang dengan lebih kemas.

"Biar kau tak jatuh ke longkang lagi" ucapnya.

"Kalau ye pun tak perlulah sampai macam ni rapat" ujarku.

"Kau masih menyukaiku kan?" balasnya tiba-tiba berkata sedemikian.

"Kalau kau kecewa sekalipun janganlah lepaskan geram kau begitu" balasku.

"Kau nak aku move on tak?" dia bertanya.

Apa aku nak jawab dengannya. Perlukah aku dedahkan hal sebenar? Aku tak mau juga mengkhianati makcik sofea dan Damia. Baik aku jawab cara selamat.

"Kau mengalah ke?" tanyaku ingin tahu juga perasaannya.

Portal itu membawa kami ke suatu tempat. Aku seperti tidak pernah ke tempat ini. Terasa jelas sejuk udara di sini. Pasti ia tempat yang tinggi.

"Kaulah orang pertama ku bawa ke sini" jelasnya.

Aku cuma memerhatikan tempat sekelilingnya sahaja. Tempat yang menarik, pemandangan yang indah di puncak pergunungan.


Antara Dua Dunia
Ep31

Tidak jauh di depan kami ada sebuah rumah kecil. Kami berjalan menuju ke arah situ. Sekelilingnya terdapat beberapa pokok pine yang nampak agak tua. Sebelahnya terdapat sungai jeram. Suasananya nampak sangat menenangkan. Kombinasi apa yang ada di situ menjadikannya suatu tempat yang indah dipandang. Cuma tiada pokok bunga.

"Tempat apa ni Gab?" aku bertanya kerana teruja nak tahu.

"Tempat ini adalah tempat persendirian, bila aku ingin menenangkan diri, biasanya aku akan ke sini" jelasnya.

Dia membuka pintu rumah papan kecil itu dan mempelawa aku masuk. Dari luar biasa sahaja, tapi di dalamnya jelas ia sebuah rumah yang lengkap dengan perabotnya. Cuma kelihatan sedikit berhabuk.

Si Gab menyalakan unggun api, untuk memanaskan ruang tamunya. Setelah itu dia merebahkan diri menyandar duduk di sofa. Dia mempersilakanku duduk di sebelahnya. Aku duduk di sebelahnya namun sengaja aku jarakkan sedikit. Aku menjaga batas juga. Walaupun hatiku teruja hanya berdua dengannya. Namun aku masih menghormati dia sebagai kekasih orang lain.

"Tempat ini alam bunian ke manusia punya?" tanyaku.

"Kita di alam bunian, di sinilah tempat jika aku ingin berseorangan, tapi entah mengapa aku membawa kau sekali" ujarnya dengan wajah sedikit hiba.

"Aku baru nak bertanya juga tentang itu, mengapa kau bawa aku ke sini?" tanyaku juga ingin tahu.

Dia bangun semula, dia menghidupkan sesuatu. Ternyata pemain cakera muzik. Alunan muzik yang santai tanpa suara. Dia menghulurkan tangannya padaku. Aku sambut, dengan pantas dia merangkul pingganku.

"Kita menari..." ucapnya.

Entah mengapa aku membiarkannya, kaki ku turut melangkah mengikut irama muzik. Dia sekarang mengawal keadaan. Aku pulak, seperti terpukau. Apakah aku yang mengambil kesempatan?

"Kalau kau nak tahu, aku ni tamak" ujarnya

"Tamak yang macam mana?" aku bertanya.

"Tapi, sebelum ini aku tiada kekuatan untuk meluahkannya" balasnya memberiku teka-teki.

"Kau tidak mahu bersemuka dengan Damia sendiri ke?" tanyaku cuba mengalihkan topik akan perihalnya dengan Damia.

"Damia? Belum juga aku mengalah, tapi bila kufikirkan, hatiku juga berbelah bagi memilih kau" balasnya membuatkan langkah tarianku terhenti.

Aku melepaskan rangkulannya. Dia membiarkanku melepaskan diri. Dia kembali duduk. Memang benar, aku masih punya perasaan terhadapnya. Tetapi, soal perkahwinan Damia tu bukan betul pun. Kalau aku menerima dia sekarang makanya akulah pengkhianat. Aku juga ada maruah, aku tidak mahu jadi pilihan kedua.

"Kita bertiga adalah sahabat, ini salah Gab, aku tidak mahu jadi orang ketiga" ujarku.

"Jawab dengan sejujurnya, apakah kau tidak punyai perasaan terhadapku? Ku kira kita jauh lebih banyak persamaan dan keserasian" ujarnya padaku.

Kata-katanya membuatkan hati kecilku gembira dalam masa yang sama aku tidak punyai kekuatan mengiakan bahawa aku merasakan hal yang sama.

"Kita hanya sahabat" balasku biarpun hatiku sebaliknya.

"Pandang mataku, aku nak jawapan ikhlas dari kau Amanda" ujarnya seraya memegang bahuku.

Aku tidak berani menatap wajahnya. Aku hanya mampu menundukkan diri.

"Sebaiknya kau berdepan dengan Damia dulu, kau perlu berusaha dapatkan dia kembali" ujarku mahu mereka disatukan kembali.

"Kau pun aku mahu, dia pun aku mahu, ya aku tamak, tapi aku memang menyintai kamu berdua, cuma selama ini aku tidak mampu mengungkapkannya" jelasnya menyebabkan aku merasa dilema.

Ingin sangat aku membalas bahawasanya yang aku juga sebenarnya menyintai kau Gab. Tapi aku tak boleh melakukannya.


Antara Dua Dunia
Ep32

Aku bukanlah berputus asa dengan keadaan Damia masa ni. Dalam masa yang sama, aku juga menyedari hatiku turut menyukai dan menyintai Amanda. Adakah salah waktu aku meluahkan pada Amanda? Apa yang pasti mungkin dia menyangka, aku hanya mengakui perasaanku setelah aku kehilangan Damia. Damia juga kucintai sepenuhnya begitu juga Amanda.

"Kita akan kembali ke sana juga, aku akan berdepan dengan Damia, aku akan cuba pulihkan ingatan buniannya" jelasku

"Rasanya baik kau bertindak cepat, sebelum Damia benar-benar menjadi milik orang" aku cuba memberikannya semangat.

"Kita akan pergi setelah kau menjawab pertanyaanku" ujarku kerana aku ingin tahu apakah perasaan Amanda terhadapku.

"Apa lagi?" balasnya.

"Aku takkan bertanya lagi selepas ini, aku rela lepaskan awak berdua jika jawapan kau sebaliknya, jadi ku mohon sangat jawablah dengan perasaan awak yang sebenarnya, aku bersumpah hanya kamu berdua sahaja gadis yang kucintai" jelasnya.

Amanda terdiam sejenak. Makanya, aku dapat mengagak dia mempunyai rasa yang sama biarpun dia menyatakan sebaliknya.

"Tapi, Damia tu kan... Tak bolehlah Gab" ujarnya jelas dia punya rasa yang sama.

"Kau lebih mengenali aku berbanding Damia, dan begitu juga aku mengenali kau melebihnya" ujarku.

"Boleh tak kita tidak cakap pasal ni?" balasnya cuba mengelak dari situasi.

"Kau nak nafikan perasaan kau?" aku sengaja mencabarnya.

"Baiklah, ya aku juga menyintai kau, apa yang aku inginkan adalah memiliki kau seadanya, puas hati!" balasnya akhirnya dia mengungkapkannya juga.

Aku merapatinya, kupeluk tubuhnya tanpa kebenarannya. Ku tatap wajah ayunya. Namun, dia tidak dapat menahan mutiara wanitanya dari mengalir di pipinya. Apakah kerana rasa bersalahnya terhadap Damia?

"Terima kasih, kerana sudi membalas perasaanku" ujarku jelas mementingkan diriku.

"Kau ni kan? Tamak betul" ujarnya.

"Demi kau dan Damia aku sanggup tamak, kerana aku benar-benar menyintai awak berdua" balasku mengiyakan ucapannya.

"Macam mana tentang hubungan kita? Kau nak rahsiakan ke macam mana? Aku nak kau bagitau Damia juga biarpun dia akan berkahwin" ujarnya tegas.

"Andai sudah takdir, aku terima seadanya" balasku.

"Eh, kau tak lapar ke Gab? kau tak menjamah apapun dari tadi, tonik ingatan kau tu dah nak habis tempoh, nanti hilang ingatan pulak" ujarnya menunjukkan dirinya jelas ambil perduli akan aku.

"Setelah tahu kebenaran dari Amanda, rasa lapar lantas menghilang dah" balasku.

"Iyela tu, nah kau minum yang ni, iar segar ingatan kau tu" ujarnya tapi kini wajahnya kembali ceria sambil memberikan padaku sebotol minuman.

Aku tidak teragak-agak, lantas minum. Kali ini rasa minuman tersebut lebih teruk. Terasa kerongkongku seperti terbakar, dan dicucuk-cucuk jarum halus. Pejam celik juga mataku menahan rasa tersebut.

"Aku plan nak culik Damia, kita bawa dia ke sini macam mana?" ujarku mendedahkan rancanganku.

"Aku akan tolong dan bantu, kerana aku tahu dia juga orang yang amat kau cintai" balasnya menyokongku membuatkan aku terharu.

Adakah Damia dapat menerima bahawa aku juga menyintai Amanda?


Antara Dua Dunia
Ep33

Namaku Damia. Asalku adalah dari dunia bunian. Sekarang aku berada di alam manusia. Aku, Amanda dan makcik Sofia merancang sesuatu sebagai membuktikan kesungguhan Gabriel terhadapku.

Aku menantikan tindakan Gabriel dengan penuh debaran. Apakah benar di akan cuba memenangiku semula. Teruja juga dengan idea unik dari makcik Sofia dan juga Amanda ni.
Seperti yang dirancang lelaki yang menyamar sebagai suami olok-olokku juga sudah dimaklumkan akan hal sebenar. Aku berasa agak janggal dengan situasi ini. Walaupun ia adalah dirancang, berpura mesra dengan seorang lelaki yang tidak dikenali adalah suatu yang amat mengkekokan. Dia pun jelas kekok. Mana tidaknya, ia adalah suatu yang dirancang dengan tiba-tiba.

Bagaimanapun, seperti ada sesuatu yang menganggu mindaku. Andai kata Gabriel yang kunanti tidak kunjung tiba, maka risikonya adalah aku akan hilang ingatan terhadap kehidupanku di dunia bunian. Ini bermakna, ingatanku terhadap Gab juga akan menghilang.
Biarpun aku asalnya dari sana, kelemahanku sampai sekarang aku masih tak tahu nak buka portal. Hanya mereka yang sudah mempelajari ilmu alam peringkat tinggi sahaja yang mempunyai kemahiran membuka portal. Aku hanya gadis bunian biasa yang mengajar ilmu kebunianan lebih kepada norma dan nilai-nilai murni. Amanda sahabatku adalah ilmuan kimia, Gab pula masteri ilmu alam sepertimana ibunya makcik Sofia.

Aduh, mana mereka ni? Amanda tak nampak lagi. Makcik Sofia pun belum tiba lagi. Dah aku berada di rumah orang yang tidakku kenali. Rumah makcik Kiah. Makcik Sofialah yang membawa aku ke sini.

Hari ini sudah masuk hari Ketiga aku berada di sini. Majlis perkahwinan olok-olok pulak tinggal lagi beberapa jam lagi. Situasi agak merisaukan kali ini. Masa semakin mendesak, kelibat mereka tidak juga kunjung tiba. Atau ada sesuatu sedang berlaku di luar dugaan?

Majlis olok-olok ini diadakan secara ringkas. Tiada banyak tamu yang diundang. Iyanya hanya lebih kepada majlis makan-makan sahaja. Tiada istilah majlis persandingan sebenarnya.
Akhirnya makcik Kiah muncul juga. Majlis ini merupakan majlis makan-makan yang dianjurkan olehnya. Cuma kami bertiga makcik Sofia, Amanda dan aku membincangkan dengannya merancang agar ia kelihatan seperti majlis persandingan. Nasib baik makcik Kiah ni setuju.

"Makcik Kiah, ada nampak Amanda dan makcik Sofia tak? Mengapa mereka tak sampai lagi?" tanyaku sejurus saja makcik Kiah muncul di depanku.

"Sabar, mereka mungkin dalam perjalanan ke sini" balasnya.

Nampaknya, Damia tidak mengenali yang sebenarnya makcik Kiah dan makcik Sofia itu adalah makhluk bunian yang sama. Apakah yang bakal terjadi? Adakah Gab berjaya mengembalikan Damia? Siapalah suami olok-olok si Damia?


Antara Dua Dunia
Ep34

Setelah balik dari perkhemahan persendirian dari hutan, aku dan kawan-kawan singgah di warung makcik Kiah. Warung tersebut merupakan warung kegemaran. Bukan apa, makanan dan minuman yang dihidangkan makcik Kiah memang hebat. Setiap kali sebelum balik pun tetap pesan bungkus juga walaupun sudah kenyang.

Aku rasa agak aneh, tapi bila aku cuba memikirkannya, bayang ingatan tersebut menghilang. Baru nak teringat, ada saja benda mengganggu ingatan. Sebuah ingatan semacam sebuah mimpi yang membawa erti. Tapi, macam kabur-kabur begitu la.

Kami berempat bersembang akan keseronokkannya berada dalam hutan. Setelah puas bersembang, kami pun bersurai dan kembali ke kediaman masing-masing. Walaupun penat dengan aktiviti, kenikmatan berada dalam hutan adalah suatu yang hanya pengemar aktiviti tersebut sahaja yang tahu.

Balik ke rumah, aku membersihkan diri mandi. Selepas itu, aku menghempaskan rasa malas diri di atas sofa bersiap untuk menonton TV. Rancangan TV tidak seronok, makanya aku mengapai 'slingbag' yang kuletakan atas meja.

Ku raba isi beg, mencari telefonku. Tapi, aku terasa ada dua telefon berada dalam beg itu. Aik? Bila masa aku ada dua telefon? Ku belek, salah satunya memang bukan milikku. Adakah telefon Mike, Phil atau John?

Aku cuba buka, namun terkunci. Apa yang pasti, tertera wajah seorang lelaki pada 'home screennya'. Bukan pula Mike, bukan pula Phil dan yang pasti bukan John. Macamana telefon mamat ni boleh berada dalam begku?

Aku cuba geledah lagi, tiada yang pelik. Tapi, ada segulung benda macam kulit kambing. Aku buka ikatan gulungan tersebut. Namun, aku tak nampak apa-apa pun ada padanya. Dalam pada aku membelek-belek benda tersebut. Cahaya tv yang terpantul pada cincinku mengena pada kulit kambing tersebut, menampakkan suatu tulisan.

Makanya, aku jadi panasan dengan objek tersebut. Aku mengambil lampu suluh dan memantulkannya pada cincin dan menyinari kulit. Wow, tulisan berwarna keemasan mula terbentuk.

Aku baca dari perenggan pertama. Ternyata ia adalah suatu pesanan ditujukan padaku. Di situ tertulis, kepada Sam.

Aku terus membaca kandungannya. Pesanan yang sangat menarik. Dan aku berminat dengan pesanan tersebut. Ya la kan, dapat benda pelik macam itu, dah la isinya jelas memerlukan aku. Makanya aku terima cabarannya.


Antara Dua Dunia
Ep35

Aku cuba membuka kekunci pada telefon bimbit tersebut berkali-kali. Tapi akhirnya tetap tidak berjaya. Malah menyebabkan ia terus terkunci kerana melebih had limit cubaan. Perasaan ingin tahu siapa jejaka tampan terpapar pada 'home screen' telefon tersebut.
Memang pelik dan misteri juga. Telefon itu milik siapa sebenarnya. Kenapa aku mendapat nota seperti itu? Ia berkaitan dengan seorang jejaka bernama Gabriel & gadis bernama Damia. Tapi misinya nampak menarik.

Kita kembali kepada situasi semasa.

Sedang berlaku...

Makanya, aku pun menuju ke rumah makcik Kiah. Kenapa makcik Kiah? Kat situlah aku perlu melaksanakan misi yang dimaklumkan dalam nota tersebut.

"Saya berharap kamu mengerti ini semua cuma olok-olok sahaja" ujar si gadis yang memperkenalkan dirinya sebagai Damia.

Perhhh, seumur hidupku, itulah kali pertama aku melihat seorang gadis yang sangat ayu, cantik, menarik dan berpewatakkan lemah lembut. Sayang sekali aku hanya sebagai bakal suami olok-olok. Biarpun bukan jodoh sebenar dia, melihatnya pun membuat hati rasa girang.

"...." lidahku kelu tidak terkata sepatah apapun kerana masih menatap wajahnya.

Aku tidak percaya, jika tiada lelaki akan terpikat jika bertemu dengan raut wajah sepertinya. Bagaimanapun, aku dapat meneka mereka ini bukan orang biasa-biasa berdasarkan peristiwa unik yang aku baru lalui.

"Eh, awak ok ka?" sapanya setelah melihat aku seperti orang yang sedang termenung.
Bukan termenung sebenarnya tapi terpukau.

"Ya saya!...." balasku.

"Awak tahu kan? Semua ini hanya olok-olok sahaja" ujarnya lagi mengulang ucapan awalnya tadi.

"Iya saya faham, jangan risau" balasku yang sedar aku tidak pantas memiliki orang secantik dia.

"Kami akan bagi kamu hadiah sejurus perkara ini selesai" ujarnya lembut.

"Baiklah, apa yang harus saya buat?" tanyaku padanya.


Antara Dua Dunia
Ep36

Sudah jelas Gabriel tidak bertepuk sebelah tangan, ternyata juga Amanda juga turut mempunyai rasa yang sama sepertinya. Dulunya mereka nyaris menjadi pasangan kekasih, namun ia tidak tercapai suatu ketika dulunya. Mengapa agaknya ya?

127 tahun terdahulu... (Masa di dunia manusia dan bunian adalah tidak selari)

Gabriel merupakan pelajar setara peringkat pra remaja, umurnya ketika itu lebih kurang 15 tahun lebih. Ia merupakan pengujung pembelajarannya sebelum memilih jurusan yang diminatnya.

Berbalik pada si Amanda pula, dia adalah rakannya sekelas Gabriel. Jumlah pelajar tidaklah ramai kurang dari 15 orang. Sebab itulah mereka berpeluang rapat dengan masing-masing sebagai rakan sekelas.

Oleh kerana rapat, makanya mereka pun menjadi sahabat. Ke hulu ke hilir selalu bersama. Malah, Gabriel jadi peneman kepada Amanda setiap kali dia membuat ujikaji dalam makmal kimia. Walaupun tidak mengemari bidang yang diminati Amanda, dia tetap setia menemaninya.

Begitu juga dengan Amanda juga akan menemani Gabriel menjelajah ilmu alam. Sebab itulah Amanda serba sedikitnya mengetahui asas berkaitan ilmu alam. Tapi, sebaliknya Gabriel langsung tidak minat mengetahui ilmu kimia.

Perbezaan yang menjadikan mereka rapat adalah berpunca dari ilmu hisab. Bagaimana? Gabriel merupakan pelajar yang sangat lemah dalam ilmu tersebut. Manakala Amanda pula pelajar yang sentiasa mendapat kepujian dalam ilmu hisab. Dari situ, guru mereka menggunakan pendekatan, yang paling hebat membantu yang paling lemah.

Pada mulanya, Amanda tidak berminat membantunya. Malah si Gabriel pula bersikap acuh tak acuh terhadap ilmu hisab. Akhirnya guru mereka, mencabar Amanda, jika Gabriel gagal, makanya Amanda juga dianggap sebagai gagal juga. Secara terpaksa, Amanda terpaksa juga berdepan dengan si Gab yang pemalas terhadap ilmu tersebut.

Pada mulanya, Gabriel tetap terus bersikap tidak serius memperlajari ilmu hisab. Namun, mereka tetap lama-kelamaannya menjadi semakin akrab. Bergurau senda, biarpun sikap malas Gab itu terus menggeramkan hati Amanda. Tapi dia sedar dia tidak dapat memaksa Gab meminati ilmu hisab.

Pada suatu peringkat ujian, Amanda diistiharkan gurunya gagal, berpunca dari si Gabriel yang gagal sebenarnya. Dengan itu, Amanda sangat berduka. Namun dia tidak menunjukkan kekecewaannya di depan sahabatnya. Amanda menyalahkan dirinya kerana gagal menjadikan Gab sebagai pelajar yang lulus.

Pada saat itu, Amanda menyendiri dan menangisi kegagalannya. Si Gab pula tidak tahu menahu akan syarat yang diletakkan gurunya menjadi punca kegagalan Amanda juga.
Hampir seminggu Gabriel tidak bertemu dengan Amanda. Amanda menghilangkan diri untuk bersendirian. Setelah Gabriel perasan dirinya tidak melihat kelibat si Amanda, barulah dia tercari-cari Amanda merata. Pandai pula cari kawan. Sememangnya dia merasakan tidak lengkap kalau tidak berjumpa Amanda.

Biarpun tercari-cari, Gab tetap tidak menjumpai Amanda. Akhirnya Gab bertemu dengan guru ilmu hisab mereka, yang pada mulanya ingin bertanya apakah gurunya tahu di mana Amanda.
Gurunya pun menceritakan kegagalan Amanda adalah berpunca dari sikap Gabriel. Begitu jugalah dia membongkar syarat akan kelulusan Amanda bergantung kepada keputusan yang diperolehi Gab. Barulah Gab sedar bahawa selama ini, Amanda berusaha membantunya, tetapi dirinya tidak pernah serius. Malah melecehkan Amanda sengaja menunjuk-menunjukkan kemahirannya.

Gabriel rasa kesal setelah menyedari khilafnya. Gabriel berusaha mencari Amanda dengan niat untuk memujuknya dan memohon kemaafan darinya.

Dari usaha tersebut, Gabriel pergi ke kampung halaman Amanda. Di sana dia melihat Amanda sedang duduk memeluk lututnya termenung memandang ke arah sebuah tasik.

Dia tidak perasan kehadiran Gabriel. Mutiara-mutiara kekecewaan Amanda terus berguguran membasahi pipinya. Gabriel yang melihat suasana itu, merasa sangat bersalah.


Antara Dua Dunia
Ep37

Suasana redup petang itu, bagaikan turut memahami kedukaan yang melanda Amanda. Amanda sedih kerana kegagalannya membantu sahabatnya. Sebaliknya Gabriel pula rasa bersalah terhadap sahabatnya.

Aku menghampiri Amanda. Aku perasan dia sudah pasti berasa sangat kecewa dengan sikapku. Bagaimana aku nak pujuk, agar dia kembali bersemangat seperti sebelumnya?
Aku duduk perlahan di sebelahnya di atas rumput yang sedikit tandus. Dia masih tidak menyedari kehadiranku, termenungnya sangat jauh sampai tidak sedar yang aku telah duduk di sebelahnya.

Perlahan aku memberanikan diri mengesat air mata yang masih mengalir membasahi pipinya. Pun dia masih mengelamun.

"Ehhh, macamana kau tahu aku kat sini?" dia berkata-kata setelah perasan ibu jariku mengesat air mata di pipinya.

"Aku datang sini nak meraikan sesuatu" ujarku.

"Meraikan apa?" balasnya dengan mengerutkan dahi.

"Buat pertama kali aku rasa seronok sangat tau!" ujarku menambah teka-tekinya.

"Apa yang buat kau seronok sangat?" dia jadi semakin ingin tahu.

Dah kawan tengah bersedih, kita pula buat syok nak meraikan sesuatu. Perangai....

"Betul kau nak tahu? Tak menyesal?" aku sengaja mengumpan.

"La, dah nak meraikan sesuatu, mesti la benda baik kan? Boleh la tumpang gembira" balasnya seraya dengan senyuman manis terpaksa palsunya.

"Betul tak menyesal?" aku masih tidak mahu memberikan jawapan.

"Nak menyesal mende, meraikan itu mestila suatu benda yang baik kan!" balasnya macam nak aku segera bagi jawapan.

"Kau rasa, apa dia yang aku nak raikan?" aku sengaja mengusiknya.

"Cepatla, bagi tau apa dia?" balasnya semacam tak sabar nak tahu sekaligus ditambah dengan senyumannya.

"Lepas raikan la aku bagitau boleh tak? Janji kau takkan merajuk dan marah kat aku" ujarku memancing agar dia bersedia.

"Bagitau la, ada main teka teki macam tu pulak" balasnya.

Aku menunjukkan padanya bungkusan yang aku bawa. Bungkusan makanan yang juga merupakan makanan kegemarannya juga. Wajahnya dari sugul, kini kembali ceria.


Antara Dua Dunia
Ep38

Aku rasa girang juga bila melihat wajahnya kembali ceria. Namun, dalam hatiku sedikit berdebar juga nak mengumumkan padanya sesuatu yang ku janjikan. Takut dia hilang mood kembali. Sia-sia pula nanti, datang jauh nak pujuk dia kononnya kan!

"Haaa, apa benda yang kau ajak saya raikan ni sebenarnya?" dia kembali bertanyakan jawapan.

Aku pandang wajahnya dengan penuh senyuman nakalku. Aku masih diam membiarkan dia terteka-teka.

"Senyum pelik macam tu pehal, apa yang menyeronokkan awak sangat tu?" jelas dia sudah tidak sabar mengetahui jawapannya.

"Baiklah, aku bagitau ye" ujarku namun masih melengahkan jawapan.

"Kau jumpa perempuan yang kau suka tu ka?" tanya dia lagi cuba mengorek.

"Bukan" balasku.

"Habis tu, apa diaaa?" dia bertanya dengan wajah yang lebih ceria.

Apabila aku terpandang matanya, aku terdiam. Aku jadi terleka, cantik juga minah ni, cuit hati kecilku. Dia juga membalas renunganku. Beberapa ketika kami saling bertatapan. Dup dup, dup dup, terasa berdebar pula.

"Sebenarnya aku, meraikan kegagalan kau, pesal inilah kali pertama aku dengar pelajar kepujian gagal" usikku cuba berseloroh dengannya.

Wajahnya berubah dari ceria menjadi bengis. Nampak marah denganku la tu.
Segera badanku ditolak.

Kecepurrrrrr...

Aku jatuh ke tasik kerana gagal mengawal ibangan badan setelah terkena dengan daya aura yang tengah mengamuk di depanku.

Dalam tasik sempat aku berlakon buat-buat lemah. Berpura-pura tak reti nak berenang.
 Kunanti apakah respon darinya. Dia tidak memperdulikanku. Dia terus bangun dan melangkah pergi.

Aku pula, terus berlakon buat-buat tak reti berenang. Rasa keji pulak akalku. Dia tetap tidak peduli. Aku ambil keputusan buat-buat lembik dan tenggelamkan diri.

Beberapa lama aku buat-buat tenggelam aku merasakan badanku dipeluk seseorang, cuba mengheretku. Aku berpura lembik. Sampai di daratan ku buatkan mata tertutup, seperti kelemasan.

Dadaku dihenyak beberapa kali. Tiba-tiba kurasa bibirku dibuka luas-luas. Seperti bibir seseorang menyentuh bibirku. Alamak! Mataku spontan terus terbeliak. Dan aku lihat wajah Amanda begitu dekat denganku. Dia pun terkejut, jelas aku terkantoi. Aku memandangnya tanpa berkata apa-apa, yang dia basah kuyup menampakkan susuk gadisnya yang tidak pernah kulihat sebelum ini.

Pangggg... Sedas penampar dari Amanda hinggap di pipiku.


Antara Dua Dunia
Ep39

Terasa perit juga pipiku kesan penangan Amanda. Padan muka kan! Sapa suruh mainkan hati perempuan. Dia merenungku dengan wajah bengis, menunjukkan betapa protesnya dia tentang apa yang baru terjadi.

Aku hanya terdiam. Tidak tahu apa yang nak diucapkan. Renungan tajam dia ke arahku semakin berubah. Dari bengis dia seperti menahan sesuatu pula. Akhirnya dia memalingkan wajahnya dari pandangannya. Dan kedengaran gelak tawanya. Entah apa yang menggelikan hatinya.

"Kau ni Gab... Jahat tau!" ujarnya.

"Jahat mende nya pulak, kau yang lempang aku tak pasal-pasal, aku pulak jahat" balasku.

"Iya lah, berpura-pura lemas tu apa?" ujarnya.

"Betul kot, aku bukannya reti berenang pun" balasku menafikan.

"Kau ni kan! Buat aku cemas jer tadi tau! Kalau tahu kau berlakon, baik aku biar jer kau kat tasik tu" luahnya masih tidak puas hati, tapi tersengih seperti ada sesuatu mengusik hatinya.

"Aku mana reti berenang" balasku masih mempertahankan benang yang basah.

"Iye ye lah kau! Yang mata terbeliak tadi tu kenapa?" Ujarmya jelas sedar aku hanya berpura lemas.

"Dah tiba-tiba aku rasa bibir kau menyentuh bibirku, mana tak terkejut" jelasku naif.

"Ha ngaku pun, tu tandanya kau bukan lemas betul-betul" ujarnya dengan membuat jelingan tajamnya.

Iye tak ye juga. Kalau betul-betul pengsan takkan sedar isu bibir bersentuhan tu. Terkantoi la pulak.

"Iye la, nanti kau kata aku ambik kesempatan pulak" balasku sinis.

"Tak hingin pun, bongok! Orang ingat dia betul-betul lemas" balasnya tersipu tersenyum mungkin teringat peristiwa tadi.

"Sayang juga kau kat aku ye!" ucapku berseloroh.

"Ke situ pula, sayang la sebagai sahabat kau, lagipun kau dah penat datang jauh-jauh cari aku, siap bawa makanan lagi" balasnya seperti menghargai kedatanganku.

Mata nakalku masih meneroka sekitar keindahan alam yang ada di hadapanku. Kejap-kejap curi pandang. Ish, nakal.

Apabila dia perasan ke mana arah mataku melirik, di memutarkan badannya membelakangiku. Kantoi lagi.

Kukkk... Kepalaku kena ketuk dengannya.

"Adoi... apa salahku!" spontan ayat terkeluar dari bibirku.

"Tanya lagi apa salah!" ujarnya dengan wajah geramnya.

"Apa salahku!" aku sengaja mengusiknya.

"Dah, kita balik rumahku, sakit pula nanti basah-basah macam ni, tukar pakaian" ujarnya bangun dan terus melangkah.

Dari belakang pun, nampak juga lekuk keindahan alam. Aduh!

"Kau jangan nak pandang-pandang pelik arrr!" ujarnya memberi amaran padaku.

"Habis tu, macamana? Takkan aku nak pejam mata pulak" balasku.

"Kau jalan kat depan, aku bagitau jalan, bukan boleh percaya sangat kau tu" ujarnya dan terus menolakku supaya aku berjalan mendahuluinya.

Kami pun berjalan menuju ke arah rumahnya. Sebab kawasan tersebut adalah kampungnya. Jadi dia memberi arahan arah mana jalannya.


Antara Dua Dunia
Ep40

Tiada lagi mod keindahan yang dapat disaksikan. Berjalan di depannya aku hanya menerima arahan laluan jalan yang benar. Beberapa ketika berjalan, destinasinya pun kunjung tiba.

"Siapa awek depan tu?" tanyaku setelah melihat kelibat seorang gadis yang berdiri depan pintu rumahnya melambai-lambai kami berdua.

"Itu sepupu Amanda, kenapa? berkenan ke?" usiknya dari belakangku.

"Tak kenal lagi, macamana nak berkenan?" ujarku membalas usikkannya.

Dalam beberapa langkah kami sudah di hadapan pintu rumahnya.

"Kenapa basah kuyup ni?" tanya sang gadis yang melambai tadi pastinya ucapan tersebut ditujukan pada Amanda.

Mataku curi-curi pandang pada gadis tersebut. Orangnya sangat manis dipandang, lemah lembut berbeza sedikit dari Amanda yang kasar perwatakannya. Biarpun begitu keduanya tetap cantik dan menawan.

"Terjatuh ke dalam tasik tadi" balas Amanda ringkas.

"Ooo gitu ya, masuklah" ujar sang gadis menjemput sambil melemparkan senyumannya.

Aku dengan wajah tersengih-sengih dengan tak malunya masuk dalam rumah orang dan mohon menuju ke bilik air untuk berganti pakaian. Sempat juga aku menguping telinga dari dalam bilik air mendengar dialog dua sepupu itu.

"Siapa laki yang bersama awak tu, tampan orangnya, kekasih awak ke?" ucap gadis itu.

"Bukanlah, di teman sekelas Amanda, eh awak ni Damia, takkan sekali tengok jer sudah terpikat?" balas Amanda.

"Betul ke bukan kekasih ni?" tanya sang gadis tu lagi.

"Ehhh taknak la, lelaki sewel macam tu" balas Amanda lagi.

Aku pula dikatakannya sewel. Nanti kau! Saja aku lengahkan diri bersiap dalam bilik air tersebut untuk terus menguping.

"Iyeke! kalau tak takkan awak bawa dia sampai ke sini?" ujar gadis tersebut.

"Dah kami berkawan, bukan kekasih tau jangan salah anggap ye" balas Amanda menafikan bahawasanya yang kami ini hanya sebatas teman.

Ya teman, teman tapi mesra. Aku pun keluar dari bilik air tersebut. dan Amanda pula masuk untuk berganti pakaian. Ye la, bilik air rumah tu ada satu je.

Dalam rumah ni aku perasan tiada orang lain dari tadi. Mana pulak pergi orang tua mereka erk? Gadis tu pula, kalau budak tu sekolah kat sekolah yang sama, takkan aku tak pernah perasan kewujudan nya?



Antara Dua Dunia
Ep41

Sementara menunggu Amanda selesai, aku dihidangkan dengan sedikit jamuan dan minuman oleh gadis tersebut. Di ruang tamu, aku melirik sekelilingnya memandangkan tiada apa yang mampu keluar dari bibirku untuk berbicara dengannya. Terkadang aku curi pandang juga wajahnya.

Bukan nak melebih-lebihla, awek-awek kat dunia bunian ni memang cantik belaka. Bukan kata awek dunia manusia ni hodoh. Manusia juga banyak yang cantik sebenarnya. Apa yang membezakan mereka dengan bunian adalah amalan hidup.

Di dunia bunian, makan hanya untuk terus hidup, bukannya melantak memenuhi keserakahan sampai memberi kesan kepada kesihatan. Keseimbangan pemakanan juga dijaga. Oleh kerana ia sudah jadi amalan, maka ia bukan suatu yang sukar untuk berdiet.

Tapi, bukan semua juga golongan bunian ni slim-slim belaka. Ada juga yang gemuk sebenarnya. Tapi itu bukan kerana keserakahan. Ia adalah lebih kepada genetik dan keperluan cara perkhidmatan mereka juga.

Masih terasa segan pulak nak berbicara dengannya. Dia juga hanya diam. Sempat ku mencuri pandang. Alahai, cantiknya. Dia pula pabila perasan yang aku terpandang padanya melirik ke arah lain. Ala lebih kurang tersipu malu cegitula.

"Ha, senyap sunyi je korang berdua, tadi bukan kau Damia! Eh lupa pula perkenalkan, ini Damia sepupu Amanda, ini pula mangkuk ayun Gabriel rakan sekelas Manda" ucap Amanda yang baru selesai bersalin pakaian, rambutnya pun masih kebasahan lagi namun memecahkan keheningan ruang tamu tersebut.

Gadis yang diperkenalkan sebagai Damia hanya memandangku tersenyum dan menganggukkan kepalanya. Aku juga memberikan respon yang sama.

"Kau jangan macam-macam nak kacau sepupu aku tau" terdengar amaran keras Amanda mendesingkan telingaku.

"Mana orang lain?" tanyaku yang sememangnya dari tadi ingin tahu.

"Kami ni hidup sebatang kara" balas Amanda sambil dia mengenyitkan matanya pada Damia.
Damia pula menggelengkan kepalanya, seakan-akan tidak mempersetujui ucapan Amanda.

"Ooo..." itu sahaja yang keluar dari bibirku.

"Kau tak kesian dengan nasib kami ke?" ucap Amanda lagi.

Dengan Amanda ni aku bukan tak percaya. Dia dengan perangai penyakatnya pun boleh tahan nakalnya.

"Tak elok la cakap macam tu Amanda" Damia menegur ucapannya.

Aku masih belum mengerti apa yang mereka berdua ucapkan. Aku ni bukanlah jenis nak mencampur urusan peribadi orang lain. Asalkan mereka bahagia berteman denganku, itu sudah memadai.

"Dah itu memang kenyataannya, Amanda memang sebatang kara" balas Amanda.

"Kau kan ada aku dan makcik Needa" ujar Damia seolah memujuk Amanda yang seperti sedang melepaskan perasaannya.

Apakah perlu aku menyibuk dalam hal mereka ni? Itu Kan urusan peribadi mereka. Tapi, Amanda sahabatku juga. Takkan aku biarkan dia melalui saat tidak gembiranya berseorangan. Masalahnya aku tidak tahu apa yang berlaku sebenarnya.


Antara Dua Dunia
Ep42

Suasana yang asalnya ceria kembali tegang. Amanda seperti tidak puas hati terhadap kehidupan yang dilaluinya. Bagaimanapun Damia cuba memujuknya. Aku pula jadi orang asing yang tersepit tidak tahu cerita awalannya.

Tidak lama kemudian, aku terus menyaksikan drama di depanku. Di hadapanku, Amanda duduk dan memeluk Damia. Mereka saling berpelukkan dengan tangan Damia mengusap belakangnya. Jelaslah Damia cuba menenangkannya.

Aku pulak, tidak berani nak bersuara. Apa yang aku dengar hanyalah suara tangisan Amanda yang teresak-esak. Apa yang ku mampu lakukan adalah menyaksikan drama sedih di hadapanku dengan melantak juadah yang ada dan meneguk minuman yang dihidangkan.
Celaka punya kawan. Kawan bersedih kau buat macam tengok movie pulak ye Gab! Habis tu, apa aku boleh buat? Cuba cakap!

Beberapa ketika, aku melihat perlahan Damia merebahkan Amanda dari dakapannya. Dan membaringkannya atas sofa tempat mereka kongsi duduk tadi. Alahai manjanya, menangis sampai tertidur. Damia menyelimuti tubuh Amanda dengan selimut. Wow, dah la lemah lembut, baik pula layanannya terhadap sepupunya itu.

Tidak berasa, cahaya kekuningan menyinar tembus ke dalam rumah tersebut melalui celah-celah dinding papan menunjukkan senja sudah menjelang tiba. Suasana kembali senyap sepi.
Damia menghidupkan suiz lampu untuk menerangi ruang dalam rumah itu. Anak mata yang tadinya besar kembali mengecut menadah silau lampu yang mengusik retina mata.

Dalam mindaku, terfikirkan juga apakah Amanda sebenarnya sedih dengan kegagalannya atau dia punyai masalah peribadi? Aku fikir juga dia pasti agak kepenatan sampai tertidur.

"Awak nak minuman lagi tak? Kalau nak Damia siapkan" ucap Damia menyedarkanku dari lamunan.

"Takpe, dah kenyang" balasku sambil mengambil kesempatan menatap wajahnya.
Perhhh, ayu wei. Berdegup jantungku dibuatnya.

"Takpelah, Damia buatkan kopi juga untuk awak, boleh kita bersembang" ujarnya seraya melemparkan senyuman.

Aduh manisnya.

"Boleh juga" balasku gelojoh menyetujui ideanya yang mana sebenarnya ia suatu kesempatan berkenalan dengan lebih lagi.

Dia berlalu pergi menyiapkan kopi. Aku pula kembali mengelamun sambil memerhatikan Amanda yang tertidur atas sofa tadi. Sekali sekala sedu sedannya terdengar kesan esakkannya tadi. Kesian pun ada. Tapi ye la aku tidak tahu apa yang terjadi pada orang tua dan dirinya sehingga dia berucapan seumpama itu tadi.

Sedang leka mengelamun lagi, kehadiran Damia dari arah dapur sekali lagi membuat anak mata melirik ke arahnya. Damia berjalan menuju ke arah ruang tamu sambil membawa dua cawan kopi.

Aku memandang ke arahnya, begitu juga orangnya. Tiba-tiba kakinya tersadung tergelincir sebab karpet yang tidak grip, nampak akan seperti akan telentang. Nasib baik jaraknya denganku tidak jauh segera aku merangkul pinggangnya untuk menyelamatkan keadaan. Dalam saat itu, mengekalkan posisi mata kami saling bertentangan.


Antara Dua Dunia
Ep43

Terasa masa seperti dihentikan seketika. Mata bertemu mata. Sempat aku menikmati wajah cantik itu. Ingin rasanya kuhafal supaya boleh diprint. Biarpun tanpa solekan, ia adalah kecantikan semula jadi seorang gadis bunian. Alis matanya, warna matanya, bentuk matanya, halus hidungnya, semuanya kurakam.

Air kopi yang tadinya sudah kembali stabil, kini kembali menganggu tumpuan dan terjatuh ke lantai. Setelah dia berdiri dengan stabil aku melepas rangkulan dipinggangnya. Nasib baik lantai itu adalah baluti karpet yang agak tebal, maka bunyi cawan jatuh tidak menggugat Amanda yang mungkin sudah agak nyenyak.

"Damia buat semula kopinya ya" ujarnya.

Kali ini aku membantunya mengutip cawan yang telah jatuh dan tertumpah. Setelah itu aku mengekorinya ke dapur. Dengan niat, bersembang di sana untuk membiarkan Amanda lebih selesa tidur tanpa gangguan. Dia pula tidak menghalangku.

"Kalau Gab bertanya, harap Damia tidak mengambil hati" tuturku membuka bicara antara kami berdua.

"Tentang Amanda?" balasnya seperti sudah meneka apa yang aku ingin tahu.

"Apakah sebenarnya berlaku pada orang tuanya" tanyaku tanpa ragu.

Damia pun menceritakan alkisahnya sambil membancuh kopi untuk kami berdua.

Ayah dan ibu mereka berdua hilang tanpa jejak setelah melahirkan mereka berdua. Kebetulan mereka dilahirkan pada minggu yang sama. Oleh, itu mereka berdua diasuh seorang makcik kakak kepada ibu mereka. Makcik yang bergelar makcik Needa lah yang mengasuh mereka sehingga kini.

Setelah mereka berumur 13 tahun, makcik Needa pulak pergi mencari dan cuba menjejak ibu mereka berdua. Oleh itu, mereka berdua banyak berdikari sendiri.

Tentang sekolah pula, mereka sekolah di tempat yang berbeza. Alasannya, jurusan yang mereka minati ditawarkan di sekolah yang berlainan.

Bagaimanapun, setiap kali hujung minggu atau cuti, mereka pasti akan balik ke sini untuk bersama. Biarpun hidup tanpa orang tua, mereka diasuh oleh makcik Needa dengan baik. Makcik Needa bagaikan seorang ibu bagi mereka berdua.

Pernah mereka bertanya tentang kewujudan orang tua. Namun, setiap kali pertanyaan itu diajukan, ia membuatkan Makcik Needa akan menangis. Sehinggalah mereka berdua pun serik untuk bertanya lagi akan hal itu.

Kelihatan Damia jauh lebih tabah dan sabar berbanding Amanda. Biarpun begitu, Damia juga tetap terkesan dengan kehilangan orang tua mereka. Cuma dia tidak menunjukkan perasaannya. Dia beranggapan bahawa orang tuanya punya alasan tersendiri meninggalkan mereka berdua pada makcik Needa.

"Begitulah alkisahnya" ujarnya menutup cerita.

"Ooo..." balasku dan menganggukkan kepalaku tanda memahami kisah tersebut.

Dalam hatiku sangat berempati dengan mereka berdua. Kesian, simpati dan dalam masa yang sama kagum dengan kemampuan mereka berdikari.

Imbauan tamat...


Antara Dua Dunia
Ep44

Kembali kepada situasi semasa....

Aku sendiri tidak tahu mengapa aku begitu berani meluahkan perasaanku pada Amanda. Nak kata yang aku putus asa dengan Damia, tak pulak. Keduanya aku cintai sepenuhnya. Mungkin, mereka diluar memikirkan bahawa aku ni tamak. Terpulanglah pada mereka nak fikirkan apa! Apa yang penting hanya aku yang mengerti akan situasi ini.

Sebenarnya aku juga dilema di antara Amanda atau Damia. Siapa yang harus aku pilih sebenarnya. Dua jiwa satu hati. Haruskah hanya memilih satu? Apakah mereka berdua sanggup kalau memilih untuk memiliki keduanya?

Di pergunungan, rumah papan kecil itulah tempat aku menenangkan mindaku. Setiap kali aku ada masalah, di sinilah tempatku menyendiri.

"Amanda, kau tahu tentang ibu adalah makcik Kiah juga kan?" aku bertanya setelah memikirkan suatu idea.

"Ya, kenapa?" balasnya mengerut dahi.

"Kita perlu berjumpa dengan ibuku, pastinya dia ada di alam manusia sebagai makcik Kiah" ujarku.

"Baiklah, kalau macam itu kita segera ke sana" balas Amanda.

Kami berdua keluar dari rumah tersebut dan menuju ke tempat yang sesuai untuk membuka portal.

Setelah bersedia dengan portalnya. Aku peluk kemas Amandaku. Kali ini dia tidak menolak. Apakah dia sudah menerimaku seadanya?

Cahaya kebiruan mulai membentuk portal masuk ke alam manusia. Kami berdua berada dalam lingkarannya.

"Gab, sungguh ke kau menyukaiku?" dia bertanya dengan wajah yang tidak pasti.

Mungkin dia menyangkakan aku hanya main-main. Aku tidak menjawab persoalan darinya. Tapi kali ini, aku hadiahkan ciuman di bibirnya. Dia terkejut dengan keberanianku. Matanya terbeliak. Namun tetap membiarkan aku melakukannya.

"Itulah, jawapannya" balasku sambil melemparkan senyuman padanya.

Dia tidak berkata apa-apa. Hanya pipinya kelihatan kemerahan.

Cahaya kebiruan tadi mulai menghilang. Tandanya kami sudah sampai di alam manusia. Bagaimanapun, kaki Amanda nyaris terjatuh dalam longkang yang sebelum ini.
Demi menyelamatkannya dari terjatuh, dengan cepat tanganku merangkul sekali lagi pinggangnya. Kerana sentapan rangkulan tersebut agak kuat menyebabkan kami berdua hilang keseimbangan dan terjatuh.

Aku jatuh telentang dia pula tertiarap di atas badanku. Kali ini serius tidak sengaja. Bibir kami ditemukan. Ini semua salah longkang tu. Tak tahu la kenapa setiap kali muncul di alam manusia, tepi longkang tu jadi destinasinya.

Kali ini, dia pulak bersungguh terus mencumbui bibirku. Tidak lama kemudian dia terus bingkas bangun. Dan memalingkan mukanya ke arah lain. Mungkin malu dan kesal dengan perbuatannya tadi agaknya. Eleh, buat malu-malu pula. Segan tapi mahu. Cewah....


Antara Dua Dunia
Ep45

Geli juga hati bila melihat buah hati tersipu malu. Sudah lama aku memendam rasa padanya. Paling tidak disangka, dia juga membalas perasaanku. Sejak bila dia mula menaruh perasaan padaku, itu aku tidak pasti.

"Kau ni dah kenapa?" ujarku sengaja mengusiknya setelah dia memalingkan wajahnya.

Dia masih menyembunyikan wajahnya. Aku mendekatinya kupeluk kemas si dia dari belakang. Dia agak terkejut, biarpun begitu dia membiarkan. Sememangnya agak janggal situasi bagi kami berdua sebenarnya, kerana sebelum ini kami hanya mengakui sekadar sahabat.

"Mengapa kau tidak mengakui dari awal dulu?" bisikku di telinganya.

"Habis tu, Gab pun sama juga, tak pernah nak ngaku menyukai Amanda pun selama ni kenapa?" balasnya.

Adeh, aku pula yang dia tanya semula.

"Kalau kau mengaku mendahului Damia dulu, mungkin aku tidak berusaha memikatnya" balasku spontan.

"Dah masa tu, aku tengok Damia pun beria nak kat kau, apa yang aku boleh buat?" dia mengeluh seolah mengalahkan dirinya demi sepupunya.

"Kau lebih sanggup melihat orang yang kau cintai mengahwin orang yang kau kenal?" aku sengaja mendebat.

"Menyintai tidak semestinya memiliki, sudah mengetahui perasaan Gab sekarang ni pun cukup dah" balasnya sambil memegang erat lenganku yang memeluk tubuhnya.

"Iye lah tu, kau tak mau kahwin denganku ke?" tanyaku.

"Kita tak tahu apa reaksi Damia jika dia tahu akan hal kita ni, sekarang pun aku terasa seperti pengkhianat tau" balasnya jujur.

"Kita mengakui depannya bersama, bagaimanapun aku takkan mengalah demi kau Amanda" ujarku penuh perasaan.

"Kau sayang Damia tak?" dia cuba mendugaku.

"Mahu tak sayang, sehingga kini tiga wanita yang ku sayang tau" balasku.

"Tigaaa?" ucapnya dengan serta merta melepaskan pelukkanku dan memutarkan badannya ke arahku.

"A a tiga la" balasku

"Kau biar betul Gab, kau sengaja mempermainkan aku dan Damia, dasar lelaki!" ujarnya dengan nada agak marah.

"Salah ke aku sayangkan ibuku sekali?" balasku.

"Oh ye ke, kalau ibu tu takpe la" balasnya mengendurkan intonasi tinggi tadi.

"Habis, ibuku juga wanita tau" ujarku tersengih.

"Ingatkan ada wanita lain lagi" balasnya.

"Yang aku cintai kau berdua, yang aku sayang korang bertiga la" ujarku lagi sengaja nak bagi dia geram.

"Iye la, Amanda mana pernah merasa ada ibu, manalah tau Gab maksudkan wanita ketiga tu makcik Sofia" balasnya dengan menundukkan kepalanya.

Alamak, terlebih pula aku. Aku terlupa ayah dan ibunya meninggalkannya waktu kecil.

"Iyalah, ibuku ibu kau juga lepas ni kita kongsi ibu" ujarku lantas memeluk dirinya.

Dia diam.

"Eh, jom kita cari ibuku sekarang, dia pasti tahu di mana Damia" ujarku.

"Rasanya aku tahu di mana" balasnya.

"Macamana kau tahu? Kau pernah pergi ke sana ke?" tanyaku sedikit pelik dengan penjelasannya.

"Makcik Sofia ada cakap sebelum ni masa kau mengunci diri kat bilik" jelasnya.

"Kenapa tak bagitau Gab sebelum ni?" hujahku.

"Dah kau terus bawa aku pergi macam tu je, aku nak jelas macamana kat kau masa tu" balasnya mempertahankan diri.

"Jom la, kita pergi sekarang" ujarku.

Kami berdua pun bergerak mencari destinasi yang dia maksudkan.


Antara Dua Dunia
Ep46

Aku dan Amanda bergerak menuju ke rumah Makcik Kiah. Sesampainya di sana, suasana kelihatan meriah. Maka sahlah ini tempatnya juga, sebab di perkarangan rumah tersbut kelihatan ada jamuan dan ada hiasan. Kemeriahan suasana itu adalah sebalik apa yang bergolak dalam dadaku. Suasana tersebut sudah pasti jelas mengganggu perasaanku.
Aku terus mengekori rapat langkah kaki Amanda dari belakang. Kami jelasnya cuba masuk ke rumah itu dari pintu belakang. Apa yang pasti kami berdua seperti tetamu yang tidak diundah menceroboh majlis orang lain. Debaranku semakin terasa.

Dari ruang dapur kami naik ke tingkat atas. Di situ aku terpandang seorang jejaka yang aku sememangnya sangat kenal, iaitu Samuel sedang menuruni tangga. Kami saling berpandangan. Namun dia seperti tidak mengenaliku. Kalau benar dia Sam, mengapa dia tidak menyapaku? Arrhh aku tiada punyai banyak masa untuk bersapa sekarang.
Sampai kat suatu bilik aku dan Amanda menceroboh masuk. Di situ aku melihat gadis yang sangat aku cintai sedang berpakaian pengantin. Aku tidak dapat mengawal diri, aku terus menerpanya.

"Damiaaaaa...." ujarku

"Siapa kamu berdua?" pertanyaan Damia bagaikan menggugurkan jantungku.

"Dammy, ni Gab..." ujarku cuba mengingatkannya sambil memegang bahunya dan dia cuba menolakku.

Dalam masa yang sama, Amanda mengunci pintu bilik tersebut dan segera menutup mulut Damia dengan kain demi mengelakkannya menjerit. Seperti memahami apa yang bakal aku lakukan. Ia adalah perkara yang aku tidak pernah lakukan juga sebelum ini. Iaitu membuka portal dari tempat yang tidak sesuai. Apa yang pasti kami berdua sedang menculik Damia.
Aku buka portal, cahaya kebiruan terbentuk. Damia ku rangkul rapat kepadaku begitu juga Amanda membantuku mengawal Damia yang sedang meronta. Dalam masa yang sama, kedengaran pintu bilik itu diketuk dari luar. Suasana menjadi sedikit cemas. Dalam kiraan masa beberapa detik portal itu membuat lingkaran cahaya kebiruan.

Akhirnya, cahaya kebiruan itu melenyap. Terasa badan di awangan seperti sedang terjatuh. Kecepurrrrrrr... kami bertiga terjatuh ke dalam sungai jeram. Nasib baiklah sungai itu tidak dalam. Ketiga-tiganya basah kuyup. Kelihatan Damia seperti terpinga-pinga melihat sekelilingnya dalam kawasan hutan berbanding yang asalnya adalah bilik.

"Damia, ini Gabby... awak kenal kan?" ujarku yang masih tidak dapat mengawal emosiku.

"Tempat apa ini? Apa yang kamu cuba lakukan?" ujar Damia.

"Tenang Damia, aku ni Amanda, biar kami jelaskan pada kau nanti" ujar Amanda cuba menenangkannya dan membimbing tangannya keluar dari sungai itu.

Kami bertiga menuju ke rumah yang menjadi tempat rahsiaku membawa Amanda sebelum ini. Nasib baik adanya Amanda membantuku menenangkan Damia. Sampai di dalam rumah, Amanda membantu Damia menukar pakaiannya yang basah.

Setelah selesai, Amanda membantunya mengeringkan rambut. Aku pula menunggu dengan penuh debaran. Apakah Damia benar-benar hilang ingatan?

"Amanda ada lagi ke ubat mengembalikan ingatan tu?" tanyaku tidak sabar.

Amanda menggeleng-gelengkan kepalanya. Alamak! Macamana ni? Apakah dia akan terus hilangan ingatan?

"Kalau nak sediakan ubatnya pun mengambil masa seminggu, itupun bergantung kepada bahan-bahannya ada ke tidak" jelas Amanda menambah resahku.


Antara Dua Dunia
Ep47

Apakah yang kami aturkan seakan tidak seperti yang telah dirancang? Damia pulak kelihatan pelik? Apa benarkah dia telah kehilangan ingatannya? Dia semacam tidak mengecam siapa aku dan Gabriel.

Kalau selama ini, dia akan nampak teruja bila bertemu Gab. Tetapi kali ini dia seperti orang yang penuh kekeliruan. Mujurlah dia masih tenang dan sedikit selesa dengan kewujudanku membantunya.

Entah apakah yang bakal terjadi jika dia hanya dengan Gabriel sahaja yang ke sini? Apakah Gab mampu mengawal situasinya? Bayangkan anda bersama orang yang anda tidak kenali, pasti mendatangkan masalah biar kacak macam mana sekalipun orang tersebut.

Si Gab tampak agak risau tentang situasi Damia yang tidak dapat mengecam siapa dirinya. Sangat berbeza dengan Damia yang terdahulu.

"Gab, kau tenang dulu, biar aku menenangkan dan cuba menjelaskan padanya" ujarku seperti watak orang tengah untuk kedua-dua mereka.

"Baiklah, aku keluar mencari sesuatu makanan untuk kita bertiga" balasnya.

Aku pasti juga itu adalah isyarat memberi ruang aku menenangkan si Damia. Dalam masa aku tahu kebiasaan Gab, dia pasti mengambil ruang menyendiri bila ada masalah. Dia akan melakukan sesuatu yang baginya mungkin dapat membuang rasa resahnya.

"Jangan lama sangat keluar Sana!" ujarku yang jelas juga risau akan Gab.

"Jangan risau, kau jaga Damia elok-elok" balasnya cuba menyembunyikan keresahannya.
Dia pun melangkah keluar dari rumah kecil tersebut. Tinggallah aku dan sepupuku Damia yang membisu dari tadi.

"Betul ke kau tak mengecam aku siapa?" tanyaku pada Damia setelah pasti Gab berlalu pergi.
"Tak, aku sedang keliru, kepala ku pening-pening sekarang ni" balasnya.

"Damia kenal tak lelaki tadi tu?" aku ingin kepastian.

"Tak kenal, siapa awak berdua sebenarnya, kenapa awak berdua mengenali namaku?" ujar Damia dengan kerutan di dahinya.

"Betul ke ni Damia! Ke Damia sengaja meneruskan misi nak kenakan Gab?" Aku sengaja menduganya untuk melihat responnya apakah dia betul-betul hilang ingatan.

Dia memandang ke arahku dan tak berkerdip. Ini seperti kali pertama aku menatap wajah sepupuku secara bersemuka. Selama ini aku tidak pernah bertentangan mata dengannya seperti ini sebelumnya.

Patutlah Gab terpikat pada sepupuku, dengan melihat matanya saja sudah merasakan keunikan indahnya mata si Damia. Ya, kuakui sepupuku ini memang seorang yang sangat cantik.


Antara Dua Dunia
Ep48

Sebagai seorang wanita, aku seharusnya lebih memahami perasaan Damia. Apakah aku bersalah mengakui perasaanku pada Gabriel? Dalam masa yang sama aku juga ingin melihat mereka berdua bahagia? Adakah tindakanku betul? Membantu menyatukan mereka biarpun aku tidak mampu menidakkan sekelubit perasaan cemburu melihat kesungguhan Gabriel menginginkan Damia.

Ya, ikutkan hati ingin aku sahaja yang memiliki cinta Gab. Salah aku juga, dari dulu aku sendiri yang menafikan setiap kali Gab dan Damia bertanya berkenan perasaanku terhadapnya. Jika aku mengakui dari dulu lagi, mungkin Gab hanya milikku.

Situasi sekarang, jika Damia tidak merestui hubungan kami, aku rela berundur. Aku faham tiada seorang wanita pun sebenarnya sanggup berkongsi kasih. Tambahan lagi aku berupa seorang pengkhianat, bagaikan pencuri kasih.

Tapi, aku sebenarnya sangat menyukai dan menyintai Gab dari mula dulu lagi. Semenjak zaman persekolahan lagi sebenarnya. Mengapalah hati ini sangat keras dan menafikan segalanya pada ketika itu? Aku sangat kesal dengan keegoan aku yang dulu. Andai dapatku undurkan masa, aku sendiri yang akan mengakui mendahuluinya bahawasanya diri ini amat menyintainya. Tak kesah biarpun dipanggil perigi mencari timba. Asalkan perasaan itu terungkapkan.

Dalam masa yang sama aku cuba meringankan rasa pening Damia dengan cara mengurutkan kepalanya. Dia kelihatan santai. Aku tidak pasti apa yang dia sedang fikirkan. Dia juga seolah mengelak menjawab persoalan yang aku usulkan. Aku pula tidak mahu memaksanya menjawab.

"Siapa sebenarnya lelaki itu tadi?" tanya Damia membuka bicara dengan santai.

"Serius ke kau tak kenal dia Damia?" aku pula mengajukan soalan.

"Sebab tu la Damia bertanya, siapa dia, Damia rasa pelik korang berdua kenal Damia, Damia pula tak kenal" balasnya.

"Baiklah, kalau Damia nak tahu, Damia bukan manusia tetapi orang Bunian dan Gab itu sebenarnya kekasih Damia tau!" jelasku.

"Lelaki kacak tu kekasih Damia! Damia pula orang bunian! Ada bukti ke?" dia mempersoalkan kenyataan dariku.

Tenang, dia mungkin benar telah hilang ingatannya. Takpe Damia aku dapat pulihkan ingatan kau siap la nanti.

"Mungkin aku tiada bukti nak buktikan, tapi percayalah jika ingatan Damia dah pulih nanti, Damia akan sedar tentang semuanya" balasku.

"Apa korang ni nak sebenarnya? Menculik ni salah di sisi undang-undang tau! Kalau disabit kesalahan boleh masuk penjara" ujarnya seakan mengugutku dengan undang-undang dunia manusia.

"Damia, kau dan aku mencintai orang sama, aku juga mencintai dia sepertimana Damia yang aku kenal menyintai dia" balasku melemparkan geramku.

Dia terdiam. Matanya seolah-olah terkejut dengan apa yang baru aku ucapkan. Alamak, aku terlepas cakap pula dah.


Antara Dua Dunia
Ep49

Agak lama juga dia usha aku. Aku pulak jadi tergamam seketika. Adui, apa aku dah cakap ni? Mengapalah aku boleh tersasul pulak! Dah aku macam seorang perampas pulak jadinya. Mampus aku!

"Biar betul kita mencintai orang yang sama?" ujar Damia memandang ke arahku dengan meriutkan dahinya.

Alamak! Macamana ni, mana kau Gab? Tolong la jelaskan sekali bersama.

"Ehhh...tak! Ehh..." aku gelabah pulak dah.

"Ke Damia salah dengar tadi!" ujarnya setelah melihat aku teragak-agak.

Namun begitu, dia tetap merenung tajam ke arahku. Aku cuba berlagak tenang setenangnya. Damia mungkin sedang marah kat aku la tu kot?

"Apa yang Damia paham?" tanyaku ingin tahu apa yang ada di minda sepupuku itu.

"Awak suka pada abang Sam juga ke? Itu maksud awak kan?" ujarnya.

"Sam? Eh tak, bukan Sam, Gabriel la" balasku mengakui juga perasaanku pada Gabriel.

"Lelaki kacak tadi tu ke maksud awak? Ha elok la, memang padan pun awak berdua jadi pasangan, sama cantik dan kacak" ujarnya berserta senyumannya yang nampak sinis.

Dia ni betul-betul hilang ingatan ke tak ni sebenarnya. Atau dia mungkin salah faham ingatkan aku sukakan Sam. Nanti dulu! Takkan dia menyintai Sam? Sah dia cuba menyembunyikan sesuatu juga ni. Takkan dia ingat dirinya betul-betul manusia. Agak-agak la, dengan Sam tu hanya tipu-tipu jer.

Sam sepatutnya tahu tentang perkara tersebut hanya sebahagian dari rancangan mengenakan Gab. Sebab surat yang Gab suruh aku bagi pada Sam awal dulu adalah surat yang aku tukarkan isi kandungannya dengan rancangan mengenakan Gab.
Aku mula syak, Damia sebenarnya tidak hilang ingatan. Dia mungkin ingin meneruskan rancangannya. Apa patut aku buat ni? Adakah aku perlu mengikut plan Damia yang asal atau mengungkapkan hal sebenarnya?

"Damia tak kesah ke tentang Amanda dan Gabriel menjadi pasangan ni?" aku sengaja mencabarnya andai dia memang bukan hilang ingatan sudah pasti terasa dengan ucapanku.

"Korang ni pelik juga, culik Damia, lepas tu kata Damia ni kekasih Gab, lepastu Amanda ni pulak mengaku Gab kekasih, kalau awak berdua kekasih, apa pulak kaitan dengan Damia?" dia mengajukan soalan KBAT pulak.

"Damia, sudah-sudah la berlakon hilang ingatan, Manda tau Damia masih mahu mengenakan dia kan?" sekali lagi aku menduganya.

"Mengenakan apa benda? Kau berdua yang bercinta, yang culik Damia pulak kenapa? Apa kaitan aku dengan korang ni?" balasnya masih menafikan.

"Damia, jika betul kau memang manusia, jelaskan padaku siapa ibubapamu?" aku terus mencabarnya.

"Setahu aku, Damia memang tiada ibubapa, apa masalah dengan itu pulak?" balasnya menaikan sedikit intonasi suaranya.

Ye tak ye juga. Kami berdua memang tidak hidup bersama ibubapa selain makcik Needa. Apa lagi alasanku untuk membuktikan dia adalah bunian?

Dalam masa yang sama, Gabriel pun tiba muncul di depan pintu. Kedua-dua kami seperti memahami situasi dan mengambil langkah berdiam sepi.

"Aku tahu korang berdua lapar dah, harap arnab liar ini mampu mengisi kekosongan perut kita" ujar Gab yang baru menyusul tiba.

Aku dan Damia saling berpandangan tanpa sebarang bicara.


Antara Dua Dunia
Ep50

Bagaikan luruh hatiku bila mendengar luahan Amanda. Bagaimanapun, aku menyedari ia seharusnya berlaku dari mula dulu lagi. Aku tetap cuba berlagak tenang.

Pada mulanya, aku sangat teruja bila melihat kehadiran Gabriel menjemputku dengan menculik aku kononnya. Dari situ aku dapat merasakan betapa resahnya dia akan penikahan yang masih belum sempat berlangsung itu.

Siapakah yang harus dipersalahkan aku, Amanda atau Gabriel? Siapakah perampas sebenarnya?

Sejujurnya akulah perampas. Amanda seharusnya dari dulu lagi mendapat cintanya. Aku sedar mereka menyukai masing-masing dari awal lagi. Tapi aku juga tidak dapat dari menahan diri dari jatuh cinta pada Gabriel.

Patutkah aku mengembalikan Gab pada Amanda yang selayaknya untuk Gabriel? Aku tidak dapat menipu diri bahawa aku juga sangat menyayangi dan menyintai Gab. Aku rasa benar-benar malu setelah aku sedar dengan pengakuan Amanda tadi. Malu dengan diri.

Gab membawa arnab liar yang sudah siap dipanggangnya. Dia kelihatan sibuk menyediakan santapan tersebut. Manakala aku dan Amanda masing-masing menyepi.

"Haaa, dah siap! jom kita makan dulu, aku tahu korang berdua belum lagi makan apa-apa" ujar si Gab menjemput kami berdua makan bersamanya.

Ikutkan hati mahu sahaja aku menatap terus wajah Gab, tetapi aku harus mengawal diri. Kerana mungkin saja mereka belum menyedari aku bukannya hilang ingatan. Patutkah mendedahkan yang sebenarnya masih normal? Oh, tidak drama ini masih perlu diteruskan.

"Jom, Damia kita makan bersama, tak elok biarkan perut tu kosong baru ada tenaga nak buat hal" ujar Amanda menjemput sambil memerliku.

"Buat hal apanya? Damia nak lari pergi mana? Kita sekarang berada di puncak gunung" ujar si Gab pula.

Ingin benar rasanya aku melepaskan rinduku pada Gabriel. Ingin saja aku dia buat seperti sebelum ini, terus bertatapan dan meluahkan isi hatinya. Aduh... mengapalah aku cuba mempertahankan penipuan ini?

Aku pun melangkahkan kaki menyertai mereka di meja bulat kecil itu. Gab memberikan aku bahagian paha arnabnya, begitu juga dia memberikan sebahagian lagi paha arnab pada Amanda.

Aku perhatikan mereka jauh lebih mesra dari sebelum ini. Situasi itu menghadirkan rasa cemburu yang tak diundang hadir di hatiku.

"Makanlah, ke nak suap ni?" ujar Gabriel.


Antara Dua Dunia
Ep51

Suasana petang itu nampak menarik. Langit semakin menjingga. Aku tidak memperdulikan dua gadis yang berada di dalam. Keduanya aku beri minuman penenang jiwa, mereka tertidur setelah makan tengah hari tadi.

Aku sengaja membiarkan mereka berehat minda. Aku tahu keduanya sedang menghadapi situasi yang penuh dilema. Amanda berdepan dengan perasaan serba salahnya. Begitu juga dengan Damia yang mungkin masih lagi terkejut dengan situasi dirinya diculik.
Dengan apa cara sekalipun, aku tetap akan mencintai keduanya. Hanya mereka berdua yang amat mengerti akan diriku. Kalau benar Amanda hilang ingatan, apa jua keadaan aku akan memastikan dia ingat semula.

Aku termenung berseorangan menikmati keindahan senja yang semakain menghampiri. Aku teringatkan kenangan bersama Damia suatu permulaan detik cinta kami berputik.
20 Tahun lampau....

Setelah tamat persekolahan alam remaja, Amanda kekal menyambung pelajarannya di tempat lain. Manakala, bagai tidak disangka aku menyambung pelajaranku di tempat yang sama dengan Damia. Bila mengetahui kami berada di sekolah yang sama, aku dan juga Damia menjadi semakin rapat.

Biar begitu, aku tidak lupa tentang Amanda, aku selalu mengirimkannya surat juga ketika itu. Namun, Amanda langsung tidak pernah membalasnya. Aku menyangkakan dia tidak berminat bersahabat denganku lagi.

Segala kekosongan hatiku yang merindui Amanda diisi oleh Damia. Damialah yang menenangkan jiwaku. Malah banyak membantuku, maklumlah dia pakar dalam bidang kebunianan. Dia arif dalam memujukku. Sampaikan aku terus hanyut bersamanya.
Pada suatu ketika kami balik dari kuliah, hujan turun agak lebat sehingga menyebabkan kedua-dua kami basah kuyup. Aku dan Damia berlari mencari tempat berlindung. Kami menuju ke tempat kami selalu lepak bersama bersendirian apabila malas balik ke asrama. Di situ terdapat sebatang pokok yang besar dan di sebelahnya ada tempat rehat yang aku binakan.

Terngiang-ngiang di telingaku Damia seolah-olah gembira berlari dalam hujan. Dia sangat girang, begitu juga aku. Sampai di pokok itu, aku berhenti berlari. Dia yang di belakangku tadi, tidak terkawal lariannya sehingga melanggar aku yang sedang memutarkan badan berhadapan dengannya. Secara automatis dua tanganku menadah risau dia terjatuh.
Lantas secara kami berpelukan secara tidak sengaja. Dia yang gelak ketawa girang tadi terpaku saling bertatapan pula kini. Perlahan gelak tawa tadi bertukar menjadi sebuah senyuman. Mata kami saling berpandangan tanpa kerdipan. Seolah-olah masing-masing sedang masuk ke dalam mata masing-masing.

Entah mengapa aku tidak teragak-agak terus melaga bibirku dengan bibirnya. Di memejamkan matanya. Beberapa ketika cumbuan itu terus berlangsung. Seakan-akan kedua-duanya menyetujui perbuatan itu terus berlaku. Malah lengannya merangkul leherku dengan lebih kemas. Begitu juga aku merapatkan dirinya bagaikan kami berdua bersatu.
Setelah beberapa ketika, masing-masing menjarakkan bibir. Namun, masih lemas dengan tatapan ke arah mata masing-masing. Saat itu tersangatlah indah. Kata-kata pun tidak mampu mengungkainya. Rasa denyutan jantung beritma pantas. Kemudian, masing-masing mendekatkan semula bibir. Cumbuan berlangsung sengit semula, bagaikan masing-masing tidak membenarkan ia berhenti.

Setelah beberapa ketika, barulah situasi menjadi tenang semula. Namun, pelukan itu terus menghangatkan badan yang baru sebentar kuyup kebasahan.

"Damia, maafkan aku..." ujarku.

"Mengapa Gab?" balasnya bertanya ingin tahu.

"Maaf kerana aku amat menyintai awak Damia" luahku sambil menatap wajahnya.

"Damia juga punya rasa yang sama" balasnya menghadiahkan aku senyumannya menyerlahkan lagi keayuan orangnya.

Aku juga membalas senyumannya dengan senyuman kegembiraanku. Ternyata kami sebenarnya punyai perasaan yang sama. Dan mulai dari situ, aku dan Damia bagaikan tidak dapat dipisahkan lagi.

Setelah tamat pengajian, kami bertiga ditakdirkan menjadi guru dan mengajar di tempat yang sama. Nama pun dah takdir. Kemana pun menghilang, kalau menang dah takdirnya dipertemukan kembali kami tetap bersatu. Amanda menerima kenyataan yang aku dan Damia sudahpun menjadi pasangan kekasih. Dia sedikitpun tidak menunjukkan rasa cemburunya ketika itu.

"Hai, layan senja tak ajak aku sama ke?" ucap Amanda dari belakang menyapaku yang sedang mengimbau kenangan lalu bersama Damia.


Antara Dua Dunia
Ep52

Senja telahpun menjingga sepenuhnya. Kelihatan keindahan matahari terbenam memukau mata sesiapapun yang menikmatinya. Duduk di kerusi kayu panjang menghadap terbenamnya suria. Di puncak gunung itu, biarpun agak sejuk ia tetap memberi ketenangannya tersendiri. Sebab itulah, setiap kali aku menghadapi masalah, aku selalunya menyendiri di sini.

"Eh, dah bangun ke? Duduklah nikmatilah keindahan matahari yang sedang terbenam tu" jemputku pada Amanda.

"Boleh Damia tumpang sekaki sekali?" celah Damia yang sejak bila dia menghadirkan dirinya.

"Sila, takyah nak kata apa-apa, kita diam seketika menikmatinya" ujarku pada Damia.

Di sebelah kiriku adalah Damia, sebelah kananku pula adalah Amanda. Mereka berdua duduk di sebelahku. Aku di tengah-tengah mereka. Ku rangkul kemas pinggang Amanda merapat padaku. Begitu juga Damia aku mencuba. Peliknya, Damia membiarkan saja. Apakah ingatannya sudah kembali semula?

Namun, mata kami bertiga masing-masing menghadap ke arah matahari yang tinggal di penghujungnya sedang menenggelamkan diri dari pandangan. Ketiga-tiganya hanya senyap sahaja. Tidak berkata apa-apa.

Dapat aku rasakan, tangan kananku dibelai manja oleh Amanda. Serentak dengan itu, tangan kiri ku pula sama dibelai manja oleh Damia. Kedua-duanya serentak merebahkan kepala masing-masing menyandar di bahuku. Meremang bulu romaku.

Apapun aku membiarkan mereka berdua bermanja. Sejurus saja, matahari hilang dari pandangan, tinggal warna jingga menghiasi langitnya, mereka berdua bangun dari menyandar padaku kepada memandang ke arahku. Dengan serentak, kedua-duanya menghadiahkan ciuman di pipiku. Apakah aku sedang bermimpi? Apakah sedang berlaku ini? Kedua-dua gadis yang aku cintai bagaikan bersatu menyayangiku. Perhhh, jangan jeles derrrr!
Dalam masa yang sama, serentak dengan itu, keduanya melempang pipiku. Paapaapppppp!

"Nah hadiah dari kami" ujar Amanda.

Aku terus bangun dari tempat dudukku. Terkejut dengan tamparan tadi.

"Apa salahku?" tanyaku

"Haa, tanya lagi!" ujar Damia.

"Iye la, tiba-tiba je lempang?" tanyaku.

"Kena belai tadi diam je kau? Kena lempang terus berdiri!" ujar Amanda pulak.

Dorang ni pakat ke apa ni? Apa yang dorang rancang ni? Mampus aku. Tadi bagi syok, kali ini kena sedas setiap seorang pulak mereka bagi.

"Damia, kau dah ok ke?" ujarku melirik ke arah Damia.

Dia hanya senyum. Amanda pulak mengerutkan dahinya. Biasanya kalau Amanda bersikap macam itu, aku biasanya kena bersiap sedia melarikan diri. Sebab aku tahu, bukan setakat pelampang aku dapat, tapi cubitan melebamkan pasti terjadi pada permukaan kulitku.

"Lariiiiiiii....." ucapku mulakan langkah kaki.

Memang benar, Amanda mula mengejarku. Si Damia hanya tergelak menyaksikan adegan kejar mengejar itu.

"Aku dapat kau siap kau nanti Gabbbbb.... " ujar si Amanda yang sedang mengejarku.

"Dah la, dah la... jangan la kejar" balasku.

Tidak sengaja kakiku tersadung urat akar kayu. Apa lagi, Amanda mempunyai peluangnya. Tergeliat aku dicubitnya sana sini.

"Sakit la woiiiii" aku terjerit kesakitan.

"Elehhh, nanti Damia kau tu ubatkan" balas Amanda sambil senyum sinis puasnya, siap meniup rambutnya ke atas lagi tu.

Damia hanya tergelak sahaja dari tadi. Namun, dia baik dan mendapatkan aku yang sedang terbaring kat tanah.

"Alololo, sakit ke Gab?" tanya Damia lembut.

"Iyeee, sakit...." balasku kononnya bermanja dengannya.

Dari senyum berubah menjadi wajah berkerut dengan menaikkan bulu keningnya sebelah. Apa dah jadi dengan dua awek ni? Dengan pantas tangan Damia juga mencubit aku.

"Weiiii... sakit la weeiiiiii, pehal dengan korang berdua ni?"

Keduanya mentertawakan aku. Dalam hati kecilku, aku sebenarnya sangat gembira, kerana aku tahu mereka berdua sudah sepakat kot menerima masing-masing. Tapi bila masa mereka berdua bincang ni? Hurmmmm..


Antara Dua Dunia
Ep53

Kembali kepada selepas makan tengahari.
Selesai makan, mataku diserang ngantuk. Damia juga kelihatan menguap. Tidak lama kemudian aku tidak sedarkan diri.
.....

"Amanda, bangun wei..." terdengar suara Damia sambil mengocangkan badanku.

Aku membuka mataku. Ternyata Damia yang membangunkan aku.

"Ada apa Damia?" tanyaku.

"Gab ke mana? Ada perkara yang aku nak bincang dengan kau" jelasnya separa berbisik padaku

Aku pun membangkitkan diri dan meninjau-ninjau keberadaan si Gabriel. Ternyata dia sedang berada di luar duduk di kerusi panjang.

"Ada kat luar sana, dia santai kat kerusi kat luar tu" balasku.

"Sebenarnya, Damia tidak hilang ingatan" jelasnya lagi mengejutkan aku.

"Owh ya ke! Dah agak dah" balasku.

"Betul kau menyintai Gab?" tanya Damia tiba-tiba.

Aku tidak mahu berselindung lagi, kerana aku juga sangat menyayangi Gab sepenuhnya. Aku hanya membalas soalan yang diajukannya dengan menganggukkan kepalaku.

Setelah melihat responku, Damia tersenyum. Menimbulkan tanda tanya di kepalaku.

"Aku tumpang bahagia akhirnya kamu berdua menyatu, Damia rasa patut mengundurkan diri" ujarnya lagi.

"Kenapa pulak? Gab sangat menyintai Damia juga tau! Eh tak, kalau macam tu, rasanya Amanda jer la mengundurkan diri, cukuplah sekadar mengetahui yang dia pernah membalas perasaan Amanda" balasku sememangnya sedia mengalah andai Damia tidak merestui hubungan kami.

Aku masih merasakan diri seolah-olah perampas kasih sayang Gab padanya.

"Damia sebenarnya tahu, dari dulu lagi awak berdua saling menyukai, tapi Damia tidak dapat mengawal diri dari menyukainya juga, maka Damialah perampas" balasnya pulak seolah membaca mindaku tapi sebaliknya.

"Kau dapat hidup tanpa Gab tak?" ujarku?

"Damia sangat menyayanginya tapi Amanda lebih berhak" balasnya lagi.

"Kalau macam tu, kita berdua ni sama gadis yang malang kerana menyintai jejaka yang sama" ujarku.

Dia tersenyum mendengar ucapanku.

"Bodoh kan kita berdua ni?" ujar Damia sambil menahan ketawa yang tidak boleh kedengaran oleh Gab yang sedang leka di luar sana.

"Kalau macam tu, kedua kita sama sangat sayang padanya, apa kata kalau kita...." ujarku belum sempat menghabiskan kata-kata

"Kita kongsi! Amanda sudi ke? Damia ikut je" balasnya seolah memahami apa yang akan aku perkatakan.

"Biar betul kau ni Damia, ahhh takpelah, dah takdir kita kot" ujarku sedia kalau kami saling merestui hubungan ini.

Aku memang tahu inilah yang diharapkan Gabriel juga. Dasar jantan tamak. Nanti kau.

"Eh Damia, kita pekenakan dia mau!" ujarku mengajak Damia merancang sesuatu.
Sok seh sok seh sok seh...

Begitulah perbincanganku dengan Damia. Damia menyetujuinya. Aku terasa sangat girang kerana Damia turut merestui hubungan kami dan setuju berkongsi kasih bersamaku.

Setelah bersedia, maka aku mulakan langkah kaki Ku menuju ke arah Gabriel yang sedang duduk bersantai mengadap matahari yang sedang terbenam.

"Hai, layan senja tak ajak aku sama ke?" ucapku menyapa Gab yang kelihatan seperti sedang mengelamun.


Antara Dua Dunia
Ep54

Dalam hati terasa sangat girang. Dua jiwa berjaya kutawan. Apatah lagi bila aku melihat kedua-duanya kelihatan saling menerima satu sama lain. Tapi, apakah ibuku akan mengizinkan semua ini terjadi?

Di puncak gunung, suhu sememangnya sangat sejuk. Setelah senja berlalu, malam pula menyusul tiba. Kami bertiga masuk ke dalam rumah kecil itu. Unggun api aku nyalakan untuk memanaskan badan. Manakala kedua mereka menyiapkan makan malam. Tiada makanan lain selain daging arnab yang aku tangkap siang tadi.

Aku mengambil kesempatan merehatkan diri. Sambil memerhatikan mereka berdua yang menyiapkan makanan. Masing-masingnya mereka berdua punyai kelebihan tersendiri. Kalau pasal cantik, kedua-duanya memang akan menyebabkan mata lelaki melekat memandang.

"Lepas ni kita bertiga berjumpa dengan ibu" ujarku mencelah kesibukan mereka berdua.

"Amanda takut ibu tidak merestui" luah Amanda spontan.

Aku faham dia meluah sedemikian kerana merasakan dirinya umpama orang ketiga.

"Tak pe, Damia akan cuba pujuk ibu andai dia membantahnya nanti" balas Damia seakan-akan bersemangat dimadukan.

Iyela, mana ada wanita sanggup berkongsi kasih. Tetapi kes ini berbeza, mereka berdua sememangnya dua sepupu yang sangat akrab dan saling memahami masing-masing. Malah mereka juga menyintai lelaki yang sama. Apakah kerana cinta itu buta menjadikan mereka merelakan hubungan kami tetap diteruskan?

Entahla, apa yang pasti keduanya aku sangat cintai. Aku tidak boleh kehilangan mereka. Kalau nak diungkapkan apa yang aku rasakan sekarang ini, pastinya perasaanku sedang berbunga-bunga. Sangat bahagia. Dalam masa yang sama, aku tidak mahu memikirkan masalah kehadapan yang bakal dihadapi.

"Macamana sekalipun, Gab akan usaha pujuk ibu merestui hubungan kita bertiga" ujarku cuba menenangkan jiwa Amanda.

"Eleh, kau tamak, nak dua-duanya, memang kau akan berusaha" balas Amanda.

"Habis tu, kau memang tak mau kat aku ke?" balasku pula sambil tersengih-sengih.

"Tu la pesal, macam tada laki lain kat dunia ni, aku pun heran kenapa kau juga yang kami berdua nak" ujar si Amanda lagi.

Damia hanya diam dan tersenyum mendengar dialog aku dan Amanda.

"Aku ni terkacak dan tertampan kot!" ujarku sengaja menyakatnya.

"Damia, pesal kau nak kat Gab ni?" tanya si Amanda mengajak Damia menyertai perbualan Kami.

"Dia comel kot..." balas Damia sambil menyerlahkan senyumannya mungkin terusik dengan perbualan kami.

"Kalau ibu tak bagi can nanti macam mana erk!" aku sengaja mengusik Amanda.

"Kalau tak bagi, kita bertiga kawin lari je la" balasnya sengaja.

"Kau setuju ke Dammy?" tanyaku mengusik Damia pula.

"Asalkan dapat bersama, aku setuju jer" balas Damia.
Tok! Tok! Tok! pintu rumah kecil itu diketuk dari luar.

Kami bertiga masing-masing tergamam tidak bersuara untuk memastikan apakah yang hadir mengetuk pintu tersebut.

Siapa pula itu? Setahu aku tiada sesiapapun tahu tentang tempat itu.


Antara Dua Dunia
Ep55

Sedang seronok bergurau dengan dua gadis bunian tersayang, bunyi ketukan pintu itu menyebabkan kesemuanya jadi senyap seketika. Siapa pulak yang mengetuk pintu ini? Takkan ada makhluk lain pula yang wujud sekitar ini. Aku dengan berhati-hati membuka pintunya untuk memastikan siapa gerangannya.

"Adehhhh.. adehhh sakittttt" aku menahan telingaku ditarik keras.

Ibuku tidak teragak-agak menarik telingaku setelah pintu itu kubuka. Macam mana ibu boleh tahu tempat ini? Bagaimanapun ibu menjelmakan dirinya dalam rupa makcik Kiah.

Tidak hanya dengan adanya ibu, lelaki yang terserempak denganku menuruni tangga dulu itu pun turut datang bersamanya. Sebiji macam Samuel. Apakah itu Samuel?

"Sakit la bu? Apa salah Gab?" tanyaku sambil cuba melepaskan telinga yang masih di genggam ibuku.

"Kau tanya lagi apa salah kau?" ujar ibuku.

"Ehhh, makcik Kiah!" ujar Damia.

"Sila duduk makcik" ujar si Amanda menjemput ibuku duduk.

Nasib baiklah mereka berdua menyambut ibuku dengan baik. Barulah ibu melepaskan telingaku.

"Sam ke ni?" tanyaku pada lelaki yang menyerupai Samuel itu sambil tanganku mengosok telinga yang kesakitan dicubit ibuku.

"Iya saya Sam, salam kenal" balasnya.

"Sam, awak buka cincin yang ada pada jemari awak tu, nescaya ingatan awak akan pulih" ujar Amanda padanya.

Amanda kenal Sam? Bila masa? Apa lagi benda yang aku tak tahu ni?

Sam menurut saja apa yang diperintahkan Amanda. Kelihatan Sam seperti orang yang mereng sekejap. Matanya bergerak ke kiri ke kanan ke atas ke bawah. Mengeletar seketika, seperti budak lelaki yang baru habis mengeluarkan air kecilnya. Dan kemudian matanya terkebil-kebil menatapku.

"Kau Gab kan? Gabriel?" tanya Sam padaku jelas dari sinar wajahnya seperti sedang melepaskan kerinduannya padaku dan lantas memelukku.

"Iya, kenapa dah dengan kau ni Sam?" tanyaku pada nya pula.

"Makcik Kiah ni bawak aku ke sini" ujarnya.

"Makcik Kiah! Hurmmm" balasku.

"Iya makcik Kiah lah bawa dia ke sini, untuk menuntut hak yang seharusnya dia dapat" ujar ibuku yang masih menjelmakan dirinya dalam keadaan menyerupai makcik Kiah.

Mendengar ucapan ibuku. Wajah Damia menjadi berubah. Apakah dia ada melakukan sesuatu yang salah?

"Ehhh jap, kau panggil makcik Kiah tadi apa Gab? Bu?" tanya si Sam.

"Iya dia ibuku" balasku spontan.

"Makcik Kiah ibu kau Gab?" tanya Damia pulak.

Dengan itu, ibu pun mengerakkan tangan dan jemari seperti sedang melakukan sesuatu. Eh macam mana nak jelaskan ya? Ala macam orang tengah menaip keyboard laptop. Lebih kurang gitula. Sambil badannya terapung sedikit di udara. Cahaya kuning keemasan menyelubunginya. Tidak lama cahaya itu menghilang. Ibuku menjelmakan dirinya yang sebenar.

Terlopong mulut si Sam dan Damia menyaksikan kejadian yang baru berlaku di depan mata mereka. Aku dan Amanda tidak heran kerana sudah mengetahuinya. Aku tidak tahu apakah Sam terlopong mulutnya kagum dengan apa yang sedang berlaku atau terlopong kerana melihat kecantikan ibuku.

"Makcik Sofea?" terungkap ucapan itu dari Damia.

"Iya makcik la ni Damia" balas ibuku.

"Macam mana ibu tahu tempat ini?" tanyaku ingin tahu.

Sam pulak mulutnya masih ternganga. Aku segera menepuk pipi Sam menyedarkannya. Jelas dia terpukau dengan aksi ibu sebentar tadi.

"Bu, macam mana ibu tahu tempat ini?" tanyaku masih tidak puas hati.

Seharusnya tiada siapa yang mengetahui tempat rahsia ini selain aku dan ayah. Aku dan ayahlah membina tempat ini dulu. Ibu tidak pernah tahu pun kewujudan tempat ini. Ini yang membuatkan aku sedikit musykil.


Antara Dua Dunia
Ep56

Aku dari kecil suka dengan seni bertukang. Iyela, ayahku seorang tukang kayu. Seni mengukir kayu, membuat perabot dan segala yang berkaitan dengan kayu adalah kemahiran ayahku. Dengan aku sekali juga terpengaruh dengannya. Oleh kerana melihat aku sangat berminat dengan seni pertukangan, ayah pun mengajak aku ke suatu tempat.

Pada masa tersebut aku tidak pernah mengenali apa itu portal. Apatah lagi membuka portal.
Ayah memanggilku rapat dengannya. Aku hanya mematuhinya sahaja. Cahaya kebiruan melingkari kami berdua. Bagaikan dalam mimpi, aku dan ayah sudah berada di tempat lain. Wah, aku kagum dengan kehebatan ayah.

Di situ adalah kawasan pergunungan. Di sekitarnya terdapat pokok pine, terdapat juga sungai jeram.

"Nak, kita jadikan tempat ini rahsia, kita akan bina rumah kecil di sini" ujar ayah padaku.

"Apa itu rahsia yah?" tanyaku tidak mengerti.

"Rahsia itu adalah sesuatu yang tidak boleh diketahui dan diceritakan pada orang lain" jelas ayah.

"Kalau macam tu, ibu pun tak boleh tahu juga la yah?" tanyaku lagi

"Iya, kira macam tu lah, mari kita mulakan membina sesuatu" balas tersenyum dan mendukungku.

Aku sangat teruja dengan idea ayah. Kami pun mula membina tempat itu seperti sebuah taman kecil. Bermula dengan mencari kayu yang sesuai kami berdua membina rangkanya terlebih dahulu. Setelah senja, aku dan ayah duduk menyaksikan matahari terbenam sebelum kami berdua pulang ke rumah.

"Gab suka tak dengan tempat ini?" tanya ayah.

"Suka! suka!" balasku dan melihat senyuman puas seorang ayah.

"Kalau suka, ingat pesanan ayah ni!" ujar ayah.

"Apa dia yah?" tanyaku ingin tahu.

"Tempat ini adalah rahsia kau dan ayah, hanya orang yang benar-benar kau cintai sahaja berhak berada di sini" jelas ayah.

"Apa itu cinta yah?" tanyaku jelas masih mentah dan tidak mengetahui apa-apa ketika itu.

"Apabila kita bersama dengan orang yang kita suka, dan dia membuat hati kita berdebar-debar malah kita rasa seronok dengan melakukan apa saja dengan dia, itulah yang dinamakan cinta" jelas ayah panjang lebar.

"Ayah suka ibu, ayah berdebar lah ya?" tanyaku menyakat ayahku.

"Itu sudah pasti, sebab itulah dia jadi ibumu" jelas ayah sambil tersenyum.

"Habis tu kenapa kita kena rahsiakan dari ibu tempat ini? Kan ayah cakap tadi kita hanya boleh bawa orang yang kita cintai ke sini?" tanyaku mempersoalkan perihal rahsia.

"Belum masanya lagi, ayah pasti akan bawa dia suatu hari nanti" balas ayah.

Rumah itu kami berdua persiapkan hari demi hari. Aku sangat seronok membinanya bersama ayah ketika itu. Ayah mengajarku banyak seni pertukangan. Akhirnya ia menjadi sebuah rumah yang lengkap dengan pelbagai perabot hasil tangan ayah dan aku.

Oleh kerana, aku dan ayah selalu melihat matahari terbenam bersama, aku berusaha membina bangku panjang menghadap ke matahari terbenam. Dan untuk yang itu, aku tidak mahu ayah membantuku. Aku menyiapkannya dengan titik peluhku sendiri. Akhirnya bangku itupun siap juga akhirnya walaupun ada ketidaksempurnaan karyaku, namun aku tetap berpuas hati.

Ayah juga tersenyum puas dengan hasil tanganku. Biarpun ada ketidaksempurnaan hasilnya. Dia tetap menyokong dan memujiku. Begitulah kasih sayang seorang ayah terhadap satu-satunya anaknya.


Antara Dua Dunia
Ep57


Ayah muncul di hadapan pintu. Agak lama juga aku tidak melihat ayahku. Setelah aku menjadi seorang guru, aku dan ayah jarang-jarang bertemu. Aku mengesyaki ayahlah yang membawa ibu ke sini. Seperti mana janjinya dulu, dia pasti membawa orang yang dia cintai ke sini.

Perwatakan ayah berbeza dengan ibu, dia seorang yang tenang dengan gaya rambutnya seperti seorang rockers panjang mengerbang. Badannya sasa, tampan lagi bergaya. Itulah ayahku.

"Ayah punya kerja la ni?" soalku pada ayah.

Ayah hanya tersenyum tidak membalas kata-kataku. Macam biasa berlagak cool orangnya.

"Kau ni, buat masalah Gab" ujar ibu merenung kepadaku.

"Apa salah Gab bu?" tanyaku tidak faham maksudnya.

Amanda dan Damia diam seribu bahasa. Hanya membiarkan aku dan ibuku bersoal jawab.

"Apa yang kau buat ni tiada maruah, menculik bakal isteri orang" balas ibuku.

"Bakal isteri siapa? Sam?" tanyaku membuatkan Samuel terpinga-pinga mendengarnya.

"Kalau iya kamu mahukan Damia, bukan begitu caranya nak" celah ayah.

"Tidak yah, Gab mencintai Damia seadanya, Gab takkan biarkan diri kehilangannya" balasku cuba mempertahankan hakku.

"Kalau ya pun, ambil dia dengan penuh maruah, bukan dengan cara melarikannya begini" tambah ayah lagi.

"Takkan Gab nak biarkan orang yang Gab cintai menikahi orang lain" aku tetap degil dengan kegoanku.

Paaaappppp.... Sedas aku kena dengan pelempang ibu.

"Ibu malu dengan sikapmu, baik kau minta maaf dengan jejaka ini" ujar ibu menunjuk ke arah Sam.

"Benar Gab, mempertahankan hak kita sekalipun kena ada maruah" ayah menambah lagi menyokong apa yang diucapkan ibu.

Apa aku perlu buat ni? Akukah yang bersalah? Ya, benar akulah bersalah, melarikan Damia dengan caraku yang tidak bermaruah. Tidak gentleman. Ikutkan memang aku merasa malu. Tamparan ibu membuatkan aku sedar.

Aku mendapatkan Samuel. Aku peluk tubuh sahabatku itu.

"Sam, aku minta maaf dengan perbuatanku melarikan Damia" ucapku ikhlas.

"Takpa Gab, Damia tu memang hak kau jangan risau Gab" balas Sam.

"Tapi... carikan aku jodoh dengan awek bunian Gab boleh....?" bisik Sam padaku.

Bisikkan Sam membuatkan aku geli hati. Sempat juga dia memasang hajatnya.

"Iya, Gab akan usahakan untuk kau Sam" balasku.

Sebenarnya aku rasa lega kerana sedar Sam bukanlah nak bersaing denganku.

"Yang itu pun ok juga kalau kau nak perkenalkan kepadaku" bisik Sam padaku sambil mulutnya muncung menunjuk kepada Amanda.

Haish dia ni. Amanda pula dia sasarkan.

"Itu pun tak boleh, itu aku punya juga, kalau kau betul-betul nak nanti saya tolong carikan yang lain" ujarku juga berbisik padanya.

"Biar betul kau ni Gab, itupun kau punya juga" bisik Sam lagi.

"Iya dua-dua tu aku punya" balasku.

"Haaaa, minta maaf apa macam tu siap berbisik-bisik" tegur ibuku.

"Takda apa makcik, saya dah maafkan Gab sepenuhnya, kami ni memang sahabat baik makcik kan Gab!" ujar Sam.

"Iya bu, kami memang sahabat pun" tambahku pula.

Ibu memandang ke arah Amanda. Amanda kelihatan rimas dengan pandangan ibuku.

"Macamana kau aturkan ni Amanda, kau rancang Sam ni jadi calon olok-olok, sedangkan kau tahu dia ni kawan Gab?" ujar ibuku.

Rancang? Apa benda ni? Amanda merancang?

"Amanda, apa maksud ibu ni?" ujarku menanyakan sesuatu yang aku tidak ketahui.

"Errrr...." itu sahaja yang keluar dari mulut Amanda.

"Biar Damia jelaskan" Damia mencelah.

Damia pun menceritakan perihal sebenar yang mereka berdua berkomplot dengan ibuku untuk mengenakan aku sambil membuktikan adakah benar aku ni mencintai Damia.

"Sampai hati korang menganayai gab gini, sedih tau" ujarku dengan wajah serius kononnya.

"Dah! tak payah nak berlakon depan ibu buat muka sedih tolol kau tu" celah ibu sekali lagi menarik telingaku.

Dalam masa yang sama aku memikirkan bagaimana menjelaskan bahawa Amanda juga adalah kekasihku. Kalau kantoi dengan ibu, mampus aku kena lagi la dengan ibu.


Antara Dua Dunia
Ep58

Makanan yang dihidangkan oleh Damia dan Amanda tadi pasti sudah kesejukan. Perut juga telah bergendang. Tapi cukup ke makanan tu untuk enam orang. Lantak jela. Aku memberi isyarat pada Amanda dan Damia akan perihal makan. Mereka berdua seolah memahami situasi.

"Oh ya... sejuk pulak makanan, mari semua jemput makan dulu" ujar Damia.
Serentak dengan itu, Amanda pun ke ruang dapur kecil itu dan menyediakan semula hidangan.

"Ayah pun ada bawa makanan tambahan ni" ujar ayah melegakan kami semua.
Terbaiklah ayah. Ayah jadi hero malam ni.

Kami semua pun bergerak ke ruang dapur tersebut. Duduk mengelilingi meja bulat. Aku tetap berada di tengah-tengah antara dua bungaku. Eceh. Sementara ayah turut memunggah makan dari beg yang di bawanya. Ayah pun semacam memahami keadan juga. Macam tahu-tahu je orang tua ni. Tu pasal aku sayang dengan ayah.

"Bu, Gab nak buat satu pengakuan lagi, tapi harap ibu tak marah ye?" ucapku sambil buat muka kesian pada ibu.

Dalam masa yang sama, Amanda mencubit pehaku. Sambil mengeleng-gelengkan kepalanya seolah tidak setuju dengan apa yang aku bakal luahkan.

"Apa lagi salah kau telah buat?" ibu membalas ucapanku dengan wajah serius.

Aduh, macam mana ni? Nak luahkan ke tak? Luah tak? Luah tak? Luah je la. Dari tadi asyik kena juga. Biarlah semua terungkap malam ni juga. Si Sam pula tersengih memandangku. Seakan dia tahu juga apa yang bermain dalam mindaku.

"Sebenarnya Gab dan Amanda sedang bercinta juga" ujar Damia selamba.

Belum sempat aku nak luah, Damia pula kantoikan. Air yang ibu minum tersembur keluar dari mulutnya. Nasib baik dia sempat memutarkan badannya ke arah lain sebelum tersembur pada makanan yang terhidang. Tapi, yang jadi mangsanya adalah ayah yang duduk di sebelahnya. Habis muka ayah kuyup basah penangan semburan tersebut.

Tapi ayah tetap tenang. Selamba ayah mengambil tisu mengelap wajahnya sendiri. Aku rasa nak tergelak, tapi aku tahan juga. Risau ibu mengamuk.

"Apa benda ni Gab? Betul ke apa yang Damia kata tu?" tanya ibu tanpa memperdulikan ayah yang masih sibuk mengelap wajahnya.

"Iya bu, Amanda pun kekasih gab juga" balasku tidak berselindung.
"Amanda, betul ke ni?" tanya ibu.

"Iya bu" hanya itu yang mampu terungkap oleh Amanda sambil menundukkan kepalanya tersipu malu.

"Sejak bila ni?" tanya ibu lagi.

"Dah la tu, tak elok merungut depan rezeki" celah ayah cuba meredakan ibuku.

"Iye la rezeki sangat, bapak dengan anak sama je perangai" balas ibu.

"Aik! Apa kaitan dengan aku pula?" balas ayah mempertahankan dirinya.

"Iye la, dah dia anak kau, sama la" tambah ibu.

"Habis tu, dia bukan anak kau?" ayah melawan.

Kami berempat pulak diam melihat drama ibu dan ayah.

"Amanda, Damia kau berdua sama suka dengan Gab ke?" tanya ibu mengabaikan dialognya dengan ayah.

Kedua-duanya menganggukkan kepala.

"Ahhh, sudah perangai kau ni sama macam bapak kau" ucap ibu.

"Aku lagi kena? Aku kan sayang kau sorang jer, mana ada wanita lain pun" ayah membalas ucapan ibu.

"Mana aku tahu dalam hati kau macam mana?" ujar ibu lagi.

Entah apa yang ibu geram sangat. Nak marah kat aku, ayah pula yang kena. Korang pun tahu kan, bab salah menyalahkan ni perempuan mana pernah kalah.

"Haaa, kau ni Gab betul ke kau nak memperisterikan mereka berdua ni? Kau tengok ibu kau sorang pun perangai macamana, inikan kau nak dua pulak, kesian betul la bapak tengok nak!nak!" ujar ayah berserta gelak tawanya mengenakan aku sambil menyindir ibuku.

"Mudahan ok je yah, kan Manda, kan Damia?" ujarku selamba sambil memandang ke arah Amanda dan Damia.

Serentak dengan itu, pehaku menjadi mangsa cubitan dari arah kiri dan kanan.

"Nak sangat kau Gab, itu baru permulaannya, berani buat berani la tanggung" ujar ayah sambil mentertawakan aku yang menahan sakit cubitan dari kedua gadis tersebut.


Antara Dua Dunia
Ep59

Setelah selesai makan, Damia dan Amanda mengemas semuanya bersama ibuku. Manakala, Aku ayah dan Sam melepak dan menikmati suasana terang bulan di luar. Kami bertiga duduk di bangku panjang.

"Apa rahsia kau boleh dapat dua gadis secantik itu Gab?" Sam membuka bicara di luar.
Sambil ayah pula menghidupkan unggun api untuk memanaskan badan. Setelah itu dia juga menyertai aku dan Sam.

"Entahla Sam, apa yang pasti aku mencintai kedua-duanya" balasku.

"Kau ni memang cari penyakit" ujar ayah.

"Macam mana cara nak tawan dua bunga ni yah, agar tak garang macam singa?" aku bertanya pada ayah.

"Ibu kau pun ayah payah nak kawal, ni kan nak bagi kau idea, yang kau mengada sampai dua sekali pesal?" ujar ayah.

"Kau ni memang hebat la Gab" ujar Sam, tidak pasti memuji atau memerliku.

"Aku sayang kedua-duanya yah, biarpun mereka macam tu, yang pasti keduanya tetap menyayangiku seadanya" ujarku.

"Orang perempuan ni memang macam tu, tapi ayah tidak pernah buat apa yang kau buat Gab, kau ni lagi nakal daripada ayah" ujar ayah pula.

"Tu la pesal, dengan Amanda dah lama gab menyukainya, dengan Damia pula jatuh hati pandang pertama dengannya dulu" luahku.

"Kau betul-betul nak keduanya? Tamak betul la anak aku ni, pilih la salah satu jer, berat beban kau kena galas nanti" ayah cuba menasihatiku.

"Gab tak boleh lepaskan mana-mana yah, duanya bagaikan penyinar hidup Gab sekarang" balasku lagi.

"Habis tu kau rasa mereka berdua dapat menerima satu sama lain ke?" tanya ayah padaku.
Sam hanya mendengar dialogku dengan ayah. Seperti budak-budak yang tekun memperlajari sesuatu.

"ikutkan kedua-duanya saling merestui sebenarnya yah" balasku yakin.

"Kalau itu kehendakmu nak, ayah tidak dapat menghalangnya, apa yang penting kau bahagia dan mampu membahagiakan keduanya" jelas ayah.

Dialah ayah yang sangat memahami perasaanku. Senyap-senyap ayah memang selalu menyokong apa saja tindakanku. Dia banyak memberikan aku kebebasan berfikir. Dia tidak pernah mengongkongku. Berbeza dengan ibu, kejap boleh kejap tak boleh.

"Ayah, rasanya ibu tu restui tak hubungan kami bertiga ni?" tanyaku ingin tahu pendapat seorang ayah.

"Ibu kau rasanya tak kesah kot, asalkan bukan ayah yang madukan dia" balas ayah sambil tergelak.

"Harap mereka berdua tu pandai menambat hati ibu" ujarku.

"Kau Sam, jangan buat macam kawan kau ni, ni namanya cari penyakit" ujar ayahku sambil memaling kepada Sam.

"Tak pakcik, kalau dapat satu cantik pun dah ok pakcik" balas Sam.

"Cantik itu bukan soalnya Sam, tetapi kesanggupan dia hidup menempuhi segalanya dengan kita, menerima kita seadanya, itulah yang kita mahukan, bukan suatu yang sempurna hanya pada mata" ujar ayah menasihati.

"Macam mana pulak kita nak tahu dia sanggup menempuhi semuanya dengan kita pakcik?" tanya Sam serius seperti mohon tunjuk ajar pula.

"Keindahan cinta itu biarlah semula jadi Sam, bukan dengan cara paksaan, biarkan ia hadir dengan keihlasan" tambah ayah.

"Ye la pakcik macam mana kita nak tahu cinta sebenar itu hadir?" tanya si Sam lagi.

"Ia bukan suatu yang mudah diajarkan, bila tiba waktunya kamu akan tahu saatnya apabila perasaan cinta sebenar itu hadir" jelas ayah lagi.

Kesian pula aku tengok si Sam. Dialah sahabat manusiaku yang paling rapat denganku. Teringin sangat dia memperisterikan gadis bunian. Aku pun tidak tahu bagaimana nak carikan untuknya. Sebab perasaan ini bukanlah suatu benda yang boleh dipaksa-paksa.

"Wei udah la melepak kat luar tu, sejuk angin malam" terdengar suara ibu terpekik dari depan pintu.

"Baik bu, kami nak masuk dah ni" balasku


Antara Dua Dunia
Ep60

Sesudah makan aku bersama dua gadis itu di ruang dapur membantu mereka mengemas apa yang perlu. Dengan itu, aku juga ingin mengenal dua gadis itu lebih rapat. Damia aku sudah tahu budi bicaranya, lembut dan lurus orangnya, lebih bersikap berterus-terang. Si Amanda ni juga sedikit aku fahami, sentiasa setia mendengar kata dan seorang yang sentiasa patuh.

Kedua-dua calon menantuku ini, punyai kelebihan. Pasal cantik atau tidak aku tidak kisah, bukan aku yang menikmatinya. Asalkan budi bicaranya menepati citarasaku sudah memadai. Tapi, keduanya gadis ini memang cantik, padan pun anakku Gab tidak dapat melepaskan keduanya.

"Ehhh bu, tak payah tolong kemas, biar kami berdua je buat" ujar Damia.

"Iya bu, ibu rehat jer, biar kami yang buat bu" ujar si Amanda pula.

Hurmmm, nak bodek aku la tu. Aku pun pernah jadi bakal menantu juga dulu. Tau la aku perangai bodek korang tu.

"Taknak, ibu juga makan tadi, jadi ibu juga mesti mengemas bersama" ujarku tegas sebenarnya nak melihat apa respon mereka berdua.

"Tak payah la bu, lagi ruang ni sempit untuk kita bertiga nak cuci" ujar Amanda.

"Nah, ibu rehat" ujar Damia menyerahkan minuman untukku.

Iye la tu, berlumba nak nampak calon terbaik la kononnya. Jap kau berdua. Aku test power. Aku nak lihat sejauh mana mereka sanggup menjadi menantu ibu mertua yang cerewet ni.

"Siapa di antara kau berdua paling sayang pada Gab?" tanyaku sengaja memprovokasi.

"Kami berdua sama-sama menyayangi Gab bu" balas Damia

"Iya bu, kami berdua sepakat menyayangi dia bersama" tambah Amanda pula.

Iya la tu! Semua yang dijawabnya elok-elok la pasal nak lulus ujian. Aku tau korang berdua ni tahu aku uji korang kan!

"Sapa yang akan melayani Gab dahulu? Gab hanya seorang jer? Faham maksud ibu?" tanyaku lagi.

"Bagi Damia, terserah pada Gab bu" balas Damia.

"Bagi Amanda, namanya pundah berkongsi kasih, jadi tidak kisah siapa yang akan bersamanya dahulu, yang penting Gab menyayangi kami berdua seadanya" jelas Amanda pula.

"Apa yang membuat kamu berdua sanggup berkongsi kasih?" tanyaku lagi.

"Tiada jawapan yang terbaik untuk soalan ibu, mungkin ada yang menganggap kami gadis yang bodoh kerana sanggup berkongsi kasih, tetapi apa yang kami nampak adalah keikhlasan dari Gab, dari sebagai sahabat sehinggalah menerima masing-masing seadanya" jelas Amanda.

"Lagi satu bu, tiada perempuan pun sanggup berkongsi kasih seperti ini, bukan soal berebut kasih sayang, kerana kami berdua mengerti Gab menyintaiku sebagaimana dia menyintai Amanda" ujar Damia pula.

"Benar bu, Amanda setuju, dari setiap kejadian dan peristiwa yang kami lalui, ia telah banyak membuktikan Gab boleh membahagiakan kami" tambah Amanda.

"Lagipun, dari dulu lagi Gab mengenali kami berdua sebatang kara, dan dia tidak pernah berhenti menjaga kami bu" tambah Damia pula.

"Sebatang kara? Maksudnya" tanyaku ingin tahu penjelasan lanjut.

Mereka berdua pun menceritakan serba sedikit kisah silam mereka yang hanya dijaga oleh makcik mereka yang bernama Needa. Aku terasa simpati dengan nasib yang dilalui oleh mereka. sebagai seorang ibu, rasanya aku dapat merestui keduanya andai itu sememangnya pilihan hidup bersama puteraku.

Aku percaya mereka berdua bersungguh menyintai Gab. Dan bukannya mengejar cintanya. Apa yang mereka lihat adalah kasih sayang dari puteraku. Lantak kau la Gab. Itu sudah pilihan kau. Jika benar mereka berdua memang ikhlas, itu adalah ketentuan takdir untukmu.

Aku pula baru menyedari mereka adalah sepupu setelah mereka berdua menjelaskannya. Bukan senang nak terima dua menantu sekaligus. Aku sebagai seornag ibu juga kena berlaku adil kepada kedua-dua bakal menantuku ini. Apapun dari dulu aku memang menyukainya.

Sebenarnya, naluri ku sebagai seorang ibu sudah perasan lama, dengan cara Amanda memandang puteraku memang semacam pandangannya penuh kasih sayang terhadapnya. Tak usahkan Damia, sememangnya ku tahu memeng bercinta dengan Gab. Maka benarlah kata naluriku gadis bernama Amanda ini menyimpan perasaan yang membuak terhadap puteraku.

"Sejak bila Amanda menyukai Gab sebenarnya?" tanyaku inginkan kepastian.

"Dari bangku sekolah lagi, Amanda memang menyukai Gab bu, tapi setelah dia melihat Damia bercinta dengan Gab, Amanda mengalah bu" jelas Damia.

"Setelah tahu kebenarnya, Damia sebenarnya ingin mengundur diri, tapi Amanda tetap mahukan mereka berdua bersama, bagi Amanda sudah cukup mendengar luahan Gab pernah menyintai Amanda" jelas Amanda pula.

"Sah korang bertiga ni tengah mabuk bercinta, ibu tidak kesah, tapi asalkan kau berdua tidak berputus asa meneruskan kehidupan bersamanya nanti" jelasku.

Aku menerima keduanya dengan hati terbuka. Harap mereka bertiga saling menyayangi. Aku sendiri tidak pernah melalui seperti kisah mereka bertiga. Kalau aku, memang tak sanggup bermadu. Berani bapaknya nak buat pasal dengan perempuan bernama Sofea ni? Inilah pandangan jujurku, jangan buat masalah lepas ni dah. 'Jangan angat-angat tahi ayam' pula dah.


Antara Dua Dunia
Ep61

Sebagai seorang pemenang, sudah tentu hati girang dan rasa senang. Dua bunga sudah tertawan. Berharap mendapat restu dari ibu pula. Ayah tidak membantah, banyak pula memberi kata nasihat. Benar ia adalah gaya kehidupan pilihanku, namun aku perlu menghormati pandangan dan keputusan orang tua ku jua.

Malam semakin larut. Semuanya sudah berada dalam rumah kecil hasil binaan aku dengan ayah. Kami bertiga, ayah aku dan Sam akan tidur di ruang tamu, manakala ibuku bersama dua pujaan hatiku di dalam bilik tidur. Aku tahu mana mungkin ibu memberi aku peluang untuk mendekati mereka.

"Dah lewat, pergi tidur" ujar ibuku.

"Gab tidur kat mana bu?" sengaja aku menyakat orang tua tu biarpun jawapannya sudah pasti.

Mata ibu terjengil mendengar ucapanku. Tapi aku tetap membuat sengihan nakal sambil melirik ke arah bunga-bungaku. Mereka berdua hanya tersenyum.

"Tak usah nak mengada, selagi kau tidak berkahwin dengan mereka ibu akan tolong kau jaga, sehingga harinya tiba" ujar ibu tegas.

"Kau ni, dah tahu tak boleh tanya lagi kat ibu kau yang garang tu" ujar ayah.

"Garang-garang pun ayah sayang juga kan?" aku sengaja menyakat ayah.

"Dah dia ibu kau, kena la sayang" balas ayah bersahaja.

"Gab, boleh tolong tak?" Sam membisik padaku.

"Ini mesti nak cari jodoh bunian kan?" usik ku pada Sam.

"Hehehe... lebih kurang la" balas Sam.

"Nantikan, kita dua jemput mereka bertiga datang sini sekali, tapi syaratnya Sam jangan bocorkan pada mereka dulu" ujarku teringat akan tiga lagi sahabat kami yakni Mike, Phil dan John.

"Takpe ke dorang datang sini?" tanya Sam.

"Ye la majlis kahwin nanti tak seronok pula tanpa dorang, tapi lepas tu dorang ingatan terhadap alam ini perlu dijadikan seperti alam mimpi sahaja" jelasku.

"O begitu, habis tu Sam nanti macam mana kena buang juga ingatan ke?" tanya Sam risau dia pun perlu dihilangkan ingatan terhadap alam bunian.

"Kau istimewa, sahabat terbaik aku ada, kalau kau nak menetap di sini pun boleh" ujarku membuat sahabatku itu menunjukkan wajah teruja dan girang.

Ayah sudah lama berdengkur. Macam biasa la ayah tu, sentiasa tenang. Bila perlu rehat, selambanya dia menutup matanya untuk tidur.

"Nak tu memang nak la Gab, tapi orang tua aku kat sana macam mana?" tanya Sam.

"Kata nak kahwin dengan awek bunian, lepas tu tak mau tinggal kat sini pulak" ujarku.

"Ya la, nak memang nak, kalau aku bawa awek bunian ke dunia manusia macaman pulak?" tanya dia lagi.

"Aku nasihatkan kau, kalau kau bawa tinggal di sana, ada ramai yang nak kat awek bunian kau tu nanti, kang kau jadi cemburu pulak" ujarku.

"Ye tak ye juga, ada ke awek bunian mau kat aku ni Sam?" tanya Sam lagi.

"Masa majlis kahwin aku nanti pandai-pandai la ngorat" cadangku pada dia.

"Tak yakin la Gab, aku bukannya tampan macam kau" ujarnya merendahkan diri pulak.

"Awek bunian ni, bukan dia tengok kau tampan ke tak? Kau tengok rupa ayahku, macam tongkang pecah pun ibuku mahu tau" ujarku memebrikan dia semangat.
Kukkkkkk! Kepala ku kena ketuk dengan ayah.

"Ayah tak tidur lagi ke? Ingatkan dah sampai mana alam mimpi tu tadi" ujarku menyakat ayah.

"Kau ingat aku tak dengar ke kau kutuk ayah tadi? Dah pergi tidur, membising jer" ujar ayah.

Biarpun ayah menegur untuk tidur, aku dan Sam terus bersembang. Sampai jam berapa tak tahu. Tahu-tahu dah terlelap.


Antara Dua Dunia
Ep62

Sejuk betul cuaca, aku bertarik-tarik selimut dengan Sam semalaman. Mana tak sejuk, puncak gunung. Sedar tak sedar pula, cahaya matahari sudah menembusi ruang-ruang dinding yang tidak rapat menandakan pagi sudah menyapa. Dengan berat juga aku terpaksa merelakan anak mataku menerima kehadiran cahaya.

"Bangun-bangun, pergi mandi lepas tu sarapan" kedengaran suara ibu terpekik di pagi itu.

Aku pun bangun juga. Kulihatan semua sudah siap terjaga, tinggal aku yang masih duduk berbungkus selimut. Segera aku bangkit, kalau tak jadi bahan amukkan ibu pula. Aku bersiap mandi semua. Selesai, aku menyertai sarapan di meja bulat. Kali ini, tempat duduk diambil oleh ibu, tinggal sebiji kerusi kayu di antara Sam dan Ayah yang kosong. Hampeh, ingatkan nak duduk bersebelahan dengan bunga-bungaku.

"Mulai hari ini, Gab tidak lagi boleh bersama Amanda dan Damia, dari sini ibu akan jaga" ujar ibu.

"Sembang pun tak boleh ke bu?" tanyaku.

Kuuukkkkkk! Kepala ku kena lagi dengan ayah.

"Ibu kata tak boleh, tak boleh, kau buat persiapan majlis dengan ayah kau" ujar ibu lagi.

Dah nampak depan mata, pun tak boleh lepaskan rindu. Rasa tercabar juga dengan peraturan ibu ni. Takkan sembang pun tak boleh juga.

"Kau berdua pun sama, sapa kantoi curi-curi merapat dengan Gab sebelum waktunya, ibu tolak dari jadi menantu ibu" tegas ibu lagi pada bakal menantunya.

"Bu, guna bahasa isyarat boleh kan?" aku sengaja cari nahas menyakat ibu.

Kukkkkkkkk! Lagi kena pula dengan ayah. Ai ai, sefahaman pula orang tua aku ni.

"Sekarang boleh ke Gab bersembang dengan dorang bu?" aku dah tak tahan nak menyembang dengan bunga-bungaku.

"Hanya hari ini jer" tegas ibu.

"Yeahhhh, Manda! Damia! jom ikut Gab jap!" ajakku pada dua bungaku sambil berdiri terus.
Badan aku direntap ayah sampai terduduk balik atas kerusi.

"Kalau nak nyembang dengan mereka berdua, tak boleh bersendirian, kena depan ibu" tegas ibu lagi.

"Merapu la ibu ni, dengan bakal bini pun tak boleh nak nyembang, tak leh nak jumpa" bantahku geram dengan peraturan ibu.

Kukkkkk! Lagi kena dengan ayah. Dah tiga kali sepagi ni. Kalau sepetang sehari ini, boleh pergi rumah rawatan gamaknya.

"Kau betul nak kahwin dengan mereka berdua? Kalau betul patuhi peraturan ini" tegas ibu.
"Iyela, iyela Gab ikut" balasku pasrah.

Damia dan Amanda hanya diam dan tersenyum. Malah nakal lagi dengan menunjukkan penumbuk bersama ibu jari mendongak ke atas. Hampeh betul.

"Korang berdua tak rindu nak bertigaan ke?" perliku.

Mereka berdua hanya tersenyum seperti gadis bisu tidak berkata apa-apa. Entah apa ibuku dah buat dan atur dengan dua minah ni?

Dorang seakan akur dan patuh pada ibu. Aku pula yang rasa terseksa.

Aku akur. Tapi dalam hati geram. Aku pun buat-buat bisu juga sehingga selesai sarapan.
 Nasib baik ada Sam, tidaklah aku kesunyian sangat. Sam pun Sam lah. Ehhhh ehhh, bukan nak jalin hubungan sejenis tau! Kita sahabat la.


Antara Dua Dunia
Ep63

Rasanya boleh gila aku kalau terus macam ni. Nak nyembang dengan bunga-bungaku pun tiada privasi. Waktu macam ni juga rasa nak bermanja dengan keduanya. Semakin terhalang semakin tinggi pula keinginan menghampiri mereka berdua.

Tempat ini bukan lagi akan menjadi tempat rahsia lagi lepasni. Aku berniat untuk menambahbaikan menyediakannya menjadi rumah yang sesuai untuk dihuni kami bertiga kelak. Dengan itu, tidak berselindung aku minta ayah membantuku menguruskan kerja penaik taraf dan juga persediaan untuk majlis perkahwinan nanti.

Dalam masa yang sama, aku mengajak Sam juga terlibat sama. Maka ada juga temanku. Bukannya aku tiada teman bunian yang lain. Mereka ramai juga, tapi aku lebih selesa dengan Samuel. Dia boleh ku gelar sebagai sahabat kelas pertama di hatiku. Walaupun kami belum kenal lama, tapi tampaknya dialah teman berbangsa manusia yang terbaik selalu membelaku apabila diusik teman lain dulu.

Aku mengajak Sam pergi masuk ke bilik khasku, di situ segala set pertukangan aku dan ayah tersimpan. Termasuklah segala portfolio rekabentuk rumah idaman. Dia kagum dengan isi bilik tersebut, macam-macam ada tersimpan dalam tu. Aku bagi dia peluang memilih apa yang dia berkenan. Seronok juga melihat ragam dia memilihnya. Pelbagai peralatan unik yang dia tak pernah nampak.

"Kau pilih la apa kau nak, nanti aku mungkin nak kosongkan bilik ini" ujarku pada Sam.

"Rambang pulak mata aku melihat semua ni, kalau aku ambik semua kau bagi tak?" ujarnya membuatkan aku tergelak.

"Dengan syarat kau memperisterikan awek bunian dan kau akan perlukannya untuk bina mahligai kau kelak" balasku.

"Betul ni? Ehhh tertamak pulak aku eh!" ujarnya mengakui diri tamak

Barang semua tu aku nak simpan buat apa? Menyemak je nanti. Kalau dia betul nak guna nanti, semuanya aku bagi kat dia untuk kemudahan buatnya nanti. Mana tahu dia betul-betul memperisterikan awek bunian.

Ibuku dengan bunga-bungaku entah buat apa dari tadi. Aku dengar mereka bersembang di bilik sebelah. Tapi suaranya tidak berapa jelas. Entah apa pulak yang ibu rancangkan? Lantak kau lah bu, janji ibu izinkan aku menikah kedua-duanya sekali dah la.

Ermm tak tahan pulak nak jenguk Damian dan Amanda. Aku meninggalkan Sam yang sedang melihat mesin-mesin yang ada dalam bilik itu. Aku melangkah ke depan pintu bilik sebelah.
Tok! Tok! Tok! Pintu itu ku ketuk sebanyak tiga kali.

Punya semangat nak jumpa dan tengok wajah-wajah bungaku. Aku menunggu respon dari dalam penuh sabar. Akhirnya pintu itu terbuka.

"Ha Gab nak apa?" ujar ibuku yang berdiri tercengang depan pintu.

"Gab nak jumpa mereka berdua boleh?" pintaku pada ibu.

"Boleh, 5 minit jer" ujar ibu memberi sedikit ruang.

Kemudian ibu pun keluar dari bilik tersebut. Aku pun masuk ke dalam dan menutup pintu. Wah, keduanya meluru ke arahku. Dan kedua-duanya ku peluk rapat.

"Tau juga kau berdua rindu kat aku ye!" ujarku dan senyum penuh bangga.

"Ye la, dah ibu buat macam tu, kawal pergerakan kita semua terasa nak dekat pula" balas Damia.

"Dapat peluk macam ni rasa macam dalam mimpi pulak" balas Amanda pulak.

Meremang bulu romaku. Bungaku memelukku bersama. Wanginya. Aku pulak tak tahu nak padang pada siapa, dua-duanya depan aku sekarang. Cukup la rasa melepaskan kerinduan dengan cara berpeluk begini. Mereka keduanya mengambil kesampatan mencium pipiku. Wow... meremang wei.

"Apa yang ibu sembang dengan kau berdua dari tadi?" tanyaku.

"Ibu Gab terbaikla, dia cakap dah mula anggap kami berdua bagaikan anak perempuannya, sebab dia kata tiada anak perempuan" ujar Amanda.

"Dia bagi kami berdua bermanja, siap baring atas riba ibu, dia layan kami betul-betul macam anak perempuan dia, siap belai rambut lagi" tambah Damia.

"Begini rasanya kasih sayang seorang ibu kan Damia?" ujar Amanda yang kulihat sudah mengeluarkan airmatanya.

Kurasakan itu mungkin kerana selama ini mereka berdua tidak pernah menikmati kasih sayang ibu dan ayah. Mereka berduanya terus bersama menumpahkan titisan mutiara berharga. Drama pulak bunga-bungaku ini. Aku menyandarkan kepala keduanya pada bahu ku untuk menenangkan mereka berdua.

"Wei, masa dah cukup, cepat keluar" ujar ibu dari luar.

Keduanya pulak seperti tidak mahu melepaskanku. Tapi akhirnya pelukan bertiga itu terpaksa disuraikan. Apa sekalipun, kami perlu menghormati peraturan ibu. Walaupun sering membantahnya, aku tahu, ibu punyai alasan dia tersendiri demi kebaikan semua.


Antara Dua Dunia
Ep64

Persiapan majlis perkahwinan telah hampir selesai. Aku pula sudah beberapa Hari tidak bertemu dengan bunga-bungaku. Kerinduan pada mereka berdua membuak-buak. Sepanjang persiapan tersebut, ibu tidak memberikan aku peluang menemui mereka.

Semua warga bunian yang berkenaan telahpun diundang. Saudara mara rakan taulan semuanya dijemput khas.

"Sam, jom kita ke alam manusia mencari tiga sahabat kita" ujarku pada Sam awal pagi tersebut.

"Kita cari Mike dan Phil dulu la kot!" balas Sam memberi idea.

"Ya, John kita minta mereka hubungi kemudian kan!" ujarku menyetujuinya.

Aku membawa Sam ke tempat di mana aku selalu membuka portal. Sam hanya menurutiku. Aku pasti dia yakin dengan apa yang aku lakukan. Setiba di tempat tersebut, aku mulakan membuka portal. Cahaya kebiruan melingkari aku dan Sam.

Beberapa ketika, kami pun muncul di alam manusia.

"Apa la kau ni Gab, kalau ya pun jangan la landing kat longkang" ujar Sam merungut kerana kakinya masuk ke dalam longkang.

Aku tidak mampu menahan tergelak pada apa yang terjadi pada Sam. Aku tak tahu mengapa portal masuk ke alam manusia pasti tepi longkang tu? Teringat pada Amanda pun kena sama juga dulu.

"Maaf kawan, tetapan bearing landing tu selalu error, lupa pulak nak bagitau kau perlu rapat-rapat denganku tadi" ujarku sambil menghulurkan tangan untuk menarik keluar Sam dari longkang.

"Kan dah membusuk kaki aku ni" ujar Sam merungut lagi.

"Santai kawan, nanti cuci la" ujarku sambil masih lagi mentertawakannya.

Setelah membiarkan Sam membasuh kakinya, kami terus menghala ke rumah sewa Mike dan Phil. Berharap mudahan mereka ada di sana.

Berapa ketika, kami berdua pun sampai. Pintu rumah diketuk. Tuan Rumah menyambut kedatangan kami berdua. Kelihatan si Phil yang hanya memakai seluar pendek menjemput kami berdua masuk.

Apa yang pasti, Phil hanya mengenali Sam saja. Dari cara dia memandangku nampak sangat dia tertanya siapa aku.

"Mana Mike?" tanya Sam.

"Mike kat bilik dia, siapa ni Sam?" tanya Phil.

"Kau panggil Mike keluar, nanti kau berdua tahula siapa dia" ujar Sam.

Phil segera menuju ke bilik Mike. Manakala kami berdua duduk di ruang tamu rumah sewa bujang tersebut. Beberapa ketika, Phil kembali bersama Mike.

"Hi, Mike" sapaku.

"Hi, tapi maaf siapa dia ni Sam?" tanya Mike tergaru kepala yang tidak gatal semestinya.

"Phil, Mike tanggalkan cincin permata yang ada pada jari kau berdua tu dulu" ujarku.

Mereka berdua pun melihat jari masing-masing yang ternyata ada cincin permata. Tidak berfikir panjang keduanya menanggalkan cincin permata tersebut. Dengan segera, mereka mengalami seperti yang telah berlaku pada Sam sebelum ini. Mengeletar, meremang seperti anak kecil baru melepaskan air kencing.

Terlopong keduanya memandang ke arahku.

"Gab ni kan? Gabriel kan?" ujar Mike.

"Sah, Gab la ni" ujar Phil yang pasti sudah mendapat ingatan pasal diriku.


Antara Dua Dunia
Ep65

Barulah kedua-duanya sahabatnya itu teringat akan peristiwa mereka mencari Gab yang hilang di hutan. Mereka berdua tidak teragak-agak memeluk Gab. Melepaskan kerinduan masing-masing. Keseronokan bersahabat dan kembara mereka menjelajah hutan menjadi topik bualan.

"Kemana kau menghilang selama ni Gab?" ujar Mike.

"Panjang ceritanya, biar dia sendiri pendekannya" celah Sam.

"Gab adalah warga bunian sebenarnya" ujarku berterus terang.

"Bunian?" ucap Phil dengan dahi berkerut.

"Ya, Gab adalah orang bunian, kami berdua datang nak jemput korang bertiga ke majlis perkahwinan Gab di alam sana" jelas Sam.

"Kau merepek apa ni Sam? Tak usah la nak main troll mentroll ni lah" ujar Mike pasti Masih belum mempercayai penjelasan Sam.

"Takpe lah, macam ni kita panggil John datang ke sini dan bawa pakaian untuk ke majlis perkahwinan" ujarku.

"Sudah-sudah la korang merepek" ujar Mike lagi.

"Mike, aku rasa benda ni betul-betul la, kau tengok lepas buka cincin kita berdua terus dapat mengecam siapa Gab" ujar Phil.

"Wei, korang nak tahu! Gab akan mengahwini dua isteri terus tau" tambah Sam mengempakkan lagi suasana.

"Iye ke? Biar betul kau ni Gab!" ujar si Mike dengan wajah terkejutnya.

"Betul la tu" balasku malas nak menjelaskan lanjut.

"John, kau kat mana? Wei kau packing barang dan pakaian untuk ke majlis perkahwinan?" ujar Phil yang berjaya membuat panggilan telefon dan tetapan pada suara dibesarkannya.

"Sapa yang kahwin?" tanya John.

"Sahabat kita Gab la" jelas Phil.

"Gab mana? Mana ada Kita kenalan rapat nama Gab?" balas John.

"Suruh dia buka cincin permata kat jari dia tu dulu" ujar Sam mencelah.

"John, kau lihat jari kau sekarang, ada cincin kan! Kau tanggalkan semua jer cincin yang ada pada jari kau tu!" ujar Phil.

"A..ahh, ada cincin, pehal pulak!" balas John.

"Orang cakap buka, tu buka je la, nanti kau tau la" tambah Phil.

"Ye la, ye la... orang tengah buka la ni" balas John.

Tidak lama selepas itu, dia diam seketika.

"Kau cakap apa tadi?" Kedengaran suara John kembali

"Gab, sahabat kita akan melangsungkan perkahwinan, dia jemput kita ke sana, kau bawa la pakaian yang sesuai datang ke sini, flight tengah menunggu ni!" jelas Phil panjang lebar.

"Iye, iye saya ingat dah Gab, kejap saya berkemas dulu, saya datang" balas John.

Kita tinggalkan topik berkenan John. Biar dia berkemas dan datang kemari. Sementara menunggu John kami berempat pun bersembang.

"Serius ke kau orang bunian Gab?" tanya Mike inginkan kepastian.

"Iya Mike, Gab nak jemput korang hadiri majlis Gab kat Sana" balasku.

"Macam mana kita ke sana? Pakai kenderaan apa?" tanya Si Phil pula.

"Takpa, korang berkemas jer dulu, ikut saja lepas ni" tambahku lagi.


Antara Dua Dunia
Ep66

Setelah John tiba di situ, kami semua segera mencari tempat yang sesuai untuk membuka portal ke alam bunian. Kelihatan sahabat-sahabatku begitu teruja dengan apa bakal terjadi.

"Korang dah bersedia? Berdiri rapat-rapat, pastikan berada dalam lingkaran biru tu nanti" ujarku memaklumkan pada para sahabat.

"Kena rapat dalam lingkaran, kalau tangan terkeluar dari lingkaran takut kat sana tiada tangan pulak" tambah Sam menyakat mereka bertiga.

Wajah mereka bertiga pucat semacam. Kecut perut barangkali mendengar kata-kata si Sam. Ada yang menelan liur basi, kerana resah.

"Jangan risau, tiada apa akan berlaku, kita cuma seperti proses teleport jer dari suatu tempat ke suatu tempat" ujarku tidak mahu memomokkan situasi.

Barulah mereka bertiga nampak tenang sedikit.

Cahaya kebiruan mulai menghilang kami semua. Kulihat Phil memejamkan matanya. Masih cemas agaknya. Beberapa ketika kami sudah berada di alam bunian.

"Kau ni Gab, landing tak pernah cun, hari tu kat longkang, kali ini kat sungai pulak" ujar Sam.

"Entahla, ilmu buka portal aku tak masteri sepenuhnya lagi kot" balasku merendah diri.

Habis basah kaki seluar kami semua.

"Ha, dengar tu! Gab ngaku tak masteri lagi, cek anggota badan korang, takut-takut ada yang tertinggal" Sam menyakat lagi.

Apa lagi mereka bertiga mengelabah memastikan anggota badan tidak menghilang. Nakal Sam mengusik. Mentang-mentang mereka datang buat kali pertama.

"Tempat apa ni Gab?" tanya Mike.

"Sini tempat rahsia Gab, tapi kini tak rahsia sangat dah" balasku.

"Gab, ibu kau landing elok kat kawasan yang cun, kau landing merapu jer" ujar Sam.

"Berani kau kutuk aku Sam? Kang aku tak mau tolong nanti...haaa" ujarku sengaja mengusiknya.

Dia tersengih sambil menyatukan dua telapak tangannya mengerakkan tubuhnya tunduk sebagai tanda minta maafla konon.

Aku mengajak mereka pergi ke rumah kecilku dulu yang kini sudahpun dinaiktaraf menjadi lebih besar. Mereka bertiga memang nampak terpinga-pinga melihat sekeliling, yang pada mereka mungkin nampak asing.


Antara Dua Dunia
Ep67

Suasana sekitar rumahku, sudah mula nampak meriah. Tetamu dan saudara mara sudah ramai yang tiba. Kelibat bunga-bungaku masih belum kelihatan. Aku akur ibu menyekat aku dari bertemu mereka buat masa ini. Jadi aku hanya melakukan apa yang aku rasa perlu sahaja buat masa ni.

"Jom masuk ke dalam, tapi maaf kawan-kawan, kena berkongsi bilik la" ujarku seraya menjemput mereka masuk.

Kebetulan ibu ada di depan pintu mungkin nak tengok-tengok persiapan majlis kali.
"Mana kau pergi Gab? Siapa mereka ni?" ujar ibu.

"Mereka ni semua teman Gab dari alam manusia bu, Gab jemput khas mereka meraikan bersama" jelasku.

"Owh, ini ibu tak cam, ini Mike, ini Phil kannn!" ujar ibu setelah memerhatikan siapa yang bersamaku.

"Ini John teman Gab juga bu" perkenalku John kepada ibu kerana mungkin dia tidak pernah nampak John sebelum ini.

"Macamana ibu Gab kenal kami" tanya Mike rasa pelik kerana dia tidak pernah melihat rupa ibuku yang sebenarnya sebelum ini.

"Ni la makcik Kiah yang sebenarnya" ujar Sam.

"Ni makcik Kiah? Betul ni? Bukan makcik Kiah ni lain ke wajahnya" soal Mike lantang.
"Makcik adalah ibu Gab, panggil jer makcik Sofea, makcik Kiah tu jelmaan rupa manusia makcik" jelas ibuku.

"Oooo... patutlah makcik boleh cam kami" balas Mike.

"Selamat datang ke alam bunian ye" ucap ibuku sambil melebarkan senyumannya tanda mengalu-alukan tetamu.

"Gilaaa muda dan cantiklah makcik Kiah kat sini" kedengaran Phil berbisik pada Mike.
Ibuku hanya tersenyum mendengar pujian Phil.

"Dah, jom Gab tunjukkan bilik untuk korang" celahku mempelawa mereka masuk.

"Jangan segan ya, perlukan apa-apa boleh bagitau makcik Kiah ye" ujar ibuku.

Kami semua pun melangkah ke dalam rumah. Aku tunjukkan bilik mereka. Dalam bilik itu, ada dua katil dan kelengkapan keperluan lain. Dan sememangnya bilik untuk tetamu.

"Korang berehat dulu, kalau nak tengok suasana kat luar tu pun boleh juga, jangan segan ya" ujarku.

Sebenarnya aku tercari-cari bunga-bungaku Damia dan Amanda. Ahhh, makin dihalang ibuku makin ingin pula aku nak mendekati mereka. Bagaimana agaknya mereka berdua berpakaian pengantin.

Petang ini adalah majlis persandingan pengantin. Malam nanti merupakan pesta makan-makan dan tari menari. Sebagai meraikan pengantin. Berdebar juga rasanya.

"Bu, Gab nak jumpa Damia dan Amanda boleh tak?" pintaku pada ibu.

"Kan ibu dah cakap, tak boleh! Jadi memang tak boleh lah" tegas ibu.

"Ala ibu ni, kejappppp jerrr bu" mohonku lagi walaupun aku tahu jawapan ibu.

"Baik kau pergi bersiap, tukar pakaian tu, pasal mereka berdua biar ibu uruskan" ujar ibu sambil memberi isyarat supaya aku pergi bersiap.


Antara Dua Dunia
Ep68

Suasana petang itu semakin meriah. Persiapan boleh dikatakan sudah sedia sepenuhnya. Khemah serba memutih dihiaskan dengan pelbagai bungaan menceriakan persekitarannya.
Aku sudah bersiap dengan pakaian tradisional bunianku. Pakaian serba kehijauan bersulam warna putih suci. Di atas kepalaku hiasan mahkota berbentuk cincin berwarna keemasan dan ditengah-tengahnya dihias dengan permata.

Terasa debarannya, majlis perkahwinanku akan menjelang tiba. Majlis perkahwinan tanpa raptai ini memang unik, semuanya akan berlaku secara spontan. Makanya kita perlu jadi diri sendiri sepenuhnya.

Semua para tetamu sudah bersedia duduk di tempat masing-masing. Aku menunggu di posisiku di pentas utama. Ku lihat kerusi yang bakal menjadi tempatku dikepit dua lagi kerusi. Sah, keduanya adalah tempat bunga-bungaku.

Teringat zaman semasa masih kanak-kanak lagi, aku selalu juga menghadiri majlis perkahwinan orang lain. Pelbagai ragam majlis dijayakan dengan kaedah dan cara tersendiri. Tiada protokol yang mengikatnya.

Pernah juga aku melihat persandingan seorang pengantin lelaki bersama tiga isteri sekaligus. Mereka tampak bahagia. Namun, tidak pernah pula aku melihat pengantin lelaki lebih dari seorang. Setakat ini, lelaki lebih berhak memiliki lebih dari seorang isteri. Kalau situasi, sepasang pasangan itu, ia adalah normal.

Makanya, aku bukanlah orang bunian pertama yang akan melangsungkan perkahwinan bersama dua isteri sekaligus. Jadi aku tidaklah kekok dengan situasi ini. Cuma debarannya tetap ada.

Muzik dibunyikan. Tandanya aku perlu bersedia menerima pengantinku. Terpacak bersama di sebelahku adalah seorang lelaki tua berjambang putih berpakaian berjubah putih berserta tongkat kayu juga berwarna putih. Dia kiranya melaksanakan tugas umpama tok kadi atau paderi yang menikahkan setiap pasangan secara rasminya.

Kulihat Damia dan Amanda bersama seorang wanita ditengahnya yang tidak aku kenali. Mereka menuju ke arahku. Berdebar sungguh jantungku ketika ini. Semakin mereka mendekat semakin kuat pula degupan jantungku.

Kedua-dua bungaku, memakai pakaian pengantin putih bersulam kehijauan yang serba ringkas. Di atas kepala juga sama dihiasi makhkota. Wajah keduanya tanpa solekan, wajah asli mereka. Aduhai memang sama cantik. Padanlah aku mencintai keduanya.

Sebenarnya bukan kecantikanlah pilihan utamaku. Tapi bagaimana mereka berdua memahami perasaan dan persahabatan kami bertiga. Itulah yang menjadi punca kenapa aku memilih mereka. Kalau nak pilih yang lain juga banyak yang cantik, tapi keserasian pengalaman yang lebih menepati citarasa ia adalah suatu yang berbeza.
Keduanya sentiasa senyum menunjukkan mereka berdua juga sedang melalui perasaan debaran dan keterujaan yang sama sepertiku.


Antara Dua Dunia
Ep69

Tepukkan gemuruh dari semua tetamu menambah lagi rasa gemuruh yang ada. Namun tetap berlagak tenang. Dalam hati, hanya diri yang tahu. Aku hanya fokus memandang bunga-bungaku mengelak rasa gemuruh itu menghantui diri.

Setelah keduanya berada dekat denganku, muzik diperlahankan bunyinya.

"Gab, inilah makcik Needa" ujar Damia sempat memperkenalkan makcik Needa padaku.

"Selamat datang makcik" ujarku spontan tidak tahu apa yang harus diperkatakan saat itu.

"Terima kasih, jaga mereka berdua untuk makcik selama ni" ujar perempuan yang baru diperkenalkan sebagai makcik Needa itu.

Aku hanya mengangguk dan tersenyum tanda mengalu-alukannya.

"Kamu semua sudah sedia?" ujar lelaki berjubah putih yang bakal mengijabkabulkan kami bertiga sebentar lagi.

"Ya pakcik, macam tu lah nampaknya" balasku segera.

"Hadirin semua, hari berbahagia ini kita akan bersama meraikan pengantin kita, diminta semua hadirin berdiri bagi menghormati upacara pernikahan ini" ujarnya lagi.

Dalam masa sama, makcik Needa kembali ke posisinya berdiri bersama tetamu yang lain meninggalkan dua bunga yang berdiri di hadapanku.

"Kamu Gabriel, adakah kamu bersedia menerima Amanda dan Damia sebagai isteri kamu yang sah dan sedia sehidup semati dalam susah dan senang?" ucapnya sambil memandangku.

"Ya! saya Gabriel sudi menerima Amanda dan Damia sebagai isteriku yang sah dan bersedia sehidup semati dalam segala susah dan senang" balasku yakin.

"Kamu Amanda dan Damia, adakah kamu berdua sudi menerima Gabriel sebagai suami yang sah dan bersedia sehidup semati dalam segala susah dan senang?" ucapnya pada mereka berdua pula.

"Ya! Kami sudi menerima Gabriel sebagai suami yang sah dan bersedia sehidup semati dalam segala susah dan senang" balas mereka berdua serentak.

"Sekarang sarungkan cincin pada pasanganmu" ucapnya lagi.

Aku menyarungkan cincin di jari manis kanan dan kiri keduanya. Begitu juga keduanya menyarungkan cincin di jari manis kiri dan kananku.

"Sekarang kamu boleh cium kedua pengantin perempuan" ucapnya lagi.

Alamak! Macam mana nak cium ni? Tak terfikir pula. Takkan nak memilih sapa duluan untuk ciuman. Takpe lah hantam saja.

Aku rangkul keduanya merapatiku. Kami bertiga hanya melagakan pipi masing-masing. Cukuplah macam tu.

"Bersaksikan semua hadirin, maka dengan ini mereka sah sebagai suami isteri" ucapnya dengan lantang kepada semua hadirin.

Dia memberikan isyarat supaya kami bertiga duduk di atas kerusi pengantin yang sudah disediakan khas untuk kami bertiga.

Akhirnya, mereka berdua sah menjadi isteriku. Perh, lega dah rasanya. Kedua-dua isteriku memandang ke arahku dengan senyuman manis mereka.

"Puas hati la tu, dua-dua dah jadi milik Gab" ujar Amanda mengusikku.

"Jangan nak cubit arr..." balasku.

"Sabar, nanti kita tetap cubit juga" usik Damia pula.

Naya ni, lebam la lepas ni nampaknya.


Antara Dua Dunia
Ep70

Majlis dirancakkan lagi dengan makan-makan. Pelbagai makanan dihidangkan. Tetamu menikmati segalanya dengan senang. Tidak kurang juga yang singgah di hadapan kami bertiga mengucapkan tahniah dan menunjukkan restu masing-masing.

"Kamu berdua nampak seperti bidadari hari ini" ujarku memuji kedua-dua isteriku.

"Habis selama ini nampak macam apa!" balas Damia.

"Ya kan, selama ni nampak macam apa!" tambah Amanda pula.

Adeh perempuan ni. Puji pun salah.

"Sebelum ni pun memang cantik juga, tapi hari ini nampak lebih istimewa la" jelasku berharap mereka termakan pujianku.

"Sebelum ni tak nampak istimewa lah ya?" ujar Damia.

Aduh ke situ pulak. Perempuan oh perempuan.

"Selama ni kita tidak istimewa la!" Amanda pula menambah.

Macam mana aku nak hiburkan bunga-bungaku agar tidak mempersoalkan kata-kataku.
Aku mengambil kesempatan perlahanku genggam kedua tangan mereka. Keduanya hanya memberikan aku senyuman. Aku hanya berdiam pula tidak mahu mengucapkan apa-apa.

"Kenapa tidak menjawab soalan kami tadi!" ujar Amanda.

"Ya, kami tidak sentiasa istimewa la kan!" ujar Damia pula.

Diam salah, cakap pun salah. Ayah! Tolonglah anakmu menghadapi menantu-menantu mu ini... Rungut ku dalam hati.

"Gab sayang kamu berdua sepenuh hati, cintai kamu berdua seadanya, istimewa dan cantik sentiasa depan Gab" ujarku panjang lebar.

"Haaaa, geram la tu!" ujar Amanda mengenakan aku seolah-olah dia membaca isi hatiku.

"Tadi kata hari ini je istimewa, sekarang kata macam tu pula, tak ikhlas la memuji tadi tu " rungut Damia.

Aku nak cakap macam mana dengan mereka. Aku jelaskan macam tu, mereka kata macam ni pulak. Aku kata macam ni, mereka kata macam tu juga. Balik-balik aku juga yang salah. Haaa, baru kau tau Gab, itulah yang dinamakan perempuan. Pasal salah-menyalah kau takkan pernah menang.

Tapi jangan bimbang, semakin mereka suka menduga, semakin mereka menyayangi kau Gab. Kau kena sabar, sapa suruh nak dua sekaligus.

"Tahniah Gab! Semoga bahagia selamanya" ucapan Sam menyedarkan aku dari lamunan memikirkan apa yang perlu aku perkatakan untuk memenangi bunga-bungaku.

Segera ku lepaskan perlahan tangan dari mereka berdua untuk memberi ruang berjabat tangan dengan Sam yang sedia ada menghulurkan tangannya.

"Terima kasih sahabat, semoga doamu dimakbulkan" balasku.

"Muka tu jangan kelat sangat Gab, senyum-senyum lah sikit" ujar Sam lagi seperti menyedari tegangnya wajahku seketika tadi.

Mana tak tegang kena provokasi bunga-bungaku. Aku kembali tersengih jua.

"Eh, tak la Gab, cuma tak cukup rehat jer sibuk dengan persiapan sebelum ni" balasku menyembunyikan kegeramanku pada mereka berdua.

Takpelah, bercakap korang berdua menang la. Ada masa juga aku yang menang. Nanti korang berdua tau la. Hehehe.


Antara Dua Dunia
Ep71

Majlis petang itu selesai dengan jayanya. Meriah dengan Gaya tersendiri. Para sahabat juga terhibur. Kini adalah masa untuk semua menikmati juadah makanan yang disediakan sambil berhibur dengan pelbagai persembahan.

Aku perhatikan gelagat si Sam. Nampak beria sangat dia mencuba memikat gadis bunian yang turut hadir di majlis tersebut. Aku cuma berpesan dengannya, pastikan mereka bukan isteri orang terlebih dahulu.

Dalam masa yang sama, aku juga mengingatkannya, jangan heran gadis-gadis yang dia nampak remaja itu umurnya mungkin sudah cecah 50 hingga ke 1000 tahun dah. Kalau di dunia manusia mungkin dia memikat orang yang boleh dikatakan status nenek orang. Malah mungkin sudah beberapa generasi status nenek.

"Sam, macam mana ada yang kau perkenan?" usikku menyapanya yang sedang duduk sendirian manakala rakan yang lain sedang mengambil makanan.

"Tak tau nak pilih, semua cantik" balasnya.

"Cantik tu cantik juga, jangan kena isteri orang dah la" nasihatku.

"Macam mana nak tau mereka tu betul-betul bukan milik orang?" tanya Sam.

"Itu aku tak tahu la, kau kena pandai-pandai la sembang dengan dorang" balasku mahu dia usaha sendiri.

"Ada seorang tu, Sam usha dia, dia pun acap kali juga usha Sam" ujar Sam yang mungkin sudah nampak yang berkenan dihati.

"Kau dah nyembang dengan dia ka?" tanyaku.

"Belum, nak tapi takut hak orang pulak" balasnya.

"Kalau dia hak orang dia takkan berbalas pandangan dengan kau la, gadis mana satu?" tanyaku.

"Itu yang berdiri pakai baju warna biru tu!" balasnya.

Aku pun cuba menoleh ke arah gadis yang kebetulan dia tengah berseorangan menggunakan baju biru.

"Owh, yang itu masih bujang la, tapi rasanya umur dia jauh tua dari kau, kau ok ke!" ujarku.

"Kat sini umur itu perkara yang diketepikan, kau juga yang cakap sebelum ni" ujarnya bersemangat.

"Kalau kau faham takpa, haaa tu dia pandang kau balik, pergilah sapa" ujarku memberi semangat pada Sam.

"Macam mana?" tanya Sam dengan wajah blur.

"La, pergi la sapa, tanyalah dah makan ke belum? Lepas tu tanya perlukan teman ke? Kalau dia setuju pandai-pandai nyembang, kalau dia tak berminat dia akan menolak" jelasku.

"Baik boss, Sam cuba" balasnya dan bingkas bangun menuju ke arah gadis itu.

"Semoga berjaya Sam" ucapku dan dibalasnya dengan sengihan dari wajahnya seraya terus melangkah.

Aku terus memerhatikan gelagat sahabatku itu. Sesampai di hadapan gadis itu, dia menghulurkan tangannya bersalaman dengan sang gadis. Gadis itu kelihatan semakin ceria wajahnya. Mereka berdua kelihatan senang berbicara. Good luck Sam!


Antara Dua Dunia
Ep72

Setelah melepaskan Sam pergi menyembang dengan gadis sasarannya, aku menunggu rakan-rakan yang lain kembali ke meja mereka. Aku perlu melayani tetamu khas ku jua.
Tidak lama kemudian, mereka pun kembali ke meja yang mana diduduki Sam tadi.

"Gila hebat Gab, dua sekali kau kahwini" ujar Mike sambil membawa pinggan yang penuh makanan dan mengambil tempat duduknya.

Begitu juga yang lain.

"Hebat macam mana? Dah jodoh" balasku.

"Owh ya, macam mana kau boleh masuk menyamar jadi manusia dan menjadi sahabat Kami sebelum ni?" pertanyaan John yang perlu kujawab.

"Panjang ceritanya" balasku.

"Ala buat ringkasan la" celah Phil.

Macam ni...

Aku pun menjelaskan pada mereka dari mula sampailah ke saat ini. Pada mulanya, aku sangat obses memperkenalkan budaya persekolahan di alam ku ke alam manusia. Sehinggalah, berlaku peristiwa-peristiwa yang menjadi cabaran buatku. Pelbagai perkara dilalui.

Apapun, aku sangat menghargai persahabatan kami. Oleh itu, aku menyerahkan kertas konsep berkenaan 'Sekolah Alam Bunian' pada mereka. Mereka sangat suka dengan konsep persekolahan di alam bunian. Santai dan tidak banyak karenah.

Mike dan Phil sememangnya guru sangat teruja dengan kertas konsep yang aku tunjukkan. Begitu juga dengan John turut tumpang teruja walaupun dia bukan guru.

"Kalaulah kertas konsep ini dapat dilaksanakan di alam kami, pasti ia akan menjadi fenomena yang sangat menyeronokkan" ujar Mike.

"Macam mana kita nak usulkan benda ni pada pendidikan kita?" tanya Phil.

"Begini, Gab bukan nak mengubah sistem pendidikan alam manusia, tapi tak salah kalau korang bawa cadangan ini kepada golongan atasan" ujarku.

"Iya benar, kalau kita ketengahkan idea ini, mungkin juga sekurang-kurangnya atasan akan menimbang taranya idea ini" ujar Mike.

"Kalau mereka tak berminat sekalipun, sekurang-kurangnya kita telah berusaha" tambah Phil.
"Gab tidak dapat membantu dah di alam korang, selebihnya korang usahakan, kalau perlukan bantuan korang boleh cari Gab setia di sini" ujarku.

"Terima kasih Gab! Mana nak dapat idealogi konsep persekolahan alam bunian macam ni" ujar Mike seolah-olah dia adalah duta antara Dimensi Dua Dunia.

"Terima kasih juga menjemput kami datang melihat upacara pernikahan Gab" ujar John pula.
"Itu tiada masalah, yang penting persahabatan kita, cuma Minta korang rahsiakan perkara ini dari manusia yang lain, ia adalah istimewa untuk para sahabatku macam korang je tau" jelasku agar mereka merahsiakan hubungan mereka dengan orang bunian.

"Baik Gab, kami sangat menghargainya" balas Mike.

"Ehhh mana Sam?" tanya Phil yang baru perasan dia tiada di meja tersebut.

"Kau tengok kat sana tu, tengah mengorat awek bunian" ujarku sambil menunjuk ke arah Sam yang sedang ceria bersembang dengan gadis bunian tadi.

Apa lagi, mereka bertiga menggelengkan kepala sambil ketawa menyaksikan Sam yang sedang hanyut sekarang ini.


Antara Dua Dunia
Ep73

Setelah sepanjang hari melayani tetamu, rasa penat sangat terasa. Aku kembali ke bilik untuk merehatkan diri buat seketika. Malam ini majlis akan diteruskan dengan tarian dan pelbagai aktiviti lainnya.

Baru mataku nak terlelap, terdengar dua suara bungaku menyusul masuk ke dalam bilik tersebut. Keduanya merebah diri di kiri dan kananku.

"Penat juga kan!" ujar Damia yang berada di sebelah kananku.

"Iyela, kita kena melayan tetamu juga" balasku yang mataku sudah separa terlelap.

"Wei, janganla tertidur dulu" bisik Amanda di telingaku.

"Gab betul-betul penat la" ujarku memang mengantuk sangat dah.

"Nak kami urutkan tak?" ujar Damia menawarkan sesuatu yang sememangnya tidak dapat ditolak.

"Pintu tu dah kunci ke? Ibu kat mana?" tanyaku risau tak pasal kena tangkap dengan ibu pulak.

"Ibu tengah tidur berehat juga, tadi kami juga urutkan ibu agar dia boleh berehat, pintu pun dah kunci dah" jelas Amanda.

"Ooo pandai korang berdua ya!" usikku.

Damia mengurut lengan dan betisku sebelah kanan, Amanda pula sebelah kiri. Wow, bestnya dapat isteri memahami gini. Korang jangan jeles erkk!

Ku pandang wajah ayu bungaku, sangat cantik dan penuh kelembutan. Fikirkan nakal mula bermain di mindaku. Dengan luar kawal, tanganku mencuit dagu Damia.

"Adoi... Sakit la" terkeluar suara spontanku terasa paha ku dicubitnya.

"A...a... Tak boleh nakal-nakal, belum masanya" ujar Damiaku.

"Sabar, kami tetap milik Gab juga nanti" ujar Amanda.

Terlupa pula majlis tidak selesai lagi. Aku hanya tersengih.

"Gab sayang tidurlah dulu" tambah Damia.

Aku hanya mampu menikmati urutan lembut tangan kedua-dua bungaku. Aduh, mata yang tadinya terasa kelat, kini hilang pulak mengantuknya. Segar semula. Kalau dapat lelapkan mata, alangkah nikmatnya tidur sekejap.

"Mengapa tak tidur lagi?" ujar Amanda yang memandang melihat mataku masih terkebil-kebil.

"Hilang ngantuk dah, leka menikmati wajah ayu korang berdua" usikku.

"Gab ingat percuma ke kami mengurut ni?" ujar Damia.

"Lepas ni Gab pula urutkan, kami pun letih juga tau!" ujar Amanda.

"Macam mana nak urut dua-dua sekaligus?" balasku cuba mengelak.

"Tak kesah sapa dulu, yang penting nak juga" balas Amanda.

"Apa Damia dapat, Amanda juga harus mendapat layanan yang sama juga" celah Damia mahu berlaku adil.

"Iye la, Gab akan berusaha seadil-adilnya" balasku.

Nah kan! Sapa suruh berbini dua! Nasib kau lah Gab. Jangan tau nak seronok jer, tanggungjawab itulah penting kena laksanakan sebaik mungkin.


Antara Dua Dunia
Ep74

Malam sudahpun menjelma. Muzik sudah rancak dibunyikan. Lampu warna warni menghias seri majlis tari menari yang bakal tiba. Aku dan bunga-bungaku juga telah siap berganti pakaian yang lebih sesuai untuk majlis sebelah malamnya.

Seperti biasanya mempelai duduk di singgah sana umpama raja diapit dua bidadari dari syurga. Malam bahagia malam ceria. Begitu jugalah para tetamu, menjamah jamuan dan menikmati suasana.

Aku tercari-cari di mana keberadaannya si Sam dan teman-teman lainnya. Setelah puas mataku melilau ke sana kemari, akhirnya ku temu juga kelibat si Sam.

Sam ceria dan nampak seronok terus bersama dengan gadis bunian yang bersamanya petang tadi. Apakah dia berjaya menawan hati si gadis?

Dari jauh aku terus perhatikan gelagat sahabatku itu. Sambil bersembang dengan dua bungaku.

"Korang nampak tak Sam di sana?" ujarku pada kedua-dua bungaku.

"Cantik juga gadis yang tengah bersembang dengan Sam tu kan!" balas Damia.

"Nampaknya Sam Akan jadi warga bunianlah lepas ni" tambah Amanda.

"Cantik lagi Damia dan Amanda" ujarku membalas ucapan Damia.

"Iye ke! Ada lagi yang lebih cantik dari kita kan Manda" balas Damia.

"Kalau ada yang lebih cantik, Gab nak tambah lagi tak!" usik Amanda.

Perangkap semua tu. Aku kena hati-hati menjawab mereka berdua ni. Tak pesal jadi mangsa cubitan lagi kang.

"Eh... Memang ada, baru tadi nampak yang lagi cantik" balasku sengaja mengusik mereka berdua.

"Mana? Sapa? Kami kenal ke?" tanya Damia bertalu.

"Iye, bukan sorang tapi dua orang la lebih cantik tu" tambahku lagi sengaja mengenakan mereka berdua, biar tak perasan cantik melebih.

"Bagitau sapa dia, nak juga kenal dengan dua awek yang lagi cantik tu!" ujarnya Amanda.

"Iya kan, boleh kita tolong risik untuk Gab kalau-kalau nak tambah lagi" tegas Damia dengan wajah geramnya.

Aku hanya tergelak kecil mendengar dua bungaku nampak sangat tergugat dengan pujianku pada orang lain selain mereka berdua.

"Mana boleh bagitau, nanti korang berdua rasa tergugat pulak" ujarku masih mengusik mereka.

"Ala bagitau la, nak juga kenal sapa dia yang lebih menawan lebih cun tu" ujar Damia bersungguh nak tahu.

Kebetulan ada dua gadis bunian yang sememangnya cantik melimpas di hadapan kami bertiga.

"Dua ni ke! Wow memang cantik, nak kita panggil tak! Boleh buat madu kita ni Dammy" ujar Amanda pula.

"Ehh, bukan mereka ni, serius memang sangat cantik tau, nanti Gab tunjukkan" tambahku sengaja membuatkan mereka bertambah geram.

Kedua-dua bungaku memandang tepat ke arahku dengan wajah seperti nak membahamku. Alamak! Bunga bertukar mawar belukar berduri. Mampus aku. Haaa... Sakat lagi Gab.

"Cepat bagitau sapa!" ujar Damia sambil tangannya sudah bersiap berada di atas pahaku sedia mencubit.

Begitu juga dengan Amanda, jarinya sudah seperti ketam.

"Eeeee dasar jantan, tak puas dapat dua dah, ada hati pandang lagi yang lain" ujar Amanda memuncak geramnya.

"Eh takda la, walaupun memang betul mereka berdua tu cantik mengalahkan kamu berdua, Gab tetap setia dengan Damia dan Manda je tau" balasku.

"Setia.. setia.. yang puji perempuan lain melebih ni kenapa?" ujar Damia pula.

"Dah betul mereka berdua tu cantik dari kau berdua, takkan aku nak hipokrit pula, nak Gab jujur kan!" ayat ku saja cari nahas.

"Eeee sapa dia mereka tu! Cakap la cepat" ujar Amanda lagi.

"Baiklah, nak tau sangat kan! Bagi mata ku memang cantik, tak tau mata kau berdua" ujarku.

"Ye la, mana dua awek yang sangat cantik kat mata Gab tu?Mana?" tanya Damia jelas geram.

"Padang sebelah kanan, tu dua aweknya" ujarku menunjuk ke arah meja sebelah kanan kami.

"Tada siapapun kat meja tu selain Ibu dan makcik Needa" balas Amanda masih tidak sedar siapa yang aku maksudkan.

"Iyela, Amanda tak rasa ibu dan makcik Needa tu lebih cantik dari korang berdua ke!" usikku.

"Kau ni Gab! Cakap la dari tadi, tak pasal aku dah nak bangun cari sapa awek-awek tu tadi" ujar Damia.

Aku hanya tergelak merasakan diri berjaya mengenakan mereka berdua. Perempuan biasalah kan, pantang kita puji perempuan lebih cantik dari mereka. Haa.. kan dah kena. Aku pun kena juga. Kiri dan kanan paha ku jadi mangsa.


Antara Dua Dunia
Ep75 (Akhir)

Majlis berjalan dengan lancar. Suasana meriahnya tidak terkira. Para tetamu seronok sakan bergembira dengan ceria. Ada yang menikmati makanan dan minuman. Ada juga yang sedang menari diiringi muzik yang mengasyikan.

Aku dan bunga-bungaku juga ikut menari. Sambil menari, aku hanya fokus pada mereka berdua. Gadis yang selama ini kucintai berakhir kini menjadi isteri.

Dalam masa yang sama, aku juga melihat si Sam pun sama tengah rancak menari dengan awek pilihannya. Nampak gaya Sam dan awek tersebut sudah melekat bersama. Rezeki kau la Sam.

Rakan-rakanku kelihatan masih segan, mereka hanya duduk bersembang dan menikmati minuman dan juadah yang ada.

Kemeriahan malam itu sangat hebat. Bagi aku dan bunga-bungaku la. Kan ia adalah majlis meraikan kami bertiga sah jadi suami isteri-isteri. Boleh ke macam tu. Suami isteri-isteri?
Malam pun semakin lewat, tetamu sudahpun menghilang satu persatu. Rakan-rakanku juga sudah masuk ke bilik merehatkan diri. Kami bertiga pulak duduk di kerusi panjang menikmati suasana terang bulan.

Keduanya menyandarkan diri pada bahuku. Aku pula merangkul kemas pinggang keduanya. Terasa hangat.

"Meriah kan majlis tadi" ujarku membuka bicara.

"Camna puas hati dapat dua isteri sekaligus?" ujar Damia membangkitkan isu.

"Pasti la puas, dua-dua aku sayang, dua-duanya aku cinta" balasku.

Terasa pipiku disentuh oleh bibir kedua-duanya. Meremang lagi bulu romaku.

"Kami berdua janji akan jaga dan layan Gab dengan sebaiknya" ujar Amanda lembut.

Aduh... Berdebar pula rasanya. Jarang-jarang dapat dengar suara lembut dan manja Amanda. Berbeza dengan Yang sebelum ni.

"Kami berdua janji akan menyayangi dan menyintai Gab sepanjang hayat" tambah Damia dengan suara yang juga lemah lembut berbanding sebelumnya.

Degupan jantungku jadi semakin kencang. Dua gadis yang sangat cantik, lemah lembut, dan upgrade lebih manja pula. Betul-betul lain dari ragam sebelum ini. Harap-harap tak troll aku lagi sudah la. Kan elok macam ni, hati pun senang, bahagia pun punyai bersama.
"Aduhhh, sakit la Dammy, pehal!" ujarku spontan kena cubit dengan Damia.
"Saja nak dengar Gab mengaduh" balasnya tersengih.

Baru nak rasa hepi bahagia. Dah kena cubit. Naya la kalau mereka berdua terus mencubitku. Boleh lebam seluruh badan la jawabnya.

Sorang lagi mencubitku.

"Pehal pulak main cubit-cubit ni?" ujarku menahan sakit cubitan manja Amanda pula.
"Kalau Dammy buat, Amanda pun kena buat juga bagi seimbang" balas Amanda juga tersengih.

Mereka berdua kelihatan lagi menarik dengan senyuman nakalnya. Biarpun terpaksa menahan sakit, tapi hatiku girang gembira.

"Dah makin sejuk kat luar ni, jom kita masuk" ujarku.

Keduanya bangun, dan kami bertiga menuju ke bilik pengantin. Berdegup lagi kencang jantungku. Sehingga mereka berdua pun perasan, lagi si Damia yang dari tadi menyandarkan kepalanya di bahuku.

"Kuat degupan jantung Gab? Otak tu pasti tengah nakal ye" usik Damia.

"Sabar Gab sayang, dalam bilik nanti nak berlampu ke bergelap?" ujar Amanda menambah kegeramanku untuk membuktikan aku sorang suami yang mampu membahagikan mereka berdua.

"Gab pun janji akan membuatkan kamu berdua bahagia selamanya" balasku.

Kami bertiga masuk ke bilik pengantin. Ui! korang ni, udah-udah la nak ikut ke sana kemari. Bab kelambu pun nak ikut juga ke? Dah lampu dah padam...

Begitulah kesudahan kisahnya. Mereka semua pun hidup bahagia. Eh dah habis daaaa...


Tamat....
Terima Kasih kerana sudi membaca..

No comments:

Post a Comment