Mati Hidup Semula

👻Dimensi Dua Dunia👻
🐾 Mati Hidup Semula

Aku berjalan meniti denai. Cuaca cukup cerah. Aku berjalan dan terus berjalan tanpa hala tuju. Sepanjang jalan aku menikmati keindahan alam semulajadi di sekitarku. Pelbagai tumbuhan aku limpasi. Jika bunga semuanya bungaan. Jika pokok buluh semuanya rumpun buluh. Saujana mata memandang mata memandang. Ya sangat indah.

Sampai di suatu tebing yang tinggi. Aku melihat sebuah jambatan kayu yang panjang. Ia dihiasi dengan pokok menjalar yang hidup. Kerana tidak ada pilihan aku terus berjalan meniti jambatan itu. Ku cuba lihat ke bawah. Namun pemandanganku hanya melihat kabus tebal. Aku meneruskan perjalananku meniti jambatan yang sememangnya agak panjang itu.

Sesampai di tebing sebelahnya pula sama seperti yang aku lihat sebelumnya. Aku ternampak sebuah pondok yang agak unik perhiasannya. Rasa ingin tahuku sangat tinggi. Aku mendekati pondok itu.

Di pondok tersebut suasana senyap sunyi. Mengikut perkiraanku, pondok itu sepatutnya ada penghuni. Sememangnya ada penghuni kerana kesan-kesan yang ada di situ menunjukkan ia seperti ada orang mendudukinya sebelum ini. Namun, di mana penghuninya? Aku tercari-cari di sekitar kawasan itu. Ku panggil berkali-kali, mengharapkan ada sesiapa yang menjawabku. Tapi tiada langsung ada sesiapa. Aku duduk menunggu di situ beberapa ketika mengharap penghuninya kembali.

Agak lama aku duduk menanti di situ. Namun, masih tiada tanda penghuninya muncul. Apakah aku perlu meneruskan perjalananku atau tetap menunggu di situ. Apakah keputusan yang ku perlu ambil?

----------------------------------------------------------

Agak lama aku menanti. Aku jadi hilang sabar. Kelibat orang yang ditunggu tidak muncul-muncul. Oleh itu, aku mengambil keputusan meneruskan perjalanan ku.

Tanpa arah dan tujuan, aku terus melangkah. Sepanjang perjalanan aku tidak melihat sorang pun wujud disekitar kawasan tersebut. Tempat apakah ini, walaupun kelihatan sangat indah namun tiada sesiapa yang tinggal di tempat seperti itu. Pelik tapi itulah sebenarnya yang aku nampak. Tiada rumah orang selain pondok tadi.

Sayang tempat macam ini tidak didiami kataku dalam hati. Atau mungkin tempat luas ini tempat persendirian. Kalau macam tu memang kayalah orangnya kata hati ku lagi.

Aku terus berjalan. Aku lihat banyaknya ladang buahan. Ku petik buah-buahan dari pokok yang aku lalui. Takkan mereka yang punya ladang sebesar ini berkira sangat dengan beberapa biji yang aku makan. Tapi aku tidak merasakan apa-apa dari buahan tersebut, ianya tawar. Lantaklah, janji perut terisi yang sebenar tidaklah lapar.

Aku benar-benar leka sepanjang perjalanan tersebut. Aku terpegun dan terpesona dengan keindahan alam di tempat itu. Tempat yang aku tidak pernah lihat selama ini. Siap ada air terjun, pelangi dan sebagainya keindahan yang aku nampak.

Sedar tidak sedar, aku ternampak sebuah tembok sebuah kota yang berwarna putih. Aku tercari-cari pintu utama kota tersebut. Namun aku tidak terjumpa. Keinginan aku untuk tahu apa yang di dalam kota itu sangat tinggi. Aku mencari-cari pokok yang agak tinggi untuk panjat bagi membolehkan aku melihat ke dalam.

Aku ternampak pokok jambu yang agak tinggi. Aku pun panjatlah pokok tersebut. Aku berjaya sampai di puncaknya. Aku tidak sabar melihat ke dalam kota tersebut.

Aku memerhatikan ke dalam kota. Ada orang, agak ramai. Mereka semuanya berjubah putih. Ada yang aku kenal dan ada yang tidak. Tapi yang aku kenal semuanya kelihatan berumur dalam lingkungan 30an. Tapi yang aku kenal juga semuanya orang yang aku tahu mereka telah lama mati. Pelik juga.

Dalam keterlekaan aku melihat ke dalam kota tersebut, ada sesorang perasan aku di atas pokok itu. Dia menunjukkan tangannya ke arahku dan seperti memaklumkan pada orang yang disebelahnya. Aku terkejut dan cuba menurunkan diriku dari pokok itu secepat mungkin. Kaki aku tersalah pijak dahan dan aku terjatuh.

----------------------------------------------------------

Terasa di awangan badanku. Belum sempat sampai ke tanah, aku terjaga. Aku bangun perlahan, ku lihat ramai orang disekelilingku. Mereka lari bertempiaran dariku. Aku berada di tengah-tengah ruang tamu. Baru aku sedar aku berada di keranda ku sendiri.

Patutlah mereka lari bertempiaran dariku. Mereka menyangka aku adalah hantu. Dan aku bercakap, ini aku la, aku ni hidup lagi, nah aku masih lagi bernafas. Betullah, aku masih hidup lagi. Aku bukan hantu la wei.

Aku bersuara lagi, aku rasa dahaga. Aku mohon diberikan air kosong untuk melegakan dahagaku. Hanya isteriku bertindak memberikan aku segelas air. Dengan tangan sedikit terketar-ketar aku meneguk air tersebut.

Semua yang ada di situ kelihatan tergamam memandangku. Mereka mengamatiku dengan berhati-hati. Ada yang berkata adakah mungkin perkara ini terjadi? Yang mati hidup semula.

Aku bukanlah kes pertama, pernah berlaku benda yang sama di kampung ku juga. Namun, si mati yang hidup semula itu menjadi bisu. Tidak seperti kesku, aku masih lagi normal dan boleh bercakap seperti biasa. Malahan, penyakit punca kematianku sembuh sama sekali.

Orang kampung ku yang lebih berani datang merapati aku. Mereka menanyakan aku beberapa soalan untuk memastikan itu adalah aku. Semuanya ku jawab dengan betul, kerana memoriku belum terpadam.

Akhirnya mereka menerima itu adalah diriku. Aku menceritakan apa yang berlaku di alam sana. Mereka fokus mendengar apa yang aku telah lalui.

Sekarang giliran mereka pula menceritakan bagaimana aku meninggalkan. Aku pula mendengar penjelasan mereka.

----------------------------------------------------------

Mereka yang ada di situ mengerumuni aku semula setelah pasti aku bukan hantu. Lucu pun ada, bertempiaran mereka lari dari ku tadi. Nasib baik juga aku bukan hantu.

Setelah aku menceritakan apa yang mungkin dilalui oleh roh ku, giliran keluarga ku pula menceritakan perihal kematianku.

Tiga hari sebelum kematianku, aku dikejarkan ke hospital. Akibat serangan jantung. Arteri aku tersumbat menyebabkan jantung aku gagal mengepam darah ke semua badanku. Tidak lama tercungap-cungap, aku menghembuskan nafas terakhir ku. Doktor telah mengesahkan kematian ku. Jantungku berhenti berdetak, nadi ku tiada lagi berdenyut.

Suasana menjadi pilu ketika itu, mayatku di bawa balik ke kampung halaman. Oleh kerana, aku sudah mati. Mana aku boleh ceritakan apa-apa. Tapi mereka yang bercerita dan ku ceritakan balik lah sebagai pencerita. Jangan marah ya. Nanti bosan pulak korang baca kalau tiada lawak. Jadi, sila gelaklah korang. Dah cukup, aku sambung cerita balik.

Hari pertama khabar kematian ku, sudah ramai saudara-mara, orang kampung yang bertandang menjenguk sebagai penghormatan terakhir kepada ku.

Hari kedua, aku sudah disimpan kemas ke dalam keranda. Rambutku disisir rapi, badan ku dikenakan pakaian yang elok. Aku ditatangkan dengan minyak wangi.

Suatu yang mereka rasa pelik tentang kematianku, tiada lalat hadir, mayatku juga tidak berbau, malah masih macam segar. Ada yang perasan tetapi mereka diamkan diri.

Oh ya lupa, budaya kami jika ada kematian, si mati akan diletakkan di tengah-tengah ruang tamu, memudahkan penghormatan terakhir untuknya. Penghormatan terakhir itu yang menyebabkan mayat perlu di rumah sehingga 3 hari. Dan pada hari ke-3 akan dimakamkan.

Korang bayangkan kalau aku hidup semula semasa sudah ditanam! Tapi tetap mati juga betul-betul la kalau sudah ditanam. Mana tidaknya, nak bernafas oksigen tentu akan kehabisan juga di ruang keranda.

----------------------------------------------------------

Kepercayaan masyarakat kami, jika seseorang itu meninggalkan, rohnya akan melalui sebuah perjalanan menuju ke alam baka(Sebayan).

Bermula dengan sebuah perjalanan. Dia akan melalui banyak tempat di sana dan di antaranya sebuah jambatan (Andau Titi Rawan). Tentang jambatan ini, banyak masyarakat di sekitar kita mempunyai istilah tersendiri berkenaan Jambatan ini. Barat kata ia adalah 'Rainbow Bridge'. Masyarakat Melayu, Cina dan India juga turut mempercayai kewujudan jambatan ini, namun dengan istilah mereka sendiri.

Selepas melepasi jambatan dia akan bertemu seseorang yang bertanggungjawab menunjukkan arah yang sepatutnya padanya. yang mana dia ini yang menjaga pondok(rumah Bunsu Bubut) yang dimaksudkan. Penjaga pondok itu dikenali sebagai Bunsu Bubut (menurut kepercayaan masyarakat Iban).

Seterusnya banyak yang roh si mati akan lalui. Kalau nak tahu detail ada diceritakan janji rajin mencari guna Google.

Berbalik kepada kes aku tadi. Memang pelik di sana pun boleh berlaku kecuaian. Sedangkan aku sudah melalui jambatan tersebut. Namun, Bunsu Bubut yang sepatutnya aku jumpa tiada di situ.

Bukan salah aku juga meneruskan perjalanan. Kerana tidak tahu apa yang perlu dilakukan aku kira main jalan ajela. Mungkin juga sepatutnya memori aku di'reset' supaya tidak menceritakan apa yang aku lihat dan nampak. Seperti sorang lagi yang dia hidup semula tapi bisu. Mungkin dia ada tugas di dunia yang diperlu dia selesaikan sebab itu dia hidup semula kot.

Macam kes aku, ni aku tidak berjumpa sesiapa di sana. Aku kira main hentam jer jalan nak menuju kemana. Sehingga aku terjatuh dari pohon jambu itu dan aku kembali ke dunia. Begitulah kisah aku yang telah disahkan mati hidup semula.

Tamat....

Terima Kasih
Kerana sudi membaca.

(Kisah ini berdasarkan kisah benar, namun ia direka semula dan memang tidak sama dengan edisi asal demi menjaga identiti si mati)




No comments:

Post a Comment