Dimensi Dua Dunia
Pangsapuri
Ep1
Hari ini adalah hari pertamaku kembali kepada status single. Aku berpisah dengan awekku setelah hampir dua tahun bercinta dengannya. Berat dan sakitnya hati ini menempuhi dugaan seperti ini. Pastinya jiwa raga juga penuh frustasi.
Hari ini juga hari pertama aku akan mendiami apartment yang ku beli hasil usahaku selama ini. Seharusnya dia melihatnya bersamaku. Tapi apa boleh buat. Hubungan dengannya telah hancur.
Berkisar tentang apartment yang bakal aku duduki ia sudah dilengkapi pelbagai perabot. Aku hanya perlu pindah masuk. Aku membelinya kerana aku suka dengan pemandangan dari balkoninya sangat cantik. Dari situ aku dapat nampak lautan yang luas.
Hatiku terbelah duanya. Dari suatu sudut penuh dengan kekecewaan. Dari suatu sudut lagi aku ceria gembira. Perasaan itu berbaur.
Sebelum ini, aku hanya menyewa bilik. Jadi barangku tidaklah banyak. Malah apa keperluan rumah aku berkongsi dengan pemyewa lainnya.
Setelah semua barang kesayangan kupunggah dalam kereta, aku memandu menuju alamat apartment baruku. Satu lagi mengapa aku memilih apartment tersebut, ia didirikan di kawasan yang agak terpencil dan di pesisir pantai.
Sesudah mengambil kuncinya, aku sudah tidak sabar untuk masuk ke dalamnya. Hati riang teruja dalam duka. Sesampainya aku di sana, anak kunci kumasukan dalam lubang tombol pintu. Ku pulas dan ku tolak, makanya itulah hari pertamaku mendiami apartment kebanggaanku.
Suiz letrik kuhidupkan. Langsir mengadap ke balkoni ku tarik ke kiri dan kanan untuk membiarkan cahaya masuk ke dalam ruang rumah itu. Wah, pemandangan sangat cantik. Lautan nun jauh menenangkan hati.
Aku melihat sekeliling dalam rumah tersebut. Melihat apa kekurangan atau kepincangannya. Kalau ada masalah bolehla aku laporkan nanti. Ruang tamu, ada sofa berbentuk L menghadap ke televisyen. Ruang tamu bersambung terus dengan ruangan dapur. Sebuah meja makan, bersama empat kerusi kayu. Ada sebuah peti sejuk sederhana besar.
Hanya ada tiga bilik. Sebelah bilik paling kecil anda tandas. Middle roomnya ditengah-tengahnya. Pastilah ditengah-tengahnya la, namapun middle room. Master room ada tandas dan bilik mandinya tersendiri.
Setakat ini, aku berpuas hati tiada yang pincang. Walaupun serba ringkas reka bentuk di dalamnya, dengan perabot yang ada ia nampak ekslusif. Kiranya aku sangat berpuas hati.
Tapi rasa kekecewaanku masih membelengguku. Seharusnya awekku jadi orang pertama melihat dan berkongsi kegembiraan denganku. Tapi apakan daya. Mungkin bukan jodoh kami dah.
Pangsapuri
Ep2
Setelah sepanjang hari berada dalam rumah baruku, aku berasa tenang dan lega. Akhirnya berjaya juga aku memiliki ruang peribadiku sendiri. Dengan wang simpanan ku selama ini menjadi wang pendahuluan. Bukanlah terobses dengannya. Tapi ia suatu kepuasan yang amat sangat
Aku melepak di ruang tamu. Muzik ku buka ala-ala lobi hotel. Aku menyandar pada sofa. Rasa tenang. Aku pejamkan mata dan aku cuba kosongkan minda. Sehinggalah berakhir dengan aku tertidur.
Setelah beberapa ketika, aku terjaga terdengar bunyi pintu ditutup. Agak-agakla jiran sebelah menutup pintu sampai kedengaran ke sini, bisik hatiku.
Baru jer nak santai menikmati alam mimpi yang tidak sempat mengunjung tiba. Tidak lama kemudian, aku terdengar pula bunyi bilik air dibuka. Bunyi air mencurah seperti ada orang tengah mandi pula. Ia sangat jelas seolah-olah bunyinya datang dari rumahku.
Takkan dari rumahku kot! Kan aku bersendirian. Merasa tidak puas hati, aku bangkit bangun dan meninjau ke bilik air. Sah memang tiada orang. Namun, bunyi air mencurah itu tetap ada. Aku tercari-cari arah bunyi tersebut.
Apakah rumah ini berhantu! Sampai ke situ mindaku. Atau memang gema atau bunyi dari rumah lainnya?
Setelah beberapa ketika bunyi dalam bilik air terhenti. Aku lega, harap tiada apa-apalah lepas ni. Aku pun kembali ke ruang tamu menyandarkan diri bersantai.
Baru aku nak lelapkan mata, ada bunyi lagi berbunyi. Kali ini bunyinya semacam orang sedang mengacau kopi dalam cawan. Bunyi lagaan sudu dengan cawan kaca. Apa mendalah jiran sebelah ni? Kacau kopi pun kedengaran sampai sini.
Ahhh, abaikanlah. Aku ni bukanlah seorang yang mudah percaya sangat dengan benda tahyul. Cuma aku percaya la juga hantu itu wujud. Tapi aku berharap bukan terjadi dalam rumah ini. Pernah dengar kawan-kawan bercerita kisah rumah berhantu macam yang baru aku alami. Minta-minta tidaklah!
Iyela, aku tak pernah mengalaminya. Kalau ya pun, secara teorinya mungkin sebab blok pangsapuri ini belum dipenuhi penghuni sehingga gema kedengaran kot.
Bunyi cawan dan sudu menghilang dah. Mende la. Ganggu orang nak bersantai bisik hatiku.
Mataku kembali segar. Aku bangun dan ke balkoni pulak. Aku termenung jauh melihat keindahan pemandangan dari situ. Terimbau pula kenangan manis dengan bekas kekasihku. Adeh, tersentimental pula. Di tambah muzik santai dari ruang tamuku. Menjadi pula imbauan.
Pangsapuri
Ep3
Suasana senja petang itu sangat cantik. Dan aku tahu, pemandangan itu hanya dapat dilihat dari rumahku. Cahaya kejinggaan menyinar masuk ke ruangan rumahku. Segera aku merakamkan saat itu dengan telefon bimbitku.
Kalau seperti sebelumnya, pasti ia akan aku hantar kepada awekku. Begitu pun, aku mencari namanya dalam senarai kontak dalam telefon yang ada. Hurmm, gambar profil pun tak kelihatan dah. Mungkin dia sudah membuang nomborku atau dia sembunyikan profil dariku. Tidak mengapalah, biar masa menyembuhkan segalanya.
Ikutkan aku memang sangat sayang padanya. Entah mengapa hubungan kami tidak mampu dipertahankan. Dia dijodohkan oleh orang tuanya dengan bekas kekasihnya dari zaman persekolahan mereka. Dia mengaku hatinya juga berbelah bagi, namun orang tuanya mendesak.
Tambahan kami memang tidak seagama. Dia merahsiakan hubungan kami dari keluarganya. Kerana perbezaan agama dan budaya menjadikanya penghalang buat aku dan dia. Salah aku juga, aku tidak bersedia menerima agamanya. Ataupun memang sudah bukan jodoh kami.
Berbalah juga kami sebelum berpisah. Dia minta aku sedia menukar agamaku. Bab itulah aku benar-benar belum bersedia. Aku ada juga membaca serba sedikit tentang agamanya. Seharusnya kalau aku nak memperisterikan aku kena ikhlaskan diri menerima terlebih dahulu agamanya.
Agama bukan suatu perkara yang boleh dipermainkan. Biarpun begitu, aku tetap menghormati agamanya sepertinya dia menghormati agamaku.
Ohya kan, lupa pula nak perkenalkan diri. Aku Carl Chester. Ada yang panggil Aku Carl, ada juga panggil aku Chester, ada juga yang guna singkatan CC. Aku adalah jejaka kacukan Cina Inggeris. Camtu la. Pasal kehenseman, malas arr nak puji diri.
Namun, kisah waktu zaman kecilku bukanlah suatu yang menyeronokkan. Ibu berbangsa Cina dan ayah berbangsa Inggeris. Ayahku meninggal waktu aku masih kecil. Kehidupan ibu dan aku susah setelah pemergian ayahku. Sebab itulah aku ni bukan golongan berada.
Sekarang, aku bertanggungjawab sebagai pereka kulit majalah di sebuah syarikat. Kerja ku tidak perlu berdepan dengan ramai orang, paling teruk pun aku kena deal dengan permintaan pelanggan berkenan rekaan yang mereka mahukan.
Jadi aku dalam kebanyakan masa memang mengadap laptopku fokus dengan mereka. Selain itu aku perlu melaksanakan tanggungjawab pejabat yang lain mengikut keperluan.
Terkadang aku akan pusing-pusing mengambil gambar yang mana mungkin aku boleh gunakan. Iyala kan, mereka kulit majalah, ia perlukan gambar yang asli. Bukan main belasah jer ambik gambar kat internet. Kena isu hakcipta terpelihara jenuh pula tak pasal.
Selain itu, mungkin kena jumpa beberapa model, untuk sesi fotografi. Haaa, bab ni seronok sikit. Iyela jumpa model-model perempuan yang cantik-cantik. Sejarah jumpa awekku dulu pun sebab dia seorang modelling. Dari selalu ambik sesi fotografi sehinggalah berkenalan rapat. Tapi itu semua tinggal kenangan.
Buat masa sekarang ni, aku sebenarnya mengambil cuti seminggu untuk menguruskan pindah rumah baruku. Dalam Bahasa Melayunya pangsapuri, dalam Bahasa Inggerisnya Apartment.
Pangsapuri
Ep4
Selesai mengangkut barangan dalam keretaku, aku bersiap mandi bagai. Terasa segar badan setelah membersihkan badan yang melekit akibat berpeluh tadi.
Nak keluar ke tidak? Perut pula meraung-raung minta sesuatu untuk dijamah. Nak keluar terasa malas la pulak.
Aku mencari sesuatu dari peti sejuk. Ada beberapa tin minuman soda. Boleh la, bedal sajala. Dalam memutar badan nak menuju ke sofa dengan minuman sodaku, aku terpandang atas kabinet dapur aku terpandang makanan segera yakni sepeket ramen yang belum dibuka.
Bila masa aku beli ramen ni? Setahu aku belum membeli apa-apa selain minuman jer. Hentam jer la. Aku tibai masak ramen tersebut. Senang hati tak payah nak keluar. Lagipun tempat ni agak jauh dari pekan terdekat. Nama pun kalau dah malas memang malas la nak keluar. Esok jer cari makanan.
Perut sudah terisi dengan ramen. Aku kembali merehatkan diri di sofa. Dalam kepala ligat juga memikirkan apa yang nak dilakukan. Jam pula sudah menunjukkan waktu ketika itu sudah malam.
Sementara menunggu mata yang masih belum nak tidur, ada baik juga aku kemas bilik kerja ku dulu. Aku menjadikan bilik yang ditengah-tengah untuk bilik kerja.
Aik! Siapa pulak empunya gambar ni? Bila masa aku meletakkan gambar perempuan atas meja ni tadi. Wajah tak familia, tapi cantik. Jelas seperti masih muda.
Apakah itu gambar modelling yang aku terbawa dari pejabat? Tapi tak pernah pulak nampak. Aku ni pelupa ke?
Aku membelek-belek gambar frame kecil itu. Di belakang tertulis Cecilia. Mungkin nama gadis dalam gambar tu kot. Bila masa aku ada gambar ni? Puas dah otakku cuba membuat imbasan. Scan punya scan kepala otak pun masih jem.
Mungkin modelling kot. Aku berkata yang gadis dalam gambar tu modelling kerana gambarnya kelihatan diambil dengan gaya professional. Ala stylo sikit gitu la. Tapi yang peliknya aku tak kenal.
Aku kemas segalanya, semua dah tersusun rapi dah. Bolehla gaya orang laki mengemas ma.
Dalam sibuk-sibuk mengemas, telinga ku tertarik pada bunyi pintu bilik air bilik utama tertutup. Aku segera ke bilikku. Tapi pintunya terbuka. Aku terdengar bunyi air mencurah-curah seperti sedang mengisi baldi.
Bunyi kedengaran sangat jelas. Bagaikan datang dari bilik airku. Apakah aku ni jadi super power ke? Boleh dengar jiran-jiran punya aktiviti sound effect nya.
Bilik airku itu juga ada tab mandi. Jadi boleh jadi jiranku tengah mandi kot. Sebabnya kedengaran bunyi cebokan air guna tangan. Seperti seseorang bermain dengan air.
Terkadang terfikir juga. Betul ke telingaku ni dah jadi super power. Tak usah nak mengada kau Carl, blok ni masih banyak belum dihuni mungkin bunyi gema dari rumah jiran sebelah agaknya.
Pangsapuri
Ep5
Malam itu adalah malam pertamaku mendiami pangsapuri tersebut. Setelah kepenatan sepanjang hari ini, aku bersiap untuk beradu.
Baru nak kuhidupkan penghawa dingin ke mode suhu 24°C agar tidak keterlaluan sejuknya, tapi ia tampak sudah dihidupkan. Aik! Auto juga ke penghawa dingin ni?
Agaknya aku ni dah jadi pelupa barangkali! Itulah, ada beli makanan tapi lupa, ada simpan gambar awek lain tapi lupa, dah buka penghawa dingin pun lupa! Kena cek ke doktor ni. Aku ni normal ke tidak. Apa mungkin juga kesan perpisahan dengan awekku atau aku sebenarnya kepenatan!
Takpelah, tenang. Begitulah nasib sebatang kara ni. Ayah telah pergi lama, ibu pula juga sudah pergi lima tahun yang lepas. Banyak benda aku sendiri kena berdikari setelah pemergian ibu.
Rindu pula dengan ibu. Rindu masakannya, rindu bebelannya. Ibu setia dengan ayah, dia tidak pernah untuk mencari suami lain walaupun ada yang menunjukkan minat padanya. Semuanya kerana dia tidak mahu aku diperlakukan sebagai anak tiri.
Aku rindu ibu. Tidak terasa air mataku bergenangan sambil menatap satu persatu gambar kenangan bersama ibu dalam telefon bimbitku. Serius aku jadi sangat sedih dan merindui ibuku.
Sangat-sangat merinduinya, dia tidak pernah menghalang minatku. Dia menyokongku seadanya. Bebelan ibu terngiang-ngiang di telingaku kini. Kalau tidak dialah juga pasti akan bersama tinggal di sini bersamaku.
Aku tahu dia pasti bangga denganku kerana ini merupakan kejayaan anaknya memiliki properti sendiri.
Dulu hari-hari dengar ibu membebel, belajar rajin-rajin, dah besar nanti ada kereta sendiri ada rumah besar sendiri, jangan jadi macam ibu tinggal di rumah peninggalan ayahmu. Itulah yang selalu terngiang-ngiang dalam ingatanku.
Sehingga dewasa pun aku selalu menangis dalam dakapan ibu. Bila masanya aku menghadapi tekanan, bila aku ada masalah, semuanya aku akan hadap dengan ibu. Tidak dinafikan, sebabnya akulah satu-satunya anak ibu. Tapi sekarang semuanya sudah berlalu. Aku perlu hadapi semuanya tanpa ibu.
Ku kesat air mata yang masih lagi tidak mahu dihentikan. Rasa sebak, rasa rindu terhadap ibu. Tersedu sedan aku menangis merindui orang tuaku.
Entah bila aku memejamkan mata. Akhirnya aku tertidur bagaikan ada ibu di sampingku. Bagai ada ibu menyelimuti tubuhku. Berharap ibu hadir dalam mimpiku.
Pangsapuri
Ep6
Aku terjaga dari tidur. Dek terasa sejuk, pundi kencingku memaksaku ke tandas. Perhhh lega bila sudah dicurahkan semuanya.
Setelah itu aku ke ruang dapur. Ku buka peti sejuk. Aik bila masa aku beli buah strawberi? Aku ada keluar ke semalam? Rasanya memang tiada.
Atas meja dapur pula cawan kopi. Ku lihat masih ada separuh. Aku juga ke yang minum ni? Aku ni pelupa ke? Apakah yang berlaku semalam?
Begitu juga, bungkusan plastik ramen yang masak semalam juga sudah dimasukkan ke dalam tong sampah. Botol soda atas meja berdekatan sofa juga sama. Seolah-olah ada yang mengemasnya.
Dalam pada itu, hidungku tercium bau wangian semerbak. Jelas datang dari bilik tidurku. Aku masuk pula ke bilik tidurku. Aku lihat, seperti tiada kesan orang tidur. Semuanya kemas rapi. Bukankah aku baru keluar dari bilik tidurku tadi. Bila masa pula aku mengemas.
Aku kembali ke ruang dapur. Ku lihat cawan kopi tadi yang atas meja tadi sudah menghilang. Aku berfantasi ke ni? Ku tepuk-tepuk pipiku sendiri. Terasa juga. Ini ternyata bukan alam mimpi. Ini realiti.
Kalau nak kata hantu atau apa, tidak pulak aku merasa Seram sejuk. Bulu romaku tidak pula terpacak. Biasanya kalau benda mistik kita akan merasa seram sejuk. Ini pula langsung tidak menunjukkan tanda keseraman.
Apakah roh ibu bersamaku di sini? Dugaku. Sampai ke situ pula mindaku.
Dupppp... Bunyi pintu ditutup. Kukira pintu jiran sebelah.
Terasa semuanya agak pelik. Normal ke aku ni? Pagi-pagi aku sudah merasakan suatu yang agak pelik. Apakah aku memang sudah menjadi pelupa, atau sedang depresi? Perlu ke aku jumpa pakar kesihatan?
Ahhh malas la nak pikir. Buat sementara cuti ni, ada baiknya aku buat iklan mencari model sambilan. Ada juga faedah!
Setelah siap mandi semua. Aku sarapan tibai ramen lagi. Ini pun pelik, semalam ada lima bungkus. Satu aku lantak, sepatutnya tinggal empat, tapi kali ini tinggal tiga. Sekarang aku lantak satu, jadinya tinggal dualah.
Apakah aku muda-muda sudah nyanyuk? Hermmm ada masa aku kena jumpa psikatris ni.
Setelah aku selesai sarapan semua. Aku cetak iklan mencari model sambilan. Aku edarkan risalah tersebut dalam setiap 'pegeon hole' kat aras bawah pangsapuri tersebut. Mana tahu ada yang merasakan dirinya layak jadi modellingku.
Pangsapuri
Ep7
Berkenan dengan pragawati-pragawati yang pernah menjadi model fotografiku. Mereka memang ramai yang cantik-cantik. Tapi, ada tapinya juga. Huh! Ya aku ni lelaki. Pelbagai yang aku jumpa, dan pelbagai juga ragamnya.
Kebanyakan pragawati-pragwati tersebut boleh tahan nakal dengan budaya moden mereka. Entah macam aku tidak berkenan pula walaupun mereka cuba merapatiku. Malah ada terpaksa ku 'block' dari telefonku.
Iyela pelik juga, yang nakal-nakal tu mahu pulak mencariku. Yang baik-baik pula tidak berani merapati aku. Dan hanya bekas kekasihku yang berani mendekatiku. Dia adalah pragawati muslimah. Cantik ditambah dengan keperibadiannya yang baik sebagai seorang muslim.
Aku kena move on dah. Biarkan masa mengubati semuanya tentang dia. Walaupun aku sedar diri punyai kelebihan dari paras rupa. Namun, dalam memilih pasangan aku sangat berprinsip dan setia. Mungkin kerana aku melihat apa yang diteladankan ibuku. Setia sehingga hujung nyawa.
Kalau mereka tahu aku sudah putus hubungan dengan awekku, pasti mereka cari aku. Tapi jangan risau. Aku bukanlah mudah menerima sesiapa dengan begitu saja. Biarpun sekadar berhibur. Berkawan boleh, lebih dari itu ia hanya untuk orang yang benar-benar menjadi penakhluk hatiku yang sebenar.
Dah kata dah, dalam telefon dah ada yang bertanya khabar. Ada yang mengatakan simpatilah. Jika perlukan apa-apa jangan segan hubungilah. Ada juga yang lagi nakal, siap kata sudi jadi penggantilah. Lantak koranglah.
Namun begitu, aku tidak pula boleh menyombongkan diri. Aku hanya ucapkan terima kasih atas sokongan mereka. Entah dari siapa pula mereka tahu hal perpisahanku. Apakah mungkin mereka melihat bekas awekku berhenti mengejut. Entahla, malas juga nak ambil pusing. Benda yang lepas jangan dikenang sangat. Aku cuba positif.
Setiap kita mungkin pernah putus hubungan. Korang tahulah rasanya bagaimana! Kehilangan seseorang yang kita sangat cintai, malah kita pernah mengimpikan mendirikan mahligai bersamanya. Sakitnya serius sakit.
Kalaulah aku macam jantan lain, memang sekejaplah aku terima yang menawarkan diri. Bukan belagak, memang mereka tu macamtu. Sebab itulah aku memegang amanah ibuku.
Jika memilih calon isteri nanti janganlah berlandaskan nafsu, biarkanlah ia perasaan sebenarmu. Kerana nafsu itu sendiri akan jadi punca keruntuhan rumah tangga. Menyukai dan menyintai menerima seadanya kita adalah perkara yang membezakan samada hubungan itu akan bahagia kelak. Itulah ucapan ibu yang sehingga kini kupatuhi.
Iyela, senang cakap bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor. Tapi nak cari bunga yang tepat bukanlah suatu yang semudah bicara. Kalau tiada yang tepat, aku sanggup membujang sehingga ke akhir hayatku. Ha, cerewet. Memang. Selipar yang kita nak guna dikaki pun kita pilih elok-elok, inikan pasangan hidup.
Pangsapuri
Ep8
Setelah selesai memasukkan iklan fotograpi aku mengambil kesempatan untuk keluar sekejap. Mencari bekalan makanan. Aku ke super market yang berdekatan dengan kawasan dengan pangsapuri tersebut.
Nak kata dekat, agak jauh rasanya memandu. Jadi dengan itu, aku akan cari sebanyak mana yang boleh. Kerana aku tahu, tidak akan selalu keluar seperti ini. Penuh troli juga. Barangannya pelbagai.
Hidup sebatang kara, troli tersebut aku penuhi dengan makanan dalam tin, kopi segera pracampur dan pelbagai makanan lain.
Dalam pada merayau di marketnya, aku terpandang ramen jenama yang sama aku pernah makan di pangsapuriku. Aku ambil sebanyak lima paket. Puas hati makan, ramen buatan korea itu jelasnya memang sedap juga. Walaupun agak pedas sedikit.
Usai membeli belah, aku memandu kembali ke pangsapuri. Sampai di dalam rumah, aku susun semuanya mengikut ketetapan jenis makanan. Minuman tin, botol dan buahan di peti sejuk. Manakala, yang lainnya kususun di rak laci makanan. Bekalan sebulan.
Macam biasa, aku berehat di sofa sambil mendengar lagu. Dalam masa yang sama, membelek apa yang ada dalam telefon. Melihat apa-apa pesanan dari tempat kerja. Walaupun cuti kena tengok juga. Mana tahu ada tugasan baru yang diberikan.
Selepas itu baru aku melihat ke aplikasi media sosialku. Tak habis-habis juga awek modelling tu semua 'personal message' kat aku. Aku baca je la. Ada yang ku balas dengan sopan, tak mahu mereka kecil hati walaupun malas nak layan. Kena jaga hati juga, sebabnya mereka rakan sekerja juga.
Sepanjang hari ini, aku tidak mendengar bunyi pelik. Mungkin jiran-jiran semua pergi kerja agaknya. Rumah agak sunyi selain dari bunyi muzik yang bermain dari set 'home theater' ku.
Nak kata macam mewah tak juga la, tapi aku berpuas hati dengan apa yang aku miliki setakat ini. Bersyukur atas semuanya.
Bila berseorangan macam ni, memang minda menerpa dengan wajah ibu. Sentimental semula jiwa ini. Terkenangkan alangkah seronoknya kalau ibu duduk bersamaku sekarang, ibu tak perlu buat apa-apa. Hanya jadi tukang masakku sudah cukup.
Pasti ibu juga sangat gembira dengan kejayaan anaknya. Kalaulah ibu masih hidup, pasti dia tersenyum bahagia. Pasti juga dia akan tanya, bila anak mak nak menikah? Boleh hilangkan rasa sunyi kalau ada cucu dengan bermain. Itu sudah pasti.
Bukan aku tidak redha dengan pemergian ibu. Tapi terkadangnya aku sangat merinduinya. Ku doakan agar ibu bahagia di sana bersama ayah tercinta.
Pangsapuri
Ep9
Terlelap depan TV. Sedang sakan merehatkan diri. Aku terkejut dengan bunyi pintu ditutup. Jiran dah balik kerja la tu. Bersiap sedialah telinga mendengar rutin.
Aku dengar bunyi pintu bilik pula dibuka. Aku layan jer 'sound effect' bunyi semua tu. Macam orang tengah meneliti pergerakan seseorang. Aku layan jer apa-apa bunyi.
Dengar bunyi air mencurah di bilik air. Seterusnya bunyi orang bancuh kopi. Aku tetap statik di sofa melayan semua gelombang bunyi yang diterima gegendang telingaku. Ingin tahu juga apakah jiranku ini pun hidup berseorangan jugakah?
Apakah dia seorang perempuan? Atau lelaki! Tak kesahlah, tapi seronok pula aku dengar bunyi semua tu, mendorong aku berkhayal membayangkan yang diri tidak keseorangan.
Tiba-tiba telefonku berbunyi tanda notifikasi ada mesej masuk. Malaslah nak layan. Ni mesti awek-awek pragawati. Aku perasan juga salah seorang dari mereka memang terobses denganku. Tapi tu la, bab nak layan tu aku ada prinsip. Bukan main belasah jer.
Terfikir juga, dari hidup kebosanan macam ni baik juga aku balas chat mereka. Boleh la pakai hilangkan rasa sunyi diri. Aku mengapai telefon bimbitku. Ku buka isi dalam mesej terkini.
Mesej dari nombor yang tidak dikenali. Owh dari calon pragawati kalinya? Kan aku ada buat iklan tadi.
Aku balasla minta gambar dan sedikit detail untuk memastikan samada dia layak jadi modeling sambilanku.
Terpapar dalam screenku mini resume. Namanya Cecilia Chan, umurnya 24, status pelajar. Paling mengejutkan aku adalah alamatnya 143-6 menjurus kepada alamat rumahku. Apakah dia ni scammers! Itulah yang terlintas di kepalaku. Takpe, kita layan dulu.
Namanya macam aku pernah nampak. Di mana? Jap...jap di mana? Alamakkk! Aku segera ke middle room, aku ambik gambar awek pernah aku nampak dalam bilik tersebut. Aku tengok semula di belakang framenya. Apakah dia ini orangnya? Takkan kebetulan. Siapa dia ini sebenarnya?
Aku balas semula, betul ke alamat dan detail dia bagi? Dia jawab ya itulah detailnya. Aku syak dia ni sengaja nak mengenakan aku per? Jap kau. Nak main-main ye?
Kau biar betul, alamat tu alamat rumah aku. Jangan-jangan dia ni hantu menghuni rumah ni. Ahh sudah. Boleh kacau kalau macam ni! Serabut aku memikirkan.
Scammers ke hantu ke betul-betul ni? Apa aku nak buat dengan dia ni.
Aku tanya balik, serius ke dia nak jadi model sampingan? Dijawabnya serius la. Lepas tu aku pulak ditanyanya, serius ke aku ni 'photographer'!
Serius la mangkuk! Dah kau punya resume mengelirukan aku. Aku kena tanyala kau untuk kepastian.
Aku memang rasa semacam dan tak puas hati. Dari bersahaja aku jadi seperti orang yang gelisah keliru. Aku mengambil keputusan untuk menelefonnya.
Pangsapuri
Ep10
Aku adalah seorang pelajar sebuah Kolej swasta. Ayahku menyewakan untuk aku sebuah unit pangsapuri. Ayah mahu aku belajar berdikari. Aku setuju dengan ideanya.
Oh ya, aku gadis berbangsa Cina, namaku Cecilia Chan dan berumur 24 tahun. Ayah mahu aku menyambung pelajaran berkaitan perniagaan kerana aku adalah satu-satunya waris yang bakal mewarisi syarikatnya.
Aku baru jer seminggu mendiami unit pangsapuri ini. Dalam beberapa hari kebelakangan ini aku berdepan dengan beberapa peristiwa pelik. Ia berkenan, bunyi-bunyi pelik dalam rumah ini. Tapi aku bukanlah seorang gadis yang penakut. Dari kecil aku sudah biasa dengan gangguan mistik. Jadi setakat bunyi aku tak heran la.
Aku syak, rumah sewaku berhantu. Mana taknya, ramen aku semalam ada orang makan. Lepastu bukan reti nak buang plastik. Hampeh punya hantu.
Bukan itu saja. Bilik tidur pun bersepah. Aku buat tak tahu kemas jer. Kalau setakat nak jenis hantu nak menakutkan Aku dengan cara macam tu aku tak heran. Bunyi bilik air, huh! Tak heran.
Lagi dia sukahati pindahkan gambarku. Hantu ni, bukannya boleh sentuh kita pun. Takat buat gangguan macam tu bolehla.
Haaa, aku ni jenis cekal. Maklumla ibuku juga sudah lama meninggal, makanya aku hanya ada ayahku sahaja. Cara ayah mendidikku berbeza dengan ayah lain. Dia banyak mengajar aku dalam kehidupan kena berani, kalau tidak kita akan ditindas.
Malah ayah juga mengajar aku ilmu mempertahankan diri. Jadi sebab itulah aku tidak gentar. Bukan berlagak. Tapi aku seorang gadis yang mampu mandiri.
Balik dari Kolej tadi. Aku nampak kertas iklan mendapatan khidmat model sambilan. Aku cuba la nasib, mana tahu boleh jadi seorang model terkemuka. Hehe berangan.
Selesai mandi, aku ke ruangan dapur. Sangat pelik, banyak makanan pula ada. Mungkin hantu tu insaf dah kot menibai ramenku. Air kopi aku pun dia belasah juga.
Aku bancuh kopi, dan aku ambil kertas iklan tadi. Aku baca maklumat yang ada. Aku tidak berminat dengan imbuhannya. Ayah membekalkan aku dengan duit secukupnya. Aku berhajat nak kira guna sebagai mengisi masa lapang bila tiada kuliah nanti.
Setelah itu, aku ambil keputusan menghubungi jurugambar yang buat iklan tu. Memang lambam juga. Nak balas pun lambat. Takpe la mungkin dia banyak sangat calonnya.
Akhirnya dia balas juga. Minta detail, aku bagi. Tapi pehal pulak, Tanya serius ke nak jadi model? Kan dia juga yang buat iklan! Jangan dia jadikan aku model gambar lucah sudahla.
Tiba-tiba telefonku berbunyi.
Pangsapuri
Ep11
Agak lama juga aku menunggu dia mengangkat telefon. Apa benarkah ini orang atau makhluk halus. Ke situ pulak fikiranku. Aku harap dia orang la.
Akhirnya dia mengangkat juga panggilku. Hati ku mendebar. Iyela ingin tahu misteri namanya dan alamat yang sama.
"Hello, awak Cecelia!" sapaku.
"Iye saya" balasnya.
"Kalau awak tak keberatan, saya nak tanya beberapa perkara" ujarku membuka bicara.
"It's ok, you can ask anything" balasnya seperti orangnya jenis terbuka. Bagus.
"Owh lupa pula, saya Carl Chester, jurugambar yang buat iklan tu" ujarku memperkenalkan diri.
"Yes, I knew I have seen from yours advertisment" balasnya lagi.
Mangkuk tol, speaking bagai.
"Rasanya alamat awak tu silap kot!" ujarku sengaja mencabarnya.
"Aiya, betul ma! That's my address, nothing wrong" balasnya.
"Sure!" tanya ku lagi.
"Sure 100%, So what's wrong with that address?" balasnya yakin.
"Sebabnya alamat ini alamat rumah saya ma" balasku.
"Really!" balasnya nampak seperti terkejut.
"Yes, I live here" balasku.
"Are you sure!" dia mendebatku.
"I don't know how do you claim this property is yours" balasku geram.
"Wait... I rasa you ni penipu la" balasnya dan terus tutup telefon.
Aduh! Ni parah ni. Tak sempat aku nak tanya banyak. Dialah yang penipu. Tapi pelik juga. Kalau kami berdua duduk di alamat yang sama! Ini bermakna dialah hantu sebenarnya.
Aku pun terus membuat pesanan ringkas guna aplikasi media sosial.
"Kau ni hantu yang tinggal di sini kan?" pertanyaan berbentuk provokasiku.
"You la hantu, hantu yang makan ramen I" balasnya mengejutkan aku.
Kalau dia betul manusia kenapa aku tak nampak jasadnya. Sah dia la hantu. Ingat aku takut ke? Jadi dialah hantu yang buat bunyi tu semua.
"Hei hantu, you minum air soda I pun tak minta tau" balasku.
Sedikitpun tiada rasa takut. Malah geram.
"Kalau I hantu macam mana I boleh text you!" balasnya.
"Wait... I'm real human k!" balasku.
"No, you ghost, I'm real human" balasnya.
"No, I'm human, you ghost!" balasku.
Dia yang hantu, mengaku manusia pulak.
"Hei hantu, kalau nak tinggal sini jangan buat masalah boleh!" balasnya lagi.
Aku pulak dia tuduh hantu lagi. Degil betul dah sedar diri hantu ngaku je la hantu. Saja nak mencabar aku. Kalau dia betul bukan hantu, takkan aku pulak yang hantunya. Pelik!
"Okla, aku hantu, kau tu manusia" balasku malas nak bertekak dengan hantu yang perasan dirinya manusia.
"Haaa, kan senang ngaku dari tadi" balasnya yakin seolah aku ni yang hantu.
Perangai hantu perempuan pun sama dengan manusia perempuan. Pasal debat pun pasti tidak mahu kalah. Hampeh punya hantu.
Pangsapuri
Ep12
Siapa hantu sebenarnya aku atau dia? Pastinya bukan aku. Perdebatan kami ku akhiri dengan mengalahkan diri. Aku malas mendebatnya. Korang pun tahu, yang sebelah sana adalah hantu perempuan. Perempuan mana pernah boleh kalah.
"You arrr, music tu boleh kasi perlahan sikit ka next times" ujarnya membuat bantahan terhadap muzik yang selaluku mainkan.
"Bising sangat ka!" balasku.
"Yala, I kan masih student, mau study susah, but your music genre same as mine, so okay la, but slow sikit la" ujarnya lagi.
"Owh okay, I akan buka perlahan lepas ni" ujarku.
Rumah aku, aku pulak yang kena mengalah. Dia tidak sedar dirinya yang hantu. Macam mana pula dia meninggal erk? Nak tanya pasti dia mengamuk. Kan dia mengaku dirinya manusia.
"Awak nama Carl kan! Saya panggil awak Carl saja lah, anyway thanks you for the foods ya" ujarnya.
"Okay la, u can eat what ever u want" balasku.
Dia kan hantu student, jadi kasi muka la. Tak pesal pulak kena kongsi makanan dengan hantu.
"Ceci, is it okay if I call you just Ceci, tak best pula nak panggil wei, hoi, not nice la" ujarku macam anggap dia betul manusia.
"You can call me Ceci, I call u Carl" balasnya bersahaja.
Dalam berbalas mesej dengannya timbul pula idea Aku nak sahkan dia betul-betul tinggal kat sini sekarang. Jadi aku minta dia hantar gambarnya.
"For sure, boleh tak you ambik gambar kat mana dalam rumah ni, kalau betul kau kat rumah ni la" pintaku sedikit mencabarnya.
"Aiya, wait ya, I'm too sexy now wait I change my clothes first kay! I will prove it to you as soon as possible" balasnya.
"I'm waiting!" ujarku
Beberapa lama kemudian dia jelas menghantar gambarnya. Wei serius la! Memang suasana rumah ini, gambar dalam master room la. Ke ini gambar waktu lain!
"Is that picture you really take it just now?" tanyaku.
"Yes, if you don't trust me, we can on video call" ujarnya mencabarku pula.
"Ok lets on video call" aku pula teruja.
Aku buat panggilan video ke nombornya. Wei serius suasana bilik sama. Perabot sekitar sama. Apa sebenarnya ni! Dia ni alien ke! Takkan semua nampak sama je latar.
Dia pun nampak terkejut. Tapi serius minah ni tak nampak takut pun. Malah dia juga nampak teruja. Aku duduk di katil sebelah kanan dia sebelah kiri. Kami on selfie camera yang nampak kami macam duduk sebelah menyebelah.
Pangsapuri
Ep13
Biar betul, pelik tapi benar. Berada di tempat yang sama tapi tidak pula bersemuka di dunia nyata. Kami terus berselfie dan bersembang berkenalan. Macam seronok pula dengan suatu fenomena pelik yang baru saja kami alami.
"Carl, awak ni hantu ke manusia?" tanya si Cecilia.
"Aku ni manusia 100% pure" balasku.
"Macam mana boleh ini macam owh!" pelat cina dia nampak jelas.
"Mana nak tau! Okey let try something" ujarku mencadang sesuatu.
"Yea, what is it?" tanya nampaknya dia berminat.
"You go to kitchen, then make a cup of coffee, then try put it on the table" arahku.
"Okay, I'll do it right now, it's so exited" ujarnya dan kemudian nampak pergerakan dia menuju ke dapur dalam video tersebut.
Nampak dia membuka peket kopi pracampur. Dituangnya air panas, dan dikacaunya. Bunyi cawan dengan sudu berlaga kedengaran dalam dunia nyata. Kemudian, dia meletakkan cawannya di atas meja. Apa lagi aku tunggu depan meja. Perlahan cawan itu muncul di hadapan ku.
Wahhhh, macam magik pulak. Airnya masih panas. Tapi dalam videonya cawan itu menghilang. Best juga, aku dapat kopi bancuhan percuma. Hehe.
"Thanks for the coffee" ujarku dan aku tunjukkan padanya dalam video.
"You are welcome, how that happen arhhh!" balasnya.
"I also don't know how its work" balasku
"We live at same place, but we can't see each other in real life" tambahnya.
Dia nampak teruja. Suatu yang pelik tapi benar-benar terjadi. Aku juga merasa teruja dengan suatu yang baru kami alami. Saling tidak kenal, tapi teruja dengan apa yang berlaku.
"Hi Carl, are you married?" soalan yang membuat aku tersengih.
"No, I'm single, how about you" aku tidak mahu berdalih, jujur saja senang.
"I'm single too, but I don't trust you are single?" balasnya.
"Anyway, I baru je jadi single, baru je putus dalam minggu ni" balasku jujur.
"Aiyo, pasti dia menyesal punya atau you ini yang jahat kan" ujarnya lagi.
"Why you kata dia menyesal?" tanyaku.
"Aiyo... Carl hensem ma! Apa pasal putus sama dia meh?" tanya dia lagi.
"Parent dia jodohkan dia dengan orang lain" balasku berterus terang.
"You tidak kejar dia meh? Cinta dia mesti kejar dia lo" dialeq cina dia keluar semakin pekat.
"Dah namanya tiada jodoh, you pula pasal tada boyfriend?" balasku malas nak bercerita panjang lebar.
"Masih belajar lagi ma, mana boleh ada boyfriend, apa pasal tanya?" balasnya pula.
"You pun cantik juga ma, kalau orang cantik mesti cepat ada boyfriend" balasku membuatkan dia tergelak.
"Gila la you, bapak I nanti marah sama I, dia mau Cecilia belajar dulu" balasnya menjelaskan ayahnya tampak seorang yang tegas.
Selepas itu agak panjang lebar juga kami berkongsi cerita. Tak terasa battery telefon sudah beberapa kali bagi amaran tanda sudah minta diisi tenaganya.
"Low battery dah, nanti video call lagi" ujarku.
"I punya pun sudah warning low battery juga, charge penuh-penuh nanti call lagi" ujarnya.
"Babai..." ujarku.
"Ya babai... " balasnya.
Talian diputuskan.
Pangsapuri
Ep14
Memang unik dan pelik kejadian yang baru aku hadapi. Mengapa kami tidak bertemu dalam dunia nyata? Betul ke dia manusia? Kalau tengok situasi tadi memang dia seorang manusia. Dah la hensom gila.
Telefon pun baru saja dicharge. Baru up 3%. Lama lagi pula nak tunggu penuh. Aku pun tak tahu kenapa aku sangat teruja, rasa nak kenal lagi rapat dengan dia.
Harap dia seorang yang baik-baik la. Tapi hensem dia, aku tak boleh tahan. Sangat hensem. Hai amoi, jangan nak lebih-lebih sangat, mana dia mahukan kau tu! Bisikku dalam minda cuba menenangkan diri tidak mahu pula keterujaanku melebihi batas.
Dah terlebih pun sebenarnya. Bila teringat malu juga tanya dia sudah berkahwin ke belum. Aiya! Apa aku sudah buat? Tak malu ke perempuan tanya macam tu?
Kalau tanya semua perempuan luar sana, kalau dalam situasi aku ni dorang pun pasti exited juga dapat sembang dengan lelaki hensem macam dia. Kannn? Haaa baik korang ngaku la. Eleh, paling tidak dalam hati mesti ada cakap, kalaulah hensem macam dia jadi milik aku mesti best giler kan?
Lambat lagi la battery nak penuh. Kemon Cecilia, kontrol diri ok! Kau tu perempuan. Kalau ye pun bagi dia la buat panggilan dulu.
Jangan risau, kau ada banyak masa untuk terus berhubung dengannya. Kamu berdua kan tinggal di tempat yang sama.
Tapi, tak dapat jumpa. Pelik. Apakah yang menyebabkan semua ini berlaku? Apakah ada cara untuk berjumpanya?
Keterujaanku menambah lagi rasa ingin tahu tentang dia. Aku pergi ke ruang dapur, aku masak ramen, dan ku letak atas meja. Beberapa ketika juga aku menunggu. Akhirnya ramen itu menghilang.
Tidak lama kemudian, aku nampak ada sticker note atas meja. Dia tulis, terima kasih tolong masak ramen, sedap katanya.
Aku balas sticker notenya. Aku mengatakan kalau nak apa-apa boleh pesan guna sticker note lagi dan tampal kat pintu peti sejuk. Dia membalasnya, kalau aku perlukan apa-apa juga, boleh pesan, mana tahu kalau dia ada keluar boleh tolong belikan pula.
Wah rasa macam sudah jadi kawan pula dengan dia. Eee geram betul. Dah la dia hensem. Hehe...
Pangsapuri
Ep15
Jam sudah menunjukkan 9 malam. Bateri telefon sudah penuh. Patutkah aku menghubunginya. Apakah tindakanku akan menganggu ketenteramannya?
Iyalakan, dia perlukan ruang privasinya juga. Dia perlu fokus dengan belajarnya. Dah la dia tolong masakan ramen tadi. Sudi juga dia masakan untuk aku.
Walaupun dia kata kalau perlu apa-apa, aku bukanlah nak mengambil kesempatan membuli dia atau apa. Kalau dia dah buat tu takpe la, kita lantak la, sayang membazir pula.
Hilang rasa sunyiku. Apa yang menarik pasal gadis ini, dia seorang yang bersahaja dan tampak sangat berani. Selain memiliki wajah cantik, pewatakan gadis comelnya juga jelas kelihatan.
Ish, takkan aku sudah mula menyukainya? Tak boleh jadi ni. Tapi rasa teruja juga nak berkenalan lebih lanjut dengannya. Bersembang dengannya walaupun kadang menyakitkan hati, tapi sekurang-kurangnya dia tidak berpura-pura.
Wajah cantik keanak-anakkan itu mula mengacau mindaku. Membuatkanku teringat akan watak-watak dalam drama korea yang awek comel buat-buat manja. Tapi dia punya nampak asli. Membuatkan aku rasa nak menghubunginya terus saat ini. Tapi kena sabar. Biar dia berehat dulu.
Nak kata budak cina ni cantik macam super model yang pernah aku temui tak la sampai secantik tu. Tapi tu lah, perangai bersahajanya menarik perhatianku.
Jangan-jangan dia tengah tidur dah. Ermm apa agaknya dia tengah buat ye? Pehal pula aku nak menyibuk urusannya pula?
Dalam pada itu aku terdengar bunyi cawan dan sudu berlaga. Aku pergi ke meja dapur. Ish nampak sangat mengharap sesuatu. Relak la Carl, melebih pulak kau ni dah. Ke sudah berkenan ke apa?
Seperti yang diduga, aku nampak dua cawan di atas mejaku. Nampak sangat dia buatkan satu untuk aku, dan satu lagi untuknya.
Tidak teragak-agak aku mengapai telefon bimbitku. Segera buat video call dengannya. Bagai dinanti panggilanku segera diangkatnya.
Aku nampak dia tersenyum. Perh memang comel. Girang pula aku dibuatnya.
"Kopi tu untuk Carl kay" sapanya terlebih dahulu.
"Thanks ya! Sudi buat untuk Carl" balasku sambil melihat dirinya dalam video tersebut.
Orangnya memakai kemeja putih, di kepalanya serkap rambut, menampakkan lagi wajah cerahnya. Nak kata wajahnya iras-iras pelakon Korea bernama Han Ga In. Lepas ni korang search sendiri la sapa retis Korea bernama Han Ga In tu.
Pangsapuri
Ep16
Aku terleka menatap gadis yang dalam telefon bimbitku itu. Kami hanya tersenyum memandang masing-masing. Bagaikan keduanya kelu tidak tahu menyambung bicara. Beberapa ketika juga diam.
"Tak tidur lagi ke?" aku memulakan mengganggu kesunyian tersebut.
"Tengah VC dengan you la" balasnya sengaja mengusik aku dan memekarkan senyumannya.
"You ada lesung pipit ya!" ujarku perasan suatu kecacatan yang memaniskan senyumannya.
Dia tersenyum lagi sambil menutup mulutnya dengan tangannya.
"Boleh nampak ka!" balasnya.
"Ya, I like it, it make your face so sweet" tambahku.
Opsss, aduh apa aku cakap ni. Tak pasal pula dia ingat aku nak mengorat pula. Apapun itu adalah bahasa spontan luar kawalku.
"You pun ada juga, you punya lagi special, boths side ada" balasnya.
Dia perasan juga lesung pipitku. Nampaknya dia juga mengamati wajahku. Nakal dan berani juga dia ni.
"But mine not very clear right!" ujarku.
"Ya, but I still can see its, I like its too" balasnya.
Apa yang kami berdua ni merapu? Sembang pasal lesung pipit pula. Ermm tapi dia memang nampak manis dengan lesung pipitnya. Kira boleh menyebabkan kita leka memandangnya. Nasib baik juga line Video Call dengannya sangat clear dan tak putus-putus.
"Cecilia, how I can meet you for photography?" tanyaku.
"I also don't know how we can meet each other" balasnya.
"Or, I teach you guna camera I, then you take your own pictures" ujarku memberi idea.
"Boleh meh?" tanya dia lagi.
"Sure, the camera on the table inside middle room" jelasku.
"May I explore your camera" pintanya.
"Sure, sure, senang guna juga camera tu" balasku mahu dia rasa selesa.
"Drink la kopi you tu, sejuk nanti" ujarnya mempelawa aku minum.
"Kita pergi kat balkoni mau! Sana minum sambil tengok pemandangan waktu malam" ajakku.
"Boleh juga, jom!" balasnya sambil bangun dan menuju ke balkoni. Begitu juga aku.
Kebetulan kat balkoni tu ada dua sepasang kerusi sandar. Aku memilih yang sebelah kiri dia pula sebelah kanan. Pelik kan! Macam kami berdua saling duduk sebelah menyebelah.
Kalau orang nampak macam orang gila tengah cakap sorang-sorang. Apapun rasanya kedua-dua kami rasa seronok bersembang dengan masing-masing.
Pangsapuri
Ep17
Kelihatan pemandangan yang sangat indah. Deruan ombak juga sayup-sayup kedengaran memecah pantai. Lampu-lampu bot nelayan menghiasi samudera. Kerlipan bintang bergemerlapan menambah seri malam.
Aku leka bersembang dengan gadis baruku kenali entah dari alam mana. Kami bersembang bagaikan masing-masing wujud bersebelahan.
Banyak juga topik dibicarakan. Kami bertukar pandangan. Akhirnya, kami menjadi semakin mengenali masing-masing. Biarpun tidak bersemuka. Namun, kewujudan itu jelas terasa. Biarpun hanya bersebelahan, bagaikan orang yang berbicara jauhnya beribu batu.
Tidak berasa masa berlalu pantas. Sudah hampir 2 jam setengah kami bervideo call. Lengan pun agak lengah memegang telefon. Berakhir diletakkan disandar pada cawan kopi yang sudah lama kehabisan. Namun tiada tanda percakapan itu akan tamat.
Apakah sekali lagi bateri juga jadi penentu penamatnya percakapan ini. Entah mengapa, malam itu terasa sangat indah. Apakah dia juga merasa sepertiku. Mungkin juga.
"You tak rasa fenomena ini sangat pelik?" tanyaku.
"Ya lo, sangat weird lo" balasnya.
"Tapi rasa best kan?" ujarku.
"Ya, very special, why this happened to us?" pertanyaannya membuatkan aku terfikir sejenak.
Apakah makna semua ini. Dipertemukan dengan seseorang yang dari mulanya ada keserasian. Perlukah aku ungkapkan apa yang aku fikirkan padanya.
"I like terms very special tu" balasku.
"Me too, it's very unique and don't how to explain" tambahnya seperti mengiakan pendapatku.
Bersamanya walaupun tidak nampak jasadnya, tetap membuat rasa hati girang. Rasa benar-benar ingin bertemu dengan dirinya yang sebenarnya. Tapi aku masih mengawal diri.
Apakah aku begitu mudah sudah mula menyukainya. Aduh. Perlukah aku nafikan kebenaran ini. Itulah sebenarnya yang dapat aku rasakan sekarang.
"If you see the phone is disconnected, that's mean my battery already done" ujarnya.
Aku faham sudah hampir 3 jam kami bervideo call.
"It's okay, we can continue tomorrow" balasku.
"I hope I have infinite battery power" ujarnya tampak berat untuk menamatkan sesi kali ini.
"You know what! Start from today I never felt lonely anymore" ujarku sambil menunjukkan senyuman padanya.
"Me too, I hope I can meet you in real life" ujarnya pula.
"Before our hand phone disconnected, I wanna say good night and sweet dreams" ujarku entah macam mana ayat itu dengan sendirinya terkeluar.
"Good night, hope see you in my dreams" balasnya pula.
Disconnected...
Pangsapuri
Ep18
Nampaknya, sesi hari ini telahpun tamat. Aku segera berlari mencari soket untuk mengisi semula tenaga telefon bimbitku. Setelah itu, aku ke bilik air untuk persiapan berberus gigi sebelum merebahkan diri untuk berehat tidur.
Kedengaran juga dia sepertinya tengah berada dalam bilik air. Pastinya dia juga memberus gigi juga kalinya. Setelah selesai berberus gigi, aku masuk ke bilik tidur utama. Lampu masih belum dipadamkan.
Ada nota stiker melekat pada suiz lampu. Tertulis 'Good Night Handsome man'. Aku balas 'Sweet dreams beautiful lady'. Ku padamkan lampu setelah itu.
Mataku sukar terpejam. Masih teringat segala yang kami sembangkan. Malah terkadang tersenyum sendiri. Terbayang senyuman gadis bernama Cecilia yang baruku kenali.
Biarpun pertama kali mengenalinya, tapi bagaikan hubungan itu telah lama sedia ada. Iyala agak lama kami bersembang tadi. Dari sembang merapu dan sebarang topik diketengahkan.
Kehadirannya menceriakan hidupku. Aku tidak lagi merasa keseorangan. Kini aku hanya membayangkannya berbaring di sebelah kiriku. Apakah dia sudah tidur? Rasanya juga la, kerana tiada lagi bunyi kedengaran. Apakah dia keletihan melayan VC denganku?
Tidak lama kemudian, kedengaran bunyi pintu seperti sedang dibuka. Minah ni tak tidur lagi ke? Apa dia buat?
Aku pun keluar juga. Aku mendengar bunyi air dijirang. Tidak lama, kemudian aku melihat ada nota di pintu peti sejuk berbunyi 'I lapar, nak makan ramen dulu'. Nota tersebut membuatkan aku tersenyum. Lupa pula dia tak makan lagi, Kan tadi dia hanya masak untukku ramen.
Aku balas notanya mengatakan diri menemaninya di situ. Sambil berbalas nota pula dengannya.
"Awak makanlah, I temankan" catatku.
"Pergilah tidur, esok you kerja kan!" tulisnya pula.
"I masih lagi cuti" balasku.
"Carl nak ramen tak! I masakan juga" tulisnya.
"Takpe, tak lapar" balasku.
Beberapa ketika, baru dia balas nota tersebut.
"Dah kenyang dah, jom pergi tido" tulisnya.
"Takpe ke kita tidur bilik yang sama?" tanyaku.
"Aiya, bukan Carl nampak I pun, then it's ok lo" balasnya.
"Ya la I risau you tak selesa, I boleh tidur kat luar jer" balasku nak tunjuk baik kononnya.
"It's okay la, sama dalam bilik, tidak juga rasa takut sorang" balasnya.
"Nanti you kata I miang ma!" tulisku sengaja mengusik dia.
"You nak miang bukan you boleh buat apapun, dah pergi tido!" balasnya.
Iye tak ye juga. Tidak lama kemudian dia kedengaran di bilik air. Berus gigi lagi la tu.
Aku kembali masuk dalam bilik. Erm memandangkan dia bersikap terbuka. Aku pun baring macam biasa di sebelah ruang kanan. Rumah sendiri juga. Lagipun kami berdua bukannya nampak masing-masing. Tapi kewujudan itu tetap terasa.
Pangsapuri
Ep19
Kenapalah mata berasa sukar amat untuk lelap. Tidak seperti sebelum ini, baring saja tidak sampai beberapa ketika sudah berada di alam mimpi. Apakah ini kerana peristiwa pelik yang baru saja aku alami.
Tahulah diriku hanya seorang gadis. Tapi aku punyai naluri ingin merasa kasih sayang seorang kekasih. Ya aku pernah bercinta sebelum ini. Tapi ia hanya pengalaman di sekolah menengah suatu ketika dahulu.
Tiada satupun daripada kisah cintaku pernah lalui dengan serius. Mungkinkah saat itu aku tidak memahami apakah erti cinta yang sebenarnya.
Tapi kini, mengapa timbul rasa pelik yang jelas dalam hatiku sangat menginginkan perasaan itu hadir. Malah rasa lebih bodoh, berkenalan hanya tidak sampai sehari, tapi perasaan menyukainya telah timbul dari benak hatiku.
Sejujurnya, aku tidak dapat nafikan kebenaran yang aku sudah jatuh hati dengannya. Tapi, aku tidak mampu luahkan, biarpun hatiku menjerit mengatakan aku sangat menyukainya. Walaupun kami baru saja berkenalan.
Apakah aku seorang gadis yang naif? Apakah dia punya rasa yang sama sepertiku? Dikirakan aku memang seperti orang bodoh, tergilakan sesuatu yang tidak nyata. Kami berada di tempat yang sama, tapi saling tidak dapat melihat masing-masing di alam nyata, hanya di alam maya.
Kalaulah kami menjadi pasangan kekasih, apakah yang mampu kami lakukan? Hidup di alam masing-masing. Apakah ada cara untuk bersemuka langsung dengannya?
Kuliahku esok hanya ada dua jak kredit sahaja. Berbaloikan aku tidak tidur untuknya? Apakah dia akan mengatakan dia suka padaku? Aduh! Perasannya aku. Perlukah aku mulakan pengakuan akan perasaan ini padanya?
Kejap aku putarkan badan ke arah kanan, kejap ke arah Kiri pula. Mataku langsung tidak mengantuk. Teruja dengan peristiwa tadi. Berhabis aku cuba mengawal diriku. Kerana aku sedar aku adalah seorang gadis. Takkan aku nak jadi perigi cari timba pulak.
Aku memukul tilam melepaskan kegeramanku. Meluahkan perasaanku yang tidak terkawal seperti sudah mula merindui lelaki bernama Carl Chester yang baru ku kenali hari ini. Tak tahan, dia sangat kacak dan tidak mungkin aku dapat nafikan yang aku sudah tersangkut padanya.
Tiba-tiba, lampu bernyala.
Ada nota di suiz lampu berbunyi 'Cecilia ok ke?'.
Aku gapai telefonku dan terus menghantar pesanan padanya.
"Entah, susah nak tidur la" ujarku.
"Kenapa? Are you ok?" balasnya.
Patutkah aku mengaku yang aku mempunyai perasaan merinduinya. Pelik kan?
Pangsapuri
Ep20
Perlukah aku merasa risau pada gadis yang baruku kenali? Tapi perasaanku sangat ambil perduli. Perlukah aku berlagak tenang setenangnya dan menafikan perasaanku sendiri.
Aku terdengar tilam seperti sedang ditumbuk-tumbuk. Dah mata belum terlelap. Apakah dia sedang stres? Kenapa aku nak ambil perduli?
Ahhh selagi perasaan ini tidak diungkapkan, selagi itu ia membuak. Bagaikan larva terpendam. Sakitnya memendamkannya.
Setelah aku menghidupkan lampu, aku menyampaikan nota buatnya. Beberapa ketika telefon ku membunyikan notifikasinya tanda ada mesej masuk.
Ternyata dia yang mengatakan matanya sukar untuk tidur.
"Bukan besok Cecilia ada kuliah ke?" tanyaku menyambung bicara.
"Yes, tapi rasa nak ponteng jer la" balasnya.
"Mengapa nak ponteng? Tidurlah" nasihatku.
"I can't sleep now, I need to tell you something" ujarnya.
"I also wanna tell you something, but you first" balasku.
"Okay, you first la" ujarnya.
"I can't hold this anymore, I really need to tell you about..." tak habis ayat ku dia sudah mencelah.
"About what?" celahnya seperti tidak sabar.
Aduh, haruskah aku meluahkan! Kalau dia memberikan respon sebaliknya macam mana? Tidakkah terlalu awal untukku meluahkannya.
"Kita VC je la, bateri ada 30% dah ni" ujarku memberi cadangan.
"Okay, on" balasnya setuju.
Seperti sedang menunggu panggilan dariku, dia terus mengangkatnya. Terpapar wajahnya di skrin telefon bimbitku. Cantik tapi agak serabai.
"Yes, what is it?" tanyanya tidak sabar.
"Ermmm what if we say it together?" ujarku.
"Okay, 1, 2, 3..." ujarnya
"I like you...." ujar kami serentak.
"What???" pun serentak.
Alamak! Aku dan dia punyai rasa yang sama. Sangat mengujakan. Bodoh kan! Baru kenal, dua-dua buat pengakuan sama.
"Cecilia are serious!" tanyaku.
"Sepatutnya I yang tanya macam tu" balasnya.
"Yes, yes i'm serious, I really like you" balasku segera.
"How do we have same feelings?OMG" ujarnya sambil tersenyum dan menutup mulutnya.
"I don't know. But that is the truth" balasku.
Wah, kami rupa-rupanya mempunyai persamaan yang sama. Tapi masalahnya bagaimana kami hadapi semuanya dengan situasi yang kami tidak dapat melihat masing-masing di alam nyata?
Bersambung...
No comments:
Post a Comment