Dusun Durian
1. Durian
Durian digelar raja buah. Bagi pengemarnya, mereka sanggup membeli dengan harga yang tinggi. Buah durian adalah kategori buah yang mengikut musim. Pelbagai nama diberi pada durian, dari D1 hingga ke berapa pun tak tahu, durian kampung, Anghae (Udang Merah), Holo, Susu, Terung dan paling popular adalah Musang King. Di Malaysia negeri yang paling banyak dusun durian adalah di Batu Kurau Perak dan Balik Pulau, Pulau Pinang.
Bagi yang ada dusun durian, mungkin mereka sudah jemu menikmatinya. Durian boleh dibuat macam-macam menjadi citarasa makanan. Tempoyak, pengat durian, Krepe durian, muffin durian, puff durian dan pelbagai lagi jenama berasaskan durian. Namun begitu, ada juga yang tidak tahan loya dengan bau durian yang sangat menusuk ke rongga hidung.
Adakah anda tahu cara menghilangkan bau durian pada tangan dan rongga mulut anda? Saya pun tidak percaya sebelum mencuba teknik yang dipanggil sebagai petuanya. Jika anda baru lepas makan durian, basuhlah tangan anda dengan mengalirkan air pada kulit durian yang anda makan. Selain itu, anda boleh berkumur dengan air yang disusurkan pada kulit durian. Mudahan baunya akan hilang tapi bukanlah seratus peratus. Ada juga yang mengatakan air yang ditadah pada pangsa durian boleh menyejukan badan.
Kalau di kawasan pendalaman di Sarawak pula, masih ada istilah pokok durian kongsi. Maknanya semua penduduk di sekitar kawasan tersebut berhak mengambil buahnya asalkan rajin mengutipnya. Tapi selalunya pula, pokok durian kongsi ni sangat jauh di hutan. Pokok-pokoknya pula sangat tinggi dan besar. Ada sesetengah pokoknya sebesar jika dua lelaki dewasa memeluk pokoknya dan itupun belum tentu bertemu tangan mereka. Itu menjelaskan betapa tuanya pokok durian tersebut. Biasanya buahnya mempunyai isi yang enak.
Jadi di sini, saya ingin berkongsikan pengalaman mistik menjaga dusun durian bersama atuk saya. Pengalaman-pengalaman ini mungkin pernah dilalui oleh sesiapa saja. Mungkin mereka lebih jelas dengan apa yang bakal diceritakan nanti.
Pada masa tersebut, adalah zaman semasa saya baru meningkat remaja. Masih di tingkatan empat kalau tak silap. Masa tu kebetulan cuti sekolah dan musim durian. Jadi atuk mendapat kebenaran dari saudara maranya untuk menjaga dusun durian di sebuah kampung. Saya pula seorang remaja yang sangat gemarkan durian. Apabila mendengar atuk akan menjaga dusun durian saya menawarkan diri menemaninya. Atuk memang berniat nak saya menemaninya, maka tepatlah orang yang bakal menyertai atuk.
Atuk bukannya tiada dusun durian sendiri, tetapi kebanyakkan pokoknya tidak berbuah pada musim tersebut. Lagipun saudara atuk ni memang banyak dusun durian. Sebab itulah dia bagi atuk dan saya jaga. Mungkin mereka pun sudah muak dengan durian agaknya. Apapun rezeki jangan ditolak. Atuk memilih dusun saudaranya yang jauh ke dalam hutan, kononnya buah durian di sana jauh lebih lunak dan enak kerana isinya yang di antara kuning dan oren.
Dusun Durian
2. Bertolak
Hati terasa girang. Aku mengemas sedikit pakaian untuk kegunaan di dusun durian nanti. Radio tape juga aku bawa sekali, untuk dilayan kalau-kalau kebosanan nanti. Tali tangsi dan kail aku simpan juga dalam beg galasku, mana tau ada ikan sungai air batu. Sebab atuk juga suruh bawa, ada sungai katanya. Siap macam untuk suatu pengembaraan.
Masa sekolah rendah dulu aku pernah ikut atuk dan nenek bermalam di dusun durian. Memang sangat seronok. Suasana hutan sekeliling memang membuatkan aku gembira kerana jarang-jarang dapat mengalami situasi seperti itu. Memori itu mengamit kenangan semasa kanak-kanak dulu. Sudah tidak sabar ke sana.
Atuk siap mengemas segala peralatan keperluan kami berdua di sana. Nenek tak ikut, sebab jaga ayam dan itik makan di rumah. Jadi aku dengan atuk sahaja yang pergi. Atuk aku ni pulak macam-macam pantang larang kalau ikut dia di hutan. Aku dah masak juga dengan perangai orang tua ni.
Kami berdua pun bertolak naik bas ke kampung yang dimaksudkan. Sampai kat simpang kampung tersebut kami berdua turun dan kena berjalan kaki masuk ke dalam hutan perkampungan tersebut. Dua jam juga, lenguh tu memang lenguh, tapi keterujaan tu sangat tinggi mengalahkan segala halangan.
Setelah dua jam berjalan kami sampai di destinasinya. Selepas memunggah barang kat pondok atuk dan aku menebas rumput dan semak sekitar dusun tersebut bagi memudahkan mengutip durian nanti. Kawasan dusun itu tak la luas mana, kiranya satu per tiga kawasan padang bola sepak. Tebas pun cincai-cincai la semata-mata senang nampak durian yang jatuh. Penat juga la. Keterujaan tu tak habis-habis lagi.
Sebelum jam sebelas pagi, akhinya kami berdua selesai menebas kawasan tersebut. Nasib baik juga, cuaca elok tiada ribut, kalau tak risau juga dihentam buah durian jatuh. Itupun ada dah beberapa biji yang jatuh tanpa ribut. Harap hari tak hujan la. Tengahari tu kami berdua makan bekal yang disiapkan nenek pagi tadi.
Selesai makan aku terus mencari sungai air batu yang terdekat. Nak mandi dan bersihkan diri dulu. Dalam sungai tu jelas kelihatan ikan sungai berenang secara berkumpulan. Tak sia-sia bawa tangsi dan mata kail ni. Memang rezeki la. Bukan lebih kepada rezeki, tapi keseronokan sebenarnya.
Dusun Durian
3. Durian Bukit
Perhh mandi air sungai batu, terasa macam merendam diri ke dalam air berais. Sejuk siot. Tapi kaw best. Tapi yang tak bestnya kena layan sorang-sorang, nak ajak atuk main sama kat sungai buat macam mandi ngan kawan-kawan? Dia level orang tua, tak layan la. Itu yang kejap je layan sungai.
Dah puas mandi sungai aku pikir kira nak layan radio kat pondok durian tu. Macamana rupa pondoknya? Nasib baik sudah atuk repair tadi. Atap zink la. Dinding buluh dari tiga arah, tak berpintu. berlantaikan buluh. Duduk atas tu, tengok ke bawah, memang boleh nampak la bawahnya dari celah-celah lantai buluhnya. Tiada tangga, rendah jer. Kalau nak tidur muat untuk empat orang dewasa. Kiranya jenis macam aku atuk tak perlu risau walaupun aku tidur buas punya. Ala jenis pusing sana-sini masa tidur la.
Atuk pun mandi juga rupanya, tapi lepas aku mandi la. Tu kata tu, nak ajak dia main-main kejar kat sungai, mana orang tua tu mau. "Atuk nak pesan, duduk tempat orang jangan buat hal, kat hutan ni bukan kita sahaja yang menghuninya, mulut tu jangan celupar" nasihat atuk. "Nak buka radio boleh ka tuk?" tanyaku takut-takut itu pun tidak dibenarkan. Maklumlah orang tua banyak pantang larang. "Buka untuk telinga kau sendiri, jangan panggil semua yang kat sini dengar sekali" balas atuk menderaukan darah aku.
"Atuk nak pergi cari durian kat kaki bukit nun, kat situ adalah tempat durian kongsi, siapa cepat dia dapat, kau nak ikut tak?" tanya atuk. Nak tinggal sorang-sorang kat sini tak la. "Ikut sekali la tuk, tapi barang kita takpa ke tinggal macam tu tuk?" balasku. "Takda orang nak curi barang kita, bukan ada benda berharga pun, kalau orang nak pun, buah durian je orang akan ambik" balas atuk.
"Mulut jaga elok, jangan tegur benda pelik-pelik" atuk sekali lagi memesan padaku. Aku hanya diam dan mengangguk. Kami pun bersiap pergi ke sana. Aku ni pemalas sikit, eh bukan sikit der, banyak la. Oleh itu, aku tak bawa apa-apa kecuali parang pendek bersarung yang diikat kat pinggang. Atuk membawa raga rotan di belakangnya. Seperti beg hiking yang besar. Namun tali kulit kayu sebagai penggalasnya.
Dah atuk kata ikut je. Hehe aku ambil kesempatan. Tapi atuk aku memang seorang yang keras sihatnya masa tu. Ala nanti aku tolong la dia bawa kalau ada buah durian. Kalau bawa dua raga rotan tu, tak ke dua-dua penat nanti. Lagipun, kami ambik durian bukan untuk di jual. Yang kurang elok nak buat tempoyak.
Kaki mula melangkah mengikut atuk. Aku memang ikut jer. Setelah berjalan selama hampir setengah jam, kami sampai kat destinasi. Tapi jalan yang diredah atuk sedikit pelik. Aku terfikir, kenapa dia tidak ikut lurus jer, kan lebih dekat. Tapi dia ikut jalan seakan-akan mengelak suatu kawasan. Nak tanya tapi malas la juga, kena maki tak pasal pula nanti. Jadi, ikut macam bodo je la.
Dusun Durian
4. Durian Kongsi
Kat situ pokok-pokok duriannya memang besar-besar. Biasa jenis durian tua ni, isinya memang enak walaupun buahnya tidak besar. Kat kawasan banyak durian susu dan durian terung. Durian terung ni, kecil jer, tapi isinya likat manis enak, bagi pengemarnya mereka berpendapat kalah musang king tau. Kalau kamu orang buat rangka bulat dengan menemukan sepuluh jemari anda, itulah saiz kebanyakkan durian terung. Sebab itu ia juga dipanggil sebagai durian terung kerana saiznya yang kecil.
Sesampai saja kat situ, nampaknya ada bekas ditebas oleh orang kampung, tapi tak nampak pula pondok orang yang jaga. "Kamu kutip kumpulkan setempat" arah atuk. Aku pun kutip la. Dalam leka mencari dan mengutip durian aku terdengar ada bunyi orang bercakap-cakap. Tapi orangnya tak nampak. Rasanya atuk aku tak pekak kot. Aku nampak atuk tercari-cari arah bunyi orang bercakap tu.
Nak juga aku tanya atuk adakah dia dengar apa yang aku dengar. Tapi tau la atuk dah pesan. Aku senyap je la. Nak kata orang yang bercakap-cakap tersebut bersembunyi, kawasan tu tampak jelas la juga. Suaranya jelas, cuma apa yang diperkatakan itu yang tidak dapat dicam.
"Kami datang hanya mencari rezeki, kami datang bukan dengan niat jahat, mohon jika kamu adalah orang sini jangan mengusik kami" ucap atuk bercakap sorang-sorang. Aku perhatikan tiada siapa pun dengan atuk bercakap. Sah dia bercakap sorang-sorang. Orang tua ni buat aku meremang bulu tengkuk pula. Bunyi orang bercakap tadi hilang.
Setelah beberapa ketika kedengaran bunyi sebiji buah durian jatuh. Buppppp... Atuk menyuruh aku mencarinya sebab bunyi jatuh tu dekat dengan aku. Aku pun cari. Tapi tak jumpa pula. Bupppp... ada lagi durian jatuh, di tempat yang sama. Aku cari lagi, tak jumpa. Bunyi memang dekat jer pun. Pelik cari tak jumpa. Aku pun bagitau atuk, durian tu tak jumpa. Bupppp... jatuh lagi tempat yang sama. Aku cari lagi. Tak jumpa juga. Agak-agak la. Tiga biji jatuh tempat yang berdekatan takkan sebiji pun tak jumpa.
Buppp... bunyi jatuh lagi. Kali ini tak jumpa memang buta la aku ni kata ku dalam hati. Ha jumpa pun. Aku keluarkan parang nak belah buah segar baru jatuh tu. Tampuknya pun masih baru, sah buah ni baru jatuh. Teruja nak mengopek durian tersebut. Aku pun belah la. Korang tau? Dalamnya semua kosong. Pangsanya ada lekuk seperti ada bekas isi buah. Aku kira buah ini ada masalah genetik kot. Maklumlah, diri ini adalah pelajar yang minat dengan sains.
Aku cari buah lain yang jatuh tadi. Jumpa lagi sebji. Pelik juga, tadi aku cari kat kawasan tu juga. Tadi tak jumpa langsung. Aku lihat tampuknya, ternyata baru jatuh juga. Ku belah. Sama kosong juga. Keterujaan nak makan durian segar aku terbantut. Aku balik semula kat tempat aku longgok durian tadi. Atuk juga sedang memilih buah yang dia nak bawa. Aku pilih sebiji, aku kopek sebiji dari longgokan itu. Baru ada isi. Perhhh, enak durian terung ni walaupun isinya tak tebal. Aku ceritakan pada atuk pasal durian kosong tadi. Atuk terus mengajak aku balik ke pondok kami.
Dusun Durian
5. Naik Bulu Roma
Aku perhatikan atuk melangkah dengan laju. Aku balik-balik tertinggal juga olehnya biarpun dia yang membawa durian. Nak kata aku jalan lembik, takda la aku perlahan. Aku ni kira atlet sekolah gak, walapun tak dapat nombor satu, tapi pencapaian nombor tiga tu layak dibanggakan la. Tapi langkah atuk aku kalah, tak tahu kenapa. Wahal aku bukan bawa durian pun. Maknanya atuk ni kalau, join rentas desa boleh juara kot?
Apapun aku terus jer ikut atuk. Atuk tak cakap apa-apa. Dia terus berjalan cepat sehingga kami sampai di pondok asal. Aku termengah-mengah juga la. Tapi atuk nampak tenang jer. Mungkin benarlah kata orang 'Alah bisa tegal biasa'.
"Cu, cari kayu api, pakai buat unggun api malam ni" arah atuk. "Jap tuk, penat berjalan ni tak habis lagi" balasku. "Atuk nak pesan, malam ni, jika ada apa-apa yang pelik, jangan tegur, diam saja, biar atuk yang uruskan?" tiba-tiba atuk mengucapkan sesuatu yang tidak menyenangkan dan mendatangkan tanda tanya padaku. Aku cuma mengangguk.
Aku lihat durian sudah banyak juga yang jatuh sejak kami pergi ke kaki bukit tadi. Malam ni aku tibai durian la nampak gayanya. Setelah puas berehat, aku pun mula mencari kayu api di sekitar situ. Aku kumpulkan kayu api depan pondok. Terasa badan melekit akibat peluh berjalan tadi, rasa nak mandi la pula. "Tuk, saya mandi dulu boleh?" aku minta kebenaran atuk. "Pergilah, jangan lama sangat, kejap lagi gelap" izin atuk bersyarat. Aku pun pergi mandi ke sungai tersebut.
Sampai kat sungai berbatu tersebut, aku pun pakai pakaian dalam jer. Tada orang, kesah apa? Lagipun pakaian bukannya bawa banyakpun. Aku melompat ke sungai. Sejuk siot. Kalau mandi dengan kawan-kawan seangkatan memang best la. Dengan kawan-kawan dapat mandi lama-lama. Setakat sorang-sorang mandi sungai, best macamana pun takkan lama, tada orang layan bersama. Selesai mandi aku balik semula ke pondok.
Dalam perjalanan balik ke pondok, aku rasa macam tak sedap hati. Semacam diekori sesuatu. Mungkin perasaan saja kot, bisik hatiku. Aku berhenti berjalan dan menoleh ke belakang, tapi tak ada apa pun. Aku abaikan. Aku mempercepatkan langkah kaki ku.
"Cu, gantung kelambu, dan jangan lupa hamparkan tikar juga supaya tiada nyamuk masuk" ujar atuk. "Baik tuk, nanti saya nyalakan ubat nyamuk bawah pondok sekali" balasku yang masih mengelap badan yang masih kebasahan dengan tuala. Dalam masa yang sama atuk sedang menyalakan unggun api.
Selesai menggantungkan kelambu dan menyalakan ubat nyamuk saya berjalan sekitar kawasan tersebut untuk mengutip buah durian. Saya dapat beberapa biji juga, dan dilonggokkan depan pondok. Hari pun sudah semakin senja, maklumlah kat hutan, ruang angkasa masih lagi berwarna jingga, tapi dalam dusunnya agak gelap. Rasa hati macam kurang selesa, semacam diperhatikan. Kali ini bulu roma tiba-tiba meremang. Cepat tangan kananku mengusap leherku sendiri menurunkan bulu roma.
Dusun Durian
6. Berseorangan
Hari semakin gelap, menandakan malam bakal menjelma. Aku segera balik ke pondok. Aku buka radio dengan memperlahankan bunyinya. Buka kuat pasti kena marah dengan atuk. Sambil itu, aku menemani atuk menyediakan makan malam.
Suasana dusun itu diperdengarkan bunyi, katak dan cengkerik. Unggun api yang dinyalakan tadi menerangi sekitar pondok kami berdua. Aku bukan tidak mahu bersuara atau bercakap apa-apa. Dalam minda ku banyak persoalan yang inginku tanyakan pada atuk. Tapi, memikirkan tempat hutan begitu, baik aku batalkan niatku. Tak pasal-pasal kena dengan atuk. Biasalah orang tua ni banyak sangat pantang-larang.
Makan malam aku dengan atuk ringkas sahaja. Nasi putih, bersama ikan bakar yang entah bila atuk mengail tadi dan juga isi durian. Itu cukup menyelerakan, menambah dua kali juga aku dibuatnya. Hurmm kat hutan macam ni, selera selalu pelik, galak makan. Mungkin tenaga banyak digunakan kot.
"Kamu berani tak sorang-sorang kat pondok ni?" tanya atuk tiba-tiba. "Berani kot" balasku. Mempertahankan ego sebagai seorang lelaki. Wahal, dalam hati Tuhan sahaja yang tahu. "Kenapa tuk?" tanyaku. "Atuk nak keluar menyuluh katak, mana tahu ada rezeki" jelas atuk menyatakan niat untuk mencari katak. "Ikut suka atuk la, saya tunggu di pondok jer" balasku yakin berani kononnya.
Selesai makan, atuk bersiap untuk mencari katak. Katak yang dimaksudkan adalah jenis yang sebesar genggaman tangan. Buat sup terjun saja dah sedap. Perh terbayangkan pula. "Kamu dalam kelambu sahaja, jangan keluar mana-mana" pesan atuk padaku. "Baik tuk" jawabku ringkas. Atuk pun berlalu pergi. Tinggallah aku sorang.
Mulanya tiada apa yang berlaku. Aku pula kejap baring kejap duduk. Nak makan durian, dah loya pula. Dari tadi asyik menjamah durian je kerja. Bosan dengar radio aku padamkan, boleh jimat baterinya. Maka aku pun kembali sambung, baring. Dupppp, bunyi buah durian jatuh. Dupppp, lagi jatuh. Malas la nak cari, esok je la kutip, bukan berebut dengan orang pun kat sini, bisik hatiku.
Sedang aku asyik mengelamun entah apa-apa, tiba-tiba telingaku terpasang mendengar sesuatu. Kark, kark, kark.... Kark kark kark.... bunyi sesuatu semacam dari arah atas pokok durian betul-betul sebelah kanan pondok. Bulu romaku serta merta naik lagi. Kark kark kark...bunyi tu seakan-akan kat dahan atas pondok pula. Bulu tengkuk aku tak tahu macamana memang menegak terus.
Dusun Durian
7. Ketakutan
Bunyi itu berterusan dan berpindah tempat di sekitar situ. Aku hanya mampu menahan nafas. Aku akui aku ketakutan. Menyesal pula tak ikut atuk tadi bisik hatiku. Krakkkkkkk. bunyi buluh rapuh kena pijak dari arah belakang pondok pula. Aku tak tau nak buat apa. Aku mengambil selimut membungkus diriku.
Teringat dengan pesanan atuk, jangan keluar dari kelambu, duduk diam-diam dan jangan tegur apa-apa. Itu pesanan yang terngiang-ngiang di telingaku. Krakkkkk... bunyi buluh rapuh pecah dipijak. Kark, kark, kark, bunyi atas pondok pula. Adui, janganlah ganggu aku, dah la aku ni penakut bisikku dalam hati.
Duppp, dupppp, bunyi buah durian jatuh lagi. Duppp, duppp, duppp bunyi buah durian jatuh bertubi-tubi. Rasa geram juga nak kutip. Tapi ketakutan itu pula terus menekan aku. Dahla, masa tu juga nak terkencing. Adui la, seksa kena tahan kencing dalam kelambu ni. Aku cuba kencing ikut celah lantai buluh. Dah dalam ketakutan, memang tak terkeluar langsung air kencingku.
Dalam minda ku pula memikirkan kenapa la atuk lama sangat pergi menyuluh katak ni. Betul-betul menyesal aku tak ikut dia tadi. Kark, kark, kark....hahahaaai hahaahhaaaai tiba-tiba kedengaran perempuan mengilai betul-betul atas pondok. Gila tak kecut perut aku menahan nafasku.
Benda tu terus mengilai atas pondok. Aku senyap tak berani bergerak. Dan terus menyelimuti diriku. Dapat ku rasakan sehingga ke bulu telingaku turut menegak. Serammm siot. Rasa nak menangis pun ada. Tapi dalam hatiku cuba gagahkan diri juga. Anak lelaki harus berani. Ketakutan tu terus menguasai diri. Aku dapat rasakan bukan satu makhluk saja yang ada di situ. Bukan sahaja yang jenis mengilai jer ada kat situ. Aku tidak berani menyebut namanya. Korang tau apa yang mengilai ni kan.
Krakkkk, krakkkkkk bunyi dahan dan ranting patah dipijak. Fuhhhh...menahan nafas aku dibuatnya. Apa yang mampu ku harapkan adalah cuma berharap mereka tidak menunjukkan rupa yang menyeramkan. Dalam pada itu, aku dapat rasakan ada benda merayap di bawah pondok pula. Aku langsung tidak berani melihat ke bawah.
Aku menguatkan diri membaca apa saja doa dalam hati sambil mataku pejamkan. Gelabah gila. Tidak tenteram kena ganggu dengan bunyi hilaian dan makhluk berjalan sana sini di sekitar pondok itu. Mata tidak dapat ku pejam jua, makin jelas pula imaginasi yang bukan-bukan bermain di minda.
Dusun Durian
8. Terus Diganggu
Atuk masih belum balik lagi. Aku adalah seorang remaja yang masih di tingkatan empat, sememangnya tidak pengalaman menangani situasi seperti itu. Memang celaka betul la hantu-hantu ni aku juga jadi mangsa sakatan mereka. Dalam ketakutan tu, hatiku menyumpah seranah hantu-hantu tu.
Bunyi orang merayap atau merangkak di bawah pondok itu memang sangat jelas kedengaran. Aku memang dari tadi tidak berani menoleh ke bawah lantai buluh itu, walaupun aku ada peluang untuk melihat ke bawah kerana sinaran unggun api itu masih lagi terang menyinari kawasan tersebut.
Dari dalam kelambu itu aku nampak semacam kelibat benda putih terbang perlahan sambil mengilai. Nak buka radio pun aku tak berani, takut-takut fokus terganggu. Nama pun sudah ketakutan. Nak bergerak menepuk nyamuk yang berjaya meloloskan diri dari bawah lantai buluh pun aku tak berani. Bak kata memang membatukan diri duduk memeluk lutut bersama selimut di badan.
Dalam keadaan keseorangan macam tu, korang boleh bayangkan la debaran hati yang ketakutan. Bulu roma yang sentiasa menegak. Sapa yang cakap dia berani, kalau dalam situasi aku tu, kita mungkin sama juga la jadinya. Seram sungguh suasana ketika itu. Pundi kencing aku memang rasa penuh dah. Tapi dah cuba buang tadi memang tak terkeluar air kencing.
Tidak lama kemudian, bunyi pelik dan hilaian itu tidak kedengaran dah. Tapi ketakutan itu tidak mengurang. Aku berdoa agar atuk cepat balik. Berharap aku lampu suluh atuk menyuluh untuk menunjukkan kepulangan atuk ke pondok. Walaupun ada sedikit lega, gangguan tadi sudah tidak kedengaran lagi. Tapi aku terus kekal membatu tidak berani bergerak.
Akhirnya kelibat sinaran lampu suluh atuk kelihatan. Pergerakan suluhan atuk ke sana-sini kelihatan jelas. Barulah aku menarik nafas lega. Apabila aku dengar suara batuk atuk barulah aku semakin yakin bergerak ke depan sedikit. Dalam kepala ni terfikir bukan-bukan juga, macamana kalau itu bukan atuk?
Kedengaran langkah kaki atuk melangkah semakin dekat dengan pondok. Aku mengapai lampu suluh dan menyelak kelambu, dan menyuluh terus ke arah atuk. Menyebabkan orang tua itu kesilauan. Bukan apa, nak pastikan itu atuk je. Fuhhhh lega, memang atuk.
Dusun Durian
9. Sup Katak
Lega rasanya melihat kelibat atuk sudah sampai. Barulah aku berlagak berani sikit. Dasar pengecut hehe. Malam itu kembali sunyi. Tak tahu ada gangguan lagi ke tak. Ha, jangan main-main atuk aku ni hebat orangnya bisikku dalam hati. Orang tua biasala banyak pengalaman katakan.
Aku melihat hasil tangkapan katak atuk, kira boleh la buat sup terjun. "Ada dapat katak ka tuk?" tanyaku sambil keluar dari kelambu dan melihat hasil tangkapan atuk. Atuk menunjukkan hasilnya. Wow, dapat labi-labi sekali. "Kau pergi la masak katak ni, atuk dah pesiangkan dan buang kulitnya.
Berkira nak masak sup la. Aku ambil periuk dan sedikit garam serta air ku masukkan dalam periuk bersama katak yang atuk dah siap cuci di sungai tadi. Macam nak cerita pasal resepi sup terjun katak pula. Dalam hutan ni jangan cari rempah ratus la. Cukup dengan garam jer.
Sedang aku memasak katak atuk duduk menyandar di pondok memerhatikan gelagatku sambil menyepit batang rokoknya. Girang juga hati lama dah tak makan katak. Krakkkkkk...Tiba-tiba bunyi ranting pokok dipijak dari arah belakang pondok kami. Hish datang kacau lagi setan ni. Tidak lama kemudian kedengaran hilaian perempuan. Aduh dia datang lagi, apalagi aku melompat terus ke pondok dan masuk dalam kelambu.
"Kamu duduk diam-diam di situ" arah atuk ku. Aku diam tidak berani bersuara. Aku kembali ketakutan, dan bulu romaku naik dengan sendirinya. Aku hanya memerhatikan gelagat atuk dari dalam kelambu. Mampus rentung la katak ku. Adeh.
Mulut atuk terkumat kamit. Baca matera apa benda pun aku tak tahu. Entah salah ke apa mantera yang atuk baca. Benda tu gelak lebih kuat lagi. Bukan sekor jer, ada macam tiga ekor bersahutan dari pelbagai arah.
Atuk kelihatan geram. Dibakarnya hulu parang. Aku hanya memerhati dalam ketakutan. Kemudian atuk memacakan parang tadi secara songsang. Seraya itu atuk berkata "Patutlah korang mati beranak, sebab korang memang sundal, memang gatal, miang dan #@$54% " atuk mengata terus kat benda yang mengilai tu.
Dusun Durian
10. Balik
Setelah atuk menyumpah seranah benda yang mengilai itu, bunyi hilaian itu menjadi bunyi tangisan mendayu-dayu. Seram sungguh bunyi tangisan tu, meremang tak habis bulu tengkuk aku. Kemudian bunyi itu terus menghilang. Nak kata lega tak la juga. Aku segera turun balik tengok sup katak tadi. Nasib baik tak hangus. Cun-cun sesuai untuk dimakan dah. Aku makan banyak atuk makan seekor dua jer.
Selepas makan aku terus tidur. Keesokkannya aku dan atuk mengutip durian di sekitar kawasan itu jer. Kami bawa setiap selanji (raga memanjang macam beg galas hiking tu la) durian untuk dibawa balik. Selebihnya durian tu kami kopek dan dibuat tempoyak. Dan pagi tersebut kami pun bertolak balik ke kampung.
Berbalik kepada kisah malam tadi, sebenarnya aku yang buat perangai, bersiul semasa waktu senja, teruja sangat. Orang memang kata pantang bersiul waktu senja, dikatakan akan memanggil hantu. Padan muka aku juga yang ketakutan kena.
Kedua, semasa balik dari lereng bukit mengambil durian kongsi pulak, tangan ku gatal mencampak sesuatu ke arah semak kawasan yang dielakkan dilalui oleh atuk. Atuk kata kawasan tersebut adalah tanah perkuburan lama kampung tu. Alamak, dasar tangan nakal. Nasib baik atuk tak tahu, kalau tak, pasti kena ngan atuk.
Buah durian kosong pula, isinya sudah dimakan makhluk ghaib, tu pasal kosong. Sebab tempat tu bukan manusia saja diami. Tapi yang itu aku kurang percaya la juga, mungkin ia adalah kecacatan pada buah tersebut, bukannya pokok durian tu dibaja pun. Tapi kenapa cari tak jumpa walaupun bunyi jatuh sekitar tu je buah tu jatuh. Ini aku tak pasti, nak kata aku rabun tak juga, mungkin kurang fokus masa mencari kot.
Ini adalah pengalaman di dusun durian yang kau pernah ada. Bagaimana dengan rakan-rakan yang pernah menjaga dusun durian seperti situasi aku? Anda mungkin ada kisah tersendiri.
Oleh itu,beringatlah jika orang tua mengatakan ia adalah suatu pantang-larang makanya janganlah diingkari. Mereka mempunyai sebab mengatakan suatu perkara itu. Selain itu, bila masuk ke hutan, mulut kena jaga, tangan jangan gatal. Jagalah tingkahlaku tu dengan baik-baik. Masuk tempat orang kena respek. Dengan itu kita dapat menghindar sesuatu yang tidak diingin berlaku.
Tamat!
Terima Kasih kerana sudi membaca.
Kredit kepada Guri Ludan Apai Davian yang telah menyumbangkan idea kepada kisah Dusun Durian ini.
Kisah ini adalah rekaan semata-mata, tidak ada kaitan dengan yang masih hidup atau yang telah meninggal. Jika berlaku, ia adalah suatu kebetulan.

Penulis: Justine Amping
No comments:
Post a Comment