Part 1: Hadiah Terakhir



Dimensi Dua Dunia


Part 1: Hadiah Terakhir

🦢Episod 1: Pengenalan

Aku duduk di hujung katil setelah selesai majlis pernikahan. Suasana agak suram dalam bilik pengantin. Katil pengantin dihiasi dengan konsep sederhana.

Sementara menunggu pengantin perempuan masuk ke bilik, aku berehat mengambil nafas memikirkan keputusan menikahi pengantin perempuan adalah tepat atau tidak.

Dalam kebingungan tersebut. Berbaur pelbagai fikiran. Memikirkan majlis sederhana tadi jelas menyelamatkan nyawa seseorang. Namun, kaum keluarga aku sendiri tidak hadir ke majlis tersebut. Mana tak nya, aku bertukar agama untuk menyelamatkan maruah seorang sahabat.

Masih dibenak fikiran adakah keputusan itu betul! Aduh! Bingung aku.
Menikahi tanpa perasaan cinta. Ia adalah hanya pengorbanan bagi sebuah persahabatan.

Bodohkah aku! Atau herokah aku? Mengapa aku terima nikahnya tanpa sebarang bantahan dulu! Aku seperti dipukau! Menerima tanpa berfikir panjang! Tidak memikirkan akibat! Apa yang dalam minda ku ketika itu adalah jadi penyelamat!

Jadi pak sanggup menerima biarpun kesannya lebih kepada aku! Bingung aku dibuatnya. Ditelan mati mak diluah mati bapak.



🦢 Episod 2: Dapat panggilan hayat

Sedang aku asyik melayan game kegemaran, Mobile Legend. Telefon bimbit ku berdering. Ahhh kenapa kacau tengah syok main game. Tertera nama ".......", bekas anak murid yang merupakan sahabat ku ketika dia bersekolah di tempat aku mengajar sekarang. Dengan berat ku jawap juga panggilannya.

" Hello gu! Kamek ada masalah besar tok! Boleh sik kamek minta tolong kitak!" suara sang gadis s
eperti sedang ketakutan

" Kenak tok! Apa masalah kitak!" balasku 

"Mati kamek gu! Mati! Kamek mok bunuh diri!" ucapannya membuatkan aku lagi cuak. 

"Cuba ceritakan!" aku cuba bersahaja dalam gelabah. 

"Boleh Sik kita jumpa di ......, kelak kamek cerita ngan kitak" balasnya.

Selepas itu, dia matikan panggilan. Aku masih dalam keliru. Tidak pernah budak ni nak telefon. Biasanya dia cuma whatsapp jer.

Habis panggilan tadi, dia menghantar pesanan ringkas whatsapp. Dia menyatakan lokasi nak berjumpa saya. 

"Plisss gu, tolong saya!" text darinya

Aku jawab, "OK aku datang sekarang k!"

Bila melihat cara dia seperti tidak keruan. Aku tidak mengambil keputusan lama. Aku gapai kunci kereta dan mencari lokasi yang dia nyatakan tadi.


🦢 Episod 3: Cinta Dikhianati

Dalam perjalanan ke tempat perjumpaan tu kepala ligat memikirkan apakah masalah budak ni. Apakah yang sebenarnya berlaku, sampaikan sebut perkataan 'mati' tu. Lagi risau pulak kepala otak aku memikirkannya.

Sampai kat tempat perjumpaan tu dia kelihatan sudah menunggu di meja kedai.
Kelihatan dari jauh riak wajahnya sungguh sugul. Sampai kat meja tempat dia duduk saya pun menyapanya . 

"Lama dah nunggu tek kah?" sapa ku. 

"Eh Sik wak!" jawabnya ringkas. 

Ku lihat wajahnya jelas matanya masih merah! Mahunya budak ni menangis teruk kata hatiku. Dia hanya menunduk kepala dari tadi, seperti masih menyembunyikan air matanya yang masih menitis keluar.

Hurmmm... macamana nak mula buka mulut budak ni. Tadi beria-ria nak cerita, sekarang diam seribu bahasa. Bagaikan ada sesuatu yg menutup mulutnya. Dalam kesunyian tu aku membuka bicara. 

"Apa yang kau mok cerita ngan cikgu tek!" tanyaku. 

Dia masih diam, mungkin memikirkan apa yang perlu diceritakan. Sekali lagi aku bersuara.

"Cikgu dah ada di sini, ceritakanlah apa masalah kau...kalau kau diam gini camney cikgu nak tau apa yang boleh bantu!" tegasku. 

Dia pandang sekilas muka aku. Jelas dia ingin berkata-kata tapi mulutnya masih belum mampu bergerak. Suasana agak suram kembali.

"Okeylah, kalau tiada apa-apa cikgu balik lah!" ujarku, supaya dia bersuara. 

"Jap gu, kamek belum padah apa-apa gik" balasnya sepertinya dia sudah bersedia untuk berbicara.

"OK! Ceritalah" kataku. 

"Kedak tok gu, kamek dihalau oleh parents dari rumah". ringkasnya sayu.

Aku terus memberi fokus kepada apa yang akan diceritakannya. 

"Kenak sampai giya!" tanya ku. 

"Sebenarnya, kamek telah mengandung dua bulan terlanjur dengan gerek mek yang belum declare gerek wak!". Jelas dia lagi. 

"Ya Ampun! Apa yang kau polah dah?" intonasi terkejutku.

"Nya, sik mok bertanggungjawab. Kamek callnya, messagenya, semua sik dapat, kamek diblocknya!" balasnya berserta airmata. 

"Sudah buat report polis!" tanyaku. 

"Sudah gu, bapak mek report marek, lepas ya kamek dihalau keluar rumah! Di suruh bapak kamek cari gerek kamek ya sampai dapat, mun sik iboh balit agi katanya". jelasnya panjang lebar. 

Memang sadis juga bunyi nya. 

"Jadi, apa yang kau nak cikgu bantu!" aku pulak yang blurrr!


🦢 Episod 4: Mati Kutu

"Kamek pun buntu apa nak buat dah! Siney kamek nak tinggal! Nak cari kawan-kawan malu juak dengan diri. Kamek sik tauk apa mok polah agi tu! Rasa nak bunuh diri jak tok eh!" luahnya lagi. 

"Wei, jangan la pikir macam ya, setiap masalah ada penyelesaiannya! Cuma kita perlu ikhtiar je OK! Cikgu cuba yang terbaik untuk bantu kau OK!" balasku. 

Dalam kepala otak aku menyalahkan dia, masa sedap ko tak ingat malu! Sekarang pandai lak kau malu ye! Walaupun kasihan dengan dia, geram juga dengan kesalahan yang dia lakukan.

"Kau ada duit tak!" tanyaku. 

"Duit cash ada dalam RM70 camya. Dalam akaun bank ada RM500 giya la, tapi kad bank ada ngan mak kamek!" jelasnya lagi.

"Cikgu kira nak cari rumah tumpangan tuk kau lok! Tapi cikgu pun tengah sengkek ni" jelasku.

" Apa sengkek ya cikgu!" tanya si budak bongok tu. 

"Tengah pokai, tada duit, belum gaji!" terangku. 

"Ooo" balasnya.

Aku pun buka dompetku tengok apa yang ada dalam tu, sekeping warna oren, dua keping warna merah, enam keping warna biru, semuanya ada RM46 lagi sikit dari yang dia ada. Aku keluarkan semua RM40 tu dan bagi kat dia. Dia menolaknya pada mulanya, namun aku bagitau dia perlu terima kalau perlukan bantuanku.

Ku ambil telefon dan ku Google untuk mencari bilik atau rumah tumpangan yang ada berdekatan di situ sambil bercakap dengannya. 

"Kita cari rumah tumpangan dulu, jadi kau stay situ dulu, jangan buat apa-apa yang bodoh OK! Cikgu akan usaha bantu kamu. Ingat jangan buat benda bodo-bodo OK!" terang ku.

"Terima kasih gu" balasnya 

"Jangan ucap terima kasih lagi, masih banyak yang perlu kita buat ni!" ujarku pula. 

Aku sebenarnya tak tau apa nak bantu. Masih buntu macamana nak menolongnya.


🦢 Episod 5: Mencari Rumah Tumpangan

Jemari aku terus bermain telefon mencari rumah tumpangan sekitar yang terdekat. 

"Kau OK sik mun diam di rumah tumpangan lok!" tanya ku. 

"Mana-mana ja gu, kamek ikut jak apa yang cikgu rancangkan" jawabnya pasrah seperti tiada pilihan lain. 

"Mun giya tolong aku cari dalam Google rumah tumpangan atau homestay sementara untuk ko!" Arahan ku kepadanya supaya tidak buang masa. 

Tangannya cepat mengambil telefon dan turut mengGoogle.

"Ada jumpa mana-mana yang sesuai sik?" tanyaku. 

"Ada ya ada tapi semua RM55 ke atas semalam gu, duit takut sik cukup!" jawabnya dengan muka yang hiba. 

"Ok ambik ja yang paling murah lok, lusa cikgu gaji, kita boleh bayar untuk tinggal lebih hari lak" usulku menyakinkannya. 

"Ada yang ini RM45 tapi bilik tumpangan jak gu!" sampuknya dan memberikan riak sedikit gembira. 

"Ok kita ambik yang itulah mun giya!" jawabku ringkas.

Setelah itu, aku buka pintu belakang kereta isyarat agar dia duduk di belakang. Ku angkat barangnya dan kusimpan dalam bonet kereta. Aku memilih supaya dia duduk di belakang kerana risau dia tidak selesa bersama di depan. Dan aku juga yang agak kekok sebenarnya. Terasa kesian apabila aku mengerling wajahnya dari cermin pandang belakang di tengah kereta ku. Wajahnya sugul seperti tidak bermaya.

"Kau dah makan sik! Mun belum kita singgah makan lok, mun sik mok pun kita tapau je dulu!" ujarku, tetiba memikirkan mungkin dia sedang lapar. 

"Belum ada rasa nak makan gu" jawabnya. 

"Eh tapi aku yang lapar koh" kataku memujuk agar dia setuju membeli makanan. 

Aku tahu dalam keadaan sebegitu dia sudah tentu tidak mempunyai selera makan. Tapi sekurang-kurangnya dia akan makan juga kalau-kalau dia lapar nanti kalau ada makanan fikirku.

"Eh Cikgu ada RM6 je dalam dompet ni, pinjam RM10 dulu boleh! Gaji nanti Cikgu bayar berganda kat kau OK!" ujarku cuba untuk mencuit hatinya. 

"Cikgu tok eh!" Sambil menghulurkan duit berwarna oren RM20 kepada aku.

Aku singgah di kedai makan muslim dan ku tapau 2 bungkus nasi ayam bersama minuman 100plus. Sambil menunggu makcik menyediakan tapau tadi, sempat aku menoleh ke dalam kereta yang ku park tidak jauh dari kedai makan tu. Memang jelas perempuan bertudung dalam kereta ku masih lagi menundukkan kepalanya. Ternyata tamparan yang sangat hebat buatnya. Setakat ini, aku tiada idea nak bantu dia selain mencari rumah tumpangan sementara untuknya.

Makanan siap, aku kembali ke kereta dan bertanya kepada nya. 

"Kau ada benda apa-apa nak beli lagi tak! Ubat gigi ke berus gigi ke! Nak cari sendiri ke nak cikgu tolong carikan!" tanyaku. 

"Kamek jak lah yang cari gu"seraya dia keluar dan meluru ke kedai berdekatan. 

Aku tunggu dalam kereta.


🦢 Episod 6: Berfikir

Sementara menunggu dalam kereta, cermin tingkap ku buka seluasnya. Ku sepit sebatang rokok dan ku cucuh dengan pemetik. Ku lihat dia segera datang kembali ke kereta membawa sedikit barang yang dibelinya. Segera ku campakkan rokok tadi yang belum sampai separuh pun dan ku tiup hembusan terakhir. Dup!! Bunyi pintu ditutup menunjukkan dia sudah berada di dalam kereta. Aku teruskan pemanduan ke rumah tumpangan yang kami cari dalam Google tadi.

Dalam perjalanan itu, kami tidak bercakap. Aku pun malas nak ganggu dan nak bagi dia sedikit menenangkan diri.

Ku park kereta di hadapan rumah tumpangan itu. Dan kami pergi tanya samada masih ada kosong ke tidak. Mujur masih ada tiga bilik yang masih kosong. Aku daftarkan atas nama dia sendiri, dia bayar depositnya. Yela, aku nak bayar guna apa! Duit aku kan dah habis. Aku kembali ke kereta mengambil barang dan beg yang tidaklah berapa besar, aku sendiri tidak tahu apa kandungannya. Ku angkat barang sampai ke depan biliknya dan ku ketuk pintu. Dia buka dan ku letakkan barang-barang tadi tu dalam biliknya.

"Rasanya cikgu perlu balik dulu ya! Apa-apa kalau perlukan bantuan telefon atau message OK!" ujarku dan mohon berundur. 

"Ok! Terima kasih gu dah tolong kamek sehingga kinitok, kamek sik tauk siapa gik yang kamek perlu hubungi. Kebetulan kamek masih nyimpan nombor kitak, ya kamek sik pikir banyak call kitak!" jelasnya seperti menghargai jasa kecil aku hari itu. 

"OK sikhal ya, mun apa-apa roger jak OK! Cikgu pergi lok" balasku dan melangkah pergi.

Aku balik ke rumah dan berehat di ruang dapur, hisap sebatang rokok dan sambil buka game kegemaran ML. Tapi kepala masih terfikikan tentang budak tu, apa yang budak tu fikirkan sekarang, jangan-jangan dia tidak tahan stress buat benda bodoh-bodoh pula. Macam-macam benda negatif yang terlintas di fikiranku. Rasa kerisauan.

Macamana cara aku nak tolong budak ni. Nak bawa balik rumah, dia bukan muhrim, naya nanti. Nak hantar pergi mak bapak dia, bapak dia pulak tengah mengamuk. Lagipun bukan tahu rumah mak bapak dia. Nak hantar balai polis? Apa kes, bapak dia dah report juga kes dia. Nak minta tolong kawan-kawan lain yang Muslim, kesian gak tengok dia takut dia lagi malu nanti. Arhhh...apa aku perlu buat dengan budak ni! Takkan nak biarkan dia di rumah tumpangan macam tu je. Apa-apa boleh berlaku! Takut jadi apa-apa yang tidak diingini berlaku.

Game ML tadi yang aku baru on sebentar tadi ku padamkan balik. Aku buka whatsapp dan ku message budak tu.

Aku: Wei, bilit ya ok sik!
Dia masih tak balas
Aku: Kau ok sik!
Dia masih tak balas
Aku: Kau dah makan ka!
Pun masih tak jawab!
Aku cuba bersangka baik. Mungkin dia sedang tidur keletihan kali. Jantung aku pula yang berdegup kencang. Kerisauan.

15minit kemudian...
.......is typing...

Dia: Sori gu, kamek mandi tek!
Aku: Lega...
Dia: kamek masih waras juak gu. Iboh risau.
Aku: Dah makan?
Memang aku sengaja bungkus dua nasi ayam tadi pakai dia spare sikit belah malam. Takut dia tak berani keluar.
Dia: Dah ada sikit tek. Belum da nak makan gilak.
Aku: makanan ya jangan biar basi tak elok membazir.
Saja pujuk supaya dia makan juga.
Dia: Baik gu!
Aku: Berehat dulu kau sia ok...nanti kita bincang lagi macamana nak tolong yang seterusnya k...
Dia: Baik gu! Esok jumpa K!



🦢 Episod 7: Rancangan

Bangun pagi selepas selesai makan magi, macam biasalah tabiat buka whatsapp dan cucuh rokok. Buka whatsapp, tengok apa notifikasi yang ada. Tertera message dari seorang sahabat berbunyi.

Dia: Cikgu, boleh datang jumpa kamek sik! Kamek buntu perlukan seseorang untuk hadapi masalah tok.
Dia: Maaf ganggu mun cikgu sik dapat tolong pun sikhallah.
Dia: Kamek tidak tahu nak buat apa-apa!Buntu.
Itu pesanan ringkas pada awal pagi tu. Minta bantuan tapi masih teragak-agak.
Aku: Bagi cikgu masa jap. Cikgu nak persiapkan diri.
Dia: Kita jumpa kat gerai makan dekat dengan bilik tumpangan ya k.
Aku: kejap lagi cikgu datang.

Ku gapai kunci kereta dan ku pandu ke destinasinya. Dia sudah menunggu di kedai yang dia nyatakan tadi. Aku duduk tanpa dipelawa.

"Wei, dah makan ka?" tegur ku. 

"Belum gu" jawabnya ringkas. 

"Pergi lah order makan, cikgu belanja, cikgu tahu kamu tengah lapar ni" cadangku. 

"Baiklah" balasnya bersahaja

Makanan yang dipesan sudahpun sampai, dan aku pelawa dia makan. Dia memang kelaparan, perlahan tangannya menyuap makanan ke mulutnya. 

"Jangan gelojoh makan ya, tertelan tulang lak" kataku walaupun dia tidak gelojoh pun, saja nak hiburkan hatinya. 

"Cikgu tok eh!" rungutnya dalam masa yang sama menunjukkan hatinya sedikit tercuit.

Selesai makan, aku bertanya apa yang dia akan cuba rancangkan. Dia menyuarakan dirinya buntu dan tidak tahu apa yang harus dilakukan. Aku memujuknya untuk balik ke rumahnya, dan berjanji untuk menghantarnya ke rumah. Namun, wajahnya berubah dan terus menitiskan air mata. 

"Bersabar, nang bapak kau tengah manas ngan kau, tapi rasanya sik gamak nya nak buang kau, nasi dah jadi bubur, dan mungkin juga mereka sedang risau tentang kau kinitok koh". kataku memujuknya agar sedia mahu balik ke rumahnya.

"Cikgu sik kenal famili saya" dia bersuara sendu. 

"Walaupun macamana pun, kau tetap anak mereka kan? Mereka tetap sayangkan kau" pujuk ku lagi.


🦢 Episod 8: Balik Rumah

Aku berusaha mengerah idea untuk memujuknya balik rumah. Bukan apa, risau keselamatannya, macam-macam boleh berlaku jika dia terus dibiarkan berseorangan. Sudahla aku terlibat secara tidak langsung dua tiga hari ni dengan budak ni. Jadi apa-apa, mampus aku tak pasal-pasal kena pula. Lagipun, kalau dia balik rumah selesai tanggungjawab aku.

"Kau ada idea lain ke selain balik rumah?" tanyaku seakan menekan supaya dia tiada pilihan lain. 

"Setakat tok sikda la gu" jawabnya ringkas. 

"Aku hantar kau balik ok! Nanti aku tolong pujuk bapak kau, pandai-pandailah cikgu kelakar ngan sidak kelak, janji kau bagitau giney gaya orang tua kau ya" jelasku cuba meyakinkannya.

Dia pun mula menceritakan satu persatu watak keluarganya. Tapi yang pasti agak bermasalah untuk dihadapi adalah bapaknya. Adeh! Macamana nak yakinkan bapaknya supaya menerima dia kembali. Aku pula tersepit di tengah-tengah situasi. Mahu berundur dah terlibat pun. Apapun, kerana kasihan dan memikirkan mungkin dia lebih selamat di rumahnya nanti berbanding di luar tanpa pengawasan, aku nekad untuk menghantarnya ke rumah.

Selepas dia bersiap packing segalanya, aku membantu dia mengangkat barang ke kereta. Macam biasa, dia di belakang. Dalam perjalanan tu aku pula yang berdebar dan aku tak mahu berkata apa-apa, risau dia ubah fikirannya. Aku cuma bercakap dengannya pasal arah jalan ke rumahnya sahaja.

Kepala otak aku memikirkan banyak kemungkinan yang perlu dihadapi berdepan keluarganya. Eh, macam aku pulak jantan tak guna yang tak bertanggungjawab tu. Nak takut apa, aku bukannya buat salah. Takkan nak tolong pun macam orang yang bersalah. Ish, mana tak berdebar, bukan pernah handle kes gini pun.

"Cikgu, berhenti jap!" suaranya di belakang mengejutkan layangan fikiranku.

"Kenak?" tanyaku ringkas. 

"Mun Cikgu pusing masuk selekoh depan ya, sia lah rumah kamek, dan kamek sik rasa tok keputusan yang betul, kamek agi risau bapak kamek agi mengamok lak". Katanya macam nak ubah fikiran saat akhir pula.


🦢 Episod 9: Si Bapak

"Kita dah sampei dah, boleh sik kau yakin ngan aku? Kelak ku cuba pujuk bapak kitak K!" pujuk ku. 

"Masalahnya kamek takut bapak mek mengamuk kelak gu" luahnya kerisauan. 

Aku teruskan pemanduan menuju simpang rumahnya. Apa dalam benak ku, aku nak segera hal ini selesai. Bagiku, lebih bahaya jika dia terus di luar kawalan keluarganya. Tak mungkin juga keluarganya kejam sangat fikirku.

Sampai depan halaman rumahnya, kelihatan seorang pakcik setengah abad sedang berdiri di hadapan pintu, yang aku agakan adalah bapaknya. Kemudian, dia masuk semula ke dalam rumah.

Perlahan ku park kereta dan matikan enjin. Kubuka pintu kereta, ku lihat ke arah pintu tadi, kelihatan meluru pakcik tadi dengan parang ke arah ku. Aku mengangkat kedua-dua tanganku dengan tenang, seolah-olah berserah dengan apa-apa yang bakal terjadi. Aku pun hairan, kenapa aku sikit pun tidak gentar dengan situasi tersebut. Dengan tiba-tiba si dia meluru menghalang bapaknya dan berdiri di depan ku.

"Kaulah jantan tak guna ya!jahanam kau...." Kedengaran suara si bapak seperti sangat marah. 

"Bukan pakkkkk! Ya cikgu kamek" Jelasnya segera. 

"Ya pakcik, saya cikgu dia" sokongku. 

Barulah si bapak menurunkan parangnya. 

"Maaf cikgu, saya ingatkan jantan tak guna tu tadi, nasib baik saya tidak hayunkan parang ni betul-betul tadi" ujar pakcik itu sambil menunjukkan muka bersalahnya. 

"Sikhal pakcik, saya faham" balasku sambil mengangguk kepala.

Si bapak menjemput saya masuk ke dalam rumah, namun sedikit pun si dia tidak dihiraukannya. Saya kembali ke kereta membantu mengambil beg dan barang lain. Sejurus itu saya kembali menyertai semula si bapak ke ruang tamu.

Si bapak mempelawa saya duduk di ruang tamu. 

"Jemput duduk gu, saya panggil ibunya untuk siapkan minuman" jemputnya. 

"Tak payah susah-susah pakcik, tadi baru lepas minum je" balasku. 

Tapi yang sebenarnya tekak ni sedikit kering. 

"Takpa gu, Ibunya siapkan" ujarnya lagi. 

Dia pun berlalu pergi. Sambil menunggu di ruangan tersebut, mata ku meliar melihat sekitar ruang tamu tersebut, yang dihiasi gambar-gambar keluarga mereka dan hiasan seni Melayu.

Tidak lama kemudian, kelihatan sepasang suami isteri itu datang semula ke ruang tamu bersama hidangan minuman.

"Arhhhhhh!!!!!! Arhhhhhh!!!!!" Kedengaran jeritan dari tingkat atas rumah tersebut.


🦢 Episod 10: Dilema

Kedengaran jeritan dari tingkat atas! Jelas seperti suara budak tu. Aduh, nak naik untuk melihat apa yang berlaku tak dapat juga, rumah orang. Takkan nak buat sesuka hati jer. Dilema pulak. Si bapak dan si ibu bergegas ke tingkat atas.

"Cikgu..... Naik guuuuu!" Kedengaran suara si bapak memanggilku. 

Tidak mengambil keputusan lama aku bergegas ke tingkat atas rumah itu. Sampai ke tingkat atas tu, ku lihat si dia sudah terbaring di atas katil. 

"Budak ni pengsan gu" jelas si bapak sebelum aku bertanya. 

Aku tidak berkata apa-apa masih tercengang dan suasana kembali senyap. Semua yang ada di situ diam membisu.

"Pakcik, kita hantar dia ke klinik" aku bersuara memecahkan kebuntuan.

"Iboh gu, kita biarkan dia berehat dulu" sampuk si bapak seperti tidak bersetuju dengan idea ku. 

Si bapak mengarahkan si ibu untuk menemaninya di situ, sambil mengajakku kembali ke ruang tamu di tingkat bawah. Aku dan si bapak pun segera turun ke bawah. Kami kembali duduk di ruang tamu.

"Di mana cikgu jumpa anak saya gu! Terima kasih banyak menolong gu!" tanya si bapak sambil mengucapkan terima kasih. 

"Hari ya, nya ada telefon dan mohon bantuan kamek, dan kamek nyuruh nya diam di rumah tumpangan lok kerana nya belum bersedia balit katanya" jelas ku. 

"Memang kamek agi manas ngan nya gu, kamek yang halau nya riya, nang ada juak kamek nyesal lepas ya, tapi kesalahannya ya nang susah untuk dimaafkan" tambah si bapak. 

"Ya kamek pujuk nya untuk balit ke rumah, kamek risau nya di luar tanpa pengawasan, takut jadi apa-apa lak" jelasku cuba untuk mengurangkan amarah si bapak.

"Giney kami berdua maknya nak nutup aib tok gu, sebelum kandungan lebih besar, kami perlu cari laki yang sanggup untuk menerimanya" jelas si bapak memang mementingkan maruah keluarganya. 

Maklumlah orang Melayu memang mementingkan soal maruah. 

"Nya ada sik kazen-kazen yang masih bujang yang belum nikah, kot-kot boleh jadi calonnya kelak pakcik?" cadangku buat pandai. 

"Ada ya ada gu, tapi kebanyakkannya semua dah kahwin, mun ada pun agik bersekolah" jelasnya sambil mengusap rambut seperti keresahan.

Aku dengan si bapak terus berbincang mencari idea. Namun, keduanya tetap menemui jalan buntu. Si bapak memang nampak seorang alim dan tegas, kerana dia menjelaskan dia tidak akan membenarkan anak dalam kandungan itu digugurkan. Biarlah ia jadi pengajaran hidup yang berguna buatnya jelas si bapak. Si bapak menjelaskan lagi, mungkin dia akan menyerahkan si dia kepada badan kebajikan untuk dipulihkan, sebab nak biarkan dia terus berdikari.

Penjelasan dari si bapak jelas seperti nak menyingkirkannya dari keluarganya. Dalam masa yang sama, dalam sudut hati aku timbul rasa kasihan sangat-sangat padanya. Sehinggakan aku mengatakan sesuatu tanpa berfikir.

"Bagaimana kalau saya menikah dengannya pakcik, demi menutup aib keluarga pakcik dan menjaga kandungannya" jelas ku kerana tidak sanggup melihat si dia menanggung bebannya. 

"Cikgu sanggup ke menerima anak pakcik yang sudah hilang maruah itu" tegasnya sambil mengerutkan dahinya seperti terkejut dengan ucapanku tadi. 

"Demi nyawa seorang sahabat dan anaknya saya sanggup, tapi bukan benar-benar sebagai suaminya pakcik, hanya pernikahan untuk menutup aibnya" jelasku selamba.

"Kalau cikgu sudi, pakcik akan aturkan segala kos pernikahan ini, kamek harap cikgu fikir masak-masak, biarpun pakcik memang bersetuju dengan rancangan ini" jelas si bapak 

"Apapun, janji mereka berdua selamat dan pakcik tidak meninggalkan atau membiarkan mereka pergi, itu sudah memadai". Kataku sedikit mengugut dengan halus.

Aku jelas mengambil keputusan demi menutup aib keluarganya dan demi keselamatan dia dan kandungannya. Apa yang difikirkan pada ketika itu hanya menyelamatkannya. Bodohkah aku!

Bersambung.....

Part 2 Hadiah Terakhir

2 comments:

  1. bagus bagus teruskan :)

    ReplyDelete
  2. anda boleh klik pada part 2 kat bawah perkataan bersambung... itu links kepada next part

    ReplyDelete