Part 2: Hadiah Terakhir



Part 2: Hadiah Terakhir

πŸ¦‰Episod 11: Terima Kasih Sahabatku

Tidak lama kemudian kelihatan si dia bersama si ibu turun dari tingkat atas. Mukanya sedikit pucat. Mereka berdua menyertai duduk di ruang tamu itu tadi.

"Kena kau boleh pengsan indah?" tanyaku tidak teragak-agak dan kurang sabar. 

"Mungkin lapar gilak gu" jelasnya dengan perlahan. 

"Kau sik makan ka? Kena sik makan? Jangan pentingkan perasaan kau ya, kau kena ingat nya perlukan makanan wak" kataku dengan rasa sedikit geram. 

"Sori gu" sambil menunjukkan rupa sedihnya.

"Cikgu kau sudi mengambil kau sebagai isterinya, syukur ada insan mulia kedak nya sanggup berkorban menutup aib keluarga kita" jelas si bapak menerangkan rancangan tadi.

Mendengar penjelasan si bapak, dia menjeling ke arah ku dan kelihatan mutiara-mutiara dari mata turut berguguran lagi sambil dipeluk rapat oleh ibunya. Aku mengalih pandangan ke tempat lain, kerana tidak mahu terbawa-bawa dengan drama tersebut.

Trittt...trittt... Telefon ku bergegar. Ku buka jelas mesej dari nya. Dalam keadaan begitu pun sempat mesej lagi budak ni. "Terima Kasih Sahabatku" itu yang tertera dalam mesej tersebut. Perkataan terima kasih itu sedikitpun tidak mengharukan aku. Namun, perkataan sahabatku itu yang membuatkan aku terasa dihargai. Dan aku balas balik "Maafkanlah aku wahai sahabat, kerana tidak minta izin darimu".

"Tapi gu, cikgu perlu belajar asas agama Islam untuk menyelesaikan urusan majlis pernikahan nanti, cikgu boleh belajar dengan saya, nanti saya ajarkan" ucapan si bapak menyebabku mengembalikan semula telefon ke poket ku. 

"Baik pak cik, memandangkan sekarang memang tengah cuti, kamek ada masa wak" jelas ku.
 
"Kalau cikgu nak bermalam di sini pun boleh juga, sambil tu lebih mudah pakcik ajarkan" jelas si bapak lagi seperti kerisauan takut-takut aku berubah fikiran. 

"Tengok dulu pakcik, kalau apa-apa pakcik bagitau ya, kamek mohon diri lok" ujarku mohon diri.


πŸ¦‰Episod 12: Keletihan

Balik sahaja dari rumah tersebut, aku baring dan terus melelapkan mata. Keletihan sangat barangkali.

Macam biasa aku buat rutin seperti biasa pagi tersebut. Selesai mandi aku ke dapur bancuh kopi, sambil kepit sebatang rokok. Aku duduk di kerusi dapur dan ku buka telefon. Wah banyaknya notifikasi dari pelbagai aplikasi yang ada dalam telefonku. Ku buka Facebook, belek-belek apa yang ada, selepas itu, Instagram dan yang terakhir WhatsApp.

Beberapa notifikasi dalam WhatsApp memenuhi memori telefon ku. Kebanyakannya dari group-group punya. Macam biasa, jika tiada info yang berguna, aku clearkan. Notifikasi dari budak tu pun ada. Apa dia cakap aku pun buka.

Yesterday...
"Selamat malam gu πŸŒ™"
"Isok boleh sik jumpa kamek?πŸ™πŸ»πŸ™πŸ»πŸ™πŸ»πŸ˜Œ"
"Kita bincang kat luar"
"Eh, ni kitak kah, kenak sik reply koh?🀨"
"Pliss jumpa esokπŸ™πŸ»πŸ™πŸ»πŸ™πŸ»"
"Sori ganggu, esok minta kebenaran ngan bapak kamek untuk embak kamek keluar, pliss k"

Today
"Selamat pagi ☀"
"Dah bangun kaπŸ™†πŸ»"
"...."

Selesai baca ku cari nombor telefonnya, dan ku dail. Tuuuut...tuuuttt...

Tuuuut.... tuuuut....

"kena Sik reply WhatsApp?" Kedengaran dia bersuara dulu. "Kalau ye pun ucap la selamat pagi dulu" Ucap ku berseloroh. "Ye la, selamat pagi" balasnya dengan intonasi geram. "Ye, kenak mok jumpa! Kan harini aku janji nak jumpa bapak kau wak" Balasku. "Eh, plis kita kelakar kat luar lok" rayunya. "Baiklah" Kataku. Setelah itu aku bersiap-siap untuk ke rumahnya untuk menjemput budak ngok tu. Apa lagi yang dia nak bincang masa ni fikirku.


πŸ¦‰Episod 13: Penangguhan Pengajian

Ku pandu kereta ke rumahnya menggunakan Google maps yang dia bagi dalam WhatsApp. Baru sekali pergi mana nak ingat jalan. Dalam perjalanan tu ku buka muzik dalam kereta. Bukan apa, malas nak fikir banyak benda. Sekali-sekala tu terbayang juga muka kesian budak tu. Teringatkan mukanya yang sayu kesedihan semalam tu. Dalam masa yang sama, aku juga memikirkan apa benda yang aku telah buat ni, meletakkan diri sebagai hero la konon. Eh bukan, jangan salah konsep, aku buat semua tu untuk menyelamatkan dua nyawa dan maruah sebuah keluarga. Kesan ke atas aku lantak tepilah, hidup kita hanya lebih bermakna jika kita melakukan suatu yang lebih mulia dapat gak pahala. Fikirku menyedapkan hati berkenaan keputusan yang telah ku lakukan.

Sedar tak sedar, sudah sampai. Aku sampai saja kelihatan mereka sedang duduk di anjungan di bawah pokok rambutan sebelah rumah kampung tersebut. Dup, bunyi pintu kereta ku tutup. Aku berjalan menuju ke arah mereka bertiga, si budak ngok tu, si ibu dan si bapaknya. 

"Selamat pagi pakcik, makcik" sapaku. 

"Selamat pagi gu" jawab si ibu dan si bapak serentak. 

"Jemput masuk dulu gu" jemput si bapak sambil ketiga-tiga mereka bangun berdiri. 

"Tak payah pakcik, kamek baru lepas minum tek, tok mok jemputnya ngambi barang nya kat kolej katanya tadi, ya pun mun pakcik benarkan saya temankannya" jawabku walaupun orang tak kata nak jemput minum pagi dan ku gunakan alasan nak temankan dia pergi kolej supaya si bapak benarkan. 

"Aok pak, mok ngambi barang di kolej" katanya meyakinkan orang tua nya. 

"Ya, gu kamek benarkan" jawab si bapak dengan penuh yakin. 

Tampak seperti sudah percaya benar dengan aku. Bangga la pulak. 

"Pak, kamek pergi dolok" kata si budak ngok tu. 

"Ya, pakcik kami pergi dulu" tambahku pula.

Aik! Dia pergi duduk kat depan terus. Ah! Biar je lah. Ku hidupkan enjin kereta kami pun bertolak.

Aku diam, dia pun diam. Masing-masing tidak bercakap. Mungkin belum ada idea nak mulakan dialog. Berdekatan dengan simpang utama, aku berhentikan kereta di bahu jalan.

"Jap, kita nak ke mana ni, nak pergi kolej kau atau pergi makan lok?" tanyaku memecah kebisuan tadi.

"Sebenarnya, kamek nak jumpa pensyarah di kolej untuk membuat penangguhan pengajian". jelasnya. 

"Dah bincang dengan orang tua kau pasal tok?" tanyaku untuk kepastian. 

"Dah, malam tadi bincang" balasnya ringkas. 

"Baiklah, Google lok jalan pergi kolej kau ya" arahku. 

"Nak Google menda nya! Bukan jauh pun" balasnya. 

"Ni lah aku tauk, kau padah la jalan" balasku. 

"Okey" balasnya padat. 

Aku pandu kereta kembali ke jalan berturap.

Kami sekali lagi kembali membisu. Sampai di kolej yang dimaksudkan, aku pun bersama menemaninya bertemu pensyarahnya. Selesai hal penangguhan pengajian tersebut kami kembali semula ke kereta.

"Mok pergi makan sik, aku belum makan apa-apa dari tadi tok, minum kopi jak pagi tek" ajakku.

"Mana-mana jak" jawabnya. 

"Kau mok makan apa? Ni tauk ngidam apa-apa ka?" tanyaku minta cadangannya. 

"Mun kamek mok makan Tomyam boleh sik?" jawabnya seperti mencadang. 

"Eh, kau ada duit sik?Aku lupak embak dompet tok" saja aku nak lihat reaksinya, wahal sebenarnya mana ku berani memandu tanpa membawa dompet yang sentiasa didalamnya lesen memanduku. 

"Ada sekeping berwarna daun pisang jak, mun sik cukup lak kitak jadi cagaran cuci pinggan" balasannya seperti tahu aku saja nak mengenakannya sambil tertawa anak.


πŸ¦‰Episod 14: Makan Tomyam

"Mena, aku sik ngemba duit tok" sakat ku lagi. 

"Mun kamek tok agik di sekolah menengah, bolehlah kitak mok nyakat giya gu, nang sik berubah wak perangei kitak ada jak mok nyakat pelajarnya koh" jawabnya bersahaja seperti tidak sedar yang aku cuba hiburkan hatinya. 

"Okeylah, lak ku belanja kau makan Tomyam, sak anak kau menendang-nendang makan pedas lak" sakatku lagi. 

"Biarlahnya belajar makan pedas" balasnya sambil menunjukkan muka geram sengetnya.

Aku teruskan pemanduan pergi ke kedai makan yang ada menyediakan masakan Tomyam. Dalam situasi itu aku faham yang dia teringin nak makan benda yang dia maksudkan. Jangan tidak dituruti takut keepunan kata orang kampung. Semasa makan tersebut kami sekali-sekala bersuara, lebih memberikannya fokus menikmati makanannya.

"Gu, kamek minta maaf sangat-sangat ngan kitak, bukan niat kamek memperdayakan kitak sehingga terpaksa bertanggungjawab ke atas benda yang bukan kitak lakukan" suaranya sayu. 

"Cikgu minta maaf wak sik minta izin kau membuat keputusan tanpa berbincang dengan kau, tapi kau jangan risau, kamek bukan suami betul-betul okey, cikgu lakukan kerana cuba membantu kau sebagai sahabat" jelasku. 

Wajahnya berubah, dan dia menundukkan muka. Kulihat air mata perempuannya keluar lagi.

"Kamek sik tau nak cari sapa masa ya gu, nak wak cari cikgu perempuan yang kamek kenal, tapi kamek wak perempuan, kamek tauk yang cikgu perempuan walaupun sidanya menolong tapi sidak sikkan simpan rahsia, dan kamek sik mok wak hal kamek tersebar" jelas suaranya sayu berbalas dengan esak tangisnya.

"Jangan sedih, ia akan mempengaruhi anak dalam kandungan kau lak" pujuk ku. 

"Kamek terharu dengan pengorbanan yang kitak polah, biarpun bukan salah kitak, kitak sanggup berkorban, kamek rasa bersalah sangat dan sangat berdosa" ujarnya menambahkan lagi airmatanya. 

Mataku terkebil-kebil, tak tau nak buat apa-apa melihat situasinya, dahla kat kedai makan. Kalau aku terus bersembang kat kedai ni maunya budak ni menjerit-jerit menangis nanti. Aku bangun, ku ambil tisu di meja sebelah yang tiada orang dan ku berikan padanya. Perlahan tangannya menggapai tisu itu dan mengesat airmata nya.

"Dah, jangan fikirkan apa yang sudah berlalu, cikgu nak kau hepi. Wei, kau nangga orang sekeliling ya tengah nangga kita duak, malu tauk sik, rasa ingin jak ku guna pelapik meja tok nutup muka ku" sengaja kacau tangisannya. 

"Jai kitak eh" ujarnya sambil menunjukkan sedikit senyum geram.

"Jom, cikgu hantar kau balit, lama ilak orang tua kau nunggu lak, lagipun cikgu dah janji nak jumpa bapak kau wak semalam" kataku mengajaknya balik.


πŸ¦‰Episod 15: Siapa Aku

Aku adalah anak tunggal ayah dan ibuku. Namun, kedua orang tua ku sudah meninggal semasa tahun pertama aku menjadi seorang guru. Semenjak itu aku tinggal bersama keluarga makcik ku.

Apabila aku berkahwin, aku menetap dengan isteriku dan tinggal di rumah yang kubeli. Perkahwinan kami tidak kekal lama kerana dia sering ditugaskan ke Jepun sebagai pengurus Hotel di sana. Oleh kerana sentiasa berjauhan, isteriku mohon penceraian secara baik. Namun, aku sedikitpun tidak pernah kesal dengan penceraian tersebut. Mungkin kerana saling berjauhan. Apapun, kadangkala kami masih lagi berhubung sekadar bertanya khabar.

Perkahwinan kami tidak mendapat zuriat, ye la mana nak dapat zuriat, kami asyik berjauhan. Bekas isteri ku telahpun berkahwin dengan orang Jepun dan bermastautin di sana. Sejak itu, kami tidak berhubung lagi sehingga kini. Dan aku lebih selesa hidup solo serta bebas dengan kehidupan ku biarpun kadangkala terasa kesunyian.

Macam mana cara ku atasi kesunyian, aku akan melayan hobi semasa yang para pelajar ku turut lakukan. Contohnya, bermain Mobile Legend, PUBG, COD dan paling Noob pun main Candy Crush. Terkadang dunia maya tersebut menjadikan aku ramai kawan-kawan yang terdiri daripada kebanyakannya pelajar-pelajar ku dan guru-guru yang sehobi dengan ku.

Sikap ramah dan ikut situasi semasa menjadikan ramai pelajar mengenali ku. Sekian itu saja tentang diriku.


πŸ¦‰Episod 16: Ramahnya Si Bapak

Sampai kat rumah, si bapak dan ibunya sudahpun menunggu di anjung bawah pokok rambutan pagi tadi. Si bapak dan si ibu menyambut dengan senyuman. 

"Assalamualaikum pak, mak" salam si anak. 

"Waalaikumussalam dan selamat petang gu" balas si bapak. 

"Selamat petang pakcik" balasku selamba.

Si bapak menjemput masuk ke dalam rumah. Aku pun follow je lah. Di dalam rumah si bapak menerangkan kami nanti perlu pergi kursus perkahwinan. Dan banyak lagi benda yang dibincangkan berkaitan perkahwinan orang Melayu. Aku memberikan penuh perhatian. Alamak, banyak juga benda yang aku kena hafal dan lakukan ni. Menyesal pun ada juga. Tapi semata-mata nak cover kawan, aku tidak boleh berhenti macam tu jer. Kerana sampai masanya nanti aku akan ceraikan dia jika semuanya sudah selesai nanti.

Dia dan ibunya datang kembali bersama mengisi ruang tamu tersebut bersama hidangan petang tu. Sambil meletakkan hidangan sempat aku pandang wajah budak ngok tu, dia dengan selamba senyum sambil menunjukkan muka senget beruknya. 

"Ngada betul" bisik hati ku. 

Aku tak tahu apa yang mengembirakannya. Tapi jelas dia nampak lebih riang. Mungkin kerana dia puas meluahkan perasaan semasa di kedai makan dan di sepanjang perjalanan balik tadi kot. Baguslah ada perkembangan yang lebih baik fikirku. Tadi bukan main, menangis teresak-esak, semua orang pandang kami di kedai tadi. Malu siot aku.

"Gu, malam tok mun boleh kitak bermalam sitok jak lah, lagi pun kitak agi bercuti wak nak gu, senang kita nak sambung bincang" jelas si bapak mencadangkan supaya aku bermalam. 

Aku keliru dan tak tau nak jawab apa. 

"Baiklah pakcik" jawabku setuju tanpa berfikir.

"Jom gu, saya tunjukkan persekitaran pada cikgu" dan dia bingkas bangun. 

Aku turuti ajakannya. Si bapak menjadi pandu arah, menunjukkan dapur, bilik mandi. Selepas itu, dia mengajak aku ke tingkat atas untuk menunjukkan tempat aku bermalam, yakni bilik si pakcik bongsunya yang tiada di situ kerana bekerja ke semenanjung dan menetap di sana bersama anak isteri jelasnya. Aku cuma mengangguk tidak mahu ambil tahu lebih. Bilik tersebut bersebelahan dengan bilik si budak ngok tu.

"Cikgu jangan malu-malu, perlu apa cakap saja ya" jelas si bapak. 

Aku seperti rusa masuk kampung, terpinga-pinga sambil memerhatikan ruang tingkat atas rumah tersebut.


πŸ¦‰Episod 17: Serai

Selesai mandi petang tersebut aku naik ke tingkat atas rumah tersebut. Berehat dan berbaring sambil ku sumbat telingaku dengan 'earphone'. Ku buka lagu kegemaran. Sambil itu, mataku melirik sekitar ruang bilik tersebut.

Kulihat beberapa lukisan yang digantung pada dindingnya. Ada yang sudah kusam. Ada yang hanya kelihatan berdebu. Ada lukisan abstrak, pemandangan, dan yang paling menarik perhatian ku adalah lukisan lembaga berbulu dan bermata merah, agak seram.

Sedang aku asyik mengelamun melayan lukisan-lukisan tersebut. Pintu bilik tersebut di ketuk dari luar, dan kedengaran seperti suara sedang memanggilku. Tapi tak berapa jelas, mana tak nya, aku buka peti suara 'earphone' dengan agak kuat. Ku buka 'earphone' dari telingaku dan ku cuba beri perhatian kepada suara tadi tu.

Tok!tok!tok! Bunyi pintu diketuk. 

"Gu jom turun ke dibah, masa untuk makan" kedengaran suara budak ngok dari luar bilik tu.

"OK" jawap ku. 

Ku buka pintu dan ku jenguk kat luarnya, eh tiada siapa pula. Lajunya budak ni turun bisik hati kecilku. Aku pun turun ke bawah. Sampai kat bawah ku lihat si ibu baru saja masuk dari luar pintu bilik tamu. 

"Eh cikgu, berehatlah dulu gu, makcik siapkan makan malam dulu" kata si ibu.

"Budak ni saja nak mengenakan aku agaknya" bisik hati ku. 

Biar je lah. Si dia sememangnya kaki penyakat. Cuma situasinya kini yang sedikit mengubah sikapnya. Aku gelar dia 'Ngok' yang asalnya ringkasan dari perkataan bongok sempena sikapnya yang nakal dan penyakat itu. Gelaran itu sudahpun ku gunakan dari dia di bangku sekolah lagi. Pada mulanya dia tak suka gelaran itu, tapi lama-kelamaan dia dah lali.

Aku, pergi keluar rumah nak ambik angin, hisap rokok. Dari bahagian bawah rumah tu boleh nampak tingkap bahagian atas semua bilik. Sambil menyedut asap rokok ku mendongak ke bahagian atas rumah. Kelihatan kelibat seseorang kat bilik budak ngok tu bertudung kuning, bergerak dari kanan ke kiri. Sekejap aku alihkan pandangan dan memandang semula si bertudung kuning tu tiada kat situ dah.

Tak lama kemudian ku lihat budak ngok tu muncul depan pintu dengan sebilah pisau. Tapi dia menggunakan tudung biru. Sapa kat atas tadi tu. Si ibu bertudung hitam tadi. 

"Gu, nulung ku ngambi serai kat sia gu" dengan muka selamba budak ngok hulurkan pisau. 

Macamlah aku setuju bantu dia ambil serai.

"Eh, berapa orang dalam rumah tu kinitok eh!" tanyaku sambil menyambut pisau yang diberikannya. 

"3 org jak la, termasuk kitak 4 la" jawab budak ngok. 

"Ooo" terlopong sikit mulutku. 

"Kena gu!" tanya si Ngok. 

"Sikda apa-apa" jawabku tidak mahu rasa ingin tahu ku diketahui. 

Habis tu, siapakah perempuan bertudung kuning di atas tu tadi? Dan adakah dia yang mengetuk pintu bilik tadi mengajak makan sedangkan ibunya sedang memasak? Atau sememangnya dia hanya menyakatku, kataku dalam hati menyedapkan perasaan pelikku itu.


πŸ¦‰Episod 18: Makan Malam

Perut ku dah bagi tanda isinya kosong. Aduh takkan nak mengada kat rumah orang kut. Apalagi aku whatsapp la si ngok tu.

Aku: Wei ada apa-apa makanan Sik? Laparla!
Dia: Roti nak?🍞
Aku: Bolehla🀫
Dia: Jap kamek antar g bilit kitak πŸ˜‚


Tok!Tok!Tok! Pintu bilik tu diketuk. 

Aku pun buka pintu, kelihatan si ngok tercegat dah depan tu. Dia menyerah plastik hitam tuk aku. 

"Mun ada apa-apa madah k!" Ujarnya dan dia berlalu pergi. 

Aku cuma senyum mengangguk kepala. Ku buka plastik tersebut. Apalagi dah lapar ku buka dan ku makan la roti tersebut. Ahh...lega. Aku kembali baring semula sambil dengar lagu guna 'earphone'.

Tak lama kemudian, kedengaran suara si ngok tu panggil makan, malam dah siap. Aku pun turun ke dapur. Kelihatan mereka bertiga sudah berada di posisi masing-masing dan ada satu kerusi yang belum diduduki tu nampak macam disediakan untuk ku. 

"Jemput duduk gu, makan jangan malu-malu, polah macam rumah diri empun" pelawa si ibu.

Aku cuma senyum mengangguk. Dalam pada itu, aku sempat kerling pada si ngok tadi. Dia menunduk, tapi seperti tersengih. Tahu, dia sengih mesti geli hati pasal aku kebulur tadi tu.

Si Ibu menyuakan pinggan yang sudah disenduknya nasi kepada ku. Aku mengapai pinggan tersebut dan mencari-cari sudu. Tapi semua sudu yang ada semua kat mangkuk dan pinggan yang ada lauk pauk. Eh, lupa rumah Melayu la, makan guna tangan. 

"Eh, terlupa basuh tangan" kataku berdiri dan menuju ke singki di ruang dapur itu. 

Sejurus itu aku kembali semula join di meja makan tersebut. 

"Makan gu, jangan malu, lepas tok pakcik sambung bincang ngan cikgu" jemput si bapak pula.

Sedap pula masakan makan malam tu, masakan ala-ala selera kampung. Rasa nak tambah lagi segan pula, cover sikit la rumah orang tu. Kononnya sepinggan tu cukup walaupun disuruh menambah nasi lagi. Tapi memang cukup, sebab tadi ada makan roti sikit. Suasana makan malam tu agak sunyi sikit, mungkin masing-masing memang tengah lapar dan fokus dengan makan.

Selesai makan malam tu, saya keluar depan rumah sambil menyedut pembunuh nyawa 2 saat. Selesai ku kembali semula ke dalam rumah. Kelihatan si bapak sudah ada di ruang tamu dan memanggilku. Aku pun join si bapak dan kami bersembang tentang tatacara pernikahan orang Melayu, terkadang tu terkeluar topik juga. Sembang punya sembang tak berasa jam dah menunjukkan pukul 10 malam. Kali ini si ngok dan ibunya join sekali sambil membawa juadah minum malam. Si ngok macam biasa menundukkan kepalanya. Ceh, kat sekolah bukan main nakal kau buat bising. Depan mak pak, suasana begini control ayu lah konon. Ngada betul budak ni, luahan hati dalam minda ku.


πŸ¦‰Episod 19: Bermalam

Selesai menjamu minum malam aku keluar rumah mencari angin. Entahlah, mengapa hatiku terdetik untuk mendongak ke langit. Kebetulan, aku terlihat tahi bintang melintas di ruang angkasa yang malam tersebut begitu pekat dan hanya memperlihatkan kerdipan bintang-bintang. Kira boleh mohon hajatlah ni, aku pun bengap percaya pada benda konyol tu. Aku pun buat la hajat nak hidup gembira sehinggalah aku mati.

Selesai merokok puntung yang kedua aku buang ke tanah dan ku padamkan apinya. Aku pun berjalan masuk semula ke rumah. Apabila sampai depan pintu rumah tersebut, bulu roma ku tiba-tiba meremang seperti sedang kesejukan. Aku pun menggelengkan kepala seperti sedang melepaskan rasa sejuk. Aku naik ke tingkat atas rumah tersebut dan masuk ke bilik tempat ku bermalam. Sampai dalam bilik tu, ku gapai telefon bimbit ku. Ku buka apa notifikasi yang ada.

Today
Dia: Hi gu 😁
Dia: Camney masakan tadi? Best Sik?
Aku: Sedap wak.. nak tambah agik nasi tek tapi segan lah pulak.🀣🀣🀣

....is typing
Aku: lama nar typing ya? Lama nganti tok.

....is typing
Dia: Kenak kitak sik tambah agik tadi?
Aku: typing bukan main lama, ya ja?(yang aku rasa dia macam ingin bagitau sesuatu tapi mungkin dipadamnya balik teks tersebut)
Dia: πŸ˜‹
Aku: ngado!🀨
Dia: Isok g teman boleh ka?
Aku: Nak pergi siney?
Dia: Nak cari barang
Aku: Lepas tengahari boleh lah. Belah pagi ada benda nak buat dulu.
Dia: Ok. Ibok lupak.
Aku: Ok 😎. Jom layan ML!
Dia: Kamek dah uninstall la game ya πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚
Aku: Install balit, boleh jak Mun nak kan?
Dia: Line sitok sik bagus, lak kitak madah kamek Noob indah!🀨
Aku: Dah ko memang Noob...noob la wakπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚
Dia: neyda kamek noob, dolok main sampai Epic level lah 😎😎😎
Aku:ye ke! Cikgu dah legend 🀣🀣
Dia: Ish kitak eeee
Aku: Dah Noob ngaku la noob, tu pasal ko uninstall kan!πŸ˜‚πŸ€£πŸ˜‚πŸ€£πŸ˜‚
Dia: neyda legging phone la. Ya kamek uninstall.😏
Aku: jap wei...aku rasa nak gi tandas lok... Sakit perut tok tiba²
Dia:πŸ˜‚πŸ€£πŸ˜†πŸ˜…

Aku bergegas keluar pergi ke tandas. Sakit perut tiba-tiba, mungkin makan pedas tadi kot. Selesai melepaskan hajat tu aku pun segera nak kembali ke bilik. Dalam perjalanan tu aku terpandang ada seseorang di beranda. Seperti sedang merenung keluar.


πŸ¦‰Episod 20: Tidak Dilayan

Semakin dekat dengan kelibat tersebut aku nampak perempuan bertudung kuning tadi memandang ke luar di beranda atas rumah tersebut. Ku lihat fizikalnya seperti budak ngok tu. Apa budak ni buat kat luar begini? Kan sejuk diluar tu. Mungkin dia saja nak ambik angin luar kot fikir ku.

Nak sapa ke tak? Aku agak teragak-agak. Aku tidak membawa telefon ku bersama, telefon ku dalam bilik. Jadi, aku rapati budak tudung kuning tu dan ku putuskan untuk menyapa nya. 

"Wei ngok, ko tak tidur lagi ka?" sapaku. 

Namun, sapaan ku tidak diendahkan malah dia tidak memberikan reaksi langsung terhadap kehadiran ku. Memang agak pelik tapi aku teruskan saja niat untuk bercakap dengannya.

"Wei ngok, kau tak dengar aku sapa ka?" sapaku lagi. 

Tapi dia masih tidak mengendahkan aku langsung. Ku kira budak ini saja nak mengenakan aku kot. 

"OKla, kalau kau tak mau masuk, cikgu join lepak boleh?" tanya ku. 

Dia hanya mengangguk tapi masih menghadap ke luar. 

"Kenak sik tido agik? Kan sejuk di luar tok" cadang ku tidak mahu dia berada di luar. 

Lagipun cuaca agak sejuk malam tu.

Beberapa soalan dan percakapan yang telah aku buat, namun dia cuma mengangguk dan menggelengkan kepalanya sahaja selain terus membelakangi aku. Pelik budak ni fikir ku. Apakah dia tidak mahu orang tuanya mendengar suaranya mungkin, ramal mindaku.

"Dah la ngok, aku nak masuk, sejuk kat luar ni, lagipun mata ku tok kelat dah" kataku memutarkan badan menuju ke arah bilik ku tadi. 

Serentak dengan itu juga bulu roma ku menegak, seram sejuk rasa badan. Ku toleh semula ke belakang budak tu sudah tiada di situ. Aik! Cepat benar budak ni masuk.

Aku pun bergegas masuk ke dalam bilik, jam kat dinding menunjukkan waktu pukul 11:30 malam. Ku baringkan badan dan ku gapai telefon bimbitku ku. Ada mesej masuk.

Today 10:30
Dia: lamak wak kitak ke tandas gu?
Dia: Boring sikda orang ngan kakar tok eh 😌

11:30
Aku: kau apa polah kat luar ya tek. Polah-polah sik mok jawab indah. Saja mok ngemba aku kah!
Aku: kakya, berkali-kali ku nanya kau. Sampai nar hati sik mok jawab ku koh.
Dia: Eh neyda. Bila masa Kamek keluar bilit. Kamek belum keluar agik dari bilit sampai kinitok.😑
Aku: Kau saja nak kenakan aku nak!

Tiba-tiba aku terdengar suara menangis mendayu-dayu di luar bilik itu.

Dia: kitak ada dengar bunyi ya sik!
Aku: Kitak ya nak?
Dia: Bukan lah...kamek dah biasa. Kitak ya yang kena game ngan benda kat rumah tok. πŸ‘»πŸ‘»
Aku: iboh main-main ngok!!
Dia: Ai, mena la.
Aku: Malas ku layan kau. Bagus ku tido.
Dia: Sik caya iboh caya πŸ€£πŸ˜‚πŸ‘»

Tiba-tiba pintu bilik aku diketuk.

Bersambung....

Part 3 Hadiah Terakhir

No comments:

Post a Comment