Part 3: Hadiah Terakhir



Part 3: Hadiah Terakhir

🦋Episod 21: Rindu Sekolah

Aku dengar ketukan tersebut dan bingkas bangun membuka pintunya. Di depan pintu tercegat si ngok tersengih. 

"Bukan cikgu adahal ka sebelah pagi tok?" tanya si ngok. 

Sudah pagi rupanya, aku pun tak pasti apa yang berlaku semalam dan bila aku terlelap. 

"Oh ya! Nak pergi sekolah. Nak ikut ka?" balasku.

"Boleh ke? Sik ganggu ke kelak?" tanya si ngok seperti nak ikut sekali. 

Mungkin boring di rumah la tu. Nampak jelas riak wajahnya beria-ria nak ikut sama. 

"Boleh jer. Cikgu ambik barang jap jer kat bilik guru tu. Nak ambil fail untuk persiapan bagi tahun depan" ujarku meyakinkannya lagi untuk ikut sama, yang sebenarnya aku pun boring gak dalam kereta sorang-sorang nanti.

Kami masing-masing bersiap mandi dan salin pakaian untuk keluar.

"Dah bangun kitak gu, jemput sarapan pagi gu" jemput si ibu yang memandang ke arah aku yang sedang menuruni tangga dari tingkat atas. 

"Ya, terima kasih makcik, kamek minta teman si... pergi sekolah nak ambik barang sinun" mohon ku dengan yakin. 

"Embaklah gu, bukannya ada apa polahnya kat rumah, mun sik nya megang tipon nya ya 24jam jak lak" izin si ibu memperli si ngok. 

Si ngok yang sudah ada kat ruang tamu tu cuma tersengih dengar sindiran ibunya. Sempat juga aku perhatikan gelagat si ngok, yang cepat-cepat meletakkan telefon bimbitnya di atas meja setelah mendengar sindiran ibunya. Mungkin terasa dengan sindiran ibunya. Padan muka kan dah kena.

Selesai sarapan pagi tu, kami pun keluar. Si ngok dengan tak malunya duduk kat ruang depan terus. Aku hidupkan dan panaskan enjin kereta. 

"Kau mesti semangat nak tengok sekolah kan?" tanya ku pada si ngok. 

"Neyda" nafinya. 

"Eleh, muka kau ya excited semacam, bukan kau boleh sembunyi kan pun" perli ku kerana melihat reaksi muka dia berseri-seri seperti sedang merindui sesuatu. 

Enjin dah panas secukupnya, aku mulakan pemanduan.

Sepanjang perjalanan tu, dia asyik tersenyum. Ceria benar budak ngok hari ni. Aku dapat berempati dengan emosinya, biarpun belum lama dia meninggalkan zaman persekolahannya dulu, kerinduan suasana di sekolah dulu sudah pasti mengamit kembali kenangannya di bangku sekolah. Aku juga pernah melalui situasinya dulu.

"Sekolah sebenarnya tidak buka hari ni tau, jadi bolehlah kau nak jenguk sekitar sekolah kelak" cadangku seolah-olah memahami kehendak hatinya. 

"Nak pergi ke setiap kelas yang kamek pernah duduk dolok gu, mok nangga agi ada sik kesan vandalisme yang kamek and geng polah dolok" ujarnya dengan muka yang sangat tak sabar. 

" Apa! Vandalisme! " kataku sengaja kacau emosi budak ngok tu. 

"Macam wak cikgu sik pernah nak menconteng meja masa sekolah dolok" balasnya dengan muka geramnya. 

"Wei aku budak baik masa zaman sekolah dulu tau, penolong ketua pengawas pula tu" balasku saja nak tambah geram dia. 

"Eee cikgu tok eh!" jelas dia kegeraman. 

"Dah sampai dah!" kataku menutup kegeramannya tadi. 

Kereta ku pun sampai depan gate sekolah. Aku kerling wajahnya, ternyata dia lupa yang dibicarakan tadi. Ternyata air mukanya menunjukkan kerinduan terhadap sekolahnya itu.

"Aku bagi kau masa 15 minit nak ronda sekitar sekolah, lepas tu tunggu kat kereta k" izinku bagi dia peluang meronda dan mengembalikan ingatan zaman sekolah nya dulu.

"Okey!" balasnya penuh senyuman. 

Aku pun pergi menuju ke bilik guru.


🦋Episod 22: Diduga atau Sebenarnya

Selesai mengambil fail-fail yang ku perlukan, aku pun kembali semula ke kereta. kelihatan si ngok sudah menunggu tepi kereta sambil bermain dengan telefon bimbitnya. 

"Wei ngok kau nak minta pergi teman kat mana? Nak cari apa? Kerja aku dah selesai, so free tok" suaraku menganggu dia bermain telefonnya. 

"Nak tengok wayang boleh sik?" tanya si ngok. 

"Cerita apa? Ada cerita baru best ka?" tanyaku, agar tidak menghampakan ideanya. 

Sambil aku membuka pintu kereta dan sambil kedua-duanya masuk ke dalam kereta. 

"Alita II, The Battle of Semibot" jawabnya mencadangkan movie yang ingin dia tengok. 

"Best ke cerita tu?" tanyaku lagi. 

"Belum nangga gik la ni tauk best ka sik. Tapi sinopsisnya layan gak" jawab si ngok.

"Wei bukan kau semalam madah mok cari barang ka?" soalanku sengaja mengena dengan mengingatkan yang dia nak minta ditemani cari barang. 

"Sebenarnya sik eh, sebenarnya saja nak ajak cikgu merayau-rayau " jelasnya dengan muka senyum sengetnya yang jelas menunjukkan lesung pipitnya yang manis. 

Tak berani pula aku nak pandang lama-lama, cepat ku alihkan pandanganku. Suka hati dia je tipu nak ajak keluar jalan-jalan rupanya. 

"Eh, sukati kau je ye! Kang tak pasal-pasal aku pula yang dikatakan bawa anak dara orang sesuka hati". Kataku sedikit kuatir dengan pandangan masyarakat nanti. 

"Cikgu kan bakal suamiku, nak risau apa" jawab dia selamba. 

"Suami olok-olok je tau! Bukan betul-betul" balasku. 

Tapi reaksi mukanya lagi melebar senyum, lagi dia tunjuk lesung pipitnya itu. Adeh, aku terpaku seketika, seperti dunia berhenti berputar. Denyutan jantung ku agak cepat. Apa ni! Adui pelik tapi benar. Lajunya jantung ku. Nasib baik traffic light merah aku berhenti.

"Wei, bakal suamiku sayang, nak temankan ke tak?" ujarnya dan dia tiba-tiba dekat wajahnya dekat dengan wajahku. 

Aku buat-buat fokus memandu. Wahal jantungku terus berdegup kencang. Terfikir, apa yang budak ni tengah buat, ke dia saja-saja nak perkenakan aku. Dengan perangai dia sekarang ni, ternyata dia cepat menyesuaikan dirinya. 

"Ye lah aku temankan". Macam Bodo je aku ikut idea dia.

"Wei Ngok, kau jangan ngada OK, kita dah janji yang perkahwinan ni nanti olok-olok je tau". Aku cuba pesongkan degupan jantungku itu. "Kamek sik janji pun kedakya, mun kamek jatuh hati ngan kitak time tok giney?" Tanya dia tidak teragak-agak menunjukkan muka nakalnya lagi. "Wei ngok, kau betul-betul ke main-main tok?". tanyaku kerana aku yang jadi keliru. "Cikgu rasa kamek main-main ke serius?" aku pula dia tanya balik.

Macamana aku nak jawab budak ni. Aku keliru samada dia serius atau saja nak mempermainkan aku. Kalau betul-betul maksudkan, aku nak jawab apa? Kalau dia main-main, aku dikenakan la. Aku kena jawab secara selamat kot.

"Nak nangga wayang lok ke nak pergi jalan-jalan lok?" tanya ku pesongkan situasi tadi.

"Nak selamanya dengan kitak la" Seperti nya dia tidak bagi aku pesongkan situasi asal. Alamak nak jawab camna ya. Bengong budak ni duga aku gini eh.


🦋Episod 23: Luahan Sebenar

Ye la aku sedar aku tua hampir 25 tahun beza umur dengan dia. Takkanlah dia nak orang yang dah berumur macam aku. Memanglah aku duda, tapi agak-agak lah juga berbeza gila umur kot.

Aku cuba kenakan dia balik dengan caranya kenakan aku. Kita tengok sapa menang.

"Ye sayang, bakal isteri ku yang manis, nak pergi mana sekarang ni?" aku tanya dia balik.
 
"Kita pergi jalan-jalan dululah ok sayangku" jawab dia bersahaja sambil menunjukkan airmukanya yang nakal. 

"Nak panggil abang ke sayang, ney best agik" dugaku. 

"Depan orang tua, panggil abang atau cikgu jela, masa berdua sayangla sayangku" balas budak ngok membuatkan aku terasa mukaku merah padam.

Nak rasa geli ke seronok, tak pasti. Suka hati dia jer buat perangai. Mengada-ngada juga dia ni. 

"Jap ye sayang, abang nak isi minyak kereta dulu" sakatku sambil memberi isyarat kereta ke kiri untuk mengisi minyak kereta.

Apa benda yang tak kena dengan budak ngok ni. Aku pulak yang kena. Dia ni serius ke? Aku cuba lagi. 

"Kalau ya kau jatuh hati dengan aku, bila ia bermula ngok?" tanyaku serius. 

"Kitak ingat lagi sik masa kitak sanggup berkorban jadi suami olok-olok ya, masa lepas kamek pengsan ya?" balasnya mengimbas ruang masa. 

"A a ingat" jawabku ringkas. 

"Masa ya wak kamek, mula rasa bebas dari sebarang masalah dan kamek gembira sangat, walaupun tau kitak cuma nak nyelamatkan kamek ja time ya" jelasnya kembali dengan intonasi serius.

 Aku perasan dia akan serius apabila menggunakan istilah 'kamek' atau 'kitak'. Alamak budak ni serius dah jatuh hati kat aku ka? Biar betul? Ke aku perasan lebih ni? Hantam je la, kalau ya pun apa salahnya, aku ni pun dah lama menduda, bisikkan nakal hatiku.

"Masa ya juak kamek rasa hati tok bukan milik kamek agik, kamek serahkannya ngan kitak sepenuhnya mulai saat ya, kamek sik kisah dah kita berbeza umur, tapi apa yang kitak lakukan membuatkan kamek kitaklah hero kamek gu" jelasnya lagi tapi airmuka cerianya tadi berubah menjadi sedih pula. 

Airmatanya mula menitis lagi. Kebetulan pada waktu itu kami lalu kat sebuah taman, dan aku park kereta di tempat parkir.

"Tapi gu, kamek rasa diri kamek adalah hina dan sik layak untuk orang semulia kitak, kamek insan ternoda, dan ingin rasanya kamek kembalikan waktu dan memilih kitak untuk dicintai dari awal perkenalan di sekolah dolok, siklah kitak memperisterikan insan ternoda kedak tok" penjelasannya bersama hujan airmata yang terus-menerus membasahi pipinya. 

Aku jadi kelu. Apakah ini takdirku. Atau ini cuma ujian saja. Aku keliru serius aku keliru dan aku diamkan diri terus mendengar luahannya. Budak ni bukan boleh caya sangat. Dengan sikap penyakatnya itu lagilah.Tapi, kalau benar macamana pulak? Hurmm kita tunggu dan lihat apa yang berlaku seterusnya.

"Gu, mun kitak terus menjadi suami kamek, kamek rasa kamek orang paling bahagia, tetapi sudi sik kitak benar-benar memperisterikan kamek? Kamek juak faham mun kitak sik nerima kerana kamek orang yang telah berdosa besar terhadap kitak, ibu dan bapak mek" dia terus meluahkan perasaannya dan airmatanya jua. 

Aku masih berdiam mendengar luahannya. Aku mengambil tisu dan ku lapkan airmatanya. Sambil si dia tidak teragak-agak memeluk dan menyandarkan kepalanya di bahuku. Ku biarkan saja, tatkala itu juga jantungku kembali berdegup kencang.

Waduh, macamana nak lalui saat ini. Aku tidak pernah jatuh hati dengan dia pun, tapi bila dia buat perangai gila-gila tadi dan meluahkan perasaan sebenarnya, aku jadi merasakan suatu yang istimewa antara kami. Alamak! Apakah aku sudah ada perasaan terhadapnya. Takkan begitu mudah macam tu kot. Aku hanya berniat membantu. 

Oh Tuhan, jika dia benar jodohku permudahkan segalanya, jika bukan jauhkanlah aku darinya.


🦋Episod 24: Peristiwa Hitam

Hujan mula turun renyai-renyai. Kelihatan semua yang ada di taman itu berlari-lari masuk ke kereta masing-masing. Kami masih lagi di dalam kereta. Sengaja ku buka lagu 'I Belong to you nyanyian Jacob Lee' untuk menenangkan dia.

"Sejujurnya cikgu pun tidak tahu kenak mengambil keputusan ini semua, seolah-olah ia keputusan yang dilakukan tanpa berfikir, namun bukanlah niat cikgu memperisterikan kitak, dan bukan juga mengambil kesempatan biarpun aku keseorangan dalam dunia ini" jelasku kepadanya. 

"Kamek faham gu, dari awal kitak dah madah ia hanya untuk menyelamatkan maruah kamek dan keluarga" sokongnya memahami situasi itu.

"Gu, dah lama kamek nak ceritakan ngan kitak apa yang berlaku sebenarnya" jelasnya memberi aku tanda tanya. 

"Apa yang kitak mok padah, luahkan jak" balasku dengan tidak sabar. 

Dia pun mula menceritakan pengalaman yang menghancurkan maruahnya.

Dua bulan lepas, dia dijemput oleh seorang lelaki yang dia sukakan. Orangnya tinggi dan kacak. Yang mana boleh membuatkan mana-mana perempuan akan tertarik padanya. Lelaki tersebut adalah senior dia di kolej tersebut.

Di pendekkan cerita, lelaki itu mengajak dia makan malam bersama. Apa lagi dah 'crush' ajak, peluang la untuk mendekati nya kan. Jadi, malam itu mereka makan bersama di sebuah restoran. Maklumlah si jejaka adalah dari golongan berada.

Setelah makan, dia rasa dirinya sangat mengantuk dan mohon dihantar balik ke asrama di kolej. Sampai dalam kereta dia langsung tidur.

Bila sedar, lebih kurang jam 2 pagi, dia berasa kesejukan. Sedar-sedar dirinya tidak berpakaian dan ditinggalkan berseorangan di sebuah pondok yang dia sendiri tidak tahu di mana. Dia juga turut merasai kesakitan di bahagian 'tersebut'.

"Kamek menjerit lepas ya gu, kamek telah dinoda tanpa kerelaan kamek, kamek sik cerita ngan siapa-siapa termasuk mak bapak kamek". jelas dia panjang lebar menceritakan pengalaman hitam yang dia lalui. 

Tidak ku sedari aku menitiskan air mata lelaki ku kasihan mendengar kisahnya itu. Andai benar dakwaannya, jelas dia tidak bersalah dan mangsa mudah yang telah diambil kesempatan oleh lelaki yang rakus memuaskan nafsunya. 

"Kamek trauma, kamek sik berani keluar agik lepas ya, laki ya terus block whatsapp kamek dan nang sik dapat dihubungi langsung" jelas dia lagi.

"Kamek balit rumah, kerana tertekan, dan kamek demam, mak kamek embak kamek pergi klinik, kat sia lah baru kamek tauk yang kamek telah pregnant dan balit dari sia kamek dimarah oleh bapak dan dihalaunya" luahnya lagi. 

Aku cuma mampu diam membisu membiarkannya meluahkan segalanya.

"Kamek sik tauk sapa gi yang boleh kamek hubungi, sebab ya lah kamek hubungi kitak masa ya gu" jelasnya tentang mengapa dia menghubungi aku. 

Dan sekarang aku lebih memahami kisahnya dan aku rasa bersalah pernah menuduhnya tak malu biarpun hanya dalam mindaku sahaja.


🦋Episod 25: Tengok Movie

Hujan yang turun sudah pun berhenti. Nak ajak dia keluar berjalan di taman itu malas pula. Cuaca yang agak lembab terasa kesejukannya. Begitu juga dengannya airmatanya seperti hujan tadi telah pun berhenti. Cuma dia kembali mendiamkan dirinya.

"Eh, jom la tengok movie yang kau nak nangga ya" ucapku memecahkan kesunyian yang telah sepi beberapa ketika tadi. 

"Abang belanja k" Dia kembali menyakat ku lagi. 

Lega juga dia cepat stabil dengan emosinya. Aku berharap dia tidak terkesan dengan peristiwa yang dia pernah lalui.

Aku kembali memandu menuju ke shopping mall. Dalam perjalanan itu dia menunjukkan gelagat nakalnya lagi. 

"Gu, kitak suka sik ngan kamek?" usik si ngok mula dengan perangai nakalnya. 

"Nak buat macamana, ko tetap juak isteri ku kelak" balasku balik. 

"Ikhlas ka sik kitak nerima mek koh?" tanyanya mengada yang mungkin menduga perasaan sebenarku juga. 

"Iye ikhlas lah, selepas kau kata kau suka kat aku ler" balasku lagi. 

"Sebelum tok sik ikhlaslah?" tanya si ngok lagi. 

"Ish, kau ni ngada lah, nak aku tarik balik keikhlasan ku ka?" aku saja menduga. 

"Kamek tauk kitak terpikat wak ngan kamek nak? Tadi bukan main laju jantung kitak berdenyut koh" katanya nakal. 

Sempat juga dia menghayati ritma degupan jantung aku tadi rupanya.

Sesudah sampai di shopping mall, kami terus ke bahagian cinema untuk menempah tiket.

"Nak duduk asing-asing ke couple sit" saja aku nak respon dia. 

"Dah kitak bakal laki aku, couple sit la" balasnya yakin. 

"Wei ngok, belum ijab kabulkan lagi, masih haram tau" kata ku sambil ketawa kan dia. 

"Dah tau masih haram, yang tanya tadi ya kenak?" si ngok menunjukkan muka geramnya. 

"Saja ja, tak boleh? Kita duduk asing je ye, mana tau ada student aku pun tengok cerita ni, naya aku kena fitnah nanti kang" jelas ku panjang lebar. 

Dia cuma mengangguk setuju. Tapi riaksi wajahnya masih jelas nak sebaliknya.

Memandangkan movie belum mula, kami mengambil kesempatan untuk makan dulu. 

"Apa kata kita makan dulu, kau nak makan apa ek" ajakku. 

"Jap, loading dulu resepi kat kepala tok, Tomyam lah". jawab si ngok. 

"Tomyam lagi! kau sik leju ka?" tanyaku. 

"Dahya kegemaran isterimu, nak buat giney" balasnya nakal. 

Aku hanya tersengih tidak mampu berkata apa-apa.

Selesai makan, kami pun masuk tengok movie yang dia nak sangat tengok tu. Dalam panggung tu aku saja buat nakal, usik dia. Tangan ku mencari tangannya. Bila dia perasan dia kuis tanganku. 

"Belum ijab kabul, haram" katanya. Seperti membalas balik kata-kata ku tadi. Aku kena balik da. Kami terus fokus pada movie sampai tamat.

"Kita kena balik dah tok, kelak orang tua kau bercari lak" kataku. 

"Ok, thank you belanja bakal bini kitak yang kiut tok aritok eh" jawab si nakal Ngok. 

"Bila dah jadi bini benar-benar lak, masak sedap-sedap untuk laki kau tok lak" balasku tidak mahu mengalah nakal juga. 

Terhibur juga dengan telatahnya. Dia senyum tersipu, namun wajahnya ceria.


🦋Episod 26: Luahanku

Dalam perjalanan balik itu aku pandang wajahnya. Kelihatan dia menunjukkan reaksi muka yang gembira. Aku turut lega, yang aku risau adalah keselamatan dan kandungannya yang tidak bersalah. Malah selepas aku dengar cerita sebenar darinya membuatkan aku berasa sangat kasihan. Ternyata aku tersilap menilai sebelum ini. Aku sangkakan dia benar-benar bersalah. Namun, dia adalah mangsa mudah bagi lelaki berhidung belang.

"Ngok, kau benar-benar maok aku jadi suami kau benar-benarkah?" tanyaku untuk kepastian. 

"Serius, kitak hero kamek, gu, eh salah abang ku sayang" jelas nya seperti berseloroh. 

"Wei, serius la" kataku. 

"Ya Allah, Kamek serius la, yang kamek dah mula sayang sangat ngan kitak sejak kitak menyelamatkan maruah kamek sekeluarga ya, terus terang mek, kamek mok kitak selamanya" jelasnya panjang lebar cuba meyakinkan aku. 

"Tapi aku baru jatuh hati ngan kau hari tok jak" ujarku selamba dengan memalingkan wajahku darinya. 

Namun, anak mataku jelas melihat dia terus memandang ke arahku dengan senyuman lesung pipitnya lagi. Berdebar lagi jantung aku, adoi. 

"Benarkah, mesti masa jantung kitak berdenyut laju tadi nak?" sakat si ngok. 

"No Komen" egoku menjawabnya.

"Cuba kitak padah benar-benar, kitak sayang ka sik ngan kamek? Mun kitak benar sayang kita nikah sebagai suami isteri yang sah kelak" pertanyaannya membuatkan aku diam seketika.

Aku mula memikirkan sesuatu iaitu agamaku. Takkan aku nak convert jadi Muslim. Tak bersedia aku dengan semua ni. Kalau ikut perasaan memang aku mula menyukai budak ngok ni. Dan aku suka dengan cara manjanya. Yela dari dulu kami sahabat dia dah biasa dengan aku, cuma kali ini situasinya berbeza. Aduh, cubalah kahwin ni tak payah tukar agama semua, kan senang sanggup je camtu. Nak jawap apa dengan ngok ni? Salah jawab kang, konflik pula. Emosinya perlu dijaga juga. Adui.

"Iyalah, kamek orang yang ternoda, kamek patut syukur kitak selamatkan kamek gu, sik sepatutnya minta kitak jadi suami benar-benar" suaranya hiba kerana kebisuanku. 

"Bukan macam ya, kau tauk aku Kristian, kitak Muslim, ya yang mengganggu pikiran ku koh". aku bersuara kembali. 

"Mun dah takdir kamek terima kitak seadanya, giya wak mun kitak menyingkirkan mek pun kamek pasrah, tapi dalam hati kamek sayang sangat dah ngan kitak eh" luahnya dengan nada serius. 

"Ok ngok, aku ngaku yang aku dah suka ngan kitak, dah mula menyayangi kitak wak, tapi beri ku masa wak untuk memikirkan hal agama ya" jelasku tidak mahu dia memikirkan hal yang boleh mengganggu emosinya. 

Dia pandang aku dengan senyumannya lagi. 

"Benarkah kitak dah benar-benar menyukai kamek gu?" tanya dia nakal mengusik hatiku.

"Kitak didapati bersalah kerana telah menyebabkan kamek telah mula jatuh hati dengan kitak" ujarku mengikut gaya bahasa seriusnya. 

Ish susah benar juga nak mengaku dengan cara yang serius. Bukan ke lebih mudah kalau ego tidak wujud dan cakap je, aku suka kau, kau suka aku, aku sayang kau, kau sayang aku, aku cinta kau, kau cinta aku, dah macam tu, kawin je la. Kan? Semua nak kias-kias. Merepek mende ni?

Dia tersenyum ceria mendengar ucapan ku. 

"Kamek telah mengaku bersalah, dan kamek sanggup menjadi isteri kitak selamanya" balasnya pula. 

Walaupun agak santai, jelas ucapan kami berdua adalah suatu yang benar dari hati masing-masing. Itu aku pasti, bukan tak ada pengalaman bercinta dengan bekas isteriku dulu. 


🦋Episod 27: Maafkan aku

"Kamek kacak sik di mata kitak gu?" tanya si dia menukar topik. 

"Tapi muka kau akan kedak nenek orang bila kau berumur 80 tahun lak tauk sik!" saja aku kacau kemengadaannya. 

"Mun giya ratu cantik pun kedak nenek mun dah tua pakcik oi" balas budak ngok. 

"Kau kira nak aku komen madah kau kacak la?" sakatku menafikan jawapan ku yang sebenarnya mengaku dalam hati dia adalah seorang gadis yang cantik.

Aku sengaja tidak mahu mengakui dia cantik, nanti dia fikir aku mata keranjang pulak.

Dalam kelekaan tersebut, aku tak perasan sebuah lori keluar dari simpang. Bagi mengelak bertembung dengan lori tersebut, aku cuba mengawal kenderaan dan kami terbabas ke bahu jalan dan menghentam penghadang jalan. Bahagian depan kereta ku ada impak hentaman. Ku pandang sebelah kiri ku, kelihatan si dia pengsan akibat sedikit hentakan tadi. Aku menjadi panik. Jantung ku berdegup kencang dan tanganku terketar-ketar. Manakala lori tadi terus berlalu pergi.

Aku cuba bangunkan si dia, namun dia masih pengsan. Aku bergegas memeriksa bahagian depan kereta. Tampak semua masih ok. Aku masuk balik ke dalam kereta dan pergi ke pusat kesihatan terdekat. Dia masih kelihatan tidak sedarkan diri.

Sampai di pusat kesihatan, dengan segala kudratku, aku segera mendukungnya masuk ke bahagian kecemasan. Dalam masa mendukungnya tangan kiriku berlumuran darah. Serius aku panik. Selepas membaringkan dia di atas katil klinik. Jururawat pun segera mendapatkannya. Sejurus itu, segera aku telefon si bapaknya dan si ibu untuk datang ke pusat kesihatan tersebut.

Aku menunggu di luar bilik kecemasan. Si dia masih berada di dalam sedang di periksa oleh doktor. Tidak lama selepas itu, si ibu dan si bapak pun sampai. Keduanya kelihatan cemas. 

"Apa yang berlaku gu?" tanya si bapak. 

Aku cuba bertenang dan memberi jawapan pada si bapak. 

"Mengelak lori tadi, pemanduan kamek terbabas dan kena pada penghadang jalan, kakya nya pengsan, alu kamek bergegas ngantar nya ke sitok" jelasku yang tangan ku masih mengeletar panik tadi masih tidak selesai. 

Si bapak hanya menganggukkan kepalanya dan memegang lembut bahu ku. 

"Kita tunggu jak apa padah doktor lok" tambahku lagi cuma menenangkan diri.

Tidak lama kemudian doktor keluar dari bilik rawatan tersebut. 

"Siapa waris puan.......?" tanya si doktor yang baru keluar tadi. 

Segera aku bangun sambil mengangkat tangan. 

"Macam mana doktor keadaannya? Dia sudah sedarkan diri ka?" tanyaku yang masih lagi kerisauan. 

"Dia baru sedar, tapi kandungannya tidak dapat diselamatkan" jelas si doktor.


🦋Episod 28: Syukur

"Doktor, boleh saya masuk tengok dia?" tanyaku. 

"Boleh tapi jangan beramai-ramai la" balas si doktor. 

Apa lagi, aku meluru masuk. Aku lihat dia duduk menyandar dengan muka yang kelihatan sedih. Airmatanya masih lagi menitis. Mungkin doktor telah jelaskan padanya apa yang telah berlaku.

"Kau ok ka!" tanyaku ringkas. 

"Kamek ok gu, tapi nya dah pergi, maafkan ibu nak, sungguh anak ibu tidak bersalah, tidak pernah pun ibu mahunya pergi apatah lagi menggugurkannya gu" ujarnya dengan muka hibanya, sehingga aku turut mengalirkan airmataku. 

Mulia sungguh hatinya biarpun anak itu bukan seperti kehendaknya.

Si ibu turut masuk dan memeluk erat anaknya. Si Bapak mengusai bahu ku seperti memahami perasaan hiba kami semua. Suasana begitu pilu. Masing-masing senyap tidak mampu berkata sepatah pun.

"Pak Cik, kamek minta maaf atas benda yang terjadi ini, salah kamek layap ketika memandu" aku memohonkan kemaafan. 

"Redha gu, benda sudah ditakdirkan giya, kita hanya merancang namun Allah yang tentukan" balas si bapak melegakan rasa bersalah aku terhadap keluarga mereka.

Dengan kesempatan dia menyuarakan perasaannya pada aku di depan ibu dan ayahnya.
 
"Pak, Mak, kamek ingin maklumkan, kamek mencintai cikgu tok, kamek sayang sangat dah dengannya, mohon kitak berdua merestui perasaan kamek padanya" penjelasan berani si dia membuatku terkedu. 

"Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi, akhirnya ko tahu menilai keikhlasan cikgu kau" ucap si bapak. 

Aku memandang ke arahnya dan dalam masa yang sama dia mengalirkan air matanya lagi sambil senyum dalam duka memandang ku.

"Maafkanlah aku pakcik dan makcik, kamek jua telah benar-benar jatuh hati dengan anak pakcik, mohon kitak merestui hubungan kami" ujarku spontan. 

Namun, apa yang aku nyatakan adalah dari hati sebenarku. 

"Alhamdulillah" si Ibu bersyukur dengan situasi itu. 

"Kalau sudah jodoh, ia pasti jodoh jua gu biarpun kita mengelakkannya, segalanya adalah ketentuan Ilahi" jelas si bapak. 

"Sudah tentu ibu dan ayah merestui hubungan kitak berdua, segalanya sudah diaturkan olehNya" tambah si ibu.

Sebelum balik kami mendengar nasihat doktor supaya penjagaannya adalah seperti melayan ibu yang sudah bersalin. Setelah mengambil perskipsi di bahagian farmasi kami semua pun balik.

"Ko nak naik dengan bapak ke cikgu?" tanya si bapak. 

"Balik dengan bakal suamiku pak" jawab si dia. 

"Kalau begitu kami pergi dulu, jumpa di rumah lak gu" kata si bapak. Mereka pun berlalu pergi.

"Ngok, berani kau padah giya depan orang tua ko tek?" kataku kagum dengan keberaniannya meluahkan perasaan sebenarnya di depan orang tuanya. 

"Kamek perlu jelaskan ngan sida wak gu, kamek mok selamanya ngan kitak, sik mok ku napok perasaan diri agi, biarlah jelas segalanya" balasnya dengan tenang. 

Aku segera memimpin tangannya ke kereta.


🦋Episod 29: Pasrah

Sesampai di rumah, aku mengiringi si dia sampai ke biliknya. Selepas itu aku keluar balik dan terus ke ruang tamu menemani bakal bapak mertuaku.

"Gu, pakcik bangga bakal dapat menantu macam cikgu. Pakcik nyaris kehilangan seorang anak perempuan, tapi kehadiran cikgu telah memberi keluarga ini seorang anak lelaki" si bapak berkata-kata cara orang tua. 

Aku diam dan cuba fahami apa maksudnya. Orang Melayu ni kan suka menggunakan kiasan. Jadi aku kena amati betul-betul bahasa tersebut. Silap jawab malu kang.

"Entahlah pakcik, perasaan tu hadir kemudian, tapi apa yang saya lakukan sebelum ini sememangnya ikhlas untuk dia dan keluarga pakcik" jelasku. 

”Benar gu, jika memang sudah jodoh ia tetap kehendakNya, tapi menjodohkan kamu berdua tetap mengharukan saya sebagai walinya gu" tambah si bapak. 

Aku terasa terharu dengan penerimaan keluarganya terhadap aku.

Saya menemani si bapak sampai ke petang. Agak lama juga kami bersembang dan macam-macam yang diperkatakan sehingga dari yang kena mengena sehinggalah yang tiada kena-mengena.

Tapi aku tau yang aku akan bakal menjadi pemeluk Islam. Aku kena terima juga, kerana jodoh ku sememangnya orang Islam. Orang yang kucintai dan mencintai aku adalah gadis Melayu. Aku nak buat macamana, ia adalah takdirku. Pasrah dan berserah kepada Tuhan sahaja lah.

Ku buka telefon bimbit ku, macam biasa buka whatsapp.

Today

Si dia: Terima Kasih cikguku, sahabatku, kekasihku dan suamiku. Terima kasih kerana menerima kamek seadanya 🥰😘.
Si dia: Kamek agik sedih dengan keguguran ya sebenarnya 😌😔😭
Aku: Dahla jangan sedih, kesihatan tu jaga 🧐
Si dia: siktau nak letak sigek ni panggilan koh
Si dia: Abang ke, sayang ke, Suamiku ke, ke nak letak pakcik jer!😆😅
Aku: Panggil je apa yang kau selesa dah la ngok
.


🦋Episod 30: Bukan Lagi Pelajarku

Aku duduk di hujung katil setelah selesai majlis pernikahan. Suasana agak suram dalam bilik pengantin. katil pengantin dihiasi dengan konsep sederhana berkonsepkan warna kebiruan.

Sementara menunggu pengantin perempuan masuk ke bilik, aku berehat mengambil nafas. Ku buka jendela dan ku sepit rokok sebatang dibibirku sambil jemariku memetik 'lighter'. Ku renung ke luar jendela.

Kedengaran pintu bilik dibuka. Aku kekal dengan rokok ku. Tiba-tiba si dia datang dan memelukku dari belakang. 

"Semalam adalah hari terakhir kamek nunggah kitak sebagai seorang cikgu, mulai hari tok kitak adalah insan yang paling kamek cintai" kedengaran suara si dia dibelakangku. 

Aku campakkan puntung rokok yang telah ku padam. Dan aku melepaskan tangannya yang sedang memelukku, ku putar badan ke arahnya. Ku pegang kedua-dua bahunya dan ku peluk erat tubuhnya itu. 

"Semalam juga hari terakhir kitak memegang watak sebagai pelajarku, mulai hari ini, kitak adalah nyawaku selamanya" luahku. 

Si dia memelukku dengan erat bagaikan tidak mahu melepaskan saat indah itu.

"Wei ngok, ko nak aku pengsan ke apa, ketat sangat kau peluk tauk" sakat ku. Lagi kuat pelukannya. 

"Jap nak dengar bunyi jantung kitak lok, pakcik!" balasnya pula. 

"Mentang-mentang dah halal sukati ko jak eh" sakatku pula. 

Terasa pinggang ku dicubit. 

"Sakit la ngok!" spontan perkataan 'ngok' itu keluar dari bibirku. 

"Nak peluk lama sikit boleh sik" ujarnya manja. 

"Peluklah puas-puas, asalkan jangan cubit jak" balasku. 

Dia terus memeluk tubuhku seperti seorang kekasih melepaskan kerinduannya.

Kedua-duanya masih lagi berpakaian pengantin serba biru. 

"Eh, ngok aku lapar la, jom turun makan" celahku mengganggu saat indah itu. 

"Salin pakaian dolok la, kakya kita turun" cadangnya. 

Kami pun menyalin pakaian. 

"A a, muka pusing sinun, iboh nangga" arahnya sebab nak menyalin pakaian. 

"Kalau aku tengok pun, apa salahnya? Halal dah kan" saja aku nak menyakat si dia. 

Tapi aku alihkan juga sebenarnya pandangan ku. Masih kekok sebenarnya. Maklumlah hari pertama. Cewah.


Bersambung....

Part 4 Hadiah Terakhir

No comments:

Post a Comment