Part 4: Hadiah Terakhir




Part 4: Hadiah Terakhir


🐇Episod 31: Kopi Istimewa

Majlis sudah pun selesai, para tetamu pun sudah balik. Suasana kembali sunyi. Kepenatan pun agak terasa. Si bapak mertuaku kelihatan sangat kepenatan sehingga tertidur di sofa ruang tamu. Si ibu mertuaku dan isteri yang baru kunikahi sedang sibuk mengemas di ruang dapur. Aku pula, jam nak buat apa pulak ye. Penat tu memang penat, aku ke dapur juga kot-kot ada yang boleh ku bantu.

"Ha, pakcik tolong angkat periuk tu!" arah isteriku bila dia perasan aku wujud kat ruang dapur itu. 

"Laki kau ya, jangan panggil giya" celah ibu mertuaku menegur isteri ku. 

"Nak letak kat mana benda ni budak ngok!" balasku menyakat si dia. 

"Kitak dengar ya mak, bini dipadahnya bongok" balas isteri ku mempertahankan dirinya. 

"Enda ku tauk, sukati kitak duak la sia, dah jadi laki bini, mana kata kitak duakla" balas si ibu tidak menyebelahi sesiapa. 

Selepas itu, suasana di dapur itu dipenuhi gelak ketawa kami bertiga. Kelihatan wajah si dia begitu teruja dan gembira biarpun kepenatan melayan majlis tadi.

Selesai tugas di dapur tu, si dia menunjukkan isyarat ajak naik ke tingkat atas. Mulutnya muncung-muncung menunjukkan isyaratnya. Seperti dia tidak mahu ibunya tahu. Aku cuma tersenyum dan melangkah kaki ku naik semula ke tingkat atas. 

"Makcik kamek naik ke atas nak berehat jap" kataku kepada ibu mertuaku. 

"Ibuh nunggah makcik agi dah gu, tunggah jak ibu" kata si ibu mesra. Aku hanya membalas dengan senyuman.

Sampai di bilik, aku baringkan badanku yang sudah sedia ada kepenatan. Tidak lama kemudian, kelihatan isteri ku masuk ke bilik dan menutup pintu. 

"Abang penat ke?" tanya isteriku membuatkan naik bulu roma kali pertama dipanggil begitu sebabgi suami. 

"Abang nak minta tolong boleh?" tanyaku sambil menatap keayuan wajah isteri ku. 

"Nak ape?" tanya isteriku. 

"Nak rasa air kopi bancuhan isteriku boleh? Dahaga la" jelas ku saja nak bermanja dengan dia. 

"Jap ye, Sayang buatkan" Jawabnya dengan suara manja, serius meremang bulu tengkuk ku. 

Bukan keseraman, tapi rasa dihargai dan dimanja. Sebab apa? Kali pertama seorang bekas pelajrku sendiri menggunakan istilah suami isteri. Dia pun turun semula menunaikan permintaan ku.

"Dah siap bang, ini adalah bancuhan yang pertama sebagai isteri abang, ini adalah teristimewa" katanya bersama dengan secawan mug yang besar. 

Sekali lagi aku meremang, aku bingkas bangun dari berbaring. 

"Tq, isteri abang" ucapku tak sabar menikmati kopi istimewa tersebut. 

Ku hirup, wow memang istimewa, pahit kaw. 

"Sedap tak bang?" tanya dia sambil tergelak. 

Rupanya dia sengaja bagi pahit. Nakal budak ni. Aku tak jawab pertanyaannya, saja buat tak layan. 

"Sori, tak pernah buat kopi selama ni" ujarnya cuba memujuk ku sambil dia mengalihkan pandangannya ke tempat lain dan tersengih. 

Tapi aku dapat lihat dari pantulan cermin yang dia tidak perasan. Dia sebenarnya sedang menahan gelak nak mentertawakan aku. 

"Kau ni nakal wak eh" kataku serius.

 Apalagi, bila dia kantoi yang aku tengah pandang dia kat pantulan cermin, dia gelak sakan. nasib lah dapat isteri penyakat gini.


🐇Episod 32: Membisu

Dia turun semula ke bawah dan datang kembali bersama kopi yang baru. 

"Sori ek, jangan marah ye" katanya sambil tersenyum. 

"Yang ni pasti tak pahit?" tanyaku kurang yakin. 

"Lerr, minum la dulu" dia cuba yakinkan ku. 

"Ko minum la dulu sikit, baru aku percaya" balasku saja nak kenakan dia jika dia kenakan aku lagi. 

Dia pun minum sedikit dari mug baru tersebut.

"Dengan bini pun sik percayak ka!" ujar dia. 

"Nak gaduh ke, lama sik gaduh ngan kau ya" kata ku geram. 

Tapi tak la geram mana pun. Bila tengok muka sang isteri senyum dengan lesung pipitnya aku pula cair. Kekuatannya, lesung pipit bersama senyuman, kedua muka nakal bila nak kerjakan orang. Memang nakal.

Selesai minum aku kembali duduk di hujung katil. Dia mendekati aku. Berdiri betul-betul di depan ku. Jantungku berdegup kencang lagi. Lagi kencang dari sebelum ni.

Dua-dua diam sambil memandang wajah masing-masing. Dia tidak berkerdip langsung. Tapi warna pipinya kemerahan memang jelas, bukan kerana solekan. Masa majlis aku memang cadangkan dia guna solekan tipis je. Tak mau muka lawanya dilapisi tepung-tepung palsu. Kerana aku lebih suka keaslian wajah ayunya. Kalau boleh tak pakai alat solek langsung. Tapi tak boleh nak elak juga, kena pakai juga.

Wajahnya semakin kemerahan ditambah kulitnya memang cerah menyerlahkan lagi tanda tersebut. Aku diam dia pun diam. Masing-masing tidak berkata-kata. Tapi saat itu, yang kudapat rasakan adalah debaran jantungku. Waktu seperti bergerak perlahan.

Tiba-tiba pintu bilik itu diketuk dari luar. 

"Nulong mak didapur lok" suara si ibu di luar. 

"Auk mak, jap mek turun" balas isteri ku. 

Isteriku memegang bahuku yang sedang duduk di depannya. Diciumnya dahi ku dan dia pergi ke bawah menyertai ibunya. Aku pun mengambil kesempatan berdiri di depan jendela memetik api rokokku.


🐇Episod 33: Malam Pertama

Jam menunjukkan pukul 9 malam. Selesai menonton berita TV3 untuk mengetahui perkembangan terkini hal-hal dunia, mataku pun mulai diserang ngantuk. Berat benar kelopak mata. Aku naik ke tingkat atas dan baringkan badan yang perlu ku manjakan juga. Si isteri mana? Biarlah dia, tau dia biliknya sendiri nanti.

Baru mata ku nak terlelap, bunyi pintu menunjukkan yang isteri ku masuk ke bilik membuatkan aku terjaga kembali. 

"Awal nar wak nak tido bang" suara isteri ku menganggu telingaku. 

"Letih ilak ritok eh" jawabku selamba dan membuka kembali mataku yang agak berat kelopaknya. 

Aku mengalihkan badan ku ke arahnya, mata ku kembali segar. Mana tidaknya, kali pertama aku melihat isteri tidak bertudung. Rambutnya yang agak panjang lurus, namun sedikit ikal itu terus membuat mata ku terpaku memandangnya. Dalam hatiku aku bersyukur dianugerahkan seorang isteri yang cantik walaupun dia sebenarnya cukup nakal dan penyakat.

"Apa pandang-pandang ya bang, macam sik pernah nangga jak" sakat isteri ku. 

"Nang la biasa nangga, tapi tok first time nangga isteri sik bertudung" jelasku yang masih kagum dengan wajah ayu gadis Melayu di depanku. 

"Kenak ada benda yang pelik ke bang?" tanya isteriku kerana cara ku memandangnya dari tadi tidak berkerdip langsung. 

"Diam jap boleh! Biarlah laki kau menatap wajah kacak kau puas-puas lok" kataku memberikan pujian padanya. 

"Lak hari-hari wak kitak nangga, mun dah kerepot lak harap giya wak kitak natap kamek koh" jelasnya mengenakan ku.

Dia membaringkan diri disebelah ku, kami bertentangan mata. Kami diam seketika, hanya saling berpandangan. Masing-masing bertatapan. Aku mengapai telefonku dan buka muzik instrumental, bagi sayup-sayup je bunyi. Baru lebih menyerlah feelingnya. Aku kembali menatapnya, tanganku mengusap rambutnya yang sedikit menghalang pandanganku. Dia hanya membiarkannya. Seolah-olah faham apa yang akan berlaku. Mukanya menunjukkan sedikit kemerahan, namun tetap cantik. Dia tersenyum memandangku dan melihat ke arah lampu yang menyilaukan matanya. Aku faham, ku bangun dan ku padamkan suis lampu. Aku kembali ke sisinya.

Dah, cukup takat ini saja la. Takkan aku nak cerita segalanya kat korang. Paham-paham udah lah.


🐇Episod 34: Re-union

Sarapan pagi tu, memang sungguh menyelerakan. Hidangan nasi lemak yang disediakan oleh ibu mertua dan isteri membuatkan menambah dua kali. Pedas cukup, rasa enak dan aroma nasi lemak itu menambah selera pagi itu. Si isteri hanya tersenyum memandangku, menatapku sarapan pagi itu.

"Bang, mek ada benda nak padah ngan kitak" dia bersuara. 

"Padahlah, mek dengar" jawabku. 

"Kawan-kawan masa sekolah dolok ajak reunion” ujarnya sedikit kurang selesa. 

"Semua ke sebahagian jak" tanyaku lagi. 

"Sik semua, geng pempuan, si tembam, si kecik, si lampai, si bebel dan beberapa dak lain wak, tapi sida nak kitak join sekali" jelas isteriku. 

"Boleh wak, lama wak sik nangga sidaknya" balasku. 

"Tapi, kita dua mesti ready wak, kitak tau la sidak mesti nak mengenakan kita lak" ucap isteri ku sedikit gusar seakan-akan tahu bakal dikenakan rakan-rakannya. 

Mana tidaknya, rakan-rakannya itu kebanyakannya kaki penyakat sepertinya zaman persekolahannya dulu.

Memandangkan kereta ku sudah diperbaiki, aku bersemangat membawa isteriku jalan-jalan. Sementara menunggu waktu untuk reunion dengan kawan-kawannya, ku bawa dia pusing keliling. Dia masih nampak tidak senang duduk. Biar aku teka, itu sudah pasti takut kawannya menyakat. 

"Diam jer dari tadi, risau kawan menyakat ke?" ujarku.

"Aokla, abang kan tau sidak ya giney sekolah dolok" balasnya memuncungkan sedikit bibirnya menunjukkan sedikit keresahannya.

"Ala, buat bodo jak kelak, iboh nak ambik gilak la" pujukku membuatkan muka mucungnya ditukarkan kepada sengihan tak ikhlasnya.

Masa sudah tiba, aku park kereta dan bersama isteri berjalan menuju ke tempat reunion tersebut. Kelihatan mereka sudah pun menunggu. Pandai mereka pilih tempat untuk reunion, taman yang ada tasik, ala-ala perkelahan dan secara santai. Ketibaan kami berdua diberikan tepukan oleh mereka. Semua mata melirik ke arah kami berdua. Aku cuba berlagak bersahaja, walaupun dalam hati tertanya apa benda yang budak-budak ni akan perkatakan.

"Hai cikgu, cikgu sik berubah pun, hensem sentiasa giya malah makin hensem gik" sapa si comel, m
embuatkan isteriku menjeling kepadaku, cemburu kot. 

"Cikgu biasa-biasa je" jawabku selamba sambil memegang bahu isteriku. 

Namun terpaksa ku lepas bahu nya, kerana yang lainnya menerjah untuk memeluk kerinduan terhadapnya.


🐇Episod 35: Rahsia Tetap Rahsia

Aku bagaikan tidak wujud seketika buat mereka. Tercegat menanti dialog apa budak-budak ni nak bagi kat aku. Biarkan, mereka sedang melepaskan kerinduan masing-masing setelah sekian lama tidak jumpa. Aku cuma memerhatikan gelagat mereka. Seorang demi seorang ku lihat untukku cam semuanya. Maklumlah mereka semua sudah dewasa.

"Cikgu, jom duduk sini sekali" pelawa si Tembam sambil melambai kepada ku. 

Aku pun menyertai mereka duduk dalam bentuk semacam bulatan tak siap itu. Keriangan mereka membuatkan aku terhibur juga.

"Cikgu cuba cerita, camney boleh terpikat ngan si.... tok?" tanya Si Becky. 

Si Becky dapat gelaran tu sebab dia becok dan tak boleh diam. 

"A a la gu, kongsi lok kisah percintaan kita duak ya" tambah si comel. 

Si Comel adalah yang paling kecil di kalangan mereka dan orang nya memang comel pun. Aku masih lagi diam. Dah agak mesti bagi soalan kaw-kaw punya budak-budak ni.

"Ceritalah cikgu, siap sampai kahwin dah, mesti special kan?" tambah si Lampai. Si Lampai tu tinggi orangnya sebab tu dapat gelaran tu.

Aku memandang wajah isteriku. Dia geleng-gelengkan kepalanya, memberi isyarat ada rahsia yang perlu disimpan jua. Dan aku mengerti semua itu lebih-lebih lagi ia adalah berkaitan maruah.

"Sungguh nak tau, macamana cikgu boleh jatuh hati dan kahwin dengan budak bongok ni" jawabku berseloroh, membuatkan isteriku menjeling geram padaku. 

"Nak, nak, nak!" Jawab mereka beramai seperti budak-budak khusyuk nak dengar cerita.
 
"Macam ni je, cikgu jumpa dia, dan kata suka kat dia dan dia kata dia suka balik kat cikgu, maka habis cerita" jelasku tersengih. 

"A a macam tu lah kisahnya" tambah isteriku segera berharap mereka hanya menyoal setakat itu. 

"Ye ke, tak romantik langsung" kata si Becky seperti tidak yakin. 

"Ai, menar la" balas isteriku pula.


🐇Episod 36: Dah Takdir

Budak-budak tu masih tak percaya yang kisah itu semudah itu. Perlukah kami menceritakan kebenarannya? Oh tidak ia adalah maruah keluarga orang yang kusayang.

"Nang kisah kamek duak giya nak polah giney" tambah ku lagi. 

"Bukan apa gu, kamek orang kedak sik caya yang ngok nerima kitak jadi suaminya, dolok bukan main nya membantah mun mekrang kelakar pasal kisah percintaan guru ngan pelajarnya" ujar si Becky panjang lebar. 

"Aok menar ya gu, nya pun ngaku gelik bila dengar kisah kedakya dolok" kata si Tembam pulak. 

"Ngok tulah kau, sik caya kisah kedakya, nitok kau yang jadi isteri cikgu kau" kata Si Becky lancang. 

Ku lihat airmuka isteri ku sedikit berubah, kemerahan. Namun, dia tetap berpura-pura tersengih-sengih depan sahabat-sahabatnya. Kena tahan telinga la.

"Kamek pun sik tauk, kedakney mek boleh nerima Cikgu jadi laki mek, kali cikgu guna-gunakan kamek kali" jawab isteri ku cuba berseloroh. 

"Jai kitak gu, guna-gunakan kawan mek, dahnya yang paling kacak di kalangan mekrang sitok gu" Kecam si Comel sambil memuji sahabatnya. 

"Dah takdir Cikgu ngan ngok giya, giney lah?" jelasku pertahankan diri.

Sikit pun aku tidak ambil hati dengan kata-kata budak-budak tu, aku tau mereka adalah sahabat isteriku dari dulu sampai sekarang. Namun, isteriku memilih aku adalah heronya. Itu adalah takdir kami. Malah dalam sudut hatiku sebenarnya bangga dapat isteri secantik dia. 

"Boh, kecik ati gu, mekrang nang giya, dari dolok cikgu pun kenal dah, mekrang semua doakan kebahagiaan kitak duak till Jannah" Kata si Becky yang melegakan semua yang ada di situ. 

Mereka semua meng"Amin"kan kata-kata si Becky. Dan mereka terus bergelak tawa sampai mereka puas melepaskan kerinduan pada masing-masing.


🐇Episod 37: Pick-up Line

"Dah agak dah biak-biak ya akan nanya kedakya" luah isteri ku bila kami berdua sudah masuk dalam kereta. Dengan menunjukkan bibir muncungnya semacam geram dengan kawan-kawannya. 

"Mesti kitak takut ku madah yang sebenarnya nak?" tanyaku menduga apa yang difikirkannya saat ditanya tadi. 

"Aokla, tapi kan, kameklah orang paling bahagia nitok, kamek punyai suami terbait kedak kitak, sidaknya apa tauk!" ujarnya menunjukkan rasa geram yang tak habis lagi dikenakan rakan-rakannya tadi.

"Nak gi siney gik kitak duak tok?" tanya ku beri peluang padanya untuk memilih apa yang dia nak tuju yang sebenarnya aku cuba pesongkan fikirannya yang sedikit terganggu dengan re-union tadi. 

"Kita pergi tepi pantai mok sik!" cadang si dia tercinta. 

"Kita pergi check-in kat resort hotel mau sik! Di kala aku agi cuti tok, mun dah mula ngajar balit lak sikda masa agi lak" ujarku menambahbaik cadangannya tadi. 

"Kamek on jak, sukati kitak lah nak embak kamek pergi mana-mana, asalkan kitak pun hepi wak" balas isteriku. 

"Mun giya, call ibu dan bapak lok, madah kita duak sik balit koh pergi bermalam kat resort" kataku lagi supaya orang tuanya tahu yang ke mana kami berdua pergi.

"Kitak tauk sik, apa beza kitak dengan ikan?" tanya isteriku tiba-tiba. 

"Pehal tiba-tiba nak bezakan aku ngan ikan?" tanya ku balik, keliru. 

"Ikan orang tangkap makan, tapi kitak tertangkap dalam hati kamek" balas si dia sambil tersenyum menunjukkan lesung pipitnya itu. 

"Lerrr, pickup line duhal" balasku sambil kucuit pipinya.

"Kitak kenal sik mana polis sekitar tempat tok?" tanya ku. 

"Sik, kenak!" tanya si dia. 

"Nak tangkap kitak, biar dipenjarakan dalam hati kamek selamanya" balasku. Cewah balas main pickup line balik pula dah.

"Kamek takut lah" kata si dia. 

"Tiba-tiba je, takut apa?" tanya ku terkejut. 

"Takut kehilangan kitak la" balas si dia. 

"Lerr pickup line lagi ke" kataku. Sambil ku tatap wajah ayu isteriku.

" Kitak nampak tak matahari ya" tanya ku. 

"Nampak la, tapi tak boleh direct, silau, kenak? Tok mesti nak pickup line gik nak?" tanya si dia pula. 

"Matahari terangi bumi, tapi kitak terangi hati dan hidup kamek" balasku lagi. 

"Boleh diam sik?" ujar si dia. 

"Kena?" tanyaku spontan. 

"Kamek nak dengar degupan jantung yang lelaki yang mencintai kamek" balas si dia sambil menyandarkan kepalanya ke dadaku. 

Aduh, berdegup kencang juga jantungku dibuatnya.


🐇Episod 38: Keindahan Cinta

Petang itu aku bawa isteri ku mencari resort untuk menenangkan jiwa setelah apa yang kami lalui. Cuti pun tinggal berapa lama lagi. Tahun baru bakal menjelma. Semoga Tahun baru membawa suatu kerahmatan.

Kami sampai di bilik suatu resort yang terletak tidak jauh dari kawasan pantai. 

"Wow, bestnya pemandangan dari sitok eh" kata isteriku kagum dengan pemandangan yang dia lihat dari beranda bilik itu. 

Aku pun menyertai dia di beranda, dan kupeluk erat tubuhnya itu. 

"Sekarang masih terang, nanti bila dekat magrib, kita akan nampak matahari terbenam, lagi cantik pemandangan lak, jom kita ke pantai pula" pelawaku. 

"Thank you sayang, bawak kamek pergi sitok, ingatkan di luar negara jak ada tempat kacak kedak tok, duhal kat Sarawak tok pun ada wak, dah la sik jauh dari tempat kita" kata isteriku yang sedang mengagumi keindahan alam.

Kami berdua pergi ke tepi pantai. Berjalan-jalan di persisiran pantai itu. Isteriku kelihatan sangat gembira dan sangat ceria. Aku memerhatikan gelagat kebudak-budakannya bermain dengan pasir dan mengutip cengkerang siput. Sangat indah, saat itu benar-benar menghiburkan hatiku. Mataku seperti perakam video untuk memori indah itu. Apakah itu makna kebahagiaan?

"Bang, sitok lok, cuba kitak tolong cari lok" panggil isteri ku. 

"Cari apa?" tanyaku. 

"Dah jumpa la" balasnya. 

"Apa ya?" tanyaku. 

Dia meletakkan tapak tangannya di dada kiriku. 

"Hati kitak la, kamek dah jumpa, ingatkan ilang tek" jawabnya sambil tersenyum. 

Aku dan dia saling bertatapan. Riak wajahnya sungguh menenangkan hatiku, kerana senyuman manis lesung pipitnya menjelaskan betapa bahagianya dia saat ini.

Kupeluk dan kukucup dahinya menunjukkan kasih sayangku padanya. Dia membalas kemas dengan pelukan. Dalam beberapa ketika saat indah itu kami nikmati. Aku tidak tahu nak gambarkan, ia adalah suatu perasaan yang unik dan ia membuatkan bulu roma menegak, seperti kita sedang kesejukan. Apakah itu yang dikatakan perasaan sedang menyintai dan dicintai?


🐇Episod 39: Ngok

Kali ini kami berpegang tangan pula, sambil mengiringi pantai itu. 

"Wei ngok" Kataku. 

"Ermm" balasnya seperti baru sedar dari mengelamun. 

"Kau lapar sik ngok?" tanyaku. 

"Eee iboh la nunggah kamek ngok koh, jai ado jak bunyi" balas isteriku dengan muka geram comelnya. 

"Kau dengar sik? Kau lapar sik ngok" sakat ku lagi. 

"Lapar la wak, tapi iboh la nunggah kamek ngok agi koh" balasnya menunjuk muka merajuk. 

"Yela, sik ku nunggah ko ngok agi, ngok" lagi aku sakat dia. 

"Yo, agi wak nunggah kamek ngok koh!" balas dia geram. 

"Neyda ngok" sakat ku lagi.

"Malas ku gik, lak mak ku dengar kitak nunggah giya baru tauk kitak lak" ugut isteri ku yang tengah geram. 

"Biarlah, nak pergi report kat emak la, pergilah report" balasku tak habis menyakatnya. 

Aku siap gelakkan dia. Dia buat muka merajuk tak puas hati, tapi tetap nampak manis. Sekali sekala bagi dia bengang dengan aku sikit. Asyik dia je kenakan aku. Ada peluang, aku kenakan dia balik la.

"Jom, kita makan lok ngok jom?" pelawa ku. 

Dia diam tak menjawab. Cuma dijelingnya sahaja aku. 

"Jomlah, lapar wak tok, sinun best makanan nya kali, kan ngok" ajak ku sambil berseloroh. 

Dia diam. Mulutnya kumat-kamit tapi suaranya tak keluar. Aku tau dia merajuk pasal gelaran 'ngok' tu. Tapi best apa, mengenakan dia.

Dia masih diam. Aku berhenti berjalan. Aku angkat dua tanganku. Dia berhenti di hadapan ku, dan menoleh kebelakang dan berlari memelukku semula. 

"I .... U" bisik ku di telinganya. 

"Apa tek sik dengar la" sakatnya walaupun aku tau yang dia dengar apa yang ku ucapkan.

"Sik boleh ulang, pita ulangan rosak" jawabku selamba, menyebabkan akhirnya dia kembali dari bisu rajukanya.

Pandai tak aku memujuk?


🐇Episod 40: Siapakah Itu

Kami bergerak menuju ke kafeteria yang ada kat resort tersebut. Sampai kat situ aku dan isteriku mencari makanan yang menepati selera masing-masing. Sejurus itu mencari tempat untuk duduk. Kami duduk bertentangan, senang nak tengok wajah masing-masing.

Setiap kali aku menatap wajahnya aku berasa suatu ketenangan. Selesai makan, aku meminta izin keluar dari kafeteria itu meninggalkan isteri ku keseorangan menikmati makanan. Dia tak marah pun, sebabnya dia tau aku nak merokok.

Aku berdiri di hadapan kafeteria tersebut sambil menyedut asap rokok. Kini semakin kurang aku merokok. Entahlah tapi yang pasti semakin berkurang nafsu terhadap rokok. Mungkin dulu aku berseorangan, kini sudah ada peneman yang lebih mem'busy'kan aku.

Ku curi pandang isteriku di dalam, kerana kafeteria itu berdindingkan hanya kaca. Tiba-tiba aku perhatikan ada seorang lelaki yang kacak menyapa isteriku. Dan kelihatan dia terus duduk di kerusi tempat aku duduk tadi. Aku tidak mahu berprasangka buruk biarpun timbul rasa sedikit cemburu di dadaku. Siapa tak cemburu, isteri itu ma.

Aku hanya terus perhatikan mereka. Kelihatan lelaki itu cuba mengapai tangan isteriku, namun isteriku menepis tangan lelaki itu. Aku tidak tahu apa yang dibicarakan, tapi kelihatan isteriku seperti kelihatan amat marah. Dia bangun dan meninggalkan lelaki itu. Sepertinya lelaki tersebut tidak berputus asa, dia berdiri dan cuba mengejar isteriku. Dia mengapai lagi tangan isteriku, dan isteriku berpaling padanya. Dengan cepat isteriku menampar lelaki itu. Dan isteriku berlari keluar kelihatan mencari aku yang ada diluar.

Bersambung....

Part 5 Hadiah Terakhir

No comments:

Post a Comment