Dimensi Dua Dunia
Isteriku Siluman Ular III
1. Bersedih
Aku termenung berdiri di beranda. Suasana di pagi itu kelihatan sangat ceria melihat kanak-kanak bermain di luar. Berbeza dengan perasaanku yang masih berduka kesedihan meninggalkan orang tuaku di kampung. Wajah orang tuaku terbayang-bayang dalam mindaku. Apakah ibu dapat menerima hakikat pemergianku?
Lamunan ku terhenti apabila isteriku menerpa memelukku dari belakang.
"Sayang masih teringatkan ayah dan ibu ke?" tanya isteriku di belakangku.
"Apakah keadaan ibu dan ayah sekarang ni? Adakah mereka dapat menerima pemergiaanku?" aku meluahkan kerisauan yang membelenggu fikiranku.
"Jangan risau sayang, kita akan jenguk mereka juga, cuma kita tidak boleh menampakkan diri nanti" pujuk isteriku dan dia memelukku lebih kemas.
"Sangat susah untuk sayang meninggalkan mereka, sedangkan sayang sebenarnya masih hidup lagi" ujarku.
"Ada masa nanti kita lawat mereka, tapi kita tidak dapat mencampuri urusan mereka, kita datang sebagai melihat sahaja ya sayang" pujuk isteriku lagi.
Kalau ikutkan hati, masa tu juga aku nak jenguk mereka. Tapi aku sedar, takut tidak dapat mengawal diri nanti.
"Sayang, ada apa rancangan tak hari ini?" aku sengaja memesongkan mindaku sendiri.
"Nak ke pasar lagi ke?" tanya isteriku.
"Ada tempat lain nak pergi tak selain pasar itu?" tanyaku pula tidak berminat pergi ke pasar.
"Ada banyak tempat lain, sayang nak yang macamana?" isteriku memberikan aku peluang menetapkan destinasi.
Sedang asyik bersembang dengan isteriku, kami berdua melihat kelibat atuk, ayah mertuaku dan Nima yang baru sampai. Isteriku perlahan melepaskan pelukannya dan bersiap ke dapur untuk menyediakan minuman. Aku nampak muka atuk serius. Sepanjang jalan menuju ke rumah itu, atuk memang merenung tajam padaku. Siaplah aku kali ini. Semacam tak kena jer.
Nak larikan diri ke nak ngadap atuk. Atuk kalau dah tunjuk muka bengis macam tu memang ada benda yang tak kena la. Sesampai saja di beranda atuk terus menuju ke arahku.
"Cuba Lana lihat ke arah pokok yang paling tinggi di sana tu" arah atuk.
Aku yang lurus bendul terus memandang ke arah pokok yang dimaksudkannya.
Pangggggg...
Pipi aku kena pelempang dengan atuk. Sakit siot. Atuk terus masuk ke rumah. Mesti ada benda atuk tak puas hati dengan aku ni.
Nima menyertai isteriku ke dapur. Ayah mertua dan atuk berehat di ruang tamu.
"Lana duduk sini" arah atuk.
Apa benda yang tak kena ni. Apakah rancangan tidak menjadi? Aku sudah ikut rancangan yang diarahkan atuk sepenuhnya? Jangan-jangan.... Alamak...
Isteriku Siluman Ular III
2. Teguran Atuk
Ayah mertuaku tersenyum memandangku. Aku tidak paham apakah erti senyuman itu. Atuk masih bermuka serius seperti nak menelanku. Aku diam tidak bertanya apa yang sedang berlaku sebenarnya. Jangan-jangan harta pemberianku kantoi dengan atuk. Itu sahaja yang aku mampu terfikirkan.
Tidak lama kemudian isteriku dan Nima datang bersama hidangan. Mereka berdua menyajikan hidangan dan menuang air buat kami semua. Isteriku kembali duduk di sebelahku.
"Lana, berapa banyak permata yang kau bagi pada ayah dan ibumu di sana?" tanya atuk membuka topik dengan menunjuk muka bengisnya.
"Tak banyak la tuk, apa yang atuk nampak tu saja la" aku berbohong pada atuk.
Ayah mertuaku gelak. Aku tidak mengerti. Tapi selagi mana tak kantoi yang selebihnya, aku tetap akan merahsiakannya.
"Betul itu sahaja?" tanya atuk lagi.
"Betul la tuk" balasku mempertahankan penjelasanku.
"Dia masih muda lagi, biarlah tu Leban, itu kita boleh anggap juga dengan pengorbanan dia memisahkan diri dari orang tuanya" ujar ayah mertua.
Barulah kerutan bengis atuk sedikit reda.
"Jangan pernah buat macam tu lagi" ujar atuk.
"Baik tuk" balasku tidak berani untuk bercakap banyak.
"Ibu awak pengsan beberapa kat sana, kerana tidak dapat menerima yang awak meninggal" si Nima tiba-tiba menyampuk.
Aku sempat perhatikan reaksi atuk. Mata kembali bengis Kali ini Nima pula mangsanya. Nima yang kelihatan baru nak menyambung bicaranya terus senyap tidak berkata apa-apa setelah dia perasan muka atuk membengis ke arahnya.
"Lana kamu ada menjual batu permata itu ke Bandar Kan? Apakah ada yang bertanya dan mengekori kamu?" tanya atuk menukar terus topik Yang baru dibuka Nima tadi.
"Lana jual di kedai yang berbeza tuk, dan tiada yang bertanya atau mengekori Lana, kerana Lana cakap hanya itu sahaja warisan moyang" jelasku panjang lebar.
Apakah atuk menyangka aku ni bodoh dan bendul sangat kot.
"Ingat Lana, kamu dikira sudah meninggal bagi orang di sana, maka jangan cuba-cuba untuk menjengok dunia sana lagi" tegas atuk.
Aku hanya mengangguk. Dalam hati ku berkata, akan banyak lagi batu permata aku kirim ke sana nanti. Aku nak ayah dan ibu jadi kaya di sana. Sepertinya aku tetap berdegil.
Isteriku Siluman Ular III
3. Si Becok Nima
Aku bukan nak berdegil sebenarnya. Sudahlah aku meninggalkan mereka begitu sahaja. Aku tidak pernah berjasa kepada mereka. Kalau dulu ayah menyuruhku menyambung persekolahan, aku sendiri yang tidak mahu. Kerana merasakan masa depan aku adalah di sungai. Akhirnya urusan aku bersama sungai tidak pergi ke mana-mana. Dan sekarang aku merasa bersalah kepada kedua-duanya.
Apapun keputusan sudah ditakdirkan. Aku tidak dapat menunjukkan diriku secara fizikal kepada mereka. Kalau ikutkan hati, sekarang juga aku nak jenguk mereka. Sebelum itu aku perlu berguru dengan atuk dan ayah mertua untuk menyediakan tonik dan ramuan untuk pelbagai kegunaan.
Sambil minum pagi tersebut. Kami bersembang tentang ibu dan ayah yang terpaksa menerima kematianku. Itupun, terima kasih kepada Nima yang membuka topiknya. Kalau ikut atuk dan ayah mertua, mereka tidak mahu ceritakan. Nima menceritakan keadaan ibu yang beberapa kali pengsan. Memang jelaslah mereka berdua dan orang kampung menyangka aku benar-benar mati mengejut ketika tidur.
Nima menjelaskan dia agak cemas kerana jasad batang pisang itu hampir bertukar kembali. Kalau tak, pemalsuan kematianku itu berkemungkinan gagal. Dalam situasi itu, atuk bertindak cepat membuatkan hari mendung seperti seakan-akan nak hujan. Menyebabkan proses penguburan jasad batang pisangku dilaksanakan dengan segera.
Atuk dan ayah mertua membiarkan saja Nima menceritakan segalanya. Barulah aku perasan, yang si Nima ini kaki popep. Mulutnya tak reti diam. Aku tidak ambil hati pun, cuma aku sedar atuk dan ayah mertua tidak mahu aku bersedih dan terkesima dengan perkara tersebut.
Si Nima menyembung lagi, sekali lagi dia cemas, mereka nyaris kantoi kerana kesan tonik yang mereka minum hampir hilang kesannya. Kalau kelihatan, atuk kantoi masih hidup, Nima dan ayah mertua pula kantoi sebagai siluman. Dahla atuk punya tonik tertumpah. Nyaris terkantoi, nasib baik Nima membawa tonik lebihan. Mereka bertiga terpaksa berkongsi tonik tersebut.
Apapun ayah mertua memuji kecekapan Nima menolong atuk di sana. Kalau tak, banyak kali mereka kantoi. Nima menunjukkan muka bangganya. Aku dan isteriku hanya tersenyum dan mengucapkan terima kasih. Apapun, Nima nakal membisik pada kami berdua, yang kami berdua perlu menolongnya mendapatkan cinta Tiko, sebagai balasannya. Hampeh punya budak, cepat dan bijak betul dia mengambil kesempatan.
Isteriku Siluman Ular III
4. Tonik
Aku dan isteri setuju membantunya menjalinkan hubungan dengan Tiko. Kerja itu mudah kerana kami berdua memang tahu si Tiko juga memang berkenan dengan Nima. Keletah si Nima memang menghiburkan. Banyak cakap juga budak ni. Menyebabkan kami yang ada di situ semua terhibur. Isteriku dan Nima menghilangkan diri semula ke dapur bersama ibu mertua. Kedengaran gelak tawa mereka bertiga dengan keletah si Nima.
"Ayah, tuk, Lana nak minta bantuan boleh ka?" tanya ku macam budak nerd(bendul).
"Apa saja nak, asalkan tidak memudaratkan sesiapa" balas ayah mertua.
"Kamu jangan layan budak ni Nathir, karang bukan-bukan pulak dia nak" ujar atuk.
"Lana nak belajar cara buat tonik pelbagai guna" jelasku berterus terang.
"Owh, kalau yang itu tiada masalah nak, janji anak rajin cari ramuannya" jawab ayah mertua.
"Nak belajar tu, sedialah buku catatan dan niat tu kena jauh dari memikirkan untuk keburukan" ujar atuk menjeling padaku.
Ayah mertua menceritakan beberapa jenis tonik. Ada tonik yang digunakan untuk stamina. Ada juga tonik untuk halimunan, Ada juga tonik digunakan untuk menyebabkan peminumnya lupa. Tonik anti segala bisa. Dan banyak lagi yang dia jelaskan. Aku dah la jenis malas belajar, nak ingat semua nama tonik dan lagilah nak ingat setiap ramuan tonik. Perhh... macam kembali belajar di sekolah la pula. Belajar kimia.
Antara yang aku minat adalah tonik halimunan dan stamina. Kedua-dua tonik itu aku pernah guna. Tonik stamina tu yang best, kalau berlari memang tak terasa. Rasanya tonik stamina ini, isteriku Nia dapat membantu kot. Tapi tonik halimunan ni, leceh sikit, bahannya banyak juga. Untuk hasilkan beberapa titik jer, makan banyak hari untuk mengekstrak jusnya.
Ada sejenis tonik pula dinamakan sebagai tonik Siluman. Tonik yang ini sangat bahaya, kerana silap ramuannya ia akan menyebabkan penggunanya akan kekal dengan rupanya. Kira selepas meminumnya kita akan jadi seperti ular, buaya, monyet, mengikut jenis yang kita minum. Tonik ini mengandungi unsur dalam binatang tersebut.
"Kalau macam tu, orang kampung ini bukan ular la sebenarnya?" tanyaku pada ayah mertua.
"Kami bukan ular sebenarnya, kami digelar sebagai siluman ular kerana dapat menjelmakan diri dalam rupa ular yang sebenarnya kami minum tonik ini, terlebih dahulu, tapi kami bukan golongan manusia, kami adalah bunian nak" jelas ayah mertua.
Barulah aku faham.
Dikatakannya lagi, tonik siluman adalah hasil ekstrak daripada bahagian haiwan, seperti kuku, sisik, bulu, tulang dan lain-lain bahagian. Mungkin bahasa manusia ia adalah extrak DNA. Walaupun setakat tingkatan tiga je belajar dulu, markah matapelajaran Sains saya memang tinggi juga, tak kurang 60 markah. Tapi dah keluarga miskin, aku tak mampu menyambung belajar, lagipun aku sendiri yang memilih kehidupan sungai.
5. DNA
Rupanya mereka dari dunia ini pakar gunakan bahan kimia. Tapi tak heranla, mereka hidup ratusan tahun, malah ada yang sudah cecah ribuan tahun. Memang logik la mereka hebat mencipta semua tu. Aku sebenarnya di antara budak yang bijak juga di sekolah. Tapi aku malas membaca buku dan malas belajar. Nak kata aku kategori genius bukan la juga. Tapi ada kemungkinan, sebab DNA datuk dan nenek bunianku sudah bercampur dalam diriku.
"Cucu Lana, sebenarnya atuk yang tidak mahu kamu meneruskan persekolahan dulu, atuk menyuruh ayah kamu membiarkan kamu bermain di sungai" tiba-tiba atuk menjelaskan sesuatu yang tidak pernah aku tahu.
Atuk memang tak mau aku jadi pandai. Dia menceritakan lagi.
Atuk tidak mahu aku belajar sehingga mendapat pengiktirafan dalam sistem persekolahan manusia. Kerana atuk tahu aku akan pergi lebih jauh rosak sebagai manusia. Sebab itu juga, ayah tidak pernah menghalang aku bermain di sungai, ayah tahu beberapa rahsia sebenarnya. Atuk memecahkan rahsia, yang ayah tahu aku masih hidup sama seperti dia tahu atuk masih hidup. Tetapi tidak ibuku.
Atuk pernah mengajak ayah tinggal di alam bunian. Tetapi ayah tidak mahu, kerana dia sangat menyayangi ibu. Dia tidak akan pernah meninggalkan ibu. Atuk menasihatkan ayah supaya aku dibiarkan selalu bermain di sungai. Sebab atuk akan jaga aku di sungai. Cuma atuk tidak dapat menunjukkan dirinya.
Tapi tentang pertemuan aku dan Nia isteriku, atuk tidak tahu menahu. Itu adalah takdir kami sendiri. Atuk sebenarnya boleh saja memberi kami sekeluarga dengan segala kekayaan. Tapi atuk memang tak mahu berbuat demikian, kerana itu akan menjadikan kami akan lebih tamak dan angkuh dibuai kekayaan.
Barulah aku sedar, apa yang aku lakukan adalah salah. Aku telah memberikan sesuatu yang tidak sepatutnya ayah dan ibuku. Patutlah ayah tidak hairan dengan semua tu. Ayah memilih makan untuk hidup. Bukan untuk kekayaan. Cukup baginya dia bahagia hidup bersama ibuku. Aku memang sudah salah anggapan, memikirkan kekayaan yang harus dipilih oleh orang tua ku di sana.
Atuk menceritakan bahawa ayah cuma mahu hidup bersama ibuku, hanya bersamanya. Aku adalah bonus dalam kehidupan mereka. Sebab itulah, kalau ayah nak kaya, lama dah atuk berikan ia benda yang aku berikan. Rupa-rupanya ayah memilih kebahagian bersama ibuku dari memilih harta. Wow, ayah sangat hebat. Aku kagum dengan ayah.
Isteriku Siluman Ular III
6. Ayah Hebat
Teringat dengan ayah. Nak kata ayah garang, tak juga, tapi dia selalu memberi galakkan tapi tetap tegas dalam kelembutan bicaranya. Sangat susah nak dengar ayah mengeluh tentang kesusahan hidupnya. Dulu ayah selalu ucap "bila dah dewasa nanti, cari kebahagian bukan kekayaan dan kemewahan". Ucapan tu terngiang-ngiang kembali di telingaku.
Bila difikirkan semula, memang benarlah yang diperkatakan atuk, ayah ni tenang jer walaupun menyimpan seribu satu rahsia. Sampaikan ibu yang dia sayang tu pun dia tidak pernah ceritakan. Pemegang amanat sungguh ayah ni. Berbalik pada ibu pula, Candara itu namanya, nampak garang, hari-hari dia membebel. Tapi hatinya sangat lembut. Masa aku ponteng sekolah dulu, kaw-kaw aku kena dengan ibu, ingatkan ayah marah sekali dengannya, digelaknya melihat ibu mengejarku dengan rotan.
Atuk meluahkan kerisauannya tentang ibu sebenarnya, bukannya ayah, mengalir dalam dirinya adalah darah bunian. Ayah takkan tamak. Tapi risau ibu yang tidak dapat menahan diri dengan harta tersebut. Bukan mengatakan ibu gila kuasa atau harta. Takut ibu tidak dapat menyimpan rahsia dari mana datangnya semua itu. Ayah satu-satunya harapan untuk menjaga mulut ibu.
Atuk juga memutuskan hubungan dengan dunia manusia ini juga kerana tidak mahu melibatkan diri. Boleh saja kalau atuk nak hidup mewah di dunia manusia. Dia boleh keluar masuk dunia manusia dan dunia bunian ini. Tapi atuk memilih cara hidup di alam ini. Nampak bodoh kan? Memilih gaya hidup yang primitif. Tapi, bila difikirkan, di sini hidup lebih tenteram berbanding di dunia manusia.
Tidak berasa sudah dekat tengahari mendengar penceritaan atuk yang penuh nasihat secara tidak langsungnya.
"Makan tengahri sudah siap, jemput makan semua, tuk, ayah dan abang sayang" ujar isteriku menjemput kami semua di ruang tamu itu.
Isteriku sengaja melengahkan sebab nak cakap sesuatu padaku.
"Sayang, tunggu jap" bisik dia.
"Ada apa sayang?" tanyaku.
"Sayang cuma nak cakap..." belum habis dia bercakap.
"Nak cakap apa?" tanyaku mendesak.
"Tak jadilah, lepas makan jela sayang cakap" balasnya sengaja membuatkan aku tertanya-tanya.
Kami berdua menyertai mereka semua di ruang dapur. Nima menghidangkan makanan sambil tersengih-sengih. Entah apa benda yang disengihkannya aku pun tak tahu. Mungkin rindu dengan mamat Tiko tu la agaknya. Semua tidak banyak bercakap ketika makan. Semua fokus menikmati makanan masing-masing.
Sedang eloknya aku menyuap makananku, terasa pahaku dicubit isteriku. Hampir tercampak makananku dibuatnya.
"Sayang tak sabar nak cakap la" bisik dia padaku.
"Bagi sayang fokus makan dulu ya" jawab ku bersahaja.
Sebenarnya mindaku masih bersama ayah dan ibu. Perbuatan kami berdua diperhatikan Nima, dan dia tersengih memerhatikan. Macam ada suatu tak kena dengan isteriku dan Nima ni. Mereka ni macam tahu sesuatu.
Isteriku Siluman Ular III
Isteriku Siluman Ular III
7. Bengap
Selesai makan, aku, atuk dan ayah mertua kembali melepak di ruang tamu. Manakala yang perempuan mencuci pinggan mangkuk. Dalam kepalaku terasa ingin tahu juga apa benda yang mereka berdua tu gosipkan. Ahhh malas lah nak fikir. Mungkin hal Nima dan Tiko kot.
Kami bertiga kembali bersembang.
"Kalau anak nak berkebun, anak boleh berkebun di sebelah kebun ayah" ayah mertua memberi cadangan.
"Saya ikut jer apa yang Nia ajak lakukan di sini yah, kalau dia mahu ajak berkebun, aku ikut je, lagi pun banyak benda perlu Lana belajar di sini, budaya dan adat masih lagi belum saya kuasai yah" balasku merendahkan diri.
"Belajar perlahan-lahan, Nia boleh ajar anak buat apa dan menjalani kehidupan dengan budaya di sini" balas ayah mertua.
Aku selaku orang yang baru di sini takkan nak main terjah jer buat kebun ikut suka hati kan.
"Nathir, jangan segan memberi tunjuk ajar pada cucu aku ni, kalau dia buat salah ketuk je kepala bengap dia tu" ujar atuk.
Aku tak tahu atuk melawak ke serius. Ayah mertua ku hanya tersengih mendengar ucapan atuk.
"Saya percaya, cucu awak ni bijak orangnya, dia pasti lekas menguasai apa yang perlu nanti" balas ayah mertuaku pula.
"Ya tuk, saya berjanji akan berusaha bersungguh-sungguh demi Nia yang saya sayang yah" ucapku.
Memang aku dan isteri sedang merancang gaya hidup yang kami bakal lalui.
"Kau jangan main cakap saja Lana, pandai nak kahwin tu pandai lah jaga anak orang" perli atuk.
"Ya tuk saya akan berusaha" balasku.
"Takpa Leban, saya sudah anggap dia macam anak sendiri, dari mula lagi saya percaya pada hubungan suci mereka, macamana pun halangan, mereka pastikan jumpa penyelesaiannya" ayah mertua menyokongku. Ish bangga pula ada ayah mertua macam ni.
"Lana, jaga isteri kamu elok-elok, kalau ikut firasat atuk, isteri kamu tu mungkin sudah isi" ujar atuk.
"Isi apa tuk, tak paham la?" tanya ku tak berapa jelas dengan ucapan atuk.
"Sini kamu cu" arah atuk menyuruh aku mendekatinya.
Kukkkk...kepala aku kena ketuk dengan atuk dengan tongkatnya.
"Adui sakit la tuk" aku mengadu kesakitan.
Ayah mertuaku mentertawakan aku.
"Macam ni kamu kata bijak Nathir? Banyak benda kamu kena ajar cucu aku ni" ucap atuk.
Ayah mertuaku kembali menyambung tawanya.
Nampaknya isteriku dan Nima sudah selesai kerja dapur mereka. Nima membawa buah-buahan dihidang pada kami. Manakala isteriku melambaikan tangannya memanggil aku ke bilik. Apa lagi dia ni, dah la kepala aku baru kena ketuk dengan atuk.
Sampai saja kat bilik, isteriku menghadiahkan aku senyuman.
"Apa benda awak gosipkan dengan budak Nima tu sayang? dari tadi aku perasan kamu berdua tersengih-sengih" ujarku padanya.
Isteriku mengapai tangan kananku, dan meletakkan tanganku pada perutnya. Sambil dia duduk.
"Sayang dengar pula guna telinga tu perut Nia ni" ujarnya pula.
Aku yang terpinga-pinga menurut bodo jer arahannya. Aku dekatkan telingaku pada perutnya.
"Sayang ada dengar sesuatu tak?" tanya isteriku lembut.
Isteriku Siluman Ular III
Isteriku Siluman Ular III
8. Berisi
Umur dah 27 tahun. Kalau aku sambung belajar dulu mungkin aku lebih bijak. Tapi mungkin bukan ini laluan hidupku. Apapun aku sangat bahagia sekarang memiliki isteri yang cantik dan sentiasa membuatkan aku sentiasa leka bersamanya. Takdirku memang berjodoh dengan makhluk bunian ni. Aku akur dan tidak kesah dengan seprimitif manapun aku rela.
Balik kepada isteriku yang menyuruh aku mendengar perutnya.
"Kenapa dengan perut awak sayang? awak sakit perut ke?" pertanyaanku sengaja menyakat isteriku wahal aku sudah tahu yang aku bakal bergelar seorang ayah.
"Bukan la, awak dengar baik-baik la" ujar isteriku.
Aku terus menekap telingaku pada perutnya dan ku usap lembut. Tiba-tiba aku membuatkan kepala aku seperti ditendang dari perutnya sengaja mengenakannya.
"Kenapa dengan sayang ni, buang tabiat ke?" tanya isteriku mengerutkan dahinya sambil mengukir senyuman.
"Ada budak nakal tendang kepala sayang tadi" ucapku berseloroh.
"Mengada, baru lagi la, mana boleh menendang" balas isteriku.
Dia menunjukkan wajahnya yang ceria. Wajah yang membahagiakan aku. Senyuman yang aku sangat suka.
"Aku bakal jadi ayah kan? Agak-agak anak kita ni berupa ular ke apa erk?" aku sengaja menyakat dia lagi.
"Ala, awak ni kan! Sengaja main-main" balas isteri ku geram.
Aku tahu dan sudah jelas dengan penerangan ayah mertua ku bahawa mereka digelar siluman ular adalah kerana mereka menggunakan tonik yang menjelmakan mereka sebagai ular.
Padahal mereka hanyalah sebangsa bunian. Maka, rupa ular itu adalah jelmaan sahaja.
Isteriku yang geram denganku mencubit aku bertubi-tubi membuatkan kami berdua beraksi kejar mengejar dalam bilik tu. Ia adalah aksi kegembiraan bakal jadi ibu dan ayah. Tak tahan dikejarnya, aku belari keluar ruang tamu. Aksi tersebut membuatkan yang ada di situ terpinga-pinga. Serius, macam budak-budak tengah kejar mengejar.
Isteriku yang geram denganku mencubit aku bertubi-tubi membuatkan kami berdua beraksi kejar mengejar dalam bilik tu. Ia adalah aksi kegembiraan bakal jadi ibu dan ayah. Tak tahan dikejarnya, aku belari keluar ruang tamu. Aksi tersebut membuatkan yang ada di situ terpinga-pinga. Serius, macam budak-budak tengah kejar mengejar.
Ibu mertuaku mengeleng-gelengkan kepalanya. Ayah mertua dan Nima pula gelakkan kami. Atuk buat perangai buat bodonya. Suasana itu sangat gembira. Mereka sudah tahu isteriku mengandung awal dari pengetahuanku. Saat gembira itu sangat membahagiakan.
"Wei udah-udah la buat perangai budak tu" tegur atuk.
Barulah isteriku berhenti mengejarku.
"Padan muka kena marah ngan atuk" ujarku pada isteriku sambil tersengih.
"Elehh, awak pun sama" balas isteriku yang masih geram.
Geram manja sebenarnya.
Isteriku Siluman Ular III
Isteriku Siluman Ular III
9. Queen Control
Atuk dan Nima mohon diri untuk balik. Kami semua menemani mereka ke depan beranda. Sebelum bertolak mereka berdua sempat mengucapkan tahniah kepada aku dan isteri. Nima sempat membisikkan sesuatu kepada isteriku. Entah apa benda dibisikkan, aku tak tahu. Hal gosip orang perempuan. Cepatnya mereka mesra dengan masing-masing.
"Kirim salam dengan mereka bertiga di sana ya" ucapku pada Nima dan Atuk.
"Tak sabar nak jumpa Tiko la tu" sakat isteriku pada Nima.
Nima tersipu malu. Atuk memandang Nima dan kepala Nima terus jadi mangsa ketukan tongkat atuk. Nima tersipu merah pipinya menahan malu kantoi dengan atuk. Kami yang ada di situ tumpang gelak saja. Kemudian, atuk dan Nima pun berlalu pergi diperhatikan kami berempat sehingga mereka berdua tidak kelihatan.
Ayah dan ibu mertua kembali ke dalam rumah. Tinggal aku dan isteri yang ada kat beranda tu. Aku memegang bahu isteri dan ku hadap bertentangan denganku. Aku pandang wajah ayu isteriku. Memandang wajah yang tidak pernah jemu ku pandang. Anak matanya bersinar fokus melihat mataku. Anak mata itu bergerak-gerak seperti mengungkapkan sesuatu perasaan yang hanya kami sahaja yang memahaminya.
Tatapan itu berlaku dalam beberapa ketika tanpa menuturkan kata-kata. Hanya saling berpandangan. Leka dan asyik dengan tatapan masing-masing. Mulut terasa berat berbicara. Cuma mengungkapkan sesuatu dari pandangan mata. Pipi isteriku kemerahan. Kerana dia mendengar ucapan dari mindaku yang aku sangat bahagia mencintainya. Kedua-dua tangan segera merangkul pinggangku. Makanya kami berdua berpelukan. Dunia kini hanya milik berdua.
Dengan perlahan isteriku merebahkan kepalanya di dadaku. Ku usap rambutnya dengan lembut. Dapatku rasakan dari lengannya bulu romanya naik seperti mana aku. Meremang. Seperti ada listrik mengalir dalam badan pada saat itu. Wow, dapatkah anda merasakan aliran listrik yang meremangkan itu? Kedua-duanya bagai lemas dengan perasaan cinta yang indah itu.
"Degupan jantung awak laju la sayang" ujar isteri memecahkan suasana sepi tanpa suara tadi.
"Degupan tu untuk awak sayang" balasku.
Dia terus leka mendengar bunyi degupan jantungku.
"Dah-dah, bukan kita nak rancang sesuatu ke pagi tadi?" tanyaku sambil cuba meleraikan pelukan isteriku.
Dia tak bagi aku leraikan. Dia memeluk tubuh ku lebih rapat lagi. Aku biarkan dia selesa begitu. Aku akui si dia Nia Isteriku ini semenangnya manja. Tapi aku suka. Hermmm...
Setelah beberapa ketika dia sendiri yang leraikan. Setiap kali berpelukan dia takkan bagi aku lepaskan dulu sehingga dirinya benar-benar puas. Ada can jadi 'queen control' ni, nak menang saja dia bisik hatiku.
"Aippp, sayang jahat, orang benar-benar nak lepas rindu kat dia, dia cakap macam tu" ujar si dia yang membaca mindaku.
Adeh...payah betul la, dapat isteri mistik yang dapat baca minda suami ni.
Isteriku Siluman Ular III
Isteriku Siluman Ular III
10. Nama
Sebagai seorang suami, ia adalah suatu yang amat mengembirakan jika dapat perkhabaran yang isteri kita sedang mengandung. Ia adalah pelengkap kepada sesebuah institusi kekeluargaan. Tapi, bagi aku ia adalah lebih istimewa kerana aku bakal menjadi seorang ayah dalam dunia bunian.
"Sayang dapat tau ke jantina anak kita tu apa?" tanya ku pada isteriku.
"Kalau sayang tau pun takkan bagitau awak sayang oi" balas isteriku.
"Atau awak yang sememangnya tak tau jantina anak kita tu?" sengaja aku mengumpan jawapannya.
"Sayang takkan bagi tau" balasnya lagi.
"Kalau anak laki, sayang nak namakan dia Lemar, kalau perempuan pula, kita panggil dia Nara" cadangku.
"Nampak macam sedap panggil Nama tu, sayang suka, pandai sayang cari nama" balas isteriku.
"Mestilah, takkan kita nak bagi nama tak sedap untuk anak kita sayang" jelasku.
Lepas ni aku kena berusaha keras. Kami berdua perlu membina rumah baru. Isteriku mencadangkan kami bina di kebun supaya dapat pemandangan yang menarik. Hurmm..macamana nak mulakan pembinaan rumah ni? Nak ikut rekayasa di sini atau aku nak buat yang aku punya suka!
Kami berbincang dengan ayah mertuaku pasal nak mendirikan rumah. Ayah mertuaku sangat menyokong biarpun dia sebenarnya masih mahu kami berdua tinggal bersama mereka. Isteriku berkeras nak dirikan rumah sendiri, nak berdikari katanya. Isteriku boleh tahan juga degilnya. Akhirnya ayah mertuaku mengalah.
Ayah mertuaku memanggil semua penduduk untuk bergotong royong menyiapkan kediaman baru Aku dan isteriku. Orang kampung di situ setuju meluangkan masa. Tapi mereka faham ke reka bentuk yang aku mahukan?
"Pasal rekabentuk rumah itu nanti terserah anak nak buat macamana, mereka akan membantu" ucap ayah mertua.
"Baiklah ayah, kalau macam tu, ayah bantu ya, segan pula nak bagitau mereka" jelasku.
"Di sini jangan risau nak, semua orang di sini akan berkerjasama setiap ada kerja berat, begitu juga kita juga perlu ringan tulang bantu sesama" jelas ayah mertua membuatkanku rasa lega.
Isteriku Siluman Ular III
Isteriku Siluman Ular III
11. Rancangan Membina Rumah
Teruja dan rasa penuh semangat nak mendirikan rumah sendiri. Aku berbincang dengan ayah mertua tentang citarasa aku dan isteri tentang rekabentuk. Ayah mertuaku menyokong penuh. Tu yang lagi menyebabkan keterujaan. Tapi segala isi perabot dalam rumah kena usaha sendiri la.
Ayah mertua kata, kalau kita menebang pokok hendaklah ditanam semula semaiannya. Biar ia tetap menunjukkan kesemulajadiannya. Sistem aliran air pula perlu dibuat mengikut cara dan budaya yang ada di dunia itu. Tak boleh sembarangan. Kumbahan perlu meresap semula ke dalam tanah dan jadi bahan baja semula jadi. Penapisan air menggunakan arang batu, batu kelikir, pasir kasar, pasir halus dan bahan lain supaya air yang masuk ke rumah sentiasa bersih.
Sekitar rumah, perlu dihiaskan dengan bunga-bungaan, agar dapat menjadi habitat serangga kunang-kunang. Kunang-kunang ada dua fungsinya, mencegah sejenis penyakit endemik selain menjadi sumber cahaya di malam hari. Sekitarnya juga, perlu ada pelbagai jenis bunga yang menghasilkan nektar, untuk jenis serangga seperti kelulut mudah menghasilkan madu. Sekeliling rumah perlu ada parit air yang sentiasa mengalir, supaya menjadi habitat katak. Tujuannya memakan serangga perosak selain memakan nyamuk.
Jika berkebun pula, semua perkara tadi perlu ditanam dengan rapi dan kemas. Ulat sutera juga salah satu serangga yang perlu dibiakkan untuk menghasilkan kapas untuk tenunan. Oleh kerana, di dunia ini, racun serangga tidak dibenarkan sama sekali, kerana ia boleh menjejaskan kesuburan tanah. Cacing tanah perlu dijaga, dengan cara menyusun batu bata sebagai jalan mengelakkan kita berpijak terus dengan tanah.
Jika berjaya menyediakan kebun yang berbentuk semulajadi, kebun akan lebih subur dan cepat menghasilkan buah yang ukup lazat, kerana ia adalah hasil pendebungaan semulajadi oleh serangga dan burung-burung. Wow, aku kagum dengan penerangan ayah mertua, ternyata dia seorang yang hebat dalam ekosistem semulajadi. Begitu rupanya mereka mengekalkan keindahan alam semulajadi.
Walaupun banyak kerja yang perlu dilakukan, bila nampak hasilnya kita tidak akan bersusah payah nanti. Hasil tuaian itu boleh ditukar dengan barangan lain di pasar. Semua yang ditukar itu mengikut keperluan. Apa yang paling penting mengekalkan ekosistem dan hiduplah dengan bahagia dengan orang yang kita sayang.
Begitulah budaya dan cara hidup yang diterapkan di dunia ini. Di sini duit tiada nilai, paling penting adalah kebahagian setiap pasangan. Konsepnya, makan untuk hidup dan hidup untuk makan. Sangat menarik, banyak benda lagi aku perlu belajar dengan mertuaku, maklumlah pengalaman hidupnya adalah ratusan tahun dah. Aku perlu akur dan sentiasa bersedia belajar budaya alam ini.
Isteriku Siluman Ular III
12. Tapak Rumah
Di pagi yang indah itu, aku melepak di depan beranda. Melayan pemandangan yang ada di situ. Aku sudah biasa dengan suasana kicauan burung, bunyi geseran sayap serangga. Ia adalah musik yang tiada siapa yang memahaminya, namun ia membuatkan kita merasa suatu ketenangan.
Ayah mertua menyuruh aku dan isteri berjalan sekitar kampung untuk melihat reka bentuk rumah di sekitar itu. Mana tau ada yang kami berkenan. Aku sangat bersemangat, begitu juga dengan isteriku. Kami berdua memulakan aktiviti merayau. Mula-mula memang jalan-jalan pusing kampung. Lepastu, kami pergi ke kebun, di mana kebun tersebut tidak jauh dari kawasan perkampungan itu.
Isteriku membawa aku jalan-jalan di kawasan alam tersebut. Wow, aku ingat rumah hanya ada di perkampungan jer. Rupanya kawasan itu ada banyak rumah juga. Berserta dengan kebun yang cantik-cantik belaka seperti yang digambarkan oleh ayah mertuaku. Penuh dengan bunga-bungaan.
"Sayang tutup mulut tu, nanti masuk serangga" sakat isteriku melihat mulutku terlopong kagum dengan keindahan tempat itu.
Di dunia manusia, kalau kita lihat perparitannya, penuh dengan sampah sarap dan hitamnya air mengalir. Di sini, perparitannya dipenuhi ikan dan air batu yang sangat jernih, tak nampak ia adalah parit. Perhh... Patutlah di dunia ini sangat sukar kita mendengar orang sakit dengan pelbagai penyakit.
Sangat jauh beza sikap mereka dengan manusia, mereka di sini sangat mementingkan kehidupan yang semulajadi. Walaupun aku ni separa manusia, aku kecewa dengan sikap manusia yang berajakan kuasa dan menggilakan harta. Eh, terlupa pula diri pernah jadi gila permata, tapi bukan untukku. Alangkah indah juga, jika di dunia manusia sedar kepentingan menjaga alam sekitar seperti mereka.
Kami akhirnya sampai di destinasi di mana rumah kami akan dibina. Isteriku menunjukkan kawasan kebun hasilnya dengan bantuan ayah mertuaku. Dah siap sedia cantik dan menarik apa yang isteriku lakukan sebelum ini.
"Sayang ke jaga kebun ni?" tanya ku kagum.
"Sayang dulu setiap hari hidup di kebun ni, selepas kahwin dengan sayang lama juga tak jenguk kebun ni" jelas isteriku.
"Sudah lama sayang nak tunjukkan kebun ni pada awak, tapi belum ada kesempatan" jelas isteriku.
Sepertimana kebun ayah mertuaku, ia dihiasi dengan pelbagai bungaan, pokok buah yang rendang.
"Di sini kah kita akan bina rumah?" tanyaku.
Isteriku mengangguk dan hanya senyum. Dia memandangku dengan penuh kasih sayangnya. Wajahnya berseri-seri kerana dia sedar aku ceria bersamanya.
Isteriku Siluman Ular III
Isteriku Siluman Ular III
13. Pemandangan Indah
Pemandangan dari atas bukit itu sangat indah. Saujana mata memandang. Kelihatan menghijau pokok-pokoknya. Ada pokok pine, pokok ketapang, pokok meranti dan sebagainya. Maklumlah hutan di sini dijaga elok seumpama hutan simpan. Sekeliling tidak nampak bangunan moden, tiada asap tebal dari kilang. Tiada kenderaan mengeluarkan gas karbon monoksida. Udaranya sangat segar.
Tapi perasaan ini kadang-kadang berasa pelik. Apakah aku ini berada dalam suatu kisah mimpi yang amat panjang. Sebelum ini aku adalah seorang anak kampung biasa. Aku jadi seorang nelayan kelas sungai kecil. Dulunya hari-hari aku menangkap ikan tanpa rasa bosan. Tapi kini aku masih orang yang sama, cuma cara hidup aku berbeza banyak. Dan yang paling aku bangga dapat isteri macam Nia. Dia segalanya bagiku sekarang.
Udara sangat segar, tiupan angin sangat menyamankan. Seakan-akan tempat ni ada dipasang penghawa dingin. Sejuk nyaman dan segar. Apa yang paling best adalah bersama orang tersayang di tempat yang amat menarik. Ia suatu yang membahagiakan.
"Hai sayang, awak nampak seronok dan ceria semacam hari ini" ujar isteriku mulakan bicaranya.
"Tentulah seronok, sayang bakal jadi ayah, sayang punyai isteri yang sangat cantik semacam bidadari" balasku membuatkan dia mengukir senyuman manis buatku.
"Ada pulak bidadari, sayang gadis biasa saja la" balasnya merendahkan diri.
"Tak tau nak kata, tapi sayang sangat bahagia sekarang" ujarku.
"Awak juga segalanya bagi sayang, sebelum pertemuan dengan awak dulu, saya pernah bermimpi pasal awak, sebab tu juga sayang tak teragak-agak mendampingi awak dulu" jelas isteriku.
"Sayang pun pelik juga masa tu, kali pertama melihat awak sayang terus jatuh hati, semacam kenal awak dah lama, masa tu" ujarku meluahkan kisah pertemuan kami berdua dulu.
"Macamana kalau sayang dulu adalah lelaki jahat, kacau awak bukan-bukan masa tu?" tanya ku sengaja mengujinya.
"Tak dapat bayangkan sebab sayang memang tahu nurani awak sangat ikhlas, perasaan awak terhadap sayang sangat mulia" puji isteriku pula.
"Yeye la tu" aku pula jem tak tau nak jawab apa.
Hari pun sudah nampak lewat. Aku dan isteri balik sambil berpimpinan tangan. Hati sangat girang. Rasanya kami berdua punyai rasa yang sama.
"Nak anak ramai boleh tak?" tanyaku mengejutkan isteriku.
"Haaaa! rahim orang bunian macam kami ni cuma boleh sekali jer ada anak sayang, lepas tu rahim itu akan tertutup dengan sendirinya, maaf sayang, itu sudah hakikat yang kita perlu terima" jelas isteriku.
"Sayang gurau jer, itu sayang dah tau" balasku membuatkan muka isteriku berkerut.
Isteriku Siluman Ular III
Isteriku Siluman Ular III
14. Pembinaan Rumah
Hari yang dinantikan sudah pun tiba. Cuaca sangat menyebelahi aktiviti hari ini. Dalam perkiraan aku rumah ini dijangka siap dalam minggu itu juga. Sebab bahannya semua sudahpun disediakan dalam minggu tersebut. Tinggal memulakan pembinaannya.
Semua komuniti di situ berkumpul dan bersedia dengan tugas masing-masing. Semua ini berkat dari ayah mertuaku, yang menyeru semua komuniti di situ datang membantu. Sepanjang minggu itu, ada pokok yang menjadi korban, namun ia digantikan dengan benih yang baru. Tanah liat digali dan diratakan semula. Tanah liat itu juga yang akan digunakan membina nanti.
Semua bergerak ke tapak pembinaan. Semua turut menjalankan tugas masing-masing. Bagi yang perempuan mereka menyediakan minuman dan makanan selain membantu tugas ringan. Manakala lelaki pula menjalankan tugas berat. Suatu benda yang aku tidak jangkakan. Mereka semua bernyayi dengan girang sambil melakukan tugas. Semua ceria, semua nampak seronok bergotong royong. Kelihatan seperti sedang bermain-main buat kerja.
Plan rumah, sudah diperlihatkan. Kayu kayan meranti menjadi tiang utama di tengah-tengah rumah, nampak seperti sangat ringan, kerana semua campur tangan. Tiada paku digunakan. Semua kayu atau palang dipasangkan dengan tanggam dan pasak. Rekabentuk rumah unik dan menarik. Pemasangannya umpama pasang siap.
Mereka semua terus menjalankan tugas tanpa henti. Caranya berganti-ganti berehat. Semua orang memberikan kerja sama. Tiada seorang pun mengambil kesempatan mencuri tulang. Gotong royong yang sangat harmonis dan penuh dengan kegembiraan. Wow, sangat seronok.
Sedar tak sedar tidak sampai seharipun semuanya telah siap dibina. Dan boleh di diami. Malah setiap dari mereka mendermakan keperluan seperti pinggan, mangkuk, cawan dan sebagainya sebagai hadiah untuk aku dan isteriku memulakan hidup. Malah ada yang mendermakan belanga. Fuhhh, aku dan isteriku sangat gembira kerana kami tidak perlu bersusah payah mencari keperluan asas tersebut.
Mereka sangat bersikap uniti dan bersikap bermurah hati membantu. Ia suatu amalan komuniti yang sangat mengagumkan aku.
"Nak, inilah cara masyarakat di sini berkerjasama menangani tugas berat, kita juga akan membantu sesiapa yang memerlukan seperti ini" ujar ayah mertua.
"Sungguh tak sangka masyarakat di sini baik dan saling membantu, Lana sangat berterima kasih dengan semua orang yah" balasku sangat kagum dan terharu dengan mereka semua.
Isteriku Siluman Ular III
Isteriku Siluman Ular III
15. Siap
Rumah sudah siap. Sudah pun dihiasi mengikut rancangan. Maka malam ini aku dan isteri bercadang untuk mengadakan majlis sebagai tanda kesyukuran dan berterima kasih kepada semua yang telah membantu kami menyiapkan rumah tersebut.
Rumah sudah siap. Sudah pun dihiasi mengikut rancangan. Maka malam ini aku dan isteri bercadang untuk mengadakan majlis sebagai tanda kesyukuran dan berterima kasih kepada semua yang telah membantu kami menyiapkan rumah tersebut.
"Sayang, camna kita nak panggil kunang-kunang tu menerangi rumah ni nanti?" tanyaku pada isteriku.
Dia hanya tersenyum dan nampak jelas dia sangat gembira dan ceria hari ini. Aku dapat rasakan kegirangan hatinya.
"Serah pada sayang je, apapun malam ni kita bagi semua orang gembira" balas sang isteri.
"Kan seronok kalau dapat jemput atuk dan mereka semua" ujarku teringat kegembiraan itu perlu dikongsikan mereka juga.
"Oh ya, mesti lebih meriah kan kalau semua mereka pun ada" ucap isteriku.
"Tapi nak pergi rumah atuk makan masa yang lama la nak panggil sayang" ujarku dengan nada yang sedikit kecewa memikirkan mereka jarak dengan rumah atuk yang agak jauh.
Isteriku memandangku berserta senyumannya.
"Sayang jangan risau, kita jemput mereka datang juga" ujar Nia isteriku.
"Macamana?" cepat aku bertanya.
"Burung merpati akan menolong kita menyampaikannya sayang" balas isteriku.
Dalam hidup aku cuma dengar saja pasal burung merpati menyampaikan surat. Rupa-rupanya di sini mereka turut menggunakan tradisi itu. Isteriku mengambil daun dan disatukan pada tangannya, lalu ditiupnya sehingga menghasilkan suatu bunyi.
Beberapa ketika, kelihatan beberapa ekor burung merpati memdatangi kami berdua. Isteriku mengambil sekeping kulit, dan diambilnya rumput dan disentuhnya pada sejenis kulat yang seakan menghasilkan dakwat. Dan dia menulis pada kulit tersebut menggunakan rumput tadi. Kemudian diikatnya gulungan kulit tersebut. Dia lalu menadah tangannya ke udara, serta merta seekor burung merpati itu hinggap di tangannya. Dia mengikat gulungan kulit pada burung tersebut dan dibisiknya sesuatu pada burung tersebut, akhirnya burung itu terus terbang.
"Apa benda yang sayang bisik kat burung tu? Sayang boleh bercakap bahasa burung ke?" tanyaku rasa sedikit muskil dan pelik.
"Ia adalah bahasa bunian klasik, sayang bagitau supaya dia hantar surat tu pada atuk" balas isteriku.
Adeh, pelik ada banyak ilmu yang aku kena belajar di sini.
Dalam pada itu, semua yang ada di situ telah pun kembali ke rumah masing-masing untuk berehat dan mereka akan datang lagi untuk majlis malam nanti. Aku dan isteriku memngucapkan terima kasih kepada mereka. Harmoninya kehidupan di sini. Tambahan kerjasama mereka sangat tinggi dan seronok semasa menjalankan gotong royong tadi. Aku merasa terharu dengan bantuan yang diberikan mereka semua.
Isteriku Siluman Ular III
16. Rupa Rumah
Rasa seronok dan gembira dengan rumah baru tersebut tak habis lagi. Tak tau nak gambarkan betapa gembiranya perasaan ini. Akkhirnya aku dan isteriku memiliki rumah idaman sendiri. Walaupun rumah itu baru selesai dibina. Ia sudah kelihatan seperti berbulan sudah siap. Di sekelilingnya di penuhi tumbuhan bunga yang ada fungsinya tersendiri selain hiasan.
Dalam kegembiraan itu, aku masih juga teringatkan ayah dan ibuku. Apakah khabar mereka berdua di dunia sana? Tidak berasa aimataku menitis mengenangkan mereka. Alangkah indah juga mereka dapat hidup bersama di sini. Tapi, atuk sudah berpesan banyak padaku, ia suatu yang tidak boleh aku lakukan lagi.
Aku masuk ke dalam rumah. Tiang besar terletak di tengah-tengah. Tangga kayu dibina mengelilingi tiang untuk naik ke bahagian atas rumah. Seni yang nampak halus tiangnya diukir dengan corak bunga dan flora. Aku sengaja memohon tiada corak tradisi ular di rumah itu, kurang selesa sebenarnya. Mujurlah ayah mertuaku memahami.
Di atas ada dua bilik sederhana besarnya. Di antara dua bilik itu ada sebuah ruangan besar yang bersambung dengan beranda di luar. Berlantaikan papan kayu jati berlian, yang diketam halus. Rumah itu tampak sempurna. Beratapkan tanah liat dan ditanam rumput menjalar di atasnya bagi mengekalkan kesejukan dalam rumah.
Aku turun semula, di bawah pula ada tiga bilik. Salah satunya bilik tamu, satu lagi bilik khas. Ruang tamunya luas. Ruangan dapur yang luas juga. Air di salirkan dari bukit dan ditapis elok. Dapur adalah dapur kayu. Tiada dapur gas seperti di dunia manusia. Namun, ia tiada menjadi masalah.
Orang kampung sudah datang kembali menyertai untuk bersedia untuk majlis. Mereka kembali bergotong royong. Malah ada di kalangan mereka membawa air tapaian buah dan membawa makanan juga. Selain itu, ada juga yang membawa peralatan musik. Nampak gayanya malam itu akan meriah.
"Sayang, sini kejap" panggil isteriku.
"Ada apa sayang?" tanyaku.
"Cuba lihat siapa yang sedang dalam perjalanan menuju kemari?" tanya si dia.
Aku pun menyepetkan kelopak mataku memandang ke arah pergerakan suatu kelompok yang sedang menuju ke arah rumah kami.
"Itu atuk, Nima, Miki, Fanni dan Tiko paling belakang kan?" ujarku.
Maknanya surat itu sampai pada mereka.
Isteriku Siluman Ular III
Isteriku Siluman Ular III
17. Hadiah Tiko
Suasana sudah pun beralih senja. Pemandangan dari rumah kebanggaan ku nampak sangat indah, tenggelamnya matahari dari pandangan turut dapat dilihat. Kunang-kunang pula mula kelihatan berterbangan sana sini.
Isteriku Nia kelihatan sangat gembira melihat kehadiran atuk dan rombongnya. Mereka berempat yang perempuan terus saling berpelukan di sambut isteriku. Aku biarkan mereka bersama. Aku mengajak atuk dan Tiko ke ruangan atas menikmati suasana matahari membenam dirinya sementara menunggu majlis dimulakan.
Kami bertiga bersembang di ruangan atas.
"Cantik dan menarik juga rekabentuk dalam rumah kamu ni Lana" atuk memuji rumahku.
"Ya la bang Lana, Tahniah ia sangat menarik dan selesa" puji Tiko juga.
"Semuanya berkat bantuan dari orang kampung dan ayah mertua terutamanya tuk" balasku.
Tiko menyerahkan sesuatu buat ku, hadiah sebuah rumah kecil yang diukirnya.
"Wah cantiknya, Tiko ukir sendiri ke ni?" tanyaku seraya memuji ukiran berbentuk rumah itu.
"Ya bang Lana, kebetulan ukiran ini dah lama Tiko buat, bila dapat surat tadi, Tiko teringat ukiran rumah ni, jadi Tiko jadikan hadiah buat abang dan akak Nia" jelas Tiko.
"Terima kasih Tiko, hadiah ni pasti akan jadi hiasan dalam rumah ini" ucapku menghargai hadiah pemberian Tiko.
"Ingat pesan atuk, jaga diri dan isteri mu baik-baik, jangan kamu pernah khianati mereka semua" atuk memberi nasihat padaku.
"Baik tuk, Lana akan mulakan hidup sebagai masyarakat di sini dan mempelajari gaya hidup sebagai orang bunian" balasku.
Musik sudah mula dirancakkan, paluan gendang dan gesekan alat musik sudah kedengaran di ruang bawah. Kami bertiga turun ke ruangan bawah bersama. Kelihatan para tetamu sudah memenuhi setiap ruang dan suasana sangat meriah. Kedengaran gelak tawa mesra mereka semua.
Aku terpandang seseorang perempuan sedang mengusap perut isteriku. Nampak sedikit pelik caranya mengusapnya. Hatiku mula gusar, kerana riaksi mukanya sedikit pelik, kelihatan dia mengerutkan dahinya. Semacam ada sesuatu yang tidak kena. Aku cuba mengawal diri dari memberi prasangka buruk. Namun, kegusaran tidak dapat kuelakkan jua.
Isteriku Siluman Ular III
18. Khabar
Semua tetamu dijemput untuk menikmati juadah yang ada. Bermacam hidangan yang dikongsikan bersama. Seakan-akan budaya potluck. Ada buahan, sayuran dan pelbagai lagi makanan yang ada. Malah mereka memberikan pelbagai hadiah.
Namun hatiku sedikit terganggu dengan situasi seorang perempuan yang mengusap perut isteriku tadi. Aku bergerak menuju ke arah mereka berdua. Perempuan itu perasan aku menghampiri mereka berdua. Dia menunjukkan senyuman padaku. Aku membalas senyuman tersebut dengan hati yang masih menyimpan persoalan mengapa dia kelihatan pelik bila mengusap perut isteriku.
Tiba-tiba perempuan itu membisik padaku.
"Isteri awak sedang mengandung dan kandungannya adalah kembar" ujarnya berbisik.
Aku tergamam. Adakah ia suatu petanda yang baik atau tidak? Kalau di dunia manusia ia adalah suatu yang dibanggakan. Degup jantungku menjadi semakin laju. Aku sedikit tidak keruan dan terdiam membisu.
"Kembar ini adalah bukan sembarangan, ia adalah kembar tiga" tambahnya lagi.
"Dia adalah bidan di kampung ni sayang, jangan risau" ucap isteriku menenangkan ku.
Aku masih terdiam.
Masih tergamam. Kembar tiga? Tanyaku dalam hati.
"Iya sayang, kita akan dapat kembar tiga" ujar isteriku mendengar bisikan mindaku.
Aku bertambah kerisauan. Apakah ini suatu petanda yang baik atau tidak? Aku sendiri tidak pasti.
"Ini adalah suatu yang jarang-jarang berlaku di sini" ujar bidan itu lagi.
Aku bagaikan lupa cara bernafas, nafas di tarikku dalam-dalam.
"Ia adalah memberi maksud hubungan awak dan isteri telah mendapat rahmat di sini" tambah bidan itu.
Barulah aku menarik nafas sedikit lega. Isteriku memandangku dengan penuh senyuman. Air mata gembiranya terburai dari kelopak matanya. Aku masih terpaku dan tergamam biarpun sudah dijelaskan bidan itu.
"Anak Lana, jangan risau, kandungan isteri awak ini memberi petanda yang sangat baik, awak patut berbangga" ujar si bidan.
Aku masih lagi kelu tidak mampu berbicara. Biarpun begitu, degupan jantungku mulai reda. Musik terus bersambung. Semua yang ada di situ meriah menyanyi dan menari. Semuanya kelihatan seronok.
Isteriku masih menangis dalam kegembiraannya. Aku pula tidak terkeluarkan kata-kata menerima khabar kembar tiga tersebut. Isteriku tidak teragak-agak terus memelukku.
"Impian sayang menjadi kenyataan, sayang nak anak ramai kan?" ujar isteriku yang masih teresak-esak kegembiraan.
Aku tidak terucap apa-apa. Masih tergamam.
Isteriku Siluman Ular III
Isteriku Siluman Ular III
19. Berkongsi Kegembiraan
Kemeriahan majlis tersebut disulam dengan khabar gembira kandungan kembar tiga isteriku. Saat indah tersebut diumum penuh kebanggaan oleh ayah mertua di depan semua hadirin. Mereka bersorak dengan riak wajah memberikan sokongan kepada keluarga kami.
Pesta itu diteruskan lagi. Mereka semua terus menyanyi dan menari sehingga ke tengah malam. Sebelum pulang ke rumah masing-masing, mereka satu demi satu mengucapkan kekaguman dan tahniah kepada kami sekeluarga. Bagi mereka ia adalah suatu petanda yang baik kerana sangat jarang-jarang berlaku peristiwa kembar sampai tiga ni. Kalau pernah pun hanya dua sahaja.
"Hubungan kamu berdua benar-benar mendapat restu dari alam sini nak" ujar ayah mertua, setelah semua hadirin balik dari majlis tersebut.
Aku sekali lagi tergamam kerana ayah mertuaku memelukku dan mengucapkan rasa bangganya. Jelas benar ayah mertua ku melihat ia sebagai sesuatu yang hebat dan penuh bermakna bagi mereka.
Sang isteri sibuk bersama Nima, Miki, Fanni dan ibu mertuaku. Mereka berlima berkongsi kegembiraan. Wajah mereka jelas ceria. Aku, atuk, ayah mertua dan Tiko duduk bersila di ruang tamu, maklumlah belum ada kerusi di rumah baruku.
"Lana, berharap semua bermalam di sini malam ni" ujarku mahu mereka semua bermalam di sini dan menemani serta berkongsi kegembiraan bersama.
"Sayang, jirang air untuk kita semua boleh?" aku mencelah pergosipan di antara mereka.
"Baik sayang" balasnya ringkas.
"Akak Nia berehat, biar kami bertiga buat ya kak" ucap si Nima.
Mereka pun ke ruang dapur.
"Apakah anak sudah ada rancang nama pada bakal cucu ayah tu?" tanya ayah mertua.
"Hari tu ada dah, tapi dua nama saja yah" balasku.
"Anak bagilah nama mengikut kesukaan kamu berdua, jangan panjang-panjang nanti susah nak panggil" ujar ayah mertua.
"Kamu jangan bagi nama pelik-pelik pulak" sampuk atuk.
"Iya tuk, mesti bagi nama hebat-hebat tuk" balasku.
Mereka bertiga gelak bersama kerana mereka dapat mengagak yang aku tak bagi can kat orang lain reka nama anak-anakku.
Begitulah, akhirnya mereka semua bermalam berkongsi kegembiraan menyambut rumah baru dan berita kembar tiga tersebut. Nampaknya aku kena berusaha keras lah lepas ni. Tiga sekaligus kot. Harap anak-anakku itu tidak nakal la nanti.
Isteriku Siuman Ular II
20. Harinya Tiba
Aku berusaha jadi seorang pekebun dan dalam masa yang sama sebagai bakal seorang ayah. Isteriku hanya ku benarkan membantu yang ringan-ringan, kerana kandungannya semakin membesar. Apa yang ku usahakan adalah demi kebahagian kami berdua dan anak-anak nanti. Biarpun bukan nampak mudah, lebih-lebih lagi ini adalah dunia yang masih ku pelajari gaya hidupnya.
Hari berganti hari, minggu bertukar minggu, bulan silih berganti. Aku terus berusaha seperti apa seadanya. Sekarang hari yang dinantikan bila-bila masa sahaja akan menjelma. Kandungan isteriku sudah cukup sembilan bulan. Kandungannya memang nampak jelas besar kerana di dalamnnya adalah kembar tiga.
Ibu mertua ku turut selalu bersama menjaga isteriku. Tapi sekarang dia terus bermalam bersama kami berdua kerana bersedia menyambut kelahiran cucunya nanti. Begitu juga, dengan ayah mertuaku, dia tampak tidak sabar seperti mana aku jua.
"Sayang, panggil Mak Bidan, sayang dah rasa perut ni muat-muat semacam dah" ujar isteriku.
Nasib baik juga aku belum keluar ke kebun. Aku bergegas berlari ke rumah Mak Bidan. Sampai di sana aku maklumkan padannya. Dan dia berkemas membawa peralatan apa saja yang dia ada. "Kamu masak air panas banyak-banyak nak, lepas tu cari bahan ini di sekitar hutan terdekat" arah Mak Bidan. Nasib baik juga aku ada belajar sikit apa keperluan herba atau apa saja yang diperlukan semasa bersalin.
Bagaimanapun semua keperluan tu aku sudah sediakan awal-awal lagi. Herba, pakaian yang sesuai dan pelbagai keperluan semuanya hampir ada. Cuma yang dirisaukan, bersalin di rumah sendiri. Kalau diri aku dulu dilahirkan kat hospital. Anak-anak aku pula bakal dilahirkan di sini tanpa peralatan moden. Tapi aku kena yakin juga dengan mereka, kerana semua mereka juga dilahirkan di sini, tak pernahpun ada masalah, malah tiada cacat cela macam isteriku tetap cantik juga.
Mak Bidan dah pun berada dalam bilik bersama isteriku dan ibu mertuaku. Aku pula menyiapkan air panas seperti yang disuruh oleh Mak Bidan tadi.
"Tarik nafas dalam-dalam, hembus sambil teran" kedengaran suara berulang-ulang mak Bidan membimbing isteriku.
Aku pula yang cemas, sambil menunggu air mendidih aku mundar mandir tidak senang nak duduk.
Namun begitu, aku tidak berani untuk masuk melihat. Aku takut darah. Aku pernah dengar mitos orang bersalin, darah tersembur keluar bagai. Itu juga menjadikan aku cemas. Banyak yang aku risaukan, keselamatan anak-anak dan isteriku. Ingin juga aku masuk tengok sendiri, tapi hati ku langsung tidak punya kekuatan.
Isteriku Siluman Ular III
21. Kelahiran
Aku tak tau nak buat apa. Serba serbi mati kutu, cemas. Berbagai yang menerpa di kepala otak aku sekarang. Aku terbayang benda yang bukan-bukan. Jangan anak aku dilahirkan nampak macam seekor ular nanti. Ish ish...bodoh betul. Kenapa sampai ke situ pula kecelaruan.
"uweeeeeaaaa...." kedengaran bunyi tangisan bayi dari dalam bilik.
"Bayi perempuan" ujar Mak Bidan.
Ini yang sulung, namanya aku bagi Nara.
"Uweeaaaaaa..." kedengaran bayi kedua menyusul.
"Perempuan juga" ujar Mak Bidan.
Yang kedua ni aku namakan Nari.
"Yang ketiga sudah keluar juga" ujar Mak Bidan.
"Laki-laki ke perempuan?" tanyaku dari luar tak sabar.
"Laki-laki" jawab Mak Bidan.
Pap pap...bunyi tepukan pada bayi kedengaran dari luar bilik.
"Uweaaaaaaaaaaaaaaa Uweaaaaaaa" baru kedengaran bunyi bayi yang ketiga menangis.
Ketiga paling bongsu adalah lelaki, ku namakan sebagai Lemar.
Bila menangis dia paling lantang. Aku masih belum berani masuk melihat.
"Macamana keadaan Nia, Mak Bidan?" tanyaku dari luar bilik.
"Isteri awak kepenatan, biarkan dia berehat dulu" balas Mak Bidan dari dalam.
Setelah beberapa ketika. Mak bidan memanggilku masuk. Aku melihat tiga bayi dibaringkan berdekatan diselimuti dengan kain. Kaki dan tangan ketiga-tiganya bergerak ke sana sini. Mereka dilahirkan cukup sifat. Dilahirkan sebagai separa manusia dan separa bunian. Aku tidak tahu mana satu yang akan ku dukung dulu. Aku perlu seadilnya kepada mereka bertiga.
Aku memilih untuk mendukung si Nara dulu kerana dia adalah yang sulung. Kukucup dahi Nara menunjukkan kasih sayang ku. Bayi comel itu terkebil-kebil. Aku tahu dia belum dapat melihat dalam minggu pertama ini sama juga dengan yang lainnya. Wah, aku adalah seorang ayah sekarang.
"Lana, Mak Bidan minta diri dulu, apapun tahniah kamu berdua sangat dirahmati di alam ini" ujar Mak bidan sambil bangun dari tempat duduknya.
"Terima Kasih Mak bidan" ucapku sebagai tanda terima kasihku.
"Mak Bidan akan datang lagi memantau keadaan Nia, kamu jangan risau nak ya" ujar ibu mertuaku pula.
Ku lihat, dahi dan lengan Mak Bidan masih ada kesan darah dan bajunya masih basah kerana peluhnya membantu isteriku tadi. Syukurnya, ada Mak Bidan membantu.
Isteriku jelas sedang tertidur keletihan menahan siksa melahirkan tiga anak comel kami hari ini. Aku tidak mahu mengganggunya. Ketiga-tiga bayi kami memang comel. Aku sangat gembira dianugerahkan tiga cahayamata yang cukup sempurna sifatnya. Tiadapun nampak bersisik semacam ular seperti yang bermain dalam mindaku sebelum ini. Tiada langsung ciri ular pada mereka. Fuhhh lega...
Isteriku Siluman Ular III
22. Pemaaf
Cuaca tengahari itu sangat redup, nak kata nak hujan, tak juga. Angin pula bertiup sepoi-sepoi bahasa. Aku tadi nak besiap ke kebun langsung tak jadi. Serba kalut dengan isteriku yang nak bersalin. Mujurlah ada makhluk bunian seperti Mak Bidan yang membantu sebaiknya.
Siapa Mak Bidan ni? Dari penerangan ibu mertuaku. Dia tidak ubah seperti sikap atuk. Umurnya sudahpun menjangkau 600 tahun lebih. Tapi wajahnya tetap muda langsung tidak dimakan usia. Memang tak heran, aku dah tahu itu adalah kerana genetik bunian mereka. Sebab tu lah orang kata makhluk bunian ni memang tampan dan cantik-cantik belaka.
Berbalik kepada kenapa dia seperti atuk. Dia juga menjaga anak-anak yang yatim piatu di sini. Dia menjaga mereka sehingga mereka mampu berdikari sendiri. Bezanya dengan atuk, Mak Bidan akan menurunkan ilmu perubatan dalam bidang bersalin pada setiap anak murid perempuannya.
Kalau kat dunia manusia, orang percaya sesetengah bidan mengamalkan ilmu hitam untuk sentiasa kelihatan muda dan cantik. Kerana pernah ada mitos bahawa mereka akan memakan uri bayi yang baru dilahiran. Di sini tidak ada istilah itu, segara bantuan dari bidan di sini adalah semata-mata menolong setiap komuniti yang memerlukan. Selebihnya, bidan-bidan di sini membantu sesiapa saja yang sukar untuk mendapat anak dengan membantu mereka menyediakan tonik dan sebagainya.
Tiada amalan ilmu hitam yang dibenarkan untuk kepentingan diri dan merosakkan yang lain. Memang jelas kehidupan mereka adalah suatu kedamaian dan kesejahteraan bersama. Mindaku masih sama seperti di dunia. Aku tertanya-tanya tentang uri pada ibu mertuaku, aku menyangkakan ia sudah diambil oleh Mak Bidan. Sebab itulah ibu mertua menceritakan siapa Mak Bidan tadi. Aduh berdosanya aku, menuduh dalam hati tanpa menyelidiki.
"Nak, uri mereka bertiga sudah dibalut secara berasingan oleh ibu tadi, nanti anak tanam terus di bawah pokok" ujar ibu mertua.
"Baik bu, Lana akan tanam sekarang" balasku tidak mahu melengahkan.
"Ibu faham, anak salah sangka, anak kena buang jauh-jauh prasangka sebegitu" tambah ibu mertua.
"Rasa bersalah juga kepada Mak Bidan, adakah dia tahu apa yang di minda Lana bu?" tanyaku untuk kepastian.
"Mak Bidan kamu tu pemaaf walaupan dia tahu, dia ada bisik kat ibu pasal tu tadi, dan dia faham Lana orang baru di sini dan dia tidak kisah pun tentang tu" jelas ibu mertua.
"Aduh, malunya aku menuduh dia sebegitu dalam minda Lana, Lana perlu minta maaf pada dia bu" ucapku penuh kekesalan.
"Terpulang pada anak, tapi yang pasti Mak Bidan memang tak ambil hati pun" balas ibu mertuaku.
Rasa bersalah sangat, orang menolong kita, kita pula salah tafsir. Aduh malunya dengan Mak Bidan.
Isteriku Siluman Ular III
23. Malu
Serius aku malu. Malu pada Mak Bidan, malu pada ibu mertuaku. Walaupun ibu mertua dan Mak Bidan tidak menyalahkan aku, tapi aku memang rasa bersalah dan berdosa pada Mak Bidan. Kalau Mak Bidan datang nanti aku pasti akan minta maaf padanya. Aku berjanji pada diriku.
Aku mengambil cangkul dan uri yang sudah dibalut tadi. Aku pergi ke bawah pokok dan ku gali tanah. Aku tanam uri tadi. Dalam hati ku tak sudah-sudah rasa bersalah. Aku sudah salah anggapan dan menyimpan prasangka buruk pada orang yang berhati mulia. Selesai, aku cuci tanganku dan kembali semula ke rumah.
Aku masuk ke bilik dan duduk sebelah isteriku. Ketiga-tiga bayi kami sedang nyenyak tidur. Tidak lama kemudian, kedengaran suara Mak Bidan menyapa ibu mertuaku di ruang tamu. Alamak, macam mana aku nak mulakan bicara dengan Mak Bidan ni?
Kelihatan Mak Bidan tercegat depan pintu membawa herba tambahan untuk isteriku. Lagi malu alah aku dibuat Mak Bidan.
"Ini herba tambahan untuk Nia, nanti Lana tanak untuknya, bagi sampai mendidih saja, kemudian terus angkat dari dapur, jangan didihkan lama sangat takut khasiatnya rosak pula, bagi dia minum masa dah suam-suam" jelas Mak Bidan.
"Baik Mak Bidan" balasku ringkas.
"Mak Bidan, Lana nak minta maaf, kerana salah tanggap pada Mak Bidan" ucapku penuh rasa kesal.
Dia ketawakan aku.
"Jangan fikirkan lagi, Mak Bidan faham perasaan Lana, Mak Bidan tak salahkan Lana" balas Mak Bidan berserta senyumannya.
Aku rasa lega sudah mohon kemaafan darinya. Tapi rasa bersalah itu masih ada dalam diri.
Isteriku terjaga. Matanya sedikit kuyu dan pucat.
"Mak Bidan, terima kasih" ucap isteriku yang baru terjaga.
"Sayang, apa kita nak bagi pada Mak Bidan sebagai pengerasnya" tanyaku.
"Lana, di sini tiada pengeras atau apa-apa nak, cukuplah kita saling membantu seadanya sesiapa yang memerlukan" ucap ibu mertuaku.
Aduh kenapalah aku ni masih terikut-ikut dengan budaya dunia manusia. Terasa mukaku merah padam. Panas semacam.Aku terkadang lupa ini adalah dunia bunian, bukan dunia manusia. Aku benar-benar memerlukan atuk untuk memahami dunia bunian saat ini. Terasa tolol pulak diri ini. Atukkkkk tolonggggg.
Isteriku Siluman Ular III
Isteriku Siluman Ular III
24. Pertanyaan
Dalam mindaku tertanya-tanya, bagaimana genetik bunian ini sentiasa kelihatan muda. Mereka sentiasa kelihatan muda bagaikan umur mereka tidak melepasi 30 tahun. Berbeza dengan manusia, setiap kenaikan usia pasti menampakan kesan penuaan. Wahal mereka mencecah umur ratusan dan ribuan tahun.
"Mak Bidan, maafkan Lana, jika pertanyaan Lana ni pelik-pelik, tapi sudah lama Lana ingin tahu" tanyaku pada Mak Bidan.
"Tanya saja Lana, jangan segan" balas Mak Bidan.
"Bagaimana orang bunian mengekalkan awet muda mereka? Adakah mereka pernah mengedut penuaan?" tanyaku.
Mendengar soalanku itu mereka bertiga mentertawakan aku.
"Tiada rahsia istimewa sebenarnya nak" balas Mak Bidan.
Dia pun menceritakan apa yang dia ketahui. Bukanlah rahsia, stress adalah salah satu puncanya. Makin kita stress semakin cepat penuaan berlaku. Tapi untuk bunian ditambah genetik mereka yang mempunyai sel tubuh badan cepat menganti sel yang rosak. Sebab itu luka pada badan mereka cepat sembuh.
Jika manusia luka, ia mengambil masa seminggu untuk luka itu pulih. Tetapi orang bunian hanya perlukan masa beberapa jam sahaja untuk sembuh. Macam suatu keajaiban, tapi itulah keberkesanan sistem penyembuhan dalam badan mereka.
Perkara seperti tekanan perasaan itu ditegaskannya sumber utama penuaan. Betul juga. Manusia hidup untuk banyak perkara, untuk kekayaan, kekuasaan dan sebagainya. Manusia hidup untuk makan, maka terjadilah obesiti. Dalam mengekalkan duniawi manusia meneroboskan diri dalam tekanan hidup. Berbeza di sini, kehidupan sentiasa girang, tiada hutang yang perlu difikirkan. Kannn...
Perkara seterusnya menjadi punca adalah kebencian dan rasa irihati dengan sesama manusia. Setiap kebencian menjadikan ruh tidak tenang dan dikuasai hampir dengan kematian. Lebih kurang suatu penyakit perasaan. Lama-kelamaan ia menjadi racun kepada diri sendiri.
"Lebih kurang begitulah nak, nak kehidupan yang panjang, jaga kesihatan, pemakanan dan yang paling penting adalah kebersihan minda dan hati tiada kebencian" jelas Mak Bidan menamatkan ulasannya.
Apa yang diterangkan oleh Mak Bidan membuatkanku terfikirkan budaya hidup manusia memang agak jauh berbeza dengan bunian. Mereka pula seakan-akan hidup tiada kebencian penuh dengan kemuliaan hati menjadi kekunci umur panjang mereka.
Isteriku Siluman Ular III
Isteriku Siluman Ular III
25. Nara, Nari dan Lemar
Ternyata aku masih dungu dengan hal kehidupan. Kebencian rupanya adalah elemen toksik yang amat tinggi membunuh usia manusia. Ia umpama racun pembunuh senyap yang kita manusia tidak sedari. Mempelajari sesuatu yang bukan baru sebenarnya. Tetapi hakikat dalam diri manusia kebencian dan irihati itu adalah suatu yang sangat sukar dibuang.
Aku lihat isteriku sudah cergas kembali. Seakan-akan dia sudah tidak perlu berpantang apapun. Melampau orang bunian ni, istimewanya sistem penyembuhan dalam badan mereka. Namun, aku dimaklumkan, rahim isteriku sudah tertutup dan tidak mungkin akan melahirkan anak lagi. Takpe la, rezeki bunian hanya sekali sahaja dapat melahirkan anak. Kembar tiga ni pun jenuh nak jaga sekaligus.
Bayangkan mereka boleh beranak banyak kali macam manusia, agaknya memang sesak dah dunia mereka ini. Ia ada kelebihan dan kelemahan. Bagi mereka ia bukanlah kelemahan, ia suatu keistimewaan. Jika anda hanya ada seorang anak sahaja kasih sayang anda sudah tentu sepenuhnya padanya. Ini memang mencabar bagiku kerana aku adalah seorang ayah kepada kembar tiga, Nara, Nari dan Lemar.
"Sayang, kita namakan mereka bertiga sebagai Nara, Nari dan lemar" ucapku pada sang isteri tercinta.
Dia memberikan aku senyuman manisnya. Wajah pucatnya tadi sudah menghilang.
"Cantik nama yang sayang bagi, sayang sangat sukakannya" balas isteriku.
"Walaupun, sudah cergas Nia kena minum herba yang Mak Bidan bagi tu" ujar mertuaku mencelah.
"Baik bu" balas isteriku ringkas.
Ketiga-tiga kembar kami sangat comel, mempunyai mata yang besar nampak seperti ibunya. Mereka berkulit cerah. Namun aku perasan ketiga-tiganya mempunyai tanda lahir (bana) yang sama di bahagian paha dekat dengan lutut. Tanda lahir tersebut berbentuk tiga titik.
Wajah ceria isteriku membuatkan aku sangat rasa bahagia. Dengan wajah ayunya yang selalu melekakan aku tatkala memandangnya. Dia sentiasa cantik di mataku biar dalam apa situasipun.
"Kenapa sayang pandang macam tu?" tanya isteriku.
"Sayang saja nak tatap wajah awak yang comel macam anak-anak kita tu" balasku.
"Sayang seronok kan, dapat tiga terus, meriah kita nanti bila mereka dah besar kan sayang?" ujar si dia.
Aku pula membayangkan kenakalan budak-budak tu yang mungkin ada aksi kejar mengejar mengawal kenakal mereka. Perh...camna nak jaga kembar tiga ni.
Kalaulah ibu dan ayah ada melihat cucu kembar mereka ni, apakah agak reaksi mereka berdua? Terasa juga perasaan ini tiba-tiba sentimental. Rasa ingin juga nak lihat macam mana mereka berdua menyambut cucu mereka. Dalam hatiku memasang niat untuk menunjukkan pada mereka. Tapi, aku sudah meninggal bagi di dunia sana.
Isteriku Siluman Ular III
26. Membesar
10 Tahun kemudian...
Dalam tempoh itu, kami hidup bahagia. Biarpun terkadang berdepan dengan kenakalan anak-anak ku lebih lagi si Lemar tu. Selain itu juga, aku dan anak-anak mempelajari banyak tentang gaya hidup sebagai warga bunian. Nak kata menguasai segalanya tak juga. Aku pula sudah berumur 38 dan isteriku adalah 36 tahun.
Selain itu, isteriku pernah membawa mereka bertiga bertemu ibu dan ayah di dunia manusia. Ibuku sangat gembira bertemu mereka berempat. Dia memang tidak tahu tentang aku, sedangkan aku pada masa yang sama selalu juga menjenguk mereka berdua. Aku terpaksa menggunakan tonik halimunan. Demi melepaskan kerinduan pada ibu dan ayah.
Ibu dan ayah hidup selesa juga. Mereka mendirikan rumah baru. Hidup lebih selesa. Ayahku menggunakan dengan bijak batu permata yang aku serahkan dulu. Dia tidak pernah bermasalah. Ayah buat-buat dia kena loteri, untuk mengaburi mata orang kampung berkenan permata yang disembunyikan di kebun. Malah ayah tidak menunjuk-nunjuk dan hidup dalam kesederhanaan.
Tidak seperti Nara dan Nari, Lemar lebih suka datang ke dunia manusia. Sikap keras kepala si Lemar ni juga selalu memujuk ibunya bertemu dengan atuk dan neneknya di dunia manusia. Nara dan Nari anak perempuan yang sangat patuh dengan ibunya. Lemar pula selalu buat pasal dan dia sangat cergas dan cerdas. Dia juga bijak serta licik. Pernah dia mengenakan kedua-dua kakak kembarnya, Sehingga mereka berdua yang jadi mangsa dimarahi ibunya.
Memang berbeza dengan watak kakak-kakaknya, Lemar cepat bosan dengan suatu perkara yang kurang mencabar baginya. Setakat ni, hanya aku yang boleh mengawal sikap hyper Lemar. Harapkan ibunya, memang takla, ibunya manjakan dia sebabnya dia paling bongsu. Atuk dan neneknya yang di sini pun sama, sentiasa manjakan dia. Badan dia calar sana sini disebabkan perangai aktifnya. Suatu benda yang bagus tentangnya adalah ketajaman minda dia berfikir.
Oleh sebab dia sangat aktif dan bijak, aku hantar Lemar menyertai atuk pada umur 7 tahun. Kerana di sana dia boleh mereka sesuatu yang dia minat. Atuk banyak peralatan yang mampu menjana kreativitinya. Atuk pula, apalagi seronok dapat menjadikan Lemar sebagai anak muridnya.
"Sudah lama juga kita tinggal bersama atuk, mungkin masanya kita bawa Lemar balik, sayang rindu dengannya sayang" ujar isteriku menyatakan kerinduannya pada Lemar.
"Ya, 3 tahun sudah dia bersama atuk, esok kita bawa dia balik, itu pun kalau dia mahu" balasku.
Dalam tempoh tiga tahun tu bukan tak pernah jenguk dia di sana. Tapi kami membiarkan dia bersama atuk, kerana tidak mahu dia asyik nak minta jenguk atuk dan neneknya di dunia manusia.
Isteriku Siluman Ular III
Isteriku Siluman Ular III
27. Bersemangat
Awal pagi dua anak perempuanku sudahpun bangun dan bersiap kerana mereka berdua tahu akan ke rumah moyang mereka iaitu atukku. Mereka berdua melompat kegirangan sehingga mengejutkan aku di pagi tersebut. Mereka pasti curi-curi dengar perbualan aku dan ibu mereka malam tadi ni.
Kalau sebut nak berjumpa atukku, anak-anakku memang sangat gembira. Mereka memang teruja nak ke sana. Tak tahu la apa yang mereka sangat seronok berjumpa orang tua tu? Mujurlah kami hidup di alam bunian, atuk dapat merasa umur yang lebih panjang. Sekarang atuk berumur 88 tahun. Atuk masih nampak sama, malah makin nampak muda. Entah apa tonik yang direkanya membuatkannya tidak nampak seperti usianya.
"Ayah kita pergi rumah moyang arini kan?" tanya Nara padaku yang masih mamai baru bangun.
Matahari pun belum menyusul lagi. Mereka berdua dah bersiap packing barang nak ke sana. Semangat betul Nara dan Nari. Balik pada mereka berdua, Nara yang banyak cakap, Nari pula lebih senyap. Itu beza kedua-dua anak perempuan ku. Dari segi wajah sama, iras-iras wajah ibu mereka.
"Iya, kita pergi rumah moyang hari ini, tapi kan masih awal lagi ni" ujarku masih menggosokkan mataku.
"Cepat la bangun ayah, kita jumpa moyang, pakcik Tiko, makcik Nima, Miki, Fanni dan adik Lemar" ujar si manis Nara.
"Ye la, ye la ayah bangun la ni, dah mandi ke kamu berdua?" tanyaku.
"Tinggal nak pergi rumah moyang je ayah" balas Nari pula.
"Ibu mana?" tanyaku.
"Ibu tunggu ayah je la" balas Nara. Alamak semuanya bersemangat betul. Isteriku masuk ke bilik mendengar kekecohan anaknya membangunkan aku. Isteriku senyum melihat gelagat dua anaknya memaksa aku bangun.
"Kita bertolak selepas tengahari la boleh?" saja aku mengusik anak-anak perempuanku.
"Ala ayah, kita pergi pagi ni juga la" desak Nara.
"Ayah pleaseee" ujar Nari.
"Eh, eh sapa ajar cakap pleaseee ni?" tanya ku dengar bahasa dunia manusia.
"Selalu dengar ibu cakap macam tu" balas Nari.
Matahari pun masih tidur. Mereka berdua ni betul-betul semangat pula.
"Ala sayang, ibu pun mereka juga yang bangunkan tadi" ujar isteriku sambil tersenyum memerhatikan kerenah anaknya.
Nampak gayanya aku terpaksa bangun juga.
"Nara, Nari sediakan minuman buat ayah dulu" arahku.
Kedua-duanya mengangguk dan berlari keluar ke dapur. Manakala aku bangun untuk mandi dan bersiap.
Selesai sarapan pagi tersebut, kami berempat pun bertolak ke rumah atuk. Sepanjang jalan tu, penat aku dan isteriku menjawab soalan keletah puteri-puteri kami yang comel ni. Apa saja yang dilihat mereka berdua pasti punca soalan. Ada yang aku tahu aku boleh jawab, begitu dengan ibu mereka yang sentiasa kelihatan ceria melayan soalan ingin tahu anak-anak.
Isteriku Siluman Ular III
28. Pencuri
Sudah berdekatan dengan pasar bunian. Anak isteriku kelihatan sangat ceria. Pasar yang pelik dan bermacam-macam ada. Aku tidak mahu terpengaruh lagi untuk membeli permata lagi. Kami berempat akan melimpasi pasar ini untuk ke rumah atuk.
Sesampai di pintu gerbang kedengaran riuh rendah.
"Kejar budak tu! Pencuri!" kelihatan seorang lelaki berbadan gemuk sedang mengejar dua orang budak yang lebih kurang sebaya.
Dua orang budak itu terus berlari membawa barang curi. Entah bagai mana aku terdetik untuk mengetahui apa yang sedang berlaku. Aku mengarahkan isteriku dan anak-anak ku pergi mendahului pergi ke rumah atuk.
Aku melihat dua orang budak yang dikejar tadi bersembunyi di sebalik semak berdekatan. Wajahnya tidak kelihatan, kerana mereka menutup muka. Aku terus mengekori dua orang budak itu. Lelaki yang mengejar mereka tadi berputus asa dan balik semula. Langkah dua orang budak itu terus aku ekori.
Sampai di sebuah kawasan, aku lihat ada beberapa orang budak lain. Nampak seperti pengemis jalanan kerana pakaian yang digunakan agak lusuh. Mereka berdua memberikan makanan kepada anak-anak jalanan itu tadi. Kemudian dua orang budak itu bergerak ke belakang tembok. Mereka mengantikan pakaian mencuri tadi dengan pakaian biasa. Sedang mereka berdua leka. Aku rapati mereka dari belakang.
"Berani kamu mencuri ye" ujar aku sambil menangkap telinga mereka dan ku cubit dengan ketat agar tak terlepas.
Mereka berdua berpaling padaku.
"Ayah?" ujar salah seorang.
Aku pun amati wajahnya. Alamak Lemar anak aku. Dan Sorang lagi adalah Timo anak kepada Tiko dan Nima. Patutlah aku tergerak hati nak kejar. Aduh bila masa aku mengajar anak aku mencuri ni?
Pangg....Panggg...kedua-dua mereka ku lempang.
"Tunggu dulu ayah, kami buat macam tu bukan untuk kami" ujar Lemar.
"Ya pak cik, kami buat semua tu untuk anak yatim" ujar Timo pula.
"Balik rumah atuk dulu, kat sana kamu berdua cerita" tegas ku.
"Betul yah, kami lakukan benda tu untuk mereka" ujar anakku Lemar.
"Diam ayah tak mahu dengar, balik rumah atuk sekarang" jerkah ku yang sangat geram dengan mereka berdua.
Tanganku kekal pada telinga mereka berdua. Aku heret dua budak tu dengan terus menarik telinga mereka. Sampai kat suatu lorong aku terus meredakan dengan melepaskan tarikan pada telinga mereka. Kedua-dua mereka terus menolak aku sehingga aku terjatuh. Dan kami bertiga bergelut. Kedua-duanya bekerja sama. Aku pula yang kena ikat dan mulutku ditutup dengan kain.
Isteriku Siluman Ular III
29. Diikat
Mulut aku masih disumbat dengan kain. Kelincahan dua orang budak tu membuatkan aku ditewaskan mereka berdua. Tadi aku yang menarik telinga mereka berdua, kini aku pula kena. Aku lepas nanti siap la kau berdua. Kurang ajar betul punya budak, dahla mencuri aku pula diikat macam tu jer oleh mereka berdua. Macamana la atuk jaga budak dua ekor ni?
"Ayah, tolong dengar penjelasan Timo dan Lemar dulu ayah ya!" ujar Lemar masih termengah-mengah.
Mulut aku masih disumbat dengan kain.
"Moyang suruh kami berdua ke pasar cari barang untuk ditukar" tambah Timo.
Aku tak dapat bercakap. Takkan atuk ajar kamu berdua mencuri dalam hatiku berkata. Aduh macamana budak ni boleh rosak macam ni?
"Ayah nampak budak-budak sana tu?" tanya Lemar.
Dan budak-budak tu bergerak ke arah kami bertiga. Aku mengangguk saja.
"Kami bedua memang selalu datang ke pasar ni, dan kami nampak mereka susah dan miskin" kata si Timo. Timo ni muda setahun dari Lemar.
"Kami hanya bantu bagi mereka makanan, tu jer yah" tambah Lemar. Kalau ya pun jangan la mencuri adoi la budak ni.
"Ya pakcik, mereka hanya bagi kami makanan dan selalu bagi kami ubatan" ujar salah seorang budak perempuan yang ada di situ.
Aduh tak sangka juga masih ada pengemis di pasar bunian macam ni.
"Ayah janji takkan cerita dengan Moyang kami buat macam ni, baru kami buka ikatan ni" ujar Lemar.
Lemar menarik keluar kain yang disumbatnya padaku. Aku mati kutu, aku ikut jer arahan mereka macam bodo je. Tangan aku masih terikat.
"Ayah janji dulu, tak besar-besarkan perkara ni" ujar Lemar.
Aku pula diugutnya.
"Kalau ya pun nak bantu orang, jangan la mencuri bangang!" aku memang masih marah.
Mana tak marah. Anak sendiri buat kerja gila macam tu.
"Ayah kami bukan mencuri, kami dah letak barang pertukaran dengan orang tu tadi" ujar Lemar.
"Ya, Pakcik, tapi barang tu tiba-tiba jatuh dan terus rosak, tu yang kami berdua lari terus" jelas Timo.
"Macam ni yah, ayah janji dulu boleh!" ujar Lemar.
"Baikla, buka ikatan ni" balasku cuba menyembunyikan amarahku.
"A a ayah jangan tipu" ejek Lemar.
Adui melampau betul anak aku ni.
"Baik ayah janji akan rahsiakan" balasku.
Barulah mereka berdua buka ikatan. Heiii geram betul aku dalam hati. Budak ni betul-betul licik.
"Terima kasih abang Lemar dan abang Timo" ujar budak-budak tu.
Muskil aku, apa benda yang mereka ni buat sampai budak-budak tu cakap macam tu. Malah mereka tahu nama mereka berdua. Kami bertiga pun balik bersama-sama ke rumah atuk.
"Ayah, Lemar dan Timo minta maaf sebab ikat ayah tadi, kami buat begitu sebab nak jelaskan pada ayah yang kami bukan bukan buat salah" ujar Lemar.
Atuk-atuk, engkau bagi budak Lemar ni buat kerja pergi pasar ni buat apa? Atuk tak kenal budak ni ke?
Isteriku Siluman Ular III
Isteriku Siluman Ular III
30. Diuji
Sambil berjalan menuju ke rumah atuk, kami bertiga bersembang. Aku betul-betul rasa pelik dengan perangai anak lelaki ku ini dan juga anak si Tiko ini. Perangai buas, nakal, tapi cerdik. Apa nak jadi dengan engkau ni Lemar, Lemar.
"Kalau kamu berdua bukan mencuri kenapa pulak lepas lari tu kamu berdua buka pakaian dan tukar pakai pakaian lusuh pula?" tanya ku musykil.
"Yah, pakaian tu kami bagi kat budak-budak tu, kat rumah kami nak simpan banyak-banyak pakaian buat apa? dah besar sikit tak boleh guna dah" jawab Lemar selamba.
"Apa benda kamu berdua ni buat sebenarnya?" tanya ku lagi.
"Kami kesian kat budak-budak tu" jawab Timo.
"Memang selalu mencuri ke kamu berdua ni?" tanyaku lagi.
"Mana mencuri yah, kan dah cerita tadi tu, benda tu jatuh pecah, jadi kami lari la" jawab Lemar mempertahankan dirinya.
"Orang tu salah faham dah sebenarnya, kami berdua takut dan lari, sebab takut kena belasah dengan laki berbadan besar tu pakcik" jelas si Timo pula.
"Lain kali jangan buat hal macam tu lagi tau, kalau ibu tau pasti dia sedih" aku sengaja main sentimen perasaan pada Lemar.
"Apa ibu nak sedih, Lemar bukan buat salah, Lemar bantu orang susah yah" balas Lemar semacam tak puas hati.
"Lemar, kalau kita tak buat salah kenapa perlu lari macam tadi?" sengaja aku korek ingin tahu jawapan dia.
"Kalau Lemar tak lari, percuma buta kena belasah kat situ" balasnya spontan.
"Sapa dulu lari?" tanya ku pada mereka berdua.
"Saya" balas Lemar.
"Tak, sayalah bukan Lemar" sampuk Timo.
Eleh masing-masing nak pertahankan kawan. Setiakawan sangat la konon.
"Kalau mcam tu ayah nak uji kesetiaan kamu berdua, kamu berdua hanya perlu jawab ya atau tidak, jangan dipersoalkan soalan ayah faham" ujar ku.
Mereka berdua hanya mengangguk.
"Baik, katakanlah kamu berdua sesat di hutan, oleh kerana kelaparan, kebetulan kamu berdua jumpa sebiji limau, adakah kamu berdua akan bahagikan?" tanyaku.
"Ya" keduanya menjawab serentak.
"Bagus, soalan seterusnya, kamu berdua jalan lagi, lepas tu jumpa sebiji tembikai, kamu berdua bahagikan tak?" tanyaku lagi.
"Ya" balas mereka berdua serentak.
"Bagus, ini soalan terakhir, jalan lagi kemudian jumpa taik kucing, adakah kamu akan kongsikan?" tanyaku.
"Tidak" jawap mereka berdua serentak.
"Kamu berdua tamak nak makan sorang-sorang taik kucing tu" jelas ku mengenakan mereka berdua.
Mereka berdua pun bergelak bersama rasa diri dikenakan. Tidak berasa kami sudahpun hampir sampai di rumah atuk.
Isteriku Siluman Ular III
31. Lemar dan Timo
Kedatangan kami disambut baik oleh penghuni rumah atuk. Kelihatan Nara dan Nari sedang sibuk mendengar atuk bercerita sebagai penglipurlara buat mereka berdua. Dua puteriku itu sangat asyik dengan kisah yang diceritakan atuk.
Isteriku pula, macam biasa dengan geng perempuannya. Timo dan Lemar buat muka selamba. Mereka ke belakang rumah bermain dengan busur dan anak panah. Kira yang tak sibuk hanya Tiko. Tiko bersembang denganku di ruang tamu.
"Tiko, macamana perkembangan Timo dan Lemar sepanjang tiga bulan ni?" tanyaku membuka topik.
Isteriku Siluman Ular III
31. Lemar dan Timo
Kedatangan kami disambut baik oleh penghuni rumah atuk. Kelihatan Nara dan Nari sedang sibuk mendengar atuk bercerita sebagai penglipurlara buat mereka berdua. Dua puteriku itu sangat asyik dengan kisah yang diceritakan atuk.
Isteriku pula, macam biasa dengan geng perempuannya. Timo dan Lemar buat muka selamba. Mereka ke belakang rumah bermain dengan busur dan anak panah. Kira yang tak sibuk hanya Tiko. Tiko bersembang denganku di ruang tamu.
"Tiko, macamana perkembangan Timo dan Lemar sepanjang tiga bulan ni?" tanyaku membuka topik.
"Atuk mengajar mereka berdua makna setiakawan, mereka berdua lebih rela didenda bersama, sehingga kami tidak mengetahui siapa yang buat salah" jelas Tiko.
Itulah sikap mereka berdua aku tengok semasa di pasar tadi.
Tiko terus bercerita tentang budak-budak tu. Dia kagum mereka berdua dapat menguasai apa Yang diajar oleh atuk. Baik membaca, mengira dan menyelesaikan masalah. Mereka berdua tu memang berbakat. Seperkara lagi, pendirian mereka juga tinggi. Keduanya berfikiran tajam.
"Lana tahu, setiap pagi mereka berdua akan ke pasar, dan mereka akan membantu kanak-kanak terbiar" jelas Tiko.
Tiko terus bercerita tentang budak-budak tu. Dia kagum mereka berdua dapat menguasai apa Yang diajar oleh atuk. Baik membaca, mengira dan menyelesaikan masalah. Mereka berdua tu memang berbakat. Seperkara lagi, pendirian mereka juga tinggi. Keduanya berfikiran tajam.
"Lana tahu, setiap pagi mereka berdua akan ke pasar, dan mereka akan membantu kanak-kanak terbiar" jelas Tiko.
Tiko menjelaskan dia pernah mengekori dua budak tu sepanjang hari. Setiap Kali balik mereka akan guna pakaian lusuh. Mulanya mereka menyangka budak-budak tu bermain lumpur. Rupanya mereka berdua mendermakan pakaian buat budak-budak miskin di pasar.
Atuk membiarkan mereka terus melakukannya. Sampai satu tahap mereka kehabisan pakaian sendiri. Maka atuk mengajar mereka menghasilkan sendiri pakaian. Ingatkan mereka berdua putus asa mendermakan pakaian. Malahan mereka berdua lebih bersemangat menghasilkan sendiri pakaian untuk didermakan.
Kadang-kadang budak berdua tu berburu sendirian. Hasil buruan, kulit binatang tu mereka sendiri keringkan buat sesuatu yang mereka nak reka. Atuk sangat menggalakkan mereka menjana kreativiti. Banyak juga kemahiran budak-budak tu dapat berguru dengan atuk.
Isteriku Siluman Ular III
32. Dilema
Atuk membiarkan mereka terus melakukannya. Sampai satu tahap mereka kehabisan pakaian sendiri. Maka atuk mengajar mereka menghasilkan sendiri pakaian. Ingatkan mereka berdua putus asa mendermakan pakaian. Malahan mereka berdua lebih bersemangat menghasilkan sendiri pakaian untuk didermakan.
Kadang-kadang budak berdua tu berburu sendirian. Hasil buruan, kulit binatang tu mereka sendiri keringkan buat sesuatu yang mereka nak reka. Atuk sangat menggalakkan mereka menjana kreativiti. Banyak juga kemahiran budak-budak tu dapat berguru dengan atuk.
Isteriku Siluman Ular III
32. Dilema
Waktu tengahari sudah tiba. Semua mula berkumpul di meja bulat di ruang dapur atuk yang nampak seperti sebuah meja mesyuarat. Bersiap sedia untuk makan. Makanan dihidangkan sudah tidak asing lagi. Isteriku duduk disampingku. Kedua-dua puteriku duduk di sebelah kiri dan kanan atukku. Manja mereka berdua dengan moyangnya.
Semua sedang menikmati makanan masing-masing. Timo dan Lemar sentiasa duduk sebelah menyebelah. Dua sahabat itu bagai tidak dapat dipisah. Sangat akrab.
"Tuk, kami datang nak jemput Lemar pulang sebenarnya" ujarku berterus terang.
"Atuk tak kisah, cicit Lemar nak berada di mana pun kira bagus, asalkan dia pandai jaga dirinya" balas atuk.
Semua kembali menyuap diri masing-masing.
"Kalau Lemar nak jenguk atuk dan nenek kat dunia boleh ke ayah?" soalan yang paling aku tak suka.
Aku tahu Lemar akan tanya juga soalan ini. Harusku jawab macamana? Kalau dijawab ya, dia pasti seronok balik. Tapi kalau dijawab tidak, ibunya pasti kecewa Lemar pasti memilih untuk tinggal dengan moyangnya.
"Kita tengok keadaan, jika masa dan waktunya sesuai kita akan jenguk mereka" balasku memilih jalan tengah.
"Tapi Lemar nak Timo ikut sekali boleh ke ayah?" tanya Lemar lagi.
Soalan ini pula rasanya bukan aku yang perlu jawab, tapi Tiko dan Nima. Aku memandang ke arah Tiko dan Nima yang semacam tak tahu jawapan apa yang perlu dijawab.
"Bu, ayah, izinkan Timo pergi bersama Lemar ya?" tanya Timo meminta izin pada ayah dan ibunya.
Mereka berdua seperti berat untuk bersuara. Aku faham perasaan tersebut lebih-lebih si Nima.
"Biarkanlah Timo pergi bersama Lemar" atuk menyokong idea dua budak itu.
"Terima kasih moyang" ucap Timo dan Lemar serentak.
Dua budak ni memang seronok la. Yang tak seronok tu adalah si Nima tu, mata dia sudah merah nampak seperti sudah mahu terkeluar air mata. Payah ibu-ibu ni. sikit-sikit sensitif. Macamlah anak tu akan berpisah terus dari mereka.
Nima bangun dari tempat duduknya dan berlalu pergi entah ke mana. Apa yang pasti biliklah arahnya. Tiko juga bangun dan mengikuti langkah isterinya. Manakala yang lain semua diam seribu bahasa. Bagaikan sedang menghayati sebuah drama sedih. Miki dan Fanni turut bangun juga.
"Hei hei, semua ni sapa nak kemas?" sampuk atuk.
Menyebabkan Miki dan Fanni kembali duduk.
Aku tak kesah kalau Timo ikut sama. Aku dia sahabat anakku. Nima dan Tiko kembali ke ruang dapur.
"Tuk, izinkan kami berdua pun pergi ke sana juga" ujar Tiko mewakili keluarganya.
"Ikut korang lah, korang tahu apa nak buat" balas atuk.
Nima dan Tiko tersenyum lebar mendengar jawapan atuk. Semua kembali ceria.
Isteriku Siluman Ular III
33. Perjalanan Pulang
Cuaca sangat cerah, tiada petanda hujan atau cuaca buruk akan berlaku. Dengan itu, mungkin sesuai kami berjalan pulang semua ke kampung halaman isteriku. Atuk pun sudah membenarkan semuanya. Maka, kami tidak menyimpan rasa bersalah untuk kembali.
"Atuk, cuaca nampak elok, mungkin kami akan bertolak balik petang ni" aku memaklumkan pada atuk.
"Kamu kena jaga dua budak tu elok-elok, mereka masih muda dan rasa ingin tahu mereka sangat tinggi, lebih-lebih lagi si Lemar tu" pesan atuk padaku.
"Ya tuk, Lana akan cuba yang terbaik" balasku.
Aku sedar Lemar bukan seorang anak yang senang dikawal.
Semuanya sudah siap berkemas. Apapun memberi peluang pada semua mengucapkan selamat tinggal dan selamat jalan kepada masing-masing. Isteriku, Nima, Miki dan Fanni kelihatan berpelukan dengan masing-masing. Mereka sangat akrab, dan sentiasa seronok bertemu. Perpisahan kali ini bukanlah perpisahan selamanya. Itupun kerana si Nima yang keberatan berpisah dengan anaknya Timo, menjadikan mereka sekeluarga menyertai kami balik.
Selesai aksi berpelukan, kami memulakan langkah meninggalkan rumah atuk. Mereka saling melambai seiring dengan langkah kaki sehinggalah masing-masing tidak kelihatan. Lemar dan Timo jalan mendahului kami semua. Bersemangat sungguh mereka. Aku yang kerisauan kerana di rumahku masih serba kekurangan. Tidak seperti rumah atuk lengkap dengan segala yang mereka mahukan.
Sepanjang perjalanan balik, semuanya sangat ceria. Apalagi isteriku memang seronok dia ada kawannya Nima tu. Dalam perjalanan pun mereka berdua yang melayan karenah puteri-puteri kami. Aku dan Tiko pula paling belakang, memerhatikan kerenah mereka semua.
"Tiko, sapa yang memulakan luahan kasih sayang kamu berdua?" tanya ku pada Tiko.
Tiko tersengeh.
"Kebetulan atuk, Miki dan Fanni ke pasar masa tu, tinggal kami berdua di rumah" jelas Tiko.
"Hermm macam menarik jer, apa berlaku lepas tu?" ujarku memberi semangat Tiko menceritakan bagaimana permulaan kisah cintanya dengan si Nima tu.
Tiko menceritakan kisahnya. Di saat itu, Tiko sedang berada di bilik bacaan. Nima datang membawakannya minuman. Semasa membawa minuman tersebut, Nima leka memandang ke arah Tiko. Disebabkan keterlekaan tersebut, Nima tersadung kaki dan terjatuh ke arah Tiko. Tiko yang perasan situasi tersebut segera menyambut Nima daripada jatuh, namun tidak sempat dan sehingga menyebabkan kedua-duanya jatuh dan Nima menghempap badan Tiko.
Isteriku Siluman Ular III
34. Kisah Nima & Tiko
Kami tidak singgah di pasar bunian. Kami hanya melimpasi sahaja pasar tersebut. Sebolehnya kami nak segera sampai ke rumah. Aku kira nak berehat. Aku terus mendengar cerita si Tiko sambil mengawasi mereka yang di hadapan kami berdua. Tiko menyambung apa yang terjadi selepas itu.
Menariknya Nima jatuh secara bertentangan muka dengan Tiko. Muka Nima kemerahan menahan malu. Mereka berdua membiarkan saat itu berlaku seketika. Tiada siapa yang bergerak dulu. Tangan Tiko kebetulan sedang berada dipinggang Nima.
"Pada waktu itu Tiko dapat merasakan debaran jantung ni kencang bang Lana" jelas Tiko merasakan hatinya terasa suatu yang unik.
Setelah beberapa ketika, Nima bangun dari badan Tiko dan mereka mengatur pakaian masing-masing kerana merasa tiba-tiba kekok dengan situasi tadi.
"Entah macamana bang Lana, Tiko terasa nak luahkan perasaan terus masa tu" ujar Tiko menceritakan pengalamannya.
Dia terus menyatakan dirinya menyukai dan mencintai Tiko. Nima mendengarnya terus memeluk badan Tiko dan membisikkan rasa yang sama.
Selepas kejadian itu, mereka berdua minta kebenaran atuk untuk menjadi suami isteri. Atuk nikahkan mereka berdua dalam majlis serba ringkas. Sehinggalah mereka melahirkan Timo. Timo bagi mereka berdua adalah lambang cinta mereka. Mereka sehingga kini saling mencintai masing-masing. Aku dan isteriku tumpang gembira dengan hubungan mereka.
Tidak berasa kami sudah menghampiri rumahku. Sembang dengan Tiko mendengar kisah percintaan mereka melayapkan juga. Apapun itu adalah kisah mereka. Senja sudah mula menenggelamkan matahari. Sampai di rumah, Nia dan Nima terus menjalankan tugas di dapur ditemani puteriku Nara dan Nari. Sementara Lemar dan Timo bermain diluar. Aku dan Tiko bersembang di ruang tamu.
Aku pergi memetik buah-buahan untuk semua. Kebun depan rumah jer. Aku pun dah kira hebat berkebun, kebun ku serupa taman peranginan. Dipenuhi bunga sana sini. Hal itu juga menyebabkan aku dan isteri tidak jemu mengusahakan kebun. Berkebun sambil menikmati keindahan alam.
Selesai makan malam, masing-masing berehat dan bilik, menunggu mata terlelap. Semua senyap, mungkin keletihan agaknya.
"Sayang, awak letih ke hari ini?" tanya ku pada sang isteri yang sentiasa cantik dan tidak pernah lupa dengan senyuman manisnya.
"Letih la juga, kenapa sayang?" balas isteriku.
"Terasa nak menambah anak lagi la" aku berseloroh dengan isteriku.
"Awak tahu kita mana dapat buat anak dah, ops.....sayanggggg...awak nakal la" balas isteriku menunjukkan muka geramnya faham niat dalam mindaku.
Isteriku Siluman Ular III
Isteriku Siluman Ular III
35. Hilang
Kicauan burung bagaikan di tepi telingaku. Aku bangun. Hari sudah siang. Aku sorang ke terawal bangun ni? Isteriku kelihatan masih nyenyak tidur di sebelahku. Kepenatan ibu Nara ni kot? Biarpun dalam situasi tidur, keayuan isteriku tetap menyerlah. Leka aku memandangnya.
Tok! Tok! Tok! pintu bilikku diketuk.
"Abang Lana, Timo dan Lemar hilang" ujar Nima diluar pintu bilik kami.
Aku bingkas bangun dan segera membuka pintu. Nima tercegat depan pintu dengan muka cemas.
"Mereka tiada di luar rumah ke?" tanyaku untuk kepastian.
"Tak ada bang, saya dan suami dah cari mereka sekitar rumah dan kebun tadi" jelas Nima dengan suara terketar-ketar.
Alamak! Mana budak ni pergi? Lemar ni biar betul. Isteriku turut terjaga dari lenanya kerana mendengar kekecohan tersebut.
"Saya rasa mereka berdua pergi ke dunia manusia, Lemar tahu ke cara nak pergi ke alam manusia sayang?" tanyaku pada isteri.
"Kenapa dengan Lemar sayang?" isteriku yang masih kelihatan mamai kerana baru saja bangun.
"Lemar dan Timo hilang" jelasku separa menjerit.
"Apa?" tanya isteriku terus bangun dari tempat baringnya.
"Kalau ikutkan dia tidak tahu cara pergi sana, setiap kali bawa mereka ke sana mata dia ditutup" jelas isteriku.
"Kalau dia pergi sana, dia pasti tak tahu macamana nak balik ke sini kan?" tanyaku lagi.
Budak ni degil betul, tak sabar betul dia nak jumpa atuk dan neneknya di dunia manusia.
"Tiko, awak ikut saya, Nia, Nima jaga rumah dan puteri kita" ujarku.
Aku pun mengapai beg kulit yang di dalamnya ada pelbagai tonik khas. Kami pun segera berjalan menuju ke rumah mertuaku terlebih dahulu.
Sampai di rumah mertuaku, kebetulan mertuaku baru nak turun ke kebun.
"Ayah ada nampak Lemar dan Timo ke?" tanyaku.
"Awal pagi tadi mereka berdua datang ke sini dan bersarapan bersama, kenapa nak?" penjelasan berserta soalan pendek dari ayah mertua.
"Mereka berdua hilang yah, mungkin mereka masuk ke alam manusia" jelasku.
"Jangan dibiarkan mereka pergi ke sana sendirian nak" ujar ayah mertua.
Ayah mertua bersiap dan menyertai aku dan Tiko untuk mencari mereka. Langkah kami bertiga laju menuju ke arah pokok besar tersebut. Oleh kerana sudah beberapa bulan tidak melalui jalan itu, kelihatan pokok itu baru saja ditebang.
"Alamak, macamana ni ayah? Pokok tu sudah ditebang" tanyaku cemas.
Ayah mertua ku senyap seketika. Tiko dan aku, masing-masing sudah mengelabah.
Isteriku Siluman Ular III
Isteriku Siluman Ular III
36. Rancangan Ayah Mertua
Kami bertiga terpaksa berpatah balik. Ayah mertua aku perlu melakukan sesuatu terlebih dahulu katanya. Gerak hatinya merasakan sesuatu telah berlaku di dunia Manusia melibatkan cucunya. Aku akur dengan aturan ayah mertuaku.
Sesampai di rumah mertuaku, dia mengajak aku dan Tiko ke suatu ruangan bilik khas.
"Nak, kita perlu tunggu lewat malam, kamu berdua perlu bersabar" ujar ayah mertua.
"Apa yang perlu kita lakukan ni yah?" tanyaku ingin tahu perancangannya.
"Ayah cuba lihat dulu dari bebola peninjau, kita perlu tahu apa yang sebenarnya berlaku menyebabkan pokok itu ditebang" jelas ayah mertua. Aku dan Tiko hanya mengangguk patuh dengan ayah mertua.
"Apapun Lana perlu balik dulu nanti dan sediakan tonik dan segala apa yang perlu, siapkan tonik halimunan secukupnya" arah ayah mertua.
"baik yah" balasku.
Sambil itu, ayah mertua menyelak kain putih yang menutup sesuatu di atas meja di tengah ruang bilik gelap itu. Kelihatan sebiji bebola berwarna hitam sebesar bola baling. Bebola tersebut kelihatan seperti guli yang besar dan seakan-akan ada pergerakan asap berwarna kuning di dalamnya.
Mulut ayah mertua terkumat kamit seperti membaca suatu mantera yang aku sendiri tidak paham bahasanya. Sambil tangannya meraba bebola tersebut. Beberapa ketika bebola tersebut seperti mula memancarkan cahaya. Ayah mertua memejamkan matanya. Apa tujuannya tidak pasti. Aku dan Tiko hanya memerhatikan sahaja.
Setelah beberapa ketika ayah mertua menjelaskan apa yang dilakukannya tadi. "Ayah nampak di mana Lemar dan Timo" ujar ayah mertua.
"Di mana mereka pakcik?" tanya Tiko.
"Anak kamu berdua berada dalam tahanan seorang bomoh, mereka dikurung dalam sangkar" ujar ayah mertua.
"Apa yang kita perlu lakukan untuk menyelamatkan mereka yah?" tanya ku sudah tidak sabar.
Ayah mertua menyatakan strateginya. Kami berdua memerikan perhatian sepenuhnya pada ayah mertuaku.
"Orang ni minta taji bunian dan tiga butir permata, seharusnya permata delima, zamrud dan nilam, kita tidak boleh bertindak sekarang, kita perlu menantikan malam" jelas ayah mertuaku.
"Mana nak dapat semua tu?" tanya Tiko.
"Jangan risau benda yang mereka minta tu ada pada ayah, cuma kita perlu berhati-hati" ujar ayah mertua lagi.
"Sekarang Lana, balik dan siapkan tonik untuk kita semua termasuk untuk dua cucu tu, kita bertolak sebelum tengah malam, kita akan guna portal lain, selebihnya serahkan pada ayah" jelas ayah mertua.
Aku menurut arahan ayah mertua. Aku dan Tiko kembali ke rumah semula.
Isteriku Siluman Ular III
Isteriku Siluman Ular III
37. Bersiap Sedia
Langkah kakiku laju balik ke rumah. Perasaanku penuh debaran. Aku sangat risaukan keselamatan Lemar dan Timo. Harap mereka berdua tidak di apa-apakan. Ini adalah cabaran pertama untukku sepanjang aku telah berada di dunia bunian ini. Aku perlu bersedia menghadapi apa saja kemungkinan akan berlaku tidak kira ia akan mengambil nyawaku.
"Bagaimana sayang, apa yang telah terjadi?" tanya isteriku.
"Sayang perlu bersiap untuk ke dunia manusia, pokok portal tu mereka telah tebang, sayang jangan risau, sayang akan bawa balik Lemar" jelasku.
"Apa? pokok portal dah kena tebang? Siapa punya angkara sayang?" tanya isteriku sememangnya cemas.
"Sayang tidak tahu, apa yang pasti Tiko, ayah dan sayang akan ke sana malam ini, sayang jangan risau ya, kami akan balik dengan selamat" ujarku menyakinkan isteriku.
Sementara itu, Tiko berusaha memujuk Nima yang dari tadi sudah berhujan airmata. Aku tidak dapat nak layan drama mereka, aku perlu siapkan tonik dan apa yang perlu secukupnya. Aku masuk ke bilik khas aku tersendiri di temani isteriku. Di situ aku dibantu isteriku menyediakan bahan seperti yang aku telah pelajari dari atuk dan ayah mertua. Buku yang dihadiahkan atuk kepadaku ku jadikan sebagai panduanku. Ramuan perlu aku lakukan dengan teliti. Jika silap nisbah dan bahannya tonik itu tidak akan membawa kesan.
Nasib baik juga isteriku juga bukan jenis cemas macam Nima walaupun aku dalam hatinya sedang bergelora. Dalam keadaan begini kami perlu tenang. Isteriku sudah pasti sudah tahu apa yang ada di mindaku. Dia tidak bertanya banyak selain membantuku. Dari pagi hingga ke petang aku dan isteriku berusaha mengekstrak bahan ramuan untuk semua jenis tonik yang diperlukan. Akhirnya segala keperluan sudah siap.
"Nima, awak jangan risau, kami akan pulang bersama dengan selamat, yakinlah pada aku dan suamimu" ujarku pada memujuk Nima yang masih tersedu sedan.
"Tolong bawa mereka balik abang Lana" rayu si Nima.
"Jangan risau, pakcik Nathir akan membantu kita ye sayang" pujuk Tiko pada isterinya.
"Nima kamu dan Nia perlu memasak dan siapkan bekal untuk aku dan suamimu supaya kami ada tenaga ke sana nanti" ujarku supaya Nima tidak fokus kepada kerisauannya.
"Masak juga bahagian untuk atuk Lemar" tambahku lagi.
"Cekalkan hati kamu Nima, kamu hanya buang masa menangis saja" ujar isteriku memujuk dengan cara yang agak keras.
"Kami tidak akan ada anak lain selain Timo, dialah satu-satunya, jika sesuatu berlaku padanya, kami tidak akan pernah ada anak lain selainnya Nia" luah Nima masih tersedu sedan.
"Tabah, sabar percayalah pada suami kita akan membawa mereka balik nanti" pujuk isteriku lagi. Kedua-dua isteri kami saling berpelukan menenangkan masing-masing.
Isteriku berhasil mengurangkan perasaan cemas si Nima. Mereka ke dapur menyediakan makanan dan bekal buat kami bertiga nanti. Selesai makan, aku dan Tiko bersiap untuk ke rumah ayah mertua pula. Kami akan mula bergerak dari sana nanti.
"Sayang tolong berhati-hati ya" ujar isteriku.
Aku memandang wajah isteriku dan ku peluk tubuhnya.
"Sayang janji semuanya akan selamat" ujarku.
Manakala Tiko juga memeluk isterinya. Kami berdua bagaikan pahlawan yang bakal ke medan perang.
Isteriku Siluman Ular III
38. Misi Penyelamatan Lemar dan Tiko
Aku dan Tiko sudah bersiap sedia. Kami berdua melangkah menuju ke rumah mertuaku. Langkah kaki dipercepatkan. Sesampai di sana, kelihatan mertuaku sudah siap menunggu di tangga. Apabila dia nampak kami berdua dia segera turun dan terus mengemudikan kami berdua berjalan pergi.
"Ada berapa portal sebenarnya untuk tembus ke dunia manusia ni pakcik?" tanya Tiko.
"Ada banyak sebenarnya, tapi kita akan guna portal yang tak jauh dari portal pokok yang ditebang tu" balas ayah mertua.
"Cara sama juga ke yah?" tanyaku pula.
"Bermacam cara sebenarnya, janji kita aktifkan portal tersebut" balas mertuaku.
Banyak cara sebenarnya untuk keluar masuk portal asalkan tahu caranya.
Setiba di tempat yang dimaksudkan ayah mertua tadi, dia menyuruh kami berdua berhenti.
"Sebelum masuk kamu berdua minum dulu tonik halimunan, biar ayah seorang yang mereka boleh nampak, kamu berdua mencari di mana cucu-cucu tu berada, bila ada kesempatan berikan mereka berdua minum tonik tu juga, dan terus bawa mereka berdua menunggu di sini" jelas ayah mertua.
Aku dan Tiko minum tonik halimunan serti arahannya. Kemuadian, ayah mertua terkumat kamit sambil tangannya seperti meraba sesuatu di udara. Sesuatu berbentuk seperti cahaya kebiruan terbentuk berputar di hadapan kami. Ku kira itu adalah portalnya.
Ayah mertua masuk ke dalam portal tersebut diikuti kami berdua. Alasan bergerak waktu malam adalah lebih sesuai kerana tidak mahu dilihat oleh manusia lain. Kami terus melangkah, mengikuti langkah ayah mertua. Setelah beberapa lama sampai di destinasinya. Ada sebuah rumah yang nampak seperti jauh dari rumah-rumah yang lain. Rumah itu adalah dalam kawasan perkampungan aku. Tapi aku tidak sedarpun kewujudan rumah papan tersebut sebelum ini.
"Bomoh ini banyak belaan, ayah perlu selesaikan makhluk belaan dia dulu" ujar ayah mertua.
Ayah mertua berjalan menuju ke rumah tersebut, ada beberapa mahluk mendatanginya. Ku kira itu adalah jebalang atau bajang. Atuk pernah menceritakan pada aku tentang makhluk yang dari dunia bunian dan dari dunia manusia. Kalau dari dunia bunian, senang sikit selesaikan. Tapi kalau makhluk asal dari dunia manusia payah sikitla.
Ku perhatikan dua makhluk itu cuba menerpa ke arah ayah mertua. Tapi mereka tidak mampu mendekatinya. Ayah mertua seperti bercakap sesuatu pada kedua makhluk tersebut.
"Jangan kamu sesekali bersekongkol dengan kejahatan manusia, baliklah ke asalmu, aku bebaskan kamu dari ikatan khadam darinya" ujar ayah mertua.
Kedua makluk tersebut kemudian menghilang.
Ayah mertua melangkah dekat lagi dengan rumah itu. Kali ini beberapa makhluk lain kelihatan seperti pontianak. Ya memang pontianak, dia mengilai sehingga meremangkan bulu romaku. Tiga makhluk pontianak mendekat ayah mertua. Sekali lagi dia terkumat kamit. Ketiga makluk itu mengelilingi ayah mertua. Mereka kelihatan seperti mahu mencekik ayah mertua. Tiba-tiba ayah mertua jatuh tertiarap. Kami berdua cemas.
Isteriku Siluman Ular III
39. Kehebatan Ayah Mertua
Baru sahaja pontianak-pontianak itu mahu menerkamnya, ayah mertua bangun semula dengan tenang. Aku dan Tiko baru saja nak menerpa.
"Tenang, ayah tersadung kaki tadi, tu yang terjatuh" ujar ayah mertua tahu apa yang dalam minda kami berdua yang cemas.
"Wahai pontianak, tidak usahlah menggangguku, kalian pergi la mandi dulu, busuk!" ujar ayah mertua. Pontianak itu terus mengilai.
Seram.
"Apa yang kamu dapat membantu kejahatan manusia ni?" tanya mertuaku pada makhluk itu.
Tatkala itu, ketiga pontianak itu berubah rupa jadi tiga gadis berkemban yang cantik.
"Tolonglah kami putuskan ikatan dengan dia" ujar salah seorangnya.
Eh lupa pula nak bagi tahu, semua itu nampak jelas sebab bulan penuh, Jadi nampak la walaupun samar.
Ayah mertua terkumat kamit lagi.
"Terima kasih pakcik" ucap tiga gadis pontianak tadi.
Kemudiannya mereka menghilang. Oleh kerana tidak puas hati semua makhluk belaannya ditumpaskan ayah mertua, akhirnya bomoh itu sendiri keluar. Gayanya tampak sangat marah dan mendengus. Namun ayah mertua tetap tenang. Perh, hebat betul ayah mertua.
"Cari cucu dan buat apa yang patut" arah ayah mertua.
"Tiko kamu pergi cari mereka berdua, aku perhatikan ayah kalau-kalau dia perlukan bantuan" arahku pada Tiko.
Tiko mengangguk dan bergerak mencari kedua-duanya. Sementara aku terus memerhatikan ayah mertua.
"Berani kamu menentangku!" ujar bomoh yang berpakaian serba hitam itu penuh kemarahan.
"Janganlah kamu melakukan kejahatan kerana nafsu mu wahai manusia" balas ayah mertua. Dia mengeluarkan keris dari sarungnya dan cuba menyerang ayah mertua. Ayah mertua mengelak serangannya. Aku bangun dan cuba membantu. "Jangan ikut campur nak, dia bukan lawanmu, biarkan ayah uruskannya" ujar ayah mertua. Aku patuhi ayah mertua dan aku berundur.
Bomoh itu terus bertubi-tubi menyerangnya. Namun, setiap serangannya hanya dielak oleh ayah mertua. Tidak sekalipun ayah mertua membuat serangan balas. Bomoh itu terus menerus cuba menyerangnya lagi, lagi dan lagi. Ayah mertua mengelak dan terus mengelak. Akhirnya bomoh itu jatuh tersungkur kerana keletihan.
"Dah dah la, berhenti dengan kegiatan jahat kamu" ucap ayah mertua.
Bomoh itu masih tidak berputus asa dia cuba bangun lagi dan cuba menyerang lagi. Kali ini ayah mertua tidak berganjak dan dia membiarkan serangan itu berlaku. Aku pulak yang cemas dan berdebar menyaksikannya.
Isteriku Siluman Ular III
Isteriku Siluman Ular III
40. Kemenangan
Cahaya bulan terus penuh menerangi setiap kawasan depan rumah bomoh tersebut. Walaupun samar-samar ia masih jelas. Situasi cemas itu terus berlangsung. Sangat mendebarkan pertarungan tanpa balas di antara ayah mertua dan bomoh tersebut.
Ayah mertua memejamkan mata berdiri tegak membiarkan dirinya diserang. Bomoh itu meluru dan cuba menikamnya dengan sekuat hatinya. Aku melihat, keris itu seperti ditujukan terus ke arah jantung ayah mertua. Sebelum serangan itu mengena pada dadanya, keris itu membara seperti api dan mencair dan bomoh itu terpelanting sejauh tiga meter. Kelihatan bomoh itu memegang dadanya dan terbatuk memuntahkan suatu cairan yang ku kira ia adalah darah. Barulah ayah mertua membuka matanya.
"Jangan bunuh aku, jangan bunuh aku, maafkan aku" ujar bomoh itu sambil terbaring menahan dadanya yang mungkin kesakitan.
"Jadikan ini sebagai pengajaran buat mu wahai manusia, berubahlah jadi insan yang mulia" balas ayah mertua.
"Ampunkan aku tuan, aku janji tidak akan buat lagi" ucap bomoh tersebut.
"Aku tunaikan permintaanmu dengan tiga butir permata ini, ambillah permata ini sudah cukup membuat hidupmu senang selepas ini, tapi ingat jangan kamu pernah buat benda terkutuk ini lagi" ucap ayah mertua sambil menyerahkan tiga butir permata berkilau kebiruan, kehijauan dan kemerahan tersebut.
"Terima kasih tuan, aku berjanji tidak akan melakukan sebarang kejahatan lagi" ujar si bomoh tadi.
"Baiklah, kita berdamai secara baik" balas ayah mertua sambil menghulurkan tangannya pada bomoh tersebut dan membantunya bangun.
Ayah membantu bomoh tersebut masuk ke rumahnya dan membaringkannya. Ayah mertua mengubati kecederaan dalamanya. Bomoh tersebut mengucapkan terima kasih dan memohon seribu kemaafan. Manakala Tiko sudahpun melepaskan anak-anak kami dari sangkar dalam rumah bomoh tersebut. Mereka bertiga ayah mertua, Lemar dan Timo meminum tonik halimunan. Akhinya kami semua tidak kelihatan lagi oleh bomoh tersebut.
Kami bergerak semula ke alam bunian. Sepanjang perjalanan Timo dan Lemar hanya senyap. Mereka tidak berani bersuara.
"Ayah hanya bagi dia permata kan? Taji bunian tu untuk apa sebenarnya yah?" tanya ku pada ayah mertua.
"Taji bunian adalah senjata yang digunakan untuk mempertahankan diri, kamu nampak dia terpelanting tadi tu kan? Ayah gunakan pada saat itu" jelas ayah mertua.
"Kalau kamu nak tahu nak, ada banyak lagi senjata yang di tempat kita, tapi semuanya perlu digunakan untuk kebaikan" jelas ayah mertua lagi.
"Terima kasih yah, banyak membantu" ucapku.
"Semua kamu adalah keluargaku, sudah tanggungjawab kita saling membantu" balas ayah mertua.
Akhirnya kami semua selamat kembali ke dunia bunian. Apabila nampak kami sampai, Nima terus mendapatkan anak dan suaminya. Manakala, isteriku berlari memeluk Lemar. Air matanya mengalir kesyukuran kerana kami berjaya balik dengan selamat.
"Maafkan kenakalan dan kedegilan Lemar bu, Lemar hanya rindu ingin bertemu atuk dan nenek" jelas Si Lemar anakku yang turut menangis.
Aku memeluk rapat keduanya. Isteriku menangis dalam senyumannya. Begitulah kesudahannya dan kehidupan di alam bunian ini terus seperti biasa.
Tamat!
Terima kasih kerana sudi membaca.
kisah ini adalah rekaan semata. Tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang telah meninggal. Nama dan watak adalah rekaan.
Sila baca sambungan Siri IV Isteriku Siluman Ular IV
Penulis: Justine Amping
No comments:
Post a Comment