Kerja Batang

Dimensi Dua Dunia




Episod 1
Kerja Batang

Pernahkah anda dengar istilah kerja batang? Pekerjaan ini popular pada zaman 70-an sehingga 90-an. Biarpun dikenali sebagai kerja batang, ia mempunyai mempunyai beberapa sub-bidangnya. Di antaranya adalah tukang tebas, tukang kupas, tukang tebang, pemandu lori balak sehinggalah ke pegawainya. Mengapa ia suatu pekerjaan yang agak popular pada suatu ketika? Salah satunya adalah tawaran gajinya yang lumayan. Namun risikonya juga tinggi.

Pekerja-pekerja batang atau balak ini terpaksa meninggalkan anak isteri di kampung halaman untuk melaksanakan tanggungjawabnya. Suatu ketika dahulu, kayu balak sememangnya banyak, akan tetapi untuk mendapatkannya pihak perusahaan pembalakan terpaksa mendapatkan permit dan pergi jauh ke tengah hutan belentara bersama pekerja-pekerjanya. Bukan itu sahaja pihak pengusaha terpaksa bersaing dengan syarikat pembalakan lain.

Apabila berada jauh ke kawasan pendalaman, mereka terpaksa mendirikan kem balak. Kehidupan selepas kerja adalah tiada hiburan. Apatah lagi untuk menjenguk pasar yang terdekat pun mengambil masa berhari-hari untuk sampai. Sungguh tiada hiburan, kerja pula penuh risiko tersendiri. Kerja juga berat, terpaksa menempuh hujan dan panas terutamanya tukang kupas. Mana tidaknya, sesetengah syarikat pembalakan hanya memberi gaji hari. Tidak semua pekerja menerima gaji bulanan.

Oleh kerana hiburannya tidak banyak pilihan, ada yang jadi kaki judi, ada juga yang kaki perempuan. Namun begitu, bukan semua yang berhiburan seperti yang dinyatakan tadi. Ada juga yang sentiasa bersamanya kitab suci masing-masing kerana kesetiaan dan kasih sayang terhadap keluarganya.

Mendengar gaji yang ditawarkan besar, maka ada sesetengah golongan yang mengambil kesempatan ke atas situasi tiada hiburan tersebut. Maka, terjadilah kegiatan tawar menawar sebagai isteri simpanan dan sebagainya oleh masyarakat setempat yang kehidupannya juga terhimpit dengan kemiskinan menjadikan mereka menggunakan kaedah tersebut sebagai jalan pintas. Bukan semua, namun ia memang berlaku.

Golongan wanita ini pula berebut-rebut untuk memenangi hati pekerja yang lebih tinggi gajinya. Bagaimanapun sudah pasti paras rupa juga salah satu elemen utama dalam pertarungan ini. Oleh sebab itu, ada yang sanggup menggunakan ilmu hitam atau sihir untuk nampak cantik di mata lelaki. Demikian mereka akan mendapat wangnya dengan lebih mudah.

Sebagai contohnya, ada sebuah kisah yang diceritakan oleh seorang sahabat yang pernah mendengar kisah kerja batang ini. Dia mendengar pengalaman mistik yang dialami oleh kawan kepada kawannya. Dan dia menceritakan kembali kisahnya. Sama ada kisahnya adalah cerita benar atau tidak, sama-samalah kita ikuti jalan ceritanya.


Episod 2
Kerja Batang

Kisah ini berlaku semasa aku berumur lebih kurang 15 tahun, pada zaman 90an dulu. Kebetulan pada masa tersebut ayahku juga adalah seorang penyelia tapak kerja batang di suatu kem balak. Zaman tersebut juga hampir dengan penghujung populariti aktiviti pembalakan.

Nak dijadikan cerita, aku baru saja tamat peperiksaan PMR. Maka, cuti panjanglah jawabnya. Oleh kerana ayahku mengatakan dia akan berpindah kem, dan aku juga tengah cuti sekolah sebelum masuk ke tingkatan 4, jadi ayahku mengajak aku untuk pergi bersamanya sambil melawat. Apalagi, seronok sakanlah aku.

Buat pengetahuan korang, perjalanan menuju ke kem balak tersebut perlu menempuhi beberapa laluan. Laluan pertama kami adalah perlu menaiki bot express. Kemudian perlu melalui jalan tidak berturap selama lebih kurang 8 jam. Ya ampun, jalannya memang sangat mencabar, naik bukit turun bukit, berselisih dengan beberapa lori balak 16 tayar. Dalam kepala otak terfikir, memang patut pun mereka yang kerja batang ini dibayar mahal.

Kalau dilihat dari pintu kereta pacuan empat roda yang kami naiki sememangnya gaung sana sini. Perjalanan selama 8 jam itu adalah sangat mendebarkan. Oleh kerana kepenatan aku sempat tertidur dalam kereta. Namun begitu tidak berapa selesa kerana kenderaan tersebut melantun-lantun, terkadang enjinnya bising kerana minyak ditekan kuat untuk melepaskan tayarnya dari tanah becak di sepanjang jalan tidak berturap itu.

Setelah melalui banyak laluan yang berliku akhirnya kami sampai ke destinasinya. Oleh kerana sampai pada malam hari suasana tidak begitu jelas kelihatan. Aku dan ayahku naik ke rumah berdinding papan. Sedikit seperti rumah panjang. Sumber bekalan eletriknya adalah datang dari kuasa generator.

Aku ingatkan suasana di kem adalah primitif. Rupa-rupanya kemudahan mereka serba-serbi mewah. Bukanlah termewah sangat, mewah bagi kategori dalam hutan la. Dalam rumah tersebut lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti peti sejuk, TV radio. Malangnya TV dan radionya tiada siaran kerana jauh dalam hutan. Ini menjadikan menjadikan tempat ini hampir tiada hiburan.

Cara mereka berhibur adalah menonton pita video, itupun disaksikan berulang-ulang. Selain itu, mereka ada yang berjudi, minum minuman keras, berkumpul bersama untuk menikmati barbeku. Begitulah gambaran hidup di kem balak ala-ala pekan koboi menurut ayahku.
Oleh kerana kepenatan badan terhayun-hayun dalam pacuan empat roda tadi, aku tidak menunggu lama untuk melabuhkan badanku di atas katil. Aku tertidur kepenatan.


Episod 3
Kerja Batang

Entah pukul berapa jam. Aku bangkit terjaga kerana pundi kencing aku terasa penuh. Aku keluar dari bilik ke tandas. Dengan mata yang masih mengantuk aku melangkahkan kakiku. Oleh kerana tandas bersebelahan dengan dapur dan perlu menuruni beberapa anak tangga, aku melangkah berhati-hati. Sesampai di tandas, aku melepaskan hajatku tadi.

Kerana hari sudah lewat malam dan pastinya awal pagi yang jamnya ku rasa sudah melepasi jam 12 tengah malam, suasananya begitu sunyi. Kedengaran agak jelas adalah gegaran bunyi generator dari jauh. Kalau ada bunyi pasti akan kedengaran jelas. Secara atomatis telinga kita akan terpasang.

Buat pengetahuan korang, sebelah rumah ayahku itu adalah rumah pengurus dan isterinya. Jika disusun mengikut urutan, rumah ayahku adalah ketiga dari deretan 12 rumah, yang keempat itu adalah rumah tuan pengurus.

Semasa aku selesai menunaikan hajatku, aku bergerak semula ke bilik. Ayahku rasanya sudah lama nyenyak tidur. Baru aku melangkah ke anak tangga pertama, aku terdengar bunyi seperti perempuan gelak kecil dari sebelah, rumah tuan pengurus. Tapi bunyi gelak itu agak pelik dan unik, semacam bunyi gelak yang mengekek, tapi sayup-sayup kedengaran. Aku ni bukanlah budak yang penakut, aku amati bunyi tersebut kerana rasa ingin tahu.

'errkkkkkk......' kedengaran pula bunyi engsel apabila pintu ditolak pelahan. Oleh kerana rasa mengantuk itu belum habis lagi, aku gosok mataku dengan kedua tangan untuk menyegahkanya, sebab mindaku tertarik ingin tahu. Remaja lagi masa tu, rasa ingin tahu tu memang tinggi la.

Bunyi perempuan gelak itu sekejap ada sekejap senyap. Lewat juga orang kat sini tidur, bisi hatiku. Aku pasang telingaku rapat ke dinding bersebelahan dengan rumah sebelah, dengan niat nakal, mana tahu orang sebelah tu tengah buat projek.

'kukkkk' kepala aku kena ketuk. Terkejut beruk juga aku, ayah aku rupanya. Bila masa dia bangun. Dia pandang aku dengan wajah seriusnya. Terasa kantoi pula aku.

"Pergi tidur, sudah lewat ni" bentak ayah separa bebisik padaku. Dia tidak mahu mengganggu jiran-jirannya kali sebab tu berbisik kot.

Aku cuma mengangguk dan segera berjalan menuju ke bilik. Mata memang masih mengantuk lagi, mudahlah aku terlelap. Apapun esok aku nak merayau keluar tengok sekitar. Semangat nak tengok tempat orang ni. Malam itu aku kembali menyambung tidur sehinggalah ke awal paginya.


Episod 4
Kerja Batang

Awal pagi ayahku bangunkan aku. Dia arahkan aku mandi dan bersiap kalau nak ikut dia katanya. Aku apa lagi, bingkas bangun dan melakukan apa yang diarahkan ayahku. Selesai mandi, aku menuju ke dapur, kerana aku tahu ayah pasti di dapur.

Sampai saja di dapur aku sudah melihat dua mangkuk mee segera yang ayahku sediakan. Dah perut rasa kosong, aku duduk bertentangan dengan ayah. Orang tua tu, nak kata seorang yang serius tak juga. Tapi apa yang pasti perwatakan ayahku memang jarang melawak atau tersengih. Ala watak orang serius la tu.

"Lepas makan nanti ikut ayah, tapi ada syarat" ayahku membuka bicaranya sambil makan mee. Amende syarat bagai ni. Mungkin dia risau aku melilau sana sini sesuka hati kot, untuk keselamatan aku juga la tu. Itulah yang aku terfikirkan.

"Syarat mende ni yah?" tanya aku dengan muka tersengih yang memang tidak pernah serius bertentangan dengan sikap ayahku.

"Mulut tu tolong jaga, jangan banyak tegur sembarangan benda yang ko nampak, apalagi kalau benda pelik-pelik" ujar ayah.

"Benda pelik macam mana tu yah?" tanya ku lagi dengan dahi yang berkerut ingin tahu.

"Kat sini, sekeliling kem balak ini adalah hutan, jadi buat pengetahuan ko, di sini bukan kita sahaja yang hidup, faham!" ayah masih menunjukkan muka seriusnya. 

Aku paham perangai dia kalau buat muka tegang macam tu, apa yang dia cakap kena ambil perhatian.

Ahhh sudah, walaupun aku ni bukan penakut. Tapi aku memang tak berapa suka dengan benda pelik-pelik macam hantu ni. Ayah menceritakan padaku serba sedikit perihal mistik sekitar kem ini. Aku mula memasang telinga untuk fokus pada apa yang bakal diceritakan ayah.

Begini, kat hutan ini bukan ada sebuah kem balak sahaja, ada juga yang lain, semua mereka ini adalah syarikat yang bersaing. Maka, masing-masing akan menjaga zon pembalakan masing-masing. Lagi satu, sebab sebelum kem didirikan di sini, kawasan ini adalah hutan dara. Jadi, sesetengah tempat berpenunggu tersendiri. Sebab itu, syarikat pembalakan akan mengupah pendeta atau bomoh untuk membuat upacara penyucian atau penyembahan bagi menenangkan penunggu yang ada.

Terkadang, pihak syarikat lain yang dengki akan membuat onar dengan menghantar benda pelik-pelik untuk mengganggu kem pesaing yang lain. Tak tahu apa benda, mungkin syaitan atau jin yang dijadikan sebagai khadam untuk mengganggu kem lain. Dan bukan itu sahaja, masyarakat setempat juga ada yang mengamalkan ilmu pengamalan sihir atau ilmu hitam. Makanya, ayah berpesan pada aku supaya tidak cabul mulut.


Episod 5
Kerja Batang

Suasana pagi tersebut cerah jika di lihat dari dalam rumah tersebut. Aku terus mendengar ucapan ayah pada pagi itu sambil sarapan. Banyak juga hal yang diperingatkan oleh ayahku. Ada yang aku masih ingat, ada yang melintasi telingaku begitu sahaja. Korang tau la, budak remaja ni perangai macamana, hanya akan berminat dengan topik yang mendatangkan perasaan ingin tahu sahaja.

Dalam kami berdua bersembang, pintu dapur itu diketuk. Ayahku membuka pintu dapur. Dan dalam masa yang sama aku menoleh memandang ke arah pintu. Waduhhhhh, melekat mataku melihat seorang gadis muda berdiri depan pintu dapur tu. Cantik dan rambutnya panjang cecah ke pinggang. Bagaikan tidak bekerdip aku memandangnya. Di sekolahku pun aku tidak pernah nampak gadis remaja sebayaku secantik dia.

Dia datang memberikan ayahku buah salak yang dibelikannya dari orang kampung. Banyak sangat katanya, maka dia menyedekahkan kepada ayahku. Kemudiannya dia pun berlalu pergi. Panasaran dengan kecantikannya, aku rasa ingin tahu dan ingin berkenalan dengannya.

"Yah, siapa dia tu tadi" tanyaku pada ayah. Jelas sangat ingin tahu.

"Itu isteri tuan pengurus rumah sebelah" jelas ayah.

"Isteri???" tanyaku agak terkejut dan terlopong mulutku terngangga masih tak percaya. Kerana gadis tadi jelas seperti masih remaja lagi.

"Ya dia isteri tuan pengurus" tegas ayahku mengulangi penjelasannya.

"Mudanya isterinya yah?" tanya aku seperti orang yang daif. Masih tidak dapat menerima dia adalah isteri pengurus kem balak tersebut.

"Banyak duit, gaji besar senang la dapat isteri cantik dan nampak muda, nak bini cantik macam dia, berusahalah dapat gaji besar" ayahku sengaja memerli aku seakan tahu aku kagum dengan kecantikan perempuan bergelar isteri orang tadi.

Aku diam. Tak mahu tanya soalan lagi. Walaupun hati aku masih tidak percaya. Ayah tersengih melihat riak wajahku yang ketahuan olehnya. Dia menghulur bakul kecil yang berisi buah salak padaku.

"Kau nak tahu berapa umur perempuan tadi tu?" tanya ayahku tiba-tiba pula.
"Hurmmm... belasan lagi kot" balasku bersahaja.

"Masuk 40-an dah. Bila kau jumpa dia, panggil dia untie" balas ayahku pula. 

Apalagi melopong lagi la aku mendengar perempuan yang nampak belasan itu rupanya setua ayahku sendiri.

"Biar betul yah? Ke ayah saja mengenakan aku ke?" tanyaku sengaja nak kepastian.

"Itu isteri orang, kau jangan pandai-pandai nak ingat dia budak remaja lagi" tegas ayahku.

Menyebabkan aku akur dengan kata-kata ayahku.

Kepala otakku yang masih ragu itu memikirkan biar betul perempuan tu umur dah 40-an, sambil tanganku mengupas buah salak. Aku betul-betul ragu dengan penjelasan ayah. Entah-entah ayah sengaja nak melindungi fakta yang pengurusnya kawin dengan budak remaja per? Memang sungguh aku tidak percaya. Aku tidak berani menyangkal ayah, biasanya kalau dia dah bersuara tegas tu, betul la kot.

"Dah sedia? Jom ikut ayah" suara ayah menghentikan lamunanku.


Episod 6
Kerja Batang

Aku memulakan jelajah di sekitar kem batang pada hari tersebut. Mataku sungguh galak menikmati pemandangan di sekitar. Kawasan kem seperti tersusun dan kawasan rumah kediaman nampak seperti berek kem tentera. Namun, ia dibahagikan secara blok seperti yang dimaklumkan oleh ayahku. Setiap blok ada ketuanya sendiri. Ada blok dewan makan, ada blok dobi, ada blok pentadbiran dan lain-lain lagi. Kawasan timbunan balak pula tersusun mengikut prosesnya.

Jika diperhatikan, tiada pekerja yang berbadan gemuk kedempol. Semuanya berbadan berurat-urat lengan. Jelaslah mereka menjalani pekerjaan yang berat. Awal pagi itu sudah ada yang mula melaksanakan pekerjaan mereka. Menurut ayah, kebanyakan mereka dibayar mengikut berapa perolehan mereka melaksanakan tanggungjawab masing-masing. Maknanya, siapa yang rajin, dia akan mendapat lebih. Contohnya pemandu lori mengikut trip perjalanan dan berapa tan balak yang dibawa atau dipindahkan. Semakin banyak yang mereka laksanakan semakin tinggi bayaran yang mereka dapat.

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Begitulah pemandangan setiap kerja yang dilakukan, terutamanya yang mengupas kulit kayu balak. Tidak heran juga upahnya tinggi juga. Dalam mindaku, tidak sanggup untuk memilih pekerjaan seperti mereka, dengan risikonya yang tinggi. Mungkin itu juga ayahku membawa aku ke sini supaya aku akan belajar bersungguh-sungguh dan tidak memilih apa yang aku sedang lihat sebagai pekerjaanku bila aku dewasa nanti.

Kalau itu yang ayah ingin aku lihat, ayah berjaya memberikan aku kesan psikologinya. Serius aku nampak segala kesusahan dan kepayahan melaksanakan pekerjaan tersebut melainkan anda adalah berstatus penyelia dan pegawai ke atas. Ayah menyatakan dia bermula dari bawah juga. Sebab itulah badan ayah nampak kasar seperti mereka yang lain.

Ayah membawa aku masuk ke dewan makan sebabnya dia nak berjumpa dengan beberapa orang pekerjanya. Sampai di situ ayah mengarahkan aku duduk di suatu tempat dan ayah bergerak menuju ke arah kelompok beberapa orang pekerja yang sedang berkumpul sarapan pada pagi tersebut. Mataku pula sentiasa melilau melihat sekitar dan memerhatikan apa yang berlaku di depan mataku.

Sedang ayahku bersembang dengan pekerjanya, aku terpandang seorang makcik yang menyediakan makanan untuk pekerja di situ. Sempat juga aku memerhatikan seorang remaja perempuan yang sedang tersipu-sipu diusik oleh beberapa pekerja lain. Tapi makcik yang mungkin juga ibunya seperti buat tidak tahu apa yang berlaku. Menurut ayahku, kebanyakkan tukang masak atau tukang cuci di bahagian dobi adalah orang yang sama. Dia mengambil dua upah iaitu menjadi tukang masak dan dobinya sekali. Dengan itu, dia juga akan membawa anak gadisnya bekerja dengannya sekali membantu pekerjaan tersebut.

Aku perasan usikan itu lebih kepada usikan yang menjurus kepada gangguan seksual. Kelihatan seperti salah seorang lelaki tersebut menepuk punggung gadis tersebut. Yang aku pelik, walaupun si ibu melihat kejadian itu, dia seperti tidak mengendahkannya. Malahan si gadis seperti seronok diperlakukan sedemikian. Berbeza dengan adab moral yang aku belajar di sekolah. Apakah sebenarnya berlaku?


Episod 7
Kerja Batang

Ayahku menyembang agak lama juga dengan orang bawahannya. Aku yang duduk di suatu sudut terus memerhati gelagat orang yang ada di situ. Peliknya, anak gadis yang mungkin sebaya dengan itu seronok pula diganggu sedemikian. Bagi aku ia memang nampak jelas gangguan seksual. Bukanlah mengatakan diri aku ni baik, tapi ia tidak dapat dinafikan perbuatan yang tak senonoh. Tambahan lagi gadis itu jelas masih di bawah umur.

"Jom, ikut ayah" ajakan ayah menghentikan fokus aku menyaksikan drama sebentar tadi.

Aku bangun dari tempat dudukku dan membontoti arah ayahku. Aku ikut saja ke mana dia pergi. Kami berdua menuju ke pejabat. Di dalam pejabat tu nampak beberapa meja tidaklah tersusun rapi. Kertas-kertas ada yang bertimbun di atas meja. Di situ juga ada kalkulator biasa. Dalam pejabat tu juga ada dua kipas duduk sedang berpusing menghembuskan anginnya.

Ayah mengarahkan aku duduk sementara menunggu dia berurusan. Aku duduk sebelah tingkap, sambil tu aku dapat juga melihat pemandangan di luar. Memerhatikan pekerja yang sedang bekerja. Sempat aku memerhatikan seorang pakcik sedang mengangkat sesuatu untuk menolak batang balak. Dia menggunakan segala kudratnya sehingga bergegar kepala lututnya menolak beban itu. Rasa kesian pun ada juga timbul dalam nuraniku. Apa kan nasib, ia adalah takdir pilihan mereka sendiri. Rasa tidak sanggup aku memandang situasi itu lagi, aku alihkan pandangan.

Aku tidaklah berniat mendengar perbualan di antara dia dan pengurusnya. Perbualan mereka memang jelas mahu tak mahu aku dengari sahaja la perbualan mereka. Kalau macam zaman sekarang senang la, main gadjet jer sementara menunggu orang tua. Lebih kurang beginilah dialog mereka.

"Minggu lepas, ada seorang pekerja kita nyaris maut, kena hempap kayu balak" ujar pengurus yang juga jiran sebelah rumah ayahku menginap di kem ini.

"Fuhhh, nasib baik hidup" celah ayah.

"Pampasannya sudah diselesaikan, tapi menurut mereka yang ada di tempat kejadian, semacam ada benda yang menahan dia menyebabkan dia tidak dapat mengelak balak tu" jelas pengurus tu.

"Susah juga, tempat ni masih ada banyak benda mistik lagi-lagi ada macam syarikat tu yang suka hantar barang tidak bagus" balas ayahku. Mulanya aku tidak menangkap maksud ayah. Aku teruskan memasang telinga.

"Ya la, kita panggil pendeta cina pun untuk jaga kawasan kita, tidak macam dia orang, mereka bikin tai sama orang lain" balas pengurus itu pula.

"Ini macam, bila kita mau jenguk dia, kesian la pekerja kita tu, jenguk saja pun takpa" ujar ayahku jelas kasihan pada pekerja mereka yang kemalangan tu.

"Petang ini kita pergi mau? Jalan pergi sana jauh juga, kena bermalam di sana satu malam juga la" balas pengurus tu.

Ayahku terus memandang ke arahku. Aku dapat baca mindanya, riaksi muka tu jelas keberatan nak bawa aku temankan dia sekali.

"Malam ni, ayah nak pergi dengan pengurus pergi jenguk pekerja yang kemalangan tu, kalau kau tidak berani tinggal sorang, kau pergi rumah untie yang bagi buah salak tadi, isteri pakcik ni" ujar ayahku. 

Sudah ku duga dia tidak mungkin bawa aku sekali. Aku hanya mengangguk saja.


Episod 8
Kerja Batang


Kemudian mereka berdua terus menyambung dialog lagi. Aku kat situ cuma memasang telinga jer. Abis tu aku nak buat apa? Gadjet pun tada, bukan macam sekarang, boleh juga layan candy crush dan games offline yang lain. Rasa nyesal pun ada juga ikut ayah. Kalau kat kampung boleh gak aku layan aktiviti dengan kawan-kawan masa cuti ni, ngail ikan ke, main bola petang-petang ke.

"Aku rasa ada yang dengki dengan aku la" ujar pengurus membuka topik lain.

"Dengki apa kawan?" tanya ayahku.

"Dia orang kata bini aku bela hantu, aku hari-hari tinggal dengan dia tak pernah pun nampak benda pelik" jelas si pengurus. Telingaku jadi semakin fokus. Mana tidak, makcik muda tu dikatakan bela hantu.

"Bini kau cantik, biasa la mereka cemburu la" balas ayahku.

"Aku tidak percaya la, memang mereka cemburu la tu, risau juga aku kalau mereka usik dia, kau paham kan, dia cantik ma" ujar si pengurus dengan muka tersengih bangga dapat isteri cantik.

"Dompet lebat, perempuan mana tidak mau" balas ayah menyakat pengurusnya dan memandang ke arahku seolah memperli aku tentang dialog kami berdua pagi tadi.

Aku buat-buat tak dengar walaupun aku tahu ayahku tahu aku mendengar dialog mereka berdua. Hurmm apalagi mereka berdua gelak sakan pula. Mengada betul la orang tua dua ekor ni. Macam tu lah lumrah kehidupan, ada manusia berajakan duit ringgit. Dengan duit seolah-olah mereka memiliki segalannya. Cehhh.

Tidak lama kemudian ayah meminta diri kerana tidak berasa pula sudah dekat tengahari. Kami berdua pun kembali ke penginapan ayah. Sementara berjalan ayah mengatakan jika ayah sibuk nanti, aku bolehlah berjalan di sekitar kawasan kem balak tu. Asalkan tidak pergi ke tempat-tempat yang dilarang kerana bahaya. Ayah menunjukkan padaku di mana kantin atau gerai mini. Ini seronok la, boleh belanjakan duit ayah, hehe.

Kalau aku nak ke mana-mana bila ayah sedang sibuk bertugas, ayah kata aku boleh la minta makcik temankan nanti. Habis tu siapa yang ayah boleh harapkan, kalau tak jiran sebelahnya. Dalam hati seronok juga, makcik tu kan cantik. Apapun aku tahu la dia status isteri pengurus ayahku. Iyala kan kalau pandang tak nampak macam makcik la, nampak macam gadis sebaya aku.

Akhirnya kami berdua pun masuk ke dalam rumah. Ayah menyiapkan makanan. Aku pergi mandi. Mak oi, sejuk siot air dalam kolah itu. Mana tidaknya, air yang dialir ke situ adalah dari bukit. Sejuk mengigil aku, walaupun waktu itu adalah tengahari. Cepat-cepat aku mandi tidak tahan kesejukan air tersebut.


Episod 9
Kerja Batang


Selepas bersalin pakaian aku turun ke dapur menemani ayah memasak. Lerrr, ingatkan masak banyak benda. Ayah cuma memasak nasi jer dan memanaskan makanan dalam tin. Ikan Sardin masak sos cap Ayam Brand bersama bawang besar. Apapun ia nampak menyelerakan, tambahan perut dah berbunyi memberitahu dirinya perlu diisi.

"Kat sini jangan nak memilih sangat makanan, nak beli jauh tau" ujar ayah seperti tahu mindaku merungut dengan hidangan ciput tu. Ala bukan aku tak bersyukur.

Baru mula aku dan ayah hendak menjamah hidangan. Sekali lagi pintu dapur itu diketuk. Ayah segera membuka pintunya. Sekali lagi makcik tadi datang menyuakan pinggan berisi lauk ikan sungai. Nah rezeki. Ayah mengatakan ikan tu ikan semah. Wow, kalau sekarang harganya cecah RM300 sekilogram. Makcik itu senyum ke arah kami berdua dan dia berlalu setelah ayah mengucapkan terima kasih padanya.

Boleh tahan rapat juga ayah dengan mereka berdua. Yang ku maksudkan adalah pengurus dan isterinya. Hari ini saja dah dua kali makcik muda tu, eh salah makcik yang nampak macam muda tu menghulurkan makanan pada kami. Secara tidak langsung, kesannya aku semakin tidak janggal dengan jiran sebelah. Itu bermakna mereka memang jiran yang saling baik dengan masing-masing.

"Petang ni ayah akan pergi dengan tuan pengurus, maka kalau kamu takut, bolehla kamu melepak dengan makcik sebelah ya" ujar ayah.

"Kenapa tak boleh ikut yah?" tanya ku sengaja mahukan penjelasan ayah.

"Tada apa juga yang kamu boleh buat kat sana nanti, kat sini kamu boleh buka video kaset tengok movie" jelas ayah padaku.

"Yah, tadi ayah dengan kawan ada kata syarikat lain buat tai pada kem ni, macamana tu yah" tanya ku gatal nak tau. Budak remaja ma, rasa ingin tahu tu tinggi gak la.

Ayah menceritakan padaku apa yang berlaku. Di hutan itu sendiri memang sudah siap ada penunggunya. Jadi setiap kem itu sendiri mengupah pendeta membuat upacara persembahan untuk memuaskan hati penunggu. Jika tidak, pasti akan ada nyawa yang diambil oleh mereka. Sebab itulah pihak kem terpaksa mengupah pendeta untuk upacara tersebut.

Apapun ada pihak syarikat pembalakan yang dengki dengan syarikat yang lebih maju. Dengan itu, mereka berbuat khianat terhadap kem lain seperti menghantar benda mistik dengan tujuan untuk mengganggu kem lain sama ada semasa sedang bekerja di dalam kem atau di lapangan. Sebab itu juga pihak kem perlu mengupah pendeta yang hebat juga, tapi ada juga pendeta yang kaki kelentong.


Episod 10
Kerja Batang

Begitulah penjelasan ayahku menjawab pertanyaanku berkenaan isu tadi. Kasihan juga pada yang jadi mangsa seperti pekerja tadi tu. Dia hanya mencari rezeki, tetapi jadi mangsa gangguan sehingga menyebabkan kemalangan. Itupun bernasib baik masih hidup. Apakah agak situasinya sekarang, adakah cederanya parah? Jika sampai berhak mendapat pampasan tu, ada kemungkinan cacat kekal.

Terkadang dunia ini nampak tidak adil. Seharusnya, kepala yang dapat keuntungan berjuta itu yang menerima tamparannya. Kenapa pula pekerja yang mencari nafkah untuk terus hidup yang menjadi mangsa. Itulah fitrah manusia, hasad dengki tidak berkesudahan.

"Yah, teruk ke situasi pekerja tu yah?" tanyaku ingin tahu. 

Dalam hatiku juga turut merasakan simpati terhadap dia dan keluarganya.

"Itu ayah tak pasti lagi, sebab tu ayah nak jenguk dia dulu" balas ayah.

"Kesian dia kan yah" ujarku meluahkan rasa simpatiku.

"Kerja Batang ni memang banyak risikonya nak, sebab itu ayah bawa kamu kemari, biar kamu tahu betapa susahnya pekerjaan yang mereka lalui, ayahmu ini juga melalui semuanya sebelum ayah memegang jawatan penyelia" jelas ayah cuba memberikan aku motivasi.

"Saya berjanji pada ayah yang saya akan berusaha belajar bersungguh-sungguh untuk mendapatkan pekerjaan yang jauh lebih bagus" luahku memahami maksud ayah.

"Jangan berjanji saja, pastikan kamu berusaha betul-betul bila masuk sekolah semula nanti" tambah ayah lagi.

Buat pengetahuan semua, sejujurnya setakat apa yang aku nampak di kem balak ni, tiada satu pun kerjanya mudah. Bawa lori juga punyai risikonya. Bayangkan lori 16 tayar ini terpaksa melalui jalan tidak berturap menelusuri cenuram tebing tinggi. Sebarang kesilapan pastinya lori dan pemandunya selamat sampai di alam barzakh. Bukan sedikit kes lori balak jatuh ke gaung.

Tidak kurangnya dengan tukang tumbang. Risikonya kena jentik dengan lentikkan kayu patah sebelum tumbang. Salah baca arah pokok tumbang juga pasti menakutkan dan mengerikan. Sama juga yang bawa jentolak, sebarang kesilapan boleh melayangkan nyawa. Semua bahagian ada risiko tersendiri.

Aku mendapat motivasi untuk masuk ke tingkatan empat nanti. Sedikit sebanyak aku telah mempelajari sesuatu di sini. Sebelum ini, aku cuma tahu membelanjakan wang ayahku. Kalau aku tahu betapa berisikonya pekerjaan ayahku pastinya aku sebelum ini tidak membazir duitnya. Aku benar-benar rasa bersalah terhadap ayah.


Episod 11
Kerja Batang


Selesai makan tengahari, ayah mengemas sikit pakaian untuk dibawanya. Aku pula pasrah je la. Ikutkan hati nak juga ikut. Tapi ayah dah kata tak payah, nak buat camna. Nampak gayanya layan movie je la sorang-sorang nanti.

Aku berehat di bilik. Tidak terasa mata mengantuk. Mungkin kenyang makan tengahari tadi kot, lauk sedap ma, ikan semah. Aku tertidur.

"Nak, ayah nak bertolak dah ni" ayah membangunkan aku. Aku pun bangkit dari berbaring, sambil mengosok mataku.

"Ye yah, jalan elok-elok" balasku dengan suara malas. Maklumla baru bangkit tidur.

"Kalau takut tidur sorang, pergi ke rumah sebelah, makcik tu boleh temankan" ujar ayah lagi.

"Baikla yah" jawabku masih malas lagi duduk di tepi katil.

"Takpun baik kamu berkenalan dengan makcik tu sekarang, nanti tidak la kamu kekok sangat" kata ayah lagi. Aku tahu dia rasa bersalah tinggalkan aku sorang-sorang. Sebab itu dia nak aku lepak sekali dengan makcik sebelah.

Aku tidak menjawab ayah kali ini, tapi aku bangkit dari katil ku tanda setuju dengan ideanya. Kami berdua pun bergerak menuju ke rumah jiran sebelah. Sampai di situ kami berdua disambut elok oleh tuan rumah.

"Jemput duduk dulu, makcik siapkan kopi, pakcik kamu tu masih lagi bersiap" ujar makcik isteri kepada tuan pengurus.

"Tak payah susah-susah lah" balas ayahku. Dalam hati aku, ayah tak mau minum takyah la jawab tak payah. Aku ni ha, dahaga gak, best juga kalau dapat kopi free.

"Tak pa la, bukan susah pun buat" balas makcik muda tu. Hurmm, yes... dapat juga minum kopi. Dia pun menjirang air kopi di dapur.

Sambil tu, ayah sempat mengingatkan aku, supaya jangan merayau sana-sini, lagi-lagi waktu malam. Tempat ni, tak sama seperti di kampung halaman. Kawasan hutan tu dekat, tambahan pula memang tempat ni keras. Kalau aku bosan ke apa, layan movie je la . Itulah antara pesanan ayahku. Tidak lama kemudian, makcik tu datang semula ke ruang tamu itu dengan minuman dan biskut segiempat yang berintikan gula di atasnya. Dia menghidangkannya di atas meja dan menjemput aku dan ayah minum.

"Ni je yang ada, jemput la minum" pelawa makcik yang nampak muda tu. Wajahnya memang tak nampak 40-an. Macam rupa gadis 20-an ja.

"Terima kasih" balas ayahku. Dan kami berdua mengapai cawan berisi air kopi o. Aku pula tidak segan silu mengapai biskut segiempat tadi kupatah dua dan ku rendam dalam air kopi sebelum ku suap ke mulutku.

Dalam pada itu, tuan pengurus sudah keluar dari biliknya siap sedia dengan beg galasnya. Dia tersenyum dan menyapa ayah dan aku.

"Adik jangan segan, nanti kalau takut sorang, adik bermalam kat sini, nanti makcik temankan" ujar tuan pengurus. Aku hanya mengangguk saja.


Episod 12
Kerja Batang

Selesai minum petang tu, ayah dan pengurusnya bertolak pergi untuk melawat pekerja mereka yang ditimpa kemalangan tu. Tinggallah aku dan makcik tu. Ikut rasa hati, geram juga dengan ayah, kata nak uruskan hal kerja dia dan pindah kem. Tapi, tinggalkan aku sorang pula. Nasib baik ada makcik ni, kalau tak bosan siot duduk sorang-sorang kat rumah tu.

"Adik nak tengok movie tak?" tanya makcik tu padaku.

"Boleh juga makcik" balasku.

"Nak tengok cerita apa? Makcik tolong bukakan" tambahnya lagi.

"Tak kesah makcik, cerita apa pun ok jer" balasku.

Dia pun memasangkan video kaset. Katanya cerita tu menarik. Aku pun setuju jer. Rumah orang, buat cara rumah orang. Alamak, makcik buka cerita seram pula. Terpapar tajuk 'Sundel Bolong' pada skrin televisyen tersebut. Aku berlagak berani dan terus menonton cerita itu. Dia duduk di kerusi berasingan di sebelah.

Gelabah gak aku menonton kisah seram dalam telivisyen tu. Hampeh, makcik ni. Banyak-banyak pita video, cerita seram pula dia buka. Aku pula masih remaja, sebagai lelaki kena mempertahankan ego berlagak berani la konon. Jangan terkencing dalam seluar dahla. Nasib baik dia buka waktu siang, bolehla tahan takut dalam hati tu.

Sambil menonton, sambil minum kopi tadi bersama biskut segiempat. Sambil tu sembang la dengan makcik tu sekali sekala. Aku berlakon buat-buat fokus tengok TV. Tapi sebenarnya aku tak larikan mindaku, aku takut terngiang-ngiang di ingatan pula cerita tu malam nanti.
Ahhh sudah, tiba-tiba aku teringat pada dialog ayah dan tuan pengurus di pejabat tadi. 

Apakah benar makcik ni bela hantu. Mampus aku. Kalau benar dia bela hantu, tiba-tiba hantu yang dia bela tu keluar depan mata aku, macamana? Mindaku pula terusik.

"Adik tak takut ka tengok cerita hantu?" tanya makcik tu. 

Aku nak jawab apa? Nak jawab jujur ke ego.

"Tak juga makcik, selalu juga tengok cerita hantu kat kampung sana" balasku mempertahankan egoku. 

Hampeh, kenapa tak mengaku takut tengok cerita seram. Boleh juga tukar cerita lain. Bodohla.

"Makcik buka cerita ni, sebab makcik belum tengok lagi, mereka kata cerita ni menarik, pakcik kamu pinjam pita dari kedai kaset video banyak-banyak sebab tidak selalu ke pekan" jelas makcik tu. 

Pakai dah pula, dia tak tengok lagi rupanya, patut semangat semacam nak tengok.
Sebenarnya aku dah tengok cerita ni kat kampung. Tapi tak pernah nak tatap wajah seram sundel bolong tu. Dia baru tengok, takkan nak kacau pula. Aku terpaksa hadap juga bersama dia.


Episod 13
Kerja Batang

Akhirnya tamat juga movie Sundel Bolong yang kami saksikan. Aku sebenarnya tidak menonton sangat. Lagi-lagi bila part yang aku tahu sundel bolong itu akan menunjukkan wajah menyeramkan. Tapi sebab rasa ego dalam diri sebagai remaja lelaki aku buat-buat fokus dengan movie tersebut. Wahal bila pandang screen tv tu aku sebenarnya mengaburkan pandangan mataku. Hipokrit betul aku.

"Camna dik, seram ke cerita tu?" makcik tu bertanya padaku.

"Boleh tahan juga seramnya" balasku bersahaja.

"Nak sambung tengok movie lain tak? Ada lagi pita cerita seram ni" tanya dia lagi.

"Boleh juga" balasku. Memandangkan tak takda apa yang boleh aku lakukan.

Kelihatan makcik tu mencari pita cerita seram lagi di rak sebelah tv. Aku hanya duduk dan menunggu. Bila dia jumpa cerita yang dia maksudkan kemudian dia pun memasukkan pita itu dalam pemain video tersebut. Tv masa tu masih lagi jenis kotak bukan macam jenis macam sekarang nipis dan canggih. Tapi boleh tahan besar la untuk zaman tu, 21 inci lebih kurang. Mampu beli tv besar tu kira mewah la.

"Ni cerita seram orang putih" ujarnya.

"Macam menarik jer cerita tu makcik" balasku.

Memandangkan aku tidak tahu tajuk ceritanya, jadi kali ini aku fokus nak tengok. Dalam hatiku yang kali ini mungkin tidaklah seseram cerita tadi, pasal seram cerita barat dengan timur ni jelas memang berbeza. Apa yang menyeramkan tentang cerita timur pula, ia lebih rapat dengan budaya kita dan sebab itulah lebih mendebarkan penonton.

Terpapar di screen tv tajuk cerita 'Evil Deads'. Pasti menarik ceritanya bisik hatiku. Pada anda yang dilahirkan zaman 80-90an, pasti anda pernah menonton movie ini kan? Aku dan makcik tu pun layanla movie tersebut sampai habis.

"Kalau adik takut tidur sorang-sorang kat sebelah, adik boleh tidur kat ruang tamu ni" makcik tu menyarankan aku tidur di situ. Aku tidak menjawab cadangannya.

Dalam hatiku berbaur nak mengaku takut ke tidak. Ikut sebenarnya aku memang rasa takut la. Mana taknya, berterusan layan kisah seram. Hampeh tul.

"Takpa dik, adik boleh tidur kat ruang tamu ni, jangan segan" ujarnya lagi. Aku pula hanya mengangguk.

"Baiklah makcik nak memasak untuk kita berdua, adik tengok la mana-mana video yang adik nak tengok dulu" ujarnya lembut. Sekali lagi aku hanya mengangguk.

Dalam hati nak kata macam orang tua kata, tak payah susah-susah makcik. Tapi, mana nak isi perut kalau lapar. Bak kata pepatah, malu bertanya sesat jalan, malu makan perut lapar ler. Dia pun berlalu ke dapur. Aku pulak, membelek-belek movie yang aku nak tonton. Memang banyak juga la pilihan pita kat situ. Tengok siaran tv biasa memang tak best.

Dalam hati aku memang ada rasa menyesal ikut ayah ke sini. Kalau kat kampung boleh juga aku main dengan kawan-kawan. Kat sini, rasa macam terbantut pula kebebasanku. Sapa saja yang aku kenal pun kat sini? Tiada. Makcik ni pun baru kenal dua hari ni.


Episod 14
Kerja Batang


Suasana rumah yang agak senyap sunyi di kawasan kem tersebut pada waktu yang sudah senja. Para pekerja sudahpun kembali ke penginapan masing-masing agaknya. Kedengaran bunyi genarator yang jadi punca bekalan elektrik kat situ jer yang sayup-sayup kedengaran. Adapun tambahan hanya bunyi unggas-unggas dan cengkerik. Sekali sekala kedengaran bunyi anjing menyalak.

Bau aroma masakan makcik dari dapur menusuk ke rongga hidungku, fuhh secara atomatis perut terasa lapar pula. Wahal hampir seperuh biskut berintikan gula aku tiba tadi. Sementara menunggu aku teruskan menonton movie jer. Tapi belum sampai separuh movie kutonton, kedengaran suara makcik tu memanggil aku ke ruang dapur untuk menikmati makan malam.

"Dik, dikkk, mari ke dapur dik, kita makan dulu, nanti adik sambung tengok movie" suara makcik sedikit terjerit dari ruang dapur, namun tetap lembut. 

Aku mematikan tv dan bergerak ke dapur.

Sampai di dapur aku melihat beberapa hidangan yang aromanya memenuhi rongga hidungku tadi. Nampak menyelerakan. Dia mempelawaku duduk dan menikmati makanan tersebut.

"Ikan ni masakan tengahari tadi, makcik cuma panaskan jer, yang tu salai Rusa yang pakcik kamu buru bulan lepas" ujarnya lembut. 

Salai Rusa bro. Mana nak cari makanan exotic camtu.

"Wah, nampak sedap belaka semuanya makcik" ujarku. 

Dia hanya tersenyum. Kami pun makan. Sambil makan tu dia bersembang-sembang denganku.

"Adik baca berapa sekarang?" dia memulakan topik di meja dapur itu. 

Bahasa orang kampung baca tu maksudnya sekolah level berapa atau tingkatan berapa.

"Baru habis tingkatan 3, tahun depan masuk tingkatan 4 pula" balasku.

"Ayah ajak kemari ke adik sendiri nak ikut?" tanya dia lagi.

"Ayah ajak, tapi adik juga nak ikut" balasku.

"Eh esok nak ikut makcik tak?" lagi dia bertanya. Tapi kali ini topik ditukar terus.

"Pergi mana makcik?" tanyaku ingin tahu.

"Esok makcik ingat nak pergi mengail di sungai batu kat hujung kem ni, kalau tak mau takpala" jelasnya.

"Eh mau la makcik, lagipun adik tak buat apa-apa" cepat aku setuju. 

Dia tersenyum mendengar jawapanku.

"Lepas ngail tu boleh la mandi sungai nanti" tambahnya lagi memberikan aku semangat.

Kami pun terus berborak kosong sehingga selesai makan. Aku dapat rasakan diri semakin rapat pula dengan makcik ni. Aku tidak berani sangat nak memandang wajahnya. Maklumla dia isteri orang. Dahla cantik, percakapan pula lemah lembut. Bagaimanapun aku menghormatinya sebagai orang tua yang bergelar makcik. Serius nak bagitau, tak nampak macam orang yang dah berumur.

Selesai makan dia tidak membenarkan aku menolongnya mencuci pingan mangkuk. Rasa segan la pula. Tapi dah dia tak bagi aku nak buat macam mana, bukan aku tak mau tolong. Bukan mengambil kesempatan membuli orang tau. Aku kembali semula ke ruang tamu.


Episod 15
Kerja Batang

Jam di dinding sudah menunjukkan 10 malam. Aku masih lagi menonton movie. Entah apa movie pun aku tak tahu. Hentam sajalah. Makcik tadi mungkin sudah tidur agaknya. Mataku pula semakin mengantuk. Aku sengaja biarkan video itu terus bermain, agar tidak sunyi sangat. Bolehla menghilangkan rasa sunyi malam tersebut.

Baru saja serangan mengantuk rancak, telinga aku terusik dengan bunyi pergerakan sesuatu dari atas bumbung rumah yang memang jelas kedengaran. Bunyi semacam ada benda berlari, yang mungkin kucing la bisik hatiku. Aku 'pause' pemain pita kaset, dan aku pasang telinga. Bunyi itu menghilang. Tetapi bunyi lain pula yang aku dengar, seakan-akan bunyi kekekan. Bulu roma aku naik dengan sendirinya.

Aku diam seribu bahasa. Tidak berani berganjak. Ahhh sudah, ini yang tidak seronok ni. Nak kacau makcik tu, dia sudah masuk tidur agaknya. Aduh. Aku bukan tak pernah dengar cerita pelik-pelik yang menyeramkan sebelum ini. Semuanya tiba-tiba timbul dalam mindaku. Masa ni juga bayangan pelik-pelik nak timbul dalam mindaku.

Bunyi kekekan itu semakin menjadi-jadi pulak. Seperti sedang berlegar-legar atas bumbung. Korang tahu sahaja bila suasana senyap sunyi, apa saja bunyi akan jelas kedengaran. Sebelum ini, aku hanya dengar orang bercerita, kali ini aku mengalami sendiri. Dapat kurasa dahiku keluar peluh dingin. Aku mengapai selimut yang makcik tadi sediakan untukku. Seluruh badanku keselimuti.

Bunyi kekekan tadi beransur menghilang. Fuhh lega... Aku menarik nafas panjang. Aku memang pasti benda tadi tu memang hantu. jangan tunjukkan diri kat aku dah la. Pundi kencing aku terasa penuh pula. Hishh kenapa la masa ni juga, nak terkencing?

Aku memberanikan diri bangkit dan bergerak menuju ke dapur untuk ke tandas. Aku bergerak separa berlari. Cepat-cepat kaki aku melangkah. Semua suiz lampu aku buka, peduli aku rumah orang ke apa masa ni. Semuanya untuk menghilangkan rasa takut. Sampai di tandas, aku menolak perlahan daun pintunya. Takut-takut ada kejutan di situ. Mujur tiada apa-apa.

Aku membuka zip dan menghulurkan senjataku. Baru sahaja air kencing aku terkeluar, aku terdengar lagi bunyi. Kencingku terbantut pulak. Bunyi yang sayup-sayup kedengaran adalah bunyi tangisan seorang perempuan. Hishh apa lagi pulak. Siapa pulak yang nak menangis malam-malam begini. Memandangkan hanya bunyi orang menangis, aku tidak hiraukan sangat. Sebab masa tu aku tidak mengerti ia juga salah satu usikan syaitan. Apa yang ku kira, mungkin itu adalah masalah rumah tangga jiran-jiran.


Episod 16
Kerja Batang

Bunyi tangisan perempuan itu semakin jelas kedengaran. Tak pasal-pasal bulu romaku berdiri tegak. Bunyi tangisan tadi tiba-tiba berhenti. Cepat-cepat aku menutup semula zip seluarku selepas menunaikan hajatku. Lampu aku biarkan menyala, memang sengaja aku tidak padam suiznya biar terang benderang. Aku naik semula ke atas dan kembali membaluti badanku dengan selimut.

Degupan jantungku berdebar-debar. Terasa laju denyutannya. Dah malam itu begitu sunyi. Telingaku memang terpasang. Sayup-sayup kedengaran seperti bunyi kucing yang mahu mengawan atau bergaduh pulak dari arah bawah rumah itu. Segala bayangan cerita yang aku lihat dalam video tadi menjelma menerpa ke dalam mindaku. Seram siot. Bulu romaku, aku tak tahu nak cakap macam mana, tegak mencanak.

Bunyi kucing bergaduh tu senyap kembali. Kali ini bunyi bayi menangis pula. Bunyi itu sayup-sayup dari sebelah rumah penginapan ayahku. Ikut logik mana ada budak kecil kat rumah ayahku. Bulu roma terus menerus tegak. Peluh dingin di dahiku sudah mula menitis. Kecut gila perut masa tu. Memang terangan bunyi bayi menangis itu bukan manusia atau anak sesiapa.

Dalam ketakutan tersebut, aku menyelimuti habis diri. Tiba-tiba aku terasa kakiku seperti disentuh oleh seseorang. Aku tidak berani membuka selimut untuk melihat. Aku tidak tahu nak buat apa. Aku panik. Dalam hati ingin saja aku menjerit. Tapi jeritan tidak mampu terkeluar dari mulutku. Aku terpaksa menahan nafasku. Kaku tidak bergerak. Perlahan aku menarik nafas dan menghembus nafasku. Begitu juga kakiku terus ada sesuatu sedang mengusapnya. Dalam masa yang sama, bunyi bayi menangis sayup-sayup masih kedengaran.

Aku sudah tidak tahu, pukul berapa dah jam. Aku tahu aku sedang ketakutan saja. Bunyi bayi yang menangis tadi bertukar menjadi bunyi bayi sedang gelak. Bunyi gelak itu agak bergema. Aku memang jam, tak tahu nak buat apa. Dapatku rasakan tapak tangan dan kakiku terasa sejuk. Bunyi gelak tawa bayi itu kejap bertukar bunyi tangisan pulak.

Usapan pada kakiku tadi itu sudah tiada. Apakah itu hanya mainan perasaan ku saja atau tempat ini memang keras? Heran pulak aku, malam semalam tiada pula gangguan macam ni. Malam ni semacam jer gangguan. Ingin pulak aku melompat keluar dan berlari ke bilik makcik tu. Tapi, aku tidak gamak pula. Tak pasal-pasal pulak aku dituduh menceroboh bilik isteri orang pulak. Mahu tak mahu aku terus menutupi diri dengan selimut sahaja kat ruang tamu itu.

Semua bunyi tadi juga telah menghilang. Tidak lama kemudian, aku dengar bunyi tapak kaki sedang berjalan. Perlahan aku turunkan selimut dari wajahku, nak tengok apa yang sedang berjalan. Aku nampak kelibat memakai baju yang sama dengan makcik tu. Tapi peliknya, rambutnya tidak terurus langsung malah beruban. Aku nampak jelas sebab lampu kalimantang terang masih ternyala. Setahu aku makcik tu tak beruban pun. Sekali lagi, bulu romaku naik lagi.

Orang tu menuju ke arah dapur dari bilik makcik tu. Aku buat-buat tidur. Buat-buat tak sedar apa-apa. Aku pejamkan mataku. Tapi bila ku pejamkan mata, macam-macam pula yang keluar bermain di mindaku. Aku teringat Tuhan, aku doa sebarang apa yang aku tahu untuk menguatkan semangatku. Tidak lama selepas itu aku tidak sedar apa-apa. Aku tertidur dalam ketakutan.


Episod 17
Kerja Batang

Bunyi kokokan ayam mengusik telingaku pagi itu membangunkan aku dari lena. Hidungku mencium bau makanan dari arah dapur. Aku bangkit mengemas tempat tidurku. Namun, mindaku masih terganggu dengan pengalaman malam tadi. Teringatkan usikkan benda mistik semalaman. Mujurlah ia tidak menyergah aku. Kalau tak tak tahu la apa nak jadi malam tadi.

"Adik dah bangun, basuh muka tu, kita sarapan" sapa makcik tu lembut.

"Baik makcik" balasku ringkas. 

Aku segera ke bilik air membasuh muka dan berkumur.

Aku menyertai dia di dapur untuk menikmati sarapan. Aku curi-curi pandang wajah makcik tu. Alahai tidak ada rupa orang berumur 40an. Cantik malahan kulitnya mulus seperti remaja. Belum pernah lagi aku nampak rakan-rakan perempuan di sekolahku secantiknya walaupun di sekolahku begitu ramai pelajar.

Dahla orangnya ramah, bicara pula lemah lembut. Sesiapa terpandang memang pasti terpikat. Nasib baik juga dia adalah status isteri orang. Kalau dia adalah remaja sepertiku juga, pasti aku juga akan mencuba nasib. Adeh, mengaku juga aku terpengaruh dengan kecantikan dan perwatakannya.

"Dik, semalam makcik janji nak bawa adik pergi mengail, nanti kita pergi ya?" ujarnya sambil tersenyum menghentikan lamunanku yang asyik memandangnya dari tadi.

 Adeh, terkantoi pula.

"Saya tiada set kailnya makcik" balasku, kerana memangnya aku tiada kail pun.

"Laaa, jangan risau, adik boleh pakai yang pakcik punya, ada banyak kat sana" jelasnya sambil bibirnya muncung menunjuk ke arah joran dahan salak dalam bahasa iban dipanggil joran ridan.

"Agaknya ayah dan pakcik bila akan kembali ke sini makcik?" aku menukar topik kerana aku teringat ayah berjanji hanya pergi untuk sehari sahaja.

"Mereka berdua tu, memang sahabat, jadi mereka kadang-kadang ikut orang kampung pergi berburu, mulut jer cakap nak pergi sehari" jelas makcik tu faham perangai suaminya dan ayahku.

Ayah ni pun. Aku pulak dia tinggalkan. Nasib baik dia tinggalkan dengan makcik yang comel dan baik hati ni. Jadi tidaklah aku rasa keberatan dengan situasi kalau-kalau ayah terpaksa ambik lebih masa buat lawatannya. Aku pula semakin lama makin mesra dan selesa dengan makcik ni. Dia melayan aku dengan baik.

"Jadi adik jangan segan duduk dengan makcik ya, anggap jer makcik ni macam kakak adik" ujarnya lagi.

Akal nakal remajaku bermain di minda. Walaupun bukan ada apa-apa dengannya, bersamanya dan melihat kecantikan makcik ni pun sudah memadai. Best la gitu. Bukan akal nakal pelik-pelik tau. Korang ni pun nak pikir benda lain pulak. Aku ni budak baik tau. Cuma aku suka tengok makcik ni, sebabnya dia memang cantik ma.

Kami terus berceloteh sebarang tajuk sambil menikmati sarapan yang dia sediakan. Lama-lama aku jadi tidak kekok dengan makcik ni. Lagipun dia bersikap bersahaja jer. Bersembang dengannya membuatkan aku lupa apa yang aku alami malam tadi.


Episod 18
Kerja Batang


Kalau ikutkan hati, ingin saja aku bertanya tentang perkara yang aku alami semalam kat makcik ni. Tetapi aku semacam tak berani nak suarakan. Setiap kali aku lihat wajahnya, rasa nak bertanya pasal semalam tu tidak mampu kusuarakan. Apakah kerana aku ego tidak mahu digelar sebagai penakut? Atau apakah? Lupakan je la.

"Makcik saya nak pergi mandi dan tukar pakaian" ujarku.

"Ye lah, makcik pun nak bersiap ni" balasnya.

Aku balik ke penginapan di rumah sebelah. Aku mandi dan menyalin pakaian bersiap nak pergi mengail. Dalam hatiku girang, teruja nak mengail. Ya la, terbayangkan mata kali disentap ikan dan lengkukkan joran mengena. Perhhh layan. Lagi best pula pergi bersama makcik ni. Macam nak pergi advanture pula. Dah sedia aku pergi semula ke rumah makcik sebelah.

"Semangat ni makcik" sapaku. Dia memandangku dengan senyuman. 

Adui... boleh cair ooo, tengok senyumannya.

"Kita gali cacing dulu ya, ikut makcik" ujarnya sambil memberikan aku sebatang cangkul. 

Aku ikut jer makcik tu.

Kami belum bawa set lagi. Cuma cangkul dan bekas untuk menyimpan umpan cacing. Kami pergi ke belakang rumah dari pintu dapur dan menuju ke bawah pokok dan mula kerja mengali cacingnya. Dah dapat beberapa banyak umpan kami kembali semula mengambil set mengail.

Perjalanan pun bermula. Dalam perjalanan tu aku dan makcik bersembang.

"Makcik, jauh ke tempat mengail ni?" tanyaku.

"Jauh tu tak la jauh sangat, tapi rasanya kita kena seharian la juga, sebab tu makcik bawa bekal" balasnya lembut. 

Dengar suara lembutnya pun aduhai.

Kami menuruni lembah menuju ke ke hulu sungai air batu. Kat sungai tu tidak ada banyak jenis ikan. Tapi ikan yang kualiti tinggi la, macam semah, empurau, sebarau dan entah apa jenis ikan. Aku ni bukan kenal sangat dengan nama ikan. Makan ikan tahu la.

Setelah beberapa ketika berjalan kaki meniti jalan denai kami sampai ke destinasinya. Wow, tempat ni sangat menarik. Dengan batu-batu yang tersusun semulajadi. Dengan kiri kanan depan belakang dihiasi dengan pokok hutan yang akarnya berjuntai mencecah ke permukaan sungai berbatu tersebut. Juga ada air terjun mini sana sini. Bunyi unggas, serangga mengeser sayap serta deruan air yang mengalir menambah kehebatan suasana tempat itu.

Aku terpegun melihat keindahan pemandangan yang masih semulajadi di hutan belentara itu. Terasa ingin saja aku melompat ke sungai untuk mandi manda. Lupa pula nak ngail. Aku dan makcik mula memasang umpan dan mulakan aktiviti kami.

Sekejap sahaja dah dapat beberapa ekor ikan. Saiz ikannya pula sangat lumayan. Sebesar tapak tangan dan sepanjang dua jengkal kebanyakannya. Makcik jelaskan itu ikan semah. Aku sangat seronok. Aku lupa diri dan merasa sangat terhibur.


Episod 19
Kerja Batang

Sungai yang jernih, pemandangan yang hebat, deruan air terjun, suasana di situ sangat menarik dan menenangkan. Aku berjaya menaikkan beberapa ekor ikan. Seronok bukan kepalang rasanya. Lupa segala hal lain sebab teruja dan leka mengail. Ikan pula besar-besar.
Sementara itu, aku sibuk mengail baru aku perasan, makcik tadi hilang entah ke mana? Alamak, dah dalam hutan ni, jangan la bergurau pelik-pelik bisik hatiku. Aku sandarkan joranku di atas batu, aku bangkit berdiri untuk melihat ke kiri ke kanan, depan belakang tercari-cari makcik tu. Ishhh, mana pulak dia pergi? Tadi elok jer ngail duduk sebelah balik pokok tu.

Aku jadi tidak selesa pulak, tempat orang, aku bukannya arif sangat dengan dunia hutan ni. Aku cuba bersangka baik, kot-kot dia melepas kot. Kalau macam tu takkan sampai nak tengok juga, mangkuk tul. Mungkin dia segan nak bagitau tadi ke apa? Kalau sakit perut, senak, takkan nak bagitau.

Dalam aku terpinga-pinga berdiri telinga aku terdengar bunyi ada orang gelak. Takkan makcik nak main nyorok-nyorok pulak. Aku perlahan bergerak mencari arah bunyi orang bergelak tawa tu. Aku yakin aku semakin dekat, kerana bunyi gelak itu semakin jelas kedengaran. Aku cuba mengintai dari celah batu.

Aku lihat beberapa anak gadis sedang mandi manda dan berendam separa dada. Mereka bertiga saling usik mengusik memercik air sungai ke arah masing-masing. Wow, semuanya cantik-cantik belaka. Aku jadi leka memandang wajah satu persatu gadis-gadis itu.

"Dek, jom kita singgah tengahari" makcik comel menepuk bahu aku dari belakang. 

Haih, terkejut beruk aku dibuatnya sambil mengerut dahi memutar badanku ke arahnya.

"Baik makcik" balasku spontan. 

Aku memalingkan mukaku semula ke arah gadis-gadis tadi mandi. Aik, tada siapa pun. Cepatnya mereka pergi bisik hatiku. Aku terus melangkah mengikut makcik comel tu.
Sampai kat tepi pokok kami meletakkan bekal tadi, aku membantu makcik menyalakan api. Ermm, paham benar, nak bakar ikan la, apa lagi? Aku menusuk ikan dengan kayu yang sudah disediakan makcik tadi. Sambil itu kami bersembang.

"Makcik pergi mana tadi?" tanyaku.

"Makcik cari ranting dan kayu buat bakar ikan" balasnya.

"Kenapa tak ajak tadi makcik, saya tercari-cari makcik tadi, ingat hilang ke mana?" tanyaku ingin tahu.

"Makcik malas nak kacau adik, nampak leka ngail tadi" balasnya. Aku hanya mengangguk kepala.

Wah, bau ikan bakar nampak menyelerakan. 

Dahla segar, perh... mantap la, bisik hatiku teruja dengan ikan bakar tu.

"Makcik, nak tanya boleh?" aku ingin bertanya sesuatu padanya.


Episod 20
Kerja Batang

Ikan pun dah hampir masak. Aroma ikan bakar tu, baunya amat menyelerakan. Sempat juga aku curi-curi pandang wajah makcik comel tu. Tambah selera makan kalau macam ni. Makan bersama dengan seorang yang cantik ma.

"Adik pandang apa tu dik?" tanya makcik tu pulak. Dia perasan aku tengok dia pulak. Hish malu pulak.

"Makcik, saya tanya tadi, makcik tak jawab lagi" aku sengaja memesong kekantoian aku.

"Tanya la" balasnya lembut.

"Kat kawasan ni ada orang tinggal ke makcik?" tanyaku

"Kat kawasan ni mana ada orang, kalau ada pun mungkin orang bunian la" balas makcik bersahaja.

"Orang bunian tu, orang apa makcik?" serius aku ingin tahu.

"Mereka tu kategori makhluk halus yang tinggal dalam hutan ni, tapi mereka tak kacau orang, melainkan orang ganggu tempat mereka" balas makcik panjang lebar.

"Mereka jahat ke baik makcik?" tanya ku lagi, maklumlah, umur ketika itu adalah remaja lagi, perasaan ingin tahu itu memang tinggi la.

"Kenapa adik tanya ni? Adik ada nampak apa-apa ke?" makcik macam terkesan dengan soalanku.

"Tada apalah makcik, saja jer tanya" balasku pula.

"Iyeke tiada apa-apa, adik intai apa balik batu tadi tu?" tanya makcik tu. 

Alamak dia tahu ke aku nampak gadis-gadis tadi tu?

"Tada apalah makcik, adik cari makcik jer tadi" aku masih cuba sembunyikan darinya.

"Dik, makcik tahu apa yang adik nampak, makcik paham perasaan adik bila nampak anak gadis tadi tu" ujar makcik tu. Adeh, dia tau rupanya.

"Sumpah adik tiada niat apa-apa makcik, adik terdengar diorang gelak tadi, tu yang adik cari arah bunyi gelak tu, sampai ternampak mereka" jelasku mempertahankan diri, takut tak pasal-pasal dia fikir aku ni miang ke apa. 

Makcik hanya tersenyum tidak berkata apa-apa.

Dia menghidangkan ikan bakar dan bekal yang di bawa dari rumah tadi di atas daun hutan yang menambahkan lagi aroma selera. Kami pun makan bersama. Lepas ni, sambung ngail lagi.

Sambil tu makcik menceritakan padaku. Mulai hari ini, aku kena berhati-hati, kerana jika gadis bunian menunjukkan dirinya pada manusia, bermakna mereka berkenan. Mungkin mereka akan cari aku jelasnya. Mereka tidak akan menunjukkan diri jika tidak berkenan atau bersebab.

Makcik cakap, walaupun mereka berniat baik, kita tidak bolah bersama dengan mereka jika kita masih sayangkan keluarga. Bunian ni, jika sudah berkenan sungguh, mereka tidak akan lepaskan kita macam tu jer. Maka, kita tidak akan dapat kembali ke dunia asal kita, kerana di bawa ke dimensi mereka.

"Takkan tiga-tiga anak gadis tu berkenan pada saya makcik?" ucapku berseloroh setelah mendengar penjelasannya. 

Dia hanya tergelak.


Episod 21
Kerja Batang

Perut dah terisi dengan ikan bakar yang segar. Mantap. Suasana kat situ nak kata panas tak juga. Nak kata sejuk pun tak juga. Badan terasa panas semacam. Rasa ingin jer melompat ke dalam sungai tu. Nak main dengan air sungai. Tapi tak mau pula kacau air, sebab masih nak ngail lagi. Takut ikan tu lari ler.

Seronok tu seronok la juga. Tapi aku ni jenis remaja yang cepat bosan dengan sesuatu perkara yang sama. Dari tadi memancing kat situ jer. Lepas makan, mata pula jadi layu semacam. Kalau tidur ni best juga bisik hatiku.

Makcik pulak asyik mengail. Sekali sekala dia toleh kat aku. Mungkin takut aku menghilang atau diculik bunian kot.

"Dik, kalau ngantuk adik boleh cari banir pokok dan berehat lelapkan mata adik tu" ujar makcik tu macam baca pulak mindaku.

"Ermmm masih dapat bertahan lagi la makcik" balasku.

"Lerr, dari tadi makcik tengok engkau kepala tu turun naik macam kena kail kena tarik dengan ikan" perli dia.

"Ye la, makcik ni macam ahli nujum la pula, tau-tau jer apa yang adik tengah pikir" balasku pula.

"Takpe, adik lelapkan mata la dulu, makcik tak lari punya" dia cuba beri peluang untuk aku berehat.

Aku pun bangkit dan mencari banir pokok yang berdekatan untuk rehat dan lelapkan mataku yang sangat mengantuk tu. Aku pandang kiri kanan depan belakang, mencari tempat yang sesuai. Entahla aku yakin dengan makcik ni. Aku percaya dengan dia. Mana tak nya, dia layan dengan baik. Walaupun baru berapa hari kenal. lagipun aku tak bawa masalah kat dia. Mungkin juga dia pun sama bosan duduk kat rumah tu sorang-sorang.

Aku jumpa dah port best punya. Aku ambil beberapa daun hutan yang lebar, aku jadikan sebagai alas. Aku semak sekitarnya kot-kot ada serangga ke apa. Semua clear. Memang mantaplah. Aku pun menyandarkan diri. Aku cuba layan rasa ngantuk tadi. Tapi tak juga terlelap. Hish...tadi bukan main sampai terlentok-lentok kepala gara-gara ngantuk. Dah dapat port, tak pula mau tidur.

Kepala ku tutup sedikit dengan topi menahan silau cahaya matahari yang menyinar dari celah-celah daun pokok yang ada di atasku. Makcik pula ngail tidak jauh dariku. Aku dapat nampak jelas dia yang sedang membelakangi dan sibuk ngail. Entahla, awal tadi banyak ikan makan mata kail. Lepas tengahari ni ikan pun rehat juga kot. Aku tengok dia belum dapat ikannya.

Aku perhatikan makcik tu dari belakang. Orangnya wow, pandang dari belakang pun cantik juga orangnya. Apatah lagi dari depan. Rambutnya sekali sekala mengalun ditiup angin sepoi-sepoi bahasa. Leka menatap dia dari belakang akhirnya ngantuk yang ku cari tu datang kembali. Aku tak tahu bila pula mataku terlelap. Aku tertidur juga akhirnya.


Episod 22
Kerja Batang

Aku terjaga, kerana lenganku digigit semut. Bukan sakit tapi rasa gatal-gatal la. Aku mencari makcik yang di depanku tadi. Alamak dia tiada kat situ pula. Aku tercari-cari. Pandang sana sini. Namun dia masih tidak kelihatan. Hei, makcik ni pergi mana lagi pula. Menghilang macam tu jer. Aku yang baru sedar dari lena tu pun mengusap-ngusap mataku. Suasana kat situ, nampak macam sudah sedikit condong mataharinya. Maknanya aku agak lama juga terlelap tadi. Tapi tak tahu pukul berapa kerana aku terlupa guna jam tadi.

"Makcik, o makcik, mana makcik oi" aku menjerit memanggilnya.

Suaraku tiada balasan. Aku bangkit dari tempat aku berehat dan bergerak mencari di sungai kalau-kalau dia mandi. Aku pergi ke hilir sedikit cuba cari. Tak berjumpa pun. Aku pergi sedikit ke hulu. Dan aku memandang ke seberang sungai. Anak mataku ada perasan sesuatu sedang bergerak. Mataku cuba mengikut pergerakan benda tersebut. Aku risau babi hutan jer. Kena sondol boleh naya ooo.

Benda yang aku pandang tadi merupakan anak kijang, tiga ekor berjalan rapat-rapat. Nampak sangat comel la pula. Aku jadi tertarik nak lihat lebih dekat. Jadi aku perlahan cuba menyeberangi sungai itu. Mujurlah sungai itu cetek. Tapi aku tak risau sungai dia bukan deras pun, tambah pula aku ni boleh berenang.

Sampai di seberang tu aku terus memerhatikan gelagat tiga ekor anak kijang tu. Macam tengok binatang terpelihara kat zoo pula. Jadi semakin seronok pula. Aku bukan pernah tengok dekat-dekat macam ni. Aku tahu binatang itu adalah kijang, kerana aku ni juga suka baca buku ensiklopedia kat perpustakaan sekolah. Eleh bukan baca pun, tu pun bila cikgu bawa pergi perpustakaan suruh baca buku baru la pergi. Tu pun belek buku jer, bukannya baca.

Aku leka dan terus leka. Melihat gelagat anak kijang itu. Dalam kepalaku terniat, kalau dapat tangkap seekor buat bela best juga. Memandangkan ketiga-tiganya kecil mesti dapat tangkap punya. Kepala otakku begitu yakin. Aku merangkak ikut ke mana kijang itu pergi. Peliknya anak kijang itu nampak jinak. Tapi bila aku bergerak rapat sikit ketiga-tiganya juga terus bergerak menjauhi.

Aku memang nak tangkap. Nampak rare ma, kalau dapat tangkap la. Aku terus mengikuti jejak tiga ekor anak kijang itu pergi. Sampailah kat suatu tempat aku terdengar bunyi dari arah belakang ku. 'Kanggggg' bunyi binatang. Serentak dengan itu aku menoleh kebelakangku. Aku tercari-cari dari mana bunyi itu datang. Tak berjumpa pun. Aku pandang semula ke arah tiga ekor anak kijang tadi, semuanya pun tidak nampak dah. Menghilanag tah ke mana. Sial la.

Aku kembali berdiri semula dan melibas-libas pakaian ku yang ada tersangkut dedaunan semasa merangkak tadi. Aku melihat sekitarku. Alamak! Aku berada di tengah-tangah hutan ke apa ni. Baru aku perasan aku telah masuk jauh ke hutan. Aku toleh ke bekas aku merangkak tadi pun segera menghilang seakan-akan tiada kesan orang merangkak. Aku sudah mula panik.

"Makcik, makcik, o makcik" aku terjerit-jerit di tengah hutan tu. Namun, gema suaraku tidak berbalas.

Aku semakin cuak. Peluh dingin mula menitis di dahiku. Aku dah sesat ni. Aku cuba berfikir bagaimana untuk kembali semua ke sungai. Kalau aku bertemu semula sungai pasti aku dapat balik, itulah yang berada di minda ku sekarang. Aku tidak teragak dan terus mencari deruan arah sungai. Semakin aku bergerak semakin jauh pula deruan sungai. Aku semakin panik dan gelisah. Tekakku jadi haus, kerana keringatku menguncur deras.


Episod 23
Kerja Batang

Sekelilingku hutan tebal. Deruan air sungai tadi pun tidak langsung kedengaran. Ke manakah arah yang perluku tuju untuk bertemu semula anak sungai tadi? Semua arah kupandang mencari klu. Aku tetap tidak nampak mana arah yang betul perluku tujui.

Daripada aku terpacak berdiri, ada baiknya aku memulakan langkah. Dalam kepala otakku, aku perlu berjalan lurus. Setiap kali melangkah, semak dibelakangku kembali seperti sedia kala. Aku melihat ia adalah suatu yang agak pelik. Bukan aku tidak biasa di hutan sebelum ini. Di kampung aku selalu jer ke sungai mengail bersama teman-temanku. Tapi ini adalah pengalaman yang luar biasa.

Dalam pada itu, aku ada terdengar suara riuh rendah. Aku pasang telinga. Aku cari arah bunyi suara riuh rendah tersebut. Aku melangkah pantas. Akhirnya aku bertemu suatu jalan denai. Aku dapat agakkan diri ini makin dekat dengan suara-suara tadi. sebabnya bunyi tersebut semakin jelas. Cuma aku tidak tahu apa yang dituturkan.

Aku bergerak dan terus bergerak. Sampai di suatu tempat aku melihat sebuah pemandangan di hadapanku ada sebuah rumah panjang. Dalam fikiranku, ada baiknya jika aku bertanya pada penduduk rumah panjang itu jalan pulang.

Dalam perjalanan menuju ke rumah panjang itu, aku terpandang tiga orang gadis yang sama aku nampak di sungai tadi. Mereka memandang ke arahku dengan penuh senyuman dan saling membisik di kalangan mereka. Apakah ini tempat tinggal mereka bertiga ini? Dalam masa yang sama ada seorang nenek tua menyapaku.

"Cucu ni macam sudah tersesat" sapa nenek tua itu.

"Iya nek, saya tersesat" balasku.

"Mari cu, ikut nenek naik ke rumah dulu" ajak nenek tersebut.

"Eh, takpa nek, saya perlu balik segera" balasku.

"Hari dah senja, mana nampak jalan, bermalam di sini dulu la malam ni, cucu ni pasti sudah kepenatan" ucap nenek itu dengan lembut.

Aduh, macam mana ni. Makcik pasti cari saya nanti. Nak bermalam ke macam mana ni? Bisik hatiku bertanyakan pendapat sendiri. Ahh hantam je la. Mungkin ada sebab dia tak bagi balik kot. Lagipun suasana dah mulai gelap.

"Mari cu, ikut nenek, nanti nenek siapkan makan malam" ucapnya lagi.

Aku hanya mengangguk dan mengikut nenek itu naik ke rumah panjang tersebut.
Bila aku naik ke ruang beranda (ruai) rumah panjang, ramai mata yang melihat ke arahku sambil memberikan senyuman. Senyuman yang melegakan. Aku rasa dialu-alukan pula. Sampai di dalam rumah nenek itu, aku sekali lagi melihat kelibat 3 orang gadis tadi.
"Ini semua cucu nenek, ibu dan ayah mereka meninggal dah kena tembak dengan pemburu" ujar nenek tu. Aku tidak tahu dari mana datangnya, tiba-tiba perasaanku jadi kesian pada mereka bertiga.


Episod 24
Kerja Batang

Aku melangkah masuk mengikut nenek tua tadi ke ruang rumahnya. Aku ikut jer orang tua tu mundar mandir ke mana. Segan tak tau buat apa. Sampaila nenek tu kata kat aku sesuatu.

"Cu, cucu mandilah dulu ya, nanti mereka sediakan pakaian untuk ganti, kesian pasti cucu ni miang akibat masuk semak akt hutan tadi" ujar nenek tua tu.

Tiga gadis tadi ke ruang dapur. Memasak barangkali. Aku pun pergi kat bahagian anjung kat belakang rumah tu. Mandi guna air hujan dalam tempayan. Sejuk sungguh. Ermm janji cuci badan dahla. Selesai mandi salah seorang gadis tu menunggu kat luar, sambil memegang pakaian untuk aku salin. Dia menyuakan pakaian tersebut dari celah pintu bilik air itu.

Setelah selesai bersalin pakaian, aku keluar dari bilik mandi tu menggunakkan pakaian serba tradisional. Baju yang ditenun. Seluar aku guna balik yang aku punya. Tak pandai aku nak guna pakaian sirat tu. Segar rasanya lepas mandi air sejuk. Aku masuk ke ruang tamu dan duduk bersila kat situ. Tidak lama kemudian, datang lagi sorang gadis manis tu menjamu aku minuman bersama ubi bakar. Sang gadis kemudian ke dapur semula.

Aku yang kelaparan tu tidak teragak-agak minum dan menjamah ubi bakar tersebut. Wangi ubi bakarnya memang menambah selera, ditambah lagi tengah panas-panas. Perhh, hanyut aku menjamahnya.

Rumah itu diterangi sinaran lampu pelita minyak tanah. Agak tradisional bahagian rumah tersebut. Dengan hiasan ukiran kayu bermacam-macam. Di tepi dindingnya pula disusun tembikar dan tempayan bersama raga-raga yang dianyam. Aku macam masuk rumah budaya pulak. Dindingya mungkin diperbuat daripada kayu jati yang dibelah nipis dan tersusun rata. Namun, ruangan antara bilik disempadankan dengan kulit kayu yang sudah dikupas dan diketuk rata.

Aku agak kenyang dah dengan jamuan tadi menyandar elok tepi dinding. Rumah panjang itu senyap sunyi. Sekali sekala kedengaran suara kanak-kanak yang bermain di ruai. Mungkin warga rumah panjang ni ramai dah berhijrah bekerja ke luar kot.

Badanku agak kepenatan, seharian aku tersesat. baru saja mataku diserang ngantuk. Nenek tadi bersama tiga gadis tadi membawa makanan malam ke ruang tamu tersebut. Wah, baru lepas belasah ubi bakar tadi, mana nak sumbat lagi ni. Apapun kena respek kat tuan rumah. Rezeki, layan je la.


Episod 25
Kerja Batang

Dengan muka selamba aku menyantap makanan yang dihidangkan. Cuma peliknya tiada satupun hidangan selain buahan dan pucuk-pucuk hutan bersama nasi. Tiada daging ataupun ayam. Namun begitu lauk biarpun kategori ulaman dan sayuran. Ia tetap menyelerakan. Aku yang kononnya, sudah menjamah ubi bakar sebelumnya, tetap menambah nasi buat second round.

Bertemankan lampu pelita, rumah panjang tersebut senyap sunyi. Apakah semua orang kat sini tidur awal? Mungkin sudah budaya mereka barangkali. Selesai makan malam, aku dan nenek tu bersembang. Sementara cucu-cucunya mengemas dan mencuci pingan mangkuk yang diperbuat dari tembaga.

"Malam ni cucu tidur di sini saja" ujar nenek tua itu sambil menyedekahkan senyuman.
Aku cuma mengangguk setuju.

Biarpun suasana di situ agak menjanggalkan bagiku. Namun ia tidak mendatangkan perasaan takut atau berprasangka. Aku rasa selesa dengan layanan tuan rumah yang ikhlas menganggap aku tamunya.

"Nek, kalau nenek tak keberatan cucu ingin bertanya" ujarku memulakan topik.
"Cucu tanya je apa yang cucu ingin tahu" balas nenek.

"Mana pergi semua orang kat sini nek, kenapa rumah panjang ini sunyi jer nek?" tanyaku.

"Kat rumah panjang ni, tidak ramai yang tinggal sudah, ramai yang telah terkorban" balas nenek.

"Terkorban sebab apa nek, ada bencana alam berlaku di sini ke nek" tanyaku yang lurus bendul.

"Suatu ketika dulu, memang ramai dan meriah penduduk di sini cu, tapi....." ayat nenek tergantung.

Aku sedar reaksi wajahnya mulai berubah kesedihan. Dengan itu aku tidak berani bertanya lanjut. Takut ada peristiwa yang mengusik jiwanya.

"Takpe la nek, nenek tak payah ceritakan, kalau ia suatu yang menyedihkan semua" ujar ku spontan.

"Cucu bertanya tidak salah apa-apa cu, nenek sudi menceritakan walaupun ia suatu yang amat menyakitkan" balas nenek dengan suara sedikit hiba.

Serentak dengan itu, ketiga-tiga cucunya menyertai kami kembali dengan hidangan lain pulak. Kerja makan je ni. Baik sungguh mereka ni melayan tetamu bisik hatiku.

"Nenek ni hidup dengan cucu-cucu nenek ni saja kat sini" ujar nenek sambil memperkenalkan cucunya satu persatu.

Mereka nampak jelas masih remaja sepertiku. Ketiga-tiganya manis-manis dan cantik paras wajahnya dengan mengenakan pakaian ala tradisional. Aku tak berani nak pandang lama-lama anak gadis orang. Maklumlah aku pun masih budak mentah lagi. Apapun siapa yang tidak suka menatap wajah gadis yang manis macam mereka.

Aku pula melirik curi-curi pandang rupa tiga gadis tersebut, satu persatu di sebalik sinaran lampu minyak tanah itu. Wow... memang cantik, tapi tidak sehebat makcik jiran tu. Walaupun begitu tidak juga mereka bertiga ni ketinggalan jauh. Mungkin cara mereka berdandan sedikit berbeza kot.


Episod 26
Kerja Batang

Entahla, hati terasa girang walaupun tempat itu tidak seselesa yang pernah aku rasa. Menatap wajah gadis manis membuat aku lupa diri seketika. Mereka bertiga pula, tidak lekang dengan senyuman. Adui, hanyut aku dibuatnya. Nasib baiklah aku sedar diri hanyalah seorang remaja.

"Cu, cucu ingin tahu siapa kami sebenarnya?" suara nenek menyentap lamunanku yang asyik curi-curi pandang pada cucunya.

"Iya nek" balasku spontan.

"Cucu jangan terkejut jika tahu siapa kami ini sebenarnya" ujar sang nenek lagi.

Aku jadi rasa sedikit terteka teki. Apakah mereka ini hantu atau apa?

"Cucu, jangan risau kami ini juga makhluk Tuhan, kami tidak berniat jahat dengan manusia" ujar nenek kerana melihat riak wajahku jadi sedikit cuak.

"Iya nek, cucu berserah" balasku sudah tidak tahu untuk berbicara apa-apa.

Kalau mereka hantu, aku nak buat macamana, nak lari macamana, aku pasti tertangkap juga, kalau benar mereka itu berniat jahat. Segala pelik-pelik terlintas di kepalaku.

"Kami ini adalah jelmaan kijang, kami juga merupakan kaum bunian, kebanyakkan orang-orang kami telah terbunuh oleh pemburu semenjak pembalakkan mula di tempat ini" jelas nenek.

Aku terdiam membisu seketika memikirkan apa yang baru diucapkan oleh nenek itu. Apakah dia cuba menguji aku? Atau bercanda? Atau dia sedang bercakap benar? Benar-benar tidak masuk akal bagiku. Mana mungkin juga orang tua ni bercanda, dia bukanlah orang yang melawak dari tadi.

"Iya benar, kami adalah jelmaan kijang, ibu dan bapa kami mati ditembak oleh pembalak yang berburu" salah seorang gadis itu menyampuk.

"Maafkan saya nek, saya tumpang simpati dengan apa yang berlaku" ucapku menunjukkan rasa simpati.

Wahal dalam masa yang sama, aku sebenarnya cemas, kalau-kalau mereka akan berniat jahat. Tapi, kalau mereka jahat, dari tadi aku dah kena, fikir mindaku. Ya tak ya kan? Aku cuba bersikap bersahaja je la. Apa-apa jadi pasrah je lah.

"Sebenarnya, cucu-cucu aku ni perhatikan cucu di sungai siang tadi, mereka perasan sesuatu dan merasakan ada aura tidak baik dari perempuan yang bersama cucu di sungai tu" jelas nenek.

Aku jadi rasa macam keliru, apakah benar yang mereka perkatakan? atau mereka yang berniat sebaliknya. Memandangkan aku tiada punya pilihan, aku terpaksa mendengar apa yang ingin mereka perjelaskan.

"Iya ke nek, dia sangat baik dengan saya la nek" ujarku cuba mempertahankan makcik jiranku itu.

Iya kan, dia memang layan aku dengan baik pun. Menyediakan makan minum, sarapan sementara ayahku dan suaminya ke tempat lain. Dia umpama penjaga buatku dan dalam masa yang sama umpama seorang kawan kepadaku. Apakah perlu aku mempercayai cerita mereka ini? Atau benarkah makcik itu orang yang seperti mereka maksudkan?


Episod 27
Kerja Batang

Apapun aku jadi tertarik juga dengan bab makcik jiran aku. Ingin juga aku tahu apa sebenarnya yang mereka tahu. Apakah nenek ini maksudkan dengan aura tidak baik? Itu yang menambah rasa ingin tahu dalam kepala otak ku.

"Cu, cucu nampak dia cantik kan?" ujar nenek tu.

"Siapa nek?" tanyaku.

Aku keliru kerana mungkin yang dia maksudkan cucunya.

"Perempuan yang bersama dengan cucu memancing di sungai semalam tu" jelas nenek merujuk kepada makcik jiranku.

"Ooo, ermm bole la" balasku separa menafikan.

Mana tahu cucunya terasa pulak kalau aku puji lebih makcik jiranku itu.

"Perempuan itu sebenarnya sudah berumur, tapi nampak muda remaja lagi kan" tambah salah seorang dari gadis.

Mereka ini cemburu ke apa dengan makcik tu? Hurmm.

"Iya, umur dia dah cecah 40an" balasku berlagak kononnya aku lebih kenal dia.

"Kalau cucu mahu tahu, dia mengamalkan ilmu hitam" ujar nenek.

Telopong mataku mendengar kata-kata sang nenek.

"Biar betul nek!" ujarku.

"Iya cu..." balas nenek.

Dan dia mulakan ceritanya.

Setiap malam jumaat, jasadnya akan digunakan oleh makhluk yang dia pelihara. Itu adalah perjanjian mereka. Maka, setiap malam jumaat dia akan merayau keluar mencari makan. Mengapa dia berjanji dengan syaitan?

Syaitan tersebut membuatkannya cantik dan sentiasa muda dengan syarat jasadnya adalah milik syaitan tu pada setiap malam jumaat. Mengapa dia ingin cantik? Itulah kelemahan manusia, dia tidak akan puas dengan apa yang dia miliki. sentiasa inginkan hidup yang lebih hebat.

Dulunya, perempuan itu hidup miskin dan selalu dihina oleh orang kampungnya ditambah wajahnya yang jelik. Entah bagaimana dia berjumpa dengan penunggu hutan dan mereka buat perjanjian seperti itu. Kalau ikutkan ceritanya, kampung mereka pupus dimakan oleh syaitan yang mendiami jasad perempuan itu. manakala sebahagian yang lain berpindah dari kampung tersebut akibat kekacauan yang dibuat syaitan tersebut.

Apabila menyedari syaitan itu semakin ganas, perempuan tersebut rasa bersalah, kerana setiap kejadian semasa dia dirasuk oleh syaitan tersebut, dia tidak sedar apa yang dia lakukan. Mujurlah hanya dulu sahaja setiap malam jasadnya digunakan oleh syaitan tersebut. Kebanyakkan yang jadi mangsanya adalah anak teruna dan suami orang yang tergila-gilakan kecantikannya.

Oleh itu, dia sendiri mengambil langkah mengubat dirinya dengan berjumpa dengan pawang. Pawang itu cuma mampu mendesak perjanjian mereka diubah kepada setiap jumaat sahaja penggunaan jasadnya. Sebab itu, setiap malam jumaat, dia akan mengurung dirinya di sebuah pondok di belakang kem jauh ke hutan.

Aku yang mendengar kisah tersebut menjadi meremang bulu roma. Apakah itu ada bunyi pelik-pelik yang aku dengar sebelum ini sekitar rumah mereka? Apakah suaminya tahu siapa isterinya sebenarnya?


Episod 28
Kerja Batang

Kalau tadi aku mengantuk, sekarang mataku jadi segar. Mendengar apa yang diceritakan nenek sambil menatap wajah gadis-gadis manis di depanku. Dahla perut kenyang, layanan pun first class gitu. Walaupun tak serupa dengan layanan di hotel-hotel mewah, layanan mereka terhadap tetamu seperti membuatkan diri ini terasa istimewa.

Berbalik kepada kisah yang diceritakan oleh nenek tadi tu. Aku menjadi sedikit keliru dan rasa terus ingin tahu. Kalau difikirkan umur makcik jiran tu memang dah cecah 40an. Tapi paras rupa remaja sesungguhnya. Tapi setakat ni, nak kata dia jahat, terbaik juga layanannya.
Bila ingat balik kisah tu, seram juga. Banyak mangsa yang dia telah bunuh kerana tuntutan syaitan tu. Aku ingin mengetahui lanjut kisahnya.

"Nek, yang buat jahat tu dia ke syaitan yang menggunakan badannya?" aku minta nenek menyambung ceritanya semula.

"Benda yang dia bela tu adalah langsuir, ikutkan dia sendiri bukanlah orang yang jahat, tapi tetap berdosa kerana bersekongkol dengan syaitan" ujar nenek tu.

Dalam kepala otak ku terfikir juga, apakah golongan jelmaan macam mereka ni bukan syaitan juga ka? Macam yang aku cakap tadi la, kalau kita memang sudah terdesak dan tak tahu nak larikan diri macam mana dari situasi sepertiku ini, akhirnya kita akan jadi pasrah dan beranikan diri. Lagipun, tidak nampak pulak mereka ni nak berbuat jahat ke atasku.

"Cu, kalau cucu nak tahu, golongan kami ini dapat membaca minda manusia, walaupun kami tahu apa yang ada di minda cucu ni, kami yakin cucu adalah insan mulia" ucapan nenek tu menambah kekeliruanku lagi.

Dapat baca minda? Mereka tahu ke apa yang aku fikirkan sekarang ni? Nasib baik aku tak fikir benda yang pelik-pelik.

"Dia sukakan awakla dik" bisik salah serorang gadis itu kepada yang lainnya.

Mereka menyangka aku tidak terdengar kot. Alamak aku kantoi la menyukai salah seorang dari mereka. Malula aku wei. Nampak benar kepala otak aku kena scan dengan dorang. Aduh, jem la macam ni. Kalaulah aku dapat kosongkan mindaku sekarang ni kan bagus. Supaya mereka tak dapat baca fikiranku.

Setelah itu, mereka bertiga tergelak sesama mereka. Melihat reaksi tersebut, aku kembali girang dan tersengih macam kerang busuk sambil tergaru-garu kepala yang tidak gatal. Hish, minat pun bukan ada apa, kalau serius pun aku ni masih muda, umurpun baru masuk 15 tahun. Dapat tahu dengan ayahku, mampus kena marah. Tambahan pula, mereka ni bukan manusia. Tapi... cantiknya aduhai. Pesal la mereka mahkluk tak sama jenis spesies denganku?


Episod 29
Kerja Batang

Ala takkan menyukai pun salah kot? Serius aku suka pada salah seorang daripada mereka. Bila pandang dia pandangan itu amat sukar untuk aku elakkan. Biarpun hanya diterangi lampu minyak tanah itu, wajahnya tetap nampak berseri. Bukan nafikan yang dua lagi tu, tapi yang ini membuatkan aku rasa girang dan tertarik.

Meremang bulu romaku, bukan kerana takut, tapi rasa best semacam. Tambah pula mereka bertiga asyik memandangku pula. Fuhhh, lemas kot.

"Cu, nenek tahu kamu berkenan pada cucu nenek ni, tak salah cu tapi ada yang kena cucu patuhi" ujar nenek tiba-tiba memesongkan topik asal tadi.

Aku hanya tersengeh.

"Jika cucu berkenan, nenek benarkan tapi cucu kena pilih, sama ada mahu ikut tinggal di sini terus atau bila cucu sudah genap berumur 21 tahun nanti" ujar nenek lagi.

"Errrr... saya tak paham apa maksud nenek!" aku sengaja memancing nak tahu apa yang aku perlu tahu.

"Macam ni cu, cucu ni masih muda, dan cara cucu berfikir itu mungkin masih belum cukup matang lagi" jelas nenek.

Hurmm.. alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Aku ni jenis budak yang mempunyai perasaan ingin tahu yang dalam. Jadi aku terus mengorek.

"Bolehkah, perbezaan antara dunia kita ni ada hubungan nek?" kali ini aku berterus terang, malas nak simpan-simpan.

"Kita semua adalah makhluk ciptaanNya, jika dia benarkan semuanya takkan jadi masalah, asalkan keihlasan dan kejujuran itu wujud dari sanubari kita sendiri" jelas nenek lagi.

Macam bagi lesen jer. Apapun aku masih sedar, jika mereka adalah makhluk yang berbeza cara hidup dan gaya hidupnya, memang susah untuk aku menyetujui. Walaupun niat itu ikhlas. Kena ingat juga dunia nyata, tak boleh juga ikut rasa hati yang pentingkan diri.

"Jujur saya perkatakan, saya menyukai cucu nenek, tapi saya masih belum layak memutuskan ia sekarang nek" balasku, walaupun dalam hatiku tidak merelakan bicara dari bibirku.

Apa sekalipun aku masih lagi normal. Mana mungkin sesuai untuk aku hidup dengan cara mereka. Kalau benar aku boleh bawa dia balik duniaku, apakah aku dapat daftarkan dia kad pengenalan? Macam seorang penyeludup warga asing pulak nanti.


Episod 30
Kerja Batang

Malam semakin pekat. Bunyi cengkerik bersahutan di luar. Suasana dingin kini menyelubungi. Namun, kami berlima masih rancak bersembang. Entah apa topik yang dibincangkan pun aku lupa dah. Cuma yang aku ingat topik paling hangat adalah pasal makcik jiranku dan tentang aku berkenan dengan si cucu.

"Tidak mengapa cu, kalau sudah jodoh kamu dengan cucu nenek ni, nenek merestu, cuma belum tiba masanya lagi" ujar si nenek.

"Kalau saya saja menyukainya, adalah tidak adil bagi saya nek" balasku memancing respon dari si gadis itu sendiri.

"Ha, macam mana cu Rania? awak menyukai juga ke anak muda ni?" nenek bertanya pada cucu gadis yang dimaksudkan.

Oh ya, lupa, yang sulung nenek tu perkenalkan sebagai Renda, kedua bernama Ransa dan yang bongsu bernama Rania. Ketiga-tiganya memang manis. Tapi paling aku berkenan adalah yang bongsu, si Rania. Entah macamana aku boleh mengaku secara jujur. sedangkan ini kali pertama juga mengenali mereka. Apakah mungkin kerana aku dipukau atau apa, aku sendiri tidak tahu. Apa yang pasti, aku jujur dan ikhlas.

Si Rania senyum tersipu dan cuma mengangguk memberi jawabannya. Ish, mudahnya dia menerima? Mungkin kerana di tempat mereka sudah tiada lelaki tampan sepertiku kot. Hehe, perasan diri segak pula. Tapi aku menang segak pun. Syukur dilahirkan dengan tiada cacat celanya.

Setelah itu yang lainnya bergelak tawa, apakah itu tandanya mereka turut tumpang gembira. Tapi, aku tahu tidak mungkin aku akan berada di situ dan membawa pergi anak gadis itu. Biarpun aku sangat menyukainya, aku perlu kembali kepada dunia asalku, menyambung semula pelajaranku ke tingkatan 4 nanti.

"Nek, balik cerita tentang makcik jiran ku itu, apakah dia jahat orangnya" aku membangkitkan semula isu tersebut.

"Ikutkan orangnya bukannya jahat, tapi si pendampingnya itu yang kita tidak tahu sejauhmana kekuatannya menguasai tuan punya badan" jelas nenek.

"Adakah pendampingnya akan makan orang lagi nek?" tanyaku lagi.

"Buat masa sekarang, pendampingnya hanya menggunakan dirinya pada setiap malam jumaat sahaja, itupun untuk makan sahaja dan sedikit berhibur, dia biasanya akan siapkan upacaranya serta bagi makan siap-siap benda tu dengan darah ayam sebagai pengganti korban darah manusia" jelas si nenek sekali lagi.

Barulah aku mengerti sedikit sebanyak. Kalau ikutkan layanan makcik tu dengan saya memang sangat baik. Tidak menampakkannya seorang yang jahat pun. Yang jahat itu mungkin pendampingnya. Apapun bersekongkol dengan syaitan itu adalah perbuatan yang syirik. Ahh, lantak dialah, dosa dia yang kena tanggung. Mohon dia bertaubat sudahla. Tapi apakah dia mengerti apa itu taubat? Dia kan golongan pagan.


Episod 31
Kerja Batang

Malam semakin larut. Nenek minta diri untuk kembali beradu. Dia meninggalkan kami berempat yang masih bersembang. Setelah beberapa ketika, dua kakaknya pula minta diri yang sudah mengantuk alasannya. Kini tinggal aku dengan si dia yang manis sahaja yang masih bertahan.

"Awak tak mengantuk lagi ke?" tanyaku pada sang gadis.

"Belum lagi, awak pula?" balasnya.

"Belum juga rasa mengantuk, mungkin rasa mengantuk yang awal tadi sudah hilang" ujarku.

"Eh, awak nak keluar kat beranda tak?" tanya si dia pada ku.

"Nak buat apa?" tanya ku ingin tahu.

"Kita ambil udara segar di luar, sambil boleh borak juga" ujar sang gadis.

Dia kemudiannya berdiri dan menghulurkan tangannya padaku. Aku mengapai tangannya dan turut berdiri. Dia memimpin tanganku menuju ke ruang beranda. Malam yang sangat pekat. Sampai di ruang beranda tersebut dia menunjuk ke arah langit. Sambil kami berdua menyandar pada penghadang beranda tersebut.

Malam yang kelihatan sangat indah, cerah langit diterangi bintang-bintang yang bergemerlapan. Terdiam seketika menikmati keindahan ruang langit dari atas beranda itu. Sementara itu, penghuni yang lain telah nyenyak tidur dibuai mimpi.

Setelah senyap beberapa ketika, akhirnya dia membuka bicara.

"Awak mengintai kami mandi kat sungai sebelum ni kan?" soalan yang aku perlu fikir untuk balas.

"Ehhh, tak la, saya mencari kayu api la masa tu, terdengar ada kocakan air ada orang mandi, sumpah saya tidak terniat" jelasku yang sebenarnya aku tercari-cari si makcik pada masa tu.

"Tapi, awak terus juga tengok kan?" tanya dia sambil tersenyum.

Wajahnya aku dapat nampak dalam keadaan samar-samar dari terang lampu minyak tanah di ruang beranda itu. Orangnya sangat manis, wajah itu buat hatiku girang. Sayang tak sama species jer.

"Dah, awak bertiga tu cantik-cantik belaka aku tengok je la" balasku dengan bendul.
"Betul ke awak sukakan saya?" tanya si dia lagi.

Aduh, nak jawab macamana erk? Dia bukan ke dah dengar pengakuan aku tadi. Perempuan ni, walau dah tahu nak tanya juga.

"Awak suka pada saya tak?" aku tanya dia balik sengaja mengenakannya.

"Ala, awak ni, saya tanya dulu kan?" balasnya mengerutkan dahinya.

"Bukan awak dah tahu ke?" usik ku lagi.

"Mana tahu awak cuma nak jaga hati nenek saja tadi" ujarnya.

"Hish, korang kan hebat dapat baca minda aku" aku duga lagi.

Sebenarnya tidak tahu topik apa yang mahu dibicarakan.

"Memang la dapat, tapi nak juga dengar dari bibir awak sendiri" ujarnya pula.

Ish, licik juga dia ni. Nak jawab lagi ke tak. Pasal ngaku ni menang segan la sebenarnya. Aku sebenarnya memang jelas sukakannya. Namun dalam hatiku wujud dilema juga. Aku tahu, ia adalah suatu yang mustahil. Atau aku ni sedang bermimpi indah ke apa?


Episod 32
Kerja Batang

Indahnya cahaya bintang yang bergemerlapan. Seindah kegirangan hatiku sekarang. Pada masa yang sama, aku juga kerisauan. Apa mungkinkah aku akan tersangkut di sini? Tunggu esok, siang hari aku pasti akan pulang semula. Ya, aku sangat yakin.

"Eh awak, awak tahu tak macam mana saya nak kembali semula ke tempat saya?" tanyaku pada sang gadis.

"Bukan awak nak tinggal dengan saya kat sini ke?" sang gadis ku mendugaku.

"Belum masanyalah awak, saya ni masih remaja lagi, saya janji saya akan cuba temui awak semula nanti" ujarku meyakinkannya.

"Entah-entah awak akan lupakan saya terus nanti" dia masih tidak yakin denganku.

Hurmm mana mungkin aku akan lupa, gadis sebaik dan selembut wajahnya.

"Tapi saya kena kembali juga la awak, nanti ayah dan yang lain risaukan saya" balasku tegas.

"Baiklah, esok saya akan hantar awak ke tepi sungai tempat awak mengintai kami semalam" dia akhirnya akur.

"Macam mana pulak kita nak jumpa lagi?" tanyaku lagi.

"Setiap petang kami bertiga selalu mandi di sungai itu, kalau awak bernasib baik awak akan terserempak dengan kita" balasnya.

"Sebenarnya saya ni cuma sementara jer tinggal kat kem batang tu, ini pun sebab cuti persekolahan akhir tahun jer ada peluang ikut ayah saya ke sini" jelasku tidak mahu memberi harapan pada sang gadis.

"Tak jadi la nak antar awak ke sungai esok" ujarnya sambil memalingkan wajahnya ke arah lain.

Biar betul, semudah itu dia tersangkut padaku. Sedangkan baru jer kenal. Entahla adakah begitu juga dia dengan orang lain yang dijumpanya di sungai itu nanti.

"Ooo, awak fikirkan saya tidak akan setia ye? Jahat la awak" ujarnya seperti dapat meneka mindaku.

"Awak dapat tahu apa yang saya fikirkan ke?" tanyaku rasa berminat ingin tahu.

"Itu adalah keistimewaan orang bunian, kami dapat baca niat jahat dan niat baik manusia" jelasnya.

"Kalau saya jahat, kenapa awak pun menyukai saya?" tanyaku sengaja memancing jawapannya.

"Terkadang, walaupun kami dapat tahu niat jahat manusia, tapi kami selalu menentang firasat kami, tapi awak nampak istimewa. Hati dan nurani awak nampak bersih dan suci" jelasnya.

kembang lubang hidungku dipuji sebegitu.


Episod 33
Kerja Batang

Aku menjadi leka bersembang dengannya. Tidak terasa sudah jauh larut malam. Banyak juga yang kami berdua sempat sembangkan. Ikutkan hati, memang masih mahu bersembang dengannya. Tapi apa boleh buat, mataku sudah beberapa kali diserang ngantuk. Begitu juga dengan si dia. Beberapa kali dia mengusap bahunya sendiri, menunjukkan angin malam tersebut bertiup sejuk.

"Mari la kita masuk tidur" suaraku kerana melihat dia sudah mula tidak selesa kesejukan.

Tanpa berkata, dia mengapai tanganku dan memimpin ku masuk. Jemarinya terasa sejuk berbeza dengan awal tadi. Aku melangkah mengekorinya masuk ke dalam rumah meninggalkan beranda yang memberi aku seribu satu kenangan. Walaupun hanya bersembang dengannya.

Sesampai di ruang dalam dia menunjukkan aku bilik yang dikhaskan untuk tetamu. Kebetulan bilik itu bersebelahan dengan biliknya.

"Esok awak bangun, awak ikut jer anak kijang tu ke mana dia pergi ya" ucapnya sebelum meninggalkan aku di bilik itu.

Baru saja dia melangkah, aku gapai tangannya dan putarkan badannya ke arahku. Aku peluk tubuh gadis itu. Dia tampak tergamam hanya diam.

"Terima kasih awak, keluarga awak telah melayan saya dengan baik sepanjang saya di sini" bisikku di telinganya.

Dia perlahan melepaskan pelukkanku dan perlahan melepaskan tanganku yang memegang erat jemarinya.

"Awak, kalau rindu nanti, kita jumpa di sungai tu lagi ya" balasnya sambil melemparkan senyumannya di wajah yang hanya disuluh sinaran pelita.

Aku hanya membalas senyumannya. Dan dia berlalu pergi ke biliknya sambil memandang ke arahku. Aku pula merebahkan diri berbaring untuk melelapkan mataku. Sementara menunggu mataku terlelap, mindaku terbayang senyuman si gadis yang membuatkan hatiku girang. Aku berharap selepas ini dapat bertemunya lagi. Akhirnya mataku terlelap juga.
Keesokannya....

Aku terjaga, kerana ada seekor anak kijang menjilat kakiku. Aku melihat sekitarku, hari jelas sudah siang. Tetapi, apa yang pelik aku tersandar di banir pokok yang besar. Tiada rumah panjang di situ. Di sebelahku, ada ubi bakar yang masih panas-panas dibungkus dengan daun lebar. Tetapi aku tidak terkejut dengan situasi itu, panjang lebar sudah si gadis menerangkan padaku semalaman.

Anak kijang yang ada di depan ku kelihatan sangat jinak. Ia terlompat-lompat ke sana kemari berdekatan denganku. Ku hulur tangan, ia mendekat, dan aku usap-usap kepalanya dengan lembut. Ya ia sangat jinak. Kemudian aku berdiri, dan mengingati semula kata-kata sang gadis menyuruhku mengikut pergerakan hala tuju anak kijang itu. Aku ekorinya.


Episod 34
Kerja Batang

Aku terus mengekori kemana saja pergerakan anak kijang itu pergi. Akhirnya aku sampai di tepi sungai seperti yang dijanjikannya malam tadi. Anak kijang itu terlompat-lompat di sekitar kakiku. Aku menghulurkan tanganku dan mengusap kepalanya, ia jinak. Aku mengucapkan terima kasih kepadanya.

Kemudian ia melompat ke arah hutan, serentak dengan itu berkas laluan semak yang aku lalui tadi seakan menutup semula laluan itu. Semuanya seakan-akan kembali seperti tidak pernah dilalui.

Aku menuruni sungai yang cetek itu untuk ke seberang. Sampai saja di seberang, aku sudah melihat makcik jiran ku itu menungguku dengan riak wajah senyum ayunya. Macam biasa dia sememangnya sentiasa kelihatan cantik. 

"Macam mana, semalam kamu bermalam di sebuah rumah panjang kan?" tanya makcik membuatkan sedikit terkejut.

"Macam mana makcik tahu?" tanyaku.

"Makcik dulu pun pernah bermalam di sana" balasnya dengan wajah riang.

Sedikitpun dia tidak menunjukkan kerisauan di wajahnya. Aku jadi ingin tahu. Apakah mereka saling mengenali atau apa? Tapi kenapa nenek menceritakan padaku perihal makcik ni?

"Dik, jom kita balik dulu, kat rumah adik cerita la pengalaman adik kat sana" ujarnya.

Aku cuma mengangguk. Aku sebenarnya berasa pelik juga, sedikitpun aku tidak merasa takut dengan makcik ni. Dan apa yang berlaku semalam pun tidak menghairankan aku. Bagaikan aku menerima begitu sahaja peristiwa yang aku lalui. Apakah aku ini kira orang yang beruntung, kerana makhluk-makhluk ni tidak menunjukkan wajah yang menyeramkan padaku.
Dalam hatiku masih teringat pada sang gadis yang bersembang dengan ku semalaman. Orangnya membuatkan aku girang semacam.

"Seronok semacam adik selepas kembali dari sana" ujar makcik mengusik layangan pikiranku.

"Entahla makcik, malam tadi rasa best pula" balasku.

"Mujurlah adik dihantar semula ke sini, ada yang lain terus tinggal di sana tau" ujar makcik pula.

"Mereka yang kat sana tu baik ke jahat makcik?" tanyaku.

"Ada yang baik, ada juga yang jahat, tapi apa yang pasti adik jumpa yang baik" jelas makcik padaku.

Ye tak ye juga, kalau mereka berniat jahat, pasti dah jahanam la aku semalam. Syukur.
Akhirnya kami sampai di kem batang. Hari ini pula adalah hari khamis. Malamnya yang pasti adalah malam jumaat. Aku teringin tahu juga apa yang makcik ini lakukan nanti.


Episod 35
Kerja Batang

Sampai juga kat rumah berek kem batang. Suasana pagi tu mendung. Kawasan kem batang itu adalah kawasan tanah tinggi. Jadi walaupun mendung, belum pasti akan hujan. Nak kata kepenatan tak juga. Maklumlah stamina masih remaja ni lain sikit. Sampai saja, aku minta izin balik ke berek ayahku. Apapun makcik sempat berpesan, kalau sudah ganti pakaian nanti lepak balik ke bereknya. Dia ajak aku makan bersama. Aku mengangguk jer.

Aku balik dan terus mandi. Air kolahnya, sejuk siot. Kat Kem batang ni mana ada air bersih yang ditapis dan dimurnikan. Semuanya adalah air tadahan dan dialirkan dari bukit. Mau tau la sejuknya macamana. Selesai mandi aku pergi berehat kat katil kayu. Kepala aku mendongak ke atas. Kat atas pulak mana ada dek syiling, nampak jelas kayu-kayu 2'x2' inci itu melintang sana sini mempertahankan beban bumbung zink berek tersebut.

Agak bosan juga kat rumah macam tu sorang-sorang. Ayah ni kata pergi tak lama. Ni dah masuk berapa hari tak balik. Tapi tak heran pun. Kalau kat kampung, jarang-jarang juga tengok ayah balik. Jadi dah biasa juga berjauhan dengan ayah sebenarnya. Ayahku kan kerja jauh dari keluarganya. Dah itu perkerjaan dia, nak buat macam mana. Memang gaji lumayan, tapi tu la, anak memang jarang dia jenguk. Rasa bersalahnya kurang bersamaku, membuatkannya membawaku kemari. Tapi sama jer, dia tetap sibuk.

Tok tok tok, kedengaran dinding sebelah diketuk.

"Dek, mari sarapan dengan makcik" kedengaran makcik sebelah menjerit memanggilku.
Dia memahami sangat rasa kelaparan dalam perutku. Orangnya memang baik. Malah tak pernah lekang senyuman manis dari bibirnya. Tambahan memang cantik. Jika nak bandingkan dengan gadis bunian yang aku kenal tu, makcik ni memang punyai kelas tersendiri. Bunian tu, punyai kecantikkan mereka tersendiri. Apapun mereka semua kategori orang cantik-cantik.

Aku segera keluar dan menutup pintu berek ayahku sebelum ke rumah makcik sebelah tu. Dia sudah menungguku di ruang dapur.

"Haa, dek jemput sarapan pagi" jemput si makcik.

"Wah, ini bukan sarapan ni makcik, ini makan pagi namanya" ujarku melihat banyak makanan dihidangkannya, tapi kuantitinya jelas untuk kami berdua.

"Ikan yang kita dapat semalam, ada yang makcik bakar, ada yang makcik masak berkuah, harap adik berselera la" ujar makcik dengan lembut.

"Baik makcik, orang kata rezeki jangan ditolak, adik basuh tangan dulu jap ya" balasku sambil melangkah ke singki.

Selesai membasuh tangan aku duduk dan mulakan mengisi perut. Memang sedap juga la ikan segar semah ni. Isi manis, melekit lagi, jelas sangat segar. Wangi ikan bakar itu membakarkan lagi seleraku.

"Tengok-tengok juga tulang halusnya dek, tercekik nanti" nasihat makcik melihat aku yang agak gelojoh menyantap ikan bakar tersebut.

Wajah makcik ceria sangat. wajah itu macam biasa menghanyutkan juga kadang-kadang. Tapi bila teringat dia isteri orang, aku segera membunuh rasa girang diri. Dia denganku bagaikan dua-dua remaja, usianya langsung tidak kelihatan.


Episod 36.
Kerja Batang

Usai makan. Macam biasa makcik tak bagi aku tolong cuci. Aku yang memang pemalas apalagi, ambik kesempatan naik ke atas dan cari pita video. Kali ini aku tak mau layan cerita seram. Aku cari cerita perang. Aku pun mula mainkan pita video itu. Cis, buat macam rumah sendiri pula. Tapi aku tahu makcik memang memahami, lagipun dia tahu aku keboringan juga.

"Dek, ni kopi pulak, adik minum la, biskut ada dalam tin tu" jemput makcik yang sambil meletakkan jug yang di dalamnya air berwarna hitam pekat.

"Makcik dah tengok cerita perang ni ka?" tanyaku memotong jemputan kopinya.

Ala tadi kan baru lepas makan. Ni nak masuk pulak kopi dan biskut. Nanti, sambil nonton movie layan la.

"Belum lagi, banyak sangat pita video pakcik kamu pinjam dari pekan sana, makcik takkan mampu habis tengok semua" balasnya.

"Haa, elok la, boleh kita nonton sama" ujarku.

"Boleh, sambil tu kita sembang" balas makcik.

Kebetulan movie itu masih baru mula. "Green Miles" itulah tajuknya. Aku nampak kulit movie orang pakai topi polis, aku ingat cerita perang la. Nampak dalam video tu permulaan cerita dengan dialog berbunyi 'deadman, deadman walkin, deadman deadman walkin" ujar seorang pegawai sambil membawa seorang penjenayah kulit hitam berkepala botak berbadan sasa.
Rupanya kisah dalam penjara. Kami layan la cerita tersebut. Sambil berborak kosong. Aku kadang-kadang jawab makcik terkadang fokus pada movie tersebut.

"Dek, petang nanti makcik balik pergi ke kampung halaman kejap, esok baru makcik balik tau" jelas makcik sedikit mengganggu tumpuanku.

"Takpa makcik, saya balik berek ayah la kalau macam tu petang ni" balasku.

"Eh takpa, adik boleh duduk sini la, adik boleh layan movie" terang makcik padaku supaya aku berehat di situ.

"Takpe ke makcik?" tanyaku untuk kepastian.

"Takpe, makcik pergi sekejap jer, awal pagi makcik balik semula" jelasnya lagi.

Ermm macam mana erk? Nak lepak kat rumah tu ke rumah ayah? Rumah ayah boring, semua pita videonya pasal gusti jer. Bosan la dengan Machoman, Hulk Hogan dan Ultimate warrior tu. Kalau ada cerita lain pun semua dah aku tonton. Hehe, alasan nak tengok TV besar rumah orang. Ye kan, bukan buat kacau kat rumah orang pun, tonton TV je pun. 

"Baiklah makcik, saya bermalam kat sini je la malam ni" aku bersetuju.

"Adik jangan pergi mana-mana tau, adik duduk kat sini jer, jangan keluar dari rumah ni, makcik risau keselamatan adik sorang-sorang pula" makcik meluahkan kerisauannya.

"Takpe makcik, adik ok jer, lagipun dah besar juga ni" balasku.

"Ingat tau, jangan keluar rumah ye" ulangnya lagi sambil menunjukkan wajah bersalahnya.


Episod 37
Kerja Batang

Lepas satu movie, satu movie yang lain aku tonton. Leka siot. Cerita best-best belaka. Sampailah tengah hari. Makcik jemput makan. Aku turun makan bersamanya. Macam dapat di teka, menunya ikan bakar dan gulai ikan semah. Sedap macam biasa, dua kali tambah nasi. Makcik senyum puas, masakannya mendapat pujianku.

"Adik nanti kunci semua pintu kalau makcik sudah pergi ya?" makcik sekali lagi mengingatkanku.

"Baik makcik" balasku bersahaja.

"Dek, masa adik bermalam tempat bunian tu, ada dengar cerita apa-apa yang pelik tak?"
Otakku segera menafsir. 

Aku perlu berkata benar atau berbohong? Kalau pasal dia yang didepanku, memang seram la. Tapi bila melihat wajahnya, aku rasa pelik juga, aku rasa tak takut langsung. Ye la aku tengok wajah cantiknya. Aku tak tengok wajah syaitan yang tinggal dalamnya.

"Ada tu ada makcik, kisah sedih mak ayah tiga beradik tu la" aku berbohong.

"Kisah macam mana tu dek?" makcik semacam nak mengorek.

"Kesian mereka bertiga, waktu masih kecik mak ayah mereka meninggal ditembak pemburu" jelasku.

"Ya kesian, mereka kan... err ada kisah lain tak dek?" tanya makcik padaku lagi.

Aku nak jawab apa pulak?

"Aaa ada, tapi yang ni kelakar la makcik, nenek dia semacam nak jodohkan saya dengan cucunya" balasku.

"Habis tu, adik jawab apa?" makcik bertanya lagi, jelas riaksi wajahnya yang ingin tahu tadi kembali ceria.

"Ikutkan, kalau adik ni dewasa dah, pasti adik terima kot, adik pun suka dengan yang bongsu" jelasku

"Cantik kan orang bunian, mereka tu jelmaan bunian kijang" ujar makcik.

"Ye la, sayang la adik ni masih muda, tergoda adik dengannya, siap kami sempat bersembang di bawah sinaran bintang yang bergemerlapan" jelasku lagi membuatkan aku terasa merindui gadis kijang itu.

"Adik rasa cintakan dia tak?" tanya makcik padaku lagi.

Oleh kerana aku rasa macam rasa dengan kawan bila bersembang dengan makcik ni, aku bersikap terus terang juga padanya. Kecuali benda yang patut aku rahsiakan.

"Tak tau la makcik, adik tak pernah bercinta pun, takda pengalaman, yang pasti adik sangat sukakannya" balasku soal hati.

"Orang bunian ni, kalau mereka dah suka, mereka akan setia dan suka pada yang satu jer dek tau! Jangan mainkan perasaan mereka tau" nasihat makcik padaku.

"Iye ke makcik, gadis tu luahkan dia suka kat adik juga la malam tu" jelasku pada makcik lagi.
"Jelasla dia memang suka pada adik tu, mereka kalau mencintai seseorang tu, mereka sanggup mati demi orang yang mereka cintai" jelas makcik lagi.

Hurmm. Aku pun suka juga, tapi tak tahu aku cintai atau macam mana, sebabnya aku ni mana pernah ada pengalaman. Rasa best juga ada orang suka pada diri kita kan. Mungkin ini yang dikatakan cinta kot. Ehh, jangan mimpi la, dewasa pun tak lagi, nak bercinta. Dapat tau kat bapak aku tak pasal pulak kena.


Episod 38
Kerja Batang

Aku mengantuk sangat. Entah bila tertidur, aku sendiri tak sedar. Sehinggalah makcik bangunkan aku, dan mengatakan dia akan bertolak. Rupanya dah pukul 4 petang. Dahla tv masih terbuka. Melampau betul. Hehe, tapi makcik tak marah pun. Dia tahu aku tertidur. Aku segera menutup TV, takut panas sangat. Sebelum ni dengar juga mitos pasal TV panas sangat cepat rosak. Tak pasal-pasal TV orang rosak nanti.

"Dek, ni makcik bancuh air milo buat adik" makcik datang memberikan aku secawan mug besar air milo.

Wow, bestnya jadi tetamu rumah ni. Layanan kelas atasan ni.

"Terima kasih, makcik" balasku sambil tersenyum.

"Makcik kena bertolak ni, adik kunci semua pintu ya, kalau dengar benda pelik-pelik abaikan dan jangan peduli ya dek" ujar makcik serta menyerahkan salinan kunci rumah padaku.

"Ya makcik" balasku masih malas-malas lagi.

"Kalau adik lapar, nak makan, kat dapur tu ada makanan makcik dah panaskan siap-siap, adik jangan segan ya, buatlah macam rumah sendiri" jelas makcik.

Ni la perangai budaya kita, kata kat tetamu buat macam rumah sendiri, sungguh aku buat macam rumah sendiri nanti baru tau. Tapi agak-agakla kan, itukan bahasa penyedap hati jer.
"Makcik, kalau adik nak ke rumah ayah kat sebelah nanti boleh ke keluar malam nanti" tanya ku sengaja nak tengok respon dia.

"Kalau boleh tak payah dik, adik duduk jer diam-diam kat sini, adik layan jer la movie tu, banyak lagi yang adik tak tengok kan" ujarnya semacam tidak mengizinkan aku keluar.

"Baiklah makcik" aku mengangguk sambil minum air yang dijirangkannya untuk ku tadi.

Aku mula teringat dengan kata-kata nenek bunian. Aduh, aku nak buat apa ni? Dahla malam ni malam jumaat. Harap tiada apa la yang berlaku malam ni. Mangkuk betul. Dahla aku kena duduk sorang-sorang.

"Makcik pergi dulu ya" dia minta diri sambil memberikan aku senyuman manisnya.

Aku membisu cuma membalas senyumannya dengan sengihan di wajahku. Dia pun berlalu pergi.

Beberapa ketika, aku mula bosan. TV aku sengaja biarkan berehat. Nanti malam nak layan tengok movie. Aku mula nak buat hal untuk hilangkan kebosananku. Aku berlegar sana sini. Tapi aku tidak sama sekali berniat untuk mengusik barang rumah orang. Aku cuma merayau jer. Tengok-tengok jer.


Episod 39
Kerja Batang

Suasana rumah tu senyap sunyi tanpa bunyi TV. Tambahan pula aku kena duduk sorang-sorang sekarang ni. Sunyi sepi. Kaki aku melangkah ke sana kemari pun kedengaran dengan jelas, bunyi lantai papan bergeser dan hentakan kakiku.

Rumah tu ada dua bilik, sebuah bilik yang dijadikan suami isteri tu sebagai tempat menyimpan barangan manakala satu lagi bilik mereka berdua tidur. Aku memang tidak berminat nak jenguk bilik orang macam mana. Aku hormat pada privasi orang lain. Mereka sudah bagi aku makan minum dan tengok TV dah cukup.

Aku tak tahan kebosanan, aku sambung balik tengok movie. Aku tak berani nak buka cerita seram. Tapi yang celakanya, bila aku belek-belek nak pilih pita movie, aku tertengok cover Pontinak 'Malam Jumaat Kliwon'. Spontan aku tercampak pita tu. Bagaimanapun aku ambik balik letak dan terbalikannya konon tak nampak wajah seram cover tu. Ala, sial juga. Kat cover belakang lagi seram wajahnya. Celaka betul. Tak pasal aku mencarut dalam hati.

Aku pilih sebuah cerita ni. Cerita yang pernah aku tengok la. Rambo. Cerita ni best, kisah perang. Tapi wajah seram cover tadi terngiang-ngiang pula dalam kepalaku. Inilah petanda menunjukkan diri ini sorang yang penakut. Lantakla. Aku teruskan tengok cerita Rambo tu. Aku tak mahu pandang kiri kanan, pandang kat skrin TV jer. Akhirnya selesai juga cerita tu aku tonton.

Aku tengok jam kat dinding sudah menunjukkan 6:30 petang. Suasana senja dengan cahaya kemerahan menembusi dinding papan yang tidak rapat itu. Aku segera menutup semua tingkap. Dan semua selak pintu aku rapatkan. Punya penakut. Wei kamon la, kau tu jantan, nak takut apa? Bisik hatiku menguatkan semangat dalam diri.

Aku sekali lagi bagi TV tu berehat. Malam ni, aku nak tonton puas-puas. Segala cerita aku sudah susun siap-siap mengikut giliran yang aku nak tonton. Walapun belum malam lagi, semua lampu aku buka. Biar terang benderang.

Kemudiannya aku ke ruang dapur. Cari apa saja yang boleh ku makan. Aku terhidu bau wangi pelik, bau kemenyan dan bau gerharu. Bulu romaku menegak dengan sendirinya. Hish, ni yang tak sedap ni. Dahla sorang-sorang. Sekonyongnya aku terdengar suara gadis dari luar. Aduh. Siapa pulak?


Episod 40
Kerja Batang

Hati tak sedap. Jantung dup dap dup dap. Bau wangian itu terus menusuk ke rongga hidung. Ingat orang tua kata, kalau ada bauan pelik, mesti ada mkhluk halus. Hampeh betul, time ni juga nak terserempak dengan kata-kata orang tua-tua. Habis tu petua nak buat pelindung diri dulu tak pernah nak belajar. Bukan tak pernah arwah tuk siap nak bagi sebuah buku ilmunya. Padan muka, berlagak sangat tak mau belajar.

"Awak, awak buka pintu, saya ni" kedengaran suara seorang gadis betul-betul di luar pintu dapur tu.

Suara macam saya kenal, yang pasti bukan makcik. Saya terus diamkan diri seketika. Debaran jantung bagai apa berdebar.

"Awak, cepat la awak" dia terus mendesakku.

Aku teringat pesanan makcik. Jangan buka pintu. Dan abaikan apa saja yang ada di luar. Tapi sekarang kan baru jam 6 lebih. Takkan hantu dah merayau kot?

"Awak, ni saya la awak, buka la awak" pujuk suara dari luar itu.

Suara ini aku kenal, persis orangnya. Tapi macamana dia boleh datang ke sini. Betul ke itu dia? Aku dilema.

"Jap, betul awak ke tu?" aku menyahut dari dalam.

"Awak tak percayakan saya ke? awak ingat ubi rebus dan anak kijang tak?" dia buktikan dirinya.

Aku kembali yakin. Aku memberanikan diri membuka pintu. Aku tahu itu sudah melanggar aturan makcik. Harap makcik maafkan akulah lepas ni.

Si dia yang aku kenali dan aku sukai ada di depan mataku. Dialah gadis bunian jelmaan kijang tu. Aku menjemputnya masuk.

"Awak, nenek suruh saya datang ke sini tolong jaga awak tau!" ujar si dia.

"Kenapa? Ada apa-apa ke?" tanya aku kurang jelas dengan maksudnya.

"Malam ni kan malam jumaat, setiap malam jumaat syaitannya akan menggunakan badannya untuk cari makan" ujar sang gadis.

Aku jadi lagi keliru.

"Tadi saya tengok makcik ok jer" aku cuba mempertahankan makcik manis tu.

"Dia memang ok, tapi syaitannya tak ok, dah dah kunci semua pintu dan tingkapnya" tambah si dia tegas.

Aku pula tengah seronok pandang wajah sang gadis yang menawan di depan ku. Mana tidaknya, sebelum ni aku hanya nampak dia dengan sinaran lampu minyak tanah jer. Sekarang amat jelas di mataku. Orangnya terbukti cantik dan sangat menawan.

"Awakkkk, pandang saya buat apa, pintu tu haaa" dia kemudian berdiri dan menutup pintu bersama selak dari dalam.

Aku masih tidak puas hati juga sebenarnya. Kenapa dia sampai bawa bau kemenyan dan gaharu? Apakah makna bau itu sebenarnya?


Episod 41
Kerja Batang

Hatiku kembali bersemangat dan merasa girang. Ye la tiada sebab lain la. Bertemu sang gadis yang aku sukai. Tapi dalam masa yang sama aku masih lagi was-was. Dia ni hantu yang menjelma ke memang si kijang comel tu? Aku terus leka menatapnya tanpa berkerdip. Kusyuk dan leka dengan kecantikan semula jadi awek bunian. Bukan pakai maskara dan alat solek lain pun. Ayunya asli tau.

"Ehh, awak asyik pandang saya jer dari tadi" dia perasan aku menatapnya.

"Dah awak cantik, rugi la tak pandang" balasku tanpa menafikan.

Sambil memegang tangannya dan menarik kerusi di ruang dapur tu untuk dia duduk. Orangnya hanya membiarkan aku mengambil kesempatan memegang tangannya. Ke dia juga mengambil kesempatan?

"Ish awak ni, malu la saya awak pandang macam tu" ujarnya lagi.

"Lerr, dah betul awak cantik, bukan saya selalupun dapat peluang untuk melihat awak" balasku tidak segan silu.

Eh, berani semacam pula aku petang ni. Selama ni, aku sembang dengan perempuan pun agak segan. Ermm mungkin aku tahu dia juga menyukai aku juga kot.

"Eh awak, saya datang untuk jaga awak jer tau" dia tegas kali ini.

"Ye la, awak datang bukannya rindukan saya kan? Nenek yang suruh, betul tak?" aku saja buat merajuk nak tengok respon si dia.

"Rindu sama juga, tapi amanat nenek tu lebih penting" balasnya lagi.

"Awak, nak tanya boleh?" aku nak bangkitkan isu.

"Tanya je la" balas si dia selamba.

"Bauan kemenyan tu datang dari awak kan?" tanyaku.

"Iya, saya yang bakar sepanjang datang ke sini" balasnya lagi.

"Ada apa dengan kemenyan sebenarnya? Kenapa awak bakar kemenyan?" tanyaku lagi.

"Awak ingat kemenyan ni bau hantu yerrr? Awak ni penakut juga ye?" dia sengaja mengenakan aku.

"Iye la, orang tua-tua kata, bauan macam tu memang ada makhluk halus berdekatan" ujarku.

"Ish awak ni, saya jelaskan ya, saya tahu awak ingin tahu" ujarnya ingin menjelaskan perihal kemenyan.

Kemenyan adalah datang dari getah atau cecair yang membatu dari pokok gerharu. Apabila ia mengeras, ia menjadi seperti batu dan dipanggil sebagai kemenyan. Kemenyan ni, banyak kegunaannya. Bergantung kepada niat kita. Baik niat kita, maka baiklah hasilnya. Kalau sebaliknya, maka sebaliknyalah hasilnya.

Menurut kepercayaan mereka, membakar kemenyan boleh menyeru roh nenek moyang datang menjaga mereka. Sebab itulah dia membakar kemenyan tersebut. Begitulah menurutnya.

"Macam tu lah kegunaan kemenyan ni" ujar dia menamatkan cerita pendek perihal kemenyan.

"Kiranya, roh moyang awak bersama kita la sekarang?" tanyaku yang sememangnya daif.

"Itu saya sendiri tak pasti, tapi awak jangan nak nakal-nakal, nanti moyang saya marah tau" dia memperingatkan aku.

Aku langsung lupa perihal nak tengok movie. Ala, yang ada bersamaku lagi jauh bagus berbanding movie.


Episod 42
Kerja Batang

Setelah menutup semua tingkap dan pintu, aku kembali lagi ke ruang dapur itu bersamanya. Aku sungguh lega. Sekurang-kurangnya ada yang menemani. Dahla awek comel yang aku sukai. Cewah. Aku langsung terlupa dengan suasana yang sudah senja dan tidak lama lagi akan bergelap. Makcik pula sudah pergi ke kampungnya. Aku tidak pasti dengan itu, adakah benar dia pergi ke kampungnya atau....

"Eh, awak kata nenek yang suruh pergi jenguk saya ka? Atau awak datang nak melepaskan rindu?" aku sengaja menyakatnya.

"Kan saya dah kata, nenek yang suruh, rindu tu satu hal, kalau ikutkan saya pun tak mau nak pergi sini tau" balas si dia.

"Kenapa pulak tak mau pergi sini?" tanyaku.

"Iye la, nak sampai sini nak kena redah hutan tau, awak tak kesian ke pada saya?" balasnya lagi.

"Kesian la jugak, terima kasih ye awak, sebab sudi temankan saya malam ni" ujarku.

"Iye la, sama-sama, tapi seronok juga dapat jumpa awak" ucapnya, membuatkan aku rasa di awangan.

"Awak lapar tak? Dah makan?" tanyaku.

"Apa yang awak ada saya tak boleh makan la awak, ikan dan benda bernyawa kami tak boleh makan, jangan risau saya ada bawa ubi keledek bakar dari sana tadi, nanti kita makan sama ya" ujarnya.

"Awak tak boleh makan ikan ke? ehhh jap... macam mana awak tahu lauk saya ikan?" tanyaku, rasa macam pelik.

"Hish awak ni, kat atas meja tu bukan ikan ke?" balasnya dan tersenyum tersipu.

"Ohhh, ye tak ye juga, ingat awak guna magik ke apa tadi?" aku berseloroh.

Dalam asyik kami berdua bersembang. Tiba-tiba telingaku terpasang mendengar bunyi sesuatu di luar. Ada bunyi macam kekekan tupai. Bunyi tersebut semakin mendekat. Aku amati bunyi tersebut. Kemudian bunyi yang semakin dekat itu bertukar seperti kokokan ayam jantan. Tapi bukan macam ayam berkokok, cuma bunyi jer hampir sama. Kami berdua saling berpandangan.

"Nampak gayanya makcik kamu ni bukan setakat bela seekor syaitan" ujarnya.

Aku berlagak berani depannya. Wahal dalam hatiku, cuma aku saja yang tahu.

"Bunyi apa tu awak?" tanyaku padanya.

"Itu bunyi langsuir, tak lama lagi awak dengar dia akan gelak" jelas si dia padaku.

Ucapan tidak suspen daripadanya membuatkan hatiku terus berdebar-debar. Ya memang aku takut, tapi takkan nak ngaku depan awek.


Episod 43
Kerja Batang

Semua lampu yang aku buka menerangi setiap ruangan rumah berek itu. Aku tidak berani bergelap. Matahari sudahpun tenggelam sepenuhnya. Ini bermakna malam mula menjelma. Kalau aku sorang tadi, pasti aku sudah buka kuat-kuat suara peti televisyen. Tapi aku tidak berniat untuk melayan movie malam ni. Aku nak bersembang dengan gadis comel yang bersamaku.

kek kekekeke...... kedengaran bunyi dari luar.

Serta-merta bulu romaku naik sendiri tanpa paksaan. Kuusap tengukku meramas elok remangan bulu roma.

hahahaha....ahahahaiiii....hahahahaiiii.... bunyi benda ketawa berlegar-legar di luar rumah.

"Kita jangan layan, kita buat tak tahu jer" ujar si comel di depan ku.

"Macamana dia masuk melalui celah-celah rumah ni nanti?" tanyaku sedikit mengelabah.

"Saya dah pagari rumah ini dengan mentera bunian sebelum masuk tadi, dia takkan masuk, malah makcik awak juga ada memagarinya" jelasnya.

Aku tergaru-garu kepala, tidak paham dengan apa yang dia perkatakan.

"Ala awak ni, benda tu takkan mampu masuk ke dalam rumah, sebab rumah ini sudah diberikan pelindung, awak paham tak?" jelas si dia lagi.

Aku yang masih kabur-kabur hanya mengangguk.

"Ok paham, eh awak kata makcik juga buat pendinding juga ka?" tanyaku.

"Semasa saya bacakan menteranya, rumah ini memang sudah dipagari, rasanya makcik awak buat sebelum dia pergi" jelas si dia.

"Owh, kenapa makcik tak bagitau saya pun?" tanya ku lagi.

Sementara benda yang ada kat luar itu terus mengilai-ngilai.

"Dia mungkin tak mahu awak ketakutan, mungkin itu sebabnya dia tak bagitau awak apa-apa, dan dia mungkin beranggapan awak tidak tahu siapa dirinya" jelas sang gadis.

Owh, patutla si makcik tidak menyuruh aku pergi mana-mana. Sayang juga makcik denganku ye. Tapi pehal la dia bersekongkol dengan syaitan tu pula? Hish tak paham pulak aku.

"Maknanya makcik tu baik la sebenarnya?" aku bertanya untuk kepastian.

"Makcik awak tu memang baik, tapi dia tidak dapat nak berbuat apa-apa dah, dia telah buat perjanjian dengan syaitan" jelas si gadis.

"Macam mana awak tahu banyak pasal dia? Awak kenal dia ke?" tanyaku.

Sebenarnya aku banyak tanya kerana untuk memesongkan tumpuanku tentang benda yang mengilai menyeramkan di luar tu. Aku sebenarnya tengah menyembunyikan perasaan takut.

"Saya tak la kenal, tapi nenek yang ceritakan" balasnya.

"Kalau dia nampak awak kat sini macam mana pulak, agak-agak dia marah tak?" tanyaku lagi tak habis dengan soalan.

"Entahla, kalau saya tidak mengacau hidupnya, mungkin tidak kot" balas sang gadis.

"Eh, awak jom kita naik lepak kat atas, kat sana boleh sembang sambil layan kopi" aku mengajaknya berpindah tempat.

Suka hati aku pulak, macam la rumah sendiri. Ala, minum kopi dan nyembang jer pun. Takkan salah kot? Aku bangun dan menjirang air panas dan membancuh air kopi sejug untuk kami berdua.


Episod 44
Kerja Batang


Baru saja naik kat bahagian ruang tamu aku terdengar sekali lagi bunyi hilaian makhluk tersebut. Kali ini makhluk tersebut betul-betul mengilai dari arah atas bumbung. Agaknya dia tidak puas hati tidak dapat masuk. Kalau si comel dan makcik tak buat pagar, tak tahula apa akan terjadi dengan aku? Tak sanggup aku bayangkan.

"Awak pasti ke benda tu tak akan dapat masuk?" aku ingin tahu.

"Awak takut ke?" dia mengusikku.

"Hantu kot, dah lumrah manusia mana tak takut hantu" balasku.

"Awak jangan risau la, dia takkan dapat masuk melainkan...." dia tidak melengkapkan ayatnya.

"Melainkan apa?Awak jangan main-main tau" aku menelan air liur secara spontan.

"Eeee, awak ni... tada apalah, awak jangan risau la" dia mengusik aku sambil melemparkan senyuman manisnya.

Entah, aku nak kata takut tu takut la juga, tapi aku jadi kuat semangat dengan kewujudan gadis bunian ni. Ke pasal egoku ke apa tah?

Bunyi hilaian tu kembali menghilang. Suasana kembali senyap sepi. Kedengaran pun bunyi serangga bergeser sayap dan sayup-sayup bunyi generator. Nampak sangat juga malam ini pasti berlangsung panjang.

Baru nak rasa lega. Tiba-tiba letrik tiada. Blackout. Enjin generator pun tak kedengaran. Celaka tul. Jantung aku berdegup kencang.

Aku rasa ada tangan memegang tanganku. Dalam keadaan gelap gelita tu aku jadi gelabah.

"Ni tangan awak ke?" tanyaku pada si dia.

"Taklah, mana ada saya pegang tangan awak" balas si gadis.

Ah sudah. Tangan sapa pulak?



Episod 45
Kerja Batang

Suasana masih bergelap. Masih lagi blackout. Dah keadaan macam ni juga la nak gelap gelita blackout bagai. Tiada orang ke yang bertugas hidupkan balik generator tu. Geram dengan keadaan, bagaikan aku sendiri yang nak pergi hidupkan generator tu. Tangan tadi segera aku lepaskan dari sentuhan tangan yang tidak diketahui entitinya. Meremang bulu romaku.

"Awak, jangan main-main la" aku bersuara.

"Agak-agak tangan sape tuuuu....." dia buat perangai mengusik aku pulak.

Masa ni juga dia nak buat main-main. Ke saja dia mencabar keberanianku. Aku antara takut dengan tercabar la juga. Korang tahu la budak lelaki yang sedang akil baligh, darah muda cepat teruja dengan cabaran.

"Betul ke bukan tangan awak tadi tu?" tanyaku untuk kepastian.

Dalam keadaan yang sememangnya gelap tiada cahaya langsung. Aku langsung tak nampak sapa.

"Iye.... bukan saya la awak..." balasnya berserta gelak tawa kecil kedengaran darinya.

Sudah.... Mende pulak sentuh aku tadi tu.

Sekali lagi aku merasakan tangan menyentuh jemariku. Aku cuba lepaskan. Akan tetapi jemari tersebut tidak membenarkannya. Jangan la ganggu aku wei.

"Yang ini tangan saya la awak..." suaranya melegakan aku.

Terus aku tak jadi lepaskan. Jemariku kembali tenang. Pegang tangan perempuan ma. Hurmm mesti la best. Lagila berlainan jantina. Teruja pula.

"Ehhh awak, tangan awak basah la.." dia bersuara lagi.

"Errrr...." aku diam tidak jadi menjawabnya.

"Sampai macam tu punya penakut la juga awak ni, sampai berpeluh dingin" ujar si gadis.

Nasib baik gelap gelita. Kalau tak malu dia nampak mukaku yang terasa merah padam menahan malu dikatakan begitu. Ciss kantoi la pula.

"Ye la, saya ngaku, saya takut... tapi betul ke tadi tu bukan tangan awak?" aku masih tidak puas hati.

"Itu tadi, memang bukan tangan saya la awak, sebab tu saya terus cari tangan awak" balasnya.

Aku paham, dia cuba menenangkan aku.

"Habis tu tangan sapa?" tanyaku.

Hatiku kembali kecut mendengar jawapannya. Eeee...seram la.

"Itu saya tidak tahu awak, tapi awak jangan bimbang la" ujarnya

Aku tidak menafikan diri sebenarnya agak mengelabah. Dah la gelap gelita. Tangan pula kena raba dengan entiti. Haishhh... meremang bulu roma.

"Yang ini betul-betul tangan awak ye?" tanyaku jadi semacam konfius pula.

"Bukan" balasnya.

Alamak. Biar betul? Aku dengan segera cuba melepaskan tangan tersebut.

"Saya gurau la awak" dia mengusik aku.

Hampeh punya si dia ni. Nakal juga. Dia tidak tahu debaran jantungku macam nak roboh dah ni.


Episod 46
Kerja Batang


Generator masih belum dihidupkan. Masih bergelap. Aku tahu malamnya masih muda. Cuma masalahnya, aku tak tahu nak buat apa dalam situasi ini. Aku ternampak cahaya kecil kehijauan muda. Lama-kelamaan ia semakin terang. Apa benda tu? Nak kata terang benderang tak la juga. Cukup untuk menerangi kecantikan sang gadis bunian itu la.

"Apa benda cerah tu?" tanyaku yang cuba menadah cahaya yang menyilaukan dengan lenganku.

Mana tidak silau, dari tadi bergelap gumpita.

"Kalau awak nak tahu, ini adalah permata zambrut" jelasnya sambil menunjukkannya padaku.

Permata berwarna hijau itu dibaluti oleh kayu yang seakan-akan berakar.

"Awak nak keluar jalan-jalan tak?" dia tiba-tiba mencadangkan padaku.

"Nak jalan macam mana? Nak keluar pun saya tak berani" balasku yang juga ingin tahu.

"Kalau awak nak, saya boleh bawa awak keluar, supaya awak tidak merasakan malam ini panjang" ujarnya lagi membuatkan aku terpinga-pinga.

"Macam mana? Tak apa ke kita keluar?" tanyaku lagi.

"Kalau awak nak, kena ikut apa yang saya cakap" tambahnya lagi.

"Selamat ke nak keluar ni?" aku ingin tahu dalam masa yang sama aku rasa was-was juga.

"Baiklah awak, macam ni..." dia pun mulakan perihalnya.

Dia menyuruh aku berbaring. Dan menenangkan diri serta membuang segala apa yang ada di kepala. Aku seperti orang yang bodoh jer ikut arahannya. Entah kenapa aku yakin dengan dia ni. Mungkin cara dia layan aku sebelum ni kot.

Aku pun berbaring di tilam yang aku hamparkan di ruang tamu itu. Yang mana tilam tersebut adalah bertujuan untuk aku santai depan tv tengok movie. Tapi perancanganku teralih sudah.

Dia mengajar aku dengan tenang untuk membuang apa saja yang berada dalam pemikiranku. Mulanya agak susah. Kepala otakku semakin ku cuba tenang semakin itu juga, pelbagai benda menerpa dalamnya. Bayangkan hantu lah, terngiang hantu gelaklah. Dia pula terus menenangkanku dengan duduk bersila di sebelahku.

Dia membelai rambutku dengan lembut. Sehingga aku bagaikan merasakan diri tertidur. Aku rasakan sangat santai. Tiada lagi sebarang bayangan dan bunyi dalam mindaku. Aku bagaikan orang yang sedang tidur dalam sedar.

Tiba-tiba aku rasakan....


Episod 47
Kerja Batang


Aku berasa amat tenang. Aku membuka mataku dengan perlahan. Wah, suasananya seperti di siang hari. Cuma cahayanya bukanlah dari matahari. Cahaya datang dari manapun aku tidak tahu. Sehingga tidak ada bayang-bayang kelihatan. Pelik dan unik. Tapi, dalam gelodak jiwa ia suatu yang sangat damai dan senyap.

Dia memegang tanganku tanpa sebarang bicara. Malah melemparkan senyumannya. Apa yang pelik kali ini adalah wajahnya kelihatan berseri-seri. Suasana itu, membuatkan hatiku girang seperti perasaan orang yang sedang bercinta. Eh, tahu-tahu pulak aku. Macam pulak pernah bercinta. Tapi iyelakan, aku cuma gambarkan sahaja sebab perasaan itu hadir apabila bersama si dia yang cantik manis ni.

Aku merasakan badanku seperti mula terapung. Mulanya aku cemas. Kerana aku tidak pernah mengalami benda seperti ini. Aku lihat ke bawah, aku nampak diriku terbaring di atas tilam tadi bersama dia duduk di sebelahku dengan keadaan bersila. Kedua tangannya menyatu dan nampak kaku tidak bergerak.

Aku dan dia tidak bercakap langsungpun. Tetapi suaranya dapat aku dengar dalam mindaku.

"Awak jangan risau, yang di bawah tu jasad kita berdua" ujarnya.

"Habis ini apa?" tanyaku.

"Ini adalah roh kita" balasnya.

Aku dengan cepat meletakkan tangan di dadaku. Tiada degupan. Tapi perasaan itu ada. Aku cuba hembuskan nafasku. Tiada apayang keluar dari rongga hidungku. Alamak apakah yang aku alami ini?

"Awak jangan takut, kita akan keluar berjalan tanpa ada gangguan dari sesiapapun" jelasnya cuba melegakan aku.

"Sekarang nak buat apa?" tanyaku.

Dia memimpin tanganku. Badan kami terus melayang-layang bagaikan amat ringan. Eh, bukan badan la, tapi roh. Aku ikut jer mana dia nak bawa. Wah, seperti ada sakti, kami boleh menembusi dinding rumah itu.

Segala yang kelihatan di luar itu amat jelas. Dari rasa pelik dan agak kebinggungan sebentar tadi aku kini menjadi teruja dan seronok pulak dengan apa yang aku alami.

Suasananya memang kelihatan amat pelik. Macam tengok cerita magik pulak. Dia melepaskan tanganku perlahan.

"Sekarang awak cuba kawal pergerakan sendiri, ikut kehendak hati awak" jelasnya.

Aku sangat teruja. Aku dengan cepat mengawal ke mana saja aku ingin bergerak. Melayangkan rohku sesuka hati. Dia pula hanya tersenyum memandang ke arahku yang kelihatan sangat seronok.



Episod 48
Kerja Batang


Suatu pengalaman yang amat pelik dan unik. Apakah ini adalah alam roh? Hurmm iya kot. Tapi aku tak mati lagi la. Hantam sajalah. Apa yang pasti, janji menarik.

"Awak dah sedia?" si dia bersuara dalam mindaku.

"Saya ikut jer la awak bawa pergi mana" balasku.

"Mari saya tunjukkan sesuatu" ujarnya.

"Nak buat apa?" tanyaku bendul.

"Ikut je la, mari" ujarnya terus melayangkan rohnya.

Aku hanya terus mengikutinya. Ilmu apa agaknya dia guna ini? Sampai boleh bawa roh keluar dari jasad. Dasyat juga orang bunian ni.

"ini adalah keistimewaan kami orang bunian" ujarnya.

Rupanya dia mendengar suara mindaku. Adeh. Tak boleh sembarangan ni nampak gayanya.

Dengan lajunya kami telah sampai di puncak kawasan tanah tinggi berdekatan. Dari situ nampak dengan jelas kemusnahan alam semula jadi akibat aktiviti pembalakkan. Tanah runtuh, kawasan menjadi lapang tandus akibat penebangan hutan tanpa penanaman semula.

"Awak lihatlah perbuatan manusia" ujarnya padaku.

Aku tidak membalas dan membahaskannya. Nampak sangat dia kesal dengan hasil sampingan akibat aktiviti pembalakan. Aku rasa bersalah juga bagi pihak manusia. Namun apa yang mampu aku lakukan?

"Mari ikut saya lagi" ujarnya.

Aku hanya terus mengikuti arah mana yang dia tujui.

Sampai kat suatu tempat yang sedang pesat membangun dia menunjukkan padaku, betapa kesan kemusnahan alam sekitar akibat pembangunan. Longkang kotor di sana sini. Hidupan laut dan sungai tercemar.

"Jika manusia masih tidak sedar, ibu alam pasti akan marah dan mendatangkan bencana pada manusia kelak" ujarnya yang sangat kesal dengan sikap ketidaksedaran terhadap kepentingan pengekalan alam semulajadi.

Aku pulak yang rasa bersalah dengan semua itu. Bagaikan aku yang merosakkan semuanya. Mana tak, aku adalah manusia juga. Sungguh, suatu ketika nanti aku akan cuba menyampaikan betapa kerosakan akibat pembangunan tanpa kesedaran ini.

"Baguslah, awak ada perasaan begitu" ujarnya mendengar luahan mindaku.
"Ya awak, rasa bersalah sangat dengan semua kerosakan ini" balasku menunjukkan rasa empati dengan ketidakpuasan hati makhluk lain sepertinya.

Aku menjadi insaf seketika melihat apa yang dia baru dia tunjukkan padaku. Apakah yang aku boleh lakukan untuk membantu keseimbangan alam pada suatu ketika nanti? Sungguh aku sendiri berasa amat kecewa dengan kesan permodenan yang sedang berlangsung ini.


Episod 49
Kerja Batang

Suasana menarik dan pelik dari pemandangan biasa. Penuh dengan rasa ketenangan dan senyap sunyi. Bagaikan hanya ada aku dan dia sahaja. Rambutnya beralun di awangan. Sinar wajahnya kelihatan penuh dengan aura kehijauan. Berbeza danganku warna aura keputihan. Apakah kerana kami berasal dari makhluk yang berbeza spesisnya. Kalau manusia digelar homo sapien. Bunian gelarannya apa pulak? Malas pulak nak tanya.

"Eh awak, kalau kita pergi ke kampung saya agaknya sempat tak?" rasa nak tengok pulak suasana di kampung halamanku.

"Asalkan jasad kita tiada yang sentuh, kita boleh berada di alam ini selama mana yang awak nak" jelasnya.

"Awak nak tengok kampung halaman aku tak?" tanyaku.

"Boleh juga, saya ikut awak kali ini" ujarnya

"Baiklah, mari kita pergi" ujarku penuh semangat.

Kami terus bergerak dengan sepantasnya. Rasa best pula. Macam dalam siri Doraemon pulak.

Akhirnya kami sampai di kawasan kampungku.

"Wah, kampung awak nampak menarikla" ujarnya.

"Inilah kampungku, saya bawa awak ke rumahku dulu ya" ajakku padanya.

Kelihatan ibuku sedang tidur. Sama juga dengan yang lainnya. Rasa puas pula dapat melihat kampung halaman dan rumah sendiri. Terlepas kerinduan pada ibuku. Aku mencium kening ibuku.

"Dia ibuku" ucapku.

"Orangnya cantik dan lembut wajahnya" balas si dia.

Seterusnya kami berdua merayau sekitar kawasan kampung. Melalui sebuah jambatan yang kelihatan masih ada orang yang melepak di atasnya. Kebanyakkannya orang yang berada di atas jambatan itu adalah rakan sekampungku. Mereka sedang mengail udang di malam hari.
Agak pelik juga, masa seakan-akan terhenti. Dunia nyata kelihatan bergerak amat perlahan. Adapun pergerakan sangat perlahan. Kenderaan pun bergerak amat perlahan. Tapi kami berdua tiada kuasa untuk menyentuh apa-apa benda yang berbentuk fizikal. Begitu rupanya alam yang roh lihat.

"Kita tidak boleh terlalu lama di alam ini, jika jasad kita di langkah oleh binatang, roh kita akan betul-betul sesat nanti" ujarnya

"Macam mana tu?" tanyaku

"Jika ada roh jahat, ia akan menumpang pada binatang seperti kucing, menjadikannya perantaraan dan akan merasuk dalam jasad kita yang kosong, dan kita akan kesusahan merampas jasad itu kembali" jelasnya.

"Kalau macam tu baik kita kembali sekarang" suaraku cemas.

Kerana aku belum bersedia meninggalkan dunia. Masih banyak yang aku perlu teroka lagi.


Episod 50
Kerja Batang

Aku dan dia segera kembali semula ke kem batang. Sampai di sana, aku melihat aku dan dia masih dalam kedudukan yang sama. Dia mengajari aku masuk semula ke dalam jasadku. Dia turut kembali kepada jasadnya. Kami sedar semula.

Aku bagaikan baru bermimpi indah. Seperti balik ke kampung halaman. Rasa tenang dan girang di dadaku. Muncul perasaan merindu kampung halaman la pula.

"Hai awak, awak macamana?" suaranya menyedarkan aku.

"Rasa macam tiba-tiba merindui kampung halamanku" balasku.

Aku bagaikan orang yang hilang ingatan buat seketika. Seperti baru bermimpi indah.

"Awak baru sahaja melalui alam roh" ujarnya.

"Macamana tu awak, apa yang telah berlaku?" tanyaku kebinggungan.

"Sememangnya awak tidak akan dapat mengingati semuanya dengan sepenuhnya" jelas si dia.

Iyela kan. Aku langsung tidak dapat mengingati apa yang baru sahaja berlaku. Aku merasakan aku berbaring sekejap dan terlelap dan kemudiannya seperti dibuai mimpi indah saja. Tapi perasaan best itu kekal padaku.

"Jangan risau awak, awak akan dapat ingatan itu semula nanti, yang pasti bukan sekarang" ujar si dia.

Aku memang masih kebinggungan. Ahh tak kesah la, mungkin aku akan dapat jawapannya suatu ketika nanti.

Haaaa dah cerah balik. Yeaaa generator sudah dihidupkan semula. Perh lega. Aku dapat nampak muka gadis di hadapanku dengan jelas. Sangat cantik. Memiliki wajah cantik yang amat natural. Padan pun aku merasa terpikat juga dengan orangnya.

"Awak, saya hanya dapat menemani awak sehingga tengah malam sahaja" dia tiba-tiba bersuara lagi.

Aku hanya menatap wajahnya. Aku tidak mahu melepaskan keindahan wajahnya yang di depanku. Aku tidak bersuara. Aku hanyut dan terus leka menghayati keindahan yang mungkin suakr untukku lupakan kelak.

"Eh awak, kenapa pandang saya begitu sekali?" tanyanya padaku.

Dia melambai-lambai lembut tangannya di depanku. Dia memberikan senyuman yang mencairkan hati seorang lelaki. Sebelum ini aku tidak pernah nampak wajahnya secara bersemuka. Kini aku terpaku dengan kecantikan semula jadi gadis bunian ini.


Episod 51
Kerja Batang

Syukur, generator hidup balik. Tak la bergelap gempita. Jam pulak dah menunjukkan pukul 10 malam. Malam ini adalah khamis malam jumaat. Mujurlah ada peneman. Lega juga rasanya. Tidaklah melalui sorang-sorang malam ni. Tapi, dia kata setakat jam 12 jer. Baki malam nya aku kena lalui sendiri.

"Awak, apa sebenarnya berlaku tadi?" tanyaku rasa pelik dengan ucapannya yang mengatakan saya akan ingat semula semua tu.

"Ye awak, kita tadi mengembara ke alam roh" ujarnya.

"Alam roh? Apa benda tu awak?" tanyaku, serius aku pelik.

Aku langsung tidak ingat apa-apa pun. Cuma rasa pelik, hati rasa girang, semacam baru melepaskan suatu perasaan kerinduan.

"Kita masuk alam roh, dan kita pergi ke kampung halaman awak" ujarnya.

"Iyeke, tapi saya tak ingat apa-apa langsung denga apa yang telah berlaku la awak" ujarku.

"Takpa, nanti-nanti awak akan teringatkan juga, tapi mengambil masa la sikit, abik awak tak payah fikirkan" balasnya membuatkan aku semakin keliru.

Baiklah, takyah pikir.

Sambil menatap wajah gadis manis di depanku. Aku memandangnya dengan tidak berkerdip. Cun giler kot, nak kata macam bidadari tu pembohong la. Tapi, memang cantik la. Dia pula membalas pandanganku. Entah aku tidak rasa kekok langsung. Mungkin kerana aku sedar, cuma ini saja masa yang aku ada untuk menikmati kecantikan yang ada padanya. Suatu yang sukar diungkapkan dengan kata-kata.

Perh, mabuk cinto aku ni agaknya. Dia pula, supporting habis. Tapi taklah sampai nak berbuat maksiat. Aku orang yang waras. Aku pun percaya juga cinta tidak semestinya berakhir dengan perbuatan maksiat. Cukuplah sekadar berkongsi perasaan yang sama, itu sudah memadai. Apa yang penting, keikhlasan hati. Nah, jangan ditanya kenapa aku tidak menjuruskan mindaku pada benda yang tidak sihat. Bukankah aku ada kesempatan di depan mataku?

Hello, aku ada prinsip tersendiri. Aku percaya, cinta yang suci adalah jauh indah dari suatu yang berbaur negatif sifatnya. Ermm, aku tau, ada jantan lain yang akan memikir mengambil kesempatan. Namun, bagiku biarlah ia suatu yang bersifat semula jadi. Bukan aku tidak mempunyai keinginan berupa nafsu. Jika sebetulnya, aku adalah seorang lelaki juga.

Iyela kan, kita punya prinsip masing-masing. Aku tetap jaga kesucian diri sehingga aku benar-benar telah berkahwin nanti. Adeh nampak macam perempuan pula bunyinya. Aku nak cabar diri simpan ia untuk orang yang tepat. Biarlah adil kepada pasanganku yang sebenarnya nanti. Bukan main redah, ambik mudah dan terus rasa bersalah tidak bertanggungjawab.

Mempertahankan kesucian bukan suatu yang senang. Banyak cabarannya. Tambahan kita ni adalah laki-laki. Lagi-lagi bila pucuk rebung itu disegarkan dengan embun-embun lembut yang menyapa. Hehehe, kuatlah wahai iman.

"Eh, awak mengelamun mende ni?" suara si dia menyapa lamunanku.


Episod 52
Kerja Batang

Wei, jangan cuba fikir yang bukan-bukan ok, aku mengusik minda ku sendiri. Sapaan si dia aku tidak perdulikan. Aku terus asyik dan leka memandang wajahnya. Apakah ni yang orang dewasa katakan cinta? Dah la dia ni orang bunian. Dunia berbeza kot. Cubalah dia ni manusia, sah-sah aku beranikan diri minta izin ayahku meminangnya sekurang-kurangnya untuk mengikat perhubungan. Kannn?

"Eh, awak... tak dengar saya cakap apa pun" ujarnya menganggu lamunanku lagi.

"Ye awak, kenapalah awak cantik sangat?" usikku tidak teragak-agak.

"Ishh awak ni, ke situ pula" balasnya dengan wajah sedikit kemerahan.

Malu la tu kot?

"Iye betul la awak memang cantik, saya nak terus terang dengan awak" ujarku dengan nada sedikit serius.

"Awak nak buat apa dengan kecantikan? Nak makan?" dia mengusik aku pula.

"Lerrr, awak ni, orang puji dijawab macam tu pulak" balasku.

"Itulah, semua orang melihat hitam itu jahat, dan melihat putih itu baik, orang melihat rupawan itu indah, melihat buruk itu suatu yang perlu dihindar" dia tiba mengucapkan suatu memerlukan sedikit tafsiran.

"Awak bermain bahasa pulak ye?" ujarku.

"Yela kan, kalau saya ni buruk rupa awak akan layan tak?" balasnya pulak.

Saya terdiam. Kemudian hanya tersengih daripada memberi jawapan yang menyakitkan hatinya.

"Awak kena percaya setiap keburukan pasti ada kebaikannya" ujarnya lagi.

"Bagi contoh" balasku kerana dia seperti cuba menyampaikan sesuatu.

"Awak pernah nampak lalat dan lebah tak?" tanya si dia.

"Iye, pernah, kenapa dengan mereka?" balasku ingin tahu.

"Pada awak, mana yang lebih nampak baik?" dia sengaja membuatkan aku tertanya-tanya.
"Lebah la awak, sebab lebah ni menghasilkan madu dari manisan bunga-bungaan, dan madu berkhasiat kan?" balasku masih ragu dengan jawapanku.

"Tapi, dalam masa yang sama, lebah juga boleh membunuh dengan sengatannya kan?" dia memberi respon.

"Habis tu, lalat tu langsung tiada faedah, mereka hinggap pada benda yang busuk dan kotor" jelasku mempertahankan pilihanku adalah lebih tepat.

"Siapa cakap macam tu? Setiap ciptaan Tuhan pasti ada membawa kebaikan walaupun dilihat dengan mata kasar mereka nampak tidak berfaedah" ujarnya.

"Apa faedahnya lalat?" balasku rasa bengang dan tercabar.

"Lalat tidak nampak berfaedah, tapi anak-anaknya akan membantu setiap yang mati itu kembali menyatu dengan alamnya" jelasnya.

Aku berfikir sejenak apa yang cuba dia sampaikan. Orang bunian bukannya turun sekolah pun. Aku cuba berfikir dengan apa yang dia jelaskan.

"Awak faham tak?" tanya dia padaku.

Owhh, anak-anak lalat itu adalah larva, mereka menguraikan bangkai dan di situ berlaku proses pereputan. Haduh, kenapa aku tidak terfikirkan? Itu rupanya fungsi lalat. Mungkin dia tidak menjelaskan suatu secara saintifik tapi tafsirannya adalah suatu yang saintifik. Perhhh, kagum aku.

"Iya, saya mengerti awak. Sekarang saya faham maknanya, seburuk-buruk ciptaannya, akan ada kebaikan yang dia rahsiakan dari kita" balasku.

Tidak berasa masa berlalu dengan dialog mudah itu tadi. Dia menyedarkan aku, setiap suatu itu kita perlu hargai sepenuhnya. Terkadang kita tidak menyedari setiap sesuatu yang berlaku pasti ada hikmahnya. Deep sungguh la minah ni.


Part 53
Kerja Batang

Memang orang bunian tidak bersekolah. Kalau nak tahu, mereka mana ada kad pengenalan. Semacam pendatang asing jer jika kita nampak. Tapi ilmu tentang alam rasanya kita jangan buat pandai dengan mereka. Macam aku tadi baru je kena sedas.

Dalam syok-syok bersembang dengan dia, tiba-tiba lampu terpadam sekali lagi. Sekali lagi blackout. Cilakui betula la.

Dengan cepat aku duduk rapat dengannya. sehinggakan punggung dan bahu kami berlaga. Kalau dah penakut tu penakut juga la. Dia tidak memberi respon. Dia hanya terdiam seketika.
Aku tidak berniat nak mengambil kesempatan. Tapi tangan kanan ku bertidak secara automatis bertindak memegang bahunya. Dia dengan lembut merebahkan kepalanya ke dadaku. Ala manja-manja gitu. Uuuu berdegup kencang jantungku. Manakala tangan kiriku memegang erat tangan sang gadis. Dia hanya membiarkan sahaja.

"Lajunya degupan jantung awak" ujarnya.

Aku diam tidak berkata-kata. Aku hanya menikmati kehangatan dari tubuhnya. Rasa girang di hati masa tu, hanya aku jer yang tahu.

"Awak, ni memang baik sangat la, kalau laki lain dia sudah pasti mengajak yang bukan-bukan" ujarnya tiba-tiba.

Awak ingat aku ni baik sangat ke? Ingat aku ni tidak terfikir langsung benda pelik-pelik balasku dalam mindaku. Tapi macam yang aku kata tadi aku orang yang berpegang pada prinsip. Kalau melakukan sesuatu yang melebihi batasnya, tanggungjawab harus dipikul. Biarpun sentuhan itu mencabar imanku, aku tetap dengan prinsip ku sendiri.

Tambahan aku pasti dia juga tidak mahu perkara yang boleh mencemari kesucian masing-masing berlaku.

"Iye awak, aku ni penakut sebenarnya, sebab itu aku memeluk awak begini" jelasku berterus terang.

Biarpun ada juga kepala otak ku berfikir yang nakal-nakal. Lelaki kan?

"Atas kejujuran awak inilah membuatkan nenekku memperkenankan saya dengan awak" ucapannya mengujakanku.

"Jadi nenek awaklah yang berkenan kat saya, bukannya awakla ye?" aku sengaja mengusiknya.

Terasa lengan kananku kena cubit. Nampaknya dia geram juga denganku. Tapi cubitan itu tidaklah sesakit mana. Kerana cubitannya adalah cubitan manja. Ha gitu.

"Awak ni kan? ke awak yang tak sukakan saya ni?" balasnya.

Dalam pada itu, kedengaran ada suara seperti hilaian kedengaran diluar.

"Ha ha hahaiiii, sudah menjemur padi ke kamu semua! haha ahahaiii" suara hilaian dari luar rumah.

"Ha ha ha haiiii, tengah naik panas mentari niiiii ha ha ha haaai" suara itu terus berbunyi.
Bulu romaku meremang. Aku memeluk si dia dengan lebih rapat lagi.


Episod 54
Kerja Batang

Mendengar hilaian dan ucapannya membuatkan dahiku berpeluh dingin. Debaranku bertambah kencang. Rasa ingin tahu dengan misteri itu membuak. Kerana rasa dek geram ditakutkan makhluk halus sebegitu rupa. Tapi apakan daya, ilmu tiada di dada.

"Awak tidak rasa takut ke?" tanyaku berterus terang pada si gadis yang kupeluk rapat.

Dia sedikitpun tidak cuba merenggangkan pelukanku. Apakah mungkin dia memahami situasiku. Atau dia juga mempunyai rasa takut?

"Sebenarnya, dunia ini sangat luas buat pengetahuan awak" ujarnya.

Sekali lagi ucapannya menambah minatku.

"Awak tidak takut ke dengan hantu ke?" tanyaku masih nakkan jawapan.

"Segalanya ada jawapan tersendiri awak" balasnya masih tidak menjawab persoalanku.
"Awak memang tak takut ke?" tanyaku buat kali ketiganya.

"Pengalaman mengajar kita segalanya" ujarnya bersahaja sambil mengusap lenganku dengan tangan kanannya menenangkanku.

Dia takkan jawab. Aku malas nak tanya lagi. Aku tukar soalan pulak.

"Eh awak, boleh saya tahu umur awak sekarang" tanyaku semata demi memesongkan rasa takutku.

Buat sementara hilaian tersebut terhenti. Suasana kedengaran bunyi cengkerik mengeserkan sayapnya. Krik, krik, krik.

"Di dunia manusia saya berumur 16 Tahun" balasnya.

Tua dari aku setahun. Tapi apa maksudnya dengan kenyataan dunia manusia? Apakah umurnya berbeza di dunia bunian?

"Awak tua setahun dari saya, kira kita ni mungkin ada jodoh juga kan?" ujarku mengedik dengan cara budak lelaki.

"Tapi umur di dunia bunian, saya ni berumur 78 tahun" balasnya membuatkan aku terlopong dalam kegelapan.

Alamak, serius ke ni? Ini sudah kategori nenek orang dah ni. Tapi apesal nampak muda sungguh? Ke dia melawak?

"Awak melawak ke?" aku duga dia melawak.

"Benarla awak, saya nak berbohong pada awak buat apa? bukan ada faedahnya pun" jelasnya.

"Kalau macam tu, nenek awak tu umurnya berapa?" tanyaku tiba-tiba teringatkan neneknya yang sudah nampak bekeriput.

"Nenek sudah cecah umur 2169 tahun" balasnya bersahaja.

Biar betul? Berapa generasi alam manusia dia lalui. Dilahirkan sebelum masihi. Mak oi tua siot. Aku masih di antara percaya atau tidak. Tapi, si dia ni berbicara dengan jujur.

"Kalau saya jadi suami awak, sudah pasti saya akan menua dan mati awal dari awak kan? Awak tidak takut ke menghadapi itu semua?" tanyaku seakan-akan aku ingin melihat lebih dalam lagi.

"Jodoh, bukan kita yang aturkan, banyak lagi rahsia alam yang kita tidak ketahui la awak" balasnya bersahaja.

Aku tidak dapat bayangkan aku memeluk gadis yang seusia dengan nenek orang. Apatah lagi, jika berjodoh dengannya. Perh, budak kahwin dengan nenek oi! Tapi siapa yang tahu, lagipun usianya 16 di dunia ini. Wei serius ke aku nak kat dia ni? Kalau ikut paras rupa memang jelas belasan. Aku ni diilusikan ke? Ke benar-benar benda ni?


Episod 55
Kerja Batang

Suasana masih lagi bergelap akibat blackout. Tapi kegelapan itu diterangi oleh cahaya kehijauan dari permata yang dikeluarkan oleh si gadis. Urmm, nak panggil gadis ke si nenek? Usia sebaya dengan nenek aku kot. Tak kesahla, dia kata dia berumur 16 kat dunia kan. Comel per orangnya. Cinta tak mengira usia wei.

Dalam pada itu, aku terus leka memandang wajah si dia. Tidak ada langsung ciri-ciri dah jadi orang yang berumur nenek. Dalam fikiranku apakah aku dipukau atau betul-betul?

"Saya kena pergi sebelum tengah malam, saya bagi pada awak permata ini sebagai hadiah, awak boleh simpan nanti" ujar si dia.

"Habis tu macam mana awak nak nampak jalan balik nanti?" balasku.

"Takpa awak, saya boleh nampak jalan, jangan risau" balasnya.

Macam mana dia nampak jalan kalau dalam keadaan gelap gelita? Banyak juga ilmu alam orang bunian ni. Orang nak kasi hadiah, terima jela.

Aku langsung tidak merasa keseraman langsung lagi dah. Mungkin kerana kehadiran awek bunian tu kot. Walaupun ada bunyi seram mengusik dari luar rumah itu. Hurmm sementara dia masih ada tak le kau takut. Nanti bila dia dah pergi baru kau tau.

"Apahal pulak kena balik tengah malam awak? Macam cerita sinderela pulak dah" aku bertanya sambil sedikit berseloroh.

"Sinderela? Sinderela tu apa benda?" tanya si dia.

Aku lupa pula, dia mana tau pasal dongeng sebelah barat. Aku ceritakan pada dia perihal sinderela tu baru dia paham.

"Saya tak boleh temani awak sampai pagi, kalau orang lain nampak, mereka tidak akan nampak saya seperti rupa manusia, mereka nampak saya seperti seekor rusa" jelas si dia.

"Owh, gitu ke?" aku mengangguk paham.

Iye la kan, bahaya juga kalau dia ditangkap oleh penghuni berek kem ni. Lagipun dia bukannya seorang manusia, biarpun di mataku dia sepenuhnya manusia.

"Kalau awak rasa takut, ingat pesan ini, awak buat tak tahu jer, lagipun makhluk jahat semua tu tidak dapat masuk kerana rumah ini sudah dipagar" ujar si dia.

"Eh, awak bila kita dapat jumpa lagi?" tanyaku, risau kerinduan melanda diri.

"Kalau awak sudi, saya hadir dalam setiap mimpi awak, dengan syaratnya awak mengucapkan nama saya sebanyak tujuh kali sebelum awak tidur" jelasnya.

"Macam tu je ke?" aku memikirkan ia begitu mudah.

"Ishh awak ni, awak kena ucap tujuh kali dalam hati, tak boleh lebih atau kurang, selain itu awak kena ikhlaskan diri la" jelasnya lagi. 

Kami berdua terus bersembang. Tidak berasa waktu berlalu bergitu pantas. Sekarang telah dekat dengan tengah malam. Part ni payah ni, nak berpisah pulak dengan dia. Berpisah itu satu hal. Kena duduk sorang-sorang sehingga pagi ni satu hal pulak.

"Saya kena pergi dah ni" ujarnya sambil dia mencium pipiku.

Terbeliak biji mataku. Mana aku pernah dicium oleh mana-mana gadispun. Selain ciuman kasih sayang dari ibuku. Selesai itu dia memeluk tubuhku dengan erat. Terasa hangatnya. Kemudian dia pun minta diri untuk pergi. Aku menemani dia sehingga ke depan pintu.

"Jaga diri elok-elok ye awak, jangan takut ya, ingat pesanan saya, hadiah tu jaga baik-baik, bila dalam kegelapan, awak cuma perlu usap dan dia akan bercahaya" jelasnya.

Aku hanya mengangguk. Aku pasrah dan merelakannya pergi. Kerana aku tahu risiko jika dia terus di sini.


Episod 56
Kerja Batang

Setelah dia pergi. Aku kesunyian sorang diri. Dalam mindaku masih lagi terngiang-ngiang wajah manis gadis bunian tu. Macam tidak percaya aku mendengar hakikatnya dia sudah pun berumur 78 tahun. Tidak ada kedutan, wajah asli memang cantik, seperti masih remaja.
Bila memikir bersamanya tadi, tidak sekalipun kami berdua berniat untuk melakukan perkara yang tidak senonoh. Biarpun ada kalanya kepala otak ku menyeleweng. Aku bagaikan tidak sanggup untuk menodainya. Apakah kerana perasaanku yang sungguh ikhlas padanya. Ish apa benda aku pikirkan ini?

Aku buat derk, ke dapur memasak air panas. Aku bancuh kopi. Aku kembali ke atas dengan air kopiku. Buat rumah orang macam rumah sendiri. Bunyi hilaian di luar tu aku buat tak heran dah. Apakah mungkin kerana terlalu takut aku jadi berani pula? Lantak kau la nak gelak syaitan.

Generator sudah begitu lama tidak hidup. Kini kembali berbunyi lagi. Arhh lega, suasana kembali terang sekali lagi. Apa masalah dengan generator pun aku tidak tahu. Aku kembali bersemangat untuk menonton movie. Sengaja aku kali ini mencari cerita lucu, untuk menghilangkan rasa yang kurang selesa dengan gangguan mistik di luar.

Macam kaedah syaitan tu nak menyakat. Bunyi kucing lah, bunyi orang heret besi lah, bunyi orang berlari bilik sebelah lah, kalau hilaian tu aku dah lali semalaman dengar. Entah aku semacam rasa hilang rasa ketakutan.

Aku terus layan movie. Mataku tidak terasa mengantuk. Dah tibai kopi mana tak nya. Layan movie je la. Sekali sekala hati ku merindu gadis bunian yang menemaniku tadi. Aku layan sampai dua movie. Aku lihat jam di dinding sudah hampir jam 3.30 pagi. Teringat, aku makcik akan balik 4 pagi. Nak tunggu dia ke apa? Ahh kalau mata nak tidur aku tidur la. Aku sambung layan movie.

Lebih kurang beberapa ketika, aku dengar pintu dapur dibuka. Aku rasa mungkin makcik. Aku buat tidak tahu. Kalau dia, maka dialah. Kalau hantu nak menyakat aku, biarlah dia nak buat apa. Dah hantu kerjanya memang menyakat manusia, minda ku celupar. Mentang-mentanglah rumah sudah dipagari.

"Eh, dek tidak tidur lagi ke?" suara makcik menyapa ku.

Lega juga, makcik sudah sampai.


Episod 57
Kerja Batang

Mata aku mengantuk sangat dah. Memandangkan makcik dah datang bolehla aku lelapkan mata dengan tenang. Lega jugak bila makcik dah datang. Tapi pengalaman malam tersebut tidak akan kulupakan. Dari seorang pengecut aku jadi lebih pemberani. Benarlah kata orang tua, kalau kita sudah terlalu takut sehingga suatu tahap ia diterbalikkan pula.

Awal pagi, telingaku dipekik oleh ayam-ayam jantan yang tak henti-henti berkokok. Ayam jantan milik penghuni kem sudah pasti. Aku bangkit dan terus ke bilik air. Buang segala hajat yang tertahan. Basuh muka, berkumur. Berus gigi kat sebelah, jadi aku hanya berkumur je la.

"Dah bangun dik?" sapa suara makcik dari ruang dapur.

"Makcik sampai pun saya tak sedar, pukul berapa makcik sampai?" aku sengaja buat-buat lupa yang dia ada menyapaku pagi tadi.

"Lebih kurang jam 4 pagi cam tu la, eh mari sarapan, makcik dah sediakan" balas makcik bersahaja.

Aku pun menyertai dia di ruang dapur tersebut. Ku lihat air kopi masih lagi berasap mengewap masih panas.

"Makcik, bila ayah dengan pakcik ni nak balik?" rengekku semacam budak bermanja pulak.
"Entahla dik" balasnya.

"Ayah selalu macam tu, kata tak lama, tapi dah berapa hari dah" aku merungut dengan sikap ayahku yang selalu meleset dengan janjinya.

"Adik tak seronok ke duduk sini dengan makcik?" tanya si makcik semacam terasa pulak orang tua tu.

"Aik seronok la makcik, kita boleh layan movie, ngail dan mandi sungai" ujarku menyenangkan hatinya.

Aku pun tak tahu jugak sebenarnya. Nak kata seronok tu, seronok la juga. Tapi bila dengan benda menyeramkan aku jadi rasa tak best pulak walaupun aku dah lali dengan usikkan para setan tu. Dengan nenek bunian tu lagi la seronok, lupa habis dunia nyata dibuatnya.
Peeeep, peeeep... kedengaran bunyi hon pacuan 4 roda baru sampai di luar. Aku dan makcik terjenguk-jenguk keluar.

Wahhh, ayah dan pakcik dah sampai la. Panjang umur ayah, baru tadi rungut dengan makcik pasal mereka berdua. Dalam hati masih geram gak dengan ayah. Pasal tinggalkan aku di sini.
Segera makcik membuka pintu mendapatkan suaminya. Aku pula mendapatkan ayah. Wajah ayah nampak berseri riang, walaupun nampak kepenatan.

"Kamu tengok apa ayah bawa kat dalam tu!" ujar ayah.

"Wah besarnya, binatang apa 4 ekor tu ayah?" tanyaku melihat 4 ekor binatang terbaring memenuhi ruang dalam pacuan 4 roda tu.

"Itulah rusa nak, kejap lagi kita panggil warga kem sama melapah dan memanggang dagingnya" ujar ayah jelas puas dari riak wajahnya.


Episod 58
Kerja Batang

Kalau masa sekarang ni, menembak rusa adalah suatu kesalahan. Tapi siapa yang tahu dan ambil perduli kat tengah hutan belentara macam ni. Sempat juga ayah dan pakcik ikut orang kampung berburu. Zaman tersebut, binatang liar masih banyak. Hutan masih tebal. Kalau sekarang, kantoi tangkap rusa mahu kena tangkap dengan perhilitan haiwan.

"Terima kasih tolong jagakan anak saya" ucap ayah pada makcik.

"Sama-sama, adik ni budak baik senang jaga" balas makcik membuatkan aku tersenggih bangga.

Ayah mencuit aku dan mengajak aku balik ke rumah berek ayah. Aku menuruti sahaja. Aku faham ayah nak bagi pakcik dan makcik ruang untuk mereka berdua.

Di rumah, ayah bergegas mandi. Selesai mandi dia memanggilku ke dapur. Sekali lagi layan kopi bersama ayah pula.

"Macam mana keadaan orang yang ayah lawat tu?" tanyaku.

"Kesian juga, lumpuh orangnya, tapi pampasannya sudah diaturkan semua, tiada benda yang kita perlu risau" jelas ayah.

"Habis tu yang ayah lama sangat kenapa?" aku bangkitkan isu tu.

"Ikutkan memang ayah dan pakcik nak balik lepas tu, tapi orang kampung ajak berburu pulak" jelas ayah lagi.

"Seronok la berburu!" aku buat suara merajuk.

"Kamu tak seronok ke?" ayah memandangku dengan mata sedikit terjegil.

"Saya lagi la seronok, mandi sungai, ngail ikan, layan movie best-best, paling best...." ops terlepas pulak.

"Haaa... apa paling best?" ayah semacam menekan sedikit.

"Takda apa la yah?" balasku.

"Kau jangan nak kacau bini orang, walaupun kau nampak dia muda macam kau" tegas ayah.

"Alaaaa, ke situ pula orang tua ni! Saya dengan makcik kawan baik la, tak main la nak skandal dengan bini orang" balasku

"Kalau betul bagus la... habis tu apa yang paling best tu?" tanya ayah masih ingin tahu.

"Kalau saya ceritapun ayah bukannya percaya pun" aku tak tahu samada nak ceritakan padanya atau tidak perihal awek bunian tu.

"Baru berapa hari ayah tinggalkan kau kat sini, dah bermacam pengalaman kau dapat. Hebat" balas ayah.

"Ayah percaya kat benda mistik tak?" aku sengaja bagi klu pada orang tuaku.

"Mistik? Kat hutan ni ayah dulu sampai dari kamu, bermacam ayah sudah lalui dah, ceritakanlah versi kamu punya tu" ujar ayah membuatkan aku tampak bersedia berkongsi dengannya.


Episod 59
Kerja Batang

Sambil menghirup kopi panas di atas meja dan menikmati daging salai yang dibawa ayah dari sana. Aku dan ayah terus bersembang. Aku cuba memberanikan diri untuk menceritakan pengalamanku pada ayah. Pada siapa pulak aku nak luah. Dia adalah ayahku, ahli keluargaku, aku perlu yakin dengan ayah.

"Saya jumpa awek bunian yah" ujar ku selambe.

"Macam mana kamu boleh jumpa bunian?" tanya ayah tidak memberikan sedikitpun wajah terkejut.

Ingat ayah akan terkejut ke apa? Dia buat selamba je. Apakah ayah punyai lebih banyak pengalaman di kem balak ni?

Akupun menceritakan segalanya pada ayah perihal dari mula jumpa sehinggalah ke ayah kembali ke sini.

"Kamu dah syok dengan awek bunian tu ke?" tanya ayah selamba.

"Entahla ayah, tapi macam best juga kenal dengan mereka" balasku.

Sebagai seorang ayah sudah pasti banyak pengalaman yang dilaluinya. Jadi dia tidak mahu menekanku tentang bunian itu. Dia cuba memberi ruangan untuk aku berfikir sendiri.

"Ayah dulu juga macam kamu, bersemangat dan bersikap terburu-buru, tapi ayah bernasib baik kerana ayah banyak bergaul dengan orang yang berpengalaman, kalau tidak kamu pun tidak akan pernah nampak ayah lagi dah" ucapan ayah membuatkan aku rasa ingin tahu.

"Apa yang ayah cuba sampaikan?" tanyaku.

"Dalam hidup kita akan sentiasa berjumpa dengan keadaan yang memberikan kita dilema, kita harus bijak memikirkan keputusan, walaupun keputusan yang kita ambil tidak menyebelahi kehendak hati kita sendiri" jelas ayah cuba memberikan aku klu.

"Kalau saya nak kahwin dengan orang bunian, ayah setuju tak?" aku sengaja mengusik ayahku.

"Ayah tak kesah kamu nak kahwin dengan sesiapapun, nak sangat dengan nenek tu, lantak kamu la, kamu yang nak bukan ayah" balas ayah sambil mentertawakan aku.

"Nenek bukan sebarang nenek tu yah, tapi saya tahu juga batasnya, kita hidup berbeza alam, tapi saya tak nafi saya sukakan awek bunian tu yah" balasku mengusik ayahku.

"Ayah, tahu kamu hanya suka, ia bukannya perasaan cinta" balas ayahku lagi yang jelas memahami perasaanku.

Iyakan, mereka makhluk yang hidup dengan cara yang berbeza dengan dunia kita. Sejauhmana kita menyukai ia tetap amal budaya yang berbeza. Kena fikir sedalamnya sebelum membuat sebarang keputusan yang kita sendiri tidak sedari implikasinya.


Episod 60 (Akhir)
Kerja Batang

Ayah dan pakcik memanggil penghuni kem untuk bersama melapah 4 ekor rusa tersebut. Semua penghuni berkerja sama dan hari jumaat tersebut mereka semua diberikan cuti untuk bersama-sama menjalankan aktiviti yang tidak dirancang tersebut.

Pada malamnya semua penghuni 3 berek tersebut berhibur bersama di hadapan dewan kecil. Dengan aktiviti memanggang daging rusa. Dapat juga pekerja batang itu bersantai bersama-sama setelah penat bekerja sepanjang minggu tersebut. Ada yang mabuk-mabuk ada juga yang menari seronok. Ada juga yang sibuk berjudi di suatu sudut. Ada juga yang masih lagi cuba mengorat anak dara makcik tukang masak. Pelbagai ragam.

Berbalik pada aku dan ayah. Keesokkannya, kami berdua akan bersiap untuk kembali semula ke kampung halaman. Tugas ayah sudahpun selesai sebelum kem itu akan berpindah ke hutan belantara yang lain.

Sementara itu di pesta tidak dirancang tersebut. Ayah, pakcik, makcik dan aku duduk berkongsikan meja yang sama sambil melayan daging rusa panggang. Aku dan makcik bersama memanggang daging rusa.

"Makcik, saya dan ayah akan balik esok" ujarku memulakan bicara dengan makcik.

"Oh ya ka, nanti makcik bagi adik hadiah untuk dibawa balik" balas makcik.

"Terima kasih sudi layan saya dengan baik makcik" ucapku.

"Tiada apa la dik, adik ni pun seorang yang baik" balas makcik.

"Makcik jangan rindu-rindu tau" aku saja mengusiknya.

"Adik pun sama juga, belajar rajin-rajin tau, ehhh... apa-apa rahsiakan segala yang adik tahu ye" ujar makcik separa berbisik padaku.

"Baik makcik, kalau makcik jumpa dengan awek bunian tu, tolong sampaikan salam saya dan ucapan terima kasih padanya ye makcik" pohon ku pada makcik.

Wahal aku dah ceritakan dengan ayahku. Kebetulan pula, ayahku sudah lama tahu. Begitu juga dengan si suaminya. Namun, mereka berpura-pura tidak mengetahui hal sebenarnya.

"Jika makcik jumpa mereka, nanti makcik sampaikan jangan risau" ujar makcik menenangkan hatiku.

"Terima kasih makcik, saya pasti rindukan makcik nanti" ucapku agak sebak kerana menyedari betapa aku menghargai layanan baiknya terhadapku biarpun sekejap sahaja.

Makcik memandangku dengan senyuman lawanya. Dalam masa yang sama kami berempat bersama-sama menikmati daging panggang malam itu.

Keesokan yang dinantikan itu tiba juga. Aku dan ayah meninggalkan kem batang dengan seribu satu kenangan. Walaupun tidak lama berada di situ, aku telah mengumpulkan serba serbi pengalaman yang tidak mungkin untuk dilupakan. Apa segala rahsia makcik aku turut rahsiakan sebagai menghargai persahabatan dengannya.

Begitulah kesudahannya.

Tamat....

Terima kasih kerana sudi membaca...

Kisah yang ditulis di atas adalah rekaan semata-mata dan tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Jika berlaku ia adalah suatu kebetulan semata-mata.

2 comments: