Isteriku Siluman Ular V (40 ep)

 













Dimensi Dua Dunia

Isteriku Siluman Ular V

Part 1

Lega baru selesai masalah si Lemar dan Timo. Mereka berempat pula sudah menyertai atuk balik. Kat sana terpulanglah kepada atuk menjaga empat orang tu. Di sini dia tidak sudah-sudah dengan masalah nak ke dunia manusia. Sekurang-kurangnya tempat atuk kat sana jauh dari sempadan dengan dunia manusia.

Pagi ini udara begitu nyaman. Masing-masing pula sudah kembali ke tanggungjawab tersendiri. Aku melepak di beranda bahagian atas rumahku. Rasa ingin juga melakukan kerja-kerja di kebunku. Tapi tulang ni masih belum bersedia pula. Hari ini aku kira nak berehat ler.

"Ayah, ada nampak si Nara tak?" tegur si Nari dari belakang. 

"Mana ayah nak tahu, bukan kamu ke selalu berkepit dengan kakakmu itu ke?" jawab ku dan sambil bertanya padanya semula. Aku lihat mukanya berkerut-kerut, semacam keresahan. 

"Nari tak nampak dia dari awal pagi ni ayah, dia janji nak melawat Mak Bidan bersama hari ni" jelas Nari. "Mungkin dia pergi rumah nenek kot!" balasku tenang.

"Nari baru balik dari sana juga yah, tada juga, kat rumah Mak Bidan pun tiada" jelas Nari lagi. 

"Ala mungkin dia di kebun la kot!" balasku cuba meredakan keresahan Nari. 

"Ibu tu baru balik dari kebun juga, ibu kata cuma saja ibu dan makcik Nima jer pergi ke kebun pagi ni" jelas Nari lagi.

Aku pula yang mula risau mendengar penjelasan Nari. Aku bangkit dari tempat dudukku.

"Ayah, macamana ni, mana kakak pergi?" air muka Nari memang jelas risau. Aku tidak menjawab Nari. Aku meluru ke bilik mereka berdua, aku lihat semua apa Yang ada di bilik tersebut, kalau-kalau ada sebarang petanda.

Semua pakaian dan barangan si Nara langsung tidak terusik. Kemana budak ni pergi? Kalau kemana-mana pun biasanya dia akan maklumkan. Hati mula sudah rasa tak nyaman pula.

"Kakak Nara kamu ada bercakap apa-apa tak, sebelum ni?" tanya ku pada si Nari yang mengekori aku dari tadi. 

"Semuanya seperti biasa je yah, tiada apa-apa Yang berlaku" jelas Nari. 

"Kamu tak bergaduh dengannya ke?" Aku cuba menekan Nari sedikit. 

"Ayahhh, kami tak pernah bergaduh la yah" balas Nari. Ke mana la perginya si Nara ni?



Part 2

Satu rumah mencari ke mana hala si Nara. Semua kelihatan gelisah mencarinya terutamanya si Nari dan ibunya. Aku pula terpaksa belagak tenang, walaupun dalam hati Aku sebenarnya mengelabah.

"Semua tempat dah cari yah, tapi masih tak jumpa juga" ujar Nari. 

"Sabar nak, ayah akan jumpa atuk kamu untuk usahakannya" balasku. Sang isteriku tidak berkata apa-apa. Dia hanya senyap. Airmata perempuannya yang sudah mula mengalir. Aku faham situasi tersebut.

"Sayang pergi jumpa ayah dulu, apa-apa nanti sayang akan maklumkan" ujarku memujuk sang isteri. 

Dia hanya menganggukkan kepalanya tanpa bicara. 

"Nari ikut ayah" pintas Nari pula. Kami berdua pun melangkah keluar menuju ke rumah ayah mertuaku.

"Nari sayang semua orang yah, sayang kakak Nara, adik Lemar, ibu dan juga ayah" ucap Nari. 
Ayat Nari membuatkan aku terharu dan terasa kasihan dengan wajah sugulnya yang gelisah tercari-cari kakaknya.

Tidak lama kemudian kami berdua sampai di rumah ayah mertuaku. Kami bernasib baik si ayah mertuaku baru saja nak turun ke kebunnya. 

"Tuk, Nara hilang tuk" ujar Nari tidak sabar. Ayah mertuaku mengerutkan dahinya mendengar ucapan Yang terkeluar dari bibir Nari.

"Ya yah, Nara hilang pagi ni, semua tempat kami dah bercari mencarinya, semuanya menemui kebuntuan" tambahku menjelaskan situasi. 

"Kita tinjau dulu, mari kita tengok bersama" balas ayah mertuaku tenang.

Kami bertiga masuk ke bilik khas atuknya. Sekali lagi ayah mertuaku menyelak kain putih yang menyelimuti sesuatu. Sesuatu bebola kekuningan yang pernah aku lihat sebelum ini. 

"Kita cuma ikhtiar, jangan terlalu berharap" ujar ayah mertuaku.


Part 3

Nari dan aku membisu serta hanya memerhatikan apa yang dilakukan oleh ayah mertuaku. Dia berumur ratusan tahun, pengalaman dan pengetahuannya jauh menjangkau pemikiran dan minda manusia. Bunianlah katakan. Ayah mertua melakukan ritual dan menggunakan bahasa apa yang aku sendiri masih tidak fahami. Ku kirakan Nari pasti sepertiku terpinga-pinga jua.

Tangan ayah mertua bagaikan meraba bebola kuning tersebut, namun tidak di sentuhnya. Tidak lama kemudian, bebola itu mengeluarkan cahaya yang sedikit menyilaukan seketika dan kembali malap semula. Ayah mertua memandang ke arah ku dengan sebuah senyuman. Aku yang masih membisu tertanya-tanya adakah senyuman itu membawa makna yang bakal mengembirakan?

"Kamu lihat sendiri nak, cu" ujar mertuaku pada aku dan Nara. Kami berdua bergerak merapati bebola tersebut. Bagaikan melihat telivisyen di kampung halaman pula. Dalam bebola tersebut menayangkan, dua orang sedang bersembang penuh kegembiraan dan kebahagiaan. Ternyata dia adalah si Nara dan seorang jejaka yang kacak. Kelihatan wajah si Nara dalam tu sangat ceria dan gembira. 

"Siapa lelaki tu yah, dan di mana kakak Nara berada ni?" tanya si Nari ingin tahu. 

"Mana ayah nak tahu" balasku spontan.

"Tuk, di mana kakak Nara tu tuk?" tanya si Nari pada atuknya. Mertuaku hanya tersenyum. 

"Kakakmu sedang mabuk bercinta tu" balas atuk melengahkan jawapan pada pertanyaan si Nari. 

"Isshhh, kalau mereka jahat macamana?" usul si Nari tidak habis-habis risau pada kakaknya. 

"Kamu ni cemburu ke apa?" aku sengaja mengusik anak gadisku. 

"Isshh ayah ni, ada ke macam tu, kebahagian kakak juga kebahagiaan bagi Nari tau" ucap Nari tegas.

"Kamu masih nak cari lagi si Nara ke?" tanya mertuaku seraya memandang ke arahku. 

"Kalau ia adalah takdir Nara, Lana taka kesah yah" balasku selamba. 

"Mana boleh, kalau orang tu bebtul-betul menyukai kakak, dia perlu minta izin dari keluarga kita la yah" Nari mencelah dengan tegas. Ayah mertua cuma senyum memandang gelagat cucu perempuannya yang comel itu. 

"Atuk pun sama, tersengih-sengih dari tadi, bukan risaukan kakak pun" tambah Nari Lagi.
Jelas benar Nari menyayangi dan mengambil berat terhadap kakaknya. 

"Jangan risau tunggu jer dalam dua tiga hari ini, pasti mereka akan muncul" ujar ayah mertua. 

"Kalau tak muncul macam mana tuk?" tanya Nari risau. 

"Kita dengar jer apa yang atuk cakap, atuk orang yang berpengalaman, dah jom kita beritakan pada ibu" jelas ku. 

"Ishhh atuk dan ayah ni sama, tak risaukan kakak langsung" tegas si Nari dan segera dia keluar dari bilik itu. Pasti Nenek yang dicarinya.

"Ayah yakin mereka tu baik-baik orangnya nak, anak jangan risau" pujuk ayah mertuaku. Bagaikan tahu isi hati ku yang sebenarnya sedang sangat risaukan Nara. Bapa mana yang tidak risaukan anak? Lagi-lagi anak perempuannya berada jauh dari matanya. 

"Baik yah, Lana ikut apa yang ayah perkatakan" ucapku ringkas dan minta diri balik ke rumahku.


Part 4

Dalam hati, aku masih lagi kerisauan. Sebenarnya aku bersetuju dengan pemikiran si Nari, risau mereka mengapa-apakan puteriku si Nara. Di hadapan ayah mertua aku terpaksa berlagak tenang. Sesungguhnya aku sayangkan semua anak-anakku, aku tidak ingin mereka melalui hidup yang sukar. Tiada seorang ayah pun yang mengabaikan anak mereka, biarpun wajah mereka kelihatan selamba.

Aku lihat si Nari masih bersembang dengan neneknya di dapur. Aku kira tak mahu menganggu masanya dengan si ibu mertuaku. 

"Ibu, Lana balik dulu" ucap ku selang lima depa dari mereka berdua bersembang. 

"Ayah, tunggu Nari, Nari balik bersama ayah" ujar Nari. 

"Nari balik dulu nek" ucapnya pada neneknya. Aku hanya memerhati kelakuan si Nari yang memeluk dan mencium pipi neneknya. Neneknya pula hanya tersenyum pada kami berdua.
Kami berdua melangkah pergi kembali ke rumah. Dalam perjalanan pendek tu aku sengaja menduga Nari dengan beberapa soalan. 

"Sapa paling Nari sayang dalam semua kita" tanya ku sengaja. 

"Semua lah" balas Nari. 

"Kalau di beri pilihan? Nari paling sayang siapa?" tanyaku lagi. 

"Nari akan sayang suami" balas Nari spontan. 

"Kenapa Nari tak pilih kami semua, kami kan keluarga Nari?" yang sebenarnya agak terkejut dengan pilihannya. Sudah pasti dia ada penjelasannya.

"Ayah dah ada ibu yang sentiasa menyintai dan menyayangi, adik Lemar sudah ada pasangannya, Kakak pun mungkin sama, Atuk dah ada nenek, yang lain pun sama" jelas Nari. 

"Wah, cerdiknya anak ayah, macamana dengan moyang pula dia kan sorang-sorang?" tanya ku lagi. 

"Moyang ye! Ala moyang pun sama, kalau dia tiada yang menyayanginya sudah tentu dia cari pasangan baru kan?" balas Nari. 

"Kenapa pula Nari cakap macam tu?" tanya ku mahu tahu apa yang ada pada minda anakku sorang ni.

"Moyang perempuan adalah cinta sejatinya, sudah pasti dia setia dan tidak akan mencari ganti cinta sejatinya yah, walaupun moyang perempuan tidak wujud lagi di sini, mungkin dia menunggu kepulangan moyang ke sana suatu ketika nanti, bukan macam tu ke ayah?" jelas si Nari. 

"Entahlah, mungkin juga, cinta sejati tidak akan pernah padam selamanya, malah sentiasa akan setia" balasku.

"Tapi kesian kat moyang, dia terpaksa merindui pasangannya dan terus hidup seorang diri" ucap Nari lagi. 

"Itu sudah takdirnya Nari, sebab itulah, selagi pasangan kita ada bersama kita, hargailah dia sebaiknya, bahagialah bersamanya, jangan bila sudah tiada nanti baru kita nak rasa bersalah pula" jelasku. 

"Kalau baru dijodohkan, pasangan kita meninggal macam mana lak yah?" tanya Nari lagi. 

"Kau ni mengadalah, itu tiada jodohlah namanya" balasku. "Boleh cari pasangan lain ke ayah?" tanya si Nari lagi. Aku pula yang pening nak jawab.

"Itu terpulang pada diri masing-masing, asalkan perasaan yang hadir itu adalah semulajadi dan ia bukan suatu yang dipaksa, lantak kamu la" balasku berserta dengan gelak tawaku.

"Eeee ayah ni, Nari serius la" si Nari menarik muka. 

"Ayah gelak pun tak boleh ka?" aku terus gelakkan Nari. Tidak berasa langkah kaki kami sudah sampai depan rumah, di depan pintu kelihatan Nia isteriku dengan wajah sayu menantikan penjelasan apakah yang bakal dia terima.


Part 5

Suasana petang itu begitu tenang. Warna awan kemerahan sangat menenangkan. Aku dan sang isteri duduk di ruang beranda tingkat atas. Berkali sang isteri bertanya tentang khabar si Nara, namun aku sendiri belum sedia menceritakan padanya. Jelas dia merisaukan hal puterinya. Aku pula mendiamkan diri.

"Sayang, dah kali ke berapa dah Nia tanya, apa sebenarnya telah berlaku pada Nara?" ucap isteriku dan kali ke berapa dia bertanya. Entahlah mengapa aku tidak mahu menjawab persoalan itu. Sedangkan aku dan Nari telah melihat sendiri apa yang berlaku. Iyalah aku adalah lelaki yang bersifat terbuka dan risau mungkin sang isteri belum dapat menerima hakikat yang puterinya sedang hanyut bercinta.

"Mengapa diam sayang? Sayang dan Nari sama jer, berkali dah sayang tanya, dua-dua membisu" ujar sang isteriku menarik muka kelatnya. Biarpun begitu, wajah itu tetap menawan hatiku. 

"Sayang tak payah risaulah, bila tiba masanya dia akan balik juga" balasku seraya menyisir rambut sang isteri dengan jemariku.

"Sayang tak nampak risau pulak, selama ni, bukan main, pantang tak nampak mereka berdua sayang akan selalu bertanya di mana mereka" sang isteri merungut lembut. Aku tahu dia cuba mencungkil sesuatu yang aku dan Nari tahu. 

"Sampai masa nanti sayang akan tahu la, sekarang belum tiba masanya" jelasku tidak mahu menceritakan lebih lanjut.

Sang isteriku sememangnya bersikap sabar dan tidak gelojoh bertanya walaupun dia sangat ingin mengetahui sebenarnya. Berbeza dengan sikap remajanya suatu ketika dulu, nampak lebih nakal dan kurang sabar. Kini dia nampak lebih lemah lembut dan nampak lebih ayu.

"Sayang kesian pada Nari tu, gaya nampak garang dan perengus, risau pula kalau tiada laki-laki berkenan dengannya" ujarku pada sang isteri. 

"Aip, ayah ngumpat Nari ye? Tak baik kutuk kat belakang tau" celah si Nari entah dari mana datangnya. Jangan-jangan dia curi dengar apa yang aku dan ibunya sembangkan. 

"Mana ada, ibu dan ayah kata Nari comel dan pandai memasak kan sayang?" balas ku spontan.

"Sini Puteri ibu, ibu pintalkan rambut Nari ya" ujar isteriku. 

Nari segera duduk depan sang ibunya. Dibelainya rambut Nari, kulihat air mata si ibu mula membasahi pipinya. Dah kenapa pula isteriku ni sentimental pula. Aduh, pasti merindui si Nara lah ni. Hurmm.. perempuan punya hati, nipis sangat...



Part 6

Kasih sayang seorang ibu memang nampak jelas di mata. Kasih sayang ayah tetap tersembunyi. Apakah kerana ego hati lelaki? Tidak. Kasih sayang seorang ayah juga tiada batasnya. Cuma, peliknya kaum lelaki ni tidak pandai menunjukkan kasih sayang terang-terangan. Seorang ayah sanggup mengorbankan dirinya demi anak-anak kesayangannya. Itu pasti.

"Entah apa yang kakakmu sedang lakukan sekarang ini? adakah dia makan atau berlapar" ujar sang isteri sambil memintal rambut puterinya. 

"Ibu tak payah risau la, rasanya kakak sedang gembira" balas Nari. 

"Macam mana Nari fikir begitu? kita bukan nampak dia depan mata" ujar sang ibu. Air matanya masih mengalir kerinduan pada Nara. 

"Doalah yang baik-baik, fikir yang baik-baik, mudahan dia sedang bahagia" aku menyampuk menenangkan sang isteri.

"Sayang, jom kita cari jodoh untuk Nari nak?" aku sengaja bangkitkan persoalan itu pada isteriku. 

"Sayang sedang risaukan Nara, sayang pula sibuk nak cari jodoh untuk Nari" balas isteriku sambil mengesat air matanya. 

"Ayaahhhh, apa ni, Nari tak sedia nak bersuami la" sampuk si Nari sambil menunjukkan muka masamnya padaku. Aku apa lagi, gelak sakan, sengaja mengenakan Nari. Sebenarnya aku cuma ingin mereka berdua melupakan sekejap kerinduan pada Nara.

Aku sendiri sebenarnya sangat merindui Nara. Bukan membandingkan puteriku, Nara lebih rapat denganku, setiap masa jika bersamaku ada saja soalan diajukannya, dengan wajah nakal dan cerianya. Wajah ceria dan senyuman Nara terngiang-ngiang di mataku. Sungguh aku cuma menyembunyikan kerisauan ku pada Nara. Aku tidak mahu sang isteri berduka. Aku mahukan wajah isteriku sentiasa ceria.

Dalam masa ini juga, wajah Lemar dan atuk menerpa. Kenapa kerinduan terhadap mereka membuak-buak. Malah wajah ibu dan ayah di dunia manusia juga menjelma di depan mataku. Aduh, aku pula yang sentimental. Kerinduan ini amat menyeksakan. Sudah beberapa hari tidak melihat kelibat Lemar yang selalunya meriuh rendahkan suasana dengan menyakat si Nari selama ini. Biarpun nakal dan degil, Lemar satu-satunya anak lelaki yang aku bangga dan kagumi.

Aku kembali menatap wajah sang isteriku yang kelihatan sugul masih membelai rambut puterinya. Wajah ayu sang isteriku tercinta. Aku tidak dapat membayangkan hidup aku tanpanya. Dia satu-satunya makhluk yang aku cintai selain warga keluargaku.

Sang isteri perasan aku sedang menatapi wajahnya. Dia melemparkan senyuman tidak ikhlasnya padaku. Aku sedar ia tidak ikhlas kerna ku tahu, dalam hatinya masih bergumang dengan rasa risau terhadap puterinya Nara. Aku rapati mereka berdua. Aku peluk keduanya. Suasana hambar, kerana perasaan kesunyian tanpa mereka yang lain.


Part 7

Kami bertiga akan berusaha mencari si Nara. Kami sudah tidak dapat menunggu lagi. Kesabaran sudah memuncak. Entah apakah yang berlaku padanya ketika ini. Apakah dia mendapat layanan yang sepatutnya atau tidak! Kami tidak dapat menahan diri daripada rasa keinginan bertemu Nara. Tidak dapat menunggu khabar seperti yang dimaksudkan mertuaku. Keresahan dan dan kerisauan terhadap Nara semakin memuncak.

"Nari, siapkan senjata ayah, dan jangan lupa semua tonik yang kita sudah siapkan" perintahku pada Nari. 

"Baik yah, semuanya Nari sudah sediakan" balas Nari. 

"Mana ibu?" tanya ku lagi. 

"Ibu sudah bersiap menunggu di luar yah" balas Nari lagi. Nampaknya si Isteriku tampak tidak sabar berbandingku.

Kami bertiga memulakan perjalanan. 

"Ingat jangan fikir kita akan dilayan sebagai tetamu nanti" ujar sang isteriku. 

"Sayang tahu ke jalan ke tempat mereka?" tanyaku. 

"Sayang dan Nari ikut jer apa yang saya buat nanti, Nari jangan berada jauh dari Ayah dan Ibu ya!" tegas sang Ibu. Nari hanya mengangguk. Kali ini pakaian kami bertiga serba serbi seperti ninja. Tidak berpakaian berat.

Sepanjang jalan kami bertiga tidak banyak bercakap. Lebih banyak fokus pada perjalanan. Setelah berapa lama berjalan, akhirnya kami berada di suatu tempat dan kawasan berpaya. 

"Nampak tak pokok besar itu?" tanya sang isteriku. 

"Iya nampak" balas Nari. 

"Kita perlu mencari dua lagi pokok yang hampir sama sepertinya" ujar Si ibu. 

"Kenapa bu?" tanya Nari ingin tahu. 

"Kita perlu mencari portal yang terletak di antara tiga pokok tersebut" jelas isteriku lagi.

Akhirnya kami menjumpai ketiga-tiga batang pokok tersebut. Terletak di antara tiga batang pokok tersebut ada sebuah kolam. Kami bertiga mengelilingi kolam tersebut. 

"Jangan dilepaskan tangan ibu dan ayah, kita akan terjun ke dalam kolam ini untuk tembus ke dunia mereka" jelas sang isteri. Nari mengangguk tanda faham. Kami bertiga berpegangan tangan dan melompat ke dalam kolam tersebut.

Beberapa ketika berada dalam air, kami timbul semula. Namun, tempat itu bukan lagi tempat asal tadi. Kami berada di tengah-tengah taman bunga. Nyatanya kami bertiga sudah sampai di dunia lain. Peliknya, badan kami bertiga langsung tidak basah, walaupun baru terjun ke kolam.

"Ibu arah mana kita nak cari Nara bu?" tanya si Nari. 

"Ibu pun tak tahu, namun kita perlu menggunakan gerak hati" balas isteriku. Kami bertiga meneruskan perjalanan lagi. 

"Sekarang, kita perlu berhati-hati sebelum meneruskan perjalanan lagi, kita sudah mencerobohi tempat mereka" ujar ku sedikit resah dan cemas. 

"Jangan ikut denai mereka, kita ikut laluan hutan" tambah sang isteri yang langsung tidak gentar.


Part 8

Kami bertiga menelusuri hutan. Hutannya sedikit berbeza dengan hutan yang biasa aku nampak sebelum ini. Kawasan hutannya jelas lebih tua. Kerana kebanyakkan pokoknya tinggi-tinggi dan besar-besar belaka. Hutannya pula nampak unik dan menyeramkan.

Sekian beberapa lama menelusuri hutan itu, kami sampai di suatu perkampungan. Namun, rupa makhluk di situ kelihatan berbadan manusia namun berkepalakan serigala. Kami bertiga minum tonik halimunan, supaya tidak terkesan oleh makhluk di situ. Aku mengarahkan mereka berdua menunggu aku di kawasan semak tersebut, manakala aku pula cuba masuk ke dalam kawasan kampung tersebut untuk mencari Nara.

"Ayah, tolong berhati-hati ya" ujar Nari. 

"Jangan risau, ayah akan jaga diri" balasku dan kakiku terus melangkah. Aku melangkah masuk ke dalam kawasan kampung tersebut. Mataku meliar mencari Nara. Dari sebuah rumah, aku ke sebuah rumah. Namun masih belum dapat mengesan kelibat Nara.

Aku terus mencari. Sehinggalah aku berjumpa sebuah rumah yang unik. Aku menyelinap melalui tingkap yang tidak bertutup. Aku terdengar suatu jeritan. Suara yang sangat aku kenali. Ternyata itu suara si Nara. Aku mencari dari mana datangnya suara tersebut. Aku amati ternyata ia dari bawah tanah. Aku berusaha mencari jalan ke bawah tanah tersebut. Langkahku penuh hati-hati agar tidak tertangkap.

Sesampai di situ aku melihat si Nara sedang dikurung dan dirantai dengan gari besi. Alamak, kasihannya puteriku dilayan sedemikian rupa. Aku menjadi hilang kawalan dan segera aku cuba membuka kurungan tersebut. Aku terjerit-terjerit memanggil Nara sambil menangis melihat keadaan Nara. Tiba-tiba kepalaku dipukul dengan objek tumpul. Dan aku tidak sedarkan diri.

"Sayang, sayang bangun, bangun" terasa bahuku digoncang oleh isteriku. Aku terjaga dari tidurku. 

"Nara, mana Nara?" aku mengesat airmataku. 

"Sayang, mimpi buruk ke?" tanya isteriku. Barulah aku sedar aku sebenarnya bermimpi buruk. 

"Sayang mengigau menyebut nama Nara, apa yang sayang sedang mimpikan tadi?" tanya sang isteriku yang memeluk dan cuba menenangkanku.

Ternyata aku tidak dapat menafikan sebenarnya aku sangat risau pada Nara sehingga terbawa-bawa ke dalam mimpi. Apakah sebenarnya makna mimpi ini. Apakah yang sedang berlaku pada Nara sebenarnya? Apakah mertuaku hanya menyenangkan hatiku dengan pengelihatan melalui bebola itu sebelum ini? Atau benarkah Nara sedang bahagia?


Part 9

Cuaca di luar agak mendung. Tapi tiada tanda nampak hujan akan turun, cuma mendung. Setelah bersarapan aku dan isteriku kembali berehat melepak di beranda. Si dia menyandarkan dirinya padaku, dan aku memeluk rapat dirinya dari belakang. Mindaku masih lagi teringatkan mimpi tentang puteriku Nara. Debaran hatiku masih lagi teringat pada peristiwa dalam mimpi dinihari tadi.

"Apa yang perlu kita lakukan ni sayang?" tanyaku pada sang isteri. 

"Sayang ceritakan situasi mimpi itu, mana tahu kita dapat klu dari situ" cadang sang isteri. Aku pun menceritakan padanya apa yang telah berlaku dalam mimpi tersebut. Sang isteri melepaskan pelukanku dan dia memutarkan badannya ke arahku. Ditatapnya dalam-dalam mataku. Aku hanya memerhatikan gelagat isteriku.

"Sayang, rasanya yang sayang nampak dalam mimpi itu bukan serigala, tetapi rubah" ujar isteriku. 

"Apa beza rubah dengan serigala?" tanyaku sengaja ingin tahu. 

"Kalau ia adalah rubah, ada dua kemungkinan, samada puteri kita mereka perkenankan atau sang puteri sudah melakukan suatu yang melanggar etika budaya mereka" jelas sang isteri. 

"Bagaimana pula kalau ia serigala?" tanyaku lagi.

"Kalau mereka adalah serigala, ia juga ada dua kemungkinan" ujar isteriku lagi. 

"Petanda baik atau buruk?" tanyaku lebih kerisauan. 

"Dulunya mereka adalah golongan manusia yang disumpah menjadi manusia jadian serigala kerana amalan yang salah, mereka adalah makluk yang baik ketika menjelma sebagai manusia, tetapi adalah makluk yang sangat mengerikan bila berubah menjadi serigala jadian" jelas sang isteriku. Penjelasan itu membuatkan aku gelisah dan bertambah risau pada puteriku.

"Ayah, Ibu......" kedengaran suara dari luar memanggil. Aku dan isteri saling berpandangan. Kami segera bangkit dan turun untuk membuka pintu. Alangkah terkejutnya kami berdua apabila melihat kelibat sang puteri yang dinantikan selama ini berdiri di depan pintu bersama seorang jejaka yang berpenampilan kemas dan segak. Nara lantas memeluk sang ibu dan bermulalah drama melepas kerinduan mereka berdua. Manakala, sang jejaka menghulurkan tangannya untuk bersalaman denganku. Aku membalas salaman dan mempelawa tetamu tersebut masuk ke dalam rumah.

Kami semua masuk ke dalam dan duduk di ruang tamu, selepas memperkenalkan secara ringkas jejaka tersebut, Nara dan sang ibunya terus ke dapur menyediakan minum pagi tersebut. Maka, tinggallah aku dan jejaka tersebut di ruang tamu. Aku masih lagi mati kutu, tak tahu apa nak buat dan sembang dengan jejaka ini. Dia hanya memberikan senyumannya dari mula datang sampailah sekarang ni. Aku pula masih terkejut dengan kehadiran mereka hanya memandang anak muda itu ke atas ke bawah.

"Siapa anak ini sebenarnya? Asal mana?" tanyaku membuka bicara. 

"Saya Tanzuki, saya golongan siluman rubah" jawabnya ringkas sambil memberikan senyumannya. 

"Macam mana boleh kenal Nara?" tanyaku ingin tahu. 

"Panjang juga ceritanya pakcik, saya cuba jelaskan pada pakcik supaya tiada yang salah faham" ujarnya meringkaskan klu tentang pertemuan mereka berdua.


Part 10

Cuaca sebentar tadi mendung, kini kembali cerah. Cerah seperti kelegaan kami sekeluarga. Akhirnya Nara kembali jua. Si Nari pula yang tidak kelihatan. Kemana hala pulak budak ini? Kalau dia tahu kakaknya telah kembali, pasti dialah yang paling seronok. Tak sabar pulak nak lihat reaksinya melihat kepulangan si kakak. Ish, aku yang si bapak pulak yang melebih-lebih.
Apapun aku benar-benar lega dengan kepulangan Nara. Sudah pasti ibunya sangat lega jua. Kini tumpuan ku bersama jejaka yang tampan duduk di depan ku di ruang tamu ini. Rasa ingin tahu siapakah jejaka ini sangat menebal sebenarnya. Aku tidak mahu bersangka buruk, sebolehnya aku nak dia selesa menjadi tetamu kami. Maka bermulalah kami bersembang.

"Macamana anak Tanzuki ini bertemu dengan Nara puteri pakcik tu?" tanya jelas mahu tahu.
 

"Macam ni pakcik ceritanya...." ujar jejaka itu mulakan ceritanya. Aku membesarkan cuping telingaku, fokus mendengarannya. Begini kisahnya...

Nara pagi tersebut mencari buah-buahan hutan. Idea tersebut muncul bila dia dan Nari ingin mereka suatu resepi tonix baru yang tidak sakit untuk ditelan. Sekurang-kurangnya mempunyai perisa. Si Nara yang tidak sabar, terus menelusuri hutan. Dan akhirnya dia tersesat akibat terleka melihat jauh ke dalam hutan.

Nara terasa dahaga dan lapar. Nara terpaksa makan buahan hutan beri-beri yang dia kutip tadi. Nara sebenarnya tidak berniat untuk mencari buahan hutan itu seharian sebab itulah dia tidak membawa bekal. Dan dia sedar dia telah sesat. Dia meneruskan perjalannya tanpa arah menelusuri hutan tersebut, sehinggalah dia ternampak sebuah kolam yang bersih. Maka, akibat terlalu dahaga, Nara tidak teragak-agak terus merapatkan diri dengan kolam tersebut serta menggunakan kedua tangannya menadah air tersebut.

Tidak sengaja kaki Nara tergelincir dan terjatuh dalam kolam tersebut. Apabila keluar dari kolam tersebut, Nara sudah berada dalam sebuah taman yang sangat cantik. Rasa dahaga tadi hilang, kerana kelekaannya melihat keindahan taman itu. Rupa-rupanya Nara telah tembus ke dunia lain.

Kerana sedar dirinya berada ditempat yang pelik itu, dalam hati Nara menyangkakan dirinya telah mati kelemasan. Oleh itu dia mencubit-cubit pipinya sendiri. Dia merasakan pipinya sakit juga. Ditampar-tamparnya pipinya lagi. Ternyata juga sakit. Nara sedar, dia masih hidup sebenarnya. Nara mengambil keputusan mencari sapa-sapa saja makhluk yang ada di situ. Dia meneruskan perjalanannya menelusuri jalan denai yang dia nampak. Tiba-tiba Nara terasa tengkuknya seperti disengat sesuatu. Nara pengsan.


Part 11

Tanzuki meneruskan kisah bagaimana dia menemukan si Nara. Petang itu, Tanzuki berburu. Dia membawa bersamanya busur dan anak panah. Tampak rezekinya petang itu sangat memberansangkan. Leka terus berburu, Tanzuki semakin jauh juga menelusuri hutan. Dia mendapat banyak arnab petang tersebut.

Tanzuki melihat ada arnab melompat-lompat. Mata dia terus memberi tumpuan kepada pergerakan arnab tersebut. Dilarasnya panah pada busarnya. Baru Tanzuki nak melepaskan anak panahnya, dia ternampak susuk seorang perempuan terbaring. Diapun segera mengendurkan busarnya dan menyimpan semula anak panahnya.

Tanzuki segera mendekati susuk perempuan berkenaan. Ternyata perempuan adalah Nara. Dia mencari nadi si Nara, masih ada denyutan nadi. Tanzuki yang tidak teragak-agak, terus mendukung Nara dan membawanya balik ke rumahnya. Sampai di rumah, dia baringkan Nara di biliknya. Dia meminta bantuan kakaknya untuk menjaga perempuan tersebut.

"Mana kamu jumpa kaum siluman ular ni?" tanya Tanzumi kakak si Tanzuki. 

"Zuki terjumpa semasa memanah arnab tadi kak" balas Tanzuki bersahaja. 

"Kamu memanahnya ka?" tanya Tanzumi lagi. 

"Eh, mana da kak, kakak selamatkanlah dia, rasanya ada sesuatu yang membuatkannya pengsan tu" balas Tanzuki. Tanzumi terus mengeledah badan si Nara dengan berhemah untuk mencari apakah dia ada luka atau apa-apa.

"Ni ha, dia kena sengatan serangga berbisa kat tengkuknya, lebam dah ni" ujar Tanzumi. Tanzumi menyedut kesan lebam gigitan itu. Beberapa kali dia meludah keluar darah hitam pekat. Kemudian dia menyapu herba sekeliling tengkuk yang ada kesan sengatan tadi. Leher Nara dibalutnya dengan kemas. 

"Cantik juga perempuan ni kan, rasanya pasal tu Zuki selamatkan dia kan?" usik Tanzumi pada adiknya. 

"Manada, tengok muka dia pun tak sempat lagi, terus usung bawa dia ke sini" balas Tanzuki menafikan.

Setelah beberapa lama, Nara tersedar. Di tepinya adalah Tanzuki jejaka yang menyelamatkannya. Pandangannya agak kabur dan kepala dia masih pening. Tekaknya terasa kering dan loya. Segera, Tanzuki memberikan secawan air kepada Nara. Nara yang separa sedar itu pun meneguk air itu dengan perlahan. 

"Haa kekasih awak dah bangun ye" ujar Tanzumi mengusik Tanzuki lagi.

Pengelihatan Nara perlahan kembali jelas. 

"Di mana saya berada ni?" tanya Nara sedikit kurang bermaya. 

"Awak di perkampungan Siluman Musang" balas Tanzuki. 

"Apa yang berlaku pada saya?" tanya Nara lagi. 

"Awak pengsan kena sengatan serangga berbisa, nasib baik adik saya yang kacak dan perasan ni cepat membawa awak ke sini, kalau tak, bisa itu sudah pasti meresap ke seluruh tubuh awak" sampuk Tanzumi.


Part 12

Badan Nara perlahan-lahan kembali pulih. Mungkin kerana ramuan herba yang disapu pada tengkuknya tadi mujarab. Nara mengosok-gosok matanya. Dia memandang ke arah dua beradik itu dengan mata terkebil-kebil. 

"Terima kasih kerana menyelamatkan saya" ucap Nara lembut.

"Cik adik manis sapa nama awak? Saya Tanzumi, dia Tanzuki adik lelaki saya yang menyelamatkan awak" ujar Tanzumi bersahaja. 

"Panggil saja Nara" jawab Nara ringkas. Tanzuki hanya diam, dia hanya membantu Nara memegang cawan minumannya. Sambil mata Tanzuki terus menatap wajah ayu Nara. 

"Oit, Zuki dah pandang tu, jangan lama-lama" usik Tanzumi lagi. Tanzuki pun mengalihkan pandangannya.

"Kak, rasa macam pernah tengok jer cik ni, sebelum ni, tapi kat mana ya?" ujar Tanzuki cuba mengingatkan kembali imbasan yang melintasi ingatannya. 

"Iye la tu, tengok dia cantik, terus pernah jumpa" usik Tanzumi lagi. 

"Betul la kak, macam pernah nampak dia sebelum ni" ujar Tanzuki mempertahankan dirinya. Nara hanya memilih berdiam, dalam hatinya tercuit rasa bangga mendapat pujian secara tidak langsung dari Tanzumi.

"Dia tu sesat, kau baru jumpa dia tadi, datang tempat ni pun bukan semua tau cara nak masuk tau" Tanzumi pula mempertahankan pendapatnya yang mengatakan adiknya sebenarnya mengada-ngada. 

"Ala betul la kak, pernah nampak dia, rasanya dia ada kembar sorang lagi" jelas si Tanzuki, dan Nara tertarik dengan penjelasan tersebut. 

"Ya, Nara memang ada adik kembar, tapi bukan seorang, kami adalah kembar tiga, salah sorangnya laki-laki" Nara menyampuk mengiakan ucapan Tanzuki.

"Naah...kan Zuki kata, memang pernah tengok dia sebelum ni" Tanzuki merasakan dirinya menang. 

"Kalau ya, kat mana kamu pernah jumpa?" tanya Tanzumi. Kelihatan Tanzuki dan Nara masing-masing cuba mengingatkan di mana mereka pernah terserempak. Masing-masingnya mengerut dahi tercari-cari ingatan masing-masing.

"Ke kamu berdua ni tengah bercinta, malu nak ngaku lepas tu terjadi sesuatu, dan kau bawa lari anak dara orang balik sini ye" soal Tanzumi lebih agresif menyakat adiknya. 

"Ish kakak ni, Zuki memang pernah nampak dia sebelum ni la, bukan kami bercinta pun" balas Tanzuki. Tanzumi sengaja mengenakan adiknya dan dia sebenarnya betul-betul menyangka mereka berdua ada hubungan.

"Iya kak, saya sebenarnya tersesat kat hutan tadi, dan rasa haus saya nak minum di suatu kolam, tergelincir masuk dan terus sampai kat tempat ini, lepastu saya ingat diri mati lemas dan saya terus berjalan melalui denai sehinggalah tengkuk saya disengat sesuatu, dan saya tak sedarkan diri, sedar pula nampak kamu berdua" jelas Nara panjang lebar. 

"Hei, jangan panggil aku ni kakak, entah-entah awak lebih tua dari aku tau" Tanzumi tak habis-habis menyakat.

"Eh, awak jangan ambil hati dengan kakak saya tu, dia tu kalau tak mengenakan orang sehari, memang boleh jadi gila agaknya" si Tanzuki memihak kepada Nara. 

"Dah jatuh hati la tu, emmm dengan awek lemah lembut jer dia cakap, ngaku jela Zuki oi" balas Tanzumi lagi. Muka Tanzuki kemerahan dipalingkannya dari mereka berdua. Tanzuki sendiri tidak tahu dia juga tidak mampu menafikan dia sebenarnya sudah tertawan dengan wajah ayu si Nara.


Part 13

Keadaan Nara beransur-ansur pulih. Kesan lebam di tengkuk Nara pun sudah tidak kelihatan. Apa yang masih kelihatan adalah bekas gigitan sahaja. Nara sangat bernasib baik kerana dijumpai awal oleh Tanzuki. Kalau tak entah apa yang berlaku pada si Nara.

"Mari makan, takkan nak saya suapkan juga kamu berdua ni" ujar si Tanzumi yang baru selesai menghidangkan makanan buat mereka bertiga. 

"Mari, makan Nara" ujar Tanzuki sambil menghulurkan tangannya pada Nara. Nara malu-malu menghulurkan tangannya jua. Tanzuki memimpin Nara ke ruang dapur rumah kecil itu.

"Amboi, masih tak larat lagi ke cik adik?" sakat si Tanzumi mengenakan Nara. Nara hanya berdiam tersipu malu. 

"Makan la, sini tiada nak manja-manja, suap sendiri, sedap tak sedap jangan merungut, ini bukan restoran punya" tambah si Tanzumi. Mereka pun menjamah makanan bersama-sama. Biarpun perwatakan Tanzumi kasar gaya percakapannya, tapi dia sangat sayangkan adiknya Tanzuki sebenarnya.

Mereka berdua hanya hidup sebagai anak-anak yatim piatu, ibubapa mereka sebenarnya telah lama meninggal. Oleh itu, Tanzumilah yang menjaga adiknya sehinggakan dia tidak ingin untuk berpacaran apatah lagi berkahwin. Kerana baginya Tanzuki adalah orang yang terpenting baginya.

"Nara perlu segera balik selepas ini, keluarga Nara mungkin sedang risaukan Nara di sana, apapun Nara sangat berterima kasih pada kakak Tanzumi dan abang Tanzuki kerana jaga dan menyelamatkan Nara" ujar Nara. Tanzumi terus memandang wajah adiknya, jelas dia tahu adiknya Tanzuki sudah mula menyukai Nara. Seorang kakak yang sangat memanjakan adik dan memahami perasaan adiknya. 

"Tak boleh lagi, awak masih perlu dirawat, bila betul-betul sembuh nanti Tanzuki akan hantar awak balik" balas Tanzumi cuba mempengaruhi Nara supaya tetap bersama mereka sementara. Ucapan Tanzumi lebih kepada adiknya, dia mahu hanya Tanzuki gembira. Sebenarnya Nara sudah pulih, cuma belum sepenuhnya kerana racun itu masih ada dalam badan Nara. 

"Tanzuki awak jaga Nara, biar kakak yang berburu kali ini" ujar Tanzumi sambil tersenyum mengenyitkan mata pada adiknya sebagai tanda memberi peluang pada Tanzuki ruang masa bersama Nara. Tanzuki hanya tersenyum tanda faham isyarat kakaknya.

"Haaa, baru Tanzuki ingat kak, Zuki pernah nampak Nara di majlis keraian Gerhana, di kampung Siluman Ular" Tanzuki menjelaskan semula ingatannya. 

"Awak nampak saya ke masa tu?" tanya Nara kepastian. 

"Ya, awak dan kembar awak sedang menghidangkan makanan pada majlis itu, awak berpakaian tradisi dan....." belum sempat Tanzuki menghabiskan ayatnya. 

"dan sangat cantik dan sangat menawan kan?" celah Tanzumi. Nara tersipu malu mendengar kata-kata pujian itu.


Part 14

Hari demi hari, hubungan mereka bertiga terus akrab. Nara telah mesra bersama Tanzumi dan Tanzuki. Mereka bertiga mempunyai hubungan yang sangat baik. Kelihatan dua beradik itu sangat gembira dengan kehadiran Nara dalam hidup mereka. Tambahan pula, Nara pula sangat mahir di dapur. Setiap masakan Nara mendapat pujian dari mereka berdua. 
Namun, apa yang merisaukan kedua-duanya, Nara pasti akan pulang jua. Kerisauan itu akhirnya tiba jua. 

"Nara dah pulih sepenuhnya kan kak?" tanya Nara pada Tanzumi. Mendengar pertanyaan itu, Tanzumi rasa amat berat mengakuinya. 

"Esok Tanzuki akan hantar awak balik, tapi sebelum itu malam ini kita akan malam bersama ya, Nara masak tersedap ya" balas Tanzumi dengan rasa berat dihatinya melepaskan Nara kembali.

"Jangan risau kak, Nara pasti akan kembali suatu hari nanti, Nara akan lawat ke sini" Nara memujuk kerana dia perasaan Tanzumi nampak hiba. Malam itu mereka makan bersama, mereka bercerita sepuasnya. Tanzumi sengaja memohon diri untuk tidur kerana ingin memberi peluang pada adiknya. Maka, tinggallah Nara dan Tanzuki yang melepak diluar sambil memanaskan badan dengan unggun api.

Nara dan Tanzuki terdiam dan hanya saling berpandangan. Masing-masing tidak mengalah dan terus saling berpandangan. Jelaslah kedua-duanya mempunyai perasaan terhadap masing-masing. Namun mereka berdua masing-masing tidak tahu macamana meluahkannya. Tanzuki juga orangnya kacak dan berpewatakan menarik dan layanannya selama ini juga membuatkan Nara tertarik dengannya.

Malam itu hembusan angin sepoi-sepoi bahasa. Kedengaran bunyi cengkerik menyerikan malam itu. Bulan juga memberikan cahaya indahnya. 

"Pastinya saya akan rindukan awak nanti" Tanzuki memulakan bicara. 

"Saya pun sama, ingin juga terus bersama di sini, tapi saya ada keluarga di sana" balas Nara lembut. Mereka kembali saling berpandangan. Pandangan yang sangat dalam. hanya mereka mengerti makna pandangan itu.

Di bawah sinaran bulan, mereka seperti ingin meluahkan sesuatu, namun lidah kelu berbicara. Tanzuki tidak dapat mengawal perasaannya. Dia segera memeluk tubuh Nara. Nara masih terpinga-pinga dengan situasi itu hanya membalas lembut pelukan Tanzuki. Tanpa bicara, mereka menikmati kehangatan pelukan masing-masing. Tanzumi yang sebenarnya masih belum tidur tersenyum tumpang gembira dengan situasi itu. Dia mencuri memerhatikan gelagat dua insan tersebut.

"Nara, sebenarnya Zuki menyukai awak" luah Tanzuki semasa pelukan itu sedang berlangsung. Dia tidak tahu bagaimana untuk meluahkan perasaannya, kerana dia tidak pernah bercinta dengan sesiapa sebelum ini. 

"Saya juga Ki, dari mula awal layanan awak dulu saya juga merasakan yang sama" balas Nara. Bukan tiada yang menyukai Nara sebelum ini, ramai juga yang cuba mendekatinya semasa majlis dulu. Tapi hatinya lebih tertawan dengan layanan Tanzuki.


Part 15

Pagi yang hanya mendung. Nara dan Tanzuki keduanya tidur dalam pelukan masing-masing di luar rumah kecil tersebut. Namun, mereka sendiri tidak menyedari bila masa mereka terlelap semalam. Tanzumi yang penyayang itu menyelimuti kedua-dua makhluk kesayangannya itu. Dia tidak mahu keduanya tidur dalam kesejukan.

Apabila keduanya terjaga, masing-masing segera membasuh muka dan berkumur. 

"Baru bangun ke? Makanan tu nak tunggu aku suap juga ke?" Kedengaran suara Tanzumi memanggil keduanya untuk bersarapan. Kedua-dua pasangan kekasih itu pula tersipu malu. Mereka berdua menyertai Tanzumi di ruang makan tersebut.

"Kak, hari ini Zuki akan hantar Nara balik ke sana, kakak nak ikut sekali tak?" tanya Tanzuki pada kakaknya. 

"Tak payahlah, Zumi nak berburu hari ini" balas Tanzumi. Si Nara hanya mendiamkan diri. 

"Kalau macam tu, Zuki akan bertolak pagi ni" ujar Tanzuki. 

"Sampai kat sana nanti, bawa banyak-banyak buah tangan untuk akak ya" balas Tanzumi. 

"Kat kebun ayah ada banyak buah-buahan kak, nanti Nara petik untuk akak ye" Nara bersuara dia tidak mengerti seorang kakak itu sedang bersedih.

Dia tahu, tidak lama lagi dia akn berpisah dengan adik lelakinya. Kerana dia tahu, adiknya sudah memiliki gadis yang dicintainya. Entah kebetulan atau apa? Mereka berdua ni pula saling menyintai. Padahal baru jer mereka mengenali masing-masing. Hurmm cinta itu buta kan? Bagi si Tanzumi pula, ini kali pertama dia melihat adiknya menyukai seorang gadis begitu bersungguh-sungguh.

"Akak jaga diri baik-baik ya!" ujar Tanzuki sudah mula mengerti perasaan kakaknya. 

"Takpa, jangan risau, Zumi pandai jaga diri, ada kau kat sini pun bukan banyak membantu kakak pun, menyusahkan lagi ada" balas Tanzumi. 

"Zuki pergi kejap jer la, hantar dia balik je la" jelas Tanzuki cuba memenangkan kakaknya. 

"Kau tinggal kat sana lagi bagus la, tak menyusahkan aku la" Tanzumi sengaja. Nara cuma terpingga-pingga mendengar percakapan mereka berdua.

Mereka bertiga terus menikmati sarapan tersebut. Sekali sekala gurauan berbunyi, terkadang senyap sepi pula. Selesai sarapan, Nara membantu Tanzumi mengemas dapur pula. 

"Biar je la berterabur, nak bersepah ke, kau pergi jer dengan bakal suami kau tu sekarang, sebelum aku halau korang berdua" tegas Tanzumi. Nara terpinga-pinga dengan sikap Tanzumi kejap baik kejap kasar.

"Kak, kami pergi dulu ya" ujar Tanzuki yang sambil memimpin tangan Nara ke depan pintu. 

"Pergilah, jangan balik dah terus lagi bagus" kedengaran suara Tanzumi dari ruang dapur. Namun, Tanzuki dan Nara masih tercegat depan pintu. 

"Jangan ambil hati dengan akak tu, mulut jer macam longkang busuk, tapi hati dia lembut" jelas Tanzuki pada Nara. Nara masih tidak mengerti apa yang dimaksudkan Tanzuki.

Mendengar kedua-duanya senyap. Tanzumi menyangkakan kedua-duanya telah pergi. Airmata gadisnya mulai tertumpah. Jauh di sudut hatinya menyayangi adik sebenarnya. Dia sengaja bercakap kasar, agar kesedihannya tidak terkesan. Namun dia juga ingin adiknya bahagia. Dia berlari ke depan pintu.



Part 16

Cuaca masih mendung, tiada ciripun nak hujan. Cuaca bagaikan mengerti perasaan Tanzumi. Betapa dia cuba mengawal perasaannya dari tadi. Kerana menyangka mereka berdua telah pun pergi, dia akhirnya membenarkan mutiara gadisnya menitis membasahi pipi lembut itu. Dia melepaskan semahunya perasaan tersebut.

"Akak nangis ye" sakat Tanzuki yang masih tercegat depan pintu itu. Tanzumi tidak berkata apa-apa. Dia terus memeluk kedua-duanya sekaligus. Dia melepaskan airmatanya semahunya. Beberapa ketika, akhirnya Tanzumi melepaskan pelukan tersebut.


"Dahla, pergi jer kamu berdua, nanti kakak bertambah sedih pula" ujar Tanzumi sambil mengesat airmatanya.

Begitulah kasih sayang seorang kakak terhadap adiknya. Hanya dia dan adiknya mengerti perasaan itu. Kerana mereka berdua hanya hidup sebatang kara sebelum ini. Mereka banyak melalui hidup susah senang bersama. Namun, kebahagiaan adik lebih penting baginya. Nara dan Tanzuki pun bertolak pergi. Tanzumi melihat mereka pergi sehingga lambaian mereka tidak kelihatan.

Perjalanan penghantaran pulang Nara pun bermula. Sepanjang perjalanan tersebut, mereka berdua bersembang sebarang topik. Dari satu cerita ke suatu kisah. Pelbagai kisah mereka kongsikan. Namun, si Nara yang lebih banyak mendengar. Tanzuki banyak bercerita tentang kisah dia dan kakaknya. Dari penceritaan Tanzuki barulah Nara mengerti siapa sebenarnya Tanzumi.

Setelah lama berjalan, dari satu lembah, ke suatu lembah, mereka pun sampai ke kawasan kolam di mana Nara muncul. Mereka melompat masuk bersama ke dalam kolam tersebut. Dan keduanya pun muncul semula di kawasan hutan di mana Nara mula-mula sesat dahulu. Sebenarnya, Tanzuki pun tak berapa tahu selok belok di tempat Nara. Sampai di suatu kawasan, barulah Nara yakin dengan jalan pulang ke rumahnya.

"Begitulah kisahnya sehingga kami berdua sampai di sini pakcik" jelas Tanzuki padaku. Tidak berasa kisah yang Tanzuki ceritakan tu telah sampai hampir ke tengah hari. Aku tidak mempunyai pilihan selain percaya pada anak muda ini. Dari paras rupanya, menampakkan dirinya adalah orang yang baik belaka. Orangnya pun jelas kacak. Tidak heranlah ketampanan dan sikapnya membuatkan puteriku jatuh hati dengannya.

"Ayah, ibu, Nari dah balik" kedengaran suara si Nari balik dari kebun. Sampai depan pintu Nari menghentikan langkahnya. "Siapa ni yah?" tanya Nari tentang pemuda itu.


"Temannya Nara" jawabku ringkas. 

"Mana Nara yah" spontan Nari bertanya. Aku hanya muncungkan mulut ku ke arah dapur. Dilepaskannya segala apa yang dia bawa, segera dia berlari ke dapur mendapatkan kakaknya.


Part 17

Suasana di dapur itu menjadi senyap seketika. Aku tidak tahu apa yang berlaku. Seketika sahajalah senyap. Lepastu gelak tawa tiga beranak tu sakan saja. Ia sudah pasti saat gembira si Nari bertemu kakaknya. Risaunya terhadap kakaknya sebelum ini mengalahkan aku dan ibunya. Kita biasalah, orang yang lebih dewasa seharusnya cuba berlagak bersahaja. Namun, dalam hati tu menjerit-jerit bahagia dan gembira.

"Nara, mana hidangan kuih? Takkan biar tetamu minum kopi jer!" jeritku dari ruang tamu mengganggu yang ada di ruang dapur tersebut.

"Apa dia yah?" kedengaran Nara membalas dari dapur.
 
"Kuih, kuih, mana kuih?" jeritku lagi.

"Jap yah, dah siap dah ni" balas Nara lagi.

Tidak lama kemudian Nara membawa hidangan dari dapur. Dia tak pandang pun wajah ayahnya, matanya melirik pada jejaka yang datang bersamanya dengan sebuah senyuman. Hissss, iri hati pula aku dibuatnya. Teringat pula saat aku bercinta dengan ibunya dulu. Tidak heran jugalah jejaka ini tertawan dengan puteriku. Sekarang dia sudah semakin dewasa dan wajahnya ayu mirip ibunya.

Aku terus bersembang kosong dengan jejaka tersebut. Dari gaya dan perwatakannya setakat ini, nampaknya dia orang yang sangat meyakinkan. Andai benar dia jodoh puteriku, sebagai ayah aku doakan kebahagiaan buat mereka. Tapi, andai bukan mintalah mereka dapat melupakan masing-masing.

"Lain kali, anak Tanzuki ajaklah kakak datang sekali ya, kesian dia sendirian" cadangku pada jejaka tersebut.

"Kakak tu yah...ehh salah...pakcik" anak muda itu tersekat di situ tersasul.

"Anak boleh panggil apa saja, pakcik pun boleh, ayah pun boleh" balasku menenangkan kesasulannya.

Dia tersenyum dan mengusap dahinya yang tiada keringat. Dan dia menyambung semula ucapannya.

"Kakak saya tu payah sikit nak tinggalkan kampung halamannya pakcik, paling jauh pun dia hanya berburu di sana sahaja" jelas pemuda tersebut.

"Ada masa nanti pakcik pun nak juga jenguk tempat anak sana" ujarku cuba mesrakan diri.

"Boleh pakcik, nanti kita berburu bersama, hutan sana memang masih banyak ayam hutan dan arnab" balas pemuda itu nampak teruja.

Sementara itu, yang di dapur itu entah sibuk dengan apa? Apa yang kedengaran gelak tawa saja dari tadi. Aku tahu, si Nari pasti melepaskan rasa rindu pada kakaknya. Begitu juga sebaliknya. Bagaimanapun aku tahu kegembiraan hati ibunya tidak dapat dibayangkan. Namun, yang pasti dia tidak menunjukkannya sepertimana aku.


Part 18

Sinar mentari selari dengan tiang rumah menembusi atap yang tidak terlitup habis. Itu tandanya sudah tengahari. Kocakan bunyi perut pun sudah memberi isyarat ia perlu diisi. Tambah lagi dengan aroma masakan dari dapur menusuk ke rongga hidung menambah lagi derita lapar dan yang sudah pasti masakan dari Nara. Namun, masa itu bergerak tidak terasa kerana leka dek bersembang dengan anak muda kacak tersebut.

"Makanan dah siap, mari semua makan bersama" kedengaran suara si Nara dari dapur.

"Mari nak, kita ke dapur" pelawa ku pada pemuda itu.

Kami berdua bergerak bersama-sama ke dapur. Di sana, hanya dua tempat kosong yang disediakan. Masing-masing posisinya adalah sebelah Nara dan Isteriku. Aku sengaja terus duduk di sebelah Nara. Baru aku nak gapai sudu. Sang isteri berdehem memandangku. Dan aku lihat muka si Nari memandangku dengan geram. Si Nara hanya tersenyum kerana dia tahu aku hanya menyakat.

"Oh ya, salah tempat duduk pulak" aku bersahaja bangkit dan duduk sebelah isteriku.
Barulah sang pemuda itu duduk tersipu malu kucing konon. Ceh!

"Yah, mana Makcik Nima dan Pakcik Tiko?" tanya Nara.

"Mereka berdua pergi ke tempat atuk, mereka rindu Timo" balasku bersahaja.

"Yah, Nara nak cakap sesuatu, tapi harap ayah tak marah la" ucapan Nara membuat semua yang ada terus fokus kepada Nara.

"Tak tanya lagi macamana nak marah?" aku sengaja ganggu minda puteriku.

Terasa pehaku jadi mangsa cubitan sang isteri. Aku tahu dia nak aku bersikap bersahaja dan bukan provokasi. Tapi aku nak juga la mengenakan mereka. Tak bolehla bagi mudah-mudah macam tu. Bagi sikit cabaran. Aku tahu dia mesti mintak nak belaki. Tak cukup umur 21 aku tak bagi. Dia bukan tak tahu. Aku pernah cakap kat mereka bertiga beradik dulu.

"Nara ingat nak....." sekerat ayatnya Nara.

"Nak apa? Nak kahwin? Tak boleh!" sentapku. Semua terdiam. Pemuda tadi lagi la terpinga-pinga.

Senyap seketika. Tapi apa yang pelik, mereka bertiga ketawakan aku pula. Aku pulak yang terpinga-pinga. Apahal pula? Aku tak bagi anak aku kahwin pun gelak ke? Apa sebenarnya membuatkan mereka bertiga ni gelakkan aku.

"Pehal gelak ni? lucu ke soal kahwin ni?" sentapku lagi.

"Lain kali dengar la dulu apa anak nak cakap tu, ada ke soal kahwin pula!" ujar isteriku.

"Bukan nak kahwin ke?" tanyaku lagi untuk kepastian.

"Bukan la yah, Nara ingat nak ajak Nari ke tempat Tanzuki dan mengembara di sana" jelas Nara.

"Ooo bukan nak kahwin..." ujar ku bersahaja mempersetankan gelakan sakan mereka tadi.

"Nara tahu, Nara masih berpegang teguh pada kata-kata ayah dulu, selagi belum berumur 21 tahun, selagi itu tak boleh kahwin, biar kita tidak terburu-buru membuat keputusan, bagi diri kita matang dulu dan kenal budi bicara pasangan" jelas Nara panjang lebar.

"Iya lah ayah ni, walaupun Lemar tu nakal yah, dia juga berpegang pada kata-kata ayah tau" sampuk si Nari pula.

Terharu juga aku dengan anak-anakku ini. Mereka tetap dengan pendirian ayah mereka juga rupanya. Ingatkan mereka cuba melanggar nasihat seorang ayah. Baguslah macam tu, sebagai seorang ayah, kita berharap anak-anak mengerti makna kehidupan, kasih sayang sebenar dan bukannya nafsu semata-mata.

"Ayah benarkan tak?" tanya Nara lagi.


Part 19

Pertanyaan dan permintaan si Nara itu membuatkan aku sedikit dilema. Amat sukar untuk melepaskan kedua-duanya setelah Lemar pergi bersama atuk. Tapi aku bukanlah jenis seorang ayah yang mengongkong anak-anak. Apatah lagi jika ia memberikan suatu kebahagiaan buat mereka. Serba salah juga aku dengan permintaan tersebut.

"Kau tanya ibu dulu, ayah takpa sangat, yang rindu pada korang adalah ibu korang" balasku memesong tanggungjawab menjawab permintaan si Nara.

"Eh, apa pula ibu? Ha ayah korang tu yang yang rindu sampai tidak dapat nyenyak tidur dia sepanjang Nara pergi sebelum ni" balas isteriku menjelaskan keadaan diriku sepanjang ketiadaan Nara.

Isteriku banyak menenangkan aku sepanjang waktu tersebut. Ya benar aku sangat risau pada Nara sebelum ini. Sapa tak sayang anak. Lebih lagi anak-anak yang selalu menyenangkan hati kita. Bagiku ketiga-tiga mereka adalah insan yang sangat bernilai selain isteri tercinta. Aku tidak pernah pilih kasih di antara mereka. Semuanya aku sayang.

"Jangan risau la ayah, kami bedua pandai jaga diri dan kami ingat pesan ayah" pujuk Nari pula.

"Jika benar kamu berdua nak mengembara, ingat lain tempat lain gayanya, jangan sembarangan" ujarku pasrah melihatkan reaksi mereka beriya-iya nak mengembara.

"Terima kasih ayah" ucap Nara dan Nari. Kedua-duanya mendapatkan aku dan mencium pipiku sebagai tanda terima kasih dan kasih sayang mereka terhadap aku.

"Betul ke ibunya benarkan mereka ni?" tanyaku pada sang isteri.

"Kita nak halang macamana sayang, dari tadi Nara dah memujukku untuk membenarkan dia dan Nari pergi" ujar sang isteri.

"Kalau macam tu, esok kami akan bertolak ye yah" celah Nara dengan muka yang sangat teruja. Aku tak paham apa sangat yang dia suka sangat dengan dunia Rubah tu.

"Iyela, tempat orang jangan buat perangai, sebelum turun esok, jangan lupa bawa buah tangan untuk kakaknya Zumi nanti" tambahku membuatkan dua anak daraku itu semakin semangat.

"Sayang ayah, ingatkan ayah akan marah, tapi ayah sangat memberi galakkan dan sokongan" ujar Nari pula.

Sebenarnya berat juga membenarkan mereka pergi. Tapi dah mereka beriya sangat. Aku dan ibunya sentiasa memberikan galakkan dan sokongan pada mereka asalkan mereka jaga diri dan berpegang teguh pada amanat yang kami pesan. Kami berdua tidak mahu mengongkong anak-anak. Kerana perasaan remaja seperti mereka akan memberontak jika jiwa mereka tiada kebebasan.

Malam itu, sekali lagi kami semua minum malam bersama dan bersembang sehingga semuanya lena dibuai mimpi masing-masing.


Part 20

Malam yang amat singkat. Pagi pun menjelma. Pagi itu, aku hanya memerhatikan gelagat dua anak gadisku berkemas bersiap untuk siri pengembaraan mereka sendiri. Sedikit pun aku tidak membantu mereka mengemas barangan. Sebolehnya aku melengahkan.

"Bukan macam ni la susun barang-barang awak Nari" kataku sengaja menyelongkar keluar barang yang sudah dipek puteriku Nari.

"Bukan dah ngam ka Nari susun tu ayah, ada pantang larang ke ayah?" tanya Nari tidak mengerti aku sedang melengahkan mereka.

Selepas aku menyelongkar, aku tidak susun semula. Malah Nari cuba menyusun dan bertanya padaku adakah susunan itu betul. Aku selongkar balik. Aku menyatakan susunan tu salah. Perbuatanku diperhatikan oleh sang isteri. Dia hanya mengelengkan kepalanya.

"Sudahlah sayang, relakan mereka" ujar sang isteri.

"Ayahhhhhh, saja mengenakan Nari ye?" Nari sudah mula sedar perbuatanku sebenarnya melengahkan dirinya.

Nari memandang wajahku. Dia berhenti menyusun barangannya. Dia merapatiku. Segera dia memelukku erat.

"Ayah jangan risau, Nari akan jaga kakak dan diri ini baik-baik" ujar Nari memujukku.

"Kalau ayah nak ikut boleh ke?" tanyaku tidak bersungguh. Aku tidak berniat nak pergi pun dengan mereka. Biarlah mereka melalui sendiri siri pengembaraan tersebut.

Nari memandang ke arah ibunya. Seolah-olah mahu idea itu direstui ibunya. Tapi reaksi itu membuat ibunya ketawa.

"Percaya sangatlah ayah kau itu mahu menyertai" ujar sang ibu. Dia tahu aku bukannya ingin menyertai mereka. Tapi entah kenapa, rasa payah sangat untuk melepaskan Nari. Tidak pula aku merasa sukar untuk si Nara. Apakah mungkin aku yakin Tanzuki mampu menjaganya.

"Mari semua, sarapan dah siap" jerit Nara dari ruang dapur memanggil kami semua ke dapur.
Kami bersarapan bersama-sama pagi tu. Biarpun sedih aku dan isteriku tercinta berusaha menyembunyikan perasaan kami. Kerana tidak mahu mereka terganggu dengan situasi itu. Aku dan sang ibu sengaja menunjukkan wajah yang ceria biarpun jauh di sudut hati kami terasa sangat berat melepaskan mereka berdua pergi.


Part 21

Selesai sarapan mereka bertiga pun bertolak pergi menjelajah dunia mereka sendiri. Dengan rasa yang amat berat aku dan isteri terpaksa melepaskan jua mereka pergi. Sekarang yang tinggal hanya aku dan isteri sahaja di rumah itu. Jelas terasa bahang kesunyian yang kami berdua hadapi. Aku dan isteri naik ke atas dan melepak bersama di bahagian beranda rumah.
Sambil memandang ke luar, tanganku merangkul kemas sang isteri yang duduk di sebelah kananku. Dia selamba menyandarkan kepalanya di bahu berdekatan dadaku. Sambil tangan kirinya memegang erat tangan kiriku jua. Kami berdua hanya berdiam menghayati saat itu. Jelas sangat kesunyiannya.

Tiba-tiba aku merasa ada titisan air jernih mengalir membasahi lenganku. Aku biarkan suasana itu tanpa berkata apa-apa padanya. Dapatku rasakan juga dia semacam tersedu sedan dan kudengar jua si dia sedikit tersenggut-senggut. Nah, aku dah agak dah dia ni, depan anak-anak dia buat-buat tabah. Bila depan aku semuanya terluah.

"Sayang ok ka?" tanyaku sengaja bertanya walaupun aku boleh berempati dengan isi hatinya.

"Sayang sebak" balasnya ringkas.

"Kalau sayang nak, masih belum terlambat lagi jika nak ikut mereka" ujarku sengaja mengusik hatinya.

"Yela, kalau ikutkan hati memang nak ikut la, tapi biarkanlah mereka mengembara dengan cara dan edisi mereka sendiri" balas sang isteri masih tersedu sedan.

Dalam pada itu, aku mengambil kesempatan mengesat air matanya yang masih berguguran. Dia cuma membiarkan perbuatanku. Tadi berlagak mental tahan la konon. Tapi aku memang tahu sifat sang isteriku, tidak pernah menghalang kehendak anak-anaknya biarpun bertentang pendapat dengan dirinya. Dia lebih memanjakan anak-anaknya berbandingku.

Kalau difikirkan, ada hikmahnya juga kami ditinggalkan berdua. Mungkin itulah peluang untuk kami berduaan bersama. Menghabiskan sisa-sisa hidup bermesra bersama. Meluahkan perasaan yang tertangguh dan terganggu sebelum ini.

Tapi, buat permulaan ini kami perlu layan perasaan sentimental ini terlebih dahulu. Tangan kananku menepuk-nepuk perlahan bahunya sebagai tanda cuba meredakan perasaan sedihnya. Apakah yang kami perlu buat tanpa mereka semua? Sunyi sepi jer rumah setelah ketiadaan mereka semua. Apakah rancangan yang perlu kami berdua adakan selepas ini?


Part 22

Setelah beberapa ketika, sang isteriku terus senyap. Ku putarkan kepalaku untuk memandang wajahnya. Hurmmm patutlah senyap, rupa-rupanya dia terlena. Macam perangai dia dulu-dulu lagi, bila bersedih, selepas menangis terlena terus. Perlahanku dukung badannya dan kulepaskan perlahan-lahan membiarkan dia berbaring di bilik bahagian atas.
Selepas itu, aku berbaring menghadap ke arah wajahnya. Kuaturkan sedikit rambutnya yang melindungi wajah itu. Aku mengamati wajahnya. Wajah sang isteri yang amat aku cintai. Wajah yang tidak pernah jemu kutatapi. Masih jelas kesan aliran airmatanya dipipinya. Ku usap lembut dengan ibu jariku memadam kesan itu.

Wajah itu tetap cantik dan segar seperti mula kami berkenalan dulu. Cuma aku saja yang ada nampak kesan penuaan. Namun, badan ini masih sihat cergas. Aku biarkan dia lena, sambil mataku terus menatapi wajahnya. Tidak lama kemudian aku merasakan mataku jua semakin berat. Aku turut terlena.

Aku terasa seperti ada sesuatu mengelikan cuping telingaku. Kulibas dengan tanganku dengan mataku masih terpejam. Sekali lagi ada benda mengelikan telingaku. Dengan rasa malasnya, aku buka mataku perlahan-lahan. Aku lihat wajah sang isteriku tersenyum memandangku dengan tangannya ada pelepah bulu burung, yang mungkin dia gunakan untuk mengusik telingaku tadi. Aku hanya membalas senyumannya.

"Comel juga muka sayang bila tidur ye?" isteriku membuka bicara setelah aku membuka mataku sepenuhnya.

"Sayang dah terjaga ye?" tanyaku tidak mengendahkan usikan sang isteri.

"Dah tengahari dah la sayang, jom turun ke dapur, laparla, nak sayang suapkan boleh?" usik sang isteri lagi.

"Marilah, nanti sayang masak untuk awak" ujarku sengaja menghiburkannya.

"Eleh, sayang dah masak siap-siapla, tu pasal la sayang bangunkan sayang yang tak bangun-bangun lagi ni" balas isteriku. 
Rupanya dia sudah masak semasa aku terlena tadi.
Kami berdua turun ke dapur dan makan bersama-sama. Sang isteri pula tersengih-sengih memandangku menjamah makanan hidangannya. Senyuman itu sentiasa mempersonakan aku. Tambahan lagi sekarang ini hanya kami berdua. Terasa seperti mula-mula menikahinya dulu, aku jadi leka dan terpana dengan keayuan wajahnya ceria itu.

"Sayang, isterimu ini ada idea nak buat apa lepas ni" sang isteri melontarkan persoalan dalam kepala ku dengan apa yang mungkin berada dalam mindanya.


Part 23

Tengahari tersebut cuaca sangat baik dan cerah. Tidak seperti kesedihan yang kami sedang lalui. Sang isteri walaupun berusaha menyembunyikan perasaannya, namun dalam matanya masih jelas suatu yang masih mengganggu mindanya.

"Ingat tak! Dulu sayang pernah cakap tentang pengembaraan untuk kita berdua di alam bunian?" Sang isteri mengimbau kembali rancangan lamanya.

"Macam juga hebat bunyinya, apa tunggu lagi kita laksanakan teruslah" balasku teruja dengan rancangannya.

"Sabar la sayang, kalau ye pun pek dulu barang-barangnya" balas sang isteri pula.
Kali ini perasaan sedih itu berkurang sedikit, wajah kami berdua kembali ceria. Masing-masing, teruja dengan plan tersebut. Iya kan, sekurang-kurangnya tidak juga teperap di rumah hanya layan perasaan sentimental saja.

"Kalau macam tu apa tunggu lagi? Kita berkemaslah" ujarku yang jelas teruja.
"Sebelum kita mulakan pengembaraan, kita jumpa Lemar dan rakan-rakannya boleh kan sayang?" Ujar sang isteri. Nampak sangat juga dia merindu puteranya pula.

"Boleh juga, rindu juga dengan mereka semua tu kan. Tapi ini tetap pengembaraan kita berdua sahaja ye" balasku sengaja mengingatkan sang isteri hanya nak berdua dalam pengembaraan.

"Iye sayang, sayang kalau boleh hanya nak kita berdua sahaja juga, nak melalui segalanya hanya bersama sayang" balas sang isteri sambil menunjukkan wajahnya kembali lebih ceria.
Jelas sangat dia dan aku sangat mengimpikan pengembaraan itu jadi kenyataan. Keterujaan itu rapat dirasakan kerana debaran ritma dari jantung ini amat menunjukkannya. Mana tidaknya, awalnya rasa sebak, sedih sunyi. Kini ia adalah seronok dan teruja, malah sudah terbayang bukit bukau yang bakal dilalui.

Rupa-rupanya isteriku sudahpun menyiapkan pek untuk kami berdua. Bila masa dia mengemas semuanya? Aku pun tak tahu dan tak sedar. Nampak sangat dia punyai perancangan mendahului aku. Apapun rancangannya, aku akan turuti juga aturannya. Sebabnya ia adalah sesuatu sudah lama juga kami berdua ingin lalui bersama. Bukahkah ia suatu yang hebat. Pengembaraan sang suami bersama isteri tercintanya.


Part 24

Setelah selesai berkemas dan menutup pintu semuanya, kami berdua pun memulakan edisi pengembaraan tersendiri. Wow, dalam hati sangat bersemangat. Barangan yang dibawa tidaklah banyak, kerana tidak mahu terbeban dengan segalanya.

Aku dan sang isteri kini berada di hadapan pintu rumah sambil memandang rumah yang bakal kami tinggalkan buat sementara. Rasa perasaannya berbaur, sedih dan teruja. Aku segera memimpin tangan sang isteri dan kami melangkah pergi. Aku tidak mahu berdiri lama-lama kerana semakin lama semakin berat pula melangkah meninggalkan rumah.

Perjalanan pun bermula. Sang isteri kembali ceria. Dia mula mengimbas kembali kenangan awal-awal perkenalan dulu. Semuanya dilalui penuh debaran. Lagi-lagi apabila mohon restu dari ibuku. Saat kembar tiga itu juga tidak ketinggalan kisahnya. Kenakalan si Lemar banyak jadi buah mulutnya.

Aku lebih banyak diam dan membiarkan sang isteri meluah rasa. Aku lebih banyak menikmati keceriaan wajahnya. Perjalanan menuju ke rumah atuk itu menjadi tidak terasa. Kerana perasaan teruja itu terus memberi semangat buat kami berdua terus melangkah.

Tetapi tiba-tiba aku merasa ada sesuatu perasaan yang pelik sedikit mengganggu hatiku. Aku lihat isteriku jua sama, tapi dia buat-buat seperti tiada apa-apa. Namun kemahiran empatiku tidak mampu dia elakkan. Jelas juga dalam hatinya tertanya dengan perasaan unik sedikit mengusiknya.

Akan tetapi kami berdua masing-masing cuba menentang ketidakselesaan perasaan tersebut. Masing-masing berusaha menunjukkan sebaliknya walaupun tidak selesa. Kuharap ia bukanlah sesuatu tidak baik atau sebarang petanda buruk. Begitulah perasaan tidak selesa itu datang dan pergi.

Begitupun kami meneruskan perjalanan. Apabila penat kami singgah di bahu jalan, sudah lega kami sambung semula perjalanan. Jika digambarkan, memang tiada yang lebih indah apabila anda hanya bersama insan yang paling anda cintai. Sejauh mana dalamnya kasih sayang itu, suatu ketika kelak pasti akan terpisah jua.


Part 25

Mujurlah cuaca sangat cerah dan tidak menunjukkan petanda hujan. Biarpun begitu, perjalanan ini agak terasa bahang cuaca panas terik. Sekali sekala terpaksa singgah di bahu jalan.

Sepanjang perjalanan aku dan sang isteri berceloteh. Aku pula lebih kepada menyakatnya. Jelasnya kedua-dua kami saling terhibur. Sekaligus menjadikan perjalanan itu tidak membosankan.

Setelah lama berjalan akhirnya kami sampai ke pekan bunian. Sekali lagi aku dan sang isteri berhenti mencari kalau-kalau ada barangan yang boleh ditukarkan dengan herba. Ada juga bertemu dengan beberapa jenis barangan yang kemungkinan diperlukan untuk pengembaraan kelak.

Sejurus itu, kami meneruskan perjalanan ke rumah atuk. Perjalanan ke rumah atuk lebih singkat berbanding dari rumah tadi ke pekan bunian. Namun, singkatnya perlu menelusuri lembah dan melintasi beberapa anak sungai. Segala kepenatan memang tidak terasa lebih lagi bersama yang tersayang yang tidak pernah jemu bergandingan tangan. Senyumannya, cerianya, suara manjanya berserta wajah sang isteri yang berseri terus membuat aku terus terleka bersamanya. Aku kira dirinya jua mempunyai perasaan yang sama. Sempurnanya perasaan itu, tidak mampu diungkai dengan kata-kata.

Akhirnya jua, kami sampai ke rumah atuk. Kami melangkah perlahan kononnya ingin membuat kejutan. Belum sampai, kami berdua sudah kantoi dilihat penghuni rumah itu. Kami berdua disambut mesra oleh mereka.

Hurmm. Nampak gayanya tiada kejutan. Akan tetapi keceriaan wajah gadis bernama Avella dan Kaitlyn menyambut mesra sang isteri menjadikannya merasa dirinya adalah tetamu istimewa. Begitu juga Lemar dan Timo menyambutku.

Begitu juga aku nampak atuk yang semakin sihat dan nampak seperti rupa seorang jejaka tampan. Aku pula yang terasa lebih tua dari atuk. Jelaslah atuk sudah menjadi warga bunian sepenuhnya. Pasti dia berjumpa formula awet muda. Jadi cemburu pula dengan atuk. Mataku tidak habis melirik melihat rupa atuk. Boleh belajar dari atuk la lepas ni petua awet mudanya.




Part 26

Kedatangan kami berdua disambut meriah oleh mereka semua. Nima dan bersama dua gadis itu terus mendapatkan isteriku. Aku pula melepak bersama geng jantan di ruang tamu. Kami bersembang entah apa-apa, masing-masing mengongsikan kisah yang ada.

"Tuk, nak formula awet muda boleh?" usulku berseloroh dengan penuh harapan. Atuk memandang aku dan tersenyum girang.

"Boleh, atuk tak bagi kamu toniknya, payah nak ekstrak, kat belakang tu, atuk ada pelbagai herba, nanti atuk ajarkan" balas atuk memberikan aku semangat. Bagaikan masa tu juga aku nak cuba buat tonik awet muda. Tapi kena sabarla.

"Kulit atuk pun tak mengedut dah, fuyooo memang mujarablah" ujarku sambil memegang tangan orang tua tu. Atuk pun tersengih dengan wajah belagaknya. Aku tahu atuk saja mengenakan aku.

"kenape? Tak percaya ke?" balas atuk sambil mentertawakan aku. Sambil itu yang lain juga turut tertawa.

"Berapa lama atuk reka formula tu?" tanyaku ingin tahu. Nampak sangat aku teruja dengan formula awet muda atuk.

"Lama tak lama juga la, nak ekstrak setitik ambil masa lebih kurang sebulan la" jelas atuk. Pergh, macam ni sekian la nak tunggu siap, bisikku dalam hati.

"Tapi tuk, Lana ada cara paling mudah nak dapat tok, dijamin tak sampai sehari pun" aku sengaja nak tengok responnya. Tebeliak biji matanya dengan ucapanku.

"Aku buat benda tu hampir 7 tahun, engkau kata tak sampai sehari!" balas atuk. Nampak marah benar bunyinya.

"Atuk tanya la macamana?" aku sengaja mengumpan.

"Haa, camna cara cucu Lana buat dalam sehari?" tanya atuk. Jelas dia ingin tahu juga. Mungkin dia fikirkan aku dah tahu teknik yang lebih mudah kot.

"Tuk, caranya mudah saja, Lana minta la kat atuk, kan ada yang dah siap atuk buat tu" jelasku. Terjengil mata orang tua tu. Apa lagi aku gelak sakan la lepas mengenakan orang tua tu. Yang lain turut gelak. 
Kukkkkkk! Kukkkkk! Kukkkk! Kukkkk!.... Kepala kami berempat kena ketuk ngan atuk.

"Ala atuk ni, orang melawak pun tak boleh ke?" ucapku sambil tanganku mengusap-mengusap kepalaku yang sakit kena ketuk ngan atuk.

"Banngggg Lanaaaaaaa, Tukkkkkkkkkkkkk" kedengaran suara cemas Nima dari luar.....
Kami semua bergegas keluar mendapatkan mereka. Aku lihat isteriku terbaring di tanah, segera aku dukung bawa masuk ke ruang sebuah bilik. Aku baringkan dia di atas katil.

"Kenapa dengan Nia?" tanyaku pada mereka.

"Tak tahu bang, kami semua sedang berjalan-jalan di kebun atuk, tiba-tiba Nia rebah, tu yang Nima jerit panggil abang Lana dan atuk" balas Nima.

Sambil tu atuk memeriksa keadaan Nia, isteriku. Atuk menjelaskan Nia telah tertelan buah beracun. Kerana sebelah bibir kirinya ada kelihatan kesan dia makan buah tersebut. Atuk kira Nia terleka kerana buah itu nampak semacam sedap di makan. Namun ia bukan untuk dimakan. Mereka yang lain semuanya kelihatan cemas. Aku menanyakan atuk apa yang harus dilakukan.

Atuk menjelaskan bahawa, Nia akan berada dalam koma dan rohnya akan keluar dan masuk tersesat ke alam mati. Hanya badan Nia sahaja nampak seperti hidup. Tetapi rohnya akan keluar tidak lama lagi.

Mendengar penjelasan atuk, sekelilingku nampak berpusing dan gelap. Dan aku tidak sedarkan apa-apa.


Part 27


Aku sedang berpelukan dengan sang isteriku. Kami berada di sebuah taman yang tak pernah aku temui. Suasana di situ sangat indah. Pokok yang sudah habis luruh dedaunnya. Kelihatan bunga berwarna putih dan merah jambu yang berguguran dihembus angin berterbangan.
Nampak bagai dunia ini hanya milik berdua. Sambil ku tatap wajah indah sang isteri. Senyumannya tidak pernah lekang dari bibirnya. Alunan rambutnya yang dihembus angin itu juga bagai waktu berjalan perlahan.

Perlahan si dia melepaskan pelukannya. Kalau tadi adalah senyuman. Wajah cerianya kini bertukar kesedihan. Pelukan sudah dilepaskan sepenuhnya. Dia terus berjalan mengundur di hadapanku. Biarpun aku tidak berniat melepaskannya, namun badanku seperti kaku tidak mampu berbuat apa-apa. Aku cuba menjerit memanggil namanya. Suaraku tidak terkeluar biarpun aku menjerit sekuat hati.

Dia semakin menjauh dan terus menjauh. Aku ingin bergerak mengejarnya. Tapi kakiku bagai diikat. Dia melambai-lambaiku sehingga dirinya tidak kelihatan lagi. Aku cuba menjerit sekuat hatiku memanggilnya dan meluahkan betapa aku menyintainya. Dan akhirnya aku terjaga dari pengsanku. Aku kembali ke dunia nyata. Aku sedar ia adalah mimpi.

Setelah itu, aku lihat semua yang lain semua mengerumuniku dan juga di sampingku jasad sang isteri yang masih terbujur kaku. Apakah yang harus aku lakukan tanpa si dia yang tidak pernah jemu bersamaku menempuhi segala hidup sebelum ini.

"Tuk, adakah cara ku mengambil kembali nyawanya tuk? Aku tidak bersedia menempuhi semua ini tuk" ujarku berserta airmata lelaki ku sudah mulai tumpah mengalir di pipiku. Ternyata juga situasi itu turut meruntun yang lain. Atuk masih diam membisu tidak memberi apa-apa jawapan soalanku.

Apa yang pasti si Lemar terus memegang tangan ibunya. Gadis bernama Avella berada di sampingnya. Aku masih tidak tahu apa harusku lakukan. Apakah ini perasaan yang tidak enak mengganggu perasaanku dan sang isteri sepanjang jalan ke sini. Impian belum sempat kami laksanakan. Impian mengembara bersama belum sempat bermula. Kenapa harus ini terjadi?


Part 28

Suasana sunyi sepi. Aku tidak ingin menjamah apa-apa malam itu. Aku hanya duduk terus di samping sang isteriku. Tubuhku terasa sangat lemah dan tiada semangat. Ikutkan rasa hatiku, ingin saja aku makan buah apa yang dimakannya. Biar aku turut menyertainya, namun aku sedar itu bukan penyelesaiannya.

"Lana, masih ada jalan untuk mengembalikan isterimu" ujar atuk yang menepuk-nepuk bahuku. Aku tidak pasti sama ada atuk sengaja memujukku atau ianya betul-betul.

"Apa benarkah tuk, saya sanggup melakukan apa saja demi mengembalikannya tuk" balasku dengan rasa penuh harapan.

"Tapi ia sangat berbahaya, mungkin juga kamu akan terus hilang tanpa ada roh" balas atuk.

"Aku tidak kira apa risikonya tuk, asalkan dia kembali tuk" balasku lagi. Bagiku hidup ini sudah tiada makna tanpa si dia. Aku sanggup apa jua syaratnya.

Atuk menjelaskan padaku apa yang aku perlu lakukan. Aku hanya punya tiga hari untuk melakukan segalanya. Aku sendiri perlu masuk ke alam mati dengan jasadku sendiri. Jika aku gagal keluar dari alam tersebut dalam masa tersebut aku akan terus menghilang bersama rohku sendiri. Namun, ia adalah suatu terlarang, kerana usaha tersebut adalah cubaan menentang takdir.

Atuk mengatakan dia pernah melakukan untuk mengembalikan nenek dulu. Tapi atuk tidak berjaya, kerana atuk kesuntukan masa dan hanya dapat kembali tanpa nenek. Biarpun nenek sudah ada di depannya masa tersebut.

Oleh kerana aku akan pergi bersama jasad dan roh ku sendiri, ia adalah suatu yang amat berbahaya. Aku tidak dibenarkan membawa benda yang terdiri dari logam. Aku hanya boleh membawa benda yang bersifat natural atau berkonsepkan alam semulajadi. Kerana ia akan memudahkan aku tertangkap oleh mahkluk penjaga di sana.

Atuk memberikan aku buku jurnal penulisannya sepanjang perjalanannya di sana dulu sebagai panduanku. Ketika menyerahkan jurnal tersebut, air mata atuk berlinangan. Aku tahu jurnal itu amat bermakna bagi atuk. Ia adalah kenangannnya.

Aku sememangnya tiada pilihan lain. Aku sanggup melakukannya. Andai aku menghilang sekalipun aku rela. Kerana hanya insan yang benar-benar aku cintai. Aku juga percaya dia juga amat mencintai aku sepenuhnya. Apa akan terjadi aku tidak perduli. Apakah misi ini akan berjaya? Itu belakang kira. Tanpa Nia hidupku tiada apa-apa.


Part 29

Semalaman atuk mencurahkan ilmunya padaku. Aku tekun mempelajari apa yang diturunkan atuk padaku. Aku fokus, semua yang dikatakan atuk aku catat. Tidak pernah aku bersungguh seperti ini berbanding di bangku sekolah dulu. Sungguh, rupanya aku adalah seorang yang jenis cepat menangkap apa yang diajar. Kalau begini tekunnya aku dulu, pasti aku dah kerja di sektor kerajaan. Tapi, itu semua sudah tidak penting, yang penting sekarang adalah insan yang kucintai. Aku lakukan semua ini adalah deminya.

Sekarang tinggal penyudahnya. Atuk mengatakan semuanya terserah pada nasibku. Itu sahaja yang mampu atuk lakukan. Aku tahu atuk lakukan itu kerana dia pernah melalui apa yang aku sedang lalui. Dia berempati denganku. Dia tahu betapa aku menyintai dan menyayangi isteriku.

"Lana, kena ingat pesan atuk, apa saja cubaan di sana kamu jangan leka, masa kamu tidak banyak" ucap atuk menasihatiku.

"Terima kasih tuk, atuk sudah banyak menolongku" balasku mengucap kepadanya sebagai tanda bersyukurnya aku.

"Lemar, kamu tolong jaga jasad ibumu, pastikan tiada yang mengapa-apakan ibumu nak" pesan ku pada Lemar.

"Baik yah, ayah jaga diri baik-baik" balas Lemar yang kulihat airmata lelakinya turut menuruni pipinya.

"Andai terjadi apa-apa pada ayah nanti, kuburkan ibumu dan sertakan nama ayah pada batu nisannya sekali" pesan ku pada Lemar sekali lagi. Aku sedar risikonya tinggi, sebarang kecuaian aku adalah manusia yang tidak pernah wujud.

"Cu, atuk akan wujudkan portalnya sekarang, ingat ini Lana, jasad kamu akan melemah semakin lama kamu di sana, jadi selesaikan ia secepat mungkin" ujar atuk. Aku tahu mereka semua risaukan keselamatanku.

"Jika aku tidak sempat kembali, mohon ampunkan segala salah silap ku tuk, maafkanlah kekurangan ayah dan ibu selama ni nak, tolong sampaikan pada Nara dan Nari yang ayah dan ibumu sangat menyayangi kamu semua" ucapku. Saat ini aku sendiri berdebar-debar dan berasa sebak. Tergetar-getar tangan dapat aku sendiri rasakan. Tapak tanganku juga turut perpeluh.

"Cu, pastikan hari ketiga kembali ke tempat yang sama di mana kamu keluar, kerana di situ juga portal keluarnya akan muncul, tapi portal itu hanya keluar seberapa detik sahaja, ia hanya sekali untuk setiap makhluk yang masih hidup, jika anda tidak sempat maka jasadmu akan melemah dan aku akan menjadi seperti debu" tegas atuk padaku.

Atuk membaca mantranya. cahaya kebiruan mula timbul di hadapanku. Ia seperti suatu pusaran angin dan air. Aku dengan penuh debaran masuk melalui portal itu. Setelah masuk, aku melihat portal itu menghilang sekelip mata. Apakah yang aku lakukan ini? Dalam pikiranku hanya isteriku. Aku ingat pesan atuk dan apa yang perluku lakukan. Mata aku melihat sekelilingku.


Part 30

Ingatlah, setiap detik itu amatlah bermakna pada setiap pasangan kita. Apabila pasangan kita telah pergi, kita hanya mampu merenung mengimbau kembali setiap kenangan bersamanya. Kita hanya mampu mengingati senyumannya. Itupun jika kita mampu memiliki memori yang kuat. Makanya, hargailah setiap detik bersamanya. Senyumlah untuknya, sayangi dia seadanya, peganglah tangannya dan buatkan dia rasa bahagia bersama kita.

Aku terus memandang sekelilingku dan aku cuba ingatkan persekitarannya. Aku mengeluarkan benih kekacang dari beg yang ku galas. Aku taburkan secara kelompok di suatu tempat. Itu pesan atuk padaku. Aku perlu menabur benih kekacang sepanjang jalan yang aku lalui terutamanya di persimpangan. Dengan itu aku tidak akan tersesat di sana. Kenapa kacang hijau? Benih inilah yang paling cepat tumbuh. Kalau tak tumbuh? Mampuslah aku.

Perjalanan ku mulai. Aku mencari jalan denai. Namun, begitu aku berhati-hati juga. Kerana atuk berpesan padaku, di sana roh-roh hanya ditempatkan sementara. Jika ia roh jahat ia mampu mengodaku dan membuang masaku. Mereka akan ditempatkan di penempatan sementara sebelum mereka menuju perjalanan abadi iaitu sama ada di syurga atau neraka.

 Apapun aku perlu segera menjalankan misiku. Semakin lama di sini semakin lemah jasadku.
Sepanjang perjalanan itu, persekitaran yang aku nampak sangat indah. Jika pohon buluh, semuanya buluh. Jika pokok bunga, bunganya juga sama. Di hujung jalan aku nampak sebuah jambatan. Aku segerakan langkahku. Aku ingat pesan atuk, aku perlu berkata dengan jujur dengan penjaga yang ada selepas jambatan itu.

Jambatan yang dipenuhi kabus itu sangat panjang. Ia kelihatan sangat panjang dan diperbuat dari kayu kayan yang dibaluti oleh akar pokok yang melilitnya. Aku tidak berani melihat apa yang ada di bawah jambatan tersebut. Aku terus melangkah. Sehinggalah aku sampai di hujungnya.

Apakah tiada orang lain yang wujud di sini? Tiada berjumpa pun dengan mana-mana roh pun. Aku sudah berada depan pondok yang pernah diceritakan atuk padaku. Aku berdebar-debar lagi. Macam rupanya penjaga pondok itu. Garang ke? Kerana pernah dengar mitos tentangnya. Sekali dia bacakan jurusnya roh itu boleh hancur terus. Itu kalau rohnya berdosa la. Ish seram juga. Apapun demi Nia, aku kena hadapi juga.

Aku melihat kelibat seseorang keluar dari pintu pondok itu. Dia memandangku dengan cara pandangan semacam. Alamak! Aku semakin berdebar-debar pula. Jangan pula aku terus gagal sebelum misiku ku selesai. Dengar cerita mitos, dia ini boleh menjelma macam-macam. Harap dia tidak menjelma dalam rupa yang menakutkan la. Naya aku. Dia semakin dekat.


Part 31

Sekitar pondok memang kelihatan sangat cantik dan kemas tersusunnya pelbagai bunga. Apa mungkin penjaganya adalah seorang perempuan? Biasanya orang perempuan je yang minat bungaan ini. Arhhh tak kesah la sapa orangnya, janji misi aku selesai segera.

Kelihatan kelibat seseorang datang ke arahku. Aku hanya berdiri tegak menunggu. Dia semakin dekat dan terus mendekat. Hurmm harum semerbak, minyak wangi apa dia pakai. Wahhh sedap baunya. Aku hanya memandang ke bawah tidak berani untuk bertentangan mata, aku perlu dengar suaranya dulu. Masih takut juga aku dengan mitos yang pernah aku dengar.

"Siapa awak ni, kenapa awak di sini?" kedengaran suara yang sangat lembut menyapaku. Perlahan aku mengangkat kepala ku untuk memandang siapa orangnya. Wahhh, cantik orangnya. Ingatkan mengerunkan rupa dia ni tadi. Fuhh lega.

"Err....awak ke penjaga di sini?" tanyaku spontan.

"Bukan, saya cuma pembantunya, Puan Butbut" balas perempuan itu dengan lembut. Maknanya aku belum berjumpa lagi dengan Tuan penjaga pondok yang sebenarnya.

"Habis! awak ni siapa sebenarnya?" tanya ku lagi.

"Kan dah bagi tahu tadi, saya pembantunya Puan Butbut" balas perempuan itu lagi sambil tertawakan aku. Nampak sangat aku ni pelupa juga. Adeh.

"Oh ya, camna saya nak panggil nama awak?" tanya ku lagi. iyalah kan, senang nak bercakap nanti dan kena beradab juga la.

"Saya pun tidak tahu siapa nama saya sendiri, kata puan saya adalah roh yang sesat di sini, oleh itu sementara dia jadikan aku pembantunya" balasnya lagi. Alamak, macam ni pun ada juga ka?

"Habis tu mana Puan Butbut?" aku bertanya lagi. Aku sebolehnya ingin segera. Aku perlu berjumpa tuan pondok yang sebenarnya sesegera yang boleh.

"Awak tersesat juga ke?" dia pula bertanya padaku. Dia memberiku senyuman yang manis. Main goda-goda pula dia ni. Aku akui dia cantik dan lemah lembut. Tapi dalam hatiku tetap isteriku jua.

"Bolehkah awak bawa saya berjumpa Puan Butbut" balasku tanpa menjawab pertanyaannya.

"Awak, awak sebenarnya boleh jer tinggal di sini, kita boleh berkawan, di sini kita boleh buat apa yang kita suka tau! memancing, jalan-jalan tanpa fikirkan sebarang masalah" ujarnya lagi.
Berdebar juga dibuatnya. Dia melirikkan senyumannya lagi. 

Dia tiba-tiba berjalan lebih mendekati ku. Dia seperti mahu meletakkan kedua tangannya di bahuku. Apa lagi aku elak la. Nyaris terjatuh juga dia, nasib baik aku sempat mengapai tangannya. Dia terus melirik padaku dengan senyumannya.

"Awek cantik manis, kalau awak nak goda saya, itu tidak akan berjaya, saya ke sini mencari roh isteri yang saya sangat cintai, dan maaf saya tidak akan pernah mengkhianatinya" balasku kerana geram dengan perangai mengoda perempuan tu.

Dia memandangku dengan muka selamba dan terus tersenyum. Muka itu terus berubah semakin tua dan akhirnya kelihatan seperti seorang nenek yang sudah tua. Terbeliak mataku melihat perubahan itu. Tapi tak la heran sangat, sebabnya aku tahu ini bukan di alam yang biasa-biasa. Apa saja boleh jadi.

"Akulah Puan Butbut, boleh tahan juga awak menahan godaan ya, tahniah" ujar perempuan tua itu. Akhirnya dia menunjukkan dirinya yang sebenar.


Part 32

Akhirnya aku berjumpa dengan Puan Butbut sendiri. Macam tak percaya la pulak. Pelbagai mitos yang pernah ku dengar dari mulut ke mulut suatu ketika dahulu. Ada yang menyeramkan ada yang menyeronokkan. Aku tidak tahu pula, apakah nasib ku sendiri pula. Aku sanggup mengambil risiko demi Nia tercinta.

"Kamu ni masih lagi manusia hidup, kenapa kamu datang ke sini?" tanya Puan Butbut padaku.

Aku pun menceritakan padanya apa yang berlaku dan bercakap terus terang padanya. Dia tersenyum dan mengangguk-anggukkan kepalanya.

"Adakah kamu tahu jika kamu gagal keluar dari sini dalam tiga hari, jasad dan roh kamu akan menghilang seperti debu?" tanya dia padaku. Aku hanya mengangguk tanda faham.

"Adakah kamu juga tahu, jika kamu berjumpa dengan roh isterimu, bahawa dia tidak akan mengenalimu?" tanya dia lagi. Kali ini aku terdiam. Atuk tidak menceritakan padaku tentang ini. Aku tidak pasti samada atuk terlupa atau sengaja. Tidak mungkin atuk sengaja. Kalau tidak, sudah pasti dia tidak menolongku sampai ke tahap ini.

"Kumohon Puan, bagaimana untuk dia mengenaliku semula dan kembali bersamaku?" pintaku seikhlasnya. Mengharapkan dia dapat membantuku.

"Aku boleh saja membantu dengan apa yang aku mampu, selebihnya terserah dengan nasibmu" balasnya. Jawapannya memang melegakanku. Tapi aku tetap waspada kerana kutahu tiada apa yang boleh didapati dengan mudah.

"Terima kasih Puan, makanya apa yang perlu aku lakukan untuk itu semua" tanyaku segera pada matlamatku. Aku tidak mahu melengahkan masa yang ada.

Dia mengeluarkan sesuatu yang ada di poketnya dan menyerahkannya kepadaku.
"Bila kamu berjumpa roh isterimu, berilah dia minum air dalam botol ini, nescaya dia akan ingat kembali siapa kamu, namun kamu perlu berdepan dengan tiga orang ini, mereka adalah dewa yang perlu kamu hadapi dengan kekuatan hati bukannya kekuatan tenagamu" ujarnya padaku. Aku mengangguk tanda faham.

"Terima kasih puan, saya tidak tahu bagaimana membalas budi puan" ucapku bersyukur dengan bantuannya.

Dia menceritakan jalan yang perlu aku tujui. Dan apa yang perlu aku lakukan. Aku hanya berdiam hanya mendengar apa yang dia perkatakan. Selesai, aku mengucapkan lagi terima kasih padanya dan aku meneruskan perjalananku. Aku tidak boleh melengahkan waktu. Aku tidak boleh leka dan selesa. Aku perlu segera.

Dalam perjalanan itu, aku sekali lagi melihat jurnal atuk. Ala, ada atuk menulis tentang ingatan nenek padanya. Akulah yang bodoh, kenapa tidak membaca. Cuma atuk tak cerita tentang jelmaan Puan Butbut. Mungkin lain orang lain situasi jelmaannya kali. Atau atuk saja mengenakan aku. Aku setia dengan Nia la. Nasib baik juga aku tak tergoda dengan jelmaan perempuan cantik tu tadi. Kalau tak, tak tahu apa akan jadi pula.

Aku terus melangkahkan kakiku. Benih kekacang terus ku tabur sedikit demi sedikit sepanjang jalan itu. Sampai di suatu tempat, aku lihat macam ada istana yang berkilau-kilau menyilaukan anak mataku. Aku cuba menghampiri istana tersebut.


Part 33

Aku terus menghampiri istana yang berkilauan tersebut. Aku tercari-cari pintu pagar utama. Setelah beberapa ketika aku berulang-alik di kawasan tersebut barulah anak mataku menyesuaikan diri dengan persekitaran yang kelihatan amat terang. Barulah aku menjumpai pintu pagar utamanya. Makanya tidak kulengahkan masa yang ada. Aku terus bergegas merapati pintu pagar utama tersebut.

Sesampai di pintu pagar tersebut, belum sempat aku berkata apa-apa, pintu pagar itu terbuka dengan sendirinya. Aku melangkah perlahan dan berhati-hati. Tidak lama kemudian, aku dengar suara dari kawasan bahagian dalam istana tersebut mempersilakan aku masuk. Aku tidak teragak-agak, langkah yang berhati-hati tadi bertukar menjadi langkah yang lebih meyakinkan. Arrhhh, tidak perdulilah, apa nak jadi-jadilah, itulah yang ada dalam fikiranku.

Sepanjang masuk ke kawasan tersebut, aku perlu melimpasi taman sebelum sampai ke pintu utama istana tersebut. Kulihat, pasu bunga dan hiasan di taman tersebut dipenuhi batu permata dan kilauan objek yang pelik-pelik menyilaukan kekuningan. Apa mungkin semuanya emas?

Sesampai di pintunya pula, sempat juga aku melihat daun pintu dan sekelilingnya adalah emas dan dicacah dihiasi dengan batu permata yang sangat berharga. Tapi aku tidak heran dengan semua itu, kerana aku tahu aku bukan berada di alam biasa-biasa.

"Lana, selamat datang, pastinya hajat kamu kemari sangat besar" kedengaran suara seorang lelaki yang nampak boroi menyapaku di depan pintunya.

"Aku sendiri tidak tahu kenapa aku perlu ke sini, aku hanya mengikut arahan Puan Butbut" balasku tidak berselindung dari sebarang niatku.

"Apakah Puan Butbut tidak menyatakan kepadamu, akulah dewa segala kekayaan?" balas lelaki boroi tersebut yang dibadannya dihiasi barangan kemas. Aku menggelarnya lelaki boroi kerana bentuk badannya memang boroi pun.

"Dia hanya memberi arah laluan untuk ke sini sahaja, katanya engkau adalah orang yang akan membantuku" ucapku padanya.

Dia bertanyakan aku mengapa aku berada di alam ini. Aku menceritakan padanya secara jujur dan berterus-terang. Kerana aku tahu aku tiada masa untuk berdolak dalih melengahkan masa yang aku ada.

"Lana, jika kau cuba terus mencari isterimu, engkau berkemungkinan tidak akan menjumpainya dan besar kemungkinan juga kamu akan gagal membawanya kembali, maka aku menawarkan kekayaan padamu untuk engkau meneruskan kehidupan baru di dunia nanti" ucapnya padaku.

"Kehidupan itu nanti tidak akan bermakna lagi tanpa isteriku, kerana dialah kehidupan bagiku, tujuanku hanya satu memohon petunjuk dari kamu untuk aku bertemu dengan roh isteriku" balasku. Berterus terang menolak cadangannya. Bukan aku angkuh tidak sukakan harta, namun bagiku isteriku adalah segalanya, dialah permata hatiku.

"Adakah kau tahu, apakah terjadi jika engkau tidak keluar dari alam ini dalam masa tiga hari?" tanya lelaki itu lagi.

"Aku mengerti aku akan menghilang selamanya" balasku.

"Bukan itu sahaja wahai anak muda, engkau akan menjadi penghuni neraka, kamu akan menjadi pengawal di neraka dan wajah mu akan menyerupai syaitan, makanya lebih baik kamu menerima tawaranku" pujuk lelaki boroi itu lagi. Penjelasannya menyebabkan aku terkesima dan menelan liur basiku sendiri. Dan aku terdiam sejenak.

"Engkau juga tidak akan pernah bertemu isterimu setelah itu, jika engkau memilih tawaranku, sekurang-kurangnya apabila kau meninggal nanti kamu masih berpeluang bertemu dengannya" ujar lelaki itu lagi.

Aku semakin dihimpit dilema. Apakah aku perlu bersabar menunggu mati untuk bertemu sang isteri. Atau patutkah aku mengambil risiko untuk meneruskan misiku? Aduh, apa harus aku lakukan ini. Bahagian ini, atuk tak tulispun dalam jurnalnya. Atukkkk, tolong tukkkk bisik mindaku.


Part 34

Jika aku meneruskan misiku, jika aku berjaya aku bahagia. Tetapi jika aku gagal? Niaaa, apakah yang perlu aku lakukan sekarang? Lana benar-benar merindui Nia, isteriku sayang. Engkaulah segalanya bagiku. Hanya engkaulah yang aku benar-benar cintai. Lana rindu Nia. Sangat rindu. Lana buntu. Lana dilema. Apakah aku harus pertaruhkan segalanya demi Nia?
Aku terbayangkan diri kembali ke dunia tanpa Nia isteriku. Aku akan kesepian. Aku akan jadi atuk, menunggu saat kembali ke sisi nenek. Laluan kisah hidup atuk dan aku sama. Apakah ini sudah ditakdirkan? Bahawa kisah aku dan atuk serta nenek bunianku melalui alkisah yang penghujungnya sama? Haruskah aku menerima tawaran si boroi ini? Dan meneruskan sisa hidupku tanpa Nia?

"Tidak tuan, aku tetap dengan misiku, aku akan berusaha bertemu dengan isteriku, biarpun aku menghilang dan jadi pengawal neraka, aku tetap akan mencuba demi Nia yang aku cintai" balasku.

"Sudahkah engkau memutuskan keputusanmu wahai anak muda?" tanya si lelaki boroi itu sambil mentertawakan aku.

Aku sedar, misiku bukanlah suatu yang mudah. Aku memilih takdir yang berbeza berbanding atuk. Aku rela kehilangan segalanya demi Nia. Aku tidak akan undur diri lagi. Aku tahu ini bukan percobaan, ini adalah takdir yang aku perlu tempuhi dan hadapi.

"Ya tuan, aku tetap dengan pendirian ku" balasku. Dalam mindaku hanya terbayangkan wajah sang isteri yang amat kucintai.

"Baiklah anak muda, itu adalah hakmu, aku menghormati pilihanmu, malah aku kagum dengan semangatmu yang tidak memilih harta kekayaan demi orang tercinta, kau telah melepasi ujian dariku Lana, maka segeralah bertemu isterimu, semoga berjaya anak muda" ucapnya. Dan dia seperti Puan Butbut hanya memberikan aku arah yang harus aku tujui.

Aku mengucapkan terima kasih kepada si Boroi dan dia memberikan aku sebutir cincin emas. Sungguh aku bukan tidak menghargai cincin tersebut, namun Nia mendahului segalanya dalam mindaku.

Aku meneruskan langkah kakiku menujui destinasi seterusnya. Langkah kakiku segerakan. Sesampainya di suatu kawasan aku cuba berehat seketika dan menjamah sedikit bekalan yang kubawa. Aku duduk menyandar di sebatang pohon yang agak rendang. Baru saja aku nak bangkit bangun untuk meneruskan perjalananku, tiba-tiba kepalaku diketuk dengan sesuatu. Dan aku tidak sedarkan diri.


Part 35

Pengelihatan aku semuanya gelap. Aku tidak nampak apa-apa. Apakah sebenarnya sedang berlaku padaku? Adakah aku buta? Di sekitar aku dapat dengar suara riuh rendah sedang bersembang. Di manakah aku sedang berada?

Tiba-tiba pandangan mata aku menjadi silau seperti ada sesuatu yang diambil dari kepalaku. Aku terpaksa menyepetkan mata untuk mengurangkan cahaya masuk ke anak mataku. Perlahan-lahan penglihatanku kembali pulih. Aku melihat sekelilingku, kelihatan seperti arena perlawanan atau suatu gelanggang.

Sekarang di hadapanku kelihatan seorang lelaki berdiri tegap dan badannya berketul-ketul tidak berbaju hanya mengenakan celana memandangku dengan wajah yang garang. Dan di belakangnya ada beberapa lelaki yang gagah perkasa hanya bercelana sepertinya. Aku pula masih lagi pening-pening seperti orang baru terjaga dari lena secara mengejut.

"Apa hajat kau datang kemari ke alam tengah ini?" tanya lelaki tersebut padaku setelah melihat aku memandang ke arahnya.

"Aku ke sini untuk mengambil kembali roh isteriku" ujarku tanpa ragu-ragu.

"Apakah kamu tahu manusia akan jadi apa kalau masuk ke tempat ini?" tanya dia lagi. Dengan suara yang keras.

"Itu aku tidak tahu, misi aku hanya mengembalikan roh isteriku" jawabku.

"Di sini hanya pemenang sahaja layak meneruskan perjalanannya" ujarnya lagi. Alamak, apakah aku diajak bergaduh pula? Mampus la kali ini, aku ni mana reti nak berlawan, dah mereka semua ni berketul-ketul badannya.

"Tak bolehkah tuan melepaskan aku pergi begitu sahaja, aku datang bukan nak cari pasal dengan sapa-sapa..." belum sempat aku menamatkan dialogku, dia menghayunkan penenendangnya pada mukaku. Aku jatuh tersungkur. Sakit ya amat bang oi.

"Kau pilih lawan kau sendiri, jika kau menang, kau boleh pergi" ujarnya dengan muka bengis.
Aduh, nampak gayanya aku akan hancur dengan mereka ni. Macam mana aku nak selamatkan Niaku? Mana mungkin aku akan menang dengan abang-abang sado semua ni. Rasanya atuk kalah di sini juga kot.

"Wei anak jantan, bangun dan pilih lawan mu, kalau kau menang kau kuberikan rantai keabadian dan barulah kau boleh teruskan perjalanan kau" ujarnya lagi.

Hendak bangun pun payah, kesan dek penendangnya tadi. Dapatku rasakan lagi pipiku lebam. Aku kuatkan semangatku, demi Nia aku sahut juga cabaran kerana tiada pilihan. Memang aku anak jantan, tapi lawan semuanya nampak jauh lagi hebat
dari aku. Aku perhatikan sorang-sorang lawan ku. Semua nampak kuat-kuat belaka. Aku pejamkan mata dan aku tunjuk tanpa memilih.

"Ha, macam tu baru anak jantan, Chillis dia dah pilih kau, masuk gelanggang dan tunjukkan pada dia jalan pulang ke dunia dan jangan buang masa kat sini" ujar lelaki itu lagi.

Apalagi, aku pun bersiap sedia untuk bertarung. Aku lihat lelaki yang digelar Chillis itu menerpaku dan memutarkan badan dan kakinya. Sekali lagi aku tidak sempat berbuat apa-apa, aku kena 'flying kick' da. Tersungkur lagi aku jadinya. Sakit wei, ini betul sakit.
Namun, aku kuatkan semangat, demi Nia aku kembali berdiri. Dia terus membelasahku. Teruk aku dibelasah. Dia menghayun sekuat tenaganya membantai aku. Aku sakit seluruh badan. Tapi aku tetap bangkit. Aku cuba lawan, namun aku tidak mampu menyentuhnya. Ternyata aku bukan tandingan baginya. Aku cuba pelbagai helah, buat muka kasihan pun tidak menjadi.

Nafas aku pun dah tak tentu. Aku tidak tahu berapa kali aku cuba bangun dan rebah. Tapi, aku tidak mahu menyerah dan mengalah secara sia-sia. Aku sekilaspun tidak mampu melawan atau menepis serangan bertubi-tubi. Apa yang mampu aku buat, hanya cuba terus cuba untuk berdiri. Dia terus membelasah aku semahunya.

Pertarungan tanpa balas itu berlangsung agak lama. Dapat ku rasakan badanku lebam sana sini. Pandangan mataku juga semakin kabur kerana lebam bahagian mataku. Aku terus cuba berdiri tegak. Aku terus dilanyak Chillis tanpa belas kasihan. Di mataku hanya mampu terbayang wajah isteriku.

"Maafkan aku Nia, Lana sudah mencuba segala untuk Nia" bisikku dalam hatiku yang sudah pasrah memikirkan aku pasti akan tewas dalam pertarungan ini.


Part 36

Rasa sakit di muka dan di badan ku seperti sudah kebas. Minda aku tidak berada di arena tersebut. Aku hanya membiarkan badanku terus dibantai terus menerus. Pikiran ku melayang cuba mengembalikan semua ingatan yang indah bersama sang isteri. Tidak berasa air mataku mengalir membasahi pipiku, kerana aku sedar aku akan terpaksa melepaskan Nia kekasihku.

Aku terus cuba bangkit berdiri namun kakiku kali ini agak terketar-ketar. Aku tidak tahu sejauh mana lagi aku mampu bertahan dari asakan bertubi-tubi dari Chillis. Dengan pengelihatan kabur ku itu. Aku mendengar Chillis mengatakan sesuatu.

"Tuan, aku mengalah dari terus membelasah orang ini, aku tidak mampu melawan semangatnya" itulah ucapan Chillis yang aku dengar.

"Maka, dengan ini kemenangan ini berpihak kepada kamu Lana, dengan ini juga aku menganugerahkan kamu dengan rantai keabadian" ucap sang ketua.

Sang ketua mengalungkanku dengan rantai tersebut. Sejurus selepas itu, badanku seperti kembali seperti sebelum bertarung tadi. Badanku kembali cergas. Apakah kerana kuasa yang ada pada kalung tersebut? Aku sendiri tidak pasti.

"Oleh kerana, semangat yang kamu tunjukkan sangat tinggi, biarpun sedar diri kamu akan tewas, namun kamu tetap berdiri menunjukkan semangat juang yang hebat, maka kami melepaskan kau untuk meneruskan perjalanan" ucap sang ketua.

Aku menang ke? Aku sendiri macam tidak percaya Chillis menyerah kalah dengan semangatku. Akhirnya aku mengucapkan terima kasih kepada sang ketua kerana melepaskan aku pergi.

"Apa kamu tunggu lagi, masa kamu sudah semakin tamat, atau kamu masih mahu dibelasah di sini?" ujar sang ketua dengan nada yang keras. Apa lagi, aku pun segera meninggalkan arena tersebut.

Perjalananku teruskan. Aku girang dengan kejayaan yang tidak terduga sebentar tadi. Aku tidak terfikirpun dan masih tertanya-tanya bagaimana aku boleh melepasi halangan tersebut. Apakah aku ditakdirkan untuk menang? Sudahlah, jangan terlalu yakin, misi kau belum selesai Lana bisik minda bijak ku.

Apa pula yang akan aku lalui selepas ini? Beberapa ujian aku telah tempuhi. Apa pula kali ini? Hurmm... Biasanya semakin ke hujungnya semakin sukar la jawabnya. Apapun demi Nia aku sanggup hadapi semuanya.


Part 37

Aku tidak lupa untuk menabur benih kacang yang atuk bekalkan padaku. Dalam hati ku tertanya-tanya juga, adakah atuk juga melalui apa yang aku lalui ini. Apakah takdir kami tetap sama kembali tanpa pasangan masing-masing? Takdir atuk takdir atuk la, mana mungkin dua insan mempunyai garis nasib yang sama.

Aku menarik nafas lega. Aku dapat meneruskan perjalanan. Biarpun begitu, aku masih belum boleh berpuas hati kerana misi aku masih belum selesai. Kaki ku terus melangkah laju. Aku terus berjalan mengikut arah yang dimaklumkan oleh sang ketua sebentar tadi.

Setelah beberapa ketika, aku akhirnya melihat sebuah rumah putih yang aku sendiri tidak pasti ia dibina dari binaan apa. Aku menghampiri rumah tersebut. Di sana aku di sambut baik oleh beberapa orang gadis berjubah putih. Tidak seperti di arena tadi, layan di sini lebih lembut dan ramah. Aku dijemput ke sebuah ruangan dalam rumah putih tersebut.

Di dalam hati tertanya-tanya apa pula kali ini? Aku dipelawa duduk di sebuah kerusi dan meja yang ada makanan seperti buah-buahan yang nampak enak-enak. Tapi aku tidak berani menyentuh apa-apapun. Aku menunggu beberapa ketika.

Tidak lama ada seorang lelaki tua berjubah putih, bersama tongkat kayu berwarna putihnya menghampiri aku. Orang tua berambut dan berjambang putih itu menyapaku.

"Pasti anak Lana ini sudah kepenatan sebelum sampai ke sini" ujar lelaki tua tersebut.

" Iya pakcik" jawabku ringkas. Aku tidak tahu bagaimana harus aku memanggil namanya. Mahu bertanya takut tidak sopan pula.

"Anak Lana pasti juga tertanya-tanya, apa lagi ujian yang harus anak tempuhi lagi kan?" tanya lelaki tua tersebut. Dah tahu apa yang di mindaku, dia boleh pula buat tanya-tanya bisik mindaku.

Serentak dengan itu, orang tua itu tersenyum dan ketawa. Apa pula yang lucu? Dia baca minda aku ke? Alamak macam ni aku kena jaga kelancangan mindaku.

"Atuk kamu pernah sampai ke peringkat ini, tetapi atuk kamu adalah seorang bijak memilih keputusan" ujarnya lagi. Biar betul atuk melepasi geng sado tadi ke? Kalau nampak rupa atuk tak mungkin juga atuk menang dengan mereka.

"Ya, atuk kamu persis seperti kamu, dia berjaya bertahan sehingga lawannya penat mengerjakannya dan akhirnya menyerahkan kemenangan kepada atukmu" tambah lelaki berjubah putih itu sememangnya membaca fikiranku.

Kalau macam tu, kenapa atuk tidak membawa nenek kembali bersamanya? Apakah atuk melepasi semua peringkat yang diujikan padanya? Atuk ni pun pelik juga la. Arhhh apa yang penting sekarang ini adalah Niaku. Dia adalah kenapa aku di sini.


Part 38

Lelaki tua itu hanya tersenyum memandangku. Aku pula seperti rusa masuk kampung. Dia menawarkan aku makanan yang ada dihidang di depanku. Aku pula sibuk melihat di sekelilingku memikirkan apakah ujian yang bakal aku tempuhi pula.

"Makanlah, apa yang dihidangkan, tiada racun dan tiada sulap di depan kamu, kamu perlu makan juga untuk kembalikan tenaga kamu nanti untuk berangkat pulang" ujarnya memujukku makan. Pasti ke makan benda kat sini tiada apa-apa? Aku musykil dengan apa yang ada di depan mataku. Biarpun perut ini sebenarnya memang lapar.

"Iya nak, jangan risau, selamat semuanya untuk dimakan" ujarnya yang sentiasa membaca isi mindaku, seolah-olah aku tidak perlu bercakap dan hanya perlu menggunakan perbicaraan minda dengannya.

Setelah aku yakin, aku pun makan juga hidangan yang ada di depan mataku. Fuhhh, lega juga la terisi sikit perut ini. Tiada apa-apa juga yang pelik berlaku. Lega.

"Sekarang perut dah kenyang, tenaga pun kembali pulih" ujar lelaki tua tersebut.

"Terima kasih pakcik, sekarang ini apa yang perlu saya lakukan untuk mengembalikan roh isteriku pakcik?" tanyaku terus kepada niat sebenarku.

"Nampaknya anak ini sungguh-sungguh menyintai isteri anak ya?" tanya lelaki tua itu. Dah tahu dia tanya lagi. Aku bersusah payah datang ke sini adalah untuk Niaku. Lelaki tua itu tersenyum lagi. Rasanya dia mendengar mindaku. Adeh. Janggal pula, bukan tidak biasa bersembang secara telepati minda dengan isteriku sebenarnya.

"Sebelum itu, anak perlu memilih antara dua perkara ini terlebih dahulu sebagai ujian terakhir untuk Lana" ujar dia lagi. Dah agak mesti ada ujian lagi ni.

"Baiklah, pakcik akan beri pilihan, kejayaan anak adalah bergantung kepada dua pilihan ini sahaja" tambahnya lagi. Aku pula cuba meneka dalam minda. Ini mesti nak tanya aku samada pilih isteriku atau sesuatu ni.

"Pakcik akan anugerahkan kepada anak berdasarkan pilihan anak Lana ya, maka anak perlu bijak memilih satu saja" ujar dia lagi. Fuhhh, ini membuatkan hatiku semakin stress dan berdebar-debar.

"Iya pakcik saya akan cuba buat pilihan terbaik" balasku.

"Pilihan anak tidak boleh diubah jika anak sudah putuskan" ujarnya lagi. 

Adui, orang tua ni psiko juga. Saja nak bagi berdebar-debar pula. Lerr dia senyum lagi. kantoi lagi mindaku. Apakah pilihan yang akan diletakkan oleh orang tua ini? Apakah atuk memilih yang tepat atau bagaimana? Kekayaan atau Nia? kalau tanya macam ni senang la. Adui berdebar-debar la pula.


Part 39

Buat penat jer tunggu soalan pilihan ini. Dia suruh aku pilih je la nanti. Bukan susah pun. Sebenarnya jantungku berdenyut kencang menantikan pilihan yang bakal ditanya padaku. Aku tak boleh silap ni. Kalau tak perjalananku sepanjang ini akan jadi sia-sia.

"Sekarang Lana pilih mana satu yang pakcik akan anugerahkan pada Lana, Samada Kekuasaan atau kebijaksanaan?" soalan yang ditunggu-tunggu sudah terluar dari bibirnya.
Soalan nampak senang. Kalau aku pilih kekuasaan, aku punyai kuasa la kot? Kalau aku pilih kebijaksanaan, aku jadi orang cerdik pandai la, lebih kurang macam tu la kot?

"Iya benar nak, pilihlah dengan mengikut kehendak hati mu sendiri nak" tambahnya lagi.

"Bagi saya fikir lagi kejap pakcik" ujarku. Kekuasaan atau kebijaksanaan? Atuk rasanya pasti pilih kebijaksaan kot. Sebab tu atuk nampak bijak. Hurmmm... nak pilih mana?

"Masa anak semakin suntuk, jadi anak perlu buat pilihan terbaik" ujar dia lagi.

"Baik pakcik, saya memutuskan memilih isteri saya, saya tidak mahu kedua-dua pilihan itu, saya memilih Nia isteri saya, itu keputusan saya pakcik" jelasku terhadap pilihan diluar kotak.

"Anak telah membuat keputusan yang bijak, maka pakcik akan makbulkan permintaan anak" ujarnya pula.

Tidak lama kemudian aku melihat seorang perempuan berjubah putih dibawa ke arahku. Wajah yang aku amat kenali, wajah yang amat aku cintai. Dialah isteriku Nia. Tatkala itu, aku tidak dapat mengawal diriku dan bingkas bangun menerpa untuk memeluknya. Rambutnya aku usap-usap. Air mata gembiraku turut tersembur keluar. Namun, Nia tidak mengenaliku. Dia kelihatan terpinga-pinga dengan perbuatanku.

Aku mengambil botol ramuan yang diberikan oleh Puan Butbut padaku dan meminta dia meminumnya jika dia ingin mengenaliku. Nia meminum cairan dalam botol tersebut. Dia memandang tepat padaku. Air mukanya berseri-seri setelah dia kembali ingat siapa diriku.
"Lana, sayangku" ucapnya dan dia lantas memelukku kembali. Seperti lama tidak bertemu. Seperti sedang melepaskan segala kerinduannya padaku.

"Kamu berdua naiklah kuda putih ini, ia akan membawa kamu berdua ke portal keluar ke alam dunia yang akan dibukakan atukmu sekejap lagi" ujar lelaki tua tadi.
"Terima Kasih pakcik, kerana membenarkan aku membawa kembali isteriku" ucapku dengan penuh rasa terharu.

Aku dan isteri terus bertolak dengan kuda putih tersebut. Kami dibawa terbang oleh kuda putih tersebut yang mengeluarkan sayapnya. Ternyata legenda tentang pegasus ini adalah benar. Bagaikan suatu mimpi menunggang pegasus bersama sang isteri tercinta. Ia membawa kami ke destinasi. Aku mencari benih kekacang yang aku tanda, ternyata ia sudah tumbuh. Tinggal menunggu atuk membuka portal masuk ke dunia.


Part 40 (Akhir)

Beberapa ketika, cahaya kebiruan kelihatan berpusar di ruang udara. Roh sang isteriku ku berubah bertukar seakan bebola cahaya kekuningan. Ku genggam erat bebola cahaya tersebut dan ku bawa bersama masuk kembali ke alam dunia bunian. Dan kami kini telah berada di rumah atuk. Bebola yang kugenggam tadi melepaskan dirinya dan berlegar-legar di sekitar ruang rumah tersebut, dan akhirnya menempek pada dahi sang isteri yang terbujur kaku.

Dengan penuh debaran kami semua menyaksikan ia meresap dalam badan sang isteri. Tiba-tiba sang isteri menarik nafasnya dalam-dalam. Dia muntahkan cecair berwarna ungu. Dia meminta air kosong kerana rasa sedikit kehausan.

"Mengapa semua memandang Nia begitu? Nia bermimpi naik kuda terbang bersama sayang" ucap sang isteri. Kami semua yang ada di situ tersenyum mendengar ucapannya.

Aku tidak mampu berkata-kata. Aku bersyukur kerana berjaya membawa kembali sang isteri. Aku dan sang isteri ditinggalkan berdua. Mereka semua memberi ruang kepada kami berdua untuk bersama. Air mata kegembiraanku mengalir lagi.

"Kenapa sayang?" sang isteri berasa pelik melihatku menitiskan air mata gembira.

Aku memeluk isteriku serapat-rapatnya. Aku sangat gembira. Serasanya tiada yang lebih gembira dapat bersama kembali dengan insan tersayang.

"Sayang, sayang cintakan awak, rindu awak" ucapku sepenuh ikhlas hatiku.

"Kalau ye pun, jangan peluk ketat sangat, semput la sayang" ujar sang isteriku. Aku melonggarkan sedikit pelukanku.

"Sayang janji akan jaga awak sebaiknya, dan kita akan bersama selamanya" ucapku lagi.
Sang isteri memandang wajahku. Ditatapnya mataku dalam-dalam. Dia menghadiahkan ku senyuman kegemaranku. Owhh bahagianya.

Begitulah kisah isteriku siluman ular, yang akhirnya mereka kembali bahagia bersama selamanya. Walaupun kisah mereka tidak sehebat kisah cinta sejati mana-mana watak dalam kisah lain. Tetapi kisah mereka tetap mempunyai keunikan tersendiri.

Mereka melalui suatu kisah yang tidak mungkin pernah dilupakan. Mereka hidup bahagia dan meneruskan siri pengembaraan yang mereka telah janjikan.

Tamat...

Ditulis oleh: Justine Amping

Terima Kasih kerana sudi membaca...

Kisah ini adalah rekaan semata-mata,semua watak adalah rekaan dan tiada kena mengena dengan yang masih hidup dan telah meninggal dunia.

No comments:

Post a Comment