Ep1
Matahariku
Punca segala kehidupan di bumi adalah matahari. Tumbuhan hidup segar kerana adanya matahari yang menyinarinya. Begitulah juga kita mendapat bekalan oksigen dari segala tumbuhan.
Apakah yang akan berlaku jika matahari kita kehabisan tenaganya. Kiamat itulah yang pasti kita fikirkan. Lambat laun matahari akan padam jua. Namun, itu diramalkan akan berlaku ratusan ribuan tahun lagi. Ia akan berlaku setelah kita yang hidup zaman ini menjadi santapan tanah dan mungkin telah menjadi fosil.
Memikirkan hal sedemikian menjadikan kita mungkin tidak keruan andai ia berlaku pada zaman ini. Suatu yang amat sukar kita bayangkan.
Cukup melalui zaman dunia kini yang dilanda serangan tanpa rasis oleh virus yang entah dari mana datangnya. Apakah ia dicipta dengan sengaja ataupun tidak, tiada siapa yang mengetahuinya. Kedengaran melimpas di telinga hanyalah teori dan rumor yang mungkin tepat atau tidak.
Kesan virus pun sudah membawa perubahan kepada peradaban manusia zaman ini. Inikan pula jika melibatkan matahari punca segala kehidupan di muka bumi ini.
Implikasinya sangat besar, putaran bumi mungkin akan tersasar, bencana akan berlaku akibat perubahan iklim. Rasa habanya langsung lenyap, sehingga menurunnya suhu mendadak. Bekalan normal oksigen akan menyusut, kerana tiada proses fotosintesis.
Apakah kita bersedia menghadapinya? Bersama dengan ini kita akan bersama menyelami dalam dunia dua dimensi yang dilalui oleh insan yang melalui era padamnya matahariku.
Ep2
Matahariku
Aku adalah seorang guru Sains di sebuah sekolah yang terletak di kawasan bandar.Aku mengajar pelajar tingkatan 5. Baru saja dipostingkan 2 tahun lepas. Kira berat juga cabaranku, tahun ketiga jadi pendidik aku kena mengajar budak SPM. Tambahan lagi cabaran zaman Pandemik Covid-19.
Dalam dunia serba canggih sekarang, walaupun aku seorang guru namun pelajar-pelajarku tidak bergantung padaku tambahan mereka merasakan masing-masing memegang dunia. Lagi aku adalah kategori guru baru. Pengalaman pun tiada sangat. Di tangan mereka adalah telefon pintar, info dan maklumat viral mereka selalunya mendahului aku.
Namun, semangat baru sebagai pendidik ini tidak luntur dari dalam jiwaku. Maklumlah baru tahun ketiga. Semangat itu masih berkobar-kobar. Biarpun kelas PDPR yang aku buat hanya dihadiri lima hingga tujuh orang pelajar, aku tetap menyampaikan ilmu. Cabaran itu perluku terima.
Kebanyakan para pelajar lebih suka berguru dengan 'TiubAnda' dan 'CerminMata'. Bagi mereka info yang diperolehi lebih tepat dan padat.
Biarpun begitu, kebanyakan budak-budak ni bukan fokus kepada pelajaran. Mereka lebih menggunakan teknologi canggih ini lebih kepada permainan dan hiburan. Sayang kemudahan yang ada tidak dimanfaatkan untuk belajar.
Sepanjang musim Pandemik melanda ini, aku tidak berganjak selain menghadap laptop yang bersambung kepada WiFi. Aku sangat suka melayari benda berkaitan dengan ilmu falak, maklumla cikgu Sains. Mendalami melihat cakerawala dalam internet adalah rutinku.
Di sebelah flat tempat aku menyewa adalah keluarga salah seorang pelajar perempuan yang aku ajar. Aku tidak ambil peduli sangat dengannya. Lagipun aku nampak perangai budak tu macam sombong semacam. Walaupun aku ni adalah gurunya, dia buat tak kenalpun wahal duduk sejiran.
Apapun aku bersikap professional. Di sekolah aku akan mengajar seperti biasa. Mungkin juga kebanyakan pelajar ini menjadi bisu setelah begitu lama PDPR. Tamadun kemanusian sedikit berubah penangan gelombang Pandemik kot.
Ep3
Matahariku
Hari ini adalah hari selasa. Awal pagi telefon pintarku berdering membangun mata yang masih kelat. Apapun displin diri kena jaga. Bujang sekalipun perlu patuh kepada tuntutan kerja. Mandinya tak lagi. Basuh muka, berus gigi dan bancuh kopi. Tanganku mengapai telefon. Ku jenguk applikasi komunikasi di dalamnya. Macam biasa hambar.
Kutaip dalam group kelas, jangan lupa hari ini PDPR seperti biasa. Aku tidak hiraukan respon budak-budak tu. Aku buat kerja aku dah. Lantak koranglah nak belajar ke tidak. Masa depan sendiri. Sendiri mau ingat la. Aku ajar je sesiapa yang mahu belajar.
Sementara menunggu waktu kelas 9 pagi bermula, sambil layan kopi pra-campur 3 in 1 bersama biskut Marie, aku membuka 'TiubAnda'. Aku cari kata kunci 'NASA report today'. Dah seminggu aku tak layan benda ni. Mata aku terus menonton video yang ditayangkan, dalam tu ada notifikasi menyatakan video baru. Aku ni perangai tengok yang baru segera nak klik, nak tau juga apa yang disampaikan.
Biskut Marie yang baru nak kusuapkan ke mulut, terhenti di depan bibirku. Mataku terpaku pada tajuk video. 'Sun will shutdown, take care of yourseft'. Kenapa pula? Video tu diupload sekitar seminggu yang lepas. Aku terus telitikan videonya. Aku takla ambik serius sangat. Sebelum ni dah tengok pelbagai video yang kata dunia nak kiamat bagai. Datang Annunakilah, Dajjallah, Planet X lah, Nibirulah. Aku tak heran dah. Biasala geng 'TiubAndaber' ni nak buat pelaris tontonan video dorang jer.
Walaupun macam tu aku tonton juga. Macam bangang juga la. Kata tau dah benda tu semua hoax, tapi layan juga. Ala, manatau jadi apa-apa tau juga persediaan menghadapi nanti. Dorang ni kan suka juga bagi tips.
Aku sedikit terpengaruh juga dengan video tu, pasal cuaca sepanjang minggu ni macam pelik. Suhu agak sejuk, dan cuaca macam mendung. Apakah ini betul-betul atau, memang perubahan cuaca kot. Atau sebab Covid-19 ni? Mana tau iklim mula menyejuk akibat banyak kilang-kilang kat dunia ni tutup tak beroperasi. Kurangla pemanasan global dah kot.
Aku memandai jer dalam kepala otak. Kat luar cuaca memang macam mendung jer. Tapi tak nampak pulak nak hujan. Rasa sejuk semacam. Biasa suhu kat sini 27 darjah celsius jer pagi-pagi macam ni. Aku lihat kat telefonku, suhu jatuh hingga 25 darjah celsius. Demam per telefon ni. Ngarut jer la kot.
Otak bila dah sains sangat konon, apa saja dikaitkan. Apa mungkin benarkah apa yang dinyatakan video tersebut? Aku cuba cari video lain yang dikongsikan. Alamak, banyak juga video yang menyatakan benda yang hampir sama. Biar betul ni!
Ep4
Matahariku
Kelas tinggal setengah jam lagi akan berlangsung. Budak macam biasa lima orang selalunya secara purata. Mataku pulak masih terleka dengan video-video yang dikongsikan tersebut. Satu demi satu aku tonton. Ada juga yang aku skip. Kebanyakkannya menyatakan benda yang hampir serupa. Mereka mengatakan suhu di mana-mana menurun sebanyak 1-4 darjah celsius.
Aku pulak masih keliru dengan apa yang baru aku nampak. Takkan ia berlaku pada zaman ini. Aku pernah terbaca juga, memang kebanyakkan web menyatakan ia akan berlaku pada ratusan ribu tahun lagi. Jika mereka benar. Maka, aku perlu lakukan sesuatu.
Aku on awal kelas onlineku. Aku pesan dalam group seawalnya, untuk segera hadir. Mungkin aku sendiri sudah gila agaknya. Adakah aku tergesa-gesa memaklumkan kepada budak-budak kelas onlineku, tentang apa yang aku nampak? Jika benda itu benar-benar macamana? Ahli keluargaku macam mana? Patutkah aku memaklumkan semua ini. Pasti aku jadi bahan dan ditertawakan. Ah... lantakla dulu.
Aku cari web NASA. Apa yang dikemaskini di situ, sama seperti yang dikongsikan dalam video-video tadi. Dalam web NASA lebih jelas dan lebih teliti. Aku teruskan pembacaanku. NASA menjelaskan umat bumi punyai waktu kurang dari 24jam. Pihak mereka melaporkan, peralatan penghubung komunikasi akan terjejas. Satelit takkan berfungsi dalam 48jam kerana ia bergantung sepenuhnya kepada tenaga solar.
Bagi mana-mana negara yang menggunakan tenaga solar sebagai punca bekalan elektrik akan terjejas terlebih dahulu. Untung sedikit negaraku menggunakan punca elektrik menggunakan empangan. Sistem perbanan juga akan terganggu seluruh dunia. Sesiapa yang ada kesempatan dinasihatkan mengeluarkan semua duit menjadi 'cash money'. Sistem akan terganggu bila-bila masa. Pembayaran secara tunai akan lebih diutamakan.
Jangan berada dekat dengan sesiapa yang tidak dikenali. Seharusnya menjauh dari semua orang untuk keselamatan diri anda. Kekacauan pasti akan timbul. Kerana manusia akan terdesak untuk survive. Jika terpaksa keluar dari rumah bawalah keperluan asas yang perlu sahaja. Sediakan pakaian tebal. Sementara dalam keadaan darurat nanti, dinasihati juga supaya membawa bekalan makanan dalam tin.
Ini adalah perkara serius. Kita sudah menghampiri penghujung dunia. Tamadun manusia akan pupus juga. Peredaran bumi akan menjarak dari pusat solar, mungkin akan menjarak dengan pantas. Ini berlaku sebab ikatan pada graviti matahari sudah terputus. Jika ini berlaku, bencana dan perubahan iklim akan mendadak. Jika kita bernasib baik, pergerakan menjauh ini akan berlaku dengan lambam.
Begitulah, apa yang aku baca dari sesawang NASA. Kesimpulannya, apakah aku orang pertama mengetahui hal ini atau ada orang lain sudah mengetahuinya. Jika aku orang pertama, ia adalah kelebihan buatku. Jika sebaliknya, kekacauan pasti berlaku dengan lebih pantas.
Ep5
Matahariku
Rumah sewaku ini menggunakan penghawa dingin. Jadi pasti situasinya kedap dan bebas kebisingan dari luar. Kecuali musik yang dibuka sehabis kuat oleh tetanggaku. Budak tingkatan 5 itu jer yang selalu buka musiknya kuat-kuat. Lebih-lebih lagi bila orang tua nya turun bekerja.
Aku ingin tahu apa yang berlaku di luar. Aku buka pintu hadapan rumah. Berita baik, suasana senyap sunyi. Aku melangkah ke belakang untuk membuka pintu ke beranda luar. Berita buruk pula. Di ruang beranda itu dapat jelas nampak jalan raya sudah mula jam. Hon terpekik terlolong dah dari arah jalan raya. Alamak, bukan aku saja yang sudah mengetahui hal ini. Kelas online tidak aku hiraukan terus.
Aku mengambil dompet, kunci rumah dan kereta. Sambil menyalin baju dan seluar sukan, tergesa-gesa untuk turun ke bawah. Sebab aku tahu negaraku menggunakan empangan air untuk sistem elektriknya, maka aku masih berani menggunakan lift. Sampai di bawah, aku mencari bank terdekat. Mujur tidak ramai di situ. Aku mengeluarkan semua duit yang aku ada dalam bank. Sebenarnya aku bukanlah seorang penabung. Duit yang ada adalah saki baki gajiku.
Setelah itu aku kembali naik semula ke rumah sewaku untuk mengemas segala keperluan yang ku rasa perlu. Aku dengar budak jiran aku tu buka musik kuat-kuat. Erm lantak kau la. Eh, perlukan aku bantu budak yang tengelam dalam dunianya ini? Apapun aku terus mengemas baranganku dulu.
Aku simpan segala keperluanku dalam beg hiking . Destinasiku adalah menuju ke tempat yang jauh dari orang ramai, iaitu menuju ke kawasan tanah tinggi. Sempat lagi aku mendongak ke langit. Cuaca memang mendung tapi bukan petanda akan hadir hujannya.
Mengapa pulak aku merasa kasihan pada budak sebelah tu. Kalau aku ajak dia sekali nanti pastinya dia akan mengganggu pergerakanku. Kalau dibiarkan pula, pasti ibubapanya juga terkandas. Dia akan menghadapi semuanya sendirian. Perlukah aku mempunyai perikemanusian sekarang ini. Petanda semua sudah menunjukkan ciri-ciri yang dinyatakan benar, malah ia sudah disahkan oleh pihak NASA sendiri.
Musik dari rumah sebelah masih berdentam dentum. Kadang hari biasa memang aku bebal dengan bunyi dentam dentum tersebut. Tapi terkadang musiknya dapat menghiburkanku. Aku melangkah keluar dari rumahku dan menuju ke pintu rumah sebelah. Aku ketuk berkali-kali pintu rumah itu. Memang tiada balasan. Musik itu memekakkan telinganya agaknya.
Aku tiada jalan lain. Mahu tak mahu aku hubungi budak tu. Aku telefon dia berkali-kali. Tidak jawabnya. Mangkuk punya budak. Memang bengong betul. Aku tidak dapat menyalahkannya. Akhirnya aku meninggalkan mesej untuknya.
Ep6
Matahariku
Alamak lagi kuat musik dia buka. Kurang asam punya budak. Aku yang tiada pilihan terpaksa menggunakan mesej juga.
you: Wei buka pintu rumah awak ni, saya nak bagitau sesuatu.
Itulah teks yang ku hantar.
Kiera5C: sapa awak?
Dia boleh tanya sapa aku? Dia tak simpan nombor aku ke?
you: Saya cikgu rumah sebelah awak la.
Kiera5C: owh cikgu, ada pa gu?
you: Urgent ni, buka pintu tu dulu
Kiera5C: Mak bapak tiada kat rumah, takleh nak buka.
Aduhla budak ni. Di kala aku nak membantu kau sekali, banyak songeh la pula.
you: Cikgu serius ni. cgu takda masa ni. nak cepat.
Kiera5C: Ala cikgu mesej jela apa yang urgent sangat tu.
you: Dik, dunia ni nak kiamat. kau tengok kat luar tingkap tu. mendung dia pelik kan?
you: Cepatla.
Kiera5C: hari nak hujan mendung la gu.
Aduh, macamana aku nak jelaskan pada budak ni.
Aku cari links dan bagi kat dia video yang aku nampak dalam internet awal tadi.
you: wwhhttp;//######
you: kau buka dulu, tengok links yng cgu bagi
Kiera5C: Okey
you: Lepas tu ko cari web NASA. dapatkan info kat situ. perkara serius ni.
Lepas itu aku masuk semula ke dalam rumah. Aku sambung balik cari barang keperluanku. Kalau budak ni tak percaya kat aku, lantak kaulah. Asalkan aku dah cuba buat apa yang patut. Tidak lama kemudian, bunyi musik dari rumah sebelah tu senyap jer. Aku masih sibuk tercari-cari apa saja yang aku rasa mungkin perlu.
Tok! Tok! Tok!
Bunyi pintu rumah aku diketuk. Aku lihat dulu dari ruang lubang kecil berkaca tersebut untuk melihat siapa gerangan yang mengetuk. Takut juga, risau itu adalah orang yang tidak dikenali. Ala budak tu. Aku segera membuka pintunya.
"Cikgu, boleh saya masuk" ujarnya termengah-mengah.
Aku membuka pintu dan membiarkan dia masuk.
"Cikgu, saya baru dah telefon mak dan ayah....." katanya lagi.
"A a, apa yang jadi?" tanyaku.
"Ayah tidak dapat dihubungi, mak kata saya perlu pergi kat rumah cikgu" jelasnya.
Aku agak ibunya sudah tahu apa yang akan berlaku. Demi keselamatan anaknya, dia memberi aku tanggungjawab la tu. Takpela cari pahala sikit. Mati nanti, ada juga amal jariah last minit aku.
"Awak tahu tak apa yang sedang dan akan berlaku ni?" tanyaku serius padanya.
"Serius tak, mak desak saya jumpa cikgu dan mak kata apa yang cikgu kata tadi" jelasnya dia masih tidak paham dan terpaksa menghadap saya sebab desakan ibunya.
"Baiklah, cikgu tada masa untuk jelaskan, awak cari dan pek kerperluan awak sekarang, dalam kereta nanti cikgu jelaskan ya" jelasku padanya.
Dia cuma mengangguk dan segera balik semula ke rumahnya untuk melaksanakan apa yang aku arahkan tadi.
Ep7
Matahariku
Sementara menunggu budak itu berkemas, aku cuba menghubungi keluargaku. Tapi malangnya talian tidak dapat disambungkan. Nampak gaya, petanda ini semakin jelas. Ada sistem yang sudah mula terganggu. Apakah aku perlu menuju ke kampung halamanku yang jauhnya lebih 1000km? Atau aku mencari jalan menuju ke puncak Bukit seperti idea asal?
Kini aku cuma dapat berserah pada takdir. Bagaimanapun aku perlu memikirkan pilihan terbaik. Jika aku menuju ke kampung halaman, harapan bertemu sang keluarga itu ada. Tapi tiada kepastian yang pasti. Pilihan terbaik adalah pilihan pertama, kerana ia akan membawa aku ke tempat yang mungkin semua mempunyai pemikiran yang sama sepertiku. Maka, peluang untuk terus mandiri itu lebih baik.
Kedengaran bunyi ketukan pintu dan suara budak dari bilik sebelah sudah bersedia. Aku segera mendapatkannya.
"Kau nak angkut semua tu ke?" tanyaku melihat banyak barang yang dipunggahnya depan pintu itu.
"Semua tu nanti perlu" balasnya spontan.
Aih, budak ni biar betul. Barang yang nak dia bawa macam orang nak pindah rumah.
"Dik, kereta cikgu takkan muat dengan semua ni" ujarku.
"Tapi semua tu akan berguna gu" balasnya menunjukkan muka kesian.
"Kita bukannya nak pindah rumah atau apa, kita nak menuju ke tempat yang sekurang-kurangnya memberikan kita peluang untuk bertahan hidup" jelasku.
"Habis tu, macam mana gu?" tanya dia spontan.
"Kau bawa apa yang betul-betul kau perlukan sahaja, pilih benda yang majoritinya kecil-kecil sahaja" jelasku.
Dia mengangguk dengan muka monyoknya. Aku membantu dia memunggah semula ke dalam rumahnya barang-barang yang tidak perlu. Selesai, kami berdua membawa segala dan memunggahkannya dalam keretaku.
Keretaku nampak mewah, tapi aku mampu beli yang terpakai jer. Honda CRV. Itupun masih ok interiornya, cuma ada sudah rosak juga, maklumla kereta secondhand. Aish, termerapu pasal kereta pula. Aku bagi budak tu duduk kat belakang, aku sengaja letak barangku di tempat duduk depan. Harap dia paham. Aku taknak dia fikir aku ni berniat bukan-bukan pula nanti.
Ep8
Matahariku
Aku hidupkan enjin dan kami pun bertolak. Aku tak peduli dengan riaksi muka budak tu, yang pasti dia tidak puas hati mengapa dia kena duduk kat belakang. Aku dah tumpangkan dan selamatkan kau sekali tu dah syukur.
"Apa benda awak bawa?" tanyaku sambil tanganku mengawal stering kereta.
"Perlukah cikgu tahu?" balasnya agak dingin.
Eleh merajuk. Kau ingat kau sapa? Aku bukan mak ayah kau. Syukur dik oi.
"Apa kau ingat kita ni nak camping ke?" sentakku sengaja acah dengan egoisku.
Muka dia nampak serba salah. Aku rasa dia sedar diri kot.
"Macam yang cikgu arahkan la, selimut, baju tebal, telefon bimbit, ubat Gigi, semua makanan tin, pakaian 3 pasang, seluar dalam, baju.... " ujarnya terhenti kerana aku mencelah.
"Dah, tak payah nak senaraikan lagi" tegasku.
Aku tau dia sengaja menjelaskan berjela mengajukku. Hampeh. Aku ingat semua budak akan bersikap sopan santun depan cikgu mereka. Tapi budak ni pelik. Dia ikut suka perangai dia. Masalah ni nanti. Baik aku segera hantar dia pada mak ayah dia. Boleh kacau jiwa aku duduk dengan budak ni.
"Awak boleh tanya lokasi ibu awak sekarang tak?" aku berniat nak hantar dia segera pada ibunya.
"Jap, saya cuba kal ibu saya dulu" balasnya.
Dia terdiam seketika.
"Eh, telefon saya ada dalam beg kat belakang la gu, pinjam telefon cikgu boleh?" Ujarnya lagi.
Selambe derk, jer minta telefon aku. Ingat barang aku barang kau juga ke? Nak segera punya pasal mahu tak mahu aku bagi.
Dia segera mengapai telefon dari tangan ku. Dia dail nombor ibunya. Alamak Aku save nombor ibunya sebagai 'Ibu Kera Sombong'. Aku nak jelas camna nanti.
"Dapat kal tak" aku sengaja tanya sebab tak dengar dia bercakap pun dengan ibunya.
"Kenape erk, cikgu save nombor ibu saya macam tu?" tanya dia jelas mengesan nama tersebut.
"Dapat kal tak?" aku berkeras bertanya lagi.
Ep9
Matahariku
Alkisah 'Kera Sombong'. Nama budak tu Kiera. Semasa ibunya berikan nombor telefon dulu incase ada apa-apa kononnya aku boleh hubungi ibunya bila-bila ada kes emergency. Sebenarnya aku nak save namanya tetapi typo punya pasal jadilah 'Kera'. Aku biarkan saja malas nak atur balik.
Pasal sombongnya pula, ini kisah lain. Nak kata dia sombong sesangat tu, tidak la sesombong sangat. Cuma sikapnya yang acuh tak acuh tu yang aku bubuh nama tu. Lagi satu perangai dia dalam kelasnya nampak berlagak, dia semacam tidak berminat untuk belajar dalam kelas. Dia dan kawannya lebih percaya fakta yang diberikan oleh internet berbanding apa yang guru-gurunya sampaikan.
Pasal sikapnya, jika aku perhatikan ibunya nampak baik-baik saja dengannya. Ayahnya pula seperti jarang-jarang singgah di rumah itu. Selalunya budak Kiera ini bersendirian di rumah. Sebelum PKPB dulu, selalu juga nampak dia keluar dengan kawan-kawannya. Namun, itu bukan urusan aku untuk kepo pasal urusan keluarganya.
Keluargaku sendiri bermasalah. Adik beradiku, sebenarnya ramai. Aku adalah anak ke-5 dari 7 orang beradik. Aku selepas mula belajar dulu, terus memulakan hidup berdikariku. Kedua orang tuaku sudah meninggal. Itu juga faktorku tidak berminat untuk balik ke rumah pusaka tersebut.
Setelah abangku yang paling sulung meninggal, adik-beradik yang lain mula menunjukkan wajah sebenar mereka. Semua sibuk nak tuntut harta peninggalan orang tua. Semenjak itu, keluarga itu jadi kacau bilau. Aku pula membawa diri terus.
Ada tarikan balik kampung sebab kerinduan melihat suasana kampung dan bertemu dengan anak-anak buah yang rapat denganku. Selebihnya, aku tidak berminat lagi-lagi berkaitan dengan harta pusaka.
Adapun yang terbaik dulu adalah abang sulungku. Semasa hidupnya dulu tiada seorang pun kami beradik berani menentangnya. Pengorbanannya sehingga meninggalpun tidak berkahwin kerana menjaga adik-beradiknya. Setelah dia tiada, semua berubah.
Ep10
Matahariku
Keretaku bergerak perlahan.Kesesakan lalu lintas sudah mula sana sini. Bunyi bingit dengan hon pemandu kereta yang lain yang sudah mula tidak tahan menunggu lama kesesakan. Kesesakan ini adalah suatu yang abnormal. Sesak-sesakpun tiadalah sampai macam ni.
"Wei kau dah dapat tak hubungi ibu kau Kiera?" tanyaku buat kali ke-3 kalinya.
Dia masih membisu. Riak wajahnya seperti memikirkan sesuatu. Seperti ada yang mengganggu pikirannya.
"Keira cikgu minta maafla pasal nama tu, cikgu nak bubuh nama kau tapi typo punya pasal, cgu tersave macam tu, dan lupa pasal nak edit balik" ucapku, kerana aku perasan wajahnya semacam.
Rasa bersalah pula mempermainkan nama orang. Sungguh ia typo, namun aku tidak berniat nak mengeditpun. Kalau aku pun marah juga kalau orang buat macam tu.
"Sombong tu typo juga ke gu?" dia bersuara lembut.
Tetapi riaksi wajahnya nampak macam nak menangis. Rasa bersalah sungguh pula. Eh takkan ambik serius sangat kot.
"Pasal, sombong pula cikgu nak save sebelah tapi typo juga la" balasku spontan.
"Sombong dengan sebelah tu jauh sangat la ejaannya gu" ujarnya.
Namun kali ini dia tersenyum pulak. Pelik budak ni. Aku diam kerana tahu, alasanku itu tidak munasabah.
"Gu, boleh tolong bawa saya ke alamat ni ke?" dia mencelahkan dirinya di antara dua tempat duduk sambil menunjukkan alamat yang ditetapkan GPS dalam telefonku.
"Alamat ke mana ni?" tanyaku.
"Alamat rumah ayahku" ucapnya.
Rumah ayah? Bukan rumah mereka kat flat itu ke? Apa dorang ini orang kaya agaknya. Rumah lebih dari sebuah. Memandangkan alamat yang dia berikan itu tidak jauh, aku bersetuju. Ahh, selesai masalahku tak lama lagi.
Aku terus memandu menuju ke alamat tersebut. Hari walaupun sudah menghampiri tengahari, suasana seperti sudah gelap. Matahari tidak kelihatan langsung. Jalan raya pula sudah mula diterangi lampu jalan yang automatik menyala akibat kegelapan.
Setelah setangah jam di atas jalan raya, kami akhirnya semakin dekat dengan detinasi. GPS pula sekejap-sekejap terputus.
"Gu, boleh tak kita singgah sekejap hadapan rumah ayah saya, tapi saya takkan masuk" pintanya.
"Apa?" aku rasa macam pelik.
Buat apa ke sini kalau tidak mahu pergi balik terus rumah ayahnya? Menyusahkan betul budak ni bisik hatiku. Dia ingat minyak kereta ni isi dengan air ke?
"Please gu, maaf buat permintaan macam ni" ujarnya seperti membaca gerak kerut dahiku.
Nak cover isu nama tadi aku anggap ini sebagai gantiruginya.
"Ok" balasku turuti permintaannya.
Lepas ni jangan minta pelik-pelik lagi dah. Kereta ku masuk ke sebuah taman perumahan. Aku memandu perlahan. Kawasan perumahan itu tidak pula sesak.
Ep11
Matahariku
Kami sudah sampai di destinasi. Dia minta aku park di tempat yang terselindung sedikit. Apa ni, main arahkan aku pula? Macam kerja paparazi pulak. Hentam je la. Aku ingin tahu juga, apa matlamat dia. Tapi minta jangan buang masa sangat.
Dari dalam kereta aku memerhatikan dia berwajah serius melihat ke arah rumah ayahnya. Aku pun menyebuk juga, melihat apa yang berlaku.
Lampu dalam rumah serba sederhana, rumah semi-D itu di ruang dapurnya menyala. Kelihatan ada sebuah keluarga di dalamnya. ada dua budak seorang perempuan, sorang lagi laki-laki, ada ayahnya yang aku pernah nampak juga. Tetapi, ada seorang perempuan dewasa yang aku tidak kenali, yang pasti bukan ibunya.
Aku curi pandang pada tatapan matanya. Wajah itu, menyimpan suatu perasaan yang tidak aku mengertikan. Dia terus melihat dari tingkap keretaku yang tertutup. Kulihat, air matanya mengalir. Ingin juga aku tahu, apa drama sebenarnya ini. Aku tidak mahu buang masa lama sangat. Tapi tiada pula tekanan perlu bergegas. Yang penting destinasi yang aku tuju itu adalah matlamat sebenarku.
"Keira, awak tak mau keluar pergi bersama keluarga awak ke?" tanyaku memecah keheningan.
"Shhhhhhhhhh" balasnya menunjukkan mulut muncung sambil meletakan jari telujuknya di depan mulutnya.
Haishhh, budak ni. Dia buat apa ni sebenarnya.
"Gu, itu keluarga ayahku yang sebenarnya, itu adalah ibu tiriku, ayah pesan jangan pernah datang ke sini" ujarnya.
Ucapannya membuatkan aku terfikir, ayah dia kawin dua ke skandal ni? Ataupun apa hubungan ayahnya dengan ibunya yang sebenar. Apa patutkah aku ambil tahu.
"Demi kebahagian ayah, saya menuruti pesan ayah gu, saya adalah anak luar nikah ayahku dengan ibuku, hubungan mereka tidak direstui keluarga ayah, sebab ayah sudah dijodohkan dengan ibu tiriku itu" jelasnya panjang lebar.
Alamak, keluarga bermasalah nampaknya. Kesian pula aku lihat budak ni. Habis tu nak buat macamana.
"So, sekarang macamana, nak kembali pada ibumu pulak ke?" tanyaku lagi.
"Takyah gu, sudah tiada maknanya lagi" ucap sang gadis.
"Kenapa pula?" saja aku nak tahu.
"Cikgu ni penyebuk juga ya?" sambil dia mentertawakan aku.
"Apa penyibuknya, takkan kau nak ikut cikgu!" ujarku.
"Saya ikut cikgu, ke mana pun tak apa, lagipun, kita bukannya hidup lama lagi kan?" ucapnya selamba.
Terkedu aku dengar ucapan budak ni.
"Kau biar betul Keira, aku cuma bantu kembalikan kau pada keluarga kau jer" balasku.
"Ok, kalau cikgu taknak, saya kal polis dan kata cikgu culik saya" ugutnya.
Adoi... masalah betul la budak ni.
Ep12
Matahariku
Dalam masa yang sama aku kesian juga pada budak ni. Dalam masa yang sama aku menyampah juga dengan perangai selamba derk dia. Seakan-akan tak reti nak menghormati orang yang lebih tua darinya. Tapi bila fikirkan balik, rasanya jiwa budak ni memberontak apa? Abih ko ingat ko sorang jer ada masalah?
"Wei serius sikit la Keira, kau nak pergi kat mak kau tak?" tanyaku
Dia diam. Aku tak dapat agak apa benda yang berada dalam kepala otak dia buat masa ni. Aku sendiri pun buntu dengan situasi yang melanda dunia ni. Dah la suasana nampak makin gelap. Wahal baru jam 3 petang.
"Kalau cikgu pun tak suka juga, cikgu hantar je la saya kat rumah ibu" dia membuka mulutnya semula.
"Eh, korang ni ada berapa rumah sebenarnya?" tanyaku sengaja nak dia buka cerita.
"Entahla gu, Keira sebenarnya duduk sorang-sorang dalam rumah tu, kalau cikgu nak tahu sangat saya ceritakan" balasnya dengan nada sedikit geram dan seakan mengeluh.
Aku, berhentikan kereta yang ku pandu perlahan meninggalkan kawasan perumahan ayahnya tadi di bahu jalan. Memandangkan kawasan itu lapang dan nampak tidak ada manusia yang berkeliaran. Aku risau juga, dalam keadaan yang sudah mula panik ini, kita tidak boleh meramal jiwa manusia di luar sana. Maklumla aku ni masa free suka layan movie, jadi pengaruh movie itu sedikit sebanyak menyangkut dalam mindaku.
"Kalau Keira tak keberatan, luahkan saja, mungkin ia dapat meredakan perasaan awak tu" saya memberinya sedikit ruang untuk meluahkan apa yang terpendam di lubuk hatinya.
"Betul nak dengar? Saya tak pernah ceritakan pada sesiapa tentang diri saya gu" ucapnya seakan belum betul-betul bersedia nak meluahkan.
"Kalau kau tak luahkan baik aku hantar kau pergi cari tempat di mana ibu kau sekarang" aku sengaja mengumpan dia luahkan.
Dia memegang dahinya dengan kedua-dua tangannya dan mengusap rambutnya sendiri dah menghelaskan nafas panjang. Dia diam sejenak. Aku pula cuba bagi dia ruang supaya dia tenangkan diri untuk meluahkan segalanya.
Dan akhirnya, dia mula menceritakan hikayatnya.
Dia adalah anak luar nikah hasil hubungan ayah dan ibunya. Wahal ayahnya ketika itu telah dijodohkan dengan ibu tirinya. Ibu tirinya langsung tidak tahu tentang kisah itu. Kisah itu berlaku lebih kurang 17 tahun yang lepas. Tetapi, ayah dan ibunya berjanji tetap akan memberi nafkah dan keperluannya. Sebab itu ayahnya sangat jarang ke rumah itu. Dia seakan disembunyikan dari dunia nyata oleh kedua orang tuanya.
Ibunya tidak dinafikan sememangnya cantik. Kacukan lagi tu. Tapi hubungan mereka tidak direstu oleh orang tua sebelah ayahnya. Kerana ibunya adalah seorang penyanyi kelab malam. Patut pun, kalau ibunya ada balik ke rumahnya ada orang menyanyi karaoke di sebelah. Boleh tahan hebat juga suara ibunya.
Dah ibunya cantik, si anak pun boleh tahan cantik. Tapi bila perangai selamba derk itu sedikit merosakkannya. Aku rasa jelik juga bila budak tak reti nak cakap dengan sopan. Kadang naik menyampah pun ada.
Dia terus menceritakan perihal orang tuanya. Ibunya jauh lebih menyayanginya berbanding ayahnya. Terkadang ayahnya tidak bersikap seperti sorang ayah. Malah hanya memberikan nafkah sahaja. Hari jadi tidak pernah wujud di depan matanya. Sehinggakan dia sudah tidak heran dengan sambutan harijadi yang setiap tahun adalah hambar. Dia tidak pernah merasa kasih sayang sebenar dari ayahnya. Memang tidak pernah ujarnya.
Ep13
Matahariku
Aku mendengar dia menceritakan kisahnya dengan penuh fokus. Dia pula terkadang tertahan-tahan menahan sebaknya. Aku pulak rasa serba salah. Kenapa pulak aku terlibat dengan budak ni pulak. Yela kan, dah dia jiran aku. Tapi aku tidak pernah tahupun keluarganya bermasalah, aku ingatkan normal seperti keluarga lain.
Rasa bersalah juga aku mengutuk budak ni dalam hati ketika dia buat bising dengan musiknya. Mungkin dia melepaskan rasa geramnya mungkin itulah sebabnya dia buka musik sekuat hatiya. Tapi aku tetap tidak suka dengan sikap dia yang tak reti nak hormat tu. Mungkin keluarganya punca sikap dia begitu. Eh, eh, apakah aku cuba maafkan dia. Cepat betul bersimpati dengan nasib orang.
Sementara itu dia terus menceritakan nasibnya. Ibunya pulak terus sebagai seorang penyanyi kelab. Ibunya pulak menjadi perempuan simpanan ketua samseng kat bandar itu. Ibunya tidak pernah membawanya ke tempat ibunya bekerja. Dia tidak mahu juga Keira terjerumus dengan pekerjaan seperti dirinya.
Aku terdiam bila mendengar kisah tersebut. Parah juga likuan hidup yang dilalui budak ni. Dia menceritakan dari darjah 5 lagi dia sering berseorangan di rumah sehingga sekarang. Dia sudah biasa hidup berdikari. Tapi dia juga mengakui dirinya tidak fokus dengan pelajaran. Waktunya banyak dihabiskan begitu saja layan movie, main internet di rumah. Bagaimanapun, dia beruntung sedikit kerana kebajikan dan makan minumnya terjaga, oleh orang tuanya.
Sebenarnya mungkin orang tuanya menyayanginya. Tapi mereka tidak menunjukkannya. Kerana risau memberikan dia harapan palsu. Dalam masa yang sama, ibu dan ayahnya tegas tidak membenarkan dia membawa sesiapa ke rumahnya biarpun temannya. Dia hanya keluar dengan teman bila hari persekolahan sahaja. Mereka mungkin bertegas padanya mungkin ada alasan tersendiri. Dan dia menamatkan ceritanya dengan linangan airmatanya. Aku hanya hulurkan tisu, tada la nak buat macam dalam drama siap, pujuk peluk-peluk. Itu mengambil kesempatan namanya.
"Macam tu lah kisahnya gu...." ujarnya menamatkan kisahnya sambil mengesat airmatanya dengan tisu yang aku bagi.
Setiap orang ada kisah masing-masing. Apa yang penting hidup ini perlu diteruskan sampai ke akhirnya. Biarpun Tuhan saja yang menentukan penghujung hidup kita. Pantang menyerah. Kesian tu kesian, mahu tak mahu aku kena bagi je la budak ni ikut. Harap dia tidak buat masalah dahla.
Ep14
Matahariku
Sinar kehangatan sudah mula menghilang. Dunia pasti akan dilanda kegelapan. Aku tidak tahu setakat mana aku akan bertahan. dengan kegelapan yang melanda seluruh dunia. Apakah yang akan berlaku pada umat manusia dan seluruh isi kehidupan di bumi ini. Tanpa matahari, tanpa sumber kehidupan. Baru sekarang kita faham betapa sinar mentarilah yang menjadi peniup utama sumber kehidupan.
"Awak ok tak Kera? Eh salah Keira... sori tersasul pulak cikgu" tanyaku sengaja mengusik biar dia melarikan minda sedihnya itu.
"Hah" satu perkataan terungkap dari bibirnya.
Aku tersenyum kerana aku tahu itu berjaya menganggu ingatan sedihnya tadi. Walaupun agak jelas dia menarik muka seakan tidak puas hati mendengar perkataan 'kera' itu.
"Keira, awak lapar tak?" tanyaku.
"Lapar la jugak" balasnya.
"Awak ada duit cash tak?" tanyaku.
"Kat bank ada la gu, yang ada sekarang tak banyak" balasnya pulak.
"Eh, kita berhenti kat mana-mana bank sekarang ni, dan baik awak keluarkan semua duit yang ada sebelum sistem down sepenuhnya" ujarku.
"Nak guna apa duit banyak-banyak, simpan la selamat sekarang ni gu, kalau kena rompak camna?" balas budak daif ni.
"Ok, Kalau sistem down terus, seumur hidup duit yang ada dalam acc kau tu burn camtu jer tau? kau tau kau hanya boleh keluarkan RM1500 jer, itu mungkin limit yang dah ditetapkan mak pak awak, baik awak keluarkan semuanya" jelasku.
"Habis semua baki lain camna gu, dalam acc ada dalam 11k macam tu, tu duit bulanan yang Kiera simpan dari kecil, takkan burn macam tu jer gu?" balasnya nampak gusar.
"Tau takpe, baik kau keluarkan semuanya, sekarang ni nanti orang tak boleh dah guna online, jadi sementara tak sistem tak down lagi, baik awak keluarkan sebagai tunai sebanyak mana yang boleh" jelasku lagi.
"Baiklah, apa-apa saja sekarang saya ikut keputusan cikgu" balasnya yakin.
Budak ni lagi hebat dari aku, dia punya tabungan lebih banyak dari yang aku ada, tapi sayang takkan boleh keluar semua. Aku pandu keretaku mencari bank terdekat. Di mana tidak ramai orang.
Sesampai di bank berdekatan aku mengiringi dia ke bank untuk mengawasi agar lebih selamat. Setelah itu kami kembali ke kereta. Dalam kereta aku menasihatinya agar membahagikan duit itu merata ke dalam pakaian, stoking, poket begnya, termasuklah celah lantai keretaku. Mengapa, incase jadi apa-apa, masih ada di bahagian lain.
Dia hanya menuruti sahaja apa yang kucadangkan. Lepas itu aku pandu lalu makanan segera McRonald. Aku sengaja pesan lebih, kot-kot pertengahan jalan nanti lapar, boleh juga disantap. Kemudiannya kami teruskan perjalanan.
Ep15
Matahariku
Kakiku melangkah cepat dari restoran makanan segera itu dan berlari anak ke arah keretaku. Sengaja aku membeli makanan lebih. Aku tahu lapar tetap akan menjelma juga bila tiba masanya. Si Keira menunggu dalam kereta. Cepat-cepat aku masuk dalam kereta dan lockkan pintu dan memandu ke tempat yang tiada ramai orang. Bukan apa, lebih selamat jika tidak nampak manusia langsung. Dalam keadaan yang darurat macam ni pasti ada yang terdesak mengganggu demi duit dan keperluan masing-masing.
Baru saja aku menyinggahkan keretaku di lereng sebuah bukit. Kegelapan yang nampak pada asalnya, tiba-tiba menjadi terang semula. Sehingga suasana nampak kembali siang. Keamatan cahayanya sangat tinggi dan kemudian sinarnya perlahan menghilang dan suasana kembali gelap. Itu adalah keadaan si Matahari benar-benar telah meledakkan tenaga terakhirnya. Situasi tadi berlaku tidak sampai dua minit dan akhirnya bumi benar-benar bergelap.
Akibat silau dari pancaran terakhir matahari tadi, anak mata hitam perlahan kembali membesar untuk mendapatkan segala sinar yang ada. Keadaan sangat gelap gumpita. Semua manusia pastinya jadi seperti orang yang buta buat masa ini.
"Cikgu, saya tak nampak apa-apa la gu" suara Kiera yang masih duduk di belakang.
"Jangan risau, ia memang akan gelap buat seketika, nanti kamu akan nampak dalam keadaan samar" ujarku menjelaskan agar budak itu bertenang.
"Apa yang terjadi sebenarnya gu?Apa yang berlaku pada matahari kita?" tanya Kiera.
"Pernah belajar Sains tak?" balasku separa dengan intonasi bergurau.
"Belajar la gu, tapi tak pernah la kaji pasal matahari, mana ada dalam silabus" balasnya mempertahankan diri.
"Memang ia tidak diterjemahkan dalam semua silabus, tapi jika kita nak belajar, kita boleh kaji sendiri, dalam silabus memang la dia jelaskan tentang sistem solar kita saja" jelasku seakan ilmu itu perlu diperincikan lebih dalam untuk setiap yang belajar.
"Jap gu, saya nak cari dalam google" balasnya semacam geram denganku.
"Carilah, kalau bernasib kau dapat la" balasku.
"Tiada coverage la gu, line langsung tiada" ujar Kiera.
"Iye ke?" aku beriaksi spontan.
"Iya gu, tiada line langsung ni, macamana ni?" ujar dia lagi.
Aku tidak menyangka, perhubungan dan sistem talian terputus begitu cepat. Aku ingatkan kat negara ini ada sistem elektrik berasaskan empangan boleh bertahan lebih lama lagi. Tapi aku terlupa, bahawa jaringan internet adalah satu dunia.
Ep16
Matahariku
Aku mengambil telefon pintarku di dashboard. Aku belek juga, untuk mengesahkan apakah benar dakwaan Kiera. Alamak, memang tiada coverage. Dengan ini, maka segala sistem perhubungan akan terputus. Dari saat ini sudah pasti segala urusan atas talian mula bergolak. Dari sistem perhubungan sehingga ke perbanan pasti akan menjadi punca kekacauan.
Tiada wang tunai yang boleh dikeluarkan. Gangguan demi gangguan akan merencatkan segalanya. Maka, sekarang manusia akan mula menerbitkan tamadun baru tanpa matahari. Aku tidak tahu berapa lama hidupan di bumi ini akan bertahan. Bekalan oksigen bergantung sepenuhnya kepada tumbuh-tumbuhan. Tumbuhan juga pasti memerlukan oksigen pada waktu gelap sebegini. Malah lebih teruk tiada proses fotosintesis berlaku. Maka, penghasilan oksigen juga sangat tipis.
Satu-satunya peluang adalah bergantung kepada jenis tumbuhan yang tidak memerlukan matahari untuk menghasilkan makanannya. Tapi adakah bekalan oksigennya yang dihasilkan oleh tumbuhan jenis ini mencukupi untuk semua orang?
"Gu, Kiera lapar la" ucapan dari gadis itu mengusik lamunanku.
"Iya, cikgu ada belikan makanan segera tadi, mari kita makan dulu" balasku sambil menghulur bungkusan makanan padanya.
Aku menurunkan sedikit cermin tingkap kereta dan ku matikan enjinnya. Segala penjimatan tenaga perlu dilakukan. Jimat minyak kereta, jimat bateri yang ada. Selepas itu, aku menjamah makanan yang ada.
"Macam mana cikgu tahu, tentang benda ni akan berlaku?" suara Kiera dari belakang bertanya.
"Sebelum ni, cikgu rajin juga ikuti perkembangan yang dikemaskini oleh pihak NASA, kat situlah cikgu dapat sedikit klu" jelasku sambil menyuap makananku ke mulut.
"Gu, macamana cikgu terfikir nak ajak saya pulak?" dia bertanya lagi.
"Entahla Kiera, kita ni kan berjiran, cikgu mulanya nak tolong hantar awak ke tempat ibu awak, tu je la" balasku
"Terima kasih gu..." suara Kiera seperti menahan sebaknya.
Alahai drama lagi budak ni. Entah apa yang menyentuh hatinya. Terdengar esakkannya di belakang. Hurmm, budak ni. Camna aku nak kasi settle? Aku simpan balik baki makananku dan letak atas dashboard. Hilang selera aku dibuatnya.
"Kiera, cikgu nak keluar ambik angin" ujarku sengaja buat-buat tak endah dengan tangisannya.
Aku meraba mencari kotak rokok dan lighter yang ada di tengah-tengah antara tempat duduk depan. Dapat dua benda tu aku buka pintu dan nyalakan rokok yang aku sudah letak dibibirku. Sambil menghirup oksigen segar di luar. Kuhembus dan kusedut beberapa kali rokok.
Kedengaran si Keira keluar juga dari kereta. Aku buat tak tahu. Malas nak layan budak congek tu.
Sedutan rokokku menyala menerangi bibirku. Seharian ni aku tak bantai rokok lagi. Kalut ke sana kemari sepanjang masa. Tiba-tiba rokok dibibirku menghilang....
Ep17
Matahariku
Suasana gelap pekat beransur terang dengan sinaran bintang-bintang di langit. Namun, ia masih kelihatan samar. Di luar kereta pemandangannya nampak indah dengan gaya tersendiri walaupun tanpa patulan sinaran bulan. Apa yang pasti bulan tidak akan bersinar setelah perginya sang mentari.
"Cikgu nak saya hisap rokok ni juga ke?" Keira yang mencabut rokok dari bibiku bersuara.
"Kau hisap rokok juga ke?" tanyaku selamba
"Cikgu kata kat saya kita akan kehabisan oksigen, bukankah pembakaran rokok ini membantu mengurangkan oksigen yang ada ke?" si Keira menghujahkan pengetahuan sainsnya pulak.
"Cikgu tahu, berapa sangatlah oksigen habis kerana rokok tu, ia adalah terdiri daripada kotak terakhir yang aku ada, lepas ni cikgu juga akan lupa rasa rokok tu macam mana" balasku memberi kenyataan meraih simpati.
"Eleh, kat dunia ni ada jutaan orang macam cikgu yang hisap rokok setiap masa, cikgu hebat matematik juga kan? Kira sendiri kadar oksigen yang habis akibat orang jenis macam cikgu" ujar Kiera dengan tegas.
Alamak. Terkedu juga aku dengan penjelasannya. Budak ni nampak jer macam tak tau apa tadi. Pasal matahari dan sistem suria pun tak tahu. Pandai pulak dia bagi ceramah kat aku. Kalau tak pasal gelap macam ni, dah kantoi mukaku yang merah padam ni.
"Eyela, cikgu berhenti terus merokok, puas hati?" balasku menahan egoku yang tertewas.
"Good boy, cam tu la" usik Kiera.
Hampeh punya budak. Dalam kereta tadi bukan main nangis sendu. Keluar kereta terus bagi ceramah kat aku.
"Cikgu, sekarang Kiera cuma ada cikgu jer kat dunia ni" ujar budak tu tiba-tiba pulak.
"Entah la Kera, Eh Kiera, Cikgu pun tak tahu, bila pula malaikat maut akan menjemput" balasku separa mengusiknya.
"Cikgu, boleh tak jangan panggil saya kera?" tegas Keira
"Cikgu tersasul la, sorry la" balasku sambil tergelak.
Aku terkejut. Pinggangku terasa satu cubitan.
"Wei sakit la" suaraku spontan
Berani juga dia mencubit aku. Ganas budak ni. Tapi apapun aku berjaya melarikan dia dari memikirkan masalahnya. Walaupun aku tidak nampak wajahnya jelas. Tapi usikkan seumpama itu mampu membuatnya tersenyum gembira.
Ep18
Matahariku
Angin dingin di luar itu mula mencengkam sum-sum tulang. Terasa kedinginannya. Aku mengajak Kiera masuk semula ke dalam kereta.
"Kiera, awak nak duduk di depan tak?" tanyaku.
"Nakkk" dengan cepat dia menjawab.
"Kalau nak, tolong kemas apa yang ada di depan itu ke belakang" arahku padanya.
Dia kelihatan tidak teragak-agak mengemas bahagian depan tersebut. Dan dia membawa bersama beg galas dan diletakkan atas pangkuannya.
"Kenapa cikgu tiba-tiba baik hati ni? Cikgu kesiankan saya ke?" Usik Kiera.
Aku diam tidak menjawab pertanyaannya.
"Ke cikgu takut duduk sorang-sorang kat depan ni?" suara Kiera kembali mengusik.
"Nak takut apa nya, kita pun tidak tahu berapa lama kita akan bertahan hidup" balasku.
"Habis tu apa perancangan cikgu?" tanya dia lagi.
"Perancangan cikgu? Teruskan bernafas sehingga malaikat maut menjemput" usikku sengaja menyakatnya.
Wahal aku sendiri tidak pasti haluan yang aku perlu ikuti. Aku cuma mengikut idea-idea yang aku ingat dalam web NASA. Lagi satu aku tidak mahu memberikan harapan pada Kiera tentang harapan yang tidak pasti di hadapan.
"Serius la cikgu, kalau tahu tadi tak mau ikut" Kiera kedengaran merajuk.
"Habis tu, aku ada paksa kau ikut?" tanyaku geram juga.
Macam la aku ada paksa dia ikut. Aku pulak satu hal, cepat sangat simpati pehal. Budak ni banyak songeh nanti payah pulak aku.
"Saya percaya pada cikgu la, sebab tu saya ikut, kalau saya tak percaya cikgu sudah lama saya pergi bersama orang tua saya" jelas Keira dengan serius.
"Apa yang menyebabkan kamu pilih ikut cikgu, apa yang membuatkan kamu percaya cikgu?" tanyaku ingin tahu.
"Saya sudah tiada sesiapa lagi gu, saya sudah ceritakan pada cikgu perihal keluarga saya, saya akan menyusahkan ayah dan ibu jika bersama mereka" luah si Keira.
"Habis tu kau rasa kau tak menyusahkan aku?" aku tersembur keluar ayat yang tidak seharusnya.
"Sebab itulah saya lebih suka pilih cikgu, saya boleh bergaduh dengan cikgu sentiasa, saya boleh lepaskan amarah saya bila-bila masa, dan yang penting saya boleh jadi diri saya" Kiera membalas dengan serius.
Aku ingat dia akan tersentap. Rupanya dia pilih bersama aku sebab lagi seronok dia nak meyusahkan aku. Hampeh punya budak. Tapi bagus juga, aku pun ada juga tempat nak lepaskan kegeraman nak lepaskan amarahku nanti. Nanti kau....
Ep19
Matahariku
Semenjak mentari hilang sepenuhnya, bumi bagaikan kehilangan selimutnya. Suhu diluar terus menurun dengan mendadak. Kesejukan semakin terasa. Entah apakah yang bakal berlaku seterusnya nanti. Walaupun aku seorang guru sains, tidak bermakna teoriku persis sama dengan pengaplikasiannya.
Kami berdua terpaksa berehat di lereng bukit itu, kereta sedikit ku bawa masuk ke simpang yang tiada wujudnya orang lain. Pikiranku yang pertama adalah keselamatan diri terlebih dahulu. Bila sudah rasa yakin dengan sekitarnya barulah aku matikan enjin keretaku. Segala penjimatan harus diusahakan.
Si Keira senyap dah. Dia tertidur, mungkin letih agaknya. Senangnya berfikir macam dia, tak perlu nak risau apa-apa, minda masih remaja. Tidak seperti orang dewasa sepertiku, banyak yang kena fikir. Tapi pokok pangkalnya, besar angka umurnya semakin matangla kononnya, sebenarnya angka umur itu tidak menunjukkan apa-apa. Mungkin kelebihannya hanya pada pengalaman yang kita kumpulkan. Hakikatnya, perangai dan emosi kita tidak jauh berbeza selain situasinya.
Memandangkan dia tertidur dah, aku perlahan keluar dari keretaku. Pintu sengaja ku tidak tutup rapat, tak mahu dentuman pintu kereta itu menganggunya. Baik la sangat kan? Masa kita tidak tahu berapa lama yang kita ada, jadi aku ingin menikmati sisa-sisa hidup ini dengan kebebasan jiwa.
Aku raba poketku, ha jumpa. Aku layan udara yang kian menyejuk diluar itu dengan hisapan rokokku. Fuhhhh, aman. Nasib baik si Kiera tu dah tidur. Dari tadi terganggu aku nak menikmati rokok kegemaranku. Uuuuu... nikmat. Selesai sebatang kuhisap. Rasa tak puas pulak. Aku tibai lagi sebatang.
Aku baringkan diri di atas rumput, sambil mendongak ke langit. Bintang-bintang terang menyinari. Kelihatan sangat indah. Buat seketika aku lupa, tentang darurat. Aku lupa segala masalahku. Aku berasa sangat tenang.
"Cikguuuuuuu!!!" kedengaran suara si Keira yang berdiri berada betul-betul di bahagian belakang kepalaku.
Terkejut aku dibuatnya. Baru nak layan sentimental feeling. Kecoh betul la budak ni.
"Bukan kau dah tido ke?" aku mendongak ke arahnya.
"Nak tido apanya, bau rokok tu haaa, kacau lubang hidung Kiera" jelasnya.
Pulak dah, sensitif betul hidung budak ni.
Ep20
Matahariku
Tidak dapat dipastikan lagi sama ada hari telah menjelang malam ataupun bagaimana. Sekarang bumi hanya bergelap tanpa siang kembali. Suasana gelap dan begitu sunyi. Hanya bunyi cengkerik di semak samun yang menandakan kegelapan sudah menguasai dunia.
"Cikgu tak sayang nyawa dah ka? Kalau tak sabar nak mati pun jangan la dengan mempercepatkannya" kedengaran suara Kiera membebel lagi.
Kalau sudah perempuan, memang tidak ke mana juga. Sifat mereka tetap sama. Teringat aku pada kakak ku yang kaki bebel. Pantang nampak benda salah di depannya, pasti akan jadi bebelannya. Budak ni pun sama, tak dewasa lagi dah jadi kaki bebel. Menyebalkanla.
"Dunia ni dah nak kiamat, kalau aku nak buat apa yang aku suka tak boleh ke?" balasku terasa budak ni sudah terlalu masuk ruang peribadiku.
"Aku belum mahu mati lagi, sekurangnya janganlah bagi oksigennya habis cepat" budak tu masih dengan bebelannya.
Aku ni pun sebenarnya tidak suka bertekak. Tapi budak ni tak habis sengaja cari pasal.
"Kiera ilang rasa ngantuk la gu, Keira join cikgu lepak kat luar ni je la" seraya terus membaringkan dirinya di atas rumput juga.
Haish budak ni, lagi-lagi dengan perangai selamber derk dia jer. Ikut suka dia jer.
"Ikut suka engkau la" balasku yang sudah mula naik geram dengannya.
Aku bangkit.
"Eh cikgu, nak ke mana tu?" panggilnya yang berbaring di rumput.
Aku tidak endahkan dia. Aku terus bergerak masuk dalam kereta. Ingat baru nak syok-syok layan keindahan bintang dia datang kacau daun.
Dia bangkit semula dan ikut masuk dalam kereta.
"Cikgu, cikgu tak kesah ke kalau orang panggil cikgu bawa lari anak dara orang?" tiba-tiba si gadis menyebalkan itu membangkitkan isu.
"Ha..ha...ha... lawak" aku buat gelak yang dia tahu aku rasa geram dengannya.
"Ha, takut la tu" dia umpama menambah garam diluka.
"Habis! Engkau tak takut, kalau aku mengapa-apakan kau, kalau aku berniat jahat dengan kau macam mana?" aku sengaja mengertaknya.
"Kalau cikgu memang jahat, dari tadi dah cikgu buat" balasnya selamba dan yakin.
"Takde masa nak layan kaulah, aku nak lelapkan mata, nak berehat, kalau kau nak berjaga lagi elok, tolonglah berjaga" ujarku dan memutarkan badanku ke arah tingkap luar.
Dia diam. Merajuk la tu. Tada pasal aku nak pujuk kau.
Seriusla aku letih hari ini. Aku betul-betul perlu berehat. Aku tidak fikir lagi apakah tindakan aku selanjutnya nanti. Ke manakah halatuju yang patut putuskan. Kalau tanya budak ni lagi pening nak putuskan nanti.
Ep21
Matahariku
Pasrah atau mengalah atau berjuang untuk terus hidup. Tak tahu apakah yang harus dilakukan. Panik atau tidak, melalui sesuatu yang tidak pernah terfikir dek akal. Apa sekalipun, hidup harus diteruskan. Penghujungnya biarkan sahaja Tuhan sahaja yang menentukannya.
Aku terjaga. Di sebelahku seorang gadis entah macamana terus bersamaku. Takdir atau kebetulan. Aku tidak pasti. Setakat ini aku masih boleh bersabar dengan kerenahnya. Tidak juga terlalu mengganggu jiwaku.
Kiera yang kuharapkan berjaga, malah berdengkur tertidur. Kalau ada penjahat memang mampus dah. Nasib baik juga aku park di tempat yang agak tersembunyi.
4 jam sebelumnya....
"Kalau cikgu memang jahat, dari tadi dah cikgu buat" balasku sengaja menyakat guruku ini.
"Takde masa nak layan kaulah, aku nak lelapkan mata, nak berehat, kalau kau nak berjaga lagi elok, tolonglah berjaga" ujarnya dan memutarkan badannya ke arah tingkap luar.
Hampeh punya guru. Aku pula yang disuruhnya berjaga. Dia pula tidur berdengkur mengalahkan ngauman harimau. Takpela memandangkan aku belum mau tidur, aku berjagalah. Dia marah kat aku la tu agaknya. Takpe biarlah dia berehat.
Sejuk pulak. Aku ambil selimut di belakang dan membaluti badanku. Ish kesian pulak aku tengok dia, kesejukan la tu. Nak bagi selimut ni, aku pun kesejukan juga. Alah biarkan jela. Ish, tak gamak lak. Aku ambil baju tebalnya di belakang. Aku tutupi badannya dengan baju tu. Keletihan agaknya dia begitu senang dia terus tertidur.
Kenapa entah aku memberanikan diri mengikutnya. Sedangkan aku ada ayah dan ibu. Ahhh... bukan mereka betul-betul nakkan aku pun. Lagipun, dalam keadaan begini, dia lebih berguna untukku.
Tengok orangnya, kacak dan hensem juga. Kalau teman wanitanya tahu dia hanya berdua denganku macam ni, pasti perang besar mereka. Mustahil orang kacak macam dia ni takda awek. Dalam kelasku pun dah ramai budak perempuan yang mengusiknya. Tapi dia buat tak layan. Pastinya dia sudah ada yang punya la tu. Apa la aku ni pikir macam ni.
Sebetulnya takut juga kalau dengan orang asing ni. Nak juga kenal dia lebih lanjut. Cara bercakap serupa dia yang bagus. Tapi cikgu ni juga mana pernah pedulikan pun soal jiran macam aku. Tahunya, ketuk dinding sebelah bila aku buka muzik kuat-kuat. Tapi ada juga masanya dia tak buat macam tu. Sukar diramal la orangnya.
Ep22
Matahariku
Aku tidak kisah dengan dunia nak kiamat ke apa. Aku nak rasa kebebasan menikmati kehidupan macam yang cikgu Pires ni cakap. Kenapa aku tak panik langsung dengan hilangnya matahari?
Aku sudah muak hidup berseorangan dalam flat itu. Ada ibu dan ayah pun tiada makna. Malah ayah pernah pesan, jangan sesekali tunjuk wajah pada keluarganya. Apakah ayah malu dengan kewujudanku. Malu dengan pertualangannya dengan ibu dihidu? Ayah apakah seumpama itu? Aku benci ayah....
Ibu pun sama, hanya akan berjumpa denganku apabila aku mencarinya. Alangkah bagus aku tidak dilahirkan ke dunia ini. Untuk apakah aku lahir? Aku benci ibu, aku benci ayah...
Aku harus bersyukur konon, aku diberikan sebuah rumah. Itu bukan rumah, itu adalah penjara dunia. Mereka menyimpan duit untuk ku, ya benar. Tapi bukan itu yang seorang anak perlukan. Aku ingin kehidupan normal seperti orang lain. Aku ingin kasih sayang dan belaian manja dari mereka.
Jiwaku kosong. Tiada yang memahami perasaanku. Apa dosa dan salahku dilahirkan untuk menghadapi dunia kejam ini. Mujurlah aku bukan jenis manusia yang mengalah dengan kehidupan. Aku lalui kehidupan sendirian, tiada siapa yang mengajarku tentang erti kasih sayang apatah lagi agama.
Walaupun begitu, aku tidak seperti remaja yang lainnya terus menghancurkan kehidupan mereka dengan merosakkan dirinya. Sudah biasa aku dengar dan lihat dalam internet, ramai remaja yang tertekan mengakhiri kehidupan mereka sendiri. Aku tidak pernahpun memikirkan begitu untuk diriku. Kerana aku percaya suatu ketika nanti, aku pasti akan bertemu kebahagiaanku sendiri. Aku hanya perlu tabah.
Tapi nak tabah mendenya, dunia ini pun sudah dipenghujungnnya. Serius lagi cepat tamat lagi bagus. Aku ingin bebas sepenuhnya di alam lain. Darurat ini membahagiakan aku. Sekurangnya semua orang merasa seksanya sepertimana aku sebelumnya. Ish, ish tak baik fikir macam tu Kiera wei.
Cikgu Pires ni baik ke jahat? Nak kata baik suka hati juga dia nak marah kat aku. Rasanya baik kot. Kalau dia jahat sudah lama juga dia buat benda tak elok kat aku. Hurmm, cuba la kalau dia berani. Dia ingat aku ni budak perempuan yang lemah ke? Ish, melebih pulak aku erk. Dia tu baik la. Tapi tak habis-habis dengan otak sainsnya itu.
Ep23
Matahariku
Suasana senyap sunyi. Yang jelas kedangaran adalah bunyi dengkur dari si gadis yang menewaskan bunyi cengkerik di luar. Aku terperasan masa terjaga ada jaket menyelimutiku. Setahu tadi aku tertidur terus tiada pula menyelimuti diri. Ambil peduli juga budak ni padaku.
Mendengarnya berdengkur, aku tidak mahu mengganggu tidurnya. Semoga dia mimpi indah-indah. Tekakku sedikit dahaga, dan terasa nak terkencing. Aku perlahan keluar, dan mencari port untuk melepaskan hajatku. Ahhhh legaaaa. Selesai aku ingat nak nyalakan rokok. Tapi bila teringat hidung budak tu sensitif aku batalkan niatku.
Aku balik semula ke dalam kereta. Aku ambil minuman kopi dalam tin. Aku minum. Aku belek-belek telefonku. Berharap ada coverage. Hurmm hampa. Sambil layan kopi tu aku belek-belek apa saja yang ada dalam telefonku. Aku tengok gambar-gambar yang ada, banyak juga gambar yang pernah aku rakam. Termasuk bergambar selfie dengan kelas mereka ni.
Aku lihat satu persatu wajah anak-anak murid yang aku ajar. Entah apa khabar mereka. Last aku hubungi pun masa PDPR semalam. Adakah mereka selamat atau macam mana?
"Aku benci ayahhhh, benci ayahhhh, benciii ibuuuu" kedengaran suara si Keira teresak-esak tapi matanya masih pejam.
Kemudian dia senyap semula. Ishhhh, budak ni mengigau rupanya. Mengigaupun boleh bercakap ke? Biasanya kalau sesorang ini mengigau sampai tahap tu, pasti emosi terbawa-bawa dalam tidurnya. Kesian juga tengok.
Aku ingat nak mula bertolak ke mana saja destinasi kereta ni bawa nanti. Tapi aku kena tunggu dia terjaga. Sambil itu aku terus menatap apa yang ada dalam telefon pintarku.
"Silau la gu, terang sangat cahaya telefon cikgu tu" Kiera yang sudah terjaga memutarkan badannya ke arah tingkap.
Aku dah kurangkan cahaya sebenarnya, dia baru terjaga rasa silau la.
"Kera, kau sudah terjaga ya" aku sengaja menyakatnya.
"Nama saya Kiera la gu, bukan kera" balasnya sambil mengosok matanya.
"Aku suruh kau berjaga, tapi kau tidur pula, malah dengkur mengalahkan singa" aku sengaja nak segarkan matanya.
"Sorrylah, Keira tak tahan ngantuk, cikgu terbangun sebab dengkuran saya ke? Eleh, kata kat Keira, dia punya dengkuran tu lagi la, macam dinosour je tau" balasnya bersahaja
"Keira lapar tak?" aku pesongkan situasi malas nak cari pasal.
"Oppsssss, no no no" dia bangkit mengejut mengapai begnya dan keluar dari kereta.
"Wei kau pesal pulak?" tanyaku sedikit terkejut dengan perbuatannya.
Takkan dia marah kat aku sampai nak lari. Aku bangun dan keluar mendapatkannya.
"Kau nak pergi mana?" tanyaku mengapai lengannya.
"Aduh, soal perempuan la gu" balasnya.
Aku tak paham.
"Tak paham la, soal perempuan mendanya? Kau ni apa masalah?" tanyaku lagi.
"Eeeee cikgu ni...... soal perempuan la, takyah tanya lagi" balasnya.
"Kau period ke? Ala itu pun nak malu" aku teka.
"Cikgu gi masuk dalam kereta, Keira nak tukarla......" dia separa menjerit padaku.
"Ok, ok, cikgu gi masuk" aku berpatah balik dan masuk.
Aku ingatkan dia mengamuk dan nak lari tadi. Nebes aku dibuatnya. Hati tergelak kecil.
"Gu, Keira nak cari tandas, cepatla cari tandas, tak selesa ni" ujar Kiera yang baru masuk balik dalam kereta.
Ahhh. Benda macam ni tak suka ni. Leceh.
"Yela, yela kita cari tandas" balasku
Aku hidupkan enjin keretaku. Dan luncurkan keretaku semula ke tar.
Ep24
Matahariku
Aku memandu mencari stesen minyak terdekat. Mujurlah sepanjang jalan tidak nampak orang lain. Rasa lebih selamat jika tidak nampak orang. Dalam keadaan terdesak apa saja manusia boleh lakukan. Demi, wang tunai dan makanan mereka sanggup melakukan apa saja.
Kami sampai di sebuah stesen minyak. Ada beberapa kenderaan yang ada di situ. Ada juga cahaya. Mungkin dari kuasa generator sementara. Aku fikirkan untuk mengisi minyak juga. Tapi, aku tidak berani masuk terus ke kawasan tersebut. Perlahan ku pandu kereta aku dihujung. Memerhatikan keadaan terlebih dahulu. Pastikan ia selamat.
"Gu, kenapa tak masuk terus jer parking sana?" tanya Kiera.
"Sabar, tengok keadaan dulu, pasti selamat baru kita pergi sana" jelasku.
"Iyela" balas Kiera muncung.
Ni la perempuan, tak sabar langsung.
"Ok, kita pergi sana" ujarku dan terus memandu ke stesen minyak itu.
Aku berhentikan kereta aku berdekatan dengan pam minyak.
"Kau jangan masuk dalam tandas terus, pastikan keadaannya dulu tau, nah ni duit minyak, tolong bayar sana cakap Pam 3" ujarku sambil menyerahkan duit RM200 padanya.
"ermmm" balasnya sambil mengapai duit yang aku bagi.
Aku memerhatikannya pergi ke kaunter. Selepas itu dia berlalu ke belakang stesen untuk ke tandas. Aku pula mengisi minyak.
Tidak lama kemudian dia muncul semula dan masuk ke dalam stesen minyak. Apa pula dia buat masuk dalam tu? Hish budak ni. Degil betul. Dalam tu cahayanya bukan jelas sangat. Dia keluar sambil bersembang dengan seseorang. Berani betul budak ni mesra dengan orang macam tu jer.
Dia dan orang tu berjalan ke arah keretaku. Apa pulak ni. Aku selesai mengisi minyak. Aku segera masuk ke dalam kereta. Aku lock kereta dari dalam. Keira yang baru sampai nak buka pintunya. Dia cuba berkali-kali. Dia geram dan mengetuk cermin tingkap kereta itu. Aku menurunkan sedikit.
"Pehal ni gu?" dia bersuara sedikit kasar.
"Siapa tu?" tanyaku.
"Dia rakan sekelas" balasnya.
"Aku tak kenal pun, tak pernah nampak pun kat sekolah sebelum ni?" ujarku.
"Dia pindah sekolah semasa kita orang tingkatan 2 dulu la gu, mana cikgu kenal, sebab cikgu masuk pun masa kami tingkatan 3" balasnya.
"Ada apa dengan dia pulak?" tanyaku.
"Plisss gu, biar dia sertai kita" pinta Kiera.
"Tak boleh!" balasku.
"Plisss gu, plissss, kesian dia, dia kehilangan orang tuanya juga, malah dia belum makan apa-apa lagi gu" rayu Kiera mohon belas kasihan bagi pihak kawannya.
Suka hati dia jer, jumpa orang nak ajak join sekali. Dia seorang dah leceh, inikan dua orang pulak. Aduh kesian tu memang kesian, tapi...
Ep25
Matahariku
Keira masih lagi merayu untuk membenarkan kawannya ikut sama sekali. Mataku meliar melihat persekitaran. Aku perlu sentiasa awas. Apa yang aku duga, aku terlihat sekelopok beberapa orang lelaki membawa beberapa objek keras. Nampak seperti kayu golf dan kayu base ball. Tiba-tiba salah seorang dari mereka bertindak memecahkan cermin pintu menggunakan kayu golfnya. Diikuti oleh yang lainnya.
Melihat keadaan itu, aku langsung tidak berminat dengan aksi tersebut. Aku segera membuka lock kereta dan membenarkan Kiera dan kawannya masuk bersama. Kiera yang masih terkejut dengan bunyi hentaman cermin pecah itu segera masuk dalam kereta.
Aku cuba menghidupkan enjin kereta. Aduh, masa ni pulak buat tak mau start pula enjin kereta. Salah seorang dari mereka terpandang keretaku. Mungkin kerana terdengar Kiera menutup pintu kereta tadi. Dia meluru berjalan bersama seorang lagi rakannya. Aku terus berusaha mengidupkan enjin. Aku agak panik. Sehingga kunci kereta ku tercabut dari lubang kunci. Aku segera meraba di lantai kakiku.
"Gu cepat gu....cepat gu" suara cemas Kiera mendesakku.
Situasi semakin cemas.
Aku berjaya mendapat balik kunci keretaku. Dua lelaki itu semakin dekat. Aku masukkan semula kunci kereta....
"Cikguuuuuuuuuuuuuuu!" Kiera menjerit di sebelahku.
Peaaaachhhhhhh!.... salah seorang lelaki itu memukul cermin keretaku sebelah tempatku sehingga pecah. Baru dia nak menghayun kali keduanya, aku berjaya menghidupkan enjin keretaku. Dengan cepat aku gunakan gear reverse. Dia berlari mengejar. Aku membelok sambil mengundur, dan ku tukar kepada Drive memajukan keretaku meluncur ke hadapan.
Aku menekan pedal minyak sepenuhnya. Keretaku meluncur pergi meninggalkan kawasan Stesen minyak. Ahhhhhh Lega.....
"Cikgu, cikgu ok ka?" tanya Kiera padaku.
"Ok kot, dah kata kan? Kena berhati-hati... awak dah nampak mereka tu semua manusia terdesak" suara ku keras menjawab kerisauan Kiera tadi.
Kawannya hanya diam di belakang.
"Sorry gu, cikgu betul-betul ok ka" ulang Kiera masih bimbangkan aku.
Aku meraba kepalaku, dahiku sedikit rasa basah. Aku lapkan pada seluarku. Aku tidak mahu Kiera tahu. Dapat aku rasakan sesuatu mengalir dari dahiku dan meleleh di pipi kananku. Sah aku tercedera kena dengan pukulan tadi tu. Aku tidak tahu, luka tersebut teruk atau tidak. Setahu aku, luka dalam awalnya tidak mendatangkan rasa sakit mengejut. Tidak seperti luka hirisan, sakitnya terasa terus.
Ep26
Matahariku
Aku terus memandu sehingga ke tempat yang terpencil. Aku sudah mula merasakan rasa sakit di kepala ku. Kebasahan dahiku bukan kerana peluh dingin, tetapi darah. Aku tidak tahan lagi menahan rasa sakit itu. Aku park kereta ku di sebuah simpang sepertinya kawasan dusun orang. Beberapa ketika kepalaku terasa berpinar dan aku tidak sedarkan diri.
"Gu, sorry gu, Kiera tidak berhati-hati tadi" ujarku rasa bersalah padanya.
Dia diam setelah kereta ini berhenti sepenuhnya. Mungkin dia memilih untuk diam daripada bercakap denganku. Aku tidak putus asa aku terus bercakap juga.
"Ala gu, sorry la, Kiera benar-benar minta maaf, tak sangka ada orang yang jahat" ujarku lagi cuba memujuknya.
Dia membisu. Marah benar dia nampaknya.
"Kiera ada bau hanyir la, kau tidak cium ke?" celah si Caybella di belakang.
"Ye ke?" aku segera mengambil telefon dari poketku dan ku nyalakan lampu.
Aku nampak cikgu Pires sudah memejamkan matanya. Patut dia diam. Apakah dia tertidur atau... Aku berdebar dan tidak sedap hati. Aku suluh lagi. Ya ampun. Cikgu cedera. Dengan segera aku membuka pintu dan membuka bahagian belakang kereta mencari First Aid yang ada di belakang. Si Caybella turut membantu.
Kami berdua memindahkan cikgu ke keluar dan membaringkannya di luar. Aku menyuluh kepalanya, ada luka di dahinya. Tidak pasti lukanya besar atau tidak kerana kepalanya dipenuhi darah merah. Di tangannya juga ada darah. Kenapalah dia tidak bagitau dirinya cedera?
"Bell, kau tahu ke nak buat apa ni?" tanyaku pada si Caybella.
"Inilah masanya aku guna apa yang dipelajari selama ni menyertai PBSM" jawapan Caybella melegakan aku.
Aku bab ni memang tiada kemahiran. Jadi aku bergantung pada Caybella sahaja la setakat ni. Makanya aku adalah jururawat dan Caybella adalah doktornya. Aku bersedia dengan apa saja arahan dari Caybella.
"Ambilkan air mineral, kita basuh lukanya dulu" ujar Caybella.
Aku segera mengambil air mineral dan ku berikan padanya. Caybella mencuci luka tersebut.
"Lukanya tidak dalam, tapi mungkin disebabkan serpihan cermin yang pecah tadi menekap di dahinya ini" jelas Caybella.
Dia terus membersihkan lukanya. Luka walaupun tidak dalam tapi agak banyak, mungkin itu menyebabkan darahnya banyak mengalir keluar. Caybella mengeluarkan pecahan kaca dari dahi kanan cikgu dengan berhati-hati. Aku berkerut dahi risau. Aku doakan semoga cikguku tiada apa-apa walaupun dia masih tidak sedarkan dirinya.
Aku terus membantu Caybella merawat cikgu seadanya. Kepala cikgu sekarang dibaluti oleh kain pelikatnya sendiri. Itu saja yang rasanya sesuai untuk membalut kepalanya. Mujurlah First Aidnya agak lengkap. Kemudian kami berdua memindahkan cikgu ke tempat duduk penumpang tempat yang aku duduki sebelum ini.
Matahariku
Keira masih lagi merayu untuk membenarkan kawannya ikut sama sekali. Mataku meliar melihat persekitaran. Aku perlu sentiasa awas. Apa yang aku duga, aku terlihat sekelopok beberapa orang lelaki membawa beberapa objek keras. Nampak seperti kayu golf dan kayu base ball. Tiba-tiba salah seorang dari mereka bertindak memecahkan cermin pintu menggunakan kayu golfnya. Diikuti oleh yang lainnya.
Melihat keadaan itu, aku langsung tidak berminat dengan aksi tersebut. Aku segera membuka lock kereta dan membenarkan Kiera dan kawannya masuk bersama. Kiera yang masih terkejut dengan bunyi hentaman cermin pecah itu segera masuk dalam kereta.
Aku cuba menghidupkan enjin kereta. Aduh, masa ni pulak buat tak mau start pula enjin kereta. Salah seorang dari mereka terpandang keretaku. Mungkin kerana terdengar Kiera menutup pintu kereta tadi. Dia meluru berjalan bersama seorang lagi rakannya. Aku terus berusaha mengidupkan enjin. Aku agak panik. Sehingga kunci kereta ku tercabut dari lubang kunci. Aku segera meraba di lantai kakiku.
"Gu cepat gu....cepat gu" suara cemas Kiera mendesakku.
Situasi semakin cemas.
Aku berjaya mendapat balik kunci keretaku. Dua lelaki itu semakin dekat. Aku masukkan semula kunci kereta....
"Cikguuuuuuuuuuuuuuu!" Kiera menjerit di sebelahku.
Peaaaachhhhhhh!.... salah seorang lelaki itu memukul cermin keretaku sebelah tempatku sehingga pecah. Baru dia nak menghayun kali keduanya, aku berjaya menghidupkan enjin keretaku. Dengan cepat aku gunakan gear reverse. Dia berlari mengejar. Aku membelok sambil mengundur, dan ku tukar kepada Drive memajukan keretaku meluncur ke hadapan.
Aku menekan pedal minyak sepenuhnya. Keretaku meluncur pergi meninggalkan kawasan Stesen minyak. Ahhhhhh Lega.....
"Cikgu, cikgu ok ka?" tanya Kiera padaku.
"Ok kot, dah kata kan? Kena berhati-hati... awak dah nampak mereka tu semua manusia terdesak" suara ku keras menjawab kerisauan Kiera tadi.
Kawannya hanya diam di belakang.
"Sorry gu, cikgu betul-betul ok ka" ulang Kiera masih bimbangkan aku.
Aku meraba kepalaku, dahiku sedikit rasa basah. Aku lapkan pada seluarku. Aku tidak mahu Kiera tahu. Dapat aku rasakan sesuatu mengalir dari dahiku dan meleleh di pipi kananku. Sah aku tercedera kena dengan pukulan tadi tu. Aku tidak tahu, luka tersebut teruk atau tidak. Setahu aku, luka dalam awalnya tidak mendatangkan rasa sakit mengejut. Tidak seperti luka hirisan, sakitnya terasa terus.
Ep27
Matahariku
Suasana gelap yang samar itu, akhirnya seperti wujud sinaran bulan. Anak mata hitam membesar, cuba menyerap sebanyak mana cahaya yang ada. Sinaran bintang menjadikan sekeliling nampak samar-samar seperti sinaran bulan. Langit jelas kelihatan.
Aku menyelimuti cikgu dengan selimutku. Aku tidak mahu dia kesejukan. Setakat ini dia telah menyelamatkan kami berdua, maka dia telah jadi hero la juga. Tidak mahu menganggu keadaan cikgu di dalam kereta aku dan Caybella bersembang di luar.
"Macam mana kau boleh rapat dengan cikgu hensem ni Kiera? Kau awek dia ke?" Caybella bertanya padaku dengan soalan tidak teragak-agaknya.
"Entah, kami ni jiran, dia menyewa rumah di sebelah rumahku" balasku bersahaja.
"Awak tak jawab lagi soalan aku sepenuhnya tu" usik Caybella padaku.
"Awak tanya macam mana boleh kenal kan?" balasku
"Ala, ngelak le tu, pasti betul kan? Awak ni awek dia" Caybella mengusik lagi.
"Ish awak ni, mana ada" nafiku.
Dah memang tiada apa hubungan. Nak ngaku mendenya pulak?
"Eleh, dalam hati mesti ada rasa suka kan... kan..." usik si Caybella lagi.
"Wei tada la, dia hanya cikgu aku tau!" balasku tegas.
"Betul tada apa-apa! Aku masuk line boleh?" usiknya lagi.
"Ikut engkau la, kalau kau boleh blah dengan perangainya" balasku geram dengan usikannya.
"Betul ni? Tak nyesal" dia usik lagi.
"Takkkkk" aku malas layan usikkannya.
Minah ni, kalau tak usik aku memang tak lengkap dunianya. Dari kenal dia dulu, perangai tak habis-habis pengusik. Itulah yang membuatkan kami berdua ni akrab. Entah macamana kebetulan sungguh terserempak dengannya. Takdir kot?
"Ohookkk...Ohokkk....." terdengar suara cikgu terbatuk.
Aku segera mendapatkannya.
"Cikgu relak, tenang cikgu, rehat dulu ya" ujarku menenangkannya.
Ep28
Matahariku
Minah bernama Caybella ni selain pengusik, orangnya comel dan periang. Sebab itulah aku suka bergaul dengannya. Berbeza dengan watakku yang lebih serius. Bila bersamanya aku merasa seronok sebab dia selalu menghiburkan aku. Bila aku balik rumah, aku jadi murung. Tambah lagi semenjak dia berpindah sekolah kami jarang-jarang berhubung.
"Ada apa di kepala aku ni?" tanya cikgu Pires
"Cikgu tak sedarkan diri tadi, mujur sahabat Kiera ni ada bakat dalam PBSMnya, dialah yang merawat cikgu" ujarku sengaja melambungkan sahabatku yang pastinya tengah tersenyum.
"Oh ya ke? Terima kasih la pada dia" ucap cikgu.
"Saya Caybella, ini teman baik saya dari sekolah menengah" ucap Caybella memperkenalkan dirinya dengan tidak segan silu.
"Nah, makan paracetomol ni gu, ini airnya" aku menyerahkan dua biji ubat padanya.
Dia menelan ubatnya dan meminum air yang aku berikan.
"Romantiknya" suara si nakal Caybella menyampuk di belakangku.
Cikgu hanya diam. Tak tahu dia dengar atau tidak. Ye la dia bukannya manusia yang ada perasaan.
"Caybelllaaaaareeee...." aku menunjukkan kegeramanku dengan usikannya.
"Okayla Kiera terima kasih bantu cikgu, terima kasih juga pada apa nama tadi....Kagila ye?" ucap cikgu.
Padan muka kau Caybella.
"Eh, Caybella la cikgu" aku membetulkan nama yang di sebutnya.
Sambil tu aku tak tertahan nak tergelak. Aku tahu cikgu memperlinya. Mungkin itu juga caranya melepaskan kegeramannya juga.
"Cikgu awak ni nakal juga ya Kiera?" ujar si Caybella sengaja.
"Owh sorry, Caybella ya, orangnya mesti secantik namanya juga kan?" balas cikgu.
Si Caybella mesti bangga orang cakap macam tu. Cikgu ni pun, kepala cedera pun nak juga bergurau. Dengan aku dia tak bercanda pun. Benci tul. Ke dia dah tak betul kena ketuk kat kepala dia tu?
"Ofkos, kan Kiera" Caybella pula mengedik.
"Iye cantik orangnya gu, boleh buat calon isteri cikgu terus" ujar ku geram.
Kedengaran cikgu gelak. Baru tu aku tengok dia terhibur. Kami bertiga pun gelak bersama. Tapi, hati perempuanku tiba-tiba rasa tergugat. Entahla, aku cemburu ke apa ni? Perlu ke aku cemburu?
Matahariku
Suasana yang kelihatan sentiasa malam. Gelap. Tapi jika menadah ke langit, keindahan langit jelas kelihatan. Dengan kilauan bintang menyinari ke bumi. Saat inilah kesyukuran perlu diterjemahkan. Masih bernafas dan masih mampu menikmati rasa.
"Kiera, tolong ambil sesuatu dari belakang kereta, dan hamparkan di kawasan lapang di sana" arahku pada si Kiera.
"Cikgu nak buat apa?" tanya Kiera kebinggungan.
"Cikgu nak santai kat luar" balasku.
"Cikgu kan masih cedera tu, cikgu berehatlah dulu" Kiera seperti kurang setuju.
"Kau nak aku berehat kan? Itulah cara aku berehat" balasku.
"Jom Cay, tolong Kiera" si Keira mengajak temannya membantunya.
Mereka berdua melakukan seperti yang aku suruh. Keduanya saling membantu menghamparkan tikar kecil di kawasan lapang. Dan Kiera kembali kepadaku membantu aku ke tempat yang disiapkannya. Aku pun segera membaringkan badanku di atas tikar beralaskan rerumputan. Ahhh lega. Mana kala kedua gadis itu duduk sebelah ku. Hanya aku yang berbaring.
Mataku tidak berkerdip menadah ke langit. Ku nikmati keindahan itu. Aku teringat masih ada sesuatu yang kurang.
"Keira, kau pergi ke ambil sebotol wiskey bawah seat memandu, ambilkan cawan sekali ye" arahku pada si Kiera lagi.
Tanpa bantahan si Keira bergerak semula ke kereta mengambil apa yang ku arahkan. Dia kembali bersama sebotol wiskey dan cawan. Kemudian aku bangkit dan duduk. Aku tuangkan wiskey ke dalam cawan dan aku tuangkan ke dalam kerongkongku.
"Pehal dengan cikgu kau ni Kiera?" bisik Caybella yang menyangka aku tidak mendengarnya.
"Nak tau, tanya sendiri" aku dengar Kiera membalasnya.
"Kau berdua tak minum sekali?" tanyaku.
"Errr... takk la gu" balas Kiera.
"Ehhh... boleh juga" ujar si Caybella.
Selambe pulak budak tu. Dahla masih bawah umur. Aku ajak-ajak ayam je pun tadi.
"Mana boleh, kita kan masih sekolah lagi" ucap Kiera.
Aku hanya tersengih.
"Sekolah apa bendanya Kiera wei, sekarang ni pun kita tak tahu bila kita akan mampus tau, bukan pasal nak sekolah lagi dah" si Caybella tampak lebih menyedari keadaan.
"....err, lantak kau la Cay" ujar Kiera dengan nada tidak puas hati.
Aku menuangkan wiskey ke dalam cawan dan ku hulurkan pada si Kiera. Dia melihat saja. Memandangkan dia tidak mengapai cawan itu, aku hulurkan pula pada si Caybella. Caybella tidak teragak-agak dan gapai cawannya. Dengan segera Kiera merampas cawan tersebut dan terus meminumnya tanpa berkata apa-apa.
"Eleh, tadi kata tak mau" ujar si Caybella.
Ku tuangkan lagi secawan dan ku hulurkan pada si Caybella pula. Dia mengambilnya dan terus minum.
"Ok, sekarang cikgu nak baring, kalau nak join sekali, seorang baring sebelah, seorang lagi kat sebelah, tikar ni kecik jer" ujarku sengaja.
"Cikgu nak buat apa ni, sebenarnya?" tanya si Kiera
Aku diam tidak membalas pertanyaannya. Tidak lama kemudian, si Caybella terus berbaring di sebelahku. Aku hanya diam.
Beberapa ketika, si Keira pun turut berbaring di sebelahku.
Ep30
Matahariku
Bintang-bintang bergemerlapan sana sini. Sekarang malam atau siang sudah tidak dapat dikenalpasti melainkan melihat telefon. Sekali-sekala melihat tahi bintang melintas. Pemandangan yang menarik. Kalau dulu, melihat tahi bintang melintas, memang cepat-cepat buat wish. Nak wish apanya? Kalaulah dapat wish, aku nak matahari wujud balik.
"Cikgu, pasal apa cikgu bagi kami berdua minum wiskey?" tanya si Kiera di sebelahku.
"Kenapa? Secawan tu sudah bagi kau mabuk ke?" tanyaku semula.
"Tak mabuk, tapi pening-pening sikit" balas si Caybella.
"Dah diam, dongak je ke langit tu" ujarku.
Aku sebenarnya nak menenangkan diri. Nak tenangkan minda. Mujurlah mereka berdua membantu merawatku. Kepala ku rasa lega la juga.
"Cikgguuuu, kenapa bagi wiskey tu?" si Kiera tak puas hati.
"Kenapa kau minum?" tanyaku.
"Cikgu bagi, kami minum je la" balas Kiera mempertahankan dirinya.
Si Caybella hanya diam. Mungkin dia ingin mendengar dulu apa yang dibicarakan.
"Kau ingat cikgu berniat jahat ajar kau minum wiskey?" ujarku
"Takde la macam tu, kan kami ni bawah umur" jelas Kiera.
"Dah tahu bawah umur, yang kau minum juga pehal?" usik ku lagi sengaja nak panaskan hati Kiera.
"Cikgu tu, dah la cikgu, dah tahu kami ni bawah umur bagi juga pehal" si Kiera tidak mahu kalah.
"Salah cikgu ye?" balasku lagi.
"A a la, cikgu le yang salah" ujar Kiera.
"Baiklah, kalau macam tu, jangan panggil aku ni cikgu dah" balasku
"Habis tu nak panggil apa?Setan?" Keira mendebati aku.
"Ikut suka kau la" balasku.
"Ishh, Kiera awak ni tak baik tau, cakap macam tu kat cikgu sendiri" tegur si Caybella sengaja nak ambik hati aku la konon.
"Cikgu menda nya? ajar anak murid benda tak betul" Kiera lagi-lagi mempertahankan hujahnya.
"Semua benda kau nak pikir jahat jer ye?" suaraku tegas, sebab aku rasa Kiera dah salah anggap.
Eyela, pasti la dia salah faham, sebabnya dia kan masih remaja dan belum mengerti erti kedewasaan dan kematangan. Tambah lagi mood perempuannya yang tengah bocor.
"Habis tu bagi minum tu kenapa?" Kiera masih bebal.
"Kiera, saya faham kenapa, tapi biar cikgu jelaskan" celah Caybella.
"Apa penjelasannya bagi budak perempuan bawah umur minum minuman keras, ikut akta dia boleh kena saman dengan parents tau" Si Keira mendebat dengan kepala kerasnya.
Ep31
Matahariku
Aku sengaja bagi mereka minum. Suhu menurun dengan cepat. Wiskey tujuannya untuk memanaskan badan. Cuma budak ni, tau la pemikiran cetek. Tapi aku tau benda yang aku buat tu salah. Bagi budak bawah umur minum alkohol. Hanya aku malas nak menjelaskan. Takkan semua benda nak jelaskan. Langsung tak matang pemikirannya. Tapi budak Caybella ni, pun semacam bagi tak tolak langsung. Redah jer dia.
"Nak cikgu jelaskan juga" Ujar Kiera lagi.
Tak habis lagi dia nak tanya.
"Kau bagi aku santai nak nikmati keindahan sekarang ni boleh tak?" balasku.
"Kenapa erk?" Si Caybella menyampuk.
"Baiklah, suhu menang tengah menurun mendadak, makanya kita akan kesejukkan, Wiskey tu tujuannya nak bagi panaskan sikit suhu badan korang" jelasku malas nak banyak songeh.
"Iye ke?" si Kiera masih tak puas hati.
"Owhh, macam tu" ujar si Caybella.
"Kalau masih tak paham, google sendiri" aku saja menyakat.
"Mana ada internet gu" ujar Kiera.
"Itu masalah kau" balasku lagi.
"Hisshhh cikgu ni arrr" Kiera merengus tak puas hati.
"Sekarang aku bukan cikgu kau dah Kera, eh salah Kiera" aku sengaja mengusik si Kiera.
Kedengaran gelak tawa si Caybella mendengar aku menyakat si Keira.
"Kau diam lah, Bella" Kiera melepaskan geramnya pada Caybella pulak.
"Kau kata budak ni kelaparan masa kat stesen minyak tadi kan?" tanyaku.
Yang pasti soalan itu kutujukan pada Kiera.
"A a la, kau lapar tak mangkuk?" Keira bertanya pada sahabatnya itu.
"Bila masa aku kata kelaparan ni Kiera?" Caybella mempersoalkan perihal kelaparannya.
"Jadi si gila ni tak lapar la ye?Keiraaaaaa......" aku menunjukkan kegeramanku pula.
"Kau... kan kelaparan tadi kan, kau kata tak makan langsung masa kita jumpa kat stesen minyak tu" Kiera cuba pertahankan kenyataan asalnya.
"Mana ada, tak baik tau tipu cikgu awak tau Kiera" ujar Caybella.
Aku malas nak nyampuk. Aku diam jer dengar apa yang dorang berdua ni cakap.
"Kalau aku tak cakap macam tu, cikgu takkan kesian kat kau, takkan nak bawa kau sekali" ujar Kiera terus terang.
"Tapi sekarang rasa lapar la pulak" ujar Caybella menukar topiknya.
"Hurmm, kat belakang kereta ada dapur gas mini, reti guna tak?" aku menyampuk.
"Ala benda senang kot" balas Kiera.
"Kalau macam tu, dalam beg aku, ada maggi cup, cari air mineral dan masak untuk kita bertiga" aku beri arahan lagi.
"Yo, Kiera idea baik tu, jom" ujar si minah Caybella ni.
Mereka berdua segera bangkit meninggalkan aku di situ. Tidak lama kemudian mereka berdua menyediakan air panas untuk sarapan atau makan malam aku pun tak tahu sekarang ni masanya bila.
Ep32
Matahariku
Aku Caybella. Rakan kepada Kiera. Kami terputus hubungan kerana aku berpindah sekolah. Masa tu, Kedua-dua orang tuaku meninggal kerana kemalangan jalan raya. Oleh sebab itu aku, terpaksa berpindah ke sekolah desa. Tinggal bersama datuk dan nenekku. Tak sampai setahun tinggal bersama, mereka berdua pulak meninggalkan aku, akibat jangkitan Covid-19 setahun lalu.
Jadi aku menumpang di rumah makcik satu-satunya saudara ibuku. Tapi mereka hidupnya susah. Makcikku tu kawin muda, Anak-anaknya semua lelaki. Semua mereka lebih tua dariku. Dua darinya, jadi tahi dadah. Salah seorang tahi judi. Dua lagi sudah berhenti sekolah dan tidak bekerja. Yang sulung dan kedua entah menghilang ke mana berhijrah setelah ayah mereka meninggal.
Part ni malas nak cerita. Pada mulanya, semua nampak ok. Mereka melayan dengan baik. Tapi lama-kelamaan mereka mula tunjuk perangai. Dalam masa yang sama, aku terpaksa berhenti juga sekolah. Sebabnya, tiada yang bantu belanja persekolahan. Aku cuma mampu bantu makcikku berniaga di gerai kuihnya. Makcikku sebenarnya yang masih menyara anak-anaknya yang tidak bertanggungjawab.
Ya, aku seorang gadis yang nampak ceria di luarnya. Dalaman ku tiada seorang yang tahu. Berbalik kepada makcikku, seharian dia berniaga kadang tiada jualan langsung. Tambah lagi situasi pandemik, pelanggan pun semakin kurang. Aku heran juga, dia balik rumah, tidak sekalipun dia marah pada anak-anak yang tidak membantunya. Mereka semua layan perkara masing-masing. Apakah mungkin dia sudah semak dengan situasi atau macam mana saya tidak punya alasan masuk campur. Lagipun aku hanya penumpang.
Akhirnya, makcik aku juga meninggal akibat covid-19. Apakah aku pembawa nasib malang pada semua orang? 5 orang yang aku sayangi pergi meninggalkan aku dalam masa yang tidak berselang lama.
Setelah kematian makcikku, kat situlah nerakaku bermula, mereka beradik menjadikan aku sebagai orang asuhan kat rumah. Memasak, cuci pakaian dan sebagainya kerja rumah lain.
Dan yang terakhir menjadi punca aku melarikan diri, adalah cubaan merogol salah seorang dari mereka. Tu pun nasib baik dia sedang khayal di bawah pengaruh dadah. Kesempatan itu aku gunakan untuk melarikan diri.
Kebetulan semua tiada di rumah masa itu, kecuali si pencuba merogol tadi. Aku dengan nekad, pergi dengan mengambil duit simpanan makcikku yang disembunyikannya selama ini di bawah rak dapur. Hanya aku yang tahu dia menyembunyikan di situ.
Maka dengan itu aku berniat untuk kembali ke kota, mencari si Kiera satu-satunya sahabatku. Entah bila sampai di kota, keadaan sudah jadi huru hara akibat hilangnya mentari. Kenapa tak mesej Kiera? Aku sendiri dah tiada telefon. Aku bergantung harap pada ingatanku untuk mencari semula si Kiera.
Ep33
Matahariku
Aku tiada pilihan lain. Aku betul-betul nekad melarikan diri dari rumah arwah makcikku. Makcikku baik orangnya. Namun, kegagalan dia mendidik anak-anaknya setelah suaminya meninggal dulu menjadi punca rosaknya institusi keluarganya. Tambah pula, mata pencarian utama mereka adalah pakcikku, suaminya. Itu menjadikan mereka hidup dengan porak peranda.
Berbalik kepada perlarianku. Semasa aku tercari-cari rumah si Kiera, itu yang aku singgah di stesen minyak. Kerana suasana sudah gelap gelita, yang ada cahaya adalah stesen minyak tu sahaja. Aku pun ingat tak ingat juga laluan ke rumah si Kiera. Aku cuma pernah beberapa kali ke rumahnya dulu.
Mujurlah, Tuhan masih memberi peluang aku bertemu dengan Kiera. Kebetulan yang tidak dirancang, kami terserempak di stesen minyak. Dia tidak teragak-agak mengajak aku menyertainya. Dialah satu-satunya sahabat bagiku. Walaupun wajahnya selalu serius, tapi keserasian persahabatan kami yang dulu tidak pernah berbelah bagi.
Aku bercita-cita jadi seorang doktor. Oleh itu, aku sangat berminat dengan apa saja berkaitan medikal. Aku pernah menyertai PBSM untuk semata-mata kerana minatku. Tapi sayang semua itu tidak mungkin jadi kenyataan.
"Wei jauh kau mengelamun, air panas tu dah mendidih" suara si Kiera mengejutkan dari lamunanku.
Aku tahu juga serba-serbi kehidupan si Kiera, keluarganya pun bukan keluarga bahagia. Sebab itu aku selalu menghiburkannya. Entah macam mana dia kenal dengan cikgu yang tampan tu, dah la orangnya pun boleh dikatakan baik. Melindunginya sehingga kini, aku pula jadi orang ketiga menumpang hidup mereka.
"Keira kau suka tak dengan Cikgu Pires tu?" aku sengaja mengusik Kiera.
"Kau nak sangat ambik la, tak ingin aku" balas si Kiera.
Sambil menyediakan mee segera tu, aku sengaja memprovokasi temanku ini. Biasanya dia kata tidak untuk benda yang dia suka. Selalu macam tu, lepas tu melepas kat orang lain. Dia ni memang sangat ego.
"Betul ni? Tak nyesal?" aku sengaja lagi.
"Dia cikgu aku la, mana mungkin nak ada perasaan gitu semua" ujar Kiera.
Si cikgu tu masih santai berbaring mendongak ke langit. Apa yang dia fikirkan pun tak tahu.
"Woi, dah siap belum? Lapar ni..." cikgu tu terpekik kat dataran luas tu.
Ep34
Matahariku
Apakah akan jadi dengan esok? Siang dan malam pun tiada beza, esok itu bagaikan tidak akan pernah muncul lagi. Suasana dingin di luar, ditambah lagi hembusan angin yang menyapa kulit yang tidak bersembunyi. Kesejukannya sudah terasa. Walapun negara ini beriklim panas, kesejukan seluruh dunia akan menjadi sekata.
Bercerita dengan apa yang akan terjadi seterusnya, apa sedikit sebanyak yang aku paham. Iklim dunia akan berubah mendadak. Daya graviti atau ikatan pada matahari sebelum ini sudahpun terputus. Ini pasti melonjakan bumi jadi jasad gentayangan di ruang angkasa.
Bumi akan terus bergerak terlempar terus meniti garis lurusnya. Pergerakan itu akan terus menerus sehinggalah bumi akan bertemu dengan kekasih barunya yakni bintang lain untuk mengikatnya seperti ikatan kasihnya dengan sang mentari sebelum ini. Itupun bernasib baik jika tidak berlanggar dengan planet lain mahupun objek besar yang bergentayangan di luar angkasa. Tapi ini hanyalah teori saintis jer.
Bagi proses atau perjalanan bumi itu akan mengambil masa ribuan tahun takpun jutaan tahun untuk bertemu kekasih barunya. Pada waktu itu mungkin semua hidupan sudah mati kebekuan akibat kesejukan dan pembekuan tanpa sinar mentari. Mungkin yang tinggal hanya hidupan yang berdaya tahan dalam situasi suhu terlampau. Selebihnya akan hanya meninggalkan wasiat yang dinamakan DNA. Berharap alien memperoses arkibnya semula menjadi hidupan yang baru.
Mengikut teori saintis, suhu akan terus mendadak menurun. Daya tahan manusia secara normalnya boleh mati jika suhu di luar antara 25 darjah celsius sehingga 55 darjah celsius. Iklim terlampau sejuk ini pasti akan membekukan kita semua. Satu-satunya peluang adalah mencari tenaga yang dipanaskan oleh perut bumi yang dipanggil geoterma. Kerana perut bumi secara semulajadinya memang panas di dasarnya.
Di negara ini suatu destinasi saja yang menjurus kepada kawasan yang ada tenaga geoterma. Apakah mungkin kami mampu sampai ke sana untuk bertahan hidup sebelum menunggu mati yang pasti.
"Nah gu, maggi" ujar Kiera sambil menyerahkan secawan mee segera padaku.
Aku menyambutnya cawan meenya . Sambil mereka berdua duduk di sampingku. Kami bertiga menikmati mee yang masih panas itu dengan rasa syukur. Tanpa meninggalkan sisa di dalam cawannya.
"Apa benda korang sembang kat sana tadi?" aku bertanya kerana aku dengar mereka berdua berbisik-bisik di sana tadi.
"Ehhemm Kiera......kata...." belum habis ayat si Caybella telah dicantas Kiera pula.
"Caybella..... kau jangan nak macam-macam arrr..." cantas Kiera.
"Ok... Ok... aku diam, tapi nak tanya cikgu la pulak" usik Caybella.
"Tanya je la, jangan tanya soalan apa nak keluar exam tahun ni dah la" balasku.
"Betul cikgu, janji cikgu terbuka ye" ujar Caybella.
"Cayyyyyy... kau ni kan?" si Kiera semacam geram dengan Caybella.
Ep35
Matahariku
Aku tergelak kecil dengan karenah dua gadis itu. Sepanjang aku bersamanya sebelum kehadiran Caybella, dia seorang yang agak berlagak dan angkuh. Tapi sekarang dia sedikit berubah. Mungkinkah hadirnya sahabat pengusik dia ni menyebabkan dia kembali ceria. Nasib baik juga budak sekor ni tak macam perangai dia sangat. Sedikit lebih terbuka dan seorang periang.
"Haaaa, tu ada tahi bintang lalu, Cay buat wish jom" ujar si Kiera yang pasti peluangnya menukar topik si Cayabella tadi.
Pancaran pantulan tahi bintang itu yang pasti bukan dari matahari. Ia mungkin pantulan dari bintang-bintang lain di angkasa.
"Nak wish apa tu?" balas Caybella.
"Wish lah apa saja" ujar Kiera dengan suara yang sedikit ceria.
Aku turut rasa selesa dengan kegirangan dua gadis ini. Aku lupa kepalaku yang tercedera.
"Aku nak wish kau couple ngan cikgu, nak?" usik Caybella.
"Apa? Awak ni kan... " balas Kiera sedikit intonasi kegeraman.
Aku buat tak dengar. Tapi layan jer la apa budak dua ekor ni nak sembang. Terhibur juga aku dibuatnya.
"kabulkan doaku... Oh Tuhan" ucap Caybella.
"Cay, jangan la macam tu, malu kat cikgu tau" si Kiera bangun dan terus berjalan ke arah kereta.
Merajuk dengan usikan sahabatnya.
"Wei, wei...nak pergi mana? Orang usik je la" suara si Caybella bangun dan mengejar langkah kawannya itu.
Lantak korang la. Aku nak rehat cukup-cukup. Lepas ni, nak cari jalan pergi ke arah kawasan pembangunan tenaga georterma.
Salah satu tenaga kawasan yang ada geortema adalah terdapat di timur negara ini. Berpandukan kedudukan semasa kini, tempat itu akan mengambil masa lebih 14 jam. Itupun jika tiada halangan. Tempat tersebut telah mula dikomersilkan pada 2018 lagi. Agak baru dan pasti tidak ramai yang mengetahuinya.
Apa itu Tenaga Geoterma? Tenaga geoterma ialah tenaga yang dijana daripada haba yang berasal dari dalam bumi. Biasanya haba dari dalam bumi dialirkan hampir ke permukaan oleh mata air panas . Selain mata air panas, medium-medium lain yang menjana haba dari dalam bumi ialah takungan hidroterma lain, air garam yang mengalami geotekanan, batuan kering panas dan magma atau larva.
Berjaya atau tidak sampai di sana bergantung kepada nasib dan keadaan yang harus dilalui. Bekalan minyak mungkin mencukupi. Kerana aku sengaja membeli lebih bensin. Untungnya membeli kereta SUV belakangnya agak luas. Tapi ruangan di belakang menjadi sedikit sempit.
Aku berharap budak dua orang ni tidak mendatangkan masalah padaku. Harap tak la. Setakat ini, mereka ok jer. Hurmm. Aku nak sambung rehat dulu. Mereka berdua tu, pandai-pandai la jaga diri. Aku mencuba untuk melelapkan mata. Membalut diri di luar itu dengan selimutku.
Ep36
Matahariku
Aku terbangun. Dua gadis baring sebelah menyebelahku. Tangan dan kaki Kiera menjadikan aku sebagai bantal peluknya. Perhh, macam mana aku nak bergerak ni? Dah kedua-duanya berdengkur macam bunyi lohong serombong kapal. Aku kawal pernafasku, dengan perlahan aku mengalihkan tangan dan kaki budak Kiera ni.
Entah apa dalam pemikiran budak ni? Adakah dia sedar dirinya berbuat demikian. Aku tidak pasti. Adakah dia juga mabuk ke apa entah?
Aku melihat sekitar dengan samar-samar. Aku gapai botol whiskey, aku buka penutupnya dan aku tuangkan dalam mulutku. Aik? Habis! Takkan budak dua ekor ni melanyak whiskey ni sampai kering. Aku guna untuk panaskan badan. Hampeh betul la budak dua ekor ni.
Perlahan aku bangkit dari tempatku berbaring, meninggalkan mereka berdua yang masih nyenyak tidur dan menuju ke arah keretaku. Kepalaku dah tak sakit. Aku lepaskan pembalutnya. Mujur juga mereka berdua ni tau benda nak buat. Kalau tak mungkin lukaku mungkin sudah terinfeksi. Aku buka pintu kereta. Aduh berkunci pulak. Siapa simpan kunci ni?
Aku berpatah balik ke tempat mereka berdua. Aku perlahan menyeluk saku Kiera, mencari kunci. Dia mengalihkan badannya pulak. Tangan aku tersangkut berada dalam poket seluarnya. Aduh!
Kiera tersedar ada sesuatu dalam poketnya. Dia memandangku dan baru dia nak menjerit. Aku cepat-cepat menutup mulutnya.
"Cikgu cari kunci la" ujar ku separa berbisik.
Dalam tak sedar, si Caybella sudahpun duduk tercengang melihat tanganku yang masih berada dalam poket Kiera. Dia tidak berkata apa-apa, cuma diam memerhatikan.
Aduh. Tak pasal mereka berdua ni boleh salah paham dengan aku. Macam mana nak jelaskan pulak?
"Kenapa tangan cikgu kat situ?" ujar Kiera.
Aku cepat-cepat mengeluarkan tanganku yang masih tersangkut kat poket seluar Kiera dengan bantuannya.
"Iyela cikgu nak cari kunci, cikgu kira tak mahu ganggu kau berdua tengah tidur" jelasku.
"Tak mahu ganggu ke mengambil kesempatan?" usik Caybella.
"Betulla, cikgu nak cari kunci kereta la" balasku.
"Awak patut biarkan je tadi Kiera, baru tahu apa yang sebenarnya cikgu awak nak buat" Caybella terus menambah garam lagi.
"Kunci dalam cawan tu" ujar Keira.
"Mana?" aku tiada idea nak tanya apa.
Mengelabah sebenarnya.
"Tu dalam cawan tu la cikgu" ujar Kiera lagi.
Aku mengambil cawan dan mendapatkan kunci di dalamnya. Aku terus bangkit dan berjalan menuju ke kereta. Aku ambil rokok dalam dashboard dan aku menyalakan api rokok dan menyandar di belakang kereta.
Aku mendengar budak dua ekor tu bersembang entah apa. Ermm lantak korang nak pikir apa. Apa yang penting aku tidak berniat pun nak buat benda tak senonoh. Aku ambik kunci jer la. Mangkuk.
Ep37
Matahariku
Aku sudah tidak tahu sekarang ni waktu siang atau malam. Sudah keliru. Malam ke, siang ke, semuanya nampak gelap gelita. Tapi tak la gelap gelita sangat. Perubahan penerimaan cahaya dari anak mata mula dapat membesar untuk sinaran cahaya dari bintang-bintang. Nampak samar, tapi boleh nampak la walaupun tidak berapa jelas.
Aku jentik rokok yang apinya sudah mendekat dengan puntungnya. Aku kira bersiap nak mengajak budak dua orang tu memulakan perjalanan. Setakat ini kondisi kereta 4WD aku tu masih dalam keadaan baik walaupun kereta terpakai.
"Wei, kemas semua barang. Kita nak bertolak ni" aku separa menjerit memanggil mereka berdua untuk bersiap.
"Baik gu" keduanya spontan menjawab serentak.
Aku masuk ke dalam kereta dan menghidupkan enjinnya. Sambil menunggu mereka berdua tu bersiap, aku memanaskan enjin kereta. Aku buka lagu menggunakan pendrive yang tersambung ke soket USB keretaku.
Perjalananan ini pasti akan meletihkan. Berharap bekalan mencukup sehingga sampai di sana nanti. Kalau tak, kena singgah di mana-mana kawasan yang selamat untuk membeli atau mencari makanan hutan tepi jalan. Dalam keadaan macam ni, nampak apa sahaja buahan tepi jalan sapu je la nanti. Halal haram, minta-minta tuan punya tidak berkira sangat la.
"Wei tak siap-siap lagi ke?" aku semakin tidak sabar untuk memulakan perjalanan.
"Jap gu, Kiera bertukar dulu, ermm orang perempuan gu kan" balas Caybella.
"Kalau ye pun cepat sikit la" aku sengaja menekan supaya Kiera mempercepatkan perihal peribadinya.
"Kita nak pergi menuju kemana gu?" tanya Caybella.
"Kita akan menuju ke arah barat, di sana ada kawasan pembangunan geoterma" jelasku.
"Dah siap, jom" celah Kiera, serentak dengan itu dia menutup pintu sebelah kiri itu.
"Kenapa dengan Geoterma gu, ada apa kat kawasan tu?" tanya Caybella.
"Kau tau tak geoterma tu apa?" Kiera menyampuk.
"Kau tau ke Kiera?" Caybella membalas.
"Tak tau apa pun, sebab tu tanya" balas Kiera.
"Gi la google" aku saja mengusik.
Aku tahu mana ada internet lagi masa ni. Korang dulu berlagak sangat, dengan internet semua boleh dapat jawapan. Haaa kini? Kalau ilmu tiada di dada, mende korang nak cari jawapan? Sebab tu lah, cikgu-cikgu pesan, carilah ilmu sampai ke negeri China sekalipun. Sebab ia akan berguna bila dalam keadaan terdesak begini.
Aku menukar gear ke 'D' dan membawa kembali kereta ke jalan tar.
Ep38
Matahariku
Alahai, tidak juga kehidupan menunggu mati ini keboringan dengan adanya dua gadis manis ini. Apa yang pasti perjalanan ini pasti mencabar. Samada sampai di pengakhirannya atau tidak, itu sudah belakang kira. Selagi bernafas selagi itulah kehidupan ini harus diperjuangkan.
Aku sebenarnya tidak pasti jalan yang betul. Di masa ini lah kemahiran mengikut kemahiran ilmu falak yang aku pelajari selama ini. Nak bertanya pada dua budak ni, lagi cepat agaknya neraka dan syurga kirim salam. Nasib baik juga perangaiku jenis orang yang suka mencari ilmu. Eh terbangga diri pula.
Tak tahu, jalan ikut arah bintang jer. Tapi betul atau tidak, rasanya salah juga. Bumi bukannya statik dah. Pastinya bumi sudah mula berputar atau bergentayangan dalam ruang angkasa. Cuma kelajuannya masih tidak kita ketahui. Mujur bumi masih ada atmosfera dan juga medan kutub selatan dan utara yang menjadi medan magnetik bumi. Medan mangnetik ini pasti lebih kuat dari sebelumnya. Ini kerana ikatan antara bumi dan matahari sudah terpisah.
Hubungan bumi dan bulan pula?Adakah bulan dan bumi masih lagi berpasangan kini? Kalau ya, situasi memungkin bulan lebih rakus menarik pasang surut air di lautan. Ini sudah pasti menarik bentuk bumi seperti bujur telur. Tarikan graviti bulan membujur telur ke arahnya. Tsunami mungkin akan berlaku. Jadi idea terbaik adalah mencari kawasan tanah tinggi. Biarpun semakin sejuk, tapi ia lebih jauh dari aras lautan.
Jadi idea yang terbaik setakat ini adalah menggunakan peta. Arah bintang tidak boeh dipercayai, bumi bukan lagi statik mengikut orbitnya lagi.
"Caybella, kau cari beg galas berwarna biru tua di belakang tu" arahku.
Caybella berusaha mencari dalam keadaan kereta bergerak.
"Ada dua beg yang hampir sama gu, satu kecil dan satu lagi besar sikit" ujar Caybella di belakang.
"Kau ambik yang kecik tu bagi kat Keira" pintaku.
"Nak buat apa gu?" tanya si Keira.
"Kau geledah beg tu, kat situ ada sebuah buku majalah, kat majalah itu ada peta lipat, boleh tolong cari jap?" ujarku.
"Ok, ok gu" Kiera faham apa yang aku arahkan.
"Kita berharap laluan ke sana tidak terganggu, Kiera awak jangan nak memandai dah bawa atau tunjuk belas kasihan pada orang yang mungkin akan terserempak dengan kita di pertengahan jalan" aku membebel panjang lebar.
"Kenapa cikgu?" tanya Kiera kebinggungan
"Kau boleh tanya kenapa??? Kau tak nampak apa yang terjadi dengan kepala cikgu ni?" balasku dengan intonasi yang sedikit geram.
"Owhh, paham gu...sorry pasal tu gu" ujar Kiera.
"Maafkan saya juga gu, kalau kehadiran Bella ni mengganggu perjalanan korang berdua" tiba-tiba pula si Caybella buat suara sedihnya pulak.
"Wei Bella, sekarang tiada masa untuk berdrama dah, kita bertiga sudah menjadi macam suatu keluarga dah, apa-apa kita kena bekerjasama" ujarku lagi.
"Keluarga?" si Keira mencelah.
Ep39
Matahariku
Keretaku terus meluncur di jalan raya. Sekali sekala aku masih terhenti di persimpangan. Aku cuba mengingatkan arah jalan yang betul menuju ke arah timur. Setakat ini aku masih belum memerlukan peta lagi. Persekitaran jalan masih lagi aku cam.
"Kenapa? Kau tidak mahu bekerjasama ke kera?" tanyaku sepra mengusiknya.
"Keluarga, istilah tu macam pelik la" ujar Kiera.
"Kau tak paham ke Kiera? Cikgu kau nak kau jadi isterinya la tu" usik Caybella yang tadi buat suara sedih, tapi kini menyakat lebih pula.
"Bell, kau nak sangat kan? Apa kata aku nikahkan kau dengan cikgu terus sekarang mau?" balas Kiera menunjukkan geramnya.
"Kalau cikgu kau nak kat aku, aku on jer" Caybella lantang.
Aku pulak tercengang, nyaris tersalah brek kereta aku tekan. Kasar betul budak ni bergurau.
"Dalam situasi macam ni pun nak bergurau lagi korang ni!" ujarku
"Ler, kalau cikgu nak tau...." tidak sempat Caybella menghabiskan ayatnya.
"Caybella, kau diam boleh tak??" herdik Keira yang duduk di sebelahku.
Walaupun aku tak paham budak-budak ni nak cakap apa, aku pasang telinga aku juga. Seronok juga dengar mereka berdua ni celoteh.
"Cikgu, Kiera cakap...." Caybella sengaja tidak menghabiskan ayatnya.
"Bella plisssss, jangan macam tu boleh tak?" ujar Kiera.
Aku hanya memasang telinga.
"Cikgu, cikgu kalau Bella tanya boleh tak?" Caybella bertanya dengan serius.
Budak dua ekor ni nak mengenakan aku ke apa?
"Tanyalah, jangan tanya soalan matematik tambahan dan kimia dah la" aku cuba berseloroh.
"Cikgu jangan marah ye? Tapi cikgu jawab dengan jujur boleh?" ujar si Caybellla lagi.
"Kalau aku rasa nak jawab aku jawab la, kalau rasa tak perlu, buat apa aku jawab" balasku menunjukkan diri bersedia dengan soalannya.
"Kau jangan nak tanya benda pelik-pelik Bell" celah Kiera.
"Aku yang nak tanya cikgu, yang kau nyebuk kenapa? Takut aku tanya pasal...." usik Caybella pada kawannya.
Sekali sekala aku mengerling melihat respon Kiera, dia semacam mengelabah. Dia mengigit kukunya. Apa benda la dipikiran budak ni? Kenapa pula dia bersikap semacam menghalang kawannya tanya aku soalan ye?
Ep40
Matahariku
Aku memandu mencari susur keluar. Sekali berselisih dengan kenderaan lain. Setiap kali berselisih, setiap kali itu aku cuba pandu lebih laju. Kepercayaan pada orang lain aku buang sama sekali. Buat masa seperti ini, aku tidak mahu ambil risiko. Dalam keadaan terdesak, pelbagai perkara manusia boleh lakukan.
"Ha, apa benda kau nak tanya Caybella?" tanyaku rasa ingin tahu.
"Err, tada apa la gu" balas Caybella.
"Lerr, tadi macam beria nak tanya" ujarku.
"Cikgu perlukan peta tak sekarang ni?" Kiera menyampuk.
"Boleh mula buka dalam majalah tu, cari kedudukan tempat ni" ujarku.
Si Keira menyuluh majalah tersebut dan mencari peta yang aku maksudkan. Dia kelihatan tidak tahu apa yang perlu dilakukan pula.
"Kau pandai baca peta tak?" tanyaku.
"Ermm tak paham macam nak tangok la" balas Kiera.
Aku menyinggahkan kereta di bahu jalan.
"Meh, bagi cikgu, tolong suluh jap" pintaku sambil mengambil majalah yang dihulurkan Kiera padaku.
Dalam pada itu, si Caybella sudah memperdengarkan dengkurannya di belakang. Perasan dengan situasi itu, aku mengingatkan supaya Keira jangan tertidur untuk menemani aku, agar aku tidak layap memandu nanti.
Sambil itu, aku melihat peta tersebut. Ia adalah jalan yang tepat kami lalui tersebut akan menuju ke destinasinya. Dan aku kembali memandu kereta di atas tar semula.
"Keira, kau jangan tidur boleh? Temankan cikgu ya" pintaku.
"Cikgu takut ke?" usik Kiera.
"Bukan takut, cikgu risau terngantuk bila tiada orang dengan bersembang masa memandu nanti" jelasku
"Iyela, Kiera temankan, kalau tertidur nanti sori erk" balas Kiera.
"Jangan la tidur, cikgu risau layap memandu nanti" pujukku.
"Iyela, iyela Kiera temankan, eh gu, apa pendapat cikgu tentang teman saya Caybella tu?" tanya si Keira.
"Ha elok, sekor kera, sekor lagi gila" ucapku melawak sambil tertawa kecil dengan lawakku sendiri.
"Orang tanya elok-elok dia mempermainkan kita pulak" rungut Kiera.
"Lerr bergurau pun tak boleh ke?" aku buat-buat intonasi serius pulak.
"Dia cantik kan gu?" Keira menanyakan suatu yang aku malas nak jawab.
"Kiera lagi cantik" balasku separa berbisik mengelak didengar Caybella.
"Kalau cikgu terpaksa memilih, cikgu pilih sapa?" ujar Kiera dengan berani.
Ke situ pulak soalan budak ni. Ikutkan keduanya memang cantik pun. Aku nak jawab apa dengan budak ni?
Ep41
Matahariku
Dalam keadaan gelap, cahaya keretaku menyuluh jalan dengan terang. Apabila tidak berselisih dengan kenderaan lain, aku memperlahankan panduanku. Suhu ternyata semakin sejuk. Bulu roma terkadang naik dengan sendiri akibat sejuk yang semakin menyusup ke badan.
"Mesti cikgu pilih dia kan? Dia kan ceria dahla cantik" Kiera merendahkan dirinya.
Aku nak jawab apa dengan dia ni? Jika tinggal dua perempuan saja kat dunia ni, kalau diberi peluang. Ikut nafsu aku nak dua-dua tak boleh ke? Eh merapu la pulak. Camna aku nak jawab erk? Kalau benar perlu memilih, sejujurnya aku pilih si Keira, sebab aku kenal dia dulu.
"Kau ni masih pening mabuk whiskey ke?" usikku.
"Kiera tak minum banyak la tadi tu, mana ada mabuk, Kiera cuma nak tahu sapa yang akan cikgu pilih" balasnya bersahaja.
Berani sungguh budak ni. Atau dia merasakan dirinya ada pesaing kot?
"Betul Kiera nak tahu?" usik ku lagi.
"Ala, betulla" balasnya
"Kiera, kalau awak nak bermain, awak boleh bermain dengan telefon awak tu, awak boleh cari seronok kat situ" ujarku serius.
"Kenapa pulak ke situ?" ternyata soalannya tidak menangkap maksudku
"Perasaan saya bukan suatu perkara yang awak boleh buat mainan" jelasku.
"Lagipun, dunia ini sudah hampir ke penghujungnya, Kiera tiada sesiapa dah, Kiera sedar seperti orang yang nampak terdesak, tapi Kiera dapat rasakan sesuatu terhadap cikgu" ujar si Kiera.
Alamak. Mende lah dalam minda budak ni.
"Kalau cikgu pilih dia pun Keira tidak kesah, tapi buat pengetahuan cikgu, saya akui saya rasa tergugat dengan kehadirannya, wujud dia menyedarkan saya perlu mendahuluinya meluahkan rasa ini dengan segera" ujar Kiera lagi.
Aku nak jawab apa dengan budak ni wei? Aku memang rasa ada tersuka dengannya. Tapi takkan begitu cepat pulak dia mulakan luahannya. Terima kasih Caybella. Tapi kena la buat jual mahal dulu. Hehe.
"Awak ingat aku ni piala ke untuk kau rebut? Aku dah kata dah tadi, benda melibatkan perasaan ni jangan buat main" ujarku.
"Kiera tidak memaksa cikgu membuat keputusan, kalau cikgu tiada perasaan juga, ia adalah suatu yang tidak adil juga bagi cikgu" balas Kiera matang dan berani.
Iye, aku ada menyukai. Tapi... Arhhh perlukah aku membalas langsung perasaannya. Aduh, Kiera, Kiera... walaupun aku ada menyukai tapi belum sampai ke tahap itu. Apakah perasaan dia ni betul atau mende? Nak jawab camna ni? Tolong wei....
Ep42
Matahariku
Aduh, bodohnya aku. Kenapalah aku meluahkan perasaan ni padanya. Tapi kalau dia tak menyukaiku macam mana pulak? Atau dia saja nak ambil hati jer? Macam mana aku nak hadap dia kalau dia memilih Caybella? Apa aku buat ni? Dah macam perigi mencari timba pulak. Malu wei.
Kenapa dia kata aku lebih cantik? Benarkah itu? Atau saja dia memperbodohkan aku? Kalau kena reject malu giler wei, mana nak letak muka. Walaupun mulut dia jahat, tapi semua yang dia buat nampak seperti seorang hero bagiku. Kehadiran Caybella membuat aku rasa tergugat. Tapi Caybella adalah sahabatku, apakah Caybella menyukainya? Ya, awal-awal lagi Caybella sudah menyukai ketampanannya. Aku kenal sangat dengan si Bella, bila menyukai seseorang dia tidak akan teragak-agak memberi klu.
Ish kau Bella, plis la jangan rampas dia dari aku. Aku sangat menyukainya. Tapi kenapalah aku ego sangat tidak mahu mengakuinya sebelum ni? Sekarang aku nampak terdesak meluahkan segalanya. Biar apapun aku kena menang.
"Gu, Kiera minta maaf kalau luahan ini mengganggu fikiran awak gu" aku tidak dapat menahan diri.
"Macam saya kata tadi, kalau awak nak main-main, awak mainlah dengan telefon awak tu, kat situ banyak game" ujarnya serius.
Aduh, takkan dia tak paham lagi, aku sukakan dia betul-betul. Bukan main-main. Ke dia buat tak paham.
"Saya tidak berniat mempermainkan awak, saya bersumpah bahawasanya saya menyukai awak dengan serius" aku melepaskan segalanya.
Dia diam. Kereta dipandunya disinggahkannya di bahu jalan. Aduh, jangan-jangan dia marah pulak. Habislah kali ni.
"Kita cakap di luar jap" ujarnya padaku dengan serius.
Aduh, dia marah ke? Mampus aku kali ini.
Dia keluar dari keretanya. Aku tidak berani nak keluar. Kalau dia tinggalkan aku tepi jalan macamana? Tapi takkan dia kejam macam tu pulak.
"Kiera, keluar..." ujarnya dari tingkap kereta.
Aku mengelengkan kepalaku tanda tidak setuju. Dia datang ke arah pintu sebelahku. Dia menarik tanganku keluar.
Setiba di luar. Dia terus memelukku serapatnya. Aku tidak berani berbuat apa-apa. Aku hanya membiarkan dia memelukku.
"Benarkah awak sukakan saya?" bisiknya di telingaku.
"......." aku terdiam.
Lidahku kelu. Tidak mampu bersuara. Denyutan jantungku berdebar kencang. Apakah ini jawaban darinya?
"Katakan ucapan awak semua tu tadi bukan mainan" bisiknya lagi.
"Yaaa, Kiera sangat menyukai awak gu" luahku lembut.
Dia memelukku dengan lebih rapat lagi. Tidak lama kemudian dia melepaskan pelukkannya. Dia menyuruhku masuk semula ke dalam kereta. Dia juga kembali masuk semula.
Mendengar dentuman pintu kereta ditutup, si Caybella terjaga.
"Apa jadi ni kereta rosak ke?" tanya Caybella dari belakang.
Ep43
Matahariku
Aku tidak tahu sama ada dia menerimaku ataupun tidak. Apakah dia mempunyai perasaan atau tidak. Tapi, pelukannya seakan-akan memberikan jawapan. Atau dia menyangka aku hanya mempermainkannya. Aduh... macam mana ni? Perlukah aku tanya dia secara berterus terang?
"Wei korang pekak ke apa? Kenapa berhenti ni?" Caybella bersuara di belakang.
Minah ni tahu ke tak tahu apa jadi? Ke dia buat-buat tak tahu.
"Rehatkan enjin jap, kita dah sejam lebih dalam perjalanan" ujar si dia.
"Kau sambung la tidur, nanti kau pulak teman cikgu dalam perjalanan" ujarku.
Dalam hatiku, aku tak kesah temankan dia sepanjang jalan ni. Tak tidur pun tak pe.
"Iye la, Bella sambung tidur ya" ujar si Bella dari belakang.
Tidak lama kemudian, dengkuran minat tu bersambung balik. Mudahnya dia tidur.
Tiba-tiba aku merasa ada tangan mencari jemariku kananku. Aku membalas dengan mempercepatkannya menemui jemari ku. Aku membiarkan dia menggenggam kemas. Aduh, suamnya. Dia memandangku dalam samar-samar. Apakah ini tandanya dia membalas perasaanku. Yes, yes...
"Weiiii, tak gerak lagi ke kereta ni?" kedengaran suara si Caybella di belakang.
Dengan cepat kami berdua melepaskan tangan masing-masing. Kacau betul la si Bella ni. Baru nak syok layan feel dengannya.
"Kita sambung perjalanan" ujar si dia.
Dia menghidupkan enjin dan meluncurkan kereta di jalan semula.
"Bell, kau tido dah ke?" aku sengaja nak tahu si Bella dah tidur ke belum.
Tiada jawapan.
"Bell, Bell...." panggilku.
Diam senyap. Dah tidur la tu kot. Hurmm, nak dia pegang balik tangan aku la. Nak manja dengannya. Bodoh, tak usah nak ngada. Tahan diri jangan buat perangai tak senonoh. Aku cuba mengawal diri.
Tapi aku rasa macam merinduinya, walaupun dia sedang memandu di sebelahku. Rasa ingin nak bercakap dengannya ayat-ayat skema. Situasi ini membuatkan diriku seperti di awangan. Aku lupa dunia ini sedang sekarat. Rasa ingin saja aku pegang terus tangannya. Biarkan tangan itu bertaut mesra.
"Gu, kenapa cikgu diam?" ujarku kerana aku lihat dia tidak berkata sepatah apa selepas menyambung balik pemanduannya.
"Entah, tak tahu nak cakap apa la pula" itu saja yang keluar dibibirnya.
Apakah dia takut Caybella terdengar perbualan kami? Atau dia sedang memikirkan soal kami? Apa entah dipikirkannya. Entah-entah dia masih menganggap aku main-main dengannya. Atau dia memikirkan aku ini masih bawah umur? Apakah agaknya disebalik mindanya?
Ep44 Matahariku
Apa benda ada dalam kepalaku sekarang sebenarnya? Mengapa aku bertindak memeluk Kiera? Dia masih budak tingkatan 5. Aku dah cecah 26. Apa aku buat ni? Haduhhh, kenapa aku sentuh dia? Apa dia fikir nanti? Tak pasal pulak digelar pencabul. Perlukah aku minta maaf? Apa patut aku buat ni? Memang la aku sudah mula menyukai dia ni. Bila bermula aku sendiri tak pasti. Apakah ini takdir? Dalam keadaan darurat macam ni pun aku masih kena uji? Mende ni? Dah nak kiamat pun dah. Apakah salah jika aku benar menyukainya?
"Gu, cakapla sesuatu" Kiera menyapa lamunanku lagi.
"Nak sembang apa?" balasku.
"Cikgu diam je dari tadi" ujar dia lagi.
"Fokus memandu la" aku sengaja memberi alasan.
"Kiera bosan la, nanti Kiera ngantuk macam mana? sapa teman cikgu memandu?" Kiera tidak memberi peluang aku diam.
Aku diam. Tak tahu nak jawab apa. Aku jadi serba salah. Aku sebenarnya gagal mengawal diriku tadi.
"Gu, kita main teka teki mau?" Kiera tetap memaksaku bersuara.
"Ikut suka la, Kiera tanya dulu" ujarku menyenangkan hatinya.
"Baiklah, apa benda terdapat di tengah-tengah malam?" Tanya si dia ceria dan bersemangat.
"Ermm hantu" balasku.
"Salahla, cuba lagi" ujarnya
"Ermm bintang berkerdipan" teka ku.
"Salah juga" katanya
"Jam 12, betul kan?" aku rasa jela.
"Salah juga, 3 kali dah cuba, cikgu kalah, jawapannya huruf L la" jelasnya.
"Huruf L? kenapa pula?" tanyaku
"Kan huruf L tu kat tengah-tengah ejaan Malam, sekarang giliran cikgu pula tanya" jelas si dia ceria sebab menang sepoint.
"Baiklah, cuba Kiera cari apa yang hilang sekarang ni?" ujarku
"Caybella?" balasnya.
"Bukan" balasku
"Ermm, jap ni teka teki ke soalan?" tanya si dia.
"Jawab jela" balasku.
"Ermm matahari, betul kan?? ye ye dapat jawab" dia jawab dengan ceria.
"Salah la, jawapanya adalah hati" aku menafikan jawapannya.
"Hati? Hati siapa?" tanya dia lagi.
"Hati aku la" balasku.
"Haaa? Kalau ilang macamana cikgu hidup?" tanya si Kiera lambam ni.
"Awak dah curi la Keira" balasku.
"Cikgu eee, tu bukan teka teki, tu pickup line, hurmm nak Kiera bagi balik tak?" balas si dia mengenakan aku pula.
"Keira dah curi, jaga baik-baik la, jangan bagi orang lain ambik dahla" balasku.
"Kiera tak curi la, Kiera minta elok-elok la tadi kan?" ujarnya.
"Kiera nak buat apa dengan hati tu?" tanyaku
"Kiera janji jaga elok-elok, sampai bila-bila" balasnya.
Nampaknya aku pun dah hanyut. Budak ni pun dah hanyut. Adoiyai. Lantakla, lagipun dunia nak kiamat kan! Apa salahnya jika perasaan tu ikhlas.
Ep45
Matahariku
Ep45
Matahariku
Waktu berlalu tidak berasa. Perjalanan sudah hampir 2 jam selepas berhenti tadi. Untuk sampai ke destinasi rasanya perlukan masa lebih kurang 14 jam lagi. Rasa kepenatan memandu sudah mula terasa. Aku perlu mencari tempat persinggahan. Aku tercari-cari tempat yang sesuai.
Akhirnya aku jumpa sebuah persimpangan yang nampak sunyi. Kawasan berbukit. Mungkin sesuai jugala. Boleh juga menikmati pemandangan. Dalam ketika ini, mata sudah berdaptasi dengan tanpa cahaya matahari.
Si Caybella masih berdengkur sepuasnya. Badan kecik, tapi dengkurannya, alahai. Mengalahkan yang berbadan besar. Nyenyak betul dia tidur. Kami berdua tidak mahu menganggunya. Kami berdua keluar dari kereta.
Sekarang aku rasa aku tidak perlu perduli dengan soal matang dan umur. Tentang peraturan dunia. Bagiku sekarang aku merasakan kembali semangat dengan adanya dia. Sekarang aku seperti diberikan nafas baru, untuk terus berjuang untuk hidup.
Aku pimpin tangannya dan menuju ke suatu tempat yang agak lapang. Aku hamparkan tikar. Dan aku duduk. Si dia duduk di sebelahku. Tanganku tidak teragak-agak menggenggam erat jemarinya. Dia membalasnya penuh kelembutan.
"Eh gu, ada buka sedikit tingkap untuk Caybella bernafas ka?" tanya si Keira.
Risau juga dia dengan sahabatnya itu.
"Dah, ada turunkan sikit tadi" balasku.
"Gu, cikgu betul-betul terima Kiera ke?" dia bersuara.
"Apa ni? Masih sebut cikgu? Tukar la sikit panggilan tu" ujarku.
"Ermm nak panggil apa erk?" tanya si dia.
"Sukati Kiera la, apa-apa yang buat Kiera rasa best" balasku.
"Tak tahu la, tak pernah ada teman lelaki sebelum ni" balasnya pula.
"Serius tak pernah? Kat sekolah mesti ramai yang suka Kiera, kan Kiera orang yang cantik" aku sengaja memujinya.
"Kiera tahu, tapi entahla, Kiera tak pernah ada rasa nak couple dengan mereka" jelas Kiera.
"Betul ke ni?" aku sengaja menduga.
"Betulla, tapi dengan cikgu sekarang lain la, rasa cemburu bila lihat cikgu layan Caybella" jelasnya dengan jujur.
"Owh jeles ye?" usikku.
Jujur ke bendul? Aku pun tak tahu. Aku sebenarnya pernah ada kekasih juga. Tapi tak sampai ke mana. Itu masa aku belajar di Universiti dulu la. Mungkin tiada jodoh agaknya.
"Entahla, rasa geram pun ada, tapi membuatkan diri rasa nak luahkan hal sebenar pada cikgu. Cikgu pulak pernah ada awek ke sebelum ni?" si Keira bertanya.
Aku sudah syak dia akan tanya.
"Pernah, tapi tak ke mana-mana pun hubungan tu" balasku sekaligus terbayang wajah ex-girlfriend ku yang tidak inginku ingat sebenarnya.
"Kenapa putus?" dia nak tahu juga.
"Tiada jodoh" aku bagi jawapan malas.
"Kiera harap kita ada jodoh, dan kalau boleh cikgu anggap saya seorang perempuan yang dah dewasa, janganlah dilayan seperti Kiera ni budak sekolah" ujarnya memandai.
"Camna aku nak layan kau macam orang dewasa, Kiera pun masih menggunakan istilah cikgu" balasku.
"Habis tu takkan nak panggil sayang? Abang? Honey? Darling? Geli la pulak" balas Kiera berterus terang dengan kepribadiannya sendiri.
"Aku pun tak suka panggilan macam tu, meremang bulu roma dengar, Kiera boleh je panggil pakcik ke! Hensem ke!" balasku membuatkan dia tergelak mungkin geli hati.
"Ermm apa kata Kiera panggil Mr. Piku?" ujarnya.
"Kenapa dengan Piku?" tanyaku.
"P tu kan nama cikgu, ku tu milikku, maka Piku adalah awak milikku la maknanya, amacam?" ujarnya.
"Kreatif juga Kiera mereka ye?Apapun terpulang pada Keira, janji Kiera hepi" balasku.
"Wei, sembang tak ajak" sergah Caybella dari belakang.
Secepat kilat kami berdua melepaskan tangan masing-masing. Bella ni asyik kacau daun jer. Bila masa dia datang pun tak tahu. Entah-entah dia dengar perbualan kami berdua. Atau kami berdua yang terleka sehingga tidak menyedari kehadiran Caybella.
Ep46
Matahariku
Masuk hari ke berapa dah, aku pun tidak tahu dah. Semenjak mentari menghilang sepenuhnya, suhu terus turun mendadak. Kesejukan memang jelas terasa. Wahal negara ini bukanlah negara bersuhu sejuk pada asalnya. Berapa nilai suhu semasa pun tidak pasti. Malas nak cek suhu pada telefon. Cek pun bukan membawa makna apa-apa jika tahu sekalipun.
Mengapa hati ini terbuka untuk menerima dia? Mungkin kerana ia telah lama kekosongan kalinya. Atau diri ini yang terdesak untuk menyayangi sesiapa.
"Korang tak sejuk ke kat luar ni?" Caybella mencelah lagi.
Aku dan Kiera diam masih terkejut dengan kehadiran si Caybella.
"Pesal diam? Ke korang ni mengumpat aku erk?" Caybella menambah lagi.
"Mengumpat kau mendanye Bella oi" Kiera membalas.
"Ke kau tengah dating dengan cikgu per?" Caybella mengusik.
"Ish, kau ni... mana ada la" dengan cepat si Kiera menafikan mungkin kerana belum bersedia diketahui Bella.
Aku masih diamkan diri dari tadi.
"Kalau tak, bagi aku pulak dating dengan cikgu, kau pergi la tidur, aku dah cergas ni" ujar Caybella lancang.
"Orang tak ngantuk lagi disuruh tidur" balas Kiera.
"Kalau Kiera rasa nak rehat dulu, Kiera pergila berehat dulu" ujarku kesian melihat si dia menemani aku dari tadi.
"Kann cikgu, bagi aku can pulak ngorat cikgu" ujar si Caybella.
"Tak mau, Kiera tak ngantuk lagi" jelas Kiera seperti kegeraman.
"Ke kau jeles aku temankan cikgu kau ni kan? Kata tak minat dengan cikgu, bagi la can kat orang yang minat ni la" Si Caybella tak habis mengusik.
"Kalau korang tak ngantuk pergi siapkan minuman segera untuk kita bertiga" perintahku.
"Jom, Bella kita siapkan minuman" ajak Kiera.
"Habis cikgu hensem ni sapa nak temankan?" usik Caybella.
"Biarkan la dia sorang-sorang dulu, biar dia rindukan aweknya" ujar Kiera.
"Wei Kiera, dia dah ada awek ke? Melepas la aku wei" Caybella yang bangun dan bercakap sedikit berbisik pada Kiera, namun masih bolehku dengar dengan jelas pertuturannya.
Aku hanya tersenyum dengan reaksi dua anak gadis itu. Kiera sebenarnya tampak cemburu jika aku rapat dengan si Caybella ni. Si caybella ni agak lancang juga. Apakah dia juga berminat denganku? Apapun aku takkan tamak, aku hanya akan tetap dengan si Keira.
Mereka berdua telahpun pergi ke arah kereta untuk menyiapkan minuman. Aku rehat sendiri di situ sambil berbaring menadah ke langit. Memikirkan apakah yang bakal berlaku seterusnya.
Suasana yang seharusnya bergempita tanpa matahari, kini menjadi semakin jelas kerana anak mata sudah selaras dengan cahaya ehsan dari bintang-bintang yang terus bergemerlapan di angkasa.
Ep47
Matahariku
Perjalanan masih jauh. Aku nak berehat seketika merehatkan badan yang keletihan memandu. Minyak kereta aku tidak pasti sama ada mencukupi ataupun tidak. Nasib baik ada mengisi extra dalam tangki khas. Seperkara pula, aku tiada pemandu simpanan, kedua-dua gadis ni tak reti nak memandu. Mahu tak mahu aku juga yang kena memandu.
"Kopi dah siap gu" ujar si Caybella sambil menghulurkan secawan kopi padaku.
Sempat aku memandang kepada Kiera. Muka nampak mencuka. Pesal pulak? Takkan pasal Caybella menyerahkan kopi pada aku pun nak dijeleskan juga ke? Hurmm, tak paham aku orang perempuan ni. Kadang tu la dia. Benda remeh pun mereka nak highlight juga.
"Piku, perjalanan nanti Kiera temankan lagi ye" Kiera menegaskan dia nak temankan juga.
"Apa kau cakap tadi Kiera? Piku? Siapa Piku tu?" Caybella menyampuk.
Barulah si Keira nampak senyum kembali.
"Ada la, kau sibuk kenapa?" balas si Kiera.
"Kau panggil Cikgu ni Piku? Macam pelik jer" ujar Caybella rasa ingin tahu.
"Takda apalah Bell" balas Kiera.
"Kamu ok ke nak teman dalam perjalanan tu nanti, kalau ngantuk tu tidur dulu la, sekarang ni aku nak berehat dulu, Bella boleh tolong berkawal, kalau ada apa-apa bagitau segera, cikgu nak rehat seketika" jelasku setelah menghirup kopi yang diberikannya tadi yang tak berapa nak panas sangat.
"Baik gu, Kiera kau teman aku berjaga boleh" ujar si Caybella mengajak Kiera menemaninya.
"Kiera pun nak berehat juga, nanti kena temankan cikgu memandu pulak" balas Kiera dan segera baring di sebelahku.
Biarpun baru lepas minum kopi, mataku tetap juga mengantuk. Nampak sangat aku telah kelelahan memandu. Ikutkan rasa hati mau saja Kiera kupeluk terus. Tapi, aku dan Kiera belum bersedia mengaku hubungan yang baru saja dimulai.
Dalam pada itu, si Caybella terpaksa mengalah untuk berkawal. Aku memang sengaja menjauh dari tempat yang berkemungkinan ada orang. Sungguh aku tidak percaya pada orang lain buat masa ni. Tiada siapa yang harus dipercayai. Dalam keadaan terdesak, apa saja boleh berlaku. Makanya, lebih baik mengelak dari sebelum apa-apa terjadi.
Jarak aku dengan si Kiera hanya sejengkal. Aku tidak dapat menahan diri, aku tutup badan Kiera dengan jaketku. Tanganku mencari tangannya untuk kehangatan, ku jumpa tangan tersebut, aku genggam kemas. Dia hanya membiarkan sahaja. Sehinggalah aku tertidur juga akhirnya.
Ep48
Matahariku
Lihatlah betapa terangnya bintang-bintang bergemerlapan. Suatu pemandangan yang terlihat indah sambil menghirup udara yang cukup dingin. Buruj bintang sangat jelas kelihatan Scorpio, Gemini, Taurus, Auriga dan sebagainya amat menyinar di langit tinggi. Berapa lama lagikah tamadun manusia terus menikmatinya?
"Kiera, awak nampak tak tiga bintang yang sejajar itu?" usulku pada Kiera.
"Mana?" tanya si dia sambil wajahnya menadah ke langit.
"Itu, nampak tak? Sangat cantik kan?" ujarku sambil mencuri pandang pada wajah manis gadis itu.
"Aa aa la, cantik, buruj bintang apa tu?" ujarnya.
"Oit, mesra semacam nampak?" usik Caybella.
Alamak, adakah si Caybella perasan sesuatu. Harap tak la.
"Kenapa engkau jeles ke?" balas Kiera spontan.
"Kiera, kau risau aku ngorat cikgu ye?" usik Caybella lagi.
"Caybella, cikgu nak buat pengakuan" aku beranikan diri.
"Pengakuan apa gu?" spontan reaksi Caybella.
"Sebenarnya...." Kiera dan aku serentak.
"......" kemudian kedua-dua kami diam pula.
Manakala si Caybella masih terpinga-pinga.
"Sebenarnya apa ni?" Caybella nak kepastian.
"Piku jer la bagitau" ujar Kiera.
"Betul nak cikgu umum?" ujarku sambil memandang ke arah Kiera.
Kiera malu-malu kucing menundukkan wajahnya. Aku mengambil kesempatan mengapai jemari si Kiera dan berlutut di hadapannya.
"Kiera, sudikah awak jadi pasangan hidup aku buat selamanya?" luahku di hadapan Kiera disaksikan Caybella.
Terlopong si Caybella menyaksikan drama spontan di hadapannya.
"Keira, bagi la jawapan, kalau tak aku sambar kang!" Ujar Caybella.
Si Kiera mengangkat wajahnya dan mengangguk tersipu malu. Dengan segera dia bangun dari duduk dan terus mendakapku. Sampai terlentang aku dibuatnya kerana tidak bersedia dengan responnya yang tak terduga. Sekarang Kiera tertiarap di dadaku. Aku memberi respon memeluk tubuh Kiera yang berada di atasku.
Si Caybella yang menyaksikan drama terkejut itu memberikan tepukan meriah.
"Tahniah, buat anda berdua" ucap Caybella sambil memberikan tepukan.
"Keira janji akan jadi pasangan paling setia buat Piku" ucap Kiera sambil menatap terus ke mataku.
"Kalau ye pun, janganlah beraksi depan aku wei" celah si Caybella.
Dengan itu kedua-dua kami bangkit sambil melepaskan pelukan masing-masing dan mengatur semula tempat duduk.
Ep49
Matahariku
Kami tidak dapat menyembunyikan perasaan masing-masing. Ada baik juga buat pengakuan terus. Kiera jelas sangat riang. Seakan-akan dunia ini masih normal. Tampaknya kedua-dua kami sedang berbunga-bunga saat ini. Kami lupa dunia dalam deritanya. Kebahagiaan setelah pengakuan itu bagaikan mentari masih menyinari hidupan di bumi.
Kini perawakan si Kiera tidak dapat merenggangkan dirinya dariku. Sentiasa di sebelahku, seakan-akan tidak mahu aku hilang dari sisinya. Sama sepertiku, biarpun cuaca bersuhu sangat sejuk, namun hati ini tetap girang. Perhubungan yang baru bermula itu menghidupkan semula semangatku untuk terus hidup.
"Dah declared, kita kena celebrate la" ucap si Caybella yang sangat supportive.
"Ermmm ye tak ye, bole juga la" balasku.
"Tahniah Kiera, Caybella tumpang gembira" ucap Caybella pada sahabatnya.
"Hari ini, kita layan *wine, hari pengecualian kita bergembira dulu, lagipun Kiera bukan status pelajarku lagi" *aku memberi peluang pada mereka meraikannya.
Sekali lagi, kami bertiga menghamparkan tikar di ruangan luas sedikit. Aku nyalakan unggun api, sementara mereka berdua menyediakan apa yang patut.
Hari itu, hari kah atau malam kah? Tiada beza sudah semuanya tanpa cahaya matahari yang sudah lama padam. Kami bertiga bergembira dengan musik dari telefon pintar sambil menari kegirangan.
Pada akhirnya, si Caybella tertidur di atas tikar. Membiarkan kami berdua menikmati saat-saat indah berduaan.
Dari sinaran cahaya unggun api tersebut, aku dapat menatap wajah si Kiera. Senyuman di wajahnya tak lekang. Memang jelas dia merasa dirinya amat bahagia. Keceriaan wajah itu membuatkan aku terleka.
"Kiera" ujarku.
"aa aa" balasnya sambil merenung tepat ke mataku.
"Awak kelihatan sangat cantik malam ni" pujiku, dalam masa yang sama tidak tahu beza siang dan malam dah.
"Iye ke" balasnya sambil melemparkan senyuman manisnya.
"Iye, jauh lebih canti dari sebelum ini" ujarku membuatkan tersenyum malu.
Entah kenapa? Aku sangat bahagia dengan keceriaan wajah sang gadis di hadapanku.
Aku mengapai kedua tangannya dan kuletakan di atas bahuku. Dia membiarkanku merangkul kemas pinggangnya merapatiku. Kami kembali bertatapan. Terasa degupan jantungku kencang. Suasana diceriakan lagi dengan bunyi cengkerik dan katak yang melemparkan suara yang kurang merdu. Peduli apa dengan katak? Yang penting, saat indah seperti ini jangan pernah dilepaskan.
Sukar digambarkan perasaan menatap wajah sang gadis yang sememangnya cantik. Mana tak cantik, awek kacukan. Hanyut benar aku dibuatnya. Entah macam mana kami boleh terjebak dengan perhubungan ini. Tapi hatiku ikhlas menerimanya sebagai pasangan kekasihku.
Kami tidak berkata-kata. Hanya cukup berpelukan dan saling menatapi wajah masing-masing. Dunia kini bagaikan hanya milik berdua. Indahnya tidak terungkapkan.
Ep50
Matahariku
Akulah rasanya gadis yang paling bahagia saat ini. Perasaanku ternyata berbalas. Bukan kerana dia kacak dan tampan, layanannya terhadapku membuatkan aku terpikat dan tidak teragak-agak mengambil keputusan untuk menyintainya sepenuh hatiku. Dialah Piresku, dialah guruku, dia jugalah pahlawan dengan gayanya tersendiri buatku.
Biar awalnya dulu aku beranggapan dia seorang guru yang sekema. Sikit-sikit dengan saintifiknya. Tapi orangnya tetap menawan. Kalau ikutkan aku tidak terfikirkan bahawa aku akan menyintainya. Terima kasih juga kepada situasi padamnya matahari. Dengan, situasi ini menakdirkan aku ditemukan dengannya.
Dulu, aku buat bising sebelah rumahnya, akan kedengaran bunyi ketukan pada dinding antara kami. Itu tandanya dia tidak menyukai musik yang aku buka kuat-kuat. Aku selalu juga mengenakannya dengan membuka musik itu lebih kuat pula. Sampaikan dia terpaksa mengetuk pintu untuk menyuruh aku memperlahankan musik. Tapi itu sudah jadi kenangan manis bagiku.
Kembali ke saat ini.
"Kenapa degupan jantung Piku laju sangat" aku sengaja mengusiknya.
"Nak bagitau awak, yang dia sedang cakap banyak I love you" balasnya membuatkan aku terasa di awang-awangan.
"Ingatkan cikgu Sains tak pandai bermulut manis" ujarku menyakatnya lagi.
"Kiera ingat aku ni alien ke?" balasnya mula dah dengan ayat saintifiknya itu.
"Shhhhhhh..." aku sengaja menutup mulutnya dengan jemari telunjukku.
Si dia terus menatapku. Aku pun tidak mengerti, apa yang best sangat berpelukan dan saling bertatapan begini. Tapi ia perilaku yang membuatkan aku rasa girang dan bahagia. Beginikah perasaan orang tengah bercinta agaknya. Terasa best jer.
"Caybella, tu dah berdengkur, kesian dia kesejukan, awak selimutkan dia la, ke nak aku yang selimutkan?" usiknya.
"Jangan nak mengada-ngada, Kiera selimutkan dia ok!" balasku menunjukkan sifat jeles perempuanku.
Dia hanya tersengeh.
Aku melepaskan pelukan darinya dan segera mengambil selimut ekstra dalam kereta. Aku selimuti si Caybella yang sedang hanyut dibuai mimpi. Setelah itu aku kembali mendekatinya yang sedang berdiri mendongak ke langit.
Aku peluk si dia dengan erat dari belakang. Dia memegang kemas lenganku. Terasa pelukan tersebut begitu hangat. Tidak lama kemudian dia melepaskan pelukan dan memutarkan badannya ke arahku. Sekali lagi dia ingin kau merangkul lehernya. Tangannya pula merangkul memeluk pinggangku.
Kami saling berpandangan semula. Apakah, semua ini? Sangat indah. Aku tidak pernah merasakan perasaan sedemikian. Suatu yang sangat terasa istimewa.
Dia merapatkan wajahnya padaku, dan akhirnya dia menemukan bibirnya dengan bibirku. Aku merelakannya. Kami melakukan aksi bercumbuan. Itulah ciuman pertama bagiku.
Ep51
Matahariku
Mata sudah biasa dengan keadaan gelap dan pekat. Samar-samar kini membuatkan mata sudah semakin menyesuaikan dirinya dengan keadaan. Cuma rasa kedinginan tidak menyelesakan. Suasana dingin entah berapa suhu yang dirasakan kulit ini.
Perjuangan perjalanan untuk ke destinasi perlu diteruskan. Aku segera membangunkan kedua-dua gadis yang bersamaku untuk masuk semula ke dalam kereta. Kami terpaksa meneruskan perjalanan. Si Caybella mungkin mengantuk sangat terus menyambung tidurnya dalam kereta. Manakala Kiera gadis kesayanganku terus menemaniku memandu.
"Piku, Keira tidak pernah segembira ini" luah si Kiera berada di sebelahku.
"Iye ke ni?" aku membalas ringkas kerana aku lebih melayan fokus pemanduanku.
"Tapi, agak masih risau juga" ujarnya pula membuat aku tertanya-tanya.
"Apa yang kamu risaukan?" balasku ingin tahu.
"Entahla, jadi takut pula rasanya" Kiera menambah rasa ingin tahuku.
Aku mula meneka sendiri membuat andaian. Apakah dia takut pada situasi lenyapnya matahari? Atau dia sengaja mengenakan aku? Ahh biar dia luahakanlah.
"Kenapa pula Kiera?" tanyaku lagi.
"Selepas mengakui semuanya, Kiera jadi takut kehilangan Piku" ujarnya.
"Jangan risau, saya sentiasa akan bersama awak sekarang" ujarku menenangkannya sambil jemariku berpindah dari tombol gear ke tangannya.
Aku mencuri pandang gadis itu. Sangat cantik la pulak. Selama ni tak nampak macam ni. Ishhh... Ke aku tengah hanyut melayan perasaan ni?
"Piku fokus pandang depan la" ujar Kiera perasan aku kejap-kejap mengalih padanya.
"Ye la, ye la kita fokus ya" aku sengaja mengusiknya.
Dalam pada itu, aku ternampak kelibat orang melambai-lambai menahan kereta. Aku berniat tidak mahu berhenti. Rasa nak pecut. Tapi si gadis di sebelahku menyuruh aku berhenti.
"Nampak makcik tu perlukan bantu la Piku" ujar si Kiera nampak seorang perempuan macam setengah abad berdiri melambai di tengah jalan.
"Kita tak boleh berhenti la, kita tak kenal dia" ujarku.
"Dah tua macam tu takkan orang yang jahat, mungkin dia benar-benar perlukan bantuan" tambah Kiera lagi.
"Ye la, kita berhenti, tapi kena hati-hati tau!" ujarku.
Aku memberhentikan kenderaanku.
"Ada apa ni makcik?" sapaku setelah menurunkan cermin tingkapku.
"Makcik nak tumpang ke depan tu boleh ke?" balasnya.
"Naikla makcik" pelawa Kiera berlembut hati.
Hissh Kiera ni, aku tak bagi lagi pun. Memandai je dia ni kan. Dah Kiera bagi dia masuk aku biar je la.
"Nak kemana ni makcik?" tanyaku.
"Balik rumah makcik, ingat nak pergi ke kedai, beli lilin, tapi kedai tutup, rumah makcik dekat jer depan tu" jelasnya.
Aku memang tidak mahu mempercayai sebarangan orang. Apapun aku ambil langkah waspada. Aku paham Kiera mungkin tidak mengerti kenapa aku bersikap agak kejam dan mementingkan situasi keselamatan. Memandangkan dia seorang makcik aku kurangkan sikit rasa ancaman darinya. Tolong je la hantar pergi rumah dia je pun.
Ep52
Matahariku
Aku terus memandu mengikut arah yang diberitahu makcik tersebut. Sampai di suatu simpang dia mengarahkanku membelok ke arah simpang tersebut. Memang betul, di situ ada sebuah rumah. Aku memberhentikan kereta di halaman rumah tersebut.
"Singgahlah sekejap, makcik ada juga masak sedikit bubur tadi" ujar makcik tersebut.
"Takpelah makcik, kami masih jauh perjalanan" ujarku.
"Piku, kita singgah la kejap, Kiera perlu berganti ni" ujar Kiera pula.
Kiera membuatkan aku terpaksa mengambil keputusan untuk singgah buat sementara. Aku faham wanita perlu membersihkan dirinya juga.
"Ya betul tu, rumah makcik ada pemanas air untuk mandi" pujuk si makcik itu lagi.
"Baiklah, kita berhenti sekejap ya, selesai kita sambung semula perjalanan" ujarku.
Kami bertiga pun mengikut makcik itu masuk ke dalam rumah. Aku sempat menyimpan kunci dalam kasutku. Kalau-kalau mereka nak berniat melarikan kereta sekurang-kurangnya mereka tidak dapat menjumpai kuncinya.
Di dalam kami di alu-alukan seorang lelaki yang mungkin suami kepada makcik tersebut. Mereka mempersilakan kami masuk dan duduk di sofa. Sementara itu makcik tersebut memasak semula bubur, kerana risau tidak cukup. Mana kala aku mengambil kesempatan berehat. Maklumlah penat memandu.
Kiera dan Caybella pergi ke bilik air. Ermm seronok la mereka berdua sudah lama tidak berjumpa dengan air. Lepas giliran mereka aku pun nak mandi juga.
Selesai mandi semua. Badan pun kembali segar. Makcik dan pakcik itu melayan kami dengan baik. Dari rasa sangsi tadi, perasaanku kembali yakin mereka orang yang baik. Rasa bersalah pula menyimpan rasa prasangka buruk sebentar tadi.
Makcik itu memanggil kami bertiga ke ruang dapur untuk menikmati bubur.
"Ini saja yang ada nak, maklumla sekarang ini kita darurat, susah nak dapatkan bekalan, kena berjimatla sedikit" ujar makcik tersebut sambil menuangkan bubur ke dalam mangkuk.
"Ini pun sudah memadai makcik" ujar Kiera menunjukkan kesopanannya.
"Anak-anak ni semua nak ke mana?" tanya si pakcik pula.
"Kami nak menuju ke timur" balasku bersahaja.
"Berhati-hati dalam perjalanan nak ye, takut-takut ada orang jahat" ujar si Makcik.
"Iya makcik, terima kasih sudi melayan dengan baik" ujar Caybella.
Kami pun menikmati bubur tersebut ditemani sinaran lilin yang menampakkan suasana yang nampak sedikit romantik. Kesempatan ada cahaya tersebut aku ambil kesempatan untuk menikmati wajah si Kiera yang ku sayangi.
"Kalau nak tidur, kamu bertiga boleh bermalam di sini" ujar makcik tersebut.
Selepas makan, kami kembali semula ke ruang tamu yang hanya diterangi sebatang lilin di tengah-tengah ruang itu. Mataku mulai diserang ngantuk. Aku melihat si Caybella sudah berdengkur baring di sofa. Mudah betul budak ni tidur.
Manakala, si Kiera menyandar padaku. Aku sandarkan dia dengan kemas padaku di sofa panjang. Aik Kiera pun tertidur dah. Mungkin kepenatan menemani aku berjaga dari tadi kot?
Aku juga sama, sudah lama tidak seselesa ini akhirnya pun tidak dapat menahan mataku. Aku tertidur sama.
Ep53
Matahariku
Aku terjaga kerana terasa pundi kencingku penuh. Perlahan aku mengalihkan badan Kiera yang menyandar padaku. Aku bangun dan terus menuju ke tandas. kepalaku masih terasa pening. Selepas keluar dari tandas aku merasakan sesuatu kejanggalan.
Aku menyuluh sekitar rumah itu dengan telefon bimbit yang aku jimatkan baterinya. Ternyatalah itu hanya sebuah rumah kosong yang sudah ditinggalkan. Aku perasan kerana tempat itu hanya gelap gempita. Sekitarnya sudah banyak sarang labah-labah dan berdebu. Aku segera mendapatkan dua gadis di ruang tamu. Di situ juga kelihatan sofanya telah berdebu. Lilin yang menerangi ruang itu juga telah tiada.
Serta merta bulu romaku tegak meremang. Aku segera membangunkan Kiera dan Caybella.
"Kiera, Bella, bangunnnnn" ujarku berulangkali membangunkan dua gadis itu berulangkali.
"Apa dia gu? orang nak tidur lagi la" balas si Caybella yang masih lagi mungkin tengah mamai mengantuk.
Aku goyangkan badan Kiera, membangunkannya.
"Wei bangun, tengok sekitar kamu sekarang" ujarku lagi dengan nada suara sedikit kuat.
Keira segera membuka matanya. Dan mengusap dahi dan menyisirkan rambut panjangnya ke telinga. Aku menghulurkan tanganku dan segera memimpin tangannya.
"Cepat bangunkan Caybella tu dan kita masuk ke dalam kereta" ujarku pada Kiera.
"Kenapa ni Piku?" Kiera bertanya.
"Nanti dalam kereta aku ceritakan" balasku.
"Kenapa gelap semacam ni?" tanya Kiera lagi.
"Tu la pesal, cuba kau tengok tempat apa ni?" balasku sambil menyuluh sekitar kami berdua.
Setelah melihat sekitar, Kiera segera membangunkan sahabatnya dan memimpin terus sahabatnya ke kereta. Dia mungkin memahami apa yang aku maksudkan dah kot. Aku mengapai kasut tanpa menggunakannya sambil mengambil kunci kereta yang aku simpan di situ. Kami bertiga masuk dalam kereta. Aku terus hidupkan enjin dan memandu keluar dari tempat itu.
Dalam kereta barulah aku menceritakan kepada mereka berdua apa yang aku telah perhatikan sekitar tempat tadi.
Rumah siapa itu agaknya? Siapakah makcik dan pakcik semalam tu? Apakah niat mereka sebenarnya?
Ep54
Matahariku
Kami bertiga meneruskan perjalanan. Tapi bila teringatkan peristiwa yang baru kami alami. Aku sedikit tertanya-tanya. Apakah maksud sebalik peristiwa tersebut.
Apakah mungkin mereka hanya mahu kami menumpang rehat dengan selesa atau sebaliknya. Jika ia adalah suatu kebaikan, saya menadah kesyukuran dan berterima kasih kepada roh makcik dan pakcik tersebut. Jika sebaliknya, aku mendoakan agar roh mereka dirahmati Tuhan agar mereka tenang saat penantian.
"Piku, Kiera rasala kan... setelah piku ceritakan tadi kan" ujar si Keira membuka topik setelah kami bertiga berdiam diri dari tadi setelah aku jelaskan.
Si Cabella aku tidak tahu dia dengar atau tak apa yang kusampaikan tadi, kerana dalam kereta pun sudah jelas dia menyambung dengkurannya.
"Apa benda korang ni?" Celah si Cabella yang dari tadi masih seperti orang tak cukup tidur.
"Kau tau tak rumah yang kita tumpang itu tadi adalah berhantu??" Ujar si Keira lantang.
Dari rupa yang masih mengantuk terus si Cabella jadi segar. Nampak sangat juga penakutnya si Bella itu. Kepalanya terjengil dicelah antara tempat duduk aku dan Kiera.
"Haaa, tau takut!" Perli Keira pada sahabatnya.
"Cerita la wei, apa yang terjadi sebenarnya?" Desak Cabella.
"Kau tak dengar cikgu cerita ke tadi?" Tanya Kiera.
"Aku bangun-bangun pun kita dah dalam kereta, rasa macam mimpi pulak tidur menumpang rumah tadi tu" balas Cabella.
"Wahal suasana asalnya sangat bersih walaupun disinari lilin, tapi masa Piku menyuruh Kiera melihat sekeliling, jelas rumah itu sudah lama ditinggalkan" jelas Kiera.
"Kita anggap je la macam ni..." Aku cuba menenangkan mereka berdua.
Setelah sekian lamanya kami tidak berehat dengan selesa. Terkadang hanya singgah di tepi jalan, dan mungkin mereka itu adalah roh yang baik memahami keperluan rehat Kami semua. Itu sahaja yang aku dapat perjelasan pada mereka berdua agar mereka tidak memikirkan perkara yang lebih dari itu.
Barulah si Cabella memgundurkan kepalanya yang mungkin lega dengan penjelasanku.
Ep55
Matahariku
Hari ke berapa semenjak padamnya matahari pun sudah lupa. Apapun syukur masih bernafas sehingga kini. Berteman dua gadis ini membuatku masih bersemangat meneruskan kehidupan yang masih tidak pasti. Mengharapkan sesuatu destinasi yang boleh menjanjikan sekurang-kurangnya suatu evolusi baru dalam tamadun kemanusiaan.
Suhu semakin menyejuk. Entah berapa darjah celsius agaknya. Jangan negatif sudahla, tak pasal dengan darah sekali membeku. Aku tidak berani membiarkan kenderaan pacuan 4 rodaku dimatikan agak lama. Kerana kesan suhu mendadak turun seperti ini pasti menyebabkan enjin susah dihidupkan.
"Kiera kalau nak tidur, tidurlah dulu, Piku masih boleh bertahan" ujarku kerana aku tahu kekasih hatiku itu dari tadi suaranya tenggelam timbul.
"Biarkan Kiera temankan juga, masih dapat bertahan ni" balasnya lembut.
Sikapnya berbeza dari awal dulu, kalau dulu perwatakannya agak kasar. Sekarang dia pandai berlemah lembut pula. Malah boleh tahan manjanya.
"Agak-agak jauh lagi ke destinasi kita ni?" pertanyaan dari bibir Kiera yang aku sukar nak jawab.
"Entahla, kalau rezeki kita baik kita akan sampai dengan bekalan minyak yang ada, kalau tak jalan kaki lajawabnya" balasku bersahaja tidak berani berbohong padanya.
"Alaaa kena jalan kaki? Piku dukung Kiera ye, malas nak jalan" ujarnya berseloroh sambil menyandarkan kepalanya kepadaku bersama memeluk kemas lengan kiriku.
"Ada kaki kan? Jalan la sendiri" balasku menyakatnya.
Sekurang-kurangnya aku dapat juga rasa kesuaman dari pelukan tersebut.
"Eee jahat la boyfriend macam ni" balasnya serentak melepaskan pelukkannya sambil memutarkan badannya ke arah bertentangan.
"Ala merajuk la tu.... " usiku.
Dia diam. Dan terus senyap.
Tidak lama kemudian kedengaran dengkurannya. Nampak gaya aku tidak berteman le memandu ni. Aku tahu dia dah dari tadi menahan ngantuknya. Biarlah dia berehat lak.
Sekali sekala aku dapat rasakan kesejukan yang meresap ke sum-sum tulangku. Aku pulak tidak dapat memandu laju, kerana kabus yang menghalang sedikit penglihatanku.
Akhirnya aku berjumpa papan tanda tepi jalan yang menyatakan jarak 180 km lagi untuk sampai ke detinasi. Kelajuan purata 80 km/jam dijangka sampai dalam 3 jam la.
Baru saja melimpasi papan tanda terasa taya pacuan empat rodaku mengeles sesuatu. Panduanku sedikit hilang imbangan dan kawalan. Aku terpaksa membrek dan membelok ke bingkai jalan. Keadaan tidak terkawal tadi menyebabkan dua gadis itu terjaga.
"Kenapa ni Piku???" Si Kiera bertanya setelah terjaga.
"Entahla, macam tergilis sesuatu" jelasku.
Ep56
Matahariku
Setelah kereta ku terasa tergilis sesuatu, aku segera memberhentikan keretaku. Aku segera keluar untuk melihat apa yang telah ku gilis. Berbekalkan lampu suluh yg sudah malap, aku menyuluh ke arah tayar kenderaanku. Dalam masa yang sama Kiera segera menemaniku.
Alamak, tayar depan ku kempis teruk. Di depan mataku, seekor rusa yang tanduknya tertusuk menembusi tayar kenderaan tersebut. Dari kondisinya jelas rusa tersebut telahpun mati, namun badannya masih panas lagi. Aku tidak teragak-agak mengambil parang yang aku letakkan di belakang kereta untuk melapah rusa tersebut.
Dah kebetulan sangat stok makanan pun tinggal sikit. Dalam masa yang sama rezeki percuma depan mata. Apa yang jadi masalahnya, tayar ganti pula kempis juga. Apakah berbaloi rusa digantikan dengan kenderaanku. Dalam situasi terdesak kekurangan makanan, apa saja memang berbaloi untuk meneruskan hidup.
"Kiera, nampak gayanya kita kena berjalan kaki untuk meneruskan perjalanan menuju destinasi ni" ujarku pada Kiera.
"Jalan kaki??? Jauh lagi ke Piku?" tanya Kiera yang masih mamai terjaga mengejut tadi.
"Iye la, tayar dah hancur, rezeki berganti dengan daging rusa ni" balas ku bersahaja.
"Destinasi tu pasti ke kita boleh survive Piku?" usul Kiera masih ragu dengan destinasi yang ditujui.
"Kalau kita tidak tersesat, kita boleh sampai dalam masa kurang sehari, Piku tak boleh janji, tapi kita harus ada keyakinan" balasku cuba meyakinkan Kiera
"Apa yang kita kena buat sekarang?" celah Caybella.
"Kita lapah rusa ni dulu, bakar buat salai bagi tahan sikit, selepas itu kita pek barang keperluan sahaja, benda yang tidak perlu kita tinggalkan" jelasku.
Kami bertiga pun mula melapah rusa tersebut. Dua gadis tersebut tidak pulak kekok membantuku. Mungkin mereka sedar survivor seperti ini tiada masa untuk buat-buat rasa geli atau buat perangai mengada bermanja. Bagusla. Mudah kerja aku.
Kami persiapkan unggun apai, buat apa yang patut. Aku tidak tahu nak gelarkan waktu tersebut adalah malam atau hari siang, kerana suasana kini sentiasa gelap pekat seperti malam yang tiada kesudahan. Aku gelar malam jer la. Malam tersebut kami berehat berdekatan dengan kawasan tersebut.
Enak atau tidak, masih mentah atau sudah masak daging rusa tersebut, semuanya belakang kira. Sekali sekala dapat menikmati daging rusa sebegitu, sememangnya sangat nikmat tambah lagi masih ada sedikit wine digunakan membasahkan tekak. Biar begitu, kesejukan suasana sekitar memang sudah jelas terasa biarpun badan didekatkan dengan unggun api.
Ep57
Matahariku
Kami bertiga menikmati daging rusa itu sepuasnya. Selebihnya yang memang masih banyak itu disalai sehingga dagingnya tidak nampak seperti basah supaya ia lebih tahan. Aku sendiri tersenyum sinis melihat awekku Keira dan sahabatnya Caybella meratah daging itu dengan tiada gaya control ayu dah. Tiada sudah gaya-gaya ayu anak gadis apabila dalam keadaan terdesak sedemikian.
Terbayangkan suasana di restoran gaya makan berhemat dan penuh hipokrit kebanyakkan wanitanya. Dengan cara mengunyah yang sangat dikawal rapi dengan gerak mulut yang penuh lemah lembut. Semua ini membuatkan aku tersenyum seorang diri apabila membandingkan gaya dua gadis tersebut makan. Hilang ayunya.
"Kalau ye pun, perlahanla makannya" suaraku menyakat kedua-dua mereka yang nampak seperti kebuluran.
"Dagingnya sungguh enak la gu" balas Caybella yang sedang meratah makanannya.
"Diam la Piku!!!" Kiera terus menyambung aktiviti makannya.
Aku perasan bibir kedua mereka seperti kena sos tomato. Terkena dengan daging masih belum masak. Ini membuatkan aku tidak habis-habis senyum sinis. Orang tengah kebulur nak buat macamana. lantak korang la. Jangan tercekik dah la.
"Dah kenyang daaaa" ujar Caybella sambil mengesat sisa makanan yang ada di sekitar bibinya.
"Sedap juga daging rusa kan Piku?" suara si Kiera.
Aku merapatinya. Dan kulapkan bibirnya yang comot kerana gelojoh pelahapnya tadi. Situasi itu diperhatikan Caybella.
"Aku ni sapa nak lapkan?" celah Caybella.
Serentak dengan itu, kami berdua memandang ke arah Caybella. Dan Kiera yang melihat aku memandang ke arah Caybella dengan segera mencubit pehaku. Sebagai tanda jiwa wanita yang tidak mengizinkan mengelap wanita lain selainnya. Belum apa-apa cemburu juga kau ni ye Kiera?
"Nah... lap sendiri" ujar Kiera sambil mengambil sapu tangan yang kugunakan mengelap bibirnya tadi dariku dan mencampakkan kepada Caybella.
Aku hanya tersengih dengan gelagat mereka berdua. Dengan Caybella menarik wajah muncungnya.
"Aku sedar diriku ni single" perli Caybella.
Apalagi, si Keira merangkul leherku dan diciumnya pipiku. Aduh, dengan bau hanyir daging rusa pulak tu. Kalau iyapun nak manja depan kawannya agak-agak la dengan bau hanyir masih melekat kat bibirnya. Aku pun mengesat kesan ciuman Kiera.
Kiera yang melihat tindak balasku, menunjukkan protesnya dengan lebih ganas lagi dia mencium seluruh wajah ku pula jadi mangsanya. Saja mengenakan aku.
"Jangan nak lap, itu ciuman sayang Kiera tau!" ujar Kiera.
"Eeeee, nyampah betul la" Caybella memerli lagi.
Aku diamkan diri jer. Lain benar perangai orang perempuan ni kalau nak mempertahankan haknya. Apapun biarpun dalam situasi sebegitu membuatkan aku sendiri terhibur dan terlupa dengan darurat sebenar yang umat manusia sedang lalui.
Ep58
Matahariku
Malam pekat itu, ketiga-tiga kami kekenyangan. Perut dipenuhi daging rusa. Aku pula sekali sekala mengalih-ngalih daging yang sedang disalai. Unggun api sentiasa dihidupkan agar dapat memanaskan badan selain menyalai.
Perut dah kenyang, aku perasan kedua-dua gadis itu sudah beberapa kali menguap. Tandanya mengantuk itu sudah menjelma. Memang sah, tidak lama selepas itu Caybella kedengaran dengkurannya. Si Kiera pun sama. Aku pula kena berjaga. Risau keselamatan kami semua. Takut akan kehadiran binatang buas atau manusia yang datang tidak diundang hadir. Iye la unggun api itu sudah pasti akan menjadi tarikan jika ada yang ternampak.
Dalam berjaga aku biarkan kepala Kiera menyandar di ribaku. Sekali sekala juga aku tatap wajah manis awek bernama Kiera itu. Manja, manis dan sekali sekala juga menyebabkan degupan jantungku bagai tergugur. Aku sendiri tidak menyangka bagaimana aku boleh tersangkut dengan Kiera ni. Dari berjiran, survivor bersama sehinggalah saling menyintai. Mungkinkah itu jodoh atau takdir menemukan kami dalam keadaan darurat sebegini?
Dalam aku leka membelai rambut si Kiera yang menyandar atas ribaku, dia membuka matanya perlahan dan memberikan aku senyuman. Wow, manisnya senyumnya. Dia membalas pandanganku tanpa kerdipan. Kemudian, dia menunjukkan isyarat senyap menggunakan jari telunjuk yang diletaknya pada bibirnya. Aku faham. Perlahan dia bangun dari ribaku dan berdiri sambil menarik tanganku. Dia memimpin tanganku dan bergerak menjauh sedikit dari unggun itu. Aku turuti sahaja.
"Kiera pura-pura tidur, saja nak bagi Bella tidur dulu" bisiknya di telingaku.
Apa benda budak Kiera ni nak buat? Dia terus memimpin tanganku. Kami bergerak ke arah keretaku. Sampai di situ. Dia menolak badanku sehingga tersandar di tepi pintu kereta. Sejurus itu dia membelakangiku. Kedua tanganku dia gapai diaturkannya memeluk tubuhnya.
"Piku, Kiera nak bermanja dengan Piku ya" ujarnya terus terang.
Aku memeluk erat tubuh itu. Kedua kami senyap seketika sambil mendongak ke arah langit yang dipenuhi terang bintang bersinar. Terasa sejuk, namun kehangat tetap terasa. Suasana senyap sepi, yang kedengaran bunyi cengkerik dan katak bersahutan.
"Laju juga degupan jantung awak KIera" ujarku bersama tangan kanan nakalku menyentuh objek berdekat dengan jantungnya.
Dia diam tidak membalas pertanyaanku. Sebaliknya nafasnya semakin laju.
"Oi.... Oi... mana korang wei, jangan tinggalkan aku sorang-sorang" kedengaran suara si Caybella memanggil kami berdua.
Ep59
Matahariku
Ep59
Matahariku
Baru saja mula langkah menakalkan diri, suara si Caybella membuatkan aku menyusun semula kedudukan dalam keadaan mod normal. Kiera juga turut begitu, bagaikan memahami situasi yang tidak mengizinkan kenakalan itu diteruskan.
"Iyeee, kami tidak meninggalkan kau la Cab" balas si Kiera cuba bersahaja.
"Ingat korang berdua tadi sudah pergi meninggalkan aku, tak nampak korang kat sana, gelabah la aku" ujar Caybella yang termengah-mengah berlari anak mendapatkan kami berdua di situ.
"Bella pun dah terjaga, jadi eloknya kita berkemas untuk bertolak ke destinasi kita, bawa keperluan sahaja, jangan bawa benda berat-berat ye" ucap ku tegas.
"Baik boss!" balas Caybella nakal mengusik.
Dengan itu, kami bertiga packing semua keperluan yang benar-benar perlu. Daging rusa yang telah disalai tidak mungkin dilupakan, malah itu perkara pertama kami bertiga bungkus. Maklumlah, stok makanan lain pun sudah berkurang. Kalau ada pun tinggal makanan tin yang kurang sedap.
Selesai mengemas segalanya, kami bertiga memulakan langkah. Si Caybella bersemangat di hadapan. Kiera pula berjalan bersebelahan denganku. Kereta ku memang tiada peluang nak bergerak bersama. Radiatornya sudah bocor, tayar pula sudah pecah, tayar simpanan pula kehilangan angin. Jalan kaki juga pilihan terakhir.
"Kita ada dua pilihan, mengikut jalan raya atau kita memilih menggunakan kompas yang jalannya lurus, mana pilihan?" usulku pada mereka berdua.
"Mana lebih bagus Piku?" tanya Kiera.
"Kalau guna kompas?" celah Caybella.
Aku menjelaskan kedua-duanya ada kelemahan dan kelebihan. Guna kompas, jalan lurus tetapi perlu meredah hutan belantara. Guna jalan raya, jaraknya mungkin lebih jauh dan kita terdedah pada manusia yang kita tidak boleh ramal tingkahlakunya. Belantara pula, korang tahu hutan. Risikonya binatang buas, ular, serangga berbisa dan sebagainya. Apa pilihan yang korang rasakan terbaik? Jelas aku panjang lebar pada mereka berdua.
Kami bertiga senyap seketika. Masing-masing memikirkan pilihan yang tepat barangkali.
"Kita guna kompas je la gu" suara Caybella memecah keheningan.
"Guna jalan raya saja la, biar lambat asal selamat" bantah Kiera.
"Kau ingat manusia semua tu baik ke Kiera?" Caybella turut membantah si Kiera.
"Manusia dengan binatang mana lebih buas? Entah belum sampai kita dah kena ratah" ujar si Keira cuba mempertahankan pendapatnya.
"Sudah, bab bertekak sampai bila pun korang takkan habis" ujarku meleraikan suasana semacam tegang antara mereka.
"Piku nak menyokong dia la...." suara Kiera jelas macam ingin aku menyebelahinya.
"Kita guna kedua-dua laluan, kalau jalan raya ada ramai orang kita menyelinap melalui hutan, tapi pastikan kita dapat laluan yang betul" aku menyimpulkan keputusan yang perlu.
"Adil!" ujar si Caybella.
Si Keira berdiam. Sambil kaki kami bertiga terus melangkah.
Aku tak berapa mengerti dengan perangai perempuan. Kita dah pilih jalan tengah pun masih tak puas hati. Bukan aku menyebelahi sapa-sapa pun.
Ep60
Matahariku
Jalan raya jelas kerana sinar cahaya dari bintang-bintang yang bergemerlapan di langit. Sekali sekala bergelapan, kerana terlindung oleh awan. Hari ke berapa entah sekarang ini? Malam mahupun siang. Aku tidak ingin tahu. Cuaca dingin menusuk ke dalam badan ini. Baju berlapik berapa tebal pun kesejukan itu tetap menembusi kulit nipis ini.
Aku sengaja tidak mendesak mereka berdua untuk berjalan dengan pantas. Kami bertiga berjalan bersahaja. Sebab aku sedar harapan yang di hadapan kami mungkin suatu yang tidak pasti. Entah berjaya entah tidak. Jika melihat mereka berdua keletihan, kami akan berhenti berehat. Setiap hentian, kami pasti akan nyalakan unggun api, untuk mengelak dari binatang buas. Duduk pun kami bertiga terpaksa rapat-rapat untuk menghangatkan masing-masing.
Kadang-kadang di setiap perhentian, aku terpaksa berjaga untuk memberi laluan kepada mereka berdua memulihkan tenaga. Terkadang dalam perjalanan ternampak lampu dan unggun api orang lain. Namun, kami bertiga tetap mengelak dari terserempak dari manusia lain. Sekarang ni bukan masanya untuk bersosial. Bahaya bila-bila masa mendatang, kita tidak tahu isi hati yang lain.
"Piku, taknak tidur ke?" suara si Keira menyapaku.
"Tak ngantuk lagi, Kiera tidur la dulu, nanti kamu berdua pula berjaga" ujarku.
Kiera memegang lembut tanganku. Disambungnya lengan baju panjang agar tidak dimasuki angin sejuk. Terasa hangat. Sambil tangannya sebelah lagi memelukku.
"Jangan bergerak, Kiera ingin tidur begini" ujarnya yang terus membaringkan dirinya di atas ribaku.
Tangan kananku digenggamnya kemas. Lenganku menjadi bantalnya. Tangan kiriku mempunyai sedikit ruang bergerak. Dengan tangan itu, aku mengusap lembut rambutnya. Sekali sekala ku usap juga pipinya yang lembut. Dia kelihatan tenang dibelai sebegitu. Hanyut seketika ruang dan waktu.
"Kiera, awak masih belum tidur ye?" tanyaku.
"Nak tidur macamana, hati terasa nak menemani awak" balasnya.
"Awak tak rindu dengan orang tua kau ke Kiera?" aku sengaja membuka topik.
Dia terdiam seketika. Beberapa ketika, terasa pipinya sedikit basah.
"Rindu sapa tak rindu, baik atau jahat manapun mereka Kiera tetap menyayangi mereka" balasnya dengan suara yang lembut.
"Aku kau tak rindu ke?" aku sengaja menyakatnya mengurangkan beban perasaan yang berpunca dari ucapanku tadi.
"Dah ada bersama denganku, nak rindu macamana?" balasnya
"Kiera tidur la, nanti sapa nak teman Cab berjaga nanti?" usulku.
"Yela, Kiera tidur, tapi Piku kena jawab soalan dulu ye?" balasnya.
"Apa dia?" tanyaku.
"Piku sayang Kiera tak?" ujar si Kiera mengada.
"Tidur dulu, lepas tu baru Piku jawab k!" saja aku malas nak jawab.
"eee jahat tak tau jawab" balasnya.
Tidak lama kemudian dia senyap. Dah tertidur rupanya. Ngantuknya tadi ditahan-tahan.
Ep61
Matahariku
Dunia hanya ada terang bintang. Apakah pengakhiran dunia ini kelak? Mampukah manusia beradaptasi dengan keadaan sebegini?
Berbalik kepada situasi kami bertiga, mampukah aku membawa mereka berdua ke destinasi yang ditujui? Apakah ada harapan di sana? Entah kawasan geoterma itu dah ditakhluki yang jahat? Selagi ada harapan selagi itu jangan berputus asa. Aku berharap aku tidak memberikan harapan palsu kepada mereka berdua. Lebih-lebih lagi si Kiera, awek yang baru saja aku istiharkan sebagai kekasih.
"Piku Piku Piku, bangun..." Kiera cuba membangunkanku, terasa bahuku digoncangnya.
Segera mataku terbuka, macam biasa hanya gelap gelita yang aku pandang sekelilingku. Perlahan anak mata cuba menyerap sinaran cahaya dari bintang-bintang. Walaupun bulan masih lagi mengorbit bumi, namun ia tidak bercahaya. Selama ini ia memantulkan cahaya dari matahari.
"Piku, bangun la" ujar Kiera lagi.
"Iye bangun dah ni" balasku.
"Kita ada masalah ni" ujar Kiera lagi.
"Ehh, mana Caybella??" tanyaku kerana aku tidak mendengar suara dan kelibatnya.
"Itulah masalahnya sekarang, Kiera terjaga melihat dia sudah tiada di sisi kita lagi" jelas Kiera semacam gelabah.
"Kita cuba cari dia dulu" cadangku.
Kami berdua bergerak bersama. Berusaha mencari si Caybella. Kami menjerit memanggil namanya. Tiada jawapan. Beberapa kali kami berdua berpusing-pusing mencarinya di sekitar tempat tersebut. Bukan senang nak cari, dalam keadaan gelap, lampu suluh dah lama habis bateri.
Beberapa minit mencari, baru aku ternampak kelibat seperti orang tengah duduk mencangkung.
"Kiera, tu bukan dia ke tu?" ujarku sambil menunjuk ke arah orang yang seperti tengah mencangkung.
"A la, macam dia la" balas Kiera yang perasan orang yang aku tunjuk.
"Wei, jangan rapat!" orang tu bersuara apabila kami berdua semakin rapat.
"Pehal dengan kau Cab?" tanya Kiera kerana kami tahu itu suara si Caybella.
"Bodoh, pergi la jauh sikit" jerit Caybella.
"Orang bersusah cari dia, dikatakan bodoh, apa masalah kau eh?" tanya Kiera dengan suara geram.
"Aku sakit perut la wei, tengah melabur ni" balas Caybella.
Hadeh, mengeram rupanya. Hampeh betul. Buang karan cari. Tapi apapun rasa lega setelah terjumpa. Aku dan Kiera gelak kerana tercuit dengan situasi tersebut.
"Ha gelak la puas-puas, time korang kena nanti tahu aku nak gelak balik" rungut Caybella.
"Ok la, kami tunggu di sana" ujar Kiera.
Aku dan Kiera kembali ke tempat kami berehat tadi. Cepat tangan dia memimpin aku pergi.
"Kesian kat si Cab, apa benda membuatkan dia sakit perut?" tanyaku walaupun aku tahu Kiera pun belum pasti ada jawabnya.
"Entahla, jangan gara-gara daging rusa tu kot?" balas si Keira.
"Habis tu kau dan aku ok jer pun" ujarku merasakan daging rusa tu bukan puncanya.
"Harap dia ok kot, risau pula dengan dia, dahla hanya kita bertiga jer jadi survivor ni" luah si Kiera akan kerisauannya terhadap kesihatan sahabatnya itu.
Kesian pun ada, nak tergelak lagi pun ada tengok situasi si Caybella tadi. Harap dia ok. Kalau Peti kecemasan ada di bawa, boleh la dia makan ubat arang nanti. Rasanya memang ada di bawa.
Ep62
Matahariku
Setelah si Caybella kembali, kami bersiap dan bertolak semula. Sepanjang perjalanan, kami berbual dengan nada suara yang rendah. Tindakan itu adalah untuk keselamatan juga. Kita tidak tahu apa yang bakal menunggu di hadapan. Bukan mengatakan orang lain jahat, tapi itulah langkah berhati-hati yang perlu dilakukan. Lagi-lagi semua orang memikirkan diri sendiri bagaimana nak selamatkan diri.
Kami terkadang terpaksa meredah paya, hutan dan kawasan yang boleh dikatakan jauh dari orang dan juga binatang buas. Nasib baik juga dua gadis yang bersamaku agak tabah menempuhi perjalanan berliku. Biarpun begitu, Kiera bersikap sedikit manja berbanding Caybella. Mungkin bagi Kiera aku juga tempat dia bersandar dan bergantung. Dengan cara macam manapun aku perlu bertanggungjawab menjaga orang yang aku sayangi yakni Kiera. Bukan mengabaikan si Caybella. Namun keutamaannya adalah jelas, sesiapa saja pun akan memilih yang tersayang.
Penat berjalan kami akan singgah berehat. Terkadang tidur untuk mengisi tenaga. Di situ kami terpaksa mencatu sedikit makanan yang ada. Makan pun untuk mengalas perut.
Dalam masa yang sama kami tidak tahu berapa lama kami telah meredah semua itu. Apa yang pasti setiap kali kepenatan, kami akan berehat. Apakah destinasi semakin hampir atau masih jauh, aku sendiri tidak pasti. Jika terserempak dengan papan tanda barulah mengetahui kami berada di mana.
"Adui....." jerit si Keira.
Aku segera mendapatkannya.
"Kenapa Kiera?" tanyaku berharap tiada suatu yang serius berlaku.
"Kakiku terseliuh" balas Kiera sambil mengeluh.
"Ha mengada la tu, saja nak manja dengan kekasih dia" perli Caybella.
"Apa yang mengada? Orang betul sakit la" balas Kiera.
Aku biasala bila dalam situasi begitu mengambil tindakan berdiam diri. Aku tidak mahu menyinggung sesiapa atau nampak memihak kepada Kiera. Sebab itulah si Keiraku selalu merajuk bila aku tidak bersuara memenangkannya. Aku tidak perduli dengan rajukannya, sebab dia ada aku. Tapi si Caybella hanya ada aku dan dia buat masa ni.
"Oh hokkkk!" terdengar suara seseorang batuk.
Yang pasti bukan dari salah seorang dari kami bertiga.
"Shhhhhhh" aku membunyikan isyarat berdiam.
Aku mencari arah bunyi itu datang dari mana. Aku juga cuma mengesan sebarang pergerakan. Setelah beberapa ketika aku ternampak ada pergerakan halus dari sepohon pokok yang tidak berapa besar.
Aku bersiap dengan sebilah pisau. Sebagai langkah berjaga-jaga untuk mempertahankan diri. Jauh sekali nak mencederakan orang lain.
Perlahan aku menghampiri pokok tersebut. Dan aku melompat mengejut ke arah mengiring pokok untuk melihat apa yang ada di sana.
"Jangan.... jangan bunuh aku" ujar suara seperti seorang lelaki.
Aku nampak kelibat seorang lelaki. Namun aku tetap berhati-hati.
"Siapa kau? Kenapa kau berada di sini?" tanyaku.
"A aakku dirompak, dan aakuu lari ke sini, jangan mara ke depan sana, di sana ada perompak" balasnya setelah mendengar suaraku.
Iyela la kan, kalau penjahat mana ada nak tanya-tanya, dia tibai terus la. Aku tanya dulu kira baik la.
"Minta air encik...." suaranya agak lemah.
Mendengar dia meminta air, si Caybella segera menuang air ke cawan dan menuangkan air ke mulutnya. Dia nampak sedikit tercungap-cungap.
Jika dia benar, kami perlu mangambil jalan lain untuk mara ke depan. Berharap dia bukan orang yang jahatla.
Ep63
Matahariku
Lelaki tersebut nampak kurang bermaya. Dalam keadaan begitu walaupun tidak berapa yakin dengannya, atas perasaan kemanusian, kami bertiga cuba membantu lelaki tersebut. Wajahnya agak lebam, lengannya sedikit luka. Dengan apa yang ada dalam peti kecemasan, dia dirawat sebaiknya.
"Terima kasih, kerana membantuku" ujar lelaki tersebut.
"Siapa awak, mengapa mereka mengejar awak?" tanyaku ingin tahu.
"Saya Jake Max, panggil je Jake, saya seorang jururawat lelaki" jelasnya secara ringkas dan memperkenalkan dirinya.
"Ke mana hala tuju kamu sebenarnya, apakah kamu berseorangan?" tanyaku lagi.
"Aku dan seorang kawan menuju ke geoterma, namun dia ditangkap dan dibunuh oleh penjahat di depan itu, aku bernasib baik dapat meloloskan diri" jelasnya lagi.
"Kau tinggalkan macam tu jer kawan kau tu?" tanya Caybella.
Dia terus menundukkan kepalanya. Mengesat air mata lelakinya. Semacam dia telah mengesali sesuatu. Bab drama macam ni, aku malas nak layan.
"Aku tidak berniat langsung nak meninggalkan kawanku, kami berdua diikat bersama, apabila kawanku memberontak mereka memukulnya dan salah sorang dari mereka menikam dadanya dengan pisau, aku pula jatuh pengsan" jelasnya.
"Kita tidak boleh berada lama di sini, kita kena pergi segera sebelum mereka terkesan" ujarku malas nak dengar penjelasannya lagi, kerana aku memikirkan soal keselamatan kami semua.
Kami mula bergerak semua. Mencari jalan alternatif supaya tidak terserempak dengan penjahat-penjahat yang dia maksudkan tadi. Begitulah terjadi jika manusia sudah terdesak, sanggup melakukan sesuatu melampaui batas. Demi, kepentingan diri dan sifat jahat tersendiri sama ada menyelamatkan diri atau meneruskan hidup dalam keadaan darurat.
Dalam situasi begini, wang sudah tidak bernilai, yang penting makanan untuk meneruskan kehidupan. Selama mana stok makanan mampu bertahan? Kedai-kedai sudah pasti dijarah dan dirompak, laluan pekan pasti kurang selamat. Manusia juga akan memeperlihatkan sifat kebinatangannya jika sudah terdesak. Nilai moral dan etika sudah pasti melayang jauh.
"Kamu semua pula menuju ke mana encik?" tanya si lelaki bernama Jake itu.
"Kami bagi kau ikut pun dah sepatutnya kau bersyukur" celah Caybella.
"Jika kamu semua nak ke Georterma itu, saya tahu jalannya yang lebih senang" ujarnya.
"Iyeke kamu tahu? Entah kamu cuba memerangkap kami pula?" ujar Caybella lagi.
Entah kenapa Caybella yang lebih-lebih. Mungkin dia nak pastikan lelaki itu benar-benar orang yang tidak berniat jahat kali? Kiera memang diam dari tadi, asalnya dia cuba nak bermanja dengan kaki yang terseliuh, tapi kini dia diamkan diri.
"Ya, aku bekerja sebagai jururawat di hospital yang berada tidak jauh dari sini, sebab tu aku tahu, cuma golongan tertentu jer akan menuju ke arah geoterma" balas si Jake.
Ep64
Matahariku
Kami bertiga terpaksa membantu pria tadi. Atas dasar kemanusiaan. Mungkin dia akan diperlukan juga jika orangnya baik. Namun, boleh jadi malapetaka jika sebaliknya. Pada saat seperti ini, tiada banyak pilihan. Takkan nak biarkan begitu saja, dia memerlukan saat ini, lagipun dia sedang mengalami kecederaan.
"Mana arah jalannya?" soalku tidak melengahkan keadaan.
"Abang nak jalan jauh atau dekat?" soalnya pula.
"Ada beza ke?" tanya si Cabella.
"Guna jalan dekat la, buat apa nak guna jalan jauh jika ada yang dekat" celah Kiera.
"Kedua-duanya ada kelebihan dan kelemahanya" balas sang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Jake tadi.
"Kalau jalan dekat apa kelemahannya?" tanya Cabella.
"Dekat, kebanyakan laluannya kita akan mungkin bertembung dengan penyangak yang merompak orang yang terserempak dengan mereka" jelas Jake.
"Jauh pulak? Cuma masalahnya jauh la kan?" tanya Kiera.
Semuanya aku tak perlu tanya dah. Mereka berdua pulak yang lebih beria.
"Jauh ada risiko juga, kita kena mendaki bukit, melalui jalan denai dan merempuhi belukar" tambahnya lagi.
"Kalau macam tu kita guna jalan yang selamat la" ujarku.
"Mana satu? Dekat atau jauh?" tanya Kiera.
"Ada jalan tengah ke? Kan ada dua pilihan sahaja" ujar Cabella.
"Kita pilih jalan yang jauh, kamu bagi tahu arahnya" tegasku merujuk kepada Jake.
"Kita ikut laluan sebelah sini, jangan ikut jalan raya" jelas Jake.
Aku sebagai ketua yang tidak dilantik, hanya berserah dan mempercayai Jake. Aku memimpinnya, dengan meletakkan lengannya pada bahuku. Kami terus memulakan perjalanan.
Dalam beberapa jauh kaki melangkah, kami akan berehat. Ini kerana si Jake masih terhincut tidak dapat berjalan laju. Biarpun begitu, kami tetap bersemangat kerana yakin ada harapan di hadapan. Namun, aku tidak akan terus mempercayai lelaki yang baru kami kenali ini. Aku tahu Kiera juga sama, kerana aku dengar di beberapa kali merunggut padaku, tentang destinasi yang tak kunjung tiba biarpun sudah lama berjalan.
"Jauh lagi ke geoterma tu?" tanya Cabella sudah tidak sabar.
"Tak tau nak kata la, kalau ikutkan kita berada pada laluannya" balas Jake.
"Ke kau sengaja buat kami semua sesat?" Si Kiera sedikit keras.
Aku menarik tangan Kiera dan menariknya sedikit jauh dari kawasan kami sedang berehat. Sambil aku memerintahkan kepada Cabella menjaga Jake. Cabella akur.
Setelah sedikit jauh baru aku bersuara.
"Kenapa ni Keira sayang?" aku memeluk tubuh gadis itu menenangkannya.
Maklumlah hanya dialah orang yang ku sayang kini. Aku tidak mahu dia terganggu dan memulakan krisis pulak. Dalam keadaan sebegini aku cuba memujuknya supaya bersabar dan cuba mempercayakan si Jake.
"Boleh percaya ke dia tu?" bisik Kiera padaku.
"Dalam situasi sekarang kita hanya boleh cuba mempercayainya, namun kena hati-hati juga" jelasku.
Arrrrrhhhhhhhhhhh!!!!!!.... terdengar jeritan si Cabella.
Tersentak dengan jeritan tersebut, aku dan Kiera terus berlari ke sana untuk mengetahui apa yang sedang terjadi.
Ep.65 (Akhir)
Matahariku
Aku dan Kiera segera berlari ke arah jeritan si Cabella. Di sana kelihatan Cabella sedang tergelak sakan. Pelik, tadi menjerit macam apa mengejutkan kami berdua. Rupa-rupanya si Cabella seronok mendengar cerita Jake yang membuat prank mengejutkannya dengan sergahan jelasnya. Entah apa yang lucu?
"Kau pehal Bell?" tanya Kiera ingin tahu apa yang berlaku.
"Aku leka mendengar cerita seram si Jake ni ha, lucu la pulak, last-last dia prank kejutkan aku" jelas Cabella.
"Sorry, sorry buat korang terkejut" ujar Jake dengan wajah tersengih-sengihnya.
Manakala, aku pula dengan wajah serius.
"Korang boleh buat main pulak, entah geng jahat tu dengar pulak" ujarku serius.
"Ala relaks la gu, gi la dating dengan Kiera nun, gi jauh-jauh" Cabella cuba mengusik kami berdua.
"Rasanya kita kena bertolak semula ni, cedera awak tu dah ok ka?" ujarku agar kami dapat segera ke destinasi.
"Boleh dah ni kot, lagipun kawasan geoterma tu tak jauh dah" balas Jake.
Kami segera meneruskan perjalanan. Suatu destinasi yang memberi harapan untuk survivor. Dalam keadaan suhu jatuh mendadak setiap hari, kawasan mata air panas seperti geoterma sahajalah yang boleh menjadi harapan terakhir untuk meneruskan tamadun kemanusiaan.
Setelah berjalan agak lama, Jake memaklumkan kawasan itu hanya tinggal beberapa langkah lagi. Dapat dilihat dari riaksi wajah kami semua, kegembiraan tak terhingga. Akhirnya destinasi yang ditujui sudahpun mendekat.
"Yeaaa, sudah sampai" ujar Cabella teruja.
"Apa kita nak buat lepas sampai nanti?" tanya Kiera yang tangan ku genggam erat.
"Kita teruskan hidup, berusaha membentuk kehidupan baru" balasku.
Begitulah kisahnya, aku berpasangan dengan si Keira, manakala Cabella menerima Jake sebagai pasangan survivornya. Namun, begitu kami tidak tahu apakah yang akan berlaku seterusnya nanti. Saat ini kami berempat berjaya menawan sebuah kawasan geoterma. Kami membangunkan kawasan tersebut. Sekitarnya di pagar dengan kawad dawai yang boleh merenjat elektrik untuk keselamatan kami semua.
Selang beberapa tahun, kawasan tersebut bertambah maju. tidaklah semaju dunia asal ada matahari. Gaya hidup juga telah berubah. Segala jenis tumbuhan dan hidupan yang mampu hidup dalam keadaan iklim extrim kami kumpulkan untuk diternak demi meneruskan kehidupan.
"Piku, sudah tujuh tahun kita berada di sini, kita sudahpun memiliki dua orang anak yang comel, macam piku" ujar Kieraku.
"Anak bongsu kita nampak comel macam awak pulak" balasku sambil merangkul pinggangnya.
"Piku, Kiera masih melihat matahari lagi tau!" ujar Kiera lagi.
"Awak bermimpi ke? Mesti Kiera merindui matahari kita kan?" ucapku.
"Eh tak la, Kiera dan anak-anak memiliki Matahari tersendiri" ujarnya.
"Macam mana tu, merapu la kau ni Kiera" ujarku tidak faham maksudnya.
"Pikulah matahariku dan anak-anak" ujarnya seraya memelukku erat.
Begitulah kesudahan kisah Matahariku. Kami semua hidup bahagia. Tapi sampai bila kami semua tak pasti.
TAMAT!
Terima kasih kerana sudi membaca. Kisah Matahariku adalah rekaan semata-mata. Tiada kena-mengena dengan yang masih hidup ataupun telah meninggal dunia. Nama dan wataknya tidak kaitan dengan sesiapa.
No comments:
Post a Comment