Dimensi Dua Dunia
Isteriku Siluman Ular IV
1. Luahan Isteri
Suasana petang itu sangat indah dipertontonkan dari beranda atas rumahku. Langit kelihatan kekuningan menandakan senja bakal menjelma. Aku dan isteri mengambil kesempatan melepak bersama menikmati suasana indah itu. Hanya berdua. Kupeluk rapat isteriku dari belakang. Dia membalas kemas memegang kedua lenganku.
"Sayang, saya sangat risau tentang kita semua, semakin bahagia, semakin sayang takut dengan masa depan, kerana keindahan itu tidak pernah kekal lama" tiba-tiba Nia isteriku meluahkan kerisauannya.
"Jangan difikirkan, kita perlu tabah menghadapi segala dugaan, setiap keindahan dan kebahagian itu kita perlu nikmati sepenuhnya, kita perlu menghargai semua itu sayang" balasku cuba menenangkan buah hatiku.
"Sayang tak risaukan puteri-puteri kita, Lemar sayang, dia unik dan kedegilannya merisaukan saya terhadap keselamatannya" isteriku meluahkan kerisauannya terhadap anak lelaki kami.
"Sekarang dia telah berumur 18, setakat ini, kita mampu merahsiakan portal itu darinya" balasku.
"Itulah masalahnya, dia selalu meluahkan rindu pada atuk dan neneknya di dunia manusia" jelas sang isteri.
"Apa kata kita carikan dia calon isteri sayang" ujar isteriku.
"18 tahun tu masih muda sayang, apakah dia sudah benar-benar matang, sayang pernah tanya dia, adakah dia pernah bercinta dengan mana-mana perempuan bunian? Dia menjawab dia tidak pernah berkenan" jelasku.
Sedangkan ramai juga gadis bunian tertarik padanya. Aku tahu perasaan tidak boleh dipaksa-paksa.
Budak Lemar tengah sibuk meningkatkan seni merpertahankan dirinya. Dia belajar bersama atuk Nathirnya. Rakan seperjuangannya adalah si Timo. Kedua-dua sahabat ini memang sangat setia. Berkali aku dan Timo menguji kesetiaan mereka. Terbukti mereka adalah sahabat sejati yang tidak pernah mengkhianati kawannya. Keduanya membesar dengan baik, dan memiliki paras rupa yang tampan. Boleh memikat mana-mana gadis yang memandang.
Isteriku kerisauan tentang Lemar, dia mahu mengikat Lemar di dunia ini. Namun, semakin kuat ibunya menghalang, semakin kuat juga dia mengatakan kerinduan pada atuk dan neneknya di dunia manusia. Sampaikan dia pernah mengatakan yang dirinya nak hidup di dunia manusia menjaga atuk dan neneknya di sana.
Lemar memang menyukai atuk dan neneknya, dia sukakan mereka dan begitu juga dengan ayah dan ibuku yang memanjakannya. Dia sering memikirkan mereka, mereka sudah tua katanya. Tiada sesiapa akan jaga. Aku tersentuh dengan ucapan Lemar, aku sendiri juga sangat merindui ibuku. Lagi sakit kerana aku tidak boleh memperlihatkan diriku.
Isteriku Siluman Ular IV
2. Pergelutan
Awal pagi kami semua sedang berkumpul di ruang dapur. Sarapan disediakan oleh Nara dan Nari. Ibunya tidak perlu bersusah payah menyediakan sarapan lagi. Tugas itu diambilalih oleh kedua puteriku. Malah masakan mereka tidak tumpah seperti sentuhan ibunya.
Tiko dan Nima menetap bersama kami kerana tidak sanggup berpisah dari Timo anak kesayangan mereka. Aku dan isteriku menerima mereka seadanya sebagai keluarga kami. Semasa sarapan di meja bulat itu sedang berlangsung Timo dan Lemar tidak bersama. Awal pagi begitu keduanya akan melakukan aktiviti mereka sendiri.
"Nara, boleh kamu panggilkan adikmu dan Timo datang bersarapan bersama" mengarahkan Nara memanggil keduanya.
Nara mengangguk dan segera keluar untuk memanggil keduanya.
"Sedap betul kuih hasil tangan anak manis ni" puji Nima.
Isteriku ku senyum sambil memandang ke arahku. Aku tahu itu adalah senyum bangganya.
"Ayah, Lemar dan Tiko bergaduh, dahi mereka berdarah" jelas Nara yang tercungap-cungap berlari masuk ke ruang dapur. Semua yang ada di situ terkejut. Kami semua bangun dan berlari keluar melihat apa yang terjadi. Sesampainya di kawasan lapang tersebut kelihatan keduanya sedang hebat bergelut.
Baru saja aku dan Tiko nak mendapatkan anak masing-masing untuk meleraikan, kami dihalang oleh ayah mertua yang ada di situ. Kami berdua terus memahami maksud ayah mertua. Kami hanya menyaksikan sahaja mereka bergelut dengan masing-masing. Kepala mereka kedua-duanya memang kelihatan berdarah. Masing-masing keduanya tidak mahu mengalah.
Isteriku dan Nima pulak terjerit-terjerit menyuruh kami semua menghentikan pergelutan itu. Aku dan Tiko pula menangkap isteri masing-masing, kerana melihat mereka berdua cuba meleraikan Timo dan Lemar. Manakala, Nara dan Nari tidak berani masuk campur.
"Aku tidak akan pernah mengalah" ujar Timo.
"Kalau kau hebat, bunuhlah aku dulu" ucap Lemar keras.
"Jangan salahkan aku kalau kau cedera teruk" balas Timo sambil mengesat darah yang meleleh di dahinya.
"Kau tidak akan pernah mengalahkan aku Timo, kerena kau memang pengecut" cabar Lemar. Tiko terus melompat menerkam Lemar. Kedua-duanya kembali bergelut.
Isteriku Siluman Ular IV
3. Latihan Akhir
Pergelutan di antara Lemar dan Tiko berterusan. Kedua-duanya kelihatan termengah-mengah. Masing-masing tidak menyerah kalah. Mereka masing-masing telahpun cedera. Isteriku dan Nima memang jelas gelisah.
"Kenapa tidak dileraikan mereka tu?" tanya Nima kegelisahan.
"Sayang, tolong leraikan mereka" ujar isteriku pula.
Aku dan Tiko masing-masing diam. Mertuaku pula hanya berpeluk tubuh memerhatikan pergelutan hebat itu.
"Kenapa anak kita begaduh bang?" tanya Nima pada suaminya.
Tiko hanya memberikan senyuman membuatkan isterinya pula memukulnya kegeraman. Aku pula yang terhibur dengan aksi laki bini itu. Menyebabkan isteriku pula muncung dan masuk semula ke dalam rumah. Merajuk la tu. Tidak lama si Nima pun sama.
Pergelutan berterusan. Kali ini, aku lihat Lemar memejamkan matanya dan berdiri kaku sebiji seperti apa yang atuknya pernah lakukan dulu. Timo sedang berlari dan cuba menghayunkan penumbuknya ke arah Lemar. Penumbuk Timo semakin hampir, dia mengumpulkan segala kekuatannya dan menumpukan kepada penumbuk tersebut. Baginya ini adalah kesempatan menewaskan lawannya. Belum sempat penumbuk itu singgah di muka Lemar, dengan cepat ayah mertua menangkap lengan Timo.
Pergelutan tersebut akhirnya berhenti. Lemar masih terpejam dan berdiri kaku. Mertua menepuk bahu Lemar, dan terpelanting setelah itu. Timo terkejut dengan kuasa dalaman yang dimiliki Lemar. Dia tahu mertuaku telah menyelamatkannya. Namun, orang tua itu tahu cucunya telah menguasai ilmunya. Lemar membuka matanya dia segara mendapatkan atuknya yang terpelanting dua meter darinya.
"Jangan risau, atuk tiada apa-apa" ujar atuknya melihat Lemar kelihatan merasakan dirinya bersalah.
Lemar mendapatkan Timo dan mereka berpelukkan.
"Gila hebat tenaga dalaman awak Lemar" ujar si Timo.
"Ye ke? Awak pun hebat juga, kalau tak saya dah teruk tadi" ucap Lemar merendah diri.
"Kalau atuk tak halang saya tadi, sudah tentu saya terpelanting" jelas Timo memuji sahabatnya.
"Dah, cukup untuk hari ini, tadi tu adalah latihan terakhir kamu berdua sebenarnya, nekad kamu berdua itu yang atuk nak tengok sebenarnya hari ini" jelas mertuaku.
Ternyata kedua-duanya memiliki kehebatan masing-masing. Itu adalah latihan mereka sebenarnya. Kedua-duanya berlari masuk ke rumah. Mereka berdua cuba mendapatkan rawatan masing-masing dari ibu mereka. Aku dan Tiko hanya senyum bangga dengan perkembangan anak-anak kami.
"Kenapa bergaduh tadi?" tanya Nima kepada Timo.
"Iyalah, kenapa kamu berdua bergelut?" tanya Nia pada Lemar.
Timo dan Lemar saling berpandangan dan menghayunkan tangan kanan dan kiri masing-masing dan menyatukannya menghasilkan bunyi tepukkan. Ala 'give me five' la.
"Mereka bergelut berebutkan anak gadis kot" ucapku sengaja memerli kedua-dua ibu itu.
Isteriku Siluman Ular IV
Isteriku Siluman Ular IV
4. Pengumuman Nathir
Isteriku dan Nima terpinga-pinga mendengar aku mengatakan mereka berdua bergaduh berebutkan gadis. Mereka berdua saling berpandangan. Muka keduanya berkerut menyebabkan Lemar dan Timo ketawa terbahak-bahak.
"Kami berdua baru sahaja menamatkan latihan bersama atuk la bu" ujar Lemar.
"Kalau ya pun, takkan sampai cedera begini?" soal si ibu sambil mengelap luka di dahi Lemar.
"Baru nampak anak jantan bu, kan Timo" balas Lemar.
"Ya makcik, itu adalah latihan yang sangat sukar sebenarnya, saya terpaksa lawan Lemar habis-habisan, tu pun atuk Nathir yang menghalang saya, kalau tak dah kemek muka Lemar tu makcik" jelas Timo sambil melawak.
Sebenarnya Timo tahu siapa pemenang latihan itu tadi. Dia sedar kalau ayah mertuaku tidak menghalangnya kemungkinan besar dia akan jadi seperti Bomoh yang muntah darah dulu tu. Tapi sayang mereka tidak melihat bertapa hebatnya aksi ayah mertuaku ketika itu.
"Kamu berdua ni buat ibu risau la" ujar Nima.
"Biasalah cedera tu bu, lebih sakit dari ni pun kami pernah rasa" balas Timo.
Nima mencuci luka Timo dengan kasar kerana geramkan jawapan berlagak dari anaknya.
"Adehh...sakit la bu, jangan kasar sangat" ujar si Tiko kesakitan.
"Ingat hebat sangat tadi, taupun sakit" balas Nima.
Semua yang ada di situ tumpang gelakkan si Timo. Timo tersipu-sipu malu dan tersengih.
Ayah mertua masuk ke rumah dan mengumumkan sesuatu.
"Malam ini, kita buat kenduri tamat latihan buat dua cucu ni di rumah atuk Nathir ya" ucap ayah mertuaku.
"Yea kenduri, masa untuk Nara dan Nari tunjuk bakat memasak pula" ucap Nara nakal.
"Kalau aku sakit perut sebab masakan kamu berdua siap kau ye" ujar si Lemar menyakat Nara.
"Tak payah makan le masakan kami nanti, kalau sakit perut, kau tengok saja dah le" balas si Nari menyokong kakaknya Nara.
"Dah, dah bergaduh tu, kita akan pergi rumah atuk nak menyediakan makanan, atuk kamu tentu panggil semua orang kampung tu" ujar isteriku mencelah dialog tiga beradik tu.
"Ye lah bu, lama tak memasak bersama nenek" ujar Nara.
"Nanti kamu berdua jangan mengada buat resepi pelik pula" ujar si ibu.
Nara dan Nari pulak saling berpandangan membuat muka nakal. Apakah yang direncanakan dua orang budak ni pulak.
Nara dan Nari benar-benar seiras. Aku sendiri pun kadang-kadang keliru. Aku hanya boleh cam mereka dengan melihat riaksi wajah. Biasanya Nara lebih nakal dan bercakap banyak, manakala si Nari kurang bercakap tapi mukanya selalunya lebih serius dan dia lebih banyak menyakat adiknya Lemar.
Isteriku Siluman Ular IV
5. Pesanan
Selesai makan tengahari bersama, semua bersemangat ke rumah mertuaku membuat persiapan majlis tamat latihan cucunya. Jelaslah mertuaku bangga dengan dua anak muridnya merangkap cucunya sendiri. Lemar dan Timo seronok dan sangat ceria kerana majlis itu diadakan sempena mereka.
Aku sempat memanggil Lemar dan Timo ke ruang atas rumahku sebelum kami semua menyertai yang lain ke rumah mertuaku.
"Ayah mahu memperingatkan kamu berdua, segala ilmu yang kita pelajari bukan untuk menunjuk-nunjuk, gunakannya untuk kebaikan" ujarku.
"Baik ayah, Lemar akan ingat pesan ayah" balas Lemar.
"Ya pakcik, kami berjanji tidak menyalahgunakan ilmu yang kami pernah belajar" ujar si Tiko pula.
"Baguslah begitu, kena ingat juga jangan kamu pernah riak dengan apa yang kamu miliki, sehebatmana kita, ada lagi yang lebih hebat" nasihatku pada mereka berdua.
"Lemar, andai kata ayah pergi mendahuluimu, jagalah ibumu dan kakak-kakakmu sebaik mungkin" pesanku pada Lemar anakku.
"Jangan ucap macam tu yah, walaupun Lemar selalu menyakat kakak, tapi Lemar tetap menyayangi semua" balas Lemar.
"Kalau aku mengorat kakak kau, boleh ka?" tanya Timo nakal menyakat sahabatnya.
"Apa kau cakap? berani kau..." ujar Lemar dan dia terus berlari mengejar sahabatnya yang sedang menjauhkan diri tahu sakatannya mengundang kegeraman Lemar.
Aku hanya mengeleng-gelengkan kepala melihat karenah kedua-duanya. Kira untung juga Lemar ni ada sahabat sejatinya. Tidak seperti aku dulu, kebanyakan setiap yang aku buat adalah secara solo. Mujur juga ada Tiko yang menjadi sahabatku kerana persahabatan anak kami.
"Lemar, Timo jom ikut ayah memetik buah-buahan" aku mengajak dua remaja itu membantuku. Kedua-duanya mengambil bakul dan kami memetik buah.
Di rumah mertuaku mereka kelihatan sudah sibuk. Nara dan Nari menyiapkan menu mereka. Ibu mertua bersama orang kampung bersiap memasak bagai. Begitu juga dengan isteriku dan Nima. Aku dan Tiko berehat di ruang dapur sambil bersembang melihat aktiviti di dapur itu. Mereka sangat sibuk. Tapi aktiviti persiapan majlis itu berlangsung dengan penuh gelak tawa keceriaan mereka semua.
"Nara, kamu masak apa?" tanya Lemar pada kakaknya.
"Kakak akan bantai resepi terbaik akak la" balas Nara.
"Bukan kau tak mau makan masakan kami tadi ke?" sakat Nari.
"Masak sedap-sedap tau, jangan bagi rosak majlis yang atuk dah atur untuk aku dan Timo" ujar Lemar berlagak mengenakan Nari.
Tak habis pula anak aku ni saling menyakat.
"Lemar, Timo kamu berdua adalah pasangan 'gay' ke?" tanyaku sengaja mengenakan mereka berdua yang tidak dapat jauh dari masing-masing.
"Lemar, Timo kamu berdua adalah pasangan 'gay' ke?" tanyaku sengaja mengenakan mereka berdua yang tidak dapat jauh dari masing-masing.
"Gay tu apa yah?" tanya Lemar.
"Oh ya, kalau kat dunia manusia sana, gay tu pasangan lelaki sama jantina yang saling bercinta" jelasku.
"Apa pakcik?" tanya Timo terkejut.
"Ayah jangan bagi saya muntah la, ada ke kami ni bercinta!" balas Lemar.
Semua yang ada di situ, gelak sakan pada mereka berdua, lagi-lagi si Nari.
Isteriku Siluman Ular IV
6. Makanan
Isteriku Siluman Ular IV
6. Makanan
Makanan semua sudah dihidangkan. Idea Nara dan Nari buat penyusunan yang dalam bentuk meja panjang dan dihiaskan dengan bunga-bungaan. Mereka berdua ni kreatif juga, membuat majlis ni nampak unik dan istimewa. Kebanyakan tetamu macam rusa masuk kampung dengan konsep hiasan yang diaturkan Nara dan Nari.
Dari tadi mereka berusaha, menghias dan memasak dalam masa yang sama. Pasal masakan pula, mereka aturkan ikut resepi mereka berdua. Pasal bunga dan hiasan, Lemar dan Timo jadi mangsa untuk mengutip pelbagai jenis bunga. Mereka berdua terpaksa mengikut arahan Nara dan Nari, dengan alasan memperindahkan majlis itu demi mereka berdua.
Majlis sudah hampir bermula. Semua sudah bersedia. Muzik sudah dimulakan. Suasana begitu meriah, dengan hiasan menarik yang dilakukan oleh dua gadis kembar itu. Bersungguh-sungguh mereka berdua menjadikan majlis itu istimewa. Hiasan dah sempurna, tapi makanannya tidak tahu lagi.
Mertuaku bersiap untuk berucap. Semua hadiran dan hadiran yang terdiri dari komuniti di kampung tersebut senyap memberi penghormatan pada ayah mertua berucap.
"Selamat malam semua, terima kasih semua, malam ini kita membuat majlis khas untuk dua cucu saya Lemar dan Timo yang sudah menamatkan latihan berguru dalam pertahanan diri dan juga asas sebagai warga bunian, kami sekeluarga sangat bersyukur dan malam ini kita berpesta dan semua dijemput makan apa saja yang dihidangkan" ucap mertuaku.
Semua hadirin menikmati hidangan. Aku pula memerhatikan gelagat dua anak gadis kembarku. Mereka berdua kelihatan cemas, sebab ingin melihat reaksi tetamu yang sedang mencuba resepi mereka berdua.
"Nara, Nari, sini kejap nak" aku memanggil kedua-duanya.
Mereka berdua menghampiriku.
"Ada apa yah?" tanya Nara.
"Ayah yakin dengan masakan kamu berdua tu sedap" aku sengaja memberi keyakinan pada mereka berdua.
"Tapi yah, kami tak sempat merasa langsung tadi, dah la kuantitinya banyak bukan seperti masakan biasa guna periuk di rumah kita" luah Nara gelisah sebab mereka berdua tidak sempat merasa kerana sibuk dengan hiasan bunga juga tadi.
"Ya la yah, aduh kalau tak sedap memang kena cemuh la nanti" ujar Nari sambil menepuk dahinya sendiri.
Aduh, aku tak tau nak cakap apa lah, pasrah je la hadapi semua tu.
Kami bertiga memerhati bersama reaksi mereka. Kebanyakannya, melihat makanan yang dihidangkan itu dengan reaksi muka pelik. Seakan-akan tidak berani menyentuhnya. Ada juga yang mencuba, tapi mereka membisikkan sesuatu pada masing-masing. Lemar dan Tiko juga mencuba sedang merasa hidangan itu. Muka si Lemar berkerut-kerut menelan makanan itu, begitu juga dengan si Timo. Aku perhatikan muka Nara dan Nari nampak cemas dengan situasi itu. Kesian mereka berdua, berusaha, tapi kalau betul dah tak sedap nak buat macam mana?
Isteriku Siluman Ular IV
7. Kecewa
Beberapa tamu lain juga menunjukkan reaksi berkerut dahi menelan hidangan itu. Reaksi tersebut, menyebabkan yang lain tidak menyentuh makanan tersebut. Pipi Nara anak gadisku kemerahan menahan malu, masakannya jelas tidak menepati citarasa tetamu. Air mata Nara sudah hampir jatuh. Baru aku ingin mendapatkannya, dia terus berlari ke arah ibunya yang baru saja masuk ke bilik. Begitu juga dengan Nari turut mengikut langkah kembarnya.
Aku pun melangkah masuk ke bilik melihat drama airmata anak gadisku. Di situ kelihatan Nara memeluk ibunya.
"Kenapa ni sayang?" tanya isteriku pada anak gadisnya.
Nari nampak cekal dan bersabar. Nari keluar semula dari bilik, entah ke mana dia nak pergi.
"Nara malu bu, masakan Nara tidak sedap" Nara meluahkan hatinya.
Isteriku mengusap belakang anak gadisnya.
"Tiada apa yang perlu kamu malukan sayang, jadikan ia adalah pengalaman supaya kamu lebih bersedia menyediakan masakan lagi nanti, ibu dulu lagi teruk, tak pandai masak langsung" pujuk si ibu.
Aku meninggalkan keduanya dalam bilik. Aku keluar mencari di mana si Nari pergi tadi. Aku lihat, Nari bersama Mak Bidan di hadapan segala hidangan tersebut. Aku perasan, Nari menahan diri dan berpura senyum manis. Sebagai seorang ayah, aku dapat berempati dengan perasaan dua anak gadisku. Nari seperti mengangkat sebuah mangkuk besar hidangan. Dengan cepat Mak Bidan menegahnya. Aku turut segera menghampiri mereka berdua.
"Kalau kamu berbuat begitu, kamu sudahpun tewas" ujar Mak Bidan pada Nari.
Seperti Mak Bidan membaca fikiran Nari.
"Takda maknanya dihidangkan Mak Bidan, kalau ia langsung tidak sedap" ujar Nari.
Memang jelaslah, Nari ingin membuang makanan tersebut. Nari sememangnya lebih keras hati dari kakaknya Nara, dia tidak akan teragak bertindak jika ia merasakan dirinya di pihak yang benar. Sebab itulah dia dan Lemar selalu tidak mengalah bila berbalah atau berdebat. Berbeza dengan sifat si Nara yang lebih sensitif dan bersifat mengalah.
"Biar mak Bidan merasa dulu masakan ini, kalau betul tidak sedap, kamu boleh buang seperti kehendakmu" ujar Mak Bidan separa mencabar Nari.
Nari hanya diam. Mukanya tampak geram. Geram dengan kegagalan dirinya.
"Ayah setuju dengan Mak Bidan" aku sengaja menyokong Mak Bidan.
Mak Bidan merasa masakan tersebut, dia menyuapkan ke rongga mulutnya. Muka Mak Bidan berkerut. Kejap dia pejamkan matanya menikmati makanan tersebut. Aku cemas, kalau memang tak sedap makanan itu. Aku juga turut mengapai makanan itu dan menyuap ke mulutku. Aku pejamkan mata dan kunyah, rasanya bercampur, dimulakan dengan rasa masam, menyebabkan mata terpejam sendiri. Aku terus cuba menikmatinya.
Aku dan Mak Bidan saling berpandangan setelah merasa makanan tersebut. Kami masih mengunyah dan cuba menelan makanan tersebut. Rasa berat untuk menelannya. Nari pula hanya diam memerhati. Dia berusaha menahan dirinya. Dia menyajikan senyuman palsunya. Tapi bibirnya jelas digertap seperti tidak puas hati.
Isteriku Siluman Ular IV
8. Kenyang
Mak Bidan kelihatan sudah selesai menelan makanan tersebut. Aku pula masih rasa sayang untuk menelan. Kerana, kenikmatan makanan itu sangat unik, bermula dari rasa masam, kemudian bila kunyahan bermula, ia mengeluarkan jus yang manis, kemanisan bergabung dengan rasa masam adalah suatu makanan enak. Aku lihat Mak Bidan mengambil lagi makanan tersebut.
Sekali lagi Mak Bidan memejamkan matanya bagaikan tercekik, rasa masam itu agak tajam mungkin. Aku sama juga, menelan dan ku ambil lagi. Nari melihat kami berdua dengan pandangan pelik. Dan akhirnya dia sendiri turut merasa makanan itu. Dia pun sama, pejam dan akhirnya senyum manis.
"Perhatian semua" jerit Mak Bidan.
Semua yang ada di situ diam dan memberi perhatian kepada Mak Bidan.
"Ini adalah makanan paling unik pernah saya rasa, mari mencubanya" ujar Mak Bidan mengajak yang ada di situ merasa makanan tersebut.
Mereka semua menghampiri hidangan tersebut dan memberanikan diri merasa masakan unik tersebut.
Semuanya kelihatan memejamkan mata kerana masamnya, setelah mereka mengunyahnya, senyuman manis semua timbul. Mereka terus mengambil makanan itu lagi dan lagi. Sehingga mangkuk besar itu kosong. Mereka semua kelihatan kagum dengan masakan tersebut.
Begitu juga masakan lain turut dirasa dan jelas sekarang mereka menyukai semuanya. Nari kelihatan terpaku melihat makanan itu semua habis dengan cepat, bagaikan hidangan itu tidak cukup pula. Mak Bidan menunjukkan senyumannya pada Nari. Aku juga tumpang merasa bangga dan gembira. Nari terus berlari mendapatkan kakaknya Nara kerana tidak sabar menceritakan makanan mereka telah licin dihabiskan.
Tidak lama kemudian, Nara, Nari dan ibunya keluar untuk melihat sendiri keadaan makanan yang sudah habis disantap oleh para tetamu. Mata Nara masih kemerahan. Dia menutup mulutnya, kagum dengan situasi itu. Isteriku memandang ke arahku dan memberikan senyuman manisnya tanda bangga dengan masakan anak gadisnya. kedengaran juga suara para tetamu yang memuji masakan-masakan tersebut. Malah ada yang merungut kerana tidak sempat merasa masakan tersebut.
"Dengar semua, dengan ini Mak Bidan ingin menjadikan dua gadis berbakat ini sebagai guru memasak di kampung kita" ucap Mak Bidan bangga.
Semua yang ada di situ bangga menyokong idea Mak Bidan. Nara dan Nari kembali ceria semula. Aku pula segera menggenggam erat tangan isteriku sebagai menyatakan betapa bangganya aku terhadap kedua-dua anak gadis tersebut. Majlis itu terus meriah dengan muzik dimainkan tambahan semua tetamu sudah kenyang.
Isteriku Siluman Ular IV
9. Main-main
Isteriku Siluman Ular IV
9. Main-main
Majlis selesai dengan sempurna malam tersebut. Diserlahkan lagi dengan keindahan cahaya matahari yang dipantulkan bulan. Para tetamu dah balik ke rumah masing-masing. Kerja pengemasan sudah dilakukan semua tadi.
Nara dan Nari tersenyum puas, bagaikan itu adalah majlis mereka pula. Maklumla masakan mereka mendapat pujian tadi. Timo dan Lemar sudahpun menghilang entah ke mana. Mungkin mereka kepenatan hari ini. Mungkin telah kembali ke rumah agaknya.
Setelah semuanya selesai, kami mohon diri untuk balik ke rumah. Nara dan Nari mohon untuk bermalam dengan atuk dan nenek mereka. Makanya kami berempat saja yang balik, aku, Nia isteriku, Tiko dan isterinya Nima. Aku dan isteriku melangkah laju nak cepat berehat di rumah. Maklumlah agak keletihan dengan akiviti sepanjang hari tadi.
Sesampai di rumah, aku masih mendengar dua budak lepasan perguruan dengan atuknya masih lagi bersembang di ruangan atas menunjukkan mereka belum lena. Aku curi dengar perbualan mereka berdua.
"Kau nampak muka Nara tadi, lucu gila macam nak menangis" kedengaran suara Lemar.
"Kau la buat idea mengenakan mereka berdua, buat memek muka rasa makanan mereka tak sedap" balas si Timo.
Kedengaran mereka ketawa terbahak-bahak di ruang atas rumah tersebut.
Aku menghampiri keduanya. Mereka tidak perasan kehadiranku. Rupanya mereka berdualah yang cuba mengenakan Nara dan Nari. Apabila sudah rapat dengan mereka aku lantas menangkap telinga mereka berdua.
"Apa kamu buat kat kakak kamu tadi Lemar, ulang semula" tegasku.
"Kami hanya bergurau je la ayah" balas Lemar.
"Maaf pakcik, kali ini saya mengaku saya punya idea" ujar si Timo masih ingin melindungi sahabatnya.
"Lemar mengaku ayah, Lemar berpakat dengan beberapa kawan sekampung tadi untuk menyakat Nara dan Nari" jelas Lemar.
"Lemar main-main je la yah, Nara dan Nari tu berlagak sangat dengan masakan mereka, tu yang kami saja mengenakan mereka" jelas Lemar.
Makin kuat aku cubit telinga budak dua orang tu. Mereka mengadui.
"Apa yang bising-bising kat atas tu sayang" kedengaran suara Nia isteriku bertanya dari bawah.
"Tada apa sayang, saja sembang dengan dua anak kacak ni" balasku tidak mahu isteriku tahu angkara mereka berdua.
"Esok, sebagai dendanya kamu berdua kena buat kerja di kebun, kalau tak, satu kampung ni ayah hebohkan kenakalan kamu berdua" ucapku tegas.
"Esok kami minta maaf kepada mereka berdua pakcik" ujar Timo.
"Esok jangan lupa minta maaf pada kakakmu" tegasku.
"Baik yah" balas Lemar dengan muka tersengihnya.
Pangggg...sedas dia aku bagi terus. Aku tengah serius dia permainkan pula. Lemar terus senyap. Aku tahu dia takkan melawan kerana dia tahu dirinya bersalah.
Isteriku Siluman Ular IV
10. Sejuk
Isteriku Siluman Ular IV
10. Sejuk
Awal pagi itu hujan agak lebat. Sejuknya pula menusuk ke sum-sum tulang. Kerana sudah terbiasa terjaga awal, yang biasanya rutin adalah ke kebun. Dah hujan begini, nampak gayanya kena berehat di rumah la hari Ini.
Isteriku pula masih tidur. Aku pula leka menatap wajahnya. Tidak berubah langsung, masih sepertimana awal perkenalan dulu walaupun sudah hampir 20 tahun kami berkahwin. Dia tetap cantik seperti gadis yang masih remaja. Kalau aku pula, bercirikan lelaki yang berumur menghampiri setengah abad.
Aku yang membaringkan diri menghadap bertentangan dengan si dia yang kusayangi membelai lembut rambutnya. Wajah manis itu tidak pernah jemu ku pandang. Dia terjaga kerana merasa tanganku mengusap wajah lembutnya. Dia membuka matanya, dan menghadiahkan aku senyuman dan merapatkan lagi dirinya padaku.
"Sejuk sayang, nak peluk boleh?" ujar isteriku.
"Hujan lebat di luar sana, sayang kena buat benda lain la kat rumah hari ini" balasku.
"Hurmm, pikiran tu tengah nakal ya?" ujar si dia sudah membaca mindaku.
"Mana ada" aku menafikan kenakalan yang ada di kepalaku.
"Ye ye la tu" balas isteriku menyakatku.
Dah la korang, takat tu je ye.
"Sayang ada rasa ke masakan puteri kita semalam?" tanyaku.
"Ada, makan yang dibahagikan di dapur" balas sang isteri.
"Bila masa Nara dan Nari belajar masakan macam tu sayang? sampai licin makanan tu malam tadi" tanyaku lagi.
"Nima yang banyak ajar mereka tentang masakan, mereka berdua tu kan suka mencuba" balas isteriku.
Rupanya si Nima lah yang mengajar mereka masakan pelik-pelik tu.
"Sayang nampak tua tak?" aku sengaja bertanya.
"Taklah, makin kacak dan tampan ada la" balas isteriku.
Tanganku nakal lagi.
"Pikiran nakal tu datang lagi ye?" ujar isteriku.
Aku hanya tersengih.
"Dah nak pergi kebun tak dapat, hujan pula masih lebat" balasku.
"Ikut suka sayanglah, dorang dengar nanti baru tau" usik sang isteri.
Kemesraan bersama isteri pagi tersebut sangat mengujakan.
Kesejukan pagi itu seperti terus tidak membenarkan masing-masing keluar dari bilik. Selimut menjadikan kulit tambahan. Pelukan sang isteri menambah kehangatan pagi tersebut. Kebahagiaan bersama yang dicintai menyebabkan diri meremang bagaikan seisi tubuh mengalir listrik.
Isteriku Siluman Ular IV
11. Denda
Bunyi riuh rendah di luar bilik sudah mula kedengaran. Kedengaran Nara dan Nari memanggil semua untuk bersarapan. Bersemangat betul dua puteriku pagi ni. Hujan pula sudah mulai mereda. Kami semua keluar ke ruang dapur.
Di dapur semua siap terhidang oleh Nara dan Nari.
"Sebelum makan cuci muka dan bersihkan gigi tu dulu" ujar ku menegur Lemar dan Timo yang baru nak mula menjamah makanan.
Muka monyok dua budak itu terus ke bilik air.
"Atuk dan nenek kamu sudah bangun ke tadi" tanyaku.
"Dah yah, selepas menyediakan sarapan untuk mereka berdua, kami balik ke sini tadi yah" jawab Nara.
"Baguslah kalau macam tu" balasku.
Kami semua pun menikmati hidangan dua puteriku. Macam biasa enak dan lazat. Dua gadis ini sudah memiliki kemahiran masakan selain kemahiran membuat hiasan.
"Ingat janji kamu berdua semalam, kebun menanti kita bertiga hari ini tau" ujarku pada Lemar dan Timo.
"Ala yah, sejuk lagi la" balas Lemar.
"Sejuk tak sejuk, denda tetap denda" ujarku lagi.
"Denda! denda apa yah" tanya Nara sambil memandang ke arahku dengan muka berkerutnya.
Lemar dan Timo hanya tersengih.
"Ye la ayah, mereka kena denda sebab apa yah? apapun padan muka" ujar Nari memerli adiknya Lemar.
"Semasa orang lain sibuk mengemas selepas majlis malam tadi, kamu semua ada nampak muka dua ekor ni ke?" tanyaku pada semua yang ada di situ sebenarnya menyembunyikan kesalahan sebenar mereka tidak mahu Nara dan Nari kembali mengamuk jika tahu hal kenapa mereka didenda.
"Kamu jangan nak menyebelahi anak kau tu" Tiko menyampuk menjeling ke arah isterinya Nima.
"Mereka buat salah, padan la kena denda" jawab Nima.
"Padan muka, orang bekerjasama korang berdua lari entah pergi mana semalam" sampuk Nari lagi. Isteriku hanya tersenyum melihat gelagat semua.
"Makan kenyang-kenyang dulu korang berdua ya, buat tenaga di kebun nanti" perli Nari lagi.
Si Lemar menjelir lidahnya mengejek Nari. Nari mengetuk kepala Lemar dengan senduk yang dipegangnya. Geram ya amat dia dengan adiknya Lemar tu.
"Dah dah, jangan bergaduh depan makanan, nanti rezeki menjauh pula" sampuk isteriku.
"Wei korang ni, tak sudah-sudah, nanti kita semua pergi kebun" ujarku menenangkan keadaan.
Tapi aku tahu sebenarnya itu adalah cara adik beradik tu bergurau. Jauh di sudut hati mereka sebenarnya saling menyayangi masing-masing. Macam tu lah rutin mereka, saling sakat menyakat. Bila tiada depan mata pandai pula mencari.
Sarapan pagi itu terus riuh rendah. Penuh dengan gurau tawa kami semua. Semua orang kelihatan gembira sambil menikmati sarapan yang terhidang. Nari dan Lemar tak habis-habis sakat menyakat. Timo pula tidak berani campur tangan depan-depan. Dia agak gerun dengan kegarangan si Nari. Apapun, kami semua terhibur juga dengan gelagat empat orang budak ni.
Isteriku Siluman Ular IV
12. Warna-warni
Memandangkan hujan pun sudah selesai, apalagi masanya mengerah tenaga dua anak muda nakal ni. Siapa lagi kalau bukan si Lemar dan si Timo tu. Hari ini kamu berdua kena bekerja keras di kebun la.
"Hujan dah sepenuhnya berhenti, masa untuk ke kebun" ujarku.
Semuanya pergi bersiap. Ala kebun bukan jauh mana pun, depan rumah je. Kalau ikut apa sangat la yang nak di buat. Semuanya sudah seperti sebuah taman bunga. Kerja mencabut rumput-rumput yang tidak berkenaan la selain menyiramnya. Tapi nak siram apa, hujan dah tolong siram tadi. Mengarang buah-buahan, mengarang madu kelulut, tak pun menanam semula pokok-pokok yang telah mati.
sebenarnya datang ke kebun kat sini adalah sumber ketenangan, sambil menjaga dan memulihara tanaman di kebun. Di kebun yang serba serbi warna warni kerana keindahan pokok-pokok bunga yang ditanam di situ. Pelbagai bunga, pokok herba, pokok buahan, sayuran dan bijirin. Hampir semuanya ada.
Kalau sesiapa yang datang ke sini pada awalnya pasti terpegun. Ala macam aku mula dulu, tengok kebun ayah mertua terlopong mulut ternganga kerena terlalu kagum. Sekarang tak dah, kadang-kadang tu saja jer lepak di kebun menikmati keindahan pemandangan dari situ.
Buah-buah yang berteraburan dikutip semula bersama dedaun keringnya. Ia disimpan di dalam bekas dan diinjak-injak digaul dengan tanah gambut untuk dijadikan baja kompos semula jadi. Memang tak perlu pakai duit beli baja. Racun serangga pun tak digunakan di sini. sebab tu la bunyi katak memang sana sini sebagai penangkap serangga secara semulajadi.
Mereka semua kalau pergi kebun memang seronok sangat. Mana tidaknya, suasana kebun nampak betul-betul seperti taman botani, malah sengaja kami sediakan bangku khas berehat. Sangat tenang dan santai masa buat kerja di kebun. Bekal memang tak bawa, buahan banyak di sini.
Kalau di dunia manusia sudah jadi taman rekreasi kebun kami ni.
"Dah dah la tu sayang oi, puji kebun sendiri, belum tengok lagi kebun orang lain, pokok tinggi-tinggi, sayang punya kebun masih muda lagi" ujar isteriku menganggu minda yang tengah berlagak ni.
Kebun yang lain lagi la, pokok buah-buahan dah jadi macam bonsai pula aku tengok. Lagi dasyat mereka punya.
Isteriku Siluman Ular IV
Isteriku Siluman Ular IV
13. Pesta Gerhana
Malam diterangi sinaran bulan. Seri malam itu ditambah dengan keindahan muzik yang dimainkan oleh anak-anak muda di kampung ini. Lemar dan Timo sudah pasti ke sana agaknya. Alunan muzik tradisional itu sangat indah dimainkan oleh mereka. Terasa amat tenang mendengarnya. Muzik ala-ala sape itu terus dimainkan mengasyik bagi sesiapa yang mendengarnya.
"Sayang santai sorang-sorang kat atas ni ye?" ujar sang isteri mengejutkan aku dari lamunan asyik mendengar alunan muzik yang sedang dimainkan itu.
"Sayang ada dengar muzik tu tak?" tanyaku.
"Ooo, muzik itu yang menyebabkan suami kesayanganku ini leka tadi ya?" balas isteriku.
"Bunyinya sangat menenangkan la sayang, hebat mereka mainkannya" ujarku lagi yang sememangnya kagum dengan alunan muzik tradisional tersebut.
Sang isteri pun duduk disebelahku menyandarkan kepalanya dibahuku.
"Sedap bunyi yang mereka mainkan sayang" ujar isteriku pula.
"Kannn" balasku setuju.
"Biasa kalau mereka sudah mula berlatih tu, petandanya akan ada pesta tarian" jelas isteriku.
"Eh, sebelum ini tak pernah pun nampak pesta ni?" tanyaku.
"Iyala pesta ini hanya akan dilakukan pada masa tertentu saja" jelas isteriku lagi.
"Pesta tarian ini sempena apa sebenarnya sayang?" tanyaku ingin tahu.
"Pesta ini jarang diadakan, ia akan diadakan jika sempena gerhana matahari semakin hampir" jelas isteriku.
"Apa kaitan pesta tersebut dengan gerhana matahari pula?" tanyaku ingin tahu.
Sang isteri terus menceritakan apa yang diceritakan oleh ayah mertua padanya.
Biasanya masyarakat bunian akan berkumpul sebelum gerhana tersebut berlaku. Mereka akan bersiap sedia, kerana pada saat gerhana matahari berlaku setiap portal keluar masuk ke dunia manusia akan kelihatan lebih jelas. Maka, warga bunian akan berjaga memastikan portal itu tidak diceroboh oleh manusia.
Bagaimana portal itu terlihat? Bahagian gerhana penuh matahari tidak menjadi masalah. Tetapi bahagian separa yang terlindung itu yang akan menampakkan portal.
"Owh masa zaman sekolah dulu, sayang pernah belajar juga pasal ni, bahagian yang dipanggil sebagai umbra tidak menjadi masalah, tetapi bahagian penumbra yang akan menampakkan portal, rasanya lebih kurang gitulah tu" jelasku mula memahami penjelas isteriku.
"Kalau macam tu, kita tak boleh bagi Lemar dan Timo mengetahui hal portal ni sayang" ujarku.
"Itu merisaukan, kalau mereka berdua tahu jalan ini, pasti sibuk nak pergi ke dunia manusia" balas isteriku.
Kami hanya berharap dua anak muda itu tidak tahu tujuan pesta itu.
Isteriku Siluman Ular IV
Isteriku Siluman Ular IV
14. Kerisauan Sang Isteri
Muzik yang dimainkan masih lagi mendayu-dayu. Sayup-sayup kedengaran di telinga. Indahnya malam itu dengan persembahan muzik yang sangat merdu. Aku dan isteriku leka masing-masing menghayati keindahan malam tersebut.
Isteriku mengapai tangan kananku dan digenggamnya kemas erat. Aku pula meletakkan tangan kiriku ke bahunya. Sambil mengusap bahu lembut isteri tercinta. Dia hanya membiarkannya. Jelas si dia sedang bermanja denganku. Anak-anak pula sangat memahami bahawa kami berdua memerlukan ruang bersama. Tiada seorang pun mengganggu.
"Sayang rasa ingin begini selamanya" ujar isteriku memecah kebisuan.
"Sayang pun sama, ketenangan begini, rasa bahagia begini" balasku.
"Tetapi sayang masih risaukan anak kita Lemar tu la sayang" ujar si dia meluahkan kerisauan pada anaknya lagi.
"Kenapa dengan si Lemar kita tu sayang" tanya ku.
"Sayang tidak dapat membaca mindanya, dia menutupnya dari didengari oleh sayang" jelas isteriku.
"Bagaimana dia boleh menutup pembacaan minda awak sayang?" aku melepaskan tanganku dan duduk secara berdepan dengan isteriku.
Aku menunjukkan minat kerana agak terkejut dengan penjelasannya tadi.
"Apabila dia mencapai suatu aras ini bermakna ayah telah mengajar banyak ilmu yang tinggi padanya, ia adalah bukan semua orang boleh buat" jelas isteriku.
"Sayang boleh ajar saya tutup pembacaan minda juga ke?" tanyaku sengaja menguji si dia.
"Sayang takkan ajar awak, kalau tahupun" balas sang isteriku.
"Kenapa sayang? Awak tidak percaya pada sayang ke?" ujarku berseloroh.
"Adehhhh" lenganku jadi mangsa cubitan si dia.
Nampak jelas dia sentiasa ingin tahu apa yang ada pada mindaku.
"Kalau macam tu, cuba baca apa yang ada dalam minda sayang" cabarku.
Si dia tersenyum memandangku. Wah, wajah yang sangat berseri dan kelihatan sangat ayu.
"Sayang berjaya menutup pembacaan minda ke?" tanyaku lagi.
"Sayang juga mencintai awak seadanya juga awak" balas isteriku sambil tangannya menyentuh lembut pipiku. Dia masih membaca mindaku dengan jelas rupanya.
"Sayang masih risau tentang anak kita Lemar tu la awak" ujar isteriku.
"Tak perlu risau, dia dah semakin dewasa, rasanya dia dah semakin matang" jelasku cuba menenangkan isteriku.
"Sayang risau dia salahgunakan ilmu yang atuk dia ajar" balas isteriku meluahkan kerisauannya lagi.
Aku sebenarnya risau juga. Aku juga sebenarnya dapat ilmu yang sama belajar dari atukku dulu, menutup pembacaan minda. Aku hanya mendedahkan minda ku pada si dia apabila suatu mengembirakannya, sebaliknya menutup sesuatu yang tidak menyenangkannya.
Isteriku Siluman Ular IV
Isteriku Siluman Ular IV
15. Pokok Gergasi
Hari yang dinantikan telahpun tiba. Ada makhluk-makhluk bunian datang dari kawasan lain turut menyambut peristiwa alam semesta gerhana matahari ini. Kebetulan perkampungan ini menjadi tuan rumah kali ini. Itulah agaknya persediaan dijalankan dengan tapi oleh orang kampung.
Pesta ini akan dilangsungkan di bawah pohon yang paling besar dan tinggi di kawasan kampung ini. Pokok ini dihiasi bukan setakat di kawasan bawahnya sahaja, tetapi batang pokok tersebut disediakan tangga yang berputar melilit pokok tersebut seperti ular melilit tongkat. Tangga ini disediakan sehingga ke puncaknya. Di punca sana direka seperti sebuah bilik pemantauan.
Semua orang kampung sedang sibuk berkerja sama dalam membuat persediaan. Pelbagai aktiviti ada yang berlatih muzik. Ada menyediakan pelagai makanan. Ada juga yang menyediakan dan perhiasan tempat. Keluarga kami juga turut terlibat membantu. Macam aku hanya ikut jer apa yang mereka buat, maklumlah ini adalah kali pertama bakal melihat sambutan ini.
Putera dan puteri-puteri kami juga turut ikut serta terlibat. Mereka kelihatan girang.
"Nara, kali ini kamu dan Nari ikut jer apa yang Mak Bidan arahkan, jangan mengada buat masakan pelik-pelik dah" ujarku menegur puteriku.
"Baru nak ajak Mak Bidan buat masakan istimewa jer ni yah, tapi..." balas Nara.
"Tada tapi tapi, ikut jer apa Mak Bidan arahan, jangan memandai, ini bukan majlis kampung jer tau" ujar isteriku mencelah. Nara menarik muka terkilannya.
"Sayang, kali ini sayang akan lihat pelbagai siluman menjelma di malam nanti" ujar isteriku.
"Siluman apa lagi Ada?" tanyaku ingin tahu.
"Ada banyak, mereka akan menyerupai binatang seperti musang, monyet, buaya dan pelbagai lagi, tapi jangan risau mereka bukannya musuh" jelas isteriku.
Pada hari gerhana, semua akan berjaga di sempadan dimensi. Mereka akan menyediakan pondok dan gerai minuman. Jika ada manusia menceroboh, mereka akan jemput minum bersama. Mereka tidak akan mencederakan manusia. Tetapi manusia tersebut diberikan minum ramuan untuk melupakan peristiwa tersebut.
"Kalau manusia tu tidak minum macamana sayang?" tanyaku.
"Mereka pasti akan minum, apabila mereka minum, mereka akan menceritakan hal sebaliknya, mereka akan menceritakan mereka diberi makanan seperti cacing dan ulat, wahal mereka sebenarnya dihalusinasikan oleh ramuan yang mereka minum" jelas isteriku.
Begitu rupanya, sebenarnya mereka bukanlah makan cacing atau ulat, mereka hanya makan dan minum, minuman orang Bunian yang elok-elok sahaja.
Isteriku Siluman Ular IV
Isteriku Siluman Ular IV
16. Bermulanya Pesta
Malam sudah menjelang. Pesta sudah bermula, paluan gendang dan muzik sudah dibunyikan. Pesta berupa seperti pakaian beragam. Cuma bezanya, di sini segala siluman menjelmakan diri dalam rupa binatang dan nampak sangat tulin. Kalau aku bukan suami kepada siluman ular sudah pasti diri ini lari lintang pukang melihat pelbagai binatang sedang berkumpul.
kelihatan buaya putih, rusa putih, helang, burung hantu, musang berekor tujuh, babi hutan dan berbagai jelmaan lagi yang ada di situ. Paling menarik perhatianku adalah kuda separa manusia. Dan makhluk berkepala lembu dan berbadan berbulu. Menurut isteriku, rupa makhluk itu bukan semuanya siluman tetapi memang rupa mereka begitu.
Di antara mereka, buaya putih, rusa putih dan musang berekor tujuh adalah makhluk bunian yang tertua dan mempunyai ilmu magis yang hebat. Musang berekor tujuh adalah golongan bunian yang mendiami kawasan pergunungan dan tinggal di gua pergunungan. Rusa putih atau siluman rusa pula merupakan puak bunian yang menetap dalam hutan dan tinggal di pokok besar. Buaya putih pula hidup di kawasan berpaya.
Biarpun begitu semua makhluk bunian ini ada pantang larang tersendiri. Mereka mempunyai amalan hidup masing-masing. Kerana hidup ribuan tahun, mereka memiliki ilmu yang tinggi berserta pengalaman yang banyak. Istimewanya mereka di sini, mereka tidak menganggu kehidupan makhluk lain selagi mana tidak merosakan alam semulajadi.
Aku kagum dengan segala tetamu jelmaan dan makhluk yang hadir di pesta tersebut. Ada juga yang bahasanya pelik di dengar dan tak difahami langsung. Malah ada suara yang garau dan halus. Aku bagaikan berada dalam alam fantasi melihat semua itu. Bertuahnya dapat pengalaman seumpama ini. Namun, aku tetap lebih berbangga dengan isteriku yang mencintai diriku seadanya.
Apabila mereka menjelma dalam rupa manusia, ada yang kelihatan semua rambutnya putih panjang tidak kira lelaki atau perempuan. Ada yang memang seperti bidadari. Namun, ada juga yang tidak berapa nak cantik. Bisik-bisik nampak hodoh la. Biarpun pelbagai rupa jelmaan mereka tetap mesra dengan masing-masing malah lembut berbicara.
Pokok tua yang tinggi dan besar itu nampak sangat menarik kerana sinaran semula jadi kunang-kunang. Memastikan kunang-kunang melekap sepanjang bahagian penghadang tangga diletakkan suatu cairan tumbuhan sebagai sumber makanannya. Cahaya yang dihasilkan kunang-kunang sangat menarik dan memeriahkan lagi suasana pesta itu.
Isteriku Siluman Ular IV
17. Memberi Peluang Pada Putera Puteri
Makanan disediakan oleh team Mak Bidan bersama puteri kembarku. Selain makanan yang disediakan mereka ada juga yang dibawa oleh para tetamu. Semuanya diletakkan di meja bulat besar. Pelbagai makanan yang disediakan, kebanyakannya adalah dari tumbuhan.
Aku berjalan bersama isteri bidadariku Nia, di sekitar tempat pesta tersebut.
"Sayang, air apa ini? rasanya manis dan masam-masam sedikit" tanyaku pada sang isteri.
"Ini adalah air yang yang dikumpulkan dari bunga, hampir sama dengan nektar yang dikumpulkan lebah dan kelulut" jelas isteriku.
"Ya ka? sedap la rasanya" ujarku kagum.
"Tapi jangan minum banyak sangat, ia sejenis tapai juga, nanti sayang mabuk pula" ujar sang isteriku.
Anak-anak kami entah ke mana? Biarkanlah, pandai-pandai mereka jaga diri kat pesta ni. Harap si Timo dan Lemar tu tak buat perangai dah. Dalam mata melilau melihat sekitar, aku terpandang anakku Lemar sedang menari girang bersama seorang gadis berambut putih rasanya bukan dari kampung ini. Cepat juga budak ni mencari awek bisik hatiku. Dah orangnya memang kacak, sudah pasti dia mampu memikat perempuan.
"Sayang, tengok si Lemar kita tu, dia menari dengan perempuan la" bisikku di telinga isteriku.
"Mana sayang? ooo nampak" isteriku tercari-cari dan akhirnya dia mengukir senyuman melihat puteranya sedang girang menari.
"Awek bunian mana pula anak kita usik tu sayang?" tanyaku.
"Kalau rambut putih macam tu, rasanya jelmaan rusa" jelas isteriku.
"Pakcik, izinkan saya menari dengan puteri pakcik" tiba-tiba seorang anak muda menyapa aku.
"Sayang bagi la peluang untuk mereka berhibur" bisik isteriku.
"Menarilah, jangan bawa lari puteri pakcik dahla" ujarku memberi peluang kepada pemuda itu.
"Terima kasih pakcik" ujarnya dengan sopan.
Dia menundukkan dirinya di depan Nara dan menghulurkan tangannya mengajaknya menari. Nara menyambut lembut tangan anak muda itu.
Si Nari pula duduk bersembang dengan seorang jejaka. Ku lihat berkali jejaka tersebut mengajaknya menari. Tetapi, Nari menggelengkan kepalanya tidak setuju. Dia hanya mahu bersembang sahaja. Tambahan si Nari tu memang pemalu.
"Sayang, yang sedang bersembang dengan Nari tu pula bunian mana?" tanyaku pada isteriku.
"Yang itu adalah bunian dari puak siluman rusa" jelas isteriku.
Malam itu, semua kelihatan seronok dan gembira sambil menari. Aku dan isteriku memberi peluang pada anak-anak menikmati pesta tersebut.
"Sayang nak menari tak?" tanya ku pada sang isteri tercinta.
"Kalau sayang yang ajak, isterimu ini takkan menolak" ucap isteriku tersenyum lembut.
Aku menghulur lembut tanganku dan segera sang isteriku menyambut lembut. Kami pun turut menari menikmati bersama ritma muzik yang dimainkan.
Isteriku Siluman Ular IV
Isteriku Siluman Ular IV
18. Saat Indah
Suatu pesta keramaian yang cukup meriah. Semua yang ada kelihatan sangat gembira. Namun, dalam hati tetap dibelenggu oleh perasaan yang tidak diundang. Dalam sebuah kegembiraan sudah pasti akan datang kedukaan bakal menjelma. Masa dan saatnya pasti akan tiba jua.
Menari bersama isteri tercinta adalah suatu saat yang mengirangkan. Apalagi bila melihat wajah ceria sang isteri yang tak lekang memberikan senyuman manis biarpun ia tidak dirasa seperti manisan. Keindahan saat seumpama itu seharusnya dinikmati sepenuhnya. Menghadapi hari-hari yang bakal tiba tidak kira musibah atau kebahagian, ia harus ditelan mahupun dinikmati.
"Sayang, awak sangat cantik seperti dari awal perkenalan kita, sehingga kini wajah sayang tidak pernah jemuku pandang" ujarku memuji kecantikan sang isteri yang sedang menari bersamaku.

"Dalam hati sayang tetap tidak akan pernah berubah, tetap sama dan semakin menyayangi dan mencintai awak sayangku" balas sang isteri sambil memberikan senyum bahagianya.
Biarpun pesta itu dipenuhi makhluk-makhluk lain yang turut memeriahkan pesta tersebut, saat itu bagaikan hanya kami berdua yang berada di situ. Kebahagiaan benar-benar milik berdua. Begitulah betapa nikmatnya bahagia. Kalaulah hidup ini adalah immortal, pastinya si dialah ingin kudampingi selamanya.
Berbeza dunia, berbeza bangsa, berbeza budaya bukan penghalang kepada perasaan sejati. Keikhlasan dan kemurnian hati membawa kasih suci itu menjadikan ia cinta sejati. Pilihan hati secara semula jadi adalah suatu gambaran perasaan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Tiada jemu tiada rasa sangsi, namun dipenuhi rasa cinta kasih sepenuhnya.
Leka menari bersama, dunia hanya milik berdua. Mata saling bertatapan bagaikan meluahkan rasa dihati. Tanpa bicara, pandangan itu menguraikan segalanya. Alunan rambut hitam pekat isteriku memaku pandanganku seumpama pandangan pertama terhadapnya dulu, kelopak mata tidak mampu berkerdip. Perasaan yang hadir seperti kali pertama jatuh cinta. Berdebar, berdegup kencang jantungku dibuatnya.
"Cara pandangan sayang mengingatkan saat pertama kita saling berpandangan" ujar sang isteri.

Gedebukkkkk! dalam keterlekaan tersebut kakiku tersadung dan terjatuh telentang. Adeh! Isteriku pulak tidak teragak-agak sengaja membuatkan dirinya turut tersadung dan jatuh di atas badan ku, menyebabkan wajah kami hampir bertemu. Sekali lagi dunia itu bagai hanya ada kami berdua.
Isteriku Siluman Ular IV
Isteriku Siluman Ular IV
19. Kembali Remaja
Semalaman pesta diteruskan. Suasana sungguh meriah. Aku dan Nia seperti pasangan kekasih yang baru saja jatuh cinta. Si dia masih lagi berada di atas badanku. Kami saling berpandangan. Pandangan itu terus berlangsung, mata kami saling bertatapan. Kami bagaikan membeku seketika.
Aku memandang wajah ayu sang isteri. Rambutnya terjuntai mengena pipiku. Kami saling meluahkan perasaan melalui tatapan mata masing-masing.
"Sayang juga sangat menyintai dirimu" balas sang isteri yang mendengar mindaku.
Si dia melebarkan senyuman bahagianya. Anak matanya ke kiri ke kanan bertatapan sepertimana anak mataku. Ya, suatu perasaan yang hebat tidak dapat digambarkan, sehingga mendirikan bulu romaku.
Perlahan si dia menurunkan kepalanya, sehingga menemukan bibir kami. Sebelum semua yang ada di situ perasan perihal kami. Cepat-cepat aku menolak dahi isteriku dengan hujung jari telunjukku. Menyebabkan dia tersentak dari lamunan manjanya.
"Sayang kenapa?" tanya sang isteri.
Kami seperti terjaga dari lena, melihat sekeliling. Semua yang ada di situ memandang tepat ke arah kami berdua.
Aku lihat muka isteriku, merah padam menahan malu. Kami sama-sama bingkas bangun dan si dia mengapai tanganku dan dipandu ke arah tangga pokok besar di situ. Kedengaran tepukkan dari orang ramai yang ada di situ terus memerhatikan gelagat kami berdua yang berlari berpimpinan tangan ke arah tangga pokok besar tersebut.
Isteriku tidak berani menoleh ke belakang kerana menahan malunya. Kami naik tangga tersebut dan sampai ke puncaknya. Di situ, sang isteriku terus memutarkan badannya ke arahku. Bibirku terus ditaupnya. Manakala dirinya memejamkan mata. Kami menikmati saat indah itu.
Aku tahu si dia benar-benar ingin melepaskan rasanya. Saat indah itu terus berlangsung. Kedua-duanya terus leka bersama. Tangannya merangkul kemas leherku dalam masa yang sama kedua tanganku merangkul kemas pinggangnya. Debaran di jantungku terasa begitu laju.
Beberapa ketika barulah si dia melepaskan taupan bibir kami. Dia kembali memandang wajahku bersama senyuman manisnya. Sangat cantik dan tidak pernah jemu dipandang. Jelas benar kami berdua saling menyintai dan menyayangi. Suasana dari puncak pokok tersebut sangat indah. Bagaikan dunia kami yang punya.
Isteriku Siluman Ular IV
20. Bertugas
Awal pagi sarapan sudah disediakan puteri manisku si Nara dan Nari. Pagi ini perlu bersiap menyertai para bunian menjaga persempadanan. Tujuannya supaya golongan manusia dan makhluk dari dunia sana tidak menembusi dunia ini.
Pagi itu, sang isteri sudah mengukir senyuman manis buatku. Entah mengapa tidak pernah jemuku memandang wajah itu. Senantiasa manis dipandang walaupun tiada manisan melekat padanya.
"Sayang akan menyertai yang lain bertugas" ujarku pada sang isteri.
"Sayang berhati-hati ya" balas isteriku.
"Kita tidak mampu mengelak Lemar dan Timo mengetahui portal" tambahku meluah sedikit kebimbangan.
"Kalau Lemar tahu ada portal lain, dia pasti akan ke sana juga nanti" jelas isteriku.
"Mana dua orang budak tu?" tanya si Nima.
"Mereka awal tadi dah bersiap semangat menyertai team bertugas" balas Nari.
"Semangat lain macam jer budak dua orang tu" ujar Nima lagi.
"Mereka berdua tu ada niat sebenarnya" sampuk si Tiko suami Nima.
"Semalam lain macam jer abang Lana dan kak Nia, macam orang baru bercinta jer" usik Nima.
Nia tersengih mendengar usikan Nima, pipinya sedikit kemerahan, menahan malu.
"Mengalahkan anak muda romantik korang berdua malam tadi" usik si Tiko sambil mentertawakan kami berdua.
"Nak lihat aksi tu lagi ke?" aku sengaja mengajuk.
"Tak usah mengadalah sayang, biar aksi tu semula jadi jer" sampuk Nia.
Nara dan Nari diam hanya membantu menhidangkan sarapan pagi tu. Selesai sarapan, aku dan Tiko bersiap untuk bertugas. Hari ini akan berlaku gerhana Matahari. Para bunian kebanyakan akan berada berdekatan kawasan sempadan dua dimensi ini.
"Adik kamu berdua ada bawa bekal ke tadi" tanya isteriku pada puterinya.
"Mereka siapkan bekal sendiri awal pagi tadi bu" jawab Nara.
"Masa Nari ke dapur pagi tadi, mereka dan siap siaga nak turun dah" balas Nari pula.
Semangat melebih dua orang ni.
Isteriku Siluman Ular IV
21. Gerhana Matahari
Gerhana Matahari mulai berlaku. Keindahan sinar matahari di lindungi bulan meredupkan segenap tempat. Kebanyakan persempadan dunia ini dan dunia manusia mula memperlihatkan cahaya kebiruan yang bersinar-sinar. Ia bagaikan suatu lapisan dinding yang amat nipis. Setiap petugas yang menjaga sempadan bersiap sedia di tempat masing-masing.
Aku dan Tiko turut bertugas. Namun, sepanjang kejadian gerhana tiada apa yang berlaku di kawasan jagaan kami. Gerhana Matahari juga sudah sepenuhnya selesai. Semua yang bertugas kembali berkumpul di kawasan pokok besar tempat pesta. Ini bermakna pesta akan kembali berlangsung sebelum semuanya bersurai malam nanti.
Muka Timo dan Lemar sangat ceria, macam ada sesuatu yang menyeronokkan mereka berdua.
"Bu, Lemar rasa nak tergelak lihat kejadian di bahagian Lemar tadi bu" ujar Lemar yang tidak sabar menceritakan pengalamannya.
"Apa yang telah berlaku tadi?" soalan diajukan isteriku pada anak bujangnya.
"Persempadanan yang Lemar jaga tadi ada seorang lelaki makan di warung bunian, dia leka dan ditakutkan oleh orang bunian di si tu, lari lintang pukang dia ketakutan" jelas Lemar pada ibunya.
"Seronok la anak ibu tadi, portal semua tu dah tiada rahsia sekarang" ujar isteriku.
"Sekarang ayah dan ibu tak boleh nak halang Lemar nak pergi jumpa atuk dan nenek" balas Lemar.
"Boleh pergi, tapi jangan selalu sangat, dan kalau boleh jangan tunjukkan diri pada manusia selain atuk dan nenek tau" jelas isteriku.
"Lemar, ingat ilmu dan apa sahaja yang kamu pelajari di sini bukan untuk menjadi seorang yang riak dan menunjuk-nunjuk" tegasku pula menyampuk.
"Pesta penutup malam ni, kau carilah gadis yang kau suka, ibu sokong" ujar isteriku cuba memerangkap Lemar supaya hilang keinginnya ke dunia manusia.
"Lemar masih muda la bu, malas Lemar nak cari pasangan" balas si Lemar pula.
"Kamu boleh mengembara dengan mereka sekali juga" tambah ibunya lagi.
"Bagi kat Nara dan Nari je la cari pasangan mereka" balas Lemar lagi.
Memang jelas budak ni belum lagi berminat menamatkan zaman bujangnya. Memang betul la juga, umurnya pun baru 18 tahun. Keinginan dia tentang perkara yang lebih mencabarnya akan lebih membangkitkan keterujaannya.
"Bu, ayah, kalau Lemar jaga atuk dan nenek kat sana setuju tak?" ujar Lemar.
Kelihatan air muka sang ibu berubah jadi cemas mendengar kata-kata puteranya itu. Dia tidak menjawab pertanyaan Lemar.
Keinginan Lemar itu adalah suatu yang sangat dirisaukannya. Dia risau keselamatan anaknya. Sang ibu terus diam seribu bahasa.
Keinginan Lemar itu adalah suatu yang sangat dirisaukannya. Dia risau keselamatan anaknya. Sang ibu terus diam seribu bahasa.
"Ala bu, Lemar bukan pergi sorang-sorang, nanti Timo akan temankan Lemar sekali" Lemar menambah beban perasaan ibunya.
"Ayah terus terang, ayah kurang setuju, di sini kamu ada segalanya" aku cuba menyokong apa yang ada di minda isteriku.
"Pandai-pandaila Lemar bawa diri nanti ayah, Lemar dah besar, takkan nak berkepit dengan ayah dan ibu, Lemar ingin mengembara juga" balas Lemar.
Isteriku Siluman Ular IV
22. Takut Bini
Isteriku Siluman Ular IV
22. Takut Bini
Suasana petang itu sangat tenang. Namun, kedengaran pesta penutupan sudahpun bermula. Terdengar bunyi musik tradisonal di mainkan dari arah tapak pesta. Apapun kami sekeluarga masih berehat di rumah termasuk keluarga si Tiko. Aku dan Tiko leka bersembang di ruang tamu. Sementara yang perempuannya bersiap menghidangkan minum petang.
Sekarang semua berkumpul minum petang. Kesempatan itu diambil untuk beramah mesra dengan semua yang ada. Petang itu, semua nampak ceria. Yang kurang ceria adalah isteriku dan si Nima isteri Tiko. Mungkin mereka ada bersembang tentang dua budak nakal tu tadi agaknya. Sudah pasti ia merentap perasaan keibuan mereka.
"Ayah dan pakcik Tiko, saya nak minta kebenaran pergi jenguk nenek dan atuk di sana bersama Timo" si Lemar menyuarakan keinginannya.
Tiko serta merta memandang ke arahku. Aku hanya mengangkat bahu, tanda tiada idea nak jawab pada budak berdua tu. Nima dan Nia menggelengkan kepala mereka, jelas tanda tidak merestui keinginan mereka.
"Tanya makcik kamu tu, pakcik tidak ada jawapan untuk itu" ujar Tiko sengaja memberi tanggungjawab itu pada isterinya.
"Ayah pun sama" ujarku juga.
"Ayah dan pakcik Lana, serupa jer tiada pendirian, takut bini" kedengaran suara si Timo mengejek aku dan Tiko.
Barulah si Nima dan Nia tersengeh geli hati mendengar ejekan si Timo.
"Wei, jangan berani panggil pakcik dan ayah aku macam tu" bentak si Nari yang menunjukkan muka tidak puas hatinya pada Timo.
Aku dan Tiko tahu Timo sengaja mengenakan kami berdua supaya kami menyokong keinginan mereka. Tapi nampak gayanya usul mereka itu tidak berjaya.
"Buat pengetahuan kamu berdua, kehidupan di dunia manusia dan dunia in adalah suatu yang berbeza, ayah risau kamu berdua sukar menyesuaikan diri nanti" jelasku.
"Sememangnya tidak sama, di sana kamu tidak boleh melakukan sesuatu sepertimana di sini" tambah Tiko buat pandai macam dia pernah menjalani kehidupan di sana.
"Ya betul, ayah setuju dengan pakcik Tiko kamu" aku meyokong si Tiko.
"Kami janji akan berhati-hati ayah, Lemar kesian pada atuk dan nenek kat sana" tambah Lemar sengaja menjadikan atuk dan neneknya alasan.
"Lemar, kau ingat kau saja yang sayang pada atuk dan nenek?" ujar si Nari pula.
"Kami pun sayang pada mereka, tapi kita tidak boleh mencampuri urusan manusia sesuka hati kan bu?" tambah si Nara pula.
"Kalau nak ikut tu, cakap jer nak ikut" ujar si Lemar pula.
Dia sengaja memanaskan keadaan. Suasana semakin tegang pula. Isteriku sudah mula menarik mukanya pula.
"Semua orang nak pergi, pergilah, tinggalkan ibu sorang jer kat rumah ni" bentak si Nia isteriku yang sudah tidak dapat menahan diri lagi.
Semua membisu tidak berani bersuara. Lemar dan Timo hanya menundukkan kepala.
Isteriku Siluman Ular IV
23. Kenakalan
Cahaya bulan begitu terang di malam hari. Bunyi cengkerik bersahutan. Kunang-kunang berkelip sana sini. Unggas-unggas juga tidak mahu ketinggalan saling memeriahkan suasana Dalam hutan.
"Kita gerak selepas semuanya nyenyak" bisik Lemar pada sahabat setianya, si Timo.
"Kamu berdua tak tidur lagi ke?" Ujar Nia pada mereka berdua.
"Mereka kata, minggu depan ada majlis pesta macam tu di kampung lain" ujar Timo.
Dentuman muzik memukau dua anak muda itu. Mereka berdua tidak sabar menjemput gadis-gadis manusia menari bersama. Itulah untung memiliki paras rupa yang menawan, tiada gadis yang menolak pelawaan mereka berdua.
"Ni baru muzik, tak macam tempat kita, layan musik lapuk jer" ujar Lemar.
Mereka berdua pun mencari posisi yang sesuai. Belum sempat mereka berdua mencari tempat, gadis-gadis yang mereka telah kenali semalam datang mengerumuni mereka berdua. Apa lagi, seronok sakan la dua jejaka itu. Gadis-gadis itu melayan mereka berdua dengan baik. Mereka diberikan minuman dan makanan.
Kehadiran mereka menjadi perhatian anak muda lain. Nampaknya gerak geri mereka mula diawasi. Rasa tidak puas hati terhadap mereka berdua sudah jelas dengan cara pandangan ke arah mereka. Mana tidaknya, sampaikan isteri orang pun turut tertarik dengan mereka berdua.
"Dari mana datang dua budak lelaki itu?" tanya salah seorang pemuda pada sahabatnya.
Timo dan Lemar memang seronok dan leka. Sehingga tidak sedar gerak geri mereka sedang diperhatikan dan mendatangkan rasa cemburu anak-anak muda di situ. Mereka tidak sedar, ada yang sedang merancang sesuatu untuk memerangkap mereka berdua.
Ramai gadis yang terpukau dengan ketampanan wajah yang jelas membuatkan gadis-gadis di situ berebut-rebut untuk menari dengan mereka berdua. Muzik pula rancak. Mana-mana gadis yang memandang wajah mereka akan mudah jatuh hati, sehingga menyebabkan gadis-gadis itu angau dengan mereka.
Isteriku Siluman Ular IV
25. Hujan
Cuaca malam tu agak tidak baik. Mendung mula berarak berserta angin pula kencang. Hujan pula sudah mula turun membasahi bumi. Semua tamu kelihatan berlari-lari mencari tempat berteduh sementara mengharap hujan akan berhenti.
Lemar dan Timo juga sama seperti yang lainnya. Namun, mereka berdua ditarik dan dibawa oleh dua orang gadis ke kawasan lain untuk berteduh. Mereka berdua tidak banyak soal dan hanya mengikuti dua gadis itu membawa mereka berdua.
Mereka masuk ke rumah usang yang berdekatan dengan sebuah sungai. Oleh kerana kesejukan, dua gadis tersebut merapatkan badan masing-masing.
Manakala berbeza dengan si Lemar, gadis yang memimpin tangannya tadi hanyut memandang wajah si Lemar.
Hujan masih belum berhenti, rumah usang masih teguh cuma tempias oleh hujan. Sinaran bulan membuatkan mata nampak masing-masing dengan jelas. Kedinginan terasa dihembus angin yang menyapa menyebabkan bulu roma meremang.
"Benarkah awak masih belum berpunya?" tanya sang gadis tersipu.
"Single tu apa pula?" tanya Lemar.
Lemar dan Timo balik dengan perasaan girang. Sebelum ini, mereka tidak pernah rasa terpikat dengan mana-mana gadis. Tetapi mereka belum mengetahui risiko yang bakal mereka hadapi. Mereka berdua belum mengetahui dua gadis itu adalah gadis rebutan di kampung tersebut.
Sesampai di rumah, mereka menyelinap masuk dan pura-pura sedang nyenyak tidur. Dan akhirnya mereka benar-benar nyenyak tertidur. Apapun, mereka terlupa melakukan sesuatu menutup rahsia penyelinapan keluar mereka. Apakah mereka akan kantoi?
Cuaca pagi itu sangat mendung. Walaupun sudah jauh siang namun nampak masih gelap. Apakah petanda hujan akan turun? Aku bangun, menjalankan rutin seperti biasa. Aku keluar dari bilik. Mataku terarah kepada becak tapak kaki yang menjurus ke bilik Lemar dan Timo. Apa benda budak berdua ni buat malam tadi, bisikku dalam hati. Sebelum yang lain perasan aku lapkan terus kesan tapak kaki tersebut.
Aku tertanya dengan apa yang mereka lakukan. Tapi aku tidak akan bertanya. Aku mengatur rancangan untuk mengajak Tiko mengekori mereka. Siaplah korang berdua nanti kalau buat benda yang pelik-pelik bisik hati ku. Berani korang buat hal ye?
Sarapan pagi sudah disediakan, siapa lagi tukang masaknya kalau bukan Nara dan Nari, dua puteriku yang menawan. Kebelakangan ini, dua puteriku ini pun ceria semacam. Apakah mereka menjumpai jejaka yang mereka berkenankan? Sejauh mana aku dan isteriku mampu menghalang, jika sudah jodoh mereka, ia tetap jodoh jua. Tapi aku akan berusaha memastikan mereka menjadi milik orang benar-benar ikhlas terhadap mereka.
Bagi Lemar pula, aku risau dia memilih gadis dari dunia manusia. Bukan apa, sebabnya keikhlasan dari hati manusia tidak dapat di ramal. Lainlah dengan si Nia isteriku, dia rela sehidup semati denganku. Dia juga adalah gadis bunian yang sangat mencintaiku sepenuh hatinya. Sebab itulah aku dan isteriku lebih suka jika dia menyukai gadis bunian. Tapi soal jodoh ia bukan suatu yang kita boleh jangkakan.
"Kenapa termenung ni sayang?" pertanyaan isteriku membangunkan aku dari lamunan. "Tiada apa-apa" balasku.
Cuaca nampak elok jer pagi tu. Kicauan burung menjadi penyeri suasana. Rutin harian masyarakat bunian adalah seperti biasa ke kebun. Kalau di sini kebun tak perlu sentiasa dijaga. Kalau sudah dikemas dan diaturkan rapi memang tidak perlu dijenguk pun kalau tidak mengutip hasilnya.
Lemar dan Timo tersengih ceria. Mereka berdua sudah berjanji untuk bertemu dengan gadis yang mereka temui semalam di sungai. Sekali lagi dua anak muda ini masuk ke dunia manusia.
Setibanya mereka di sana, dua gadis itu sudahpun mendahului menunggu. Mereka berdua pun mendapatkan pasangan masing-masing. Jelas juga gadis itu tidak sabar untuk bertemu mereka.
"Lama dah menunggu ke?" tanya Lemar menyapa sang gadis.
"Kita belum tau nama masing-masing, saya Kaitlyn boleh panggil Ailin atau Ai saja. Awak pula...." sang gadis memperkenalkan diri tidak sabar dia ingin tahu nama sang jejaka tampan itu.
Deruan air sungai itu menambah suasana semulajadi di situ. Mereka berempat berjalan lagi naik ke bahagian atas sungai yang tidak jauh dari situ ada kawasan air terjun. Hanya Lemar dan Timo sahaja yang mengetahui kewujudan air terjun itu. Dua gadis itu hanya menuruti langkah kaki dua jejaka itu. Entah mengapa mereka merasa selamat bersama mereka berdua.
Mereka tidak sedar gerak geri mereka sedang diperhatikan oleh Lana dan Tiko yang senyap-senyap mengekori mereka dari tadi. Apapun mereka tidak perasan kewujudan ayah mereka kerana kedua-dua ayah tersebut telahpun menelan tonik halimunan.
Ini kerja budak berdua ni rupanya. Sudah dewasa anak aku ini rupanya. Pandai dah nak mengorat awek dia sekarang ni.
Mereka berempat, nampak semakin lama semakin mesra. Nampak gelak tawa anak-anak muda itu bersama. Semuanya kelihatan ceria. Tapi mereka tidak tahu adakah mereka mampu menerima masing-masing lagi jika mereka tahu perbezaan dunia antara mereka nanti?
Itulah hakikat kehidupan. Kadang keindahan yang diimpikan tidak semestinya akan kita dapat dengan mudah. Akan ada halangan yang perlu ditempuhi. Lemar dan Timo juga tidak menyedari bahawa pasangan mereka akan menua lebih cepat dari mereka. Adakah mereka mampu menerima hakikat itu nanti?
Isteriku Siluman Ular IV
30. Lawatan Atuk
Aku mengajak Tiko balik dan membiarkan empat orang tu berkawan di sana. Biarkanlah budak-budak tu, asalkan mereka tau batas masing-masing. Kami berdua balik ke rumah. Aku hanya memikirkan memberikan peluang pada Lemar dan Timo untuk memilih sendiri hak mereka. Biasalah, budak-budak ni, makin dikongkong nanti lain pula jadinya.
Mujurlah Tiko tidak banyak membantah malah sentiasa menyokong apa saja yang aku putuskan. Bagaikan dia seorang pengikut ku yang setia. Sampai sekarang kami semua tidak pasti apakah Tiko orang bunian ataupun manusia biasa. Tapi dia tidak pernah mendatangkan masalah kepada keluarga. Malah isterinya Nima juga banyak membantu isteriku baik di rumah atau di luar.
"Ayah, moyang datang ke rumah kita, bersama Miki dan Fanni" ujar Nara yang melihat aku dan Tiko yang baru sampai.
Aku melangkah ke ruang tamu, dan kelihatan atuk dah duduk santai.
"Atuk selalunya tak datang saja kan? Atuk cakap je la, macam tak biasa" ujarku berterus terang ingin tahu sebabnya.
"Tuk, atuk tinggallah di sini bersama kami" aku meluahkan keinginanku dari dulu.
Kami bertiga terus bersembang sementara geng perempuan semuanya bersembang dan bergelak sakan di dapur. Aku pula cuba curi-curi baca minda atuk. Dari tadi tak dapat. Pandai betul atuk tutup pembacaan minda. Tapi apa yang aku lihat dari tadi, wajah atuk tidak seceria bibirnya yang berbicara. Aku pasti atuk akan luahkan jua nanti.
Isteriku Siluman Ular IV
31. Merindui Cicit
Sembang punya sembang, tidak berasa malam sudahpun menjelma. Riuh rendah dari dapur memanggil kami bertiga yang leka bersembang di ruang tamu untuk makan malam. Mujur juga, ruang dapur itu muat untuk semua. Gelak tawa gurau senda memeriahkan suasana.
"Mana cicit Lemar dan Timo belum kelihatan?" tanya atuk menjadikan semua yang ada terdiam seketika.
"Kejap lagi balik la tu" Tiko membalas pertanyaan atuk.
Aku mencuit lengan isteriku.
Melihat Nia senyum barulah Nima juga turut senyum dan kembali menikmati makanan. Semua yang ada di situ kembali ceria. Usik-mengusik pun bermula lagi.
Aku ingat aku seorang yang ingin tahu. Rupa-rupanya yang lain pun sama.
"Apa moyang nak umum ni?" Ujar Nara tidak sabar.
Semua tertumpu pada atuk. Semua nampaknya ingin tahu. Apakah yang atuk bakal perkatakan. Semua senyap. Atuk tersengih buat muka macam kerang busuk. Dia tahu semua sedang menantikan apakah yang bakal dituturkannya. Apapun aku tetap bersyukur kerana atuk kekal sihat walaupun dia sudah berusia.
Aku agak pelik juga dengan fizikal atuk semakin cekang. Tidak nampak tua seperti sebelum ini. Apakah rahsia awet muda orang tua ni. Rasa ingin ku tanya. Tapi risau kepala ini kena lagi. Tapi nak juga rasanya bertanya. Apa kata aku memberanikan diri.
"Wei, korang ni buat apa pandang atuk dekat-dekat gini?" ujar atuk yang rimas bila semua memandang kepadanya.
"Lana dah berapa lama jadi warga bunian? pehal masih lembab lagi?" ujar atuk memerli aku.
"Baiklah, atuk nak cakap tentang berita gembira, Miki dan Fanni telah..." belum sempat dia menghabiskan ayatnya.
"Lain kali bila orang tua bercakap, jangan menyampuk" ujar atuk.
Bilakah aku sendiri bersedia dengan pengumuman dan permintaan atuk? Aku memang risau. Tapi aku kena dengar juga. Sebab bila atuk dah bagi arahan bukannya dapat ditarik balik. Dari dulu dah kenal. Apapun kena dengar juga. Akhirnya aku mengalah.
"Fanni dan Miki akan mendirikan rumahtangga, mereka berdua sudah dilamar dan kini adalah tunang orang" jelas atuk.
"Tapi, atuk terpaksa sendirian lepas mereka berdua berkahwin" ujar atuk jelas sedih dalam kegembiraan.
"Atuk tak dapat nak tinggalkan apa yang atuk ada di sana" jelas atuk.
"Pakcik Lana! Pakcik Lana......" kedengaran suara si Timo dari luar rumah.
Semua yang ada di ruangan dapur tadi berlari ke depan pintu untuk melihat apa yang berlaku. Isteriku pengsan sebaik sahaja melihat Lemar yang lemah gemalai sedang dipapahku dan Timo masuk ke rumah. Begitu juga dengan keadaan Timo yang parah lebam sana sini di badannya. Nima juga sama, jatuh pengsan. Aku dan Tiko masing-masing mendukung isteri masuk ke bilik untuk direhatkan. Mereka pengsan kerana terkejut.
Dua gadis itu pula masih dalam keadaan ketakutan. Malah mereka berdua itu kelihatan masih cemas. Melihat keadaan itu Nara dan Nari mendapatkan gadis manusia itu dan di bawa ke ruang lain untuk ditenangkan. Atuk membantu aku dan Tiko menempatkan dua sahabat itu di tengah-tengah ruang bilik. Sementara itu Fanni dan Miki menyediakan set perubatan. Apakah sebenarnya telah berlaku pada mereka?
Isteriku Siluman Ular IV
34. Ilmu Perubatan Nara dan Nari
Situasi memang mencemaskan. Mujurlah aku masih merasakan Lemar masih bernadi. Atuk membantu sedaya upaya. Miki dan Fanni juga tidak berhenti membantu apa saja. Nara dan Nari kembali membantu semua setelah menenangkan dua gadis tadi.
"Ayah, serahkan pada Nara dan Nari membantu sepenuhnya" ujar si Nara.
Nara menggunakan tangannya mencari sesuatu pada badan Lemar manakala Nari membantunya. Aku hanya memerhatikan apa yang dilakukan Nara. Nara mengoyakkan baju Lemar. Kelihatan di bahagian rusuk Lemar luka dan darahnya membeku.
Lemar masih tidak sedarkan diri. Aku terus memerhatikan dua kakaknya merawat si adik. Nara meletakkan tangannya hampir dengan luka tersebut. Dia memejamkan matanya. Terbeliak bji mataku melihat seakan-akan ada cahaya kehijauan menerangi di antara luka Lemar dan tangan Nara. Darah-darah beku dari luka tersebut keluar perlahan dan mencair semula. Nari mengelap darah tersebut dengan air suam yang disediakannya awal tadi.
"Sekarang kita berserah je yah, Nara sudah cuba yang terbaik untuk adik" ujar Nara selesai.
Di luar si Timo juga masih tertidur kerana kepenatan menanggung kesakitan. Dua gadis tadi hanya duduk di ruang tamu tidak tahu apa yang harus dilakukan. Buat masa sekarang, tiada siapa yang harus dipersalahkan. Perkara sudah berlaku. Aku tidak mahu mengganggu emosi dua gadis itu. Kalau ikutkan hati banyak perkara juga aku ingin tanya, ingin tahu apa yang berlaku sebenarnya.
Dua gadis itu tampak seperti orang yang baik-baik juga. Riak wajah mereka tidak menunjukkan mereka adalah gadis yang jahat. Sekarang ini, yang penting menumpukan pada Lemar, berharap dia akan sedarkan diri dengan lebih cepat. Ayah mana tidak sayangkan anak. Walaupun kami kaum lelaki ni kurang berkata-kata, namun di dalam hati tetap menyayangi semuanya. Aku terus berjaga. Bila masa aku tertidur pun aku tidak tahu.
Isteriku Siluman Ular IV
35. Perjalanan Roh Lemar
Wow...cantiknya tempat ini. Semuanya bungaan yang cantik. Kalau Nara dan Nari ada melihat tempat ini pasti mereka suka. Tapi tempat ini sangat pelik. Wah, pokok buluhnya pun nampak menarik tersusun. Jalan apakah ini? Kenapa aku tidak pernah nampak sebelum ini? Mana perginya semua orang pula? Lemar dalam hatinya.
Dia pun terus mengikut jalan yang ada di depan matanya. Sepanjang jalan dia tidak nampak sesiapa. Tempat apakah begini cantik? Pemandangan pun sangat indah dipandang. Lemar meneruskan perjalanannya. Leka dengan keindahan sekelilingnya. Dia tidak sedar dirinya telah melangkah jauh.
Ya, tempat ini sungguh pelik! Walaupun dipenuhi tumbuhan yang menarik, dia tidak menemukan hidupan seperti burung, serangga dan makhluk hidup bergerak yang lain. Lagi pelik bila dia tidak merasa haus dan lapar biarpun telah jauh berjalan. Dia hanya terus bergerak dari suatu tempat ke suatu tempat. Dari suatu kawasan tumbuhan berbunga ke kawasan lain dan sebagainya pemandangan yang dia lalui.
Di hadapannya kini ada sebuah jambatan kayu berkabus. Jambatan kayu yang dihias oleh lilitan tumbuhan yang entah berapa ratus tahun umurnya? Keinginan Lemar untuk menyeberangi dua tebing tinggi itu sangat membuak. Wujud dalam hatinya ingin tahu apa yang di seberang sana. Jambatan itu terasa sangat panjang. Lemar merasakan dirinya sudah lama melangkah di atas jambatan tersebut, namun belum juga tiba di penghujungnya.
Setelah beberapa lama melangkah di atas jambatan kayu tersebut, akhirnya Lemar sampai di tebing seberang. Wow..panjang juga jambatan ini. Tidak jauh dari jambatan Lemar ternampak sebuah pondok yang unik. Diperbuat daripada buluh, tapi buluh yang jenis besar. Pada buluh tersebut, ada ukiran yang nampak unik dan tak pernah dilihat. Lemar menghampiri pondok tersebut.
"Nampaknya cucu ni dah tersesat" tegur seseorang yang merupakan seorang wanita yang nampak agak tua keluar dari pondok tersebut.
Lemar meneruskan perjalanan. Sampai di persimpangan tadi Lemar mengikut seperti haluan yang dijelaskan wanita tua tadi. Setelah beberapa lama berjalan, tiba-tiba penglihatan lemar jadi kabur. Akhirnya Lemar sedar dan terjaga. Perlahan Lemar membuka matanya. Dia melihat dua kakaknya Nara dan Nari sedang tertidur di kiri dan kanannya.
Isteriku Siluman Ular IV
36. Kelegaan dan Kegeraman
Waktu pagi yang agak suram. Ditambah dengan cuaca agak mendung. Suara katak sana-sini tidak mampu menghiburkan hati. Jiwa masih terganggu dengan kecederaan Lemar dan Timo. Siapakah mereka yang mencederakan mereka? Kenapa mereka melakukannya? Apakah dua jejaka ini melakukan kesalahan? Aku termenung di ruang beranda atas rumah memikirkannya.
"Ayah! ayah! Lemar dah sedarkan diri yah" kedengaran suara Nara memanggilku dari bawah.
"Lemar mimpi melalui tempat yang sangat indah dan melalui sebuah jambatan dan terserempak dengan seorang nenek yang memberitahu jalan pulang" ujar Lemar menerangan mimpi yang di laluinya.
Mendengar penjelasan Lemar, sang ibunya Nia mengalirkan airmatanya.
"Kau bernasib baik, Timo dapat membawa kau balik semula tepat pada masanya, dan mujur juga Nara dan Nari menyelamatkan nyawamu nak" ujarku lagi.
"Maaf semua, Timo tiada pilihan lain masa tu, dan mereka berdua pun tiada pilihan, mereka terpaksa mengikut aku membantu membawa balik Lemar yang telah pengsan" ujar Timo dengan muka bersalahnya.
"Maaf pakcik, kami tidak melakukan apa-apa salah pakcik, mereka berdua pun tidak melakukan apa-apa yang salah ke atas kami" jelas salah seorang gadis itu.

Timo hanya mengangguk tanda faham. Mereka berdua kelihatan asyik menelaah buku yang dihadiahkan moyang pada mereka. Perbuatan menelaah tersebut disengajakan untuk mengaburi niat asal mereka sebenarnya.
"Kamu berdua tak tidur lagi ke?" Ujar Nia pada mereka berdua.
"Belum bu, kami berdua nak menghabiskan beberapa bab lagi" balas Lemar.
"Ya makcik, esok nak cuba apa yang tertulis dalam buku ni" sampuk Timo pula.
Bijak betul dua sahabat ini mengaburi mata hati Nia.
Setelah mereka berdua pasti semuanya telah tidur. Mereka melangkah keluar dengan berhati-hati. Mereka membawa beberapa keperluan.
"Barang keperluan semua dah simpan ke Belum?" tanya si Lemar pada sahabatnya.
"Tinggal nak jalan jer" balas Timo yakin.
Mereka pun memulakan langkah kaki masing-masing.
"Kau rasa budak laki kampung tu tak cemburu ke dengan Kita?" tanya Timo sambil kaki mereka terus melangkah.
"Kalau mereka jeles nak buat macamana, kan ramai lagi perempuan yang menari di kampung tu" balas Lemar.
"Iyalah, tapi ramai yang memilih mengerumuni kita malam tadi" jelas Timo.
Rupanya budak dua orang ini menyelinap keluar ke majlis tari-menari di perkampungan manusia. Oleh kerana paras rupa dua anak muda ini memang kacak dan tampan, mereka berdua telah menjadi tumpuan. Rasa iri hati anak muda di kampung tersebut mula menyerlah. Lagi-lagi gadis idaman mereka lebih memberikan perhatian pada Lemar dan Timo.
"Mereka kata, minggu depan ada majlis pesta macam tu di kampung lain" ujar Timo.
"Minggu depan biarkan dulu, kita layan malam ni punya" balas Lemar.
Nampaknya mereka telah sampai di destinasi. Musik modern dari perkampungan manusia itu lebih mengujakan mereka berdua. Musiknya memang berbeza, malah peralatan modern itu mempengaruhi mereka lagi.
Isteriku Siluman Ular IV
24. Leka
Isteriku Siluman Ular IV
24. Leka
Dentuman muzik memukau dua anak muda itu. Mereka berdua tidak sabar menjemput gadis-gadis manusia menari bersama. Itulah untung memiliki paras rupa yang menawan, tiada gadis yang menolak pelawaan mereka berdua.
"Ni baru muzik, tak macam tempat kita, layan musik lapuk jer" ujar Lemar.
"Wei, esok nak bagi alasan apa kalau kita kantoi balik lewat" ujar Timo agak kerisauan.
"Kita cakap je la kita menahan bubu kat sungai, kalau tada hasil, kita cakap Kita lepaskan balik" balas Lemar memberikan ideanya.
"Kalau macam tu kita berseronok la malam ni" ujar Timo ceria.
Mereka berdua pun mencari posisi yang sesuai. Belum sempat mereka berdua mencari tempat, gadis-gadis yang mereka telah kenali semalam datang mengerumuni mereka berdua. Apa lagi, seronok sakan la dua jejaka itu. Gadis-gadis itu melayan mereka berdua dengan baik. Mereka diberikan minuman dan makanan.
Kehadiran mereka menjadi perhatian anak muda lain. Nampaknya gerak geri mereka mula diawasi. Rasa tidak puas hati terhadap mereka berdua sudah jelas dengan cara pandangan ke arah mereka. Mana tidaknya, sampaikan isteri orang pun turut tertarik dengan mereka berdua.
"Dari mana datang dua budak lelaki itu?" tanya salah seorang pemuda pada sahabatnya.
"Aku perasan mereka berdua ini juga yang mengganggu gadis kampung kita" balas seorang dari mereka.
Wahal mereka berdua hanya datang menari dengan gadis-gadis di kampung itu selain makan hidangan Yang dibawakan untuk mereka berdua.
"Tak boleh jadi ni, habis semua perempuan hanya nampak mereka jer, kita ni pun hensem pe!" sampuk sorang lagi dari mereka.
Timo dan Lemar memang seronok dan leka. Sehingga tidak sedar gerak geri mereka sedang diperhatikan dan mendatangkan rasa cemburu anak-anak muda di situ. Mereka tidak sedar, ada yang sedang merancang sesuatu untuk memerangkap mereka berdua.
Ramai gadis yang terpukau dengan ketampanan wajah yang jelas membuatkan gadis-gadis di situ berebut-rebut untuk menari dengan mereka berdua. Muzik pula rancak. Mana-mana gadis yang memandang wajah mereka akan mudah jatuh hati, sehingga menyebabkan gadis-gadis itu angau dengan mereka.
Isteriku Siluman Ular IV
25. Hujan
Cuaca malam tu agak tidak baik. Mendung mula berarak berserta angin pula kencang. Hujan pula sudah mula turun membasahi bumi. Semua tamu kelihatan berlari-lari mencari tempat berteduh sementara mengharap hujan akan berhenti.
Lemar dan Timo juga sama seperti yang lainnya. Namun, mereka berdua ditarik dan dibawa oleh dua orang gadis ke kawasan lain untuk berteduh. Mereka berdua tidak banyak soal dan hanya mengikuti dua gadis itu membawa mereka berdua.
Mereka masuk ke rumah usang yang berdekatan dengan sebuah sungai. Oleh kerana kesejukan, dua gadis tersebut merapatkan badan masing-masing.
"Apakah orang tuamu tidak mencari nanti?" tanya Timo kepada gadis yang masih memegang tangannya.
"Jangan risau, mereka tahu kami pergi ke majlis tadi" balas gadis tersebut dengan yakin.
Manakala berbeza dengan si Lemar, gadis yang memimpin tangannya tadi hanyut memandang wajah si Lemar.
"Apakah kamu ada girl friend?" tanya sang gadis berterus terang.
"Apa itu girl friend?" tanya Lemar.
"Kamu saja ke memang buat tak tahu?" tanya gadis itu semula.
Lemar agak terpinga-pinga. Dia tidak pernah mendengar istilah itu.
"Betul saya tak tahu, saya mana ada pernah sekolah" balas Lemar.
"Betul ke ni? ke awak saja tidak mahu orang tahu identiti awak kan?" usik gadis itu menduga Lemar.
Lemar memandang wajah gadis itu. Wajah yang boleh tahan juga cantik berambut panjang halus. Gadis itu tersipu dengan pandangan Lemar dan mengatur rambutnya dengan menyelitkan juntaian rambutnya ke telinga.
"Buat pengetahuan awak, saya bukan orang sini, saya dari tempat yang kamu tak boleh pergi" jelas Lemar.
"Kenapa? Awak dan kawan awak tu alien ke?" usik gadis itu.
"Alien tu apa?" tanya Lemar.
"Pelik juga awak ni, alien tak tahu, girl friend pun awak tak faham.
"Dah betul saya tak paham, takkan saya nak memandai pula" balas Lemar.
"Betul awak tak paham?" tanya sang gadis. "Awak jelaskanlah" ujar Lemar.
"Alien tu adalah makhluk asing yang bukan dari dunia ini, girl friend tu teman wanita, awak dah ada teman wanita ke?" penjelasan yang diiringi soalan gadis manis itu pada Lemar.
"Owh begitu, saya masih belum ada teman wanita, kenapa awak tanya?" tanya Lemar pula.
"Awak bohonglah, masakan jejaka sehensem awak ni tiada teman wanita" ujar sang gadis lagi.
"Hensem tu apa?" tanya Lemar.
"Awak ni, hensem pun tak tahu ka? Hensem tu kacak dan tampan la" balas gadis itu.
Lemar senyum bangga.
Isteriku Siluman Ular IV
26. Menyukai?
Isteriku Siluman Ular IV
26. Menyukai?
Hujan masih belum berhenti, rumah usang masih teguh cuma tempias oleh hujan. Sinaran bulan membuatkan mata nampak masing-masing dengan jelas. Kedinginan terasa dihembus angin yang menyapa menyebabkan bulu roma meremang.
"Benarkah awak masih belum berpunya?" tanya sang gadis tersipu.
"Mengapa awak bertanya? Bagaimana pula dengan awak?" tanya Lemar.
"Saya adalah isteri orang" balas gadis tersebut.
Mendengar jawapan tersebut, Lemar segera menjarakkan dirinya.
"Baik awak balik segera, kalau tidak kita akan mendapat susah nanti" ujar Lemar.
"Cepat juga awak mengelabah ye? Saya cuma bergurau la, saya masih single" balas gadis tersebut.
"Single tu apa pula?" tanya Lemar.
"Awak ni manusia ke apa? Takkan single pun awak tak tahu?" balas si gadis.
"Kan saya dah cakap tadi, saya tidak pernah bersekolah dan saya adalah kacukan alien" ujar si Lemar.
"Pandailah awak bergurau" balas sang gadis menyangka Lemar hanya bergurau.
Mereka pun tergelak sama.
Lemar tidak pasti sama ada dia menyukai gadis itu ataupun tidak. Tapi dia jelas dapat merasakan kemesraan sang gadis padanya. Namun, dia dapat merasakan bahawa sang gadis menyukainya. Dia belum berani untuk bertanya perasaan sang gadis kerana dirinya belum pasti dengan hatinya sendiri. Dia tidak mahu memberikan harapan palsu padanya.
Berbalik pada si Timo pula. Lemar memandang ke arah si Timo. Jelas Timo dengan gadis yang bersamanya tengah rancak bersembang dan nampak lebih mesra. Jadinya, Timo seperti menyukai gadis tersebut. Kedua-duanya jelas lebih mesra dan gadis manusia itu menyandar padanya.

"Timo, sini dengar jap" ujar Lemar melalui telepati minda.
Mereka berdua berbisik melalui minda.
"Ada apa Mar?" tanya Timo.
"Kau jatuh hati ke dengan gadis tu?" tanya Lemar ingin tahu tentang sahabatnya.
"Aku tak tahu nak jawab, tapi rasanya aku menyukai dia" balas Timo.
"Wei, jangan buat keputusan terburu, kita dah lewat ni, kita perlu balik" Lemar menasihatkan sahabatnya.
"Baik Mar, bagi aku masa sikit ya" balas Timo.
Sebenarnya dua gadis itu adalah sahabat sepertimana mereka berdua juga. Mereka berempat berjanji berjumpa di sungai keesokan harinya. Lemar dan Timo ingin mengenali dua gadis itu lebih lanjut lagi. Maka, mereka masing-masing meminta diri. Lemar dan Timo kembali ke dunia bunian mereka dan masih menyimpan identiti sebenar mereka berdua.
Isteriku Siluman Ular IV
27. Kerisauan
Isteriku Siluman Ular IV
27. Kerisauan
Lemar dan Timo balik dengan perasaan girang. Sebelum ini, mereka tidak pernah rasa terpikat dengan mana-mana gadis. Tetapi mereka belum mengetahui risiko yang bakal mereka hadapi. Mereka berdua belum mengetahui dua gadis itu adalah gadis rebutan di kampung tersebut.
Sesampai di rumah, mereka menyelinap masuk dan pura-pura sedang nyenyak tidur. Dan akhirnya mereka benar-benar nyenyak tertidur. Apapun, mereka terlupa melakukan sesuatu menutup rahsia penyelinapan keluar mereka. Apakah mereka akan kantoi?
Cuaca pagi itu sangat mendung. Walaupun sudah jauh siang namun nampak masih gelap. Apakah petanda hujan akan turun? Aku bangun, menjalankan rutin seperti biasa. Aku keluar dari bilik. Mataku terarah kepada becak tapak kaki yang menjurus ke bilik Lemar dan Timo. Apa benda budak berdua ni buat malam tadi, bisikku dalam hati. Sebelum yang lain perasan aku lapkan terus kesan tapak kaki tersebut.
Aku tertanya dengan apa yang mereka lakukan. Tapi aku tidak akan bertanya. Aku mengatur rancangan untuk mengajak Tiko mengekori mereka. Siaplah korang berdua nanti kalau buat benda yang pelik-pelik bisik hati ku. Berani korang buat hal ye?
Sarapan pagi sudah disediakan, siapa lagi tukang masaknya kalau bukan Nara dan Nari, dua puteriku yang menawan. Kebelakangan ini, dua puteriku ini pun ceria semacam. Apakah mereka menjumpai jejaka yang mereka berkenankan? Sejauh mana aku dan isteriku mampu menghalang, jika sudah jodoh mereka, ia tetap jodoh jua. Tapi aku akan berusaha memastikan mereka menjadi milik orang benar-benar ikhlas terhadap mereka.
Bagi Lemar pula, aku risau dia memilih gadis dari dunia manusia. Bukan apa, sebabnya keikhlasan dari hati manusia tidak dapat di ramal. Lainlah dengan si Nia isteriku, dia rela sehidup semati denganku. Dia juga adalah gadis bunian yang sangat mencintaiku sepenuh hatinya. Sebab itulah aku dan isteriku lebih suka jika dia menyukai gadis bunian. Tapi soal jodoh ia bukan suatu yang kita boleh jangkakan.
"Kenapa termenung ni sayang?" pertanyaan isteriku membangunkan aku dari lamunan. "Tiada apa-apa" balasku.
"Nia mengerti kerisauan sayang, kerisauan kita sama" ujar isteriku berempati dengan apa yang di mindaku.
Aku tahu aku tidak dapat menyembunyikan apa yang aku fikirkan dari sang isteri.
"Kita berserah, tapi sayang akan usahakan juga yang terbaik untuk putera dan puteri kita sayang" jelasku pada sang isteri tercinta.
Isteriku Siluman Ular IV
28. Dua Gadis
Isteriku Siluman Ular IV
28. Dua Gadis
Cuaca nampak elok jer pagi tu. Kicauan burung menjadi penyeri suasana. Rutin harian masyarakat bunian adalah seperti biasa ke kebun. Kalau di sini kebun tak perlu sentiasa dijaga. Kalau sudah dikemas dan diaturkan rapi memang tidak perlu dijenguk pun kalau tidak mengutip hasilnya.
Lemar dan Timo tersengih ceria. Mereka berdua sudah berjanji untuk bertemu dengan gadis yang mereka temui semalam di sungai. Sekali lagi dua anak muda ini masuk ke dunia manusia.
Setibanya mereka di sana, dua gadis itu sudahpun mendahului menunggu. Mereka berdua pun mendapatkan pasangan masing-masing. Jelas juga gadis itu tidak sabar untuk bertemu mereka.
"Lama dah menunggu ke?" tanya Lemar menyapa sang gadis.
"Tak juga, baru je sampai" jawab sang gadis.
Wahal mereka berdua sudah di situ hampir setengah jam. Tidak dapat juga dua gadis itu menahan diri dan ternyata telah terpikat dengan jejaka bunian itu. Mereka duduk bersebelahan di atas batu.
"Kita belum tau nama masing-masing, saya Kaitlyn boleh panggil Ailin atau Ai saja. Awak pula...." sang gadis memperkenalkan diri tidak sabar dia ingin tahu nama sang jejaka tampan itu.
"Panggil saja Lemar" balas Lemar ringkas.
Sang gadis tidak habis-habis mencuri padang wajah jejaka yang di depannya, biarpun dia sedikit menundukkan wajahnya.
Gadis itu mengeluarkan telefon bimbitnya dengan niat supaya Lemar memberikan nombor telefonnya.
"Apa benda tu?" tanya Lemar.
"Ish awak ni suka betul menyakat saya, takkan awak tak tahu juga" balas gadis bernama Kaitlyn itu.
"Betullah, Lemar tak pernah tengok benda tu" jelas Lemar jujur.
"Sakai juga awak ni! Kalau awak alien patut awak lebih canggih" usik gadis manis itu.
"Saya bukan alien, kami adalah kaum bunian" jelas Lemar lagi.
"Awak ni pandai berlawak la" gadis itu menggelakkannya.
"Apa yang lucu ni?" tanya si Lemar dan dia juga turut tertawa sebab tidak tahu apa yang melucukan bagi gadis itu. Kaitlyn menyangkakan Lemar hanya melawak.
Isteriku Siluman Ular IV
29. Air Terjun
Isteriku Siluman Ular IV
29. Air Terjun
Deruan air sungai itu menambah suasana semulajadi di situ. Mereka berempat berjalan lagi naik ke bahagian atas sungai yang tidak jauh dari situ ada kawasan air terjun. Hanya Lemar dan Timo sahaja yang mengetahui kewujudan air terjun itu. Dua gadis itu hanya menuruti langkah kaki dua jejaka itu. Entah mengapa mereka merasa selamat bersama mereka berdua.
"Lemar, ini adalah Avella, Avella ini sahabat saya Lemar" ujar Timo memperkenalkan sahabatnya.
"Kaitlyn, ini sahabat saya, panggil saja orangnya Timo, nah gadis cantik ini adalah Kaitlyn" balas Lemar memperkenalkan sahabatnya pula.
"Timo ni lucu la" kata gadis bernama Avella.
"Lemar ni pun lucu juga, suka buat lawak" ujar Kaitlyn.
"Kamu berdua tidak takut pada kami ke?" tanya Timo.
"Mana tahu kami ni jahat ke, buat apa-apa pada kamu berdua nanti" sampuk Lemar.
"Muka awak berdua tidak nampak seperti penjahat pun, lucu lagi ada lah" balas Kaitlyn.
Mereka pun terus berkenalan dan bersembang serta mandi manda di kawasan air terjun itu.
Mereka tidak sedar gerak geri mereka sedang diperhatikan oleh Lana dan Tiko yang senyap-senyap mengekori mereka dari tadi. Apapun mereka tidak perasan kewujudan ayah mereka kerana kedua-dua ayah tersebut telahpun menelan tonik halimunan.
Ini kerja budak berdua ni rupanya. Sudah dewasa anak aku ini rupanya. Pandai dah nak mengorat awek dia sekarang ni.
"Budak kampung mana pula yang mereka bawa ni? Kalau Nia tahu, nak jawab apa dengan dia" ujar Lana.
"Boleh tahan budak dua orang ni, senyap-senyap mereka keluar berjumpa gadis rupanya" kata Tiko pula.
Mereka berempat, nampak semakin lama semakin mesra. Nampak gelak tawa anak-anak muda itu bersama. Semuanya kelihatan ceria. Tapi mereka tidak tahu adakah mereka mampu menerima masing-masing lagi jika mereka tahu perbezaan dunia antara mereka nanti?
Itulah hakikat kehidupan. Kadang keindahan yang diimpikan tidak semestinya akan kita dapat dengan mudah. Akan ada halangan yang perlu ditempuhi. Lemar dan Timo juga tidak menyedari bahawa pasangan mereka akan menua lebih cepat dari mereka. Adakah mereka mampu menerima hakikat itu nanti?
Isteriku Siluman Ular IV
30. Lawatan Atuk
Aku mengajak Tiko balik dan membiarkan empat orang tu berkawan di sana. Biarkanlah budak-budak tu, asalkan mereka tau batas masing-masing. Kami berdua balik ke rumah. Aku hanya memikirkan memberikan peluang pada Lemar dan Timo untuk memilih sendiri hak mereka. Biasalah, budak-budak ni, makin dikongkong nanti lain pula jadinya.
Mujurlah Tiko tidak banyak membantah malah sentiasa menyokong apa saja yang aku putuskan. Bagaikan dia seorang pengikut ku yang setia. Sampai sekarang kami semua tidak pasti apakah Tiko orang bunian ataupun manusia biasa. Tapi dia tidak pernah mendatangkan masalah kepada keluarga. Malah isterinya Nima juga banyak membantu isteriku baik di rumah atau di luar.
"Ayah, moyang datang ke rumah kita, bersama Miki dan Fanni" ujar Nara yang melihat aku dan Tiko yang baru sampai.
"Seronok la kamu moyang datang melawat?" balasku memberikan senyuman pada puteriku yang manis.
"Tentu la yah, dah lama tak jumpa moyang" balas Nara lagi.
Rasanya atuk aku ni datang berhajat. Kalau tidak mana mungkin dia saja-saja datang.
Aku melangkah ke ruang tamu, dan kelihatan atuk dah duduk santai.
"Dah lama datang ke tuk?" tanyaku.
"Belum juga lama, eh mana cicit Lemar?" tanya atuk pula.
"Dia bersama Timo dan kawan-kawan lainnya" balasku.
"Lama atuk tak jumpa cicit-cicit tu semua, rasa rindu la pula" ujar atuk.
Aku cuba baca minda atuk. Hish gagal, macam tahu-tahu aku nak psikik niat sebenar atuk datang kemari.
"Atuk selalunya tak datang saja kan? Atuk cakap je la, macam tak biasa" ujarku berterus terang ingin tahu sebabnya.
"Kamu ni Lana, kalau ya pun, bagi la atuk minum dulu" atuk sengaja melengahkan jawapannya.
Dalam masa yang sama, Nara dan Nari membawa juadah minum petang tu ke ruang tamu.
"Jemput minum moyang, pakcik Tiko dan ayah" Nara menjemput semua kami minum.
Manakala Nari hanya senyum. Tiko pula masih belum tahu apa yang ingin dibicarakan walaupun jelas riak wajahnya merindui atuk.
"Tuk, atuk tinggallah di sini bersama kami" aku meluahkan keinginanku dari dulu.
Tapi jawapan atuk aku sudah dapat teka.
"Sapa nak jaga rumah dan segala apa yang atuk ada di sana!" balas atuk.
"Atuk dermakanlah semuanya, bagi kat anak-anak yatim ke" cadangku sebarangan. Atuk merenung aku dengan tajam.
"Kau tengok pintu rumah kau tu macam senget jer" atuk tiba-tiba menukar topik.
Aku pun memandang ke arah pintu yang dikatakan senget tu, tiada pun senget. Kukkkk! kepala aku kena ketuk dengan tongkat atuk. Adeh, masih tak berubah perangai atuk.
Kami bertiga terus bersembang sementara geng perempuan semuanya bersembang dan bergelak sakan di dapur. Aku pula cuba curi-curi baca minda atuk. Dari tadi tak dapat. Pandai betul atuk tutup pembacaan minda. Tapi apa yang aku lihat dari tadi, wajah atuk tidak seceria bibirnya yang berbicara. Aku pasti atuk akan luahkan jua nanti.
Isteriku Siluman Ular IV
31. Merindui Cicit
Sembang punya sembang, tidak berasa malam sudahpun menjelma. Riuh rendah dari dapur memanggil kami bertiga yang leka bersembang di ruang tamu untuk makan malam. Mujur juga, ruang dapur itu muat untuk semua. Gelak tawa gurau senda memeriahkan suasana.
"Mana cicit Lemar dan Timo belum kelihatan?" tanya atuk menjadikan semua yang ada terdiam seketika.
Jelas sangat orang tua ni merindui cicitnya. Aku dan Nia pula saling berpandangan. Air muka isteriku berubah, makanan ditangannya diletakkan semula ke pinggannya. Aku juga menjadi seperti tak kena. Sepatutnya dua budak itu sudahpun balik sekarang. Berharap mereka berempat tadi selamat bersama hendaknya.
"Kejap lagi balik la tu" Tiko membalas pertanyaan atuk.
Aku mengangguk tanda setuju dengan Tiko. Kami berdua sengaja menyembunyikan hubungan mereka berdua dengan gadis manusia kerana tidak mahu isteriku dan isteri Tiko mengetahui hal itu. Bagi kami yang lelaki ini, kami tidak kisah siapa jodoh atau teman mereka. Tetapi kaum ibu ni, faham-faham la. Semuanya mereka nak yang terbaik untuk anak-anak mereka.
Aku mencuit lengan isteriku.
"Sayang makan, jangan fikirkan yang bukan-bukan" bisikku pada Nia.
Sang isteri menunjukkan muka senyum kelat. Senyuman tak ikhlasnya terpancar. Aku harap cuma aku saja yang dapat menangkap senyuman kelat itu, berharap yang lain tidak perasan. Aku berusaha menutup kerisauan isteriku.
Melihat Nia senyum barulah Nima juga turut senyum dan kembali menikmati makanan. Semua yang ada di situ kembali ceria. Usik-mengusik pun bermula lagi.
"Atuk nak umumkan sesuatu" tiba-tiba atuk sekali lagi mendiamkan semua yang ada.
"Kenapa semua diam dan pandang atuk macam tu, ala bukan suatu yang serius pun" sambung atuk lagi sambil memandang wajah semua yang ada di ruang itu yang sedang memberikan perhatian padanya.
Aku ingat aku seorang yang ingin tahu. Rupa-rupanya yang lain pun sama.
"Takkan atuk umum kahwin lagi kot!" ujar ku sengaja menceriakan semua.
Kukkkk! kepalaku kena ketuk dengan atuk yang betul-betul sebelahku. Semua yang di situ mentertawakan aku. Aku pula tersipu mengusap kepala sakit kena ketuk dengan atuk.
"Ala atuk ni, Lana bergurau jer" ujarku sambil meraba kepalaku.
"Ala, atuk pun bergurau" balas atuk.
Hampeh, mentang-mentang aku tak boleh balas.
"Apa moyang nak umum ni?" Ujar Nara tidak sabar.
"A ah la, apa ye?" tambah si Nari.
Kelihatan si Fanni dan Miki tersengeh. Macam mereka telah mendahului kami mengetahui apa yang atuk akan umumkan.
"Selepas atuk umumkan berita baik ni, atuk ada permintaan juga" jelas atuk.
Permintaan? Ini yang bagi berdebar ni. Macam berat jer permintaan orang tua ni.
Isteriku Siluman Ular IV
32. Awet Muda
Isteriku Siluman Ular IV
32. Awet Muda
Semua tertumpu pada atuk. Semua nampaknya ingin tahu. Apakah yang atuk bakal perkatakan. Semua senyap. Atuk tersengih buat muka macam kerang busuk. Dia tahu semua sedang menantikan apakah yang bakal dituturkannya. Apapun aku tetap bersyukur kerana atuk kekal sihat walaupun dia sudah berusia.
Aku agak pelik juga dengan fizikal atuk semakin cekang. Tidak nampak tua seperti sebelum ini. Apakah rahsia awet muda orang tua ni. Rasa ingin ku tanya. Tapi risau kepala ini kena lagi. Tapi nak juga rasanya bertanya. Apa kata aku memberanikan diri.
"Tuk, Lana macam pelik dengan atuk la" ujarku cuba memerangkap atuk menjawab soalanku.
"Atuk baru nak umum sesuatu, yang engkau tukar topik ni kenapa?" bedal atuk padaku.
"A ah la ayah ni" sampuk Nari sambil menunjukkan muka geramnya padaku.
"Eh, kau tak nampak ke moyang ko ni? bukan makin tua, tapi makin muda tau!" ujarku membalas kata-kata puteriku.
"Ya la yah, moyang nampak semakin muda sebenarnya" ujar Nara menyetujui ayahnya.
Semua yang ada di situ pun memerhati atuk dengan lebih dekat.
"Wei, korang ni buat apa pandang atuk dekat-dekat gini?" ujar atuk yang rimas bila semua memandang kepadanya.
"Tuk, bagi kat Lana rahsianya, supaya Lana sentiasa muda juga" ucapku.
"Korang tak mahu dengar pengumuman dan permintaan atuk ka?" atuk sekali lagi cuba kembali ke topik asal.
"Ala tuk, bagitau rahsia awet muda tuk dulu la" ujarku sengaja menyakat orang tua tu.
"Lana dah berapa lama jadi warga bunian? pehal masih lembab lagi?" ujar atuk memerli aku.
Isteriku tersenyum mendengar kata-kata atuk. Seperti dia sudah mengetahuinya. Ish, apa entah rahsianya?
"Takkan dengan cucu sendiri pun nak berahsia tuk?" balasku.
"Kau tanya je la isteri kau Lana, nampak sangat kau tak pernah tanya isteri sendiri" balas atuk mengenakan aku.
Hadeh. Aku pula yang kena.
"Baiklah, atuk nak cakap tentang berita gembira, Miki dan Fanni telah..." belum sempat dia menghabiskan ayatnya.
Aku sengaja menyampuk, memang cari pasal dengan atuk.
"Dah jadi isteri atuk ka? biar betul tuk?" ujar ku sengaja.
Aku pun tak tahu mengapa aku berani menyakat orang tua tu. Mungkin kerana aku tidak melihat dia nampak berusia mungkin. Kukkk! aku kena lagi. Hish orang tua ni, tongkat dia dah berapa kali hinggap kat kepala aku hari ni?
"Lain kali bila orang tua bercakap, jangan menyampuk" ujar atuk.
Dia mengacah nak mengetuk kepalaku lagi. Aku apalagi, sedia melindungi kepala dengan lenganku sambil terpejam-pejam mata.
"Ayahhhh, jangan la kacau atuk nak cakap tu" ujar Nari.
Mereka yang lain seronok gelakkan aku. Sebenarnya aku cuba menghiburkan semua yang ada di situ. Dan sebenarnya aku tidak sedia mendengar permintaan atuk. Aku tahu permintaannya pasti tinggi.
Isteriku Siluman Ular IV
33. Kegembiraan Dibalut Luka
Isteriku Siluman Ular IV
33. Kegembiraan Dibalut Luka
Bilakah aku sendiri bersedia dengan pengumuman dan permintaan atuk? Aku memang risau. Tapi aku kena dengar juga. Sebab bila atuk dah bagi arahan bukannya dapat ditarik balik. Dari dulu dah kenal. Apapun kena dengar juga. Akhirnya aku mengalah.
"Fanni dan Miki akan mendirikan rumahtangga, mereka berdua sudah dilamar dan kini adalah tunang orang" jelas atuk.
Fanni dan Miki senyum dan tersipu.
"Wah, Tahniah!" ucap isteriku.
Kelihatan geng perempuan seronok sakan saling berpelukan dan melompat-lompat. Adeh! Kalau ya pun melompat seronok tu, janganlah nak macam nak bagi rumah aku roboh, bisikku dalam hati. Sebenarnya tumpang gembira dengan perkhabaran itu.
"Tapi, atuk terpaksa sendirian lepas mereka berdua berkahwin" ujar atuk jelas sedih dalam kegembiraan.
Mereka yang melompat kegembiraan itu kembali membatu mendengar penjelasan atuk.
"Moyang tinggallah bersama kami" ujar Nara ikhlas.
"Iyalah, di sini kami boleh jaga moyang" ujar Nari pula.
Mereka berdua ini sememangnya menyayangi atukku.
"Atuk tak dapat nak tinggalkan apa yang atuk ada di sana" jelas atuk.
"Kalau macam tu, biar Nari yang tinggal bersama atuk di sana" ujar Nari tidak sanggup membiarkan moyangnya bersendirian.
Atuk tersenyum.
"Nara pun sekali" ujar si Nara pula.
Si ibu mereka hanya diam sahaja. Dia tampak keberatan. Aku pula tidak berani berkata apa-apa. Bukan tidak merelakan, aku juga sepertimana ibunya tidak dapat berjauhan dengan kedua-duanya.
"Pakcik Lana! Pakcik Lana......" kedengaran suara si Timo dari luar rumah.
"Ha, balik pun budak dua ekor ni" ujar Tiko.
Tapi aku tidak sedap hati dengan cara Timo memanggilku. Aku bingkas bangun dan membuka pintu. Kelihatan Timo sedang mendukung Lemar yang berlumuran darah. Apa sudah jadi sebenarnya. Bersama mereka kelihatan dua gadis manusia yang bersama mereka berdua di tempat air terjun siang tadi.
Semua yang ada di ruangan dapur tadi berlari ke depan pintu untuk melihat apa yang berlaku. Isteriku pengsan sebaik sahaja melihat Lemar yang lemah gemalai sedang dipapahku dan Timo masuk ke rumah. Begitu juga dengan keadaan Timo yang parah lebam sana sini di badannya. Nima juga sama, jatuh pengsan. Aku dan Tiko masing-masing mendukung isteri masuk ke bilik untuk direhatkan. Mereka pengsan kerana terkejut.
Dua gadis itu pula masih dalam keadaan ketakutan. Malah mereka berdua itu kelihatan masih cemas. Melihat keadaan itu Nara dan Nari mendapatkan gadis manusia itu dan di bawa ke ruang lain untuk ditenangkan. Atuk membantu aku dan Tiko menempatkan dua sahabat itu di tengah-tengah ruang bilik. Sementara itu Fanni dan Miki menyediakan set perubatan. Apakah sebenarnya telah berlaku pada mereka?
Isteriku Siluman Ular IV
34. Ilmu Perubatan Nara dan Nari
Situasi memang mencemaskan. Mujurlah aku masih merasakan Lemar masih bernadi. Atuk membantu sedaya upaya. Miki dan Fanni juga tidak berhenti membantu apa saja. Nara dan Nari kembali membantu semua setelah menenangkan dua gadis tadi.
"Ayah, serahkan pada Nara dan Nari membantu sepenuhnya" ujar si Nara.
Aku tahu Nara dan Nari pernah berguru dalam perubatan bersama Mak Bidan. Tapi aku tidak tahu sejauhmana kemampuan mereka berdua.
"Ayah yakinlah pada kami berdua" Nada Nari serius memandangku.
Aku akur dengan mereka dan menyerahkan Lemar kepada mereka berdua. Manakala, Miki dan Fanni mengubati Timo.
Nara menggunakan tangannya mencari sesuatu pada badan Lemar manakala Nari membantunya. Aku hanya memerhatikan apa yang dilakukan Nara. Nara mengoyakkan baju Lemar. Kelihatan di bahagian rusuk Lemar luka dan darahnya membeku.
"Tulang rusuk Lemar patah yah" ujar Nara.
Kata-kata Nara menambah resahku.
"Apa yang kita harus lakukan Nara?" tanyaku mengelabah.
"Ayah tolong pindahkan Lemar ke katil di biliknya, saya dan Nari akan merawatnya" ujar Nara tenang. Aku menggunakan segala kudratku memindahkan Lemar ke biliknya.
Lemar masih tidak sedarkan diri. Aku terus memerhatikan dua kakaknya merawat si adik. Nara meletakkan tangannya hampir dengan luka tersebut. Dia memejamkan matanya. Terbeliak bji mataku melihat seakan-akan ada cahaya kehijauan menerangi di antara luka Lemar dan tangan Nara. Darah-darah beku dari luka tersebut keluar perlahan dan mencair semula. Nari mengelap darah tersebut dengan air suam yang disediakannya awal tadi.
"Sekarang kita berserah je yah, Nara sudah cuba yang terbaik untuk adik" ujar Nara selesai.
Nari mengelap peluh di dahi kakaknya. Seterusnya, Nari meletakkan suatu ramuan pada luka adiknya.
"Kita biarkan Lemar berehat dulu" ujar Nari selesai melakukan tanggungjawabnya.
Namun, kedua-duanya tidak berganjak dari bilik tersebut. Mereka menjaga adik kesayangan mereka walaupun setiap hari bergaduh sakat menyakat. Namun, jauh di sudut hati mereka berdua sayangkan Lemar.
Di luar si Timo juga masih tertidur kerana kepenatan menanggung kesakitan. Dua gadis tadi hanya duduk di ruang tamu tidak tahu apa yang harus dilakukan. Buat masa sekarang, tiada siapa yang harus dipersalahkan. Perkara sudah berlaku. Aku tidak mahu mengganggu emosi dua gadis itu. Kalau ikutkan hati banyak perkara juga aku ingin tanya, ingin tahu apa yang berlaku sebenarnya.
Dua gadis itu tampak seperti orang yang baik-baik juga. Riak wajah mereka tidak menunjukkan mereka adalah gadis yang jahat. Sekarang ini, yang penting menumpukan pada Lemar, berharap dia akan sedarkan diri dengan lebih cepat. Ayah mana tidak sayangkan anak. Walaupun kami kaum lelaki ni kurang berkata-kata, namun di dalam hati tetap menyayangi semuanya. Aku terus berjaga. Bila masa aku tertidur pun aku tidak tahu.
Isteriku Siluman Ular IV
35. Perjalanan Roh Lemar
Wow...cantiknya tempat ini. Semuanya bungaan yang cantik. Kalau Nara dan Nari ada melihat tempat ini pasti mereka suka. Tapi tempat ini sangat pelik. Wah, pokok buluhnya pun nampak menarik tersusun. Jalan apakah ini? Kenapa aku tidak pernah nampak sebelum ini? Mana perginya semua orang pula? Lemar dalam hatinya.
Dia pun terus mengikut jalan yang ada di depan matanya. Sepanjang jalan dia tidak nampak sesiapa. Tempat apakah begini cantik? Pemandangan pun sangat indah dipandang. Lemar meneruskan perjalanannya. Leka dengan keindahan sekelilingnya. Dia tidak sedar dirinya telah melangkah jauh.
Ya, tempat ini sungguh pelik! Walaupun dipenuhi tumbuhan yang menarik, dia tidak menemukan hidupan seperti burung, serangga dan makhluk hidup bergerak yang lain. Lagi pelik bila dia tidak merasa haus dan lapar biarpun telah jauh berjalan. Dia hanya terus bergerak dari suatu tempat ke suatu tempat. Dari suatu kawasan tumbuhan berbunga ke kawasan lain dan sebagainya pemandangan yang dia lalui.
Di hadapannya kini ada sebuah jambatan kayu berkabus. Jambatan kayu yang dihias oleh lilitan tumbuhan yang entah berapa ratus tahun umurnya? Keinginan Lemar untuk menyeberangi dua tebing tinggi itu sangat membuak. Wujud dalam hatinya ingin tahu apa yang di seberang sana. Jambatan itu terasa sangat panjang. Lemar merasakan dirinya sudah lama melangkah di atas jambatan tersebut, namun belum juga tiba di penghujungnya.
Setelah beberapa lama melangkah di atas jambatan kayu tersebut, akhirnya Lemar sampai di tebing seberang. Wow..panjang juga jambatan ini. Tidak jauh dari jambatan Lemar ternampak sebuah pondok yang unik. Diperbuat daripada buluh, tapi buluh yang jenis besar. Pada buluh tersebut, ada ukiran yang nampak unik dan tak pernah dilihat. Lemar menghampiri pondok tersebut.
"Nampaknya cucu ni dah tersesat" tegur seseorang yang merupakan seorang wanita yang nampak agak tua keluar dari pondok tersebut.
Namun, dia tidak bongkok seperti mana-mana wanita tua sepertinya.
"Iya nek, cucu tidak tahu haluan yang harus ditujui, rasanya cucu ni memang telah sesat" balas Lemar menjelaskan situasinya.
"Kalau begitu, cucu ikut jalan sebelah ini, depan tu nanti ada tiga simpang, cucu pilih yang di tengah-tengah, nanti cucu akan sampai ke tempat yang dituju" jelas wanita tua tersebut.
"Terima kasih nek" ucap Lemar mesra.
"Sama-sama cu" balas wanita tua itu.
Lemar meneruskan perjalanan. Sampai di persimpangan tadi Lemar mengikut seperti haluan yang dijelaskan wanita tua tadi. Setelah beberapa lama berjalan, tiba-tiba penglihatan lemar jadi kabur. Akhirnya Lemar sedar dan terjaga. Perlahan Lemar membuka matanya. Dia melihat dua kakaknya Nara dan Nari sedang tertidur di kiri dan kanannya.
Isteriku Siluman Ular IV
36. Kelegaan dan Kegeraman
Waktu pagi yang agak suram. Ditambah dengan cuaca agak mendung. Suara katak sana-sini tidak mampu menghiburkan hati. Jiwa masih terganggu dengan kecederaan Lemar dan Timo. Siapakah mereka yang mencederakan mereka? Kenapa mereka melakukannya? Apakah dua jejaka ini melakukan kesalahan? Aku termenung di ruang beranda atas rumah memikirkannya.
"Ayah! ayah! Lemar dah sedarkan diri yah" kedengaran suara Nara memanggilku dari bawah.
Aku segera turun. Semua yang ada di rumah segera turut masuk ke bilik Lemar setelah mendengar riuh rendah suara Nara memanggilku. Di situ, Lemar kelihatan terkebil-kebil matanya baru tersedar dari pengsannya.
"Lemar mimpi melalui tempat yang sangat indah dan melalui sebuah jambatan dan terserempak dengan seorang nenek yang memberitahu jalan pulang" ujar Lemar menerangan mimpi yang di laluinya.
"Kau faham makna mimpi kau tu?" tanyaku.
"Tak, tapi tempat tu sangat menarik dan dipenuhi bunga, tidak pernah Lemar melihat tempat secantik itu di dunia ini" jelas Lemar lagi.
Jelaslah dia tidak mengerti makna mimpi tersebut.
Mendengar penjelasan Lemar, sang ibunya Nia mengalirkan airmatanya.
"Kalau kau nak tahu, itulah maknanya roh kau hampir pergi, takdir kau menetap di sana belum tiba, sebab itulah nenek itu memberikan kau jalan kembali ke dunia ini" jelasku.
"Ya ka yah? Lemar hampir matikah?" tanya Lemar sudah faham apa yang dilaluinya.
Aku mendapatkan sang ibu, dan merebahkan kepalanya di bahuku. Aku tidak mahu sang ibunya bersedih.
"Kau bernasib baik, Timo dapat membawa kau balik semula tepat pada masanya, dan mujur juga Nara dan Nari menyelamatkan nyawamu nak" ujarku lagi.
Mendengar penjelasanku, Lemar memandang wajah Nara dan Nari. Airmata lelakinya gugur tewas dek terharu dengan usaha kakak-kakaknya.
"Terima kasih kak, Timo dan semua" ucap Lemar terharu.
"Maaf semua, Timo tiada pilihan lain masa tu, dan mereka berdua pun tiada pilihan, mereka terpaksa mengikut aku membantu membawa balik Lemar yang telah pengsan" ujar Timo dengan muka bersalahnya.
"Siapa dua gadis ini?" tanya Tiko pula.
"Dah kamu berdua bawa lari anak dara orang ni, kamu berdua perlu bertanggungjawab ke atas mereka, samada kamu pulangkan mereka atau memperisterikan terus mereka, bergantung kepada apa yang telah kamu lakukan" jelasku tegas.
"Maaf pakcik, kami tidak melakukan apa-apa salah pakcik, mereka berdua pun tidak melakukan apa-apa yang salah ke atas kami" jelas salah seorang gadis itu.
Riak wajah mereka berdua jelas menunjukkan muka kesian yang nampak lurus bendul.
"Kamu berempat perlu memberikan penjelasan yang jujur dan jangan menyembunyikan segalanya" tegasku.
Isteriku Nia kembali tersenyum padaku, aku faham apa yang di mindanya. Namun, aku perlu tegas pada mereka semua.
37. Penceritaan Timo
Aku ingin mengetahui apakah yang sebenarnya telah berlaku sehingga menyebabkan mereka berdua cedera sedemikian rupa? Apakah peristiwa tersebut berkaitan dengan dua gadis tersebut? Apa yang aku risaukan takut mereka mengambil hak orang lain.
"Boleh kamu berempat menceritakan apa yang sebenarnya telah berlaku di sana?" tanyaku pada mereka berempat.
Sementara yang lain semuanya duduk bersila di lantai senyap penuh perhatian punyai rasa ingin tahu.
"Baiklah pakcik, saya akan cuba ceritakan" ujar Timo.
Timo mula bercerita.
Sedang kami berempat mandi manda di kawasan air terjun tersebut, kami tidak perasan yang kami semua sedang diperhatikan oleh sekumpulan lelaki dari kampung Kaitlyn dan Avella. Mereka tiba-tiba membalingkan batu ke arah Timo dan Lemar secara bertubi-tubi. Dan Jelas sangat niat mereka ingin mengancam mereka berdua. Oleh itu, mereka berdua keluar dari kawasan air dan bergerak ke daratan.
Mereka terus mengejar, manakala Avella dan Kaitlyn menjerit-jerit menyuruh kami berdua lari meninggalkan mereka berdua. Tetapi malangnya Lemar dan Timo telahpun dikepung. Lemar dan Timo tiada pilihan, mereka tidak bercakap namun terus menerus memukul. Mulanya, Lemar biarkan sahaja, kerana menyangka mereka akan hanya puas bila mereka berdua dikerjakan sedemikian.
Salah seorang dari mereka mengeluarkan parang dan cuba untuk menikam Timo. Melihat sahabatnya dalam bahaya, Lemar terus melindungi sahabatnya dan itu menyebabkan Lemar cedera parah di bahagian rusuk. Dan Lemar menyuruh sahabatnya menjauhkan diri darinya. Timo yang faham Lemar akan melakukan jurusnya, terus menjauhkan diri. Lemar pula jadi mangsa kerumunan dan di hentam habis-habisan oleh para lelaki tersebut.
Lemar hanya bertahan dan membiarkan dirinya terus dipukul. Timo memang rasa bersalah tidak membantu. Tapi itu adalah arahan Lemar, kerana dia akan menggunakan jurus yang diajarkan atuknya. Apabila semuanya sedang seronok mengerjakan Lemar, tiba-tiba semuanya terpelating jauh akibat jurus yang dilakukan Lemar. Lemar pula terus rebah di situ juga. Kesemua mereka telah memuntahkan darah, dan mungkin pengsan atau mati. Tidak dapat dipastikan, kerana kesempatan itu diambil oleh Timo membawa pergi Lemar dari tempat itu.
Dua gadis tadi terus mengikut mereka berdua, sambil membantu memimpin Lemar yang telah pengsan.
"Begitulah yang telah berlaku ketika itu" jelas Timo panjang lebar.
"Adakah mereka mengekori kamu berempat ke sini?" tanyaku lagi.
"Kemungkinan tidak, kerana Timo bagi kami semua minum tonik halimunan" jelas Timo lagi.
Mengapakah mereka melakukan sedemikian? Dari penceritaan Timo jelas sangat mereka berniat untuk membunuh.
Isteriku Siluman Ular IV
38. Siapa Dua Gadis Itu
Lemar kelihatan sudah semakin pulih. Kecederaannya walaupun lebih parah dari Timo, namun kesan lembam dan lukanya seperti pulih dengan sendiri. Tidak pasti sama ada hasil kemujaraban dari ilmu perubatan Nara dan Nari atau tenaga dalaman si Lemar sendiri. Apa yang pasti budak Lemar ini memang istimewa.
"Kenapa mereka berbuat demikian?" tanyaku lagi.
"Biarkan saya pulak jelaskan pakcik" ujar Kaitlyn tidak teragak-agak.
"Ya, ceritakan agar kami tahu, dan jelaskan juga asal usulmu" celahku supaya dia menceritakan selanjutnya.
Dengan itu, semua yang lain yang ada di situ pula memasang telinga. Maka, si gadis bernama Kaitlyn pun memulakan ceritanya.
Avella dan Kaitlyn adalah saudara sepupu. Si Avella kematian ibubapanya akibat kemalangan jalan raya. Dan dia adalah anak tunggal. Manakala, Kaitlyn pula adalah mangsa penceraian, kedua-dua ibu dan bapanya meninggalkannya. Oleh itu, mereka berdua hidup bersama datuk dan nenek mereka. Tapi malangnya nenek dan atuk mereka telah meninggal secara serentak akibat penyakit misteri.
Setelah itu, mereka dipelihara oleh keluarga angkat di kampung tersebut dengan alasan tiada anak perempuan. Pada mulanya, layanan terhadap mereka baik kerana ingin mengumpan mereka berdua supaya terperangkap jadi hamba di rumah tersebut. Apabila lama-kelamaan, mereka berdua dipaksa berkerja mencuci pinggan mangkuk, mengemas segalanya di rumah itu. Bermulalah hidup mereka menjadi kuli tanpa gaji di rumah itu.
Nak dijadikan kisahnya, tuan rumah itu memang kaya dan ada seorang anak lelaki yang tidak bekerja. Mereka punyai banyak pekerja di bawah jagaan. Mereka adalah pengusaha ladang kelapa sawit. Anak lelakinya sangat menyukai Avella. Tetapi Avella tidak pernah menyukai apatah lagi mencintai lelaki tersebut. Cuma dirinya yang menganggap Avella miliknya. Sehingga tiada seorangpun yang berani mendekati Avella.
Pada suatu malam keramaian telah berlangsung di kampung tersebut. Lemar dan Timo telah datang melihat majlis keramaian tari-menari itu. Mereka berdua pulak adalah jejaka yang tampan dan kelihatan paling segak berbanding dengan mana-mana jejaka yang ada. Oleh itu, semua perempuan tertarik dengan mereka berdua menyebabkan kehadiran mereka tidak disenangi oleh jejaka-jejaka kampung termasuk anak tokey sawit tadi.
"Mereka melakukan semua ini kerana perasaan iri hati dan hasad dengki terhadap Lemar dan Timo" ujar Kaitlyn menamatkan ceritanya.
Rupa-rupanya ia adalah kerana perasaan cemburu.
"Secara jujurnya, kami berdua memang menyukai Lemar dan Timo" ujar Avella mencelah menjelaskan perasaannya secara berdepan dengan semua yang ada di situ.
"Bagaimana kamu berdua pula?" tanya Tiko pula.
Timo dan Lemar hanya tersengeh.
39. Cicit Baru Atuk
Aku saling berpandangan dengan isteriku. Kami berdua jelas sudah dapat membaca minda dua gadis tersebut. Isteriku hanya memberikan senyuman. Dia puas kerana ternyata dua gadis itu adalah gadis yang baik sebenarnya. Malah mereka telah berkata dengan jujur. Terasa sangat kasihan pula dengan nasib mereka.
"Nara dan Nari, moyang sudah dapat siapa yang akan tinggal bersama dengan moyang di sana, kamu berdua tak perlu risau dah, jagalah ibu dan ayah kamu di sini" celah atuk.
Aku dan isteriku hanya tersenyum. Kerana kami berdua tahu siapa yang dimaksudkan oleh atuk.
"Siapa yang tuk moyang maksudkan?" tanya Nara berkerut dahi.
"Begitu juga dengan Mikki dan Fanni, atuk doakan kamu berdua bahagia" ucap atuk.
"Terima kasih telah menjaga kami selama ni dengan baik tuk" ujar Mikki menghargai atuk.
"Tuk moyang nak mereka berempat ini jadi warga baru atuk, apakah kamu berani tidak setuju?" ujar atuk.
Dua gadis itu terpinga-pinga tidak faham apa yang atuk maksudkan.
"Kalau ya pun, tunggu la Lemar sihat" sampuk Lemar.
Kukkkkk! kepala Lemar jadi mangsa atuk.
"Berani kamu mencelah ketika moyang tengah bercakap" ujar atuk.
Semua yang ada di situ ketawa ceria. Suasana kembali normal dengan keceriaan semua.
Begitulah, warga keluarga ini semakin besar. Makin bertambah ahlinya. Kami semua menerima kehadiran dua gadis itu sebagai warga baru. Dua gadis itu pula sangat berterima kasih dan bersyukur. Walaupun mereka belum menjadi isteri kepada Lemar dan Timo, tetapi kami menerima mereka seadaanya. Aku pasti mereka jauh lebih menyukai kehidupan di sini nanti berbanding kehidupan di dunia manusia.
"Ayah, tuk dan nenek bunian datang" ujar Nari terjerit-jerit dari depan pintu.
Wah, baguslah semua telah berkumpul di sini. Walau macamanapun aku pula yang terasa sedih. Aku teringatkan ayah dan ibuku di sana. Apakah perkhabaran mereka agaknya?
"Malam ini kita, makan beramai-ramai bersama-sama" ujarku pada semua.
Mendengar ucapanku, Nara dan Nari sangat seronok. Sekali lagi mereka akan menunjukkan skil memasak. Makanya adalah mangsa mencuba resepi baru anak gadisku itu.
"Ayah, boleh tolong Nara tak?" tanya Nara padaku.
"Tolong apa ni Takkan ayah nak memasak kat dapur" sakatku.
"Bukanlah yah, ayah tolong ambil semua bahan yang Nara senaraikan ni kat kebun la" ujar Nara dengan muka mengadanya, tidak tumpah seperti perangai ibunya dulu.
"Sayang, saya gembira sangat hari ini" ucap isteriku menghampiriku.
"Kenapa, awak mengandung lagi ya?" sengaja aku menyakat isteriku walaupun aku tahu itu adalah mustahil.
"Ya, sarat dah ni sayang, malah dah lahir pun" balas sang isteri.
"Eh awak ni, biar betul? Cakap pelik-pelik" ujarku.
"Gadis bernama Avella tu cantik juga kan sayang? Itula anak baru kita" balas isteriku mengada.
"Awak lagi cantik dari mana-mana makhluk bergelas gadis kat dunia ni" aku sengaja mengumpan sang isteri senyum. Kerana senyumannya tidak pernah menjemukan aku.
40. Meja Bulat
Malam itu kami semua berkumpul di ruang tamu. Maklumlah meja ruang dapur tidak muat untuk semua. Masa untuk menjamah hidangan istimewa dari dua anak gadisku sudah tiba. Semua kelihatan sangat gembira dan ceria. Mikki dan Fanni, Tiko dan Nima, Kaitlyn dan Timo, Avella dan Lemar, Nara dan Nari, kedua mertuaku, Atuk, Aku dan isteri tercintaku, semuanya menunjukkan betapa bahagianya kami semua.
Lemar dilayan baik oleh gadis bernama Avella. Begitu juga si Timo dengan Kaitlyn. Mereka berdua tu pula buat-buat parah sebab nak bermanja dengan dua gadis tersebut. Sampaikan perlu disuap makan oleh anak gadis tersebut. Si Nari pula yang naik geram dengan perangai Timo dan Lemar. Apapun, mereka semua ni tetap saling menyayangi sebenarnya. Lebih-lebih si Nari, walaupun selalu bertekak dengan si Timo dan Lemar, dia sebenarnya sangat menyayangi mereka.
Nara pula sibuk bertanya adakah kami semua menyukai masakan mereka berdua. Atuk pula sibuk bersembang dengan teman lamanya Nathir ayah mertuaku. Manakala yang lain sibuk bergelak tawa melihat telatah dua jejaka tampan yang baru terlepas dari maut. Aku dan isteriku pula tumpang gembira dengan kebahagiaan semua.
Malam itu, bagaikan malam terakhir bersama. Masing-masing tidak mahu melelapkan mata. Berceloteh, bercerita, mendengar kisah-kisah lisan dari atuk. Malah saling bertukar ganti menceritakan pengalaman masing-masing. Tapi bagiku, pengalaman hidup bersama sang isteri adalah jauh istimewa dari segalanya. Senyumannya, gelak tawanya, cerianya si dia sentiasa membuatkan hatiku terasa senang. Dialah isteriku siluman ular.
Tidak sedar bila masa mata terlena. Masing-masing tidur berteraburan di ruang tamu. Sangat erat dan sangat rapat ahli keluarga ini. Ia adalah suatu impian kebahagiaan setiap makhluk yang hidup di muka bumi ini. Pergaulan mesra dan gurau senda tawa bersama. Namun, esok itu pasti akan menjelma, ia dalah suatu permulaan kehidupan baru meninggalkan seribu satu kenangan hidup di hari ini.
Akhirnya, Avella, Lemar, Kaitlyn dan Timo akur menyertai atuk kembali ke rumahnya. Walaupun berat, melepaskan Timo, Nima dan Tiko akur dengan perintah atuk. Kerana mereka juga adalah warga atuk sebelum ini. Manakala, yang lainnya kembali ke norma masing-masing seperti biasa. Sudah adat pertemuan, pastinya ada perpisahan.
"Sayang rasa nak ajak awak mengembara la" ujar isteriku sambil menyandarkan dirinya di bahuku.
"Kita nak pergi mana?" tanyaku.
"Kita mengembara di alam bunian ini, kita merantau melihat keindahan yang ada di alam bunian lain" tambah isteriku.
"Ada lagi ke tempat yang menarik selain kampung siluman ular ni sayang?" tanyaku lagi.
Si dia tersenyum sambil memutarkan wajarnya ke arahku.
"Nak mengembara berdua sahaja ke macam mana?" tanya sang isteri.
Aku hanya memandang matanya dan merenung sedalam-dalamnya.
Tamat....
Buat pengetahuan anda semua kisah ini hanyalah rekaan semata-mata, tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia.
Sila baca sambungan Siri V Isteriku Siluman Ular V
Penulis: Justine Amping
No comments:
Post a Comment