1. Latihan Paktikal
Aku adalah seorang pelajar tahun akhir sebuah universiti sebelah timur Malaysia merupakan seorang pelajar Biologi Pemuliharaan. Tahun ini merupakan tahun akhir pengajianku. Oleh itu aku perlu melaksanakan latihan praktikal sebagai tugasan akhir pengajianku.
Aku sesungguhnya merasa sangat teruja dengan tugasan yang diberikan lebih-lebih lagi aku ditempatkan di sebuah kawasan hutan simpan yang terdapat di suatu negeri di mana universiti ku berada. Tapi malangnya belum sempat untuk memulakan latihan praktikal tersebut, seluruh negara terpaksa 'shutdown' gara-gara virus Covid-19 yang melanda seluruh dunia.
Berpunca dari arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tempat latihan aku terpaksa ditukarkan ke tempat yang lebih dekat dengan negeri kelahiranku. Tujuannya, agar aku tidak merentas negeri untuk menjalani latihan. Agak kecewa juga aku pada mulanya. Namun, keterujaanku sebagai pelajar tahun akhir meleburkan kekecewaan pertukaran tempat latihan tersebut.
Dalam masa yang sama aku terpaksa menginap di kuarters yang disediakan oleh jabatan hutan simpan. Aku sebenarnya tiada pilihan juga. Inginku berulang-alik dari rumah. Tapi jarak dari rumah pun mengambil masa sejam lebih memandu. Aku jenis orang yang tidak mahu menyusahkan, baik orang tuaku mahupun adik beradikku. Sebab itulah keputusan menginap di kuarters adalah keputusan terbaik.
Setelah mendapat kunci dari pejabat, aku dipandu oleh petugas hutan simpan tersebut membawa baranganku ke kuarters. Selepas itu dia membawa aku ke persekitaran hutan simpan tersebut. Di situ terdapat banyak juga haiwan liar yang dijaga. Ada yang dibiarkan keluar meliar ke sana kemari, ada juga yang ditempatkan dalam sangkar. Ada beberapa spesies monyet, orang utan, buaya, rusa, beruang dan sebagainya.
Di dalam hatiku, aku kembali teruja dan sangat berminat dengan bidang ini, mana tidaknya tengok kehidupan liar secara percuma malah dapat mendekati mereka semua. Macam ni, memang tak bosan la latihan kat sini.
Selesai pusing keliling di kawasan hutan simpan dan melihat sangkar binatang liar bersama petugas tersebut, aku minta diri untuk kembali ke kuarters. Awalnya aku tidak merasakan apa yang pelik. Tapi, apabila aku masuk ke dalam rumah kuarters kayu tersebut, perh meremang bulu badan. Bukan kerana takut, tapi dalam rumah itu memang sejuk. Bukan guna penghawa dingin pun, sejuknya perhh...
Kuarters Kayu Lama Aku adalah seorang pelajar tahun akhir sebuah universiti sebelah timur Malaysia merupakan seorang pelajar Biologi Pemuliharaan. Tahun ini merupakan tahun akhir pengajianku. Oleh itu aku perlu melaksanakan latihan praktikal sebagai tugasan akhir pengajianku.
Aku sesungguhnya merasa sangat teruja dengan tugasan yang diberikan lebih-lebih lagi aku ditempatkan di sebuah kawasan hutan simpan yang terdapat di suatu negeri di mana universiti ku berada. Tapi malangnya belum sempat untuk memulakan latihan praktikal tersebut, seluruh negara terpaksa 'shutdown' gara-gara virus Covid-19 yang melanda seluruh dunia.
Berpunca dari arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tempat latihan aku terpaksa ditukarkan ke tempat yang lebih dekat dengan negeri kelahiranku. Tujuannya, agar aku tidak merentas negeri untuk menjalani latihan. Agak kecewa juga aku pada mulanya. Namun, keterujaanku sebagai pelajar tahun akhir meleburkan kekecewaan pertukaran tempat latihan tersebut.
Dalam masa yang sama aku terpaksa menginap di kuarters yang disediakan oleh jabatan hutan simpan. Aku sebenarnya tiada pilihan juga. Inginku berulang-alik dari rumah. Tapi jarak dari rumah pun mengambil masa sejam lebih memandu. Aku jenis orang yang tidak mahu menyusahkan, baik orang tuaku mahupun adik beradikku. Sebab itulah keputusan menginap di kuarters adalah keputusan terbaik.
Setelah mendapat kunci dari pejabat, aku dipandu oleh petugas hutan simpan tersebut membawa baranganku ke kuarters. Selepas itu dia membawa aku ke persekitaran hutan simpan tersebut. Di situ terdapat banyak juga haiwan liar yang dijaga. Ada yang dibiarkan keluar meliar ke sana kemari, ada juga yang ditempatkan dalam sangkar. Ada beberapa spesies monyet, orang utan, buaya, rusa, beruang dan sebagainya.
Di dalam hatiku, aku kembali teruja dan sangat berminat dengan bidang ini, mana tidaknya tengok kehidupan liar secara percuma malah dapat mendekati mereka semua. Macam ni, memang tak bosan la latihan kat sini.
Selesai pusing keliling di kawasan hutan simpan dan melihat sangkar binatang liar bersama petugas tersebut, aku minta diri untuk kembali ke kuarters. Awalnya aku tidak merasakan apa yang pelik. Tapi, apabila aku masuk ke dalam rumah kuarters kayu tersebut, perh meremang bulu badan. Bukan kerana takut, tapi dalam rumah itu memang sejuk. Bukan guna penghawa dingin pun, sejuknya perhh...
2. Mengemas
Hari pertama memasuki rumah tersebut, memang ada rasa sesuatu yang tak berapa nak menyedapkan hati. Tapi perasaan tersebut ku tentang dan cuba ku abaikan. Hari pertama malas nak menakutkan diri dengan tempat baru dan suasana baru.
Biasalah sebagai orang baru yang bertugas sebagai pelatih praktikal di situ aku kena bersikap seperti orang baru juga. Aku mula menyusun dan mengemas dua bilik dan ruangan rumah tersebut. Maklumlah sudah berapa lama rumah itu kosong aku pun tidak tahu. Keadaan sedikit berdebu sana sini.
Semasa mengemas mataku terganggu dengan lukisan kanak-kanak pada dinding ruang tamu. Lukisan makhluk lembaga hitam berambut panjang. Perh, kacau pemandangan mata. Jadi aku tutup je dengan bantal buat sementara. Lukisan mungkin dari anak penghuni sebelum ini kot. Serius aku rasa tidak selesa melihat lakaran lembaga hitam tersebut.
Buat pengetahuan korang di sini ada beberapa kuarters hanya tiga daripadanya terisi oleh dua keluarga yang menetap di situ. Manakala yang aku diami adalah berselang beberapa kuarters yang kosong. Kuarters yang aku diami ini adalah untuk penginapan sementara para suka rela sebenarnya atau lebih dikenali kuarters tetamu. Sebab itulah di dalamnya memang kosong.
Setelah selesai kerja mengemas semua, aku bersiap nak mandi pula. Aku buka pek baru set bilik air. Keadaan bilik airnya memang suram. Mandi perlu bercebok la pula, kerana dalam bilik mandi itu adalah jenis berkolah. Agak bau wangi sikit la bilik air tersebut dengan segala set mandi yang aku buka. Aku cuci kolah tersebut yang sedikit nampak kotor dan ku isikan semula dengan air. Selesai, aku pun mandila. Airnya sejuk bukan kepalang.
Kebetulan hujan kat luar, jadi aku mengambil keputusan untuk berehat di bilik. Ikutkan asalnya aku nak merayau di sekitar tempat bertugas. Niat itu ku tangguhkan, hujan punya pasal. Jadi aku buka telefon, saja nak cek line bagus ke tak. Owh syukur dapat juga 4G, nampak gayanya malam nanti aku boleh la main PUBG, tak la hidup bosan sementara ada masa lapang.
Hujan tak henti-henti walaupun tak lebat. Senja pun hadir. Aku perasaan semua rumah kuarters lampu menyala. Pelik juga, sedangkan aku dimaklumkan cuma ada dua keluarga yang mendiami kuarters di situ. Tapi kenapa semua kuarters lampu bernyala. Adakah mungkin ada pelatih lain atau petugas yang bertugas menginap sementara seperti ku atau? Arhh..dah la aku ni memang penakut.
Kuarters Kayu Lama
3. Makan Malam
Memandangkan malam bakal tiba, aku ke ruang dapur dan memasak maggi bersama telur. Ni la makanan kegemaran pelajar sampai bila-bila. Bukan tiada beras dan makanan dalam tin yang dibelikan ayahku, tapi budak lelaki korang tahula, semuanya masak simple jer. Itulah makan malam ku.
Kalau namanya dah penakut, semua lampu aku hidupkan. Membazir tak membazir, janji terang benderang. Selesai menikmati maggi segera tadi, aku mula nak layan game PUBG. Earphone pasang di telinga. Mataku fokus pada screen telefon pintarku. Kebetulan rakan PUBG aku ada online, apalagi aku layan game bersama mereka. Fuhhh lega la sikit perasaan takutku, rasa meriah pula aku leka bermain game bagaikan mereka semua peneman aku dalam rumah serba suram tersebut.
Aku berjuang tembak menembak dalam PUBG bersama teman-teman online ku. Leka sungguh, bercakap sorang-sorang kalau dilihat di dunia nyata. Kalau hantu tengok pasti hantu cakap aku ni gila ke apa cakap sorang-sorang. Tapi lama mana nak main. Bateri telefon ku sudah menyusut. Jadi aku kena offline juga. Jam dalam telefon ku set seawal 6 pagi. Hari pertama bertugas kena jaga tertib dan etika bertugas. Game tu game juga, tapi latihan praktikalku lebih utama.
Aku sambungkan telefon ku untuk dicharge. Jadi aku menyiapkan sendiri minum malamku makan biskut segiempat dalam pek plastik berwarna merah. Suasana tanpa bunyi bingit dari earphone ku tadi memang jelas berbeza. Yang kedengaran adalah bunyi cengkerik dan bunyi pelik unggas hutan simpan tersebut. Terkadang membuatkan rasa takut itu kembali.
Dari dalam rumah tersebut aku memang nampak jelas suasana di luar rumah. Sebabnya rumah tersebut tiada langsir. Korang bayangkan la. Selesai minum malam, aku kembali berbaring di katil bilikku. Mula dengan baring telentang, kemudian aku mengiring ke dinding. Badan kuselimuti, kesejukan, kipas memang tidak ku onkan. Tanpa kipas pun dah seperti ada penghawa dingin.
Sementara menunggu mata terlelap. Telingaku terpasang jelas mendengar suasana sunyi sepi di situ. Entah macam mana jantungku berdenyut kencang pun dapat aku rasakan. Seperti orang yang sedang cemas. Aduh... kamu lelaki mana boleh penakut bisik hatiku. Aku kuatkan semangat.
Aku terdengar bunyi sesuatu datang dari bilik satu lagi dalam rumah itu. Bunyi seperti rantai diheret. Serius serta merta bulu romaku meremang. Nasib baik aku dah tutup pintu. Aku menyelimuti seluruh diri dengan selimut. Tidak tahan dengan itu, aku ambil balik earphone dan telefonku. Aku dengar muzik yang ceria supaya gementarku hilang. Berjaya juga, akhirnya aku tertidur.
Kuarters Kayu Lama
4. Sinis
Hari seterusnya. Aku mulakan kerja-kerja dan tanggungjawabku membersihkan kawasan binatang-binatang liar. Aktiviti tersebut walau agak kotor sedikit dengan membersihkan kandang haiwan-haiwan yang dipenuhi tahi-tahinya, aku tetap terhibur menyaksikan gelagat haiwan liar di situ. Terkadang tu rasa tenang dan membatukan diri menyaksikan gelagat-gelagat haiwan yang comel-comel ada di situ.
Rutin memberi makan dan membersihkan kandang itu tidaklah sesusah mana. Bukan pula mengata diri ini rajin. Sudah tanggungjawab, maka buat je la. Selesai aktiviti tadi, aku perlu membuat laporanku. Itulah aktiviti sepanjang hari. Ada masa terluang, aku bersembang dengan pekerja-pekerja di situ.
"Macam mana malam tadi, nyenyak tidur ka?" tanya pakcik yang menyelia di situ kepada ku.
"Ok jer, boleh lelap mata juga, tapi....." balasku tapi tidak ku habiskan dialog itu.
Ada sesuatu juga aku nak kongsikan dan tanya pada mereka. Risau mereka mengatakan aku mereka cerita dan mengada pula.
"Ada dengar bunyi pelik-pelik tak?" tanya pakcik penyelia tu lagi.
"Tak pula perasan pakcik, sepanjang malam telingaku sempal dengan earphone" balasku menafikan apa yang aku dengar malam tadi.
Bukan tak mau buka cerita, biarlah dia yang buka cerita.
"Elok la macam tu, kalau dulu tiada siapa yang berani menginap di kuarters-kuarters tersebut, macam-macam cerita dik" sambungnya seakan-akan memancing aku mendengarnya.
"Kenapa pakcik, ada yang pelik ke kat kuarters tu?" tanyaku sengaja ingin tahu juga apa yang pernah berlaku.
Mungkin dapat aku kaitkan dengan apa yang aku dengar.
"Kau, ni tak payah la nak menakutkan budak ni" celah tuan pengurus yang mendengar dialoq kami berdua dari tadi.
Mendengar teguran tuan pengurus, si pakcik tidak berkata apa-apa dia cuma tergelak sinis. Aku yang masih tanda tanya juga malas nak menyambung dialoq tersebut. Tak pasal pula semakin banyak yang kita tahu, semakin pula nanti rasa takut. Dah la kuarters yang aku diami tu jauh dari kuarters lain yang berpenghuni.
Aku selesaikan rutinku. Kerana tiada apa-apa perlu di buat lagi dah. Aku kembali semula ke kuartersku. Sampai di sana, aku masuk ke bilik air nak bersihkan diri. Maklumlah ada juga kesan-kesan percikan zat-zat kotor semasa membersihkan kandang tadi. Pintu bilik air aku tolak dan aku nak ambil sabun. Perasaanku sedikit terganggu sabun tersebut seperti ada kesan cakaran. Tapi tiada tanda-tanda pun bilik air itu dicerobohi. Aku cuba abaikan dan aku mandi.
Kuarters Kayu Lama
5. Meremang
Selesai mandi, aku menyidai pakaian di ruang beranda kuarters tersebut. Sambil bersiul-siul sambil menghadap ke kuarters sebelah bertentangan denganku. Sekilas anak mata ku perasan ada sesuatu bergerak seperti melintas di dalam ruang kuarters tersebut. Serta merta jantung dan bulu romaku berdiri. Kerana aku tahu rumah kuarters tersebut memang tiada penghuni. Cepat-cepat aku menyidai pakaian tadi dan masuk ke dalam.
Entah tak tahu kenapa suasana petang tersebut sunyi sepi. Kedengaran hanya bunyi unggas-unggas yang bersahutan. Bagi menenteramkan diri aku cuba abaikan perasaan tadi. Aku bergerak ke dapur, memasak air untuk membancuh air kopi 3in1. Semakin aku cuba mengelak perasaan takut itu, semakin kuat pula bayangan menakutkan bermain di mindaku. Celaku betul.
Di ruang dapur pula, bahagian belakangnya adalah hutan. Aku berusaha tidak memandang keluar tingkap. Rasa meremang itu wujud kembali. Ishhh...kenapa pula ni? Dahla aku ni penakut.
Aku kembali ke ruang tamu bersama air kopi 3in1 tadi. Aku buka telefon ku nak tengok kalau ada apa-apa yang aku boleh perhatikan. Kot ada yang whatsapp aku. Hurmm tiada notifikasi. Aku perhatikan bahagian atas kanan, tiada talian. Pelik betul semalam dan malam tadi elok jer ada talian. Kenapa pula hari ini tiada talian pula. Capaian internet pun langsung tiada. Aku berharap masalah ini tidak berlangsung lama.
Hati berharap dapat main online game. Nak kurangkan rasa tegang perasaan duduk sorang-sorang kat sini. Aku nak buat apa pula ni? Korang tahu, zaman sekarang ni cuma telefonlah peneman sejati. Aku scrol apa yang ada dalam telefonku. Haaa... mujur aku ada install game offline. Game cikai pun jadilah.
Aku leka bermain. Baru naik berapa level dalam permainan tersebut, telingaku terdengar ada seperti kanak-kanak tengah bermain di ruang antara kuarters-kuarters di situ. Aku rasa lega, anak-anak penghuni kat hujung tu dah muncul bermain. Sekurang-kurangnya tidaklah rasa sunyi sepi macam mula tadi.
Aku berhenti main game, dan aku bangun pergi ke ruang beranda. Dengan niat nak tengok gelagat budak-budak yang ku dengar tadi. Sampai kat beranda, mata aku melilau mencari bunyi riuh rendah budak-budak tadi tu. Tapi tiada siapa pun yang ada di situ. Darah aku mula berderau lagi, bulu romaku bangkit kembali. Difikirkan pula mana ada budak-budak nak main semasa hujan turun renyai-renyai begini.
Kuarters Kayu Lama
6. Gembira
Meremang memang meremang aku dengan insiden tadi tu. Terang-terangan aku dengar suara budak-budak gelak bermain di halaman tersebut. Tengok-tengok kat halaman tiada sesiapa. Seram la. Sapa tak takut wei. Hati aku memang tak sedap langsung. Ikutkan hari tu juga aku nak balik.
Tapi nasib baik, kawan-kawan aku kata nak datang haritu dan bermalam dengan aku. Aku gagahkan semangatku. Aku masuk ke bilik. Aku tutup pintu bagai. Sial betul, dahla jadi masa aku bersorangan. Serba serbi tak jadi apa yang aku nak lakukan. Kejap baring, kejap belek telefon, kejap duduk. Kepala otak masih lagi terngiang-ngiang dengan suara budak-budak tadi.
'kringggg... kringggg...' aku dikejutkan oleh bunyi telefon. Bila masa aku tertidur pun aku tidak sedar. Lantas tanganku tercari-cari telefon yang aku letakan atas lantai. Tertera nama salah seorang kawan yang nak bermalam denganku.
"Wei macamana kami nak masuk pergi tempat kau, kami kat depan pondok guard ni" kedengaran suara kawanku.
"Guard dah balik, korang angkat jer palang tu, lepas tu letak balik, masuk lurus simpang ke kanan yang pertama tu, masuk ke situ, kamu akan nampak kuarters aku tinggal" jelasku.
Dalam hati aku gembira sangat dengan kehadiran mereka.
"Ok, ok" balas kawan ku dan menutup talian.
Aku pula apa lagi siap sedia menyambut mereka depan tangga. Tidak lama kemudian kedengaran bunyi dua buah motosikal bergerak menuju ke situ. Dalam hati, serius aku sangat gembira. Aku lihat muka sengih mamat empat orang tu seronok semacam, seperti sangat merindui aku. Diorang tak tahu aku sebenarnya ketakutan tadi. Dan aku takkan mahu menceritakan pada mereka apa yang telah berlaku sebentar tadi.
Aku mempelawa mereka naik ke kuarters. Setelah semua masuk aku perasan seorang tidak ikut naik.
"Mana Micheal? Bukan dia bonceng kau tadi Kevin?" tanyaku.
"Engkau ni melawak mende? Micheal mana ada ikut, kami bertiga je pun" balas Ryan pula. Dia kira aku melawak.
Aku tergaru-garu kepala. Lepastu aku buat-buat gelak sama dengan mereka bertiga. Padahal sebenarnya aku sungguh nampak Micheal di belakang Kevin tadi tapi seingat aku dia tidak berhelmet sepertimana mereka bertiga. Ahhh sudah tempat ini memang keras. Bisik hatiku.
Kuarters Kayu Lama
7. Mana Micheal?
Apapun aku rasa sangat gembira dengan kehadiran tiga orang sahabatku. Namun aku masih muskil, aku sebentar tadi memang benar-benar nampak Micheal membonceng si Kevin tadi. Ia mengelirukan aku sesungguhnya. Oleh kerana tidak mahu mengganggu emosi kawan-kawan aku mengalah, yang kononnya aku hanya melawak.
Aku dan kawan-kawan sebenarnya merancang nak buat barbeku. Mereka membawa set memanggang. Kami semua ini adalah rakan-rakan semasa sekolah menengah. Kebetulan mereka juga, terbantut pergerakan tidak dapat pergi ke universiti masing-masing kerana masalah pandemik. Dari zaman sekolah lagi kami selalu kamceng bersama dan juga mempunyai minat yang sama iaitu bermain bola selain gamers.
Suasana sudah mulai senja, cahaya matahari sudah tidak kelihatan lagi. Riuh rendah rakan-rakan kedengaran di ruang tamu itu. Kami membincangkan apa yang akan kami lakukan malam itu. Sudah pastinya aku selaku tuan rumah akan mengetuai mereka.
"Raint, jadi ke nak memanggang ni?" usul Kevin.
"Jom, kita setting barang dan perkakas, tapi kita buat kat beranda je la, tak payah kat bawah supaya tak kena ujan" ujarku buat alasan hujan, sebenarnya aku tidak selesa nak jalankan aktiviti itu di tanah.
"Kau tak takut ke duduk sorang-sorang kat rumah ni?" tanya Parshan. Satu-satunya kawan kami berbangsa india.
Apapun aku rasa sangat gembira dengan kehadiran tiga orang sahabatku. Namun aku masih muskil, aku sebentar tadi memang benar-benar nampak Micheal membonceng si Kevin tadi. Ia mengelirukan aku sesungguhnya. Oleh kerana tidak mahu mengganggu emosi kawan-kawan aku mengalah, yang kononnya aku hanya melawak.
Aku dan kawan-kawan sebenarnya merancang nak buat barbeku. Mereka membawa set memanggang. Kami semua ini adalah rakan-rakan semasa sekolah menengah. Kebetulan mereka juga, terbantut pergerakan tidak dapat pergi ke universiti masing-masing kerana masalah pandemik. Dari zaman sekolah lagi kami selalu kamceng bersama dan juga mempunyai minat yang sama iaitu bermain bola selain gamers.
Suasana sudah mulai senja, cahaya matahari sudah tidak kelihatan lagi. Riuh rendah rakan-rakan kedengaran di ruang tamu itu. Kami membincangkan apa yang akan kami lakukan malam itu. Sudah pastinya aku selaku tuan rumah akan mengetuai mereka.
"Raint, jadi ke nak memanggang ni?" usul Kevin.
"Jom, kita setting barang dan perkakas, tapi kita buat kat beranda je la, tak payah kat bawah supaya tak kena ujan" ujarku buat alasan hujan, sebenarnya aku tidak selesa nak jalankan aktiviti itu di tanah.
"Kau tak takut ke duduk sorang-sorang kat rumah ni?" tanya Parshan. Satu-satunya kawan kami berbangsa india.
Mendengar soalan tersebut aku terfikir sama ada nak jawab atau tidak.
"Takut! takut juga la wei, tapi apa nak buat? kena duduk juga sebab tiada pilihan lain" balasku bersahaja.
"Takut! takut juga la wei, tapi apa nak buat? kena duduk juga sebab tiada pilihan lain" balasku bersahaja.
Dalam hati aku saja yang tahu.
Serentak dengan itu, kedengaran ada kuali jatuh di dapur. Kami semua jadi senyap seketika. Masing-masing saling berpandangan. Si Kevin yang kononnya berani bangkit dari tempat duduknya dan berjalan menuju ke dapur untuk melihat apa yang berlaku.
"Raint, sini jap, apa benda yang agak-agaknya jatuh tadi, semua nampak ok jer" jerit Kevin dari dapur.
Serentak dengan itu, kedengaran ada kuali jatuh di dapur. Kami semua jadi senyap seketika. Masing-masing saling berpandangan. Si Kevin yang kononnya berani bangkit dari tempat duduknya dan berjalan menuju ke dapur untuk melihat apa yang berlaku.
"Raint, sini jap, apa benda yang agak-agaknya jatuh tadi, semua nampak ok jer" jerit Kevin dari dapur.
Aku dan yang lain segera ke dapur.
Sampai di sana kami nampak tiada apa pun yang jatuh ke lantai. Semuanya tersusun rapi. Dan Kelihatan kemas dari sebelumnya. Aku lebih perasan, setahu aku aku tidak memcuci pun kuali dan mangkuk yang aku guna petang tadi. Semacam pelik jer, semua yang perkakas di dapur itu tersusun rapi. Aku sangat yakin bukan aku yang menyusunnya. Bulu romaku naik dengan sendirinya.
"Sejak bila pula engkau ni pengemas? Setahu aku, kau dan aku sama jer perangai" usik Parshan padaku.
Sampai di sana kami nampak tiada apa pun yang jatuh ke lantai. Semuanya tersusun rapi. Dan Kelihatan kemas dari sebelumnya. Aku lebih perasan, setahu aku aku tidak memcuci pun kuali dan mangkuk yang aku guna petang tadi. Semacam pelik jer, semua yang perkakas di dapur itu tersusun rapi. Aku sangat yakin bukan aku yang menyusunnya. Bulu romaku naik dengan sendirinya.
"Sejak bila pula engkau ni pengemas? Setahu aku, kau dan aku sama jer perangai" usik Parshan padaku.
Aku hanya tersengih, mulutku masih tidak mahu membuka cerita dengan apa yang aku alami sebenarnya.
Kuarters Kayu Lama
Kuarters Kayu Lama
8. Parshan
Kami berempat meninggalkan dapur dengan rasa tanda tanya masing-masing. Dengar memang jelas sesuatu jatuh sebentar tadi. Mujurlah semua mengabaikannya dan kami kembali ke ruang beranda bersama peralatan memanggang. Kami menyiapkan bersama-sama set tersebut. Sambil tu kami bersembang.
"Tempat ni boleh tahan sunyi juga ye? Macam tiada orang yang tinggal kat sini" ujar si Kevil membuka bicara.
"Ada dua famili kat kuarters hujung sana, mulanya mereka menghuni kuarters depan ni jer, tapi mereka pindah ke hujung sana" balas ku menjawab si Kevin. Dia pula mengangguk saja.
"Kalau saya memang tak sanggup bro.... senyap sunyi semacam jer tempat ni" usik Si Parshan lagi.
Mamat ni memang dari dulu suka bergurau. Dengan itu juga dia dapat gelaran king of joker dari kami sahabat. Mulutnya, boleh tahan cabul. Tapi kami tak kesah pun. Sebab orang macam dia juga la hubungan kami bersahabat jadi meriah.
Dalam pada itu, sekali lagi bunyi benda jatuh di dapur. Biarpun suasana kami riuh rendah akibat suara kami semua, bunyi benda jatuh itu jelas kedengaran di dapur. Sekali lagi Kevin menjenguk ke dapur.
Kevin kembali semula ke ruang beranda setelah menyemak apa yang berlaku. Tapi kali ini, Kevin datang dengan wajah serius dan tak berkata apa-apa. Dia senyap setelah datang dari dapur. Tiba-tiba... Si Kevin menyergah kami semua, sampaikan si Parshan terduduk kerana terkejut. Kemudian si Kevin mentertawakan si Parshan yang jatuh terduduk. Tapi yang gelak bersama adalah si Ryan namun tidak aku.
Si Parshan masih lagi terduduk. Wajah dia serius. Tanpa gelak darinya. Dia merenung tajam pada kami semua. Si Ryan dan Kevin tadi gelak sakan menyakat kini menjadi senyap terdiam memandang wajah Parshan yang serius dan merenung tajam. Dia bangkit perlahan-lahan. Dia bergerak menuju ke arah Kevin. Kevin hanya diam membatu. Wajahnya dia dekatkan dengan si Kevin. Kevin masih lagi membisu. Aku dan Ryan yang melihat situasi itu hanya berdiam.
"Haaaaaaaaaaaa...." Parshan menyergah si Kevin.
Kami berempat meninggalkan dapur dengan rasa tanda tanya masing-masing. Dengar memang jelas sesuatu jatuh sebentar tadi. Mujurlah semua mengabaikannya dan kami kembali ke ruang beranda bersama peralatan memanggang. Kami menyiapkan bersama-sama set tersebut. Sambil tu kami bersembang.
"Tempat ni boleh tahan sunyi juga ye? Macam tiada orang yang tinggal kat sini" ujar si Kevil membuka bicara.
"Ada dua famili kat kuarters hujung sana, mulanya mereka menghuni kuarters depan ni jer, tapi mereka pindah ke hujung sana" balas ku menjawab si Kevin. Dia pula mengangguk saja.
"Kalau saya memang tak sanggup bro.... senyap sunyi semacam jer tempat ni" usik Si Parshan lagi.
Mamat ni memang dari dulu suka bergurau. Dengan itu juga dia dapat gelaran king of joker dari kami sahabat. Mulutnya, boleh tahan cabul. Tapi kami tak kesah pun. Sebab orang macam dia juga la hubungan kami bersahabat jadi meriah.
Dalam pada itu, sekali lagi bunyi benda jatuh di dapur. Biarpun suasana kami riuh rendah akibat suara kami semua, bunyi benda jatuh itu jelas kedengaran di dapur. Sekali lagi Kevin menjenguk ke dapur.
Kevin kembali semula ke ruang beranda setelah menyemak apa yang berlaku. Tapi kali ini, Kevin datang dengan wajah serius dan tak berkata apa-apa. Dia senyap setelah datang dari dapur. Tiba-tiba... Si Kevin menyergah kami semua, sampaikan si Parshan terduduk kerana terkejut. Kemudian si Kevin mentertawakan si Parshan yang jatuh terduduk. Tapi yang gelak bersama adalah si Ryan namun tidak aku.
Si Parshan masih lagi terduduk. Wajah dia serius. Tanpa gelak darinya. Dia merenung tajam pada kami semua. Si Ryan dan Kevin tadi gelak sakan menyakat kini menjadi senyap terdiam memandang wajah Parshan yang serius dan merenung tajam. Dia bangkit perlahan-lahan. Dia bergerak menuju ke arah Kevin. Kevin hanya diam membatu. Wajahnya dia dekatkan dengan si Kevin. Kevin masih lagi membisu. Aku dan Ryan yang melihat situasi itu hanya berdiam.
"Haaaaaaaaaaaa...." Parshan menyergah si Kevin.
Apalagi si Kevin yang terkejut itu sedikit terlompat ke belakang. Kemudian si Parshan mentertawakan si Kevin yang jelas nampak ketakutan sebentar tadi. Rupanya Parshan mengacah balik sakatan dari si Kevin. Aku pula yang cemas, maklumlah aku yang mengalami peristiwa pelik di situ. Ryan pula hanya tumpang gelak menyaksikan gelagat mereka berdua yang saling menyakat.
Kuarters Kayu Lama
Kuarters Kayu Lama
9. Serius
Gelak tawa mereka bertiga memenuhi ruang beranda tersebut. Sambil bersiap untuk mula memanggang ikan, sayap ayam dan daging kambing yang mereka bawa tadi. Aku rasa serba salah pula nak tegur atau tidak mereka bertiga ni. Kalau tak semakin galak pula mereka. Aku seorang yang tahu tempat ni keras. Kalau aku tegur kang, takut suasana tidak ceria pula.
Setakat ini aku biarkan jer mereka bertiga sakat menyakat. Kena nanti baru tau, bisik hatiku.
Nama pun sahabat, kadang lagi kita tunjuk takut, lagi la mereka nak menyakat. Kami mulakan aktiviti, Ryan siap mengambil guitarnya dan memainkan lagunya. Kevin mengambil kacang dan kuaci untuk dikunyah sementara menunggu bahan yang dipanggang itu masak. Sementara, si Parshan menyediakan minuman. Aku sibuk mengalih sayap ayam pula.
Seronok juga aku lihat wajah ceria sahabat-sahabatku. Ada yang layan lagu sambil main gitar, ada yang bersamaku memanggang ayam. Sejenak aku lupa pula pada gangguan yang pernah aku alami. Kami seronok sakan bersama. Bersembang sebarang topik memeriahkan suasana. Kami berempat terleka seketika.
Kusangka panas hingga ke petang. Sedang asyik kami bernyanyi dan memanggang, tiba-tiba ada bunyi ketukan dari dalam sebuah bilik yang aku tak pernah buka. Sebabnya bilik itu memang dimangga dari awalnya. Kami berempat terdiam dan cuba fokus. Bunyi ketukan itu masih berbunyi. Dan bunyi itu senyap. Senyap sepertimana kami berempat. Suasana yang kedengaran hanyalah bunyi cengkerik bersahutan.
"Kamu orang dengar apa yang saya dengar ke?" tanya Ryan separa berbisik yang bermain gitar tadi terus menyandarkan gitarnya.
Kami saling berpandangan dan hanya mengangguk.
Wajah yang tadi ceria, kini nampak cemas. Kerana mereka nampak juga bilik itu dari luarnya sememangnya dimangga dari luar. Mereka sudah tahu dan perasan, ada sesuatu yang tidak kena dengan kuarters itu. Wajah Kevin dan Parshan yang tadi saling menyakat kini terdiam membisu.
"Kalau korang nak tahu, aku telah melalui beberapa siri kisah unik dan pelik di sini" ujarku mula meluahkan sesutu yang ku tahan-tahan dari tadi.
"Apa dia Raint? cerita la" bisik Kevin.
"Ingat lagi aku kata Micheal bonceng kau tadi? Aku sebenarnya memang nampak dia tadi" tanya ku pada Kevin.
"Wei, kau jangan bergurau Raint, aku kecut perut dah ni" balas Kevin.
Aku nampak jelas peluh dinginnya mengalir di dahinya.
"Aku bukan nak menakutkan korang, tempat ni pastinya memang keras, kalau boleh janganlah korang melawak yang bukan-bukan" ujarku.
Mereka memandangku dengan wajah serius.
"Iye ke ni Raint? ke kau saja nak takutkan kami bertiga" usik Parshan lagi.
"Ada masa aku bergurau, ada masa juga serius, tapi kali ini aku benar-benar serius, dengar bunyi jatuh tapi semak tiada apa kan? dua kali dah kan kevin?" tanya ku setelah menjelaskan betapa seriusnya aku.
"Ya, bunyi benda jatuh ada, bila pergi tada apapun" balas Kevin.
"Korang pakat ni kot......" ujar Parshan pula.
Dalam pada itu, bunyi perabot diguncang dari bilik bermangga itu sekali lagi kedengaran. Semua kami diam.
"Kau dengar tu Parshan, kau rasa aku bergurau ke?" ujarku serius pada Parshan.
Parshan pula seperti sedang menelan air liurnya, diam tidak berkata-kata.
"Apa berlaku kat sini sebenarnya?" tanya Ryan pula.
"Tak tahu pula, aku pun tidak pernah diceritakan apa yang berlaku di sini, cuma aku diperingatkan, tempat ini memang keras" balasku.
"Macamana kau boleh diam kat sini? Boleh tahan berani juga kau Raint" celah Kevin.
"Dah-dahla, kita terus je dengan aktiviti kita, mulut tu yang kena jaga jangan cabul" ujar ku dan mengalihkan semula bahan yang dipanggang sambil mata ku melirik kepada Parshan si murai itu.
Kuarters Kayu Lama
10. Keberatan
Kami berempat meneruskan aktiviti memanggang tersebut. Sebenarnya aku perasan suatu perkara, mengapa gangguan itu semakin kerap semenjak mereka bertiga sampai. Sepatutnya semakin ramai orang semakin kurang gangguan itulah yang bermain di mindaku ketika itu. Selepas ini agaknya apa pula akan berlaku? Apakah ia petunjuk kepada sesuatu atau gangguan semata-mata?
"Raint, ceritakan sikit la apa yang kau pernah alami kat sini" ujar Ryan.
"Yela, cerita sikit Raint" tambah Kevin pula.
Aku sebenarnya agak keberatan menceritakannya. Lagi-lagi aku tahu aku perlu habiskan minggu ini sebelum aku tamat latihan praktikal di sini. Aku juga yang akan berseorangan di sini nanti. Ahhh cerita tak cerita tetap sama juga situasainya. Maka aku menceritakan dari awal sesampai aku di sini sehinggalah ke bersama dengan mereka sekarang.
Tidak berasa juga masa berlalu, jam pula sudah menunjukkan pukul 11 malam. Kami dari tadi makan dan minum sambil mereka khusyuk mendengar kisahku. Selesai aktiviti tersebut kami mengemas dan membawa makanan yang ada ke ruang tamu. Di situ kami sambung berborak lagi. Agak pelik juga, sepanjang aku bercerita tadi, tiada pulak gangguan. Apakah makhlus halus itu turut khusyuk mendengar ceritaku?
Malam itu, setelah berbincang, kami semua sepakat tidur di ruang tamu. Tilam dan bantal pun kami pindahkan ke situ. Pada mulanya mereka tidak bercadang untuk bermalam pun. Setelah mendengar ceritaku tadi, mereka bertiga sepakat bermalam denganku. Aku apalagi seronok la ada teman malam tersebut.
Sepanjang malam tu kami berempat bercerita sambil menjamu makanan dan minuman yang mereka bawa dan yang kami telah panggang. Kemungkinan keletihan kerja sepanjang hari tadi menyebabkan aku terlebih dahulu terlena. Kipas memang tidak dibuka, kerana suasana kat situ sememangnya sudah sejuk. Malah masing-masing berbalut selimut. Kami berkongsikan dua selimut yang aku ada. Nasib baik aku ada selimut extra, yang sebenarnya satu lagi itu aku gunakan sebagai cadar.
Keesokannya, aku bangun awal dari mereka bertiga. Aku lihat mereka bertiga masih nyenyak lagi. Aku ke dapur nak siapkan sarapan ringan, kopi dan membuka biskut yang ada dan memanaskan makanan yang ada semalam. Tak mahu ganggu kawan-kawan yang masih berdengkur. Sesampai di dapur pula, aku kehairanan, makanan sudah disediakan dan dipanaskan seperti keinginanku. Dalam hatiku, mungkin mereka menyiapkan untukku. Aku sarapan terlebih dahulu.
Kuarters Kayu Lama
11. Makanan semalam
Sedap pula rasanya makanan semalam ni. Semalam tidak pula sesedap ini. Mungkin bahan perapnya tidak masuk sepenuhnya semalam kali. Banyak juga yang aku telah makan. Mereka bertiga masih lagi berdengkur. Aku sengaja tidak mahu mengganggu mereka bertiga.
Memandangkan hari ini adalah hari sabtu, maka aku bercadang nak bawa mereka bertiga mandi di sungai air batu yang berada dalam kawasan hutan simpan ini. Mereka bertiga kira beruntung la, kenapa? Kalau bukan kerana aku berkhidmat di sini, mana mungkin pihak pengurusan akan membenarkan. Lagipun aku telah minta kebenaran pada pihak pengurusan untuk mandi di sungai itu. Cuma aku ada dipesankan supaya tidak mengganggu ekosistem yang ada di sungai tersebut. Ini termasuklah menjaga kebersihannya sekali.
Sambil menunggu mereka bertiga membuka mata, aku sempat membelek apa yang ada di dalam telefon bimbitku. Sempat juga aku bermain game online. Masih juga mereka bertiga sibuk berdengkur. Entah pukul berapa agaknya budak-budak ni tidur malam tadi. Pasti akan bangun lewat nampak gayanya.
Sementara itu aku teruskan bermain dengan telefonku. Aku biarkan sahabat-sahabatku itu lena. Ini mesti bersembang panjang malam tadi ni, itulah pendapat di mindaku. Aku teruskan dengan aktivitiku. Beberapa kali juga aku tewas dan menang dalam bermain game. Bosan dengan itu aku melihat jam. Alamak dah hampir jam 10 pagi. Tak boleh jadi ni. Mereka ni tidur ke apa?
"Wei korang, bangun la...." aku separa menjerit untuk membangunkan meraka bertiga sambil menggoyangkan badan mereka.
"Pukul berapa ni Raint?" tanya Kevin separa mamai.
"Dah dekat jam 10 pagi la, nasib baik korang ni jantan belaka, kalau adik perempuan aku dah lama aku simbah guna air" ujarku geram dengan mereka bertiga yang lambat bangkit melengahkan sedikit program hari ini.
"Ya ka? jam 10?" tanya Kevin lagi. Sejurus itu, Parshan dan Ryan bangkit bangun dan duduk di mana mereka baring tadi dengan mata yang masih jelas belum setuju terbuka.
"Kau tahu pukul berapa kami tidur malam tadi?" tanya Parshan padaku seakan memaksaku meneka.
"Mana aku nak tahu, aku kan yang terawal tidur" balasku bersahaja.
"Kau tahu kami bertiga tak dapat nak tidur sangat, rumah ini macam pelik semacam la Raint" jelas Ryan.
"Senang cerita, rumah ni berhantu la" ujar Parshan agak celupar.
"Mulut tu jaga sikit" tegur Kevin pada Parshan yang agak lantang berbicara.
"Korang baru semalam bermalam di sini, aku dah dua minggu kot" balasku. Sah la mereka ni kena ganggu semalam.
"Raint, kau nak tahu? Mula kami baring dan masih lagi sembang sementara tunggu mata nak tidur, ada benda menarik kaki Ryan" ujar Kevin.
"Ya betul... dia tuduh saya yang tarik, sedangkan semua kepala kita menghadap ke tempat yang sama" jelas Parshan.
"Lepas tu?" tanyaku berminat dengan kisah mereka malam tadi.
Kuarters Kayu Lama
12. Siapa memasak?
Mereka bertiga saling berpandangan. Nampak dari riaksi mereka bertiga, sangat yakin rumah itu mesti ada menyimpan suatu misteri tersendiri. Apapun misterinya, aku malas memikirkannya. Bukan sok berani, ia kerana misiku di sini belum selesai. Tinggal seminggu lagi aku perlu berada di sini. Mahu tak mahu aku kena beranikan diri juga dengan tanggungjawabku.
"Kau cerita la" kata si Ryan sambil bibirnya muncung ke arah Kevin.
Kevin pun menceritakan kisah mereka semalaman. Mereka tidak dapat nak tidur. Sekejap bunyi pelik-pelik datang dari bilik yang bermangga itu, sekejap ada bunyi orang tengah memasak di dapur. Bila mereka cek, tiada apapun yang dilihat atau terusik. Mulai dari keperistiwa persis mendengar bunyi kuali jatuh di dapur, mereka bertiga tidak berani berganjak walaupun ke bilik air. Mereka bertiga duduk rapat-rapat dengan masing-masing.
Mereka mengatakan aku dah sampai negeri mana dah nyenyak tidur. Setahu aku, gangguan yang aku alami tidaklah seteruk itu. Paling teruk ialah bila mereka bertiga mulai baring. Kaki Ryan ditarik sesuatu. Mulanya disangkakan si Parshan yang mengusik. Tapi apabila perasan masing-masing menghalakan kepala ke arah yang sama, baru mereka sedar itu bukan angkara si Parshan. Kesian si Parshan dituduh, mentang-mentanglah dia paling nakal dan celupar.
Tidak habis dengan itu, mereka mendengar pintu diketuk. Tapi tiada suara orang pun di luar. Lagi pelik, tingkap pula ada bunyi ketukan. Tambah seram lagi, dari bawah lantai pula diketuk, seperti bunyi papan diketuk dengan batang penyapu. Dari mula rancang bersembang, mereka hanya senyap dan saling berpandangan. Dan mereka tidak sedar bila masa mereka tertidur sehinggalah aku membangunkan mereka.
"Habis tu, siapa yang memanaskan makanan yang kita panggang semalam?" tanyaku rasa pelik juga.
"Kami tidak berganjak dari sini semalaman, nak pergi bilik air pun tak berani, inikan pula ke dapur" balas Ryan menegaskan mereka tidak ke mana-mana sehingga pagi ini.
"Aduhhhh, korang jangan main-main, tempat ini memang semacam kerasnya, mesti ada yang memanaskan makanan tu kan?" ujarku masih lagi sangsi. kalau-kalau mereka sengaja mengenakan aku. Mentang-mentanglah aku paling awal tertidur.
"Sumpah Raint, kami memang tak berganjak pun malam tadi" balas si Kevin. Begitu juga Parshan dan Ryan turut mengangguk menyokong kenyataan Kevin.
"Alamak... siapa yang memanaskan makanan tu, dahla aku ada makan pagi ni" ujar ku lagi.
Kami berempat pergi bersama ke ruang dapur. Sampai di situ, kami semua nampak lain dari yang aku nampak awal tadi. Awal pagi tadi makanan itu diletakkan dengan kemas. Kali ini ia tidak tersusun langsung. Korang tahu macamana budak laki buat kerja, main letak jer, macam itulah keadaan itu sekarang.
"Kau sengaja nak takutkan kami bertiga ye?" tanya Ryan.
"Sumpah wei, aku makan makanan yang sudah dipanaskan pagi tadi, aku ingatkan korang yang panaskan" jelasku mempertahankan kenyataanku.
"Raint, kau tiada pilihan lain ke selain bermalam di sini?" tanya Kevin padaku.
"Kau tahu ini kan kawasan hutan simpan, paling dekat pun dua setengah baru sampai kat kawasan perkampungan orang" aku menjelaskan situasiku yang tiada pilihan.
"Habis tu kau sanggup ke tinggal kat sini, dengan pelbagai benda pelik" ujar Kevin lagi.
"Mula aku tinggal kat sini, tidaklah sepelik ini, tapi kebelakangan ini, aku pun rasa semacam, macam semalam aku kata aku nampak Micheal bonceng kau, aku benar-benar nampak dia la" jelasku lagi.
Kuarters Kayu Lama
13. Sungai
Hari sudah semakin cerah. Jam pula sudah menunjukkan pukul 11 pagi. Semua rakan-rakan aku telah pun bangun dan menceritakan apa yang mereka alami malam tadi. Mereka bertiga tidak dapat tidur kerana dibelenggu perasaan aneh dan takut. Mereka meluahkan bahawa ada sesesuatu yang tidak kena dengan tempat itu. Dalam hati aku pula, mahu atau tidak, aku kena menghabiskan sisa seminggu lagi.
Memandangkan rakan-rakan aku mempunyai niat asal nak mandi manda ka sungai air batu berdekatan, maka aku cuba memujuk kembali supaya kami teruskan niat tersebut. Dengan syarat tidak cabul atau mengusik apa yang ada di sungai.
"Jom kita mandi sungai, abaikan je la benda pelik semalam tu, jangan layan sangat, nanti kita lagi takut pula" ujarku cuba mengembalikan semangat rakan-rakan ku.
"Kau dah makan elok la, bagi kami sarapan dulu" ujar Ryan.
"Ye la, lapar ni" tambah si Parshan.
Sepertinya mereka cuba mengelak dari menyebut peristiwa pelik dan seram yang telah mereka alami. Aku kira berusaha sama untuk tidak mengungkit peristiwa malam dan pagi tadi. Kami semua buat-buat seperti tiada apa yang pernah berlaku.
Mereka bertiga menjamah apa yang masih ada baki makanan semalam. Aku hanya minum sambil memerhatikan gelagat rakan-rakan. Reaksi mereka bertiga jelas kembali girang dan sempat bergurau senda seperti sebelumnya. Aku turut merasa sedikit lega.
"Wei sungai ni sejuk kaw tau, kau boleh tahan ke dengan badan cekeding macam tu Ryan?" aku sengaja mengusik si Ryan kerana dialah terkurus di kalangan kami berempat.
"Kita tengok la nanti sapa yang keluar dari sungai dulu" balas Ryan sambil meratah sayap ayamnya.
"Kalau macam tu Parshan la yang menang, korang tengok la lemak dia lapan lapis kat perut tu" ujar Kevin mengusik Parshan yang sebenarnya tidaklah segemuk mana.
"Sebab tu, korang kena simpan banyak lemak macam aku tau" balas Parshan yang tidak pernah ambil hati dengan usikan rakannya.
Selesai makan kami berempat bersiap ke sungai. Dalam perjalanan ke sungai, aku sendiri sedikit pelik. Kenapa tempat ini macam sunyi semacam. Sepatutnya ada guard juga yang jaga biarpun hujung minggu. Mana pula pergi dua keluarga kat rumah sebelah hujung tu. Takkan mereka pun balik kampung? Namun, aku sengaja tidak mahu membangkitkan isu tersebut depan mereka bertiga, kerana tidak mahu mengganggu emosi mereka.
Kuarters Kayu Lama
14. Mandi dalam mimpi
Suasana senyap sunyi selain bunyi unggas di kawasan hutan simpan tersebut. Paling bising kedengaran adalah suara tiga rakanku yang sedang usik mengusik. Aku pula asyik melilau ke sana kemari memerhatikan persekitaran yang aku kira lain dari hari sebelumnya. Mana pergi semua orang, takkan petugas di sini tak wujud langsung.
Kami sudah menghampiri jambatan kayu yang menghubungkan daratan kawasan itu. Kami bergerak menuruni sungai. Tiga lagi sahabat tidak sabar membasahkan diri. Namun, aku pula yang merasa tidak selesa. Seperti ada sesuatu yang pelik. Ada benda semacam tidak kena.
Aku melangkah ke sungai yang tidak dalam hanya paras pinggang sahaja. Sempat mataku melilau lagi. Aku mendongak ke atas jambatan, namun pandangan sedikit terganggu kerana silau mentari yang terpacar dari celah-celah dahan dan dedaunan pokok yang menyendeng ke sungai. Aku seperti melihat kelibat seseorang di atas jambatan. Berseluar pendek, kelihatan seperti Micheal sahabat kami yang sorang lagi.
Aku cuba amati, jelas memang dialah tu kot. Tapi dia cuma memerhatikan kami berempat dari atas jambatan kayu tersebut. Manakala mereka bertiga sedang asyik bermain air sungai.
"Micheal, kau ke tu? Turun la" jerit aku dari sungai.
"Mana Micheal?" tanya Parshan yang mendengar aku menyebut namanya.
"Tu, kat atas jambatan" balas ku menunjuk ke atas jambatan sambil memandang wajah Parshan yang bertanya tadi.
"Mana?" tanya Parshan.
Aku segera menoleh ke arah jambatan semula, jelas tiada sesiapa pun di situ. Darah di wajahku terasa seperti tersirap. Jantungku berdenyut laju. Aku merasakan memang ada yang sudah tidak kena. Namun, aku masih cuba mengawal situasi dan mengatakan aku bergurau. Bergurau mende pula, memang jelas aku nampak kelibat Micheal atas jambatan.
Aku sekali lagi cuba tidak mengendahkan perasaan tersebut. Aku meremdamkan diri ke dalam sungai. Kesejukan air sungai tidak terasa. Aku turut merasakan ia suatu benda yang pelik. Aku rendam keseluruhan tubuh dan kepalaku.
'Kringgggggg, Kringggggggggg, Kringgggggg'. Telinga aku mendengar telefon bimbitku berbunyi. Aku terjaga. Ku jawab terus panggilan tersebut.
"Wei berapa kali kami cuba telefon kau" kedengaran suara Ryan dalam bercakap dalam talian.
Aku yang masih baru terjaga, masih lagi pening-pening kerana bangun secara mengejut. Seperti masih tidak sedar aku kembali ke dunia nyata.
"Ye.... Apahal Ryan, bukan korang berjanji nak datang sini ke petang tadi?" tanya aku. Sambil melihat jam, tepat 12 tengah malam. Lama juga aku tertidur.
"Kami tidak jadi pergi, Kevin dan Micheal kemalangan jalan raya" balas Ryan.
"Apaaaaaa????????? Kemalangan?????" terbeliak biji mataku mendengar penjelasan Ryan.
"Ya, mereka berdua kemalangan semasa dalam perjalanan ke tempat kau" jelas Ryan lagi.
"Macamana keadaan mereka berdua?" tanya ku cemas.
"Kevin cedera ringan, tapi Micheal koma" jelas Ryan lagi.
Ryan menjelaskan Kevin sedang dirawat manakala Micheal masuk unit ICU kerana mengalami koma. Micheal mengalami koma kerana kepalanya terhantuk. Rupanya sepanjang tidur tadi aku mengalami mimpi bersama sahabat-sahabatku. Aku segera menelefon ayahku untuk mengambilku kerana aku mahu menjenguk sahabatku yang berada di hospital.
Kuarters Kayu Lama
15. Roh
Dalam pada aku menunggu ayahku datang menjemputku ke kuarters tersebut aku bersiap sedia menukar pakaianku. Jam waktu tersebut sudah jelas lebih dari jam 12 tengah malam. Pastinya dia akan sampai lebih kurang jam 2 pagi. Mungkin lebih cepat kerana waktu begini kesesakan lalu lintas sudah menyurai dari jalan raya.
Sambil menunggu aku mengimbau kembali mimpi yang aku alami sebntar tadi. Agak lama juga aku tertidur rupanya. Mimpi yang sangat mengerikan dan sangat unik. Mungkin jugakah yang hadir dalam mimpiku itu adalah kehadiran roh sahabat-sahabatku. Tapi sangat unik untuk bahagian Micheal, dia semacam hadir dan menghilang. Waduh, sangat merisaukan lagi-lagi bila dialah yang sedang koma sekarang ini. Minta-minta janganlah berlaku sesuatu yang tidak diingini pula.
Aku jadi tidak keruan. 2 jam menunggu itu bagaikan begitu lama. Suasana seram sejuk menyelubungi kuarters tersebut tidak lagi kuhiraukan. Apa yang lebih menghiraukan aku adalah si sahabatku yang sedang koma. Bukan tidak mengendahkan mereka yang lain, namun dialah yang paling kritikal.
Jemari ku terus menaip berutusan pesanan ringkas dengan sahabat yang lain. Kat sini, payah juga nak dapat talian, kadang ada kadang tidak. Untuk itu aku tidak dapat berbuat apa-apa. Bagi mengekalkan kecergasan mataku, aku membancuh kopi. Ahh, kenapa lambat sangat ni.
Suasana sememangnya senyap sunyi dan hanya cengkerik bersama unggas malam yang bersahutan selain bunyi katak yang sekali sekala dengan garaunya. Kejap-kejap aku perhatikan jam.
Buat pengetahuan korang, empat orang sahabat tadi memang sangat rapat denganku. Malah, orang tuaku dan adik beradikku yang lain sangat mengenali mereka. Bermalam di rumahku adalah perkara biasa. Setiap kali majlis apa saja sama ada dilakukan oleh keluarga masing-masing, semuanya tidak terlepas dijemput hadir.
Pernah suatu ketika, keluargaku menyambut hari jadiku tanpa aku di rumah kerana berada di perantauan mengaji. Mereka berempat yang kebetulan ada di tanah air ketika itu, hadir di rumahku menyambut hari jadiku bersama keluarga ku. Perbuatan mereka memang selalu mengharukanku. Ya begitulah betapa akrabnya kami berlima.
Sedang aku mengelamun, akhirnya kereta ayahku tiba di halaman. Aku tidak mengambil banyak masa, setelah mengunci pintu utama kuarters segera aku turun dan masuk ke dalam kereta ayahku.
"Ayah sorang je ke, mana yang lain?" aku bertanyakan adik beradikku yang lain.
"Mereka semua dah pergi menjenguk Micheal, ayah singgahkan mereka di Hospital tadi" jelas ayah.
"Raint sedih, dengar khabar Micheal yah, mereka dalam perjalanan ke sini sebenarnya, tidak sangka pula boleh kemalangan" aku meluahkan perasaan hibaku.
"Ya ayah faham, tapi di hospital nanti bukan semua juga boleh jenguk beramai-ramai, sekarang ni virus masih ada sana sini, pastikan kamu patuhi SOP juga" ujar ayahku. Aku cuma mengangguk dan mencari face mask yang ada dalam keretanya.
Kereta meluncur deras juga. Maklum tiada kenderaan sangat di sepanjang jalan. Aku tidak mahu menceritakan mimpi ku pada ayah. Aku tahu ayah bukan seorang yang mudah percaya dengan benda mistik. Lagipun tiada mood nak bersembang malam tu.
Kuarters Kayu Lama
16. Wad Kecemasan
Aku dan ayah akhirnya sampai di hospital. Aku bergerak mendahului ayah yang sibuk mencari tempat meletak kereta. Bukan apa, aku tidak dapat menahan diri untuk melihat keadaan Kevin dan lebih-lebih lagi si Micheal. Aku berjalan separa berlari menuju ke bahagian wad kecemasan.
Sampai di ruang luar aku cuma nampak keluarga si Kevin yang berada di situ. Aku mendapatkan orang tuanya dan bertanya di mana si Kevin berada? Adiknya membawa aku ke tempat si Kevin yang masih terlantar berbaring.
"Kevin, macam mana keadaan awak sekarang?" tanya ku.
"Aku cedera ringan je la kot, tapi tunggu keputusan x-ray dulu, takut ada cedera dalaman" balas Kevin masih lagi nampak lemah.
"Macamana boleh jadi bin?" tanyaku lagi. Seraya ingin tahu apa yang terjadi. Si Kevin mengapai tangannya memberi isyarat supaya aku lebih mendekat. Jelas dia tidak mahu orang lain yang ada di situ mendengarnya. Aku merapatkan telingaku padanya.
"Aku rasa bersalah sangat pada Micheal bro, dia parah kerana kecuaianku" ujarnya separa berbisik padaku.
"Jangan fikir begitu bin, bukan salah sesiapa ia suatu kemalangan" ujarku meredakan emosi bersalah si Kevin.
"Pada masa tu, aku cuba mengelak terlanggar suatu objek putih" tambah kevin.
Aku memasang telinga dengan lebih serius.
"Engkau tahu juga aku ni bukan percaya pada benda tahyul sebelum ni kan?" Kevin menyambung lagi.
Kevin menceritakan padaku apa yang menyebabkan mereka kemalangan. Petang tersebut mereka sudah berjanji untuk pergi ke tempat aku. Dengan semangat mereka berempat membeli mencari bahan untuk di panggang dan bertolak ke sana.
Parshan membonceng si Ryan yang cekeding. Manakala Micheal membonceng Si Kevin oleh kerana saiz badan mereka berdua sedang-sedang tidak sebesar si Parshan. Kononnya nak bagi seimbang beban la. Dalam perjalanan Kevin dan Micheal mendahului Parshan dan Ryan. Nak kata laju tak la juga. Sebabnya mereka perlu meredah kawasan yang sedikit jam.
Sesampai di kawasan yang agak sunyi. Dan jalan kelihatan agak lurus, di situlah Kevin membawa motosikalnya sedikit laju. Kawasan itu memang jelas tiada kenderaan lain. Jadi semangatnya berkobar-kobar kerana merindui aku tidak berasa kelajuanya. Tiba-tiba dia melihat sosok berbaju putih melimpas di laluan mereka. Bagi mengelak terlanggar sosok tersebut, Kevin menekan brek kerana panik dan terus hilang kawalan. Mereka berdua terbabas dan kemalangan.
Kuarters Kayu Lama
17. Koma
Kevin tidak sedarkan diri. Dia tidak tahu apa yang berlaku pada si Micheal ketika itu. Sedar-sedar dia telah berada di hospital. Ryan dan Parshan menceritakan pada dia bahawa Micheal sedang koma. Kevin menyatakan dia rasa bersalah. Aku memujuknya supaya tidak menyalahkan dirinya.
"Semoga cepat sembuh bin, saya nak jenguk Micheal di wadnya dulu" ucapku.
"Terima kasih melawatku bro, tolong bisik pada Micheal aku minta maaf pada dia" ujar Kevin.
"Baik jangan bimbang bro" ujar ku. Aku berlalu pergi menuju ke wad di mana Micheal di tempatkan.
Sesampai di sana aku melihat Ryan dan Parshan masih lagi berdiri terpacak depan wad. Ahli keluarga Micheal dan beberapa ahli keluarga Ryan dan Parshan turut di sana. Adik perempuan dan Abangku berserta ayah pun ada di luar wad. Aku segerakan langkah kakiku. Mereka berdua yang nampak aku, segera mendapatkanku.
Mereka berdua tidak menghiraukan SOP, terus menerpa dan memelukku. Pelukkan memberi makna rasa empati kepada sahabat kami yang ditimpa kecelakaan. Kami yang ada di luar wad itu mendoakan keselamatan dan kesembuhan pada mereka berdua. Aku terpaksa menunggu giliran untuk masuk melawat si Micheal.
Sambil menunggu sempat aku berbicara dengan dua sahabatku itu. Mereka berdua yang mengekori dari belakang semasa kejadian, segera menghubungi talian kecemasan setelah melihat dua sahabat mereka terbaring di tengah jalan. Semasa menunggu ambulans, pada mulanya mereka berdua tidak berani menyentuh badan sahabat mereka. Tapi, mahu tak mahu mereka terpaksa mengalihkan badan mereka ke bingkai jalan. Kerana risau kereta yang akan lalu lalang.
Oleh kerana kawasan kemalangan tersebut sememangnya senyap sunyi mata mereka berdua melilau sana sini. Parshan tidak sengaja ternampak suatu lembaga putih bertengek di atas pokok bersebelahan kawasan mereka menunggu ambulans. Dia dengan takut-takut memberitahu apa yang dilihatnya pada Ryan. Ryan yang turut melihat benda tersebut tidak berkata apa-apa. Tidak lama kemudian, benda tersebut seperti menerbangkan dirinya.
Pada masa tersebut, benda tersebut mengilai sehabis-habisnya. Kedua mereka memang tidak tahu nak buat apa. Nak lari, dua kawan lagi terbaring di bingkai jalan. Takkan nak meninggalkan kawan macam tu jer. Mahu tak mahu mereka berdua terpacak seperti orang yang kaku tidak bergerak sehingga benda tu berhenti mengilai. Mereka berdua hanya berserah dan menunggu ambulans ketika itu.
Kuarters Kayu Lama
18. Sedih
Perbualan kami akhirnya terhenti. Masing-masing membisu. Suasana di hospital sedikit suram seakan mengerti perasaan sedih kami bertiga lebih-lebih lagi ahli keluarga Micheal. Wajah para sahabat satu persatu bermain di mindaku. Senyum dan tawa mereka, wajah ceria mereka terdahulu, wajah nakal yang saling usik mengusik itu menghiasi mindaku. Perasaanku kesal dengan kemalangan yang menimpa Micheal dan Kevin.
Aku masih lagi menanti peluang untuk menjenguk keadaan Micheal. Di ruang luar lobby wad tersebut masing-masing membisu. Akhirnya aku berpeluang masuk menjenguk sahabatku. Segera aku melangkah masuk ke dalam wad. Ku cari katilnya, bauan ubatan dalam wad itu menusuk ke rongga hidungku.
Aku bertemu dengan katil yang ada tertera nama Micheal. Di sebelah pula adalah ibunya yang setia menjaganya. Dia kelihatan disambungkan dengan pelbagai kabel sambil badannya dibaring kemas di atas katil tersebut. Aku berdiri disebelahnya. Aku panjatkan doa, semoga sahabatku ini kembali sedar dan sembuh secepatnya.
Aku lihat, mesin degupan jantungnya beritma perlahan. Dia pula masih memejamkan matanya, tidak sedar dan masih lagi dalam keadaan koma. Perlahan aku rapati dirinya.
"Mike, Kevin ingin aku menyampaikan, dia memohon maaf kepada kau" bisikku pada telinganya sambil ku tatap wajahnya yang agak pucat.
Apakah dia mendengar atau tidak? Aku sendiri tidak pasti. Kalau tadi aku tidak sabar untuk menjenguknya. Kini aku pula tidak tahu apa harusku lakukan. Aku tidak pernah bersemuka dengan keadaan sahabat yang sedang kaku. Biasanya setiap percakapanku berbalas. Namun tidak kini.
"Raint, makcik tidak menyangka Mike terpaksa menghadapi semua ini, semalam dia sangat tidak sabar untuk bertemu kamu, katanya dia akan bermalam dan barbeku bersama korang semua" jelas ibunya.
Ucapan ibunya menyebabkan aku tidak dapat menahan hiba, air mataku mengalir membasahi pipiku. Aku tidak mampu menjawab si ibu. Mataku terpaku melihat sahabatku yang sedang berbaring di katil yang bukan kegemaran sesiapa.
"Mike, mungkin akan meninggalkan kita nak" tambah ibunya. Menambah lagi rasa hibaku.
Pengesahan oleh doktor, hanya keajaiban yang akan mengembalikannya. Pada dasarnya, dia hanya masih hidup kerana mesin. Namun, otaknya sudah tidak berfungsi. Dia hanya akan terus hidup dengan cara begitu sahaja. Jika dicabut segala kabel dari badannya dia akan pergi terus untuk selamanya.
Kami semua maklum, semua kami adalah orang kebanyakan sahaja. Tapi keluarga Mike adalah yang paling kurang berkemampuan. Sudah pasti keluarganya tidak mampu membiayai untuk menampung kos memastikan Mike terus bernafas dengan mesin tersebut. Makanya, aku dapat agakkan kenangan sahaja yang mampu kami lakukan untuknya. Itulah hakikat yang kami harus terima pada dunia nyata ini.
Kuarters Kayu Lama
19. Menangis
Aku masih lagi merasa sedih dan hiba. Kutatap wajah sahabatku sepenuhnya sambil ku genggam tangannya. Aku melihat air mata mengalir dari celah kelopak matanya. Aku berfikir bukan-bukan kerana dalam hati memikirkan sahabatku berpeluang untuk kembali semula. Aku dengan cepat berfikir, jika itu adalah responnya pasti ia mendengar percakapan kami dan maknanya otaknya masih berfungsi.
"Ibu, Mike bu, dia mengalirkan air mata" aku memanggil ibunya untuk melihat sendiri kejadian itu.
Sang ibu pun segera melihat. Aku yang agak teruja dan segera memanggil doktor yang ada sekitar itu, untuk memastikan situasi itu. Doktor pun segera memeriksanya. Dan inilah penjelasan doktor.
Dalam situasi koma sebegini, kita tidak dapat memberikan harapan palsu pada anda. Ini berlaku bukan kerana dia telah sedar. Kemungkinan itu adalah tidak balas kimia dari dalam badannya. Ia boleh jadi suatu kebetulan. Sesungguhnya dia telah pergi, cuma badannya yang masih hidup. Tapi pihak kedoktoran tidak menolak keajaiban boleh berlaku. Apa yang pasti dia tetap begitu kerana otaknya jelas sudah tidak berfungsi.
Aku dan si ibunya kembali terduduk mendengar penjelasan tersebut. Nyatanya kami perlu kembali ke dunia nyata, bahawa suatu keajaiban itu hampir tidak pasti.
Aku tidak boleh terlalu lama berada di situ, aku juga perlu memberi peluang pada yang lain untuk menjenguknya. Sekali lagi aku memanjatkan doa agar suatu keajaiban berlaku. Agak berat aku melangkah meninggalkan dia dan ibunya yang sedang dilanda kesedihan. Sungguh rasa berat melihat situasi itu. Aku tidak mahu ibunya perasan airmataku menitis lagi. Kemudiannya aku meminta diri dan berlalu pergi.
Sampai di luar lobi wad aku terus memeluk dua lagi sahabatku tadi. Aku melepaskan airmataku semahunya. Kerana aku sedar sahabatku itu akan pergi tidak lama lagi. Mereka berdua juga tidak mampu menahan rasa sebak itu. Buat seketika kami bertiga melepaskan rasa sedih itu semahunya.
"Apakah Mike akan pergi?" tanya Ryan.
"Jika dia hidup, ia akan bergantung kepada mesin itu buat selamanya" jelasku sambil mengesat air mataku.
Parshan hanya diam tidak mampu berkata apa-apa. Di matanya jelas dia pun menangis. Apa yang mampu kami buat? Kami hanya mampu berdoa dan cuba membantu seadanya apa yang seharusnya dilakukan.
Kuarters Kayu Lama
20. Merasuk
Ayah menghantar aku semula ke kuarters setelah singgah di kedai makan untuk mengisi perut. Dalam perjalanan balik itu hanya banyak berdiam. Ayahku juga tidak banyak bercakap, dia memahami situasi tersebut. Mindaku masih lagi memikirkan tentang apakah nasib si Micheal. Apakah dia mampu bertahan atau sebaliknya. Jika itu adalah nasibnya, apakah yang mampu aku lakukan? Aku tidak mampu berbuat apa-apa selain mendoakan kesejahteraan sahabatku.
Aku kembali berseorangan di kuarters tersebut. Mujurlah hari ini adalah hari ahad. Aku cuma mau berehat dan cuba untuk tidur. Aku perlukan rehat, semalaman dan pagi tadi waktu tidurku tidak terurus. Aku merebahkan diri di tilam. Mataku terkebil-kebil menunggu diri tertidur. Dan akhirnya mataku terlelap.
Mataku terbuka. Badanku bangkit dari tempat tidur. Ya aku terjaga. Aku bergerak dengan sendirinya. Mengapa aku tidak mengawal pergerakanku? Aku seperti sedang bermimpi. Aku masuk ke bilik air, aku mandi, tetapi bukan aku yang melakukan segalanya. Sepertinya badan aku bergerak dengan sendirinya. Aku merasa sungguh pelik. Mindaku cuba menepuk pipiku agar aku sedar adakah ia alam nyata. Tetapi itu hanya minda sahaja, aku tidak mampu mengawal pergerakan ke atas tubuhku. Pelik.
Badanku bergerak ke mana dia suka, tiada satupun dengan izin otakku. Aku cuba mengawal, tapi badan itu tidak memberi respon. Apakah sebenarnya berlaku ni? Aku panik, tapi tetap tidak mampu mengawal badanku. Peliknya, apa yang badan tersebut lakukan, aku merasakan juga derianya.
Aku melihat sekeliling, ia adalah dapur. Namun, dapur itu jelas bukan kuarters yang aku diami. Aku pasti ia kuarters orang lain. Apa yang aku buat dalam kuarters orang ni? Badanku menyediakan sarapan dan aku merasakan sentuhan pada barangan. Cuma ia bukan dari kawalan mindaku. Makanan tersuap ke dalam mulut, terasa kunyahan dan kerongkongku menelan makanan tersebut. Serius tapi bukan seperti aturan mindaku. Badanku bergerak secara auto.
Selesai makan, badan aku terus bergerak sendiri. Aku bagaikan tinggal dalam jasad yang bergerak dengan sendirinya untuk keperluanku. Bagaikan sedang bermimpi pelik. Puas berusaha untuk kukawal, tapi ia tidak berjaya kulakukan. Ahhhh... biar je la. Kau buat la sesuka mu badanku.
Aku melihat tanganku menuang sesuatu cecair ke dalam minuman dan mengacaunya. Minuman itu diletakkan di meja dapur. Dan kemudian aku berjalan semula ke bilik dan membuka pintunya. Kelihatan ada seorang yang aku tidak kenal. Aku mendengar suara dari mulutku berbicara. Tapi sekali lagi ia bukan ucapan dari aku. Tapi getaran di kerongkong itu terasa.
"Roger, bangun! sarapan dah siap, aku dah sarapan" ucap suara dari mulutku.
Dan saat itu aku sedar, aku bukan berada dalam badanku sendiri melainkan aku termasuk dalam badan orang lain. Bagaimana perkara ini boleh terjadi?
"Okey, terima kasih kawan" balas orang yang berbaring tadi. Mungkin dialah Roger.
Mindaku pantas berfikir. Apakah sedang terjadi ini? Apa yang Tuhan ingin tunjukkan padaku? Memang pelik. Ditambah lagi, apabila aku melihat cermin, aku sangat terkejut melihat yang wajah yang ada dalam cermin itu bukanlah diriku. Tapi wajah itu, macam aku pernah nampak. Di mana agaknya?
Kuarters Kayu Lama
21. Pembunuhan
Aku ternyata bukan sedang bermimpi. Semuanya nampak nyata. Cuma badan itu bukan kawalanku. Aku terus bergerak mengikut kemahuan badan itu. Dalam situasi itu, aku tidak pekak, aku tidak buta, mindaku sihat. Hanya aku lumpuh tidak mampu mengawal badan itu.
Aku bergerak ke dapur. Pergi bersama insan bergelar Roger tadi itu. Aku lihat dia makan dan minum minuman tadi. Aku di situ hanya peneman. Melihat sahaja Roger menikmati sarapan itu.
"Roger, nombor 6D itu aku yang suruh kau beli, jadi seharusnya ia milikku" kedengaran suara dari kerongkongku.
"Aku tahu la, aku bagi la duit kau, tapi aku yang belikan, kalau aku tak beli, mana nak kena" balas Roger.
"Mana kau letak tiket 6D tu Roger?" tanya badanku.
"Ada la, aku simpan" balas Roger lagi.
"Bagi kat aku la" ujar suara dari badanku pula.
"Sabarla, nanti aku bagila" balas Roger pula.
"Ke kau nak khianati aku sebenarnya?" suara dari kerongkongku agak keras.
"Relak la kawan, kita bagi sama rata 50-50 macamana?" tanya Roger.
"Banyak cantik, nombor aku kan? Suka hati aku la nak bagi kau banyak mana" balas suara itu agak tegas.
"....apaaaaa kau bubuh dalam makanan niii?...." tanya Roger sambil memegang lehernya sendiri.
Aku hanya memerhatikan sahaja Roger mengelupur. Alamak apa benda lelaki ni dah buat kat kawan dia? Sah dia bubuh racun kat makanannya. Aduhhh, dia boleh biarkan kawannya macam tu saja. Sekali lagi aku berasa cemas dan aku cuba kawal badan tersebut. Usahaku sia-sia lagi.
Dalam beberapa ketika, setelah mengelupur di ruang dapur itu, kulihat badan Roger tidak bergerak lagi. Denyutan jantungku rasakan berdegup kencang. Tanganku bergerak menyentuh nadi Roger. Ia tidak bergerak dan berdenyut lagi. Badan Roger lembik. Ini suatu kes pembunuhan menggunakan racun. Padan pun dia meletakkan sesuatu dalam minuman Roger tadi.
Suasana agak sunyi di situ. Badanku bergegas berlari ke bilik Roger. Dia mencari sesuatu, habis digeledahnya bilik itu. Dompet Roger dibukanya, dalam tu ada beberapa duit diambilnya kesemuanya. Ku rasakan dia cuba mencari tiket 6D tadi. Tapi malangnya dia tidak jumpa. Dia terus mencari dan mencari.
Dan akhirnya dia terjumpa buku akaun simpanan Roger. Dia menyelak lembaran buku simpanan itu. Tertera nilai dalam akaun tersebut RM800ribu. Aku lihat dia menghempaskan buku akaun tersebut. Mungkin dia geram kerana mana mungkin dia akan mampu mengeluarkan duit itu dari akuan tersebut. Sah dia tidak dapat memiliki nilai duit tersebut.
Dia bertindak ganas menyepak segalanya dalam bilik tersebut. Yang mungkin melepaskan geramnya. Kemudian dia pergi semula ke mayat Roger. Dia mengheret mayat tersebut ke bilik Roger sendiri. Dibaringkannya Roger di katil semula. Disusunnya agar kelihatan Roger sedang tidur.
Kuarters Kayu Lama
22. Dia kena, aku terasa
Ternyata aku terbabit dengan pembunuhan. Tapi bukan aku. Aku cuma terkurung dalam badan pembunuh. Bukan aku yang mengawalnya. Apakah aku juga berdosa? Adui! Macamana aku nak keluar dari jasad ini? Ya Tuhan, tolonglah aku...
Aku tidak dapat merasakan emosi orang ini. Tetapi setiap sentuhannya aku dapat rasakan. Memang pelik. Aku cuba menjerit-jerit, tapi jeritan itu hanya pada mindaku. Aku terus bergerak mengikut kehendak orang tersebut. Aku jadi seperti penumpang yang tidak mampu berbuat apa-apa. Hanya mampu merasakan deria sentuh dan deria rasanya.
Aku melihat dia ke hulu ke hilir. Aku tidak tahu apa di benak pemikirannya. Aku cuma dapat menekanya dengan perbuatannya. Kalaulah aku adalah dia, tentu aku menyerah diri ke balai polis. Wah baiknya aku. Tidak, ia tak macam tu, aku kena empati jadi dia. Dia nampak macam buntu juga. Dia duduk membatu tepi mayat Roger tadi.
Apakah agaknya dipikirkan oleh dia ni. Sungguh gamak membunuh sahabat sendiri dengan racun. Angkara duit punya pasal. Dahla dia tak dapat nak claim dah. Roger pun satu juga, ambik duit dan simpan dalam akaun sendiri. Nampak sangat Roger pun tamak. Tapi takkanlah juga sampai nak membunuh! Apa salah bahagi rata duit tu, kan senang. Itu kalau aku.
Dia melihat ke jam di tangannya. Tak sempat aku nak tengok pulak pukul berapa. Aku pasti dia sedang berfikir macam mana nak selesaikan mayat tersebut. Atau dia sudah rancang dari awal lagi nak buat apa lepas tu. Aku jadi seram pulak. Pembunuhan kot,mana tak meremang aku. Aku disuruh menyembelih ayam pun tak sanggup, pasal kesian ma. Inikan membunuh orang. Dahla terang-terangan orang tu sahabat sendiri. Apa mende kejamnya dia. Gamak sungguh.
Aku lihat dia sudah mula bergerak. Dia pergi ke stor, mengambil cangkul dan beberapa peralatan. Dia menuju ke bawah rumah. Oleh kerana tergesa-gesa, kepalanya terhantuk kat palang kayu. Aku juga yang merasa sakit bersamanya. Dia mula mengali tanah di bawah rumah tersebut. Agak payah juga pengaliannya, sambil kepalanya melilau kiri kanan, takut orang nampak perbuatannya la tu.
Setelah mengali beberapa lama, akhirnya dia seakan berpuasa hati dengan kedalaman galiannya. Dia kembali semula ke atas, dan masuk semula ke bilik si Roger. Dia membalut sahabatnya itu dengan selimut dan cuba mendukungnya. Aduh berat juga. Badan kaku tu boleh tahan juga berat, mana tak, orangnya boleh tahan berisi. Memandangkan badan tu agak berat, dia mengheret mayat tersebut pula.
Mujur setakat ini tiada sesiapa yang nampak perbuatannya. Tapi apa yang pasti, aku, dia, Roger dan Tuhan tetap tahu pembunuhannya. Dia meletakkan mayat itu dalam lubang yang digali tadi. Dia mula menimbus semula tanah itu. Lebihan tanah itu dia buang ke tepi hutan. Ini aku tahu, logiknya agar tanah di bawah rumah itu tidak kelihatan menimbun.
Kuarters Kayu Lama
23. Buang bukti
Aku juga turut merasa keletihan lelaki pembunuh itu. Letih menjalankan tugas tanpa kehendakku. Sungguh aku sangat kesal dengan apa yang aku nampak. Mengapakah dia sanggup berbuat demikian. Arhhh.. malas aku nak fikir. Baik aku fikir macam mana aku nak keluar dari jasad pembunuh itu. Apakah agaknya cara nak keluar?
Aku berusaha mengawal jasad itu. Aku berikan penuh tumpuan. Mungkin kuasa dalaman dapat menyatu dengan jasad ini. Kalau aku dapat menguasai tubuh ini. Aku akan bawa kau menyerah diri ke balai polis. Biar padan muka kau. Apa saja yang aku cuba buat dan gunakan tumpuan mindaku, setakat ini semuanya gagal.
Tuan punya badan berehat. Dia duduk di ruang dapur. Dia minum seteguk air. Dia mengesat peluh di dahinya. Degup jantungnya dari tadi itu memang berdenyut laju. Mungkin juga dia ketakutan dengan apa yang telah dia lakukan. Sekali lagi dia melihat jam di tangannya, kali ini sempat aku melihat waktu. Jam 2 lebih petang.
Apakah dia akan melarikan diri atau buat-buat tidak bersalah dan terus menghuni di situ. Tapi setahu aku, kuarters ini kosong tidak diduduki sesiapa waktu aku sampai di sini. Wajah ini yang kulihat dalam cermin nampak lebih muda sedikit dari yang aku kenal. Apakah ini adiknya atau apa? Muka nampak serupa.
Setelah menyimpan dan mencuci perkakas dan peralatan yang dia gunakan tadi, dia masuk ke bilik air semula dan mandi mencuci dirinya yang sememangnya kotor dengan dosa pembunuhannya. Aku dapat rasakan dia tidak selesa dan mengigil. Kesal dengan perbuatannya kali. Lain kali pikir dulu akibat sebelum kau buat hal bodoh macam tu! Bisikku dalam minda.
Selesai mandi dia masuk semula ke biliknya sendiri. Dia melihat cermin lagi. Jelas wajahnya pucat. Seperti orang yang sedang ketakutan. Haaa, tahu pun kau takut. Yang pandai-pandai bunuh orang tu kenapa? Wajah itu memang nampak muda sedikit dari seorang lelaki yang kau kenali. Tapi bukanlah kenalan rapat.
Dia cuba lelapkan mata. Tapi matanya tidak tertidur. Dia masih lagi gelisah. Dia kembali ke bilik Roger. Dia mengambil beberapa salin pakaian dan beberapa barangan Roger yang lain. Disimpannya dalam beg dan dibawanya ke belakang dapur. Dia menyimbahnya dengan minyak tanah. Dibakarnya barangan itu. Mungkin dia cuba menghapuskan bukti yang Roger adalah bersama dengan dia masa ni. Dengan ini, mungkin dia akan menjadikan alibinya Roger dah pergi ke mana-mana tanpa memberitahunya kelak.
Dia kembali ke atas semula setelah semuanya terbakar. Dia meneliti apa yang ada dalam bilik itu. Dia buat bilik itu nampak kemas sedikit, kononnya nanti Roger pergi dari rumah itu. Apakah taktik pembunuh itu menjadi?
Kuarters Kayu Lama
24. Lapar
Hari nampak semakin senja. Pembunuh itu nampak tidak tenteram. Sama juga denganku yang masih tersangkut dalam jasadnya. Hampeh, aku dari tadi berusaha mengawal jasad itu. Tapi tak pernah berjaya pun. Aku buntu. Nak buat macam mana pun dah tak tau lagi.
Dia ke ruang dapur hanya minum segelas air. Dia langsung tidak makan lagi. Aku dapat merasa kelaparannya. Tapi dia mungkin tiada selera untuk makan. Bodoh juga, dia yang tak makan aku pula yang lapar. Apa aku nak buat kalau sangkut kat jasad ni selamanya? Dah la diam dalam jasad pembunuh.
Dia kembali ke biliknya semula. Aku tahu dia sedang berbaring dan kemungkinan memikirkan apa yang dia perlu jawab jika dia disiasat kelak suatu hari nanti. Padan muka kau. Apa pula padan, dia rasa sakit, aku juga rasa sakit. Wei mana adil. Bukan aku yang membunuh. Syaitan mangkuk ayun ni haa.
Lapar wei. Makanlah sesuatu. Aku lapar wei. Last makan pun pagi tadi. Sekarang dan nak malam dah. Dia ni langsung takda selera ke? Dia tak rasa lapar ke? Seksa la macam ni. Apa yang dia rasa aku kena tanggung juga. Wei, lapar la bangang! Pergi la makan. Dah sapa suruh engkau buat benda bodo. Kan dah tak tenteram jiwa kau tu. Dengan aku juga yang terseksa terkurung dalam jasad pembunuh macam engkau. Dia ni buat aku dah betul-betul geram.
Dia masih berbaring. Dia pejamkan mata. Aku tak nampak apa. Gelap. Aku cuba buka mata. Yes, berjaya. Aku cuba gerakkan tanganku, berjaya juga. Ia mengikut kehendakku. Aku mengawal badan ini sekarang. Aku tidak pikir banyak, aku meluru ke dapur. Aku buka peti sejuk kecil itu cari makan yang selamat aku makan takut ada racun. Aku bedal keropok dalam peti sejuk tu. Apa yang terlintas di kepalaku adalah makan dulu.
Baru aku nak gapai lagi minuman dalam peti tu, tangan itu terhenti dan cuma berdiri di depan peti itu dan diam membatu sejenak. Aku kembali tidak dapat mengawal badan itu kembali. Dia kembali mengawal badan tersebut. Dia kembali semula ke biliknya dan hanya duduk di tepi katilnya. Dia mungkin berasa pelik bagaimana mungkin dia ke dapur ketika dia tidur. Mungkin dia memikirkan dirinya mengigau. Berjalan dalam tidur macam tu la.
Hurmmm. Aku rasa aku dapat suatu teori, aku akan mengawal badan itu kalau dia tidur. Masa dia bangun dialah yang mengawal jasad itu, masa dia tidur aku pula mengawalnya. Peluang ni. Tapi nak buat macam mana erk? Kalau aku serah diri ke balai polis dan bercakap dia pembunuhnya, rasanya boleh jadi ke? Kalau dia kena seksa kat penjara? Aku juga yang kena. Aduh macam mana ni?
Nasib baik sempat mengunyah makanan tadi. Kalau tidak kebulur juga aku. Ok. Aku tunggu peluang dia tidur lagi. Dia lepas terjaga tadi susah pulak nak tidur. Ala, dia pasti tidur nanti. Masa tu aku buat hal la. Nanti kau Syaitan.
Kuarters Kayu Lama
25. Kirim salam
Aku penuh dengan kesabaran menunggu mamat ni tertidur. Dari tadi aku menunggu. Tidak juga dia nak tidur. Terasa dahinya peluh dingin. Apakah dia seperti ketakutan. Aku ada plan nak mengenakan dia. Baru dia ada akal nanti, buat benda jahat ye! Nanti kau aku ajar kau cukup-cukup.
Saat yang ku nanti telah pun tiba. Akhirnya dia terlelap. Aku terus menggunakan badannya melakukan sesuatu. Aku mencari kertas dan aku menulis sesuatu nota seakan-akan si mati yang menulisnya. Baru kau tau. Kalau kau tak mental tak tau la.
Lepas tu aku pergi cari makanan semula, perut masih lapar. Aku makan dan minum puas-puas. Kalau tunggu dia yang tengah tak tenteram jiwa mampus la kebulur aku jawabnya. Kemudian, selesai makan aku balik ke meja yang ada nota tadi, tapi sebelum tu aku set dulu ikat benang Kat kaki kalau dia berundur suiz lampu akan tertarik dengan benangnya. Macam ada gangguan mistik sikit ler nanti. Hurmm kita tengok apa jadi.
Aku berdiri menunggu dia terjaga. Agar dia nampak kertas yang aku tulis tu. Bagi dia rasa seram. Nak sangat membunuh ye. Mangkuk betul. Lama juga nak tunggu dia terjaga pula. Penat pula aku berdiri tercengang depan meja tu. Hampeh juga, dalam nak pekena dia ni, aku pula yang rasa semacam pulak.
Ya, akhirnya dia bangun. Dia terkejut kerana berdiri depan meja tu. Mana tidaknya, tadi dia tengah tidur kat bilik. Ha, macamana ada kat ruang tamu lak. Aku lihat dia ambil kertas yang aku tulis tu, dan dia baca. Nota tu berbunyi...
"Aku kirim salammmm dari nerakaaaaaa"
Aku lihat dia ronyok kertas tu dan campak. Seperti yang aku jangka dia melangkah ke belakang. Dan suiz lampu pun terpadam. Ruang tamu itu bergelap. Dia terduduk tersungkur ke belakang. Adoi, sakit pulak punggung dia terjatuh. Sampai macam tu dia ketakutan juga rupanya. Aku dengar dia berbicara separa berbisik.
"Rogerrr... ampunkan aku Roger... Jangan ganggu aku Roger" ucapnya.
Dengan suara yang terketar-ketar.
Dia merangkak masuk ke bilik dan membuka suiz lampu biliknya yang sengaja aku padamkan tadi. Dia mengambil tali. Alamak. Takkan nak bunuh diri pulak. Aku jadi panik pulak. Apa dia nak buat dengan tali tu. Dia cuba mengikat dirinya. Bodo apa ke menda kau ni. Nak main ikat diri pulak. Ooo mungkin dia rasa dirinya berjalan tidur punya pasal kot. Dia tidak mahu badannya berjalan lagi. Dia dah rasa sesuatu tidak kena.
Kuarters Kayu Lama
26. Ikatan
Sampai macam tu sekali dia nak mengelak diri dari berjalan tidur. Pandai pula dia mengikat dirinya. Aku pula pikir macam mana nak buka nanti. Dalam ketakutan tu, dia menggigil. Suara nafas tidak sekata. Kejap laju kejap pelahan. Baju dia apa lagi, basah dengan peluh dinginnya. Aku pula tak selesa.
Dia mengensot dan menyandar di bahu katil. Di situ dia cuba untuk menenangkan dirinya. Dia berbaring dan menyudutkan dirinya dekat dengan dinding yang rapat dengan katil itu. Dia tidak bercakap apa-apa diam seribu bahasa. Tangannya terketar-ketar. Dengan tangan dan kakinya terikat.
Lama-kelamaan dia pun tertidur. Setelah tidak tenteram sampai entah pukul berapa pagi. Aku tahu dia tertidur, sebab aku dapat mengerakkan badannya. Aku cuba buka balik ikatan tersebut. Macam bodo juga la kan. Dia ikat, aku buka. Memang senang la, ikatan dia tidak ketat. Selepas aku berjaya buka ikatan tu, aku jadi tak tahu nak buat apa pulak. Blur jap.
Apa benda aku nak buat pulak ni? Larikan diri? Atau aku buat benda pelik-pelik untuk menakutkan pembunuh Roger itu lagi? Ah, malas nak layan lah. Baik aku keluar dari rumah itu. Itu adalah keputusan di mindaku. Ke mana hala tuju belakang kira.
Aku buka pintu dengan perlahan, tak mahu dia terjaga. Aku nak keluar dari rumah itu. Setelah aku sampai di halaman, tiba-tiba aku terdengar ada suara seakan-akan memanggil. Aku tidak berapa jelas suara tersebut. Semakin lama suara itu semakin jelas. Aku nampak Micheal dari jauh melambai ke arah ku. Sempat juga aku teringat, bukan Micheal sudah mati ke? Apakah ini betul-betul dia?
Micheal masih lagi memanggilku dan melambaikan aku supaya pergi ke arahnya. Tapi aku masih keliru, apa benarkah itu Micheal? Aku buang rasa takutku. Aku pergi ke arah Micheal. Semakin dekat dengannya, semakin Micheal bercahaya. Semakin dekat semakin terang dan terang yang sangat menyilaukan. Sehingga aku terpaksa menggunakan lengan dan memejamkan mata untuk melindungi diri dari silau tersebut. Akhirnya aku kembali bergelap dan aku tidak nampak apa-apa.
Aku masih lagi mendengar panggilan dari suara Micheal. Aku membuka mataku perlahan. Aku masih lagi merasa amat silau. Aku melihat kelibat seperti Micheal di hadapan ku. Anak mata hitam ku kembali membesar untuk menerima cahaya. Ya di depanku benar-benar Micheal. Apakah aku sudah mati juga? Bestnya kalau macam tu mati pun aku bersama kawanku.
Kuarters Kayu Lama
27. Sedar
Anak mata hitam ku kembali membesar untuk menerima cahaya. Pelahan wajah yang ada di depan aku menjadi full HD. Wajah yang sangat aku kenal. Wajah sahabatku yang bernama Micheal. Aku lihat riak wajahnya ceria dan tidak tahu nak bercakap apa. Mati pun tunggu sahabat juga ke? Bisik hatiku.
"Wei, apa pandang-pandang? Mati pun tunggu kawan juga ke?" tanyaku menyakat si Micheal. Kerana aku tahu dia sudah meninggal.
"Mati pe mende nya oi?" sentak Micheal. Aku masih hanya fokus pada dia. Mati pun nak menyakat aku juga kko ye.
"Setia juga ko ye? Sanggup tunggu kawan ko terjaga di alam mati ni." tanya aku bersahaja.
"Bongok, lihat dulu sekeliling ko dulu, kau tu hidup lagi la" ucapan Micheal membuatkan aku melihat sekitarku.
Ya ampun, aku berada atas katil hospital. Aku cubit pipiku, terasa sakit. Aku gosok-gosok mataku. Ini dunia nyata ke? Aku tidak tahu apa yang berlaku sebenarnya.
"Bukan kau dah mati ke?" tanya aku selambe pada Micheal.
"Kau merepek apa ni Rain? Aku depan mata engkau ni haaa, masih bernafas menyedut oksigen" balas Micheal.
"Wei, macam mana aku boleh ada atas katil spital ni?" tanyaku ingin tahu.
Micheal pun mulakan menceritakan pada aku apa yang telah berlaku. Pada hari mereka nak buat aktiviti memanggang ke penginapan aku di Taman Hutan Simpan itu, di situlah mereka melihat aku terbaring pengsan di bilik air. Kepala aku ada pendarahan sedikit yang kemungkinan terhantuk pada sesuatu.
Dengan itu, mereka melupakan niat aktiviti memanggang dan segera memanggil ambulans. Dikatakan aku telah hampir dua minggu koma. Keluargaku bergilir-gilir menjagaku di hospital, teman-teman yang lain pun sentiasa melawat ketika itu.
Aku agak konfius dengan penjelasan si Micheal pada mulanya. Rupanya aku yang koma, bukanlah si Micheal sebenarnya. Kebetulan si Micheal melawat aku hari ini, itu yang kebetulan dia orang pertama nampak aku terjaga.
Habis tu, siapa pulak yang aku rasuk di alam koma tersebut? Semuanya nampak nyata bagiku. Kuarters tersebut memang bersebelahan dengan kuarters kudiami. Wajah pembunuh itu juga aku macam pernah lihat. Tapi di mana erk?
Kuarters Kayu Lama
28. Ingin tahu
Mendengar aku sedar dari koma, keluargaku segera melawatku. Walaupun sudah sedar, namun aku kena duduk kat hospital dulu untuk menjalani beberapa proses rawatan termasuk imbasan MRI kat kepala otakku. Harap aku normal la, tak gila. Aku lihat wajah-wajah yang datang melawatku ceria. Ada yang menyangka aku bakal pergi ke alam penantian. Tuhan masih memberi peluang untuk aku menikmati keindahan dunia.
Misi pengajian aku terpaksa tertangguh buat sementara. Nasib baik juga pengurusan Hutan Simpan itu ada membantuku untuk meluluskan latihan praktikal tersebut, kerana mereka berpuas hati dengan kualiti kerja dan kesungguhanku semasa menjalankan tugasku di sana.
Berbalik kepada pengalaman di alam komaku. Adakah peristiwa tersebut benar-benar berlaku atau ia cuma mainan minda semasa koma sahaja. Aku benar-benar ingin tahu. Macam mana aku boleh masuk ke jasad orang lain. Dan menyaksikan sendiri pembunuhan sadis.
Sementara di hospital itu, aku mencari maklumat berkenaan koma di internet. Aku tidak menjumpai pengalaman yang sama denganku. Hampir sama ada la. Tapi tidak pulak merasuk jasad orang lain. Seingat aku kat mana aku pernah nampak wajah si pembunuh itu? Aku cuba mengingatkan kembali. Aku benar-benar jadi panasaran ingin tahu. Namun aku masih menunggu rawatan selesai.
Apa yang pasti, semasa koma otak dikatakan berfungsi, cuma badan rehat sepenuhnya. Pendek kata, koma adalah tidur yang nyenyak. Tapi, bagaimana pula dengan roh kita? Adakah roh aku tu gentayangan atau apa benda sebaliknya. Ini kerja Tuhan, yang mungkin ada penjelasan dan sebabnya tertentu ia berlaku.
Tentang kejadian di alam koma tersebut aku belum menceritakan pada sesiapa. Aku belum sedia menceritakan pada sesiapa. Sebabnya aku pun tidak pasti ia adalah berkaitan dengan dunia nyata atau tidak. Lebih-lebih lagi ia adalah suatu kes pembunuhan.
Aku juga tidak berpuas hati jika ia tidak terungkai. Aku sangat ingin tahu, pasti ada sebab dan kenapa ia berlaku. Wow, macam serius pulak aku nak siasat. Nak siasat macam mana erk? Hurmm atau aku perlu terus rahsiakan segalanya.
Kuarters Kayu Lama
29. Mencari jawaban
Macam mana nak mula pulak erk? Aku baru lepas imbasan MRI scan tengkorak dan keadaan otakku. Mujurlah semua normal. Aku koma sebelum ini kerana ada saluran pada bahagian otakku sedikit tersumbat dan darah membeku di bahagian tersebut. Mujurlah aku dapat kembali normal semula.
Tapi agak pelik juga apa yang aku alami semasa di alam koma tersebut. Ia bagaikan benar-benar berlaku. Wajah tersebut aku pernah tengok. Cuma aku muskil kat mana aku pernah jumpa wajah itu. Kat mana aku pernah tengok wajah itu ye? Jawapan mungkin ada di kuarters itu juga kot.
Aku kena balik ke tempat aku praktikal, kerana aku belum sempat mengucapkan salam perpisahan buat mereka di sana. Lagipun ada beberapa barang lagi aku belum ambil dari pejabat. Selain itu juga aku perlu menyerahkan kunci kuarters yang aku diami. Walaupun aku praktikal hampir sebulan kat situ, pengalaman ini tidak mungkin aku lupakan.
Oleh kerana merentas daerah perlukan kelulusan polis, aku minta kawanku Micheal menemani aku. Lagipun semua adik beradikku yang lain juga sibuk dengan tugas kerja. Micheal juga pilihan utamaku. Bukan tidak mahu mengajak yang lain, lagipun inikan masih lagi PKPB. Bukan nak pergi seronok-seronok pun.
Dipendekkan cerita, kami berdua berjaya mendapatkan permit merentas daerah dari pihak polis. Maka, kami pun pergi ke sana untuk mengambil barangku dan memulangkan kunci kuarters.
Sesampai di sana, aku dan Micheal menuju terus ke kuarters kediamanku. Di rumah itu aku sempat pergi ke setiap bilik, memeriksa apa saja baranganku yang terlupa. Aku melihat ke bilik air, nasib baik aku perasan kesan darah kepalaku yang terhantuk kat bucu simen kolah mandi tersebut. Aku mencuci dengan berus memastikan kesan darah itu hilang sepenuhnya.
Beberapa barangku yang tertinggal, ku kemaskan. selesai aku mendapatkan si Micheal yang berada di beranda menantiku. Sampai kat beranda tersebut, aku terpandang sebuah kuarters yang bertentangan dengan kuartersku. Pandangan tersebut menyebabkan aku teringat peristiwa semasa aku mengalami koma.
Hurmm, malas pula nak pikirkan. Aku tidak mengendahkan ingatan tersebut. Aku nak jumpa dulu warga pekerja di bahagian penjagaan binatang liar di mana aku bertugas sebagai pekerja praktikal. Boleh juga aku mengucapkan terima kasih dan selamat tinggal pada mereka.
Kuarters Kayu Lama
30. Misteri
Suasana di hutan simpan itu seperti biasa, sejuk dan nampak semulajadi dengan bunyian unggas dan binatang liar yang dipelihara di situ. Tempat ini pasti membuatkan aku rindu. Gurauan ganas orang hutan, jeritan monyet minta makan. Kalau anda adalah pencinta alam sekitar sudah pasti anda akan memahami perasaanku ketika ini. Tambahan pula, itu adalah hari terakhir berada di situ.
Dalam perjalanan menuju ke tempat rakan setugas, aku sempat membawa Micheal merayau di sekitar tempat tersebut. Walaupun, di situ tertera amaran 'NO CAMERA', namun aku dan Micheal riang ria bergembira berselfie. Mentang-mentanglah aku kira bekas petugas di situ sebelum ini.
Akhir sekali aku pergi ke pejabat untuk menyerahkan kunci kuarters. Hasratku ingin bertemu dengan rakan setugas belum kesampaian. Mereka masih bertugas. Kira nak ambil gambar beramai-ramai dengan mereka semua. Maka aku pun menunggu di ruangan pejabat sementara menunggu berehat. Menghilangkan rasa bosan menunggu, aku merayau di sekitar pejabat.
Mataku terpaku pada sebuah gambar yang ada menghiasi dinding ruangan pejabat tersebut. Aku mendekat dan cuba mengamati. Tampak jelas, wajah itu adalah wajah lelaki bernama Roger dan rakannya yang aku rasuk semasa dalam alam komaku. Aku jadi panasaran. Apakah alam komaku adalah suatu yang nyata ataupun hanya khayalan. Tapi mengapa wajah mereka ada di sini?
Kebetulan rakan-rakan bertugas baru sampai di ruangan pejabat tersebut. Aku bertanya pada mereka siapa yang dalam gambar tersebut? Mereka menyatakan nama mereka berdua sama seperti yang aku ketahui. Aku tidak terkejut. Kerana sudahku duga. Aku meminta mereka bercerita tentang mereka berdua.
Mereka pun menceritakan padaku secara ringkas. Bahawasanya, mereka berdua itu adalah sahabat baik. Mereka mendakwa Roger menghilang tanpa khabar berita. Dan sahabatnya menjadi gila dan kini berada di pusat mental. Sejak itu, kuarters yang mereka diami itu tidak berpenghuni kerana didakwa kuarters tersebut berhantu. Hurmm, kalau begitu maka akulah yang lebih mengerti kejadian tersebut sebenarnya. Apakah aku sebenarnya punca dia gila?
Perlukah aku membuka semula kes pembunuhan si Roger. Rasanya kalau aku mendedahkan perkuburan Roger ada di mana, sudah tentu ia akan mengganggu ketenteraman penduduk kuarters yang lain. Apapun, rakannya sudah mendapat pembalasan tersendiri. Biarkanlah ia suatu misteri yang tidak terungkai. Peristiwa dalam alam koma kusimpan sebagai suatu pengalaman mistik dan tidak ceritakan pada sesiapa.
Dengan kesempatan terakhir, aku dan semua rakan-rakan setugas mengambil gambar kenangan bersama. Aku mengucapkan terima kasih dan selamat tinggal kepada mereka. Biarpun begitu, tempat itu pasti menjadi nostalgia yang hebat suatu ketika nanti buatku. Sekian sahaja, kita biarkan sahaja misterinya tidak terungkai.
Tamat...
Kisah ini adalah rekaan semata-mata, tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Jika ada, ia adalah suatu kebetulan sahaja.
Terima kasih kerana sudi membaca.
Ditulis oleh: Justine Amping
No comments:
Post a Comment