Part 10: Hadiah Terakhir



Part 10: Hadiah Terakhir

🦜 Episod 91: Gangguan Lagi

Malam tu agak sukar untuk aku lelapkan mata. Aku masih memikirkan tentang amaran si tudung kuning, kata-kata si murai yang menyakitkan hatiku bagaikan berulang-ulang di minda ku.

"Kenak bang, termenung jauh nampak?" tanya isteriku yang berbaring di sebelah ku. 

"Abang masih terganggu dengan kata-kata si murai, sangat menyakitkan hati" jawabku. 

"Iboh pikir gilak bang, sikda faedah mikir ucapan yang sik berguna ya" pujuk isteriku sambil si dia mengusap pipiku. 

Aku menyengetkan badanku ke arahnya. Ku belai wajah lembut isteriku. Si dia menatapku dengan penuh makna kasih sayangnya.

Dalam pada itu, tiba-tiba kami berdua terdengar bunyi aneh di luar. Seperti suara hilaian. Isteriku jelas ketakutan. Aku peluk isteriku rapat dengan ku. Aku minta dia bacakan ayat kursi bersama sepertimana yang telah dipesan ustaz tempohari. Kerana aku masih belum hafal lagi ayat-ayat pendinding tersebut.

Siapakah yang nak buat angkara begini bisik hatiku. Apakah yang dia tidak puas hati pada keluarga kami. Tidak habis-habis nak mengacau ketenteraman keluargaku.

"Kita berdoa sayang, agar semua ujian ini berlaku dengan singkat" ujarku. 

"Ye lah bang, kamek takut, kamek takut kamek polah yang bukan-bukan gik pada kitak" jawab isteriku yang ternyata dahinya berpeluh dingin. 

"Sayang, jangan takut, Tuhan ada bersama kita yang dianiayai" pujuk ku.

Bunyi burung hantu di luar rumah bersahutan. Tidak lama kemudian pintu bilik kami berdua diketuk dari luar. Bapak mertuaku ku datang menjenguk kami berdua.

"Insyaallah dia tak akan masuk kerana rumah ini sudah dipagar" jelas bapak mertuaku yang turut sedar ada gangguan dari luar. 

Dia terkumat-kamit membaca sesuatu dan dihembusnya ke kanan dan kiri dan kedengaran dia mengakhirinya dengan alhamdulillah.

"Maaf pak, kamek masih buta tentang ini semua" kataku. 

"Sik apa gu, insyallah semuanya akan selamat" jawab mertuaku. 

"Dah pergi tidur agi, dah akhir tok, esok kerja, bunto mata esok lak" tambah mertuaku


🦜 Episod 92: Pemagaran Rumah Ku

Rutin sepanjang minggu itu adalah seperti biasa. Aku turun sekolah mengajar seperti biasanya. Namun, hanya si murai yang memberi layanan yang terlebih istimewa. Terus menerus menganggu dan memberikan kata-kata motivasi negatifnya.

Minggu tersebut aku dan isteriku bercadang untuk pindah ke rumah ku sendiri. Oleh itu, aku minta bantuan seorang ustaz yang juga sahabat aku dan merupakan seorang guru di sekolah ku. Aku minta ustaz melakukan pemagaran di rumahku.

"Ustaz, aku pertolongan kitak, aku dan isteriku bercadang berpindah ke rumahku" kataku pada ustaz. 

"Insyaallah, apa yang kitak mauk saya tolong?" tanya si Ustaz. 

"Kebelakangan ini, saya dan isteri terkena gangguan mistik, ada sesuatu orang hantar untuk menganggu kami sekeluarga" jelasku. 

"Kebetulan hari tok Khamis, jadi malam tok kita duak pergi rumah kitak" balas ustaz tidak teragak-agak membantu rakannya. 

"Apa-apa keperluan kitak madah ustaz" kataku. 

"Sik banyak benda yang perlu, kelak ku pun ngembak, kitak hanya perlu ngambi aku ke rumah jak" jelas ustaz melegakan aku.

Seperti yang telah dirancang, selepas solat dan makan malam tu aku menjemput ustaz ke rumahnya. Kerana dengan cara itu memudahkan kami berdua supaya ustaz tidak tercari-cari rumahku. Sesudah sampai, kami masuk ke dalam rumah.

"Rumah jangan ditinggalkan lama ilak" kata ustaz kepada ku. 

"Ya la Ustaz, semenjak menikahi isteriku kamek lebih banyak di rumah mertua" balasku.

"Rumah mun ditinggalkan lama, paham-pahamlah akan ada yang lain cuba menumpang lak" ustaz menjelaskan pada ku lagi. 

Aku menjadi sedikit bimbang dengan ucapannya. Namun, aku sangat yakin dengan sahabatku itu mampu membantuku.

Ustaz memulakan proses pembersihan rumah sebelum pemagarannya.

Proses-proses itu tidak mengambil masa yang lama. Selesai itu, kami singgah di kedai kopi untuk merehatkan diri selepas aktiviti tadi.

"Saya tahu sapa yang menghantar syaitan ya" ustaz membuka bicara mengejutkan aku.

"Siapa ustaz? Boleh kamek tauk sapa orang ya?" tanyaku sememangnya jelas ingin tahu siapa pelakunya.


🦜 Episod 93: Siapa Pelakunya?

Di kedai kopi itu aku dan ustaz terus berbicara. Berkali-kali aku bertanya siapa pelakunya namun ustaz tetap tidak memberi klu dan jawapan.

"Mun saya bagitau satu klu, kitak akan tau sapa orang ya, sebagai seorang sahabat saya tidak mahu kitak tahu kerana ia akan lebih menganggu minda kitak kelak" jelas ustaz tidak mahu mendedahkan siapa pelakunya. 

"Baiklah ustaz, kamek akur, tapi bagaimana mengelak dari gangguan lagi kelak?" tanya ku sememangnya daif tentang hal itu. 

"Kitak tok kedak miak kecik wak, kan kinitok moden dah, boleh jak kau cari surah-surah yang sesuai dalam YouTube dan pasangkan bila rasa ada benda sik kena" ustaz menjelaskan pada ku sambil berseloroh. 

"Adui, benar wak terima kasih ustaz" balasku kagum dengan idea mudah darinya tadi.

"Camney kitak boleh bernikah dengan bekas anak murid diri pun?" tanya ustaz pada ku memesongkan topik asal. 

Aku cuma ketawa dengan soalannya. 

"Dah jodoh ustaz" jawabku ringkas. Kami berdua menghabiskan minuman kerana sedar hari dah makin lewat. 

Lagipun jam sudah 11 malam dan esok masih perlu berkerja.

Di sekolah, sebelum aku jadi seorang muslim, aku sememangnya rapat dengan ustaz dan kami selalu melepak bersama pabila ada waktu senggang. Orangnya juga tidak kedekut dengan ilmu baikpun bersedekah. Sehingga sekarang kami berdua masih bersahabat seperti biasanya.

Selesai itu, aku menghantar ustaz balik ke rumahnya dan aku pula kembali ke rumah mertuaku. Sampai di rumah, isteriku bertanya adakah sudah selesai proses tadi. Aku menjelaskan padanya ustaz telah membantu sepenuhnya proses tadi sehingga selesai dengan baik. Lusa boleh kami berdua mula berpindah ke rumahku.


🦜 Episod 94: Malam Jumaat

Malam jumaat, malam yang dinanti oleh setiap pasangan yang bahagia. Namun, kena ingat malam jumaat bukan hanya untuk kita memikirkan sesuatu yang hanya berkaitan jimak. Malam jumaat digelar sebagai penghulu segala malam. Banyak yang boleh golongan muslim lakukan antaranya membaca surah Al-Kahfi, selain mengamalkan sunnah nabi.

"Bang, abang penat sik?" isteriku mengumpan aku dengan soalannya. 

"Tak payah kias-kias la sayang" balasku yang paham benar keinginannya mahu aku melaksanakan tugas ku sebagai suami. 

"Ish mana da" kata Isteriku mengada-ngada. 

Sambil dia tersengih nakal memandangku. Setiap kali aku pandang wajah isteriku, aku seperti orang yang terpesona dengan keayuan dan kelembutan wajahnya. Lesung pipitnya sentiasa memaniskan wajahnya walaupun ia adalah sejenis kecacatan pada wajah.

"Sayang, jom buat anak nak" ayatku agak 'straight to the point'. 

"Taknak" balas isteriku. 

"Tadi, tanya abang penat ke tak, abang ada banyak tenaga sekarang ni tau" aku saja menyakatnya. 

Yang sebenarnya aku agak kepenatan hari tersebut. 

"Sayang tau abang penat harini, so biar sayang urutkan badan abang je lah" tawar isteriku. 

"Bagus juga idea tu" balasku segera dan meniarap diri. 

Isteriku mengambil minyak angin dan menuangkannya di belakangku. Tangan lembutnya mula mengusap dan menekan belakangku. Wow bestnya.

"Bang, hari sekolah kita kat rumah abang, hujung minggu kita bersama mak dan bapak k" kata isteriku sambil mengurut belakangku. 

"Mana-mana jak sayang" balasku yang sedang menikmati urutannya. 

"Sem akan datang sayang nak daftar sambung belajar boleh sik bang?" tanya isteriku. 

"Kalau sayang dah ready nak belajar boleh jak" kataku padanya. 

"Sayang dah rugi 1 sem menangguh pengajian riya" ujarnya seperti ada kekesalan terhadap penangguhan pengajiannya.

Malam itu aku melaksanakan tugas sebagai suami tercintanya. Aku hanya mahu si dia bahagia seadanya sama sepertimana yang kurasakan. Aku tidak pernah sangsi dengan perasaan Isteriku terhadapku, tampak jelas dia menyayangiku semahunya. Riak wajahnya, tingkahlakunya semuanya menunjukkan bertapa dia mencintai aku. Tapi, dalam kehidupan kita tetap ada yang akan mencabar kebahagiaan itu. Kita tidak terlepas daripada dugaan.


🦜 Episod 95: Bersiap Untuk ke sekolah

Awal pagi isteriku menyediakan sarapan. Aku mandi, bersiap dan turun ke bawah untuk sarapan pagi. Ku lihat isteriku tersenyum riang memandangku. Tidak pernah jemu ku menikmati wajahnya. Wajah itu sentiasa membuatkan aku girang.

"Good morning sayang" sapa isteriku sambil menuangkan air kopi kegemaranku. 

"Have a nice day sayang" balasku. 

Dengan rambut panjang hitam pekatnya itu, sedikit dihembus angin helaian halusnya terbang menghayun, pandangan sisi wajah itu membuat aku terawangan. Sangat indah bagaikan melihat bidadari syurga. Dialah isteriku tercinta.

"Eh sayang, bila sambung belajar kelak, sikboh diam di asrama k" aku membuka bicara awal pagi itu. 

"Kenak, sik dapat nak berjauhan dari sayang la ya nak?" sakat isteriku. 

"Ye lah, kalau nak ikutkan hati nak pek sayang dalam beg bawak masuk kelas wak asa" balasku mengusiknya. Si dia mengukir senyuman lagi-lagi membuatkan aku sentiasa meremang kebahagiaan.

Selesai sarapan, aku berdiri mendekatinya. Ku peluk dan ku kucup dahi isteriku. Dia membalas pelukan ku dengan kemas. 

"Ehemmm" si ibu mertuaku berdehem menunjukkan dia berada di situ. 

Adeh, macamana tak perasan mertuaku ada di situ. Kantoi lagi. Si ibu mertuaku hanya tersenyum memandang kami berdua. Si dia tidak mahu melepaskan pelukannya. Aku pula jadi rimas. 

"Abang malu dengan mak ye bang" ujar isteriku nakal setelah dia perasan aku terkejut dengan kehadiran ibu mertuaku ku tadi.

"Okeyla, abang nak turun kerja dulu nanti lewat pula" kataku. 

Namun isteriku tidak melepaskan pelukannya. Dia merangkul leherku dan mengatur tali leher ku. 

"Sayang jangan nakal-nakal kat sekolah ye" pesan isteriku.

Seperti biasa isteriku akan menemaniku sampai ke kereta. Sentiasa bagaikan tidak ada esok baginya apabila aku terpaksa berjarak daripadanya. Jelas kami punyai perasaan yang sangat istimewa.


🦜 Episod 96: Obses

Sampai di sekolah, aku terus naik ke bilik guru dan ku letakkan beg di mejaku. Syukur si murai belum datang lagi. Dapat la aku duduk dengan tenang di tempat ku.

Hari jumaat waktu persekolahan agak singkat. Lepas tengahari nanti akan bersolat jemaah di masjid terdekat. Selaku orang baru, aku memilih akan pergi bersama dengan ustaz sahabatku dan boleh juga dia tolong betulkan aku.

Alamak si murai sudah datang. Ni apa lagi dialog kejam yang dia nak berikan padaku. Aku hanya tersengih tidak mahu rakan di sekitar tahu aku meluat padanya. Masih juga aku jaga air mukanya. Tetapi dia tidak berbuat begitu padaku.

"Hai hensem" tegur si murai. 

"Hi" balasku ringkas. 

"Ada tamu bertandang dalam minggu ni tak?" tanya si murai sinis. 

Aku tidak paham apa yang dia maksudkan. 

"Tamu apa benda? Apa maksud kau?" tanyaku. 

"Polah sik paham pula, jangan salahkan aku, kau yang molah aku giya" balas si murai. 

"Apa benda yang aku telah buat kat kau" tanya ku agak geram. 

Aku tidak berani menuduh, aku mula syak dia yang buat kerja syirik ni. Aku bangun dan pergi ke kantin, walaupun aku masih kenyang dengan sarapan yang isteriku sediakan pagi tadi. Aku mengelak takut diri ku diluar kawal.

Di kantin pula, aku hanya pesan kopi. Aku sengaja memilih untuk duduk berseorangan. Memandangkan 2 waktu pertama aku tidak punyai kelas dan tiada kelas ganti. Pada hari jumaat sememangnya kurang cikgu mengambil cuti.

Kopi ku sampai, serentak dengan itu juga si murai sampai dan duduk di sebelahku. 

"Sori lah, saya bergurau je tadi" kata si murai. 

"Saya tak paham awak la, kejap awak baik kejap awak macam sengaja sakiti hati ku" kataku padanya. 

"Saya sayang awak, saya sukakan awak, awak tau semua tu, tapi awak mengelak dari saya sentiasa" kata si murai yang sememangnya aku tidak mahu dengar apa-apa darinya. 

"Awak faham tak, aku adalah suami orang, tak manis jika orang dengar awak berkata-kata macam tu" aku cuba buat dia faham.

"Saya sanggup jadi isteri kedua awak, asalkan awak memperisterikan saya" si murai meneruskan kata-katanya. 

Macam mana nak jelas pada orang yang tidak paham bahasa ni. Cinta dan perasaan bukannya boleh paksa. 

"Saya sanggup lakukan apa saja demi awak" tambah murai lagi. 

"Awak bukan mencintai, tapi awak obses ni, awak kena tahu beza itu semua" jelasku tidak tahan dengan sikapnya.


🦜 Episod 97: Dia Bidadariku

Si murai cuba merayu kepadaku agar aku menerimanya. Aku tak tahu macamana nak jelaskan padanya yang aku tidak pernah ada perasaan padanya. Cintaku hanya pada isteriku sahaja kini. Aku menyayangi isteri ku melebihi segala-galanya.

"Saya tidak faham kenapa awak lebih menerima budak hingusan itu" jelas si murai tidak berpuas hati. 

"Jodoh itu di tangan Tuhan, dengan segala keizinan-Nya semua tidak mustahil" jawabku. 

"Heran juga saya, tidak pernah dengar pun kau bercinta dengannya sebelum ini, tengok-tengok nikah dah" si murai seperti tidak percaya pernikahan kami berlaku tanpa khabar. 

"Buat pengetahuan awak, aku hanya menyintai isteriku dan aku tidak akan sama sekali mengkhianatinya" jelas kenyataan ku itu mengubah riak muka si murai.

Aku minta diri kerana kelas aku sudah masuk waktunya. Berkali-kali aku sudah jelaskan pada si murai itu, yang aku tidak pernah menganggap dia lebih dari sahabat di tempat kerja. Tidak ku nafikan dia cantik orangnya, namun sikap dan gaya percakapannya langsung tidak menggambarkan paras rupanya.

Biarpun aku tidak pernah terpikat atau menyukai isteriku dari mula perkenalan ketika di masih bergelar seorang pelajarku dulu, namun setelah pernikahan itu dialah satu-satunya insan teristimewa bagaikan bidadari penyeri hidupku. Perasaan ku terhadap isteriku tidak pernah berbagi. Aku sangat menyintai dan menyayanginya.

Biarpun apa yang orang perkatakan tentang kami berdua yang berbeza jauh umurnya. Dia dan aku tetap saling memahami dan melengkapi. Aku tetap bahagia dengannya.

Dalam perjalanan ke kelas aku sempat membuka telefonku. Dan banyak mesej-mesej dari isteriku yang tidak jemu-jemu mengatakan dia merindui aku. Aku membalas mesej dengan ucapan terindah buatnya.


🦜 Episod 98: Tomyam Untuk Suamiku

Setelah sembahyang jumaat aku segera balik. Tidak sabar rasanya melihat yang tersayang menanti dengan senyuman di depan pintu. Gambaran itu sudah berada dalam kepalaku.

Sampai di depan rumah si dia ada di anjungan bawah pokok rambutan. Isteriku langsung melihat dan menerpa ke arahku lantas mengapai tanganku lalu diciumnya. Senyuman di wajahnya tidak habis dari mula aku sampai tadi. Wajah cerianya umpama budak kecil dapat coklat.

"Bang, jom keluar petang tok, urmm tapi abang penat" ujarnya memancing mengajakku keluar. 

"Nak ke mana sayang?" aku memberinya ruang untuk memikirkan ke mana hala tuju yang ingin dia pergi. 

"Entahla bang, tapi rasa nak keluar jalan-jalan berdua dengan abang, pusing-pusing pakai kereta pun OK la" pintas isteri dengan wajah cerianya. 

Aku hanya mengangguk sambil menatap wajahnya. Entahla, aku tidak pernah jemu melihat wajah dan gelagat manja isteriku. Semuanya sempurna buatku.

"Jom, sayang ada cuba resepi baru aritok, special untuk abang dan kita semua" ujar isteriku sambil memimpin tangan ku masuk ke ruang dapur. 

"Jap, abang basuh tangan k" aku melepaskan tangannya dan aku basuh tangan. 

"Macam biasa bang, kitak balit akhir ritok, mak dan bapak dah makan, sidak mok nunggu kitak makan sama tek, tapi mek madah kitak pergi sembahyang jumaat kat masjid" jelas isteriku yang orang tuanya sudahpun makan. 

"Apa nama resepi tok sayang?" tanyaku. 

"Tomyam buat Suamiku" jawab isteriku. 

Dia menyatakan ia khas untukku. Aku buat perangai tak mau menjamah, nak dia suapkan dan dia tidak teragak-agak menyuapkan aku. Best kot dapat bermanja.

Selesai makan aku menukar pakaian dan kembali ke ruang tamu. Menonton tv merehatkan badanku. Sementara isteriku mengemas dapur.


🦜 Episod 99: Si Jahat Dapat Pembalasannya.

Isteriku menyertai aku duduk di sofa itu. Dia menyandar manja kepada ku. Ku tukar channel tv, kebetulan berita terkini.

"Sarawak, seorang lelaki lingkungan 20an ditembak mati oleh pihak polis kerana cubaan melarikan diri dengan 20kg ganja malam tadi, lelaki tersebut adalah.... Sekian berita terkini" begitulah berita yang baru disampaikan oleh pemberita dalam tv tersebut.

"Sayang, kenak muka laki ya sama seperti laki yang sayang tampar kat kafeteria dolok" tanyaku pada isteriku. 

"Nang nya la bang, kamek dah nanga viral pasal ya dalam Facebook pagi tadi" jawab isteriku bersahaja yang rupanya dia sudah tahu berkenaan berita tersebut. 

"Laki ya ke ya?" aku bertanya lagi untuk kepastian. 

"Aok bang, tulahnya ya bang, ya la akibat jai ati, sik perlu kita balas, Tuhan Maha Kuasa dah balas kejahatannya" suara isteri sedikit dengan intonasi geram mungkin teringat kisah hitam yang dilaluinya dulu.

"Biarlah Tuhan mengadilinya, kita iboh komen banyak sayang, jadikan jak kisah ya sebagai teladan, buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat wak, kehidupan kita ada karmanya" aku berkata sedemikian kerana tidak mahu isteriku meluapkan amarah nya yang dulu.

"Sayang sik ambil tau pasal orang lain yang sikda kaitan, yang penting kinitok sayang ada sorang suami yang boleh membawa mek gi syurga" jelas isteriku. 

"Insyaallah sayangku, kita akan bersama di sinun kelak" balasku.

"Jadi ke nak keluar ni?" tanya ku. 

"Boh ja, kitak ya jelas dah ngantuk sayang oi, berehat dolok, dah sabtu tok kita balit rumah nun" isteriku perasan mataku yang kuyu mengantuk. 

Syukurlah isteriku memahamiku, cuma aku tidak mahu menghampakannya.


🦜 Episod 100: Indahnya Percintaan

Setelah solat subuh bersama, aku dan isteri tidak melelapkan mata. Masing-masing baring dan saling berpandangan. Entah apa yang di minda isteriku. Dia tersengih-sengih memandangku.

"Kenak sayang tersengih-sengih giya?" tanyaku sambil menatap wajahnya yang tidak pernah jemu-jemu ku pandang. 

"Abang ya pun sama, kenak nangga kamek giya wak?" balas Isteriku. 

"Abang nak tengok wajah isteri abang puas-puas, ni tauk esok lusa sik berkesempatan gik" kataku. 

"Ish abang tok, iboh kelakar giya, abang buat sayang rasa sik nyaman ati" jawab isteriku yang jelas berubah reaksinya. 

"Ye lah, ajal maut ditangan Tuhan, kita sik tauk apa yang akan berlaku di depan kita" ujarku. 

Si dia diamkan diri dan mutiara perempuannya mengalir mula membasahi pipinya. Sensitif juga orangnya.

"Sayang tidak dapat bayangkan hidup tok tanpa abang, abanglah satu-satunya kebahagiaan bagi mek" isteriku sebak. 

Aku mengesat airmatanya dengan ibu jari ku. 

"Selagi abang bernafas, jantung abang berdenyut, abang janji abang akan bahagiakan sayang seadanya" pujukku. 

"Sik pernah mek bayangkan akan hidup bersama abang sebelum tok, tapi memiliki abang adalah suatu anugerah yang tidak terhingga buat mek bang, kamek bahagia" balas Isteriku. 

Dia kembali tersenyum biarpun pipinya masih basah dengan airmatanya tadi.

Ku kucup dahi isteriku, tanda sayangku padanya. Matanya sentiasa mengamati mataku, sepertimana aku jua menatapnya. Kami hanyut dalam percintaan yang sangat istimewa dan terindah itu. Sedikitpun kami tidak mahu berganjak dari saat-saat indah itu.

"Dah dah, cukup tu sayang, kang habis nikmat tu nanti" sakatku. 

Si dia tetap menatapku. Aku tau bukan kehenseman aku yang dia nikmati tetapi detik yang tiada siapa boleh mengulasnya. 

"Ish abang tok, spoil la" balas isteriku mengerutkan dahinya. 

"Pergi dapur nun siapkan sarapan, abang lapar la pulak" kataku mengacau lamunannya. 

Dia bangun, dan aku turut sama, aku peluk si dia dari belakang, terasa hangat.

Kami turun bersama ke dapur untuk menyediakan sarapan. Orang tuanya masih belum kelihatan, nampaknya kami berdua yang terawal hari itu berada didapur. Sampai di dapur sekali lagi aku memeluknya dari belakang. 

"Ehemmm" suara ibu mertuaku. Adoi kantoi lagi mengada-ngada dengan isteriku. Selalu tidak perasan, mana taknya, leka bermanja.

Bersambung...

Part 11 Hadiah Terakhir

No comments:

Post a Comment