Part 11: Hadiah Terakhir



Part 11: Hadiah Terakhir

🐿️ Episod 101: Kesedihan Ibu

Aku membantu isteriku di dapur menyediakan sarapan pagi tu. Bukan membantu apapun, membantu menyakat dan mengusik si dia. Menceriakan pagi itu bersamanya.

Sarapan siap, nasi lemak resepi yang isteriku dapat dari YouTube. Aromanya boleh tahan, tak sia-sia aku memperisterikannya. Terima kasih Tuhan kerana engkau menganugerahkan isteri yang terbaik buatku.

Pagi itu kami berempat bersama-sama sarapan. Gelak tawa kedua mertuaku mendengar kami saling menyakat. Suasana sangat ceria.

"Pak, mulai besok kami berdua akan bermalam di rumahku, rumah itu sudah terlalu lama ditinggalkan" kataku menukar topik pagi itu. 

"Baguslah ya, lagi pun kitak dan ustaz dah pagar rumah ya" sokong bapak mertuaku. 

"Mak iboh sedih-sedih, kamek dan abang akan pulang bermalam di sitok hujung minggu mak" pujuk Isteriku pada ibunya yang terdiam. 

"Auk, mak paham, lagipun lama rumah ya dah ditinggalkan" jawab si ibu dengan hiba. 

Mungkin baginya ia suatu perpisahan sementara yang menyentuh hatinya.

Suasana jadi senyap seketika. Semua diam tidak berkata-kata. Masing-masing hanya saling berpandangan.

"Ala bukan jauh pun ya, digenggam kentut embak sinun pun agi bau" si bapak mertuaku melawak memecahkan kesunyian. Masing-masing tergelak geli hati dengan ucapan bapak mertuaku. 

"Aokla, bukan jauh pun ya mak" ujar isteriku jelas dia tahu ibunya terkesima dengan hal itu. 

Sambil itu dia memegang bahu ibu dari belakang kerusi tempat ibu duduk. Diciumnya pipi si ibu. Tatkala itu juga airmata ibu mertuaku mengalir. Sangat jelas amat berat untuknya berpisah dengan anak kesayangannya.

Aku berasa sedikit serba salah dengan situasi itu. Aku mengalih pandangan tidak mahu terlibat dalam drama anak beranak tu. Apa yang pasti bapak mertuaku tetap tenang dan relaks.

Suasana sekali lagi menjadi senyap sepi. Apa yang kedengaran hanya bunyi kipas syiling yang berputar di ruang dapur itu.

"Udah lah ya, miak-miak ya bukan gi siney pun" sekali lagi bapak mertuaku menegur ibu. Aku tidak berani berkata apa-apa. 

Hanya senyap memerhati apa yang berlaku. 

"Nya dah belaki, tau la lakinya nyaga nya, menantu kita orang yang bait-bait, sikkan nya nak nyepak nerajang anak kawu ya" si bapak mertuaku ku cuba berseloroh memujuk isterinya. 

Barulah si ibu nampak tenang tersenyum mengesat airmatanya. Ahh lega...


🐿️ Episod 102: Suasana Keberatan

Selesai makan malam itu, isteriku mengemas pakaian yang akan dibawanya. Ku lihat di bagi-baginya pakaiannya, sebahagian disimpan dalam beg, sebahagian lagi dilipat kemas dan disusun di almari.

Dalam kesibukannya mengemas. Aku perasan isteriku menitis air matanya. Aku berdiam tidak mahu menganggu emosinya yang sedang bergolak memikirkan perpisahan dengan orang tuanya. Dia sememangnya rapat dengan ibunya. Ibunya adalah tempat dia meluahkan segalanya.

Tiba-tiba dia bangun dan berjalan keluar dari bilik. Dia turun ke bawah. Aku mengekorinya. Di bawah kedua-dua mertuaku ada di ruang tamu menonton tv. Si dia berlari mendapatkan ibunya. Dipeluknya ibu serapatnya. Drama antara dua beranak ini berlangsung lagi. Kedua-duanya berpelukan.

"Mak jangan sedih tau, kamek tetap sayang kitak mak" ujar isteriku bersama airmatanya. 

"Sik mak sedih, mak tauk laki kitak bait, nya akan jaga kitak sebaitnya kelak" balas ibu mertuaku. 

"Sidak duak tuk mengado-ngado, nak berdrama sia, tepi sikit iboh menghalang pandangan bapak nak nangga tv nun, bukan mok nangga drama kitak duak ya" sakat bapak mertuaku, tidak mahu dua beranak tu bersedih. 

"Kitak ya nang sikdo perasaan" balas ibu mertuaku pada si bapak. Terasa geli hati aku mendengar usikan bapak mertuaku.

Biasalah orang laki ni tidak mudah menunjukkan emosi biarpun mereka sebenarnya sedih dengan situasi begitu. Ego lelaki memang begitu bukan bermakna mereka tidak sayang. Tapi itulah lelaki. Aku pun lelaki jadi aku tahula.

"Kawu ya, kat rumah laki kelak, jangan 24jam main tipon ya, makan minum laki jaga, sembahyang iboh ditinggalkan" bapak mertuaku menasihati anak perempuannya. 

"Aok pak, kamek dengar nasihat bapak, bapak ya pun sama wak, iboh berjemur ilak di kebun ya, cukup-cukup keluar peluh balit" balas Isteriku tidak mahu bapaknya terlalu berkebun.


🐿️ Episod 103: Perpisahan

Ibu dan bapak mertuaku sudah seperti ibubapa ku sendiri. Cara layanan mereka terhadap aku seperti melayan anak mereka sendiri. Biarpun ada batas di antara mertua dengan menantu. Aku selesa dengan keluarga ini. Mereka ikhlas menerimaku seadanya.

Selesai solat subuh, aku dan isteriku bersiap menyimpan barang dalam kereta. Namun, isteriku sempat menyediakan sarapan untuk kami semua. Kedua-dua mertuaku pun sudah bangun.

"Gu, jaga anak perempuan kamek ya bait-bait, jangan takut tegurnya bila ada salah, kitak adalah syurganya, iboh manjakan gilak nya ya gu, kamek serahkannya sepenuhnya ngan kitak, kamek percaya kitak dapat membimbingnya, solat jangan lupa" panjang lebar bapak mertuaku berkata-kata. 

Aku cuma mengangguk. Aku salam tangannya dan ku cium menunjukkan hormat ku padanya.
Si ibu dan anak berpelukan. Diciumnya berkali-kali ibu mertuaku. Ternyata kasih sayang mereka sangat hebat.

Kami bergerak pada waktu subuh kerana nasihat bapak mertuaku lebih elok jika mulakan sesuatu pada waktu subuh.

Aku menghidupkan enjin kereta ku. Ku biarkan isteriku melepaskan segalanya pada ibunya. Tidak lama kemudian, isteriku masuk ke dalam kereta. Airmatanya masih berlinangan. Aku diam tidak mahu mengganggu moment nya itu.

Kereta ku mulai meluncur keluar dari simpang. Kelihatan orang tuanya melambai dan masih tercegat berdiri di depan pintu melihat sehingga kami saling tidak nampak masing-masing.

Dalam perjalanan itu, aku senyap, dia pun senyap. Aku fahami perasaan nya itu. Perpisahan pertamanya dengan keluarga tersayangnya.


🐿️ Episod 104: Hari Pertama Di Rumahku

Kereta sudah sampai di perkarangan rumahku. Kami berdua bersama memunggah barang dari kereta dibawa masuk ke dalam rumah.

Dalam rumah tiada apa yang perlu dikemas sangat. Cuma perlu memvakum jer, maklumlah ada berdebu sedikit. Aku buka muzik instrumental kuat sikit agar suasana seperti di lobi hotel.

Isteriku ke dapur mengemas apa yang patut. Dia tidak teragak-agak membantu mengemas apa yang patut. Sedikit pun dia tidak kekok di rumah itu.

"Sayang, apa sahaja yang ada di rumah gunalah sepertimana abang gunakan, apa yang ada ia juga milikmu sayang" kataku padanya. 

"Sayang tau, kita kan suami isteri, sayang milik abang dan abang milik sayang, perkongsian hidup dengan abang adalah suatu keberkatan dalam hidup sayang tau" balas Isteriku. 

"Nanti keluar cari stok bekalan makanan atau apa yang patut ye sayang" kataku mengajaknya mencari bahan untuk dapur. 

"Yeaaa shopping, sayang nak perabiskan duit sayang, ha ha ha" balas isteriku sambil gelak. 

"Ye lah suka hati sayang la nak beli apa-apa keperluan kelak" jawabku. 

"Ish abang tok ingat sayang tok kaki kikis ka, selagi boleh guna, kita guna, jangan membazir tauk sik?" ujarnya. 

Dia memang bukan jenis serakah pun. Orangnya cukup bersederhana. Itu juga membuatkan aku bangga punyai isteri sepertinya.

Selesai mengemas semua, badan terasa melekit. 

"Sayang jom mandi sama" ujarku. 

"Sik mok ku" jawab isteriku 

"Eleh polah jual mahal nar wak" kataku. 

Aku menarik tangannya dan mengambil towel. Dah suami isteri nak segan apa. Wei, takkan mandi pun korang nak tau macamana. Dah cukup tak mau cerita lebih.

Lega, lepas mandi segar rasa badan. 

"Sayang jom pergi cari barang" ajakku. 

"Jap, sayang bersiap" balas Isteriku dalam bilik. 

Tidak lama kemudian dia keluar dari bilik. 

"Tadaaa... dah siap bang, jom" ujar isteriku. 

Wow, dia tetap cantik mengenakan apa pakaian pun, sederhana namun tetap menarik dan cantik. Itulah yang aku suka, kecantikan semulajadi.

Kami bergerak ke supermarket terdekat. Sambil memandu tangan ku mengenggam tangan isteriku. Si dia hanya senyum memandangku.


🐿️ Episod 105: Shopping La Sangat

Sesampai di supermarket, aku mengambil troli. Aku sengaja tidak mengambil duit. Saja nak mengenakan isteriku. Nak lihat ragamnya.

"Sayang boleh ambil apa saja yang sayang mahu" ujarku memberi semangat kepada isteriku mencari apa yang dia mahukan. 

"Mena sik tok, kelak over budjet abang lak" balasnya. 

"Eh mena la, abang bagi can sayang ambik apa yang sayang mahu" kataku meyakinkannya.

Namun, apa yang aku lihat dia banyak mengambil keperluan bersama lebih kepada barangan dapur dan kegunaan bilik air. Berjimat sungguh isteriku ini. Dah la cantik, sikap pula penuh bersederhana. Siapa tak bangga dan sayang isteri macam dia ni.

Selesai mengambil barang, aku menolak troli ke kaunter pembayaran. Aku saja buka dompet dan buat-buat terlupa bawa duit. 

"Macamana ni sayang, abang tada cash la, lupa cucuk dinding tadi" kata ku dan sambil aku perhatikan reaksinya. 

"Tadi bukan main suruh sayang ambil apa saja, ha sapa susah" hentam isteriku. 

"Ingat dah ambik tadi" jawabku buat-buat menggelabah. Ceh, dia buat muka relaks je. 

"Takpa guna duit sayang dulu" katanya sambil dia mengeluarkan duit dari beg duitnya. 

Aku tangkap jarinya dan suruh dia simpan semula duitnya. Aku tau duit itu adalah duit peruntukan dari PTPTN yang dia pinjam. 

"Kenak bang, sik jadi ambik barang kah?" dia keliru dengan perbuatannya ku. 

"Kita guna benda ni" aku menunjukkan padanya kad kreditku. Apalagi mukanya kembali ceria la.

Setelah membayar barangan tadi kami kembali memunggah barangan itu ke dalam kereta. 

"Dah dekat tengah hari ni sayang, sayang tak payah masak la, kita makan kat kedai ye, laparla" aku mencadangkan kami singgah makan dulu. 

"Ada duit sik nak bayar makan, mun belum mok keluarkan duit, pakai duit sayang dulu la bang" kata isteriku. 

Sangat memahami isteriku kesayanganku itu. 

"Boleh wak, nanti abang korek dinding abang bayar balik k" kataku tanpa malu-malu.

Kami singgah makan selepas itu kembali ke rumah. Ingat nak perkenakan dia, tapi dia bersahaja, macam siap sedia back-up kalau-kalau aku tada duit. Apapun, dia tetap wanita yang aku banggakan.


🐿️ Episod 106: Khabar Gembira

Hari-hari terus berlalu, minggu demi minggu bersilih ganti. Rutin demi rutin berlaku. Aku balik rumah isteri seperti biasa melaksanakan tugasnya sebagai seorang suri rumah yang hebat. Tidak pernah marah, malah sentiasa memberi senyuman padaku.

Kalau rutin di sekolah pula, gangguan dari si murai aku sudah lali. Dia tetap dengan rutinnya menyakitkan hati aku. Dan apa yang aku buat, buat-buat busy. Kalau duduk di bilik guru aku akan tutup telinga ku dengan earphone. Ha, selesai. Kalau ada waktu free, aku dan isteriku akan saling bermesej. Paling tidakpun jika ada free bersama aku akan lepak dengan ustaz sahabatku. Begitulah rutinnya. Aku tidak pernah jemu dengan rutin hidupku.

Hujung minggu sentiasa melawat ibu dan bapak mertuaku. Mereka sihat, sekali sekala bagi peluang isteriku melepaskan kerinduan pada mereka. Aku pulak berborak berkongsi sebarang topik dengan bapak mertuaku.

Bulan yang yang dinantikan umat Islam sudah pun tiba, yakni bulan Ramadhan. Ia pengalaman pertama ku melaksanakan tanggungjawab berpuasa. Cabaran bertambah apabila Isteriku menyampaikan suatu perkhabaran.

"Sayang, tengok ni, double line kan" isteriku menunjukkan dua jalur ungu kelihatan pada alat penguji kehamilan. 

Aku diam aku pandang wajahnya tanpa berkerdip. Dia pun sama. Aku mengangkat kedua tangan ku dan isteriku sama. 

"Yeaaaaaa... Abang bakal jadi ayah" kataku dan kami berpelukan. 

Gembira tidak terhingga. Dia mencium pipi ku berkali-kali menunjukkan bertapa seronok dan terujanya dia. Ku lihat dia mengambil telefonnya dan didailnya nombor ibu mertuaku. Dia tidak sabar memberitakan khabar gembira itu pada ibunya. Kelihatan dia sangat gembira dengan kehamilan itu.

"Sayang bakal jadi ibu, ibu terhebat, tercantik dan terbaik untuk keluarga kita" aku menambah dengan pujianku. 

"Syukur Alhamdulillah kita bakal jadi ibu dan ayah la bang" dia sangat gembira sampai terkeluar air matanya kerana terlalu teruja. 

"Sayang lama sudah menantikan saat ini" luahnya lagi. Aku memeluk tubuhnya dan ku usap perutnya itu.


🐿️ Episod 107: Pemeriksaan Kandungan

Aku memohon cuti rehat khas (CRK) selama 2 hari kerana perlu membawa Isteriku ke klinik ibu dan anak. Aku bukan jenis yang suka-suka ambil cuti. Sebab itulah senang aku dapat cuti dua hari berturut. Aku nak luangkan masa bersama isteriku. Mulai dari hari ini, kesihatan isteriku perlu ku jaga dengan baik.

Awal pagi itu membawa Isteriku ke klinik. Aku menasihatinya agar tidak perlu berpuasa, tapi dia degil berkeras mau juga berpuasa. 

"Kitak iboh jak puasa sayang, jaga baby dalam kandungan ya" kataku nasihatkannya. 

"Selagi sayang mampu, sayang akan cuba dolok, lak mun sik tahan baru sayang buka puasa" balas Isteriku berdegil. 

"Iboh jak la sayang" kataku. 

"Sayang nak puasa bersama abang, sayang tidak sanggup melihat abang puasa sorang dahla pengalaman pertama abang tok" jelas isteriku. Aku pula alasannya.

Sesampai di klinik aku memimpin tangan isteriku dan daftarkan dia di klinik tersebut. Semasa doktor membuat pemeriksaan scan satu lagi kejutan untuk kami berdua. Denyutan nadi dalam kandungannya ada dua. Ya Allah, kami akan mendapat anak kembar. Isteriku tersenyum menitiskan airmata gembiranya melihat aku menadah kesyukuran.

Isteriku memang keturunannya ada darah kembar. Malahan dia sendiri pernah ada pasangan kembarnya. Tidak diduga juga kami mendapat rezeki berganda. Dilema juga aku, nak minta ibunya datang menjaganya atau kami balik ke rumah mertuaku. Kalau di rumah mertuaku ia adalah kelebihan kerana ada orang sentiasa boleh menjaganya apabila aku turun berkerja kelak. Untuk bulan pertama ini isteriku akan bersama ku di rumah.

Bila sampai di rumah, aku tidak dapat mengawal diriku. Aku siap menari-nari, dan isteriku hanya memerhati dengan penuh senyuman. Rasa gembira kami berdua tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Tidak tahu bagaimana perlu saya luahkan. Rasa nak jerit nak bagitau dunia bertapa bahagianya.


🐿️ Episod 108: Rindu Yang Di Depan Mata

Memandangkan hari itu aku cuti, aku bincang dengan isteriku untuk mengajak mertuaku berbuka bersama petang itu.

"Sayang, masak sedap-sedap untuk berbuka nanti ye, nak jemput ibu dan bapak datang" kataku pada isteriku. 

"Baik sayang, tapi abang kena tolong lah, tapi jangan curi ponteng puasa lak" balas Isteriku. Hari ini dalam rumah isteriku berhijab. Katanya tidak mau aku tergoda di siang hari. Aku ia kan je lah.

"Bulan puasa no touching-touching ye bang, kawal diri tu" ujarnya. 

"Tengok wajah isteriku pun tak boleh ka?" tanyaku. 

"Tengok boleh, nafsu jangan a" balas isteriku. 

Dugaan sungguh la. Rasa nak peluk nak manja dengan isteri pun kena kawal. Adoi la jam la macam ni.

Sepanjang hari tu aku ke hulu ke hilir tak senang duduk. Buka muzik, buka movie, semua tak habis, sekerat-kerat je layan. Rasa merindui isteri biarpun dia ada depan mata. Rindu nak peluk manja dengannya. Kejap-kejap jenguk isteri je kerja. Rasa nak usap perutnya nak manja-manja dengan budak-budak dalam kandungannya. Boleh gila aku macam ni.

"Sayang, kenapa ni? dari tadi ke hulu ke hilir tak duduk diam" tanya isteriku melihat ragam aku yang tak senang duduk. 

"Seksa la sayang, lihat isteri ada depan mata, tapi tak boleh nak sentuh-sentuh" jawabku. 

"Sabar sayang, sayang pun sama wak nak manja juga semua tu, tapi bulan ni kena kawal diri" balas isteriku pula. 

Dia cool jer sebab dia sudah berkali-kali melalui puasa. Aku bukannya tidak pernah puasa, namun amalan puasanya sedikit berbeza. Dia seronok la ada teman dalam perutnya, kejap-kejap belai perutnya sendiri. Jeles aku tau.

Cabaran sungguhla. Begini rupanya bulan puasa ni. Banyak benda kena tahan, bukan takat makan jer, nafsu dan lain-lain pun kena kawal. Takpalah awal-awal tak biasa lagi kot.


🐿️ Episod 109: Berbuka Bersama

Petang tu selesai masak-masak semua. Aku dan isteriku menunggu mertuaku datang bertandang. Ku sengaja buka radio, nak dengar laungan azan senang tau waktu berbuka.

"Sayang, kitak pasti ka bapak tau guna GPS datang ke rumah tok?" tanya ku. 

Sebabnya mertuaku tidak pernah datang pun ke rumah sebelum ni. 

"Bapak kamek ya orang zaman moden la sayang, taula nya guna benda ya" jawab isteriku. 

"Ye lah dah dekat masuk waktu berbuka dah ni, kang terlepas pulak sidak duak eh" ujarku. 

"Eleh, takut sidak terlepas ke, abang ya sik sabar nak berbuka!" sakat isteriku. 

Macam tahu-tahu je perut aku ni dah kosong gila. Aku cuma tersengih dengar kata-kata isteriku. Aku pandang wajahnya, wow manisnya senyuman. Cepat-cepat ku kalih pandangan, rugi pulak puasaku dah 'last-last' minit macam ni.

Ha, dah sampai pun, aku cepat-cepat buka pintu pagar untuk mertuaku. 

"Assalamualaikum" sapa bapak mertuaku. 

"Wallaikumsalam pak" jawabku. Sambil ku salam tangannya. 

"Jemput masuk pak, bu" jemputku. 

Kami bertiga pun masuk ke dalam. Aku mempelawa keduanya ke dapur dengan isteriku sudah menunggu di sana.

Isteriku melihat ibunya, bergegas dia memeluknya. Si dua beranak tu melepaskan kerinduan. Si ibu mengusap perut isteriku. Manakala aku bersembang dengan bapak mertuaku ku.

"Sik sesat kitak guna GPS datang sitok tadi pak" tanyaku. 

"Nasib bait pandei makei benda ya, mun sik boleh sesat wak" balasnya. 

'Timing' cun, laungan azan sudah kedengaran tanda masuk waktu berbuka. Kami semua menadah tangan tanda bersyukur dan mulakan dengan lafaz Bismillah.

"Tunggu apa lagi, jamahlah, sik elok melengahkan waktu berbuka" kata bapak mertuaku. 

Aku meneguk air kosong dulu, membasahkan tekak yang sudah kering dari tadi. 

"Tedah abang haritok mak, teruk ilak rupanya puasa sepanjang aritok" isteriku mengejekku. 

Ibu mertuaku hanya tersenyum. Bapak mertuaku ku melayan makanannya. Hidangan tidaklah banyak, tapi cukup untuk kami berempat. Isteriku tidak masak berlebihan, dia tu berjimat cermat dan sangat bersederhana. Tapi apa yang dimasak petang tu sangat sedap. Berselera semua kami makan.

Selesai makan kami berempat solat berjemaah bersama yang diimamkan oleh bapak mertuaku. Selesai itu, kami berempat bersembang-sembang tentang isteriku yang sedang mengandung. Wajah-wajah ceria malam itu terasa meriah kerana semua yang di situ seakan-akan ada enam orang. Itu bukanlah kali pertama kami ceria bersama seperti itu, sebabnya biarpun keluarga ini kecil, tapi sangat akrab.

"Bu, masuk bulan ke-3 kandungannya kamek minta tolong kitak jaga bu" pintaku tidak teragak-agak. 

"Insyaallah, ibu akan jaga anak mak tok" jawab si ibu penuh senyuman kegembiraannya. 

"Bukan apa bu, kamek banyak di sekolah wak, takut sikda orang menjaganya" tambahku menjelaskan tanggungjawab sebagai seorang guru juga. Isteriku hanya diam dan tersengih.

Tidak lama selepas itu kedua-dua mertuaku minta diri untuk balik. Isteriku membungkus makanan yang ada untuk mereka bersahur nanti.


🐿️ Episod 110: Melepaskan Kerinduan

Rumah itu kembali sunyi setelah mertuaku balik. Aku menemani isteriku mengemas dan membersihkan pinggan mangkuk di dapur.

"Abang tok bukannya menolong mek pun" kata isteriku kerana aku sibuk mengusik dia dengan pelukkanku. 

"Dari tadi abang nak peluk dan bermanja dengan sayang tauk sik" balasku. 

"Taukla, kalau ye pun bagilah sayang selesai mengemas dulu" jawab sang isteri. 

Tangan ku nakal mengusap perutnya. Aku tidak habis kegembiraan kerana khabar kembar dalam kandungan isteriku.

Selesai di dapur itu, aku dan isteri pergi ke ruang tamu. Sengaja aku buka muzik instrumental, nakkan suasana santai dan tenang.

"Macamana bang, pengalaman puasa, 'best' Kan?" tanya isteriku sambil menyandarkan dirinya padaku. 

"Entahla, best wak, tapi nang mencabar, sik boleh makan minum, sik boleh kacau isteri abang" balasku terus memeluk tubuhnya. 

Yang dari tadi ku tahan ingin bermesra dan bermanja dengannya. Bagaikan orang melepaskan kerinduan seperti lama tidak bertemu.

Tangan ku mengusap-usap terus perut isteriku. Rasa tak sabar menanti kelahiran anak kembar kami. Biarpun kandungannya baru masuk sebulan lebih. Debaran perasaan jadi seorang ayah sangat menebal di jiwaku.

Kami berdua bersembang pasal bakal kehadiran kembar itu. Membincangkan nama mereka kalau laki ataupun perempuan. Siap mencari-cari nama yang sesuai untuk mereka. Aku dan isteri tidak kesah samada kedua-duanya nanti adalah lelaki atau perempuan. Apa yang pasti kami mengharapkan mereka sihat walafiat dan cukup sifat.

Setiap saat bersama, aku dan isteri hargai sebaiknya. Dugaan puasa tadi pun sudah mengajar aku, betapa setiap saat itu berharga. Saat tertunggu waktu berbuka sudah menyeksakan. Si dia nampak tenang dan tetap sentiasa memberi aku senyuman.

Bersambung....

Part 12 Hadiah Terakhir

No comments:

Post a Comment