Part 12: Hadiah Terakhir



Part 12: Hadiah Terakhir


🐾 Episod 111 Selesainya Gangguan Mistik

Setelah hampir sebulan berpuasa 1 syawal pun menjelma. Aku dan isteriku menghias secara bersederhana rumah itu, kerana kami akan menyambut raya di rumah mertuaku. Petang terakhir Ramadhan itu saya dan isteri pergi ke rumah mertuaku.

Di sana kami membuat persiapan untuk menyambut ketibaan Syawal. Dalam masa yang sama menyediakan hidangan terakhir untuk berbuka bagi petang itu.

"Sayang, nak keluar jap, ustaz nak jumpa, ada hal katanya" ujarku pada si dia tersayang. 

"Baiklah bang, jangan lama-lama sangat tau, banyak lagi benda nak buat ni" balas isteriku. 

"Ok sayang, sik lama kot, nya ngajak jumpa kedai kopi kinitok" jelasku. Aku pun pergi bersiap dan mengapai kunci keretaku.

Sampai di tempat yang dijanjikan aku sudah lihat ustaz sudah duduk dengan setianya menungguku. 

"Assalamualaikum ustaz, lama kita sik menyembang" sapaku. 

"Wallaikumsalam, macamana famili sihat?" balas ustaz. 

"Alhamdulillah ustaz, sihat seperti kehendak-Nya" jawabku. 

Kami hanya melepak di situ maklumlah puasa. Dari riak wajah ustaz aku dapat lihat yang dia ingin menyampaikan sesuatu padaku.

"Ingat sik gangguan di rumah mertua kitak riya?" tanya ustaz padaku. 

"Ya ustaz, kenak?" tanyaku padanya semula. "Bomoh yang orang ya ambil telah meninggal dan gangguan ya telahpun selesai, jadi kitak sik boh riso gik" jelas ustaz kepadaku. 

"Alhamdulillah ustaz, lega kamek dengar, giney ustaz tauk?" tanyaku. 

"Biasalah, amalan syirik tok, mun salah amal akan makan diri, ya lah yang terjadi, kedakney kamek tauk ya sik penting, yang penting famili kitak dah selamat dari gangguan ya" jelas ustaz panjang lebar. 

"Apapun terima kasih atas segala bantuan ustaz selama tok" ujarku. 

"Sikda pa ya, kita kan kawan wak" jawab ustaz ringkas. Dan kami sama-sama gelak tawa bersama.

Kami pun terus bersembang kosong sehinggalah idea tu kehabisan. Aku minta diri sama juga dengan ustaz kerana masing-masing masih banyak tanggungjawab perlu dilakukan sebelum menjelang syawal.


🐾 Episod 112: Sweet Kan?

Suasana pagi raya, sangat meriah. Aku pula kali kedua bersampin bagai selepas majlis persandingan dulu. Macam seorang pendekar pun ada. Sang isteri pula mengenakan baju kurung yang sama tema denganku warna kebiruan kegemarannya biarpun sedikit berisi kerana tengah sarat mengandung.

"Ayu nya isteri abang haritok, macam bidadari" pujiku pada isteriku. 

Dia tersenyum manis bersama lesung pipitnya yang sentiasa mendebarkan hatiku. 

"Abang pun segak wak, macam pahlawan Melaka, dengan mata abang yang memancar sinar kebahagiaan di hari mulia tok" balas isteriku. 

Aku tersenyum dan ku pegang bahunya. Kami saling bertatapan. Ish berdegup kencang pula jantungku. Macam baru kali pertama bersamanya pula. Ku kucup kening isteriku, dan dia membalas dengan kucupan di tanganku dan berakhir dengan pelukan hangatnya. Terasa seperti di awangan pula saat-saat indah itu.

"Jom, sayang kita kena bersedia, mungkin ramai yang akan bertandang, lagi-lagi anak murid abang tauk abang menyambut kat sitok" ujarku sambil mengambil duit raya yang sudah disediakan semalam lagi. 

"Anak murid perempuan ke laki-laki bang?" pertanyaan isteriku sengaja mahu tahu. 

"Laki dan perempuan la sayang, kenak?" tanyaku. 

"Ni tauk ada miak nak gedik-gedik ngan laki aku" balas Isteriku mengerutkan dahinya. 

"Pandai jeles indah, abang hanya cintakan kitak sorang jak la sayang" jawabku. 

Ternyata itu yang dia ingin dengar dariku. Dia ingin dengar aku hanya menyayanginya sorang.

"Tapi abang sebenarnya kan, tidak menyayangi kitak sorang, abang ada orang lain sebenarnya, ada lima yang abang sangat sayang" ujarku. 

Dia nampak sangat terkejut. 

"Abang ada perempuan simpanan ka? Sapa gik bang, sampai hati abang polah giya, kamek hanya mencintai kitak ajak tau kah?" balasnya tidak puas hati dengan kata-kata ku tadi.

"Maafkan abang, abang sik sanggup menipu, abang sayang yang lain wak" jelasku lagi. 

Dia melepaskan pelukannya. Airmatanya mulai bergenang. 

"Siapa bang? Murai? Padah bang, mun ada apa yang berlaku jangan pernah tinggalkan kamek bang, kamek redha jika abang ada yang lain, tapi benarkan kamek terus mencintai abang, kamek sik sanggup kehilangan abang" airmatanya menguncur deras. 

Jelas dia terasa dengan kata-kata ku.

"Nak tauk siapa sida lima orang ya?" tanyaku. 

"Padah jak kamek dengar, kamek pasrah" jelasnya. 

"Aik, alu sikda istilah sayang terus" kataku. 

"Kitak tauk kitak ya orang yang paling kamek sayang" jelasnya. "Ok la abang madah sapa lima orang ya, kedua dan ketiga kembar dalam kandungan sayang, keempat dan kelima adalah ibu dan bapak" jelasku padanya. 

"Eeee benci ku eh, jai kitak mengenakan mek, dah gelap dunia mek tek" balas isteriku sambil memukul manja dadaku. 

"Mana mungkin ada orang selain kitak berlima sayang, dan yang teratas paling abang sayang adalah isteri yang paling istimewa ini" jelasku dan memeluk isteriku. 

Dia kembali tersenyum sambil mengesat air matanya tadi. "Nakal abang tok eh" katanya sambil memelukku erat kembali.


🐾 Episod 113: Sarawak Istimewa

Begitu sayangnya si dia padaku. Baru ku kenakan macam tu, si dia sudah menggelabah. Dari situ juga aku dapat merasakan kesungguhannya menyayangi dan menyintaiku. Aku hargai semuanya kerana aku juga sepertimana dirinya merasakan apa yang dirasakannya.

Kedengaran suara si ibu dari bawah memanggil kami berdua. Anak-anak murid ku datang beraya. Ku perhatikan ragam isteriku melayan yang perempuan terus dan aku melayan yang laki-laki. Ya aku tahu, dia cemburu dan itu tandanya dia sayang padaku. Dia menjeling sinis padaku. Biarpun begitu, kami berdua faham makna jelingan sinisnya. Mungkinkah dia masih terbawa-bawa dengan emosi dikenakan ku di atas tadi. Atau dia merajuk padaku. Apa yang pasti dia tetap menyayangi seadanya.

Suasana raya berterusan sepanjang hari tu. Terkadang membuatkanku teringat suasana Krismas ketika kedua-dua orang tua ku masih hidup. Membuat aku merindui mereka. Terasa ingin ku berjumpa orang tua ku yang sudah kembali di sana. Mujurlah keluarga ini menerimaku seadanya, bolehlah aku menumpang kasih sayang dari ibu dan bapak mertuaku.

Selepas semua tetamu beredar. Aku duduk berehat menahan kepenatan melayan para tetamu. 

"Kenak abang termenung tok? Ada apa-apa ke yang mengganggu minda abang" si isteri perasan melihat cara aku diam termenung. 

"Abang merindui emak dan bapak abang, abang terkenang semasa kami menyambut hari Krismas dulu, suasana gembira bersama pokok pine yang terhias di sudut rumah" jelasku menunduk kesedihan. 

Si dia tahu, kisah bagaimana pemergian orang tuaku, kerana aku pernah menceritakan padanya. Si dia mengusap bahuku dari belakang, jelas dia cuba meredakan perasaan ku.

"Abang rasa bersalah pada mereka sayang, abang tidak menziarahi kubur mohon restu dari mereka tentang agama baruku, abang berdosa pada mereka" jelasku. 

Isteriku ku setia disampingku tidak berkata-kata. Aku tahu dia risau ucapannya akan menambah dukaku. 

"Jika ada masa kelak kita ziarahi perkuburan mak ayah abang k, sayang pun nak mohon restu pada mereka" ujar isteriku lembut sambil memegang dan mengusap bahuku.

Mujurlah, juga keluarga makcik ku ada datang juga akhirnya. Mereka mula menerimaku kembali. Biarpun agama kami berbeza, mereka tetap saudara-mara yang aku ada. Mulanya aku berasa kekok juga, namun kelamaan kami kembali seperti dulu lagi. Dapat juga aku melepaskan kerinduan ku pada mereka.

Di Sarawak bukan hanya aku yang berkahwin campur seperti ini, ramai lagi, ada yang berbeza bangsa ada juga yang kahwin dengan berbeza agama. Itulah yang membuatkan Sarawak adalah negeri yang unik. Biar permulaannya agak sukar, diakhirnya saling menerima dan melengkapi. Itulah sebabnya negeri ini jarang kita bertemu yang bersikap extremis dan rasis jauh sekali. Bukanlah menunjuk-nunjuk, tapi itulah hakikatnya kepelbagaian masyarakat di Sarawak.


🐾 Episod 114: Aku Tetap Seorang Guru

Cuti Raya dah pun tamat, persekolahan bersambung semula. Rasa malas juga nak pergi kerja. Ingin hanya bersama tersayang. Namun, tanggungjawab sebagai pendidik tidak boleh ku abaikan. Kerana aku adalah seorang guru. Aku memilih kerjaya guru kerana itulah jiwaku.

Di sekolah aku menjalankan amanahku seperti biasa. Masuk kelas mengajar, keluar kelas ke bilik guru, bersembang dengan teman sekerja jika kelapangan. Lapar, pergi ke kantin. Selain itu, menjalankan tanggungjawab sampingan atau tugas khas. Jika bermotivasi, menyemak buku kerja pelajar. Itulah rutin kehidupan sebagai seorang guru. Hanya yang bergelar guru faham apa yang dilalui.

Sedang aku duduk berehat di meja ku, si murai mendatangi aku. Aku bersedia menghadapinya dengan tenang. 

"Kau ingat aku akan lepaskan kau semudah ya, aku akan tetap akan dapat cinta itu tidak kira apa saja cara" si murai berbisik pada ku dengan membungkukkan tubuhnya di belakangku. 

"Kau tok sik habis-habis wak, kalau benar kau sayang pada aku, lepaskanlah perasaan kau ya, ya pinta ku" balasku dengan nada perlahan tidak mahu yang lain mendengar. 

Dan aku kembali menutup telingaku dengan 'earphone'. Si murai jelas kelihatan seperti orang kepanasan tidak puas hati, sampaikan ada ku dengar pelajar jadi mangsa melepaskan amarah dihatinya. Rasa ingin saja aku pindah sekolah menjauhkan darinya. Tapi itu adalah sekolah yang terdekat dengan kawasan perumahanku malah rumah mertuaku.

Mulai minggu itu, aku terpaksa kembali tinggal bersama keluarga mertuaku kerana kami memerlukan bantuan ibu mertuaku untuk menjaga isteriku yang mengandung. Mujurlah mertuaku jenis yang sangat memahami malah menyayangi seadanya.

Tamat persekolahan, aku cepat-cepat balik ke rumah mertuaku. Aku tidak mahu terserempak dengan si murai. Semak rasanya bila terserempak dengannya. Bukan aku sombong, tapi setiap kali yang diucapkannya jarang sekali terdengar suatu yang menyenangkan.

Di rumah, isteri seperti biasa tercegat menanti kepulanganku di depan pintu. Melihat wajah ceria isteriku, membuat aku hilang kepenatan dan lupa perkara lain. Dia benar-benar membuatkan aku rasa gembira dan bahagia. Senyumannya tidak pernah lekang dari bibirnya sambil tangannya mengusap kandungannya.


🐾 Episod 115: Pemergian Kembarnya Diredhai

Seperti biasa malam itu berlalu dengan rutin. Selesai makan malam kami berkumpul di ruang tamu bersembang kosong. Namun suatu yang tidak kami duga berlaku. Kedengaran pintu rumah diketuk.

Apabila ibu mertuaku membuka pintu, tiada orang di luarnya. Malah tiada salam kedengaran.

Tiba-tiba api semua padam. Blackout. Alamak gelap gempita.

Terdengar suara tangisan yang sayup-sayup kedengaran dari tingkat atas. Aku membuka lampu telefonku, menyuluh tangga naik ke atas. Isteriku nampak ketakutan. Kami berempat, naik bersama ke atas. Dengan perlahan tangga itu kami pijak naik.

Sampai kat atas semakin dekat dengan bunyi tangisan. Sampai kat ruang beranda kami semua terpaku melihat si tudung kuning berada di beranda itu. Kami semua diam tidak mampu berkata-kata.

"Mak, bapak, adik, kamek merindui kitak semua, kakak akan pergi buat selamanya, sumpahan kita sudah selesai dik, kakak bebas, kakak akan menunggu di sana" si tudung kuning berkata-kata lembut. 

Mereka bertiga masih tergamam tidak mampu mengeluarkan suara. Aku bukan tak terpaku tapi dah terbiasa terserempak dengannya. Maka tidak heranlah aku agak tenang. Apatah lagi ibu mertuaku terus jatuh pengsan.

Si tudung kuning memberi senyuman dan lambaian. Perlahan dia menghilang dan lenyap dari pandangan kami. Seperti bermimpi mereka bertiga bagaikan baru jaga dari lena. Bapak mertuaku ku mencari suiz utama untuk menghidupkan semula elektrik. Suasana kembali terang semula.

"Ya kakak aku yang abang selalu tengok ka?" tanya isteriku. 

"Nya lah yang abang maksudkan selama tok" jelasku. 

Si ibu baru terjaga dari pengsannya. Bapak mertuaku tidak tahu apa yang perlu dibuat. Dia seperti mati kutu. Jelas juga mereka dapat melepaskan kerinduan pada kembar isteriku.

"Akhirnya, dia pergi wak" kata si bapak mertuaku. 

"Lamak dah kita sik nangga nya, ya kembar isteri kitak gu" tambah ibu mertuaku. 

Aku hanya mengangguk. 

"Abang dah tauk mak, selalu nya bertemu kakak di beranda ya, mula dolok nya ingat ya kamek" jelas isteriku. 

Ketiga-tiga mereka akhirnya meredhai pemergian si tudung kuning.


🐾 Episod 116: Sebak

Malam itu juga kami menyedekahkan Al-Fatihah buat arwah. Semoga arwah tenang selepas ini.

Si ibu mertuaku ku sebak dengan situasi itu. "Kasihan arwah, lama rohnya tidak tenang" ujar ibu mertuaku. 

"Aokla mak, lama wak kakak terikat di bumi tok, baru kinitok nya benar-benar pergi" tambah isteriku tampak dia langsung tidak ketakutan lagi bila dia sedar itu adalah kakak kembarnya sendiri.

Begitulah malam itu berlalu. Setelah itu kami kembali ke bilik masing-masing. Di bilik itu barulah isteriku menitiskan airmatanya. Dia tidak sanggup di lihat ibunya. Dia menahan rasa hibanya dari tadi. Sekarang giliran aku pula mengusap belakangnya. Cuba menenangkannya. Mana tidak isteriku sedih, kasih sayang dia dan kakaknya sangat tinggi. Jelas dia sebenarnya sangat terusik dengan penampakan terakhir kakaknya tadi.

"Sik sangka wak kakak ngayan diri pada kita semua malam tok bang" kata isteriku yang menyembamkan mukanya ke dadaku. 

Aku diam memberikannya ruang meluahkan emosinya. Tidak lama kemudian isteri tidak lagi menangis. Dia senyap. Perlahan aku lihat wajahnya. Lerr, tertidur rupanya. Sedih sampai tertidur isteriku. Kesian nya dia. Aku baringkan badan isteriku.

Aku tahu isteriku sangat akrab dengan kakak kembarnya. Dia selalu menceritakan padaku saat-saat mereka bersama. Dari kisah yang dia ceritakan, kakaknya selalu melindungi dia apabila.mereka dibuli budak-budak yang lebih tua dari mereka. Sedikit pun mereka tidak pernah bergaduh, malahan saling menyayangi dan menjaga masing-masing. Namun sikap kakaknya lebih manjakan adiknya. Tidak berasa air mata ku turut menitis mengenang kisah yang pernah diceritakan oleh isteriku.


🐾 Episod 117: Tragedi

Awal pagi sabtu aku bangun awal. Plan nak ajak isteriku keluar ke market basah. Nak cari keperluan dapur. Sambil mencari lauk yang mungkin dalam senarai idaman isteriku yang sedang sarat mengandung.

"Jom sayang kita pergi market basah, cari udang, boleh polah tomyam lak" kataku mengajak isteriku. 

Dia apalagi dengar perkataan udang riaksi wajah keseronokan. 

"Yea masak tomyam" katanya spontan. 

Aku hanya senyum dengan telatahnya. Nak kata comel tak juga, nak kata mengada tak juga. Entah tak tahu nak jelaskan. Apa yang pasti gelagatnya menghiburkan hatiku.

Aku gapai kunci kereta dan berjalan menuju ke kereta ku. Ku hidupkan enjin kereta. Si dia cepat-cepat masuk ke kereta. Wajahnya ceria sekali.

Sampai di market basah, kami berdua mencari bahan-bahan mentah untuk memasak. Si dia nampak udang, dipilihnya udang yang besar-besar. Kalau part lain dia berjimat cermat, tetapi pasal udang aku tidak mampu menghalangnya. Tambahan dia berbadan tiga, mengidam mungkin. Aku hanya mampu tersenyum dengan gelagatnya memilih udang.

Alamak aku perasan seseorang sedang memerhatikan kami berdua. Sejak bila aku pun tidak tahu. Aku saja-saja buat tidak perasan. Walupun begitu kelihatan riaksi mukanya tidak berpuas hati dan terus mengekori kami bedua. Lantak engkau lah si murai bisik hatiku.

Sesudah puas hati dengan apa yang dicari aku dan isteri kembali ke kereta. Kami menyimpan semua bahan tadi ke dalam bonet kereta. Tiba-tiba aku nampak si murai tadi meluru ke arah isteri ku dengan sebilah pisau. Belum sempat dia menikam isteriku dengan pisau tersebut, aku menerpa melindungi Isteriku. Dan pisau itu menusuk ke dadaku. Sakit ya amat. Darah merah terpercik dari dadaku. Baju ku berlumuran darah yang keluar dari dadaku.

Yang aku dengar "Ya Allah abangggg.......tolong tolong" kedengaran isteriku menjerit. Sempat aku melihat si murai melarikan dirinya. Dan aku menatap wajah cemas isteriku. Kemudian aku terus tidak sedarkan diri.


🐾 Episod 118: Cemasnya Si Isteri

Dengan ketakutan dan tangan terketar-ketar aku mendail nombor kecemasan. Sementara menunggu ambulans sampai, aku cuba menutup luka suamiku. Mata suamiku sudah tertutup. 

"Abang, bangun bang, buka mata ya bang" ucapan ku tidak keruan.

"Ya Allah, kau selamatkanlah suamiku" aku panjatkan doa secepat mungkin agar yang maha kuasa mendengarkan bisikanku. 

Serius aku panik. Tidak tahu apa yang ku perlu lakukan lagi. Aku segera menghubungi bapak dan emakku maklumkan apa yang terjadi.

Apa harus aku buat. Aku buntu. Dialah suami yang aku cintai dan dialah heroku. Insan yang sangat menyayangiku. Kenapa Kecelakaan ini harus terjadi. Kenapa kau rentap kebahagiaan kami ya Tuhan.

Suami ku terbaring di atas jalan. Seorang dua yang datang membantu. Selebihnya hanya mengerumuni dan mengambil gambar. Tidak lama kemudian ambulan pun sampai. Mereka mengangkat badan suami ku ke dalam ambulan. Aku ambil kunci kereta suamiku dan turut serta masuk ke dalam ambulan. Aku genggam erat tangan suamiku.

"Abang, bertahanlah demi anak-anak kita sayang" airmataku tidak mampu ku sembunyikan dari tadi sudah terburai. 

"Abang tolong jangan tinggalkan sayang, sayang tidak mampu hidup tanpa abang" aku terus membisik di telinga suamiku. Suami ku hanya diam kaku.

Jantungku bagaikan terhenti. Aku jadi tidak keruan. Aku cemas. Aku benar-benar tidak mahu kehilangannya. 

"Abang tolong bertahan sayang, sayang nak abang lihat dan membesarkan anak kita nanti" aku terus menerus memberi semangat pada suamiku walau aku tahu dia tidak sedarkan diri.

Sepanjang jalan itu aku menangis. Sesungguhnya aku insan lemah. Aku tidak dapat bayangkan hidup tanpanya. Abang lah satu-satunya insan teristimewa dalam hidupku. Kenapalah abang menyelamatkanku, kenapa tidak biarkan aku yang dicederakan. Besarnya pengorbanan suamiku. 

"Abang perlu teruskan hidup, abang sayangkan kami kan" aku tidak dapat mengawal emosiku.

Sesampai di hospital, suami ku dimasukka ke wad kecemasan dan aku dinasihatkan menunggu di luar. Hanya Tuhan sahaja yang tahu bagaimana perasaan aku ketika ini.


🐾 Episod 119: Bip...Bip...Bip....

Aku tidak keruan berdiri dan duduk. Walaupun orang ramai di situ ke hulu ke hilir, namun aku berasa bagaikan keseorangan di ruang menunggu itu. Tidak lama kemudian, kelihatan mak dan bapakku tiba di situ. Aku terus mendapatkan makku.

Aku memeluk serapatnya mak ku. Aku menangis semahunya. 

"Abang mak, parah ditikam di dadanya dekat dengan jantungnya" luahku. 

"Bawa bersabar nak, moga Tuhan lindunginya" balas makku. 

Mak mengusap belakang ku cuba menenangkan hatiku. Airmataku terus menerus mengalir tanpa henti.

Kami dimaklumkan suami ku dipindahkan ke bahagian pembedahan kecemasan. Kerana tikaman itu ada terkena jantungnya. 

"Ya Allah, selamatkanlah suamiku" itu saja doaku dari tadi. 

Aku tidak punya kekuatan menghadapi semua ini. Darah suamiku yang masih melekat dia baju ku tidak kuhiraukan. Apa yang ku harap adalah agar keajaiban berlaku mengembalikan semua suamiku.

Sudah hampir seharian aku menunggu untuk menjenguk suamiku. Jantungku berdebar-debar. Aku sangat takut, takut kehilangannya. Bapakku memberikan aku makanan untuk dijamah, tapi perutku langsung tidak merasa lapar. Aku jauh lebih kerisauan tentang situasi suamiku. Kenapalah aku perlu melalui ujian yang sangat berat ini. seperti baru semalam aku memiliki dunia, namun kini semua dirampas dariku.

"Mak, tolong mak, kamek sik dapat hidup tanpanya, kamek sayang ngan nya mak" luahku. 

Aku tidak tahu bila air mata ku akan berhenti mengalir. 

"Udah gik, dari kawu menangis giya bait kawu berdoanya selamat" kata bapakku tegas. 

Memang la aku tau ya pak jawabku dalam hati. Tapi, aku tengah panik, ketakutan, sedih, kerisauan semuanya sekali menguasai diriku. Aku benar-benar tidak sanggup kehilangannya.

Doktor membuka pintu dan memanggil ku untuk bertemu suamiku. Ku lihat suamiku terbaring di katil dan badannya dipenuhi kabel dan hos pelik-pelik. Aku sedar betapa kritikalnya keadaan suamiku. Syukur suamiku masih bernafas. Ingin saja kupeluk suamiku tapi keadaannya tak mengizinkan. Ku usap lembut wajah suamiku.

"Kalau sayang dengar, kuat semangat abang untuk terus hidup, demi anak-anak kita bang" luahku. 

Aku tidak pasti suamiku mendengar apa yang aku luahkan.

Bunyi mesin itu meresahkan ku. Bip bip bip.... sentiasa mendebarkan. 

"Abang, tolong kuat bang, sayang setia bersamamu" luahku lagi. 

Air mataku tidak berhenti mengalir. Andai abang pergi sebelum ku...tidak...abang akan kembali kepadaku. 

"Ya Allah, tolong selamatkan suamiku demi anak-anak kami, Ya Allah, dengarkan rintihanku, Ya Allah" aku tidak tahu apa yang perlu perkataan lagi.

Makku dibelakangku juga merasa hiba dengan situasi itu. Airmatanya juga menitis melihat penderitaanku. Namun, mak hanya diam tidak berkata apa-apa.

Bio...bip....bip... Biiiiiiiip...

Mesin itu menunjukkan garis panjang. "Ya Allah, Abanggggggggg" aku menjerit dan aku tidak sedarkan diri.


🐾 Episod 120: Kembali

Setelah selesai pembedahan itu, aku kembali sedar. Namun dada ku masih sakit. Aku dinasihatkan supaya tidak banyak bergerak. Doktor kata, mujur tikaman itu cuma melukakan jantung sedikit dan tidak tembus ke bahagian dalam. Syukur, aku masih diberi peluang untuk masih hidup lagi.

Aku mengambil kesempatan berbincang dengan doktor untuk prank isteriku. Mana tidak kebetulan doktor yang membedah itu adalah sahabatku sendiri. Pada mulanya agak berat doktor nak setuju. Tapi dia melihat aku beria sangat dia pun besetuju berpakat untuk membuat bunyi bip bip bip itu jadi bunyi biiiiip. Wahal aku tidak perlukan mesin tu pun sebenarnya. Aku kira hanya kategori luka teruk jer. Tapi perlu berhati-hati takut terkena infeksi.

Doktor memanggil Isteriku masuk. Aku dengar segala apa yang diucapkannya. Dia memberikan ku kata-kata semangat bagai. Jahat juga aku mengambil kesempatan buat prank kepada isteriku. Aku dengar dia menangis. Kalau tidak kerana dia sedang mengandung, lama lagi la prank tu aku buat.

Bunyi bip bip bip dan biiiiiiiip. Aku dengar suaranya "Ya Allah Abanggggggggg...." Pastu dia senyap. Alamak rasa bersalah benar pula aku eh.

Sudah tentu dari tadi dia menangis. Maafkan abang sayangku. Sememangnya terbukti perasaan dan cintamu terhadapku adalah suci dan ikhlas terhadapku. Betapa kuatnya cinta isteriku padaku. Saat dia merasa hampir kehilanganku dapat aku berempati dengan kekuatan perasaannya yang sangat mendalam itu. Tidak syak lagi airmataku mengalir kerana terharu dengan sikap isteriku.

Aku terus minta tolong doktor tadi supaya buat bunyi bip bip bip itu berbunyi semula. Tidak sampai hati pula aku nak bagitau dia yang itu prank. Biarlah dia menganggap ia suatu keajaiban.

Oleh kerana isteri ku sudah sedar. Aku minta tolong doktor panggilkan dia. Dan dia dengar semula bunyi bip bip bip itu. 

"Abang, abang dah sedar, alhamdulillah" terbeliak mata isteriku melihat aku sedar. 

Dia menangis lagi. Tapi kali ini dia menangis senyum kegembiraan. Kesian isteriku lingkaran matanya seperti lebam, mahunya airmatanya tidak berhenti sepanjang tempoh itu.

Bersambung...

Part 13 Hadiah Terakhir (Akhir)

No comments:

Post a Comment