Part 6: Hadiah Terakhir



Part 6: Hadiah Terakhir

🦚 Episod 51: Santai

Rumah itu sememangnya sunyi sebelum ini. Isteriku masih membelek-belek album gambar yang ada dibilikku. Aku kembali ke ruang tamu. Ku buka muzik dalam YouTube, ku cari music instrumental dan kuberehat di sofa sambil menikmati muzik itu.

Sang isteri keluar dari bilik membawa bersamanya beberapa album gambar. Dia duduk di sebelah ku. 

"Banyak jua gambar-gambar kitak simpan ye bang" ujarnya kagum dengan koleksi gambar yang aku ada. 

"Mun gambar ya menarik, abang selalunya akan print dan simpan buat koleksi" jelasku padanya. 

"Abang sik rindu dengan bekas isteri abang ke?" tanya isteriku. 

"Sik! nak rindu apanya dia dah kahwin lain pun dan buat apan nak merindui isteri orang" balasku. 

"Kenak kitak cerai ngan nya bang?" tanya isteriku lagi tampak ingin tahu apabila dia melihat gambarku dan bekas isteriku. 

"Dah namanya sikda jodoh" jawabku selamba yang sebenarnya aku tidak mahu mengimbau kenangan dengan bekas isteriku terdahulu.

"Kacakla nya bang, kitak sik rasa rugi ka melepaskannya, kamek rasa kamek kalah ngan nya, dahla macam korean gik orangnya" isteriku sengaja memuji bekas isteriku. 

"Nang kacak, nya kacukan Cina Melanau Iban, tapi kitak lebih menawan gik, senyuman dan lesung pipit kitak ya lebih mahal gik" balasku sengaja melebihkannya membuatkan isteriku tersenyum lebar.

Walaupun bekas isteriku memang cantik, namun kami tidak semesra aku dan isteriku sekarang malahan sangat jarang bertemu apatah lagi bersama. Dia sangat sibuk dengan kerjayanya. Aku pula sibuk dengan aktiviti di sekolah. Namun, kami hampir tidak pernah bergaduh, malahan kami berpisah secara baik. Mulanya, agak berat untuk aku melepaskannya. Tapi, akhirnya aku persetujui kehendak bekas isteriku.

"Bang, kita jangan berjauhan kedak kitak ngan nya k, sik kamek tahan berjauhan dari orang yang kamek cintai" luah isteriku. 

"Iboh mula jak madah giya, kelak-kelak lain" balasku sinis sambil menunjukkan muka yang serius padanya. 

"Ai, iboh giya, kamek nang sik pat jauh dari kitak dah, hati mek sentiasa merindui dan rasa sentiasa dekat ngan kitak" balas isteriku pula sambil memelukku dan menyandarkan kepalanya di dadaku. Wow manja juga Isteriku ini.

"Kitak dengarlah degupan jantung ku ya, setiap denyutan nya madah ngan kitak yang abang madah sayang ngan kitak ya" kataku. 

"Sweet wak kitak bang, dengar jantung kitak berdegup semakin laju koh, nebes ka bang?" tanya isteriku. 

"Selaginya berdegup ya, selagi ya la nya madah ngan kitak yang kamek mencintai dan menyayangi kitak" jelasku. 

Si isteriku hanya tersenyum dan merangkul lebih kemas pelukkannya.


🦚Episod 52: Sembang kosong

Selepas solat Zohor aku dan isteri bertolak semula ke rumah orang tuanya. Sampai di sana, orang tuanya tiada di rumah. Mungkin ke kebun agaknya. Aku dan isteri mengambil kesempatan itu untuk berehat di bilik.

"Bang, mun dah buka sekolah lak, iboh layan biak sekolah lebih-lebih k" tegas isteriku yang tiba-tiba bersuara. 

"Kitak jeles kah!" balasku saja menyakatnya. 

"Tentu la, sayang suami kan, kelak kitak layan lebih-lebih alu perasan miak-miak ya kelak" jelas isteriku. 

"kitak dolok perasan wak kah?" tanyaku balik mengenakan dia. 

"Mok makan kaki kah?" isteriku menjawab sambil menunjukkan buku limanya padaku. 

"Sik ku berani ngok" balasku buat-buat muka ketakutan.

"Eh, ngok rasa baik ko polah minum petang, sak ibu ngan bapak sampei dari kebun lak" cadangku pada si dia. 

"Aok bang, tunggu sayang selesai kemas bilik lok, kakya polah minum petang untuk kita semua" jawab isteriku. 

Belum sempat isteriku siap mengemas bilik orang tuanya sudah pun sampai. 

"Nah, kan dah sampei sida duak" kataku yang mendengar bunyi orang bercakap dan pintu dapur rumah itu dibuka. 

"Aokla kamek turun lok bang, kitak turun sekali wak k" balas isteriku yang tergesa-gesa turun ke bawah. Aku pun bangun dari berbaring dan turut turun juga.

"Assalamualaikum pak, mak" kedengaran suara lembut isteriku mengucapkan salam pada orang tuanya. 

"Waalaikumussalam, mana suami kitak?" balas si bapak serentak bertanya tentangku. 

"Nya ya" jawab isteriku menunjukkan ke arah aku yang baru sampai dari atas.

"Assalamualaikum pak, ibu" sapaku ringkas. 

Kedua-dua mertuaku menjawab salam dengan senyuman. 

"Lama kitak duak dah sampai ka gu" tanya bapak mertuaku yang masih memanggilku gu istilah ringkas cikgu 

"Baru wak sampai sebelum kitak duak sampai pak" jawabku. 

Kemudian, keduanya mertuaku pergi mandi membersihkan diri kerana baru balik dari kebun.

Aku membantu isteriku di dapur. 

"Kitak pandei masak sik?" tanya ku mengusik si isteri. 

"Berlambak resepi kat kat YouTube ya bang oi" balas isteriku. 

Aku menolong isteriku menjirang ai dan ku bawa ke ruang tamu. Si isteri menyiapkan cekodok untuk hidangan petang tu.

Petang itu kami bersama-sama minum petang sambil bersembang sebarang topik. Pak mertuaku lebih kepada politik, dan aku layan jer. Aku tidak berminat dengan politik tapi aku ambil tahu isu semasanya. Tidak juga ketinggalan semasa bersembang dengan pak mertuaku. Mujurlah pandanganku dan mertua ku sama pendirian terhadap isu politik dan dia bukan orang yang extremis. Kira bolehlah kami kamceng. Si ibu mertuaku dan isteri ku bersembang topik kegemaran mereka. Aku tidak ambil tahu sangat.

Suasana petang itu sungguh ceria, seceria kami berempat yang berkongsikan cerita yang tiada berpenghujung.


🦚 Episod 53: Amaran Dari Si Tudung Kuning

Makan malam itu serba ringkas namun kombinasi masakan isteri dan ibunya memang hebat. Aku menambah nasi menunjukkan hidangan mereka menepati citarasaku. Selesai makan aku bersama bapak mertuaku melayan berita, sementara isteriku dan ibunya mengemas di dapur.

Habis berita aku minta diri kepada bapak mertuaku untuk berehat. Aku naik ke tingkat atas, ku menuju ke beranda nak melepaskan hajat merokok. Sebelum aku sampai sekali lagi aku melihat isteriku di beranda tersebut dengan tudung kuningnya. 

"Sayang, nak lepak kat sia sik ajak abang pun" sampuk ku dari belakang nya. 

Namun, sapaan aku tidak dijawabnya. Aku abaikan mungkin dia tidak mahu aku bising. 

"Terang bintang malam tok kan! Kacak gik ya" aku berkata separa berbisik untuk cuba membuka mulutnya. 

Si dia hanya mengangguk kepalanya.

Aku menghampirinya dan ku gapai tangannya. Kira nak layan feel la. Pelik juga terasa sejuk tangannya. Namun, dia tidak mengelak aku menyentuh jemarinya. 

"Gu, kitak jaga adik kamek bait-bait, kerana ada yang akan mengganggunya lepas tok" katanya lembut membuka suara. 

"Kitak ada adik kah, kenak sik pernah nampak pun?" tanya ku selamba. 

Rokok yang ku sepit itu terjatuh. Cepat-cepat aku membongkok mengambilnya. Ku lihat isteriku sudah tiada di depanku. Budak ni saja nak menyakat aku ni, kataku dalam hati. Aku pun masuk ke bilik.

Sampai kat bilik tiada orang pun. Tidak lama kemudian isteri ku masuk. 

"Kitak sik habis nak menyakatku, tadi bertudung kuning tok bertudung biru pulak" kataku pada isteriku, ku pegang tangannya, tidak sesejuk tadi dan dia terpinga-pinga. 

"Kena tangan kitak sejuk?" tanyaku lagi. 

"Sejuk menda bang? Kamek cuci pinggan kena ai, sejuk la" jawab isteriku selamba seperti tidak tahu apa yang telah berlaku.

"Bang, kitak penat sik?" tanya isteriku. 

"Penat wak, kenak? Nak tolong urutkan ke?" tanyaku berseloroh dengan isteriku. 

"Malam tok sejuk kan bang?" kata isteriku jelas menggoda aku. 

Tetapi aku masih kurang puas hati dengan dia, sebab aku syak dia nak mengenakan aku tadi. Main seram-seram la nak kenakan aku la tu tadi dan sekarang nak goda pula. Tapi tak seram mana pun, kata ku dalam hati.

Aku sememangnya sangat keletihan, begitu juga isteriku. Aku rasa aku yang tertidur terlebih dahulu.


🦚Episod 54: Ceridak(Pengotor), Malunya

Selepas solat Subuh, aku dan isteriku menyambung semula tidur. Tapi siang itu lebih cepat hadir, aku terjaga mendengar kicauan burung seakan-akan membangunkan aku.

Aku pandang wajah isteri yang masih tidur di sebelahku. Sangat ayu, manis dan nakal orangnya. Dalam aku asyik menatap wajahnya, tiba-tiba si dia buka matanya dan menyergah aku. Apalagi, terkejut beruk la aku jawabnya. Geram dengan itu aku cubit pipinya. Rupa-rupanya dia sudah terjaga awal dari aku dan berpura-pura masih tidur. Malahan dia juga telah menyediakan kopi buatku. Patutlah aroma kopi yang semerbak dalam bilik itu.

"Nakal la isteri abang, orang syok-syok tengok muka kiut dia, dia pula sergah" kataku geram padanya. 

Dia gelak sakan la. 

"Abang ya la, berdengkur kuat ilak, sakit lubang telinga mek" jelasnya mengatakan aku tidur berdengkur. Kalau setakat berdengkur tu biasa.

"Tau sik, kitak tidur air liur meleleh, habis tisu pakei mek lap tadi" ujar isteriku nakal. 

"Iya ka? Abang tidur meliur ka?Benar kitak tolong lapkah? Kitak sik gelikah" tanyaku. 

Adoi malunya. 

"Aukla, kamek la lapkan, tedah nangga, lucu pun ada, nak geli apa dah bang, dah jadi suami sik boleh gelik dah" balas isteri selamba. 

Malunya aku. Tapi dalam masa yang sama terharu juga yang si isteri tidak merasa jijik pun. Tapi aku lah yang malu. Dia cuma gelakkan muka ku yang merah padam. Ku kalihkan pandangan muka kerana malu sangat.

"Bang, pergi gosok gigi kitak lok, kakya baru minum k, iboh riso masih panas kopi kitak ya" kata isteriku. 

Aku bangun tidak berkata apa-apa, masih malu. Dan aku pergi bilik air menggosok gigi dan mencuci muka ku.


🦚 Episod 55: Siapa Si Bertudung Kuning

Malam seterusnya adalah seperti biasa rutin, selepas tengok berita bersama bapak mertuaku aku akan naik ke atas dan lepak kat beranda hisap rokok.

Sampai kat ruangan beranda tu, sekali lagi aku nampak isteriku guna tudung kuning. Setiap kali nak nyakat aku kau guna tudung kuning ye, kataku dalam hati. Takpa aku layan je, kita tengok sapa yang kena nanti. 

"Bila kat beranda tok kitak jadi bisu la, mun kelakar pun, dikit ja, kakya menghilang la" ujarku sinis pada si dia. 

Dia cuma mengangguk sahaja. Kali ini, aku cucuh rokokku, dan ku pastikan aku tak terlepas trick isteriku. Aku terus perhatikan si dia depan ku. Aku nak tengok macamana helah dia menghilangkan dirinya.

"Gu, jaga adik kamek bait-bait, kitak tauk apa yang akan ganggu nya kelak" suara si dia lembut. 

Dan serentak dengan itu dia menghilang perlahan sampailah tidak kelihatan. kali ini aku betul-betul meremang. Aku terkedu kerana yang baru aku saksikan tadi itu macam dalam movie seram. Cara dia menghilang dengan perlahan dan berpecah seperti debu.

Aku bergegas masuk ke bilik, aku terfikir apa yang dia cuba sampaikan kalau dia adalah hantu. Dalam keliru itu pelbagai yang ku fikirkan. Apakah rumah ini memang berhantu, atau aku yang kahwin dengan hantu. Apa benda yang aku merepek ni! Takkan isteri aku pontianak kot? Siapa dia? Kenapa dia menyerupai isteriku? Dia hantu raya menyamar ke? Bermacam-macam persoalan di minda ku. Pening kepala aku memikirkannya. Dan bulu roma ku menegak lagi.

"Haaaaaa!" isteriku menyergah aku yang mengelamun memandang keluar tingkap tidak sedar isteriku datang. 

Terkejut sungguh aku, nasib baik tak pengsan. 

"Pa benda yang kitak renung sampei kamek datang pun sik perasan koh" tanya isteriku perihatin seperti baginya ada sesuatu yang mengganggu fikiran ku.


🦚 Episod 56: Misteri Si Tudung Kuning Terungkai

Aku masih lagi keliru dengan apa yang baru ku alami. Tengok muka isteri pun aku keliru. Jangan-jangan dia pun hantu. Sampai ke situ aku boleh merapu?

"Boleh sik iboh giya agik, suka nar molah orang terperanjat koh" tegur ku pada si isteri. 

"Kena ngan kitak bang? macam ada benda yang mengganggu kitak" tanya isteriku. 

Aku ceritakan pada isteriku apa yang berlaku di beranda tadi. Apabila mendengar cerita ku tadi isteriku mengensot duduk merapati aku sepertinya dia pun mula rasa takut.

"Cuba kitak pula cerita apa yang pernah berlaku di rumah tok?" usulku pada isteriku. 

"Dah lama dolok berlaku bang, kamek sebenarnya ada saudara kembar" isteriku mulakan cerita.

Kakak kembar isteriku meninggal ketika mereka berumur 10 tahun, akibat sesak nafas. Mereka berdua sangat rapat dengan masing-masing. Dia menyayangi kakaknya sepertimana kakaknya menyayanginya. Setelah kakaknya meninggal isteriku seperti orang separuh gila, bercakap sorang-sorang dan seakan-akan kakaknya masih hidup baginya. Melihat perangai dia begitu ibu dan bapak mertuaku mengambil keputusan untuk mengubati isteriku pada ketika itu. Atas nasihat pakar perubatan tradisional semua barang milik kakaknya perlu dibuang dan dibakar kesemuanya dengan niat agar dia dapat melupai kakaknya. Bagi mereka ia telah berjaya namun tidak bagi Isteriku. Isteriku menceritakan lagi yang dia dan kakaknya pernah melakukan sumpah berdarah akan saling menjaga masing-masing sampai bila-bila. Tapi sumpah itu hanya dia dan kakaknya sahaja yang tahu.

Sesudah isteriku selesai menceritakan kisah itu, kami terdengar suara tangisan di ruang beranda tadi. Isteriku menjadi ketakutan, aku yang pada mulanya tidak takut pun jadi ketakutan juga. Demi, isteriku aku memberanikan diri juga.


🦚Episod 57: Perjanjian Berdarah

Ku suruh isteriku membaca surah-surah dalam Al-Qur'an supaya dapat menghilangkan rasa takutnya. Malam itu, sangat sukar untuk kami berdua melelapkan mata kerana suasana terasa seram.

"Sayang, ceritakan apa gik kisah yang berlaku" pintaku. 

"Esok jak la sayang ceritakan bang, sik selesa ati kamek kinitok" jawab isteriku. 

"Baiklah, kita tidur dolokla" kataku berpura-pura tidak takut demi menyakinkan isteriku. 

Dia berada dalam dakapan aku sampailah dia tertidur. Aku tidak tahu bila masa pula aku tertidur.

Keesokan harinya pun tiba. Kami sekeluarga menjalankan rutin seperti biasa, sarapan pagi bersama. Aku selepas sarapan, mencongak-congak apa yang perlu disiapkan sebagai persediaan hari persekolahan pula.

Selepas makan tengahari itu, saya berehat di bilik. Tidak lama insan yang kucintai pun menjelma di bilik itu bersamaku. Aku masih lagi teringatkan peristiwa malam tadi sebenarnya. Makanya aku bangkitkan balik isu itu semula supaya dia menceritakan kisah lanjutnya..

"Sayang janji nak cerita pasal semalam tu kan?" aku pujuk isteriku menceritakan selanjutnya. 

"Tapi janji, jangan bagitau ibu dan bapak tau!" isteriku mahu aku menyimpan rahsia. 

"Ok abang janji" balasku untuk meyakinkannya kerana aku rasa ingin tahu sangat tentang apa yang telah berlaku pada keluarga si dia.

Isteriku menceritakan kisah mereka sekali lagi dari mula. ketika dia dan kakaknya berumur 8 tahun. Pada suatu malam dia dan kakaknya mencucuk hujung jari mereka bagi mendapatkan darah untuk suatu upacara. Mereka baca suatu mantra yang tertulis di sebuah buku dan menitiskan darah sehelai daun mati. Selepas selesai upacara tersebut dia dan kakaknya terdengar bunyi hilaian. Mereka berdua menyesal melakukan sumpah itu, namun semuanya sudah terlambat, kerana darah yang mereka titiskan sudah meresap ke dalam daun tersebut. Maka, sumpah itu sudahpun termaktub.

Setelah kakaknya meninggal, dia masih dapat bermain dan bercakap dengan kakak nya bagaikan kakaknya masih hidup. Sehingga dia dikesan oleh bapaknya berperangai pelik seperti itu. Selepas kejadian tersebut kakaknya jarang menunjukkan diri lagi sampailah ke hari ini.

Penampakan diri kakaknya itu mungkin ada kaitan dengan perjanjian mereka dulu. Isteriku mendakwa yang dia dan kakaknya terpengaruh dengan sebuah buku jika pasangan kembar membuat sumpah darah mereka akan sentiasa bersama. Dia juga tidak sedar perkara yang dilakukan semasa mereka tidak matang lagi dan tidak mengerti perbuatan itu adalah salah di sisi agama.

Patutlah si tudung kuning bercakap bagaikan dia dipihak sebagai kakak. Apakah maksudnya kakaknya itu akan ada orang mengganggu adiknya. Malah dia tau aku cikgu dan suami adiknya. Pelik kan? Memang pelik.


🦚Episod 58: Setting Alat Mengail

Malas pula nak fikir pasal misteri tu. Biar je lah dulu kan. Kita buka kisah lain pula. Lama pula tak buka bab mengail ni. Terasa nak mengail pula.

"Sayang, abang nak mengail, nak ikut tak?" tanya ku pada si isteri yang sibuk melipat kain yang baru diangkatnya tadi. 

"Best ke mengail bang?" tanya isteriku. 

"Bagi abang best, bila dapat ikan besar lagi best, tapi abang nak mengail udang, kan sayang suka makan udang" balasku sengaja mengumpan agar isteriku mahu temankan aku. 

"Tapi sayang sik tauk gilak ngail la, teman saja boleh kot" jawab isteriku. 

"Mun giya, kita pergi petang tok" kataku.

Aku menyiapkan peralatan untuk mengail udang. Perambut cek, tali cek, ladung cek, kail dan rod cek, set lain cek. Tinggal umpan jer lagi. Setelah itu aku pergi ke bawah pokok rambutan depan rumah tu membawa cangkul untuk cari umpan cacing. Selesai semua dah disetkan, aku panggil isteriku untuk bersiap.

Aku hidupkan enjin kereta dan panaskan sementara menunggu isteriku. Terasa bersemangat nak turun mengail ni. Lama dah tak beraksi. Tidak lama kemudian, isteriku ku pun masuk dalam kereta. Kami pun bertolak ke destinasi mengail udang.

"Kenapa tiba-tiba nak mengail hari tok bang?" isteriku bersuara. 

"Lama sik mengail, ya adalah hobi abang selain tengok bola" kataku. 

"Bang, cubalah dari habis sekolah dolok kita bersama kan best" isteriku menukar topik. 

"Ni kita tau kerja Tuhan eh, semua ya Nya yang aturkan sayang oi" balasku. 

"Ye la, kan kitak wak ditakdirkan jadi suami mek, suami yang paling best kat dunia tok, dunia tok kira aku pun dah, bahagia sangat" tambah isteriku. 

"Ye la ya, saja nak ambik ati abang kan?" saja aku duganya. 

"Ai, benar bah, kamek rasa hepi sangat bila bersama kitak, nang terasa disayangi ilak" balas Isteriku. 

"Sebenarnya, abang pun sik pernah rasa sebahagia tok, sebelum tok rasa kosong jak, tapi kitak membuatkan abang kembali bersemangat" balasku pula.

Sememangnya aku dan dia sangat bahagia buat masa ini. Bagaikan dunia ini hanya milik aku dan dia. Riak wajah isteriku menunjukkan dia ikhlas dan benar-benar menyayangi aku seperti mana aku menyayangi dia. Wajah sugulnya dulu sangat berbeza dengan wajah cerianya sekarang. Sememangnya sangat indah saat bahagia bersama saling mencintai.


🦚 Episod 59: Mengail

Kami tiba di port mengail kegemaran ku. Ku park kereta tepi jambatan. Aku mengeluarkan set mengail dan aku sediakan satu rod untuk isteriku.

"Sayang pakai yang tok, rod legend yang tok eh, banyak udangnya dah dapat" kataku sambil menyerahkan rod itu kepada isteriku. 

"Sayang tau la guna sikit-sikit, pernah ngail wak dengan bapak dolok" balas isteriku melegakan aku sekurang-kurangnya menjimatkan masa daripada mengajarnya penggunaan rod tadi. 

"Kita challenge sapa dapat dolok k, kita nangga sapa hebat" cabarku pada isteriku.

"Gago nar wak, kalah nangis kitak ya lak" sakat isteriku. 

"Topi ya ibuh lupa pakei, panas lak" kataku. 

"Sayang wak kitak ngan kamek ye bang?" sakat isteriku lagi. Mahu taknya, dia adalah orang yang paling aku sayangi.

"Sayang kamek dapat seekor dah, kalah kitak" suara isteriku seronok apabila kailnya berjaya naikkan seekor udang bersaiz ibu kaki. Wajah nya sangat ceria. 

"Abang bagi can dulu" kataku menidakkan kejayaannya walaupun dalam hati aku sangat seronok dengan keceriaannya.

"Bang, yang kedua dah tok" Isteriku dapat lagi saiz yang hampir sama dengan yang tadi sambil dia ketawakan aku dengan muka nakalnya itu. Tak boleh jadi ni, takkan udang nampak kail dia saja kot.

"Bang, ketiga dah ni, abang bila lagi" sakat isteriku setelah menaikkan udang ke-3nya. 

Dah la besar lengan. Buat aku geram dan aku menukar tempat membaling mata kailku. 

"Wow yang kitak dapat tok nang besar, kitak main tipu nak?" sakatku yang kecewa belum dapat apa-apa lagi.

"Abang, noob nar kitak, kamek dapat agi koh, 4-0 bang ye" seronok isteriku mengenakan aku. 

"4-1 la, nah abang pun dapat seekor" balasku. 

Tapi aku dapat yang besar kelingking je. Teruk aku diketawakan isteriku. Dah la dia memang penyakat. Geram aku asyik kalah.

"Haaaaaa, itu dia... Abang dapat grand prize tok" kataku sambil menunjukkan udang yang ku dapat sebesar lengan bersepit biru itu. 

Masa untuk belagak ni dalam hatiku. 

"Kan abang kata bagi can dulu tadi" kataku belagak sambil memandang wajahnya. 

"Gago" itu sahaja balas Isteriku.

Riadah petang tu semacam suatu rezeki yang sangat hebat buat kami berdua. Selama ini aku mengail tak pernah dapat sebanyak tu. Aku dan isteriku bersyukur dengan rezeki hari itu.


🦚 Episod 60: Teruja

Petang itu rezeki adalah hebat. Hasilnya hampir 2kg. Tapi tiada yang mampu menyaingi keceriaan isteriku. Tampak dia sangat seronok petang itu. Tidak sabar dia nak sampai ke rumah untuk menceritakannya pada orang tuanya. Dia dapat banyak pula dari aku.

Dalam perjalanan balik tu, dia tidak habis-habis menyakat aku kalah kepadanya. Nakal mukanya menyakat aku menghiburkan hatiku. Senyuman lesung pipitnya, sentiasa membuatkan aku cair.

"Kata diri legend ngail tek, apa kes kalah ngan perempuan" sakat isteriku. 

"Awal ni abang bagi can la, nanti sayang serik pula nak temankan abang ngail lagi" kataku tidak mahu mengalah. 

"Iye ye la ya, dah kalah kalah wak, abang makan yang besar kelingking ya jak lak" sakat isteriku lagi.

Apa yang penting bagiku adalah kebahagiaannya. Benarlah kata orang, bila kita menyayangi dan disayangi seseorang kita hanyut dalam dunia berdua sahaja. Itulah yang aku alami. Sangat indah, indah yang tidak mampu ku ungkap dengan kata-kata.

Baru sampai depan rumah, isteriku seperti tidak sabar keluar dari kereta. Aku ditinggalkannya begitu saja. 

"Mak o mak, hari tok nang best, cuba teka apa kamek dapat ritok mak" isteriku terjerit-jerit berlari anak menuju ke arah ibunya yang duduk di anjungan bawah pokok rambutan depan rumah itu. 

"Kalau ya pun, bagi la salam dolok" balas ibu mertuaku. 

"Bang, tunjuk kat mak apa yang kita dapat ritok" arah isteriku yang tidak sabar-sabar menunjukkan hasil yang kami dapat. 

Aku hanya tersenyum melihat gelagat isteriku sambil menunjukkan pada ibu mertuaku hasil mengail hari tersebut.

"Siney kitak duak beli udang ya?" tanya ibu mertuaku. 

"Neyda beli ya mak, kamek dapat ngail ngan abang tek" isteriku segera menjawab ibunya.

"Banyak wak hasil dapat kitak duak" Kata si ibunya menunjukkan reaksi kagum. 

"Kamek yang dapat banyak mak, abang ya noob" katanya teruja sambil melirik sinis padaku. 

"Kamek bagi can kat nya bu, lak sik mok nya neman gik mun nya kalah" sakatku. 

"Abang ya dapat besar kelingking jak" balas isteriku menyakat ku pula. 

"Dah agi, pergi mandi dan bersiap solat maghrib, entah asar tadi kitak duak dah hampir terlepas nak! Gi sembahyang lok" Ibu mertuaku menghentam kami berdua. 

Kami berdua saling berpandangan dan hanya tersengih.

Bersambung...

Part 7 Hadiah Terakhir

No comments:

Post a Comment