Part 7: Hadiah Terakhir



Part 7: Hadiah Terakhir

🐞Episod 61: Lauk Udang Galah

Makan malam yang ditunggu sudah pun tiba. Di atas meja makan, dalam mangkuk besar kelihatan hidangan kemerahan. Lauk udang galah malam ini, hasil sepetang bersama isteriku siang tadi.

"Ok, mek ambikan udang untuk abang ye" cadang isteriku setelah semua berkumpul di meja makan itu. 

Si dia mengambil seduk dan mengauk udang dalam mangkuk tersebut dan diletaknya udang yang paling kecil aku dapat petang tadi. Hampeh punya bini, masa ni masih lagi nak mengenakan aku. Perbuatannya diperhatikan oleh ibu mertuaku. 

"Sik bait polah giya ngan laki kau eh" tegur ibu mertuaku yang selalu membelaku. 

Tapi aku hanya tersenyum dengan gelagat penyakat isteriku.

"Tadi, abang janji nak makan yang kecik ya bah mak" sakat isteriku. 

"Kedak miak jak perangei" sampuk bapak mertuaku sambil mengauk udang yang paling besar dan diletakkannya dalam pinggan aku. 

"Ee bapak tok eh, besar ya kamek pun la" isteriku mengada-ngada. 

Rupa-rupanya begitu perangai dia semasa sangat gembira. Nakal tak habis, penyakat tapi sweet. Aku hanya tersengih tak mahu menyakatnya semula kerana segan dengan kedua-dua mertuaku.

Selesai makan, rutinnya seperti biasa, menonton berita bersama pak mertua untuk mengetahui perkembangan isu semasa. Selepas itu aku naik ke atas.

Aku memasang niat untuk terserempak dengan si Tudung Kuning. Kalau jumpa dia lagi aku nak tanya banyak-banyak soalan. Aku benar-benar nak tahu banyak hal. Ingin tahu kebenarannya. Aku memberanikan diri yang sebenarnya penakut.

Berdebar-debar hatiku naik ke atas dan menuju ke beranda tersebut. Di situlah aku selalu terserempak dengannya. Semakin dekat dengan ruangan beranda tersebut, semakin kencang debaran jantung ku. Perlahan aku melangkah ke situ.

Aku nampak kelibat, susuk badan nampak seperti isteri ku. Tapi tidak bertudung pulak kali ini. Takkan sudah upgrade pulak level hantu ni bisik hatiku. Perasaan ku hanya Tuhan sahaja yang tahu. Debarannya, mak oi, degap-degup jantungku.

Aku melangkah perlahan menghampiri susuk tubuh itu. Tiba-tiba, dia memutarkan badannya ke arahku.


🐞 Episod 62: Isteriku Rupanya

Aku tidak tahu apa yang perlu aku lakukan. Langkah aku terus mati. Tadi nak sangat jumpa hantu. Nak buat apa sekarang ni?

"Hai abang, nak isap rokok ye" tanya si dia. 

Dia terus mendekati aku dan memegang tanganku. Aku yang masih terkejut dan terpinga-pinga dengan situasi tersebut.

Ahhh...lega, tangan dia berasa suam. Makanya dia benar isteriku. Jantungku yang kencang tadi kembali ke ritma normalnya.

"Awal isteri abang naik, dan siap tolong ibu ka?" tanya ku setelah aku pasti dia adalah isteriku. 

"Dah, best makan udang terbesar tek?" tanya isteriku dengan nada geramnya. 

"Aik! Agi sik puas hati ka?" tanyaku pula. 

"Sayang bergurau la, ya pun mok serius wak ka bang?" isteriku meredakan ketegangan yang dia wujudkan tadi. 

"Kitak tok mengada sik habis-habis nak nyakat aku koh" kataku tidak mahu mengalah. 

"Kenak? Nyesal kahwin ngan penyakat" balas isteriku lagi. 

"Sik mok gaduh ngan ko ya gik" jawab aku bersahaja sambil menyedut asap rokokku.

"Alo lo lo, merajuk lakiku tok eh, jangan merajuk sayang kelak lekas tua" perli isteriku. 

"Dah tua pun, padan muka kahwin ngan orang tua" balasku balik geram dengan si dia. 

"Tua tapi tetap hensem, kacak bergaya dan sayang kamek agik ya" balas isteriku menyejukkan hatiku sambil menggayakan gerakan tangan mengadanya di depan ku. 

Memang nakal gelagat isteriku, tak sempat nak marah aku dah tersenyum dengan perangai nya. Kebudakan, manja dan paling best tengah aku baru nak panas dia tambah panaskan dengan pelukannya.

"Jom masuk, sejuk kat luar tok" aku mengajak isteri masuk ke dalam rumah. 

Aku mula melangkah masuk dengan dia masih memelukku dari belakang. Manja ke saja mengada dia ni kata hatiku.


🐞 Episod 63: Kerasukan

Sampai kat bilik aku rebahkan badanku. Lega rasa belakangku yang belum kurehatkan lagi hari ini. Isteriku pula duduk di depan cermin menyikat rambutnya.

Malam itu terasa sunyi. Tiba-tiba bulu roma ku menegak. Aku cuba abaikan. Namun, terasa kuat aura sesuatu yang yang pelik. Seperti ada sesuatu yang memerhatikan kami dari tingkap. Naik lagi bulu romaku. Aku pergi menutup tingkap dan menarik langsir menutup pandangan dari luar. Cahaya bulan agak terang dari luar menembusi langsir nipis itu.

Isteriku pula masih menyikat rambutnya perlahan-lahan. Mata isteriku memandangku dengan tajam dari pantulan cermin. 

"Wei ngok, iboh main-main dah dekat tengah malam tok" tegurku. 

Sebab aku perhatikan gelagat dia macam nak melawak buat-buat macam hantu. Dia tidak menjawab teguran ku. Sekali lagi bulu roma aku meremang lagi.

Aku yang berbaring memandang terus ke arah isteriku yang masih lagi menyikat rambutnya. Hati ku tidak sedap. Rasa macam suatu yang pelik. 

"Sayang, tidur gik, udah-udah nyikat rambut ya, mun dah kacak tetap kacak wak" kataku untuk mengurangkan rasa kurang enak itu.

Isteriku tidak berkata apa-apa, dia cuma memusingkan kepalanya ke arah ku dengan jelingan yang seperti orang yang sedang marah. Tiba-tiba si dia berdiri dan meluru berdiri di depan ku. 

"Ceraikan aku, aku bukan milikmu" suara isteriku garau. 

Alamak apa jadi ni! Aku bingkas bangun dan peluk tubuh isteriku. Dia meronta-ronta.

"Pakkkkkkk, ibuuuuuu ke sini pakkkkkkk" aku menjerit meminta bantuan mertuaku. 

Si dia terus meronta-ronta. Belakang ku dicakarnya. Aku tidak peduli sakit. Aku tidak mahu isteriku kemana-mana, risau dia melonpat keluar atau apa. Tambahan aku sedar dia kerasukan.

"Ya Allah gu, apa jadi tok" tanya ibu mertuaku. 

"Sik, tau wak bu, nya tetiba menyerang kamek" jawabku segera.


🐞 Episod 64: Tenangnya Bapak Mertuaku

Suasana menjadi cemas. Isteriku masih meronta-ronta hampir menghabiskan tenaga lelakiku yang cuba menahannya. Manakala, bapak mertuaku ku terkumat-kamit membaca sesuatu yang mungkinnya ayat Kursi agaknya. Aku mana nak tau apa-apa pasal mantera ke apa tah. Yang aku tahu kalau dalam filem seram Melayu memang ayat Kursi yang digunakan. Selepas itu dia menghembus ke arah muka dan diusapnya muka isteriku juga.

Beberapa ketika, isteriku tidak lagi meronta dan seperti orang yang pengsan. Ku baringkan isteriku. 

"Nya kena rasuk sesuatu ya gu, isok petang kita ngembaknya berubat dengan ustaz" jelas bapak mertuaku.

"Nya duduk depan cermin ya tadi sambil menyikat rambutnya, lama wak nya nyikat rambutnya tek, kakya nya berdiri lalu nyerang kamek" jelasku pada kedua-dua mertuaku. 

"Mun, situasi kedakya, kitak baca ayat kursi, kelak bapak ajar kitak" tambah bapak mertuaku. 

Aku pula mana nak tau baca ayat apa benda lagi, sembahyang pun masih tidak teratur lagi. 

"Bapak faham kitak belum mengerti banyak benda dalam Islam, kelak bapak ajarkan kitak asalkan kitak ikhlas mau belajar gu, bapak pun sama dalam hal to masih cetek ilmunya" jelas bapak mertuaku ku merendah diri dan seolah-olah dia faham apa yang aku fikirkan.

"Kita biarkan dia tidur dulu, mun ada apa-apa kitak nunggah kelak gu" kata mertuaku dan mereka kembali keluar dari bilik itu. 

Aku baring di sebelah isteri ku. Belakang ku terasa sakit dan pedih dicakarnya tadi. Mata ku payah mengantuk setelah kejadian tadi. Maka aku mengambil kesempatan memerhatikan Isteriku. Dahinya kelihatan berpeluh dan kulapkan. Aku terus disampingnya.

Tiba-tiba isteriku mengigau, sambil berkata-kata sesuatu. 

"Jangan tinggalkan mek!" dia mengucapkan perkataan yang sama berulangkali.

Menyebabkan aku terpaksa membangunkannya. Dia terjaga dan terus memeluk aku didepannya, dan berkata "sayang, jangan pernah tinggalkan kamek". 

"Ya, abang ada di sini" jawabku sambil ku usap rambut dia untuk menenangkannya.

Setelah isteriku tertidur semula, aku terus menjaganya. Bila masa aku terlelap aku sendiri tidak sedar.


🐞 Episod 65: Cerita Semalam

Keesokkan harinya, aku bangun masih terasa pedih belakangku. Berkerut dahi ku menahan rasa belakangku. Isteriku sudahpun membuka matanya dan menatap aku dari bila masa aku pun tak tahu.

"Meliur agi kitak tidur koh" kata isteriku bila perasan aku sudah terjaga. 

"Kitak lapkan agik kah?" tanyaku. 

"Aoklah" jawab isteri tersengih seperti dia lupa apa yang berlaku malam tadi. 

"Terima kasih sayang" balasku serentak dengan senyuman sengih.

"Pergi gosok gigi nun, baru minum kopi k" arah isteriku. 

Aroma kopi yang dia bancuhkan untuk saya memang harum semerbak. Aku pun bangun mengapai tawil.

"Ya Allah, kena ngan belakang kitak ya bang?" tanya isteriku dengan reaksi muka terkejutnya. 

"Sayang lupa apa yang terjadi malam tadi?" tanyaku untuk kepastian. 

"Seingat mek, kami terjaga dan kitak peluk mek ya ja, kakya kita tidur balit" jawab isteriku. 

Memang jelaslah dia tidak sedar apa yang dia lakukan semalam.

"Lauk Udang besar sapa makan malam tadi?" tanya ku untuk menguji setakat mana dia ingat. 

"Kitak la, dah bapak mek engkah kat pinggan kitak" jawabnya. 

Kira betul dah tu dia ingat yang mana dia dalam keadaan masih normal.

"Apa kena belakang kitak ngan udang ya, sikkan alergi teruk giya?" tanya isteriku keliru. 

"Kitak la yang cakar belakang abang malam tadi" jawabku selamba. 

Dia membelek-belek kuku nya, yang masih kelihatan darah dan kulit aku tersangkut pada kukunya.

"Ya Allah, benarkah bang? apa yang berlaku sebenarnya" tanya isteriku. 

"Kitak sebenarnya kerasukan dan dalam sik sedar ya kitak mencakar belakang kamek" jelasku padanya. 

"Sori bang, kamek sik tau apa-apa, mun kamek molah ya maafkanlah kamek bang" isteriku menunjukkan muka sedihnya melihat kesan kukunya.

"Petang tok bapak nak bawa kitak berubat jumpa ustaz" jelasku lagi. 

Aku yang nak gosok gigi tadi tak jadi, lalu ku minum seteguk air kopi bancuhan isteriku tadi. 

"Eee abang tok, pergilah gosok gigi lok, ceridak" celah isteriku.


🐞 Episod 66: Pemagaran Rumah

Bapak mertuaku ku sudah menghubungi seorang ustaz dan kebetulan dia sudi datang, maka kami tidak perlu keluar ke rumahnya.

Selesai makan itu, saya dan bapak mertuaku menonton tv sambil menunggu kehadiran ustaz tersebut. 

"Gu, belakang kitak dah sapu ubat ka?" tanya bapak mertuaku. 

Ambil kesah juga bapa mertuaku ku terhadapku rupanya. Mana tidaknya, aku satu-satunya menantu dia. 

"Dah pak, tadi nya sapu ubat, boleh tahan juak pedih cakarannya ya" balasku. 

"Mana sik sakit, tenaga orang kerasukan ya hampir 3 kali ganda kita yang normal" jelas bapak mertuaku. 

Tidak lama kedengaran sebuah kereta tiba di depan rumah.

"Assalamualaikum!" kedengaran suara dari luar rumah. 

"Wallaikumsalam" balas bapak mertuaku. 

Dia membuka pintu dan menjemput ustaz masuk ke rumah.

"Jemput duduk ustaz" pelawa ku. 

Dan kami bertiga pun mula bersembang kosong dulu. Isteriku dan ibunya menyiapkan sedikit juadah untuk malam itu.

"Begini ustaz" bapak mertuaku mulakan cerita. 

Dia menceritakan isteriku kerasukan malam tadi sehingga mencakar belakang aku. Ustaz cuma mengangguk sahaja.

"Maaf ya, saya kena mulakan dengan mendindingi diri saya dulu" kata si ustaz. 

Kami hanya mengangguk. Kemudian ustaz memohon minta beberapa barangan untuk proses-proses membuat pagar rumah. Bapak mertuaku pun segera mencari keperluan tersebut.

Upacara pemagaran rumah pun bermula. Aku hanya ikut sama. Aku tidak berani bertanya atau menyampuk apa yang sedang berlaku dan sebagainya. Pendek kata hanya memerhati saja. Sedang ustaz itu menjalankan kerjanya, kedengaran bunyi burung gagak yang bertenggek di atas pokok mangga sebelah pokok rambutan yang ada anjungan itu berbunyi riuh rendah seperti bersahutan. Meremang juga buku tengkukku.

Selesai upacara pemagaran rumah itu, kami masuk ke dalam rumah semula.


🐞Episod 67: Siapa Yang Dengki Itu?

Di dalam rumah isteriku dan ibunya sudah mula menyediakan hidangan untuk malam itu. Kami menjemput ustaz minum malam bersama.

"Di rumah ini masih ada lagi yang tinggal, tapi bukan dia yang mengganggu, telepatinya dengan isteri kamu sangat kuat, tapi sampai waktunya dia akan pergi juga" jelas si ustaz. 

Itu mungkin merujuk kepada kakak isteriku.

"Gangguan semalam itu adalah benda yang dihantar orang yang tidak puas hati dengan kamu berdua, dia ingin kamu berdua terpisah, bagaimanapun jangan tanya saya siapa yang menghantar syaitan itu. Cuma, selepas ini dia mungkin akan menghantar yang lebih kuat dari yang semalam. Apapun jangan takut, amalkan baca ayat-ayat suci Al-Qur'an sebelum tidur, Insyaallah kamu semua akan dilindungi oleh Allah SWT" jelas si ustaz panjang lebar.

"Terima kasih Ustaz" ucap bapak mertuaku dan aku turut sama mengucapkan terima kasih kepada ustaz tersebut. 

"Ada apa-apa hubungi ustaz, dan ini air penawar, jangan lupa lafaz bismillah" tambah ustaz lagi dan mohon izin mengundur diri.


🐞 Episod 68: Tidak Sanggup Kehilangan

Aku tidak berasa ingin merokok malam tu, bukan takut, tapi terasa letih dan mengantuk. Dah la semalam tidak cukup tidur. Isteriku menyertai aku setelah selesai membantu ibunya mengemas di dapur.

"Bang, buka baju ya" arah isteriku. Aku turuti arahannya. 

Dan aku duduk membelakangi isteri ku. Isteriku menyapu cecair iodin kat kesan cakarannya di belakangku. Aku dengar dia menangis sambil menyapu ubat.

"Engkau ni dah kenapa?" tanyaku hairan dengannya yang tiba-tiba menangis. 

"Sayang sedih, dengan penjelasan ustaz tadi, ada orang dengki dengan hubungan kita bang, ada orang tidak suka kita bahagia" luah isteriku.

"Jangan risau, anggap ia dugaan menguji kesabaran dan ketabahan hubungan kita sayang" ujarku cuba memberi semangat pada isteriku. 

"Sayang sangat takut, sangat takut kehilangan kitak bang, kitak segalanya bagi kamek kinitok" luah isteriku menambah lagi airmatanya. 

"Sabar sayang, kita kena kuat, percayalah Tuhan Maha mengetahui apa yang dia rancang untuk kita dan ada hikmahnya benda begini berlaku" ujarku cuba menenangkannya.

"Sayang takut tidak mampu menempuhi semua ini, sayang risau sayang tidak sekuat abang, tapi yang paling sayang takut adalah kehilangan kitak bang" luah isteriku. 

"Abang faham, abang pun sama, dalam hidup ini, abang hanya ada sayang seorang sahaja selain ibu dan bapak kitak" luahku. 

Aku sebenarnya lebih tidak sanggup kehilangan isteriku, insan yang sangat aku sayangi dan cintai.

"Bang, andai salah seorang dari kita pergi dulu kelak, dialah akan menunggu di sana, sayang nak cinta kita sampai ke jannah bang" isteriku menguncur deras lagi airmatanya. 

Begitu dalamnya perasaan dia terhadap ku membuatkan aku terharu dan tidak kusedari airmata lelaki turut gugur membasahi pipiku.

"Abang juga mengharapkan sama seperti sayang harapkan, kita bersama di sana nanti, jika abang dulu, abang akan sediakan tempat kita" luahku jua.

"Alangkah indah agik mun duak-duak serentak kan bang?" luah isteriku pula. Walaupun ideanya nampak macam bangang, sudah pasti juga idea itu dipersetujui setiap pasangan.

Dia baring di pangkuanku, kami saling meluahkan perasaan malam itu. Sampaikan dia tertidur.


🐞 Episod 69: Keluar Berjalan

Awal pagi itu aku mengajak isteriku keluar. Saja nak ringankan minda bawa si dia berjalan menenangkan fikiran yang kebelakangan ini sedikit mengganggu ketenteraman kami sekeluarga.

"Sayang kita keluar jalan-jalan jom" cadangku pada isteriku. 

"Nak ke mana bang?" soal isteriku. 

"Pergi mana-mana je la, tenangkan minda" balas ku. 

Dia mengangguk setuju dan jelas wajahnya berubah ceria. Menyimpulkan sebuah senyuman yang mengukir lesung pipitnya lebih indah kelihatan.

Aku menunggu isteriku bersiap di ruang tamu. Hati ku teruja keluar bersama yang tersayang. Tidak lama kemudian permaisuriku pun muncul bersama pakaian serba birunya dan mengenakan tudung kebiruan lembut. Aku menikmati saat si dia turun dari tangga sambil tersenyum memandangku. Tidak berkerdip mataku menatap keayuan isteri tercinta ku. Sangat ayu dan lembut wajahnya yang terselit sedikit kenakalannya apabila lesung pipitnya kelihatan.

"Bang, dah siap, jom" kata-kata isteri ku membuatkan aku tersedar dari lamunan menatap keayuannya. 

"Ok, jom" balasku bersemangat. 

Aku gapai jemarinya dan kugenggam erat sambil memimpinnya pergi.

Sampai depan kereta, aku bukakan pintu untuknya. Dia masuk ke dalam kereta penuh senyuman. 

"Romantik abang ritok eh" kata isteriku dengan muka mengada buat-buat kiut. Aku hanya memberi dia senyuman.

"Eh, kita nak pergi mana tok sayang?" tanyaku yang tadi bukan main semangat macam tidak sabar nak keluar. 

Dalam kereta tiba-tiba blur. 

"Abang start enjin dulu, abang drive kat jalan nanti kita fikir ye bang" balas isteriku. 

Aku hidupkan enjin dan ku pandu kereta itu meluncur keluar dari kawasan kampung tersebut.

"Bang, abang nampak hensem la ritok" isteriku bersuara. 

"Habis sebelum tok sik hensem la" sakatku. 

"Eee bukan giya, ya misai abang dah cukur, nampak kemas dan kacak" puji Isteriku. 

Aku hanya tersengih. Dah dekat nak buka sekolah kena jaga penampilan, itulah sebabnya aku bercukur misai pagi tadi.

"Bang, kalau sayang tanya sesuatu boleh sik?" Kata isteriku.


🐞 Episod 70: Watak baru

Pertanyaan isteriku memberi aku sedikit tanda tanya. Biasa orang perempuan tanya begitu mesti ada sesuatu yang tidak kena atau dia mahukan sesuatu. Macam psikik pula aku baca mindanya.

"Ye, tanya lah" balasku. 

"Bang, kena ada seorang cikgu perempuan ya selalu misscall kitak? Tapi kitak sik pernah angkat panggilannya" tanya isteriku. 

"Malas abang nak layan dia tu" jawabku. Aku pun menceritakan pada isteriku tentang cikgu perempuan itu.

Cikgu perempuan itu, merupakan guru yang boleh dikatakan baru juga di sekolah itu. Orang nya boleh tahan cantik tapi perangainya yang banyak cakap itu menyebabkan aku rasa jengkel dengannya. Dia memang selalu cuba untuk merapati aku. Dalam masa yang sama, aku tahu dia menyukai aku. Tapi yang pasti dia bukan citarasaku.

Kebanyakan guru menyangka aku melayan dia, tapi hakikatnya aku mengelak daripadanya. Tapi jika sudah namanya rakan sekerja, aku tidak mampu mengelak jika keperluan tugas bekerjasama dengannya. Pernah, suatu ketika dia mengajakku keluar bersama, tetapi menolak dengan baik dan kuberi alasan bahawa aku sedang selsema. Dia sanggup nak belikan makanan dan menghantar kepada aku ketika itu.

Memang aku adalah duda ketika itu, tapi bukan bermakna sesuka hati aku terima perempuan dalam hidup aku. Mungkin juga aku ketika itu serik setelah penceraian dengan isteriku yang terdahulu.

"Giya lah kisahnya" ujarku. 

"Kitak madahnya kacak nak, kitak sik terpikat ngan nya ke bang?" tanya isteriku sinis.


Bersambung....

Part 8 Hadiah Terakhir

No comments:

Post a Comment