Part 8: Hadiah Terakhir



Part 8: Hadiah Terakhir

💐 Episod 71: Curiga vs Sejati

Aku tahu sudah pasti isteriku tergugat dengan situasi seperti itu. Tambahan guru perempuan tersebut adalah rakan sekerja yang selalu dekat di tempat kerjaku.

"Mun abang suka ngan nya, dah lama abang jadi ngan nya tauk sik!" balasku untuk mengurangkan sangsinya. 

"Tadi abang ada madah yang abang sik nerima perempuan sesuka hati, kenak wak abang boleh nerima kamek yang ternoda tok bang?" isteriku menambah soalan cepu emas lagi. 

"Kitak nak dengar apa yang berlaku? Kenak abang boleh nerima kitak" aku serius ingin menjelaskan padanya. 

"Tentulah, kamek sik mok kitak maksa diri untuk kamek jak" luah isteriku dengan nada serius.

"Mulanya niat abang hanya mahu membantu kitak yang pernah abang anggap sebagai seorang sahabat, masa ya abang memang lebih kepada kasihan" jelasku tidak mahu berselindung. 

"Kakya" isteriku memberi penuh perhatian ingin mendengar penjelasanku. 

"Kakya, masa kitak ngajak keluar nak cari barang kononnya ya, ingat sik?" tanya ku cuba mengembalikan ingatan isteriku. 

"Aok ingat, kakya" isteriku bersedia mendengar selanjutnya.

"Sayang molah muka nakal, kitak bersikap jadi diri sendiri dan cuba memikat hati abang masa ya, terkala ya juak abang merasakan suatu yang istimewa tentang kitak dan langsung jatuh hati ngan kitak" jelasku lagi yang kali ini membuatkan isteriku tersenyum dan membuat muka nakalnya. 

"Kedak tok kah bang" dia menunjukkan ulang tayang bagaimana dia juga sebenarnya sudahpun jatuh hati pada ketika itu.

"Buat pengetahuan kitak, perasaan abang kinitok bukan kasihan atau simpati ngan kitak, tetapi perasaan menyayangi dan mencintai kitak sepenuhnya" luahku padanya. 

"Kamek nang risau wak bang, kitak banyak peminat dari dolok agik kamek dah tau, tapi abang janji la yang abang hanya mencintai kamek jak" balas isteriku pula. 

Jelasnya dia memang tergugat dengan suasana di tempat kerjaku.

Aku rasa geram dengan si dia ini. Kenapa masih meragui aku lagi. Aku berhenti di bahu jalan. Aku pusingkan badan ku ke arahnya. 

"I love you, Sayangku" luahku ikhlas dari hati dan ku tatap matanya dalam-dalam. 

Isteriku diam, mukanya kemerahan namun dia jua membalas tatapanku. 

"I love you too, sayangku" balas isteriku. Ku cium dahi dan pipinya bahawa betapa aku benar-benar menyayangi dia.


💐 Episod 72: Taman Bunga

Aku bawa isteri ku pergi ke sebuah taman. Sebuah taman bunga yang sangat besar. Kami berdua berjalan-jalan melihat dan menikmati keindahan alamnya.

Di sana kami memenuhi ruang telefon dengan gambar-gambar selfie berdua. Pelbagai aksi selfie yang diambil. Suatu gambar yang paling menarik adalah gambar kami berdua saling membelakangi dan masing-masing mengambil gambar selfie dan menunjukkan huruf "C" dengan jari di atas antara kepala kami berdua. Dan gabungan C itu menjadi bentuk hati. Gambar dari telefon nya jadi gambar profile telefonku. Begitu juga dengan si dia.

Penat berjalan-jalan di situ kami berdua mencari tempat duduk di kafe berdekatan taman itu.

"Bang, kacak gambar tok kan?" Isteriku menunjukkan gambar-gambar yang telah diambilnya dari tadi. 

"Aok abang suka love atas kepala ya, dah cahaya nya cun, muka kitak senyum spontan, timingnya nang cun" ujarku sambil ku gapai tangannya. 

"Aok, kacak gambar sigek ya, tapi tok pun kacak wak, kitak berdiri nangga jauh, tangan di kocek seluar berlagak cool" jelas isteriku.

Aku yang duduk secara berdepan dengan isteriku. Ku nikmati wajah ayu isteriku, ku tatap matanya, dia membalas tatapanku. Wajah itu berseri indahnya, walaupun hanya solekan tipis.

Tidak tahu kenapa, kedua-dua tidak mahu mengalah dan saling berpandangan. Entah macamana nak gambarkan saat ini, bagaikan hanya ada aku dan dia sahaja yang ada di situ. Wahal ramai juga yang melepak di situ. Inikah perasaan yang orang kata mabuk bercinta bagai dunia hanya milik berdua. Tambahan rama-rama yang berterbangan dan warna-warni bunga di situ menyerikan lagi saat itu.


💐 Episod 73: Macam Ustazah Pula daa

Terasa lapar pula. Si dia tak habis-habis menatap aku. Seolah-olah dia tidak pernah jemu. Harap macam tu sentiasa la.

"Kitak dah kenyang ke dengan pandangan ya? Abang dah lapar tok!" tanyaku separa berseloroh menyatakan diri yang kelaparan. 

"Kenyang la wak, tapi mun nak belanja boleh wak" jawab isteriku. 

"Nak makan kat sitok ke tempat lain?" tanyaku memberi ruang pada isteriku membuat pilihan.
 
"Mana-mana jak la, tapi nak yang mahal-mahal jak, tak mau yang murah-murah" jawab isteriku sambil menunjukkan muka tersengihnya. 

"Banyak ko punya cantik mahal-mahal je" kataku membuatkan si dia lagi tersengih.

"Eh bang, sebenarnya sayang sik kesah pun makan mana-mana pun, janji ia rezeki dari Allah SWT, jika rezeki hari tok hanya dapat sepinggan nasi pun sayang terima, jika diberi sekawah nasi baik kita kongsikan bersama dengan yang memerlukan bang" ujar isteriku. 

"Sejak bila ko jadi ustazah tok eh?" aku saja menyakatnya. 

"Mak dan ayah nang didik giya dari kecik bang, sidak Sik suka nangga kamek membazir, membazir ya amalan syaitan" ujar isteriku lagi. 

"Ui, seriusnya isteri abang berceramah koh" sakat ku lagi.

Hakikatnya, aku memang tahu dia bukanlah jenis perempuan yang meminta-minta. Aku perasan lama dah yang isteriku orang yang berjimat-cermat. Caranya berpakaian aku boleh nampak, dia tidak mengenakan pakaian berjenama, cukup baginya jika ia cantik dipakai. Itu juga membuatkan aku bangga dengannya. Terbaiklah isteriku.

"Bang, satu benda nak cakap dari dulu, tapi tak gamak pula rasanya" isteriku seperti nak menyampaikan sesuatu yang nampak berat. 

"Abang kan laki kitak, padah jak, sikda rahsia gik antara kita sayang" aku cuba memberi peluang supaya dia lebih berani meluahkan perasaannya. 

Dalam hati ku merasakan, mesti ada sesuatu yang serius dia nak sampaikan ni.


💐 Episod 74: Siapa yang kitak lebih sayang!

Ku lihat dia seperti teragak-agak untuk mengatakan sesuatu padaku. Reaksi wajahnya semacam serba-salah jer.

"Sayang, plis jangan giya, mun nak padah, padah jak, iboh molah abang tertanya-tanya" aku cuba beranikan dirinya bersuara. 

"Janji iboh ambil hati ya bang, mun sayang cakap benda ni" kata isteriku yang membuatkan aku terasa pelik dan tertunggu-tunggu. 

"Padah jak lah sayang" pujukku tak tahan bermain teka-teki.

"Takut kitak madah kamek pandei-pandei nak ngubah kitak lak bang, tapi sayang mesti madah wak, sebab kamek sayang dengan kitak sangat" ujar isteriku namun masih tidak menyampaikan isinya lagi. 

"Ok, abang janji sik kecik hati asalkan isteri abang bahagia" kataku cuba menyakinkannya.

"Abang, kitak kuat ilak merokok, sayang bukan la madah kitak perlu buang tabiat ya terus, tapi mun boleh kurangkan bang, sayang faham wak ya tabiat yang bukan senang nak buang, tapi kamek sik mok jadi balu awal ilak bang" isteriku bercakap tentang tabiat merokok ku. 

Aku diam seketika fikir apa yang mahu aku jawab. Sebabnya, aku tahu merokok ini memang tidak ada kebaikan pun. Tapi, ia suatu tabiat yang benar-benar susah dibuang.

"Naaa kannn, abang mesti susah hati pasal rokok ya, sayang perhatikan sehari sekotak kitak isap bang, bukan mok ubah diri abang, tapi nak abang dapat hidup lebih lama dengan sayang, biarpun sesaat panjang umur ditambah, tapi sayang sangat sayangkan saat kita bersama bang" panjang lebar si dia berleter, namun aku tahu dia ikhlas kerana sayangnya padaku. 

Kali ini aku tidak berani menyakatnya, kerana aku sedar kata-katanya adalah ikhlas ditambahkan lagi sinar wajah dan matanya seperti seekor kucing comel yang mohon kasihan.

"Baiklah, abang cuba kurangkan, nak buang terus payah la sayang, ok!" balasku spontan.

Memang serba-salah juga ia adalah tabiat burukku. 

"Abang, sayang kat kamek kan? Mun giya bayangkan setiap kali abang merokok setiap kali ya wak abang madah benci ngan kamek, adakah abang benci kamek" cabar isteriku. 

Memaksa aku memilih antara rokok ataupun dirinya. Bencikan isteriku! Itu tidak mungkin. Apa jua sekalipun dialah yang aku cintai dan sayangi sepenuh hatiku. Fuhhh...hebat isteriku psiko aku berhenti merokok.


💐 Episod 75: Kemenangan besar

Aduh. Suatu yang amat berat untuk diputuskan seorang perokok. Bayangkan setiap batang rokok yang aku cucuh adalah kebencian padanya. Mana mungkin. Dia satu-satunya insan yang istimewa dalam hidup aku. Dia juga adalah heroin dalam filem hidupku.

"Sayang, kitak jahat la ngugut abang giya" itu saja yang mampu ku katakan. 

"Bijak kan isteri abang, kamek sayang kitak bang, plis demi kasih sayang kita" luahnya. 

Adui, memang dilema sungguh. Ya, aku pilih dia dari rokokku. Sememangnya dia kini dan selamanya.

"Ok, abang sik mampu nak bencikan kitak ya" keputusan ku memihak kepadanya. 

Dia berdiri dan berpindah di sebelahku. 

"Sayang, i love you so much" bisiknya di telinga ku. 

Aku pulak termenung seperti orang baru berpisah dengan kekasih. Dengan rasa sedih dalam hatiku mengucapkan selamat tinggal rokok.

"Kitak tau sik? Ya adalah antara keputusan yang sangat berat, tapi mudah bagi abang memilih, sayang adalah pilihan utama" kataku yang membuatkan si dia sekali lagi bertindak merangkul leher ku dan diciumnya pipiku secara curi-curi tanpa dia sedari dia berada di kawasan publik.

"Wei publik la" bisikku. Barulah dia kembali ke tempat duduknya dengan wajah yang sedikit kemerahan. Padan muka sapa suruh lupa diri. Hehehe.

"Jom, sayang dah lapar la, kitak makan je mana-mana bang k, janji sedap dan halal" isteriku menukar topik, dan yang pasti dia seronok dengan kemenangan besar dia hari ini. 

"Perlukah abang menitiskan airmata perpisahan dengan rokok ku ritok ka" tanya ku berseloroh padanya. 

"Sampai hati abang eh, rokok ya jai, nya molah kitak benci kamek lak bang" kata isteriku. Ia membuatkan aku bernekad berhenti merokok.

Fuhhh, aku harap hari aku tanpa rokok akan berjalan seperti biasa. Aku bagi kotak rokok kat poket ku pada isteriku, dia dengan selambanya pergi buang kat tong sampah.


💐 Episod 76: Boleh, Tapi Kurangkan

"Kat sini je lah kita makan sayang, sia ada cafe yang jual makan wak" kataku separa mencadang. 

"Boleh wak, kenak muka monyok jak bang, sedih berpisah ngan gerek Salemah kitak kah?" tanya isteriku yang tahu jenama rokok kegemaranku. 

"Sikkkk, jom la cari benda makan" balasku ringkas menafikannya.

Kami mencari makanan yang ada kat cafe yang berdekatan. Pilihan makanan agak kurang la. Tapi kami berdua tidak kesah, asalkan ada benda makan. Untung isteriku tak banyak songeh. Waktu sedang makan tu, aku banyak diam. Sekali-sekala isteriku memandangku seperti curiga dengan airmukaku. Dia tahu apa yang mengganggu pemikiran ku.

"Bang, mungkin terus berhenti ya sangat susah, sayang faham, kita tukar sikit plan ok ka" ujar isteriku. 

"Plan menda ngok?" tanyaku. 

Sudah lama aku tak panggil dia ngok. Ngok selalu ku gunakan semasa aku menyakat dan geram padanya.

"Sayang tarik balik berhenti terus ya tek, kitak hisap setengah kotak jak sehari, Mun selebih ya barunya jadi kebencian kitak terhadap mek, ok sik offer ya bang?" tanya isteriku seperti dia tahu berhenti mengejut itu adalah payah. 

Aku tahu dia taknak aku merokok, dia sayangkan nyawaku. 

"Apa kata bila perlu jak, abang hisap, contohnya bila abang stres atau tengah busy buat kerja" kataku tidak mahu apa-apa syarat. 

"Sayang, kamek sayang abang koh, kamek sik mok ngubah abang wak, abang dah lama merokok, tapi kurangkan bang, kelak sayang bantu abang k" pujuk Isteriku. 

Dia sangat memahami situasi ku sebagai perokok.

"Ok la, abang ikut je plan sayang, asalkan dua-dua kita hepi, menang-menang la" Kataku.

"Kitak mesti terasa nak, bila sayang madah setiap batang rokok ya adalah kebencian kitak terhadap kamek" ujar isteriku. 

"Aokla, mana mungkin kamek sanggup membenci kitak sayang oi" balasku.

"Iboh risau la abang ku sayang, iboh pikir giya, cuma kurangkanlah rokok ya, jaga kesihatan wak, kitak sihat kamek hepi" jelas isteriku memujukku, kerana dia sedar permintaannya tadi sangat drastik. 

Sebenarnya aku bersetuju dengan idea dia tadi tu, tapi aku senyapkan saja, mana tau nanti terhisap rokok lagi. Dia senyum kerana melihat reaksi muka ku yang tersengih.


💐 Episod 77: Sehari Di Tahun Lama

Tahun baru dah dekat. Plan nak ajak tersayang naik bukit tengok bunga api tengah malam nanti.

"Sayang, malam ni kita tengok bunga api maok sik?" tanyaku pada isteri tercinta. 

"Nak, nak, kat mana sayang?" beria dia setuju. 

"Rahsia, sayang ikut jela, 10 malam kita bertolak okay?" cadangku. 

"Eee sik sabar la maok nangga bunga api" jelas isteriku teruja.

Apapun kepala otak aku masih memikirkan tentang hari persekolahan yang makin dekat. Mesyuarat sudah dijalankan. Tanggungjawab sebagai seorang guru dan lain-lain tugas sampingan bakal melanda semula. Orang cakap senang jadi cikgu, mengajar jer kan, bukan buat benda-benda lain pun. Budak cuti cikgu pun cuti. Itulah yang masyarakat tengok dari luarannya. Hanya guru-guru sahaja yang paham.

Ramai yang tidak tahu saya sudah menikahi bekas anak muridku. Pasti ramai yang akan memberi respon kelak. Aku kena bersedia menghadapi itu semua.

Jam sudah menunjukkan 10 malam, isteriku tampak sudah sedia dengan pakaian keluarnya. Sungguh cantik dan menawan, dialah bidadari surgaku. Sudah dari petang tadi selepas balik dari taman bunga dia ke hulu ke hilir tidak senang duduk, nampak sangat tidak sabar nak tengok bunga api. Isteriku tidak pandai menyembunyikan keterujaannya.

"Bang, sayang dah siap, jomlah" kata isteriku menuntut janji siang tadi. 

"Mok gi siney sayang" sakatku saja buat-buat lupa. 

"Ai, mok nangga bunga api kan?" dia mengerutkan dahinya jelas tidak puas hati. 

"Ye lah, nak bersiap pergi lah tok, sik mok ajak ibu dan bapak sekali ke?" tanyaku. 

"Nak berdua dengan abang jak la" dia menunjukkan muka merajuknya.

Aku dan isteriku mulakan perjalanan menuju ke kawasan yang tinggi dekat dengan kawasan bandar. Belum tengah malam pun sudah ada bunga api sepanjang perjalanan itu. Nampak meriah juga tahun baru kali ini. Semeriah hati kami berdua juga.


💐 Episod 78: Sudah Sampai daaa

Dalam kereta si dia siap menyanyi-nyanyi. Nampak sangat teruja. Malam itu, tiada tanda-tanda hujan akan turun, langit memperlihatkan bintang-bintang.

"Semacam jak kitak malam tok sayang?" aku mengganggu keseronokannya menyanyi. 

"Hepi punya pasal la sayang" jawabnya dan meneruskan nyanyian suara sumbangnya. 

"Sayang, cuaca ni bait jak, risau kamek tok koh" kataku sememangnya nak mengganggu dia menyanyi. 

"Risau apa sayang?" tanya si dia ringkas. 

"Abang takut cuaca ni tiba-tiba berubah dengar kitak menyanyi koh" aku terus ketawa dia. 

"Eee jai kitak eh..." balasnya buat muka merajuknya tapi tetap manis.

Seronok menyakat yang tersayang. Dia mengada-ngada pula, saja buat menyandarkan kepalanya dibahu aku. 

"Nak dengar jantung yang kata sik berhenti-henti madah sayang ngan mek ya" kata isteriku sambil meletakkan tangan kanannya di dadaku. 

"Wei ngok, Polis roadblock nun, bangun la!" Aku menyakatnya yang tengah bermanja. Sebenarnya, kereta ku dah sampai di destinasi.

"Wah, kacak la tempat tok bang, kenak mek sik pernah tauk tempat sekacak tok ada di Sarawak tok koh?" luah isteriku yang teruja. 

"Ni soalan ke cadangan?" balasku saja menyakatnya. 

"Mesti kitak pernah dating ngan perempuan gi sitok nak?" soal si dia sambil menjeling padaku. 

Orang perempuan ni memang cepat betul pasang prasangka. 

"Kitak la perempuan pertama ya, abang cari kat Google tempat tok petang marek demi kitak tauk sik!" balasku.

Dia menunjukkan riak muka terharunya lalu memelukku kemas. Sekali lagi diciumnya pipiku. 

"Thanks sayang, I love you so much" bisik si dia di telinga ku. Aku pandang wajahnya. 

"I love you too my dear" balasku.

Aku masih belum mahu mengajak dia keluar dari kereta. Kerana lebih selesa dalam kereta, boleh dengar muzik dan nyamuk pun tiada.


💐 Episod 79: Sweet

Cahaya bintang sangat indah di malam itu. Terang benderang langitnya, itu tandanya hujan tidak akan menjelma. Bunga-bunga api tahun baru itu sudah meletus-letus bagi yang tidak sabar menikmatinya. Kami berdua masih lagi lepak dalam kereta.

"Bang, nak tanya abang suatu soalan boleh?" si dia membuka bicara. 

"Tanya je, iboh tanya soalan kimia dah, ya abang sik tauk" balas ku berseloroh. 

"Abang benar-benar sayangkan kamek ka?" tanya isteriku. 

"Aik, sik caya ngan abang ka?" soal ku semula. 

"Bukan sik cayak, tapi nak dengar abang kakar sweet-sweet la" ujar si dia sambil memberikan senyuman mengadanya. 

Lebih kurang 30 minit lagi nak jam 12 malam. Kami berdua terus bersembang menunggu detik tengah malam itu.

"Nak yang sweet-sweet ye?" tanya ku padanya. 

"A a la, boleh bang kan?" Isteriku lagi-lagi menunjukkan muka mengada-ngadanya ingin bermanja dengan ku. 

Sambil itu aku buka dashboard kereta ku sebelah tempat duduknya. 

"Nah, ini sweet Hacks, sweet juga ni sayang" aku saja mengenakan isteriku. 

"Eee abang tok eh, polah sik paham wak" ujarnya sambil mencubit manja lengan ku.

Bagiku, isteriku sememangnya cantik, muka ala-ala cina sedikit walaupun bangsa Melayu tulen. Tambahan lesung pipitnya membuatkan ku geram nak cubit pipinya. Pelik juga, dulu tidak pernah pun aku perasan yang dia sememangnya menawan. Semenjak dia menjadi isteriku yang sah, dia bagaikan bidadari bagi ku. Bahagianya aku. Saat bersamanya hati ku sentiasa berasa tenang. Lantakla orang nak kata apa, yang penting kami berdua saling menyintai.


💐 Episod 80: Selamat Tahun Baru

Tinggal 5 minit lagi tahun baru bakal menjelang. Si dia leka menyandar di dadaku. Macam perangai kucing juga isteri ku ini, manja. Maklumlah, dia hanya satu-satunya anak tunggal mertuaku.

"Eh, sayang dah dekat tengah malam dah, jom keluar" kataku mengganggu kemanjaannya tadi. 

"Ya lah bang, sik berasa masa berlalu" balas isteriku sambil kembali mengatur tudungnya.

"Jom, kelak terlepas pulak kita nangga bunga api" ujarku mahu dia segera bertindak. 

Kami berdua keluar dari kereta dan berdiri menyandar depan kereta. Si dia bagaikan tidak boleh terpisah dariku, tangannya segera menggenggam erat tanganku.

Poom, poom, poom. Bunyi bunga api dan mercun sudah pun bermula. Sana-sini letupan dan letusan bunga api. Suasana sangat indah. Namun, bagi kami berdua ia jauh lebih indah. Pelukan hangat manja isteri ku menunjukkan dia sangat bahagia dan gembira bersama denganku.

"Kacak pemandangan dari sitok bang oh" kata isteriku. 

Aku melepaskan tangannya dan dia berada di depan ku seperti memahami bahawa aku ingin memeluk tubuhnya dari belakang. Hangat. Suasana meriah bunga api walaupun tanpa ulasan itu bagaikan penambah perasa dalam perasaan kami berdua.

"Sayang, mun kitak maok kitak boleh jadikan setiap tahun kita pergi sitok untuk menikmati bunga api berdua" cadangku padanya. 

"Best wak, bagaikan ulang tahun kisah kita bang kan" sokong isteriku. 

"Sayang hepi sik" tanyaku. "Sayang adalah yang paling bahagia kinitok bang" balas isteriku.

"Selamat tahun baru sayangku" bisikku dan ku cium pipinya serta ku lagakan pipi kami berdua. 

"Ya bang, selamat tahun baru wak, moga kita kekal bahagia selamanya" ucap isteriku.

Bersambung...

Part 9 Hadiah Terakhir

No comments:

Post a Comment