Part 9: Hadiah Terakhir
🌸 Episod 81: Nak Berdua, Faham Sik!
1 Januari, Cuti Tahun Baru. Dalam kepala otak, fikir apa nak buat hari ini. Apapun, semalam hari yang sangat 'best' bersama tersayang tengok bunga api. Awal pagi isteriku sudah menyiapkan sarapan pagi buat semua. Kali ini dia tidak bancuh kopi untuk sahaja, kerana hari itu sudah ku tegur, jangan hanya buat untukku sahaja. kalau nak, buatlah untuk semua.
Selesai mandi aku turun ke bawah, dan yang pasti semua dah ada di bawah. Aku hanya tersengih kerana aku orang terakhir turun.
"Selamat pagi semua" aku tiada idea nak menyapa.
Hanya menunjukkan muka tersengih macam kerang busuk tergaru-garu kepala yang tidak gatal.
"Selamat pagi gu" jawap bapak mertuaku.
"Kitak duak sik mok ikut ka? kelak ibu dan bapak nak pergi kenduri kahwin saudara kampung sebelah" Si ibu mertuaku mengatakan mereka nak pergi kenduri orang kahwin.
Aku memandang muka isteriku, dan jelas gelagatnya menggelengkan kepalanya sudah menunjukkan jawapan.
"Ermmm, boleh juga bu, boleh kenal saudara-mara semua nanti" aku sengaja mengenakan isteriku.
"Ermmm, boleh juga bu, boleh kenal saudara-mara semua nanti" aku sengaja mengenakan isteriku.
Apalagi, dahi isteriku berkerut dan menunjukkan muka geramnya padaku.
"Ehh, kamek duak sik ikut la mak, abang sebenarnya kena menyediakan persediaan mengajarnya, isok kan mula sekolah dah kan bang" cepat isteriku menyampuk kononnya aku sibuk.
"Mun kedakya ibu dengan bapak jak lah pergi, orang dah jemput, sik bait sik datang" jelas ibu mertuaku.
"Lain kali jak kamek orang pergi ya mak" balas isteriku dengan pandangan kemenangan dia terhadap aku, berserta dua genggaman tangannya diangkat dan diturunkan serentak sambil berbisik menyebut 'yes!'.
Tapi, aku masih nak membalas kenakannya.
Tapi, aku masih nak membalas kenakannya.
"Kalau pasal kerja sekolah tu sampai bila pun tak pernah siap, boleh sambung polah lepas pergi kenduri ya, kita sik lama juak pergi sinun kan bu" ujarku sambil ulang balik gelagat 'yes!' isteriku tadi.
Aku lihat dia geram, dua tangan digenggamnya lurus ke bawah.
"Eee abang tok, mun abang nak sangat, abang jak pergilah ikut" isteriku sudah panik dan menggunakan kaedah terakhirnya, sebab dia tahu aku takkan ikut tanpanya.
Aku hanya tersenyum, tak mahu menyakatnya lagi. Aku tau lepas ni aku akan jadi mangsa cubitannya. Si dia bukan main menjeling buat muka marah dan geramnya padaku. Seronok sangat dapat menyakat si dia.
"Abang tok a... sik paham bahasa wak, kamek dah geleng-gelengkan palak tanda sik mok la ya, yang ngada ilak nak ikut ya kenak?" isteriku membisikkan amarah geramnya.
"Abang tok a... sik paham bahasa wak, kamek dah geleng-gelengkan palak tanda sik mok la ya, yang ngada ilak nak ikut ya kenak?" isteriku membisikkan amarah geramnya.
"Ooo sori, mek ingat sayang nak ikut wak tadi" kataku berbisik kepadanya.
"Sayang nak berdua jak kat rumah dengan abang sikkan sik paham" jelas isteriku berbisik geram lagi.
Aku faham sebenarnya, dan aku tahu yang dia mahu mengambil kesempatan berdua. Tapi aku sengaja mengenakannya.
🌸 Episod 82: Matematik
🌸 Episod 82: Matematik
Jam di dinding menunjukkan 10 pagi. Kedua-dua mertuaku sudah pergi ke kenduri perkahwinan. Tinggal aku dan isteriku di rumah. Aku melepak kat sofa sambil menonton tv. Cerita apa aku pun tak tahu.
Isteriku duduk di sebelahku, lantas menyandarkan dirinya padaku. Aku angkat tangan kananku dan memegang bahunya.
"Ni pehal ni, mengada-ngada" selorohku.
"Nak manja sik boleh kah?" balas isteriku.
"Esok dah mula sekolah, esok mesti sayang 'boring' kat rumah kan?" tanya ku.
"Kat sekolah esok iboh nak layan lebih-lebih miak perempuan ah" tegas isteriku.
"Ish sayang tok, dengan biak pun nak jeles wak ka?" balasku.
"Abang ya kan peramah, lak sidak terkait ati lak, indah zaman mek dolok pun ramei yang minat kat abang tauk sik" jelas isteriku.
"Sapa yang minat kat abang ya?" tanyaku.
"Kenak mok, tauk? Ney boleh padah, lak abang cari sidanya" balas isteriku.
Tampak jelas isteriku rasa tergugat juga. Aku tahu dia cemburu tandanya dia menyayangiku. Sebabnya, zaman dia sekolah dulu pun ada pelajar pernah menulis surat cinta tanpa nama padaku. Nak kata diri ini kacak, tak juga, tapi taklah sekacak pelakon kat kaca tv. Namun cukup membuatkan orang boleh melirik kali kedua selepas pandangan pertama. Mereka kata aku ni tak nampak tua walaupun sudah berusia. Biasalah kaum lelaki makin tua makin mahal. Cewah.
"Bang, abang nak berapa orang anak?" tiba-tiba isteriku tanya soalan matematik.

"Tak kesah, ada rezeki banyak mana pun tak kesah, asalkan sihat belaka" ujarku.
"2 orang jak cukup kan" kata isteriku.
"Nak 5 boleh?" tanya ku.
"Nak 12 orang pun boleh bang, tapi abang yang bersalin boleh!" balas Isteriku.
Aku hanya tersengih. Aku tau bersalin tu perit dan menyakitkan.
"Yela, kita ikut jer rezeki yang Tuhan bagi, kalau dia bagi 2 pun tak kesah, kalau dia bagi 18 pun tak kesah" balasku berseloroh.
"18 orang?" Isteriku lantas mencubit pinggang ku berkali-kali.
"Sakit dowh" aku terus menangkap tangannya dan ku peluk erat bagi dia berhenti mencubit ku.
"Tau sakit, sakit lagi beranak tau bang?" balas isteriku.
"Kenak tanya pasal anak tok?" tanyaku.
"Kenak tanya pasal anak tok?" tanyaku.
"Tak sabar nak lahirkan anak buat suami tercinta ku" balas isteriku.
"Ke nak ajak buat anak kinitok?" tanyaku nakal.
"Gatal! ke sia pulak nya" ujar isteriku.
"Dah ya, giney mok dapat anak, mun kita sik polah?" Aku berseloroh lagi.
Dia nak cubit aku tak boleh dah sebab tangannya dua-dua ku genggam erat.
🌸 Episod 83: Makna Kerinduan
Pagi itu awal isteri ku bangun untuk menyediakan sarapan pagi untuk ku. Baju dan seluar ku pun sudah diseterikanya malam tadi. Setelah mandi dan menyalin pakaian aku segera turun. Si dia sudah terpacak di meja makan menantiku sarapan. Wajahnya yang lembut itu ku tatap dan kuhafal ku jadikan bekalan turun kerja nanti.
"Bang, iboh lupa nangga Whatsapp lak k" ujar isteriku.

"Mun Ada free lak la, tapi banyak free kalinya sebab bukan guru kelas" balasku.
"Takut rasa rindu ilak ngan abang lak" kata isteriku sambil mendekati wajah ayunya padaku.
Ku pegang dagunya, dan ku cium dahinya tanda ku menyayanginya. Riak wajahnya bagai berat benar melepaskan aku untuk turun bekerja. Bagaikan tiada lagi esok baginya.Si dia memeluk ku kemas di depan pintu.
"Rasa sik mok jak lepaskan pelukan tok bang" ujarnya. Aku jua membalas pelukannya.
"Tak lama, lepas tengahari abang balik lah sayang, iboh polah kedaktu lak ibu dan bapak nangga seganla" ujarku sambil cuba meleraikan pelukkan yang masih dieratkannya lagi.
"Sepanjang kita dah kahwin haritok hari pertama kitak akan jauh dari mek bang, sebelum tok setiap masa kita bersama" ujar isteriku dengan nada hiba.
Sedikit pun dia tidak mahu berjauhan dengan ku. Dalam benar perasaannya padaku.
Aku melepaskan pelukan isteriku dengan perlahan. Aku melangkah keluar ke arah kereta ku. Namun, isteriku masih mengekoriku. Sampai depan pintu kereta sekali lagi dia memelukku dari belakang.
"Biarkan sayang peluk seketika dolok, hanya hari tok jak mek giya bang, esok-esok mek akan belajar menahan diri" luah isteriku.
Aku hanya berdiam seketika membiarkannya. Baginya setiap sentuhan dan belaian dari aku baik pun darinya adalah sangat bermakna. Aku rasa terharu dengan caranya melayani aku, apakah sampai begitu dia tidak mahu berjauhan dariku.
Beberapa ketika dia melepaskan pelukannya dengan perlahan. Aku buka pintu kereta ku, dan aku duduk. Si dia masih berdiri sebelahku. Kuturunkan cermin tingkap. Si dia masukkan kepalanya mencium pipiku.

"I love you Sayangku" luahan Isteriku membuatku terkedu seketika.
"I love you too" balasku.
Aku panaskan enjin kereta bersiap untuk pergi. Si dia kembali di depan pintu rumah. Dia melambai-lambai tangan pada ku. Wajahnya sugul.
Akhirnya aku memandu keluar dari persimpangan itu. Trit Trit Tritttt telefonku bergegar. Owh mesej dari whatsapp rupanya. Tertera perkataan "I miss You". Ia adalah dari isteriku. Biarpun hari pertama dia berjauhan dengan ku, gelagat agak melampau nampak mengada-ngada. Tapi itulah dirinya yang sebenarnya. Kerana dia sedar hari itu hari pertama mengajarnya erti kerinduan.
🌸 Episod 84: Hari Pertama Persekolahan
Hari pertama persekolahan tahun baru. Baru sahaja 'tumb print' setiap guru dan staf yang berselisih dengan ku mengucapkan tahniah. Jadi segan pula aku, sebab tidak membuat apa-apa jemputan ke majlis perkahwinanku. Nak jemput macamana, semuanya tidak dirancang.
Aku naik ke bilik guru. Sebelah tempat duduk ku lihat si murai telah duduk di situ. Si murai inilah yang berkenan padaku. Bila masa dia berpindah tempat pula, bisik hati ku. Sebagai rakan setugas yang profesional aku menyapa dia.
"Hai sudah tukar tempat duduk ka?" sapaku pada si murai kerana aku lihat namanya berada di atas meja tersebut.

"Kenapa? Saya tak boleh duduk di sini meh?" balas si murai padaku.
"Itu hak cikgu, saya no hal nak berjiran dengan siapa saja" balasku pula.
Dia merapati aku dan membisikkan sesuatu.
"Lagi senang nak dekat dengan awak lepas ni" bisik si murai padaku.
Aku cuma diam, malas nak layan. Dilayan nanti makin menjadi pula dia.
Sementara menunggu waktu masuk kelas, aku mengeluarkan telefonku. Ku lihat ada beberapa notifikasi dari isteriku.
Today
8:30
Bang, terasa sunyi la! 😔
Rindu pulak la sayang
8:37
Ingat bang, iboh layan miak perempuan lebih² ye. 👊🏻👊🏻👊🏻
8:49
Kenak abang sik reply?
Sik rindu ngan sayang ka?😔
Kesiannya isteriku, baru sehari berjarak dah mengada-ngada. Aku balas mesejnya itu dan aku nyatakan yang bahawanya aku merindui dia juga. Apalagi dia seronok membalas dengan emoji-emoji yang menunjukkan bertapa gembiranya dia.
Mujur kelas hari pertama ini tidaklah banyak. Aku kembali ke tempat duduk ku. Ku buka bekal yang isteriku siapkan untuk ku. Biarpun masakan simple tapi cukup menyelerakan. Sedang aku menikmati makanan tersebut tiba-tiba si murai menepuk belakangku.
"Sampai hati awak, berkahwin senyap-senyap, dahla dengan bekas anak murid, skandal awak dulu ke?" si murai seperti tidak puas hati.

Aku diam tidak menjawab dan meneruskan makan. Dia terus membebel di sebelahku. Dia mungkin baru tahu tentang perkahwinan itu. Tapi tak mungkin dia baru tau. Kan masa mesyuarat sebelum tahun baru dia juga mengucapkan tahniah padaku setelah dia dengar sahabat lain mengucapkannya. Kadang tak paham juga aku dengan sikap si murai ni, kejap elok kejap tak.
"Saya tau awak pun menyukai saya juga, tapi kenapa kawin dengan budak tu, mesti ada apa-apa yang something wrong ni" kata si murai. Bila masa pula aku sukakannya.
"Saya tau awak pun menyukai saya juga, tapi kenapa kawin dengan budak tu, mesti ada apa-apa yang something wrong ni" kata si murai. Bila masa pula aku sukakannya.
"Tiada apa yang pelik, aku dan isteriku saling menyintai sebab ya kami orang kahwin" balasku.
Dari reaksi wajahnya jelas dia tidak puas hati dengan perkahwinan ku.
🌸 Episod 85: Hadapi je lah
Biarpun tiada banyak tanggungjawab hari pertama persekolahan, namun ia tetap memenatkan. Maklum sajalah dah lama bercuti. Macam rutin biasa, selesai kelas aku akan kembali ke tempat duduk ku. Aku akan buat apa yang patut sebagai seorang guru, menyediakan RPH. RPH ni Rancangan Pengajaran Harian.
Si murai datang lagi. Sudah la duduk kat sebelah aku. Aku hanya cuba bersikap profesional. Susah kalau orang tak paham bahasa ni. Dia ni tiada kerja lain ke? Memandang aku je kerja. Rimas la pulak.
"Saya dengar awak jadi pak sanggup untuk biak ya kan?" tiba-tiba dia bersuara.

Aduh mana dia dapat cerita ini semua?
"Mun sikpun, kau terlanjur dengan budak tu kan? Kalau tak, takkan awak sanggup bertukar agama" si murai menambah lagi.
Terasa muka ku panas membara.
"Betullah tu kan, sebab itu awak langsung tidak jawab mesej aku sepanjang cuti ni" dia menambah lagi ucapan tak berasasnya.
Aku buat tidak dengar apa yang dia cakap.
Apa yang pasti, aku dan isteriku bahagia. Aku tidak mahu perkara luar mengugat hubungan kami. Si murai terus-menerus memprovokasikan aku. Aku bangun aku pergi ke tandas. Aku tenangkan diri, agar amarahku tidak meluap. Memang aku sakit hati dengan kata-katanya. Dalam tandas tu aku terserempak dengan sahabat guru lain. Dan dia pun bersembang dengan ku.
"Untung dapat bini muda kitak gu" sakat guru tu.

"Dah rezeki dan jodoh itu ditangan Tuhan" jawabku selamba.
"Eh, camna boleh sangkut dengan biak ya, bukan ya biak sekolah kita dolok ka?" tanyanya lagi.
Aduh macamana aku nak jawab ni. Perlukah aku menceritakan hal sebenarnya?
🌸 Episod 86: Bersabar Selagi Terdaya
Apa aku nak jawab? Nak ceritakan sesuatu yang mengaibkan isteri ku? Memang tak la.
"Sori bro, aku dah lama menduda, kebetulan si dia mengakui dirinya menyukai aku, so aku tak perlu pikir lama buat keputusan bro" balasku menerangkan pada guru tu.

"Kitak kena sabar banyak gu, berkahwin dengan bekas anak murid tok nang akan menimbulkan banyak persepsi dari orang sekitar kita" jelas dia memahami apa yang aku bakal lalui. Aku cuma mengangguk sahaja.
Si murai ni tiada kelas ke? Bukan dia patut sibuk ke awal tahun ni. Dia kan guru kelas. Dia bercakap lagi. Kali ini aku nak jawab ke tak? Jawab nanti terlepas sesuatu yang tidak sepatutnya pulak. Baiknya aku berdiam berdepan dengan minah psiko ni.
"Awak sik suka ngan aku agi kah?" tiba-tiba si murai tanya aku soalan.

Ini yang aku malas nak layan orang baik-baik, kemesraan kita selalu disalahertikan. Walhal tidak pernah pun aku pernah mengaku sukakannya. Dia ni memang perasan lah.
"Aku ni dah jadi suami orang, kalau orang dengar nanti boleh mendatangkan salah faham pula" balasku masih cuba bersikap tenang.
"Sekarang tok topik perkahwinan kau dengan bekas anak murid sekolah tok tengah hot dibibir guru-guru" dia sengaja menderitakan perasaanku.
"Sekarang tok topik perkahwinan kau dengan bekas anak murid sekolah tok tengah hot dibibir guru-guru" dia sengaja menderitakan perasaanku.
"Setiap orang ada hak nak bercakap tentang apa yang mereka mahu" balasku tidak mahu bersangka buruk.
"Ye lah, dapat isteri muda katakan, entah-entah dia dah mengandung anak luar nikah dengan kau" dia sengaja memanaskan hatiku.
Sememangnya aku rasa tercabar. Ikutkan hati aku tatkala itu perempuan murai itu ingin ku tampar. Aku kawal diriku. Bersabar.
"Jauh gilak persepsi negatif kitak gu, jaga sikit mulut gu, sabar ku ada batas wak" aku sudah menunjukkan emosi aku terganggu.
"Jauh gilak persepsi negatif kitak gu, jaga sikit mulut gu, sabar ku ada batas wak" aku sudah menunjukkan emosi aku terganggu.
"Helloo, kalau dah molah zina ya mengaku jak la, lambat laun pun orang akan tau juak" dia kelihatan memang sengaja membakar jiwa ku.
Aku diam, ku ambik earphone dalam meja ku dan ku sumbat ke telingaku, ku buka muzik sekuatnya. Lantak kau lah nak membebel situ murai bisik hatiku.
Aku tahu kalau aku layan, pasti aku akan hilang sabar nanti. Aku tau dia tidak puas hati kerana aku tidak pernah menerimanya perasaannya padaku. Sebab itu dia menggunakan apa saja cara untuk menyakitkan hatiku. Arh malas nak fikir orang yang tiada sangkut paut dengan hidupku.
🌸 Episod 87: Selesai Hari Pertama Persekolahan
Kringggggg! Loceng tamat waktu persekolahan. Ahhh lega. Tak sabar nak balik. Nak bermanja dengan si dia yang menantiku di rumah.
"Aku sikkan lepaskan kau" sempat si murai membisikkan sesuatu kepadaku.

Aku tidak memperdulikannya, ku kemas barang ku dan aku bersiap untuk balik.
Tipulah kalau aku tidak terganggu dengan suasana di sekolah tadi. Memang sangat menyakiti hati ku. Tapi aku kena hadapi dengan baik supaya tiada tindakan negatif dariku. Aku hanya berharap agar aku mampu bersabar dan terus bertenang menangani semua itu.
Aku memandu balik dan muzik dalam kereta ku buka sekuatnya supaya mood aku kekal sihat. Sampai depan rumah, kelihatan yang tersayang sudah tercegat menanti dan melambai depan pintu. Dia menantiku penuh senyuman.
Melihat wajah isteriku, aku seakan-akan lupa apa yang berlaku di sekolah tadi. Jiwaku kembali tenang. Senyuman isteriku cukup membuatkan aku terasa selesa.
"Bang, sayang dah masak untuk abang, mak dan bapak dah makan tek, sayang temankan abang makan k" si dia memaut lenganku dan dipimpinnya ke dapur.

"Sedap bau aroma masakan isteri abang, ke ibu yang masak tek" kataku saja menyakatnya.
"Penat sayang belajar resepi dalam YouTube tek, tentu la sayang masak" jawab isteri ku.
Dia menyediakan hidangan untukku. Aku membasuh tangan dan duduk di sebelahnya. Tapi aku sengaja tidak menjamah lagi makanan.
"Kenak bang, makanlah" kata isteriku.
"Kenak bang, makanlah" kata isteriku.
Aku diam aku hanya memandang wajahnya. Dia kelihatan terpinga-pinga melihat aku belum menjamah lagi.
"Abang dah makan tadi kah" tanya si dia seperti ingin tahu.
Aku hanya menggelengkan kepalaku tanda belum lagi makan.
"Ok...sayang faham" dia senyum.
"Ok...sayang faham" dia senyum.
Si dia menyuapkan pada ku hidangannya. Aku sengaja ingin bermanja dengannya. Setiap suapan nya aku hanya memandang terus wajah mesra isteriku.
"Ehemmm" kedengaran suara dari ibu mertuaku pergi ke dapur.
Ala kantoi manja dengan isteriku. Cepat-cepat aku pula menjamah sendiri makanan dengan tanganku. Ibu mertuaku hanya tersenyum melihat gelagat kami berdua.
🌸 Episod 88: Kepenatan
Selepas makan tengahari itu aku mandi dan merehatkan diri buat seketika. Isteriku hanya menemani aku di bilik. Dia faham aku keletihan.
Aku tidur lebih kurang 1jam lebih. Aku bangun semula, dan ku lihat isteriku berbaring memerhatikan aku tidur. Ku lihat ada tisu di tangannya. Pasti dia mengelap air liur ku lagi ni.
"Abang tidur meliur lagi ka?" tanyaku.

Dia hanya tersenyum dan menunjukkan tisu padaku.
"Sayang tak jijik ke?" tanyaku lagi.
"Nak jijik apanya bang! Suami sayangkan?" balasnya.
Aku terharu dengan keprihatinan isteriku dan cara dia melayani aku. Ya Allah, beruntungnya aku punyai isteri sepertinya.
"Oh Tuhanku, moga kebahagiaan ini kekal selamanya, janganlah engkau pernah pisahkan aku darinya" bisikku dalam hati mendoakan kebahagiaan kami kekal selamanya.
Isteriku bangkit dan segera turun ke bawah untuk menyediakan minum untuk petang itu. Aku basuh muka dan menyertai isteriku ke bawah. Di bawah bapak mertuaku berehat di sofa sambil menonton tv. Ibu mertuaku didapur bersama isteriku. Maka, aku memilih menyertai bapak mertuaku ku.
"Camney aritok gu, mesti penat hari pertama sekolah, kakya sudah pasti kitak penat menjawab rakan-rakan guru yang menyakat pasal perkahwinan kitak duak nak?" bapak mertuaku seperti tahu-tahu apa yang berlaku.

Seakan-akan dia berada di sekolah tadi. Maklumlah orang tua banyak pengalaman.
"Letih ya sik la pak, cikgu-cikgu ya biasalah, habis kamek dikatik sidaknya" jawabku tenang.
Kami semua minum bersama petang tersebut. Bermacam topik dibicarakan. Aku bersyukur kerana dijodohkan dengan keluarga ini. Aku diterima seadanya oleh mereka.
🌸 Episod 89: Tidak Lagi Merokok
Setiap kali aku menatap wajah isteriku, aku berasa suatu ketenangan. Ia tidak pernah aku alami sebelum aku menikahinya. Apakah ini yang dinamakan cinta sejati. Perasaan saling menyayangi dan melengkapi masing-masing.
Setelah selesai makan malam biasanya aku akan ke beranda untuk merokok. Tapi kali ini sudah lama aku tidak merokok setelah isteriku mencadangkan agar aku mengurangkannya. Cuma aku teringin nak lepak di beranda.
Sesampai di beranda tersebut aku ternampak kelibat si tudung kuning lagi. Tapi kali ini aku tidak berasa meremang atau pun takut. Dia membelakangi aku. Aku mendekatinya dengan perlahan.
"Gu, bersiap sedia, yang lebih jahat dari sebelum ini sudah dihantar, jaga adikku sebaiknya" kedengaran suara halus si tudung kuning.

Belum sempat aku bertanya apa-apa dia menghilang seperti debu berterbangan terus hilang dari pandanganku. Jelas sekali kami sekeluarga perlu bersiap menentang kuasa jahat yang dihantar orang yang mengamalkan syirik.
Aku terus melepak di beranda itu sehinggalah isteriku menemaniku setelah selesai membantu ibunya mengemas di dapur tadi.
"Abang isap rokok ya?" Sapa isteriku dari belakang.
Aku terus melepak di beranda itu sehinggalah isteriku menemaniku setelah selesai membantu ibunya mengemas di dapur tadi.
"Abang isap rokok ya?" Sapa isteriku dari belakang.
"Mana ada, abang jauh lebih menyayangi isteri abang dari rokok tu" balasku.
Isteriku yang kurang yakin cuba menghidu mulutku. Dia tersenyum setelah hatinya puas bahawa aku tidak merokok. Ia bermakna dia tahu berapa aku lebih menyayangi dia dari segalanya.
"Puas hati?" kataku.
"Puas hati?" kataku.
"Puas sangat, thank you bang, terasa diri sangat disayangi" balas isteriku sambil merangkul leher ku.
Aku turut membalas dengan pelukan. Mujurlah dia pendek sikit dariku, senang untukku mencium dahinya. Si dia merapatkan kepalanya di dadaku.
"Sayang, abang stres kat sekolah ritok" aku mulakan luahan ku.
"Sayang, abang stres kat sekolah ritok" aku mulakan luahan ku.
"Kenak bang?" tanya isteriku sambil menjarakkan tubuhnya dan menatap tepat ke arah ku.
"Cikgu-cikgu di sekolah perli abang pasal pernikahan kita" aku memberi klu kepada topiknya.
🌸 Episod 90: Hanya Dia Yang Kucintai
Malam itu cuaca cukup memberikan kerjasama. Bintang kelihatan terang benderang. Angin pula sepoi-sepoi bahasa. Sangat nyaman suasananya.
"Biarpun kita berbeza umur bang, sayang tetap pilih abang untuk selamanya, mun kita mikir apa yang orang persoalankan, kita yang akan tertekan kan bang" isteriku jelas matang dan dia tahu menenangkan fikiranku.

"Tapi si cikgu murai ya sengaja menyakitkan hati abang, tapi abang polah sik tauk jak, nya mala jak mok memprovokasikan abang" terangku pada isteriku.
"kenak ngan cikgu sorang ya bang? Apa nya maok? Kan abang dah madah ngan nya yang abang sikda perasaan ngan nya, kenak nya agi ngegeh kedakya agik?" tanya isteriku bertalu-talu.
Jelas dia merasakan sesuatu yang tidak betul pada guru tersebut.
"Kitak tau, nya sengaja pindah tempat duduk kat bilik guru hanya nak duduk dekat dengan abang, abang rimas la ngannya ya" jelasku.
"Kitak tau, nya sengaja pindah tempat duduk kat bilik guru hanya nak duduk dekat dengan abang, abang rimas la ngannya ya" jelasku.
"Duduk sebelah abang?" muka isteriku berkerut.
"Tapi sayang jangan risau, giney pun nya cuba pikat abang, hanya ada sayang sahaja yang kucintai, hanya sayang sahaja berada dalam hatiku, sikkan mampu nya menewaskan isteri abang" ujarku dan kupeluk kemas tubuh isteriku.
"Sayang tau hanya sayang saja milik abang, kini dan selamanya, sayang tidak pernah sangsi dengan abang, sebab sayang tahu abang hanya akan menyintai isteri abang yang comel ni kan" dia memeluk lebih erat lagi.

"Ya sayangku, hanya Tuhan yang mampu memisahkan kita kan?" balasku.
Buat masa ini perasaan yang kami berdua alami tidak akan mampu mana-mana kejahatan kalahkan selagi Tuhan memberkati kasih setia kami berdua. Ya aku cintai Isteriku seadanya sama seperti mana Isteriku jua.
Bersambung....
Part 10 Hadiah Terakhir

No comments:
Post a Comment